Khamis, 31 Mac 2016

Hebat PM kita !!! Dikenali seantero dunia. Rakyat pon tumpang glamour malu...

FRONT PAGE lagi !!!.. PM belanja AS$15 juta untuk cuti, barang kemas keluar di MUKA DEPAN akhbar kewangan antarabangsa Wall Street Journal (WSJ).

"CASH IS KING"

 

Skill Menjilat....Slurpp..!!!

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), DERMA adalah diketegorikan sebagai "SUAPAN"...

Tetapi kenapa AG Apandi yg dilantik Peguam Negara baru atas nasihat Najib telah 'bersihkan' Najib daripada sebarang salah laku.. ???

AWAK KAT MANA AHMAD MASLAN ???

Kenapa semenjak2 ini ramai pemimpin Umno berlumba2 nak tonjolkan skil jilat mereka kpd Najib ???

HUTANG BERBILION2 RINGGIT sudah selesai ka !! SKANDAL 1MDB sudah selesai ka !!


HELLO ARUL KANDA !!!.. Tergesa2 mau cabut lari mau pi mana.. Kerja apa YANG DAH SELESAI tu !!!

Tak kan dah hilang telor macam Najib ka selepas YB Rafizi Ramli buat laporan polis terhadap CEO 1MDB semalam..

ALL EYES ON U.S. TO ARREST NAJIB NEXT: EX-AABAR CEO AL-HUSSEINY DETAINED, TO BE EXTRADITED


The first 1MDB related arrest has taken place at the request of the United States, in a move that will send shock waves and shivers through the Malaysian political establishment and also in related businesses in Hollywood and Las Vegas.
Sources close to Department of Justice officials in the United States have confirmed to Sarawak Report that the former CEO of Aabar, Mohamed Al Husseiny, has been detained by the authorities in Abu Dhabi, who are now processing an extradition request by the US Department of Justice, relating to charges concerning 1MDB.
Al Husseiny, who originated from Kenya, holds US citizenship, despite having moved to Abu Dhabi.
This is the first outward move in an investigation that has been ongoing in the United States and other jurisdictions for several months, into the disappearance of billions of dollars from the Malaysian development fund.
Meanwhile, Prime Minister, Najib Razak, who is the sole shareholder and signatory of the fund, has solidly denied that any wrong-doing took place.
Side kick to former IPIC CEO, Khadem al Qubaisi
Al Husseiny – side kick to former IPIC CEO, Khadem al Qubaisi

Key player at International Petroleum Investment Company (IPIC) subsidiary

Whilst CEO of Aabar (a subsidiary of IPIC) until July of last year, Al Husseiny was a key player in a number highly controversial deals involving 1MDB, from which billions of ringgit appear to have disappeared.
He also fronted a massive bail-out of 1MDB’s debts, in a surprise move last June.  It was one of his last actions in the post, from which he was summarily dismissed the following month.
Raft of flamboyant, but mainly disastrous investments - Aabar backed Virgin Galactica
Raft of flamboyant, but mainly disastrous investments – Aabar backed Virgin Galactica
There are numerous other questions concerning the management of Aabar, where Al Husseiny was regarded as a right hand man of the ex-Chairman, the high-rolling nightclub supremo, Khadem al Qubaisi, also CEO of IPIC.
Al Qubaisi was thrown out of all his official posts some weeks earlier in April of last year and following a period under house arrest he fled to the South of France, where he has considerable property.

Tangkapan pertama libatkan seleweng 1MDB

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar dikatakan ditahan di Abu Dhabi dan dalam proses diekstradisi ke Amerika Syarikat
Manivanan-Gowin_mohamaed-al-husseiny_1mdb_600
PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai syarikat pelaburan antarabangsa dikatakan telah ditahan di Abu Dhabi bagi membantu siasatan penyelewengan yang dikaitkan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif ‘Aabar Investments PJS Ltd’ 1MDB (Aabar), Mohamed Al Husseiny telah ditahan dan dikatakan dalam proses ekstradisi ke Amerika Syarikat.
Aabar merupakan anak syarikat kepada International Petroluem Investment Company. (IPIC) yang terlibat secara langsung dengan 1MDB.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin menerusi satu kenyataan hari ini. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bilakah tangkapan itu dibuat.
Al Husseiny merupakan CEO Aabar sehingga Julai 2015
Manivanan berkata, penangkapan itu merupakan permulaan dalam siasatan ke atas 1MDB.
Katanya, penangkapan itu juga menunjukkan siasatan penuh sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan pastinya akan ada penangkapan lagi akan dibuat selepas ini.
“Ironiknya, walaupun penangkapan patut dilakukan di Malaysia, tetapi ia berlaku di luar negara atas permintaan Amerika Syarikat. Permohonan ekstradisi sedang diproses atas permintaan Amerika Syarikat.
“Amat menyedihkan apabila kita mendapati bahawa negara lain yang mendahului siasatan mengenai isu 1MDB walaupun isu ini melibatkan imej dan integriti negara kita,” katanya.

Luxembourg pula siasat dakwaan berkaitan skandal 1MDB


Pihak pendakwaan Luxembourg melancarkan inkuiri kehakiman terhadap dakwaan pengubahan wang haram, melibatkan ratusan juta dolar terhadap dana kekayaan negara 1MDB.
Pihak pendakwa berkata inkuiri itu susulan keterangan bahawa dana milik kerajaan Malaysia di akaun pesisir di Singapura, Switzerland dan Luxembourg disalah guna, lapor Reuters.
Siasatan bertujuan mengesan daripada masa asal empat pemindahan pada 2012 dan satu pada 2013, menurut kenyataannya, seperti dilaporkan agensi berita antarabangsa itu.
Dakwaan-dakwaan mengambil kira jumlah dibayar ketika pengeluaran dua bon pada Mei dan Oktober 2012.
1MDB, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepanjang tahun lalu disiasat pihak berkuasa pelbagai negara susulan dakwaan salah urus kewangan dan rasuah.
1MDB menafikan dakwaan-dakwaan terhadapnya dan berkata akan bekerjasama dalam siasatan-siasatan berkaitan.
Ia bagaimanapun tidak menjawab e-mel bagi mendapatkan ulasan berhubung ikuiri Luxembourg, menurut Reuters lagi.

Harga minyak naik - RON95 jadi RM1.70 - RON97 jadi RM2.05 - DIESEL jadi RM1.55


Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan meningkat sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Ini bermakna harga baru RON95 akan menjadi RM1.70 seliter manakala RON97 akan dijual pada harga RM2.05 seliter.
Bagi diesel, ia akan menyaksikan peningkatan sebanyak 20 sen menjadi RM1.55.
Peningkatan itu selaras dengan pemulihan harga minyak mentah dunia selepas ia mencecah paras terendah pada bulan Februari.
Harga minyak mentah Brent berlegar sekitar AS$30 setong pada bulan lalu dan mencatatkan harga AS$38.30 setong pada masa berita ini disiarkan.
Ia pernah jatuh kepada AS$26.10 setong pada bulan Februari.

