Isnin, 28 Mac 2016

'TOTAL TERROR' IN MALAYSIA: NAJIB'S STATE OF FEAR - A STORY OF INTRIGUE, CORRUPTION & MULTIPLE MURDERS AIRS AROUND THE WORLD

'TOTAL TERROR' IN MALAYSIA: NAJIB'S STATE OF FEAR - A STORY OF INTRIGUE, CORRUPTION & MULTIPLE MURDERS AIRS AROUND THE WORLD
"I think there is an atmosphere of total terror."
It's a story of intrigue, corruption and multiple murders, stretching from the streets of Malaysia's capital Kuala Lumpur, to Switzerland, France and the US as well as Hong Kong and Singapore, all the way to Australia's doorstep.
"He said 'You know I can't talk much, he said, because my phone might be bugged'".
The money involved is astonishing.
"The person who made the gift must be extremely rich to be able to just give away US$681 million."
"The fact that it's going to the personal account of the Prime Minister is unprecedented."
And the escalating scandal is threatening to bring down Malaysia's Prime Minister.


"This charge sheet was the smoking gun."
Four Corners reporter Linton Besser investigates two sets of extraordinary allegations of bribery and corruption: one involving a massive arms deal; the other, the Malaysian sovereign wealth fund. It's a story that's made headlines around the world.
"Hello Mr Prime Minister, ABC Australia. I'm wondering if you can explain the hundreds of millions of dollars in your account?"
Linton Besser's pointed questions landed him and cameraman Louie Eroglu in serious trouble.
"I've been placed under arrest ...we are waiting for some legal advice but at the moment it looks like they intend to charge us."

On Monday night Four Corners will reveal new allegations about the staggering sums of money that have flowed into the bank accounts of Najib Razak.
And as the scandal grows, so does the crackdown on the Malaysian Government's political opponents.
"They're just threatening people now and it's very effective."
State of Fear, reported by Linton Besser and presented by Sarah Ferguson, goes to air on Monday 28th March at 8.30pm EDT. It is replayed on Tuesday 29th March at 10.00am and Wednesday 30th at 11pm. It can also be seen on ABC News 24 on Saturday at 8.00pm, ABC iview and at abc.net.au/4corners.
http://www.abc.net.au/

RM2.6 bilion: Belajar dari Tun Syed Nasir


Segalanya bermula secara rasmi pada 16 Mac 2016. Soalan-soalan yang berkaitan dengan derma RM 2.6 bilion tidak boleh lagi dijawab oleh kerajaan di dalam Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyebut bahawa soalan-soalan itu tidak boleh lagi dijawab atas alasan perkara berkaitan telah difailkan di mahkamah.
Badan Peguam Malaysia telah memfailkan satu permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan peguam negara yang mengarahkan siasatan isu derma RM2.6 billion oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditutup, sekali gus membersihkan dakwaan yang terpalit kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Beliau juga menyebut bahawa jika dijawab soalan-soalan itu akan berlakunya subjudis kepada proses mahkamah.
Beliau merujuk kepada Perkara 23(1)(g) Aturan Mesyuarat, sesuatu soalan itu tidak boleh dikemukakan jika sudah di bawah pertimbangan mahkamah yang boleh merosakkan sesuatu pihak atau subjudis.
Kenyataan Azalina telah menggoncang komuniti Dewan Rakyat khususnya barisan pembangkang.
Kenyataan beliau dibahas dalam parlimen oleh Gobind Singh Deo yang menyangkal dengan menegaskan permohonan semakan kehakiman belum lagi mendapat kebenaran daripada mahkamah.
Maka beliau berhujah tidak timbul isu subjudis kerana proses semakan kehakiman belum lagi berjalan.
Sebelum itu, di awal sesi parlimen, soalan saya berkenaan dengan isu RM 2.6 bilion yang ditujukan kepada Najib ditolak oleh urus setia parlimen, kononnya perlu ditujukan kepada menteri berkenaan.
Soalan ringkas
Soalan saya hanya ringkas sahaja: Bagaimana derma RM 2.6 bilion dipulangkan?
Apakah kaedah pemulangan termasuk kepada siapa dan bentuk pemulangan sama ada ia dibayar secara tunai.
Bank mana yang digunakan perdana menteri dan apakah Bank Negara dimaklumkan berkaitan perkara itu. Bunyinya nampak senang dijawab dan hanya perlu satu jawapan yang jelas oleh Najib.
Itupun soalan-soalan tersebut ditolak dan sehingga kini saya masih tidak dapat memahami mengapa soalan-soalan itu ditolak.
Harus diingat tujuan soalan-soalan itu ditanya adalah untuk dijadikan rekod dalam parlimen dan untuk dijadikan tatapan oleh rakyat jelata di luar sana.
Isunya sekarang ini adalah sama ada menjawab soalan-soalan berkaitan derma RM 2.6 bilion adalah subjudis atau tidak?
Merujuk kepada Perkara 23(1)(g) Peraturan Mesyuarat Parlimen, disebutkan bahawa sesuatu soalan itu jika sudah di bawah pertimbangan mahkamah tidak boleh dibuat atau perkara yang subjudis kepada proses mahkamah.
Namun, merujuk Perkara 36(2) aturan yang sama, hanya yang dipertua sahaja yang boleh menentukan sesuatu perkara itu adalah subjudis atau tidak.
Apakah terdapat pendirian parlimen terdahulu yang membincangkan sama ada perkara itu subjudis atau tidak?
Jika subjudis, apakah speaker pernah membuat satu ketetapan atau ruling membenarkan perkara itu dibincangkan dalam Dewan Rakyat.
Huraian Tun Dr Syed Nasir
Untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan di atas, wajar kita merujuk dan membaca kembali hansard parlimen bertarikh 28 Oktober 1980 di muka surat 4400-4403.
Pada ketika itu, anggota parlimen Tanah Merah meminta Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada ketika itu, allahyarham Tun Dr Syed Nasir Syed Ismail, untuk membuat satu ruling sama ada perkara yang telah dibawa ke mahkamah adalah subjudis atau tidak.
Dalam memberikan ruling pada ketika itu, Tun Dr Syed Nasir telah menghuraikan dengan panjang lebar jika sesuatu perkara itu adalah subjudis.
Pertama, beliau menjelaskan Perkara 36 (2) Peraturan Mesyuarat yang berbunyi:

Inilah Malaysia ku..

LAPOR, DEDAH penyelewengan dana rakyat bakal disiasat..

TETAPI, 'jerung-jerung' yg seleweng rompak samun dana rakyat terlepas begitu sahaja. Hanya 'ikan bilis' shj yg ditangkapnya...

Kesian kami rakyat Malaysia yg mahukan keadilan & kebenaran...

KENAPA Najib Razak suka cakap bohong DAN SOROK DATA SEBENAR kadar pengangguran negara skrg !!!

Beginilah cara PM Najib nak perbodohkan rakyat yg hanya bgtau data dari tahun 1970 hingga 2014 shj..

KENAPA Najib tak berani nak dedahkan data sebenar kadar pengangguran dari tarikh beliau kata (Mei 2015) hingga skrg !!

Hooii Najib.. kami bukannya bodoh spt pemakan2 dedak UMNgOK yg telan saja apa yg pemimpin2 Umno cakap..

PKR, AMANAH mahu bersama Tun M, enggan ungkit sejarah silam

Anwar Ibrahim dulu masa dalam kerajaan pun banyak mendatangkan kesusahan kepada pembangkang. Kita serang Dr Mahathir semasa beliau menjadi pemerintah, sekarang beliau sudah tidak berkuasa kita bersama menentang kegagalan Najib mentadbir negara.
johari-abdul
KUALA LUMPUR: PKR dan AMANAH tidak mahu ‘mengungkit’ kekejaman pemerintahan yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri, sebaliknya mahu bersama bekas diktator itu untuk menyelamatkan Malaysia.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, apa yang telah dilakukan Dr Mahathir semasa mentadbir negara biarlah berlalu kerana perjuangan pembangkang ketika ini adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada kekejaman pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Johari berkata demikian kepada FMT di lobi Parlimen ketika ditanya samada pembangkang sedia untuk memaafkan kezaliman yang telah dilakukan Dr Mahathir semasa memerintah negara selama 22 tahun sekiranya berjaya menyingkirkan Najib menerusi kempen Selamatkan Malaysia.
“Kita bincang masalah sekarang dan akan datang (masa hadapan), saya ingat pendekatan itu adalah betul, soal maaf ke tak maaf ke itu cerita lain. Masalah yang kita hadapi ialah masalah pemerintah yang kelam kabut, ekonomi yang kelam kabut.
“PKR tidak akan ungkit benda lama (sikap Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri), kita fokus isu yang berlaku kepada negara sekarang, isu harga barang, isu pendidikan, isu keselamatan dan isu-isu besar seperti salahguna kuasa yang kita hadapi, berbanding bincang siapa salah siapa betul.
Kalau bincang benda lepas ia tak akan selesaikan masalah,” katanya.
Sementara itu, bagi Ahli Jawatankuasa Kerja AMANAH, Hanipa Maidin beliau berkata, tidak ada guna pembangkang menyerang Dr Mahathir sebagai usaha membalas dendam diatas kekejaman yang dibuat semasa mentadbir negara.

