Isnin, 21 Mac 2016

Mukhriz tetap mahu Najib gugur walau dipecat


Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan beliau tetap akan gigih mengetepikan Datuk Seri Najib Razak walaupun jika ditakdirkan keahliannya dalam Umno digugurkan.
Bercakap kepada peserta program Santai Bersama Datuk Seri Mukhriz di Johor Bahru petang tadi, beliau berkata setakat ini tumpuannya masih "dalam Umno".
"Saya sendiri pun darah daging Umno. Saya tidak akan keluar parti, tapi kalau dipecat, itu lain hal.
‎"Kalau dipecat pun, saya akan terus membantu untuk menguatkan Umno dengan cara ‎berkempen supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digugurkan," katanya menjawab soalan salah seorang peserta.
Kenyataan itu kemudian disambut tepukan tangan hadirin.
Program anjuran Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) Johor itu dihadiri kira-kira 150 orang. Antara lain ia bertujuan mengumpul tandatangan orang ramai untuk menyokong Deklarasi Rakyat.
Mukhriz kini menjadi antara tokoh dalam Umno yang gigih berkempen mengetepikan Najib daripada jawatan sebagai Presiden Umno dan perdana menteri.
Deklarasi Rakyat ketika ini
Gerakan itu diketuai bapa Mukhirz yang juga bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Turut menyertai gerakan itu ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Nama Mukhriz menjadi modal kepada BN untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu.

No letter from IGP on #BebasAnwar billboards

Selangor Menteri Besar Mohamed Azmin Ali says the state government would wait for an official letter from IGP before taking any action to take down billboards.
azmin-IGP
SHAH ALAM: The Selangor government has not received any official letter from Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar asking for the state local authorities to take down the #BebasAnwar billboards in the state.
Selangor Menteri Besar Mohamed Azmin Ali said the state government would wait for an official letter from the IGP before taking any further action.
“I was not informed about it … If that statement is made via his Twitter account, how can we deal with Twitter?” he told reporters after attending the monthly assembly of Selangor government departments here today.
Azmin was commenting on a tweet by Khalid yesterday calling for the Selangor local authorities to take down the #BebasAnwar billboards that could be deemed seditious.
Khalid said the words on the billboards describing former Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim as a political prisoner could also confuse the people.
The #BebasAnwar billboards are found in 20 locations in Selangor, including in Subang and Rawang.

Trump menang, TPPA berkubur


Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mungkin akan lupus jika Donald Trump terpilih sebagai Presiden AS.
Kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, jangkaan demikian dibuat berdasarkan kedudukan Kongres yang terletak di bawah presiden negara berkenaan.
Jika Trump menjadi presiden, katanya, TPPA mungkin dibatalkan kerana tokoh perniagaan itu memang menolak perjanjian berkenaan.
Pada masa sama, kata Mustapa, penyertaan AS dalam TPPA adalah sangat penting.
"Kita tidak mahu membuat ramalan tetapi sekiranya ini (Trump memenangi pilihan raya presiden) berlaku maknanya akan terkuburlah TPPA.
"TPPA tanpa penyertaan AS akan menjadi kurang bermakna dan (kurang) berkesan," katanya dalam penggulungan perbahasan kementerian di Dewan Rakyat hari ini.
Perjanjian itu ditandatangani 12 negara - termasuk Malaysia di Auckland, New Zealand pada 4 Februari lalu dengan matlamat ia dapat meluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan mempromosi perdagangan lebih bebas.
Mustapa (gambar) mewakli Malaysia menurunkan tandatangan untuk perjanjian berkenaan yang tercapai hasil proses yang sukar dan mengambil masa lima tahun serta 19 pusingan rundingan.
Ketika ditanya Tian Chua (PKR-Batu) sama ada Malaysia akan menerima sebarang pindaan dalam TPPA jika dicadangkan Kongres AS, Mustapa berkata kerajaan tidak akan menerimanya.
Trump ketika ini giat berkempen mendapatkan sokongan pengundi bagi membolehkan dia dicalonkan parti Republikan menentang calon Demokrat.
Pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 8 November ini. Trump dilihat sebagai calon popular untuk memenanginya.

Liow: Suspension of Rayani Air possible

State assembly will be dissolved very soon, says Sarawak Chief Minister

Kuantan MP wants Parliament to discuss alleged abuse in orphanage

Tuan Ibrahim: Cabarlah Hadi jika tidak setuju dengannya

‎Mukhriz takkan putus asa untuk lihat Najib berundur

Parliamentary caucus to tackle illegal gambling

PAS Kelantan tidak tergugat dengan pendedahan Husam Musa kata Mohd Amar

Mukhriz: We are trying to safe the burning house that is Umno

“Saya tidak percaya Najib seorang penyamun, jadi beliau perlu tampil dedahkan segalanya.”

Saya tidak percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seorang penyamun, jadi beliau perlu tampil di Parlimen minggu ini bagi mendedahkan secara telus dan bertanggungjawab mengenai skandal mega berkembar RM55 bilion 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion melibatkan beliau.
fa4c5325-c6e2-44a5-b2db-13bbfc785c65Najib bukan sahaja harus menggunakan ucapan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong bagi memberi penerangan penuh berkenaan dua skandal itu, malah, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga perlu menghilangkan segala keraguan mengenai kredibiliti dan profesionalisme agensi berkenaan apabila seorang Pengerusi “cari makan” yang dipaksa menjalankan siasatan penuh dan menyeluruh ke atas skandal Najib.
PAC sepatutnya memanggil Najib sebagai saksi utama dan memberi beliau peluang untuk menjawab segala persoalan dan keraguan timbul mengenai skandal mega berkembar tersebut. Malah, PAC harus mengambil satu langkah tambahan – siasat semua maklumat tentang skandal mega berkembar itu yang telah disiarkan di laman web Sarawak Report, tentukan mana artikel serta dakwaan Sarawak Report yang tidak berasas dan tidak benar, dan sahkan mana dakwaan yang benar dan tepat.
Malah, kerajaan pimpinan Najib perlu menarik balik sekatan akses ke atas Sarawak Report memandangkan sikap benar dan jujur merupakan cara terbaik menangkis segala pembohongan dan kepalsuan. PAC perlu menjemput pemilik Sarawak Report, Claire Recastle, untuk memberi keterangan kepada agensi berkenaan, malah, membayar tambang dan perbelanjaan beliau dari UK dan memberi jaminan bahawa tiada tindakan akan diambil ke atasnya semasa lawatan beliau ke Malaysia sebagai tetamu dan saksi PAC.