Kevin tak pernah siasat PM, 1MDB – SPRM

Abu Kassim berkata Kevin tidak pernah terbabit menulis mana-mana draf kertas pertuduhan berkaitan 1MDB atau Perdana Menteri.
kassim-mohamed_Anthony-Kevin_1mdb_600
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menegaskan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais tidak pernah terbabit dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim, berkata perkara itu sudah dua kali dimaklumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, iaitu pada Sept dan Dis 2015.
Katanya, Kevin tidak pernah terbabit sebarang siasatan berkaitan 1MDB atau Datuk Seri Najib Razak.
“Kami mahu menegaskan bahawa SPRM tidak pernah mendapatkan nasihat daripada Kevin dalam dua kes siasatan yang didakwa dikaitkan dengan Perdana Menteri.
“Kevin dipindahkan keluar daripada SPRM pada Julai 2014, setahun sebelum siasatan mengenai 1MDB dimulakan, tidak pernah menghadiri mesyuarat Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.
Sehubungan itu, Abu Kassim berkata, Kevin tidak pernah terbabit menulis mana-mana draf kertas pertuduhan berkaitan 1MDB atau Perdana Menteri.
Katanya, sebarang kenyataan berhubung perkara itu yang didapati tidak selaras adalah tidak benar.
Sebelum ini, banyak pihak termasuk pemimpin pembangkang menimbulkan spekulasi berhubung insiden pembunuhan Kevin.
Ia termasuk mengaitkannya dengan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri yang viral di media sosial dan mendakwa Kevin terbabit dengan siasatan 1MDB.
Kevin dilaporkan hilang pada 4 Sept 2015 dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Malaysia dalam bahaya, Baju Merah jangan buang masa


Tengah hari tadi, kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Baju Merah 1Malaysia yang diketuai Ali Tinju telah datang ke Ibupejabat DAP untuk menyerahkan satu memorandum. Saya telah diamanahkan menerima memorandum itu mewakili Ibupejabat DAP dan parti.
edry_rencanaMelihat pertemuan ini merupakan peluang untuk mengajak pihak Gerakan Baju Merah agar melakukan sesuatu yang manfaatnya jauh lebih besar demi kebaikan rakyat kebanyakan, saya membawa bersama saya satu memorandum untuk diserahkan kepada Gerakan Baju Merah melalui Ali Tinju.
Memorandum saya itu bertujuan mengajak Gerakan Baju Merah untuk melihat permasalahan negara ini dari sudut pandang yang lebih luas. Selain memahami bahaya yang sedang mengancam negara ini. Di bawah adalah kandungan memorandum saya itu:
31 Mac 2016
Memorandum Kepada Gerakan Merah Untuk Bersama-Sama Selamatkan Malaysia
Keadaan politik, ekonomi dan masyarakat Malaysia sedang tenat. Hal ini bukan sahaja difahami dan dirasai oleh watak-watak utama politik, tetapi turut menghantui kebanyakan rakyat negara tercinta ini. Keluh resah rakyat boleh didengar dari segenap peringkat. Malah melangkui sempadan usia, kaum, kepercayaan, tempat, parti dan kecenderungan politik.
Tanpa sedikit pun berganjak dari kepercayaan bahawa sistem politik sekarang yang merosakkan perlu melalui reformasi menyeluruh, kita tidak boleh menutup mata daripada hakikat bahawa sistem politik itu ada penggeraknya. Penggerak yang akan terus mempergunakan sistem politik sedia ada dengan lebih dahsyat dan melampau serta menjadi penghalang paling besar kepada usaha-usaha memperbaiki keadaan Malaysia. Selagi tidak dialihkan penghalang paling besar itu, sebarang usaha adalah ibarat membandarkan air ke bukit, sia-sia tiada berguna.
Penggerak yang dimaksudkan tidak lain adalah Perdana Menteri Malaysia pada ketika ini, Najib Razak dan konco-konconya.
Najib Razak bertanggungjawab ke atas skandal 1MDB yang menjejaskan imej negara, pengurusan ekonomi yang buruk, sekatan demi sekatan terhadap suara yang membantah, cubaan memusatkan kuasa kepada dirinya melalui penggubalan Akta Keselamatan dan kelibat salahguna kuasa demi menyelamatkan kedudukannya.
Malaysia sedang menyusuri jalan menuju ke arah negara gagal (failed state). Oleh itu, sepatutnya setiap rakyat tidak kira parti, kaum, kepercayaan, tempat asal dan kecenderungan politik merapatkan barisan perjuangan atas dasar kebersamaan, untuk menyelamatkan Malaysia.
Sekiranya terdapat ancaman luar yang mahu memusnahkan negara ini, tentu semua pihak akan berganding bahu menghadapinya. Maka adalah patut untuk kita turut berganding bahu menyelamatkan Malaysia dari ancaman dalaman yang bakal memusnahkan negara ini.
Oleh itu saya menuntut kepada Gerakan Merah untuk:
1. Bersama-sama menyertai GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA sebagai usaha menyelamatkan Malaysia daripada keadaan yang semakin membimbangkan, berpunca dari apa yang telah disebutkan di atas.
2. Bersama-sama menandatangani DEKLARASI RAKYAT sebagai tanda solidariti.

BN gentar, guna undang-undang zalim sekat pendedahan skandal Najib

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Saat negara lain menuju ke arah proses pendemokrasian yang lebih jitu, kerajaan UMNO-Barisan Nasional cuba melawan arus dengan menggunakan pelbagai undang-undang untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengekang kebebasan maklumat.
Ia terbukti apabila Kementerian Dalam Negeri berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap dua wartawan Australia dari Four Corners, terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) berhubung laporan kritikal ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti dilapor media.
Pengarah Biro Hal Ehwal Antarabangsa Sosialis Muda (DAPSY) Kebangsaan, Howard Lee Chuan How, berkata tindakan kerajaan UMNO-BN cuba menyekat kebebasan maklumat itu sudah tidak relevan dan seolah-olah cuba menyongsangkan pembangunan tamadun.
“Kita kini hidup dalam zaman teknologi maklumat. Malah, negara-negara maju sudah mula menerima kebebasan maklumat sebagai salah satu hak rakyat. Namun, di sini ia berbeza dan melawan arus.
“Tindakan kerajaan itu seperti menyongsangkan pembangunan tamadun apabila kerap mahu mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang bersuara dan menyampaikan maklumat,” katanya kepada Roketkini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini bahawa kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap wartawan Four Corners, Linton Besser dan pengendali kamera, Eroglu Levent atas dokumentari yang membongkar skandal Najib bertajuk ‘State of Fear: Murder and Money in Malaysia‘ jika mereka kembali ke Malaysia.
Dua individu itu sebelum ini ditahan dan dihantar pulang semasa penggambaran awal dokumentari tersebut awal bulan ini kerana cuba menyoal Najib tentang skandal kewangan dan aliran tunai ke dalam akaunnya.
Howard yang juga Ketua DAPSY Perak merangkap Adun Pasir Pinji turut mempersoal niat sebenar kerajaan UMNO-BN apabila mahu mengekang kebebasan maklumat dan menutup mulut rakyat di negara ini dengan menggunakan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tutup PLKN, bajet tampung biasiswa pelajar cemerlang – Izzah