Saya akan terus menjatuhkan Najib – Presiden GKCM

Kamarul Azman tidak patah semangat untuk menyelamatkan UMNO biarpun telah dipecat sebagai ahli parti Jumaat lalu.
GKCMPETALING JAYA: Presiden Gabungan Ketua Cabang Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman bertegas akan meneruskan misi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun telah dipecat sebagai ahli UMNO.
Beliau berkata pemecatannya itu tidak menghalang GKCM dari menentang pemimpin-pemimpin UMNO yang dianggap tidak mempunyai integriti.
“Sebenarnya GKCM sedar bahawa tindakan UMNO memecat keahlian adalah supaya mengekang suara kami daripada menentang dia (Najib).
“GKCM berpendirian tindakan (memecat) itu tidak akan sama sekali menghalang kami daripada terus menentang mereka,” katanya kepada FMT.
Dalam pada itu, Kamarul Azman juga menegaskan dia tidak akan mengalah dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tambahnya, dia akan mengeluarkan satu surat balas kepada Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan mengenai pandangannya terhadap pemecatannya itu, dalam masa terdekat.
“Kita akan keluarkan satu kenyataan dan surat kepada Setiausaha Agung (Ku Nan) mengenai tindakan yang dianggap tidak mempunyai integiriti itu,” katanya.
Sebelum ini Kamarul memberitahu dia menerima surat memaklumkan pemecatan keahliannya di dalam UMNO itu pada Jumaat lepas.
Dia yang juga seorang guru menyatakan tidak takut kehilangan kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan.

RM400 sebulan nak makan apa? soal Rafizi dedah derita rakyat


Penoreh getah mengharungi kesempitan hidup akibat penurunan harga getah dan kenaikan harga barang.Penoreh getah mengharungi kesempitan hidup akibat penurunan harga getah dan kenaikan harga barang.
Kesan kepincangan ekonomi di bawah pentadbiran Najib Razak sejak menjadi Perdana Menteri mulai 2009 dilihat begitu memberi pukulan kepada majoriti rakyat bawahan seperti didedahkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Berkongsi pengalamannya menemui rakyat di Kedah, Perak, Johor dan Negeri Sembilan sejak dua bulan lalu, beliau berkata, kesusahan rakyat pada masa ini menuntut perlunya Najib dan Rosmah Mansor diturunkan dari kuasa mereka pada kadar segera.
“Bila saya masuk berjumpa orang di pasar, ke kebun getah jumpa penoreh, bila lawat orang miskin di flat, satu flat dua bilik tiga keluarga duduk, bila kita duduk di belakang di mahkamah majistret kecil untuk dengar kes rakyat biasa, kita boleh kumpul keluhan, segala kesusahan rakyat,” ujarnya ketika berbahas di Kongres Rakyat 2016 Selamatkan Malaysia, semalam.
Katanya, ramai peniaga yang ditemuinya di pasar pagi di Kuala Ketil dalam kawasan parlimen Baling mengadu tentang kesan kenaikan mendadak harga bahan makanan akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak April tahun lalu itu.
“Semua orang komplen pasal GST. Sebab peniaga-peniaga kecil tidak boleh kutip balik GST. Mereka kena bayar, tidak boleh naikkan harga. Jadi bila jumpa saya, mereka cerita pasal GST. Saya pun ‘cucuk’ sikit, (kata) sebenarnya kalau ikut betul-betul, GST ini tidak naikkan harga barang.
“Marah dia (peniaga). ‘Siapa yang kata begitu?’. Ahmad Maslan yang kata. Berkarung-karung dia maki Umno,” ujarnya dalam majlis yang turut dihadiri bekas pemimpin dan penyokong Umno itu.
Getah pun tak mahu keluar
Dalam kunjungannya menemui penoreh getah di Lubuk Merbau yang terletak dalam Parlimen Padang Rengas bulan lalu, beliau mendedahkan keperitan golongan tersebut akibat kejatuhan harga getah sekerap.
“Dia (penoreh) cerita bagaimana nak hidup kerana harga getah sekarang satu kilogram RM1.80. Dia (menoreh secara) pawah. Sembilan puluh sen dia dapat sebagai penoreh, 90 sen lagi dia bagi kepada tuan tanah.
“Dia beritahu sejak Rosmah dan Najib jadi orang atas ini, getah pun tak nak keluar daripada batang pokok getah itu,” ujarnya disambut ketawa kira-kira 2,000 hadirin yang memadati dewan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu.
Kembali serius meneruskan ucapan, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR itu berkata, hasil getah sekerap paling banyak mampu diperoleh dalam sehari adalah sebanyak 30 kilogram.
“Itupun bukan tiap-tiap hari dia dapat menoreh. Ada hujan, panas, macam-macam. Sebulan paling banyak dapat pun RM400.
“Saya nak tanya Datuk Seri Najib, RM400 sebulan dia nak makan apa? (Dandanan) Rambut Datin Seri Rosmah pun RM1,200. RM400 separuh rambut Rosmah pun tak dapat,” selorohnya.
Lebih enam bulan menanti caruman LTAT

Indeks syariah 75% ketika isu 1MDB, derma


Pengumuman Laporan Indeks Syariah untuk tahun 2015 telah dikeluarkan hari ini dengan skor patuh syariah 75 peratus yang diperoleh pentadbiran kerajaan Malaysia.
Kategori yang diukur ialah ekonomi, politik, sosial, kesihatan awam dan pendidikan.
 Ini adalah merupakan laporan pertama setelah indeks syariah diisytiharkan pada bulan Februari 2015.
Apa yang menjadi persoalan, bagaimana kayu pengukur dibuat dalam aspek maqasid (objektif syariah) dalam hal menjaga dan memelihara harta dan kewangan sedangkan berbagai salah laku tata kelola kewangan telah membawa kesan buruk kepada negara?
Ini tidak termasuk kes 1MDB, RM 2.6 bilion, ketirisan dan lain-lain salahguna kuasa.
Apakah ini patuh syariah?
Indeks syariah yang diperoleh secara dalaman oleh jawatankuasa ini perlu dibuat pengesahan di peringkat luar yang bebas agar piawaian syariah dapat kekal pada aras yang tinggi dan tidak dipermudah-mudahkan.
Krisis kepercayaan
Saya khuatir isu ini dijadikan sebagai alasan untuk mengaburi orang Melayu dan Islam sehingga sanggup meletakkan nama baik syariah untuk tujuan tersebut.

Aliran luar biasa dana ke akaun Najib - 'Four Corners'


Dokumentari Australia - Four Corners memamparkan laporan apa yang didakwanya sebagai butiran akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Menurut program terbitan, Australian Broadcasting Corporatin (ABC) itu, kru penerbitannya telah melihat dokumen-dokumen bank yang dibekalkan oleh 'sumber pada peringkat tertinggi’ yang tidak dinamakan.
"Dokumen-dokumen perbankan mendedahkan aliran luar biasa dan berterusan wang antara tahun 2011 dan 2014," kata suara latar program ini.
Antara lain, menurut Four Corners, AS$75 juta (RM301 juta berdasarkan kadar pertukaran hari ini) yang kononnya datang daripada seorang putera Saudi, manakala AS$80 juta (RM321 juta) lagi berasal daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi.
Sebanyak AS$120 juta (RM482 juta) pula yang kononnya datang daripada sebuah syarikat di Kepulauan British Virgin yang tidak dinamakan.
Ketiga-tiga urusniaga kononnya berlaku pada 26 Jun 2012.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali membebaskannya daripada sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

State of Fear: Murder and Money in Malaysia

Deklarasi Kelantan sokong pecat Muhyiddin, Mukhriz - Mustapa

UMNO Kelantan menerusi 'Deklarasi Kelantan' bersetuju jika Majlis Tertinggi mengambil tindakan memecat mana-mana pemimpin parti yang terlibat dalam apa jua usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keputusan itu dicapai menerusi ikrar taat setia ahli-ahli UMNO  di dalam Deklarasi Kelantan.
 
"Pada khamis 2 Mac lalu, kami ahli-ahli badan perhubungan UMNO Kelantan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri  untuk sampaikan ikrar taat setia kepada beliau.
 
"Deklarasi ini ditandatangani oleh semua Ketua Bahagian semasa perhimpunan 'Deklarasi Kelantan pada 19 Mac lalu.
 
"Kami sudah menyatakan dalam deklarasi itu bahawa mana-mana individu yang menyokong pendirian itu (gerakan jatuhkan PM), maka kita sependapat mereka kena dipecat daripada parti, itu bertulis dalam deklarasi itu bertarikh 19 Mac lalu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, Parlimen di sini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menghadiri Kongres Rakyat bersama-sama pemimpin parti pembangkang di Shah Alam.

