Ahad, 27 Mac 2016

1MDB tambah nilai kepada Malaysia ??

TAMBAH NILAI tang mana tu !!!
...TAMBAH NILAI Hutang Kerajaan ka?
...TAMBAH NILAI Hutang Negara ka?
...TAMBAH NILAI Putar Belit 1MDB ka?
...TAMBAH NILAI Gadai Aset Negara ka?

Tolong jangan bagi lawak bodoh kpd rakyat.. Rakyat bukannya bodoh spt kamu...

Persetan apakah 1MDB & KERAjaan skrg ini !!!!

TAHUKAH ANDA.. Sehingga Kini 1MDB Tidak Layak Berdaftar GST/ Bayar GST... dgn alasan pendapatan 1MDB masih belum layak sbg pembekalan bercukai..

Apakah perasaan anda, jika sebelum ini Najib menggelar rakyat sbg PENGKHIANAT NEGARA jika tak bayar cukai..

"TAK SEDAR.. TAK TAHU"

Terdahulu dua mentei bodo dah bagi alasan bodoh "TAK SEDAR.. TAK TAHU" berlaku penyelewengan ratusan jutaan ringgit dlm kementerian KBS selama mereka jadi menteri..

SEHINGGA KINI menteri Azalina Othman masih terus membisu dlm isu berkenaan.. KENAPA ??!!

KENAPA HINGGA KINI SPRM lembap & takut nak siasat mereka ini ??!!

UMNO & Sultan/Raja....Sejarah Tidak Pernah Menipu...

1) SIAPA pindahkan kuasa pengisytiharan Darurat drpd Yang Di-pertuan Agong kpd Perdana Menteri.. - UMNO yg buat
2) SIAPA yg melucutkan kekebalan raja-raja Melayu.. - UMNO yg buat
3) SIAPA peruntukkan undang2 supaya Baginda Raja/ Sultan boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah.. - UMNO yg buat
4) SIAPA yg tempelak minta Raja-raja jgn campuri urusan politik.. - UMNO yg buat
5) SIAPA yg minta harta2 Raja/ Sultan disiasat.. - UMNO yg buat

Inilah realiti manusia yang hidup di negara yg ADA UMNO !!!

Minyak naik ka, Turun ka..
HARGA BARANG TETAP NAIK !!!

UNDILAH BN jika Nak Bodoh Selama-lamanya

Nak Tong Blue.. UNDILAH BN !!!
Nak Jug Blue.. UNDILAH BN !!!
Nak Cawan Blue.. UNDILAH BN !!!

UNDILAH BN jika Nak Bodoh Selama-lamanya 
Berpikiran Otak Blue...

MANA SATU BOHONG ???

HANYA insan yg tak makan dedak-Umno saja boleh berfikir & menilaikannya...

Makin lama Najib terajui negara, makin byklah segala kebobrokan & kepincangan Najib & BN akan terbongkar satu persatu...

"Najib lebih teruk daripada Pak Lah," tegas Mahathir

Ucaptama Tun Dr Mahathir di Kongres Rakyat ditunggu-tunggu ramai.Ucaptama Tun Dr Mahathir di Kongres Rakyat ditunggu-tunggu ramai.
Berulang-kali Tun Mahathir menggesa seluruh rakyat bangkit menjatuhkan Najib Razak ekoran pelbagai kepincangan kepimpinan Perdana Menteri itu.
Beliau dalam ucaptamanya selama 49 minit di Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam hari ini berkata, usaha menyingkirkan Najib juga dapat dilakukan dengan campur
tangan pihak istana.
"Masing-masing dengan NGO, kesatuan sekerja yang ada 14 juta anggota. Dapat 13 juta (tandatangan Deklarasi Rakyat) pun jadilah (nada seloroh). Semua harus
tandatangan deklarasi ini.
"Kalau kita dapat berjuta-juta tandatangan, kita dapat tunjukkan pada raja-raja. Moga dapat dilakukan sesuatu usaha untuk menyingkirkan Najib," jelasnya.
Mengulas dakwaan suara yang menuntut Najib berundur kononnya hanya usaha menjatuhkan kerajaan, beliau berkata, itu tuduhan yang diputar belit.
"Ini negara kita. Bukan milik Najib seorang. Saya tinggalkan Umno sebab tak mahu jadi ahli parti Najib. Saya tak rela sebab tujuannya hanya memastikan Najib terus jadi Perdana Menteri," ujarnya.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu turut menyifatkan kepimpinan Najib sebagai lebih teruk daripada Tun Abdullah Badawi.
"Tingkah laku dia (Najib) tak macam Perdana Menteri. Dia suka guna wang untuk pikat rakyat.
"Bila pilihan raya tak berapa baik (keputusan), tambahkan BR1M. Ini semua rasuah nak beli rakyat dengan wang.
"Itu pun saya masih sokong Najib tapi cakap juga janganlah bagi duit pada orang tapi jawabnya, 'cash is king'.
"Saya nampak ini penyakit. Dia (Najib) sembah duit. Dia bagi duit pada orang, nak jadi popular. Bagi sikit-sikit tak dapat sokongan," ujarnya yang sebelum itu
merapatkan kedua-dua tangan menggayakan cara orang menyembah.
'Nasihat tak dengar'

Pemimpin rasuah: Rakyat sudah tidak boleh bersabar

Pemimpin digesa bersatu untuk bertindak menyingkirkan Najib Razak bagi membantu memulihkan kehidupan rakyat yang semakin terhimpit.
zaid-ibrahim,selamakan-malaysia
SHAH ALAM: Pemimpin politik ternama di Malaysia perlu bersatu untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana rakyat sudah tidak lagi boleh bersabar dengan keadaan negara ketika ini.
Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim berkata, negara perlukan perubahan secara total terhadap sistem politik dengan dimulakan menyingkirkan Najib dan pemimpin lain yang bersekongkol dengan beliau daripada pentadbiran negara.
“Mereka mendakwa menentang rasuah, berjuang untuk Islam dan mengutamakan integriti sebaliknya mereka selesa dengan rasuah. Sebahagian besar rakyat kini hidup dalam kesukaran sedangkan pemimpin terus bergelumur rasuah,” katanya dalam ucapan pembukaan Kongres Rakyat yang dihadiri pemimpin ternama di sini, hari ini.
Kongres itu adalah kesinambungan Deklarasi Rakyat yang bertujuan menyingkirkan Najib.
Antara pemimpin politik yang hadir hari ini termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu, Lim Kit Siang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Husam Musa, Tun Dr Ling Liong Sik, Tan Sri Sanusi Junid dan pemimpin masyarakat sivil antaranyat Maria Chin Abdullah dan Datuk S Ambiga.

'Tandatangan tanpa takut, Najib tak boleh tangkap sejuta orang' - Tun M


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai menandatangani Deklarasi Rakyat tanpa takut akan akibatnya.
Katanya, apa yang diperlukan deklarasi itu pada masa ini adalah untuk mengumpulkan mereka yang berani menandatanganinya kerana terdapat keperluan menjadikannya sebagai sebuah gerakan rakyat.
Sambil mengakui bahawa beliau memahami bagaimana seseorang yang ketakutan, Mahathir berkata ia disebabkan kerajaan kini mengancam rakyat.
"Jadi rakyat takut dengan kerajaan ini, sukar untuk dapatkan orang ramai tandatang deklarasi itu," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata ada yang keberatan memberi nombor kad pengenalan mereka kerana takut tindakan akan diambil terhadap mereka.
Mahathir, bagaimanapun menyatakan kerajaan tidak mungkin menangkap sejuta orang.
Gerakan yang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, hari ini mengadakan Kongres Rakyat di Shah Alam, yang menyaksikan 19 pemimpin mengambil bahagian dengan menyatakan sebab mengapa Najib mesti berundur.
Sementara itu, Mahathir berkata kumpulan itu kini sedang mendapatkan satu juta tandatangan sebelum akhir tahun ini.
"Tetapi kita akan dapatkan lebih awal," katanya sambil menyuarakan keyakinan.