Kerajaan diseru menghentikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang sia-sia, sebaliknya peruntukan program itu boleh digunakan untuk menampung biasiswa Perkhidmatan Awan (JPA) kepada pelajar cemerlang yang dibatalkan baru-baru ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, mengutamakan pelaburan kepada sektor pendidikan negara dapat menyelesaikan penyusutan kedudukan kewangan negara.
Tutup PLKN, bajet tampung biasiswa pelajar cemerlang - Izzah“Pelajar cemerlang inilah yang akan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi dan perkembangan intelektual, jadi janganlah dikuburkan program Bursari JPA yang sudah hilang maknanya apabila biasiswa ditukarkan kepada pinjaman semata-mata.
“Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7.5 bilion daripada tahun 2004 hingga 2015 untuk program PLKN, walaupun PLKN tidak dilangsungkan pada tahun 2015, tetapi sebanyak RM408 juta telah dibelanjakan, ianya sangat rugi,” katanya.
Selain itu, beliau juga mengingatkan pada tahun 1995 hampir 20 peratus daripada siswazah Malaysia melanjutkan pelajaran keluar negara dengan kos AS$ 700 juta, yang mana jumlahnya belum pun mencecah separuh daripada amaun dalam akaun peribadi PM.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib perlu menggunapakai ruang pengubahsuaian bajet negara dengan mengutamakan dana pendidikan kepada pelajar yang layak untuk menyambung hasrat mereka untuk belajar ke luar negara.
“Menurut statistik Organisasi untuk Kerja Sama dan Pembangunan Ekonomi (OECD – Organisation for Economic Co-operation and Development) bagi setiap RM1 yang dilaburkan bagi graduan, RM6 pelaburan kembali kepada negara dalam bentuk cukai,” kata Izzah.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebanyak RM240 juta dianggarkan dapat dijimatkan setahun apabila kerajaan membatalkan 744 biasiswa kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Jumlah itu kurang daripada bajet yang dikeluarkan untuk Program PLKN sebanyak RM408 juta.

Rafizi gesa PM jangan buat lawak


KUALA LUMPUR - "Jangan buat lawak tidak bertempat. Ia tidak membantu menyelesaikan masalah negara dan rakyat".
Demikian kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan salah satu punca utama tekanan kos sara hidup ialah kelulusan pendidikan yang masih di peringkat rendah.
Rafizi berkata, mengikut rekod, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, bilangan rakyat yang mendapat pendidikan tertinggi semakin bertambah setiap tahun.
"Kalau perdana menteri kata bahawa tekanan kos sara hidup adalah sebab tidak mempunyai pendidikan tertinggi, perkara itu berlawanan dengan fakta sedia ada.
"Masalah orang yang berpendidikan tinggi ini adalah perlukan wang yang banyak untuk segulung ijazah. Bila habis belajar tiada kerja dan perlu bayar hutang. Itu yang menyebabkan tekanan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Najib seharusnya memfokuskan kepada perkara yang lebih penting dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kemarahan rakyat.
"Saya gembira bila Najib terus membuat kenyataan kurang cerdik seperti itu kerana dia akan terus membuat orang makin marah kepadanya," katanya.
Kelmarin, dalam Sidang Dewan Rakyat, Najib berkata, pendidikan di tahap rendah menyebabkan golongan tersebut sukar mendapatkan pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang berpatutan.
Beliau berkata, negara perlu tingkatkan lagi bilangan rakyat Malaysia yang ada kelulusan tambahan.
Najib berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) yang ingin tahu sama ada penilaian kos sara hidup di Malaysia disandarkan dengan standard kehidupan yang bersesuaian.

PRN Sarawak: Pakatan sedia lawan BN – Wan Azizah

Komponen parti pembangkang bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bagi membantu rakyat di negeri itu menuntut kepada perubahan yang lebih baik.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata persiapan jentera komponen parti di Sarawak dibuat lebih awal dengan mengambil kira faktor keluasan negeri itu.
WAWI“Desas-desus pembubaran Dun Sarawak akhirnya terjawab. Kita telah bersedia sejak awal lagi dengan mengambil kira faktor kondisi Sarawak yang luas berbanding negeri-negeri lain.
“Ia bukan masalah besar tetapi faktor keluasan itu kita anggap sebagai cabaran kerana apabila kita ke Sarawak, kita dapat rasakan bahang perubahan itu,” katanya kepada SelangorKini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan pameran Smart Selangor di Foyer SUK, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengumumkan pembubaran dewan negeri Sarawak dibuat bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-11 dalam tempoh 60 hari.
PILIHANRAYA SARAWAKSebanyak 82 kerusi dewan undangan negeri dipertandingkan pada pilihan raya itu dengan pertambahan 11 kerusi baru susulan proses persempadanan semula oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) tahun lalu.
Wan Azizah yang juga Presiden KEADILAN sebelum ini menegaskan pihaknya optimis memastikan setiap kerusi yang bakal ditandingi adalah pertandingan satu lawan satu.
Beliau berkata pertembungan tiga penjuru membabitkan parti pembangkang di Sarawak perlu dielakkan bagi memenangi lebih banyak kerusi pada PRN Sarawak nanti.

Hilang punca lepas demo teksi di Bukit Bintang

OLEH AMRAN JAN
Demonstrasi pemandu-pemandu teksi berdaftar Lembah Kelang ke atas operasi 'kereta sapu' haram Uber dan Grabcar di Bukit Bintang benar-benar menunjukkan Pengerusi SPAD Tan Sri Hamid Albar tidak punya kelayakan/pengetahuan dalam mengurus perjalanan industri perkhidmatan pengangkutan awam berkaitan teksi.
Hamid Albar bertambah buntu apabila demonstrasi ini dilakukan secara mengejut dan tidak diketahui siapakah penganjurnya.
Pada hari kejadian, pegawai-pegawai SPAD begitu sibuk menghubungi beberapa pengerusi persatuan sama ada terbabit atau tidak dalam demonstrasi tersebut.Seingat saya, sudah berkali-kali persatuan-persatuan pemandu serta pengusaha teksi membangkitkan isu pengharaman aplikasi haram Uber dan Grabcar, namun sehingga kini ia semakin berleluasa dan nampaknya Hamid Albar seperti hilang punca.
Hamid Albar sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa operasi Uber adalah haram, namun baru-baru ini pula dilaporkan berkata bahawa kadar tambang Uber hendak diselaraskan! Dua kenyataan yang amat mengelirukan.
Uber dilihat semakin ghairah beroperasi malah berani mencabar SPAD dengan kenyataan akhbarnya "akan menyediakan 100,000 kenderaan Uber atas jalan raya" tanpa menghiraukan 'amaran' serta peruntukan undang-undang SPAD.
Senario ini seolah-olah menunjukkan bahawa 'kereta sapu haram' Uber ini akan mendominasi industri teksi yang bawah seliaan SPAD. Dalam erti kata lain, perkhidmatan teksi negara telah dikawal oleh Uber, bukannya SPAD.
Sikap 'sombong bodoh' pengerusi SPAD ini telah menyebabkan masa depan warga pemandu teksi menjadi tergugat.