Walau “musuh politik”, pemimpin bersatu hati tuntut reformasi institusi negara


KUALA LUMPUR, 28 MAC: Kehadiran lebih 2,000 rakyat dan pemimpin yang berbeza fahaman politik, darjat, kaum dan agama, termasuk “musuh politik”, dalam satu perhimpunan di Shah Alam semalam membuktikan bahawa semua pihak mahu melihat satu perubahan positif untuk Malaysia.
Menyifatkan mereka yang hadir sebagai “prajurit Malaysia yang setia dan berdedikasi dan sayangkan negara”, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, adalah tidak wajar untuk sesetengah pihak melabel mereka yang hadir ke majlis berkenaan sebagai “pencetus masalah, anti-nasional atau pembelot”.
Lim Kit Siang“Walaupun terdapat perbezaan antara 2,000 yang hadir itu, mereka bersatu hati dalam satu tujuan yang murni dan patriotik, iaitu untuk menyelamatkan Malaysia, negara yang kita kasihi dan curahkan kesetiaan tidak berbelah bahagi, dari terus menjadi sebuah negara yang dipenuhi ketidakadilan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perhimpunan Kongres Rakyat yang dilangsungkan semalam itu berjaya mengumpul pemimpin-pemimpin daripada latar belakang berbeza antaranya, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan Kit Siang sendiri serta beberapa pemimpin pembangkang, NGO dan parti pemerintah.
Terdahulu, pada 4 Mac lalu, pemimpin-pemimpin yang hadir ke majlis berkenaan telah menandatangani satu Deklarasi Rakyat yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur untuk membolehkan reformasi menyeluruh institusi negara dilaksanakan.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu menjelaskan salah satu objektif “Selamatkan Malaysia” melalui deklarasi berkenaan adalah untuk melaksanakan pembaharuan institusi yang bermakna bagi memulihkan kredibiliti, kebebasan, profesionalisme dan integriti institusi negara.
Katanya, pembaharuan dan pemulihan institusi negara berkenaan harus dilakukan bagi memastikan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama mendapat pengadilan yang sewajarnya dan tidak berterusan dijadikan mangsa ketidakadilan sistem.

Tun Mahathir - Najib Razak Dipandang Jijik?

5 Kuasa Yang Boleh Menjatuhkan Najib Razak

Rafizi: Najib Akan Ambil Serius Desakan Rakyat Jika Berterusan

Pesuruhjaya Pas T'ganu sudah demam pilihan raya? soal Raja Bahrin


Raja Bahrin Shah menunjukkan keratan akhbar kenyataan kenyataan pemimpin Pas yang disifatkan tidak konsisten.Raja Bahrin Shah menunjukkan keratan akhbar kenyataan kenyataan pemimpin Pas yang disifatkan tidak konsisten.
Ahli Parlimen Kuala Terangganu Raja Kamarul Bahrin Shah menyifatkan Pesuruhjaya Pas Terengganu menghadapi 'demam pilihan raya' kerana bersikap tidak konsisten dalam isu hudud dan tawaran presiden Pas untuk menjadi penasihat Umno.
Sambil menganggap Satiful Bahri Mamat menggelabah kerana pilihan raya negeri semakin hampir, beliau menganggap pemimpin Pas negeri itu terdesak menutup isu 'hudud' dan 'penasihat kerajaan' yang mula memakan diri kerana dipersoalkan sendiri oleh ahli parti.
Menurut beliau, pesuruhjaya Pas Terengganu itu patut mengikut contoh setiausaha politik presiden Pas Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang bercadang mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana didakwa memutarbelitkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung DAP.
Raja Bahrin hairan dengan sikap Satiful yang menyangkal kenyataan beliau tentang presiden Pas yang berhasrat menjadi penasihat kerajaan sedangkan ia dilaporkan secara meluas di media massa.
"Hampir kesemua media perdana dan media sosial alternatif melaporkan kenyataan presiden Pas bahawa Pas tidak berhasrat menukar kerajaan tetapi memadai dengan pendekatan menasihati sahaja ke arah perubahan.
"Malahan ini diulangi beberapa kali dan disiarkan berulang kali (selama) berbulan-bulan oleh kebanyakan media perdana dan sosial.
"Datuk Ahmad Razif (Abdul Rahman), Menteri Besar Terengganu melalui media utama telah menyatakan kerajaan Terengganu hendak melantik presiden PAS sebagai penasihat kepada kerajaan Umno (negeri)," katanya.
Beliau mempersoalkan mengapa Pas dan Satiful tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit jika laporan berkaitan tidak benar?

PENJELASAN TENGKU RAZALEIGH

MENCETUS PERUBAHAN

Negara kita kini sedang mengalami krisis genting mengenai pemerintahan dan kepimpinan. Ini menyebabkan kita mengalami masalah ekonomi yang dahsyat terutamanya berkaitan isu hutang negara. Ia mengakibatkan beberapa masalah ekonomi serius seperti kenaikan mendadak kos sara hidup yang membawa kesan buruk kepada rakyat. Selama ini saya sering berpendapat dan mengingatkan sekiranya kita tidak tukar cara berpolitik dan perisian dasar ekonomi, kita akan menghadapi krisis seperti yang berlaku sekarang ini. Saya mengingatkan perkara ini di Parlimen dan juga dalam beberapa ucapan saya. Saya konsisten dan berkali-kali menyatakan bahawa kita pasti tidak dapat mengelak perubahan. Tanpa perubahan dalam tatacara pemerintahan negara dan cara kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab awam, tidak mungkin kita dapat selesaikan masalah yang dihadapi itu.

2. Saya yakin tiada siapa yang dapat menuduh saya tidak konsisten berkenaan pendirian saya terhadap tatacara pemerintahan negara, tanggungjawab awam dan perlunya perubahan. Inilah intipati perjuangan saya di peringkat kebangsaan serta dalam UMNO sejak tahun 1987.  Saya konsisten dalam perkara ini selama ini dan saya akan terus konsisten di hari muka. Kebelakangan ini, desakan untuk perubahan semakin lantang. Seperti juga orang lain yang inginkan perubahan, saya juga sentiasa mencari jalan munasabah dan sah dari sisi undang-undang untuk maksud ini, termasuklah meneliti peranan yang boleh dimainkan oleh Dewan Rakyat.

3. Bagi maksud ini dan sebagai pengamal politik, saya bertindak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan  dan kehendak parti. Yang demikian isu menyokong kerajaan yang memerintah dan sekaligus memberi sokongan kepada ketua kerajaan tidak timbul.

4. Dalam usaha untuk memberi sumbangan berguna dan berfaedah, saya amat peka dan sedar akan masalah yang dihadapi oleh negara dan keadaan kita yang genting; umpaamnya masalah berkaitan dengan hutang negara serta akibatnya, terutamanya kesan terhadap kehidupan seharian rakyat jelata. Dalam ucapan saya di Parlimen dan surat kepada Ahli-Ahli Parlimen, saya telah mengingatkan akan kesan yang kita rasai sekiranya hutang negara ini tidak ditangani  dan diurus dengan penuh tanggungjawab. Maka itu setiap pengamal politik  dan Ahli Parlimen  berkewajipan untuk tidak mendewa-dewakan orang perseorangan dan bermain politik dalam usaha menangani perubahan yang diperlukan itu.

5. Izinkan saya mengulangi bahawa masalah yang kita hadapi ini meninggalkan kesan negatif terhadap ekonomi kita dan kedudukan antarabangsa negara. Oleh itu kita hendaklah bijak menyelesainya dalam masa terdekat.


Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang

ABC TV CONFIRMS EX-AG PLANNED TO CHARGE NAJIB FOR CORRUPTION


The former Malaysian attorney-general had put in place a plan to lay criminal charges of misappropriation against the Prime Minister Najib Razak before he was suddenly removed from office last year, Four Corners has confirmed.
Abdul Gani Patail informed several senior officials on July 23, 2015 of his plan to confront Mr Razak at a cabinet meeting scheduled for July 29.
But a high-level source with direct knowledge of the affair said the plan was leaked and both Mr Patail and the deputy prime minister of Malaysia, Muhyiddin Yassin — who would have replaced Mr Razak — were sacked.
A Four Corners investigation which airs tonight will also broadcast new details regarding the payment of hundreds of millions of dollars into Mr Razak's personal bank accounts, which he has not accounted for.
The ABC investigation made global headlines earlier this month when the Four Corners team were arrested trying to question Mr Razak about his extraordinary personal finances.

Key points:
Former attorney-general told officials he planned to confront Mr Razak
International investigations examining fund chaired by Mr Razak
Ex-PM says there is "no legitimate reason" for leader to have vast amounts of money
PM has not explained millions of dollars in bank accounts
There are currently at least four international investigations into billions of dollars that have allegedly leaked out of Malaysia's sovereign wealth fund, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). The Malaysian Prime Minister chairs the fund's advisory board.
The Swiss Attorney-General has announced that its investigation has uncovered a "sum suspected to have been misappropriated [which] amounts to around USD 4 billion".
"The criminal investigation conducted by the Office of the Attorney-General of Switzerland (OAG) has revealed serious indications that funds have been misappropriated from Malaysian state companies," the Swiss Attorney-General said.
"So far four cases involving allegations of criminal conduct and covering the period from 2009 to 2013 have come to light ... each involving a systematic course of action carried out by means of complex financial structures."
The controversy engulfed the Malaysian Prime Minister last year when it was revealed that an unnamed donor from the Middle East had deposited more than $US680 million into his account.

In January, Mohamed Apandi Ali, the new Malaysian Attorney-General, said $US620 million of this money was a "donation" from Saudi Arabia which was subsequently repaid, and that Mr Razak's account was closed.
He also shut down an investigation by Malaysia's anti-corruption agency into the affair.
But Four Corners has seen bank records which show other deposits between 2011 and 2014 from mysterious individuals and companies both in Malaysia and overseas via both wire transfers and in cash.

