Selasa, 22 Mac 2016

DAH TENGOK CERMIN??

Alhamdulillah, memang rasuah musuh kita...

Tapi ada makcik Felda becok bertanya, dah berapa kali Najib tengok cermin sebelum keluarkan kenyataan tersebut?

Seterusnya mari kita baca kenyataan Mahfuz Omar ini:-

JANGAN LINDUNGI KM LIM GUAN ENG DAN JANGAN LINDUNGI PM NAJIB.

1. SPRM tidak boleh dilihat melindungi pelaku rasuah. SPRM juga tidak boleh dilihat menjadi menjadi alat kepada mana-mana pihak yang cuba memburukkan seseorang dengan isu rasuah tanpa penjelasan hasil daripada siasatan.

2. Dalam kes yang membabitkan laporan rasuah ke atas Lim Guan Eng ( LGE), Ketua Menteri Pulau Pinang, saya mengalu-alukan dan menggesa SPRM mempercepatkan siasatan ke atas LGE atas isu pembelian rumah di bawah harga pasaran yang berharga RM 2.8 Milion dan perkara perkara yang berkaitan, malah jika didapati hasil siasatan mempunyai bukti yang mencukupi SPRM boleh mencadangkan pertuduhan ke atas LGE untuk diambil tindakan pendakwaan oleh Peguam Negara. Saya juga hendak tahu adakah benar dan bagaimana KM Guan Eng boleh membeli rumah tersebut di bawah harga pasaran? Saya menggesa SPRM menyiasat apakah ada timbal balas daripada jual beli ini?

RM 2.8 MILION vs RM 2.6 BILION.

3. Saya tidak bertolak ansur atas segala salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang berkuasa. Syabas saya ucapkan kepada pemimpin Umno Bn yang begitu tegas dan keras membangkitkan isu pembelian rumah oleh KM Guan Eng yang berharga RM 2.8 Milion tetapi mempertahan dan melindungi PM Najib dalam kes dana RM 2.6 Bilion dan RM 42 Milion dalam akaun peribadi beliau. Bagi saya, jangan lindungi KM Guan Eng dan jangan lindungi PM Najib jika cukup bukti dakwa mereka dan jika sabit kesalahan hukuman yang setimpal perlu dikenakan.

Akhirnya Kebenaran Dibuktikan.....

Rumusannya:

1. Pertuduhan oleh Nalla bahawa Anwar menerima RM60juta daripada Magnum 4D dilaporkan di Sinar Harian & Mingguan Malaysia.

2. Anwar nafikan & saman RM100juta.

3. Perbicaraan dimulakan tahun lepas.

4. Anwar ambil keputusan mewakili dirinya kerana nasihat guaman dihadkan.

5. Nalla nafikan tuduhan tersebut, tuduh media "spin", juga menafikan Anwar khianat negara.

6. Anwar menerima baik penafian Nalla, berdamai & menarik balik saman terhadap Nalla.

SEJAK BILA rasuah Itu MUSUH NAJIB ??!!


Seleweng RM100 juta: 'Apa relevan suruh Khairy letak jawatan?' - Azwan Bro


Isu seleweng RM100 juta: 'Apa relevan suruh Khairy letak jawatan?' - Azwan Bro
KUALA LUMPUR: Desakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pemuda Pas yang meminta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk meletakkan jawatan selepas pengesahan penangkapan seorang pegawai dari kementeriannya yang dipercayai mendalangi sindiket penyelewengan dana mencecah RM100 juta, baru-baru ini dilihat tindakan bersifat kebudak-budakan.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, pengesahan Khairy terhadap tangkapan seorang pegawai kanan dari kementeriannya yang dipercayai mendalangi sindiket penyelewengan itu sebenarnya merupakan tindakan penuh bertanggungjawab.

"Apa relevannya menyuruh Khairy letak jawatan? Dia hendak betulkan, dia bukan lari. Ini soal pentadbiran. Dia berani ke depan, skandal ini berlaku dan dia hendak betulkan keadaan.

"Ia juga langkah ikhlas, jujur dan berani seorang menteri yang mahu melihat kementeriannya sentiasa diurus dengan baik dan tidak terpalit dengan sebarang isu negatif.

"Sebagai menteri, Khairy bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku pada kementeriannya. Masalah yang timbul adalah di peringkat pentadbiran yang tidak boleh dikenal pasti oleh peringkat atasan sama ada menteri. Apabila Khairy mula mengenal pasti, sudah tentu dia hendak memperbetulkan keadaan, jadi dia ke depan dan bertanggungjawab," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairul Azwan mengulas mengenai kenyataan Khairy terhadap tindakan pegawai kanannya dalam perbuatan rasuah yang didakwa sudah lama berterusan sekali gus menunjukkan kakitangan kementerian itu telah menyalahguna prosedur yang tidak memerlukan kelulusan pegawai atasan termasuk Menteri atau Ketua Setiausaha.

Seleweng RM100 juta: Pegawai KBS terlibat dikeluarkan dari kementerian


Isu seleweng RM100 juta: Pegawai KBS terlibat dikeluarkan dari kementerianKUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkan Ketua Setiausahanya untuk mendapatkan perintah tahan kerja terhadap pegawai kanan kementerian itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana RM100 juta.

Beliau berkata, pegawai terbabit akan diminta untuk dikeluarkan dari Kementerian  Belia dan Sukan (KBS).

"Saya minta Ketua Setiausaha saya tulis kepada Jabatan Pekhidmatan Awam untuk keluarkan perintah tahan kerja dibawah peraturan 43 peraturan-peraturan pegawai awam.

"Maksudnya, beliau dipindahkan keluar dari KBS. Beliau secara teknikal tidak digantung sebagai penjawat awam tetapi dikeluarkan dari kementerian," ujarnya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy menegaskan, sebagai menteri yang memegang portfolio KBS ketika ini beliau bertanggungjawab penuh untuk memperjelas dan menjawab isu yang berlaku ketika ini.

Beliau perlu memastikan segala  siasatan yang dijalankan dibuat secara menyeluruh, telus dan bebas.

"Saya ada tanggungjawab untuk pastikan bahawa segala proses ini diperbaiki dan diperbetulkan sebab ini berlaku di peringkat pentadbiran, di peringkat penjawat awam dan beliau telah memanipulasi satu proses dan prosedur sekian lama dan tugas dan tanggungjawab saya untuk pastikan siasatan dibuat secara menyeluruh tanpa gangguan, bebas, telus dan untuk hasil siasatan diperingkat petugas khas dilaksanakan sepenuhnya, soal jenayah itu soal SPRM," ujar beliau.

Dalam pada itu, Khairy mengakui bahawa beliau mengenali pegawai terbabit, namun secara peribadi tidak mengetahui gaya hidup mewahnya.

Khairy pikul tanggungjawab penuh skandal RM100j

Khairy akui kenal pegawai berkenaan namun rasuah adalah rasuah, maka siasatan penuh perlu dilakukan
Kj-SPRM
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes rasuah yang berlaku di kementeriannya.
Beliau akan membuka ruang seluasnya untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pegawai berkenaan dan mana-mana pegawai yang dipercayai terlibat dalam skandal RM100 juta itu.
“Saya bertanggungjawab untuk jawab apa yang berlaku sekarang. Saya tidak boleh melihat apa yang dilakukan oleh jawatankuasa bertindak dan dalam kes ini, saya tidak boleh terlibat dalam ‘task force’ itu.
“Saya ada tanggungjawab untuk pastikan segala proses ini diperbaiki dan diperbetulkan kerana ini berlaku di peringkat pentadbiran penjawat awam. Kita juga mengambil tindakan proaktif untuk memperbetulkan keadaan,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.
Mengulas lanjut, Ketua Pemuda UMNO itu mengakui mengenali pegawai berkenaan namun tidak menyedari bahawa pegawai itu mempunyai kehidupan yang di luar kemampuan.
“Mestilah saya kenal dan prestasi beliau di pejabat; saya lihat dia menjalankan tugas. Secara peribadi saya tidak tahu mengenai gaya hidupnya kerana di pejabat dia nampak biasa sahaja dan di pejabat saya tidak perasan,” kata beliau lagi.

Kecewa kes seleweng RM100 juta, PM ikrar tindakan tegas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melahirkan rasa kecewanya dalam kes penyelewengan membabitkan rasuah lebih RM100 juta oleh pegawai kanan kerajaan di Kementerian Belia dan Sukan dan berikrar tindakan tegas menanti mereka yang terbabit.
“Saya memandang berat kes penyelewengan melibatkan pegawai kanan kerajaan di Kementerian Belia dan Sukan yang kini dalam siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Kes ini amat mengecewakan kerana ia berlaku sejak beberapa tahun lalu tanpa dikesan,” katanya dalam tulisan di blog hari ini.
Najib berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terbabit.
“Kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi dalam sebarang kes penyelewengan dana kerajaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terbabit,” katanya.
Beliau turut menggesa semua kementerian dan agensi kerajaan supaya sentiasa memantau setiap perbelanjaan bajet yang telah diperuntukkan pada tahap ketelusan dan akauntabiliti yang tertinggi.
Dalam kes membabitkan Kementerian Belia dan Sukan, Najib berkata siasatan menyeluruh perlu dijalankan dengan serta-merta dan kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk nasihat dan tindakan undang-undang.
“Jabatan Audit Negara juga akan mengkaji dan memperketatkan lagi prosedur berkaitan tatacara pengurusan kewangan kerajaan.,” katanya.
Najib juga mengarahkan kes itu dipaparkan dalam Auditor General’s Dashboard di laman web https://agdashboard.audit.gov.my bagi tatapan umum bagi membolehkan orang ramai untuk memantau tindakan susulan kerajaan berhubung kes itu.

