Sabtu, 19 Mac 2016

Sudahkah Mahathir pulangkan RM100b aset UMNO?

Menurut blogger, 'ratusan pimpinan pembangkang tahu' kemewahan UMNO disimpan di bawah nama peribadi pelbagai pemegang amanah, proksi dan penama.
RPK
PETALING JAYA: Bekas presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar supaya menjelaskan mengenai aset RM100-RM200 bilion milik UMNO dan sudahkan aset ia dipulangkan kepada parti itu.
Blogger politik, Raja Petra Kamarudin menuduh Mahathir menukar parti Melayu itu daripada sebuah parti politik kepada syarikat korporat selepas pendaftaran parti itu dibatalkan dan dibentuk semula akibat perebutan kuasa Mahathir-Razaleigh pada penghujung 1980an.
Raja Petra membuat tuduhan itu dalam tujahannya terhadap Mahathir, yang mengerakkan kempen menjatuhkan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selepas berjaya mengulingkan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kempen Mahathir itu menyorot perhatian ke hal kewangan syarikat berkaitan kerajaan, 1MDB, dengan penekanan kepada deposit US$600 juta dalam akaun peribadi Najib yang menurut pemerintah sebenarnya derma politik dari Arab Saudi untuk pilihan raya umum 2013.
RPK dalam tujahannya berkata bekas perdana menteri itu telah berbohong dalam surat terbukanya kepada ahli-ahli UMNO minggu lalu, dalam cubaan menarik sokongan mereka untuk menjatuhkan Najib.
Beliau berkata Mahathir tidak menceritakan sepenuh kebenaran dan berbohong untuk mengambil kesempatan diatas generasi muda yang tidak arif akan sejarah UMNO dan dirinya.
Beliau berkata UMNO dihimpit masalah kewangan akibat daripada pembatalan pendaftaran parti itu oleh mahkamah selepas Tengku Razaleigh Hamzah hampir menumpaskan Mahathir dalam pemilihan parti 1987.
“Semua aset UMNO dibekukan dan banyak cawangan dan bahagian UMNO disaman oleh bank. Menjelang pilihan raya umum 1990, UMNO tidak berduit dan terpaksa merayu sumbangan daripada tauke-tauke kaya dan ahli-ahli perniagaan,” kata Raja Petra.
“Tentu sekali sumbangan itu bukan seikhlas hati,” tegasnya dan parti itu membalas ‘kemurahan hati’ penderma dengan konsesi dan kontrak melalui penswastaan aset kerajaan, pemberian permit dan cara lain.
“Bermula dari situlah UMNO bertukar daripada parti politik kepada entiti korporat,” tulis Raja Petra. Mahathir pada ketika itu memutuskan bahawa UMNO memerlukan berbilion ringgit untuk kempen sekiranya tidak mahu hidup susah.

DAP, Umno guna hudud untuk serang Pas, dakwa Abdul Hadi

ALOR SETAR - Pas mendakwa Umno dan DAP menggunakan isu hukum hudud sebagai ‘senjata’ untuk menyerangnya sejak sekian lama.
Presidenya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, serangan itu berjaya ditepis melalui penggubalan Undang-undang Kesalahan Syariah di Kelantan.
DAP, Umno guna hudud untuk serang Pas, dakwa Abdul Hadi “Kita masih mengadakan perbincangan awal dalam soal hudud sebab ia adalah isu undang-undang dan memerlukan isu kehakiman. Mesti dibetulkan konsep kehakiman terlebih dahulu.
“Sebab itu Pas mengalu-alukan titah ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong di Parlimen untuk menaiktaraf mahkamah syariah. Pas sudah beri penerangan sejak 1977,  sudah lama,” katanya kepada media selepas merasmikan Ijtimak Dewan Muslimat Pas Kedah sempena Karnival Jom Bersama Pas di Kompleks Pas Kedah, di sini, hari ini.
Menurutnya, penerangan itu dibuat melalui seminar dengan penglibatan semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum dikemukakan kepada undang-undang negeri.
“Sungguhpun begitu, sehingga hari ini masih belum dilaksanakan di Kelantan kerana perlu melalui proses demokrasi berparlimen,” katanya.
Mengulas mengenai penubuhan blok ketiga Pas dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang didakwa memberi kemudahan mudah untuk BN pada PRU14, beliau menafikannya.
“Kalah menang belum tahu lagi, bagi pilihan raya dulu. Mungkin puak ini (Pas) menang, kita tidak tahu. BN kalah atau Pakatan Harapan hilang begitu saja, kita tak tahu,” katanya.
Ditanya mengenai pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa blok ketiga pembangkang seolah-olah kosong tambah kosong sama dengan kosong, beliau menegaskan parti Islam itu tidak kosong.
“Pas tidak kosong kerana melalui persefahaman kita berjaya merampas Kelantan, Kedah dan Perak.
"Jatuhnya Perak bukan kerana Pas tapi sebab DAP dan PKR. Kena ingat itu, bukan sebab Pas lompat. Tapi orang DAP yang lompat,” katanya.

Polis akan ambil tindakan terhadap Jamal – KPN

Polis juga arah PBT supaya menurunkan Billboard atau papan iklan gergasi Anwar #Tahanan Politik kerana bertujuan menghasut dan mengelirukan rakyat
Khalid Abu Bakar
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berhubung ancaman membakar papan tanda ‘Bebas Rakyat, Bebas Anwar’ di beberapa kawasan di Selangor.
Selain itu, Khalid juga meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya menurunkan billboard atau papan iklan gergasi #BebasAnwar, #Bebas Rakyat dan #Tahanan Politik yang dipasang di beberapa kawasan di negeri itu.
Menurut Khalid, papan iklan untuk Anwar itu dilihat menghasut dan mengelirukan rakyat.
“@PDRM sedang ambil tindakan terhadap Datuk Jamal Yunus kerana ancam bakar poster. Pada masa sama PBT telah diminta turunkan Billboard yang menghasut.
“@PDRM kesan Billboard dengan kata-kata menghasut dan mengelirukan rakyat yang merujuk DSAI sebagai ‘Tahanan Politik’,” katanya di Twitternya.
Sebelum ini, Jamal telah mendesak kerajaan Selangor supaya menurunkan papan tanda kempen pembebasan Anwar dari penjara.
Kata Pengerusi Gabungan NGO-NGO Selangor itu, kerajaan PKR Selangor cuba membuat andaian bahawa Anwar merupakan tahanan politik dan bukannya pesalah jenayah sepertimana yang diputuskan mahkamah.
UMNO Selangor juga meminta pihak berkuasa menyiasat PBT di Selangor kerana membenarkan papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri itu.
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
Pensabitan itu mengundang kontroversi, dan Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh.

Polis halang NGO Jamal bakar papan tanda 'Bebas Anwar'


Hasrat Presiden Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia Datuk Jamal Md Yunus membakar papan tanda 'Bebas Anwar' di Sabak Bernam tidak tercapai apabila dihalang anggota polis.
Berikutan itu, Jamal berkata pihaknya akan membuat laporan polis berhubung pemasangan papan iklan berkenaan yang didakwanya jelas menghasut rakyat untuk tidak mempercayai sistem kehakiman negara.
"Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan tahanan politik, dia dijatuhkan hukuman kerana meliwat pembantunya," katanya kepada pemberita di Simpang Tiga, Jalan Loji, Sungai Besar di Sabak Bernam hari ini.
Anwar yang juga bekas ketua pembangkang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya pada 2008.
Jamal yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata papan iklan berkenaan juga tidak mempunyai sebarang nombor kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sementara itu, mengulas isu bapa kandung kepada anak angkatnya yang ditahan pihak berkuasa Indonesia, Jamal berkata pihaknya sedang menunggu dokumen dan maklumat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin untuk mengetahui kedudukan terakhir nelayan itu sebelum ditahan pada 3 Mac lepas.

‘Bar not busybody or political, just upholding rule of law’

Motion seeking AG’s resignation passed by M'sian Bar

MANA SATU KITA NAK PERCAYA?

Ini kata-kata yang dilafazkan Najib Razak hari ini - "kalau saya nak rompak, dah lama saya rompak hutan (balak) di sini (Pahang). Saya tak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tak ambil, saya tak ambil lombong bauksit, saya tak ambil apa-apa.
"Bila saya jadi Perdana Menteri, saya tak ubah pendirian saya, saya tidak ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya Perdana Menteri untuk rakyat."

Ewah..ewah...

Ini pula ucapan Muhyiddin Yassin dua hari lalu - "saya bukan jahat. Saya hanya mahu menyelamatkan UMNO dan satu-satunya cara untuk berbuat demikian ialah dengan menuntut Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan kemudian Presiden UMNO.

"Bila kita kata mahu deklarasi, mereka (pembangkang) juga nak buat, takkan itu pun salah saya?"