Saya tidak boleh sokong pemimpin rasuah – Tun M

Dr Mahathir menceritakan beliau berhenti menyokong Najib Razak selepas tercetusnya skandal dan rasuah melibatkan 1MDB.
mahathir-1
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku beliau berhenti menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak selepas tercetusnya skandal syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, beliau tidak boleh menyokong pemimpin yang dikaitkan dengan amalan rasuah.
1MDB dikaitkan dengan hutang sebanyak RM46 billion, membeli tanah milik kerajaan dengan harga murah dan menjual kepada pihak ketiga dengan harga berlipat kali ganda termasuk kepada Lembaga Tabung Haji.
Anak syarikat 1MDB, SRC International didakwa memasukkan RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib tetapi Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan nama Najib daripada amalan rasuah.
Bercakap di hadapan lebih 1,000 orang yang menghadiri Kongres Rakyat: Gerakan Selamatkan Malaysia di sini, hari ini, bekas Perdana Menteri menceritakan beliau mulanya sangat menyokong Najib sehinggalah timbul skandal 1MDB.
Katanya, beliau sepatutnya memilih Najib sebagai penganti apabila membuat keputusan bersara 2003 tetapi Najib ketika itu masih muda dan peluang diberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Apabila Najib menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah, saya sangat gembira. Isteri saya juga gembira. Beliau anak Razak ( Tun Abdul Razak). Tetapi akhirnya banyak perbezaan antara Najib dan bapanya,” katanya.
Dr Mahathir berkata, Najib berbohong kepadanya mengenai pembinaan Jambatan Bengkok yang menghubungan Johor dan Singapura.

Deklarasi suara rakyat mahu perubahan

Deklarasi rakyatSHAH ALAM, 27 MAC: Perhimpuan Kongres Rakyat 2016 diadakan mencatat sejarah dengan pelbagai pemimpin dan pihak dari latar belakang berbeza bersatu hati menyatakan bantahan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata belum pernah berlaku peristiwa sebegitu sebelumnya dan Deklarasi Rakyat dimeterai petanda kebangkitan rakyat yang tidak ingin melihat negara terus dirosakkan.
Katanya, ianya adalah suara rakyat Malaysia dan bukannya deklarasi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang seperti dimomokkan kerajaan Umno-BN.
“Saya ingin memberi peringatan kepada Najib dan Rosmah, jangan kamu berdua bermusuh dengan rakyat, jangan bermusuh dengan Kit Siang, jangan bermusuh dengan Tun Dr Mahathir dan jangan sekali-kali bermusuh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Perhimpunan ini ibarat pelangi dan berwarna-warni, kita mempunyai jalur masing-masing dengan idealogi perjuangan politik berbeza tetapi apa menyatukan kita ialah semangat patriotisme, semangat kecintaan kepada tanahair dan komitmen untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Saya menyesal desak Pak Lah berundur – Muhyiddin

Beliau tidak sangka keadaan negara dan BN di bawah Najib Razak lebih teruk berbanding zaman Pak Lah.
muhyidin-badawi
SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddn Yassin mengaku beliau menyesal kerana mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009.
Katanya beliau menyesal kerana telah membuka peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri selepas itu.
Katanya, beliau mendesak Abdullah atau Pak Lah berundur kerana Barisan Nasional sangat lemah ketika itu tetapi tidak menjangkakan keadaan lebih teruk akan berlaku di bawah Najib.
“Saya menyesal. Ketika itu nampak yang indah saja,” katanya yang digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO dan digugurkan jawatan Kabinet kerana mengkritik Najib dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Beliau bercakap di hadapan lebih 1,000 orang yang menghadiri Kongres Rakyat Gerakan Selamatkan Malaysia di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, Gerakan Selamatkan Rakyat dan Deklarasi Rakyat telah membuatkan pemimpin UMNO takut dan gusar kerana semakin ramai yang menyokongnya.
“Walaupun mereka kata ia hanya gimik politik tetapi saya tahu jauh di sudut hati, mereka takut,” katanya yang meminta rakyat bangkit dan terus menyokong Deklarasi Rakyat menuntut Najib meletak jawatan.

Dr M: Bukan kami tentukan siapa PM, tak semestinya Zahid


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata gerakan 'Selamatkan Malaysia' tidak menamakan siapa yang patut menjadi perdana menteri akan datang.
Mahathir menekankan bahawa keutamaan kumpulan itu pada masa kini adalah untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatannya.
"Selepas itu, kita akan putuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri. Ia bukan untuk kita menamakan perdana menteri daripada sini atau di sana.
"Perkara utama adalah beliau (Najib) mesti pergi kerana dia menjadi penghalang utama," katanya dalam sidang media selepas tamatnya Kongres Rakyat 'Selamatkan Malaysia' di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata berdasarkan konvensyen, perdana menteri adalah pemimpin parti yang memegang kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna Naib Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil alih jawatan PM jika Najib digulingkan.
"Tidak semestinya," katanya.

Dr M mohon Istana desak Najib berundur


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bahawa hubungan kerajaan-istana lebih baik di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding ketika beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Malah, Dr Mahathir berkata, salah satu daripada rakan baik beliau ialah Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail.
 Serangan yang dilapor dilakukan oleh Sultan terhadap jurulatih hoki pada tahun 1992 itu membawa kepada krisis perlembagaan, dengan kerajaan pimpinan Mahathir ketika itu melakukan usaha memansuhkan kekebalan -raja- raja.
Mahathir berkata beliau tetap mengganggap Almarhum sebagai rakannya sehingga ke akhir hayat baginda.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Kongres Rakyat di Shah Alam.
Terdahulu dalam ucapannya, Mahathir berkata beliau berharap pihak istana akan mendengar keluhan rakyat dan campur tangan dalam menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau mengngatkan semula bagaimana raja-raja Melayu memboikot angkat sumpah Gabenor-Jeneral British dari Malayan Union berikutan bantahan oleh rakyat yang membawa kepada pemansuhan kesatuan itu.
Insiden 1992 tercetus semula minggu lalu selepas cucu Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris mengingatkan bagaimana Istana dihina dalam tempoh itu dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan itu.
Kenyataan tengku mahkota Johor itu menimbulkan spekulasi dan isyarat bahawa istana kini menyokong Najib. Bagaimanapun apabila ditanya beliau berpihak di sebelah mana, Tunku Ismail berkata "Johor".

‘Dedak Makanan Binatang' - Tun M

Deklarasi Rakyat 2016: Tun M: Rakyat Bukan Pengemis Tunggu Duit Bantuan

Kongres Rakyat 2016: Muhyiddin: Tak Pernah Impi Duduk Sebelah Kit Siang

Tun M: Despite the odds, 1mil-signature is the target

RAKAMAN : Kongres Rakyat 2016 - Gerakan Selamatkan Malaysia

Kongres Rakyat 2016: Azmin: Najib Ketakutan Siang Malam

Kongres Rakyat 2016: Kit Siang: Setuju Adik Najib Dalam Isu 1MDB

Deklarasi Rakyat 2016: Tun M: Ahli Umno Patut Tandatangan Deklarasi Rakyat

Tak jantan lawan Perdana Menteri Pencen - Mat Sabu

Tun M: Despite the odds, 1mil-signature is the target

Tun M: We are facing act of intimidations

S. Murugesan: 'Berapa lama nak tegakkan benang basah?'

SHAH ALAM - Masyarakat di negara ini perlu terus setia kepada raja dan negara dan bukannya setia kepada pemimpin.
 S. Murugesa Aktivis sosial, Datuk S. Murugesan berkata, ia selaras dengan salah satu prisip yang terdapat dalam Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

"Berapa lama kita mahu tegakkan benang yang  basah? Tolonglah ingat prinsip rukun negara kita. Kesetiaan kepada raja dan negara, bukan kesetiaan kepada pemimpin. Lebih-lebih lagi setia kepada pemimpin yang bermasalah.
"Kesetiaan kita kepada pemimpin juga terhad. Kita hanya setia kepada pemimpin yang setia kepada negara," katanya ketika memberikan ucapan di Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung MIC berkata, rakyat juga boleh dianggap derhaka jika memilih untuk setia kepada pemimpin yang tidak setia kepada negara.
"Apabila seorang pemimpin tidak setia kepada negara, tidak perlu untuk kita setia kepada pemimpin tersebut.
"Kalau kita masih menyokong pemimpin tanpa mengambil kira kepentingan negara dan sokongan itu juga dilakukan atas kapasiti kepentingan politik, maka kita juga dikira derhaka kepada negara," katanya lagi.

