Isnin, 4 April 2016

KENAPA TENGKU RAZALEIGH BEGITU BERSUNGGUH MAHU DILIHAT MENYOKONG NAJIB?

Sejak menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyokong kepimpinan Najib Razak, nampak seperti ada kesungguhan bagi Tengku Razaleigh Hamzah untuk terus memperlihatkan dirinya benar-benar telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri.

Dalam portal Malaysiakini hari ini, beliau berkata, ahli UMNO adalah individu yang nafasnya UMNO, pendapatnya UMNO dan percakapannya juga UMNO.

"Ahli UMNO ini nafas, makan, percakapan, fikirannya (mengenai UMNO)....secara rohani juga orang UMNO, " katanya.

Justeru, Tengku Razaleigh dipetik berkata, sebagai ahli UMNO,  beliau mesti menyokong Presiden UMNO.

Semalam pula, dalam temubual dengan Mingguan Malaysia yang petikannya disiarkan oleh Malaysiakini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, "saya ahli UMNO, saya mesti sokong apa yang ada dalam UMNO dan kebetulan UMNO berkuasa, siapa yang jadi Presiden dan Perdana Menteri, itulah orang kita."

Kenapa nampak bersungguh sangat Tengku Razaleigh mahu memperlihatkan dirinya menyokong Najib?

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri bermula pada 2009, pernahkah kita melihat keghairahan untuk menyatakan sokongan itu ditunjukkannya sebelum ini?

Kenapa hanya sekarang dan tidak sebelum ini?

Ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pula, ada sesiapa pernah mendengar sokongan sebegitu ampuh yang ditunjukkan oleh Tengku Razaleigh?

Anwar mahu Mahkamah Persekutuan bicarakan kes pengampunan


Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merujuk rayuannya berhubung keputusan Lembaga Pengampunan kepada Mahkamah Persekutuan.
Peguam, Latheefa Koya yang mewakili keluarga Anwar, memberitahu Malaysiakini bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin akan mendengar perkara itu sekali lagi pada petang Selasa dalam kamarnya.
 Anwar mewakili dirinya sendiri dalam kes itu.
Anwar, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang uga adalah presiden PKR serta anak perempuan mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menamakan Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan bagi semakan kehakiman.
"Timbalan pendakwa raya kanan persekutuan yang mewakili lembaga itu membantah permohonan semakan kehakiman kerana mereka berkata isu itu tidak boleh dibicarakan.
"Bagaimanapun, Anwar memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua kes yang disebut itu adalah salah dan tidak berkenaan," kata Latheefa.
Beliau berkata Anwar membuat permohonan untuk merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah tertinggi mengikut Seksyen 84, Akta Mahkamah Kehakiman bagi rujukan soal perlembagaan oleh Mahkamah Tinggi.
Persoalannya adalah ada keputusan Lembaga Pengampunan itu boleh dicabar di mahkamah.

Terus beri tekanan supaya Najib undur, kata Zaid


 Seminggu selepas perhimpunan 27 Mac, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim meminta orang ramai supaya mengekalkan momentum untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Najib Razak meletak jawatan.
Beliau berkata momentum perhimpunan 27 Mac itu hanya dapatdikekalkan jika setiap rakyat negara ini terus memberi tekanan kepada perdana menteri untuk meletak jawatan.
"Tanya apa yang boleh anda lakukan untuk bantu menggerakkan momentum," kata bekas ahli parlimen Kota Baru itu dalam blognya hari ini.
Beliau juga menggesa orang ramai supaya menandatangani petisyen menyokong Deklarasi Rakyat bagi Selamakan Malaysia menerusi talian.
Buat masa ini, lebih 48,800 orang telah menandatangani petisyen untuk mendesak Najib supaya berundur.
Zaid mengulas soalan berhubung langkah seterusnya selepas perhimpunan 27 Mac lalu yang menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang duduk di pentas yang sama mengesa Najib untuk melepaskan jawatannya.
Antara mereka adalah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu.
Zaid juga memberi jaminan bahawa rancangan pembaharuan institusi akan dilakukan selepas Najib disingkirkan.
Sambil menyifatkan pembaharuan institusi sebagai bahagian yang mudah, bekas menteri itu berkata, perubahan yang diperlukan adalah jelas kepada semua pihak dalam kempen Selamatkan Malaysia itu.
"Kami telah menyusun semua cadangan dan idea mengenai aspek utama dasar awam - dari ekonomi kepada pindaan dalam undang-undang.
"Kami mahu memastikan demokrasi terus subur; kami mahu seorang perdana menteri yang tidak boleh menjadi raja. Kami ingin pastikan dia tidak boleh juga ambil portfolio menteri kewangan dan memberi kontrak kepada isteri atau kawan-kawan isterinya," katanya.

Semoga Terus Kukuh Bersama Pakatan Harapan !!!!

Oleh Saifuddin.nasution


4 april 1999 - 4 april 2016. usia keADILan genap 17 tahun hari ini. parti berbilang kaum dan agama ini terus gagah dalam gelanggang politik negara. empat kali menempuh pru ..1999, 2004, 2008 dan 2013. kalah menang dalam pilihanraya terus mematangkan kami. bekerja membina kekuatan parti suatu kenikmatan. 

bekerjasama dengan parti2 sahabat mengajar kami nilai tolak ansur dan saling menghormati. pengalaman ini juga mengajar kami erti pengorbanan, kesungguhan, keihklasan adalah suatu nilai yg harus sebati dalam diri. nilai yang tidak boleh dilakon-lakon.

keADILan suatu parti "reform". Anggotanya melayu, cina, india, siam, iban, kadazan, bidayuh dan lain-lain etnik di malaysia. Kami berkongsi cita-cita bersama. kami mahu malaysia menjadi lebih baik utk generasi hari muka. kekayaan ekonomi diagih secara adil, institusi demokrasi mesti punyai integriti, pimpinan politik pro rakyat. pendidikan bertaraf dunia. peluang pekerjaan dicipta utk rakyat, perumahan mencukupi utk rakyat, khidmat kesihatan berkualiti, kadar jenayah rendah, saling menghormati anutan agama masing-masing.

Untuk bani Melayu: Sudahlah dengan kegilaan tak bertempat


Bungkam seketika. Terbit perasaan geram. Sambil mengetap bibir, saya hanya mampu menggeleng kepala.
Apa sudah jadi dengan bangsa Melayu? Minggu lalu, aksi lontaran caci-maki, tak kurang juga dengan sepenumbuk dua antara dua keluarga bakal mempelai di sebuah masjid disajikan kepada orang ramai - hanya kerana perihal wang hantaran semata-mata.
Kali ini, para wanita yang saya kira kebanyakannya mungkin ibu-ibu, berasakkan sesama sendiri, berteriak melolong, hanya untuk membeli sehelai, atau mungkin dua helai tudung yang saya tidak tahu kehebatannya bagaimana sehingga peminat sanggup berkelakuan sebegitu.
Mungkin di bawah tudung itu ada penghawa dingin, mungkin. Maka sesuailah dengan cuaca yg panas terik sekarang ini. Lantas, si pemakai akan rasa nyaman, dingin sentiasa.
Sememangnya ini bukan isu baru, tapi saya rasa terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku di hati daripada saya hanya mengomel sendirian.
Tudung yang seharusnya merupakan lambang kesederhanaan seseorang wanita kini jadi pencetus hilangnya kewarasan akal, para ibu ini sanggup berasak-asak dengan lelaki ajnabi.
Yang si pemilik kedai pula boleh tersenyum keriangan menyaksikan jatuhnya martabat seorang demi seorang di situ. Sudahlah begitu, aksi mereka kemudian diviralkan.
Untuk para wanita dan juga lelaki yang di situ, kalau mahu berkelakuan begitu, lebih baik pergi ke konsert, sekurang-kurangnya walaupun penat, anda akan dihiburkan oleh penyanyi kesukaan anda.
Walau geram, kadang-kadang terasa lucu melihat gelagat mereka ini.
Kebanyakan orang Melayu suka melabel perkara itu ini tidak Islamik, tapi Islamik kah kelakuan memalukan sebegitu?
Di sini saya tidak hanya menyalahkan gelagat para pembeli tudung, tetapi pemilik sekali. Sudah tahu yang tudung anda itu laku, sepatutnya anda sudah menjangkakan yang kejadian sebegitu akan berlaku lebih-lebih lagi ini bukan kali pertama insiden yang sama telah terjadi.
Senyuman dan gelengan penuh suka itu boleh ditafsirkan bahawa anda sememangnya suka dengan situasi yang boleh hilang kawalan itu. Barangkali sebuah taktik pemasaran, mungkin.

