Khamis, 24 Mac 2016

Kenapa Najib Razak Perlu Berundur?








Sindrom tidak tahu dan budaya tidak mengapa

Seiring dengan ungkapan 'tidak tahu' Khairy Jamaluddin berhubung tindakan pegawai kanan bawah kementeriannya yang disiasat SPRM ekoran dakwaan menggelapkan wang berjumlah RM100 juta, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan perkataan yang sama ketika ditanya sama ada jam tangan dibenarkan atau tidak untuk dibawa masuk ke dewan peperiksaan

Keadaan pelik ini hakikatnya tidaklah terlalu pelik apabila Datuk Seri Najib Razak awal-awal lagi telah mempelopori tagline ini apabila ditanya sama ada beliau tahu atau tidak tahu kemasukan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadinya.

Budaya 'tidak tahu' ini jika ditinjau mempunyai maksud yang pelbagai dengan kesedaran niat yang rencam:

1) Benar-benar tidak tahu - menunjukkan gagalnya keupayaan kepimpinan atau kemampuan menguasai sistem urustadbir satu-satu organisasi secara menyeluruh. Keadaan ini jika benar, amatlah malang bagi sebuah negara yang mempunyai kementerian yang banyak dan saiz kabinet yang amat besar.

Bila-bila masa boleh diambil kesempatan oleh sesiapa pun dek kebodohan atau kecuaian menteri yang dilantik.

2) Tahu, tapi belum bersedia untuk menjawab - menunjukkan si pemain politik masih tahu apa yang berlaku namun belum dapat merumuskan jawapan yang sesuai kepada masyarakat awam. Boleh jadi otaknya masih ligat berpusing mencari jawapan-jawapan lanjutan yang boleh diterima (baca: dikelentong) pengundi-pengundinya.

3) Tahu dan memang berniat untuk menyembunyikan - menunjukkan si pemain politik benar-benar nekad untuk menyeleweng dan telah siap skrip-skrip yang perlu dipaparkan ketika disoal masyarakat awam. Kebiasaannya pada kemungkinan ini, pemain politik benar-benar bersedia dan telah menyediakan pilihan-pilihan langkah lanjutan sekiranya perlu untuk dikambinghitamkan.


Bertelur dari masyarakat

Mudahnya, apa pun niat dan tujuan jawapan 'tidak tahu' ini, konotasinya semestinya buruk dan langsung tiada kesan positif sama ada kepada penutur mahupun amanah yang dijaga oleh si penutur.

Sindrom 'tidak tahu' ini sama ada sedar atau tidak jauh lebih buruk daripada 'denial syndrome' kerana sekurang-kurangnya orang ramai tidak terlalu sukar untuk menebak maksud si pengamal budaya penafian. Sama ada benar sebagaimana yang dinafi atau sebaliknya.

Saya tak percaya kalau Zeti bersara bukan kerana tekanan politik

Oleh Mohd Sayuti Omar
Gabenor Bank Negara Zati Aktar Aziz tidak mahu mengheret institusi kewangan yang dijaganya dalam kancah politik walaupun rakyat memerlukan penjelasan secara telus daripada pihaknya berhubung dengan beberapa status kewangan yang diragui termasuk transaksi kewangan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

Mengenai kemasukan wang dana RM2.6 billion ke dalam akaun Najib secara logik dan perundangan kewangan (bank), Zeti mesti mengetahuinya, dan beliau arif apakah kemasukan itu halal atau pun tidak mengikut prosuder kewangan dan bentuk-bentuk tindakan yang boleh dikenakan di bawah Akta Bank.

Begitu juga dengan status kewangan 1MDB yang dikatakan telah dipungut balik oleh syarikat pelaburan kerajaan itu dan ia disimpan dalam bank di Singapura yang menjadi kontroversi. Zeti sebagai Gabenur perlu menjawab kerana tindakan 1MDB itu telah menjatuhkan imejnya sebagai Gabenor bank pusat itu. Apabila syarikat kerajaan lebih menyakini untuk simpan wang dengan jumlah begitu banyak di Singapura bukan dalam bank milik negara ia memalukan Gabenor Bank Negara. Satu penghinaan kepada Zeti sendiri.

Bedasarkan perkara itu sudah cukup untuk Zeti Aktar menjawab dan menjelaskan kedudukanya tanpa mempedulikan reputasi orang lain untuk menjaga reputasinya. Tetapi, tidak begitu dengan Zeti. Beliau tidak sedia untuk mengaitkan Bank Negara dengan mana-mana politik berkepentingan. Kalau beliau menjelas dengan benar, pasti ia memberi persepsi lain rakyat kepada Najib terutamanya hatta menyebabkan kedudukan Najib makin goyah dan makin membusuk.

Begitu juga dengan pengakuan Muhyiddin Yassin bekas TPM yang baru dipecat itu, katanya dia mendapat penjelasan daripada Zeti mengenai perkara itu, tetapi dinafikan oleh Zeti penuh diplomasi dengan memberi tahu dia tidak pernah pun bebincang dengan Muhyiddin mengenai perkara itu apa lagi membawa apa-apa dokumen, tunjuk kepada Muhyiddin. Zeti menjelaskan akan etikanya sebagai seorang Gabenor dijaga seutuhnya. Begitulah sikap seorang yang berintegriti tinggi.

Zeti juga dalam menyelamatkan dirinya dan reputasi Bank Negara mengakui tidak ditekan oleh mana-mana pihak untuk bersara April ini. Katanya misinya di bank pusat itu sudah selesai? Kenyataan ini meragukan dan seolah-olah ia satu kenyataan tidak ikhlas, apakah masalah 1MDB itu sudah selesai dengan tuntasnya sedangkan ia masih dipertikai hingga kini. Sebelum ini wujud percanggahan kenyataannya tentang itu antara beliau dengan Peguam Negara. Peguam Negara secara terang menolak analisa atau kenyataan Bank Negara. Dalam kata lain tidak percayai kepada Zeti.