Segera siasat skandal rumah murah Guan Eng

Jenuh betul satu dua hari ini menangani serangan dari segenap sudut terhadap dakwaan rasuah dalam urusan pembelian rumah bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Saudara Lim Guan Eng.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, melemparkan tuduhan ini di dalam sidang Dewan Rakyat, sambil dipagari kekebalan Dewan yang mulia itu, daripada diheret ke mahkamah atas tuduhan liarnya.
Apabila dijemput oleh Ketua Menteri untuk minum kopi dan bersembang-sembang di hadapan media Ahad lalu, Shabudin mengatakan dia tidak melayan politik ‘coffee break’ dan menempelak Guan Eng. Padahal orang semua tahu, dia tidak berani mengulang tuduhan terhadap Setiausaha Agung DAP itu tanpa kekebalan Dewan Rakyat, kerana risau diambil tindakan undang-undang.
Kita harus kasihan kepada Pengerusi Perda ini, yang dipergunakan untuk melancarkan serangan terancang terhadap Guan Eng, tanpa menyedari kesan serangan yang dilancarkannya itu ke atas diri sendiri.
Shabudin Yahya Pengerusi Perda, agensi yang memang kerjanya membina rumah di Pulau Pinang. Penduduk Tanjung Tokong misalnya masih berdendam dengan Perda, kerana merampas tanah dan rumah mereka atas nama pembangunan, dan untuk balasan yang langsung tidak setimpal.
Sama halnya dengan kekejaman pemaju-pemaju lain di seluruh Pulau Pinang yang mengambil peluang kejahilan penduduk dan sistem pendaftaran tanah negara yang tidak memihak kepada peneroka dan mereka yang membina kediaman atas ihsan orang dengan sewa nominal untuk berpuluh tahun lamanya.
Namun ini semua dilupakan kerana Ketua Menteri Pulau Pinang telah membeli rumah dengan harga yang tidak munasabah, dan harga itu dikaitkan dengan urusniaga tanah lain yang terkait dengan rakan kongsi niaga pemilik asal rumah berkenaan.

SPRM diminta umum hasil siasatan sejak tujuh tahun lalu ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang


lge_rumah_sprm


GEORGE TOWN, 21 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta mengumumkan hasil siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sejak beliau mula menyewa rumahnya di Jalan Pinhorn di sini pada 2009 sehingga membelinya pada tahun lalu.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai, dalam suratnya kepada SPRM melalui cawangan agensi itu di sini, menyatakan Guan Eng ingin tahu hasil siasatan SPRM yang begitu lama dijalankan.
Katanya, SPRM boleh mengumumkan hasil siasatan itu secara rasmi melalui surat atau melalui pengumuman di media massa.
Beliau menyatakan Ketua Menteri akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM supaya dapat membuktikan segala tuduhan pembelian rumah itu dengan harga RM2.8 juta mempunyai unsur rasuah ke atasnya adalah fitnah dan tidak berasas.
“Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng mengalu-alukan siasatan yang dijalankan agar dapat membuktikan bahawa beliau menjalankan pentadbiran bersih sehingga kerajaan negeri Pulau Pinang dipuji oleh Transparency International,” katanya dalam kandungan surat tersebut.

Polis turunkan 3 papan iklan #BebasAnwar


Polis hari ini menurunkan tiga papan iklan #BebasAnwar di sekitar Ampang yang menuntut pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di Penjara Sungai Buluh, Selangor.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga adalah ahli parlimen Ampang berkata tindakan itu adalah provokasi yang sengaja dilakukan untuk mendapatkan respon beremosi daripada kerajaan negeri Selangor meskipun permit untuk menaikkan papan tanda tersebut telah diluluskan oleh kerajaan tempatan masing-masing.
"Tindakan ini cukup tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila wujud saluran-saluran yang betul yang boleh diguna Ketua Polis Negara jika beliau melarang papan tanda #BebasAnwar itu.
"Kita nantikan sama ada papan tanda tersebut diturunkan benar-benar di atas arahan bos beliau atau ia merupakan satu isu peribadi antara IGP, dengan Anwar Ibrahim PKR dan rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Zuraida, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melampaui batasnya dan berikrar parti itu tidak akan berdiam diri.
"Beliau perlu bersifat profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai IGP dan tidak mengganggu hal ehwal pihak berkuasa tempatan," katanya.
Unsur hasutan
Bukit Aman pada Sabtu lalu meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor supaya menurunkan papan iklan #BebasAnwar di negeri itu kerana didakwa memaparkan unsur-unsur hasutan.
Khalid menerusi akaun twitter berkata polis sedang mengesan papan tanda itu yang didapati mempunyai unsur hasutan dan mengelirukan rakyat.

"@PDRMsia kesan billboard (papan iklan itu) dengan kata-kata menghasut dan mengelirukan rakyat yang merujuk DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai 'Tahanan Politik'.
"Pada masa sama, PBT diminta turunkan billboard yang menghasut," katanya.

Tak Sedar.....Tak Tau....Macam Biasa Dengar Jer..!!!

Inilah akibatnya jika sibuk dgn joget zumbanya.. sampai kan tak tahu penyelewangan besar2an puluhan jutaan ringgit oleh Pegawai kanan di kementeriannya..

KJ dah jadi menteri tapi jelas tak faham prosedur kewangan... setiap kelulusan kewangan melibatkan jumlah yang besar harus mendapat kelulusan MENTERI di peringkat Kementerian ataupun PENGARAH jika diperingkat Negeri.... macam mana dia cakap tatau..??

Lepas skandal rasuah 1MDB heboh melata satu dunia kini Kementerian KJ ikut jejak langkah pula..


Nampaknya nama Malaysia cukup sinonim dgn gejala rasuahnya.. Biar satu dunia tahu MALAYSIA CUKUP HEBAT & TERKENAL DENGAN RASUAH !!!

Hoiii pencacai UMNgOK !!!.. Ini juga propaganda yahudi juga ker !!!

Khairy tak saman 'IBTimes UK' juga ker..

Jasamu Dikenang...

Hakim juga manusia ada keinginan, ada juga nafsu...

Hanya Yang Maha Esa sahaja mengetahui segala perancangan mereka... Mahkamah akhirat jua yg sebaik2 & seadil2nya...

Wan Azizah yakin LGE mangsa serangan peribadi

Guan Eng terima serangan balas daripada pihak kerajaan kerana mempersoalkan 1MDB dan dana politik RM2.6 bilion.
wan-azizah,lim-guan-eng
KUALA LUMPUR: Serangan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pembelian banglo berharga RM2.8 juta bersifat peribadi, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Malah, Ketua Pembangkang itu tidak menolak tuduhan terhadap Guan Eng sebagai usaha serangan balas terhadap pemimpin pembangkang yang mendedahkan isu 1MDB serta derma RM2.6 bilion melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ada juga unsur-unsur begitu (serangan peribadi) nampak seperti dia (Guan Eng) menjadi sasaran sebab bila kita (pembangkang) lihat apa yang berlaku kepada dana RM2.6 bilion dan 1MDB, bila masa kita buka mulut tentang itu, ada individu yang akan dipecat dan hadapi masalah.
“Saya rasa mereka mensasarkan pihak pembangkang kerana perkara ini (isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion) sering kali dibangkitkan pihak pembangkang,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Permatang Pauh menyambut baik kesediaan Guan Eng bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjawab segala tuduhan yang dibuat.

