Selasa, 29 Mac 2016

TAHANAN KEDIAMAN ???!!!

Bertuahnya badan jadi banduan Umno.. tup2 genap 6 bulan dipenjara dah boleh bebas kluar dari penjara wpon Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan hukuman 12 bulan penjara terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah.

RUPA2NYA.. Lembaga Parol telah meluluskan permohonan parol Khir Toyo yg akan menghabiskan dua bulan terakhir hukuman penjaranya dengan 'tahanan kediaman'..

Agak2 Anwar kasi parol macam Khir Toyo boleh ke tak ??

“Konsep wasatiyyah adalah pendekatan yang tidak bersifat keterlaluan atau melampau”. Najib Razak

"Contohi Dato' Seri Najib beliau memimpin mengikut Sunnah Rasululah" kata ostajah Mashitah Ibrahim,

'Usah bimbang tandatangan Deklarasi Rakyat'

PANDAN - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim memberi jaminan kepada orang ramai agar tidak perlu bimbang untuk menandatangani Deklarasi Rakyat.
Menurut beliau, rakyat perlu berani jika mahukan perubahan ke arah pentadbiran negara yang lebih baik.
“Kalau kita nak ubah kerajaan, mahukan kerajaan yang lebih baik dan yang jaga rakyat, (maka) masa depan bergantung kepada orang muda. Kita mesti berani.
ZAID IBRAHIM “Kalau kita suruh tandatangan Deklarasi Rakyat itu, tandatangan saja jangan bimbang. Kalau kita nak perubahan kita kena berani,” katanya ketika berucap di Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia, di sini, semalam.
Himpunan itu diadakan sehari selepas Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, Ahad lalu.
Antara persetujuan yang dicapai melalui kongres tersebut adalah mengumpul sejuta tandatangan rakyat Malaysia bagi menandatangani Deklarasi Rakyat.
Deklarasi tersebut kemudiannya akan dibawa ke Majlis Raja-raja bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.
Dalam pada itu, Zaid berkata, semua pemimpin yang menyertai Deklarasi Rakyat boleh dipercayai dan rakyat perlu menyokong mereka 100 peratus.
“Tetapi di zaman sekarang ini ada juga pemimpin yang sesekali ke sini, sesekali ke sana. Ada seorang pemimpin ini partinya 50 tahun berjuang menentang Umno dan rasuah, tetapi dalam masa lima minggu ini baik benar dengan Najib.

Kongres Rakyat: Hadi belum maklum tindakan disiplin

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa beliau belum dimaklumkan tentang tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpinnya yang berucap dalam Kongres Rakyat pada Ahad lepas.'
"Saya tidak dimaklumkan lagi (pemimpin Pas terlibat dalam Kongres Rakyat)," katanya dengan ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Abdul Hadi Awang Beliau mengulas tindakan Adun Salor, Husam Musa dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengambil bahagian dan menjadi pembahas dalam Kongres Rakyat 2016 pada Ahad lalu.
Kongres Rakyat merupakan rentetan daripada Deklarasi Rakyat yang dicetuskan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyelamatkan Malaysia dengan menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kepimpinan utama negara.
Abdul Hadi sebelum ini menegaskan, Pas tidak terlibat dengan sebarang usaha untuk mendesak Najib meletakan jawatan perdana menteri, melainkan menerusi pilihan raya akan datang.

MALULAH WEH, "SESUATU DI LUAR JANGKAAN" DARI LELAKI 91 TAHUN PUN MASIH DITAKUTI...

Tidak ada manusia yang normal yang tidak terkejut dan "garu kepala"  dengan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan bahawa kata-kata Tun Mahathir Mohamad ingin melakukan "sesuatu yang di luar jangkaan" untuk menjatuhkan Najib, boleh dianggap sebagai menghasut.

Malah jika bapanya, Allahyarham Mohamed Rahmat, bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO masih hidup, pasti beliau juga turut terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh anak sulungnya itu.

Antara lain Nur Jazlan berkata, bekas Perdana Menteri itu boleh dianggap menghasut kerana mengeluarkan kenyataan mahu melakukan "sesuatu di luar jangkaan" untuk menjatuhkan Najib.

"Dia (Tun Mahathir)  bercakap perkara itu kepada umum. Tidakkah ia boleh dianggap sebagai menghasut? Khianat?

"Pihak polis sedang menyiasat. Lagi banyak Tun Mahathir bercakap, lagi banyak bahan untuk polis siasat.

"Jika siasatan menunjukkan beliau melanggar undang-undang, maka kita akan mengambil tindakan," kata beliau.

Kenapa Nur Jazlan begitu takut dan sensitif dengan kata-kata "sesuatu di luar jangkaan" itu, lebih-lebih lagi ia hanya diucapkan oleh seorang lelaki yang sudah mencecah usia 91 tahun?

Apa yang  "di luar jangkaan" yang mampu dilakukan oleh Tun Mahathir dengan usia sebegitu? 

Atau adakah kata-kata itu diungkapkan oleh seorang kepala pengganas yang sudah banyak kali terbukti bahayanya kepada umum?

Memang diketahui ramai bahawa Tun Mahathir ingin menjatuhkan Najib, tetapi pernahkah beliau mengatakan mahu melakukannya dengan kekerasan, di luar batas undang-undang atau langgar saja Perlembagaan negara?

Reformis desak Kesatuan Eropah prihatin kesihatan Anwar

KUALA LUMPUR 29 MAC: Otai Reformis bersama Ahli Parlimen KEADILAN mendesak Kesatuan Eropah (UE) prihatin terhadap kesihatan bekas Ketua Pembangkang, saudara Anwar Ibrahim yang dipenjarakan sebagai tahanan politik.
Kumpulan itu hari ini bertemu wakil Duta Kesatuan Eropah di Malaysia, Luc Vandebon dan menyampaikan memorandum serta membincangkan mengenai pembebasan termasuk kesihatan Anwar.
Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib berkata, inisiatif ini memandangkan EU turut berpendirian bahawa penahanan Anwar berunsurkan politik dan merupakan isu antarabangsa.
IMG_8115"Isu yang kami timbulkan ialah untuk mendapat sokongan bagaimana untuk meningkatkan usaha kempen membebaskan beliau, dan juga hak rawatan kesihatan yang sepatutnya diterima Datuk Seri Anwar," katanya pada sidang media di Menara Tan & Tan, Jalan Tun Razak, selepas pertemuan itu.
Menurut Saari, pertemuan tersebut disambut baik EU dan mereka komited untuk membawakan isu tersebut kepada Kerajaan Malaysia.
"Luc menegaskan bahawa di peringkat tertinggi EU telah memainkan peranan sebaiknya untuk menyampaikan maksud dan permintaan agar Anwar dibebaskan pada pihak tertinggi Kerajaan Malaysia.
"Malah di peringkat peribadi, beliau berkata 'saya berminat'. Itu komitmen paling hebat dan kami delegasi Otai Reformis dan Ahli Parlimen, NGO, aktivis politik, dan Adun akan usahakan," kata Adun Hulu Kelang itu lagi.
EU merupakan kesatuan di mana terdapat 48 negara bersama mereka dan di Malaysia, 28 negara yang majoritinya menyokong Anwar dibebaskan.
Turut hadir dalam pertemuan itu, Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan; Ahli Parlimen Alor Star, Gooi Hsiao Leung dan Pengerusi Sekretariat Bebas Anwar, Adrian Lim.
Tuntut pertukaran Dr Jeyaindran
Sementara itu, Manivanan turut membangkitkan tuntutan supaya panel doktor yang merawat kesihatan Anwar, Datuk Dr S Jeyaindran, yang juga doktor peribadi Datuk Seri Najib Razak segera ditukar, bagi membolehkan Anwar mendapat pakar perubatan yang lebih baik.