Demokrasi sebenar mampu rapatkan perbezaan identiti, ideologi


forum dap copy

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Malaysia masih dalam perjalanan menuju ke arah sistem demokrasi yang sebenar berikutan rakyat celaru tentang politik identiti negara kerana sentimen perkauman yang sering dimainkan kerajaan UMNO-Barisan Nasional.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata demokrasi yang sebenar dapat mengatasi halangan identiti kaum dan agama kerana ia membawa kepada keadilan dan kesetaraan.
Menurutnya, sistem demokrasi juga harus menjadi alat untuk kerajaan mendengar dan memenuhi keperluan rakyat sepanjang masa di semua peringkat.
Katanya, ia tidak boleh diamalkan dalam bentuk “one man, one vote, one time”, seolah-olah demokrasi hanya wujud setiap lima tahun sekali apabila adanya pilihanraya.
“Oleh sebab itu, bagi mengamalkan demokrasi yang sebenar, negara ini memerlukan perubahan rejim dan perubahan sistem politik,” ujar beliau di forum “Pendemokrasian ekonomi: Respons  Muslim Demokrat dan Sosial Demokrat” anjuran DAP di sini malam tadi.
Menurut Kit Siang, Malaysia sepatutnya menjadi contoh di peringkat global kerana mampu menyatukan pelbagai kaum dan agama melalui satu prinsip sama, iaitu demokrasi.
“Asas demokrasi ialah mendengar suara rakyat secara saksama. Justeru, ia harus digunakan bagi merapatkan jurang antara rakyat dari pelbagai latar belakang.
“Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh pemimpin dari ideologi politik berbeza untuk menyelamatkan Malaysia merupakan satu contoh bahawa kita berjaya menuju setapak lagi ke hadapan dalam mendukung prinsip tersebut,” katanya, menjelaskan bahawa DAP berjuang sejak 50 tahun lalu untuk memastikan demokrasi tulen menjadi amalan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, prinsip demokrasi juga selaras dengan ajaran dan nilai agama Islam yang menekankan keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat.

Nilai pelaburan menurun, unit amanah jatuh harga


Nilai pelaburan menurun, unit amanah jatuh harga

Ekonomi pada 2016 dijangka akan mengalami kelebapan jika tidak gawat. Kesan kelembapan ini bukan sahaja dirasai oleh syarikat besar namun kini mula menunjukkan kesan ke atas orang awam.
Menurut seorang suri rumah, Pauline Tan yang melabur secara kecil-kecilan, kemerosotan harga portfolio unit amanah yang dibelinya beberapa tahun lalu menghampakan beliau di tengah-tengah retorik PM Najib bahawa ekonomi kekal stabil dan cergas.
Beliau beranggapan nilai pelaburannya tidak akan naik tahun ini kerana sikap pentadbiran BN semakin menjauhkan pelabur dari Bursa Saham Malaysia.
Percubaan terbaharu menutup portal berita The Malaysian Insider kerana menyiarkan berita penyiasatan ke atas PM Najib, menurutnya, akan membawa risiko kekurangyakinan pelabur antarabangsa dan sekali gus memberi kesan kepada saham serta pelaburan ‘unit amanah’ miliknya.
“Perkara ini amatlah mengecewakan apabila para pemimpin negara kita selalu menguar-uarkan bahawa Malaysia ialah sebuah ‘model demokrasi’ yang membanggakan. Adakah ini ‘model demokrasi’ yang telah mengalami ‘Transformasi’ yang diheboh-hebohkan oleh kerajaan?” tanya.
Oleh itu, rakyat biasa mengalu-alukan inisiatif parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan yang telah menggesa kerajaan supaya serta-merta menghentikan penghalangan akses kepada kepada portal-portal berita agar suasana ekonomi yang telus dan mesra pelabur dalam diwujudkan.
Dilaporkan, selain The Malaysian Insider, Malaysia Chronicle dan berbelas-belas blog juga telah dihalang aksesnya pada lewat tahun lalu.

Najib langgar tradisi demokratik Umno, dakwa Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan rasa kesalnya apabila Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mengikut jejak langkah presiden-presiden parti sebelumnya untuk melakukan proses demokrasi terhadap parti.
Menurut bekas perdana menteri itu, Najib tidak mengikut jejak langkah pemimpin sebelumnya yang memilih demokrasi sebagai sistem pentadbiran parti dan negara.
 "Semua peralihan kepimpinan Umno berjalan dengan licin dan demokratik. Sepatutnya Najib juga harus guna cara ini dan membenar suara ahli didengari, perbahasan diadakan secara bebas berkenaan prestasinya.
"Tetapi (perkara itu) tidak (berlaku)," katanya dalam tulis terbaru di blognya.
Katanya, antara sebab sistem demokrasi dipilih ialah sistem tersebut memudahkan proses pemilihan pemimpin serta menukar pemimpin dalam parti dan negara.
"Hanya dengan undi ahli sahaja pemimpin boleh dijatuhkan atau dinaikkan," kata bekas presiden Umno itu lagi.
Dalam tulisannya itu, Mahathir turut menceritakan tentang sejarah bagaimana presiden Umno yang pertama Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatannya apabila mencadangkan untuk membuka parti Melayu itu kepada semua rakyat Malaysia.
Selepas peletakan jawatan Onn, bekas perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman telah dipilih untuk menggantikannya.
Ketika itu tiada percubaan yang dilakukan oleh presiden Umno pertama itu untuk memaksa parti mengekalkan dirinya, kata Mahathir.
"Kemudian selepas mencapai prestasi yang kurang baik dalam PRU 1969, Tunku, apabila sedar dianya tidak popular lagi menyerah kepimpinan Umno kepada timbalannya Tun Razak walaupun Tunku khuatir akan kesetiaan Tun.
"Tunku letak jawatan dan peralihan kepimpinan Umno berlaku tanpa masalah," katanya.
Beliau juga menceritakan apabila prestasi bekas perdana menteri kelima, Tun Abdullah Badawi yang kurang baik dan Najib cuba mempengaruhi Abdullah supaya bersara dan menyerahkan jawatan kepadanya.
Ekoran itu, kata Mahathir, peralihan kuasa berlaku tanpa sesiapa digugurkan daripada Umno atau letak jawatan.

Najib terus menjaja cerita lagi hari ini kat Kuantan... 'Kalau nak rompak, dah lama saya rompak'....

MASIH INGAT, pada mulanya Najib menafikan duit RM2.6 bilion takkan masuk dalam akaun peribadi Najib.. Last2 kantoi gak, SPRM sendiri mengesahkan mmg wujud masuk dlm akaun peribadi Najib sendiri !!!

Anda boleh fikir dan menilakannya sendiri wajah sebenar pemimpin munafik yang suka berbohong...

Mereka hidup mewah kerana simpan duit sejak dari kecik lagi...

Kami 'percaya' Najib satu2nya pemimpin bugis UMNO yg tak curi harta rakyat. Najib kaya hidup mewah, Rosmah pon hidup senang lenang penuh kemewahan lagi boros BUKANNYA CURI HARTA RAKYAT...

Selagi nyawa kamu dikandung badan, tipu & perbodohkanlah kami.. Satu hari nanti pasti kamu di bawah jua..

Setiap hari nama MALAYSIA semakin 'harum' di mata dunia sejak Najib Rosmah menerajui negara..

TERKINI !!!.. Isu USD1 bilion dalam akaun peribadi Najib terus jadi perhatian dunia, kali ini ia dipaparkan dalam Majalah Time edisi Mac 2016..

Sudah pasti penyokong Najib bangga, kembang kempis hidung & bontot mereka...

p/s: Sekali lagi majalah asing telah memalukan & memburukkan nama M'sia & PM kita di mata dunia.. HARI APA PULA NAJIB NAK SAMAN MAJALAH TIME !!!

Kerajaan BN abai krisis ekonomi punca ibubapa mencuri

PM perlu tangani masalah pemberhentian pekerja, pengangguran dan GST; sebaliknya mengambil langkah yang tidak membantu rakyat seperti pengambilan pekerja warga asing.
Lee Khai Loon
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak supaya tidak lagi mengabaikan krisis ekonomi yang menjadi punca tekanan hidup makin meruncing.
ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon berkata perkara yang memerlukan perhatian mendesak adalah pemberhentian pekerja dan penggangguran, kesan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai Ringgit serta rasuah yang berleluasa.
Namun, pemimpin muda PKR itu mendakwa, kerajaan lembam menangani perkara tersebut; malah mengambil langkah yang tidak membantu rakyat seperti pengambilan pekerja warga asing untuk mengisi keperluan pasaran.
“Ini bukan masalah individu sahaja, tetapi adalah kelemahan sistem kerajaan yang tidak dapat mempertahankan maruah rakyat dan hak asasi kehidupan mereka.
“Perdana Menteri gagal dalam mengkaji semula jaringan keselamatan sosial yang sedia ada, malah memotong peruntukan untuk kebajikan rakyat serta keberkesanan perlaksanaan Bantuan Am yang membantu keluarga miskin untuk melalui cabaran hidup,” tegas Khai Loon dalam satu kenyataan yang diterima FMT.
Baru-baru ini, seorang bapa kepada tiga orang anak didapati mencuri barangan makanan bernilai RM27.00 dari Pasar Raya Tesco di Alma, Bukit Mertajam untuk anak-anaknya yang berada dalam kelaparan.
Sebelum itu, seorang wanita dihukum penjara satu hari dan denda RM200 kereana mencuri sepeket Milo untuk anaknya yang berusia dua tahun.

