Rabu, 16 Mac 2016

Media sudah menjadi ‘terlalu bebas’ bagi kerajaan Malaysia

Oleh Jahabar Sadiq
Portal berita The Malaysian Insider dihentikan operasinya pada minit pertama 15 Mac 2016 – seperti Ides of March – kecelakaan di pertengahan bulan Mac. Dengan 59 perkerja termasuk saya hilang pekerjaan.
Pemberhentian operasi kononnya disebabkan kegagalan mencapai persetujuan mendapatkan pemilik baharu dan berpunca daripada kerugian RM10 juta (AS$2.4 juta) dalam masa 20 bulan di bawah The Edge Media Group.

Akan tetapi ia berlaku hampir tiga minggu selepas pengawal selia internet – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) megeluarkan arahan menyekat kami berhubung laporan agensi anti rasuah kebangsaan mempunyai bukti mencukupi mendakwa perdana menteri Najib Razak di atas kesalahan jenayah, walaupun peguam negara mengatakan tiada bukti mencukupi. Siasatan agensi anti rasuah bermula Julai lalu selepas the Wall Street Journal mendedahkan hampir AS$700 juta ditemui dalam akaun bank perdana menteri.
Pada mulanya, terdapat kecaman terhadap laporan itu. Sumber kepada wang itu tidak pernah jelas: adakah ianya derma peribadi atau dari mana-mana kerajaan? Cukup untuk mengatakan ia kekal misteri sehingga hari ini sugguhpun terdapat penyiasatan.
Media dalam talian melaporkan semua aspek skandal itu sementara media cetak dan penyiaran dikawal taat melaporkan versi kerajaan. Kerajaan akhirnya hilang sabar dengan laporan kami memetik ahli panel bebas agensi anti rasuah mengatakan terdapat cukup bukti untuk melakukan pendakwaan. Kami disekat pada hari sama laporan itu diterbitkan: 25 Februari yang juga merupakan ulangtahun ke 8 The Malaysian Insider. Alasan sekatan tidak pernah secara rasmi diberitahu kepada kami selain menteri mengatakan kami mengelirukan orang ramai.
Sekatan itu menyebabkan kami tersepit. Sudahlah kami tidak menjana begitu banyak pendapatan. Sekatan itu juga menyebabkan kami tidak boleh menjana apa-apa pendapatan disebabkan semua pengiklan menarik diri kecuali satu.
Trafik pembaca jatuh tetapi tidak sebanyak hasil dan ia mengundang sebab kami perlu dijual atau dihentikan operasi. Disebabkan syarikat menolak semua tawaran, mereka membuat keputusan menghentikan operasi kami dengan serta merta dan menamatkan pelayan internetnya pada hari keputusan itu dibuat.
Pemberhentian operasi kami menarik perhatian tentang kebebasan media di Malaysia. Ia sudah menjadi bebas sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terima kasih kepada internet kerana media cetak dan penyiaran kekal dikawal. Faktanya, semakin ramai rakyat Malaysia meninggalkan media cetak dan penyiaran – berpindah ke portal berita seperti The Malaysian Insider untuk membaca berita setiap hari.
Kandungan berita kami membangkitkan rasa tidak puas hati pembaca. Dan rasa tidak puas hati mereka menjadi kandungan berita kami – mengecewakan kerajaan yang mendakwa mereka bersikap sederhana dan melakukan transformasi. Beberapa portal berita pro kerajaan kembali melawan dan ruang percambahan idea meriah.
Akan tetapi keputusan dua pilihan raya umum lepas dan peningkatan kritikan terhadap skandal 1MDB dan derma misteri dalam akaun peribadi perdana menteri menyebabkan ramai orang beralih ke portal berita dalam talian dan media asing.
Kita menjadi “terlalu” bebas pada ketika berita versi kerajaan bahan ejekan dan cemuhan. Menteri dan polis memberi amaran kepada sesiapa menyebarkan berita atau kartun yang mengejak isu tu, mengatakan ianya hasutan dan berita tidak dapat disahkan.