Pecat Tun M dari jawatan umpama ‘membunuh diri’

KUALA LUMPUR : Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid berpendapat, langkah memecat Tun Dr Mahathir Mohamad dari jawatan yang masih dipegangnya di Yayasan Kepimpinan Perdana dan Proton diibaratkan seperti mahu `membunuh diri’.

Beliau berkata, tindakan itu akan membolehkan bekas Perdana Menteri itu ‘bebas untuk menjelajah.Pada pendapat saya, Mahathir tak peduli pun, tak rugi pun (dipecat). Kalau beliau tidak mempunyai apa-apa posisi, dia bebas menjelajah


“Sekarang beliau terpaksa kerja. Mahathir ini, jenis orang yang suka bekerja, kalau awak bagi dia kerja, dia kerja. Memecat Mahathir dari posisi yang dipegang umpama bunuh diri kerana beliau mempunyai tujuh hari untuk `berjalan’,” katanya dalam satu wawancara bersama Free Malaysia today di pejabatnya kelmarin.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai langkah yang akan terjadi sekiranya kerajaan memecat Dr Mahathir daripada jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan yang masih disandangnya itu.
 
Awal bulan ini, kerajaan bertindak memecat jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Petronas kerana penglibatannya dalam Deklarasi Rakyat.

Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Kedah itu turut percaya pemecatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Petronas akan memberikan impak yang negatif kepada badan berkaitan kerajaan tersebut.

Katanya, mana-mana individu yang menggantikan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Petronas tidak mampu melakukan apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu kerana beliau telah melakukan banyak sumbangan kepada syarikat berkenaan.

Ayuh gempur Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia 28 Mac

Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan perhimpunan Muafakat Selamatkan Malaysia siri pertama pada Isnin, 28 Mac ini sebelum menjelajah ke seluruh negara.
Perhimpunan pertama ini akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Pandan Indah bermula 8 malam.
Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, himpunan ini akan dijadikan wadah untuk menggembleng seluruh rakyat bagi mencipta gelombang untuk mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Rafizi yakin gelombang ini mampu mencipta kejutan untuk menewaskan Umno BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.
“Pentas himpunan ini terbuka untuk semua pihak tanpa mengira latar belakang, jemputan juga telah dihantar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Shafie Afdal dan beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Yang menariknya kesemua pimpinan tertinggi Pakatan Harapan juga akan bersama-sama berkongsi pentas untuk menyelamatkan negara ini dari dikuasai Umno BN,” katanya.
Perhimpunan akan diteruskan di Gelang Patah, Johor pada Sabtu 16 April, diikuti Alor Setar pada Sabtu, 7 Mei. Untuk program seterusnya, pihak Sekretariat PH akan mengeluarkan jadual untuk setiap negeri.
Jelas Rafizi, rakyat semua dijemput hadir bagi menyatakan sokongan kepada tuntutan Muafakat Selamatkan Malaysia.
“Rakyat wajib mengambil peluang ini untuk menghantar isyarat kepada Najib untuk berundur sekaligus menamatkan derita rakyat ketika ini,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily.

MP Pembangkang disekat memasuki Sarawak dan Sabah untuk jaga perpaduan, kata Kurup


Ahli Parlimen pembangkang dilarang memasuki Sarawak dan Sabah kerana mereka boleh mengganggu kesatuan negeri-negeri Borneo, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Joseph Kurup.
 "Ini kuasa semata-mata kerajaan negeri apabila kerajaan negeri putuskan sedemikian untuk melarang YB masuk Sabah dan Sarawak.
"Itu sebenarnya mengekalkan perpaduan yang sedia ada kerana YB masuk (ke Sabah dan Sarawak) kami anggap sebagai untuk rosakkan perpaduan di situ," katanya ketika menggulung Titah Yang di-Pertuan Agong di parlimen hari ini.
Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan itu berkata demikian ketika mengulas Teresa Kok (DAP-Seputeh), yang mengaitkan larangan itu dengan perpaduan antara Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia.
"Saya rasa perpaduan di antara Sabah dan Sarawak dengan semenanjung ini sangat penting," kata Teresa.
"Saya dan rakan-rakan dilarang masuk Sarawak untuk membantu pilihan raya Sarawak, saya dilarang masuk Sabah juga, negeri YB menteri dan tanpa alasan.
"Bukankah ini merosakkan keharmonian juga perpaduan antara Malaysia timur dan semenanjung," katanya.
Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) adalah antara pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak.

Beranikah BN isytihar harta?


 Ingin saya mengingatkan bahawa negara kami masih dihantui pertuduhan-pertuduhan yang masih tertangguh, khususnya berhubung dengan Perdana Menteri dan isu 1MDB serta $681 juta dollar Amerika yang telah didepositkan ke dalam akaun persendirian beliau.
 Kita seharusnya tidak membiarkan isu-isu tersebut dibelenggu oleh pertuduhan terhadap ketua menteri Pulau Pinang atas pembelian kediaman beliau yang masih belum disahkan.
Adalah diharapkan bahawa penyiasatan berhubung dengan isu ini dapat dijalankan dengan cepat untuk membersihkan nama baik beliau.
Secara jelasnya, aspek yang positif dan baik berhubung isu tersebut adalah fakta pembelian kediaman tersebut adalah satu fakta yang tidak dinafikan.
Ia tidak dinafikan kerana semua wakil rakyat Pakatan Harapan dan DAP di negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta kami secara umum.
Usaha ini telah dilaksanakan selepas Pilihanraya Umum Ke-12 pada tahun 2008 oleh kerajaan negeri Pulau Pinang apabila ketua menteri dan barisan EXCO beliau telah mengisytiharkan harta mereka.
Seterusnya, selepas Pilihanraya Umum Ke-13, usaha pengisytiharaan harta tersebut telah dilanjutkan, bukan sahaja kepada YAB Ketua Menteri dan barisan EXCO beliau, malah kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah juga turut mengisytiharkan harta mereka.
Urus tadbir yang baik
Pelaksanaan pengisytiharaan harta ini merupakan salah satu unsur yang menyumbang ke arah urus tadbir yang baik. Pimpinan yang bersih ini dapat memastikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan mengukuhkan kesahan sesebuah kerajaan.
Ia juga harus dinyatakan bahawa perlaksanaan pengisytiharaan harta ini kini dilakukan secara sukarela di negeri Pulau Pinang dan negeri Selangor (untuk barisan EXCO), dan pengisytiharaan harta ini patut dipertimbangkan untuk digubal sebagai sebahagian daripada perundangan, bagi memastikan pengisytiharaan harta sebegini adalah kewajipan berkanun.