Ahli Parlimen dedah SD guling Najib, sokong Razaleigh


Seorang ahli parlimen DAP hari ini memuat naik akuan bersumpah (SD) yang tidak ditandatangani di Facebook yang dipercayai diedarkan kepada wakil rakyat.
Dokumen itu menyatakan hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menyokong pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tampuk kepimpinan.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Liew Chin Tong bagaimanapun enggan mendedahkan butirannya.
Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada keperluan untuk Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwa bahawa Tengku Razaleigh tidak melakukannya.
"Ini benar-benar berlaku. Ku Li (Tengku Razaleigh) sedang dineutralkan. Saya akan lihat apa yang diperkatakan selepas ini dan saya akan dedahkan lagi," katanya.
Malah status laman Facebook miliknya tertulis kata-kata, "Untuk perhatian Tajuddin".
Sebelum ini, Tajuddin menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tengku Razaleigh adalah individu yang mencadangkan supaya Najib disingkirkan melalui undi tidak percaya di Parlimen.

“Saya tidak melihat apa-apa berita (dakwaan Tun Mahathir seperti apa) yang disebarkan. Tidak ada sama sekali.
“Rakan-rakan saya dan rakan sekerja dari ahli parlimen lain dari Umno dan BN tidak bercakap tentang perkara ini.
“Saya akan tahu kalau ia memang ada (tapi) tak ada langsung. Semua berita ini dicipta oleh Mahathir,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Minggu lalu, Tengku Razaleigh menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyatakan sokongan terbukanya kepada perdana menteri.

Azalina: Kenapa masih bersama Umno kalau sokong pembangkang?

Azalina Othman KUALA LUMPUR - "Jangan jadi musuh dalam selimut," demikian ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Katanya, ahli-ahli Umno yang hadir ke Kongres Rakyat 2016 semalam perlu sedar kehadiran mereka hanya memberi kelebihan kepada pembangkang.
"Mereka perlu berani buat keputusan sama ada masih mahu terus bersama Umno atau mengikut telunjuk pembangkang?
"Kenapa masih mahu bersama parti kalau menyokong gerakan pembangkang? Umno tidak mahu pemimpin yang sudah tidak ada jiwa dengan parti kerana tindakan mereka itu seumpama pengkhianat.
"Seharusnya mereka yang hadir itu perlu berani buat keputusan masih mahu bersama parti atau tidak," katanya ketika ditemui Sinar Online di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Semalam, Sinar Online mengesan kehadiran kumpulan kecil ahli Umno ke Kongres Rakyat 2016 yang dianjurkan pembangkang di Pusat Konvensyen Shah Alam, di Shah Alam.
Kumpulan kecil ahli Umno itu turut bangun dan bersorak apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta mereka bangun untuk meraikan ahli Umno yang hadir.

Bekas tentera tuntut kenaikan pencen mahu jumpa Agong


NGO Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) akan menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara jika kementerian pertahanan tidak menghiraukan rayuannya yang menuntut penambahbaikan kebajikan pesara tentera.
"Sekiranya itu berlaku, kami akan kumpulkan tandatangan daripada setiap pesara tentera, polis dan bomba serta menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan raja-raja Melayu," kata presidennya Asri Buang pada sidang akhbar hari ini.
 Menurutnya, cadangan utama Pahlawan adalah peningkatan kadar bayaran pencen kepada bekas anggota tentera selaras dengan kenaikan gaji anggota tentera semasa.
Asri mengulas mengenai pengumuman Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bulan lalu mengenai kenaikan gaji anggota tentera.
Hishammuddin pada 15 Februari lalu dilaporkan berkata RM58.89 juta diperuntukkan sebagai sebahagian daripada kenaikan gaji bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia bermula 1 Julai ini.
Beliau juga berkata veteran pasukan itu yang perkhidmatan mereka berakhir atau akan tamat pada 1 Januari 2013 hingga 30 Jun 2016, akan mendapat bayaran ‘one-off’ daripada dana RM56.62 juta yang diperuntukkan.
“Pencen kami untuk operasi 50an, 60an, 70an, 80an mestilah diselaraskan dengan kenaikan gaji askar baru.
“Kami mununtut hak berpatutan kami saja. Tentera yang besara termasuk prebet sehingga jeneral. Pencen tertinggi sekarang RM1600,” katanya.
Menurut Asri yang juga seorang veteran perang, Pahlawan mencadangkan agar jeneral bersara diberi pencen sebanyak RM3,500 sebulan, iaitu separuh daripada apa pendapatan yang diperolehi oleh jeneral yang masih dalam perkhidmatan.
“Pesara (tentera) dilabelkan 'miskin bandar' di bandar kecil dan 'miskin tegar' di ibukota KL, tahu tak?” soalnya.

Rafizi dedah dokumen OSA kaitkan LTAT dengan 1MDB


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini bertindak nekad dengan mendedahkan dokumen yang menurutnya tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi membuktikan kaitan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
 Dakwanya, kaitan itu mungkin menjejaskan keupayaan LTAT untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara.
Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan bertindak demikian, walaupun sedar risiko undang-undang akibat mendedahkan dokumen rahsia kerajaan, termasuk hukuman penjara mandatori sehingga maksimum tujuh tahun.
Namun, pada sidang media di lobi parlimen hari ini, katanya ia terpaksa dibuat kerana LTAT tidak berterus terang menjawab dakwaannya.
Malaysiakini tidak memiliki dokumen itu dan tidak dapat melaporkan penjelasan lanjut Rafizi pada sidang media hari ini kerana kekangan undang-undang.
Rafizi sebelum ini membangkitkan isu pesara tentera yang didakwa masih belum dibayar caruman mereka sejak tahun 2014.
Menurutnya, beliau menerima aduan daripada pesara tentera yang memaklumkan bahawa mereka masih belum menerima bayaran pampasan itu walapun selepas enam bulan bersara.
Beliau percaya sehingga 12,000 bekas kakitangan tentera turut terjejas dan menuntut Ketua Eksekutif LTAT Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin meletakkan jawatan daripada lembaga itu kerana didakwa mempunyai konflik kepentingan.

Penasihat Umno: Raja Bahrin cabar PAS saman media


Pengerusi Parti AMANAH Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mencabar Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri menyaman media yang melaporkan bahawa PAS akan dilantik sebagai penasihat kerajaan Umno.
Katanya, sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari, beliau menuntut Satiful menarik semula tuduhan fitnah terhadapnya.
 "Jikalau laporan media tersebut selama ini adalah tidak benar, kenapa PAS dan Pesuruhjaya PAS tidak menyaman media-media tersebut?
"Bukankah PAS begitu hebat sebelum ini menyaman media perdana dan banyak kali juga pernah menang? Kenapa kebelakangan ini PAS tidak lagi menyaman media seperti Utusan Malaysia atas laporan- laporan tersebut?," soalnya.
Beliau berkata demikian ekoran tindakan Satiful yang menyangkal kenyataan beliau bahawa PAS menjadi penasihat Umno.
Sehubungan itu beliau menggesa Satiful supaya membaca semula laporan media sejak beberapa bulan lalu mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak berhasrat
menukar kerajaan dan memadai hanya menasihati ke arah perpaduan.
Beliau berkata Hadi sendiri pada 6 November tahum lalu menyatakan PAS bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu.
"Malahan ini diulangi beberapa kali dan disiarkan berulang kali berbulan- bulan oleh kebanyakan media perdana dan sosial," katanya.
Katanya, ia menunjukkan Satiful kini mengelabah kerana pilihan raya semakin hampir.
"Kini beliau terdesak menutup isu yang mula memakan diri seperti Hudud dan peranan Penasihat kepada UMNO yang ahli Pas sendiri mula menyoal sikap dolak dalih pimpinan mereka," katanya.
Sebelum ini Kamarul membidas sikap PAS yang didakwanya tidak konsisten dan 'cakap tak serupa bikin' apabila bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk menangguhkan pelaksanaan hukum hudud.