Pembeli yang sepatutnya dilayan seperti raja tak ubah macam binatang yang disuruh masuk ke kandang lagaknya.

Antara Bukti Dan Pengakuan

Oleh Tun Mahathir
1. ​Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing seperti Wall Street Journal, ABC TV Australia, Financial Times, dll akhbar-akhbar terkemuka di Amerika (Sila lihat senarai media, akhbar dan TV yang dilampirkan, 53 kesemuanya, serta senarai negara dan agensi penyiasatan mereka) semuanya berhasrat memburuk imej Najib.

Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen. Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah.
2.​Kerana penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.
3. ​Pendirian mereka luar biasa. Ia seolah-olah menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, maka ini bermakna ia tidak salah. Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.
4.​Ketua Bahagian UMNO dan Wakil Rakyat UMNO mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.
5.​Negara-negara Islam, setakat yang diketahui tidak pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam. Setakat yang kita tahu hanya “HRH Prince Saudi Abdulaziz Al-Saud” yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma US 375 juta Dolar kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya.
6.​Sekarang ini pula AG Apandi mengatakan RM 2.03 billion dari RM 2.6 billion yang dilapor berada dalam akaun peribadi Najib sudah dipulang balik pada penderma. Benarkah? Apa bukti ia dipulang kepada HRH atau Arab lain? Tak mungkinkah wang ini masih ada disini untuk disuap kepada pemimpin UMNO. Shahrir mungkin menerima RM 1 juta dan Ahmad Maslan RM 2 juta. Tak mungkin mereka sahaja yang mendapat sumbangan wang dari Najib. Berapa juta ringgitkah yang diterima oleh Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat yang lain.
7.​ Nampaknya kita sedang melihat pertandingan antara CASH (wang tunai) dengan semangat kebangsaan Melayu. Ramai ahli dan Ketua Cawangan UMNO memberi kemenangan kepada semangat kebangsaan, kepada bangsa, agama dan tanahair. Tetapi bagi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO dedak mendapat kemenangan besar sehingga tertutup mulut, telinga dan mata. Mereka rela menggadai bangsa dan negara untuk CASH atau dedak. Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu. Nazir Razak sendiri mengaku ia diberi US 7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13. Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia.
SENARAI MEDIA, AKHBAR DAN TELEVISYEN YANG MELAPORKAN TENTANG DATO’ SERI NAJIB, SKANDAL 1MDB DAN WANG RM2.6 BILLION DI DALAM AKAUN PERIBADINYA

“Yang terima derma, rasuah perlu letak jawatan bukan Daroyah” – Azmin

Azmin Ali menolak desakan UMNO dan mempertahankan Dr Daroyah kerana tiada keperluan untuk menukar atau menggugurkan EXCO PKR itu.
daroyah-azminSHAH ALAM : Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan EXCO Kesihatan, Dr Daroyah Alwi tidak akan digugurkan daripada pentadbiran kerajaan negeri.
Menteri Besar Selangor itu berkata demikian menjawab desakan ADUN Sungai Burong, Datuk Samsuddin Lias supaya Dr Daroyah digugurkan sebagai EXCO kerana didakwa tidak bersungguh membanteras denggi.
Sebaliknya, Azmin berkata, pemimpin yang perlu meletak jawatan adalah orang yang terlibat dalam rasuah, menerima derma dan hidup secara bermewah-mewahan.
Beliau membuat kenyataan itu tanpa menamakan sesiapa secara khusus.
Menurut maklumat terkini Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pada tahun lalu, sebanyak 63,198 kes denggi telah dilaporkan di negeri ini.
Kes terbabit merangkumi lebih 50 % daripada jumlah 120,836 kes denggi yang telah direkodkan di Malaysia untuk tahun 2015.
Dalam masa sama, Azmin juga menyindir wakil rakyat yang telah diberi amanah tetapi tidak mahu hadir perbincangan dan perbahasan di Dewan Negeri Selangor sebaliknya menggunakan media sosial untuk membuat kenyataan.
“Orang-orang seperti ini harus meletak jawatan dan beri tugas itu kepada orang lain,” katanya yang ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sekali lagi, beliau membuat kenyataan itu tanpa menamakan sesiapa secara khusus.

Beli kain RM55 juta di Jakel: DAP buat laporan polis minta siasat Najib


KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Wakil DAP hari ini sekali lagi membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – kali ini berhubung pendedahan akhbar Wall Street Journal (WSJ) bahawa beliau memindahkan lebih AS$14 juta (RM 55 juta) kepada peruncit pakaian mewah Jakel Trading dari 2011 hingga 2014.
lipeng_reportpolisAhli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bersama veteran DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew dan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman, membuat laporan polis berkenaan di IPD Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Menyifatkan jumlah wang dipindahkan oleh Najib ke akaun Jakel itu sebagai tidak masuk akal, Lip Eng berkata Najib perlu memberitahu rakyat sama ada laporan WSJ itu benar atau tidak kerana ia mungkin melibatkan unsur rasuah, pengubahan wang haram atau pelarian cukai.
“Saya tidak faham dari mana Najib mampu membelanjakan RM55 juta hanya untuk membeli kain dalam masa empat tahun. Gaji Najib hanya RM60,000 sebulan, bermakna dia menerima gaji kurang dari RM1 juta setahun.
“Wang dibelanjakan untuk membeli kain adalah lebih banyak dari gajinya. Perkara ini tidak masuk akal dan menimbulkan persoalan dari mana dia dapat wang sebanyak itu,” katanya kepada Roketkini.
Sementara itu, Ronnie ketika dihubungi berkata, laporan polis itu dibuat bagi menggesa polis dan pihak terlibat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat akaun Najib secara terperinci.
“Selepas pendedahan WSJ, kini rakyat tahu bahawa Najib dan isterinya berbelanja mewah sehingga menghabiskan RM55 juta hanya untuk membeli kain. Jadi, pelbagai pihak harus siasat sama ada wang itu diperoleh dengan cara yang betul atau tidak.
“Saya, Lip Eng dan Rara (Syefura) memeriksa harga kain di Jakel dan mendapati satu helai kain secara maksimumnya mencecah RM10,000. Adakah Najib membeli 5,500 helai kain untuk Rosmah dalam masa empat tahun?