Sasterawan Negara sifatkan BN yang tidak peduli undang-undang sebagai kerajaan “haram”

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Sasterawan Negara, A. Samad Said, menyifatkan usaha gabunganraya Selamatkan Malaysia untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kuasa negara adalah wajar ekoran daripada penglibatan Perdana Menteri dalam pelbagai skandal mega.
deklarasirakyat_paksamadBeliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, Najib bukan sahaja menyebabkan dunia mengenali Malaysia melalui imej buruk, malah imej dalam negara juga sudah kotor, termasuk perbuatan melanggar undang-undang dengan berbelanja berbilion ringgit dalam pilihanraya umum yang lalu.
Justeru, beliau menganggap kerajaan yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional selepas PRU13 adalah tidak mengikut laras undang-undang, dan menyifatkan kerajaan kini sebagai sebuah “kerajaan haram”.
“Setakat ini, rekod demokrasi kita sangat buruk. Contohnya antara soal ulang-alik pelbagai tafsiran aliran dana dari negara luar, kononnya sebagai dana simpati daripada golongan kaya Arab.
“Yang merunsingkan adalah dana ‘rahsia’ ini mengalir ke dalam kempen pilihanraya dan perbelanjaan yang berleluasa, sedikit-sebanyak telah dimaklum bahawa RM1.5 billion digunakan Barisan Nasional, yang mana melanggar syarat sebanyak 16 kali ganda yang dibolehkan untuk satu-satu pilihanraya.
“Bererti kerajaan yang ada ini sebenarnya adalah kerajaan haram,” tegasnya, menambah kerajaan juga sudah mula memperkenalkan pelbagai akta dan undang-undang yang membataskan pergerakan serta pengucapan rakyat dalam mengkritik pentadbiran negara.

Suara Peguam Najib.....!!!

Inilah suara2 peguam Najib dahulu katanya Nak saman WSJ hari Selasa.. Dah nak dekat setahun masih tak saman2 lagi...

Tidak timbul soal ekstrem seperti didakwa Hadi – Azmin

Gerak kerja PH, sepertimana PAS, mengikut saluran demokrasi dan Perlembagaan
azmin
SHAH ALAM : Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyatakan tidak timbul soal ekstrem yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) seperti yang didakwa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, PH menyertai semua pilihan raya dan menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat.
“Pendirian Keadilan dan Pakatan Harapan kita bersama-sama termasuk dengan PAS sebelum ini untuk melakukan perubahan menggunakan saluran demokrasi dan perlembagaan.
“Tidak timbul soal ekstrem,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada 100 Usahawan E-Dagang dan Perasmian Studio SITEC di I-City di sini hari ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang dibuat oleh Abdul Hadi yang menyatakan penubuhan “blok kuasa ketiga pembangkang” antara PAS dengan Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) tidak akan membangkang secara melulu dan ekstrem seperti yang dilakukan oleh PH.
Kata Hadi, mereka memilih untuk membangkang secara nasihat dan pada masa yang sama menolak untuk menjadi pembangkang yang menyusahkan rakyat.
Dalam pada itu, Azmin turut diminta mengulas samada kewujudan blok ketiga pembangkang akan memberi kesan kepada PKR di Selangor.
“Tak ada. Saya percaya matlamat mereka sama untuk membawa perubahan dalam sistem kenegaraan,” jawab Azmin; dan menambah PKR sedia menjalin kerjasama dengan blok baharu itu.
Azmin turut melihat kewujudan blok ketiga pembangkang itu tidak akan mendatangkan masalah kepada pentadbiran Selangor daripada gabungan PKR, PAS dan DAP.

Parti lain, NGO akan sertai blok ketiga - PAS

Idris Ahmad
KUALA LUMPUR - Blok ketiga politik yang ditubuhkan oleh Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) semalam dijangka akan turut bekerjasama dengan NGO dan parti-parti lain.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, gabungan dengan Ikatan merupakan suatu tindakan yang betul kerana parti tersebut melibatkan pelbagai kaum.
“Walaupun kita tak bekerjasama dengan PR, tapi kita ada Ikatan dan pakatan ini lebih baik. Walaupun parti baru, Ikatan adalah parti pelbagai kaum.
“Kita jangkakan mesti ada (parti lain). Bila kita ada dalam pakatan yang baik, sama-sama tak ada banyak masalah,” katanya ketika ditemui selepas sidang media pengumuman blok ketiga di sini, hari ini.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai hudud, Idris berkata ia mungkin mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.
“Hudud bagi orang Islam memang  satu kewajipan, tapi cara nak melaksanakannya akan mengambil masa.
“Namun ada perkembangan positif. Kalau dulu langsung tidak masuk Parlimen tapi sekarang ini boleh masuk walaupun belum diterima usul itu,” ujarnya.