Pemuda Umno Hadir Himpunan 27 Mac Diheret Ke Disiplin

Banglo Guan Eng: KJ Serah Pemuda P Pinang

Seleweng Duit: Ini Bukan Konsprasi Jatuhkan Saya

Dun tergantung: Pas berpeluang tubuh kerajaan baharu di Terengganu

Khalid Samad KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa tidak melepaskan peluang untuk membentuk kerajaan negeri baharu apabila jumlah kerusi Dun Terengganu antara BN dan pembangkang sama banyak pada masa ini.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, pimpinan Pas Terengganu perlu menyatakan pendirian dengan segera untuk mengelakkan Dun Terengganu terus tergantung.
"Kita merayu kepada pimpinan Pas Terengganu untuk memainkan peranan dalam memastikan kerajaan negeri baharu dibentuk.
"Pas Terengganu perlu bersama seorang Adun PKR dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bertindak sama ada buat keputusan (bentuk kerajaan) atau bubarkan Dun Terengganu," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini ini.
Beliau mengulas keadaan Dun Terengganu tergantung apabila Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menarik balik peruntukan kawasan Dun Kijal daripada Ahmad pada Ahad lepas.
Peruntukan Dun Kijal kini diuruskan pejabat Menteri Besar, sekaligus memperlihatkan layanan yang diterima Ahmad kini sama seperti di kawasan pembangkang di negeri itu.
Ahmad Razif berkata, penarikan itu susulan tindakan Ahmad yang tidak mencerminkan statusnya sebagai wakil rakyat kerajaan baru-baru ini.

SUNGGUH AKRAB POLIS & UMNO...!!!

RM2.6 bilion tak ambil tindakan.
Ugut bakar tak ambil tindakan.
Billboard berlesan dikacau! #BebasAnwar

RM2.6 billion no action.
Threats to commit arson no action.
Licensed billboard take action!
#FreeAnwar

POLIS BEKERJA UNTUK SIAPA ??

Jangan Sekali-kali Pecaya Kepada Umno....

“Kelak akhir zaman akan ada PEMIMPIN2 yang ANIAYA, MENTERI2 yg FASIQ, HAKIM2 yang CURANG, ULAMA2 PENDUSTA. Barang siapa antara kamu yang sempat menemui zaman ini maka HENDAKLAH dia TIDAK menjadi PEGAWAI PAJAK mereka dan KAKITANGAN KERAJAAN mereka dan PENGUASA utk membantu keburukan yang mereka lakukan... kerana segala PERBUATAN mereka akan MEMBAWA mereka ke JALAN NERAKA” -(HR- Thabrani)

Sama-sama kita renungkan kembali amanat 
Almarhum Tok Guru...

Al-Fatihah...

MAKIN SUSUT PULAK ???

Mula2 kata...RM2.2 bilion
Lepas tu kata plok... RM254.6 juta

Bayangkan jika 1,500,000 (1.5 juta) pekerja bangladesh berjaya dibawa masuk... BERAPA BANYAK KUTIPAN LEVI KERAJAAN KUTIP NANTI...

Tu blom masuk lagi kutipan GST kat rakyat...

SAMPAI BILA nak kencingkan rakyat...

WOWW !!! RM27 bilion tu... RM27,000,000,000

Betul ka GST tu tak bebankan rakyat ??

1) GST TIDAK BEBANKAN RAKYAT - Najib Razak
2) Negara akan bangkrap tanpa GST - Najib Razak
3) HARGA BARANG AKAN TURUN - Ahmad Maslan
4) Orang kaya saja KENA GST - Ahmad Maslan
5) GST semakin diterima rakyat - YB. Dato' Hasan bin Malek

Minggu Depan Dun Terengganu Dibubar ?

Oleh Zabidi Hj Saidi
Minggu hadapan ADUN Kijal, Ahmad Said akan membuat sidang akhbar untuk menjawab isu peruntukan ADUN Kijal dipindahkan ke pejabat MB. Tiga hari lepas, NST melaporkan peruntukan ADUN Kijal ditarikbalik.

Sebenarnya ia bukan ditarikbalik tetapi dipindahkan ke pejabat MB kerana tindak tanduk ADUN Kijal tidak mencerminkan tindak tanduk ADUN BN lagi. Oleh itu ia bukan tidak wujud lagi bajet DUN Kijal sebaliknya pejabat MB akan mengagihkan terus peruntukan itu kepada kumpulan sasar.

Keadaan yang tidak menentu ini menyebabkan politik Terengganu tidak stabil. Oleh itu sidang akhbar bekas MB Terengganu itu minggu hadapan ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu. Adakah Ahmad Said akan buat kejutan lagi? Menurut sumber, MB tidak ada pilihan lain terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan.

Jika Ahmad Said mengumumkan keluar dari Umno pada minggu hadapan, maka kedudukan 16-16 DUN Terengganu akan tergantung. Maka Ahmad Razif memerlukan mandat baharu daripada rakyat untuk memilih sama ada rakyat mahu mengekalkan BN atau memilih kerajaan baharu.

 Jika PRN diadakan, maka ia peluang terbaik bagi Ahmad Razif memilih 32 calon yang pro beliau. Sudah tentu calon-calon yang pro Ahmad Said akan digugurkan. Dapatkah BN mengekalkan kerusi jika wakil rakyat yang pro Ahmad Said digugurkan? Jika ahli ahli Umno berpegang teguh setia kepada Umno, maka menanglah BN. Jika mereka sabotaj calon BN, tidak mustahil PAS akan membentuk kerajaan baharu.

Tahniah SPRM - Mungkin juga Najib direman sembilan hari

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kejayaan SPRM menahan seorang pegawai kanan kerajaan yang berjawatan Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang didakwa menyonglapkan wang menyebabkan Kerajaan kerugian RM100 juga perlu dipuji. Kejayaan itu menunjukkan kesungguhan dan komitment SPRM untuk menbenteras rasuah dan menyelamatkan negara.

Kredibiliti badan itu masih utuh dan ternyata mampu menangnai masalah sebesar itu. Kita yakin dan percaya kalau peranan dan tanggungjawab untuk rakyat dan negara tidak dihalang, lebih banyak penyamun dan penyangak dapat diberkas.


Sedihnya, ada sesetengah kes yang dikendalikan badan itu, sempat berjalan sekerat jalan. bahkan suku jalan sahaja kemudian ternokhtah kerana dihalang oleh penguasa. Barang kali SPRM boleh meyenaraikan berapa banyak kes-kes yang menerima nasib seperti itu, yang sedang dalam siasatan tetapi terpaksa dihentikan atas arahan dan kehendak pihak tertentu.

Sudah berbulan bahkan bertahun pegawai SPRM menjalani siasatan, berpenat lelah sehingga ada yang nyawa terancam dan sebagainya, apabila siasatan selesai, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil. Paling menyedihkan dan ironis ada pula pegawai terlibat ditukar atau dimasukkan ke dalam "kolam" tidak berair.

Adakalanya pegawai SPRM sudah menjalani siasatan dan mengemukakan laporan, tetapi pendakwaanya tidak dilakukan. SPRM tidak boleh berbuat apa-apa kerana pendakwaan itu ditentukan orang lain. Ada dua kes klasik melibat dua orang menteri, siasatan sudah dibuat dan mendapati segala buktinya jelas, tetapi atas kehendak PM, ia ditolak. Kedua ekor (maaf) menteri itu masih hidup senang dan mewah.

Sikap atau kejadian beginilah menyebabkan pegawai SPRM jadi fed-up dan kecewa dan berasakan kerja mereka hanya main-main sahaja. Kesan daripada tindakan begini juga ada pegawai yang tidak lagi komited dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

Difitnah terima duit judi: Akhirnya Anwar menemui kebenaran yang dicari

Hari ini di mahkamah Nallakarupan telah mengakui yang dia tidak pernah mengatakan Anwar Ibrahim menerima wang daripada syarikat judi (Magnum) sebanyak RM60 juta.

Kata Nallakarupan, kenyataan itu diputar belit oleh Utusan Malaysia dan Sinar Harian.

Nallakarupan membuat kenyataan mengejutkan itu ketika diasak oleh Anwar dalam mahkamah semasa perbicaraan saman Anwar RM100 juta kepada bekas rakan tenisnya itu. Anwar bertindak menjadi peguam belanya sendiri.

