BANGI - "Pas mengamalkan sikap budaya politik matang dan sejahtera dalam menilai sesuatu maklumat bagi menggelakkan berlakunya keganasan persepsi," kata Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Menurut Khairuddin, keganasan persepsi akan mengundang kerosakkan kepada perpaduan ummah sekiranya ia tidak diurus mengikut cara Islam.
"Sebagai contoh, berhubung isu pertikaian prestasi Tabung Haji sejak kebelakangan ini, Pas mengambil pendekatan untuk mendengar sendiri penjelasan daripada pengerusi badan terbabit bagi menggelakkan berlakunya keganasan persepsi.
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali "Kami (Pas) berinteraksi dengan maklumat kerana sekiranya silap maklumat, ia akan hanya akan meruntuhkan Tabung Haji yang merupakan satu badan Islam di negara ini," katanya ketika Bicara Persada ke-29 yang berlansung di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan juga pernah mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan bahawa Pas yakin dengan kemantapan sistem tadbir urus yang diamalkan oleh Tabung Haji selama ini.
Dalam pada itu, Khairuddin berkata, Islam merupakan agama yang cantik dan mudah serta turut menetapkan garis panduan bagi berinteraksi dengan sebarang maklumat yang diperolehi.
"Bila seseorang mendapat maklumat dan ia disebarkan tanpa memastikan sama ada betul atau salah, maka ia akan akan menyebabkan maklumat yang itu menjadi bercampur-aduk.
"Bila bercampur aduk, akan ada pihak akan menganggap sesuatu tindakan itu zalim disebabkan oleh maklumat yg bercampur aduk tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu," katanya.