Umno Kelantan tolak ahli bersekongkol dengan DAP


 Umno Kelantan tolak ahli bersekongkol dengan DAP

KOTA BHARU - Umno Kelantan menolak usaha mana-mana pihak termasuk bekas pemimpin parti yang bersekongkol dengan DAP bertujuan untuk menjatuhkan parti atau pemimpin negara.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, DAP tidak akan diberi ruang dalam negara dan apa jua deklarasi yang dibuat bersama parti itu tidak akan dipersetujui.
"DAP tiada tempat di negara kita dan kita tidak rela pemimpin bersekongkol dengan musuh untuk mencapai cita-cita mereka," katanya ketika Himpunan Deklarasi Umno Kelantan di perkarangan Bangunan Umno, di sini, hari ini.
Dalam himpunan yang disertai lebih 3,000 ahli di seluruh bahagian, beliau turut membaca tujuh perkara deklarasi ketua Umno bahagian dan kepimpinan akar umbi Umno seluruh Kelantan.
Ditanya adakah tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, dalam penyertaan Deklarasi Rakyat, boleh mempengaruhi ahli Umno, beliau menegaskan perkara itu tidak boleh diperlekehkan.
"Kita kena ambil perhatian dalam isu ini dan turun memberi penerangan sewajarnya kepada rakyat terutamanya ahli Umno.
"Sebagai negara demokrasi, kita perlu menyelesaikan isu ini secara lebih jelas," katanya lagi.

Rakyat tak perlu pedulikan 'deklarasi Mahathir' sembang Najib



Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat negara ini tidak perlu mempedulikan gerakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pembangkang menerusi 'deklarasi Mahathir' kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.
Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat dengan melaksanakan pelbagai program yang dapat memenuhi kehendak selain memastikan semua akujanji pada manifesto pilihan raya umum lepas dapat dipenuhi.
Beliau berkata apa yang penting bukan deklarasi atau surat tetapi tindakan yang boleh menguntungkan rakyat seperti projek perumahan mampu milik yang sedang dilaksanakan kerajaan.
"Apa guna memekik sana, memekik sini? Melaung sana, melaung sini? Orang yang dulu maki hamun kita, kita pula dakap dia. Ini tidak patut. Apa yang patut adalah untuk kita jaga hati rakyat," katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penyerahan kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pri1ma) Pahang di Perumahan Makmur Sri Fajar Jaya, Jalan Kuantan-Gambang di Kuantan hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Najib yang juga presiden Umno percaya rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan jika kerajaan berkerja keras, tidak sombong dan bersikap rendah diri.
Perdana menteri sekali lagi berikrar akan terus beristiqamah dalam perjuangannya dengan fokus kepada pembangunan ekonomi negara kerana perkara itu memastikan peluang pekerjaan bertambah, meskipun dirinya 'diserang' daripada pelbagai sudut.
"Sebab itu kita kena berusaha tidak membuat angkara atau kata-kata yang buat orang pandang serong pada Malaysia. Bila di luar, saya jumpa dengan ahli kongres Amerika Syarikat dari parti Republican atau Democrat. Mereka tidak burukkan Amerika walaupun dari parti berlainan.

Samy Vellu sokong pentadbiran Najib

Najib menunaikan tugasnya dengan amat baik dan rakyat negara ini berpuas hati dengan kepimpinan beliau, kata bekas Presiden MIC
samy najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri S Samy Vellu berkata, tiada siapa pun yang berjumpa beliau untuk memintanya menandatangani ‘Deklarasi Mahathir’ kerana mereka tahu beliau menyokong penuh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Bekas presiden MIC itu berkata, beliau percaya kumpulan di sebalik deklarasi itu, termasuk pemimpin pembangkang, sedar tentang pendiriannya mengenai perkara itu.
“Saya adalah penyokong kepimpinan sekarang dan keputusan rakyat (yang memilih kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum lepas).
“Soal perkauman sudah terhapus… itu lebih penting bagi kami daripada penentangan remeh yang beliau (bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) cuba wujudkan.
“Saya sentiasa menyokong Perdana Menteri yang mentadbir sekarang,” kata Samy Vellu, yang juga Duta Khas Malaysia Ke India dan Asia Selatan bagi Infrastruktur.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian Anugerah Pencapaian Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Ke-14 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Turut hadir, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan. Samy Vellu berkata, Najib menunaikan tugasnya dengan amat baik dan rakyat negara ini berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

AMANAH terbuka kepada kerjasama dengan PAS-IKATAN

AMANAH mengumumkan kesediaan itu selepas pemimpin DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berkata PH tidak berminat
Salahudin Ayub
KUALA LUMPUR: AMANAH sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak termasuk PAS-IKATAN sekiranya mahu bekerjasama menumbangkan BN.
Timbalan Presidennya, Salahudin Ayub mengumumkan kesediaan itu ketika ditemui pemberita seusai penyerahan memorandum bantahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke Istana Negara,
“Daripada awal AMANAH ditubuhkan, kita buka pintu kita untuk semua orang. Namun PAS tetap kata kita pengkhianat, kita tak boleh dilayan, kita parti serpihan dan tak panjang umur.
“Itu mereka, tetapi AMANAH sampai hari ini kita buka pintu kita demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya, apabila ditanya samada AMANAH sedia bekerjasama dengan blok pembangkang baharu.
AMANAH kini berada dalam satu blok pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan bersama-sama PKR dan DAP. PAS, mengisytiharkan pembentukan blok pembangkang kedua bersama Parti Ikatan Rakyat Malaysia (IKATAN), baru-baru ini.
Sebelum ini, PKR berkata pembangkang mempunyai peluang yang lebih baik menghadapi cabaran BN dalam pilihan raya umum melalui perlawanan satu lawan satu.

CEO Pelaburan Mara lapor polis terhadap Rafizi dan NOW


Ahmad Nazim Abdul RahmanAhmad Nazim Abdul RahmanKetua Pegawai Eksekutif Pelaburan Mara Berhad (PMB), Ahmad Nazim Abdul Rahman hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli serta Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW).
Ahmad Nazim berkata, sejak tahun lalu, Rafizi serta badan pemantaunya itu telah berulang kali menuduh dirinya mempunyai kaitan dengan urus niaga hartanah Dudley House di Melbourne, Australia.
Beliau mendakwa ahli Parlimen Pandan itu telah mengeluarkan kenyataan fitnah pada 20 Oktober tahun lalu, 16 Februari dan Mac ini terhadap dirinya antaranya mendakwa beliau mempunyai kepentingan dalam urus niaga hartanah tersebut.

"Hari ini saya buat laporan polis terhadap Rafizi atas tuduhan yang berulang kali yang beliau lakukan ke atas saya berhubung urus niaga hartanah Dudley House.
"Saya selaku ketua pegawai eksekutif PMB tak ada kaitan secara langsung atau tidak langsung kerana syarikat PMB dan Mara Inc dua syarikat berbeza dan tak ada sebarang kuasa ke atas apa-apa keputusan yang diambil oleh Mara Inc dan pembelian hartanah berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Selain itu, beliau berkata, laporan polis itu juga dibuat bagi menangkis dakwaan yang mengaitkan dirinya mempunya konflik kepentingan dalam urusniaga bangunan tersebut.
"Saya tegaskan bahawa saya tak ada kepentingan langsung. Tak ada langsung. Saya bukan pemilik atau pengarah dalam syarikat-syarikat yang dinamakan Rafizi.
"Jadi saya bukan berada dalam kedudukan konflik kepentingan dalam urusniaga ini selaku ketua pegawai eksekutif Pelaburan Mara," katanya lagi.

Akta MKN: Amanah serah memorandum sebab risau salah guna


Amanah serah memorandum sebab risau salah guna

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah agar menolak Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan itu diambil Amanah sebagai tanggungjawab kepada negara.

"Memorandum ini berkisar kepada mohon perkenan Agong, Majlis Raja-Raja untuk menolak MKN 2015.

"Memorandum ini satu penegasan demi masa depan negara. Ini bukan masalah Majlis Raja-Raja, parti politik tapi ini masalah keselamatan negara," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu di Istana Negara, hari ini.

Memorandum berkenaan diterima Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara, Mohd Husni Yusop.

"Apabila kuasa darurat itu ada sepenuhnya di tangan perdana menteri, kita boleh bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya beliau rasa tergugat? Terutama dalam isu-isu pilihanraya di mana mereka kalah atau menang tipis, maka hanya dengan dua, tiga kawasan Parlimen itu, mereka boleh isytihar darurat...Parlimen boleh digantung, Dewan Rakyat tidak boleh bersidang dan sebagainya.

"Sebab itu, Amanah melihat ini melibatkan kepentingan negara dan mengambil tanggungjawab menyerahkan memorandum ini kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Dalam Memorandum itu, Amanah menyebut bahawa undang-undang tersebut melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana terdapat beberapa peruntukan dalam MKN 2015 itu mengambil alih kuasa Yang Dipertuan Agong.