MP AMANAH Parit Buntar Bahas RUU Perbekalan Tambahan (2015) 2016

60 Minutes Australia: Dirty Secret

Laporan Ketua Audit Negara Ke Atas 1MDB Mengesahkan Kesan Masalah Kewangan 1MDB Ke Atas LTAT

Saya telah menimbulkan isu kelewatan pembayaran caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada pesara-pesara tentera yang baru tamat tempoh perkhidmatan sejak seminggu lalu. Ada pesara yang terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan lamanya.
Semasa saya mula-mula menimbulkan perkara ini, 1MDB dan LTAT dalam kenyataan pertama mereka menafikan sekeras-kerasnya bahawa ada perkaitan di antara masalah kewangan 1MDB dengan kelewatan pembayaran caruman LTAT kepada pesara tentera. Malah, Pengerusi LTAT dengan terburu-buru mengugut untuk menyaman saya. 1MDB dan LTAT juga menafikan bahawa ada sebarang kelewatan pembayaran oleh 1MDB kepada LTAT dan semua bayaran adalah mengikut jadual.
Saya sertakan satu mukasurat dari Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang kini masih beum dibentangkan kepada rakyat. Mukasurat ini secara khusus menunjukkan bahawa pengurusan 1MDB dan LTAT telah cuba menyembunyikan maklumat sebenar apabila saya mula-mula menimbulkan perkara ini.
Untitled-2
Secara khusus, Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB dan keterlibatan LTAT di dalam 1MDB mengesahkan perkara-perkara berikut:
1. 1MDB RE (anak syarikat 1MDB yang membangunkan Bandar Malaysia) mempunyai masalah untuk membayar kontraktor penempatan semula (iaitu anak syarikat LTAT)
2. 1MDB RE telah menggunakan sejumlah RM288 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk dibayar kepada anak syarikat LTAT bagi tujuannya sendiri iaitu membayar faedah pinjaman
3. Keputusan pengurusan 1MDB menggunakan peruntukan kerajaan sebanyak RM288 juta untuk membayar faedah pinjamannya tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB
4. Pembayaran tuntutan oleh PPHM kepada 1MDB bagi kos pembangunan lima lokasi penempatan semula iaitu Pengkalan Udara Subang, Pengkalan Udara Sendayan, Pengkalan Udara Polis Subang, Rejimen Artileri Diraja Kem Kajang dan Pengkalan Udara Kuantan telah tertunggak sejak bulan Disember 2014 hingga September 2015. Nilai bayaran tertunggak dari 1MDB kepada PPHM sehingga September 2015 adalah berjumlah RM396.41 juta
Laporan Ketua Audit Negara yang saya tunjukkan pada hari ini jelas membuktikan bahawa keterlibatan LTAT di dalam projek 1MDB dan masalah kewangan 1MDB telah membawa kesan kepada kedudukan LTAT.
Saya mengulangi desakan saya sebelum ini supaya LTAT menyelesaikan tunggakan bayaran caruman kepada pesara-pesara tentera secepat mungkin.
Saya juga mendesak supaya tindakan diambil ke atas Arulkanda Kandasamy, CEO 1MDB yang mengeluarkan kenyataan yang cuba menyembunyikan perkara sebenarnya dari pesara-pesara tentera dan rakyat apabila saya menimbulkan isu ini minggu lalu.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

MP DAP Rasah Bahas RUU Perbekalan Tambahan (2015) 2016

MP PKR Lumut Bahas RUU Perrbekalan Tambahan (2015) 2016

MP PKR Lembah Pantai Bahas RUU Perbekalan Tambahan (2015) 2016

MP Amanah SEPANG Bahas RUU Perrbekalan Tambahan (2015) 2016

Tajuddin: Najib has the support of the majority

Raja Kamarul: Kenapa baharu sekarang PAS buat penafian

PECAH LUBANG LAGI..!!!

PANAS !!.. Program Four Corners terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) akan menyiarkan episod terbaru malam ini dengan memberi tumpuan kepada skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

KALAU bakal pendedahan dari ABC News ini juga fitnah, HARAP NAJIB DAPAT SAMAN ABC juga !!!

Oooops, Esok dah SELASA, MANA SAMANNYA KATA NAK SAMAN WSJ HARI SELASA !!!

Kalau semua ini propaganda yahudi, SAMANLAH NAJIB kalau kamu benar2 di pihak yang benar...

Sejarah Tak Pernah Menipu..

Semasa Hishammuddin Hussein masih Ketua Pemuda Umno ketika Madey masih berkuasa dulu dan nk letak jawatan sebagai Presiden Umno... wahhhh kemain dia antara pemimpin Umno yg KEDUA TERAWAL slps Rafidah Aziz dtg mendekati Madey sambil menangis pujuk madey..

Tetapi sekarang bila dh dapat jadi menteri ???

Khazanah negara pupus jika pemimpin rasuah – Sultan Selangor

Selain budaya rasuah dan fitnah yang berleluasa, kegemilangan sesebuah negara juga akan runtuh akibat kehidupan bermewah-mewah dalam kalangan pemimpin.
sultan-selangor,rasuah
SHAH ALAM : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah khazanah negara yang dianugerahkan Allah akan pupus sekiranya pemimpin bergelumang dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan tamak haloba.
Baginda bertitah, hawa nafsu manusia tidak mempunyai batasnya seperti mana yang dikatakan oleh pemimpin besar India Mahatma Gandhi ‘The world has enough for everyone’s need, but not enough for everyone’ greed’.
Sultan Sharafuddin turut mengambil contoh ahli sejarah Edward Gibbon dalam karya agungnya ‘The Decline and Fall of the Roman Empire’ yang menceritakan bagaimana Empayar Rom yang besar, kuat dan gemilang menjadi runtuh dan hancur akibat budaya rasuah serta fitnah yang berleluasa.
“Dan menjadi barah di kalangan pimpinan tertinggi akibat daripada gaya kehidupan bermewah-mewah.
“Beta mahu seluruh rakyat bersatu padu dan kekuatan perpaduan rakyat beta digerakkan berlandaskan nilai dan prinsip yang murni demi kedaulatan negeri dan kesejahteraan,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ke-4 Dewan Negeri Selangor yang ke-14 tahun 2016 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut menyeru umat Islam di Selangor agar berpegang kepada ajaran dan amalan ahli sunnah wal jamaah serta menghayatinya dengan prinsip keadilan, ihsan, kesederhanaan dan toleransi.
Baginda bertitah, ini disebabkan umat Islam di dunia hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti fahaman radikal, gerakan militan, dan ajaran sesat akibat dari salah faham terhadap ajaran Islam

Siapa kata Najib ketua kerajaan yang sah?

Oleh Subky Latif
UMNO dakwa kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib  sekarang adalah kerajaan yang sah.Dan Datuk Najib sendiri ketika mengulas sepakatan Dr. Mahahir dengan pembangkang menggesanya berundur daripada Perdana Menteri, menempelak bekas ketuanya itu hendak menjatuhkan kerajaannya yang sah.

Rupanya Najib sendiri menyangka dia ketua kerajaan yang sah.
Tanpa mengira Pilihan Raya Umum Ke-13 dulu dijalankan secara bersih atau tidak atau kerajaan itu diperoleh melalui penggunaan apa yang dikatakan derma RM2.6 bilion daripada sumber yang belum jelas, tidaklah jelas kerajaannya sekarang adalah kerajaan yang sah.
  
Daripada peraturan yang dipakai saja kerajaan BN sekarang dikatakan kerajaan yang sah kerana ia memiliki kerusi yang lebih di Parlimen.
   
Seperti kemenangan semua kerajaan Malaysia selama ini, kerajaan dibentuk justeru ia memiliki kerusi yang lebih di parlimen atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihan raya dan rata-rata ia menguasai undi popular, kecuali di Terengganu dalam PRU 1969 PAS beroleh undi keseluruhan lebih dari Perikatan tetapi Perikatan dapat kerusi lebih di DUN.
  
Saya tidak mahu bercakap tentang kerajaan rampasan kuasa seperti Terengganu 1962 dan Perak dalam tahun 2009.
  
Kita tumpukan saja pada keputusan PRU13. Dari peraturan perlembagaan dan akta pilihan raya  saja kemenangan diberi kepada BN justeru ia mendapat kerusi lebih di Parlimen. Tidak ditakwil atas peraturan yang begitu itu. Tetapi BN tidak dapat undi popular. Pembangkang beroleh undi popular lebih 50 peratus dan BN hanya dapat kurang 50 peratus.
  
Dari teknikal saja BN menang  tetapi hakikatnya BN sudah kalah.
  
Jika Najib ikut tergila-gila dengan sentimen ia menang dan mengetuai kerajaan yang sah, dari segi semangat demokrasi dan hakikatnya ia sudah kalah. Hakikatnya Najib belum dikira Perdana Menteri yang popular justeru partinya kalah dalam undi popular.
   
Nasibnya baik kerana dapat kerusi lebih. Tidak sama dengan lain-lain Perdana Menteri Malaysia sebelumnya kerana mengetuai kerajaan yang beroleh kerusi lebih dan undi popular. Hanya Najib saja jadi Perdana Menteri yang kalah dalam undi popular.
   
Tak apalah dia jadi Perdana Menteri kerana dapat kerusi lebih saja. Tetapi tidaklah boleh dia hendak berbangga sangat sebagai kerajaan yang sah sedang dia tidak menang kedua-dua – kerusi lebih dan undi popular.
   
Hanya muka yang tak malu saja mendakwa kerajaan yang tempang itu sebagai kerajaan yang sah. Najib boleh dikira sebagai Perdana Menteri kepada semua kerajaan yang tempang. Ia bukan sekadar tempang kerana tidak memiliki undi popular dan dia sendiri sudah menjadi Perdana Menteri yang tidak popular.
    
Mahathir juga pernah menjadi Perdana Menteri tidak popular dalam pentadbirannya yang lama. Tetapi dalam semua pilihan raya kerajaan yang dipimpinnya beroleh undi popular. Tun Abdullah  Badawi berakhir sebagai Perdana Menteri yang tidak popular, tetapi setempang kerajaan yang ditinggalkannya, ia ada undi popular.
   
Najib sudah tidak dapat undi popular dan dia pula adalah perdana menteri yang amat tidak popular. Dari segi hakikat demokrasinya dan popularitinya benarkah dia memimpin kerajaan yang sah. Ada sah dan ada tidak sahnya. Sahnya adalah seperti sah dihujung tanduk.
   