Rakyat ada kuasa jatuhkan pemimpin rasuah, kata mahasiswa


Azzan Aznan (dua dari kanan) bersama sekumpulan mahasiswa yang menyertai himpunan bantah GST undur Najib,baru-baru ini.Azzan Aznan (dua dari kanan) bersama sekumpulan mahasiswa yang menyertai himpunan bantah GST undur Najib,baru-baru ini.
Perhimpunan Mansuhkan GST dan Undur Najib di ibu negara baru-baru ini dilihat penting bagi menunjukan kuasa sebenar yang dimiliki rakyat termasuk terhadap mana-mana bakal pemimpin.
Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia, Azzan Aznan berkata, tindakan paling mendesak pada masa ini ialah menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak yang telah banyak terpalit dengan pelbagai skandal kewangan.
"Pada saya, paling mustahak Najib diturunkan terlebih dahulu walau apa dan siapapun yang bersama. Kalau kamu rasuah dan seleweng, rakyat ada kuasa untuk menggulingkan kamu," tegasnya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas himpunan membantah GST di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
Mengulas tuduhan kononnya himpunan yang disertai Mahathir itu hanya akan memulihkan Umno menjelang pilihan raya umum (PRU) beliau berkata, tanggapan tersebut seolah-olah hanya membiarkan kerosakan dari segi tata kelola di negara ini menjadi bertambah buruk.
"Masing-masing ada pandangan. Terpulanglah. PRU nanti Umno boleh menang kalau Najib berjaya disingkirkan, itu hanya spekulatif. Walaupun saya sendiri 'gatal' mata lihat Mahathir turut serta sepentas bersama pimpinan PH (Pakatan Harapan) tapi mudarat paling besar adalah Najib. Kita tiada pilihan selain hanya menumbangkan Najib," tegasnya lagi.
Beliau berkata, sejarah perjuangan rakyat di sesebuah negara banyak mempengaruhi semangat generasi terkemudian.

LTAT bayar gratuiti majoriti pesara tentera di senarai Rafizi


Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini berkata pihaknya telah membayar sebahagian besar pesara tentera dalam senarai yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, yang didakwa masih belum menerima bayaran mereka.
Pengerusi LTAT Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, daripada 110 nama dalam senarai itu, 70 telah menerima bayaran mereka.
 Beliau juga berkata terdapat kesilapan dalam senarai yang dikemukakan oleh Rafizi kerana seorang daripada anggota itu sebenarnya telah memohon dan dibayar sepenuhnya lebih sembilan tahun lalu.
“Lebihan baki 69 pencarum dibayar antara 16 Mac 2016 tempoh 24 jam setelah LTAT menerima dokumen yang lengkap dan diluluskan dari Urusan Gaji Angkatan Tentera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Rafizi mengemukakan senarai berkenaan pada 31 Mac untuk menyokong dakwaannya bahawa LTAT menghadapi masalah kewangan dalam membayar pampasan kepada pesara tentera.
Beliau mendakwa masalah kewangan LTAT berpunca akibat kegagalan 1MDB membayar anak syarikatnya, Perbadanan Perwira Harta Malaysia sebanyak RM396.41 juta kerana bertindak sebagai kontraktor turnkey kepada firma pelaburan negara itu.
1MDB dan LTAT masing-masing menegaskan bahawa tidak ada bayaran tertunggak antara kedua-dua entiti berkenaan.

Husam minta Daeng Sanusi tarik diri Pengerusi Jawatankuasa Disiplin kesnya


Datuk Husam MusaDatuk Husam MusaAgar keadilan terhadap dirinya terbela Yang Dipertua Pas Kubang Kerian Datuk Husam Musa meminta  Pengerusi Siasatan Jawatankuasa Disiplin Pas Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok menarik diri daripada kes yang dihakiminya.
Beliau berkata,  Dr Daeng Sanusi telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan prejudis ke atas dirinya ketika menjelangnya Muktamar Pas tahun lalu termasuk di Kelantan, Johor dan Selangor.
“Anehnya, selepas muktamar berlalu, beliau tidak lagi menyerang saya secara terbuka, seakan serangan itu mempunyai agenda untuk pemilihan muktamar sahaja.” ujar Adun Salor ini.
Malah ujar  Husam lagi, Dr Daeng Sanusi ketika hadir dalam satu dialog pada 24 November 2014 di Banting,Selangor pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau terlibat dengan PasMa kononnya PasMa telah ditubuhkan di rumahnya.
Bahkan, beliau mendakwa Husam  semakin terpinggir dalam Pas dan tiada masa hadapan disebabkan Husam telah melakukan banyak kesilapan di dalam parti itu.
“Kenyataan dan pendirian Yang Arif itu dikira dakwaan tidak benar yang serius kepada saya dan termasuk fitnah yang dilarang oleh Islam pada sisi saya sebagai mangsanya.
“Saya tidak ingin memetik kod tatacara kehakiman keIslaman di sini, kerana saya kira Yang Arif lebih atau sepatutnya arif.
“Saya cuma mengingatkan, di dalam Islam, tohmahan dan sikap hakim yang berkepentingan diambil kira dan diberi perhatian serta pertimbangan oleh syarak kerana ia akan mempengaruhi penentuan hukum dan keputusan penghakiman.

Tanpa UMNO, MARA terkubur, Melayu tersungkur – Najib

Kekuasaan UMNO selaku parti pemerintah penting bagi memastikan agensi itu terus hidup membantu orang Melayu dan Bumiputera.

najib-umno-mara
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terkubur sekiranya UMNO tidak lagi memegang pemerintahan negara.
Perdana Menteri berkata, kekuasaan UMNO selaku parti pemerintah amat penting bagi memastikan agensi itu terus hidup membantu orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
“MARA lahir dari perut siapa? UMNO… Tanpa UMNO tak mungkin MARA wujud. Saya hendak kata yang hakikatnya, MARA tak akan berkubur selagi UMNO berkuasa. Itu yang betul.
“Tanpa UMNO, MARA akan terkubur dan MARA apabila terkubur, orang Melayu akan tersungkur, Bumiputera akan tersungkur.
“Sebab itulah macam mana pun, kita mesti jaga UMNO. Tiada UMNO tiada MARA. Tiada MARA tiada jutaan orang Melayu dan Bumiputera. Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO, jangan bersekongkol dengan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA di sini, hari ini.

Dr M: Umrah duit haram pun dapat pahala?


Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu pembiayaan umrah oleh “pihak tertentu” yang punca kewangannya masih menjadi persoalan.
“Saya tertanya-tanya jika wang yang dibelanja untuk melakukan ibadah umrah datang dari punca yang haram, umpamanya jika wang itu dicuri, apakah ibadah itu menjadi sah dan memberi pahala?” soalnya.
 Mahathir bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada beliau merujuk mana-mana pihak secara langsung.
Perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu membangkitkan perkara itu selepas berada di Arab Saudi minggu lepas.
Katanya, beliau melihat orang Islam berduyun-duyun mengerjakan umrah sehingga keadaan seperti ketika mengerjakan ibadah haji.
Malah, tambahnya, orang Melayu Malaysia juga tidak terkecuali.
Menulis dalam blog hari ini, beliau mengingatkan bahawa ibadah umrah hanya amalan sunat.
“Saya faham yang sunat, jika dilakukan memberi pahala kepada diri pengamal. Jika tidak melakukan, kita tidak berdosa,” katanya.

