Sabtu, 2 April 2016

Polis diminta siasat segera skandal terbaru RM4.2 bilion libatkan Najib


20160402_104900
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Satu laporan polis dibuat hari ini menggesa siasatan segera terhadap skandal terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan sejumlah wang RM4.2 bilion seperti dibongkarkan oleh stesten TV Australia.
20160402_105537Laporan itu merujuk kepada dokumentari “State of Fear-Murder and Money in Malaysia” dalam rancangan Four Corners stesen Australia Broadcasting Corporation (ABC) baru-baru ini mengenai tiga bayaran yang dibuat kepada akaun Perdana Menteri yang mencecah RM4.2 bilion dan bukannya RM2.6 bilion seperti yang diakui kerajaan sebelum ini.
“Ada sebahagian jumlah wang ini didakwa digunakan untuk membeli barangan perhiasan dan pakaian dan membiayai percutian, adakah ini benar?
“Syarikat Jakel Trading didakwa menerima 14 juta USD (anggaran RM55 juta) dalam tempoh 4 tahun antara 2010 – 2014, adakah ini benar?” laporan berkenaan dipetik.
Hadir dalam membuat laporan polis itu di sini adalah Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli; aktivis DAP Ronnie Liu dan beberapa aktivis Otai Reformasi.
Laporan yang dibuat Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan dan NGO Otai Reformis itu juga berkata pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan Four Corners ini mengesahkan  kenyataannya sebelum ini bahawa wang tersebut datang dari keluarga Diraja Arab Saudi, namun jumlah yang disebut oleh Perdana Menteri tidak sama dengan apa yang dilaporkan dalam program televisyen berkenaan.
“Laporan ABC menyatakan hanya USD155 juta dari Arab Saudi dan bukan USD681 juta seperti yang didakwa dan diakui oleh Perdana Menteri, mengapakah berlaku perbezaan yang besar ini?” soal laporan itu.
Justeru, laporan itu meminta pihak polis untuk menyiasat segera dimanakah sejumlah RM4.2 bilion tersebut.

Rakyat diseru sokong mansuh GST, desak Najib undur


KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Pakatan Harapan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menuntut pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
ceramahSatu daripada pelbagai usaha tersebut adalah dengan menyertai himpunan Undur Najib Mansuh GST yang akan berlangsung di sini, petang ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata penyertaan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dalam himpunan itu akan membuka mata kerajaan pimpinan Najib bahawa rakyat tekad mahukan perubahan dalam dasar dan pentadbiran negara.
“Ada banyak sebab mengapa kita mahu Najib undur dari jawatannya. Salah satu sebabnya ialah pelaksanaan GST yang seperti kita dapat lihat, sangat membebankan rakyat.
“Lebih-lebih lagi, ia dilaksanakan dalam keadaan ekonomi tidak stabil dengan masalah pendapatan negara dan kos kehidupan rakyat yang semakin tinggi,” katanya semasa memberi ceramah sempena himpunan Undur Najib Mansuh GST di Dewan Cina malam tadi.
Menurutnya, selain masalah berkaitan ekonomi yang menghimpit kehidupan rakyat, Najib juga wajib meletakkan jawatan selepas pelbagai skandal rasuah melibatkan dirinya didedah satu-persatu oleh media antarabangsa.
“Memalukan apabila media antarabangsa kini menyenarai skandal rasuah Najib dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai antara skandal rasuah paling teruk di dunia.
“Malaysia yang sepatutnya mendukung nilai demokrasi juga kini digelar sebagai “state of fear” (negara dalam ketakutan) kerana semakin banyak salah guna kuasa dan undang-undang oleh kerajaan untuk menutup mulut rakyat,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha DAP Kebangsaan, Anthony Loke, berkata kerajaan UMNO-BN sudah terlalu kerap membohongi rakyat dengan janji-janji yang kini terbukti palsu, terutama dalam isu GST.
“Genap setahun lepas semasa GST baru dilaksanakan, menteri-menteri BN kata GST itu penyelamat negara. Kononnya tanpa GST, negara akan bangkrap.
“Tapi kini kita dapat lihat bahawa GST cumalah penyelamat kepada Barisan Nasional. Saat rakyat biasa merasakan kesempitan hidup yang melampau akibat GST, pemimpin BN seronok berbelanja mewah di luar negara.
“Bagaimana Najib mahu sedar bahawa GST ini membebankan rakyat? WSJ mendedahkan Najib berbelanja hampir AS$1 bilion guna dana awam. Malah, pada Ogos 2014, beliau berbelanja 750,000 euro dalam satu transaksi di Itali.
“Kita sebagai rakyat mesti beritahu Najib bahawa kita hidup susah kerana GST semasa beliau sedang bermewah-mewah dengan turun ke himpunan ini,” katanya.

Demo #MansuhGST :'Mana ada rakyat beli kain di Jakel berjuta ringgit' - Rafizi Ramli

Demo #MansuhGST:'CGPA 3.85 pun tak guna, kalau tiada nilai kemanusiaan'- Wan Azizah

Demo #MansuhGST :'Kembalikan 744 biasiswa JPA ke luar negarai'- Nurul

Sikap degil Mahathir antara faktor kegagalan Proton - Annuar Musa

TEMERLOH - Sikap degil bekas pengerusi Proton Holdings‎ Berhad (Proton), Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan antara punca kegagalan syarikat pengeluar kereta tempatan itu menjadi kompetitif dalam saingan industri automotif.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan sukar untuk‎ memperbetulkan keadaan kewangan syarikat milik kerajaan itu kerana bekas perdana menteri itu enggan menerima pendapat orang lain.
Annuar Musa "Sekiranya sesiapa dalam syarikat itu menawarkan idea yang berbeza dengan pandangannya (Dr Mahathir), maka orang itu akan menghadapi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno Cawangan Kuala Krau, di sini hari ini.
Semasa di bawah Mahathir juga, katanya, Proton telah melakukan beberapa‎ urusniaga yang menyebabkan syarikat itu berada dalam keadaan terumbang ambing antaranya termasuk kerjasama dengan Group Lotus Plc.
Kelmarin, Mahathir dikatakan telah meletakkan jawatan di empat badan berkaitan kerajaan iaitu Proton, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Tioman.
Proton dipengerusikan Dr Mahathir sejak diasaskan pada 7 Mei 1983.
Annuar berkata walaupun Proton menghadapi masalah kewangan yang serius namun Proton dilihat kebal serta terkongkong dengan idea dan kepercayaan Dr Mahathir.
Beliau berkata pada satu ketika dahulu, Proton pernah menguasai 70 peratus pasaran kereta tempatan dan kini tidak sampai 30 peratus.
"Ini bermakna Proton semasa di bawah Tun Dr Mahathir sebagai penasihat,  bertahun-tahun menghadapi masalah kewangan yang besar, malah kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar untuk memastikannya untuk terus beroperasi," katanya.

Populariti Najib menurun 23%, berundur segera – Nurul Izzah

Desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur dan GST dimansuhkan menjadi semakin jelas hari ini, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
“PM harus sedar popularitinya sudah menurun 23% sejak isu membabitkan skandal dana 2.6 bilion dan 1MDB. Jadi bila rakyat berkumpul hari ini menunjukkan ada desakan rakyat untuk Najib turun dan mansuhkan GST segera,” kata ahli parlimen Lembah Pantai ini.
Nurul Izzah tiba bersama pasukan dari PKR yang berarak ke Dataran Merdeka setelah beliau berjalan dari Central Market.
Populariti Najib menurun 23%, berundur segera - Nurul IzzahDitanya sambutan hari ini terhadap protes GST, Nurul Izzah berkata acara hari ini adalah sebahagian daripada program kesedaran untuk rakyat terhadap GSt.
Beliau yakin jumlah yang hadir dilihat lebih ramai kali ini berbanding bantahan sebelum ini.
“Ini salah satu usaha Pakatan Harapan, NGO dan rakyat untuk berkumpul bagi menolak GST,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata sebanyak 35 bas yang membawa penyokong demontrasi bantah GST hari ini dari Larut, Gopeng, Parit Buntar, Taiping, Lumut, Bukit Gantang, Teluk Intan dan Tanjung Malim telah berkumpul sejak awal pagi tadi di ibukota.