Semasa ditanya oleh Anwar apakah dia (Nalla) menyedari kenyataan bohongnya itu telah dijadikan afidavit yang dibuat oleh SAC II Musa Hassan yang kemudian menjadi Ketua Polis Negara, Nallakarupan mengatakan dia tidak tahu.

Ekoran pengakuan Nallakarupan itu Anwar menarik balik saman RM100 juta itu. Penarikan balik saman itu menunjukkan tokoh reformasi itu berhati mulia dan penyamaan terhadap Nallakarupan bukan bermotif komersil tetapi mahukan kebenaran terdedah.

Hajat Anwar itu berjaya apabila Nallakarupan menafikan apa yang didakwanya sebelum ini.

Kenyataan dan pengakuan Nallakarupan itu membuka sudut perbincangan baharu, apakah sesuatu afidavit yang dibuat dari kenyataan yang tidak wujud, sah untuk menyebabkan seseorang didakwa? Musa Hassan yang kini sudah bersara dari PDRM, perlu menjawab apa yang diperkatakan Nallakarupan hari ini.

Noor Farida tandatangan Deklarasi Rakyat

Jurucakap kumpulan G25 adalah individu terbaharu tandatangan deklarasi desak Perdana Menteri lepas jawatan.
Noor-Farida-Ariffin_deklarasirakayat_g25_600
KUALA LUMPUR: Jurucakap kumpulan G25, Datuk Noor Farida Ariffin adalah tokoh terbaharu menandatangani Deklarasi Rakyat.
Jurucakap kumpulan moderat Melayu itu menyifatkan tindakan berkenaan dibuat bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan negara.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tindakan menandatangani itu dibuat atas kapasiti peribadinya dan bukan mewakili G25.
“Keseluruhan sistem hendaklah ditukar. Kita mesti mewujudkan sistem sekat dan imbang, yang mana ia adalah jaminan terbaik membendung salah guna kuasa.
“Malaysia adalah antara negara yang paling korup dan segelintir masalah itu berpunca dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri,” katanya kepada FMT, hari ini.
Noor Farida berkata, dalam keadaan negara pada masa kini, beliau meluahkan rasa tidak yakin bahawa Wawasan 2020 akan dapat dicapai.
“Kita kena lebih pragmatik. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia perlu berganding bahu menolak rasuah kerana ia semakin parah,” katanya.
Terdahulu, peguam aktivis, Datuk S Ambiga, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan aktivis politik, Hishamuddin Rais menyaksikan beberapa individu termasuk Noor Farida menandatangani Deklarasi Rakyat.
Antara individu terbaharu yang menandatanganinya ialah aktivis membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Azlan Awang dan pengasas badan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty, Eric Paulsen.

Pemuda Umno harus ikut cakap saya, tegas KJ

Beliau memberi amaran ahli Pemuda UMNO yang menyertai demo atau perhimpunan jalanan pada 27 Mac ini akan dikenakan tindakan disiplin.
KJ-pemuda-umno
KUALA LUMPUR: Semua ahli Pemuda UMNO ‘diharamkan’ menyertai mana-mana himpunan demonstrasi jalanan pada 27 Mac ini, tegas Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin.
Beliau juga memberi amaran mana-mana ahli Pemuda yang terlibat bakal berhadapan dengan tindakan disiplin parti.
“Tidak boleh, untuk ahli kita mereka tidak bebas melakukan apa yang mereka mahu. Mereka harus ikut cakap saya.
“Jika Pemuda ikut sertai Deklarasi Rakyat atau apa-apa gerakan, mereka akan berhadapan dengan tindakan disiplin parti,” katanya dalam sidang media selepas menandatangai perjanjian bersama Might Meteor di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata, rakyat Malaysia bukan ahli Pemuda UMNO bebas untuk menyertai sebarang demonstrasi asalkan tidak menyalahi undang-undang.
“Ini adalah negara yang bebas mereka boleh buat apa sahaja, asalkan jangan menyalahi undang-undang.
“Jika mereka menyalahi undang-undang, mereka harus menanggung akibatnya,” katanya.

Anak TPM: Saya tak pernah dapat anugerah ikon belia

SHAH ALAM - Anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil menjelaskan kekeliruan mengenai gelaran ikon belia yang 'diterimanya' sehingga menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat.
Menjelaskan perkara itu, Nurulhidayah berkata, sebenarnya berlaku sedikit kesilapan oleh sebuah stesyen televisyen tempatan yang tanpa sengaja telah 'menganugerahkan' gelaran tersebut kepadanya.
Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi "Sebenarnya gelaran ikon belia ini adalah kesilapan daripada pihak stesyen TV, tahun lepas saya dipanggil dalam sebuah rancangan bual bicara, pihak penerbit tanya kepada saya nak 'gelar' saya sebagai apa, saya cakap saya aktif dalam persatuan belia, banyak terlibat dalam program belia, oklah dia tanya saya nak letak apa, saya kata aktivis belia sesuailah.
"Dan semasa 'On Air' saya nampak  tertera di bawah nama saya ikon belia, saya cakap habislah... tapi bagi saya mungkin pihak penerbit merasakan saya wakil kepada belia sebab itu dia letakkan gelaran saya sebagai ikon belia, tapi bagi orang lain dekat luar sana mungkin gambaran mereka tentang ikon belia adalah lain," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online di pejabatnya, hari ini.
Mengulas lanjut, Nurulhidayah sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah menerima anugerah seumpamanya.
"Saya tidak pernah dapat anugerah sebagai ikon belia," katanya.

Blok ketiga adalah pembesar suara rakyat - Dr Mohd Zuhdi



Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan lebih banyak parti-parti, badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan tokoh-tokoh perseorangan akan menyertai blok politik baru yang diusahakan oleh PAS dan IKATAN.

Penyertaan kumpulan-kumpulan tersebut akan menjadikan blok ini 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan blok-blok yang lain, malah berkemungkinan ia akan menjadi lebih besar.

Pembentukan Blok Ketiga ini, biarpun dipandang sinis oleh pihak-pihak tertentu, diyakini akan menjadi 'pembesar suara' kepada parti-parti kecil, NGOs dan tokoh-tokoh perseorangan.

Sebelum ini, suara kumpulan-kumpulan dan tokoh-tokoh ini yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat tidak begitu didengari disebab jangkauan mereka yang begitu terbatas.

Dengan wujudnya Blok Ketiga suara mereka akan menjadi bergema dan sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat yang diwakili.

PPP melihat selepas PRU ke-13 tahun 2013, muncul banyak parti-parti kecil yang mewakili pelbagai segmen masyarakat.

Terdapat parti yang mewakili segmen suku kaum seperti Parti Keadilan India Malaysia (MIJP), Parti Bersatu Bugis Sabah dan Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru).

Terdapat pula parti-parti yang membawa citarasa baru rakyat seperti Parti Generasi Baru (NewGen Party) dan Parti Nasional Penduduk Malaysia. Dianggarkan tidak kurang dari 20 parti baru telah didaftarkan sejak 2013.

NGOs dan tokoh-tokoh perseorangan di Malaysia juga semakin mempunyai pengaruh yang cukup besar untuk mencorakkan landskap politik Malaysia.

LTAT selar, mahu saman Rafizi

Rafizi keluarkan kenyataan tidak benar serta mengelirukan mengenai bayaran gratutiti tentera dan pemindahan Pangkalan Udara Sungai Besi.
ltat
PETALING JAYA: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyelar Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mengaitkan projek Pangkalan Udara Sungai Besi dengan pembayaran gratuiti anggota tentera tamat perkhidmatan.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berkata pembayaran gratuiti kepada ahli anggota tentera yang tamat perkhidmatan tiada kaitan langsung dengan projek pemindahan Pangkalan Udara di Sungai Besi.
“Ia adalah perkara yang berbeza. Justeru, tindakan Rafizi yang cuba mengaitkan kedua-dua perkara ini adalah berniat jahat.
Rafizi mengeluarkan kenyataan yang tidak benar serta mengelirukan. LTAT akan berbincang dengan peguam syarikat untuk menyaman Rafizi berhubung kenyataan beliau yang menjejaskan reputasi dan kredibiliti LTAT,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.
Mohd Anwar berkata, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah membuat pembayaran penuh berhubung projek pemindahan Pangkalan Udara di Sungai Besi.
Katanya, LTAT menerima bayaran daripada 1MDB menerusi anak syarikat, Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM). Mohd Anwar berkata, LTAT juga sudah membuat pembayaran kepada kontraktor projek pemindahan itu mengikut jadual.
“Berhubung pembayaran gratuiti LTAT kepada ahli-ahli anggota tentera yang tamat perkhidmatan, semua permohonan lengkap yang diterima oleh LTAT daripada Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) Kementerian Pertahanan telah diproses dan semua pembayaran telah selesai dibuat kepada ahli.
“Ahli anggota tentera yang tamat perkhidmatan dan ingin mengeluarkan wang simpanan, boleh menghubungi LTAT di talian 1-300-88-5828 atau ke Kaunter LTAT, Tingkat Bawah, Bangunan LTAT, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