'Melayu tak malu terima pemimpin dihina dunia'


Negara sedang melihat pertandingan antara wang tunai dengan semangat kebangsaan Melayu dengan ramai ketua bahagian Umno dan wakil rakyatnya rela menggadai bangsa dan negara untuk mendapatkan dedak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, bukan sahaja rakyat negara ini yang tahu tetapi dunia juga tahu bahawa ketua bahagian dan wakil rakyat Umno yang mendapat dedak itu sehingga tertutup mulut, telinga dan mata mereka.
“Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu.
“(Datuk Seri) Nazir Razak sendiri mengaku beliau diberi AS$7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13.
“Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia,” katanya dalam tulisan terbaru di blog hari ini.
Dr Mahathir kemudiannya menyenarai 53 media, akhbar dan stesen televisyen di seluruh dunia yang melaporkan skandal 1MDB serta wang RM2.6 bilion yang berda di dalam akaun bank peribadai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau turut membekalkan agensi atau pihak berkuasa antarabangsa yang menyiasat skandal berkenaan di lapan buah negara.
Luxemboug: Pejabat Pendakwa Raya, Luxembourg
Switzerland: Penjabat Pendakwa Raya Swiss
Singapura: Jabatan Hal Ehwal Komersial, Polis Singapura
Lembaga Kewangan Singapura (MAS)
Amerika Syarikat: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat
Biro Siasatan Persekutuan (FBI)
Hong Kong: Polis Hong Kong
United Kingdom: Pejabat Penipuan Serius
Emiriah Arab Bersatu: Pihak berkuasa UAE membekukan aset Khadeem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny dua eksekutif kanan firma pelaburan Abu Dhabi yang mempunyai kaitan rapat dengan 1MDB dan melarang mereka ke luar negara.
Perancis: Pejabat Pendakwa Raya Perancis (berhubung pembelian dua kapal selam negara).
Mahathir berkata Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar dan penyokongnya pula mendakwa bahawa laporan media yang meluas dan agensi siasatan antarabangsa itu bertujuan mencemarkan reputasi perdana menteri.
“Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen.

Mahathir senaraikan 53 media lapor skandal Najib, 1MDB

Tun Dr Mahathir Mohamad kesal rakyat negara ini, khususnya orang Melayu dan umat Islam tidak malu dan sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia.
Katanya, sejak kebelakangan ini, sekurang-kurangnya 53 organisasi media antarabangsa yang telah melaporkan isu-isu berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal 1MDB.
Ini bagi menguatkan hujahnya bahawa di sebalik bidasan dan cemuhan antarabangsa, pemimpin Umno dan wakil rakyat BN yang telah diberikan dedak, terus menyokong Najib.
Senarai media berkenaan yang disiarkan di blog beliau adalah seperti berikut:
1. South China Morning Post
2. The Australian
3. Australia Broadcasting Corporation
4. Sydney Morning Herald
5. Herald Tribune
6. Herald Tribune Latin America
7. International Business Times
8. International Business Times Singapore Edition
9. Wall Street Journal
10. International New York Times
11. TIME Magazine
12. The Guardian
13. The Daily Mail
14. Sun Daily (UK)
15. Euronews
16. Deutsche Welle
17. Singapore Straits Times
18. TODAY
19. Today Online
20. India Today
21. Business Standard (India)
22. India Times
23. Fortune
24. EJ Insight (Hong Kong)
25. Anadolu (Turkey)
26. Bangkok Post
27. Chiang Rai Times
28. BBC
29. New Zealand Herald
30. Reuters
31. Bloomberg
32. Channel News Asia
33. Al-Jazeera
34. PAKISTAN FIRST
35. Swissinfo.ch
36. MWC News
37. East Asia Forum
38. Radio New Zealand
39. CNBC
40. The Independent
41. NewsX (Pakistan)
42. StateoftheStateKS (USA)
43. Asian Correspondent
44. Times of London
45. Financial Times
46. Asia Sentinel
47. Courier Mail
48. Jawa Post
49. Tempo
50. Waspada
51. The Telegraph
52. The Diplomat
53. Myanmar Times
Jasa Najib kepada Islam
Dr Mahathir juga membidas pendirian luar biasa ketua bahagian dan ahli parlimen Umno yang semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.

1MDB gagal kemuka penyata kewangan, dapat lanjutan lagi


1MDB menerima satu lagi lanjutan selama enam bulan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selepas masih tidak dapat mengemukakan penyata kewangan yang berakhir 31 Mac, 2015.
1MDB sepatutnya mengemukakan penyata kewangan pada 30 Sept tahun lalu tetapi memohon lanjutan enam bulan sehingga 31 Mac, 2016, tarikh akhir yang juga gagal dipenuhinya.
 Dana milik negara itu memberi alasan yang sama seperti sebelum ini, bahawa ia menunggu mendapatkan semula dokumennya yang dirampas dalam satu serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tahun lalu.
"1MDB tidak dapat untuk menyediakan penyata kewangan untuk audit sementara menunggu mendapatkan semula dokumen kewangan yang berkaitan yang dirampas semasa serbuan pada 8 Julai 2015.
"Oleh itu, SSM kini memberi lanjutan masa sehingga 30 Sept, 2016 bagi 1MDB mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan meluluskan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015," kata 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.
Walau bagaimanapun, 1MDB berkata firma itu berjaya mengemukakan penyata kewangan bagi dua anak syarikatnya.
"1MDB dengan sukacitanya mengumumkan bahawa TRX City Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd) bersama-sama dengan anak syarikatnya Edra Global Energy Berhad, telah mengadakan AGM untuk meluluskan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.
"AGM telah diadakan dalam tempoh tarikh akhir yang diberikan sebelum ini iaitu pada 31 Mac 2016 dan penyata kewangan yang diaudit telah difailkan dengan SSM.
"Kedua-dua syarikat itu membentuk sebahagian besar aset dan mewakili semua aktiviti perniagaan yang beroperasi 1MDB," katanya.

Makan dalam, semua kena. UMNO kena, FAM kena, KBS kena, pemakan dedak pun kena.

LAPAN jawapan menarik dari DYAM TMJ apabila pasukan media kami memaklumkan kepadanya mengenai komen-komen negatif mengenai baginda atau JDT di media sosial.

1. JDT tidak dapat melahirkan pemain berbakat, jadi mereka hanya tahu membeli pemain dari pasukan lain.

Jawapan TMJ: Benar. Maka teruskan melahirkan pemain berbakat sebab saya mahu membeli mereka.

2. JDT membeli pengadil.

Jawapan TMJ: Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak. Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit.

3. JDT membunuh bola sepak Malaysia.

Jawapan TMJ: Ia benar. JDT membunuh bola sepak tanahair, itu sebabnya kami merupakan pasukan yang pertama di Asia Tenggara membawa nama Malaysia memenangi Piala AFC. Kita membunuh bola sepak dan FAM membantu bolasepak Malaysia mendapatkan sumber kewangan dan hanya berminat dalam Piala Suzuki. JDT akan terus membunuh. Usah bimbang.

4. JDT adalah pasukan yang paling kaya di negara ini itulah sebabnya mereka sentiasa menang.

Jawapan TMJ: Salah. Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya.

Apa tidaknya. Negara kecil.. tetapi aliran wang haram No.5 dunia !!!.. MALAYSIA BOLEH !!!

The Panama Papers: Pendedahan paling terbesar dalam sejarah mengenai rasuah orang ternama, pemimpin & penyamun taraf dunia.