Jika kerajaannya hendak ditumbangkan ia adalah sama banyak antara kerajaan yang sah dan tidak sah. Dalam keadaan yang tidak berapa sah itu, sahnya ditentukan oleh populariti. Najib tidak ada populariti dan tidak ada undi popular. Maka kerajaannya tidak berapa sah.

Dia Minta Duit Lagi ..

Oleh Mohamed Hanipa Maidin
 1. Parlimen hari ini diminta untuk meluluskan bajet tambahan ( supplementary budget ) sebanyak RM 3, 313,622,794 ( tiga bilion tiga ratus tiga belas juta enam ratus dua puluh dua ribu tujuh ratus sembilan puluh empat ringgit ) .

2. Harus difahami bila dikatakan bajet tambahan ia bermakna Kerajaan BN dah pun belanja RM 3, 313,622,794 tersebut dan kini BN minta supaya Parlimen luluskan duit yang dia belanja tu,


3. Semenjak saya ada di Parlimen ni boleh kata setiap kali lepas BN bentang belanjawan hampir setiap kali selepas bentang tu BN akan minta bajet tambahan. Wallahu 'alam

Rasuah Bukan Perkara Biasa kepada Ahli Politik

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Dr Mahathir kata tuduhan rasuah ke atas ahli politik adalah perkara biasa. Tertuduh tak perlu bercuti pun. Saya kira ia adalah kenyataan pukul rata yang dikongsi oleh semua spesis sekularis.
2) Bagi ahli politik yang beriman dan betaqwa, tuduhan rasuah ke atas mereka adalah sesuatu yang luar biasa dan sesuatu yang pelik. Semua orang akan hairan dan tidak mahu percaya jika ada tuduhan TGNA rasuah, TGHH rasuah, Tuan Ibrahim Tuan Man rasuah dan sebagainya.


3) Tuduhan rasuah jika tidak benar sekalipun tuduhan itu, ia adalah salah satu senjata yang selalu dipakai untuk menjatuhkan karier politik seseorang. Namun senjata tuduhan rasuah hanya dituju kepada orang-orang yang berpotensi melakukan rasuah, tidak kepada orang-orang yang dipelihara oleh Allah.
4) Kita sudah lihat terbukti jelas, bahawa tiada sesiapa pun yang berani dan yakin untuk membuat pertuduhan rasuah ke atas arwah TGNA semasa pentadbirannya selama 23 tahun sebagai MB Kelantan. Bahkan TGNA sendiri membuka 25 jam sehari untuk disiasat SPRM bukan sahaja dirinya, malah semua exconya.
5) Umno yang jahat dan selalu marah akan TGNA pun tiada isu untuk mengaitkan TGNA dgn rasuah. Skandal-skandal balak hanya berlegar dalam blog-blog Umno sahaja, tidak berani untuk diangkat ke peringkat SPRM mahupun mahkamah.
6) Lihat betapa pentingnya mendekatkan diri kepada Allah, Allah akan menjaga hamba-hamba-Nya daripada melakukan rasuah, mahupun dituduh melakukan rasuah.
7) Pemimpin-pemimpin tertinggi PAS sehingga hari ini belum ada yang diserang dengan tuduhan rasuah sebagai cara untuk membenam hayat politiknya. Pemimpin PKR sudah ada, pemimpin DAP pula sedang dituduh. Kenapa? Kerana gaya hidup mereka membuatkan musuh politik sentiasa mengintai ruang ini untuk menyerang.
8 ) Pemimpin PAS setakat ini masih tidak terbuka ruangan ini. Mereka lebih diserang dalam bentuk ideologi bagi memburuk dan menjatuhkan imej mereka. Isu hudud, isu kebijaksanaan berpendapat, dan seumpamanya selalu diguna oleh musuh, tidak bagi isu rasuah.
9) Dan kemunculan Parti baru PAN, para pemimpinnya belum ada dikaitkan dengan rasuah. Dengan imej sebagai "bekas" pemimpin PAS, mereka diharap dapat menjaga reputasi mereka sebagai pemimpin Muslim yang beriman dan bertaqwa juga.
Sekian.

Sekolah politik BN: Surat terbuka buat KJ

Jika Sekolah Politik BN hanya sekadar ruang untuk melepaskan perasaan geram sesama ahli parti maka saya andaikan tiada ruang buat golongan belia profesional.
khairy-jamaluddin,bn
Oleh Edwin Michael
Selepas hampir setahun saya asingkan serta pinggirkan diri saya daripada menulis serta menganalisis tentang politik negara terutamanya politik caca merba pembangkang di negara ini, Sekolah Politik BN yang diaspirasikan oleh Pemuda BN menjadi titik permulaan buat saya untuk kembali menulis.
Jika parti DAP terkenal dengan program Sekolah Demokrasi sementara PKR pula dengan Sekolah Politik Institut Kajian Dasar maka Pemuda BN pula tampil dengan produk politik mereka yang baru iaitu Sekolah Politik BN. Tahniah kerana melakukan transformasi paradigma dengan memahami apa yang dimahukan oleh golongan belia terutamanya belia profesional yang pro transformasi.
Hala Tuju Sekolah Politik BN
Saya tidak menyertai mana-mana parti politik komponen BN maka mentaliti saya terhadap program ini dilihat sebagai satu ruang yang sepatutnya menghimpunkan individu-individu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan (bukan ahli parti semata-mata) untuk mendiskusikan secara intelektual strategi komunikasi BN, modus operasi Pemuda BN dalam menawan kembali kepercayaan belia terhadap politik BN serta bagaimana golongan belia profesional boleh berperanan sebagai pengkritik dasar dan polisi kerajaan secara ilmiah.
Namun hakikatnya medan diskusi yang sepatutnya bersifat ilmiah ini bertukar menjadi medan untuk membincangkan masalah-masalah parti seperti ketidakcukupan peruntukkan, pengagihan kerusi sesama parti komponen BN, penyertaan Ketua Pemuda dan Ketua Bahagian dalam program kawasan masing-masing dan sebagainya. Apa kerelevenannya dan apa kewajarannya ini kepada saya? Apakah tiada ruang atau platform lain buat ahli-ahli parti BN ini untuk meluahkan perasaan mereka sehinggakan satu program Ilmiah dan intelektual seperti ini dijadikan sebagai medan sasaran untuk melepaskan segala macam geram terhadap parti?
Dimana Ruang Buat Golongan Belia Profesional?
Sebagai seorang ahli akademik, adalah menjadi kewajaran saya untuk berkongsi apa sahaja input yang saya ada tentang sains politik dan bersama-sama merangka satu kerangka teoritikal dalam memantapkan strategi komunikasi BN. Saya bukan hadir ke Sekolah Politik BN untuk mendengar masalah ahli-ahli parti. Saya hadir untuk melihat apa bentuk platform yang disediakan oleh Pemuda BN kepada golongan profesional seperti saya dan bagaimana saya boleh menggunakan platform tersebut untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat marhaen. Isu dalaman parti tidak seharusnya diberikan ruang sama sekali untuk dibincangkan dalam program ilmiah dan intelektual seperti Sekolah Politik BN ini.

Saya tidak berdendam walaupun dua kali ditahan ISA, kata Mohamad Sabu


Presiden Amanah Mohamad SabuPresiden Amanah Mohamad Sabu
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan tidak perlu berdendam dengan Tun Mahathir meskipun pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Saya ditahan dua kali di bawah ISA semasa pemerintahan Tun Mahathir. Namun ini bukan mengenai balas dendam pada masa lalu.
"Adakah saya perlu mengecam seorang bekas perdana menteri apabila saya sepatutnya membidas kepimpinan pada hari ini?," ujarnya pada kongres 'Selamatkan Malaysia' di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, Islam turut mengajar manusia untuk berkata benar di depan pemimpin zalim bukan pemimpin pencen yang zalim.
"Kalau kita berani kritik orang yang dah pencen, itu bukan jantan namanya.
"Imam Syafie, Imam Abu Malik dan Abu Hanifah dipenjarakan kerana mengkritik pemimpin yang menyeleweng di zaman mereka tetapi bukan mengkritik Abu Lahab dan Abu Jahal yang telah lama pergi," ujarnya lagi yang pernah ditahan ketika Ops Lalang 1987.

Tun M: Umno kini umpama ‘parti Najib’

SHAH ALAM, 28 MAC: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Umno ketika ini adalah ‘parti Najib’ kerana berfungsi selaku pihak berusaha mengekalkan Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri.
Beliau yang meninggalkan Umno turut mendakwa parti terbabit tidak lagi mendapat sokongan ramai dan hanya disokong segelintir pihak berkepentingan.
CP2A5038“Umno sudah tumbang, tiada lagi Umno yang ada parti Najib.
“Tujuannya semata-mata untuk memelihara Najib,” katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, semalam selepas program Kongres Rakyat.
Deklarasi Rakyat dimeterai antara pelbagai pihak termasuk Pakatan dalam usaha menyingkirkan pentadbiran kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa melakukan pelbagai penyalahgunaan kuasa dan kemerosotan ekonomi.
Berhubung sokongannya terhadap Najib sebelum ini, katanya, ia berkait rapat dengan bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein yang menyokongnya sebelum ini.
Mengulas lanjut, beliau mengakui kesilapan dalam sistem pentadbiran ketika ini berpunca daripada kepimpinan kerajaan terdahulu termasuk dirinya.
“Pada masa Abdullah (sebagai Perdana Menteri), saya bertanggungjawab meminta Najib dinaikkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Ia adalah kesilapan saya dan juga orang lain,” katanya.
Perdana Menteri selama 22 tahun itu berasa yakin sekiranya Perdana Menteri baru dilantik, kesilapan berlaku kini tidak akan diulangi lagi.
“Tetapi Najib telah melakukan sesuatu yang amat buruk di mana rakyat kini bertindak melakukan deklarasi bagi menggantikannya,” katanya.