Nazim sahut seruan, akan saman Rafizi Ramli

Nazim melahirkan rasa kesal diatas kecenderungan Rafizi membuat kesimpulan berdasarkan tanggapan dan maklumat-maklumat yang tiada kaitan.
rafizi-nazim-rahman-PMB
PETALING JAYA : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA Berhad (PMB), Ahmad Nazim Abdul Rahman menyahut cabaran Rafizi Ramli dan akan memfailkan saman sivil terhadap Setiausaha Agung PKR itu.
Menyifatkan serangan Rafizi sebagai tidak beretika dan tidak bertanggungjawab, Nazim berkata Rafizi tidak mengemukakan fakta yang menunjukkan beliau mendapat faedah kewangan daripada syarikat-syarikat yang dinamakan dalam urusniaga Dudley House oleh Mara Inc.
Malah, Rafizi juga gagal mengemukakan bukti yang menunjukkan percanggahan kepentingan di pihaknya selaku CEO Pelaburan MARA Berhad.
“Beliau tidak boleh lari dari isu ini dan memilih untuk terus membuat tuduhan berdasarkan maklumat yang tidak relevan,” tegas Nazim, dalam satu kenyataan yang diterima FMT.
Kenyataan itu merupakan jawapan kepada cabaran Rafizi awal hari ini, yang mencabar Nazim supaya menyamannya jika tuduhannya salah.
Rafizi sebelum ini mendakwa MARA melalui anak syarikat, Thrushcross Land Holdings Limited telah membayar AUD$22.5 juta untuk membeli Dudley House, Melbourne pada 2013, iaitu AUD$4.75 juta (bersamaan RM14.25 juta) lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Rafizi mendakwa Dudley House dibeli pada harga yang lebih mahal kerana melibatkan bayaran ‘komisen’ sebanyak AUD$4.7 juta.

Muhyiddin: Bos baru Bank Negara mesti setara Zeti


Spekulasi berhubung pengganti Zeti Akthar Aziz telah pun bermula susulan kontraknya bakal tamat bulan depan.
Beberapa nama dibangkitkan, termasuk yang paling popular Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar.
Bagaimanapun, bagi bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, siapa pun pengganti Zeti, orang itu haruslah jika tidak lebih baik pun, sekurang-kurangnya setara dengan penyandangnya.
Dan, lebih penting lagi, bagi Muhyiddin, ia tidak harus mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB, syarikat pelaburan negara sarat hutang cetusan ilham Najib.
Perkara itu dijelaskan Muhyiddin dalam wawancara bersama Malaysiakini di pejabatnya di ibu negara minggu lepas.
Timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu turut menyentuh berhubung kepentingan agensi penguatkuasaan mendapatkan kepercayaan orang ramai.
Beliau juga ditanya sama ada beliau menyesal menyokong peralihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang terkenal dengan usaha menambah baik institusi penguatkuasaan, kepada Najib sebelum ini.
Berikut sedutan wawancara Malaysiakini dengan Muhyiddin:

Malaysiakini: Tan Sri Nampak confident dengan Zeti, tapi kontrak Zeti habis bulan depan.
Muhyiddin: Ya, saya diberitahu pada waktu itu, Zeti kata tak mahu sambung. Siapa pengganti wallahualam.
WSJ (The Wall Street Journal) kata Tan Sri Irwan Serigar. Ramai yang tak puas hati dengan tindakan itu. Saya tak mahu sebut sebab saya tidak ada privilange untuk sebut. Tapi pentingnya untuk ganti, kalau tak lebih baik tapi sama tara dengan Zeti.
Bank Negara institusi terpenting untuk mengawal sistem dan regulate kewangan dan orang yang nak duduk di situ mesti orang yang sebaik mungkin, contohnya tak ada kaitan dengan 1MDB.
Saya tidak kata dia bersalah. Dan hal yang boleh menimbulkan syak wasangka, soal sistem perbankan (mesti ada) trust, confident, credibility.
Jadi saya harap kerajaan kena meneliti mereka yang layak untuk mengambil alih tempat Zeti.

Jadi di mana kita mahu letakkan kepercayaan? Dulu task force nak siasat 1MDB ada empat badan, Bank Negara, polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), AG (peguam negara). Dalam keadaan sekarang rakyat nak lebih daripada itu. Kepercayaan rakyat nak sandarkan pada badan yang mana?
Itu sebabnya seluruh institusi penguatkuasaan sudah dicemari enggan campur tagan kuasa lain. institusi dilihat tidak boleh diyakini, dipercayai malahan mungkin hilang kredibiliti. Bukan kerana keupayaan mereka tapi kerana campur tangan tadi.
Ini merosakkan dan dengan sebab itu hilang keyakinan rakyat dan ke mana lagi harapan kita kerana yang diharapkan sebab ada gangguan? Bagaimana nak harap keadilan dan perkara betul kita temui kerana ada kuasa luar nak mencampuri urusan?
Saya sukar menjawab. Pasal sepatutnya, pihak terlibat jangan campur tangan. Kita kemukakan kerana perdana menteri orang yang berkepentingan. Walaupun dia berkuasa dan berkepentingan dalam kes seperti 1MDB, sepatutnya dia jangan terlibat. Barulah institusi badan penguatkuasaan berfungsi dengan bebas.

Ahmad Said masih mahu simpan 'rahsia besar'


Bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata beliau masih menunggu masa sesuai untuk mendedahkan “rahsia besar” berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, beliau meminta semua pihak menunggu terlebih dahulu kerana perkara itu akan didedahkan apabila tiba masanya.
"Tunggulah. Bila sampai masa sesuai nanti saya dedahkan,” katanya.
 Sehari selepas mengusulkan undi tidak percaya terhadap penggantinya Datuk Seri Abdul Razif Abdul Rahman, Ahmad Said dilapor berkata beliau masih menyimpan rahsia itu untuk tidak memalukan Najib.
Ahmad berkata, disebabkan rahsia itulah beliau berhempas pulas untuk “menyelamatkan” rakyat Terengganu.
Usul tidak percaya terhadap Rafiz ditolak oleh speaker atas alasan ia bukan memperkatakan pentadbiran jentera kerajaan negeri atau tanggungjawab menteri besar tetapi mempersoalkan kewujudan pembentukan kerajaan negeri itu sendiri.
Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad Said yang dipaksa meletakkan jawatan setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.
Ahmad Said ketika itu membantah pertukaran itu, antaranya kerana ia timbul menjelang majlis perkahwinan anaknya.
Beliau kemudian dilihat bersama dalam beberapa acara dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu 1MDB.
1MDB pada mulanya ditubuhkan dengan nama Terengganu Investment Authority (TIA) ketika era kepimpinan Ahmad.

Tiris RM100 juta: AMK tuntut Khairy bertanggungjawab


Fahmi Zainol

SHAH ALAM – AMK menuntut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanggungjawab atas kesalahan pegawainya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta.
Ketua Biro Mahasiswa AMK, Fahmi Zainol berkata, pihaknya hairan Khairy boleh terlepas pandang kes ketirisan yang melibatkan nilai yang banyak.
“Persoalannya adakah cukup hanya dengan mengaku bahawa pegawai beliau terlibat dengan ketirisan RM 100 juta, rakyat mampu menerima begitu saja?
“Justeru, kami menuntut Menteri Belia dan Sukan serta pegawai terbabit bertanggungjawab atas kesalahan mereka sekurang-kurangnya memohon maaf kepada rakyat kerana mereka  khianat pada tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat,” katanya.
Pagi ini, Khairy mengadakan sidang media untuk mengumumkan pengesahan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta adalah pegawai di bawah kementeriannya.