"The 1MDB monster" -Businesstimes

SIAPA 'MONSTER' Berkepala Hitam Tu ??

Setiap hari nama MALAYSIA semakin 'harum' di mata dunia sejak Najib Rosmah menerajui negara.

MALAYSIA Bawah Najib:
No.2 Rasuah global - TIME
No.3 Terburuk skandal rasuah - FP
No.5 Aliran wang haram - GFI

Sudah pasti penyokong Najib bangga, kembang kempis hidung & bontot mereka...

SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU...

1) SIAPA pindahkan kuasa pengisytiharan Darurat drpd Yang Di-pertuan Agong kpd Perdana Menteri.. - UMNO yg buat

2) SIAPA yg melucutkan kekebalan raja-raja Melayu.. - UMNO yg buat

3) SIAPA peruntukkan undang2 supaya Baginda Raja/ Sultan boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah.. - UMNO yg buat

4) SIAPA yg tempelak minta Raja-raja jgn campuri urusan politik.. - UMNO yg buat

5) SIAPA yg minta harta2 Raja/ Sultan disiasat.. - UMNO yg buat

Siapa sebenarnya pengkhianat Sultan, Raja & Negara ??

NAK CUCI DOSA ULANG ALIK BUAT UMRAH HAJI...

Mana nak sedar kalau sibuk cari publisiti jelajah satu negara dgn joget zumbanya bergaul berhimpit bersama bukan mahram di khalayak ramai...

UMNO & MENIPU Berpisah Tiada !!!

Kenapa budaya cakap bohong semakin menular dlm pemimpin2 Umno ?? Adakah cakap bohong tidak berdosa bila jadi menteri utk menipu rakyat ??

UMNO & MENIPU Berpisah Tiada !!!
Bagaikan Taik Dengan Kentut...

MENTERI2 BOLEH LAH GUNA ALASAN TIDAK SEDAR ya !!!

Mudahnya jadi menteri. Bila kementerian terpalit dgn penyelewengan ratusan jutaan ringgit, demi nak selamatkan diri terus beri alasan... KAMI TIDAK SEDAR PENYELEWENGAN BERLAKU..

Bahas RM2.6b: Speaker akui Azalina silap buat keputusan

Pandikar Amin Mulia ketepikan arahan Azalina yang tidak membenarkan isu dana RM2.6 bilion dibahas di Parlimen.
Azalina
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menukar keputusan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang tidak membenarkan isu derma politik RM2.6 billion dibahas di Parlimen.
Pandikar Amin membuat keputusan itu selepas ahli Parlimen pembangkang membantah arahan yang dikeluarkan Azalina yang menimbulkan pertikaian hampir sejam di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli Parlimen pembangkang mahu soalan mengenai dana RM2.6 billion perlu didengar terlebih dahulu bukan langsung tidak dijawab.
Pandikar Amin bersetuju dan mengakui Azalina telah melangkaui tugasnya dengan membuat keputusan awal sebelum berbincang dengannya.
“Kesilapan yang dilakukan Menteri (Azalina) adalah dia bertindak lebih awal mengambil alih tugas Speaker. Jadi, tidak sesekali kesilapan ini akan berulang.
“Jika tidak, rakyat akan berkata Speaker sewenang-wenangnya mengikut arahan pihak tertinggi,” katanya.
Azalina mengeluarkan arahan itu pada 16 Mac lalu mengikut Peraturan 23 (1) yang menyebut sebarang isu yang sedang berjalan di mahkamah tidak boleh dibahaskan di Parlimen.
Beliau membuat arahan itu susulan saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) oleh Majlis Peguam Malaysia terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 14 Mac 2016.

Pemuda Umno Selangor dakwa 2 tahun ‘terbiar’


SHAH ALAM - Ketua pemuda Umno bahagian di negeri ini mendakwa sayap itu telah ‘terbiar’ selama dua tahun oleh pimpinan atasan parti namun mereka tetap bekerja keras demi parti.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop mengingatkan pimpinan atasan Umno agar sering menjenguk mereka selain turut menyalurkan bantuan kepada ahli sayap itu.
“Jika sudah beri nasihat dan bantuan tapi Pemuda Umno Selangor masih lagi tidak begitu cemerlang, bolehlah nak tegur, nak marah.
“Tapi ini dua tahun mereka buat tak tahu, tiba-tiba baru-baru ini kami dikatakan tidak bekerja. Itu tidak adil bagi kami. Kalau lihat Facebook ketua-ketua pemuda bahagian, semua bergerak aktif,” katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa ketiga-tiga sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri memperkukuhkan semula parti dalam usaha merampas semula Selangor dari Pakatan Harapan.
Beliau turut mendakwa kekalahan Umno ketika PRU13 yang lalu bukan kerana pembangkang kuat sebaliknya Umno sendiri yang lemah.
Ahmad Mua’adzam turut menyokong kenyataan Ketua Pemuda Umno Selangor, Zuraini Zainal yang mendakwa sayap-sayap parti itu bukan tidak menjalankan tugas demi merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Harapan sebaliknya tiada peruntukan diberikan untuk menganjurkan program.
“Saya kira ini sebagai ‘trigger’ kepada orang atas. Tengok-tengoklah kami, kalau perlu beri nasihat, nasihatlah. Kalau perlu beri bantuan, beri bantuan.
“Antara tanggungjawab yang utama sebagai pemimpin yang di atas bukan sahaja menuju kemenangan BN di masa hadapan tapi juga tanggungjawab untuk menyediakan pemimpin pelapis yang hebat. Bukan hanya tahu menuding jari sahaja.
“Kita perlu ada sesi ‘one to one’. Sama-sama bincang dan bergerak, barulah adil. Bagi saya, tidak perlu ada kegusaran bahawa pemimpin muda hari ini nak cepat naik ke hadapan. Tidak. Kuasa nak menaikkan pun mereka juga, jadi, apa mereka nak risau?,” katanya.
Beliau turut mendakwa telah mengeluarkan duit poket sendiri demi memastikan program sayap itu berjalan namun beliau mengakui tidak tahu sampai bila mampu bertahan dengan keadaan itu.
Sementara, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Mohamad Fakhzan Md Noor berkata, peruntukan itu hanya satu isu, namun beliau melihat ada isu lebih besar yang tidak dititikberatkan oleh parti.