Surat putera Arab bukti Najib dapat 'hadiah'

KUALA LUMPUR 29 MAC: Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.
Foto Bernama Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah” itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam”.
Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.

“Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang,” menurut surat itu.
Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia.
Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Media Australia dedah perbelanjaan mewah Najib

KUALA LUMPUR 29 MAC: Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.
Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama “Mr X” yang dakwanya milik Perdana Menteri, seperti dilapor Malaysiakini.
Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.
najib rosmahPerbelanjaan termasuk:
Barangan kemas – RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
Kempen politik – RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk Barisan Nasional.
Bayaran bagi media dan pengiklanan – jumlah tidak didedahkan
Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) – jumlah tidak didedahkan
Yayasan Rahah – RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
Penginapan hotel – RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Beli-belah – RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
Percutian – RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
Kereta mewah – RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
Ahli perniagaan, akademik dan peguam – jumlah tidak ditentukan

Umno tidak lagi bela Melayu – Saifuddin Abdullah

AMPANG 29 MAC: Umno Barisan Nasional (BN) tidak lagi boleh diharap dan tersasar dari landasan sebenar – berjuang untuk membela rakyat terutama orang Melayu.
Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, hanya rakyat dapat menyelamatkan Malaysia daripada terus ditadbir pemimpin Umno yang tidak bertanggungjawab dan membawa kemusnahan kepada negara.
“Hari ini dengan Perdana Menteri Najib Razak, rakyat sudah nazak. Sebab itu kita kena berhimpun, tandatangan Deklarasi Rakyat kerana hanya rakyat yang boleh selamatkan Malaysia.
“Umno dulu tidak sama seperti Umno sekarang. Umno dulu berjuang tetapi Umno sekarang ber’wang’,” kata Saifuddin yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Katanya lagi, Umno juga seperti seekor beruang yang suka menampar seperti nasib menimpa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin, digantung selepas mempersoalkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Menteri Kewangan tersebut.
Saifuddin menegaskan, rakyat perlu bangkit melakukan perubahan institusi untuk menjadikan negara lebih baik ekoran skandal kerajaan seperti 1MDB, wang RM2.6 bilion dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Sebab itu kita mahu reformasi, satu islah, perubahan sepenuhnya bukan separuh.
“Kita mahu Najib undur, kita mahu Anwar bebas, kita mahu reformasi institusi kerana kita mahu reformasi penuh,” katanya pada ceramah Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, malam tadi.
Himpunan anjuran Pakatan Harapan itu dihadiri 5,000 rakyat yang menuntut perubahan institusi sistem, pembebasan Anwar Ibrahim dan pengunduran Najib, dan ini merupakan tunjang utama yang terkandung dalam Deklarasi Rakyat.

Isu Anwar Ibrahim diberi perhatian utama EU, kata Otai Reformis

Setiausaha Badan Peguam juga disiasat, presiden berang

Setiausaha Badan Peguam Malaysia, Cheah Yee Lynn juga akan disoal-siasat polis berhubung usul menggesa peletakan jawatan Peguam Negara Tan sri Mohd Apandi Ali, selain tiga peguam yang mengemukakannya.
Presidennya, Steven Thiru ketika membuat pendedahan itu berkata siasatan polis itu adalah campur tangan yang tidak boleh diterima dalam hal ehwal Badan Peguam.
"Tindakan (polis) ini tidak boleh diterima.
"Ini adalah gangguan kepada kewajipan berkanun Majlis Peguam untuk mengadakan dan menjalankan mesyuarat agung tahunan Badan Peguam Malaysia dan hak berkanun ahlinya untuk mengemukakan usul untuk pertimbangan Badan Peguam Malaysia selaras dengan matlamatnya dan kuasa di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.
"Majlis Peguam menggesa (polis) supaya menghormati kewajipan berkanun Majlis Peguam dan hak berkanun ahli Badan Peguam Malaysia," kata Steven dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa peguam Francis Pereira, R Shanmugam dan Charles Hector yang mengemukakan usul itu telah diarahkan untuk menghadiri siasatan polis.
Ketiga-tiga mereka telah diarahkan untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada petang Khamis, di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Khir Toyo kini jalani hukuman penjara di rumah

Khir diberikan parol menjalani baki hukuman di luar penjara di bawah pengawasan pegawai parol.
khir-toyo,penjara,setahun
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberikan parol, hari ini selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan.
Menurut rakan baik Mohamad Khir, Roslan Dian yang memberitahu FMT, Mohamad Khir yang diberikan parol, akan menjalani baki hukuman di luar penjara dengan tinggal bersama keluarganya di rumah, di bawah pengawasan pegawai parol.
“Mohamad Khir telah menjalani hukuman penjara selama enam bulan, tetapi baki enam bulan tidak semestinya enam bulan. Kini dia (Mohamad Khir) akan menjalani baki tahanan di dalam rumah,” ujarnya.
Mohamad Khir disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.
Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Dr Mohamad Khir.

Tukar PM: Saya Hanya Beri Pandangan - Tengku Razaleigh

Saya Bantah Penahanan Khairuddin, Mathias - Tengku Razaleigh

Deklarasi Kelantan: Saya Bukan Berpaling Tadah - Tengku Razaleigh

Jacel Kiram: Nurul Izzah, Tian Chua Dihadap Ke JK Parlimen

SPAD patut jaga kebajikan pemandu teksi, kata Tian Chua

Why Anwar chose to stay back and fight

Deklarasi Rakyat: Tun M jauh pandangannya, saya takut Umno hilang kuasa, kata Mohd Shafie