"Adakah Khairy cuai laksanakan tugas?" soal Perkasa

Persatuan Pribumi PerkasaPersatuan Pribumi Perkasa
Langkah Kementerian Belia dan Sukan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) kementerian dalam meluluskan pemberian dana ekoran dakwaan penyelewengan bernilai ratusan juta ringgit oleh para pegawainya disokong Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Bagaimanapun badan bukan kerajaan itu mempersoalkan keberkesanan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin sehingga penyelewengan besar berlaku dalam kementerian itu.
"Persoalan yang bermain di minda rakyat adalah penyelewengan dana awam sehingga RM100 juta adalah terlalu besar untuk terlepas daripada pandangan serta kelulusan Menteri.
"Adakah ini bermakna Khairy terlalu cuai dalam melakukan tugas beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan sehingga tidak dapat mengesan kelompongan yang ada di dalam sistem kementeriannya yang menyebabkan skandal ini?
"Atau adakah ini juga bermakna Khairy tidak menumpukan sepenuh perhatian di dalam tugasnya sebagai Menteri untuk memperbaiki serta menambah baik perjalanan kementeriannya?" kata Setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti (BPI) Perkasa, Azrul Akmal Saharudin.
Azrul yang juga Ahli Dewan Tertinggi Perkasa berkata, pihaknya memandang serius keberkesanan Khairy Jamaludin sebagai Menteri bagi membendung amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam kementeriannya.
Sambil menyatakan sokongan Perkasa kepada SPRM untuk menyiasat kes penyelewengan ini sehingga ke akar umbi, beliau juga mahu siasatan dibuat bagi menentukan bila pegawai-pegawai terbabit berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan.
"Jika ianya berlaku selepas beliau menjawat jawatan Menteri, maka wajarlah Menteri juga disiasat untuk mengenal pasti dalang sebenar dan secara tidak langsung membersihkan nama beliau daripada terpalit dengan skandal ini," tegasnya.

Pegawai rasuah : SPRM perlu siasat Khairy, kata Pemuda Amanah


Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz FadzilTimbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz FadzilMenteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin perlu disiasat membabitkan rasuah yang dilakukan oleh pegawai di kementeriannya, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil.
Beliau berkata, Khairy juga perlu disiasat bagaimana skandal seperti itu boleh didakwa dilakukan oleh pegawai di kementeriannya.
"Ini adalah kerana program-program yang didakwa tidak dilaksanakan atau tidak wujud dikatakan dianjurkan oleh kementeriannya.
"Adakah beliau tidak tahu perkara ini atau hanya membiarkan sahaja ianya berlaku?
"Siasatan sebegini penting bagi membersihkan KBS daripada apa-apa elemen jenayah rasuah dan penyelewengan dana awam.
"Seksyen 25 akta SPRM 2009 menjadikan kegagalan melaporkan sesuatu perbuatan rasuah sebagai satu kesalahan. Justeru, beliau boleh disiasat.
"Sepertimana ucapan Khairy dalam perasmian Perhimpunan Agung Pemuda Umno yang lalu di mana beliau tidak akan memekakkan telinga terhadap isu penyelewengan, Pemuda Amanah dengan ini menuntut Khairy supaya tidak membisu daripada menjelaskan isu ini serta telus untuk disiasat," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Faiz berkata, selepas isu tajaan RM 1.4 juta membabitkan 191 orang Exco Pemuda dan dan Ketua Pemuda Bahagian Umno mengerjakan umrah sepertimana pendedahan oleh salah seorang Exco Pemudanya Nazir Hussin Akhtar Hussin, kini salah seorang pegawai KBS pula ditahan pihak SPRM untuk siasatan skandal penyelewengan dana KBS sebanyak RM 100 juta.

Deklarasi Rakyat akan dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja - Mukhriz

Deklarasi Rakyat akan dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja - MukhrizPAGOH: Deklarasi Rakyat akan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja selepas selesai mengumpul tandatangan rakyat, kata bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Menurut beliau, setakat ini maklum balas yang diterima daripada rakyat jelata mengenai deklarasi berkenaan adalah positif.

"Deklarasi itu akan dikemukakan kepada pihak kerajaan juga, sebagai refleksi kepada suara rakyat," kata Mukhriz pada sidang media di Pagoh selepas mengadakan siri jelajah bertemu warga Muar, Segamat dan Tangkak hari ini.

Beliau mengulangi pendirian bahawa Deklarasi Rakyat merupakan langkah untuk menyelamatkan Barisan Nasional daripada kalah pada pilihan raya umum akan datang.

Anak beranak mahu bawa deklarasi ‘syaitan’ ke Agong - Mykmu.net


Portal pro-Umno terus membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana pembabitannya dalam ‘Deklarasi Rakyat’ bagi ‘Selamatkan Malaysia’ yang antara lain menuntut penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pembaharuan insititusi.
Walaupun tidak menamakan Mahathir secara langsung, Mykmu.net berkata dengan pengaruh 22 tahun sebagai pesiden Umno dan anaknya sebagai menteri besar, mereka cuba menyemai bibit api kemarahan rakyat terhadap Najib.
“Berjaya mendapatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan beberapa penyokong taksub, mereka mula ungkit ‘kehebatan’ bekas perdana menteri 22 tahun.
“Berjaya mendapatkan ‘geng’ dari dalam Umno dan kabinet kerajaan, mereka lebih aggresif.
“Bukan saja dasar kerajaan yang mereka serang, propaganda berfaktakan ‘fakta separuh masak’ dan ‘tidak benar’ mula dihidangkan pada rakyat dan akar umbi parti,” kata penulis artikel yang tidak mendedahkan namanya itu.
'Tong najis'
Deklarasi Rakyat yang dimeterai awal bulan ini membawa bersama kumpulan yang sebelum ini tidak boleh ‘bertentangan mata’ duduk di meja yang sama.
Dr Mahathir bukan sahaja kini bekerjasama dengan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang tetapi juga sedia bersama keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipecatnya sebagai timbalan perdana menteri.

“Gagal menjatuhkan Najib dari dalam Umno mahupun kerajaan, mereka teruskan juga agenda menjatuhkan Najib.
“Biarpun terpaksa terjun ke dalam ‘tong najis’, mereka sanggup asalkan impian menjadi perdana menteri menggantikan Najib tercapai,” katanya.
Penulis artikel di Mykmu itu menyebut bahawa jika syaitan berwajahkan manusia sekalipun, Mahathir dan kumpulannya itu sanggup bekerjasama asalkan ia mampu menggulingkan Najib.
Beliau turut menyelar tindakan kumpulan berkenaan kerana mahu mengheret Agong ke dalam kancah politik.
Sangat memalukan
Menurut penulis, tindakan itu sesuatu yang sangat memalukan kerana Raja-raja Melayu adalah bebas dan tidak mencampuri hal politik.
“Terkini, dua anak beranak itu mahu membawa deklarasi ‘syaitan’ itu mengadap Yang di-Pertuan Agong.
“Si anak dalam kenyataannya tanpa rasa malu memberi alasan kononnya deklarasi itu adalah mewakili ‘suara rakyat’ yang tidak mahu tunggu sehingga pilihan raya umum akan datang untuk menjatuhkan Najib,” katanya merujuk kepada peranan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