Dulu tak boleh tunjuk langsung sokong kerajaan - PAS

Takiyuddin Hassan KUALA LUMPUR – Pas hari ini menegaskan parti itu dan rakan komponennya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak akan menjadi pembangkang yang hanya tahu membangkang tanpa asas.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerjasama politik kali ini agak berbeza dengan kerjasama parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat yang disertai DAP dan PKR sebelum ini.
“Kalau dulu kita dalam Pakatan Rakyat, kami tak boleh tunjuk langsung yang kita ini menyokong apa yang dilakukan oleh kerajaan. Tak ada yang baik langsung.
“Tapi pada kita (Pas-Ikatan) sekarang ini, yang baik itu, (kita kata) baiklah,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas pengumuman pembentukan blok politik ketiga, di sini, hari ini.
Hari ini, Pas mengumumkan Ikatan sebagai rakan komponennya yang membentuk blok politik ketiga di negara ini selepas BN dan Pakatan Harapan.
Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, blok politik ketiga itu akan menyokong mana-mana dasar kerajaan yang baik untuk rakyat dan membangkang mana-mana yang merugikan rakyat.
“Ada perkara yang kita bangkang, kita minta kerajaan baiki...ubah dan jika kerajaan buat sesuatu yang baik, kita perlu terimalah. Untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan kita.
“Bukan kami nak jadi menteri atau jawatan lain. Tidak ada. Jika ada kerajaan tidak betul, kita tegur dan minta mereka ubah. Itu beza kita dengan (pakatan) dulu,” katanya.
Menurutnya lagi, sebelum memilih untuk bersama Ikatan, Pas telah lama mengenali pemimpin-pemimpin Ikatan sekarang ini.

IKATAN hanya akan bebankan PAS, kata bekas MP Umno


Seorang bekas ahli parlimen Umno berpendapat bahawa parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hanya akan menjadi bebanan kepada PAS.
Presiden Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata demikian ketika mengulas keputusan PAS hari ini yang mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan IKATAN untuk membentuk blok pembangkang baru.
IKATAN, katanya, tidak mempunyai sebarang wakil rakyat dan presidennya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, tidak pernah menyerlah dari segi arena politik baru.
“Untuk kerjasama sosial okay, tapi sebagai politik saya tidak nampak impak dia. Saya tidak dapat nak lihat manfaatnya.
“IKATAN baru nak bermula, jadi ini mungkin satu bebanan kepada PAS,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Mubarak di Kuala Lumpur hari ini.
Malah menurut Abdul Aziz, tindakan itu juga akan mengurangkan peluang PAS untuk bergerak dengan pihak lain.

Peluru hudud tidak akan pisahkan PAS-IKATAN, kata Nasrudin


PAS menganggap isu hudud yang dimainkan sesetengah pihak termasuk media tidak akan menjejaskan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang baru terjalin, kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.
Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak melagakan kedua-dua parti itu dengan memainkan isu hudud sebagai tidak bertanggungjawab, malah merupakan tindakan 'tidak celik politik matang'.
 "PAS melihat isu hudud yang dijadikan peluru sepanjang zaman untuk menyerang dan merosakkan reputasi PAS tidak akan berkesan untuk digunakan bagi memisahkan gandingan PAS - IKATAN yang baru sahaja memulakan kerjasama politiknya.
"Hanya adu domba dan propaganda murahan yang suka mereka lakukan untuk melariskan media mereka, sedang tindakan itu hanyalah merosakan usaha baik yang mahu digerakkan oleh PAS - IKATAN di mata masyarakat awam yang banyak bergantung kepada laporan media," katanya.
Katanya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir selaku presiden IKATAN telah menegaskan pada sidang media bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tengahari tadi bahawa IKATAN tidak pernah menolak undang-undang Islam yang diperjuangkan PAS.
"Sebaliknya (IKATAN) menganggap beban kini kembali kepada kerajaan yang memerintah, sementara mereka memiliki majoriti di parlimen, setelah PAS telah pun melunaskan tanggungjawabnya dengan usaha memperkasa mahkamah syariah di parlimen," katanya.
Justeru kata Nasrudin, PAS mengingatkan semua pihak khususnya mereka yang berada di belakang media tertentu agar tidak memecah belah dan melemparkan fitnah kepada parti itu kononnya meninggalkan prinsip perjuangan.