PAS, IKATAN belum bincang hudud secara terperinci – Hadi

Abdul Hadi Awang menyifatkan sistem kehakiman perlu diperbetulkan sebelum pelaksanaan hudud dibuat.
Hadi Awang
ALOR SETAR: PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hanya mengadakan perbincangan awal mengenai pelaksanaan hudud selepas kedua-dua parti itu menjalinkan permuafakatan baru-baru ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata kedua-dua parti itu belum membincangkan dengan terperinci mengenai hudud.
“Perbincangan secara umum kerana baru ditubuhkan, belum terperinci lagi. Isu hudud adalah isu undang-undang… mesti dibetulkan konsep sistem kehakiman terlebih dahulu,” katanya selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-65 PAS di Dewan Kompleks PAS di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah portal yang memetik Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebagai berkata, bahawa Ikatan dan PAS sependapat yang hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia.
Rabu lalu, PAS mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama IKATAN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Azalina: Biasiswa JPA tak dimansuh, tapi ikuti pengajian dalam negeri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah memansuhkan sebarang biasiswa JPA seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak, tetapi diteruskan untuk mereka mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di dalam negara.
"Dengan ini saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah memansuhkan biasiswa JPA sebagaimana yang didakwa oleh pelbagai pihak.
"Bagi tahun 2016 sahaja kerajaan telah memperuntukkan RM1.65 bilion bagi menanggung biasiswa pelajar tajaan JPA.
"Saya dengan ini ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah dibatalkan apa-apa biasiswa JPA seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak.
"Ini jelas menunjukkan kerajaan tidak pernah mengenepikan soal pendidikan, justeru, saya berharap semua pihak tidak mempolitikan isu ini dan mengelirukan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azalina berkata berita mengenai jawapan Parlimen di mana beliau menyatakan anggaran jumlah kos dijimatkan bila kerajaan membatalkan 744 biasiswa untuk melanjut pelajaran ke luar negara adalah RM24 juta dan ia telah mendapat reaksi banyak pihak.
Ahli Parlimen Pengerang itu, yang juga menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, menjelaskan bahawa beliau menjawab soalan Teresa Kok, ahli Parlimen DAP Seputeh, mengenai jumlah kos yang dijimatkan bila kerajaan mmbatalkan biasiswa 744 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke uar negara tahun ini.

Cara Paling Mudah Melayari Laman Web/Blog Di Sekat Melalui Handfon

Saya masih lagi menerima pertanyaan dari rakan2 macamana nak buka blog/web yang masih disekat oleh SKMM.  Ramai yang pakai handfon je jadi bila kita minta mereka download apa2, mereka iya kan saja tapi bukannya mereka nak buat ! 

OK, di sini saya tunjukkan secara bergambar salah satu cara paling mudah untuk anda melayari laman2 yang disekat oleh SKMM jika menggunakan handfon.








1 - Mula2 KLiK ikon CHROME seperti di atas. Benda ni semua handfon ada.








2 - Kemudian KLiK 3 titik di penjuru kanan atas tu ....






3 -  KLiK Data Saver SETTING seperti gambar di atas



4 - ON kan data saver

MERDEKA ! Gunakan/KLiK CHROME setiap kali anda mahu melayari internet. Anda sudah bebas....

Apakah Masih Ada Pihak Yang SIasat 1MDB, RM2.6 Bilion dan SRC RM42 juta ?


Apa lagi perkembangan yang masih boleh dinantikan oleh rakyat dalam mencari kebenaran di sebalik isu 1MDB, RM2.6 bilion dan SRC RM42 juta ? Apakah ada pihak yang masih menyiasat ?

1MDB 

PAC - Ketua Audit Negara sudah selesai siasat tapi laporan itu diOSAkan. Kini laporan itu ada pada PAC yang akan bentangkan laporan mereka kepada Parlimen. Selepas itu baru laporan Ketua Audit akan bebas OSA. 

Saya tidak pasti apakah laporan Ketua Audit atau laporan PAC atau kedua2nya sekali yang akan dibentangkan di Parlimen. Begitu juga saya tidak yakin dengan dakwaan kononnya selepas PAC bentang laporan di Parlimen, laporan Ketua Audit tidak lagi jadi rahsia. 

Dari PAC kita harap dapat penjelasan mengenai keputusan2 meragukan yang dibuat oleh 1MDB terutamanya berkaitan kerjasama 1MDB-Petrosaudi contohnya kenapa tergesa2 buat keputusan, kenapa diluluskan pembayaran US$700 juta kepada akaun bukan milik 1MDB-Petrosaudi, kenapa menipu Bank Negara Malaysia semasa mengisytiharkan pengeluaran untuk dilaburkan dalam Petrosaudi, apa cerita tentang Just Unit, apa cerita tentang deposit dan option IPIC, kenapa beli IPP harga mahal, apa cerita tentang cagaran pinjaman dengan Deustch Bank sehingga bank itu kejar pembayaran awal dari 1MDB dll.... 

Pendek kata - PAC harus ada jawapan kepada persoalan2 kewajaran / justifikasi sesuatu keputusan meragukan itu dibuat. Bukankah itu tujuan PAC menyoal saksi2 kan ?

Rakyat juga nak tahu kenapa rakyat diminta berbangga dengan 1MDB ini yang menyusah rakyat sehingga terpaksa jual aset kepada pihak luar hanya untuk langsaikan hutang !

Sama2 kita tunggu perkembangannya ...... cuma perlu diingat, Laporan PAC dengan Laporan Ketua Audit adalah dua perkara yang berbeza. 

Polis "Kalau kita tidak tunggu siasatan Ketua Audit Negara ini, siasatan kita tidak lengkap. Kita perlu kenal pasti kesalahan untuk kita jalankan siasatan," katanya sambil menambah bahawa pihaknya perlukan laporan Ketua Audit negara sebelum ia boleh menyelesai siasatan. ( Mkini 13 Okt 2015 ) . 

Tapi sejak laporan Ketua Audit itu siap, tidak kedengaran pula yang pihak Polis sudah menyambung siasatan mereka ke atas 1MDB. Dan tidak pula kita baca yang laporan itu ada diserahkan kepada pihak Polis. Mungkin ada cuma tidak dihebahkan .......

Kita juga masih menanti hasil siasatan pihak Polis yang telah berjumpa dengan Xavier Justo di Thailand. Apakah benar fakta2 yang disebar oleh Sarawak Report dan The Edge merupakan fakta palsu yang sudah diubahsuai dari apa yang mereka terima dari Justo ?

Di harap dapat ditunjukkan fakta mana yang palsu itu .....

Pihak Luar Negara - Yang ini kita tak boleh nak komen apa2, kita hanya mampu tunggu saja apajua pendedahan mereka.

So ... selain dari PAC dan Polis, pihak mana lagi yang boleh kita tunggu perkembangan mengenai 1MDB ?

1MDB - Hujung bulan Mac adalah tarikh akhir 1MDB kena siapkan lapuran akaun tahun 2014 setelah diberi lanjutan sehingga setahun. Untuk laporan 2015, 1MDB punya 6 bulan untuk disiapkan ..... itupun kalau tidak minta tangguh.

Dikatakan transaksi penjualan Edra kepada CGN juga akan diselesaikan pada bulan Februari 2016. Bulan Februari dah berlalu, apakah semuanya sudah selesai ? Boleh ceritakan tentang harga jualan RM9.83 bilion dan berapa sebenarnya hutang yang turut diambilalih oleh CGN ?

Mengenai perjanjian tukar aset 1MDB-Ipic, sebab 1MDB dan kerajaan suka berahsia, maka kita kena tunggu sehingga bulan Jun untuk dapatkan info tepat apa dan berapa sebenarnya yang terlibat.

Najib - Najib nak tampil jawab ? Hahahahahaha .....


Hmmmm ..... mohon tambah jika saya tertinggal apa2 maklumat.


RM2.6 bilion

AG dah arah supaya tutup kes. Tapi rata2 rakyat masih membicarakannya kerana terlalu banyak persoalan yang tidak dijawab dan dibiarkan tergantung. 

- Apa buktinya yang duit itu merupakan derma politik ?

- Apa buktinya yang duit itu dibelanjakan sebagai derma politik ? 

- Apa buktinya yang RM2.03 bilion sudah dikembalikan kepada penderma ?

- Benarkah hasil siasatan SPRM kata yang Najib tidak bersalah ?  Jika iya, kenapa perlu AG kembalikan kertas siasatan kepada SPRM ?

- Bagaimana dengan tafsiran undang2 SPRM sendiri yang menyatakan penjawat awam yang menerima derma adalah merupakan satu kesalahan ?

'Kalau nak rompak, dah lama saya rompak' - Najib

 'Kalau nak rompak, dah lama saya rompak'
KUANTAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad untuk terus berjuang mempertahankan kepimpinannya demi pembangunan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.
Najib berkata, beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.
"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.
"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.
"Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat," katanya pada majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Najib yang juga Presiden Umno percaya rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan jika kerajaan berkerja keras, tidak sombong dan bersikap rendah diri.