PLKN membazir, baik batalkan saja – Pemuda AMANAH

Perbelanjaan RM600 juta setahun untuk PLKN patut diguna untuk membiayai pelajar cemerlang ke luar negara.
PLKN
PETALING JAYA: Kerajaan didesak supaya menghentikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana didakwa program untuk lepasan sekolah itu membazir wang negara.
EXCO Pemuda AMANAH, Ahmad Fadli Umar Aminolhuda berkata, dana yang diperuntukan untuk PLKN boleh disalurkan untuk menaja pelajar melanjutkan pelajaran di luar negara.
“PLKN telah memakan belanja tahunan tidak kurang RM600 juta setahun. Nah, apa maknanya program yang dilihat gagal dan jelas membazir selain dipenuhi kontroversi-kontroversi memualkan seperti anak luar nikah, rogol dan kes bunuh akibat buli yang dianggarkan lebih dari 10 kes boleh dikekalkan peruntukan sedemikian banyak?
“Kami mendesak supaya kerajaan menghentikan terus PLKN dan mengembalikan semula hak biasiswa ke luar negara kepada para pelajar khususnya kepada 744 penerima ‘bursary’ dan lepasan SPM 2015,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Pada 17 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM240 juta setahun selepas menarik semula tajaan 744 biasiswa pelajar Malaysia ke luar negara.

Tiada lagi soalan RM2.6b, Pandikar kata ia subjudis


Soalan berhubungan dengan sumbangan atau derma RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah subjudis, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ini secara langsung bermakna bahawa soalan mengenai skandal itu tidak lagi akan dibenarkan disoal atau dibangkitkan di Dewan Rakyat.
 Dalam satu nota kepada ahli parlimen, Pandikar berkata semakan kehakiman yang difailkan oleh Majlis Peguam ke atas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana membersihkan Najib daripada sebarang adalah subjudis mengikut Peraturan Mesyuarat 23 (1) (g) .
Ia menyatakan bahawa "soalan tidak boleh dibuat kerana ia mungkin menjadi subjudis kepada kes yang dibicarakan atau disoal dalam bentuk yang subjudis".
Pandikar berkata saman yang difailkan terhadap Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad juga menimbulkan persoalan subjudis di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (2).
"Saya dapati bahawa kepentingan mereka yang terlibat dalam writ itu akan terjejas," kata Pandikar dalam notanya.
Minggu lalu, Pandikar berkata tidak akan ada larangan menyeluruh terhadap ‘derma’ RM2.6 bilion dan sama ada soalan berkenaan adalah subjudis akan diputuskan berdasarkan kes demi kes.
Minggu lalu, Pandikar memberi amaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said supaya tidak mendahului kuasanya berhubung halangan soalan berkaitan RM2.6 bilion itu kerana ia cubaan memikul kuasanya.

DAP Lancarkan Video Kempen Pilihan Raya Sarawak

Saya tak faham kenapa pihak berkuasa panik, kata Ambiga

Najib seeks to remove Tun M's affidavit in libel suit

Hamzah: Sudah tiba masa Tun M serah jawatan pada orang baharu

Kos hidup tinggi kerana dasar kerajaan menekan – Fahmi Zainol

Belia tidak dapat melanjutkan pengajian kerana dasar yang kurang mesra untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.
fahmi-zainol
KUALA LUMPUR: Aktivis pelajar, Fahmi Zainol membidas Perdana Menteri, Datuk Najib Razak dengan menegaskan kelayakan akademik rakyat adalah tinggi, tetapi bergelut akibat kos sara hidup tinggi.
Fahmi yang juga pengerusi biro pelajar Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ramai pelajar mahir tidak dapat kerja yang setara dengan kelayakannya.
“Kenyataan Perdana Menteri menyebabkan belia kurang senang, terutama pelajar. Kira-kira 107,000 graduan masih tidak bekerja dan 21% daripadanya kerja di bawah kelayakan,” katanya.
Fahmi mendakwa dasar kerajaan menyebabkan peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi terjejas dengan ‘memperniagakan pendidikan’ dan memotong bajet pendidikan.
“Kerajaan sendiri yang memotong bajet untuk belia memperoleh pendidikan tinggi. Kerajaan memotong bajet dua tahun berturut-turut dengan jumlah RM2.4 bilion tahun ini.
“Kerajaan juga mengurangkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 15-25% tahun ini. Kerajaan juga memotong biasiswa dan bantuan pendidikan sebanyak RM812 juta pada tahun ini.
“Pinjaman pendidikan MARA masih tidak dibuka untuk sesi 2015/2016. Ini bermakna pelajar tidak menerima bantuan MARA hampir dua tahun,” katanya.
Fahmi berkata, punca utama kos sara hidup tinggi dalam kalangan pelajar bukan kerana kurang kelayakan atau kemahiran, tetapi dasar kerajaan menekan golongan muda, seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan peluang pekerjaan yang tidak setara dengan kelayakan.
Semalam, Perdana Menteri dilapor berkata, salah satu punca utama tekanan dari kos sara hidup ialah kelulusan pendidikan yang masih di peringkat rendah oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini.
Ia menyebabkan golongan tersebut sukar mendapat pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang berpatutan untuk menampung kos kehidupan semasa.

Dana kerajaan: Pegawai KBS didakwa rasuah RM38.4 juta

Othman Asrhad didakwa mengguna kedudukan dan membuat tuntutan palsu berjumlah RM38.4 juta.
kbs-court-2
KUALA LUMPUR: Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, hari ini, atas 32 tuduhan salah guna kedudukan dan membuat tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta, empat tahun lalu.
Otman Arsahd, 57, mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Allaudeen Ismail.
Otman didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, antara 28 Februari 2012 hingga 18 November 2015.
Sebanyak 17 tuduhan membabitkan tuntutan palsu dibuat mengikut Seksyen 18 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala 15 lagi tuduhan salah guna kedudukan dibuat mengikut Seksyen 23(1) akta sama.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara 10 tahun dan lima kali nilai suapan atau mana lebih tinggi.
Hakim menetapkan wang jaminan sebanyak RM250,000 dengan dua penjamin.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menyerah pasport antarabangsa dan geran tanah.
Tertuduh ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM107 juta.
SPRM telah menahan sembilan suspek pada 18 Mac lalu termasuk tertuduh.
Pendakwaan dijalankan Amir Nasaruddin manakala tertuduh diwakili Izam Kamal Ismail dan Fariq Abdul Aziz.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa baru-baru ini memaklumkan, tertuduh telah ditahan kerja mengikut peraturan 43 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib).