Jumaah Diraja Johor: Berita TMJ di TV3 diputar belit



Jumaah Diraja Johor berharap kecelaruan akibat laporan TV3, berkaitan kenyataan Tunku Mahkota Johor yang menurutnya telah diputar belit, tidak berlarutan.
Yang dipertuanya Datuk Abd Rahim Ramli berkata Tunku Mahkota tidak pernah meletakkan pendirian untuk memihak atau menghentam mana-mana pihak.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga menafikan menujukan kritikan terhadap Tun Mahathir Mohamad dalam krisis perlembagaan 1992 yang menyaksikan penghakisan kuasa istana.
Berikut kenyataan penuh Abd Rahim:
Saya menarik perhatian kepada berita TV3 pada 23 Mac 2016 dan memaklumkan semoga kecelaruan ini tidak berlarutan sebagaimana yang disampaikan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor semalam yang telah diputarbelitkan.
Apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh baginda yang utama sekali adalah berkenaan tidak mahu sejarah hitam 1992 berulang kembali.
DYAM Tunku Mahkota Johor juga tidak pernah meletakkan pendiriannya untuk memihak kepada mana mana pihak atau menghentam mana-mana pihak.
Kenyataan tersebut adalah untuk mengingatkan pemimpin yang memegang jawatan supaya sentiasa berkhidmat dengan jujur dan telus untuk rakyat.
Tumpuan seharusnya untuk negara ini terus maju ke hadapan. Baginda mahukan agar Bangsa Johor sentiasa bersatu demi mengekalkan perpaduan antara semua kaum.
Terdapat isu tanah air yang lebih besar perlu ditangani segera dan bukannya menjadikan kenyataan dari DYAM Tunku Mahkota Johor sebagai pengalih perhatian daripada isu tersebut.

Penafian LTAT Dan 1MDB Tidak Benar, 1MDB Lewat Bayar Kepada PPHM Sepanjang 2015

LTAT-Salah-01
Saya terkejut dengan kenyataan media dari Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor yang menafikan bulat-bulat beberapa isu yang saya timbulkan berhubung kelewatan pembayaran caruman (gratuiti) pesara tentera oleh LTAT kebelakangan ini. Malah, beliau dengan kasarnya mengugut untuk menyaman saya kerana menanyakan beberapa soalan berhubung kelewatan itu bagi pihak pesara tentera.
Saya tidaklah mahu melayan penafian 1MDB kerana seluruh Malaysia sudah mengetahui rekod 1MDB dalam isu-isu ketelusan dan tata kelola korporat. Ini bukanlah kali pertama 1MDB menafikan sesuatu perkara yang ditimbulkan kemudiannya dibuktikan bahawa penafian itu tidak benar.
Walau bagaimana pun, saya terkejut dengan sikap Pengerusi LTAT kerana sebagai bekas pegawai tertinggi angkatan tentera, beliau wajar menginsafi bahawa tanggungjawab beliau yang paling utama ialah mempertahankan kebajikan anggota tentera yang masih berkhidmat dan pesara-pesara tentera yang bergantung kepada LTAT.
Tindakan beliau menafikan bulat-bulat bahawa ada kelewatan di dalam pembayaran caruman (gratuiti) kepada pesara tentera adalah amat dikesali. Saban hari saya menerima aduan baik melalui media sosial, email atau whatsapp tentang kelewatan ini. Saya sertakan beberapa aduan yang saya terima agar beliau menginsafi bagaimana kelewatan ini telah memangsakan pesara-pesara tentera:
phone1
phone2
phone3

Gobind: Not Azalina's job to make rulings

Himpunan Muafakat platform reformasi institusi & bebaskan Anwar

MSM BANNER no Umno 5x10-01KUALA LUMPUR 24 MAC: Pembebasan Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim termasuk antara tunjang utama tuntutan rakyat dalam Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia, yang bakal berlangsung Isnin ini, 28 Mac.
Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ruang reformasi yang dibawa Pakatan Harapan lebih besar dari Deklarasi Rakyat kerana ia memfokuskan kepada pengunduran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
“Kebebasan Datuk Seri Anwar adalah mendesak sekarang dan Deklarasi Rakyat yang ditandatangani Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin daripada Umno secara tidak langsung membuktikan mereka mengakui sistem kerajaan sekarang telah dimanipulasi dan tidak lagi adil.
“Ia juga sebagai bukti mereka mengakui Anwar Ibrahim dipenjarakan sebagai musuh politik,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, jika mereka bersetuju dengan reformasi institusi, mereka bersetuju dengan pembebasan Anwar kerana institusi yang bebas akan memberikan keadilan kepada mereka yang teraniaya seperti bekas Ketua Pembangkang itu.
Rafizi berkata, Anwar berkorban untuk rakyat sehingga di penjara kali ketiga pada usia 68 tahun.
Untuk itu, rakyat dijemput ke himpunan ini sebagai simbolik membantah pemenjaraan Anwar sebagai tahanan politik sekaligus menuntut pembebasannya.