Pegawai kanan kerajaan BN ditahan seleweng dana RM100j

PUTRAJAYA – Seorang Setiausaha Bahagian di sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 17 Mac lalu selepas disyaki terlibat dalam sindiket menyeleweng dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, lapan lagi suspek ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya merupakan kontraktor.
Pegawai kanan kerajaan ditahan seleweng dana RM100j Menurutnya, pegawai kerajaan berkenaan disyaki menjadi 'mastermind' yang mengarahkan salah sebuah agensi kementerian itu membuat bayaran kepada kira-kira 14 buah syarikat kontraktor bagi tujuan menjayakan program-program berkaitan sukan yang tidak wujud.
“Pegawai kanan yang berusia 56 tahun itu telah mula berkhidmat dengan kementerian tersebut sejak 1998 dan dilantik sebagai setiausaha bahagian kira-kira lapan tahun lalu.
“Hasil siasatan awal, kegiatan sindiket ini telah berlaku sejak 2010 sehingga sekarang dan SPRM tidak menolak kemungkinan kegiatan penyelewengan itu telah berlaku beberapa tahun sebelum itu,” katanya dalam satu sidang media, di sini.
Beliau berkata, pegawai kanan tersebut menerima habuan daripada pihak kontraktor antaranya rumah, kereta mewah, pembayaran insuran dan unit amanah bernilai jutaan ringgit selain penggunaan kemudahan kad kredit supplementary serta pengubahsuaian rumah.
“Suspek juga didapati hidup terlalu mewah sehingga mampu membeli jam tangan dan beg tangan berjenama, pakaian serta barangan kemas yang ada diantaranya bernilai RM600, 000 selain kerap ke luar negara menggunakan penerbangan kelas pertama.
“Anggaran suapan yang diterimanya adalah mencecah RM20 juta dan SPRM telah bertindak menyita sejumlah 69 akaun bernilai RM8.33 juta, selain membekukan semua aset-aset miliknya bagi memberi laluan kepada siasatan yang dijalankan. Kesemua suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula 18 Mac,” katanya.

Demokrasi Dan Najib

Oleh Tun Mahathir
1. Diwaktu UMNO ditubuh, pemimpin dan ahli UMNO pada ketika itu pilih demokrasi sebagai sistem pentadbiran parti dan juga negara.

2. Diantara sebab demokrasi dipilih ialah kerana demokrasi mempermudahkan pemilihan pemimpin dan penukaran pemimpin dalam parti dan negara.

3. Hanya dengan undi ahli sahaja pemimpin boleh dijatuhkan atau dinaikkan.


4. Demikian apabila Dato Onn mencadang membuka parti kepada semua rakyat Malaya, UMNO tolak. Dengan itu Dato Onn letak jawatan dan Tunku dipilih untuk menggantinya. Tidak ada percubaan oleh Dato Onn sebagai Yang Dipertua UMNO memaksa UMNO mengekalkan dirinya.

5. Kemudian selepas mencapai prestasi yang kurang baik dalam PRU 1969, Tunku, apabila sedar dianya tidak popular lagi menyerah kepimpinan UMNO kepada timbalannya Tun Razak walaupun Tunku khuatir akan kesetiaan Tun. Tunku letak jawatan dan peralihan kepimpinan UMNO berlaku tanpa masalah.

6. Pada tahun 1987 Tengku Razaleigh dan Musa Hitam mencabar saya sebagai Presiden parti. Kempen bebas dilakukan oleh kedua-dua pihak. Tidak ada siapa yang dipecat. Ada menteri yang memihak kepada Team B. Mereka bebas berkempen diseluruh negara. Tidak ada arahan menyekat pemimpin Team B berjumpa dengan bahagian, cawangan atau ahli UMNO. Tidak ada apa-apa ugutan untuk dibuang dari parti. Tiada siapa yang dibuang dari parti atau disoal oleh polis.

7. Pengundian dibuat secara bebas seasa mesyuarat agung parti. Semua pemimpin dan ahli mengundi secara sulit.

8. Hasilnya saya menang hanya 43 undi dan Encik Ghaffar Baba 41 undi walaupun 80% dari bahagian-bahagian mencalonkan kami berdua.

9. Selepas itu kabinet disusun semula dan beberapa menteri dari Team B diterima masuk kabinet.

10. Tengku Razaleigh membawa kes ke mahkamah dan UMNO hilang kesahihannya dan didakwa haram.

11. Dalam menyusun semula ahli-ahli UMNO bebas untuk kembali kepada UMNO atau menyertai Parti Semangat 46.

12. Demikian juga apabila prestasi Tun Abdullah kurang baik, Najib dapat mempengaruhi Abdullah supaya bersara dan menyerah jawatan Presiden kepadanya. Peralihan berlaku tanpa sesiapa digugur daripada UMNO atau letak jawatan.

13. Semua peralihan kepimpinan UMNO berjalan dengan licin dan demokratik. Sepatutnya Najib juga harus guna cara ini dan membenar suara ahli didengari, perbahasan diadakan secara bebas berkenaan prestasinya.

14. Tetapi tidak.

15. Najib bertindak keras dan mengguna kuasa sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri untuk menghalang sesiapa yang cuba mempengaruhi kedudukannya.

Hutang kerajaan negeri Pahang ketelusan Adnan dipertikai Pemuda Pas


Hazmi DobokHazmi Dobok
Pemuda Pas Pahang menyatakan kebimbangan dengan fakta yang dilaporkan dalam persidangan Dewan rakyat baru-baru ini berkaitan hutang Kerajaan Pahang.
Ketuanya Hazmi Dobok berkata, Pahang mencatatkan hutang tertinggi kepada Kerajaan Persekutuan berbanding negeri-negeri lain sebanyak RM2.9 bilion.
Menurutnya, walaupun Perdana Menteri menyatakan pinjaman tersebut bertujuan membiayai projek kemudahan asas untuk faedah rakyat dan sebagainya, tetapi ia menimbulkan persoalan tentang kebijaksanaan kerajaan Umno/BN di kepimpinan Adnan Yaakob dalam mengurus sumber kewangan negeri.
“Kebijaksanaan mengimbangi pendapatan dan pembelanjaan dan mengurus sumber hasil negeri boleh menimbulkan pertikaian.
“Rakyat berhak tahu adakah hasil pendapatan negeri memang tidak mencukupi? sampai bilakah kerajaan negeri akan terus dibelenggu hutang,” soal beliau dipetik media rasmi parti.
Katanya rakyat Pahang harus didedahkan dengan data terperinci berkenaan hutang dan mekanisme kerajaan untuk melangsaikannya agar tiada keputusan-keputusan pelik yang dibuat berkaitan kepentingan dan keutamaan rakyat terjejas disebabkan oleh hutang.
Katanya lagi, fakta berkaitan hutang ini amat mengejutkan kerana Adnan Yaakob dilihat sering mewarwarkan kompetensi kepimpinan pentadbirannya. Dengan mewarwarkan kecekapan kepimpinan pentadbirannya.
“Keburukan berhutang iaitu boleh membawa kepada pembohongan dan mungkir janji, keduanya adalah sifat orang munafik, itulah yang diajar oleh Islam kepada umatnya supaya berhati-hati dalam masalah hutang,” jelas Hazmi

PH tidak berminat bekerjasama dengan PAS-IKATAN – LGE

Kemelut antara DAP dan PAS sebelum ini membuatkan rakan komponen PH hilang kepercayaan.
Lim-Guan-Eng11GEORGE TOWN: Pakatan Harapan tidak berhasrat menjalin sebarang kerjasama dengan blok baharu pembangkang antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika menegaskan perkara itu berkata asas kerjasama dengan PAS sudah tidak wujud lagi apabila parti itu tidak berpegang kepada prinsip dan hala tuju pakatan pembangkang.
Katanya untuk menjadi rakan sekutu apa yang penting adalah kepercayaan antara satu sama lain, namun kemelut yang berlaku antara DAP dan PAS sebelum ini membuatkan DAP hilang kepercayaan kepada bekas rakan sekutunya itu.
“Saya rasa susah untuk (bekerjasama dengan) PAS dan Ikatan kerana mereka menunjukkan mereka lebih mirip kepada UMNO dan Barisan Nasional. Kenyataan yang mereka buat tidak konsisten.
“Saya rasa asas kerjasama sudah tidak wujud lagi iaitu kepercayaan … yang penting ialah apa yang anda setuju dalam mesyuarat mesti berpegang di luar. Apabila ini tidak dilaksanakan sukar bila tidak ada kepercayaan antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) di Taman Botani, di sini Sabtu.
Lim berkata demikian ketika ditanya sama ada Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara akan bekerjasama dengan gabungan PAS-Ikatan bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak nanti.
Pada Rabu lepas, PAS mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Ikatan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Segera siasat saya, Guan Eng beritahu SPRM


Lim Guan Eng

GEORGETOWN -  "Saya gesa SPRM (Suruhanraya Pencegahan Rasuah) segera siasat saya," tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung pembelian rumah banglonya di Jalan Pinhorn, di sini, hari ini.
Guan Eng berkata, beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada SPRM dalam siasatan itu berikutan yakin tiada sebarang unsur amalan rasuah dalam isu pembelian rumahnya dengan penjualan tanah di Taman Manggis.
Menurutnya, isu pembelian rumahnya adalah satu fitnah jahat dan taktik politik kotor untuk menyerangnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Kali ini sungguh cepat maklum balas oleh SPRM terhadap kes saya. Saya tidak mempunyai masalah untuk membantu siasatan malah saya gesa segerakan siasatan ini kerana saya percaya, tiada unsur rasuah dalam kes ini. Namun apa yang menghairankan, SPRM negeri ada menyatakan pernah menjalankan siasatan sebelum ini berkaitan penyewaan rumah saya pada 2009.
"Sekiranya benar, mengapakah SPRM tidak membuat pengumuman kepada orang awam sejak 2009 bahawa ia tidak berasas? Saya tidak pernah disoalsiasat oleh SPRM berkaitan dengan penyewaan rumah saya sebanyak RM5,000 sebulan sebelum saya membelinya," katanya.
Terdahulu, Guan Eng mendakwa transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn yang berharga RM2.8 juta itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual tanpa sebarang paksaan.
Guan Eng berkata, transaksi itu berasaskan kesanggupan secara bebas dan rela hati di antara beliau dan penjual yang membawa kepada rumah jenis banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn yang berusia 30 tahun itu dibeli dengan harga berkenaan.