Ex-DPM: What else can they do to me?

Perasuah umpama haiwan makan dedak, kata Tun M

Tun M: The blame game

"Makan dedak baru sama dengan menatang"- Tun M

Foto Misai Merah. Nak buat apa semua tanya Singapura..kita negara merdeka..negeri besaq cet pon takut...
Najib bagi Br1m sebab nak jadi popular ambik duit kerajaan duit rakyat beli undi.
Najib jadikan Cash is king...duit jadi raja.. tak sembah raja dok suruh rakyat sembah duit.
Shahrir ngaku terima RM1 juta dari Najib..yang lain tak cakap la tapi dapat jugak...
Saya seorang yang bersangka buruk kat orang...kalau senyap tu makan dedak la.
Makan dedak ni baru sama dengan menatang..
Takkan la kalau kat orang boleh bagi duit tak ambik untuk diri sendiri
Hanya dengan ada duit RM2.6Bilion dalam akaun PM sudah jadi satu kesalahan."

Himpunan bantah Najib hanya beri faedah kepada DAP - Ali Rustam

Pembangkang juga dilihat sudah berpecah-belah terutama dalam isu kontroversi terbaharu melibatkan Lim Guan Eng.
ali-rustam
PETALING JAYA: Penganjuran perhimpunan tertutup bagi membantah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak di Shah Alam, hari ini, dilihat hanya memberi keuntungan politik kepada DAP.
Ahli Dewan Negara, Tan Sri Mohd Ali Rustam, berkata, parti pembangkang yang dipalit pelbagai kontroversi sejak akhir-akhir ini dilihat terdesak untuk menyertai perhimpunan diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sudah tentu (DAP) akan ambil kesempatan. Kita lihat pembangkang juga sedang berpecah-belah, termasuk terbaru, isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Pembangkang cukup terdesak dan sanggup mengambil apa sahaja kesempatan yang boleh. Saya yakin rakyat akan menolaknya kerana sudah matang dan memikirkan apa yang terbaik,” katanya yang dipetik dari Berita Harian Online.
Mohd Ali yang juga bekas Naib Presiden UMNO berkata, tindakan Dr Mahathir berkongsi pentas dalam ‘Deklarasi Rakyat’ bersama pemimpin pembangkang itu juga sesuatu yang tidak boleh diterima.
“Sebarang gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memang harus dibantah dan ditolak oleh rakyat.
“Perbuatan ini, terang-terangan bertentangan dengan amalan demokrasi. Perdana Menteri dipilih menerusi pilihan raya umum (PRU) dan bukan secara demonstrasi jalanan seperti Arab Spring yang menyebabkan huru-hara,” ujarnya.

Azizah: Asal satu matlamat, kita kerjasama


 Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak menjawab secara langsung sama ada bersedia bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan soal penyingkiran perdana menteri.
Tegasnya ketua pembangkang, agenda untuk membetulkan “kepincangan” dalam negara lebih penting.
"Bukan soal itu (perjumpaan), soalnya ialah kita perlu ada agenda untuk betulkan kepincangan yang berlaku dalam negara.
"Jumpa atau tidak jumpa, itu adalah tidak berkenaan," katanya kepada pemberita di sebuah pusat membeli belah di ibu negara semasa bertemu dengan kumpulan antibauksit.
Katanya, wakil PKR seperti Timbalan Presiden Azmin Ali dan Naib presiden Rafizi Ramli sudah pun berjumpa dengan Mahathir.
"Isu kita adalah untuk reformasi instutusi dan bebas Anwar, bukan saja nak menukar seseorang.
"Asalkan kita semua ada satu matlamat sama, kita sedia bekerjasama," katanya.
Mahathir semalam berkata beliau bersedia bertemu dengan Wan Azizah bagi membincangkan cara untuk menyingkirkan Najib.

Mahathir: I'm not worried about Najib's replacement

Ketepi kebencian, sanggup bersama mahu perubahan, kata Mahathir

Tun Mahathir: Raja Melayu akur jika rakyat terus desak Najib undur

"Be better, not bitter", says Azmin Ali

Muhyiddin: Tak pernah mimpi duduk bersama Kit Siang

Ex-DPM: Why the double standards?

Kongres Rakyat 2016: Ambiga Sreenevasan's speech

Muhyiddin: Kita hanya desak Najib turun, bukan guling kerajaan

Kongres Rakyat 2016: Rafizi Tawar Jadi Penyiasat RM2.6 Bilion

Azmin: TV3... buat cerita, ambillah gambar yang betul

Kami boleh tuggu, rakyat tak boleh - Azmin Ali

Azmin Ali: Patriotism drives us today

Kongres Rakyat 2016: Mukhriz - Tangan Kanan Terima Subsidi, Kiri Bayar GST

Kit Siang gesa ralyat semua bangsa selamatkan Malaysia

Harap Ku Li waras ketika tandatangani Deklarasi Kelantan – Anina

Langkah itu perlu bagi memastikan beliau tidak tertipu dengan individu yang sebenarnya menjadi perosak kepada negara.
ainina,kuli
PETALING JAYA: Bekas Ahli UMNO, Anina Saadudin berharap veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li berada dalam keadaan waras ketika menandatangani Deklarasi Kelantan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana kata Anina, dia tidak mahu melihat Ku Li menjadi mangsa kepada individu yang didakwanya sebagai perompak di dalam negara ini.
“Saya menandatangani Deklarasi Rakyat dalam keadaan waras, sedar dan tahu apakah objektif deklarasi itu. Saya tidak menandatangani sehelai kertas kosong atau senarai kehadiran majlis. Ianya Deklarasi Rakyat menuntut Najib meletak jawatan.
“Saya mengharapkan Ku Li menandatangai deklarasi bersama Najib juga dalam keadaan waras sedar dan tahu objektif tersebut, bukan sekadar ada dalam senarai nama kehadiran majlis.
“Ianya kerana jika kita tidak berhati-hati dalam keputusan kita untuk menandatangi sesuatu, kita mungkin tersilap menandatangi sesuatu yang menyebabkan diri kita terjual. Paling dahsyat sekali, jika kita ditipu untuk menjual diri kita kepada penyamun, perompak, atau penggadai masa depan negara,” katanya kepada FMT.