Tembak Aminulrasyid: Mahkamah Arah Defendan, Khalid Bayar RM414,000 kepada keluarga

Gobind Singh: Parlimen forum terbaik jawab isu Rm2.6B, kenapa terus mengelak?

Kit Siang maintains innocence amidst sedition investigation

Dewan kecoh lagi... isu derma RM2.6b tidak boleh dibangkit

Pandikar selar Azalina langkaui kuasa speaker

Dr M: Saya terkesan dengan penyalahgunaan Najib


Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa beliau secara peribadi terjejas dengan dakwaan proses hukum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam penyata tuntutan 37 muka surat itu, beliau dan dua lagi pihak lain yang memfailkan sama ke atas perdana menteri, Mahathir berkata siasatan polis terhadapnya dan penyingkirannya sebagai penasihat Petronas adalah contoh penyalahgunaan itu.
Mahathir berkata, beliau secara terbuka mengisytiharkan penarikan balik sokongannya kepada Najib dan membidas perdana menteri kerana “penyalahgunaan proses hukum” semasa perhimpunan BERSIH 4, tahun lalu.

“Berikutan itu, saya telah disoal-siasat oleh polis pada 6 November, di mana polis turut mengesahkan bahawa saya pada ketika itu sememangnya disiasat atas tuduhan kononnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat fitnah ketika kehadirannya dalam perhimpunan BERSIH 4.0.
“Saya juga sering dan berterusan menulis di weblognya di www.chedet.cc di mana saya menyuarakan teguran dan bidasan terhadap salah laku Najib dalam isu 1MDB dan skandal-skandal berkaitan, termasuklah pemberhentian mengejut dan mendadak Peguam Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail dan perlantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai penggantinya.
“Dalam satu tulisan, saya menyatakan bahawa Apandi tiada kredibiliti bagi melepaskan Najib daripada sebarang tuduhan jenayah dan salah laku yang timbul daripada siasatan terhadap salah laku jenayah berkaitan RM2.6 bilion dan jumlah-jumlah lain daripada SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun-akaun peribadi bank Najib Razak,” katanya.
Semenjak itu, Mahathir berkata, beliau sekali lagi dituduh memfitnah Apandi dan diambil keterangan oleh polis pada 24 Februari lalu.

Ahmad Shabery tidak sedar penyelewengan dalam KBS

Tidak semestinya semua perkara diketahui menteri dan ketua setiausaha kementerian.
Datuk-Seri-Ahmad-Shabery-Cheek-,kbs
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui tidak menyedari berlaku kegiatan penyelewengan dana RM107 juta dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika menerajui kementerian itu pada 2010.
Katanya, selaku menteri, beliau tidak berhubung terus dengan peringkat setiausaha bahagian yang merupakan lapisan pertengahan dalam kementerian, sebaliknya selalu berurusan langsung dengan Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha dan ketua-ketua pengarah.
“Selalunya menteri akan menyentuh mengenai dasar dan bagaimana untuk melaksanakannya dan Ketua Setiausaha akan berhubung dengan semua pihak.
“Dalam soal ini, tidak semestinya semua perkara akan diketahui menteri termasuk ketua setiausaha kementerian,” katanya lapor Bernama.
Jumaat lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sembilan orang, termasuk seorang setiausaha bahagian kementerian, berkaitan sindiket penyelewangan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

MB nafi beri peringatan pada pemimpin Umno T'ganu


 Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan telah memberi peringatan kepada pemimpin Umno di Terengganu menerusi laman sosial Facebook.
Beliau yang dihubungi Bernama hari ini berkata kenyataan tersebut adalah palsu dan ada pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama serta gambar beliau.
Ahmad Razif berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia mampu mencetus pelbagai andaian apatah lagi dalam keadaan Terengganu yang sedang mengalami kemelut politik.
Kenyataan yang tersebar dalam laman Facebook palsu sejak semalam itu menyebut mengenai arahan yang dikeluarkan dalam menghadapi keadaan politik negeri yang tidak menentu dan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku.
Kemelut politik di Terengganu tercetus selepas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif dalam sidang DUN 8 Mac lalu.

Hadi seakan bawah tempurung, mengelamun dalam dunia sendiri

Malah, cara Hadi mengendalikan isu hudud sehingga membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa ijtihadnya tidak sebagus Nik Aziz
Sheikh-Omar-Ali_Hadi-Awang_dap_pas_600
PETALING JAYA: Kerana menyeru umat Islam menentang DAP, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seperti orang yang amat picik pengetahuannya.
Sambil menyifatkan seruan itu memalukan dan naif, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata dikala pembangkang membentuk permuafakatan baharu bersama pemberontak UMNO melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, nada Hadi pula mirip UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.
“Langkah terbaik bagi Najib adalah membina skrip baru – menjadikan DAP sebagai musuh nombor satu negara demi menyelamatkan bahtera UMNO yang diambang karam,” kata Sheikh, yang menambah; “mungkin bagi Hadi inilah masanya untuk pulun suara orang Melayu-Islam berjihad menentang Cina-kafir DAP!”
“Ini seolah-olah membawa makna, PAS kini telah menemui teori baru bahawa agenda paling utama untuk menyelamatkan Malaysia bukanlah lagi melawan skandal rasuah, korupsi dan pengkhianatan Najib terhadap rakyat sebaliknya melawan DAP,” kata bekas pemimpin Pemuda PAS itu.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Hadi sebagai berkata umat Islam perlu bersatu menentang agenda politik DAP dan menggagalkan hasrat mereka memerintah negara.
Hadi turut dilaporkan bimbang akan situasi politik sekarang yang berpecah-belah dan menggugat kestabilan politik orang Melayu.

AKHIRNYA.....

Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Beliau dilaporkan menandatangani deklarasi itu dalam satu pertemuan antara pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan dengan Najib, hari ini. 