Dr M akui bercakap dengan Sirul, tawarkan bantuan suaka


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau pernah menawarkan bantuan kepada bekas komando polis Sirul Azhar Umar untuk mendapatkan suaka di Australia.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian dalam temu bual dalam rancangan 60 Minutes, rancangan hal ehwal semasa terbitan Australia yang memaprkan segmen di Malaysia bertajuk Dirty Secrets, semalam.
Mahathir ditanya sama ada beliau menawarkan Sirul yang kini dalam tahanan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney sebarangan dorongan atau habuan untuk "bercakap benar" mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Tiada dorongan ... Saya bercakap dengannya melalui telefon.
"Saya ada beritahu dia bahawa jika saya boleh bantunya dapatkan suaka di Australia, kerana dia takut jika sesuatu berlaku kepadanya jika dia kembali, saya akan cuba," kata Mahathir.
Pada bulan Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menarik balik keputusan yang membebaskan Sirul dan seorang lagi bekas komando polis, Azilah Hadri dan menjatuhkan hukuman gantung ke atas mereka berhubung pembunuhan Altantuya pada 2006.
Sirul bagaimanapun telah melarikan diri ke Australia sebelum keputusan mahkamah itu diputuskan.
Undang-undang Australia menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi hukuman mati di negara asalnya tidak akan dihantar pulang.
Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini melalui telefon pada bulan Februari 2015, Sirul mendakwa bahawa dia bertindak atas arahan dan dijadikan kambing hitam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan Sirul itu dan menganggapnya sebagai "mengarut".
Najib dikaitkan apabila rakan karibnya, seorang strategi politik Abdul Razak Baginda yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

‘Ku Li dan undi tak percaya hanya rekaan Mahathir’ - Tajuddin

Dakwaan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah adalah individu yang mencadangkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan melalui undi tidak percaya di Parlimen hanyalah rekaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata berita itu langsung tidak kedengaran di kalangan rakan-rakan ahli parlimen dari Umno dan BN.
“Saya tidak melihat apa-apa berita (dakwaan Tun Mahathir seperti apa) yang disebarkan. Tidak ada sama sekali.
“Rakan-rakan saya dan rakan sekerja dari ahli parlimen lain dari Umno dan BN tidak bercakap tentang perkara ini.
“Saya akan tahu kalau ia memang ada (tapi) tak ada langsung. Semua berita ini dicipta oleh Mahathir,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian mengenai dakwaan Mahathir bahawa Tengku Razaleigh membuat cadangan supaya Najib disingkirkan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.
Sabtu lalu Mahathir berkata, walaupun Tengku Razaleigh memberi cadangan sedemikian, namun beliau kini menukar pendiriannya untuk menyokong Najib.
Selain itu, Mahathir juga memberitahu Tengku Razaleigh sebelum ini memberitahunya bahawa undi tidak percaya dapat menjatuhkan Najib.
Tengku Razaleigh kemudian mengedarkan deklarasi undi tidak percaya di kalangan wakil rakyat namun tidak mendapat sokongan majoriti, kata Mahathir.

Ku Li akui Malaysia hadapi krisis pemerintahan


Sehari selepas Kongres Rakyat berlangsung di Shah Alam semalam, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengaku negara ini sedang mengalami 'krisis pemerintahan'.
Katanya, keadaan itu menyebabkan negara kini mengalami masalah 'ekonomi yang dahsyat' terutamanya berkaitan isu hutang negara.
 "Negara kita kini sedang mengalami krisis genting mengenai pemerintahan dan kepimpinan.
"Ini menyebabkan kita mengalami masalah ekonomi yang dahsyat
terutamanya berkaitan dengan isu hutang negara
"Ia mengakibatkan beberapa masalah ekonomi serius seperti kenaikan mendadak kos sara hidup yang membawa kesan buruk kepada rakyat," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menyedari desakan terhadap perubahan semakin lantang, Tengku Razaleigh berkata sekiranya cara berpolitik tidak ditukar, Malaysia akan terus menghadapi krisis seperti berlaku sekarang.
"Saya konsisten dan berkali-kali menyatakan bahawa kita pasti tidak dapat mengelak perubahan.
"Tanpa perubahan dalam tatacara pemerintahan negara dan cara kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab awam, tidak mungkin kita dapat selesaikan masalah yang dihadapi itu," kata bekas menteri kewangan itu.
Bertindak ikut perlembagaan
Bagaimanapun bekas seteru politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata sebagai pengamal politik, beliau bertindak berlandaskan perlembagaan persekutuan dan kehendak parti.
"Seperti juga orang lain yang inginkan perubahan, saya juga sentiasa mencari jalan munasabah dan sah dari segi undang-undang untuk maksud ini, termasuklah meneliti peranan yang boleh dimainkan oleh Dewan Rakyat.

Anwar: Tumpu pada reformasi institusi, bukan sekadar tukar Najib


Bekas pemimpin pembangkang dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mahu rakyat memberi tumpuan kepada pembaharuan institusi dan bukan sekadar pertukaran perdana menteri.
Anwar ketika dibawa keluar dari mahkamah oleh pengawal Jabatan Penjara ditanya sama ada perubahan dalam kepimpinan negara dengan menukar Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri adalah memadai.
"Saya harap rakyat Malaysia akan terus mendesak pembaharuan institusi, perubahan dalam sistem kehakiman dan perubahan lain yang sebenarnya.
"Bukan sahaja perubahan personaliti," katanya sambil pegawai penjara pula menjerit, “tiada sidang akhbar”.

Semalam, bekas seteru politik Anwar, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang bergandingan bahu menuntut peletakan jawatan Najib berhubung keadaan semasa negara dan implikasi Najib terpalit dalam skandal derma RM2.6 bilion.

Berjalan 340km, peserta #red2green selamat tiba di Parlimen

Sultan: Selangor sebuah negeri yang dinamik, maju

Mahathir: Next PM will know not to be a dictator

Mahathir: Be brave and stand up against Najib

Rakyat tentukan masa depan Malaysia bukan sekelompok 'elit', Anwar

MP PKR Batu Bahas RUU Perrbekalan Tambahan (2015) 2016

MP Pokok Sena Bahas RUU Perrbekalan Tambahan (2015) 2016

MP DAP Bagan Bahas RUU Perrbekalan Tambahan (2015) 2016

Himpunan Undur Najib, Mansuhkan GST 2 April 2016 ini

Mahkamah Tinggi larang semua hadiri kes Anwar Ibrahim


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melarang seorang pemerhati asing dari Lawasia dan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) serta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada menghadiri perbicaraan bagi mendengar permohonan bekas pemimpin pembangkang itu.
 Seorang penterjemah di mahkamah Hakim Datuk Nor Bee Ariffin meletakkan notis di luar mahkamah pagi ini yang menyatakan bahawa hanya peguam dan pihak-pihak berkenaan dalam permohonan itu dibenarkan masuk ke mahkamah.
Lawasia dan wakil IPU Mark Trowell memohon minggu lalu untuk mendapatkan kebenaran supaya dibenarkan hadir pada perbicaraan itu.
Walaupun membuat permohonan rasmi, Trowell dilarang masuk.
Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa dirinya menghormati keputusan hakim untuk menjalankan perbicaraan di dalam kamar, tetapi adalah budi bicaranya untuk menerima seorang pemerhati antarabangsa, sama ada di dalam kamar atau jika menjalankan perbicaraan itu di mahkamah terbuka.
"Masyarakat antarabangsa masih berminat dan prihatin terhadap prosiding undang-undang mengenai Anwar Ibrahim," katanya
Anwar mewakili dirinya dalam permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak permohonannya untuk mendapatkan pengampunan kerana disabitkan dengan kesalahan meliwat.

Shafie tak risau dipecat, tapi takut Umno hilang kuasa


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan dakwaan beliau mengambil sikap berhati-hati dalam setiap perkara yang melibatkan kepimpinan parti itu bagi mengelak dipecat dari jawatan yang disandangnya kini.
Sebaliknya, bekas menteri kemajuan luar bandar itu menegaskan beliau tidak akan digugurkan dari jawatannya sebelum ini jika bersikap seperti yang didakwa.
 "Kalau saya bersikap berhati-hati tidaklah saya dibuang dari kabinet. Kamu tidak masuk dalam mesyuarat, jadi kamu tidak tahu apa yang saya nyatakan dalam kabinet," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program santai dan sesi penerangan isu semasa di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, lewat malam semalam.
Malah, ketika diminta mengulas lanjut apakah beliau bimbang akan dipecat Shafie berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.
"Risau pasal apa? Saya tidak risau dan jangan bimbang sangatlah," kata Shafie ringkas.
Bagaimanapun, apa yang menjadi kebimbangan bekas menteri kemajuan luar bandar itu kini adalah Umno semakin hilang kuasanya.
"Ketakutan saya bila hilang kuasa, saya tidak takut hilang jawatan kerana sudah biasa.
"Tetapi yang saya bimbang adalah apabila kuasa hilang, jauh lebih berat. Kita hilang jawatan tak mengapa kita yang terasa tapi kalau hilang kuasa semua merasa," kata Shafie.
Kata Shafie, beliau bertungkus lumus berkempen di Selangor namun Umno-BN gagal meraih sokongan pengundi di negeri termaju itu.
Malah, Shafie berkata perkara sama pernah berlaku di Sabah hingga menyebabkan empat kerajaan berubah di negeri di bawah bayu itu.
Justeru beliau menyeru kerajaan menjaga mandat dan kuasa yang diberikan rakyat.