Sidang media (Deklarasi Rakyat) | 16.3.2016

PAS, IKATAN: Hudud Ditangguhkan

Husam Musa: Tujuan PAS Buat 3 Penjuru Kerana Nak Memenangkan BN Dalam PRU14?

Tony Pua: Masalah 1MDB Dah Selesai Semua Tipu, Mereka Selesai Masalah Mengunakan Aset & Wang Rakyat

Tony Pua: Macam Mana Dia Orang Bawa Wang (1MDB) Keluar?

Veteran UMNO Shahrir Samad berhasrat mahu berundur

Hadi: Pas Hanya Lawan Umno Pada Pilihan Raya

MP PKR Tumpat Bahas Titah DiRaja 2016

MP PSM Sungai Siput Bahas Titah DiRaja 2016

'Adakah penyingkiran Gani Patail juga mencabar Agong?'


Ahli Majlis Peguam Syahredzan Johan hari ini menyangkal dakwaan peguam Umno Datuk Hafarizam Harun yang mendakwa rancangan Peguam Malaysia untuk membincangkan usul penyingkiran Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali adalah seperti mencabar Yang di-Pertuan Agong yang melantiknya.
"Menggunakan logik sama, adakah penyingkiran Peguam Negara sebelum ini juga mencabar Yang di-Pertuan Agong kerana beliau juga dilantik oleh Seri Paduka?
"Sudah tentu tidak," kata Shahredzan yang juga adalah pengerusi bersama Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan.
Syahredzan berkata, walaupun peguam negara sememangnya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, baginda berbuat demikian atas nasihat perdana menteri.
"Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai budi bicara peribadi dalam pelantikan peguam negara, baginda mesti mematuhi nasihat perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan.
Tan Sri Abdul Gani Patail dilucutkan sebagai peguam negara pada Julai tahun lalu, selaras dengan tindakan Datuk Seri Najib Razak membersihkan kerajaan BN daripada pemimpin dan pegawai kanan yang tidak sehaluan dengannya ketika perdana menteri terpalit dengan wang berbilion ringgit.
Badan Peguam Malaysia dijadualkan membincangkan kedudukan Apandi pada mesyuarat agung luar biasa Sabtu ini selepas menerima usul berhubung perkara itu.

FAKTA yang WAJIB rakyat PERLU TAHU

KENAPA Malaysia masih terus eksport minyak sawit ke Israel Laknatullah ??? MALAH nilai ekport pd tahun 2013 TERUS MENINGKAT DUA KALI GANDA !!!

Siapa PM Malaysia skrg ni. Cina DAP ka !!!

PATUTLA bila mereka Najib & PM Israel berjumpa di PBB tempohari senyum aja.. Rupa2nya hasil minyak sawit negara kita berjumlah AS$7.69 juta (RM24.2 juta) membolehkan rakyat Israel dpt hidup dgn amannya !!

Nak kenal penyamun penyangak LIHAT UMNO !!!

Kalau dah perangai penyamun, mana nak mengaku penyamun.. DAH BANTAI SAMUN JUAL GADAI TANAH MELAYU org lain bangsa lain dipersalahkannya..

Sendiri dengki SENDIRI YANG BANYAK TERLONDEH !!!

Kononnya tersebar di alam maya kerajaan DAP lah paling byk gadai tanah berbanding BN.

Antara BN (82%) dgn DAP (12%) mana lagi byk gadai tanah !!!.. Nampak sgt kaki dedak UMNO/BN buta nombor..

HAKIKATNYA.. KERAJAAN BN LAH YANG PALING BANYAK JUAL TANAH2 MILIK KERAJAAN NEGERI PP SELAMA BN MEMERINTAH P.PINANG !!!