Muhyiddin: Dipecat? Saya patutnya jadi yang terakhir

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkali-kali menegaskan beliau tidak takut dipecat kerana bersikap kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun perdana menteri.
Persoalannya timbul sama ada beliau akan dipecat, lebih-lebih lagi selepas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berjaya disingkirkan kumpulan pro-Najib.
Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan penyertaan Muhyiddin dalam acara Deklarasi Rakyat yang menuntut pengunduran Najib yang diketuai pengkritik nombor satu Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jika itu berlaku, apakah ia dikira jalan buntu kepada masa depan politik Muhyiddin atau suatu permulaan kepada perlawanan baru oleh timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu?
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Muhyiddin mengupas isu ini.
Beliau bagaimanapun enggan “berkalau-kalau” tentang kemungkinan yang bakal berlaku dengan alasan ia hanyalah “andaian”.

Berikut sedutan wawancara bersama Muhyiddin di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Khamis:
Malaysiakini: Tan Sri sebelum ini bersumpah dengan nama Allah tak nak jadi perdana menteri. Sekarang sudah mengalah?
Muhyiddin: Saya seorang Islam dan saya percaya segala-galanya ketentuan Allah. Maknanya walaupun kita ada hasrat dan niat dan ada matlamat, segalanya ketentuan Allah, tentukan termasuklah soal masa depan saya, soal apa yang dah berlaku pada saya.
Bagi saya, penting untuk kita melihat situasi dan keadaan pada hari ini. Dan sebagai seorang Islam, pejuang yang telah lama dalam politik, apa yang boleh kita lakukan, untuk menentukan bangsa agama, negara terselamat, lebih-lebih lagi dalam keadaan mencabar pelbagai masalah kita hadapi.
Itu yang lebih banyak masuk dalam pemikiran saya sepanjang masa, bukan soal peribadi dan saya nak jadi apa pada saya tidak pernah terlintas.
Ketika kamu temuramah saya sekarang ini, saya sudah tidak ada jawatan dalam kerajaan. Ada pihak menyatakan kalau saya tidak beri pandangan dan luah kepada perdana menteri, saya mungkin masih kekal sebagai timbalan perdana menteri.
Ia bukan soal apa yang harus saya dapat, tapi apa yang harus saya lakukan sebagai amanah, tanggungjawab pemimpin kebajikan masyarakat dan kesejahteraan rakyat dan negara. Itu yang saya pertimbangkan.
Pendapat Tan Sri, Tan Sri nampak lemah kalau tak capai jadi perdana menteri?
Saya tak pernah memikirkan perkara itu. Saya tak pernah merencana selepas ini saya mahu ke sana (jadi perdana menteri), walaupun politik macam orang lain ada cita-cita harapan, jangkaan. Tapi saya sebagai Melayu, Umno matlamat perjuangan saya, bukan jawatan yang saya kejar. Mungkin ramai yang tak fikir begitu tapi itu asas saya.
Amal ibadah yang saya lakukan mesti mendapat pahala pasal kita ada pertimbangan dunia akhirat, syurga neraka, pahala dan dosa. Saya tak pernah fikir begitu sebab dalam politik ini kalau kita dilihat sebagai terlalu ambitious merencana hala tuju kita, kedudukan peribadi kita, saya lihat dalam sejarah politik, mereka tidak akan lama.
Bagi saya tidak apa, ini episod yang terpaksa saya lalui, ada zaman senang , ada zaman susah tapi saya tidak rasa lemah dan saya tabah menjalaninya.
Kini jalan ke depan Tan Sri Nampak tersudut, dari seorang TPM, timbalan presiden Umno yang digantung tugas, apa jalan ke depan politik Tan Sri?
Apa yang berlaku saya terima dengan reda. Mungkin lepas ini ada yang kata saya boleh dipecat dari Umno. Tapi itu tak putus semangat juang saya sebab saya berjuang atas dasar hak saya. Mungkin ada yang dengar rasa pahit, tergugat, itu masalah mereka. Tapi tanggungjawab saya lebih utama walaupun saya terpaksa menanggung kesannya ataupun beban sebab kita tak boleh fikir diri kita sahaja.
Saya jadi ahli hampir Umno 45 tahun. Saya tak berjuang untuk diri saya saja. Jadi kalau saya terpaksa berkorban dan terkorban saya reda kerana ia adalah perjuangan politik saya. Jadi sebab itu yang lebih penting menjaga kesejahteraan umat, kepentingan rakyat.
Dan saya melihat situasi sekarang, isu yang menyelubungi parti kerana salah laku perkara yang melibatkan perdana menteri, presiden Umno, hal yang buruk, yang disebutkan oleh pihak buruk nama parti dan negara sehingga banyak orang rasa terlalu marah bawa kesan buruk pada parti, saya bimbang kalau tidak ada usaha yang dilakukan, saya bimbang kita akan berhadapan dalam keadaan buruk. Itu yang lebuh utama saya fikirkan.
Jangan cakap saya buntu, saya tidak pernah buntu, atau laluan saya lebih sempit, itu sebahagian daripada perjuangan dan (ia) bukan kita boleh elak selalu.
Pokoknya adalah kamu yakin apa yang kamu buat itu betul? Dan saya tak pernah terlintas di fikiran saya mengatakan tindakan saya salah.
Adakah tindakan Muhyiddin melanggar hukum-hukum tuhan atau berdosa, ia (jadi) pertimbangan saya. Saya dididik oleh bapa saya sebagai guru agama, jadi latar belakang kukuh dana jiwa saya. (Ini) bukan soal diri, nafsu tapi apa yang harus kita lakukan untuk kepentingan rakyat.
Persoalannya Tan Sri, apa Tan Sri nak buat dalam Umno? Apabila Tan Sri bercakap dalam Umno, orang akan anggap ia beri kesan tak baik pada BN untuk PRU14.
Kita tak ada niat nak jatuhkan BN. Saya sebutkan, waktu mana saya orang yang menggesa Pak Lah berundur, kalau masih ingat dan gesa Datuk Seri Najib ambil alih tempat (Pak Lah) dan jadi rekod sejarah. Dan saya fikir sejarahnya saya terlibat secara langsung.
Sebabnya saya melihat PRU 2008 menjadi trend tak baik sebelum itu. Keputusan PRU tidak mengusai 2/3 parlimen dan sokongan rakyat menurun. Dan saya lihat penyebabnya kelemahan kepimpinan PM waktu itu.
Kalau tidak ada intervensi dalam perubahan kepimpinan kita kalah. Saya usaha dan tak boleh elak Pak Lah undur dan Datuk Seri Najib ambil alih. Jadi adakah berubah kerajaan? Tidak, (cuma) ubah kepimpinan.
Modus operandi juga sekarang ini cuma situasi berbeza, orang berbeza. Dan hal yang berlaku dalam parti tidak seperti yang lepas kerana ia diselubungi dengan masalah skandal yang saya fikir tak pernah berlaku dalam sejarah.
Dan sebagai pemimpin Umno saya takut kalau hal ini biarkan begitu saja tak ada intervesi. Dalam modus operandi yang serupa, Umno akan menanggung beban, BN akan kalah. Bebanan negara, rakyat akan derita dan pelbagai lagi. Tidak ada niat ubah kerajaan tapi kepimpinan.

Tun M dulu kutuk DAP, sekarang duduk sebelah sindir Najib

"Dr Mahathir kata demonstrasi jalanan salah di sisi undang-undang. Tapi sekarang ini lain pula," kata Perdana Menteri.
najib_mahathir_deklarasi-citizen_600
KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak menempelak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan deklarasi bersama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya.
Perdana Menteri menyifatkan tindakan menjatuhkan kerajaan dan menukar Perdana Menteri dipilih rakyat dengan cara tidak demokrasi adalah bertentangan dengan prinsip Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri dahulu selama 22 tahun.
“22 tahun kutuk parti DAP… kata Kit Siang (veteran DAP Lim Kit Siang) rasis… kata DAP parti cauvinis, menidakkan hak orang Melayu, menekan Islam, kita dah dengar ucapan-ucapan dia.
“Ini bukan saya kata, ini Dr Mahathir sendiri kata selama 22 tahun … hari ini dia duduk sebelah siapa, dia ‘sign’ (tandatangan) deklarasi rakyat dengan siapa,” katanya pada majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di sini, hari ini
Najib berkata, Dr Mahathir, beberapa bekas pemimpin UMNO dan pembangkang tidak wajar menjatuhkan kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan seperti yang dirancang oleh pihak berkenaan sebelum ini.
“Dulu (Dr Mahathir) kata demonstrasi jalanan salah di sisi undang-undang. Dulu kata salah dari segi prinsip demokrasi. Tapi sekarang ini lain pula,” katanya.
4 Mac lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dan Kit Siang adalah antara lebih 50 individu menandatangani deklarasi menyokong penyingkiran Najib yang diketuai Dr Mahathir.