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa turut memuatkan laporan dan gambar-gambar mengenai perkara itu di laman Facebooknya.
Yang menjadi perbualan ramai, ke mana Tengku Razaleigh selepas ini?

Penasihat Petronas? 

Pengerusi PNB?

Atau Gabenor Pulau Pinang?

Rafizi gesa Tan Sri Lodin letak jawatan Ketua Eksekutif LTAT

RafiziKUALA LUMPUR, 24 MAC: Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin digesa meletakkan jawatan selaku Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ekoran kelewatan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos tunggakan tuntutan berjumlah RM396.41 juta terhadap Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM).
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, konflik kepentingan berlaku secara jelas memandangkan pada masa sama Lodin terlibat selaku Pengerusi 1MDB.
“Kegagalan 1MDB membayar (tuntutan) PPHM mengikut jadual bukanlah satu perkara kecil yang boleh dimaafkan.
“Tunggakan (RM396.41 juta) sudah tentu mempunyai kesan kepada kewangan LTAT membayar caruman pencen kepada pencarum yang sudah tamat perkhidmatan tepat pada masanya.
“Dalam keadaan LTAT yang diketuainya terheret sama dalam kemelut 1MDB sehingga menyebabkan kesukaran kewangan kepada pesara tentera, kesesuaian beliau untuk terus mengetuai LTAT boleh dipersoalkan,” katanya pada sidang di Lobi Parlimen.
Tegasnya, Lodin sepatutnya memainkan tanggungjawab utama menjaga kebajikan dan hak pesara tentera mengatasi kepentingan perniagaan lain.
“Apabila ada keluarga pesara tentera terpaksa menjual kenderaan, menggunakan simpanan dan lain-lain, saya berpendapat Tan Sri Lodin perlu mengambil tanggungjawab atas masalah ini,” katanya.

Polis soal siasat Kit Siang berhubung titah ucapan Agong


Polis hari ini merakamkan kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berhubung kenyataannya terhadap titah ucapan Yang di-Pertuan semasa perasmian sidang Parlimen tahun ini.
Ahli parlimen Gelang Patah itu diarahkan hadir di Balai Polis Daerah Wangsa Maju petang tadi berikutan beberapa laporan polis yang dibuat atas kenyataannya itu.
Bercakap kepada pemberita, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh yang bertindak selaku peguamnya, berkata Lim disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Hasutan.
"Ini adalah berhubung laporan polis yang dibuat di Pulau Pinang. Mereka mengambil masa 20 minit untuk merakamkan kenyataannya," katanya.
Lim sebelum ini berkata, beliau hanya mengulas kedudukan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai raja berperlembagaan di negara ini dan tidak ada niat lain apabila mendakwa Seri Paduka hanya membacakan ucapan yang disediakan oleh kerajaan.

Seri Paduka pada titah ucapan ketika merasmikan pembukaan sidang parlimen keempat penggal ke-13 di Kuala Lumpur menyatakan hasrat supaya pentadbiran yang ada kini diteruskan bagi merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
Yang di-Pertuan Agong juga menggesa ahli-ahli parlimen supaya berhenti berpolitik untuk kepentingan sempit kerana ia telah berlarutan sejak sekian lama hingga melelahkan rakyat dan kerajaan.

NAJIB SEHARUSNYA DIBERI SEMANGAT, SAMAN MAHATHIR PELUANG TERBAIK BERSIHKAN DIRI

Apabila Tun Mahathir Mohamad bersama dua individu yang lain memfailkan saman terhadap Najib Razak atas dakwaan salah laku dalam pentadbiran negara, pemimpin UMNO dan kerajaan seharusnya melihat ini  sebagai medan terbaik bagi Perdana Menteri untuk membersihkan dirinya.

Jika benar Najib suci bersih dan tidak terkait apa-apa dengan sebarang kekotoran, sama ada berhubung 1MDB, wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International, mereka sepatutnya memberi galakan dan semangat lagi kepada Perdana Menteri agar sedia tampil berani di mahkamah.

Saman Tun Mahathir ini mesti dilihat sebagai peluang keemasan bagi Najib mempertahan dan membersihkan dirinya serta mendiamkan terus bekas Perdana Menteri itu.

Tetapi dengan kebanyakannya membangkitkan soal "locus standi", menganggapnya tindakan terdesak oleh Tun Mahathir dan awal-awal mengatakan saman itu akan gagal, seolah-olah pemimpin UMNO tadi sedang berkongsi ketakutan dengan Najib untuk tampil di mahkamah.

Soal "lucus standi", terdesak dan  sama ada saman itu akan berjaya atau sebaliknya, biarlah mahkamah yang memutuskannya.

Terus menyerang serta membelasah bekas Perdana Menteri itu yang jelas menggunakan haknya sebagai warganegara yang masih dalam lingkungan undang-undang, hanya akan memberi kelebihan kepada Tun Mahathir di "mahkamah pendapat umum".

Rakyat miskin bandar paling derita akibat kenaikan harga


Tidak menghairankan bahawa kadar inflasi dilaporkan meningkat tetapi laporan Bank Negara mendedahkan bahawa kadar inflasi itu paling menjejaskan golongan miskin di bandar.
Analisis bank pusat mendapati bahawa kadar inflasi cenderung menjadi lebih tinggi di negeri-negeri maju dan ke atas golongan berpendapatan rendah.
Kadar inflasi juga didapati lebih tinggi daripada purata kebangsaan di negeri-negeri yang menjadi bandar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor, di mana 36 peratus daripada penduduk negara ini menetap.

Di Kuala Lumpur, inflasi adalah paling tinggi bagi isi rumah di bawah 20 peratus daripada skala pendapatan, ia mencatatkan perubahan tahunan sebanyak 3.01 peratus pada 2015.
Perubahan tahunan indeks harga pengguna hanya 2.73 peratus di kalangan 20 peratus daripada isi rumah.
Kadar inflasi meningkat apabila pendapatan seseorang individu jatuh dengan perubahan tahap inflasi tahunan paling tinggi pada tahun 2015 direkodkan di Melaka iaitu 3.14 peratus.