Skandal 1MDB: Lembaga Kewangan S'pura soal 40 bank


 Lembaga Kewangan Singapura (MAS) telah menyoal kira-kira 40 bank, termasuk dua bank terbesar di Australia dalam siasatannya berhubung dana berkaitan dengan 1MDB.
Menurut akhbar The Australian, pemindahan serendah AU$50,000 (kira-kira RM149,998) di bawah penelitian untuk melihat sama ada dana berkenaan dipecahkan supaya tidak dapat dikesan.
Lembaga Kewangan Singapura sebelum ini mengesahkan ia sedang menyiasat dana berkaitan 1MDB, manakala polis republik itu memberitahu Bank Negara Malaysia bahawa wang berjumlah AS$ 529 juta (kira-kira RM2.1 bilion) mengalir dari bank Switzerland, BSI kepada ahli perniagaan Jho Low.
The Australian berkata pihak berkuasa menyoal bank kenapa akaun khusus dibuka dan jenis urusniaga.
Menurut laporan itu, bentuk soalan sedemikian bertujuan memaksa bank-bank untuk memberi maklumat.
Malaysiakini telah menghubungi Lembaga Kewangan Singapura untuk mendapatkan ulasan mereka.
Ini susulan laporan oleh The Wall Street Journal dan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) yang mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kira-kira AS$1 bilion (kira-kira RM3.9 bilion) daripada pelbagai sumber antara tahun 2011 dan 2011.
Najib dilaporkan membelanjakan dana berkenaan bukan sahaja bagi kempen politik tetapi juga bagi percutian, pembelian kereta mewah, barangan kemas dan membeli-belah di gedung-gedung fesyen terkemuka.
Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan jawapan.
PMO semalam berkata laporan ABC yang memaparkan surat daripada seorang putera Arab Saudi mengenai sumbangan itu membuktikan bahawa Najib bercakap benar.
Kementerian Luar, bagaimanapun, berkata laporan itu berat sebelah.

Gelang Rosmah tak sampai siku pun, ampu Tajuddin

Tidak ada apa yang salah dengan memiliki beg tangan dan barangan kemas jika seseorang itu berkemampuan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau yang juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno mempertahankan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor.
"(Hanya) satu atau dua beg, mengapa tidak? Beliau seorang perempuan, saya tahu perempuan suka beg tangan.
"Saya diberitahu bahawa antara cara memenangi hati seorang perempuan adalah dengan membelikan (beliau) beg tangan," katanya kepada pemberita di Parlimen.
Mengenai barangan kemas Rosmah,Tajuddin berkata isteri perdana menteri bersikap sederhana dan secara berseloroh berkata beliau tidak pernah gelang yang dipakai sehingga siku.
"Saya tidak lihat (gelangnya) hingga sini (siku).
"Sesetengah wanita India suka pakai (gelang emas) hingga (siku mereka), tetapi bukan berlian dan emas, semua palsu," katanya sambil bergelak ketawa.
"Saya juga berpakaian segak hari ini, awak tidak cemburu pun kerana saya mampu," katanya merujuk pakaian rasmi ketika menghadiri persidangan parlimen.
Beliau berkata memiliki barangan kemas atau mewah perlu bergantung kepada kemampuan seseorang.
Tajuddin juga mempertahankan gaya hidup Rosmah dan Najib dengan alasan bahawa mereka hidup dalam kesederhanaan dan bukannya dalam kemewahan ataupun boros seperti yang didakwa oleh sesetengah media asing.
"Cara mereka pergi bercuti hanya biasa," katanya.
Beliau mengulas laporan The Wall Street Journal yang mendakwa Najib dan keluarganya membelanjakan AS$15 juta untuk percutian, membeli-belah dan barangan kemas.

Serangan berterusan "bukti Najib tidak bersalah" ampu Azalina

Pihak terlibat semakin terdesak untuk menjatuhkan Najib Razak sehingga sanggup menggunakan media antarabangsa untuk membuat tuduhan tidak berasas.

KUALA LUMPUR: Semakin banyak serangan terdesak yang dibuat kepada Datuk Seri Najib Razak termasuk oleh media antarabangsa akan membuktikan Perdana Menteri sebenarnya tidak bersalah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said merujuk kepada laporan khas stesen televisyen Australia, Australian Broadcasting Channel (ABC) menerusi program Four Corners yang menyerang Najib.
Beliau berkata, rakyat Malaysia bukan naif untuk menerima bulat-bulat dan mempercayai laporan seperti itu.
“Semakin banyak anda membuat tuduhan, semakin jelas anda mengakui Perdana Menteri tidak bersalah kerana anda sebenarnya terdesak.
“Kami bukan naiflah kerana serangan itu sangat konsisten dan berterusan. Serangan ini kelihatan anda memang terdesak.
“Selepas Deklarasi Rakyat, sekarang ini ada pula dokumentari antarabangsa yang menunjukkan anda bersungguh-sungguh untuk menggantikan Najib.
“Pada saya, tindakan ini sangat terdesak dan dokumentari tersebut mempunyai agenda,” katanya di Lobi Parlimen, hari ini.
Azalina berkata, laporan ABC itu tidak adil kerana menunjukkan seolah-olah semua anggota Kabinet Malaysia bersubahat dengan rasuah.
Ahli Parlimen Pengerang itu menjelaskan, Najib tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan Peguam Negara telah membersihkan Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan salahlaku.
“Tidak adil untuk terus menerus membuat tuduhan tidak berasas terhadap beliau,” katanya.

Dr M, pembangkang bersubahat dengan media Yahudi jatuhkan Najib- Tajuddin

Tajuddin mendakwa Mahathir yang pernah menentang Israel sebelum ini nampaknya bersubahat dengan mereka ekoran mereka berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk menyingkir Perdana Menteri.
tajuddin-wsj-abc
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang didakwa membentuk hubungan berasaskan faedah apabila bertindak bekerjasama dengan media kawalan Yahudi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman membuat dakwaan itu turut menggambarkan kedua-dua pihak itu seakan ‘berkahwin’ atas niat menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
“Mahathir yang pernah menentang Israel sebelum ini nampaknya bersubahat ekoran mereka berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk menyingkir Perdana Menteri.
“Agenda Mahathir adalah untuk menurunkan Najib dan pemimpin yang bersamanya. Saya diberitahu dia menggunakan media asing dan anda semua sedar bahawa, sesetengah media (asing) dikawal oleh Yahudi,” kata Tajuddin mengulas tentang serangan media asing ke atas Najib.
“Orang-orang Yahudi yang mungkin tidak berpuas hati dengan pencapaian negara ini. Ia boleh menjadi Yahudi, ia boleh menjadi sesiapa sahaja yang menentang kami (kerajaan), yang pasti, ia hanya hubungan atas dasar faedah,” katanya lagi.
Timbalan Menteri Pertanian Dan Industi Asas Tani bagaimanapun tidak merujuk secara khusus mana-mana media asing, tetapi berkata demikian ketika memberi komen tentang kedua-dua Wall Street Journal dan Australian Broadcasting Channel yang mendedahkan pelbagai transaksi wang yang dibuat oleh seorang putera Saudi kepada Najib.