'Kalau Husam tak setuju, dia patut tanding presiden PAS' - Timbalan Presiden



Mana-mana pemimpin PAS yang berhasrat menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden diminta bertanding bagi merebut jawatan tersebut pada muktamar parti itu akan datang.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tun Man berkata demikian ketika diminta mengulas desakan ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang menuntut supaya Abdul Hadi meletak jawatan.
“Saya tak suka sebut nama dalam kenyataan saya. Tapi dia (Husam) dulu bertanding naib, bermakna kalau dia menang jawatan tersebut sekali pun presiden parti tetap Abdul Hadi.
“Begitu juga dengan Mat Sabu bertanding jawatan timbalan presiden tetapi katakanlah dia menang, presiden PAS tetap Abdul Hadi.
“Kalau dia (Husam) tak setuju dengan presiden, beliau sepatutnya bertanding jawatan presiden,’ kata pesuruhjaya PAS Pahang itu dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini.
Husam sebelum ini mencadangkan Tuan Ibrahim yang juga bekas ADUN Jengka mengambil alih kepimpinan sebagai presiden parti manakala Abdul Hadi pula perlu berundur dan menjadi Mursyidul Am atau Timbalan Mursyidul Am.
Menurut Husam, perkara itu pernah berlaku sebelum ini apabila bekas Presiden PAS, Yusof Rawa dilantik menjadi Mursyidul Am manakala jawatan pemangku presiden diberikan kepada Datuk Fadzil Mohd. Noor pada 1989.

Hutang: K’jaan mesti berjimat, jangan hanya suruh rakyat



DPPM memandang serius jumlah hutang kerajaan Malaysia yang mencecah RM630.5 bilion, iaitu sebanyak 54.5% daripada KDNK negara. Ia hampir mencapai siling hutang yang ditetapkan oleh Kerajaan sendiri iaitu sebanyak 55% daripada KDNK negara.

Dengan hanya berbaki 0.5% daripada tahap siling hutang negara, Kerajaan harus peka serta sedar akan keutamaan dan keperluan berbelanja dalam keadaan ekonomi semasa.

Langkah Kerajaan yang memotong perbelanjaan yang tidak mustahak serta yang tidak menjadi keutamaan untuk mengurangkan perbelanjaan di alu-alukan namun apa yang lebih penting ialah bagaimana Kerajaan menguruskan perbelanjaan.

Di kala keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, penjimatan harus dilakukan dari segenap sudut pentadbiran negara samada di peringkat tertinggi mahu pun bawahan.

Namun jika hanya sekadar memotong elaun keraian anggota kabinet sebanyak 10% dan perbelanjaan-perbelanjaan tertentu sebagai langkah penjimatan, ia tidak mencukupi sedangkan banyak pembaziran dan salah urus pentadbiran berlaku dalam Kerajaan.

Contoh yang paling ketara boleh dilihat didalam Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3.  Masih terdapat lagi kepincangan dalam soal tadbir urus Kerajaan di semua peringkat sama ada pengurusan, kewangan serta perlaksanaan projek yang membabitkan jutaan ringgit wang negara yang hampir saban tahun mendapat teguran namun masih tetap berlaku.

Dalam pada itu juga Kerajaan harus menyemak semula syarat-syarat pemberian pinjaman Kerajaan, surat jaminan hutang dan surat sokongan kepada badan-badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga syarikat-syarikat swasta.

Untuk tahun 2015 sahaja, sebanyak RM177.7 bilion telah di keluarkan oleh Kerajaan dalam bentuk pinjaman manakala sebanyak RM12.8 bilion surat sokongan kredit telah di keluarkan juga oleh Kerajaan.

Pegawai Rasuah: DPPM pula gesa Khairy letak jawatan


Ahmad Fadhli ShaariAhmad Fadhli ShaariDewan Pemuda Pas Malaysia (DPMM) mendesak supaya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berundur dan meletakkan jawatan pada kadar segera kerana terbukti gagal untuk memastikan wang rakyat diurus dengan sebaik mungkin.
Ketua Penerangan DPMM, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penyelewengan dilakukan pegawai dari kementerian terbabit satu kelemahan yang tidak boleh dimaafkan walaupun Khairy mengakui suspek terbabit menggunakan prosedur yang tidak memerlukan kelulusan dari pihak atasan.
“Adalah merupakan satu perkara yang sangat menyedihkan apabila dilaporkan bahawa pegawai berkenaan telah hidup mewah hasil rasuah dengan membeli kereta mewah, jam berjenama, barang kemas dan unit-unit saham dalam satu tempoh masa yang agak lama.
“Adakah perkara sebegini tidak pernah menimbulkan tanda tanya di kalangan warga Kementerian sehingga pihak pengurusan boleh ditipu begitu sahaja? Di manakah sistem pemantauan yang disediakan bagi memastikan setiap urusan tuntutan sesuai dengan program yang dijalankan?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Khairy perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelewengan dana berkenaan yang turut membawa kepada penahanan beberapa suspek yang dipercayai kontraktor pemberi rasuah.
“Adalah amat mustahil penyelewengan sebesar ini berlaku dalam masa yang singkat dan tanpa konspirasi dari pentadbiran tertinggi Kementerian,” ujarnya.

Rafizi: 1MDB financial problems affecting payment to army vets

Komas lancar laporan khas diskriminasi kaum Malaysia 2015

G Manivanan: Masalah Utama Adalah Kita Tak Ada Pemimpin Yang Berwawasan Meneruskan Perjuangan Negara

Adam Adli: Di Malaysia, Semakin Rakyat Celik Semakin Rakyat Cuba Ditutup Mulut

Dr Idris Ahmad: Kanser Dah Merebak Ke Semua Sistem Dalam Negara Ini, Tak Boleh Dibaiki & Diubati

Azizah: Isu RM2.6 bilion, 1MDB lebih besar dari kes Lim

Hadi: Hanya tuduhan terhadap Guan Eng, bukan keputusan

Sekat dana: Ahmad Said adakan sidang media minggu depan

Bekas MB Terengganu itu terima padah akibat daripada tindakannya mengemukakan usul tidak percaya.
ahmadRAZIF,matsaid

PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Said akan mengadakan satu sidang media berhubung tindakan Pejabat Menteri Besar Terengganu menghentikan penyaluran peruntukan DUN Kijal kepadanya.
Kini, semua pengurusan dana untuk DUN itu diuruskan secara langsung oleh Pejabat Menteri Besar.
“Minggu depan saya akan buat satu sidang media mengenai perkara ini. Jadi, buat masa sekarang saya tidak mahu komen,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyatakan tindakan menghentikan penyaluran peruntukan DUN Kijal kepada Ahmad Said merupakan langkah yang tepat.
Razif dilaporkan berkata tindakan Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang DUN baru-baru ini tidak membawa imej sebagai wakil rakyat kerajaan.
“Kita hentikan untuk diuruskan oleh ADUN kawasan itu sahaja tetapi bajet untuk Kijal (DUN) masih berjalan macam biasa tapi diuruskan di bawah Pejabat Menteri Besar.
“Kita melihat bahawa apa tindakan yang ditunjukkan tidak mencerminkan kepada wakil rakyat kerajaan maka kerana itu saya sebagai pemimpin kerajaan sekarang, akan mengambil alih (dana),” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran di Hentian Bas MBKT di Kuala Terengganu, pada Ahad.
Ditanya tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlakukan Ahmad seperti kawasan pembangkang, Ahmad Razif menyerahkan persepsi itu dinilai oleh umum termasuk Ahmad.
“Itu terpulang kepada dia (Ahmad),” jawabnya ringkas.
Kemungkinan Ahmad akan berpaling tadah dan boleh menyebabkan kedudukan kerusi BN dan pembangkang seri, Ahmad Razif berkata, ia tidak menjejaskan kerajaan yang dipimpinnya sekarang.