Annuar Musa: Dr M, lepas 'bercerai' jangan campur urusan Umno


Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa meminta Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mencampuri urusan parti tersebut selepas 'bercerai' dengan Umno.
 Beliau berkata, selepas meninggalkan parti berkenaan secara rela, negarawan itu tidak sepatutnya menggesa agar ahli Umno peringkat cawangan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan presiden Umno, lapor akhbar Berita Harian.
"Seeloknya kita minta Dr Mahathir tidak lagi campur urusan Umno, apatah lagi bila dah 'bercerai'. Tidak wajar beliau masih terbabit dan buat sibuk dengan urusan Umno apabila sudah keluar parti.
"Namun saya faham Dr Mahathir merajuk dan hatinya masih pada Umno. Jadi kita maafkanlah Dr Mahathir," katanya.
Semalam, dalam tulisan bertajuk 'Surat kepada ahli-ahli cawangan Umno' yang dimuat naik di Facebook Mukhriz Mahathir FC, Dr Mahathir menggesa cawangan-cawangan Umno mengemukakan usul tidak percaya terhadap Najib sebagai presiden parti dan perdana menteri dalam mesyuarat tahunan masing-masing.
Beliau juga menggesa akar umbi Umno mengusulkan supaya pemilihan parti itu tidak ditangguhkan, sebaliknya dilaksanakan seperti sepatutnya pada tahun ini.
Gesaan itu ditujukan kepada ahli Umno yang "sayang kepada perjuangan asal Umno" supaya membantu beliau "menyelamatkan parti dan negara.

Badan Peguam M'sia lulus usul gesa penyingkiran AG


Ahli-ahli Badan Peguam Malaysia telah mengundi untuk meluluskan satu usul semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) hari ini menggesa penyingkiran Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali daripada jawatannya.
Ini telah disahkan oleh peguam yang hadir di AGM tersebut, walaupun mereka enggan mendedahkan maklumat lanjut sementara menunggu kenyataan rasmi dari Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru.
Badan Peguam itu mahukan penyingkiran AG berikutan keputusannya untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan deposit wang yang besar di dalam akaun Najib.

Skandal RM2.6B & SRC: SPRM tiada komen mengenai kenyataan Azalina


 Walaupun kerajaan berkata laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang amalan rasuah dalam kes SRC International, seorang pegawai kanan SPRM tidak mahu mengulas mengenainya.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," kata Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman, dalam jawapan di Parlimen minggu lalu, mendedahkan bahawa siasatan SPRM itu membuktikan Najib tidak terlibat dengan rasuah dalam kes SRC.

Dijangka hampir semua 106 cawangan bahagian Pagoh bawa usul tolak Presiden


Majlis perasmian Mesyuara 106 Ketua- Ketua Cawangan Bahagian Pagoh yang diadakan semalam.Majlis perasmian Mesyuara 106 Ketua- Ketua Cawangan Bahagian Pagoh yang diadakan semalam.Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Cawangan Umno,  Bahagian Pagoh dijangka akan menyaksikan sokongan padu hampir semua 106 cawangannya untuk membawa usul undi tidak percaya dan menolak Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Malahan daripada 26 Bahagian di  negeri Johor sebanyak 13 Bahagian menyatakan kesediaan ketua-ketua cawangannya  untuk membawa usul sama di peringkat mesyuarat cawangan masing-masing.
Pengerusi Gabungan Ketua-ketua Cawangan (GKCM) Negeri Johor, Mohd Solihan Badri mengesahkan perkara ini kepada Malaysia Dateline.
Dimaklumkan hampir semua ketua-ketua cawangan mempunyai persefahaman untuk mengusulkan undi tidak percaya dan mendesak pengunduran Najib dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 25-27 Mac dan 3-4 April ini.
“Kalau ada pun hanya satu atau dua cawangan yang mungkin kata mereka menyokong padu kepimpinan Najib. Kita yakin hampir semua cawangan akan menolak Najib,” dakwa Mohd Solihan ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata, hanya dua misi utama akan dibawa dalam mesyuarat itu iaitu usul tidak yakin dengan kepimpinan Presiden yang juga Perdana Menteri dan mendesak pengundurannya sebelum Pilihan Raya Umum ke 14.
Semalam telah berlansung Perasmian Persidangan Ketua-ketua Cawangan Bahagian Pagoh yang dirasmikan Ketua Bahagian Tan Sri Muyiddin Yassin.

"Jangan ingat saya penyangak, curi harta rakyat" sembang Najib

Perdana Menteri tekad untuk terus berjuang mempertahankan kepemimpinannya
najib-razak,malaysia
KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk terus berjuang mempertahankan kepemimpinannya demi pembangunan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.
Perdana Menteri berkata, beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.
“Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.
“Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.
“Bila saya jadi Perdana Menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya Perdana Menteri untuk rakyat,” katanya pada majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di sini hari ini.

Setiausaha bahagian kementerian penting ditahan rasuah RM20j

Penahanan dibuat selepas jenayah rasuah oleh pegawai kanan terbabit menerusi sindiket menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 juta
Azam-Baki_sprm_handcuff_600
PUTRAJAYA: Seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian penting ditahan selepas terbabit rasuah yang menyebabkan kerajaan kerugian sehingga 100 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Azam Baki, berkata pegawai kerajaan itu direman selama tujuh hari bermula 18 Mac lalu bagi membantu siasatan.
“Sehingga kini, seramai sembilan anggota sindiket ditangkap yang mana terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita.
“Salah seorang yang ditangkap merupakan pegawai kanan di kementerian berkenaan berjawatan Setiausaha Bahagian dan merupakan ‘master mind’ dalam sindiket ini dan lapan lagi itu merupakan kontraktor yang terlibat.
“Tangkapan ini dibuat selepas SPRM menjalankan Ops Tiris pada 17 Mac lalu,” katanya dalam satu sidang media di SPRM di sini.
Menurut Azam, kesemua yang ditahan itu berusia antara 25 hingga 56 tahun dan ditahan di sekitar Lembah Klang.
Mengulas lanjut, SPRM menjalankan siasatan kegiatan sindiket ini sejak tahun 2010 lagi dan dianggarkan pegawai kanan itu menerima suapan mencecah RM20 juta.
“Pegawai kanan ini telah menerima habuan-habuan daripada pihak kontraktor antaranya rumah, kereta-kereta mewah, pembayaran insuran, unit amanah bernilai jutaan ringgit, penggunaan kemudahan kad kredit dan pengubahsuaian rumah.
“Pegawai kanan ini hidup mewah sehingga mampu membeli jam-jam tangan berjenama, yang satunya daripada mencecah harga tidak kurang daripada RM400,000, barang-barang kemas bernilai RM600,000, ‘Beddings’ bernilai RM300,000, lukisan bernilai lebih RM60,000, berpuluh-puluh beg tangan berjenama berharga RM400,000 dan pakaian-pakaian berjenama.

Hanya demokrasi dapat kalahkan IS, kata bekas MP Mesir

Sokong SPRM siasat Guan Eng, tapi kes Najib macam mana? kata Pakatan Harapan

DAP terap Sosialisme Demokratik selesai isu tanah P.Pinang - Zairil Khir Johari

P.Pinang berjaya buat apa yang sepatutnya kerajaan buat - Zairil Khir Johari

'Blok Ketiga dedah sikap hipokrit pimpinan PAS' - Zairil Khir Johari

UMNO parti politik rasis.. !!


FAKTA & Sejarah Tak Pernah Menipu..

UMNO Sahaja Yang Kuat Menipu..


UMNO parti politik rasis.. !!


Siapa kata ???


Orang BN sendiri yang kata...

Adakah menteri 'pompuan' ni buta Perlembagaan Persekutuan ??

Senang betoi jadi menteri. Bila kantong perbendaharaan negara kontang pelbagai cara & taktik licik KERAjaan rompak duit rakyat dgn ALASAN KERAJAAN JIMAT...

Dalam UMNO, putar belit & khianat amanah rakyat bukan satu dosa bagi mereka... !!!

TAHUKAH ANDA.. "Tajaan biasiswa pelajar Malaysia di luar negara tidak akan terjejas WALAUPUN NILAI RINGGIT JATUH.." kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

TETAPI SETELAH RINGGIT NAIK SEMULA, tiba2 kerajaan batalkan tajaan pelajar ke luar negara dpt jimatkan RM240 juta, kata Azalina Othman.

NAMPAK TAK !!!.. Pemimpin Umno Bodoh, Rakyat & Pelajar Jadi Mangsa..