Datuk Seri Mohd Shafie ApdalDatuk Seri Mohd Shafie ApdalNaib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan pemimpin pembangkang lain dalam Deklarasi Rakyat setelah beliau ‘keletihan’ apabila semua nasihat yang diberikan kepada Mohd Najib Razak tidak diambil berat oleh Presiden Umno itu.
Beliau mendedahkan, Mahathir sudahpun memanggil Najib dengan mengikut peraturan.
“ Tun M menegur ikut peraturan panggil di rumah, yayasan perdana, yang ini betul yang ini tak betul, tetapi ada perkara yang dekat di hatinya itu ditegur seperti 1MDB dan RM2.6bilion tetapi tidak diendahkan.
“ Deklarasi Tun M bersekali dengan Lim Kit Siang kerana ia bukan deklarasi Tun M dan Umno tetapi deklarasi rakyat Malaysia keseluruhannya.
.
“Saya percaya jika Tun M boleh jayakan deklarasi ini hingga dia sanggup nak pandu lori ke Istana (menghantar 1juta tandatangan ke Majlis Raja-raja) dan jika pilihan raya ke 14 kalau berjaya Lim Kit Siang nak complain apa lagi?
“Tun M boleh bagi tahu you dont complain, kita dah selamatkan Malaysia. You will there with me to support me takanlah you tidak boleh support sekarang ni.. orang tua (Mahathir) ni jauh pandangannya.
“Tun M tidak sokong Lim Kit Siang tapi dia paparkan pada dunia, bahawa “Lim Kit Siang yang balun saya dulu, kini sudah sokong saya!”.
“Saya tahu Tun M tidak akan keluar dari Umno semata-mata untuk masuk parti pembangkang, esok dia akan balik, dia sayang umno, dia sayang bangsa dan negaranya.
“Dia dah tegur, dia dah nasihat dia dah letih kerana dah macam-macam cara dilakukan.
Apabila dia merasakan keyakinan institusi perbankan, kehakiman, SPRM,PDRM, sudah diragui dan membimbangkan rakyat. Cara macam mana lagi dia nak lakukan?,”soal Shafie yang merujuk kepada tindakan Mahathir bersekongkol dengan pakatan pembangkang untuk mendesak Najib meletakkan jawatan dalam Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu.
Shafie berkata demikian ketika menghadiri program sesi penerangan isu semasa di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, pada Ahad lalu.
Malah Shafie juga menerangkan mengapa isu 1MDB dan RM2.6bilion itu terlalu penting untuk perjuangan Mahathir.
Katanya masalah utama berbangkit adalah ketidak yakinan rakyat terhadap kerajaan.
“Jika isu itu boleh menghakis keyakinan rakyat, bukan satu atau dua bilion tapi nak pulih keyakinan tidak semudah itu. Banyak negara bila sebuah kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, sukar nak pulihkan tak semudah kita sebut setakat RM42bilion...itu kebimbangan utamaTun M.
“Kerajaan gunakan duit secukupnya sebaliknya tidak mampu dapatkan kembali duit (keuntungan) kita terpaksa guna GST, kita ambil duit daripada cukai rakyat sebaliknya rakyat tersiksa, memang kerajaan dapat duit, tapi undi kerajaan tidak dapat.” ujar bekas menteri kemajuan luar bandar ini,.

Kempen bantu Mat Sabu capai sasaran

Mohamad Sabu SHAH ALAM - Dalam tempoh tidak sampai dua bulan, kempen ‘Derma #SahabatMatSabu, RM10 seorang’ telah berjaya mengumpul kutipan derma mencecah RM200,000.
Difahamkan, kempen itu dilancar bagi membantu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang diperintahkan mahkamah untuk membayar RM200,000 dalam kes saman dikemukakan oleh bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Wakil kumpulan aktivis, Hishamuddin Rais dalam satu kenyataan bersama, pihaknya telah menutup tabung tersebut secara rasmi dan jumlah rasmi kutipan derma akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Adalah dimaklumkan kutipan derma untuk Mat Sabu yang dijalankan oleh  ‪#‎SahabatMatSabu telah berjaya mencecah RM200,000.
“Dengan ini diumumkan tabung ini akan ditutup secara rasmi #SahabatMatSabu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma. Akaun ini akan diaudit dalam masa terdekat dan jumlah rasmi juga akan diumumkan,” katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Amanah.
Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu atau pihak yang mengenali Mohamad atau Mat Sabu untuk membantu pemimpin politik itu.
Jelasnya lagi, tarikh penyerahan duit kepada pihak peguam Mat Sabu juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

Turunkan UMNO bukan Najib seorang, pesan PAS pada Husam

Ia tidak mempunyai makna sekiranya pertukaran Perdana Menteri datang daripada sistem yang sama.
Datuk Husam Musa
SHAH ALAM: PAS hairan dengan gesaan bekas naib presiden mereka yang mahu parti itu menyatakan pendirian untuk bersama muafakat Selamatkan Malaysia dan menurunkan Perdana Menteri, DAtuk Seri Najib Razak.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sallehin Mukhyi berkata pendirian PAS berhubung perkara itu sudah jelas: PAS mahu menurunkan UMNO daripada tampuk kekuasaan, dan penukaran Najib tidak selaras dengan matlamat itu.
“Soalnya bukan soal siapa, tetapi UMNO dan sistemnya,” kata Sallehin; “tidak ada makna pertukaran dalam keadaan sistem yang sama. Lebih baik perubahan itu melalui pilihan raya.”
“Dahulu orang tak puas hati dengan Dr Mahathir, kemudian beliau turun. Begitu juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Najib. Jika yang naik sekalipun Mukhriz dan masih BN, jadi apakah maknanya?” soal ketika ditemui pemberita di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.
Semalam, Datuk Husam Musa menggesa PAS agar segera membuat keputusan untuk bersama mereka menumbangkan Najib, di ceramah Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia, Pandan Jaya, malam tadi.
Ceramah itu hanya dihadiri kira-kira 1,000 orang sahaja, walaupun menampilkan watak-watak penting gerakan Selamatkan Malaysia termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu.

Orang kata saya yang banyak ditipu Mahathir – Ku Li

Veteran UMNO itu menegaskan beliau tidak pernah membuat kenyataan yang menentang kepimpinan Najib Razak.
kuli mahathirKUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak bermusuh dengan Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun banyak kali ditipu oleh bekas Perdana Menteri.
“Orang kata, saya yang banyak ditipu Mahathir pun ada juga. Tapi saya sabar dan terima.
“Saya baik dengan dia. Saya tak bermusuh dengan sesiapa,” katanya lagi dalam sidang media hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa banyak kali ditipu Ku Li, susulan Ahli Parlimen Gua Musang menandatangani Deklarasi Kelantan menyokong Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu.
Tengku Razaleigh atau Ku Li berkata beliau tidak pernah membuat apa-apa kenyataan yang menandakan beliau menentang Najib.
Sebelum ini, pemimpin pembangkang mendakwa beliau berpaling tadah kerana Ku Li dilihat menyokong gerakan menjatuhkan Najib kerana pernah menghadiri sidang media bersama Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya dijemput dan sanggup hadir kerana tidak setuju kerajaan menahan (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan peguam Mathias Chang di bawah SOSMA.
“Soal lain saya tidak ada bagi sokongan,” katanya lagi.

Deklarasi pro-Najib seperti buku kedatangan, kata Ku Li


Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyamakan majlis Deklarasi Kelantan untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti menandatangani buku kedatangan.
"Saya bergurau apabila buku itu dihantar kepada saya. Ia seperti buku kedatangan. Jadi saya tandatanganinya, walaupun ia sebahagian daripada majlis deklarasi itu," kata Tengku Razaleigh.
Ditanya mengapa beliau menandatangani deklarasi berkenaan, beliau berkata dirinya menandatangani sebagai ahli Umno dan ketua bahagian parti.
Diasak sama ada beliau memilih untuk berbuat demikian, Tengku Razaleigh berkata, beliau mempunyai hak untuk menandatangani apa-apa dokumen yang beliau mahu.