Guan Eng's house price agreed in 2014, seller says

46,000 of signatures gathered for Citizens’ Declaration

Tujuan kawal media online bina platform ekonomi, kata menteri

Salleh Keruak: We can't wait for court action before blocking sites

Terima kasih... polis turunkan poster Anwar, kata Jamal

Elak rasuah, pegawai tinggi perlu tukar jawatan setiap 2 tahun

Nur Jazlan: Polis berhak turunkan papan iklan politik tanpa kebenaran

Kementerian mungkin ambil tindakan terhadap TMnet , kata menteri

Usir Mat Sabu... itu hak mutlak Sarawak, kata Nur Jazlan

Zeti dedah maklumat mengenai 1MDB kepada saya - Muhyiddin

Baik bubar PAS dari gabung dengan Umno - Tuan Ibrahim


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah lebih baik parti Islam itu dibubarkan sekiranya bergabung dengan Umno.
“Saya ingat kalau PAS bergabung dengan Umno kita tak perlu lawan Umno-lah maksudnya. Jadi, ada orang PAS tanya kalau tak lawan Umno nak lawan siapa lagi?
“Jadi, kalau PAS berkawan dengan Umno kita kena bubarlah,” kata Tuan Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini dan Beritadaily.
Bekas Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata demikian berikutan desas desus wujud usaha agar kedua-dua musuh tradisi itu bergabung selepas PAS dipinggir Pakatan Harapan.
Sebaliknya, bekas ADUN Jengka itu menegaskan PAS akan terus menentang parti pemerintah itu dalam setiap pilihan raya.
“Sekarang ini PAS masih kekal bahawa kita lawan Umno seperti mana di Kelantan yang mana hampir 80 hingga 90 peratus kerusi PAS kita lawan dengan Umno.
“Realitinya kami bertanding melawan Umno pada setiap kali pilihan raya dan PAS tidak lawan MCA, MIC tetapi yang PAS lawan adalah Umno dan ia kekal sehingga sekarang,” kata Tuan Ibrahim.
Umno datang tawar kerjasama
Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa isu kerjasama itu merupakan agenda media Umno, namun PAS tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan parti yang didakwa mengamalkan rasuah itu.
Beliau juga berkata isu kerjasama itu merupakan usaha untuk menyelamatkan Umno dan parti itu juga beberapa kali membuat tawaran sedemikian kepada PAS.
“Saya ingat ini semua agenda media Umno, kita tahu Umno sekarang tengah lemas dan dia sangat mengharapkan PAS. Berapa kali dah Umno datang minta kerjasama dengan PAS.
“PAS tak akan bekerjasama dengan Umno kerana mereka ini mengamalkan rasuah. Rasuah teruk, negara teruk, ekonomi pun teruk, penyelewengan pun teruk,” tegas Tuan Ibrahim.
Malah, katanya tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan parti yang zalim terhadap rakyat dengan merujuk projek Lebuhraya Pantai Timur dan sekatan royalti minyak kepada Kelantan.
“Cuba kita bayangkan kalau orang khianat Kelantan yang mana lebuhraya sampai Terengganu sahaja, macam inikah kita nak jadikan kawan?
“Royalti minyak Terengganu (waktu) kita menang (pilihan raya) satu sen pun mereka tak bayar dan untuk makluman beribu nama rakyat Kelantan dipotong dari senarai penerima BR1M walaupun mereka ini hidup susah di kampung hanya kerana mereka orang PAS.
"Tak mungkin orang macam ini kita nak bekerjasama dengan Umno,” tegas Tuan Ibrahim.
Hadir bukan bermakna sokong
Beliau berkata kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan bermaksud PAS menyokong Umno.
Sebaliknya, katanya, Abdul Hadi mengunakan kesempatan itu untuk menegur Najib terutamanya mengenai soal pentadbiran negara.
“Sebab itu juga saya katakan soal kita hadir dalam majlis bersama tidak bermakna kita menyokong.
“Kita hadir seperti mana dalam parlimen yang mana semua orang akan hadir tapi kita tetap membantah (perkara yang tak betul). Presiden hadir majlis Najib, Abdul Hadi buat teguran dan beri peringatan serta beri amaran,” kata Tuan Ibrahim.
Malah katanya, Hadi juga mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi meminta pandangan pimpinan PAS sebelum menemui Najib.
“Peluang bercakap terus dengan perdana menteri ini ada dua kali sahaja. Yang pertama di Parlimen, itu pun beliau jarang datang dan kedua pada majlis yang dihadiri perdana menteri.
“Jadi, kalau dalam majlis sebegitu kita boleh bercakap terus dengan perdana menteri dan kita tegur dia. Sebab itu bagi saya apa yang penting adalah apa yang diucap oleh presiden dan bukan baju yang dipakai beliau,” tegas Tuan Ibrahim.

Siswa sokong Kongres Rakyat jika singkir kesemua Ahli Parlimen


Azzan AznanAzzan AznanMenyokong apa sahaja langkah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri serta rejim parti Umno-BN, pemimpin mahasiswa turut mendesak penyingkiran kesemua Ahli Parlimen termasuk dari parti pembangkang.
Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia, Azzan Aznan berkata, pihaknya meraikan sebarang usaha termasuk Kongres Rakyat yang merupakan susulan pemeteraian Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu bagi mencapai tujuan tersebut.
Walau bagaimanapun, ujarnya, maksud perkataan "semua mereka" pada tuntutan deklarasi berkenaan berhubung "penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya" (Najib) pada perenggan 36 hendaklah ditakrifkan sebagai kesemua 222 ahli Parlimen Malaysia.
“Kami mahasiswa bersetuju selepas meneliti keseluruhan 37 perenggan deklarasi tersebut bersama empat tuntutan yang diketengahkan tetapi dengan tiga syarat.
“Ini kerana kesemua mereka (222 Ahli Parlimen) dikira bersekongkol dengan Datuk Sri Najib Razak atas kegagalan mereka menghalang dan menghukumnya ekoran isu skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
“Undian tidak percaya gagal diusulkan, penolakan bajet juga menemui jalan kegagalan. Maka kesemua 222 Ahli Parlimen terbabit haruslah disingkirkan melalui cara pembubaran Parlimen,” tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Menurut mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, desakan tersebut bertujuan bagi memberi ruang baharu kepada pengembalian kuasa dan mandat kepada rakyat.
Mengulas lanjut beliau berkata, syarat kedua penerimaan mahasiswa terhadap Deklarasi Rakyat itu adalah pemansuhan kesemua undang-undang dan perjanjian yang melanggar hak asasi seperti disebut dalam tuntutan ketiga hendaklah merangkumi kesemua peruntukan.

'Najib terdiam bila saya tanya mana duit di Singapura' - Muhyiddin Yassin

Pengkritik sentiasa mempersoalkan sama ada pelaburan AS$1.103 bilion 1MDB di Kepulauan Caymans, syurga kewangan pesisir pantai, yang disimpan di Singapura benar-benar wujud.
Jawapan kerajaan di parlimen kemudian menyatakan ia disalah tafsir sebagai tunai, sebaliknya dalam bentuk “unit”.
Bagaimanapun, bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu satu masalah dan jika di negara lain perdana menteri boleh disingkir di parlimen kerana “tidak menyatakan dengan betul”.
Bekas orang nombor dua kerajaan yang digugurkan selepas lantang mengkritik dalam isu 1MDB itu mendedahkan, beliau pernah membangkitkan perkara itu kepada Datuk Seri Najib Razak sendiri tetapi perkara itu gagal dijawab.
“Dia terdiam. Dia tak jawab dengan saya,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini hujung minggu lalu.