Anti-Najib akan dicantas dalam mesyuarat MT akan datang

Usul yang akan dibawa mengusulkan pemimpin UMNO yang menghadiri atau menandatangani deklarasi untuk menjatuhkan Presiden dipecat
Nazri
KUALA KANGSAR: Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata usul bagi pemimpin UMNO yang terlibat dalam ‘Deklarasi Mahathir’ dipecat daripada parti akan dibawa pada mesyuarat MT akan datang.
Beliau berkata tindakan itu perlu kerana sudah jelas perbuatan itu melanggar disiplin parti.
“Akan diusulkan dalam mesyuarat MT UMNO akan datang agar mereka daripada UMNO yang menghadiri atau menandatangani deklarasi itu untuk menjatuhkan pemimpin (presiden) parti dikenakan tindakan dipecat daripada parti.
“Segala prosedur akan dibuat oleh parti dengan (terlebih dahulu) menghantar surat tunjuk sebab kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung dan Ketua UMNO di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar di sini, hari ini.
Mohamed Nazri berkata beliau percaya laporan tentang pemimpin terbabit telah dibuat kepada jawatankuasa disiplin parti untuk pertimbangan dan siasatan dan hasil laporan itu akan dibentangkan pada mesyuarat MT.
Mohamed Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembabitan pemimpin UMNO dalam Deklarasi Mahathir yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri dan presiden UMNO.

Demo hari ini adalah suara rakyat marhaen

Oleh Mohd Sayuti Omar
Perasaan terharu dan kagum bersekang di dada dengan para demonstran bantah GST dan minta Najib berundur yang diadakan hari ini. Bergenang air mata dan dada menjadi panas apabila melihat foto-foto di wall Fb rakan. Rasa bersalah dan berdosa menyumbat ke jiwa kerana tidak dapat hadir.

Gambar dengan berbagai aksi, cerita dan penuh bersemangat. Mereka semua nekad dan tidak pernah berputus asas memperjuangkan nasib mereka dan rakyat marhain. Mereka mahu supaya Najib Razak yang menganugerahkan masalah kepada mereka berundur dengan segera.

Kerana sesuatu saya tidak dapat hadir. Mis kali ini, tetapi InsyaAllah dilain kali. Mereka yang hadir adalah mewakili saya dan mereka yang tidak dapat hadir kerana terhalang dengan berbagai-bagai masalah dan kengkangan.

Jangan risau kalau pun jumlahnya tidak mencecah puluhan ribu seperti selalu. Demo itu tetap berjaya dan dipantau. Percaya dan yakinlah rakyat marhain, penoreh getah, pemandu teksi, nelayan, penjual kueh, pengayuh beca, peneroka, penganggur, para pensiun dan semua masih bersama anda.

Mereka berpadu dalam wadah media baharu. Mereka berwhatsaap sesama grup, mereka menuturkan apa yang sedang berlaku kini. Kepanasan hawa menimpa negara hari ini adalah kemarahan rakyat kepada pendosa celaka.

Mereka semua, rakuat marhaen menghantar doa dan harapan agar masalah dan kesangsaraan rakyat terlesai. Dan mereka juga bersedia bersama anda semua agar Najib cepat TURUN. Mereka semua hadir dengan penuh keikhlasan tidak diupah, bahkan sedia menanggung risiko tindakan aparat.

Mereka sanggup datang ratusan batu dari Timur, Utara, Selatan, hanya untuk menyatakan perasaan mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan. Dan selepas berjumpa rakan dan rakyat marhaen lain merea berlalu pulang ke kampung halaman dan akan bertemu lagi pada waktu lain, bila diadakan demostrasi.

Derma atau dana 1MDB? Siasatan Luxembourg ada jawapan


Rakyat Malaysia mungkin tertanya-tanya mengapa sebuah negara kecil di Eropah juga melancarkan siasatan global ke atas skandal 1MDB, tetapi hasil siasatan itulah yang akan mempunyai kesan besar ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebagai permulaan, siasatan Luxembourg itu tidak menunjukkan bahawa ia mempunyai sebarang kaitan dengan Najib.
Tetapi siasatan Luxembourg adalah penting kerana ia boleh menyelesaikan kaitan penting - hubungan antara 1MDB dengan beberapa entiti yang telah bermurah hati menyalurkan berbilion-bilion ringgit yang didakwa sebagai derma ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Berita ABC pada Selasa lalu yang memetik rekod bank Najib, mendedahkan bahawa AS$1.051 bilion (RM4.2 bilion) di akaun peribadi perdana menteri berasal daripada entiti seperti Kementerian Kewangan Arab Saudi, Putera Faisal bin Turki bin Bandar Alsaud, Kewangan Tanore (BVI ) dan Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd (BVI).
Pejabat Perdana Menteri mendakwa entiti Arab itu adalah bukti yang Najib sentiasa tegaskan - wang itu adalah sumbangan Arab dan sebarang dakwaan mengaitkannya dengan 1MDB adalah salah.
Jadi bagaimana kaitan ini dengan penyiasatan Luxembourg?
The Wall Street Journal hari ini melaporkan bahawa Kumpulan Banque Privee Edmond De Rothschild Group di Luxembourg yang menguruskan dana untuk pelanggan kaya, mengesahkan ia sedang bekerjasama dengan penyiasat di negara itu bagi menentukan sama ada dana 1MDB mengalir ke dalam bank swasta berkenaan.
Walau bagaimanapun, sebelum pihak berkuasa Luxembourg mengumumkan siasatannya, Sarawak Report pada Januari lalu telah memberi tumpuan kepada Banque Privee Edmond De Rothschild.
Portal pendedah maklumat itu, secara khusus mengeluarkan dokumen yang menunjukkan bahawa akaun Khadem Al-Qubaisi di Banque Privee Edmond De Rotschilde di Luxembourg di bawah nama 'Amanah Vasco’ menerima deposit AS$ 472.75 bilion antara 29 Mei 2012 dan 4 Disember 2012.
Wang itu berasal daripada Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd (BVI), syarikat pesisir luar yang sama yang menyalurkan sekurang-kurangnya AS$120 juta (RM480 juta) ke akaun bank peribadi Najib antara 3 Januari 2012 dan 23 Mei 2012.

Umno Terengganu anggap 2016-2017 'tahun perang'


Umno Terengganu mengisytiharkan 2016-2017 sebagai 'Tahun Perang' sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata Umno negeri sedang mengatur strategi untuk memenangi semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan Parlimen pada PRU nanti.
 "Umno negeri akan mengagihkan bantuan kewangan kepada cawangan-cawangan bagi persiapan bilik gerakan atau membina markas-markas pilihan raya serta menyediakan apa saja keperluan melibatkan RM5,000 setiap cawangan.
"Ini menunjukkan kesungguhan Badan Perhubungan UMNO untuk menghadapi PRU kerana merasakan ini merupakan masa terbaik untuk merapatkan semula saf kepimpinan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis perjumpaan khas kepimpinan akar umbi Umno negeri di Kuala Nerus, hari ini.
Sebanyak 4,401 pemimpin peringkat bahagian, cawangan, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno menghadiri perjumpaan itu.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Serikandi ke-29 di Besut, Ahmad Razif berkata, rakyat Terengganu dilihat semakin matang dan tidak terpengaruh dengan pelbagai isu dibangkitkan pihak tertentu bagi menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Polis tangkap aktivis tampal karikatur Najib di kereta peronda


Gara-gara menampal karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada kereta peronda polis semasa perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur hari ini, seorang aktivis ditangkap.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan bahawa peserta itu ditahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Seksyen ini berkenaan tindakan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
Aktivis Muhammad Zhafran Muhammad Zuhdi, 24 kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Dia sedang berjalan apabila sebuah kereta peronda datang, dia melekatkan karikatur Najib dengan kata-kata tertentu di kereta. Itu tidak betul.
"Ia satu-satunya kes (tahanan). Jika tidak, segala-galanya adalah aman, tiada sebarang masalah," kata Amar kepada Malaysiakini.
Peguam Zhafran, Mohd Ashraf Othman, memberitahu Malaysiakini bahawa anak guamnya ditahan pada kira-kira jam 3.30 petang.
Katanya, akses kepada anak guamnya juga telah dinafikan dan beliau hanya boleh menunggu sehingga esok untuk perintah reman.
"Saya telah tinggalkan nombor saya di balai polis, jadi saya akan tunggu polis untuk menelefon saya," katanya.
Ashraf berkata beliau dimaklumkan belum ada pegawai penyiasat ditugaskan berhubung kes anak guamnya.