Kali ini..ANAK NAJIB pula, Mohd Nazifuddin bin Mohd Najib turut sekali diprofilkan..

Lebih lanjut.. https://t.co/WtNAQac6Nc

Anak Sarawak jangan tertipu dengan janji manis Najib !!!.. Bila lagi nak UBAH !!!

Kini bila PRN Sarawak 2016 dah dekat, mulalah BN tabur janji nak buat Lebuhraya Pan Borneo..

TETAPI, APA DAH JADI JANJI BN 15 TAHUN DAHULU janji nak bina & siapkan Hospital baru Lawas. DI MANA HOSPITAL BARU TERSEBUT !!!

Hoii Najib Razak !!.. Hospital Daerah Lawas kau dah lupa ka ?

Korang boleh bayangkan tak...

Jika Dengan Kehendak Illahi... APA AKAN JADI pada Rosmah & Najib jika mereka masuk dlm kandang mahkamah ???

SEJAK BILA isteri PM ada Pegawai Khas bergelar DATUK ??!!


Hebat si Rosmah ni.. HANYA SURI RUMAH tetapi boleh ada Pegawai Khas yg berpangkat Datuk...

GUNA DUIT MANA utk bayar gaji pembantu khas tersebut ??.. Guna duit Najib ka atau duit2 'taxpayer' rakyat !!!

Najib dan Rosmah takut kepada Preet Bharara, lapor media asing


Peguam AS Preet BhararaPeguam AS Preet BhararaUsaha Datin Seri Rosmah Mansor dipercayai berulang kali memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) Joseph Y.Yun di kedutaan negara itu di Kuala Lumpur  dianggap sebagai sia-sia, untuk membatalkan penyiasatan mengenai dana 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB), lapor Asia Sentinel.
Laporan yang dipetik itu berkata, menurut sumber yang diperolehnya, menyebut isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak itu, cuba menghalang penyiasatan seorang peguam Amerika Syarikat telah tersebar luas dikalangan diplomat negara itu di Kuala Lumpur.
Mereka mengatakan bahawa hakikatnya siasatan itu dijalankan di Switzerland, Singapura, United Kingdom dan Perancis, bagaimanapun hasil siasatan menunjukkan AS negara yang paling utama untuk membawa tuduhan jika terdapat salah laku dalam skandal 1MDB.
Peguam Daerah Selatan New York, Preet Bharara digesa untuk membatalkan penyiasatannya mengenai urusan kewangan yang melibatkan 1MDB.
Yun dikatakan telah memberitahu Rosmah yang Bharara menjalankan siasatan bagi pihak Jabatan Perhidmatan Luar Negara secara bebas walaupun Presiden AS Barrack Obama boleh mempengaruhi penyiasatan itu jika dia mahu berbuat demikian..
Bagaimanapun lapor Asia Sentinel lagi, percubaan untuk mengesahkan cerita melalui Kedutaan AS itu tidak dijawab.
Sebaliknya laporan itu menyebut :” Rosmah telah diberitahu," Jika kamu tidak melakukan sesuatu yang salah, jangan bimbang tentang hal itu. Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang berpegang kepada undang-undang. " kata sumber berkenaan.
Berita yang turut disiarkan oleh Perbadanan Penyiaran Australia dalam satu kenyataan media menyebut rancangan Four Corners pada 28 Mac lalu, telah menyiarkan maklumat baru mengenai deposit antara 2011 dan 2014 daripada "individu dan syarikat misteri" di Malaysia dan luar negara, melalui pemindahan talian dan dalam bentuk wang tunai, ke dalam akaun peribadinya.
Dipetik daripada kenyataan stesyen televiyen itu adalah tambahan kepada misteri RM2.6bilion (AS$ 681juta) yang dimasukkan dalam akaun Najib pada 2013.

'Belum ada orang gila beli baju di Jakel berpuluh juta ringgit' - Mykmu.net


Bayaran puluhan juta ringgit kepada gedung pakaian Jakel oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah untuk sumbangan pakaian dan barangan kepada pelbagai pihak.
Laman web pro Najib Mykmu.net berkata sumbangan itu disampaikan kepada pertubuhan bukan kerajaan, mangsa bencana alam sekitar, pakaian anak yatim dan sayap-sayap politik.
Laman web itu turut mendakwa Malaysiakini dan portal media antarabangsa cuba menonjolkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membeli belah dengan boros di gedung pakaian berkenaan.
"Belum ada orang gila beli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk kegunaan sendiri.
"Jika benar ia pembelian peribadi, berdasarkan harga pakaian Jakel yang merupakan harga dalam kemampuan majoriti rakyat Malaysia, Najib Razak mungkin terpaksa menyewa gudang untuk menyimpan kesemua pakaian tersebut," jelas laman web itu.
Sumbangan mangsa banjir, anak yatim
Memetik sumber, Mykmu berkata Jakel membekalkan pakaian, selimut dan lain-lain barangan untuk mangsa bencana alam, selain membeli pakaian untuk anak yatim sempena hari raya yang dibiayai perdana menteri sendiri.
"Malah difahamkan sumbangan permaidani masjid oleh perdana menteri juga dibayar kepada Jakel trading sebagai pembekal," jelasnya.

Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah? MP buat laporan polis

Seorang ahli parlimen pembangkang membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan bahawa beliau memindahkan sejumlah AS$14 juta (kira-kira RM55 juta) antara tahun 2011 dan 2014 ke gedung fesyen tempatan Jakel Trading.
Laporan Lim Lip Eng kepada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini adalah berdasarkan butiran perbelanjaan Najib yang diterbitkan oleh akhbar The Wall Street Journal minggu lalu.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Segambut mendedahkan bahawa beliau telah membuat penelitian berhubung perkara itu.
"Kami telah periksa beberapa pakaian yang bernilai RM10,000 setiap satu di Jakel.
"Jadi, adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari.
"Jika laporan WSJ itu benar, ini lebih buruk daripada Imelda Marcos," katanya.
Imelda adalah balu kepada bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos,yang memiliki lebih seribu pasang kasut berjenama yang mahal.
Ahli Parlimen DAP itu juga mempersoalkan dari mana datangnya wang berkenaan memandangkan perdana menteri tidak mampu berbelanja dengan boros hanya dengan gajinya.
Dalam laporan polisnya, Lim menggesa polis menyiasat isu AS$14 juta itu dengan dengan mengambil kira unsur-unsur rasuah, pengelakan cukai dan pengubahan wang haram.
Menurut WSJ, Najib membelanjakan sebanyak AS$15 juta (kira-kira RM58 juta) untuk percutian membeli-belah sakan dan mengumpul barangan kemas.
Perbelanjaan itu dilakukan di gedung-gedung di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan beberapa tempat lain.
Perdana Menteri berulang kali menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa kumpulan tertentu berkomplot untuk menggulingkannya.
Sementara itu, kerajaan juga telah menuduh WSJ adalah sebahagian daripada kempen berkenaan untuk menumbangkan perdana menteri.
Sebelum laporan WSJ itu, Australia Broadcasting Corporation (ABC) menerbitkan surat daripada putera Arab, Saud Abdulaziz Majid yang mengikrarkan AS$375 juta (RM1.5 bilion) kepada Najib.
Kagum dengan tadbir urus perdana menteri berdasarkan prinsip Islam, putera itu berkata Najib boleh melakukan apa sahaja yang beliau mahu dengan pemberian berkenaan.
Januari lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung RM2.6 bilion yang berada di akaun peribadi beliaunya yang digambarkan sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah dan juga wang RM42 juta daripada SRC International.