Dalam wawancara di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, Muhyiddin juga mendedahkan dakwaan butiran penjelasan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Zeti Akthar Aziz dengannya.
Antara dimaklumkan padanya, dakwa Muhyddin, berhubung “kepincangan” yang berlaku dalam 1MDB, yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum RM50 juta.
Seorang pegawai Bank Negara ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan itu atas alasan ia berkaitan dengan politik.
Najib dan 1MDB telah menafikan melakukan sebarang salah laku dan mendakwa terdapat konspirasi untuk menumbangkan perdana menteri.
Tapi apa lagi kata Muhyiddin? Ikuti sedutan petikan wawancara Malaysiakini dengan timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu:
Malaysiakini: Tan Sri kata tahu lebih sedikit tentang 1MDB.
Muhyiddin: Lebih sedikit dari orang biasa sudah pasti. Di Teluk Kemang saya kata saya tahu lebih sedikit. Tapi umumnya saya TPM waktu itu, saya berpendapat pecahnya berita 1MDB, saya harus mengetahui apa yang sedang berlaku, tentang proses dan maklumat yang dikumpul oleh pelbagai pihak.
Saya terpaksa mendapatkan maklumat melalui Bank Negara, gabenornya ataupun... polis, SPRM, atau peguam negara yang lalu.
Bagi saya, saya sebagai orang nombor dua, saya ada hak. Bukan untuk mencampuri urusan penyiasatan. Kalau isu 1MDB sudah sampai serius, kalau penyiasatan dilakukan berhubung kait dengan PM, kalau apa-apa berlaku, haruskah TPM kata tak tahu dan lepas tangan?
Macam Bank Negara, Zeti (gambar), yang mana dia kata pasal Bank Negara institusi yang bertanggungjawab memastikan kewangan negara berjalan dengan betul bawah akta bank.
Dan bila saya bertanya, RM1 bilion dolar yang dia bawa balik dari bank BSI Singapura, lepas itu PM buat kenyataan di parlimen dan kata, “Ya wang itu ada masuk”.
Selepas itu dimaklumkan tidak ada duit dimasukkan. Dan dia kata kemudian...
Unit?
Unit.
Jadi saya tanya gabenor, what is this all about as dia regulator? Dia (Zeti) kata, “Benar Tan Sri tak ada duit”.
Dan saya guna maklumat itu saya jumpa PM.
Dan satu ketika saya tanya, you spoke this in parliament, you respond this in parliament and you kata ada duit, tetapi sekarang ini tak ada duit.
Bagi saya itu satu masalah dan kalau di tempat lain, PM can be impeach (disingkir) kerana tak menyatakan dengan betul.
Dia terdiam. Dia tak jawab dengan saya. Dan perkara itu disahkan oleh gabenor Bank Negara.
Bila (pertemuan) ini Tan Sri?

Nalla akui tuduhan terhadap Anwar palsu, salahkan putar belit akhbar


Kamar mahkamah penuh sesak dengan para penyokong Anwar. Foto keadilandaily.comKamar mahkamah penuh sesak dengan para penyokong Anwar. Foto keadilandaily.com
Senator Datuk S Nallakaruppan akhirnya menafikan pernah menuduh mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima RM60 juta dari syarikat perjudian Magnum Corporation Bhd.
Presiden Parti Bersatu India Malaysia itu sebaliknya mendakwa Mingguan Malaysia dan Sinar Harian memutar-belitkan kenyataan beliau.
"Saya tidak buat kenyataan itu ia diputarbelitkan," kata Nallakaruppan ketika disoal Anwar pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Anwar yang mewakili dirinya pada perbicaraan itu kemudiannya meminta penangguhan sementara.
Seorang reformis sempat berselfie bersama peguam Muhammad Shafee sambil diperhatikan Nallakaruppan.Seorang reformis sempat berselfie bersama peguam Muhammad Shafee sambil diperhatikan Nallakaruppan.
Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab kemudian berkata, jika Nallakaruppan berkata demikian sebelum ini, maka tidak ada keperluan untuk meneruskan perbicaraan.
"Saya akan bincang dengan peguam defendan," katanya.
Dalam perbicaraan saman fitnah berjumlah RM100 juta itu, Nallakaruppan diwakili peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Terdahulu, ketika disoal Anwar, Nallakaruppan berkata 30 anggota polis menyerbu rumahnya pada 31 Julai 1998 dan merampas pelbagai barangan.
Menjawab soalan Anwar Nallakaruppan berkata serbuan itu dilakukan pihak polis bagi mencari bukti maklumat yang diperolehi daripada Anwar yang pada ketika itu menjawat Timbalan Perdana Menteri untuk diberikan kepada kerajaan asing.
Beliau seterusnya mengakui bahawa dakwaan yang dilemparkan terhadap Anwar tidak betul.
Kerana enggan mengakui tuduhan itu, Nallakaruppan juga mendakwa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 38 hari.

Jamal bawa 13 peguam untuk beri keterangan pada Polis.

Kira-kira 300 penyokongnya hadir memberi sokongan ketika Jamal Yunos hadir di Balai Polis Ampang Jaya.
jamal-talk
AMPANG: Datuk Jamal Yunos membawa 13 peguam bersamanya ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Ampang Jaya, petang ini, kerana didakwa melakukan jenayah ugutan.
Ketika ditemui pemberita, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang terkenal dengan Himpunan Baju Merah berkata, beliau dengan bantuan barisan peguamnya akan membuktikan tuduhan terhadapnya tidak benar.
“Kami akan terus melawan dan tegakkan kebenaran untuk pastikan tuduhan terhadap kami itu salah,” katanya kepada pemberita sebelum memberi keterangan kepada polis.
Jamal dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung ancaman membakar billboard atau papan tanda gergasi “Anwar Tahanan Politik” di beberapa kawasan di Selangor.
Dalam masa sama, Jamal berkata, beliau akan meneruskan usaha untuk menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana membenarkan billboard kempen pembebasan Anwar dipasang.
Sebelum itu, kira-kira 300 penyokong mengiringi Jamal ke balai polis sambil melaungkan “Hidup Jamal” dan “Hidup UMNO”.
Sabtu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta PBT di Selangor menurunkan papan tanda, kain rentang dan billboard kempen pembebasan Anwar kerana bekas Ketua Pembangkang itu bukan tahanan politik.
Hari ini, polis mengiringi PBT menurunkan kain rentang kempen pembebasan Anwar di Ampang dan rakaman video itu disebarkan di media sosial.
Difahamkan, papan tanda dan billboard di beberapa PBT akan diarah diturunkan dalam waktu terdekat ini.

Pakatan Harapan desak Sarawak tarik balik sekatan


Mujahid Yusuf Rawa

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mendesak Kerajaan Negeri Sarawak menarik balik larangan ke atas pemimpin-pemimpinnya daripada memasuki negeri itu untuk menjalankan aktiviti politik yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tindakan itu amat dikesali bukan sahaja ke atas presidennya, Mohamad Sabu bahkan rakan sekutunya.
"Ia merupakan tragedi malang apabila seorang rakyat Malaysia, yang juga Presiden Amanah disekat pergerakannya (sedangkan djamin) dalam Artikel 9 menyentuh tentang hak dan kebebasan rakyat Malaysia untuk bergerak.
"Saya difahamkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Adenan Satem amat terbuka, namun malangnya beliau memulakan pencemaran yang memalukan dan menafikan hak demokrasi seseorang itu untuk bergerak," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau mengulas insiden Mohamad dilarang memasuki Sarawak sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sibu, kira-kira 10.40 pagi tadi.
Mohamad ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen dan larangan itu dipercayai atas arahan pejabat Ketua Menteri Sarawak.
Perkara itu disahkan pegawai khasnya Presiden Amanah itu, Mohd Azahar Md Dali sambil pihak berkuasa Sarawak tidak memberi sebarang sebab di sebalik larangan itu.

Keluarga Anwar mahu bawa hak lawatan ke mahkamah



Keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan di mahkamah mengenai hak lawatan di penjara Sungai Buloh.
Anaknya, Nurul Izzah yang juga adalah ahli parlimen Lembah Pantai berkata bekas timbalan perdana menteri itu adalah banduan politik seperti yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Human Rights Watch dan Amnesty International.
"Sebagai ahli keluarga, kami hanya dibenarkan lawatan sekali dalam tiga minggu, selama 45 minit dan ini adalah melalui tingkap kaca," katanya.
Perkembangan ini berikut kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen semalam bahawa Anwar menikmati faedah khas yang tidak diberikan kepada banduan lain.
"(Anwar) dibekalkan dengan makanan yang disyorkan oleh pakar seperti bijirin, susu rendah lemak, kurma dan madu," kata Zahid ketika menggulung perbahasan titah Diraja di Dewan Rakyat sermalam.
Menurut Zahid yang juga adalah timbalan perdana menteri, sehingga 13 Mac lalu, Anwar dibenarkan mengadakan 360 kali perjumpaan dan menerima 152 pemeriksaan kesihatan dan rawatan di penjara Sungai Buloh.
Bagaimanapun, Anwar hari ini mempertikaikan bahawa dia diberikan sebanyak 360 lawatan.
Bercakap melalui seorang daripada bekas peguamnya, Latheefa Koya, beliau berkata "ini tidak logik".
"Ahli-ahli keluarga saya dibenarkan untuk berjumpa dengan saya sekali dalam tiga minggu, manakala peguam melawat saya seminggu sekali," katanya.
Ini adalah pembohongan semata-mata, kata Anwar.

Pakatan pegawai kanan Kerajaan antara faktor berlaku penyelewengan - Nur Jazlan


Pakatan pegawai kanan Kerajaan antara faktor berlaku penyelewengan - Nur JazlanKUALA LUMPUR: Ketirisan, penyelewengan atau salah guna kuasa dalam sesebuah kementerian berlaku apabila wujudnya pakatan dalam kalangan pegawai kanan kerajaan.

Itu salah satu faktor yang diutarakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berpandangan pakatan yang terbentuk itu mampu menafikan prosedur yang ditetapkan bagi mengelak salah guna kuasa berlaku.

"Prosedur kewangan memang sudah mantap. Masa saya jadi Pengerusi PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) dulu pun prosedur kewangan yang sudh ada memang mantap.