Ku Seman undur, Zam bidas 'binatang politik'

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pengunduran editor kanan akhbar itu Ku Seman Ku Hussain berkaitan dengan sikap kritikal beliau dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya,” katanya.
Zainuddin mendakwa, sikap Ku Seman itu dianggap tidak selari dengan kerajaan, sekali gus menyebabkan beliau diberikan surat amaran oleh pengurusan Utusan.
“Malah ekoran tulisannya beliau dianggap sebagai penyokong pembangkang,” dakwa Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.
Menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia, edisi Ahad Utusan, hari ini, Ku Seman mengakui “Utusan Melayu universiti saya” menjadi artikel terakhirnya.
Ku Seman turut mengimbas kembali nostalgianya di Utusan bermula hari pertama beliau mendaftar masuk kepada Zainuddin pada 1984.
Sumber-sumber memaklumkan beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan syarikat memindahkannya keluar daripada bahagian akhbar kepada sebuah anak syarikat.
Perkara itu dikaitkan dengan tulisan lantang beliau tahun lalu yang mempersoalkan integriti Umno dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bercakap kepada Malaysiakini, Zainuddin mempertahankan tindakan Ku Seman meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu sebagai wajar.
“Kerana kalau beliau tunggu sekali pun ia hanya akan menyeksa diri beliau,’ kata Zainuddin.
Zainuddin berkata apa yang berlaku mengingatkan mereka bahwa dalam dunia kewartawanan juga, “kebinatangan politik mengatasi kemanusiaan”.
Korban prinsip
Malah, ujar Zainuddin, ia bertambah buruk apabila wartawan hari ini dijadikan alat demi kepentingan politik.
“Di dunia ini wartawan menjadi alat kepada orang-orang yang mahu menjadikan mereka alat pemimpin.
“Tapi dalam soal Ku Seman berbeza di mana saya melihat beliau ini berbeza.
“Ku seman adalah pengarang yang paling terbilang di mana beliau sanggup berkorban untuk prinsip dia semata-mata memikirkan masa depan dan ketamakan pemimpin politik sedia ada,” tambah Zainuddin.
Menulis di blognya, Zainuddin berkata, rakan-rakan Ku Seman telah diberitahu sebelum ini bahawa beliau akan berhenti.
Ku Seman tidak dapat dihubungi buat masa ini bagi mendapatkan sebab sebenar beliau berbuat demikian.
Usaha menghubungi Ketua Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak juga belum berhasil.

Kenakan tindakan tegas terhadap Muhyiddin, Mukhriz – MT UMNO

Langkah Muhyiddin dan Mukhriz itu mencerminkan mereka kini adalah sebahagian daripada pembangkang yang terang-terangan mahu menentang parti.
mahdzir
KUALA NERANG: UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap dua pemimpinnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menghadiri perhimpunan tertutup bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan Mukhriz selaku Ketua UMNO Bahagian Jerlun dan Muhyiddin sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh, mencerminkan mereka kini adalah sebahagian daripada pembangkang yang terang-terangan mahu menentang parti.
Beliau berpendapat, sudah tiada maknanya kedua-dua mereka berada di dalam parti.
“Menyatakan bahawa mereka menyayangi UMNO, sedangkan tindakan mereka jelas bertentangan dengan kenyataan tersebut … parti sepatutnya ambil tindakan terhadap mereka, kalau sudah pergi sejauh itu tak perlu berada dalam parti lagi, baik berterus terang sahaja,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Mat Sabu: End racial politics

Citizen's Declaration: Abdullah Sani

Kit Siang: Let this be a watershed gathering

Citizen's Declaration: Zaid Ibrahim

Kongres Rakyat 2016: Mat Sabu - Bukan Jantan Lawan Pemimpin Pencen

Mat Sabu: We thought Mahathir was bad, then came Najib

'Selasa demi Selasa berlalu, bila Najib nak saman WSJ?'

Wall Street Journal
Wall Street Journal
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didesak mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ).
Ini kerana menurut Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, laporan berita portal tersebut telah memberikan kesan buruk terhadap integriti dan imej negara.
"Di satu persidangan pemimpin-pemimpin dunia di New Zealand, ada perwakilan yang sifatkan Malaysia ini sebagai negara yang bebas amalkan rasuah. Saya dengar pun sakit hati.
"Kita minta perdana menteri samanlah Wall Street Journal ini, Selasa demi Selasa sudah berlalu, bila nak samannya?" ujarnya ketika memberikan ucapan di Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.
Pada Julai lalu, Najib dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ berikutan laporan mengatakan terdapat syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyalurkan dana sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke akaun peribadi beliau.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, laporan tersebut disifatkan sebagai satu fitnah jenayah.

Kongres Rakyat: Darah daging saya UMNO, tak mudah tukar-tukar - Mukhriz Mahathir


Kongres Rakyat: Darah daging saya UMNO, tak mudah tukar-tukar - Mukhriz MahathirSHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekali lagi menegaskan beliau tetap ahli UMNO biarpun tidak sehaluan dengan kepimpinan parti itu.

Berucap di Kongres Rakyat 2016, sambil tersenyum Mukhriz berkata, biarpun hadir di program yang melibatkan pemimpin pembangkang, beliau tetap memakai baju berwarna merah dengan logo UMNO.

"Saya tahu ramai dalam dewan ini orang UMNO tapi tak berani nak pakai baju merah UMNO.

"Saya ni tuan-tuan, darah daging saya UMNO, tidak mudah untuk saya tukar-tukar (tukar parti)," katanya disambut tepukan hadirin.

Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa mengingatkan seruan supaya Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri tidak boleh bertukar menjadi isu perkauman atau agama.

Ujar beliau, usaha mendesak Najib meletak jawatan merupakan satu kewajipan dan bukan satu pilihan serta ia tidak seharusnya menjadi masalah besar kepada semua orang.

Manakala ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata kebanyakan pemimpin yang menghadiri ke Kongres Rakyat 2016 bukan untuk mengenang dendam masa lalu tetapi demi masa depan dan generasi akan datang.

Rafizi: How could you say you don't know?

Mukhriz: Najib undur, Raja Melayu boleh mainkan peranan

Ambiga: Enough is enough

Salehudin: Something is rotten in Putrajaya

Syed Saddiq: Najib, I was your fan, not anymore

Terus bersuara... usah takut desak Najib undur, kata Mukhriz

Rafizi on "Sleeping on the job"

Ucapan pemimpin di Kongres Rakyat tarik perhatian hadirin

SHAH ALAM, 27 MAC: Ucapan beberapa pemimpin politik dalam Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini mengundang perhatian dan sorakan hadirin di dewan berkenaan.
CP2A4219Antaranya ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang membangkitkan soal masa depan negara ini terletak di tangan rakyat sendiri.
“Saya penah ditahan di bawah ISA ketika Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa tetapi saya tidak berdendam kerana apa yang penting masa depan negara.
“Kalau berdendam yang menjadi mangsa adalah anak cucu kita,” katanya berbangga dapat bersama mantan Perdana Menteri dan pemimpin lain dalam majlis bersejarah itu.
Penyatuan pemimpin dari latar belakang dan parti politik berbeza itu, katanya, bukan perjuangan peribadi tetapi perjuangan menyelamatkan negara dari kerosakan berpunca hasil kepimpinan kerajaan diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Kamaruzaman Habibur Rahman, rakyat sering ditakutkan dengan tohmahan tidak benar seperti Deklarasi Rakyat itu adalah ‘Deklarasi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang’.
CP2A4385(1)“Kita tidak perlu takut kepada Lim Kit Siang tetapi yang perlu kita takut ialah Najib,” katanya menyentuh kepincangan dihadapi negara kini yang perlukan perubahan.
Pemangku Presiden MTUC, Abdullah Sani berkata pihaknya mendapat maklumat setiap hari bahawa ramai pekerja di kalangan rakyat Malaysia diberhentikan dan kini lebih kurang 400,000 pekerja menjadi penganggur.
“GST menyebabkan banyak syarikat menghentikan operasinya, bila saya cakap di parlimen dikatakan fitnah.
“Rakyat disengsarakan semata-mata kalau tiada GST tak boleh bayar penjawat awam, kalau kamu cakap macam itu berhentilah jadi Perdana Menteri,” kata Ahli Parlimen Kuala Langat itu.
Katanya, apa berlaku kini membuktikan negara diketuai pemimpin yang ‘bangang’ dan ‘rakyat perlu bangkit menolak Najib dan Rosmah’.
Bekas pendebat Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap agar golongan muda dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam Pergerakan Selamatkan Malaysia.
Menurut Syed Saddiq, Pergerakan Selamatkan Malaysia bukan sahaja dipimpin oleh golongan berusia namun ia digerakkan oleh rakyat negara ini bagi menyelamatkan masa depan Malaysia.