Saman Mahathir akhirnya diserah pada peguam Najib


Saman RM2.6 bilion oleh Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak akhirnya disampaikan kepada peguam perdana menteri hari ini.
Pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Erry Shariman Nor Aripin ditetapkan pada 20 April.
 Peguam Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla mengesahkan bahawa salinan writ saman, pernyataan tuntutan dan notis menghadiri pengurusan kes diterima oleh tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Dua hari lalu, peguam Mohd Hafarizam Harun mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau diarahkan mewakili Najib dalam isu itu.
Mahathir dan dua yang lain pada 23 Mac lalu memfailkan saman terhadap Najib bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam.
Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN dan presiden Umno dengan niat jahat menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.
Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Mahathir letak jawatan Pengerusi Proton


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings.
Menurut kenyataan dikeluarkan dari pejabatnya, surat peletakan jawatan dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar semalam.
 "Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas, juga berkuatkuasa pada 30 Mac 2016.
"Keputusannya itu disampaikan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim," jelas kenyataan yang dihantar kepada media hari ini.
Selain itu, Dr Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).
"Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan itu," kata kenyataan itu lagi.

"CASH IS KING" - PM Najib Razak


BERANIKAH NAJIB NAK SAMAN WSJ !!!

MASIH ANDA INGAT... penafian Najib bagai nak mati pada tanggal 3 Julai 2015 katanya.. "Saya tidak pernah guna dana untuk kepentingan peribadi"..

Jika dakwaan Akhbar Wall Street Journal (WSJ) ini salah atau fitnah, kami berharap Najib & KERAjaan Malaysia ambil tindakan saman terhadap WSJ...

Hanya yang penjilat tegar UMNgOK je yg kuat makan dedak..


Suara Rakyat Halaman Disukai · 4 jam · APA AKAN JADI jika UMNO/BN kalah PRU14 nanti ???

Jawapannya...
TIRAI BESI menanti mereka semua...!!!

Sbb itulah mereka akan buat apa saja demi mengekalkan legasi Umno kekal sampai kiamat..

PATUTLA..

Baru kami tahu rupa2nya PM Najib Razak laksana GST tujuannya beliau nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat.. !!!

MAKNANYA negara2 lain di dunia yg tak laksana GST tu pemimpin negara mereka ADALAH PEMIMPIN YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYATNYA...

Tangkapan seterusnya.. siapa ??

Tangkapan pertama melibatkan #1MDB di luar negara... bekas CEO Al Aabar, Mohamed Badawy Al-Husseiny ditahan di Abu Dhabi dan akan diekstradisi ke Amerika bagi dakwaan penyelewengan yang melibatkan 1MDB..

'Tiada dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib'


 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menegaskan bahawa syarikat milik kerajaan itu tidak membayar sebarang dana kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam kenyataan hari ini, 1MDB berkata, susulan siasatan yang menyeluruh, ini telah disokong oleh pelbagai pihak berkuasa, yang telah mengesahkan bahawa dana ini dari Arab Saudi.
Katanya walaupun demikian, Wall Street Journal terus mengulangi dakwaan yang sama, tanpa memberi sebarang bukti kukuh untuk mewajarkan dakwaan tersebut.
"Kami mempersoalkan masa serangan baharu ini, timbul hanya beberapa hari selepas 1MDB mengumumkan ia berjaya menyelesaikan penjualan saham dan perjanjian pembelian untuk Edra Global Energy Bhd," katanya.
Selain itu, 1MDB mengesahkan hasratnya untuk membayar balik hutangnya sebanyak RM6 bilion dalam beberapa minggu akan datang, yang membawa kepada semua hutang jangka pendek dikeluarkan daripada lembaran imbangan syarikat itu, katanya.
"Langkah ini mencerminkan kejayaan besar 1MDB melalui pelan rasionalisasinya, dan kami kekal komited untuk memastikan proses ini selesai walaupun serangan berulang terhadap syarikat," katanya.

Azalina tetap kata soalan derma RM2.6b adalah subjudis


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said terus enggan melayan sebarang soalan yang berkaiatan kontroversi dan skandal RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan ia adalah subjudis.
 Dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam, beliau menolak soalan Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) yang meminta perdana menteri menyatakan sebab sebenar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkannya daripada sebarang salah laku kerana menerima wang RM2.6 bilion dari penderma dan RM42 juta dari SRC International.
Hanipa juga ingin tahu di mana baki RM570 juta selepas Najib mendakwa telah mengembalikan RM2.03 bilion 'derma' yang diterimanya itu.
Azalina tetap memberi alasan ‘subjudis di sebalik amaran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia minggu lalu supaya tidak mendahului kuasanya berhubung halangan soalan berkaitan RM2.6 bilion tidak boleh dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Azalina, bagaimanapun, tidak menyebut mengenai Perintah Tetap dalam jawapannya kepada Hanipa.
Azalina sebelum ini menangkis soalan ahli parlimen pembangkang dengan berkata soalan berhubung ‘derma politik’ RM2.6 bilion tidak lagi boleh dibangkitkan berikutan semakan kehakiman yang difailkan oleh Badan Peguam Malaysia terhadap Apandi.
Badan Peguam mengheret Peguam Negara ke mahkamah kerana keputusannya untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Najib dan ‘membersihkan’ perdana menteri.
Najib telah berulang-kali menafikan sebarang salah laku berikutan dakwaan itu, dan berkata percubaan tersebut adalah plot untuk menjatuhkannya.

Jangan sampai pejabat DAP 'berasap' kata Gerakan Merah

Tun M Hadir Himpunan Mansuh GST

Azalina: Desperate attacks on PM prove he’s innocent

BN's victory in Sarawak could bring GST to 10%, says DAP

UEC: Rakyat Sarawak jangan percaya janji manis BN

Tajuddin membidas Tun M bersekongkol dengan media asing

WSJ: PM's brother received USD7mil from Najib

WSJ report exposes Najib's million-dollar Christmas shopping

Azalina: ABC terdesak siarkan dokumentari 'kesalahan' Najib

Memang wanita suka beg tangan, Tajuddin pertahan Rosmah

'Letak jawatan... Arul Kanda masih bertanggungjawab skandal 1MDB' - Rafizi

Jawapan 1MDB, Rafizi anggap kenyataan politik

Isu gratuti pesara tentera, Rafizi sahut cabaran LTAT

"Tahap keborosan Rosmah & Najib antara punca kos sara hidup rakyat tinggi", -Rakyat


"Contohi Dato' Seri Najib beliau memimpin mengikut Sunnah Rasululah" kata ostajah Mashitah Ibrahim, 23/3/2012

“Konsep Wasatiyyah adalah pendekatan yang tidak bersifat keterlaluan atau melampau”. Najib Razak, 13/3/2012

 HAKIKATNYA.. Rakyat lah yg TOLONG BAYAR GST utk mereka demi kemewahan & keborosan Rosmah dan Najib..