"Ini demokrasi, bukan? Saya boleh tandatangani apa-apa dokumen. (Dan) saya tidak fikir ia mempunyai sebarang implikasi undang-undang," kata Ahli Parlimen Gua Musang yang juga dikenali sebagai Ku Li.
Khamis lalu, Razaleigh bersama dengan wakil rakyat BN Kelantan yang lain, menandatangani deklarasi itu bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib yang sedang diasak supaya berundur.
Berhubung tindakan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya sebagai "pengkhianat", Razaleigh berkata beliau tidak pernah terlibat dalam mana-mana pergerakan.
"Ia (deklarasi) adalah dokumen biasa yang disediakan oleh mana-mana parti politik.
"Saya tandatanganinya sebagai ahli Umno. Saya tidak berada dalam mana-mana kumpulan, selain daripada Umno. (Jadi) bagaimana boleh tuduh saya sebagi pengkhianat? "

Orang Asal Sarawak menuntut hak kewarganegaraan

Perbicaraan penggantungan Nurul Izzah disambung pada Rabu

Tajuddin: Pertahan Najib kerana selamatkan UMNO

Najib kini kukuh seperti 'Rock of Gibraltar' - Tajuddin

I don't support Tun M's movement: Ku Li

Kena Tanya Mahathir dia pandai tuduh orang - Ku Li

Me as prime minister? No thanks, says Ku Li

'Wartawan Australia akan dikenakan tindakan jika kembali ke Malaysia'

GENERASI gesa Tan Sri Isa Samad digantikan - Idris Ahmad

Nur Jazlan: Dedahkan rahsia kerajaan, Rafizi akan disiasat

Hadi Elak Jawab Ahli Pas Hadir Kongres Rakyat

Tawaran Dr M untuk bantu Sirul dapat suaka disiasat, kata Nur Jazlan

Peminpin Veteren UMNO terlalu banyak Dosa Zaman Mahathir

Nur Jazlan: Rafizi can be charged under OSA

ABC dedah surat putera Arab Saudi pada Najib


Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.
 Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah”itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam”.
Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.
“Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang,” menurut surat itu.
Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia.
Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bagi mendapatkan ulasan mereka.

Dakwaan perbelanjaan Najib - kereta, percutian, barang kemas...


Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.
Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama "Mr X" yang dakwanya milik perdana menteri.
Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.
Perbelanjaan termasuk:
  • Barangan kemas - RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
  • Kempen politik - RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
  • Bayaran bagi media dan pengiklanan - jumlah tidak didedahkan
  • Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) - jumlah tidak didedahkan
  • Yayasan Rahah - RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
  • Penginapan Hotel - RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
  • Beli-belah - RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
  • Percutian - RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
  • Kereta mewah - RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
  • Ahli perniagaan, akademik dan peguam - jumlah tidak ditentukan
Malaysiakini sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mendapatkan reaksi mereka.

Najib dan KERAjaan M'sia bila ambil tindakan tegas SAMAN terhadap ABC..!!

Tahniah dan terima kasih kepada wartawan Australia & Australian Broadcasting Corporation (ABC) kerana berani menyiarkan dokumentari panas yg berkaitan dgn skandal dana Najib Razak dan pelbagai skandal lain yg berkaitan dgnnya..

Jika benar dokumentari itu salah atau memfitnah Najib, kami berharap Najib dan KERAjaan M'sia ambil tindakan tegas SAMAN terhadap ABC..

JIKA TIDAK.. ini bermakna laporan dokumentari itu benar..

Adakah AG Apandi Ali & Umno ini kebal dgn undang2 ??

WOWW !!!.. patutlah AG baru ni yg dilantik atas nasihat Najib begitu garang sekali bila beliau & Umno 'disentuh'...

Sbb itulah Najib & kuncu2nya pertahan & kekalkan Akta Hasutan bagai nak gila...

SIAPAKAH DIA ???

Kerusi Timbalan Presiden Umno semakin hangat & makin digilai oleh manusia tertentu..

TETAPI masih ada lagi YANG BODOH SETIA UNDI BN LAGI..

TAHUKAH ANDA..

- 1MDB & anak syarikatnya dpt pengecualian cukai SELAMA 10 TAHUN.

- Najib dpt derma RM2.6 bilion masuk akaun peribadi TAK PERLU BAYAR CUKAI..

TETAPI kalau rakyat elak bayar cukai dianggap pula sbg PENGKHIANAT NEGARA !!!

Hampir setengah juta rakyat Malaysia masih menganggur..

Tahniah KERAjaan BN

Patutler bermati2an nak punggah bawa masuk 1.5 juta bangla dlm negara..

Peguam di sebalik usul singkir AG disiasat ikut Akta Hasutan


Peguam yang mengemukakan usul untuk membincangkan kedudukan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali kerana enggan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung deposit di akaun bank peribadinya telah dipanggil oleh polis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan.
 Francis Pereira, seorang daripada tiga peguam yang mencadangkan usul itu pada mesyuarat mpunan agung tahunan (AGM) Badan Peguam Malaysia pada 19 Mac lalu, mengesahkan bahawa beliau menerima surat itu daripada Bukit Aman.
Beliau berkata surat itu juga menamakan rakannya, R Shanmugam yang adalah juga seorang lagi pencadang usul itu.
"Surat Bukit Aman menyatakan dengan jelas bahawa ia adalah berkaitan dengan laporan polis yang dibuat ke atas usul yang dibentangkan di AGM Badan Peguam.
"Mereka kata, siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Seksyen 4 (1) berkenaan kesalahan yang mempunyai kecenderungan menghasut.
Pereira berkata beliau dan Shanmugam diarah untuk memberi kenyataan di bawah Seksyen 112 tetapi tidak jelas sama ada mereka dipanggil bagi membantu siasatan atau menjadi subjek penyiasatan.
Pereira menyifatkan siasatan polis itu sebagai "mengejutkan" dan pencerobohan terhadap kedaulatan Badan Peguam Malaysia.
"Kami terkejut polis menjalankan siasatan ke atas peguam.
"Jelas sekali, usul yang dibahaskan di AGM kami diadakan secara mesyuarat tertutup.
"Tidak ada asas untuk membuka siasatan dan ini pasti pencerobohan terhadap kebebasan Badan Peguam," katanya.
Usul itu, selepas dibahaskan oleh Badan Peguam Malaysia memutuskan satu resolusi mendesak peletakan jawatan Apandi.
Malaysiakini masih cuba untuk menghubungi pencadang ketiga usul itu, Charles Hector, iaitu sama ada beliau menerima surat yang sama.

TV3suku, & media2 proUMNO kenapa tak hebohkan kemewahan Adun Umno ini ???




ADUN UMNO di Pulau Pinang ada rumah & aset lebih hebat dari Ketua Menteri Pulau Pinang ???
ADA JUGA sebuah kompleks perniagaan WISMA LAN SAIDIN yg HANYA JARAKNYA 500m DARI RUMAH BELIAU baru dibuka dipercayai milik Adun Umno tersebut..?? Mana Adun UMNO Pulau Pinang ni dapat duit ??
SPRM tak nak siasat ka ??


 

KBS ‘pedas’ pula dengan projek cili RM19 juta berkaitan MIC

Kementerian Belia dan Sukan yang sebelum ini ‘panas’ dengan penyelewengan RM107 juta oleh pegawai kanannya kini ‘pedas’ pula dengan dakwaan berlakunya konflik kepentingan berhubung pembayaran dana RM19 juta untuk program penanaman cili kepada sebuah yayasan.
Ini kerana yayasan itu diketuai oleh timbalan menterinya, Datuk M Saravanan.
Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, kerajaan mengesahkan dana diagihkan kepada Yayasan NAAM.
Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Yayasan NAAM atau Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) adalah sebuah syarikat berdaftar yang dipengerusikan oleh Saravanan dengan pemimpin MIC lain sebagai sebahagian daripada lembaga pengarahnya.
"Pemberian dana kerajaan kepada NGO yang dikuasai oleh parti politik adalah sama sekali tidak boleh diterima dan tidak beretika," kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming dalam satu kenyataan.
"Seseorang boleh bayangkan kekecohan yang akan timbul jika kerajaan negeri Pulau Pinang menyalurkan dana negeri untuk sebuah NGO yang dikuasai oleh DAP dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan dana tersebut untuk menjalankan aktiviti politiknya.
"SPRM harus segera menyiasat NGO ini," katanya.
Sambil menuntut penjelasan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy JamaluddinAbu Bakar, Ong berkata Yayasan NAAM tidak berada di bawah kawalan kementerian itu manakala akaunnya pula tidak diaudit.