Bukan DAP atau Mahathir, tapi hak rakyat Malaysia tolak pemimpin korup


Husam MusaHusam Musa
Menafikan desakan menuntut pengunduran Najib Razak sebagai suara pihak tertentu, Datuk Husam Musa mengingatkan bahawa seluruh rakyat mempunyai hak untuk menolak pemimpin yang korup.
Pemimpin Pas itu berkata, isu perkauman tidak harus dijadikan alasan untuk menafikan tuntutan rakyat yang mendesak pengunduran Najib.
"Ini bukan (gerakan) DAP. Ini bukan Mahathir. Jangan jadikan kebangkitan ini isu rasis, isu Cina. Ini bukan pilihan tapi adalah kewajipan," tegasnya ketika berbahas dalam Kongres Rakyat 2016 hari ini.
Mengulas kepincangan pentadbiran Najib, beliau berkata, institusi kerajaan berkaitan gagal memainkan peranan sewajarnya ketika negara berada di kemuncak masalah.
"Tiada mekanisme pembetulan. Kuasa hanya berpusat pada seorang saja bahkan mengatasi kuasa raja-raja," ujar Husam.
Mengingatkan pelbagai isu berlaku akibat pentadbiran Najib, beliau menggesa rakyat segera bangkit melakukan perubahan.
"Bagi pemimpin ini, sila pandang dan refleksikan diri. Apa yang telah berlaku terimalah hakikat kemusnahan demi kemusnahan yang berlaku kerana tangan kekuasaan anda (Najib).
"Adakah tuan-tuan bersetuju Najib must go?" soalnya dengan mengakhiri perbahasan beliau dengan laungan "Najib must go" sebanyak tiga kali bersama-sama peserta yang memenuhi dewan SACC petang ini.

"Rahsia rasmi tidak sama dengan rahsia penyangak," bidas Zaid Ibrahim


Zaid IbrahimZaid Ibrahim
Tirai pembahasan Kongres Rakyat 2016 Gerakan Selamatkan Malaysia dibuka dengan tempelakan jelas terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Datuk Zaid Ibrahim yang memulakan pembahasan menyelar kepimpinan kerajaan pada masa ini yang dianggap mentadbir Malaysia secara rahsia.
"Paling ketara ialah OSA (Akta Rahsia Rasmi). Itupun tak cukup bagi mereka. AG (Peguam Negara) yang baru mahu pihak yang membocorkan rahsia negara (dihukum berat).
"Rahsia rasmi negara tidak sama dengan rahsia penyangak negara. Untuk Mr Apandi (Peguam Negara), penyangak negara dan konco-konconya akan dipenjara juga. Kalau boleh seumur hidup. Tidak ada kompromi," tegasnya.
Menurut bekas pemimpin Umno itu, semua pihak perlu memahami nasib dan masa depan rakyat berpendapatan rendah.
"Kita perlu faham nasib pelbagai lapisan rakyat termasuk graduan yang tidak bekerja, (ada yang) bekerja tapi tak dapat gaji setimpal," tambahnya lagi.

"Semua subsidi ditarik, rakyat pekerja sengsara," kata Abdullah Sani


Perbahasan Abdullah Sani yang mendedahkan penderitaan golongan pekerja menarik perhatian hadirin.Perbahasan Abdullah Sani yang mendedahkan penderitaan golongan pekerja menarik perhatian hadirin.
Menarik perhatian peserta Kongres Rakyat 2016 yang memenuhi dewan persidangan di SACC, Shah Alam hari ini, ucapan pemimpin golongan pekerja yang mengecam kepimpinan Najib Razak.
Pemangku Presiden MTUC Abdullah Sani Abdul Hamid menegaskan ratusan ribu pekerja hilang sumber pendapatan akibat kejatuhan ekonomi negara mutakhir ini.
"Rakyat pekerja derita dan sengsara. Lebih 400,000 pekerja jadi penganggur terhormat. Ratusan ribu graduan tidak memperoleh pekerjaan.
"Kos sara hidup naik mendadak dengan kepimpinan tidak tentu hala tuju," bidasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR itu.
Beliau berkata, pada masa ini semua subsidi ditarik dengan kesan paling buruk menimpa rakyat apabila cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai April tahun lalu.
"Hari ini semua subsidi ditarik. Pagi cakap lain, petang cakap lain, jam 12 tengah malam cakap lain (kenaikan harga).
"Rakyat sengsara kena cukai itu, ini. GST penyebab utama rakyat derita. GST menyebabkan banyak syarikat tutup operasi mereka," ujarnya.
Beberapa kali beliau turut menekankan tentang situasi pemberhentian pekerja yang kritikal pada masa ini.
"Hari-hari saya dapat maklumat pekerja hilang kerja. Banyak kilang, syarikat tutup. Sudah hampir 70,000 pekerja dipecat dalam tempoh tiga bulan lalu.
"Saya yakin rakyat di desa dan bandar padat dengan kesengsaraan. Negara ini perlukan perubahan.
"Mana rakyat yang tak mahu sertai (Deklarasi dan Kongres Rakyat), yang nak beri tongkat (pada Najib), pergi m*mpus.
"Rakyat kena bangkit menolak Najib dan Rosmah," tegasnya diikuti tepukan gemuruh hadirin.
Kongres Rakyat 2016 pada hari ini susulan daripada pemeteraian Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu yang disertai parti dan NGO merentas fahaman politik.

Jatuhkan Najib bukan pilihan tapi tanggungjawab

Semua rakyat Malaysia bertanggungjawab menyelamatkan negara daripada terus mengalami kerosakan di bawah Najib Razak.
Husam_MusaSHAH ALAM: Perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia dan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya dijadikan isu agama dan kaum.
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, agenda menjatuhkan Najib juga bukan semata-mata agenda DAP atau Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi agenda rakyat.
“semua rakyat Malaysia bertanggungjawab menyelamatkan negara daripada terus mengalami kerosakan,” katanya pada Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia di sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia menyelamatkan negara ini daripada pemimpin yang menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.
“Wang 1MDB digunakan untuk kepentingan peribadi. Agensi kerajaan seperti Tabung Haji dirompak untuk membantu 1MDB. Agensi penguatkuasa dipergunakan yang menunjukkan seolah-olah negara ini kepunyaan seorang pemimpin.
“Adakah ini tidak bahaya dan mengancam sistem perundangan sedia ada? Ini bukan pilihan (menolak Najib) tetapi tanggungjawab kita,” kata Husam.

Dulu saya ‘penjilat’ Najib – Syed Saddiq

Beliau beranggapan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang akan membawa perubahan besar kepada negara.
syed-malaysian
SHAH ALAM: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq mengaku pernah digelar ‘penijilat’ kerana menjadi peminat Datuk Seri Najib Razak yang dianggapnya pemimpin yang cuba pembawa perubahan,
Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas skandal 1MDB terdedah sehingga mencetuskan isu besar dalam negara dan antarabangsa.
“Selepas itu barulah saya dapat melihat warna sebenar Perdana Menteri kita,” katanya ketika berucap pada Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia, hari ini.
Sehubungan itu Syed Saddiq menyeru golongan muda supaya tidak terus tidur dan bangun berjuang untuk negara.
“Kita tak sepatutnya terus menjadi pekak dan buta. Cukup cukuplah. Bangkit dari tidur dan berjuanglah untuk negara,” katanya yang berazam mendapatkan sokongan golongan muda di Sabah dan Sarawak.
Katanya, ini bukan masa untuk melabelkan perjuangan menyelamatkan Malaysia sebagai perjuangan peribadi.
“Perjuangan menyelamatkan Malaysia bukan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi untuk rakyat,” katanya.