WSJ: Najib berbelanja sakan RM58 juta ketika bercuti

WSJ: Nazir mengaku terima RM27 juta daripada akaun Najib

BOLEHKAH PERDANA MENTERI YANG ADA RIBU-RIBU JUTA DALAM AKAUN PERIBADI DIKEKALKAN LAGI?

Najib Razak hanya mula menjadi Perdana Menteri sejak 2009 atau kira-kira lebih enam tahun sehingga hari ini, tetapi barangkali rekodnya sukar ditandingi oleh mana-mana ketua negara dalam dunia ini dari segi kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya.

Dalam hal yang satu itu, Najib bukan saja dianggap "juara" di antara semua Perdana Menteri Malaysia yang ada, bahkan boleh dinobatkan juga sebagai yang "terbaik" di peringkat dunia dan antarabangsa.

Jika sebelum ini,  kita mengetahui hanya RM2,600 juta yang diterimanya, konon dalam bentuk derma, namun hasil siasaan media antarabangsa menunjukkan jumlah yang lebih besar daripada itu.

Angka terbaru oleh ABC News menunjukkan jumlah yang dipercayai telah masuk ke akaun peribadi Najib sudah mencecah RM4,200 juta.

Wang itu pula bukan mula mengalir masuk pada 2013, tetapi sejak 2011 lagi iaitu tidak sampai pun dua tahun beliau memanaskan kerusi Perdana Menteri.

Pernahkah kita mendengar mana-mana Perdana Menteri ada rekod kemampuan seperti itu?

Sepanjang dunia ini wujud, sudah tentu Najiblah penerima derma tunggal terbesar yang pernah ada. Tidak pernah ada sebelum ini dan tidak mungkin ada selepasnya.

Itu, kalau kita mahu menerima bulat-bulat wang itu sebagai derma, bagaimana kalau ia bukan derma?

Oleh itu, bolehkah kita bayangkan jika Najib lebih lama menjadi Perdana Menteri atau terus kekal lagi selepas pilihanraya 2018 nanti?

Dengan wang yang sebegitu banyak, laporan terbaru media antarabangsa juga menyebut Najib telah membelanjakan sekitar RM60 juta untuk percutian, membeli belah dan barang kemas mewah yang dibelinya di Amerika Syarikat, Malaysia, Italy dan berbabagi negara lain lagi.

Pas Terengganu sedia ‘selamatkan’ MB Razif hadapi Ahmad Said?

Di tengah-tengah kemelut krisis politik Terengganu selepas bekas MB Ahmad Said mengusul undi tidak percaya secara tergempar pada 8 Mac lalu, muncul spekulasi DUN Terengganu akan bubar pada bila-bila masa.
Pas Terengganu sedia 'selamatkan' MB Razif hadapi Ahmad Said?Hal ini kerana Ahmad Said berkemungkinan akan membentuk blok politik sendiri di negeri itu. Pada 13 Mei 2014 lalu, Ahmad, Adun Kijal dan dua lagi, Adun Ajil Ghazali Taib serta Adun Bukit Besi Roslee Daud mengumumkan keluar Umno dan menjadi Adun Bebas kerana tidak berpuas hati dengan perlantikan MB baharu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.
Situasi itu menyebabkan kerusi BN Terengganu menurun kepada 14. Manakala PAS juga 14 dan PKR 1. Ahmad didakwa menemui pemimpin Pas Terengganu ketika itu untuk berunding namun Presiden Pas Hadi Awang dikatakan menolak sebarang pembentukan kerajaan baharu dengan Adun lompat daripada Umno.
Tidak sokong Ahmad
Menurut sumber dalaman Pas, penolakan parti itu ke atas Ahmad disebabkan tindak tanduk bekas MB itu yang mendiskriminasi penyokong Pas ketika menjadi MB sejak 2008.
Pas juga tidak boleh menerima masjid Bujal yang dibina ketika pentadbiran Hj Hadi dimusnahkan pada 2004. Masjid itu dibina di lot tanah yang dikurniakan kerajaan Pas kepada rakyat Terengganu sepanjang pemerintahan Barisan Alternatif (1999 – 2004). Masjid tersebut terletak dalam kawasan Ahmad, di Dun Kijal dan Pas mendakwa Ahmad bertanggungjawab terhadap kemusnahan masjid berkenaan.
Ahmad yang tidak berjaya berunding dengan Pas kemudiannya dipujuk oleh seorang tokoh agama yang rapat dengan MB Razif agar pulang ke pangkuan Umno.
Namun spekulasi terbaharu mendakwa Ahmad tidak lagi ‘makan pujuk’ dan penasihat agama Razif yang berjasa memujuk Ahmad dua tahun lalu telah pun meletak jawatan. Keadaan itu menimbulkan khabar angin berkemungkinan Dun Terengganu akar dibubarkan pada bila-bila masa.
BN ucap terima kasih

Lima ahli perniagaan ditahan berkaitan seleweng dana MARA RM2.5j

Siasatan adalah berkaitan pemalsuan dokumen sebelum menyeleweng dana yang diluluskan untuk tujuan lain.
mara,seleweng
PUTRAJAYA: Lima ahli perniagaan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini berhubung penyelewengan dana dan pemalsuan dokumen sokongan bagi mendapatkan pembiayaan perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), bernilai RM2.5 juta.
Berita Harian Online hari ini melaporkan, perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi.
Terdahulu, kelima-lima lelaki berbaju lokap jingga itu tiba di perkarangan mahkamah di sini, secara berasingan menaiki dua kereta pada jam 9.55 pagi dengan diiringi polis.
Mereka berusia antara 38 hingga 48 tahun, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 9 malam tadi, di sekitar Lembah Klang.
Difahamkan, modus operandi digunakan adalah memalsukan dokumen sebelum menyeleweng dana yang diluluskan untuk tujuan lain.
Sumber berkata, pembiayaan yang dimohon bernilai antara RM200,000 hingga RM350,000 membabitkan sembilan syarikat.