Demo #MansuhGST :'Pekerja MAS, PETRONAS dibuang, saya pun dibuang' -Tun M

Protesters voice out on GST at Dataran Merdeka

'Saya pernah rayu Najib jangan laksana GST, dia tidak peduli'

Rangkuman : Himpunan #MansuhGST #UndurNajib, aman dan berjalan lancar

Himpunan Bantah GST: Mat Sabu: Malaysia Terhina Dipersada Dunia

Himpunan Bantah GST: Tun M Panjat Lori, Turun Demi Rakyat

Himpunan Bantah GST: Tian Chua, Nik Nazmi, Faiz Panaskan Himpunan

Himpunan Bantah GST: Saifuddin, Nurul Izzah, Wan Azizah Gamatkan Himpunan

Pilihan raya Sarawak tanpa Anwar dan Nik Aziz

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pilihan raya umum negeri Sarawak akan diadakan bila-bila masa dari sekarang. Ketua Menteri Adenan Satem telah pun menghadap Yang diPertua Negeri, Taib Mahmud untuk meminta perkenan DUN Sarawak dibubarkan. Tarikh bila akan diadakan, tergantung kepada SPR yang akan bermesyuarat dan mengumumkan tarikh-tarikh penting pilihan raya berkenaan.


Dipercayai pilihan raya Sarawak akan berlangsung pada April ini juga. Saya menjangkakan paling awal hujung bulan dan paling lewat awal Mei. Bagaimana pun ia bergantung kepada persiapan pihak BN Sarawak.

Kesegeraan pilihan raya Sarawak akan dilihat kepada penyelesaian beberapa isu yang membelit Najib Razak. Ia tidak boleh dilambatkan kerana isu membelit Najib akan memberi kesan sedikit sebanyak. Isu yang menghentam PM itu tampaknya bukan mudah untuk lengsai.

Dalam pada itu selalunya SPR yang mengaku bertindak adil dan saksama, telus dan terbuka, akan memberi kelebihan (perioriti) kepada parti yang memerintah. Sarawak diperintah BN. Tidak terfikir Pengerusi SPR yang baru Hashim Abdullah, asal Kelantan, bertindak berbeza dengan pengerusi-pengerusi SPR sebelum ini.

Dalam pilihan raya kali ini sebanyak 82 kerusi dipertandingkan dengan tambahan 11 kerusi baru apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri diluluskan. Parti PBB yang menjadi parti tunggak BN di Sarawak menyakini mereka akan menang besar. Keyakinan itu ada asasnya. Antara sebabnya populariti Adenan sebagai ketua menteri baharu menggantikan Taib. 

Kedudukan atau pencapaian pada pilihan raya lalu, parti bekas pimpinan Taib Mahamud itu mendapat 35 kerusi, manakala regunya daripada SUPP mendapat enam (6) kerusi, SPDD juga enam (6) kerusi dan PRS memperolehi 8 kerusi. SUPP mengalami kekalahan teruk dan memalukan, ini termasuk presidennya sendiri yang juga Timbalan Ketua Menteri, George Chan Hong Nam tewas.

Kemerosotan parti Cina itu menunjukkan peningkatan dan penerimaan DAP di kalangan masyarakat Cina di negeri Bumi Kenyalang itu menggalakkan. DAP yang sebelumnya mempunyai 6 (enam)  kerusi meningkat 12 kerusi, kebanyakan kerusi dimenangi di kawasan bandar. Senario itu juga menyebabkan apa yang menjadi tumpuan dalam pilihan raya kali ini dari kalangan oposisi ialah DAP, bukan PKR atau Pas.

Untuk pilihan raya kali ini DAP mensasarkan bagi menafikan majoriti 2/3 BN di DUN Sarawak. DAP tidak bernafsu besar untuk memerintah Sarawak. Apa dilakukan parti itu mengukur baju dibadan sendiri dan senantiasa bersikap tasamuh. Ia jauh lebih rasional berbanding parti agama Pas yang bercadang untuk letak 11 calon walaupun tenaga dan kemampuan batin kurang. Dalam pilihan raya lalu Pas letak 5 calon, semua kalah.

Hasrat Pas itu tidak masuk akal, melainkan ia sebagai hendak tunjuk "agah" sahaja itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah). Pas seharusnya tidak berkeras dan berbalah dengan Amanah. Parti itu harus berbaik dan berpakat dengan bekas rakannya itu bagi menghadapi pilihan raya Sarawak. Cubalah berpolitik secara "berpancabudi". Kalau ini dipraktikan mungkin hasrat Pas untuk mendapat kerusi sulung akan berjaya.

Peristiwa Penting Akan Berlaku?

A Kadir Jasin

ADA beberapa perkembangan yang mengganggu fikiran saya yang saya hendak kongsi dengan pembahas dan pembaca sekalian.
 
Sebelum dan selepas Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan sokongan beliau kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak pada 24 Mac, saya telah menerima beberapa mesej “anonymous” melalui blog ini dan sistem pesanan ringkas (SMS).
Kesemuanya dalam bentuk rahsia atau untuk makluman saya sahaja.
Sebagai wartawan, maklumat seperti ini amat saya hargai tetapi pada masa yang sama menyebabkan saya dalam dilema – serba salah sama ada menghormati amanah agar tidak dihebahkan atau mencari jalan pintas untuk menyiarkannya.
Saya tahu salah seorang yang menghantar maklumat sulit itu. Dia amat akrab dengan Tengku Razaleigh sehinggalah Tengku Razaleigh menandatangani “Deklarasi Kelantan” itu. Kami sama-sama mengenali Tengku Razaleigh hampir 40 tahun.
Kata kawan saya itu, setelah apa yang Tengku Razaleigh lakukan dia tidak lagi hormat dan percaya kepada bekas menteri kabinet itu dan lantas mengikrarkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ada masa dia tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri itu.
Penghantar-penghantar mesej tanpa nama yang lain memang tidak saya kenali walaupun mereka mungkin pembahas blog ini yang menggunakan nama samaran.
Ada perkara dalam mesej mereka menyamai pandangan saya mengenai muslihat tersurat dan tersirat Tengku Razaleigh tiba-tiba mengubah hala menyokong Mohd Najib dan ada yang bercanggah dengan pendapat saya.
Mereka kata, Tengku Razaleigh tidak makan dedak!
Salah seorang daripada mereka begitu yakin dan terperinci (precise) memberitahu saya bahawa sesuatu yang penting akan berlaku dalam masa singkat. Beliau memberi bilangan hari. Mesej itu dihantar sebelum Tengku Razaleigh berikrar setia kepada Mohd Najib.
Yang terbaru, seorang pembaca menghantar maklumat menggunakan pengenalan “anonymous” dengan pembuka kata “sekadar utk pengetahuan Dato (bukan untuk siaran).”
Beliau pun mempunyai maklumat yang lebih kurang sama iaitu tindakan Tengku Razaleigh mempunyai matlamat tersirat yang akan jadi kenyataan dalam jangka masa terdekat.