Hudud memang boleh dilaksanakan di Malaysia

Pelaksanaan hudud yang tertangguh sejak sekian lama di negara ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk umat Islam melaksanakan perintahNya.
pas_hudud_600
Sekali lagi hudud menjadi tajuk utama arena politik tanah air susulan pengumuman penubuhan blok ketiga pembangkang iaitu PAS-IKATAN.
Sana sini penagih politik tegar memperkatakan perkara itu, termasuk mempersoalkan pendirian PAS, malah ada memperlekehkan hudud. Sakit hati kita apabila hudud dipermainkan.
Hudud jelas dinyatakan menerusi firman Allah SWT dalam Al-Quran dan juga hadis dan pada kita ia adalah satu tuntutan melaksanakannya menerusi undang-undang.
Bagaimanapun, untuk menjadikan hukum hudud sebagai sebahagian daripada undang-undang negara adalah cabaran yang cukup besar dan berat.
Benar kata Rasulullah SAW dan ulama terdahulu. Bukan mudah melaksanakan perintah Allah SWT dan kita sebagai umat Islam sememangnya akan diuji dalam melaksanakan perintahNya.
Kita yakin, pelaksanaan hudud yang tertangguh sejak sekian lama di negara ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk umat Islam.
Berdasarkan sejarah, hudud sememangnya antara kaedah perundangan dan keadilan dalam adat Melayu seperti yang termaktub dalam Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Kanun 99 Perak, Undang-undang Kedah dan pelbagai lagi undang-undang di negeri Melayu.
Apabila British campur tangan dalam pentadbiran negeri Melayu pada abad ke-19, undang-undang yang berasaskan English Common Law diperkenalkan dan dijadikan ‘kitab’ sistem keadilan di negeri Melayu.
Sistem perundangan diperkenalkan British itu terus digunapakai sehingga tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian membentuk Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Sarawak dan Sabah.
Pada kita, hukum hudud ini boleh dilaksanakan di Malaysia kerana faktor sejarah, adat resam Melayu sejak ratusan tahun lalu dan faktor penduduk yang majoritinya Muslim.
Halangan timbul kerana ketidakfahaman orang ramai terutama yang bukan Islam berhubung pelaksanaan dan objektifnya. Lebih malang, hudud ini dikaitkan dengan undang-undang yang digunakan pengganas seperti Kumpulan Militan Negara Islam (Daesh).

Hati Najib terubat lihat sokongan 'askar berbaju merah'


PM: Hati terubat lihat sokongan 'askar'

KUANTAN - Kira-kira 5,000 ahli komponen Barisan Nasional dari seluruh negeri Pahang membanjiri Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pagi ini bagi menghadiri Himpunan Solidariti yang bertujuan menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rata-rata mereka mengenakan baju berwarna merah dan hadir seawal pukul 8.30 pagi serta melaungkan slogan seperti Hidup Perdana Menteri dan Respect My PM.
Najib yang tiba pada pukul 9.50 pagi dalam ucapannya melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada hadirin yang menunjukkan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan kepada beliau.
"Walaupun saya diserang pelbagai pihak namun saya rasa terubat melihat askar-askar (penyokong) saya pada setiap hari. Hari ini saya sedar saya bukan keseorangan," katanya.
Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan tertinggi Umno Negeri.

Isu rumah Guan Eng: Kit Siang alu-alukan siasatan SPRM terhadap anaknya


Isu rumah Guan Eng: Kit Siang alu-alukan siasatan SPRM terhadap anaknya


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas transaksi pembelian banglo bernilai RM2.8 juta oleh anaknya Lim Guan Eng.

Katanya, sebarang dakwaan mengenai salah guna kuasa wajar disiasat.

"Apa yang penting ketika ini ialah pastikan SPRM mengambil serius semua dakwaan yang dibuat terhadap ahli politik tanpa mengira parti," katanya kepada media dalam Majlis Sambutan 50 tahun DAP di sini pada Jumaat.

Dalam nada sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah setuju dengan tindakan menyiasat Guan Eng tetapi SPRM perlu membuat tindakan sama ke atas ahli Parlimen Barisan Nasional jika terdapat dakwaan berkaitan.


Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang dalam satu kenyataan memberitahu telah menerima aduan berkaitan isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng, beralamat No. 25 Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dan keterangan pengadu berhubung isu ini turut dirakam.

Jangan lupa skandal Najib, Pakatan ingatkan SPRM ketika Guan Eng disiasat



Pemimpin Pakatan Harapan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tetapi turut mengingatkan suruhanjaya itu tentang skandal yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Parlimen DAP yang juga bapa Guan Eng, Lim Kit Siang berkata, SPRM mesti menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Jika ada sebarang aduan salah guna kuasa, buka (siasatan). Tetapi kita juga mahu siasatan dibuka dalam sebarang aduan terhadap Umno dan BN.
"Setakat ini, kita tidak melihat apa-apa mengenainya. Masalahnya ialah skandal mega berkembar Najib, sama ada 1MDB atau sumbangan. Tidak ada hasil," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur malam tadi.
Kit Siang kelihatan seperti tidak sedar mengenai siasatan itu sehingga diberitahu oleh pemberita selepas sesi sulung Kuliah Lim Kit Siang malam tadi, yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 Kit Siang dalam politik, dan ulang tahun ke-50 DAP.
Sebelum itu pada sebelah petangnya, SPRM Pulau Pinang berkata ia telah menerima aduan berhubung pembelian rumah banglo Guan Eng dan suruhanjaya itu menjanjikan penyiasatan yang adil.
Ini berikutan dakwaan hari sebelumnya oleh MP Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, yang mendakwa bahawa rumah itu dibeli Guan Eng pada 25 Oktober tahun lalu pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran sebanyak RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Red2Green perlu sukarelawan doktor dan paramedik bantu pejalan kaki


Pejalan kaki red2green meneruskan laluan mereka menuju ke Karak hari iniPejalan kaki red2green meneruskan laluan mereka menuju ke Karak hari ini
 Risiko cuaca panas fenomena Equinox ke atas pejalan kaki Red2Green dari Kuantan ke Parlimen dalam misi membawa Memorendum Rayuan Menentang Pencemaran Bauksit kini memerlukan doktor dan pramedik untuk tampil membantu pejuang rakyat ini.
Seramai 30 pejalan kaki yang telah memulakan destinasi mereka dari Kampung Kubang Badak, Beserah pada 12 Mac lalu,  kini dilaporkan sudah tiba di Lancang.
Hari ini mereka akan meneruskan berjalan kaki menuju ke Karak sejauh 22km yang akan mengambil masa lebih kurang 4 jam dalam misi sejauh 254km untuk tiba di  Parlimen Malaysia pada 28 Mac ini.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, beliau amat mengambil berat berkenaan kebajikan para pejalan kaki Red2Green di dalam keadaan cuaca panas dalam keadaan fenomena equinox.
"Justeru itu di atas sifat kekuatiran tersebut saya terpanggil untuk menyeru dan merayu kepada seluruh warga Malaysia yang prihatin terutama para doktor dan paramedik untuk tampil membantu pejuang rakyat ini.
"Supaya ada pemerhatian rapi dari mereka yang pakar keatas pejuang-pejuang ini sepanjang perjalanan mereka." ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujar Fuziah lagi beliau amat khuatir terdedahnya mereka dengan risiko strok haba yang di sebut di dalam kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri Kesihatan semalam.

MOA garis langkah tangani kesan El Nino

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggariskan 13 langkah perlu diambil sektor agro makanan bagi menangani kesan fenomena El Nino yang sedang melanda negara ketika ini.
MOA dalam kenyataan berkata pelbagai langkah diambil bagi menangani kesan cuaca panas terutama di utara Semenanjung, Sabah dan Timur Sarawak yang memberi kesan berbeza terhadap tanaman, ternakan dan perikanan.
cuaca panas "Bagi tanaman terutama padi, kementerian menjalankan penyelenggaraan dan pembinaan telaga tiub melibatkan 281 telaga tiub sedia ada di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak," menurut kenyataan itu.
Sebanyak 1,718 pam bergerak berkapasiti 85 hingga 140 liter sesaat akan digunakan di samping menaik taraf kolam takungan sedia ada, dan pembinaan 'screw pump' yang baharu serta membangunkan Projek Pemindahan Air Jeniang, Kedah dengan kos projek sebanyak RM455 juta.
"Kekurangan air semasa cuaca panas boleh membantutkan pertumbuhan tanaman, mengurangkan produktiviti dan peningkatan beberapa penyakit seperti bintik perang dan 'blast'.
"Secara umum, pertumbuhan tanaman jangka pendek yang mempunyai akar cetek seperti sayur-sayuran, jagung, padi dan kacang tanah lebih mudah terjejas akibat cuaca panas atau kemarau walaupun dalam jangka masa singkat," menurut kenyataan itu.
Bagi sektor perikanan, kementerian menghentikan eksport ikan rakyat seperti kembung, selayang, selar, cencaru dan pelaling serta membenarkan pukat jerut dari Pantai Timur Semenanjung beroperasi di perairan Sarawak, di mana sumber ikan pelagik kurang dieksploitasi.