Kontrak RM272 juta penyelenggaraan Scorpene dilanjut


 Kerajaan melanjutkan kontrak penyelenggaraan bernilai kira-kira RM272 juta untuk dua kapal selam Scorpene, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menurutnya, pembaharuan kontrak bagi kedua-dua kapal selam itu masing-masing berjumlah RM110.95 juta dan RM161.22 juta.
“Kontrak yang tamat pada 30 November 2015 kini dilanjutkan hingga Mei 2017,” kata Hishammuddin dalam jawapan parlimen semalam.
Menurutnya, jumlah kos penyelenggaraan selama enam tahun itu berjumlah RM1.39 bilion, sebelum kontrak berkenaan tamat tahun lalu.
Oleh itu, kos terkumpul untuk kedua-dua KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak mencapai RM1.7 bilion.
Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd dilantik untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan untuk kedua-dua kapal selam Scorpene milik negara.
Pengerusi Boustead ialah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang juga adalah pengerusi 1MDB, yang di bawah kawalan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah perdana menteri.

Khairuddin Yakin Parti AMANAH Akan Ganti UMNO Pada PRU14 Nanti

Bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyatakan beliau amat yakin Parti AMANAH yang dipimpin oleh Mohamad Sabu akan mengambil-alih tugas UMNO (sebagai kerajaan) pada tahun 2018 nanti.

Beliau menyatakan demikian di dalam satu majlis Pidato Selamatkan Malaysia yang diadakan di Permatang Pasir, Melaka malam tadi. Kenyataan itu disebut sebanyak dua kali di hadapan lebih 2,000 orang rakyat Melaka yang memenuhi ruang perkarangan pidato berkenaan.


Khairuddin, yang telah bertindak keluar dari parti UMNO mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa parti itu kini hanya melindungi Najib semata-mata.

Meskipun beliau mengakui bahawa beliau berasal dari keluarga UMNO, malah darah UMNO mengalir di dalam tubuh badannya adalah darah UMNO, tetapi pada hari ini, beliau merasa malu untuk mengaku bahawa beliau seorang ahli UMNO.

"Sebab itulah tuan-tuan, sudah kena pada masanya dan tepat pada waktunya, Mohamad Sabu menubuhkan parti AMANAH. Saya rasa tuan-tuan parti AMANAHlah yang akan mengambil alih tanggungjawab UMNO (sebagai kerajaan) pada tahun 2018, insyaAllah," tegasnya.

Beliau menyatakan beliau kesal dengan tindak-tanduk pihak berkuasa yang enggan menyiasat kes 1MDB, walaupun beliau sudah membuat laporan polis sebelum ini.

"Hingga ke hari ini, sudah hampir dua tahun pihak polis tidak mahu menyiasat tentang kes 1MDB dan tidak mahu menyiasat kesemua yang disyaki terlibat ke atas 1MDB," katanya.

"... saya mempunyai bukti penggubahan wang haram berlaku di luarnegara, mereka selewengkan duit 1MDB di luarnegara, dan minggu lepas, peguam negara Switzerland (telah) mengakui bahawa sejumlah RM16.8 bilion duit 1MDB telah diselewengkan dari syarikat tersebut,"


"Itulah sebabnya (sebelum ini) saya terbang ke Hong Kong, ke Singapura, ke Perancis, ke Switzerland, ke London untuk buat laporan kepada pihak berkuatkuasa undang-undang di sana. Tapi malangnya pada hari terakhir dimana saya sepatutnya ke New York, saya telah ditangkap oleh polis."

"Saya mahu pertahankan ekonomi tanahair kita, saya nak selamatkan duit kerajaan, duit rakyat, tetapi malangnya tuan-tuan, Ketua Polis Negara menuduh kononnya saya cuba sabotaj ekonomi negara. masuk akalkah itu tuan-tuan?" tanya beliau.

1MDB Probe Shows Malaysian Leader Najib Spent $ 15 Millions on Luxury Goods

Bank documents show accounts of prime minister paid out $15 million for clothes, jewelry and a car

Malaysia Prime Minister Najib Razak and his wife, Rosmah Mansor, at a summit in Kuala Lumpur in November.
Malaysia Prime Minister Najib Razak and his wife, Rosmah Mansor, at a summit in Kuala Lumpur in November. Photo: FAZRY ISMAIL/EUROPEAN PRESSPHOTO AGENCY
HONOLULU, Hawaii—On Christmas Eve 2014, Malaysian Prime Minister Najib Razak stepped onto Hawaii’s 18-hole Kaneohe Klipper course for a round of golf diplomacy with U.S. President Barack Obama.
Off the fairways, another side of Mr. Najib’s time in office was on display. Two days earlier, the prime minister’s credit card was charged $130,625 to Chanel in Honolulu, according to Malaysian investigation documents. A person who works at a Chanel store in the upscale Ala Moana Center recalls Mr. Najib’s wife shopping there just before Christmas.
The credit card was paid from one of several private bank accounts owned by Mr. Najib that global investigators believe received hundreds of millions of dollars diverted from a government investment fund set up by the prime minister in 2009. The fund, 1Malaysia Development Bhd., or 1MDB, today is at the center of corruption probes by authorities in Malaysia and at least five other nations.
The Malaysian investigation documents, viewed by The Wall Street Journal, contain bank-transfer information that provides the most complete picture to date of the money that flowed through the prime minister’s accounts over a five-year period, the majority of it, investigators say, originating from 1MDB.
They show for the first time how some of the money in Mr. Najib’s accounts allegedly was used for personal expenses. That included $15 million in spending on clothes, jewelry and a car, according to the bank-transfer information, involving stores in the U.S., Malaysia, Italy and elsewhere.
The disclosures appear to undermine key claims Mr. Najib and his allies have made in his defense, including that none of the money went toward personal expenses. They also detail how Mr. Najib used the funds to operate a large political machine, with money flowing from his accounts to politicians, think tanks and lawyers during a close election in 2013.
Mr. Najib, who was seen by Washington as a liberal, Western-friendly leader when he first came into power in 2009, didn’t respond to requests for comment. He has strenuously denied wrongdoing.
A lawyer for Mr. Najib’s wife, Rosmah Mansor, declined to comment. The 1MDB fund also didn’t respond to questions. It has denied sending money to Mr. Najib’s accounts or other wrongdoing and said it is cooperating with probes.
In all, the documents show over $1 billion entered five accounts belonging to Mr. Najib at AmBank Bhd., a Malaysian bank, between 2011 and 2015.
As previously reported, $681 million was transferred via a web of entities in March 2013, money which investigators in two countries believe originated with 1MDB, the government fund. Malaysian investigators believe another set of transfers in 2014 and 2015, totaling $25 million, came from an entity known as SRC International Bhd., a company that originally was controlled by 1MDB but was transferred to the Finance Ministry in 2012. Mr. Najib also is the finance minister.
After the Journal first reported those transfers last July, Mr. Najib wrote a post on Facebook saying: “Let me be very clear: I have never taken funds for personal gain as alleged by my political opponents—whether from 1MDB, SRC International or other entities, as these companies have confirmed.”
Malaysia’s attorney general in January cleared Mr. Najib of wrongdoing, saying $681 million that entered his accounts in 2013 was a legal donation from the Saudi royal family, and that most of it was returned. Mr. Najib’s defenders have said any money spent in Malaysia went for political purposes, which they say is permissible.