Rakyat usung sepanduk ‘Undur Najib, Mansuh GST’ dalam panas terik

KUALA LUMPUR 2 APRIL: Cuaca panas terik tidak mematahkan semangat rakyat untuk berhimpun menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara petang ini.
Orang ramai mula berkumpul 2 petang tadi di empat lokasi berkumpul utama – Pasar Seni, Sogo, Kampung Baru, sebelum berarak ke Dataran Merdeka, ‘check point’ terakhir perhimpunan.
bantah gstDi Pasar Seni, lebih 200 peserta berkumpul dan rata-rata mereka hadir berikutan kecewa dan marah dengan pelaksanaan cukai itu, menyebabkan mereka tertekan ekoran kos sara hidup semakin meningkat.
Peserta turut membawa sepanduk antaranya ‘Undur Najib, Mansuh GST’, ‘Koruptor Rajanya Maling’.
Berucap di hadapan pintu masuk Pasar Seni, Ketua Penerangan KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tujuan utama himpunan ini diadakan bagi menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beundur dari jawatannya dan menuntut supaya GST dimansuhkan.
“Kita sudah tahu bahawa negara kita dalam keadaan ekonomi yang parah kerana tiga sebab utama iaitu GST, kedua kerana skandal 1MDB dan ketiga duit derma RM4.2 bilion.
“Oleh kerana itu kita berhimpun sebagai rakyat Malaysia ynag bertanggungjawab dan pimpinan Pakatan Harapan untuk bersama rakyat tunjukkan perasaan kita bahawa kita tidak boleh mempunyai cukai regrasif yang membebankan rakyat.
“Kalau rakyat menanggung beban, kerajaan sepatutnya perlu berusaha untuk menanggung beban rakyat itu, tetapi apa berlaku sekarang sebaliknya,” katanya bersemangat.
Antara pemimpin yang hadir ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Pengerusi Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah; Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan ramai lagi.

Tun M akhiri himpunan “Mansuh GST, Undur Najib”

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Kehadiran Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi kemuncak perhimpunan ‘Mansuh GST, Undur Najib’ yang berlangsung di Dataran Merdeka.
Beliau yang tiba pada jam 5.20 petang bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali disambut dengan sorakan rakyat.
IMG-20160402-WA0002Dalam ucapannya, Tun mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi punca masalah sehingga memaksa GST dilaksanakan.
“Dengarlah suara rakyat yang meminta jangan menekan mereka dengan GST.
“Rakyat berasa teruk dengan kesusuahan yang tidak pernah dirasai.
“Saya sendiri rayu kepada Najib jangan kenalan GST. Dia (Najib) tidak peduli malah laksanakan GST untuk bayar hutang.
“Sebab itu kita mesti jatukan Najib. Dia punca segala masalah yang kita hadapi,” katanya.
Katanya, sebelum ini Malaysia berada dalam keadaan baik tetapi kini rakyat turut terpaksa diberhentikan kerja.
“Saya pun kena buang juga,” katanya secara berseloroh dan merujuk kepada pengguguran beliau daripada jawatan Penasihat Petronas baru-baru ini.
Dalam perkembangan sama beliau turut meminta rakyat menandatangani Deklarasi Rakyat supaya dapat disampaikan kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
“Tolong tandangan deklarasi supaya dapat kita hadapkan rintihan rakyat kepada Raja-Raja Melayu.
“Walaupun tiada dalam Perlembagaan, Raja-Raja dengar suara rakyat. Tanpa rakyat tidak akan ada raja.
“Sebab itu sokongan dan rintihan rakyat perlu didengar Raja-Raja,” katanya.

Demo GST: Rakyat juga tuntut Anwar dibebas

KUALA LUMPUR 2 APRIL: Laungan #Bebas Anwar bergema di hadapan kompleks membeli belah Sogo petang ini, bersama gambar Ketua Umum KEADILAN itu yang turut dibawa peserta himpunan anti GST.
GSTDianggarkan lebih 500 peserta turut melaungkan ‘Mansuh GST, Undur Najib’, ‘Tumbang BN’ yang diketuai oleh Fariz Musa dari NGO Jingga 13 di perkarangan kompleks tersebut.
Rakyat bersama kumpulan Otai Reformis juga menuntut saudara Anwar Ibrahim dibebaskan segera.
“Rakyat perlu bersatu untuk undurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mendesak kerajaan memansuhkan GST.
“Kita perlu terus bersemangat supaya kerajaan batalkan segera cukai rakus ini,” kata Fariz disambut laungan ‘Undur Najib’ sekali lagi oleh peserta himpunan, sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

'Najib akan guna taktik keras untuk terus berkuasa' - Dr Oh Ei Sun


Bekas setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak, Dr Oh Ei Sun percaya perdana menteri akan menggunakan taktik politik keras untuk terus mengekalkan kuasanya.
Katanya, antara cara yang telah digunakan Najib adalah dengan memecat sesiapa sahaja yang membangkangnya termasuk bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya fikir Najib dapat bertahan (memimpin negara) sebab dia sudah dalam politik dekat 40 tahun. Jadi dia juga sangat pandai menggunakan pelbagai tektik politik yang sangat keras dan sebagainya
“Seperti memecat mereka yang bangkangnya dan sebagainya dan dia ada juga kemampuan dari segi itu,” katanya kepada Malaysiakini selepas majlis di Nanyang Alumni Association Malaya hari ini.
Najib kini diserang pelbagai kritikan berikutan terpalit dengan skandal 1MDB, isu derma dari Arab Saudi dan juga sikap boros dalam berbelanja.
Mengulas perkara itu, Oh yang pernah berkhidmat dengan Najib hampir tiga tahun berkata bahawa bekas bosnya itu seorang yang budiman, teguh dan tabah dalam menghadapi sebarang kritikan.
“Najib yang saya kenal seorang yang sangat gentleman teguh dan tabah. Jadi semua ini gelombang-gelombang dapat dia atasi.

Desakan Najib undur semakin panas hari ini


Perhimpunan Mansuh GST semakin panas.Perhimpunan Mansuh GST semakin panas.
Desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur dan GST dimansuhkan menjadi semakin jelas hari ini, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
"PM harussedar popilaritinya sudah menurun 23% sejak isu membabitkan skandal dana 2.6 bilion dan 1MDB. Jadi bila rakyat berkumpul hari ini menunjukkan ada desakan rakyat untuk Najib turun dan mansuhkan GST segera," kata ahli parlimen Lembah Pantai ini.
Nurul Izzah tiba bersama pasukan dari PKR yang berarak ke Dataran Merdeka setelah beliau berjalan dari Central Market.
Ditanya sambutan hari ini terhadap protes GST, Nurul Izzah berkata  acara hari ini adalah sebahagian daripada program kesedaran untuk rakyat terhadap GSt.
Beliau yakin jumlah yang hadir dilihat lebih ramai kali ini berbanding bantahan sebelum ini.
"Ini salah satu usaha Pakatan Harapan, NGO dan rakyat untuk berkumpul bagi menolak GST," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin  berkata sebanyak 35 bas yang membawa penyokong demontrasi bantah GST hari ini dari Larut, Gopeng, Parit Buntar, Taiping, Lumut, Bukit Gantang, Teluk Intan dan Tanjung Malim telah berkumpul sejak awal pagi tadi di ibukota.

Ketika tragedi MH370, Najib shopping cincin RM3.5 juta, dakwa DAP


Antara lakaran kartun yang dibawa semasa himpunan mansuhkan GST.Antara lakaran kartun yang dibawa semasa himpunan mansuhkan GST.
Pemimpin DAP, Anthony Loke menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tidak layak untuk menjadi pemimpin negara yang berjiwa rakyat kerana berjiwa elit dan tidak menjaga kepentingan rakyat.
Setiausaha Organisasi DAP itu berkata, ketika isu MH370, Najib berada di Itali membeli cincin bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang bernilai RM3.5 juta.
"Masa rakyat di Kelantan banjir teruk tahun lepas Najib di mana? Main golf di Hawaii. Sebelum itu shopping.
"Najib Dan Rosmah satu hari shopping habis RM500,000," kata Loke ketika memberikan ucapan di perhimpunan Mansuhkan GST di Dataran Merdeka hari ini.
"Undur Najib. Undur Rosmah," kata Loke memberikan semangat kepada semua hadirin yang terpaksa berhimpun di tengah panas ekoran fenomena El Nino bagi menyatakan bantahan terhadap perdana menteri Malaysia itu.
Katannya, walaupun kehadiran hari ini tidak seramai perhimpunan tahun lepas tetapi perjuangan akan diteruskan.
Bagi ahli parlimen Seremban itu, Najib tidak layak jadi perdana menteri ekoran dakwaan 42 bilion masuk ke akaun pribadi beliau dan bukannya RM2.6 bilion sebagaimana laporan sebelum ini.   Ekoran itu, beliau mengajak rakyat menetapkan pendirian bagi memastikan  Najib di tumbangkan selewat-lewatnya dalam pilihan raya umum akan datang.