Pendokong Anwar perlu ambil peluang atas perubahan Dr Mahathir

Oleh Mohd Sayuti Omar
Malam tadi Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali turun ke Pandan Indah berceramah Maufakat Selamat Malaysia. Ceramah itu pertama kali selepas berlangsungnya Kongres Rakyat yang diadakan sehari sebelumnya.

Hadir sama ialah Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan Husam Musa.Kehadiran Dr Mahathir sekali lagi menunjukkan kesediaan dan kesungguhan bekas PM itu bergerak untuk menyingkirkan Najib.

Kesediaan Dr Mahathir turun ke kawasan Rafizi Ramli merupakan Naib Presiden Keadilan, bukan sahaja memberi petunjuk bahawa beliau bukan senang dengan keberanian Rafizi dalam menyuarakan hak rakyat, tetapi ada sesuatu yang harus difahami jauh tersirat dari itu.
Ceramah di Kampung Padan semalam disamping untuk menyelamatkan Malaysia ia juga dalam kempen reformasi untuk membebaskan Anwar. Dalam pemahaman Keadilan, Malaysia akan selamat sekiranya Najib jatuh dan Anwar bebas. Apakah Dr Mahathir tidak memahami mesej itu?

Apabila Dr Mahathir sudah sedia duduk di pentas sebegitu bermakna beliau bersetuju untuk membebaskan Anwar. Kehadirannya itu satu sokongan moral besar kepada pembelaan terhadap Anwar. Sepatutnya perkembangan itu diambil kesempatan oleh pada pendokong reformasi dan penyokong Anwar tanpa banyak soal dan kerenah.

Kita tahu ada orang yang marah dengan Dr Mahathir atas apa-apa yang berlaku sebelum ini. Namun marah itu tidak membawa apa-apa erti dan boleh menyapukan apa yang sudah berlaku. Yang afdal ialah membawa Dr Mahathir dan memberi peluang kepada untuk membela Anwar dengan gerakan selamatkan Malaysia dan bebaskan Anwar.

Dr Mahathir tidak menyebut secara berterus terang kalau pun beliau mahukan Anwar dibebaskan. Tetapi bahasa badannya harus difahami. Dr Mahathir tidak ada pilihan lain untuk mencapai tujuannya menjatuhkan Najib, kecuali menerusi Anwar. Politik mempunyai makna yang luas untuk ditafsirkan. Sebagai ahli politik veteran beliau masih ada maruah.

Bagi mereka yang kesal dan sedih dengan perbuatan Dr Mahathir yang memenjarakan idola mereka, inilah masanya untuk memulihkan hubungan antara keduanya. Penyokong Anwar tidak boleh melihat Dr Mahathir tidak berguna kepada mereka lagi. Masa dan keadaan hatta hati orang juga tertakluk dengan perubahan. Kalau Anwar boleh memaafkan Dr Mahathir kenapa tidak dengan kita? Yang memikul dan merasai ialah Anwar. Siapalah kita hanya mata memandang? Apakah kita akan bertindak lebih sudu dari kuah?

Terutamanya waris dan keluarga Anwar, seperti Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak perlu bersama Dr Mahathir. Hubungan yang baik sebelum ini tetapi terputus kerana politik, perlu dibaik pulihkan. Harus ada jalinan perasaan baharu antara mereka berdua. Apa yang berlaku lalu adalah sejarah yang hanya untuk dikenang dan bukan dimarahi sepanjang masa.

Perjuangan tidak akan berjaya kalau tidak ada persepakatan dan musuh dikurangkan. Semua pihak harus berpakat. Apabila musuh sudah berpaling tadah dan ingin mendekati kita, ia harus diterima dan diolah dengan baik. Perasaan takut kepada musuh akan melipat kita sekali lagi, lahir dari kebodohan dan kedangkalan kita dalam berlawan.

Wartawan Australia berdepan tindakan jika kembali ke Malaysia - Nur Jazlan


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan boleh bertindak berhubung laporan kritikal Four Corners, terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ini membuktikan bahawa mereka datang ke sini untuk mempersoalkan perdana menteri atas kapasiti sebagai wartawan tetapi tidak mendapat permit.
"Jadi selepas ini, kita akan ambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Apabila ditanya apa tindakan itu, beliau menjawab: "Jika mereka datang ke sini, kita akan membuat keputusan. Biar mereka datang dulu."
Mengenai sama ada mereka akan diusir pulang, Nur Jazlan berkata ia terpulang kepada Jabatan Imigresen tetapi terdapat alasan yang baik bagi berbuat demikian.
Wartawan Four Corners, Linton Besser dan pengendali kamera Louie Eroglu sebelum ini ditahan dan dihantar pulang semasa penggambaran dokumentari itu awal bulan ini.
Mereka cuba mengemukakan soalan mengenai aliran tunai ke dalam akaun Najib.
Semalam, ABC menyiarkan dokumentari yang mendakwa wartawan mereka telah ditunjukkan butiran akaun Najib oleh 'sumber pada peringkat tinggi' yang tidak dinamakan.
Dokumentari bertajuk 'State of Fear: Murder and Money in Malaysia' juga mendakwa bahawa rakyat negara ini hidup dalam ketakutan akan ditangkap.
Nur Jazlan menolak dakwaan itu dan berkata ia sebagai usaha untuk mencemarkan imej Malaysia.