Laungan "Hidup Tun, Reformasi" bergema di SACC Shah Alam


Lagu Negaraku dinyanyikan para hadiri tepat jam 2.00 petang.Lagu Negaraku dinyanyikan para hadiri tepat jam 2.00 petang.
Ketibaan beberapa pemimpin utama di Kongres Rakyat anjuran Gerakan Selamatkan Malaysia di SACC, Shah Alam hari ini disambut dengan laungan berbeza oleh golongan penyokong.
Sorakan "Hidup Tun" mengiringi ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad pukul 1.10 petang tadi manakala laungan "Reformasi" kedengaran 30 minit selepas itu sebaik Muhyiddin Yasin tiba.
Tidak lama selepas itu pekikan "Bebas Anwar" bergema ketika Menteri Besar Selangor yang juga Naib Presiden PKR, Azmin Ali tiba.
Turut kedengaran sorakan "Tangkap Najib Tangkap" di pintu masuk utama dewan.
Ketiga-tiga pemimpin yang menjadi tumpuan lensa kamera itu kemudiannya memasuki bilik tetamu VIP di kompleks konvensyen tersebut sebelum majlis bermula pukul 2 petang tadi.
Program berkenaan bakal menyaksikan 18 pembahas mewakili kesemua parti politik dan NGO di negara ini sebelum diakhiri dengan ucaptama oleh Tun Mahathir.
Pas yang dilihat senada dengan kepimpinan rejim BN hanya diwakili dua tokoh 'harumanis' iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa, masing-masing di kedudukan kelapan dan ke-10 dalam senarai pembahas.
Selain kawalan keselamatan dan kelancaran program daripada pihak ARiF, kemunculan sekumpulan lelaki kira-kira 10 orang berkot dan berkaca mata hitam menarik perhatian peserta kongres.

Kongres Rakyat 2016: Zaid: Tolak Najib, Konco Makan Dedak

Kongres Rakyat 2016: Najib Cuba Peralat SPRM, Bank Negara - Mahfuz

Kongres Rakyat 2016: Deklarasi Kelantan Memalukan - Husam

GKCM: Takkan kita nak berdiam diri, lebih baik selamatkan negara

Ambiga: Thank you for uniting us, Najib

Jatuhkan Najib, hapus rasuah dan salah guna kuasa, kata Maria Chin

Apa ada RM100j hilang, yang RM2.6b pun Najib tak hairan, kata Mahfuz

Singkir Najib dan konco bersubahat rasuah, desak Zaid Ibrahim

Zaid perli AG: OSA tak sama dengan akta penyangak negara

Pemimpin tengek, bangang... baik berhenti, kata Abdullah Sani

GKCM: 'Ku Nan... kamu tiada integriti, sesuka hati pecat ahli UMNO'

Mahfuz: Deklarasi rakyat bukan Deklarasi Tun Mahathir dan Kit Siang

Siapa Orangnya Melayu?

A Kadir Jasin
SAMBIL menunggu inspirasi menjelma
Minda disirami kreativiti kelas dunia
Mohon izin saya bertanya:
Melayu itu siapa?
Adakah Melayu itu perwira
Cendekiawan dan pendeta?
Yang kepahlawanannya
Terkenal di seantero dunia
Atau sekadar cerekarama
Mitos dan khayalan semata-mata.
Adakah Melayu itu Hang Tuah?
Setianya padu tidak berbelah
Hilang segala kira bicara
Sanggup membunuh sahabat setia
Kononnya, pantang Melayu derhaka.
Atau Jebat kah Melayu?
Ambil peduli ambil tahu
Setianya berpaksikan keadilan
Kerana saudara sedia berkorban
"Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah."
Atau Melayu bangsa pura-pura?
Tiada maruah tiada sifat mulia
Diberikan agama dia persenda
Jubah serban itu yang utama
Kerja mungkar dibuatnya juga
Derma dan sedekah dimohon dipinta
Bila berhutang buat-buat lupa.
Atau Melayu tiada jati diri?
Diberi amanah dikhianati
Maruah boleh dijual beli
Tidak peduli harga diri.
Disogok disuap tenggelam punca
Haram halal tidak lagi dikira
Asalkan kaya, rumah bagai istana
Peduli apa slogan dan cogan kata
"Demi agama, bangsa dan negara"
Itu hanyalah pemanis kata.

KPN arah siasat catatan Twitter Tony Pua



Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar mahu ahli parlimen DAP Tony Pua disiasat kerana komen di Twitter semalam berhubung keengganannya meminta maaf kepada keluarga mangsa tembakan polis Aminulrasyid Amzah.
"PCIRC @PDRMsia. Tweet ini sengaja memutarbelitkan fakta bertujuan mengelirukan Rakyat. Panggil org ini dan Siasat," kata Khalid di laman Twitter beliau hari ini.
Khalid mengulas tulisan Pua di Twitter dan turut dimuatkan di Facebooknya semalam yang berbunyi, "Ini [orang] kata Aminulrasyid berusia 14 tahun ditembak oleh polis kerana terdapat senjata berbahaya dalam keretanya.
"Sekarang tunjukkan tiada bukti bahawa 'polis bertindak selepas mendapati parang di dalam kereta' dan hakim memutuskan bahawa Ketua Polis Negara adalah 'bersalah atas kesalahan yang dilakukan.
"Dan dia menolak untuk melakukan perkara yang baik meminta maaf kepada keluarga mangsa," kata Pua.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata demikian sebagai mengulas keenganan Khalid meminta maaf kepada keluarga mangsa berhubung kejadian itu.

Perhimpunan dihadiri Tun M petang ini, satu `onar’ – Ku Nan

UMNO sedia melepaskan mereka yang tidak lagi berminat untuk terus bersama parti dan kepimpinan sedia ada.
kunan,mahathir
PUTRAJAYA: Anggota UMNO dilarang menyertai perhimpunan tertutup yang dilaporkan bakal dihadiri pemimpin pembangkang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam petang ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata, perhimpunan itu lebih merupakan satu ‘onar’ untuk meruntuhkan sesebuah institusi demi mencapai matlamat peribadi individu tertentu.
“Kita tak benarkan anggota UMNO untuk pergi ke program ini sebab saya ingat ia onar, iaitu oleh kerana dia tak capai sesuatu, dia nak runtuhkan sesuatu institusi untuk capai matlamat orang tertentu.
“Sekarang mereka cakap program itu bukan untuk (runtuhkan) UMNO … tetapi mereka mungkin lupa selama 70 tahun ini siapa yang mentadbir negara … bukankah Perikatan dan Barisan Nasional dan tulang belakangnya adalah UMNO,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Sukan UMNO peringkat Putrajaya di sini hari ini, antara lain menampilkan acara bola sepak, futsal, bola tampar, bola jaring, dam dan tarik tali.
Ditanya bentuk tindakan terhadap anggota UMNO yang menghadiri perhimpunan itu, Tengku Adnan berkata, perkara itu akan diteliti tetapi sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi UMNO sedia melepaskan mereka yang tidak lagi berminat untuk terus bersama parti dan kepimpinan sedia ada.
“Kita tak suka ada dalam parti ini ‘anai-anai, gunting dalam lipatan’ …kalau dah tak setuju, buka parti lain, keluar daripada UMNOlah, dan kita tahu bagaimana nak jaga UMNO,” katanya.

Bajet besar untuk Umno, di waktu rakyat menderita

Oleh Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi

1. Sewaktu rakyat terhimpit dengan tekanan kos sara hidup yang meningkat, diburukkan lagi dengan kejatuhan harga getah, pemotongan jualan padi yang tinggi, serta masalah kemarau yang melanda; Umno Kedah nampaknya lebih menumpukan perhatian terhadap gerakerja menyelamatkan parti yang sedang sedang tenat dari memikirkan masalah rakyat.

2. Pengumuman Menteri Besar, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang memperuntukkan RM3.78 juta untuk gerak kerja parti Umno, mengguris hati rakyat dhaif, khususnya para penoreh getah yang sangat mengharapkan mereka dibantu oleh kerajaan yang memerintah di kala ini. Jika beliau boleh mendapatkan dana untuk kepentingan politik Umno, mengapa tidak pula berbuat demikian untuk meringankan beban penoreh getah? Ahmad Bashah harus ingat bahawa beliau dilantik sebagai menteri besar untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat dan bukannya menjaga kepentingan Umno.