Penjelasannya - isi rumah rakyat miskin membelanjakan lebih jumlah pendapatan mereka untuk keperluan seperti makanan.

Ekonomi tidak menentu: Najib takut bubar Parlimen?


Dr Zulkefly AhmadDr Zulkefly AhmadPerdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dilihat tidak akan mempunyai keberanian membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini ekoran situasi ekonomi negara yang tidak menentu, kata Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, Najib perlu berfikir banyak kali untuk tujuan tersebut bagi menyelamatkan diri, parti serta barisan kepimpinan yang diketuainya.
“Seorang perdana menteri tidak akan melakukan kejutan dengan menamatkan pemerintahannya melalui pilihanraya mengejut atau ‘snap election’ ketika keadaan ekonomi melembap dan negara dalam pelbagai keberantakan.
“Tambahan jika semua angkara itu ada hubungkait dengan diri perdana menteri,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengimbas Belanjawan Pakatan Harapan 2016 dengan tema 'Mengelak Krisis' atau 'Averting A Crisis' yang meramalkan kegawatan ekonomi akan bermula suku ketiga tahun ini, beliau berkata, jangkaan tersebut menyamai Laporan Unjuran Ekonomi oleh Bank Negara Malaysia yang diumumkan semalam.
“Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang selalu optimis atau bullish, kali ini mengakui akan hakikat senario suram yang mungkin menjadi lebih gawat lagi ke hujung tahun ini.
“Laporan Unjuran (Outlook) Bank Negara semalam meramalkan pertumbuhan akan 'perlahan' ke paras 4.0 hingga 4.5 peratus untuk tahun 2016,” jelasnya.
Mengulas pertumbuhan tahun 2105 ialah 5.0 peratus yang dipacu oleh permintaan domestik dan merupakan tahun kedua penurunan pertumbuhan berturut-turut, beliau berpendapat implikasi tersebut pastinya besar buat sebuah negara.
“Faktor-faktor utama penyebab ini dikaitkan dengan kelemahan harga LNG - Liquefied Natural Gas (Malaysia adalah negara kedua terbesar pengekspot LNG), nilai ringgit yang lemah, penurunan pertumbuhan perbelanjaan isi rumah dan pengurangan pertumbuhan pelaburan swasta serta risiko akibat hutang 1MDB,” ujarnya.

TMJ: Saya tak kritik Mahathir, tapi sistem


 Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan menujukan kritikan terhadap Tun Mahathir Mohamad dalam krisis perlembagaan 1992 yang menyaksikan penghakisan kuasa istana.
Meminta meneliti ulasannya dengan teliti, Tunku Ismail berkata beliau menujukan perkara itu kepada kerajaan persekutuan bagi mengingatkan supaya perkara itu tidak berulang tidak kira siapa pemimpinnya.
“Ia tidak ditujukan kepada Tun Mahathir atau kepada sesiapa. Ia ditujukan kepada sistem.
"Saya tidak menyokong sesiapa yang korup,” katanya demikian dalam wawancara ringkas disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers.
Tunku Ismail ditanya sindiran wakil media bahawa beliau memihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding Mahathir (gambar) sebagai pengkritik utamanya.
Dalam wawancara itu, TMJ mengingatkan pihak media agar tidak memutarbelitkan kata-kata atau mengambil kenyataannya di luar konteks.
Tuanku di pihak mana?
Beliau juga ditanya berada di pihak mana dalam perseteruan Najib-Mahathir tetapi tidak menjawabnya dengan jelas.
“Johor,” katanya ringkas.
Tunku Ismail semalam mengimbas sejarah 1992 semasa pemerintahan Mahathir yang menyaksikan keluarga istana Johor dilayan buruk selepas insiden sultan dan puteranya ketika itu memukul orang awam.

Layanan buruk itu, kata TMJ seperti cubaan membubarkan pasukan askar negeri, arahan tidak menyambut sultan di lapangan terbang dan tidak membaik pulih dan memulihara istana dan kelengkapannya.
Malah, katanya, ibu beliau ketika itu diarah keluar dari kereta dan ditahan pihak kastam ketika kembali dari Singapura.
Beliau bagaimanapun berkata episod 1992 itu adalah perkara lama tetapi menambah bahawa "Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara yang indah.”
Susulan insiden itu, kerajaan bawah pimpinan Mahathir mengadakan sebuah sesi khas parlimen bagi membatasi kuasa dan kekebalan raja-raja Melayu.

Peguam pesimis dengan saman Dr M terhadap Najib


Walaupun saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menjana sensasi, namun beberapa peguam pesimis mengenai hasil saman tersebut.
Peguam New Sin Yew berkata saman itu akhirnya akan gagal kerana Najib tidak dianggap sebagai anggota perkhidmatan awam di bawah undang-undang.
"Salah satu elemen tort misfeasans dalam jawatan awam, ia mestilah menunjukkan bahawa Najib adalah seorang anggota perkhidmatan awam. Beliau bukan," katanya kepada Malaysiakini melalui e-mel semalam, dengan merujuk kepada Akta Tafsiran 1948 dan 1967.
Perkara 132 (3) (a) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan 'perkhidmatan awam' dengan cara yang tidak termasuk mana-mana anggota pentadbiran persekutuan atau negeri, yang seterusnya bermakna menteri, timbalan menteri dan jawatan lain di bawah Perkara 160 perlembagaan.
 "Najib adalah seorang menteri, tetapi menteri-menteri tidak dianggap sebagai pegawai perkhidmatan awam.
"Oleh itu, saman itu akan gagal," kata New apabila ditanya mengenai saman yang difailkan itu semalam.
Dr Mahathir, bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin dan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan adalah plaintif dalam saman tersebut.
Dalam saman itu, defendan tunggal Najib didakwa melanggar kewajipan fidusiari dan misfeasans dalam jawatan awam, dengan didakwa mengkompromikan pelbagai siasatan terhadapnya berhubung dengan skandal 1MDB.
Sementara itu, peguam Andrew Khoo berpendapat bahawa untuk membuktikan locus standi yang mencukupi, akan menjadi isu dalam kes itu.
Locus standi merujuk kepada sama ada sesuatu pihak mempunyai alasan yang kukuh untuk membawa kes terhadap pihak yang lain.
Khoo berkata plaintif perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa mereka telah terjejas secara khusus oleh dakwaan malfeasans Najib berbanding penduduk umum, termasuk pembayar cukai lain dan ahli-ahli Umno.