BARU BERSAMA IKATAN, DAH KATA HUDUD TAK SESUAI....

Dulu...Pas mengatakan hudud adalah nyawa parti itu dan ia akan tetap dilaksanakan biar pun mendapat tentangan daripada DAP.

Malah hudud juga menjadi antara punca Pas berbalah dengan DAP dan banyak pihak lain sehingga akhirnya keluar daripada pakatan itu. Tapi itu dulu...
Kini...baru bersama Ikatan yang tak ketahuan  siapa barisan kepimpinan dan berapa ramai ahli berdaftarnya, Pas  sudah pun bersetuju bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Menerusi Presiden Ikatan Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Hadi Awang dikatakan memberitahu, "hudud kita fikir kemudian dan apa yang dibentangkan di Parlimen bukannya hudud, tetapi untuk meningkatkan lagi kuasa mahkamah syariah."

Itu baru bergabung dengan Ikatan...belum lagi bersama dengan UMNO?

Alahai....kesian pakcik, lebai dan orang tua kampung yang terus memberi sokongan, sanggup hadir ceramah dan mencampak seringgit dua ke dalam tin milo semata-mata kerana percaya hudud dan hukum Islam akan dilaksanakan oleh Pas.

Budaya ‘takfiri’ dalam ceramah agama sumber keganasan

Raja Bahrin luah kebimbangan budaya terbabit yang berleluasa di masjid dan surau di negara ini dan ia belum ditangani dengan berkesan.
bahrin-ceramah
PETALING JAYA: Budaya ‘takfiri’ atau hukum ‘menghalalkan darah’ adalah punca kepada ancaman keganasan yang melanda dunia termasuk Malaysia pada masa kini.
Budaya berkenaan sering dipraktikkan menerusi ceramah agama di surau atau masjid dan amalan berkenaan dikesan masih berleluasa di negara ini.
Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata perkara itu amat membimbangkan kerana ia masih belum ditangani dengan berkesan.
“Sumber dan gejala ancaman daripada dalam telah kami timbulkan di Parlimen sejak dua tahun lepas, di mana budaya ‘takfiri’, hukuman ‘halal darah’ dan gesaan ‘wajib dihapuskan’ telah banyak kali dikeluarkan oleh pihak tertentu di pentas ceramah serta masjid dan surau.
“Sehingga kini tiada apa-apa tindakan sewajarnya diambil. Seperti diketahui umum, tindakan dibuat secara terpilih (selective prosecution), di mana hanya pihak tertentu sahaja yang dikenakan tindakan,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Hudud: PAS serah kepada kerajaan pusat

Jika undang-undang di Kelantan dipinda, hudud masih tidak boleh dilaksanakan kerana ia turut melibatkan akta peringkat kerajaan Persekutuan.
Takiyuddin-Hassan_hudud_kelantan_
KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan sepatutnya membentangkan Rang Undang-Undang Pelaksanaan (RUU) hudud di Parlimen, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan
Ini kerana menurut Bekas EXCO Kelantan itu, RUU hudud turut melibatkan akta kerajaan Persekutuan dan bukannya perundangan peringkat kerajaan Kelantan sahaja.
“Saya berpandangan kerajaan Persekutuan sepatutnya angkat RUU ini sebab melibatkan akta peringkat Persekutuan.
“Apa yang kita cuba angkat sebelum ini, bukanlah akta hudud tapi untuk tingkatkan kuasa mahkamah syariah. Kalau dipinda pun tak boleh laksana (hudud) sepenuhnya,” katanya kepada media, hari ini.
Pada sidang Parlimen tahun lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membawa RUU persendirian untuk meminda undang-undang Persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bagi membuka jalan bagi pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.
Bagaimanapun RUU tersebut tidak sempat dibahaskan kerana memberi laluan kepada RUU yang lebih penting kepada masyarakat awam.
Takiyuddin bagaimanapun menyatakan perbincangan selanjutnya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom memberi petunjuk positif dan memungkinkan RUU tersebut dibentangkan pada sesi Parlimen seterusnya.
“Baru-baru ni Menteri di Jabatan Perdana Menteri beri greenlight (lampu hijau).
“Mungkin (bentang) pada sesi Parlimen seterusnya, bukan sekarang kerana ada prosedur,” katanya.