Saya pernah pujuk Najib jangan laksana GST, kata Mahathir


Dr Mahathir berucap di tengah panas di perhimpunan Mansuhkan GST.Dr Mahathir berucap di tengah panas di perhimpunan Mansuhkan GST.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau pernah merayu Datuk Seri Najib Razak agar jangan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tetapi beliau tidak peduli.
"Saya rayu najib mengenai GST, tetapi dia tidak peduli kerana dia banyak hutang.  Sebab itu kita mesti jatuhkan Najib (kerana) dialah punca masalah yang dihadapi kita semua," kata Mahathir ketika turut serta dalam perhimpunan Mansuhkan GST di Dataran Merdeka hari ini.
Beliau yang turut serta di tengah kepanasan cuaca di ibu kota akibat fenomena El Nino itu berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
Menurut Mahathir, sebelum ini Malaysia di dalam keadaan cukup baik tetapi sekarang ini, 600 pekerja Petronas termasuk beliau telah dibuang.
"Sayapun di buang juga," katanya yang dipecat dari penasihat Petronas dengan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau bersyukur berayukur kerana rakyat sanggup berada dalam keadaan panas untuk menyatakan kepada kerajaan masalah yang dihadpai rakyat.   "Malangnya Najib pekak bisu. Bila ada tunjuk perasaan, dia akan tafsir orang Cina nak jatuhlan kerajaan Melayu.
"Tapi kini orang Melayu dan Cina pun ada," katanya merujuk kepada perhimpunan hari ini yang disertai pelbagai kaum. Dalam himpunan Bersih 4, orang Cina yang paling ramai menyertai himpunan itu.

Himpunan Mansuh GST berakhir aman dengan bacaan doa


 5.30 petang
Himpunan bersurai. Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Badrul Amin Baharon.
Dr Badrul Amin Baharon membacakan doa penutup himpunan.Dr Badrul Amin Baharon membacakan doa penutup himpunan.
5.25 petang
Mahathir mengulang gesaannya sebelum ini di Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia di Shah Alam minggu lalu supaya orang ramai menandatangani Deklarasi Rakyat.
"Saya harap perhimpunan ini tidak sia-sia. Najib sudah lama menekan rakyat," ujarnya lagi.

Tun Dr Mahathir berucap di hadapan ribuan demonstran.Tun Dr Mahathir berucap di hadapan ribuan demonstran.
5.20 petang
Mahathir akhirnya tiba di pentas selepas hampir 10 minit bergerak dalam kerumunan peserta himpunan.
"Saya sendiri rayu pada Najib janganlah kena GST tapi dia tak peduli sebab itu kita mesti jatuhkan Najib. Dialah punca segala masalah kita semua.
"Beribu pekerja Mas, Petronas dibuang. Saya pun dibuang juga," ujarnya.
Terdengar suara mendesak bekas Perdana Menteri itu meminta maaf kepada Anwar.
Tun Dr Mahathir dan isteri Toh Puan Dr Siti Hasmah di pentas ucapan.Tun Dr Mahathir dan isteri Toh Puan Dr Siti Hasmah di pentas ucapan.
5.18 petang
"Najib rasuah, Rosmah suruh. Pemimpin Umno makan dedak. Tun Mahathir kata.
"Undur Najib, Lekas-lekas Tun Mahathir. Buka, buka jalan," jerit Mohamad Sabu.
Selama lebih kurang lima minit orang ramai menantikan Mahathir bergerak menuju ke pentas ucapan.
5.10 petang
Seperti dijanjikan Presiden Amanah yang juga Komander Himpunan "Mansuh GST, Undur Najib", Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya tiba di Dataran Merdeka dan dijangka memberikan ucapan.
5.10 petang
"Kita akan teruskan himpunan dan akan turun dengan jutaan orang. Najib rasuah polis, tentera, pegawai rakyat dan kami susah. Bebas Anwar," pekik Presiden Amanah, Mohamad Sabu juga selaku komander himpunan.
Rafizi Ramli dan Nik Nazmi di pentas ceramah.Rafizi Ramli dan Nik Nazmi di pentas ceramah.
4.55 petang
"Kita beri amaran, selepas ini kita akan jatuhkan seorang demi seorang mereka di sekeliling Najib dan Rosmah. Lama sangat mereka makan dedak," kata Rafizi Ramli.
KREATIF... Pelbagai media digunakan demonstran untuk meluahkan perasaan.KREATIF... Pelbagai media digunakan demonstran untuk meluahkan perasaan.
4.44 petang
Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke menyebut ketika isu MH370, Najib berada di Itali membeli cincin bersama Rosmah sebanyak RM3.5 juta.
"Masa rakyat di Kelantan banjir teruk tahun lepas Najib di mana? Main golf di Hawaii. Sebelum itu shopping.
"Najib Dan Rosmah satu hari shopping habis RM500,000. Undur Najib. Undur Rosmah. Walaupun kehadiran hari ini tidak seramai tahun lepas tapi kita harus meneruskan perjuangan," tegasnya.
4.30 petang
Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli mengakui sudah bersedia dengan dua lapis baju kerana khuatir bajunya akan koyak bila ditangkap anggota FRU.
Beliau mengajak para demonstran menyanyikan lagu "selamat mati GST" bagi menyambut ulang tahun pertama pelaksanaan cukai tersebut.
Menurutnya, jika rakyat istiqamah melawan GST, cukai itu akan dihapuskan juga akhirnya.
4.30 petang
Sekumpulan pengamal media bertugas menyiapkan laporan di tempat lebih teduh ekoran panas terik dengan sekali-sekala terdapat tiupan angin.
Petugas media mencari tempat berteduh.Petugas media mencari tempat berteduh.
4.25 petang
Siri ucapan dihentikan sebentar sebagai menghormati laungan azan tanda masuknya waktu Asar dari Masjid Jamek berhampiran lokasi himpunan.
Siri ucapan dihentikan sementara bagi menghormati laungan azan dari Masjid Jamek Kuala Lumpur.Siri ucapan dihentikan sementara bagi menghormati laungan azan dari Masjid Jamek Kuala Lumpur.
4.20 petang
Pengarah Komunikasi Amanah Nasional, Khalid Samad berkata, apabila Pakatan Rakyat menolak GST tahun lalu, pihak kerajaan menuduh sebagai 'keldai DAP' kerana kononnya tauke Cina yang membantah GST.
"Umno penipu guna perkauman sebagai senjata mereka. RM2.6 bilion konon nak halang Cina berkuasa. Awak nak rasuah kata sajalah. Nak laga-lagakan rakyat.
"Nak tanya tentang RM2.6 bilion di Parlimen pun, dia tak berani. Parlimen apa ni?" bidasnya dengan menutup ucapannya dengan hadis menafikan pandangan songsang yang kononnya tidak boleh menjatuhkan pemimpin.
"Nabi berpesan, akan datang pemerintah dalam pembohongan mereka dan membantu dalam kezaliman mereka. Dia tidak kena mengena dengan aku (Nabi Muhammad) dan aku tidak kena-mengena dengan mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menterjemahkan potongan hadis yang mulanya dibaca dalam bahasa Arab itu.
4.16 petang
"Najib dan Umno tidak ada maruah untuk memerintah negara ini," ujar Dr Dzulkefly diakhiri dengan pekikan "Tumbang BN" dan "Reformasi".
Dr Dzulkefly Ahmad berucap membakar semangat hadirin. Turut kelihatan Khalid Samad.Dr Dzulkefly Ahmad berucap membakar semangat hadirin. Turut kelihatan Khalid Samad.
4.05 petang
Giliran anak muda menguasai pentas ceramah dengan nyanyian lagu-lagu pembebasan, "Rakyat Lawan" dengan antara liriknya, "Oh Najib penipu, kami mahu kamu undur."
Turut dinyanyikan, "GST bangsat kami datang, Kami turun ke jalan raya. Satu jiwa sayang Malaysia. GST bangsat hoi dibuang saja."
Diketuai kumpulan pemuzik, Bangsart mereka turut menasihatkan agar anak muda mengutip sampah yang ada di jalan raya.