3. Persoalan lain, berhubung dana besar terhadap Umno Kedah itu ialah dari mana sumber wang RM3.78 juta diperolehi? Adakah ianya “wang derma” dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan terhadap kedudukan Ahmad Bashah selaku menteri besar? Kenyataan beliau, “jangan tanya mana saya nak dapatkan dana” telah menimbulkan pelbagai persoalan.

4. PAS Kedah mendesak, Dato’ Paduka Ahmad Bashah selaku menteri besar mesti mendedahkan secara terperinci sumber wang yang dibelanjakan untuk kepentingan politik Umno tersebut, supaya rakyat tidak dihantui keraguan.

Perhatian tertumpu pada Kongres Rakyat di Shah Alam

Selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai gerakan Deklarasi Rakyat bersama-sama pemimpin pembangkang termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, perhatian hari ini tertumpu pada Kongres Rakyat di Selangor.
Kongres rakyat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam itu merupakan cetusan ilham dan diselaraskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Mahathir sendiri dijadual mengambil bahagian dalam majlis tertutup itu dan menjadi orang terakhir yang dijadual menyampaikan ucapan.
Antara pemimpin yang akan membuat penampilan dalam majlis itu adalah timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Kedah yang disingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Perhimpunan atas dasar jemputan itu akan bermula pada jam 2 petang dan dijangka berakhir sekitar jam 6 petang.
Mahathir dan sekutunya sebelum ini bergabung tenaga dengan pembangkang dan masyarakat sivil bagi menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga melakukan pembaharuan institusi.

Tiga jam buang masa bersorak di Dewan Rakyat - Khalid Ibrahim


Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Wakil-wakil rakyat dari barisan kerajaan dan pembangkang di negara ini menghabiskan masa kira-kira tiga jam seminggu bercakar sesama sendiri ketika persidangan berlaku di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu jelas tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada kedua-dua pihak malah rakyat sudah tentu hairan melihat kelakuan wakil-wakil rakyatnya.
“Tapi jawapan yang diberi kepada saya, ‘inilah politik’,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online.
Ketika ditanya tentang perbezaan dunia korporat dan politik yang dilaluinya, bekas Menteri Besar Selangor ini akui tidak gemar dengan sikap bermuka-muka yang wujud dalam arena politik.
“Sektor korporat ini kita lebih jelas, berfakta dan profesional tapi dalam politik, boleh jadi kadang-kadang kita bermuka-muka. Kita tunjuk depan kita terima tetapi di belakang kita tidak terima.
"Tidak semestinya dia cakap setuju itu, bermakna dia setuju. Itu mesti kita kurangkan. Saya harap perkara ini dikurangkan demi pembangunan negara.
“Saya dapati selepas saya tidak jadi menteri besar (pemimpin) terlalu banyak berpolitik. Politik sekarang menjadi terlalu kucar-kacir. Sebab orang asyik fikir politik. Pembangunan rakyat, bagaimana rakyat miskin yang kita boleh ubah tatacara pengurusan itu tidak sempat nak dibuat kerana sibuk bersorak di Parlimen,” katanya.
Menurutnya lagi, politik merupakan satu persaingan yang tiada undang-undang.
“Jadi, kalau kita main bola, angkat bola pakai tangan, pengadil akan (meniup wisel) berhentikan kita tapi dalam politik, kalau berlaku seperti itu, pengadil datang pun kita akan cuba jatuhkan bola dan boleh teruskan permainan. Maknanya ada kelonggaran yang sangat besar dalam politik ini,” katanya.

MP Amanah Sepang VS MP UMNO Pendang - Siapa Pakar Undang2

Mukhriz - Keperluan DiTubuhkan Parti Baru ?

Mukhriz - Berani Kerana Benar !

Mukhriz Hak Rakyat Air Hitam Dinafikan Putrajaya

Mukhriz - Jangan Bersatu Pertahan Kemungkaran

Mukhriz MT Umno Kini Semuanya Yes Men

"TAK SEDAR" !!

KINI.. subsidi tepung gandum 25Kg pula ditarik balik.. BURUK SIKU punya gomen BN !!!

Terima Kasih BN dan Perdana Menteri.... lepas ni bila harga roti canai, mee dan barangan yang berasaskan tepung naik.. kami akan salahkan Cina DAP... sbb PM kita skrg adalah 'DAP' bukannya BN..

SUNGGUH MUDAH jadi KERAjaan LANUN..
SUBSIDI DIHAPUSKAN & RATUSAN JUTA RINGGIT DISELEWENG MENTERI KATA TAK SEDAR....

Nazir: Bon 1MDB dikendalikan dengan cara sangat luar biasa

Pengerusi Kumpulan CIMB yakin ada sesuatu yang tidak kena dalam 1MDB selain terdapat kurangnya ketelusan dalam urus niaga.
Nazir-Razak_1mdb_600
PETALING JAYA: Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak menyuarakan keyakinan bahawa sesuatu ‘tidak kena’ berlaku terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mstar Online semalam melaporkan, Nazir sebagai berkata, jumlah hutang 1MDB adalah jauh lebih banyak daripada modal asasnya.
“Pada tahun 2009, 1MDB menerbitkan RM5 bilion bon ke atas pasaran modal tetapi tidak banyak maklumat yang saya tahu mengenainya.
“Bon itu telah menunjukkan bahawa urusniaga tidak dinilai sewajarnya dan dikendalikan dengan cara yang sangat luar biasa.
“Oleh itu, pada tahun 2009, berdasarkan maklumat awam, saya berkata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam 1MDB,” kata Nazir menjawab soalan peserta dalam sesi soal-jawab pada sebuah program perniagaan di sini, semalam.
Menurut Nazir, terdapat kurangnya ketelusan dalam urus niaga dan kebimbangan terhadap pertukaran juruaudit dan akaun yang tertangguh.
“Dari segi betapa besarnya salah laku, apa yang salah dan siapa yang melakukan kesalahan, itu adalah tugas Ketua Audit Negara, PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) dan tugas-tugas itu masih dalam proses,” katanya.
Beliau berkata, individu bertanggungjawab melakukan sebarang salah laku seharusnya bertanggungjawab terhadap tindakannya supaya tiada siapa lagi yang berani melakukannya sekali lagi.
“Sesuatu yang tidak betul berlaku dalam 1MDB dan tiada siapa boleh menafikannya,” katanya.

Pas Terengganu arah jentera sedia hadapi pilihan raya negeri mengejut


Pas Terengganu berhajat kembali ke Wisma Darul Aman.Pas Terengganu berhajat kembali ke Wisma Darul Aman.
Berlawanan dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak berminat untuk menangguk di air keruh dan mengamalkan politik matang, Pas Terengganu semalam mengarahkan jentera pilihan raya parti agar bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri.
Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat mengarahkan kawasan-kawasan, Dun dan Unit Peti Undi (UPU) parti itu agar bersiap sedia memandangkan kebarangkalian pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu boleh berlaku dalam masa terdekat.
Pas katanya tidak menolak kebarangkalian bahawa Dun Terengganu akan dibubarkan dalam masa terdekat, lapor portal berita rasmi Pas, Harakahdaily.
Satiful berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup Taklimat Khas Pas Pusat Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) Pas Kuala Nerus, kelmarin.
“Tidak ditolak kebarangkalian bahawa Terengganu ini akan dibubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun). Boleh jadi ada dan boleh jadi tidak, sebab tidak tolak (kemungkinan).
“Politik ini macam bola, benda bulat. Jadi apa pun kita mesyuarat Dewan Harian baru-baru ini telah ambil keputusan semua kawasan, semua Dun dan juga UPU bersiap sedia dari sekarang.
“Selepas ini buka semula bilik gerakan, semak daftar pemilih, kemaskinikan data dan sebagainya, insya Allah jika dikatakan bila-bila masa loceng dibunyikan untuk ke medan perang, insya Allah kita bersedia.
“Roadmap kita menuju ke Wisma Darul Iman, kalau pun tidak pada PRU14 dan kalau masa terdekat pun insya Allah, dengan izin Allah Taala kita akan kembali ke Wisma Darul Iman,” jelasnya.