Shahrir: Umno tak bimbang pengaruh Mahathir, Muhyiddin


Umno tidak bimbang dengan pengaruh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalan presiden parti itu yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Pengerusi, Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad.
"Kamu fikir kami tiada kerja lain tetapi bimbangkan perkara ini?
"Kami telah kerja sejak hari pertama, kami tahu perkara ini akan berlaku," kata Shahrir ketika ditanya sejauh mana pengaruh Mahathir dan Muhyiddin terhadap ahli Umno.
Mahathir dan Muhyiddin sedang mengasak presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadinya.
Shahrir bagaimanapun berkata jentera parti itu kekal utuh dan akan terus bergerak ke hadapan.
Beliau juga percaya bahawa skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion itu tidak akan menjadi isu pada pilihan raya akan datang.

Azalina: Tiada lagi soalan RM2.6b di Parlimen, mungkin subjudis


 Soalan berhubung ‘derma politik’ RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi boleh dibangkitkan di Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata ini kerana perbincangan tersebut mungkin subjudis berikutan semakan kehakiman yang difailkan oleh Majlis Peguam terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, semalam.
Majlis Peguam mengheret Apandi ke mahkamah kerana keputusannya untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Najib dan ‘membersihkan’ perdana menteri daripada sebarang salah laku berhubung sumbangan RM2.6 bilion dan dana RM42 juta milik SRC International.

NGO accuses portals of 'spinning' PI Bala widow's 'apology'

MP DAP Tanjong Bahas Titah DiRaja 2016

MP BN Semporna Bahas Titah DiRaja 2016

More signing the Citizen’s Declaration

Bintulu MP: Are we really the best?

Hudud: Pas Ubah Strategi Ikut Keperluan

"Pemimpin PKR pun sokong tindakan Jamal" - Arman Azhar

Saya dikasari, dipukul 3 kali, dakwa pemimpin AMK

Jamal tak jadi bakar papan iklan Anwar, hanya beri amaran

Batang Zakar Anwar masuk dalam dubur, kata Jamal

PKR man allegedly beaten by group protesting Anwar billboard

AMK yang mulakan provokasi dulu, dakwa Exco Pemuda UMNO

AMK dakwa dipukul penokong Jamal

Kit Siang: Najib is shaken by People's Declaration

Mejar Zaidi pegawai kepada KM

Hadi: Pemerintah Mesti Berlaku Adil

TMB Bukan Punca Kerajaan Kelantan Pincang

PMSP nafi rasuah balu Bala untuk mohon maaf kepada Najib

Blok pembangkang baharu tidak bangkang melulu, kata Hadi

Hudud Islam agama perlembagaan agenda utama PAS, kata Hadi

Blok politik ketiga: Ahli desak Pas bincang peranan parti dalam muktamar khas


Dr Rosli Allani Abdul KadirDr Rosli Allani Abdul KadirPas perlu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan peranan Pas dalam blok ketiga supaya perpecahan seperti tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah) hingga melemahkan Pas pada ketika ini, tidak berlaku lagi.
Pemangku Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, pengumuman yang dibuat mengenai kerjasama blok ketiga tersebut telah mengejutkan banyak pihak.
“Sejurus itu juga beberapa parti membuat penafian akan penglibatan mereka dengan blok ini. Malah pengumuman itu pastinya juga menyebabkan ahli di akar umbi terpinga-pinga.
“Selepas terkuburnya Pakatan Rakyat pada Muktamar Pas Pusat yang terakhir di Kuala Selangor, bila pula kita mahu bincangkan secara serius akan penubuhan blok pembangkang yang baharu ini?
"Bukankah menjadi kebiasaan kepada Pas untuk mengadakan muktamar khas bila mana satu keputusan besar ingin dibuat?” katanya.
Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat kuasa dalam sebarang keputusan dan pertimbangan berdasarkan Fasal 26 (9) Perlembagaan Pas, perbincangan juga perlu diadakan.
"Fasal itu memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat pertimbangan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan Pas dan membuat keputusan mengenainya setelah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama.
"Namun begitu, perlulah diambil kira bahawa Muktamar Pas Pusat adalah kuasa tertinggi dalam parti Islam ini sejajar dengan perlembagaannya," katanya.
Katanya, Pas perlu mengambil iktibar pengalaman tahaluf sebelum ini dalam membuat sebarang keputusan.
“Mungkin banyak pertimbangan telah dibuat dan memerlukan keputusan yang cepat sejajar dengan cepatnya perkembangan politik tanah air sehari dua ini, namun pengalaman daripada tahaluf dan usaha sama lepas hingga berlaku perpecahan dalaman perlu dijadikan pedoman.
“Dan tentunya yang paling banyak menyimpan kenangan pahit manisnya adalah ahli-ahli di akar umbi,” katanya.