Pembangkang cabar PM janji tiada kenaikan GST di Parlimen


Seorang wakil rakyat pembangkang Sarawak hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat janji di Parlimen bahawa kerajaan tidak akan menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya negeri akan datang.
 Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen berkata, Najib juga perlu memaklumkan di Parlimen tempoh masa untuk kadar GST sekarang dan tidak menggunakan isu berkenaan sebagai helah atau modal pilihan raya.
"Najib semalam mendakwa bahawa kerajaan tidak akan menaikkan kadar GST selepas pilihan raya Sarawak.
"Kenyataan itu tidak membawa sebarang makna, kerana Najib tidak menjelaskan berapa lama GST pada kadar 6 peratus sekarang akan kekal - satu tahun, dua tahun, atau lima tahun," kata Chong dalam satu kenyataan hari ini.
Chong melahirkan kebimbangan Najib akan menggunakan kemenangan BN pada pilihan raya Sarawak sebagai justifikasi untuk meningkatkan GST.

Demo GST akan digambarkan sebagai himpunan orang Cina – Tun M

Hakikatnya ia tunjuk perasaan aman yang disertai semua bangsa yang terkesan dengan perlaksaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berasa khuatir tunjuk perasaan anti-Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan digambarkan pihak tertentu sebagai himpunan untuk menjatuhkan kerajaan oleh masyarakat etnik Cina.
“Saya bersyukur, rakyat sanggup dalam keadaan panas terik, sanggup berkumpul menyatakan kepada Kerajaan masalah yang dihadapi rakyat.
“Malangnya, Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) pekak dan bisu. Bila ada tunjuk perasaan macam ini, dia akan tafsir percubaan Cina hendak jatuhkan Kerajaan.
“Walhal, di sini Cina, India dan Melayu semua ada,” ujarnya sewaktu berucap di hadapan 3,000 penunjuk perasaan yang berhimpun di Jalan Raja, hari ini.
Dr Mahathir tiba di perkarangan Dataran Merdeka sekitar 5:20 petang dengan ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Kehadirannya disambut diringi laungan ‘Reformasi’ — gema keramat yang suatu masa dahulu mengegarkan pemerintahannya.
Dalam himpunan Bersih 4 Ogos tahun lalu, pecahan ras yang ketara mendorong sesetengah portal dan media mendakwa himpunan didominasi oleh etnik Cina.
Kewaspadaan bekas diktator itu disambut dengan gelak tawa dan sorakan daripada hadirin yang berkumpul dan berarak dibawah terik El Nino bersempena setahun perlaksanaan GST.
Tidak terhenti di situ, Mahathir mendakwa Najib merupakan punca kepada masalah yang berlaku kini.

Dendam kesumat terhadap Tun Mahathir masih bersisa

Segelintir pemimpin dan penyokong himpunan Anti GST secara terang menentang Mahathir sebelum, ketika dan selepas beliau berucap.
Mahathir
KUALA LUMPUR: Nampaknya amarah dalam kalangan pemimpin pembangkang terhadap Tun Mahathir Mohamad masih berkobar, apabila ada yang menyampaikan serangan tersirat terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam ucapan mereka.
Lebih buruk, ada serangan yang dibuat sebaik selepas Mahathir selesai berucap dan sedang turun dari trak yang dijadikan pentas ucapan.
Pemimpin PKR, Badrulamin Bahrom yang ditugaskan membaca doa penutup, sempat berucap, “semoga Tuhan memberikan balasan kepada “mereka yang zalim” ketika mereka masih hidup.”
“Kamu ingat kamu Mahafiraun, tapi Mahafiraun pun tenggelam dalam lautan. Kamu ingat kamu Mahazalim, tetapi Tuhan akan hancurkan orang yang zalim,” katanya.
‘Mahazalim’ dan ‘Mahafiraun’ adalah nama yang digunakan pembangkang untuk merujuk kepada Mahathir, terutama ketika era Reformasi selepas ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kabinet pada 1998.
Malah, Badrulamin dalam bacaan doanya berkata, “Hukumlah mereka yang mula-mula memenjarakan Anwar, dan yang terus memenjarakan Anwar.”
Ketika Mahathir selesai memberikan ucapan dan masih di pentas, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dengan nada bergurau berkata, “Jangan bimbang, Tun sudah berusia, dia takkan jadi Perdana Menteri semula,” yang mana katanya itu disambut ketawa hadirin.
Segelintir penyokong turut menjerit meminta Mahathir supaya berhenti.
Dengan menutup mulut mereka, mereka melaungkan perkataan “Reformasi!” dan “Undur Mahathir!” dari belakang pentas ketika ahli politik veteran itu berucap.
Kebanyakan mereka adalah ahli PKR termasuk Badrul Amin sendiri sebelum diumum untuk membacakan doa penutup.

Mahathir buat kejutan, hadir himpunan anti-GST


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini hadir pada perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran Pakatan Harapan yang juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ketibaan beliau telah diumumkan oleh Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu yang membuat ucapannya di atas sebuah lori kecil.
Oleh kerana ribuan yang berhimpun, Mohamad menggesa peserta perhimpunan dan media untuk memberi laluan kepada pemimpin berusia 90 tahun itu.

Mahathir kemudiannya mengambil tempatnya di pentas lori dan berkata beliau sendiri telah meminta Najib untuk tidak melaksanakan GST tetapi beliau meneruskan juga rancangan itu kerana mahu "menyelesaikan hutangnya".
“Sebab itu kita mesti jatuhkan Najib, dia lah punca masalah yang dihadapi kita semua sekarang," katanya.
Sambil mengambil contoh 6,000 kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) yang diberhentikan dan 1,000 pekerja Petronas mengalami nasib sama, Mahathir berkata, seolah-olah adalah begitu mudah untuk memecat mereka.
"Saya juga kena buang juga," katanya merujuk kepada pemecatan beliau sebagai penasihat Petronas, sambil disambut gelak ketawa dari orang ramai.
Sementara itu, Mahathir berkata beliau menghargai hakikat bagaimana ribuan berkumpul walaupun panas terik semata-mata untuk mluahkan masalah mereka kepada kerajaan.
"Tetapi malangnya, Najib pekak dan bisu. Apabila ada demonstrasi seperti ini, dia akan mentafsir ia seolah-olah orang Cina yang cuba menjatuhkan kerajaan," katanya.

Izzah: 'Ya memang panas, tapi dalam hati lagi panas'

Nurul Izzah: 'Ya memang panas, tapi dalam hati lagi panas'
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menghargai kehadiran peserta Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka hari ini kerana sanggup ‎berpanas terik di dataran tersebut.
Ujarnya, kesanggupan mereka itu membuktikan bahawa mereka membantah pelaksanaan cukai tersebut.
"Hari ini kita berkumpul untuk menyatakan kesedian kita melawan rejim yang zalim.
"Kalau ada orang kata panas (cuaca) ‎, ya memang panas, tetapi dalam hati ini lagi panas. Bukan sahaja (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dipenjara...bisasiswa JPA keluar negara  dipotong, kita pula ‎dicukai habis-habisan oleh BN," katanya dalam ucapan  di hadapan lebih 3,000 penyokong.
Berbicara lanjut, Nurul Izzah berkata, apa yang dikehendaki oleh rakyat ialah mengembalikan semula dana kepada mereka.
"Ada yang tanya, kalau panas begini kita tak mampu bertahan...bagaimana nak lawan BN? Percayalah hari ini...kita mahu dana rakyat dikembalikan, kita mahu GST dimusnahkan, kita mahu pemimpin rasuah dikenakan tindakan,"katanya.

Panas terik tak halang peserta hadir himpunan anti-GST


Keadaan cuaca yang panas terik tidak menghalang peserta daripada membanjiri jalan-jalan dari kompleks beli-belah Sogo menuju ke Dataran Merdeka bagi menyertai perhimpunan membantah Cukai dan Perkhidmatan (GST).
Peserta juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Suasana yang seolah-olah suatu karnival itu menyaksikan peserta datang dalam baju -T hitam sambil membawa plakad yang mempamerkan bantahan mereka terhadap GST dan Najib.
Gerai jualan barangan anti-GST dan 'Undur Najib' berderetan sepanjang jalan dengan tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk menjual air botol dan makanan ringan.
Berbeza dengan perhimpunan sebelum ini yang bergema dengan slogan 'Bebas Anwar' dan 'Reformasi, kali ini peserta melaungkan 'Mansuh GST' dan juga 'Najib pui!'.