Akhbar arus perdana 'tak hirau' Mahathir saman Najib


Sebahagian besar akhbar arus perdana hari ini memilih untuk tidak memberi liputan berhubung saman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebaliknya, mereka memilih untuk memberi tumpuan kepada jawapan daripada pemimpin parti pemerintah berhubung tuntutan mahkamah itu.
 Antara akhbar itu termasuk New Straits Times (NST), Berita Harian, dan agensi berita nasional Bernama.
Mereka memilih menerbitkan kenyataan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.
Berita Harian mengabungkan reaksi daripada tiga pemimpin itu dalam satu artikel dan hanya di penghujung berita mereka menyelitkan tuntutan saman berkenaan.
Bernama pula melaporkan Salleh menyifatkan saman Dr Mahathir itu sebagai tindakan terdesak dan Annuar berkata ia bukti bekas perdana menteri itu telah gagal untuk menjatuhkan Najib melalui saluran politik.
NST, bagaimanapun, memberi tumpuan kepada Nur Jazlan, yang berkata Mahathir tidak mempunyai locus standi untuk menyaman perdana menteri.
Sebahagian besar akhbar lain, termasuk yang berbahasa Cina menyiarkan berita ringkas mengenai saman Mahathir terhadap Najib itu.
Malah, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia juga mempunyai artikel kecil berhubung tuntutan mahkamah itu.
Mahathir dan dua yang lain, semalam memfailkan saman terhadap Najib bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.
Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Saman Dr M ke atas Najib timbulkan 5 implikasi - Kadir


Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin menimbulkan pelbagai implikasi berikutan kes yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 Antara lain, Kadir dalam tulisan di blog semalam, berkata kes itu akan menguji sejauh mana rakyat biasa boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang penjawat awam politik.
Menurutnya, kes ini juga akan menguji kebebasan dan sikap sama rata sistem kehakiman negara dan sejauh mana tindak tanduk seorang perdana menteri “kebal” daripada tindakan undang-undang serta membuka perlembagaan dan tatacara pentadbiran awam kepada analisis dan interpretasi.
“Jikalau mahkamah bersetuju mendengar kes ini, plaintif boleh mencuba memanggil seramai mungkin saksi, termasuk wartawan asing yang mendakwa penyelewengan oleh Najib,” katanya.
Peguam yang mewakili plaintif, Mohd Khatri Abdulla, memberitahu Malaysiakini, semalam bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor boleh disapina sebagai saksi berhubung dengan tindakan undang-undang.
Mohd Khatri berkata selain Rosmah, beliau bercadang untuk mendapatkan sepina ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Mengulas lanjut, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu berkata, beliau tidak menjangkakan jentera propaganda dan perang saraf Najib berupaya memutarbelitkan kes ini.
Ia kerana, katanya, mereka sendiri sedang bergaduh semasa sendiri mengenai siapa yang lebih setia dan berjasa kepada Najib dan siapa yang menjadi musang berbulu ayam.
“Saman awam ini juga boleh dilihat dalam konteks Deklarasi Rakyat yang mahu Najib disingkirkan sebagai perdana menteri.
“Ketiga-tiga plaintif adalah penandatangan deklarasi tersebut 4 Mac lalu,” kata Kadir.
Mahathir dan dua yang lain semalam memfailkan saman terhadap Najib bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.
Plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.

Hishamuddin Rais: Deklarasi Rakyat Adalah Deklarasi Rakyat Malaysia Untuk Menjatuhkan Najib Razak

Maria Chin Abdullah: What Do We Want Out Of This "Deklarasi Rakyat"?

Khairuddin Abu Hassan: Deklarasi Rakyat Bukan Milik Tun Dr Mahathir, Atau Sesiapa Pun

Ambiga Sreenevasan: The Country Is In Crisis, The Evidence Is Overwhelming

Perbetulkan kesilapan, elak manipulasi rakyat, titah TMJ

Khairuddin cabar Najib ke mahkamah bukti tidak bersalah

Tun Mahathir bukan 'kuda tunggangan' saya, kata Kit Siang

Tidak adil... yang haram jadi halal, yang halal jadi haram, kata Guan Eng

Guan Eng: Tanah Taman Manggis tidak akan dijual

Isu banglo: Guan Eng sedia beri kerjasama dengan SPRM

"Penjual banglo tampil, tapi penderma RM2.6b tak muncul pun'

Rafizi akan dedah dokumen LTAT jika tiada tindakan

DEKLARASI RAKYAT: MENGAPA? SELAMATKAN MALAYSIA

AMPU & JILAT...MAZHAB UMNO..!!

Sesungguhnya Pe'el Menjilat Pemimpin Adalah Satu Amalan Paling Mulia Lagi Dituntut Yang Bertuhankan Umno..

Korang boleh bayangkan tak...

Jika Dengan Kehendak Illahi... APA AKAN JADI pada Rosmah & Najib jika mereka masuk dlm kandang mahkamah ???

SIAPA PENIPU BESAR !!!

1MDB nyatakan tidak menerima sebarang pemberitahuan rasmi daripada Bank Negara Malaysia (BNM)..

DAN..

BUKTI kenyataan rasmi BNM pada Oktober tahun lepas lagi..

Putar belit & penipuan 1MDB terus beterusan..