UMNO pecat Presiden GKCM

Kamarul Azman memaklumkan dia telah menerima surat daripada Ku Nan pada Jumaat lalu memaklumkan dia dipecat UMNO.
Kamarul-Azman-Habibur-Rahman-ku-nan-GKCM-achehPETALING JAYA: Presiden Gabungan Ketua Cabang Malaysia (KGCM), Kamarul Azman Habibur Rahman telah dipecat sebagai ahli UMNO secara rasmi sejak Jumaat lalu.
Ketua UMNO Cawangan Telok Kemang, Negeri Sembilan berkata, dia menerima surat memaklumkan perkara itu daripada ‘orang yang paling berkuasa’ dalam UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Saya menerima surat daripada Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat lalu memaklumkan penyingkiran saya.
“Biar saya beritahu anda Ku Nan, saya tidak mempunyai rasa hormat terhadap anda. Anda tidak mempunyai hak untuk menyingkir saya kerana anda tidak mempunyai integriti,” katanya ketika berucap pada Kongres Rakyat di Shah Alam, semalam.
Kamarul Azman berkata, ahli UMNO sudah berasa menyampah dengan kebodohan pemimpin-pemimpin parti itu.
Dia yang juga seorang guru menyatakan tidak takut kehilangan kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan.

Tolak jawatan: Muhyiddin ada prinsip diri


Tolak jawatan: Muhyiddin ada prinsip diri

KUALA TERENGGANU – Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai seorang yang berpegang teguh dengan prinsip apabila menolak tawaran sebagai Yang Dipertua Pulau Pinang dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu, Othman Endut tidak menolak bahawa tawaran itu berkemungkinan usaha untuk menutup mulut pemimpin itu yang lantang mengkritik kerajaan ketika ini.
“Tawaran itu tidak boleh tutup kesalahan. Bagi pihak Muhyiddin, beliau menganggap ia adalah maruah kerana kalau beliau terima, secara automatik orang akan kata dia sudah ‘dibeli’. Bagaimanapun jawatan itu bagus dan penolakan itu dilihat tepat dengan apa diperjuangkan beliau ketika ini.
“Apa yang kita lihat, dia bukan mahukan jawatan itu apatah lagi dia pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Apalah sangat jawatan itu. Kalau ditawarkan jawatan Perdana Menteri, itu lainlah,” katanya, di sini.
Dalam laporan Sinar Harian Rabu lepas, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pendedahan beliau ditawarkan jawatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Pengerusi PNB, namun menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu mengorbankan prinsip perjuangannya.
Memetik laporan itu, Muhyiddin berkata, penolakan tawaran itu kerana ia melibatkan maruah dirinya.
Muhyiddin turut menjelaskan bahawa perkara dibincangkan bukan soal tawaran jawatan sebaliknya apa yang dipersoalkan tentang kabinet dan beliau sendiri perlu menolak tawaran tersebut.
Mengulas lanjut, Othman memberitahu Muhyiddin tidak mahu menerima jawatan tersebut kerana merasakan wujud unsur politik di sebalik tawaran itu.
Sebagai orang lama dalam ‘sepak terajang’ politik katanya, Muhyiddin sudah tentu memahami dengan jelas sebarang taktik untuk mengalih perhatian beliau terhadap isu diperjuangkan.
“Kalau dia terima tawaran itu dan memberi alasan ia bertujuan untuk menjaga perpaduan di kalangan Melayu khususnya, orang tetap akan kata dia ‘dibeli’,” katanya.

ABC dakwa ada maklumat baru mengenai dana di akaun Najib


Program Four Corners terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) akan menyiarkan episod terbaru malam ini dengan memberi tumpuan kepada skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
ABC dalam satu laporan berkata siasatan Four Corners akan menyiarkan maklumat baru mengenai dana yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Antara lain, ia berkata, Four Corners telah menyaksikan rekod bank yang menunjukkan deposit yang dibuat antara 2011 dan 2014 daripada "individu dan syarikat misteri" di Malaysia dan di luar negara melalui pemindahan wayar dan secara tunai.
Menurut rekod bank itu, pada pertengahan tahun 2013, bank tersebut membuka tiga akaun baru atas nama Najib dan juga terdapat ikrar janji wang tetap daripada seorang putera Saudi, termasuk janji sebanyak 50 juta pound Britain selewat-lewatnya pada Jun 2014.
Ini, dakwanya adalah di sebalik derma AS$681 juta (RM2.6 bilion) derma dari seorang penderma Timur Tengah yang tidak dinamakan tetapi menurut Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, Najib telah memulangkan sebanyak AS$620 juta.
Apandi mengumumkan bahawa tiada dakwaan akan diambil terhadap Najib dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup tiga kertas siasatan berasingan yang berkaitan dengan dakwaan berkenaan.
ABC, bagaimanapun, melaporkan bahawa Four Corners mengesahkan bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail merancang mengenakan tuduhan penyelewengan jenayah terhadap Najib sebelum beliau dipecat daripada jawatannya tahun lalu.
Pasukan Four Corners - wartawan Linton Besser dan juruvideo Louie Eroglu - telah dihalau keluar dari Malaysia selepas cuba menyoal Najib pada sebuah majlis awam di Kuching, Sarawak awal bulan ini.
Babak kejadian itu juga akan dipaparkan dalam episod terkini Four Corners itu dengan tajuk State of Fear.
Menurut laporan ABC, episod itu juga akan menampilkan temu bual dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Gani untuk mendapatkan reaksinya.

Ulama muda Pas lebih sudu dari kuah

Oleh DR FAUZI ZAKARIA 


Dikalangan bekas aktivis Pemuda sejak awal 1980-an seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa telah terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kepada Jamaah (Pas).

Berjuang sejak daripada zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yang tidak seberapa. Tetapi mereka inilah yang berjuang sejak zaman kelam, sejak umum masyarakat Malaysia tidak faham sangat apa itu Islam.

Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf ulama melainkan hanya sebagai tukang baca doa selamat.

Dikalangan bekas aktivis Pemuda inilah yang berjuang menegakkan politik Islam, mereka inilah yang memperjuangkan kedudukan ulama sehingga kepimpinan ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dalam Jemaah.

Kini nama-nama mereka ini dijaja oleh sekumpulan ulama muda pendatang baru dalam jemaah, sebagai munafiq jemaah.

Apakah ahli Pas boleh melabel sahabat dengan label begitu? Saya sezaman dengan Husam zaman tidur-bangun di Pejabat Pas Jalan Dato Pati.

Husam baru grad Universiti Malaya (UM) pada 1984. Saya pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah bersama menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah.

Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.

Sebagai "orang Mekkah" saya mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jemaah di Malaysia hatta dapat berbincang dengan sebebasnya dengan bekas pimpinan Umno.
Saya mendengar kenaikan taraaf Husam di dalam jemaah.

Di satu majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah, saya berbicara dengan Tan Sri Sanusi Junid pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh.( jam 3.00 pagi waktu Saudi). Beliau nampak potensi pimpinan masa depan politik Melayu Islam dalam barisan muda Pas.

Antara yang kerap disebutnya, Husam Musa. Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya sertai semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lebih jadi pemerhati akademik.

Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis-majlis akademik di kampus. Memang zaman semesra bersama melepak di Pejat Pas Jalan Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia "Datuk" sukarnya dia nak panggil saya "Doktor".

Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat-sahabat lama ini. Sebagai orang akademik yang tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya, hati saya semacam mengesahkan apa yang pernah disebut oleh Tan Sri Sanusi Junid 2008 di Jeddah dulu.

Namun orang akademik berhadapan dengan realiti hanya boleh berharap dan mengimpikan.

Para pemain politikus lebih cekap mengelecekkan bola politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yang mungkin ideal.

Tiba-tiba akhir-akhir ini petaka apakah yang menimpa, pemimpin yang kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kepada kami bekas anak-anak muda yang telah mendokong begitu lama.

Apakah dengan gara-gara kemunculan kumpulan anak-anak muda baru yang menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami dikalangan bekas Pemuda ( bukan ulama) tidak di kasihi lagi.

Dalam ucapan terakhir pemimpin yang kami kasihi ini kedengarannnya macam menghalau saja kami dari lengkongan jemaah yang tercinta ini.

Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."
Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dalam muktamar. Tidak ada siapa berhak menghalau sesiap daripada jemaah ini. Allah dan Rasulnya yang meminta umat ini bersatu dalam jemaah.