Selesaikan rasuah RM100 juta sebelum kritik Tun M

Saranan Khairuddin itu susulan Khairy Jamaluddin menyifatkan saman difailkan Dr Mahathir kepada Najib sebagai gimik poitik.
Khairuddin,khairy
PETALING JAYA: Selesaikan dahulu isu rasuah RM100 juta melibatkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi menjawab kenyataan Khairi Jamaluddin.
Khairy, Menteri Belia dan Sukan menyifatkan saman yang difailkan Dr Mahathir kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gimik politik.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, tindakan Dr Mahathir dan dua yang lain menyaman Najib hanya kesinambungan agenda politik untuk menggulingkan Najib.
“Saya ingin sarankan kepada budak hingusan Khairy Jamaluddin untuk selesaikan isu kes rasuah RM100 juta kementerian beliau terlebih dahulu, Jangan kalut hal lain.
“Budak hingusan Khairy Jamaluddin ni pun kaki bodek minda lemah otak udang, otak dia pun bukan banyak sangat.Ini soal undang-undang. Kalau budak hingusan ini kata ia sebagai gimik politik tak apalah nanti kami sepina dia ke mahkamah.

Walaupun dibantah Kementerian Pendidikan teruskan Program Dwibahasa


Dr Khair Mohamad YusofDr Khair Mohamad Yusof
Sebanyak 296 sekolah di seluruh negara melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) yang dijalankan sejak Januari lepas dan ia akan diteruskan, kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.
Beliau berkata jumlah itu hanya melibatkan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang memenuhi empat syarat utama sebelum ia dibenarkan untuk dilaksanakan.
Daripada 296 sekolah ini, sebanyak 122 melibatkan sekolah rendah manakala bakinya adalah sekolah menengah dan daripada jumlah itu juga 70 peratus dilaksanakan di sekolah bandar, katanya.
Katanya tahun ini yang terlibat ialah di peringkat sekolah rendah tahun satu dan empat manakala di peringkat menengah pelajar tingkatan satu.
"Sepanjang tiga bulan pelaksanaannya, saya hanya mendapat respons daripada para guru untuk mendapatkan sokongan berterusan daripada kita bagaimana untuk mereka dapatkan pedagogik yang mereka mahukan terutama sekali dalam bahasa Inggeris kerana program ini dilaksanakan dalam bahasa Inggeris.
"Kerana itu kami sediakan tindakan dan perancangan yang pusat pengajaran bahasa Inggeris iaitu English Language Teaching Centre (ELTC) telah disediakan secara dalam talian bagi membolehkan guru-guru ini mengikuti peningkatan dalam bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai DLP di sini, semalam.
Khair berkata empat syarat itu adalah sekolah yang ingin memohon atau yang dipilih mestilah mempunyai sumber yang cukup berdasarkan bahan rujukan, bahan dan infrastruktur untuk mengajar; pengetua sekolah dan guru bersetuju, mampu, boleh dan mahu untuk melaksanakannya; perlu adanya persetujuan penuh daripada waris atau ibu bapa murid secara bertulis kepada sekolah dan pencapaian sekolah dalam bahasa Melayu mestilah melebihi Gred Purata Nasional bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.
Mengulas mengenai pelaksaan DLP di Sekolah Jenis Kebangsaan Khair berkata pihaknya menerima 30 permohonan daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) namun tidak dapat dilaksanakan kerana tidak memenuhi satu daripada syarat utama yang ditetapkan.

Nazir Razak: 1MDB - jangan berlaku lagi


Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Abdul Razak berkata perlunya diambil pengajaran dan tindakan bagi memastikan skandal seperti yang melibatkan 1MDB tidak berlaku lagi.
"Masa depan ialah tentang memastikan bahawa 1MDB - tidak berlaku lagi.
"Dalam usaha untuk memastikan 1MDB - tidak berlaku lagi, kita perlu melihat masa lalu dan memahami apa yang berlaku supaya kita belajar daripadanya.
"Supaya mereka yang bertanggungjawab untuk itu, dipertanggungjawabkan untuk itu dan tiada siapa melakukannya lagi," katanya semasa StarLIVE Power Talk Business Series di Menara Star hari ini.
Bagaimanapun, Nazir yang juga adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata proses ini masih berjalan dan belum lagi selesai.
1MDB adalah idea Najib dan beliau juga bertindak sebagai pengerusi lembaga penasihat syarikat dana milik negara itu.
Nazir menegaskan perlu mengambil pengajaran daripadanya bagi memastikan tidak akan ada bahaya moral di mana orang boleh mengulangi apa yang berlaku di 1MDB dan merasakan mereka boleh terlepas.
"Dari segi magnitud kasalahan, apa yang salah, siapa yang buat salah - itu menjadi tugas ketua audit negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan lain-lain dan ia masih berjalan.

LGE: Dakwaan saya tak tahu nilai banglo saya adalah pembohongan BN

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, tuduhan bahawa beliau tidak tahu nilai rumah banglo yang dibelinya di Jalan Pinhorn adalah satu "pembohongan BN".
Lim menjelaskan apabila beliau berkata beliau tidak tahu, beliau telah secara khusus menjawab pertanyaan Umno mengenai sama ada hartanah itu bernilai RM6.5 juta.
"Satu lagi pembohongan BN adalah kenyataan saya bahawa saya tidak tahu nilai rumah saya walaupun saya menandatangani Perjanjian Jual Beli dan membayar duti setem.
"Saya telah menjawab soalan mengenai sama ada nilai rumah saya adalah RM6.5 juta, seperti yang didakwa oleh Umno.
"Saya menjawab dengan jujur ​​- saya tidak tahu sama ada rumah saya bernilai RM6.5 juta - kerana saya adalah seorang ketua menteri dan bukan ejen hartanah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Lim berkata penjelasan beliau telah "diputarbelitkan".
Menurut peraturan urus niaga hartanah, pembeli dikehendaki membayar duti setem bagi memorandum pemindahan dan ini dikira berdasarkan harga beli atau nilai pasaran hartanah itu, yang mana lebih tinggi.
Oleh itu, pengkritik Lim berkata ketua menteri itu mungkin perlu membayar duti setem berdasarkan nilai harta yang lebih tinggi daripada harga pembelian RM2.8 juta, dan oleh itu akan tahu nilai yang tepat.
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim mendakwa Lim telah mengisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bahawa harta itu bernilai RM4.27 juta berdasarkan satu salinan akuan penilaian pemindahan harta yang diperolehi.
Lim berkata tuduhan bahawa beliau telah membeli rumah banglonya di bawah harga pasaran adalah sebahagian daripada konspirasi serangan peribadi terhadapnya.
Beliau berkata konspirasi BN untuk mencemarkan namanya berhubung pembelian rumahnya melalui pembohongan dan separuh benar, double standard dan malah salah guna kuasa, adalah satu percubaan terang-terangan untuk mewajarkan, untuk menutup atau mengalihkan perhatian daripada skandal kewangan BN, seperti skandal 1MDB, skandal derma RM2.6 bilion dan yang terbaru penyelewengan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan.

UMNOPUTRA..PARASIT NEGARA

Bekas Presiden dan CEO PETRONAS Tan Sri Shamsul Azhar Abbas membidas k'jaan yg campurtgn dan menekan PETRONAS agar 'membantu' syarikat Umnoputra yg sebenarnya parasit yg menjahanamkan negara kerana meletakkan harga yg melebih kadar semasa..

Beliau menegaskan PETRONAS bukan milik mana2 parti tapi negara.. dan tanggungjawab adalah untuk membantu semua kaum di negara ini.. bukan hanya UMNOPUTRA..

Ingat Bomoh.. Ingat Najib...

Patutla Najib liat beno nak ditumbangkan. Rupa2nya berbelas ribu tok bomoh di belakangnya...

TU BLOM MASUK LAGI Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP 1Malaysia..