Ku Li: I have no power to decide on the fate of anyone

Ku Li Mahu Kebenaran Isu Derma, 1MDB

Parlimen tolak usul mengenai 'aliran wang luar biasa'

State the status of Paka power station, ministry told

Hanipa tidak sihat dan dibawa ke hospital

Orang UMNO bercakap, berfikir dan bernafas UMNO, kata Ku Li

Rosmah lebih buruk daripada Imelda Marcos, kata MP DAP

Mahathir cites 53 international media reports on Najib, 1MDB

TERDESAK: DAH ADA IKRAR PULAK DAH??

Tontonilah video di bawah ini di mana orang-orang kampung pun sekarang ini sudah diminta berikrar menyatakan sokongan kepada Najib Razak.

Tidak cukupkah dengan sebahagian besar Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Naib Ketua UMNO Bahagian yang sudah menyatakan sokongan terbuka kepada Najib sebelum ini?

Tidak cukupkah dengan adanya UMNO negeri mewujudkan deklarasi sokongan, malah beberapa UMNO Bahagian dan NGO juga turut berbuat demikian?

Tidak cukup lagikah dengan segala macam kelompok veteran, bekas pemimpin dan mereka yang pernah menjadi wakil rakyat yang turut tampil menyatakan sokongan?

Apakah kedudukan Najib sudah begitu rapuh dan ibarat telur di hujung tanduk sekarang ini sehingga semua segmen sokongan diperlukan untuk menahannya daripada tumbang dan terkulai?

Jika Najib benar-benar masih kuat, apa perlunya sampai orang kampung diminta berikrar sebegitu?

Siapa lagi selepas ini yang akan diminta berikrar dan bersumpah taat setia kepada Pahlawan Bugis yang secara umumnya sudah begitu popular di seluruh dunia dengan cerita-cerita skandalnya?

Anak muda semakin celik kezaliman UMNO-BN, berani walau risiko tinggi


anak muda korupsi
KUALA LUMPUR. 4 APRIL: Ribuan anak muda dari pelbagai kaum hadir dan menuntut penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Himpunan Undur Najib Mansuh GST yang berlangsung di Dataran Merdeka Sabtu lalu.
Ia membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib semakin gagal menambat hati anak muda yang merupakan golongan pengundi terbesar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Lebih-lebih lagi, semakin banyak skandal kewangan Najib didedah oleh media antarabangsa, justeru meningkatkan kemarahan golongan muda yang rata-ratanya dibebani pelaksanaan GST serta dasar ekonomi dan buruh yang pincang sehingga memaksa mereka hidup dalam keadaan tidak stabil.
Demonstran muda yang hadir ke himpunan itu memeriahkan suasana dengan pelbagai plakad serta poster menarik dan kreatif bagi mendesak peletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri dan pemansuhan GST.
Antara plakad yang diangkat dengan semangat oleh demonstran muda bertulis “Koruptor Rajanya Maling” yang memaparkan gambar Najib dengan susunan wang di tangan selain plakad “Mansuh GST” dalam pelbagai corak dan gaya.
Selain itu, mereka turut menjadikan medan himpunan itu sebagai tempat menunjukkan budaya protes terhadap undang-undang zalim kerajaan dengan memakai baju dan penutup mulut “Kami Semua Penghasut” dengan imej Najib berwajah badut; hasil karya aktivis Fahmi Reza.
Imej itu sebelum ini dikritik oleh pimpinan dan penyokong kerajaan BN kerana kononnya ia menjatuhkan reputasi Najib sehingga Fahmi dipantau oleh polis siber selepas Gerakan Merah membuat laporan polis berhubung imej berkenaan.
Himpunan itu turut diwarnai persembahan muzik oleh kumpulan muzik, BangsArt yang menyanyikan lagu-lagu perlawanan untuk menaikkan semangat peserta himpunan agar ia tidak hilang dalam cuaca terik hari itu.
Selain itu, pimpinan muda DAP juga tidak ketinggalan memberi ucapan berkobar-kobar menuntut penyingkiran Najib serta pemansuhan GST yang menambah kos sara hidup rakyat.
Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) yang juga Adun Canning, Wong Kah Woh, berkata perhimpunan Undur Najib Mansuh GST berkenaan adalah mesej jelas kepada Najib dan Barisan Nasional bahawa rakyat sudah tidak tahan dengan segala salahlaku dan rasuah dilakukan mereka.

Wajah Umat Malaysia Berpolitik

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Ada yang sokong PAS sebab dasar.
Ada yang sokong PAS sebab tak suka Umno dan DAP.
Ada orang sokong PAS sebab dipimpin ulamak.
Ada yang sokong PAS sebab bela nasib rakyat bawahan.
Ada yang sokong PAS sebab nak dapat redha Allah.

2) Ada yang sokong PKR sebab nak bebas Anwar.
Ada yang sokong PKR sebab meluat Mahathir.
Ada yang sokong PKR sebab nak lawan Umno.
Ada yang sokong PKR sebab nak mudah ke Putrajaya.
Ada yang sokong PKR sebab agresif membela nasib rakyat.
Ada yang sokong PKR sebab liberal dan terbuka.

3) Ada yang sokong DAP sebab bela rakyat.
Ada yang sokong DAP sebab mahu lawan Umno.
Ada yang sokong DAP sebab meluat kepada PAS.
Ada yang sokong DAP sebab pandai tadbir Pulau Pinang.

4) Ada yang sokong PAN sebab meluat kepada PAS.
Ada yang sokong PAN sebab mahu bekerjasama dengan DAP.
Ada yang sokong PAN sebab mahu lawan Umno.
Ada yang sokong PAN sebab kecewa pemimpin kesayangan tewas pemilihan PAS.
Ada yang sokong PAN sebab parti baru dengan wajah baru.

5) Tinggallah pinggan mangkok yang masih lepak dalam UMNO.
Ada yang sokong UMNO sebab projek.
Ada yang sokong UMNO sebab benci DAP.
Ada yang sokong UMNO sebab dapat BR1M.
Ada yang sokong UMNO sebab bodek pemimpin.

6) Itulah wajah orang-orang Malaysia berpolitik. Sangat sedikit yang berpolitik untuk kepentingan dan masa depan agama, bangsa dan negara. Semuanya lebih kepada bersebab emosi dan isi poket. Integriti, maruah diri, dosa-pahala macam tak laku pada sebahagiannya.
Sekian.

Malaysia Yang Malang Ada Pemimpin Tolol Macam Umno

OLEH DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Suatu yang sangat menghairankan saya ialah bila pemimpin yang tidak berkuasa seperti Tun Mahathir dikecam dan diserang oleh penjilat dan pencium tangannya satu ketika dahulu yang terdiri daripada pemimpin Umno Bn. Tun M bersalah, Tun M pengkhinat, Tun M hendak jatuhkan Kerajaan Melayu pakat dengan Cina dan macam-macam lagi kesalahan Tun disebut Umno Bn. Politik hari ini seolah-olahnya Umno Bn Pembangkang dan Tun M Masih Perdana Menteri.