PRU14: PAS-IKATAN sedia berdepan tiga penjuru

Masih terlalu awal untuk PAS menilai blok mana yang kuat dan menyerahkan kepada pengundi untuk membuat penilaian.
hadi,ikatan
KUALA LUMPUR: Blok pakatan ketiga gabungan PAS-IKATAN sedia berdepan dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14, walaupun bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Pendirian itu dibuat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana gabungan baharu itu tiada kaitan dengan PH dan tidak akan sesekali bekerjasama dengan gabungan pembangkang PKR, DAP dan AMANAH.
“Kita bersendiri, takkan duduk dengan Pakatan Harapan, kita masih dalam gabungan kita sendiri, terpulang kepada mereka sama ada nak terima konsep kita atau tidak,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Mengulas mengenai kekuatan PAS-IKATAN untuk berhadapan dengan PH, Abdul Hadi menjelaskan yang ia masih terlalu awal untuk menilai blok mana yang kuat.
“Kita tunggu dan lihat, terlalu awal untuk saya jelaskan,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut mengulas kenyatan Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad yang menuduh PAS secara sengaja menekankan agenda pelaksanaan hudud untuk mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga gabungan pembangkang itu berpecah.
Katanya, tuduhan itu tidak akan melemahkan PAS untuk terus membawa agenda perjuangan hudud.
“Dia tak setuju dengan Hudud, dia hanya satu undi sahaja, masih berjuta undian lagi yang setuju,” katanya.

Usul undi tak percaya: Mat Said terima padah...kerusi dun kini 16-16..!!

Kerajaan Terengganu menghentikan menyalurkan peruntukan DUN Kijal kepada Ahmad dan dana itu diambil alih Pejabat Menteri Besar.
ahmadRAZIF,matsaid
PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu menghentikan penyaluran dana kepada ADUN Kijal yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan itu dianggap langkah tepat berikutan tindakan Ahmad yang dilihat tidak membawa imej sebagai wakil rakyat kerajaan kerana tindakannya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang DUN baru-baru ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Ahmad Razif berkata, semua dana untuk DUN Kijal akan diuruskan olehnya sendiri di bawah Pejabat Menteri Besar.
“Kita hentikan untuk diuruskan oleh ADUN kawasan itu sahaja tetapi bajet untuk Kijal (DUN) masih berjalan macam biasa tapi diuruskan di bawah Pejabat Menteri Besar.
“Kita melihat bahawa apa tindakan yang ditunjukkan tidak mencerminkan kepada wakil rakyat kerajaan maka kerana itu saya sebagai pemimpin kerajaan sekarang, akan mengambil alih (dana),” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran di Hentian Bas MBKT di Kuala Terengganu, pada Ahad.
Ditanya tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlakukan Ahmad seperti kawasan pembangkang, Ahmad Razif menyerahkan persepsi itu dinilai oleh umum termasuk Ahmad.
“Itu terpulang kepada dia (Ahmad),” jawabnya ringkas.
Kemungkinan Ahmad akan berpaling tadah dan boleh menyebabkan kedudukan kerusi BN dan pembangkang seri, Ahmad Razif berkata, ia tidak menjejaskan kerajaan yang dipimpinnya sekarang.

Beli Rumah: Lim minta SPRM segerakan siasatan


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menjalankan siasatan berhubung isu pembelian rumah beliau yang dilapor berharga RM2.8 juta.
Setiausaha politiknya, Wong Hon Wai berkata ketua menteri itu mengalu-alukan siasatan berkenaan bagi membuktikan tuduhan rasuah terhadapnya tidak berasas.
 "Ketua Menteri akan memberikan kerjasama penuh ke atas siasatan SPRM ini dan ingin meminta ia disegerakan agar dapat membuktikan tuduhan rasuah ke atas beliau adalah tidak berasas dan palsu.
"(Ini) semata-mata adalah satu serangan politik untuk “character assassinate” beliau," kata Wong dalam kenyataan media hari ini.
Justeru Wong merujuk kenyataan SPRM Pulau Pinang bahawa badan itu telah melakukan siasatan ke atas Lim sejak beliau mula menyewa rumahnya di Pinhorn Road pada 2009, sebelum membelinya pada 2015.
"Ketua Menteri ingin tahu hasil siasatan SPRM yang telahpun dijalankan begitu lama sama ada secara rasmi menerusi surat ataupun melalui pengumuman SPRM melalui media massa," katanya.
Menurut Wong, isu penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijalankan secara tender terbuka juga bukanlah isu baru dan pernah dicanangkan oleh parti lawan sebelum dan semasa pilihan raya umum 2013.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mendakwa Lim membeli sebuah banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn dengan harga RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.
Shabudin juga mendakwa pembelian rumah pada 2015 itu mempunyai hubungan dengan jualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis pada 2012.

Serangan peribadi: Biar rakyat buat penilaian kata Mohd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai setiap dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
Sambil menyifatkan ia serangan peribadi, Mohd Amar berkata, beliau tidak berhasrat membela diri mahupun mengambil tindakan terhadap individu terlibat
"Dalam isu serangan peribadi seperti ini, saya lebih suka membiarkan orang ramai menilai dan tidak berhasrat membela diri.
"Kalau nak bela pun bukan diri, tapi parti dan kerajaan, " katanya kepada media di pejabatnya di sini, hari ini.
Sebelum ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Mohd Amar adalah punca terhadap kepincangan kerajaan negeri dan mendesak Naib Presiden Pas itu meletak jawatan.

Hadi: Hudud Pas bukan di tangan Amanah, DAP



KUALA LUMPUR - Perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud menerusi pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak ditentukan oleh undi Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan masa depan Pas hanya ditentukan oleh satu undi rakyat Malaysia yang masih menyokong perjuangan parti Islam itu.
Abdul Hadi Awang "Dia (Amanah) satu undi sahaja, masih berjuta-juta undi lagi, dia tak setuju, banyak lagi yang boleh bersetuju," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, semalam.
Beliau mengulas gesaan Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad pada Sabtu lepas yang menuntut Pas berhenti mempolitikkan hukum hudud dan memohon maaf kerana pendirian Pas yang mengelirukan.
Perkara itu timbul selepas Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) mendakwa Pas mencapai persetujuan bersama bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
Pendirian terbaru itu timbul selepas Pas dan Ikatan menubuhkan blok pembangkang baharu pada Rabu lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Abdul Hadi juga menegaskan hubungan Pas dan PKR di Selangor masih kekal seperti biasa khsusnya dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Kita masih dalam gabungan kita sendiri (dengan PKR). Terpulang kepada pihak lain untuk terima konsep kita atau tidak.
"(Pas) Selangor masih lagi dalam kerajaan," ujarnya.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata lagi, Pas-Ikatan tidak akan bertanding dengan Pakatan Harapan dalam kawasan sama pada PRU14 akan datang.