Ketika ini, peserta perhimpunan sedang berlegar-legar di hadapan Dataran Merdeka kerana akses dan laluan mereka telah disekat oleh polis.
Yang menarik, perhimpunan hari ini terdiri daripada sebahagian besar peserta Melayu.
Ini bertentangan sama sekali dengan perhimpunan BERSIH 4 tahun lalu yang menyaksikan lebih ramai masyarkat Cina sehingga mencetuskan Gerakan Merah yang dikaitkan dengan Umno membuat perhimpunan susulan selang beberapa minggu kemudian.
Seperti perhimpunan lain yang dianjurkan oleh pembangkang, majlis hari ini menyaksikan pemimpin Pakatan Harapan membuat ucapan terutama mendesak peletakan jawatan Najib dan membidas GST, yang genap setahun dilaksanakan tahun lalu, semalam.

Kreativiti sub-budaya punk warnai himpunan anti-GST

‘Kami semua penghasut’, ‘koruptor rajanya maling’ dan ‘the joke is all on us’ menonjol dalam kalangan ribuan yang hadir
Demo GST
KUALA LUMPUR: Seperti himpunan-himpunan sebelum ini, perhimpunan anti-GST hari ini juga menjadi medan rakyat menunjukkan kreativiti masing-masing, antaranya melalui poster yang dibawa.
Namun kali ini, kreativiti penunjuk perasaan mengambil ilham daripada sub-budaya punk.
Seorang peserta yang hanya ingin dikenali sebagai Acek mengambil tajuk lagu kugiran Indonesia, Marjinal bertajuk ‘koruptor rajanya maling’ untuk posternya yang menggunakan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh aktivis Fahmi Reza.
Beliau berasal dari Kuala Berang, Terengganu dan datang ke Kuala Lumpur berseorangan hanya untuk menyertai himpunan ini.
“Sampai pagi tadi memang untuk ikut demonstrasi anti-GST. Malam ni saya terus pulang ke Terengganu,” katanya lagi.
Malah, tidak sedikit yang memakai pakaian yang tertera imej ‘Kita Semua Penghasut’ di himpunan anti-GST hari ini.
Selain kemeja T, turut kelihatan peserta yang memakai penutup mulut yang tertera imej tersebut.
Kempen ‘Kita Semua Penghasut’ dicetuskan aktivis Fahmi Reza bagi menyatakan bantahan kepada kerajaan terutama dakwaan kerajaan yang bertindak ‘menutup mulut’ pihak yang menyuarakan kritikan.
Turut kelihatan adalah poster Najib yang mengikut konsep muka depan album single kugiran dari Britain, Sex Pistol bertajuk ‘God save the queen’.
Menggantikan teks tersebut adalah perkataan ‘Failed’ dan ‘the joke is all on us’.

Setahun GST: Geng oren 'serang' KL

Setahun GST: Geng oren 'serang' KL
KUALA LUMPUR - Lebih 200 orang memakai baju berwarna oren 'menyerang' Kompleks Sogo, di ibu negara bagi menyertai Himpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini.
Menurut penganjur Mohd Rayme Rahman, kumpulan itu daripada ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dan datang dari seluruh Malaysia.
"Ada yang datang dari Kedah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan lain-lain," katanya kepada pemberita hari ini.
Kedatangan mereka diketuai oleh Presiden Amanah, Mohammad Sabu dan disertai oleh beberapa pemimpin kanan Amanah yang lain.

Mahathir: Penulis surat perlu jawab soalan kekayaannya



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu penulis di belakang surat yang dikatakan menjanjikan sumbangan ribun jut ringgit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjawab beberpa soalan penting yang berkaitan dengan 'derma' itu.
Mahathir dalam blognya hari ini, berkata penulis surat itu perlu menjawab soalan mengenai sumber kekayaan, bank serta cara jumlah wang yang besar dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
Bekas perdana menteri itu juga menegaskan terdapat perbezaan antara tarikh surat berkenaan dan waktu apabila orang ramai mendapat tahu tentang ‘derma’ tersebut dan mempersoalkan wang dalam akaun peribadi Najib tahun lalu.
Mahathir berkata, surat - bertarikh 1 November 2011 - telah menjawab semua soalan yang hanya dituntut tahun lalu selepas Wall Street Journal mendedahkan AS$681 juta berada di akaun peribadi Najib.
"Surat ini sepatutnya membuktikan bahawa wang itu adalah hadiah namun ia penuh dengan percanggahan mengenai tarikh, jumlah wang dan kekerapan pembayaran.
"Ia seolah-olah penulis, yang mendakwa sebagai 'Putera Saudi Abdulaziz Al-Saud’ pada tahun 2011 mengetahui bahawa pada tahun 2015 kewujudan 'hadiah' brkenaan akan diketahui, terdedah dan penjelasan akan diperlukan,” kata Mahathir.
The Australian Broadcasting Corporation (ABC) telah menerbitkan surat daripada Abdulaziz kepada Najib Selasa lalu.
Dalam surat itu, putera berkenaan menjanjikan AS$375 juta kepada Najib dengan menyatakan bahawa perdana menteri boleh melakukan apa sahaja yang disukainya dengan hadiah berkenaan.
Sementara itu, dalam nada sinis, Mahathir berkata siaran episod selama sejam oleh ABC akan "menjelaskan segala-galanya".

Bacaan Doa Akhiri Himpunan Bantah GST

Ucapan Pemimpin Bakar Semangat Peserta Himpunan

Himpunan Bantah GST: Panas Bukan Halangan Berhimpun

#KitaSemuaPenghasut turut bersama demo bantah GST

'Jangan sampai OKU seluruh dunia bersatu jatuhkan Najib'

'Reformasi' sambut Mahathir di demo bantah GST

Rayuan Peserta Gamatkan Himpunan Bantah GST

Kehadiran Tun M Tambah Semangat Peserta Himpunan Anti- GST

Himpunan Bantah GST: Suasana Perhimpunan Terkawal

Perhimpunan Bantah GST di Dataran Merdeka

Himpunan Bantah GST dan Undur najib

Wan Azizah mocks Ahmad Maslan over GST

Mat Sabu: Najib kepala rasuah, mari bersatu tolaknya

'Najib, Rosmah dan konco akan disumbat ke Sungai Buloh'

Cukai GST untuk beli kain berjuta-juta ringgit, kata Rafizi

Dr. M pulls up at anti-GST rally in a Porsche

Rafizi: Apologise to the people

Pantun GST, reformasi dan Anwar Ibrahim pukau himpunan

Khalid Samad: Umno unfit to rule Malaysia

Pemain harmonika ceriakan suasana himpunan

Peserta nyanyikan NegaraKu diiringi pemain harmonika

Ribuan peserta sertai Himpunan Bantah GST, Undur Najib

Peserta bergerak dari Sogo ke Dataran Merdeka

Kerajaan keparat ada hati naikkan kadar GST kata MP

Kumpulan Payung Merah bergerak ke Dataran Merdeka

Peserta Bantah GST dan Undur Najib berarak ke Sogo

'Undur Najib' mula bergema di ibu kota

Pricey anti-GST tees at rally

1 Tahun GST: Peserta dari Masjid Kg Baru berarak ke Dataran Merdeka

HANCUSS NEGARA DEK MENTERI MACAM NI....BELANJA BERATUS JUTA..!!!

Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang menteri pada 30 Mac 2016.

Tapi ini yang berlaku pada 2 April 2016.
Kalau cakap politik dan membelasah orang lain, menteri ini memang tak perlu diperkenalkan lagi, tapi jika berkaitan dengan negara, prestasinya sungguh memalukan sekali.

Sebelum ini, katanya, penurunan ringgit baik untuk sektor pelancongan negara. Namun kemudian, tanpa malu-malu mengaku di Parlimen kedatangan pelancong berkurangan 2 juta orang pada tahun 2015 yang lalu.
Kini cakapnya mengenai keselamatan Sabah pula tak pakai sama sekali dan memalukan negara sekali lagi.