"Tetapi apabila berlakunya kolusi (atau) pakatan antara pegawai-pegawai dalam kementerian, itu boleh mengalahkan prosedur-prosedur yang menghalang salah guna kuasa berlaku," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, jelas Nur Jazlan prosedur kewangan yang dijalankan ketika ini adalah mantap apabila ia turut dipantau Jabatan Audit Negara dan Jabatan Akauntan Negara.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, prosedur kewangan semua kementerian wajar dikaji semula bagi mengelak isu ketirisan berulang.

Tegasnya, beliau akan mengusulkan perkara tersebut dalam mesyuarat kabinet akan datang.

"Saya bersetuju untuk melihat segala perkara yang boleh menjerumus kepada penyalahgunaan kuasa sebagaimana kita dengar baru-baru ini.

"Dalam masa yang sama juga, kita mesti melihat kembali dari segi berapa lama tempoh seseorang pegawai di tempat strategik, misalnya menjadi setiausaha bahagian kewangan itu sendiri," katanya.

Anwar tarik semula saman RM100 juta terhadap Nalla


 Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Bersatu India Malaysia Senatr Datuk S Nallakaruppan.
Anwar yang mewakili dirinya sendiri, berkata beliau bersetuju untuk menarik dakwaan itu selepas Nallakaruppan menafikan beliau membuat kenyataan kontroversi itu dan mendakwa bahawa media memutar-belitkan kenyataannya.
Pemimpin PKR itu berkata beliau gembira kerana dakwaan bahawa dirinya adalah pengkhianat seperti afidavit oleh Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis, Tan Sri Musa Hassan telah dinafikan oleh Nallakaruppan.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Pua: Guan Eng tak perlu bercuti kecuali didakwa


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, tidak ada keperluan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengambil cuti berikutan kontroversi pembelian banglonya kecuali beliau dibawa ke mahkamah.
"Tidak... (hanya) apabila dakwaan dikenakan, maka (orang yang didakwa) perlu mengambil cuti," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
 Jika tidak, Pua berkata sesiapa sahaja boleh memfailkan laporan terhadap sesiapa sahaja untuk memaksa mereka pergi bercuti.
"Mudah sahaja: kita cipta satu lagi laporan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, perlukah beliau mengambil cuti?
"Ini (kes Guan Eng) sudah dilaporkan kepada SPRM, tetapi SPRM tidak berkata (ada kes) prima facie, mereka hanya berkata telah menerima laporan itu dan sedang menelitinya.
"Apabila SPRM mengenakan tuduhan, maka orang itu harus pergi bercuti.
"Jika tidak, kita semua terdedah dengan segala macam tuduhan tanpa asas (dan kemudian) tiba-tiba kita terpaksa mengambil cuti," katanya.
Beliau diminta untuk mengulas berhubung desakan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mahu Lim bercuti bagi memastikan ketelusan dan kelancaran proses siasatan pihak-pihak berwajib.
Beberapa laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya menuduh Lim membeli banglo di bawah harga pasaran.
Pua juga berkata SPRM perlu cepat membuat keputusan sama ada pihaknya mempunyai kes untuk memfailkan tuduhan.

Balu PI Bala tarik balik saman terhadap Najib, Rosmah


A Santamil Selvi, balu bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam hari ini mengumumkan beliau mahu menarik semula tuntutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tujuh yang lain selepas peguamnya Americk Singh Sidhu menarik diri daripada kes itu.
“Peguam saya, Americk telah tarik diri dari kes ini. Saya rasa saya pun tarik balik kes ini dengan rela.
 "Saya buat keputusan ini dengan rela, tanpa paksaan dan hasutan,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Taman Pelangi Rawang hari ini.
Selvi mendakwa Americk telah mencadangkan supaya memfailkan tuntutan ganti rugi dan beliau hanya mengikut sahaja nasihat peguamnya.
Selvi turut mendakwa bahawa Americk telah menawarkan diri untuk mewakilinya kerana bersimpati dan peguam itu merupakan sahabat kepada mendiang suaminya.
“Ingin saya sampaikan sepanjang tuntunan ganti rugi ini, ia adalah dicadangkan oleh peguam Americk Sidhu, saya hanya menuruti sahaja apa yang dia suruh buat.
“Americk tak pernah cerita mengenai pembayaran kepada dia. Saya hanya ingin meneruskan kehidupan saya tanpa berharap lagi dari mana-mana pihak. Saya buat sidang media ini dengan rela hati saya,” katanya.
Pada 2014, Selvi dan tiga anaknya memfailkan saman RM1.9 juta untuk ganti rugi terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik-beradik Najib - Datuk Ahmad Johari dan Datuk Nazim -, peguam kanan Cecil Abraham, peguam M Arulampalam dan Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat.
Saman itu dibuat atas alasan konspirasi menyebabkan Selvi dan anak-anaknya hidup dalam buangan dari 2008 hingga 2013.

Ketegasan Anwar di hari pertama sebagai peguam buat Nallakaruppan ‘goyang’

KUALA LUMPUR 22 MAC: Mahkamah Tinggi Jalan Duta mendapat perhatian ramai ketika Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim memasuki kamar mahkamah dengan penampilan segak seperti peguam.
Hari ini, untuk julung kali, Anwar mewakili dirinya sendiri dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Malaysia United Indian Party (MUIP), Datuk S Nallakaruppan.
Anwar bertindak menjadi peguam berikutan akses beliau kepada semua peguam yang mengendalikan lebih kurang 16 kesnya disekat oleh pihak Penjara Sungai Buloh.
Gambar kredit: Norliza Mohd KasimBekas Ketua Pembangkang tersebut memulakan soal balas terhadap Nallakaruppan dengan begitu yakin dan tegas seolah-olah sudah lama berpengalaman menjadi peguam bertauliah.
Anwar menyoal Nallakaruppan berkenaan tuduhan yang dibuat sebelum ini dan disiarkan di media berkait RM60 juta yang dikatakan diambil dari syarikat perjudian Magnum Corporation Bhd.
“Adakah dalam laporan di Sinar Harian dan Mingguan Malaysia, kamu mendakwa Anwar mengambil RM60 juta dari syarikat perjudian Magnum Corporation Bhd?” soal Anwar.
Nalla cuba salahkan media
Bagaimanapun, Nallakaruppan menafikan perkara tersebut dengan mengatakan media telah memutarbelitkan kenyataannya.
“Saya tidak membuat kenyataan itu kerana ia telah diputarbelitkan,” kata Nalla ketika memberi jawapan balas.
Anwar memfailkan saman itu selepas Nallakaruppan mendakwa memberi wang itu kepada beliau ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Nallakaruppan membuat komen berkenaan sebelum Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008.
Mahkamah sesak dengan kira-kira lebih 50 penyokong Anwar termasuk keluarga dan pemimpin Pakatan Harapan.

Suara TV, kita bertanggungjawab kelak di akhirat - Fathul Bari

Adenan lebih teruk daripada Taib, kata Ahli Parlimen Pembangkang

Previous owner signs SD on RM2.8m bungalow, mulls legal action

'Dedahkan laporan siasatan klia2 kepada Dewan Rakyat'

JANGAN LUPA, SHABERY CHEEK JUGA ADA SAHAMNYA...

Ketika heboh seluruh negara dengan tangkapan seorang pegawai berjawatan Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan Sukan atas dakwaan menyelewengkan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta sambil  menerima habuan peribadi kira-kira RM20 juta, tidak dapat dielakkan timbul sama desakan agar menterinya, Khairy Jamaluddin turut bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Lebih-lebih lagi dengan pengakuan KJ semalam bahawa pihaknya tidak menyedari perlakuan yang sudah lama dilakukan pegawai terbabit dengan menyalahgunakan prosedur kerajaan yang tidak memerlukan kelulusan pegawai atasan, termasuk Menteri atau Ketua Setiausaha.

Tidak, saya tidak menyedari perkara itu, kata KJ lagi.

Pengakuan jujur KJ itu  lantas membuatkan ramai yang bertanya, apa kerja beliau selama ini, tambahan pula wang lebih RM100 juta yang diselewengkan itu bukanlah suatu jumlah yang kecil?

Dalam masa yang sama, tidak kurang juga yang mempersoalkan apa kerja Ketua Setiausaha, Pengarah dan pegawai-pegawai atasan lain yang lebih tinggi daripada Setiausaha Bahagian itu?

Apakah mereka tidak memantau dan  langsung tidak menyedari wujudnya perlakuan sumbang berkaitan kehilangan wang sebegitu besar sedangkan ia sudah mula berlaku sejak 2010 lagi?

Bagaimana dengan laporan audit setiap tahun yang dilakukan sejak 2010 , apakah tiada sedikit pun dapat dikesan penyelewengan dan penyalahgunaan dalam laporannya? 

Bagaimana laporan audit boleh bersih setiap tahun?

Selain itu, mampukah seorang Setiausaha Bahagian secara sendirian saja menyelewengkan sehingga RM100 juta tanpa penglibatan orang lain yang mungkin bersubahat sama dengannya?

Jumlah levi dikutip k’jaan - RM2.2 bilion atau RM254.6 juta?