MENYALAHKAN TUN M : UMNO MENDEDAH KEBODOHAN SENDIRI. 2. Kini kenyataan terbaru Tan Seri Anuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN yang menyalah Tun Mahathir atas kegagalan Proton adalah suatu yang sangat memalukan dan menyerlahkan sifat tolol diri sendiri, Umno/Bn dan Kerajaan.
3. Kenyataan mereka bila dibaca menjadikan pembaca termuntah. Apa tidaknya, kecaman terhadap Tun M hanya selepas Tun M tidak berkuasa dan melepaskan semua jawatan lantikan termasuk dalam Proton. Umno Bn sedang berperang dengan Pemimpin pencen walhal dahulunya semasa Tun Berkuasa sebagai PM mereka inilah menjilat dan mencium tangan Tun M berulang-ulang.
TUN M HANYA BERSALAH KERANA MAHU NAJIB UNDUR.
4. Persoalan saya, kalau pimpinan Umno Bn hari ini menyatakan kesalahan lampau Tun M, di mana mereka pada waktu itu? Kenapa mereka mendiamkan diri? Kenapa hari ini baru mereka menghasut rakyat untuk menyalahkan Tun M? Mengaku sahajalah kamu semua bodoh dan bacul. Keberanian kamu hanya pada orang yang sudah tidak lagi berkuasa. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana hendak menyembunyikan jenayah PM Najib yang berkuasa.
5. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana Tun M mahu Najib berundur dan reformasi negara mesti disegerakan. Kalau Tun M tak minta Najib undur pasti Tun tidak salah. Proton bawah pimpinan Tun menyerlah. Proton idea Tun kebanggaan Malaysia. Proton lambang Malaysia Boleh. Macam-macam lagi ungkapan puji pada Tun. Buat Najib dan pemimpin Umno Bn, berhentilah memperbodoh dan menakutkan rakyat. Kepada seluruh rakyat jangan sembunyi dan lindungi jenayah pemimpin yang berkuasa.

"BANGKIT DENGAN KEBERANIAN BUANG KETAKUTAN, TENTANG KEMUNGKARAN, TEGAKKAN KEADILAN, JUNJUNG KEBENARAN".

Lagi cerita belanja mewah PM


 A Kadir Jasin

Fakta sejarah yang kita dah tahu: masa lebih setengah juta rakyat jelata dilanda banjir besar hujung tahun 2014, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, main golf di Hawaii dengan Presiden Amerika Barrack Obama.
Fakta sejarah yang dah kita tahu: bila rakyat jelata dapat tahu hal itu melalui Internet dan media sosial, dia bergegas balik sampai “lupa” jet eksekutif mewah hak Kerajaan Malaysia (hak rakyat jelata la tu) dan “tinggal” isteri.
Fakta sejarah yang dah kita tahu: jet eksekutif mewah milik negara itu tiba-tiba dikesan oleh Flightradar24 di tanah besar Amerika.
Fakta yang baru didedah: Masa bercuti di Hawaii, Mohd Najib guna kad kredit sebanyak AS$130,625 (kira-kira RM522,500) di butik beg tangan Chanel, Honolulu pada 22 Disember 2014. Duit banyak tu cukup untuk dirikan dua buah masjid kampung.
Yang kita tahu, gaji pokok Perdana Menteri setahun hanya kira-kira RM273,912. Maksudnya belanja di butik Chanel dekat dua kali ganda setahun gaji.
Sebelum itu, pada 24 Ogos 2014 kad kredit Mohd Najib digunakan di sebuah toko Sardnia, Itali untuk perbelanjaan sebanyak Euro 750,000 (kira-kira RM3.2 juta) - cukup untuk taja 260 penuntut universiti dalam negara sepanjang pengajian.
Dari mana dia dapat banyak sangat duit tu? Adakah keturunan dia kaya meliana?
Ini buka cerita dongeng yang saya reka. Ini satu lagi cerita surat khabar Wall Street Journal (WSJ) berkenaan “derma” berbilion ringgit yang kononnya dia terima daripada Arab.
Julai tahun lepas Mohd Najib kepal penumbuk besar lutut nak saman WSJ kerana fitnah. Belum apa-apa Utusan Malaysia dah “headline” - PM Saman WSJ - tapi sampai hari ini Mohd Najib tak saman lagi. Macam-macam sebab dia bagi dan berdolak-dalik dia buat.
Kalau tak buat salah dan WSJ auta samanlah cepat-cepat. Minta ganti rugi RM2.6 bilion dan kongsi dengan rakyat jelata yang tengah susah.
Rezeki terpijak ala-Aladin
Cerita dermawan Arab ini lebih hebat daripada cerita Ali Baba Dengan Lampu Ajaib. Mula-mula sembunyi. Lepas itu kata seorang Arab derma. Kemudian beberapa orang Arab. Lepas tu Raja Arab (Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz A Saud yang mangkat Januari 2015). Yang paling baru seorang bernama Saud Abdulaziz Al Saud. Jabatan Perdana Menteri pun turut sahkan cerita terbaru ini.
Yang peliknya, mula-mula semua penyokong Mohd Najib kutuk program televisyen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pasal skandal duit dia. Ada yang kata fitnah. Ada yang kata dendam. Ada yang kata karut.
Tapi dok tak dok semua lompat macam kera kena belacan bila rancangan itu siarkan sepucuk surat tahun 2011 yang kononnya dari seorang bernama Prince Saud Abdulaziz Al-Saud.

Adik PM nafi guna pekerja bank edar AS$7 juta pada PRU13


Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak menafikan menggunakan kakitangan banknya untuk mengagihkan wang AS$7 juta yang diterima daripada abangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebelum pilihan raya umum lalu.
Beliau memberitahu Edge Financial Daily minggu lalu bahawa beliau mengarahkan pengurus perhubungan, yang mengendalikan akaunnya, untuk mengagihkan dana itu.
“Akaun perbankan saya di CIMB... Tiada apa yang pelik dalam isu ini. Semuanya dilakukan dengan telus,” katanya.
Akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) yang mula-mula melaporkan berita itu mendakwa dana-dana itu diedarkan oleh kakitangan bank.
Dalam laporan WSJ, Nazir mengakui menerima sejumlah wang daripada abangnya.
Nazir memberitahu WSJ bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu di Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada terdapat sumber lain.

RASUAH WANG HARAM


Peduli apa dgn pendedahan skandal RASUAH WANG HARAM anak Najib Razak.... tak penting bagi TV3.. rumah 30 tahun pemimpin pembangkang cina-DAP lebih penting..

Lebih lanjut.. https://t.co/WtNAQac6Nc

Bapa Borek Anak Rintik..

British Virgin Island adalah antara beberapa pulau yang diketegorikan sebagai "offshore financial industry" dimana pemimpin, ahli keluarga, kroni menyembunyikan kekayaan mereka dari sumber yang meragukan.. Selain BVI, Republic of Panama, Anguilla, Dominica, Nevis, Belize, Seychelles, Mauritius, Vanuatu, , , Bahamas, Dubai, Delaware, Gibraltar dan Cyprus menjadi pilihan penjenayah kolar putih ini..

KERAjaan buat hutang gila2 TAPI RAKYAT YG KENA TANGGUNG BAYAR GST !!!..

INILAH KERAJAAN MAHA ZALIM, yg mana permulaan kadar GST M'sia adalah 6% (DUA KALI GANDA DARI S'PORE) wpon pendapatan per kapita rakyat M'sia hanya hampir separuh lebih rendah berbanding pendapatan per kapita rakyat S'pore..

Jika nak laksana GST tu lihatlah kemampuan pendapatan rakyat terlebih dahulu.. TAHULAH HUTANG NEGARA TERKINI DAH CECAH RM833.7 BILION...!!