Deklarasi Rakyat sebagai semboyan masa depan


Kongres Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada Ahad lalu adalah kongres luar biasa dan tidak pernah berlaku sama ada sebelum dan selepas kemerdekaan Malaysia.
Buat pertama kali, para pemimpin daripada segenap jalur politik termasuk tokoh-tokoh daripada parti pembangkang, kerajaan, NGO, kumpulan anak muda dan mahasiswa dapat berhimpun bersama secara setara.
Tujuannya hanya satu iaitu mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan jawatan. Melepaskannya dengan segera.
Dapat dirasakan bahawa sejak detik itu, politik Malaysia sudah tidak akan sama lagi. Mantan timbalan perdana menteri yang disingkirkan daripada kabinet pada Julai tahun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebutkan bahawa politik Malaysia kini sudah bersedia untuk menerima “politik matang”.
Beliau tidak pernah menyangka yang beliau boleh duduk bersebelahan dengan tokoh pembangkang, Lim Kit Siang. Rakyat tidak pernah membayangkan pemimpin daripada semua parti boleh bersatu hati.
Ramai pemimpin yang berucap menyuarakan nada keinsafan yang sama iaitu politik tetek-bengek, ego, dendam dan perbezaan ideologi harus diketepikan. Konsensus dicapai. Usaha menyelamatkan Malaysia secara besar-besaran harus segera digerakkan.
Skandal 1MDB yang mencecah lebih RM42 bilion, wang RM2.6 bilion yang masuk ke akuan peribadi PM Najib, media yang ditekan dan dibredel, kes pembunuhan individu berprofil tinggi dan campur tangan ke dalam institusi-institusi kerajaan telah meletakkan Malaysia di ambang sebuah negara gagal.
Para tokoh di pentas kongres juga mengakui, semua kebejatan itu telah memberi kesan kepada realiti ekonomi negara. Nilai ringgit jatuh ke paras terburuk, imej negara di mata dunia rosak binasa dan dasar-dasar kerajaan seperti pelaksanaan GST serta menandatangi TPPA hanya menambahkan beban hidup rakyat.
Oleh itu, Semua kerosakan itu akan hanya dapat diselesaikan apabila PM Najib dilengserkan. Melengserkan PM Najib adalah satu permulaan kepada sebuah Malaysia yang baru.
Blok 'pemakan dedak'
Sejak Deklarasi Rakyat dilancarkan pada 4 Mac lalu, blok yang menyokong kepimpinan PM Najib menggunakan pelbagai helah untuk mengelirukan rakyat. Blok itu juga bukan hanya terdiri di kalangan orang Umno-BN sahaja, tetapi juga golongan “pemakan dedak” daripada pelbagai kumpulan.
Melalui media yang dikuasai mereka, Deklarasi Rakyat cuba dimomok-momokkan sebagai “Deklarasi Tun Mahathir-Kit Siang”. Bahkan, selepas kongres tempoh hari media perdana mulai memutarkan cerita kononnya deklarasi berkenaan bertujuan menjadikan anak Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai PM.
Dalam masa sama, wujud juga golongan dan individu yang berkepentingan cuba menimbulkan syak wasangka.
Disebutkan bahawa menggantikan PM harus hanya melalui pilihanraya atau melabel Deklarasi Rakyat sebagai “elitis” dan tidak serta mengabaikan cita-cita untuk melakukan reformasi institusi yang lebih menyeluruh. Kata-kata nista begitu hanya berpenghujung demi memanjang kuasa atau memenangkan rejim PM Najib.
Kenyataan yang hendak disembunyikan ialah, sejak Malaysia merdeka hampir 60 tahun lalu, belum pernah wujud sebuah deklarasi yang melibatkan partisipasi sekian rakyat jelata. Biasanya sesebuah deklarasi hanya dibacakan oleh pemimpin tertentu di atas pentas ceramah atau ditandatangani di kalangan pemimpin tertinggi parti politik sahaja.
Ramai masih ingat bagaimana “Deklarasi Kuching” pada 16 September 2012 yang dimeterai di Sarawak, hanya ditandatangani oleh tiga pemimpin tertinggi parti oposisi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang sahaja.

'Kenapa TV3, Utusan tak layan Lim seperti Khir Toyo?'


Bekas Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu, Amran Ahmad mempersoalkan liputan berlebihan oleh media arus perdana terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Katanya, serangan berterusan media seperti TV3 dan Utusan Malaysia berhubung pembelian banglo oleh Lim adalah tidak wajar memandangkan siasatan baru bermula.
Beliau juga mempersoalkan mengapa media arus perdana tidak memberikan layanan serupa ketika kes melibatkan pembelian banglo oleh Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo tidak lama dahulu.
 "Media arus perdana diketahui tidak bebas dan dikuasai pemerintah terus mengambil peluang menghentam Guan Eng selaku pembangkang dan hanya beri layanan yang lebih baik kepada pemimpin Umno seperti Khir," katanya dalam kenyataan.
Amran berkata, selaku pendukung isu kesatuan sekerja dan kebebasan media, pihaknya melihat serangan ke atas Guan Eng bertujuan untuk mencipta sentimen negatif meskipun Setiausaha Agung DAP itu masih belum dibuktikan bersalah.
"Perbicaraan menerusi media dengan hukuman telah dijatuhkan menerusi penciptaan persepsi negatif di kalangan pembaca walaupun belum ada keputusan secara adil adalah sesuatu yang tidak sihat," ujar beliau lagi.
Isu pembelian banglo oleh Lim mula dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor).
Shabudin mendakwa banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang itu dibeli dengan harga RM2.8 juta dan lebih rendah dari nilai pasaran.
Beliau juga mendakwa pembelian rumah pada 2015 itu mempunyai hubungan dengan jualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis pada 2012.

The first ‘Save Malaysia’ gathering hits off in KL

Mahathir draws distinction between himself and Hitler

'Thieves should have their hands amputated'

Saya sudah tua untuk jadi perdana menteri, kata Ku Li

Tiga cara selesaikan isu tukar Najib sekarang, Ku Li

Ku Li: Deklarasi Kelantan tiada makna apa-apa, hanya 'gimik' sahaja

Mahathir tak suka kat saya pun, kata Ku Li

Polis arah bersurai, pemandu teksi enggan ditahan

UBER, GRAB langgar undang-undang negara - PERSIM

Menteri terlalu banyak makan dedak ayam – Khairuddin

Beliau menyamakan menteri dan ayam yang mempunyai sifat sama apabila terlalu kenyang makan dedak sehingga lupa segala-galanya.
khairudin
PETALING JAYA : Menteri Kabinet Malaysia disamakan dengan ayam yang makan terlalu banyak dedak sehingga sukar untuk mengingati segala benda.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata, ayam yang terlebih makan dedak menyebabkan haiwan ternakan itu menjadi lali sehingga tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling.
“Mungkin juga menteri-menteri UMNO pun terlalu kenyang sehinggakan mereka tak tahu apa yang berlaku.
“Kalau semuanya mereka tak tahu; jadi persoalannya apa yang mereka tahu? Sehinggakan duit hilang dengan jumlah yang besar pun mereka kata tak tahu.
“Jadi adakah puak kaki bodek minda lemah otak udang ini semua kabinet kayu yang semuanya mereka tak tahu? Apa kerja mereka pada hakikatnya?,” katanya menerusi kenyataan.
Tanpa menyebut nama, kenyataan Khairuddin itu dipercayai ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Shabery Cheek yang sebelum ini menjawat Menteri Belia dan Sukan.
Kedua-dua menteri itu dilaporkan tidak tahu menahu kegiatan rasuah di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menyebabkan kerajaan menanggung kerugian RM100 juta.
Seorang pegawai kanan KBS didakwa terlibat dalam kegiatan itu telah ditahan bersama beberapa lagi suspek bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiapkan siasatan lanjut sebelum pendakwaan.

'Lagi Dr M cakap, lagi banyak bahan siasatan polis' - Nur Jazlan


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dianggap menghasut kerana mengeluarkan kenyataan untuk bertindak "di luar jangkaan” untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
 Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ketika mengulas soalan pemberita berhubung kenyataan Mahathir Ahad lalu yang ingin lakukan perkara “outside the box” untuk menjatuhkan perdana menteri.
"Dia bercakap perkara itu kepada umum. Dia cuba untuk lakukan perkara 'di luar jangkaan' yang melangkaui perlembagaan.
"Tidakkah tindakan dia itu boleh dianggap sebagai menghasut? Khianat?" katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Ditanya sama ada polis akan menyiasat pelbagai kenyataan perdana menteri 22 tahun itu, Nur Jazlan berkata siasatan akan dilakukan.
"Pihak polis sedang menyiasat. Lebih banyak dia (Mahathir) cakap, lebih banyak bahan untuk polis siasat.
"Jika keputusan (siasatan) menunjukkan beliau melanggar undang-undang, maka kita akan mengambil tindakan," katanya lagi.