Terdapat kekeliruan berhubung bayaran levi ke atas pekerja asing yang dikumpulkan oleh kerajaan berikutan Kementerian Dalam Negeri memberikan dua angka yang jauh berbeza dalam masa selang beberapa hari.
Menurut jawapan bertulis Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Sim Chee Keong yang bertarikh 21 Mac, Kementerian Dalam Negeri berkata jumlah levi yang dikutip daripada pekerja asing adalah RM254.6 juta pada tahun lalu.
 Bagaimanapun, dalam satu lagi jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud yang bertarikh 17 Mac, Kementerian Dalam Negeri berkata jumlah levi yang dikutipnya pada tahun lalu berjumlah RM2.254 bilion.
Percanggahan dalam kedua-dua jawapan itu juga berlaku bagi perangkaan bagi tahun-tahun sebelumnya bermula dari tahun 2011.
Menurut jawapan bertulis terakhir, levi ia dikutip adalah RM734.2 juta bagi 2014, RM446.2 juta untuk 2013, RM799.0 juta bagi tahun 2012 dan RM348.7 juta bagi 2011.
Bagaimanapun, jawapan bertulis yang diberikan empat hari lalu berkata, kerajaan memungut levi berjumlah RM2.638 bilion pada 2014, RM2.423 bilion pada 2013, RM2.618 bilion pada 2012 dan RM1.808 bilion pada tahun 2011.
Jawapan bertulis bertarikh 21 Mac pula menyatakan levi yang dikutip pada tahun 2010 adalah RM461.4 juta.
Tiada angka yang disediakan untuk tahun 2010 dalam jawapan bertulis yang lebih awal.
Menurut jawapan bertulis terkini, levi bagi setiap pekerja asing dalam sektor perkhidmatan adalah pada RM1,850 diikuti RM1,250 untuk sektor pembuatan dan pembinaan manakala RM590 bagi sektor perladangan.
Bagi sektor pertanian dan pembantu rumah, kadar levi yang dikenakan adalah masing-masing, RM410.

Kawal media atas talian untuk jana ekonomi, sembang menteri Umno


 Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, tujuan kerajaan untuk mengetatkan kawalan terhadap media atas talian adalah untuk membina satu landasan bagi membenarkan masyarakat menjana ekonomi melalui internet.
"Pindaan (undang-undang) ini bukan sekadar soal menyekat pendaftaran, lebih dari itu. Kita nak bina platfom untuk menjana ekonomi melalui internet. Kita nak kehidupan digital (digital lifestyle).
"Banyak orang salah faham seolah-olah pindaan itu hanya sekadar bercerita soal penyekatan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung laporan yang mengatakan kerajaan ingin meminda dan mengetatkan undang-undang terhadap portal berita dan blog.

DAP tak tolak hudud, tapi tolak pelaksanaannya

DAP tidak pernah menolak hudud sebagai sebahagian perkara penting dalam Islam dan pandangan DAP mengenai hudud konsisten
zairilKUALA LUMPUR: DAP tidak pernah menolak hudud sebagai sebahagian perkara penting dalam Islam, kata Anggota Parlimen DAP, Zairil Khir Johari.
“DAP hanya menolak pelaksanaannya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, faktor penduduk berbilang kaum dan juga kesesuaian berdasarkan keutamaan negara ini,” katanya kepada FMT hari ini.
Katanya, kerjasama DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) wujud susulan pendirian parti itu yang progresif mengenai hudud dan kesediaannya berunding dengan parti sekutu dalam pelbagai perkara.
“Pendirian AMANAH ke atas hudud adalah jelas dan ia adalah pendirian progresif. DAP menghormatinya,” kata Zairil kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker yang membidas kritikannya terhadap penubuhan blok politik ketiga, PAS-Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Mengulas lanjut, Zairil berkata, pandangan DAP mengenai hudud tetap konsisten, malah sebelum Pakatan Rakyat dibentuk pada tahun 2008.
Katanya, perkara mengenai hudud tidak pernah menjadi masalah sepanjang tujuh tahun Pakatan Rakyat wujud, namun isu itu ‘meletup’ tahun lalu sehingga membubarkan Pakatan Rakyat.
“Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir betul dalam perkara ini. Hudud bermula daripada provokasi UMNO dan ia adalah sesuatu yang memalukan,” katanya.

Penjual banglo LGE tandatangani SD, sedia ke mahkamah


Phang Li Koon yang menjual banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi amaran bahawa adalah haknya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengaitkannya dengan kontroversi itu.
Phang dalam akuan bersumpah (SD) juga mengisytiharkan bahawa beliau bukan pengarah ataupun pemegang saham syarikat KLDIC yang memenangi bidaan bagi tanah di Taman Manggis yang dilakukan melalui sebuah jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri.
Katanya, beliau juga tidak terbabit dalam pengurusan syarikat berkenaan.
"Saya tidak faham mengapa persetujuan saya menjual rumah kepada KM diperbesarkan hingga menjadi isu nasional sedangkan saya tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri," kata Phang dalam SD yang dibacakan oleh exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh.
"Saya juga tidak mendapat sebarang manfaat daripada kerajaan negeri dengan menjual rumah itu kepadanya. Ini adalah keputusan saya untuk menjual kepadanya pada harga yang saya mahu.
"Saya tegaskan bahawa saya tidak tertekan atau dipaksa atau di bawah sebarang pengaruh oleh KM atau mana-mana pihak untuk menjual rumah kepadanya pada harga RM2.8 juta. Saya menjualnya secara rela. "
Phee yang juga adalah ADUN Sungai Puyu mengakui bahawa Phang mempunyai hubungan kekeluargaan denganya. Katanya, beliau juga adalah penasihat kepada persatuan Phang.
Lim dibidas pelbagai pihak berikutan pembelian sebuah banglo yang didakwa jauh di bawah harga pasaran. Ia pertama kali dibangkitkan di Parlimen pada 17 Mac lalu oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.
Berikut SD penuh yang dibuat oleh Phang itu.
PENGISYTIHARAN STATUTORI/SURAT AKUAN
Saya, PHANG LI KOON (No. K/P. XXXX-XX-XXXX), seorang warganegara Malaysia yang menetap di XXXX dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengakui bahawa:
Saya mula mengenali keluarga Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang sejak 2008. Sejak itu, saya menjadi kawan karib isteri beliau, Betty Chew kerana sifatnya yang peramah dan rendah hati.
Pada 2008, saya telah membeli sebuah rumah di No. 25, Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dengan harga RM2.5 juta dan membuat ubah suai dengan niat untuk membolehkan abang saya menetap di rumah itu. Bagaimanapun selepas saya mendapat tahu daripada isteri KM bahawa beliau sedang mencari rumah untuk disewa kerana mengalami masalah anai-anai di kediaman rasminya, saya membuat keputusan untuk menawarkan rumah saya untuk disewa kepada mereka. Perjanjian penyewaan rumah telah dipersetujui dan ditandatangani pada 1/7/2009 bagi tempoh 3 tahun dengan kadar sewa RM5,000 sebulan tetapi kemudian tempoh itu dilanjutkan untuk 3 tahun lagi sehingga 30/6/2015.
Pada masa itu saya merasa bangga dapat menyewakan rumah saya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan keluarganya dan juga dapat membantu mereka mengatasi masalah rumah.
Bagaimanapun, menyewakan rumah kepada mereka telah menyebabkan saya rasa tertekan berikutan tindakan BN dan NGO-NGO yang menuduh saya dengan cerita-cerita palsu. Pada masa itu saya membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut. Ada lagi kejadian-kejadian lain pada tahun-tahun seterusnya, daripada demonstrasi dan upacara pengebumian di depan rumah, kepada bom botol molotov cocktail yang dibaling ke dalam kawasan rumah itu yang menyebabkan keadaan rumah terdedah dan tidak selamat.
Berita-berita disiarkan tanpa henti tentang rumah tersebut dengan menyiarkan alamat dan gambarnya sekali di dalam akhbar-akhbar. Saya merasa sangat tidak selesa, kerana jika suatu hari nanti saya atau mana-mana ahli keluarga dan sanak-saudara mahu menetap di sana pada masa depan, saya tidak akan merasa selamat dan terjamin untuk tinggal di sebuah rumah yang amat terdedah serta terlalu diketahui umum.
Jadi pada awal tahun 2012, saya secara lisan telah memberitahu isteri KM, Betty Chew bahawa jika mereka bersedia dan sanggup membeli rumah tersebut, saya akan menjual kepada mereka dengan harga RM2.8 juta. Saya dimaklumkan bahawa Betty berminat tetapi KM bimbang beliau tidak mampu membelinya jika tidak dipilih semula sebagai Ketua Menteri. Jadi Betty bertanya sama ada saya masih sanggup menjual rumah itu kepada mereka dengan harga yang sama RM2.8 juta selepas pilihanraya umum ke-13.