Senang jadi KERAjaan BN bayar hutang #1MDB


KERAjaan kutip #GST RM116.7 juta sehari.
1MDB byr bunga hutang shj dah RM7.4 juta sehari.

Buat hutang berpuluh2 bilion ringgit..
Bila cemas nak bayar hutang..
Gelabah.. cepat2 terus laksana GST..

MUDAH BUKAN !!!

Pikir la kami ni tertekan sebab KEZALIMAN kalian!!

Azizah Belum Sedia Sepentas Dengan Tun Mahathir

Lebih baik beli perdana menteri daripada beli pengadil, kata TMJ

Najadi: Jika PM mudah pindah berbilion, begitu juga pengganas

Anak Najib antara yang dinamakan dalam ‘Panama Papers’

1MDB perlu jelaskan pindahan AS$1.4b ke firma BVI

Himpunan Mansuh GST sangat berjaya, kata peserta

Peserta yang hadir ke perhimpunan Turun Najib, Mansuhkan GST Sabtu lepas menyifatkan perhimpunan itu sangat berjaya kerana kesanggupan mereka meredah cabaran cuaca yang panas membahang untuk membuat bantahan.
"Sebagai yang hadir sendiri ke perhimpunan, saya tetap katakan himpunan kelmarin sangat berjaya.
"Yang tetap turun kelmarin meninggalkan kediaman yang selesa seterusnya sanggup mereda cabaran cuaca panas yang membahang, bahkan jauh lebih perit berbanding cabaran gas pemedih mata dan air berkimia polis; adalah pejuang-pejuang rakyat yang tegar," kata Aiman Athirah Aljundi, AJK Parti Amanah Negara (Amanah) dalam satu kenyataannya.
Bagi beliau, berjuang meninggalkan kediaman yang selesa adalah jauh lebih baik dan mulia daripada bergosip dari ruang yang selesa.
PAS hari ini menyifatkan, kehadiran kurang memberansangkan di himpunan anti-GST semalam adalah bukti kekuatan PAS, kata timbalan presiden parti Islam itu Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Dalam konteks dari jumlah kehadiran mungkin gagal, sebab PAS tak menyertai. Kalau PAS sertai (himpunan itu) jumlahnya lebih besar," katanya di Putrajaya hari ini.
Menurut Aiman Athirah, yang tidak turun tanpa sebarang alasan munasabah, anggap sahaja mereka sokong "Regim Rasuah" dan dasar-dasar Regim Rasuah.
"Yang bersedih di rumah kerana tidak dapat hadir akibat ongkos yang tiada, bersabarlah. Kami wakili anda semua," katanya.
Beliau 'salute' kepada rakan-rakan pejuang tegar perhimpunan semalam. "Walaupun masih ramai yang cuba mencari tempat yang redup (sehingga suasana itu diambil kesempatan dalam manipulasi berita bergambar), tetapi hakikatnya semua yang hadir tetap merasa kehangatan bahang yang sama,"katanya merujuk kepada sekeping gambar dari udara yang menunjukkan orang tidak ramai kerana berada di bawah pokok.
"Iyya, panas dan bahang kita di Dataran Merdeka nampak di mata dan terbakar di kulit.  Sedangkan panas derita dan bahang amarah rakyat susah di pelosok negara akan terus membakar di dalam dada.
"Ingat, kelmarin bukan permulaan dalam kita merencana kebangkitan rakyat mendesak Najib undur," kata Aiman yang pernah beberapa kali ditahan kerana menyertai tunjuk perasaan.





Himpunan Mansuh GST memberangsangkan, kata komander program


Mohamad Sabu di himpunan Mansuh GSTMohamad Sabu di himpunan Mansuh GST
Himpunan aman Undur Najib Mansuhkan GST Sabtu lalu mencapai sasaran dan penyertaan rakyat adalah memberangsangkan walaupun dirancang hanya dalam masa seminggu.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu yang juga komander himpunan berkata, beliau berpuas hati dengan penyertaan pelbagai kaum dalam himpunan tersebut.
“Himpunan semalam mencapai target walaupun orang-orang Tiong Hua ada perayaan Qing Ming dan ramai yang balik kampung.
“Memang sasaran sebanyak itu sahaja kerana kita tak buat sebesar seperti Bersih gerakan dalam masa enam bulan tapi himpunan ini hanya dalam masa seminggu,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah Negara di ibu negara semalam.
Bagaimanapun beliau memahami kurangnya penyertaan rakyat di di luar Kuala Lumpur adalah kerana mereka tidak mampu untuk membiayai kos perjalanan ke ibu negara.
“Orang-orang kampung yang selalu hadir kali ini agak kurang terutama penoreh getah mereka nak bayar tambang nak datang ke Kuala Lumpur pun mereka kurang mampu. Tapi saya berpuas hati dengan kehadiran semalam,” katanya lagi.
Sementara itu pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad menyanggah dakwaan bahawa parti itu tidak mampu mengerahkan rakyat untuk berhimpun.
“Dakwaan kita tak mampu nak kerahkan rakyat turun ke jalan raya tak tepat sebab kita tengok rakyat memenuhi Dataran Merdeka semalam. Dengan cuaca panas, rakyat tetap turun walaupun ada yang tidak dapat tunggu sehingga habis himpunan,” katanya.
Timbalan presiden Pas selepas merasmikan mesyuarat agung Pas Kawasan Putrajaya sebelum itu seperti dilaporkan media berkata, penyertaan kurang memberangsangkan dalam himpunan tersebut kerana Pas tidak menyertainya.
Beliau berkata, ia juga membuktikan kekuatan Pas.

Saya berminat membeli PM daripada membeli pengadil -TMJ

Beliau menjawab tuduhan pengguna media sosial yang mendakwa TMJ membeli pengadil untuk menang perlawanan bola sepak.
tmj
PETALING JAYA: Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim lebih berminat membeli Perdana Menteri dan jadikan dirinya Perdana Menteri menggunakan wang yang dimilikinya berbanding membeli pengadil bola sepak untuk memenangi perlawanan.
Beliau berkata demikian bagi menjawab komen pengguna media sosial yang mendakwa JDT membeli pengadil.
“Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak.
“Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit,” katanya seperti yang disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers.
TMJ juga menafikan tuduhan semua berkenaan JDT melibatkan wang sebaliknya beliau mengajak rakyat berfikir banyak wang telah hilang dalam negara tetapi tiada siapa yang menyiasat termasuk RM100 juta dana Kementerian Belia dan Sukan yang dilaporkan diseleweng.
“Anda sepatutnya lebih bimbangkan perkara tersebut berbanding terhadap kewangan JDT. JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar,” katanya.
Menjawab tuduhan beliau suka menunjuk harta, TMJ berkata, beliau lebih kasihan dengan individu ‘buta’ dan berfikiran sempit seperti itu yang terpaksa membayar GST.
“Saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan paling suka. Kerana anda buta,” katanya.
TMJ berkata, salah untuk mengatakan pasukan Harimau Selatan sentiasa menang perlawanan kerana JDT pasukan paling kaya di negara ini.
“Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya,” katanya seperti menyindir.
TMJ juga berkata, JDT akan ‘terus membunuh’ bola sepak tempatan dengan meraih lebih banyak kejayaan peringkat antarabangsa dan membiarkan FAM ‘membantu bola sepak’ dengan mendapatkan sumber kewangan dan hanya memberi tumpuan Piala Suzuki.