Saya tidak berpaling tadah, kata Ku Li

Beliau mengaku tidak terlibat dalam Akuan Bersumpah yang mahu melantiknya menjadi Perdana Menteri jika Razak jika berjaya disingkirkan.
Ku-Li
PETALING JAYA: Tengku Razaleigh Hamzah mengaku beliau langsung tidak tahu kewujudan Akuan Bersumpah (SD) yang mahu melantiknya menjadi Perdana Menteri baharu jika berjaya menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam sidang media hari ini, Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih mesra dipanggil Ku Li berkata, beliau tidak terlibat dengan SD itu malah tidak tahu menahu SD itu wujud.
“Saya hanya lihat SD di Facebook, ia kelihatan seperti sepucuk surat bukan SD,” katanya yang merujuk kepada SD yang dimuatnaik Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang dikatakan menyokong Ku Li sebagai Perdana Menteri.
SD itu antara lain menyatakan ahli Parlimen hilang keyakinan kepada Najib dan mendesak beliau meletak jawatan dan mengesyorkan Ku Li mengambil alih jawatan tersebut.
Chin Tong mendedahkan SD itu bagi menjawab tuduhan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdu Rahman yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad ‘menyebarkan cerita dongeng’ apabila mendakwa Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO lain terlibat dalam komplot menggulingkan Najib menerusi undi tidak percaya di Parlimen.

Amaran Tajudin Pasir Salak pada Mahathir, jangan hina ahli UMNO

Dr Mahathir harus ingat bahawa ahli UMNO banyak membantu beliau semasa menjadi Presiden sehingga berjaya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
tajuddin,mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak menghina ahli UMNO dengan melabel ahli dan pemimpin UMNO seperti bisu, pekak dan buta.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, berkata kenyataan Dr Mahathir itu merupakan penghinaan terhadap ahli UMNO yang banyak membantu beliau semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
“Janganlah menghina sampai begitu sekali, itu ahli UMNO yang sokong dia dahulu, saya ada waktu itu masa Tun M jadi Presiden UMNO, jadi Perdana Menteri, kita ini apa? Bisukah? Makan dedakkah? Itu tak adil apabila Tun M hina kita semua macam itu sekali, itu tak betul.
“Tapi hendak kata sama ada kita bercakap atau tidak, mana dia tahu? Takkan kita hendak melalak tepi jalan itu? Kita bercakap, tapi pada tempat yang betul, dalam MT kita bercakap, kita bagi pandangan, nasihat.
“Jadi hendak ukur sama ada bisu atau tidak bisu, hanya kerana kita tidak ikut ‘style’ dia? Buat demonstrasi jalanan macam dia? Itu baru kata tidak bisu? Kalau cakap dalam dewan itu bisulah?” katanya di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Abaikan Mahathir, dia memang ‘kaki gaduh’ – Bung Moktar

Dr Mahathir sepatutnya mengikut jejak bekas-bekas Presiden Amerika Syarikat yang tidak campur tangan dalam pentadbiran Presiden Barrack Obama.
bung-mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki karakter sebagai seorang ‘kaki gaduh’ berdasarkan sejarah silamnya yang bercakaran dengan pemimpin lain.
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Bung Moktar Radin berkata, Dr Mahathir pernah bergaduh dengan bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Razak.
“Perkara ini bukan perkara baru, kita memang dah ramal dah, kerana inilah karakter Tun M.
“Kalau kita tengok, dengan siapa yang dia tidak gaduh. Semua pemimpin dia nak gaduh, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dia gaduh, dengan Anwar dia gaduh,” katanya dalam sidang media di Hotel Seri Pacific, hari ini.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu turut menggesa agar Dr Mahathir mengikuti jejak langkah bekas-bekas Presiden Amerika Syarikat yang tidak menggangu tugas dan pentadbiran Presiden Barack Obama.
“Cuba kita lihat di Amerika Syarikat dan sebagainya, selepas Presiden berhenti mereka tidak akan komen apa-apa kepada penganti Presiden.
“Bayangkan, semua bekas Presiden Amerika Syarikat buat komen dengan Presiden yang ada, apa akan jadi dengan Amerika Syarikat?

Mahathir soal diktator mana letak jawatan suka rela

Kurang 24 jam selepas mengakui dirinya adalah seorang diktator, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba membersihkan namanya dengan melakarkan perbezaan antaranya dengan beberapa diktator terkenal dunia.
Mahathir berkata dirinya sedia berundur manakala diktator lain kekal berkuasa sehingga mereka nafas terakhir - sama ada dibunuh atau membunuh diri.
“Saya amat kecewa apabila dengar suara halus bisik pada saya kata awak sudah tua bagi peluang kepada orang muda, dah 22 tahun jadi perdana menterti nak jadi sampai bila.
“Saya pun menhayut desakan itu dan saya letak jawatan,” kata Mahathir kepada kira-kira 500 penyokong pembangkang di Padang Pandan Indah, malam semalam.

Mahathir kemudiannya secara berseloroh menyoal hadirinnya sama ada mereka mengetahui mana-mana diktator yang melepaskan jawatan mereka tanpa sebarang desakan atau paksaan.
“Kononya saya diktator, diktator mana letak jawatan?
“(Pemimpin politik Jerman, Aldof) Hitler ada letak jawatan? Dia bunuh diri.
“ (Pemimpin Itali, Benito) Mussolini digantung,, (pemimpin Soviet Union, Joseph) Stalin matilah.
“Tapi saya letak jawatan untuk memberi peluang kepada pemimpin lain dengan harapan mereka akan cekap membangunkan negara. Malangnya ini tidak berlaku, terutamanya di waktu ini,” katanya.
Mahathir pada Ahad lalu mengakui bahawa beliau menjadi "diktator" semasa pemerintahan 22 tahun.
Bekas Perdana Menteri itu dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali muncul sebagai tetamu di perhimpunan ‘Selamakan Malaysia’ anjuran Pakatan Harapan.
Ia adalah siri jelajah pertama yang dianjurkan dengan bertujuan untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan memberi tekanan untuk membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara dan mengadakan pembaharuan sistem institusi negara.

Mahathir menerima sambutan hangat oleh orang ramai semasa ceramah 40 minitnya itu.
“Kenapa kita ada di sini begitu ramai, sebab kita menhadapi masalah, kerana negara kita tidak lagi ditadbir dengan baik.
“Peminpin lebih suka hidup mewah dan membelanjakan wang bukan sendiri, kononya Pak Arab bagi. Mereka (Arab) begitu sayang bagi dia (Najib) RM2.6 bilion,” kata Mahathir dan disambut gelak ketawa daripada orang ramai.
“Saya dulu dapat duit juga tak banyaklah, tapi saya masuk dalam akaun pemegang amanah Umno sebab itu selepas saya berhenti saya serah kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) wang tunai RM230 juta,” katanya.
“Jika nak biayai PRU-13 apa pasal masuk akaun sendiri , bagitau kita, kita seronok dapat duit banyak minta sikit-sikitlah. Tapi dia tak beritahu, kononnya untuk Umno tapi saya tak nampak.
“Ini bukan Pak Arab bagi, ada org lain bagi. Sebab itu kita sangka, mungkin duit itu datang dari 1MDB. Dulu tidak ada 1MDB, rupa-rupanya dia (Najib) tubuh 1MDB supaya dia boleh pinjam duit sebanyak RM42 bilion nak beli itu (dan) ini , tapi sekarang nak cari duit tak ada,” katanya.
Mahathir kemudian mencabar ketua eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk membuktikan bagaimana wang yang dipinjam itu digunakan.