Syed Saddiq puji sikap Khairy, saran Najib berbuat sama

Tindakan telus SPRM dalam siasat pegawai di KBS terlibat dalam rasauh seharusnya digunakan terhadap siasatan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion
syed sadddiq
PETALING JAYA: Juara debat, Syed Saddiq Abdul Rahman memuji tindakan pantas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung siasatan penyelewengan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Syed Saddiq turut memuji tindakan Khairy yang telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara bagi menubuhkan sebuah pasukan siasatan bebas mengenal pasti kelompongan dan menambah baik proses dan prosedur kewangan dalaman KBS.
“Khairy secara terbuka menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti isu ini dan tindakan mencadangkan penubuhan panel khas ini menunjukkan ketelusan dalam siasatan ini.
“Sepatutnya duit yang diseleweng itu perlu disalurkan kepada golongan belia. Mereka yang bersalah itu harus diheret ke muka pengadilan,” tulisnya dalam laman Facebooknya.
Dalam pada itu Syed Saddiq turut menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar mengikut tindakan pantas yang diambil oleh Khairy terhadap skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.
“Saya harap Najib akan buat benda yang sama dalam 1MDB dan RM2.6 bilion. Hentikan rasuah di Malaysia,” katanya.
Sabtu lalu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata jumlah keseluruhan habuan yang diterima suspek yang merupakan setiausaha bahagian di KBS ialah RM20 juta, termasuk RM8.33 juta baki wang di dalam akaun miliknya yang kini dibekukan.
Selain itu, sebuah banglo dan sebuah rumah teres turut disita dan 12 buah kenderaan mewah dirampas.

‘Road tour’ Muhyiddin, Mukhriz akan gagal – MIC

Rakyat menolak Muhyiddin dan Mukhriz kerana kedua-duanya melakukan kesilapan bekerjasama dengan pembangkang
Subramaniam_muhyiddin_mukhriz_600
PUTRAJAYA: ‘Road tour’ Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan tidak akan mendapat sokongan rakyat.
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, rakyat menolak Muhyiddin dan Mukhriz kerana melakukan kesilapan bekerjasama dengan pembangkang.
“Keluar dan bekerjasama dengan pembangkang itu adalah satu perkara yang tidak akan mendapat mana-mana sokongan dari parti dan parti mereka sendiri.
“Pada keseluruhannya, usaha itu tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan rakyat. Sekaligus, ia tidak akan memberi kesan kepada politik dalam negara kita,” katanya dalam sidang media di Hotel Pullman, Putrajaya, hari ini.
Muhyiddin dan Muhkriz mengadakan siri jelajah ke beberapa bahagian di negeri Johor bagi menerangkan kepada rakyat sebab mereka perlu menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
MIC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh kedua bekas pemimpin tertinggi UMNO itu.
“Pihak MIC kita mengutuk apa yang dibuat oleh mereka, kerana pandangan kita adalah apa-apa isu berkaitan dengan parti khususnya mereka sebagai pemimpim yang begitu lama dalam parti haruslah disuarakan dalam parti,” kata beliau lagi.

Skandal RM100 juta, Ia sangat mengejutkan - Ambiga

Jurucakap G25 antara yang tandatangani Deklarasi Rakyat

Selvi: Manalah cukup, wang diterima untuk mendidik anak

Sedapnya cakap...nak meletup jantung saya, kata balu Bala

Banglo KM: Tak perlu berehat, biar SPRM selesai siasatan

'When MACC has the ability to charge, then the person must go on leave'

Speaker belum buat keputusan bahas skandal RM2.6b Najib di Parlimen

Perkara itu masih dalam pertimbangan dan pengumuman akan dibuat sebaik sahaja mendapat keputusan muktamad.
Pandikar_parliment_600KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat belum memutuskan berhubung cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk tidak membenarkan isu RM2.6 bilion tidak dibahaskan di Parlimen.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata ia masih dalam pertimbangan dan pengumuman akan dibuat sebaik sahaja keputusan muktamad diperolehi.
“(Isu RM2,6 bilion tidak dibenarkan bahas di Parlimen) itu masih dalam fikiran saya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Azalina menerusi kenyataan di Dewan Rakyat berkata, isu derma RM2.6 bilion melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi dibahas di Parlimen.
Katanya, ia selaras dengan Peraturan 23 (1), di mana sebarang isu yang sedang berjalan di mahkamah tidak boleh dibahaskan di Parlimen.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan langkah Majlis Peguam memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Perdana Menteri berhubung dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Sehubungan itu, tindakan Azalina dibantah oleh pemimpin pembangkang dengan menyifatkannya sebagai melangkaui bidang kuasa Speaker.
Rata-rata anggota Parlimen pembangkang yang membantah berpandangan Azalina tidak mempunyai hak berbuat demikian.

“Mat Sabu bukan penjenayah”, kata pemimpin Amanah Sarawak

Mohamad Sabu ketika ditahan di pejabat imigresen sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pagi tadi.Mohamad Sabu ketika ditahan di pejabat imigresen sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pagi tadi.Kehangatan Pilihan Raya negeri Sarawak dilihat semakin terasa apabila Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini dihalang daripada memasuki negeri tersebut.
Beliau yang baharu tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 10.30 pagi kemudiannya dihantar pulang ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat yang sama pukul 11 pagi tadi.

Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu bersama pegawai khasnya ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen.

Mengulas insiden yang tidak dimaklumkan alasan larangan masuk itu, pemimpin Amanah Sarawak menyifatkan keputusan kerajaan negeri tersebut sebagai tidak demokratik.

Penyelaras Dun Beting Maro, Andri Zulkarnaen @ Hud Abusiraj Almuner berkata, pihaknya kesal dengan keputusan yang bercanggah dengan peruntukan perundangan.

“Menghalang saudara Mohamad Sabu masuk ke Sarawak jelas mencabul hak beliau dari segi perlembagaan sebagai warganegara Malaysia.

“Beliau bukan penjenayah atapun pengganas. Mohamad Sabu adalah seorang presiden parti yang sah dalam undang-undang negara,” tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Larangan masuk Sarawa ke atas Mat Sabu bukti BN takut

PKR menyifatkan tindakan kerajaan yang mengenakan sekatan ke atas Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu daripada memasuki Sarawak, hari ini sebagai bukti BN takut kepada pembangkang.
Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu sebagai suatu usaha terdesak kerajaan.
Mohamad Sabu "Difahamkan beliau telah tiba di Lapangan Terbang Sibu tetapi pihak Imigresen tidak membenarkan beliau memasuki Sarawak. Beliau kini dalam perjalanan balik ke Semenanjung.
"Tindakan menghalang pimpinan Pakatan Harapan dari bertemu rakyat Sarawak satu tindakan terdesak yang amat dikesali," katanya.
Hari ini, Sekretariat komunikasi Amanah Presiden Amanah memaklumkan Mohamad Sabu dihalang memasuki Sarawak dengan mendakwa ia atas arahan Pejabat Ketua Menteri.
Fahmi juga berkata, BN di Sarawak bawah pimpinan Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem perlu menamatkan dasar menghalang warga Malaysia yang berlainan pandang politik dari memasuki Sarawak demi demokrasi yang lebih matang dan Malaysia yang lebih baik.
"Ini bukti mereka cukup takut pada musuh politik seperti Pakatan Harapan sehinggakan kehadiran pimpinan seperti Zuraida Kamaruddin, Nurul Izzah, Tony Pua, Teresa Kok, Mazlan Aliman dianggap satu ancaman politik.
"Di dalam demokrasi yang maju dan progresif, musuh politik perlu diserang melalui idea dan perbahasan, bukan diserang dengan halangan pentadbiran seperti yang berlaku sekarang," katanya.

Hadi, lawan bangsa lain atau lawan rasuah lebih penting?

DAP jawab tuduhan PAS dan mahu Hadi jelaskan kepada rakyat manakah yang mematuhi ajaran Islam.
Tony-Pua-Hadi-AwangKUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu membuat pendirian adakah melawan bangsa lain selain Melayu lebih penting berbanding melawan rasuah dan penyelewengan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, Hadi perlu menjelaskan pendirian itu susulan seruan beliau supaya umat Islam bersatu menentang DAP.
“Adakah lebih penting Hadi melawan bangsa lain (bukan Islam) melawan isu rasuah, isu penyalahgunaan kuasa dan isu penyelewengan (oleh pemerintah), jadi Hadi kena pilih yang mana mematuhi ajaran agama,” katanya di Parlimen, hari ini.
Pua berkata, tuduhan Hadi bahawa DAP mahu menguasai negara ini tidak masuk akal kerana parti itu hanya bertanding tidak sampai 50 kerusi.
“Pertama DAP tidak dapat menjadi kerajaan Persekutuan, atas (kekuatan DAP) sahaja, DAP hanya bertanding tidak sampai 50 kerusi dan jumlah keseluruhan ada 222 kerusi, jadi macam mana nak jadi kerajaan kalau menang semua kerusi yang DAP bertanding itu pun tak mungkin kami dapat menjadi kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Raya berpendapat Presiden PAS itu sudah ketandusan isu untuk diketengahkan.
“Itu isu lama yang dibawa beliau ,” katanya ringkas.