Apakah beliau cakap main bedal saja atau setelah mendapat laporan daripada pihak-pihak berkuasa mengenai keselamatan?

Hancus negara dek menteri macam ni...

RM4.2b dalam akaun Najib: Pembangkang lapor polis, mahu PM disiasat

RM4.2b: Pembangkang lapor polis, mahu PM disiasat
Hatta (empat, kanan) bersama Lip Eng (kanan) menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Dang Wangi, hari ini.
KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin Pakatan Harapan mahu polis segera menyiasat laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang mengesahkan wang  didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja  Arab Saudi.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli mendakwa, ada tiga bayaran ke dalam  akaun Perdana Menteri yang didedahkan mencapai kira-kira RM4.2 bilion dan bukannya RM2.6 bilion yang diakui.
"Kami mohon polis siasat perbezaan yang besar jumlah ini dan siapa yang memasukkan ke dalam akaun tersebut.
"Ada sebahagian jumlah wang ini didakwa digunakan untuk membeli barang perhiasan, pakaian dan membiayai percutian. Persoalannya, adakah ini benar.
"Ketiga, ada  sebuah syarikat tempatan didakwa terima RM50 juta dalam empat tahun antara 2011 hingga 2014. Adakah ia juga benar," katanya ketika membacakan laporan dibuat Pengerusi DAP Selangor, Ronnie Liu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen  Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Beliau berkata, pihaknya kini ingin mengetuai dimanakah wang RM4.2 bilion itu sekarang.
"Sekali lagi kita minta polis siasat perkara ini dengan kadar segera," katanya.

WSJ: Dana AS$155 juta 1MDB biayai 'Wolf of Wall Street'


Siasatan di dua negara mempercayai dana 1MDB berjumlah AS$155 juta (RM603 juta) disalurkan ke syarikat produksi Red Granite bagi penerbitan filem 'The Wolf of Wall Street' pada 2013, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).
 Wang dari firma pelaburan Malaysia yang bermasalah itu dipindahkan kepada Red Granite pada tahun 2012 melalui laluan berliku membabitkan syarikat luar pesisir, kata WSJ yang memetik mereka yang rapat dengan sisatan dan disokong oleh dokumen yang diteliti oleh akhbar berkenaan.
Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, 39, adalah pengerusi Red Granite, sebuah syarikat penerbitan filem yang ditubuhkan pada 2010.
Walaupun tidak dikenali, Red Granite berjaya mengumpulkan AS$100 juta untuk pembikinan 'The Wolf of Wall Street', sebuah filem yang memaparkan kisah seks dan dadah dalam pasaran saham yang dibintangi oleh pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.
"Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan sepina kepada beberapa pekerja dan bekas kakitangan Red Granite dan kepada sebuah bank serta sebuah firma perakaunan yang digunakan oleh syarikat itu," kata laporan WSJ itu.
Seorang jurucakap Red Granite berkata syarikat itu telah "memberi reaksi kepada semua pertanyaan dan bekerjasama sepenuhnya" dengan siasatan.
Beliau berkata syarikat produksi itu tidak mempunyai sebab untuk mempercayai sumber pembiayaannya adalah mencurigakan.
Riza sebelum ini menafikan bahawa Red Granite dibiayai oleh wang yang berasal dari Malaysia.
Dalam wawancaranya bersama akhbar New York Times pada 2014, beliau memberitahu bahawa pelabur utamanya adalah ahli perniagaan Abu Dhabi, Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
"Al-Husseiny adalah rakyat Amerika yang kemudian menerajui Aabar Investments PJS, yang adalah cabang pelaburan Abu Dhabi yang dikenali sebagai IPIC. Firma milik negara itu mempunyai urusniaga dengan 1MDB. Sebagai contoh, IPIC menjamin beberapa bon dana Malaysia.
"Sehubungan dengan jaminan IPIC, 1MDB dalam laporan korporat 2012 berkata syarikat berkenaan menghantar AS$1.4 bilion kepada Aabar sebagai cagaran," kata WSJ.

Siasatan 1MDB: UAE beku aset bekas eksekutif IPIC


 Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) meningkatkan siasatan dengan mengeluarkan larangan perjalanan dan membekukan aset dua bekas eksekutif syarikat pelaburan Abu Dhabi - International Petroleum Investment Company (IPIC) - berhubung transaksi kewangan yang membabitkan 1MDB.
Tindakan UAE itu menunjukkan terdapat kemajuan dalam siasatan pihak berkuasa berhubung urusan Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny - yang kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat dengan 1MDB.
Al Qubaisi, seorang warganegara UAE adalah pengarah urusan firma pelaburan bernilai AS$ 80 bilion itu, manakala Al Husseiny, seorang warga Amerika adalah Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investments PJS yang dimiliki oleh IPIC.
Kedua-dua syarikat itu mempunyai urusan yang meluas dengan 1MDB dan kedua-dua bekas eksekutif itu dilaporkan dibebaskan baru-baru ini selepas pembabitan mereka dalam urusan IPIC dengan 1MDB.
Sarawak Report sebelum ini melaporkan bahawa Al Husseiny ditahan oleh pihak berkuasa UAE sementara menunggu perintah ekstradisi untuk dibawa ke Amerika Syarikat bagi membantu siasatan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ke atas 1MDB.
Sementara itu, dalam artikel yang berasingan, WSJ juga melaporkan bahawa unit Kumpulan Edmond de Rothschild di Luxembourg sedang bekerjasama dalam siasatan rasmi berhubung wang yang mungkin mengalir daripada 1MDB.
Khamis lalu, pejabat pendakwa Luxembourg memaklumkan bahawa ia sedang menyiasat sama ada ratusan juta dolar yang dihantar ke akaun di sebuah bank di negara itu berasal daripada 1MDB.
Ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan siasatan bon yang dikumpulkan untuk 1MDB yang sedang diteliti oleh pihak berkuasa Switzerland.

Berapa jumlah sebenar hutang 1MDB, tanya Kit Siang

Rosmah buat rambut dalam 'rice cooker' terbalik, kata Mat Sabu

Selepas setahun dilaksana, rakyat bantah GST hari ini


mansuh GST
Selepas setahun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 lalu, yang menyaksikan kenaikan barangan dan perkhidmatan di negara ini, hari ini rakyat Malaysia bakal berkumpul bagi membantahnya.
Perhimpunan yang diketuai oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu yang mewakili pimpinan Pakatan Harapan dan badan-badan bukan kerajaan akan bermula jam 2 petang ini dan Dataran Merdeka bakal menjadi kemuncak perhimpunan ini.
Empat tempat bakal menjadi pusat pengumpulan mereka iaitu Masjid Kampung Baru (Amanah), Pasar Seni atau Central Market (Jingga 13), Jalan Sultan (DAP) dan kumpulan lain di Sogo.
Mereka kemudiannya akan bergerak ke Dataran Merdeka di mana perhimpunan kemuncak mereka akan berlangsung.

BILA "SALLEH AMPU" DAH TAK MAMPU BERHUJAH...

Berikutan pendedahan yang semakin rancak mengenai Najib Razak berkaitan wang yang masuk ke akaun peribadinya, di seluruh dunia dan juga di Malaysia, berhujahlah Salleh Said Keruak atau panggilan glamornya SSK dengan berkata, "Perdana Menteri telah menjadi mangsa ketidakadilan melampau di media dan disabitkan di mahkamah pendapat umum semata-mata berasaskan dakwaan."

Justeru, kata Salleh lagi, pihak yang memfitnah itu harus memohon maaf kepada Najib.

Hahaha....fitnah dan minta maaf konon????

Siapa yang fitnah?
Adakah laporan WSJ dan ABC News Australia berupa fitnah?

Apakah laporan mereka tentang wang RM2,600 juta dan yang terbaru jumlahnya dikatakan sudah meningkat kepada RM4,200 juta yang didakwa berada dalam akaun peribadi Najib, suatu fitnah?
Apakah perbelanjaan mewah, membeli barang kemas dan percutian mahal yang didakwa dilakukan Najib untuk keluarganya, berupa fitnah juga?
Selain itu, adakah semua laporan media ini turut berupa fitnah, fitnah dan fitnah juga?

Kalau fitnah, mengapa masih terhegeh-hegeh untuk melakukan saman?