Ku Li nafi edar SD sokongnya, guling Najib

Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau bertanggungjawab mengedar akuan bersumpah (SD) yang menyokongnya untuk menjadi perdana menteri.
Ditanya mengenai perkara itu, Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya.
Beliau bagaimanpun mengakui menyedar tentang kewujudan dokumen itu, tetapi hanya selepas ia dimuat-naikkan di Facebook oleh seorang ahli parlimen pembangkang semalam.
"Saya lihatnya di Facebook, ia nampaknya seperti sepucuk surat kepada Agong, memetik nama saya sebagai contoh, tetapi tidak menamakan saya untuk menjadi perdana menteri.
"Ia hanya menggunakan diri saya sebagai contoh, (sebagai) orang yang berpengalaman," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong semalam menyiarkan surat akuan bersumpah tanpa tandatangan itu di Facebook.
Dokumen itu menyatakan hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menyokong pemimpin Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tampuk kepimpinan.
Liew berbuat demikian selepas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwa SD berkenaan hanya rekaan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu dilaporkan berkata Ku Li mengedarkannya kerana mempercayai bahawa beliau mampu mendapatkan jumlah ahli parlimen yang mencukupi untuk menumbangkan Najib, tetapi wakil rakyat Gua Musang itu gagal berbuat demikian.

KIT SIANG DAN DR MAHATHIR

 DR MAHATHIR

1. Saya diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib.

2. Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

3. Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh UMNO. Dalam pertandingan antara saya dengan Tengku Razaleigh ahli dan pemimpin UMNO secara terang boleh memihak kepada Tengku Razaleigh. Saya tidak menakutkan mereka, tidak membuang mereka dari jawatan atau parti. Yang Menteri terus jadi Menteri, demikian juga Ketua Bahagian dan perwakilan.

4. Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong.

5. Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. Shahrir mengaku dia terima 1 juta dan Ahmad Maslan 2 juta (laporan di sini). Takkan yang lain tidak dapat habuan.

6. Kerana kepentingan diri dan tamak UMNO tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli UMNO selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap UMNO jatuhkan Najib, tidak mungkin.

7. Ini bukan UMNO lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli UMNO yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.

8. Jangan soal saya. Soal diri sendiri. Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari Kerajaan berharga RM60/- satu kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500/- satu kaki persegi, mengenakan cukai G.S.T. keatas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk bayar hutang 1MDB sebanyak 42 billion Ringgit, memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU 13 tetapi, kononnya belanja lebih dari 1 billion Ringgit untuk PRU 13 tetapi kemudian hantar balik kepada penderma 2.03 billion. Tak masuk akal 2.6 tolak 2.03 tinggal berapa? Dari mana datang 1 billion lebih yang kononnya dibelanja untuk PRU 13. Perbelanjaan yang begini banyak menyalahi undang-undang.

9. Najib memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai 1 dari 10 negara yang mengamal rasuah terbesar. Najib sendiri dicemuh diseluruh dunia. Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap UMNO, terhadap orang Melayu, terhadap negara.

10. Rakyat lebih benci melihat ahli UMNO yang menyokong Najib daripada ahli UMNO berada diatas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib.

11. Kami tak makan dedak sesiapa.

Musuh negara Najib, bukan pembangkang – Anina

Kita perlu hormati pegangan parti pembangkang dengan politik yang matang, bersih, jujur, ikhlas, adil dan saksama.
anina-najibPETALING JAYA: Musuh sebenar negara ialah Datuk Seri Najib Razak dan bukannya pembangkang, kata Anina Saadudin.
Bekas ahli UMNO itu berkata, rakyat perlu menghormati perjuangan pembangkang yang ingin menyelamatkan Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad daripada terus ditadbir oleh Perdana Menteri.
“Semua rakyat Malaysia sayangkan Malaysia. Kerana itulah parti pembangkang memperjuangkan ideologi politik mereka di bumi Malaysia kerana itu pegangan mereka. Kita perlu hormati pegangan parti pembangkang dengan politik yang matang, bersih, jujur, ikhlas, adil dan saksama.
“Musuh nyata rakyat Malaysia adalah Najib Razak kerana Najib Razak telah mencuri wang negara. Najib juga telah mencuri masa depan anak cucu rakyat Malaysia.
“Tindakan mencuri wang negara ini adalah antara punca utama yang telah menyebabkan kehidupan rakyat semakin susah kerana ekonomi negara sudah mendekati garisan nazak. Akhirnya rakyat perlu menanggung kos sara hidup yang meningkat akibat GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan penghapusan subsidi,” katanya kepada FMT di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Anina berkata, Dr Mahathir berkongsi pentas dengan musuh politik lamanya, Lim Kit Siang daripada DAP demi menyelamatkan Malaysia yang dirosakkan Perdana Menteri.
“Tun M bukan ikon politik sempit. Beliau antara manusia paling bergeliga di dunia. Beliau membina sebuah negara dari sekeping tanah tanpa tanda hingga menjadi sebuah tugu kejayaan sebuah negara ke3 yang berjaya melonjak menjadi negara yang selangkah menuju negara maju,” katanya.

Adakah mafia mentadbir negara ini, soal Mat Sabu


Apakah negara ini ditadbir oleh kumpulan mafia berikutan beberapa kes bunuh, seperti pembunuhan kejam warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, soal Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu.
“Kita tidak mahu negara kita ditadbir seperti ini. Sekarang kita lihat cakap pandai sikit buang, (bekas) peguam negara (kena) buang, DPP (timbalan pendakwa raya) jumpa mayatnya dalam tong drum, timbalan pengarah kastam ditembak di Putrajaya.
“Tuan-tuan tak takut hidup di Malaysia,” katanya kepada hadirin di perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ yang diadakan di Pandan Indah, Ampang, malam semalam.
"Orang yang mula-mula tubuhkan 1MDB di Terengganu ditembak di hadapan rumahnya," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tanpa mengulas lanjut.
“Tuan-tuan tak tanyakah hari ni, adakah Malaysia ditadbir oleh kumpulan mafia sekarang.
“Tuan-tuan tak tanya kenapa mayat Altantuya hancur jadi debu, kenapa TV3 tak beritahu.
“Altantuya yang cantik dibunuh, kenapa kalau tak mahu hantar sini,” katanya yang terkenal sifat selorohnya sambil disambut dengan gelak ketawa hadir tetapi cepat dicelahnya dengan berkata “bukan hantar (kepada) saya.”
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata beliau juga terkejut dengan cara media asing melaporkan bagaimana Altantuya dibunuh.

Mat Sabu meneruskan selorohnya dengan berkata pemimpin pembangkang dilarang daripada memasuki Sarawak kerana kerajaan negeri takut masyarakat Iban akan jatuh cinta dengan mereka.
“(Saya pun) tak boleh pergi Sarawak, takut orang Iban jatuh cinta pada saya, kesian..,” katanya.

Tun M kata ahli UMNO bisu, pekak, buta

Najib sendiri sudah dicemuh di seluruh dunia dan disokong pula oleh ahli-ahli UMNO pemakan dedak.
UMNO Mahathir
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO yang ada pada hari ini sudah menjadi bisu, pekak dan buta.
Menerusi entri terbaru di laman blog chedet.cc, Dr Mahathir berkata, mereka sebenarnya sudah tidak lagi sayang kepada UMNO kerana didakwa telah banyak makan dedak yang disuap oleh Datuk Seri Najib Razak.
“Kerana kepentingan diri dan tamak UMNO tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli UMNO selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap UMNO jatuhkan Najib, tidak mungkin.
“Ini bukan UMNO lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli UMNO yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian (ahli UMNO), kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain,” tulisnya.