MP PKR kemuka usul kanak-kanak 'dikurung' di rumah perlindungan


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini mengemukakan usul untuk membahaskan kes kecuaian yang membabitkan seramai 162 kanak-kanak di sebuah rumah perlindungan berkaiatan kerajaan
Beliau merujuk laporan Sinar Harian pada Jumaat lalu yang mendedahkan sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Kuantan yang di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat mengabai penghuninya serta tidak memberikan mereka layanan sewajarnya.
“Saya pergi dengan baik hati semalam tapi malangnya saya tidak dibenarkan masuk.
 “Adakah sesuatu yang ingin disorok? Saya khuatir atas keselamatan (kanak-kanak) yang dikatakan diabaikan itu,” kata Fuziah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Laporan Sinar memetik sumber dalaman sebagai berkata bahawa kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun terbabit bukan sahaja tidak mendapat hak sepatutnya, malah ada yang dikurung.
Dakwanya, sumber itu, jumlah pekerja juga tidak mencukupi iaitu satu pengasuh menjaga 10 kanak-kanak.
Lebih menyedihkan, sumber tersebut mendakwa, kanak-kanak terlalu aktif ditempatkan dalam katil bayi yang ditelangkupkan bagi menghalang mereka keluar.
Dia juga mendakwa, penghuni yang bersekolah hanya dibekalkan sepasang uniform sekolah dan mereka perlu membasuhnya setiap hari untuk dipakai ke sekolah.
Sinar juga memetik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin yang berkata, beliau melawat rumah perlindungan itu dua bulan lalu dan berpuas hati dengan keadaan di situ.
“Berdasarkan pemantauan saya, semuanya baik, tetapi saya tetap akan minta siasat perkara ini,” katanya yang dipetik akhbar itu.
Fuziah bagaimanapun berkata adalah tidak mencukupi sekadar membuat penafian, dan menuntut supaya JKM membuktikan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar.

.LUTUT DAN SIKU

Mati-mati ingatkan lutut dan siku hanya untuk menepis dan melawan, rupa-rupanya lutut dan siku juga boleh digunakan untuk keselesaan ketika bersimpuh dan duduk melutut.
Bolehkah kemesraan dan saling ketawa ria itu cuba ditutup dengan kata-kata oleh Ketua Penerangan Pas bahawa "kita akan teguh berprinsip memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran. Kami akan perangi penyakit (ideologi yang salah dan bertentangan dengan Islam), kami tidak memusuhi pesakitnya.

"Sebaliknya kami akan terus berjuang untuk menegur, mengkritik dan mendidik mereka agar kembali ke jalan Allah SWT." 

Ohhhh....kalau hanya penyakit yang dimusuhi dan bukan pesakit yang perlu dijauhi, adakah kata-kata yang sama boleh diaplikasikan bahawa yang salah hanyalah rasuah, bukan orang yang melakukan rasuah?

Rafizi cabar Ahmad Nazim saman jika tuduhannya salah

Rafizi menegaskan nama Ahmad Nazim dinyatakan dalam dokumen yang dikeluarkan mahkamah di Australia yang didakwa terlibat dalam pembelian aset oleh MARA.
rafizi-maraKUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mencabar Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA Berhad (PMB), Ahmad Nazim Abdul Rahman menyamannya jika beliau melakukan menuduh pegawai tinggi MARA itu terlibat rasuah.
Rafizi menuduh Ahmad Nazim terlibat dalam syarikat yang membabitkan transaksi pembelian Dudley House oleh MARA di Australia.
Naib Presiden PKR membuat dakwaan itu berdasarkan dokumen yang dikeluarkan mahkamah di Australia yang menyebut nama Ahmad Nazim.
Dokumen itu menyebut Ahmad Nazim merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap dana MARA dan namanya turut dikaitkan dengan pembelian sebuah lagi bangunan yang dikatakan RM14 juta lebih mahal daripada harga pasaran.
Semalam, Ahmad Nazim membuat laporan terhadap Rafizi dan juga National Oversight & Whistleblower (NOW).
Dalam laporan polis itu, Ahmad Nazim menyatakan, kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan itu telah memalukan dirinya sekaligus menjejaskan reputasinya sebagai kakitangan MARA.
Menurut Ahmad Nazim lagi, beliau tidak terlibat dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh MARA, selain menambah akan melantik seorang peguam untuk memfailkan tindakan undang-undang.
Rafizi berkata, dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah di Australia jelas menyatakan Ahmad Nazim terlibat.
“MARA seharusnya mengambil tindakan terhadap Ahmad Nazim kerana dokumen itu jelas menunjukkan bahawa beliau terlibat dalam transaksi berkenaan.

Fahmi Reza – Kisah budak punk 'penghasut'


Wajahnya mungkin tidak begitu diingati, tetapi wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digambarkan seperti badut pasti sukar dilupakan dalam arena politik Malaysia.
Di belakang karya grafik itu, seorang anak muda punk 39 tahun Fahmi Reza.
Acah-acah Fahmi melalui seni bukanlah asing.
Beliau sebelum ini mengeluarkan buku mewarna ABC Politikus Malaysia tahun lalu, yang memaparkan ahli-ahli politik kerajaan dan pembangkang.
Bagaimanapun, siapa sangka latar belakangnya bukan dalam seni reka, tetapi bidang yang jauh berbeza, iaitu kejuruteraan elektrik.
Beliau menuntut untuk ijazah sarjana muda di Amerika Syarikat antara 1995 hingga 1999.
Di sana, Amerika turut mengajarnya tentang radikalisme dan muzik punk.
“Aku mula dengar lagu punk rock sejak 15 tahun,” katanya kepada Malaysiakini awal bulan ini.
“Muzik punk asasnya muzik protes, aku mula dengar muzik ini dan menyelami lirik-liriknya.”

Semangat DIY (lakukan sendiri) itu membuatkan beliau suka melakukan banyak perkara sendiri.
Aktivisme Fahmi ketika itu dalam gerakan anti-globalisasi di Amerika Syarikat.

‘Masalah kewangan 1MDB jejaskan gratuiti bekas tentera’ - Rafizi


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mendakwa masalah kewangan 1MDB mungkin menjejaskan keupayaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara.
 Rafizi berkata beliau menerima aduan daripada pesara tentera yang memaklumkan bahawa mereka masih belum menerima bayaran pampasan itu walapun selepas enam bulan bersara.
Beliau percaya sehingga 12,000 bekas kakitangan tentera tutut terjejas.
Rafizi berkata proses pembayaran gratuiti seharusnya mengambil masa tidak lebih sebulan.
"Oleh itu, selama enam bulan mereka tidak mempunyai pendapatan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Rafizi mengesyaki bahawa ini mungkin berlaku akibat kelewatan pembayaran oleh 1MDB kepada sebuah anak syarikat LTAT.

Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) dilantik oleh 1MDB untuk menempatkan semula pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi dan menaik taraf beberapa pangkalan lain - ia antara syarat apabila 1MDB dianugerahkan tanah untuk pembangunan Bandar Malaysia.
Rafizi berkata kontrak itu bernilai RM2.1 bilion.
"Kami tidak tahu sama ada 1MDB telah selesai membuat pembayaran kepada PPHM.
"Jika 1MDB lewat bayar PPHM, saya bimbang bahawa LTAT akan terpaksa menggunakan dana mereka terlebih dahulu untuk membayar sub-kontraktor," katanya.
Malaysiakini telah menghubungi 1MDB untuk mendapatkan reaksi mereka.

Guru pun belum sedia syarat lulus BI dalam SPM



Kajian mendapati bukan sahaja guru, tetapi murid juga belum bersedia dengan rancangan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam SPM.
"Sehubungan dengan itu, keputusan KPM (Kementerian Pendidikan) untuk menangguhkan pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus mulai SPM tahun 2016 dilakukan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan membuat persediaan rapi," kata menteri pendidikan.
Datuk Seri Mahdzir Khalid (gambar) berkata keputusan itu dibuat hasil pemantauan data dan kajian simulasi keputusan SPM selama empat tahun berturut-turut sehingga 2014.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh).
Kok meminta menteri menyatakan langkah kerajaan untuk meningkatkan mutu Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah.
Beliau juga bertanya sama ada kementerian akan mewajibkan kelulusan bahasa Inggeris bersama Bahasa Melayu dalam SPM dan sekurang-kurangnya gred C dalam PMR.

Lim kecewa penuduh Umno enggan minum kopi bersama


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kecewa Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya enggan minum kopi bersamanya bagi menunjukkan bukti mengenai isu pembelian sebuah rumah dan penjualan tanah negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.
Kata Lim, tindakan seorang ketua menteri menjemput ahli parlimen meminum kopi bersama bagi memberikan penjelasan adalah perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Saya kecewa, hampa sikit la bila saya menjemput dia, mempelawa dia secara baik pun sediakan secawan kopi untuk dia, pun dia tak wujud.
“Saya rasa itu kali pertama seorang ketua menteri menjemput pihak yang tuduh dia untuk tunjukkan bukti dan dengar penjelasan secara langsung daripada saya,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Menjelaskan isu itu, Lim berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengalami sebarang kerugian memandangkan pembelian tanah tersebut adalah melalui tender terbuka.
Bagaimanapun, katanya pemimpin Umno itu enggan mendengar penjelasannya.
“Kami tidak lihat apakah masalah dia (Shabudin). Pembelian rumah saya ada kaitan dengan pembelian sebuah tanah dan ia dibuat secara tender terbuka.
“Maka kita pilih tender yang menawarkan paling tinggi. Tidak ada sebarang kerugian terhadap kerajaan negeri, malangnya beliau tidak mahu tunjukkan di mana amalan rasuah bila kerajaan negeri berikan pembidaan pada harga yang paling tinggi… itu mungkin sebab beliau tidak mahu muncul.
“Kalau ada tuduhan rasuah, tunjuklah pada saya,” tegasnya.

LGE tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah – Hadi

Presiden PAS menyeru orang ramai tidak menjatuhkan hukuman kepada Guan Eng selagi beliau tidak dibuktikan bersalah.
hadi-guan-engKUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak patut dihukum selagi beliau tidak didapati bersalah terlibat dengan penyelewengan berhubung isu pembelian rumah banglo berharga RM2.8 juta.
Sebaliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, orang ramai sepatutnya menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.
“(Isu pembelian rumah oleh Guan Eng) itu serah kepada SPRM, terpulang kepada keputusan siasatan, kita tidak boleh buat keputusan sekarang.
“Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan, (itu) baru pertuduhan,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.
Sebelum ini, SPRM berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung pembelian rumah banglo oleh Guan Eng yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran.
Pemimpin UMNO Pulau Pinang pula mengaitkan pembelian rumah banglo itu dengan Skandal Taman Manggis pada 2012.
SPRM dilaporkan akan menyiasat kes itu mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana menerima suapan daripada pihak yang berkepentingan.

KDN: 2.08 juta pekerja asing sah dan aktif

Sehingga 31 Jan, pekerja asing Indonesia 819,773 orang diikuti Nepal 483,908 orang, Bangladesh 272,036 orang, Myanmar 143,623 orang dan India 135,921 orang
kdn,pas-lawatan
PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan terdapat sebanyak 2.08 juta pekerja asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara yang masih sah dan aktif di negara ini bedasarkan rekod Jabatan Imigresen setakat 31 Jan 016.
Pengesahan itu mejawab pertanyaan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) yang mahu KDN menyatakan adakah benar pekerja asing dalam negara menjangkau 5.5 juta, lapor Bernama.
KDN dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat juga menjelaskan bilangan tersebut merangkumi pekerja asing yang bekerja dalam lima sektor formal yang dibenarkan iaitu sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian serta satu sektor informal iaitu pembantu rumah asing.
Turut ditanya ialah pecahan bilangan pekerja asing mengikut negeri, pecahan kewarganegaraan dan jantina mereka.
“Sehingga 31 Jan, pekerja asing Indonesia merupakan bilangan tertinggi yang berada di negara ini iaitu 819,773 orang diikuti Nepal (483,908 orang), Bangladesh (272,036 orang), Myanmar (143,623 orang) dan India (135,921 orang),” menurut KDN.

Khairy tidak sedar berlaku penyelewengan dana dalam Kementerian Belia dan Sukan

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan hari ini mengesahkan penangkapan seorang pegawai kanan dari kementeriannya yang dipercayai mendalangi sindiket penyelewengan dana mencecah RM20 juta, baru-baru ini.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata perbuatan rasuah yang didakwa sudah lama berterusan itu menunjukkan kakitangan kementerian itu telah menyalahguna prosedur yang tidak memerlukan kelulusan pegawai atasan seperti Menteri atau Ketua Setiausaha.

"Tidak, saya tidak menyedari perkara ini," kata Khairy ketika ditanya wartawan jika beliau menyedari perbuatan rasuah yang didakwa sudah lama berterusan

Menurutnya, susulan penahanan itu satu pasukan siasatan bebas akan ditubuhkan bagi mengenal pasti kelemahan dalam prosedur kewangan dalaman kementeriannya.

Tambahnya, langkah itu bagi menambah baik proses dalaman KBS bagi mengelak salah guna kuasa yang boleh menjurus kepada rasuah.

"Satu semakan segera terhadap segala mekanisme dalaman dam proses tadbir urus berkaitan penyaluran dana di KBS akan dilaksana.


SPRM
Antara barang rampasan dari suspek, termasuk cincin bernilai lebih RM600,000.

"Bagi tujuan ini saya telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara berkenaan penubuhan sebuah pasukan siasatan bebas untuk mengenalpasti kelompongan dan menambah baik proses dan prosedur kewangan dalam KBS.