SPR dakwa tiada kuasa sekat parti politik berbelanja lebih


Mohd Hashim AbdullahMohd Hashim Abdullah
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang siasatan terhadap mana-mana parti politik yang kononnya berbelanja lebih sewaktu pilihan raya.
Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata kuasa SPR adalah terhadap calon yang bertanding dan juga dalam tempoh berkempen pilihan raya sahaja.
"Apa yang ditimbulkan oleh ahli parti terhadap perbelanjaan pilihan raya adalah urusan parti dan SPR tidak wajar dikaitkan.
"Ini kerana perjalanan sesebuah parti berdaftar dalam urusan perbelanjaan parti adalah di bawah Akta Pertubuhan dan sebagainya, dan bukan di bawah perundangan pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas SPR terhadap laporan dibuat anggota Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik dan anggota Parlimen Rasah, Teo Kok Seong terhadap Barisan Nasional (BN) berkenaan perbelanjaan melebihi maksimum yang kononnya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Laporan itu dibuat dan dihantar anggota Parlimen berkenaan di Menara SPR dua hari lepas.
Mohd Hashim berkata pihaknya perlu berhati-hati supaya tidak melampaui bidang kuasa yang diberikan agar tidak menyentuh bidang kuasa badan yang lain yang mempunyai kuasa menyiasat secara menyeluruh.
Jelasnya, isu yang dibangkitkan anggota Parlimen tersebut, telah pun ditimbulkan parti-parti lain sebelum ini seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengheret pihaknya ke mahkamah.
"Keputusan Mahkamah Tinggi telah memihak kepada SPR dan tiada kesalahan dari segi undang-undang pilihan raya oleh SPR dalam pengendalian Pilihan Raya Umum ke-13 lepas," katanya.
Mohd Hashim berkata selain itu, petisyen pilihan raya juga telah difailkan oleh calon bertanding dan telah diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.
Proses perundangan berkaitan pilihan raya telah pun dilalui SPR dan pihak berkepentingan juga telah mendapat keadilan sepenuhnya di Mahkamah Pilihan Raya, katanya.

Kerjasama IKATAN tidak mampu bawa PAS pergi jauh – Mahfuz Omar

Mahfuz tidak menolak gabungan itu tetapi melihat keputusan partinya itu akan menyukarkan PAS terutamanya selepas PRU14.
mahfuz-ikatan-pas
KUALA LUMPUR: Kerjasama PAS-IKATAN bagi membentuk blok ketiga pembangkang tidak mampu membantu PAS pergi jauh pada masa akan datang.
Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, penubuhan blok ketiga itu turut mengelirukan rakyat untuk membuat pilihan pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang kerana pembangkang kini berpecah dua.
“Bagi saya dari sudut demokrasi dan sudut amalan berkenaan itu terpulang kepada hak sesiapa sahaja tetapi pada percaturan untuk memastikan masa depan politik negara, saya tidak nampak ia dapat membantu kepada proses untuk kita ke hadapan.
“Proses negara demokrasi ini daripada sistem kepelbagaian parti kepada sistem dua parti tetapi kalau pelaksanaan ini berjalan saya lihat bahawa kita akan jadi tiga blok parti yakni daripada pembangkang. Itu tentu menyulitkan kepada rakyat. Saya tidak tahu sejauh mana proses apa yang akan dilakukan kepimpinan parti saya,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau bukan menolak kerjasama itu tetapi melihat langkah itu akan menyukarkan PAS pada PRU14.

PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia

PAS mahu membentangkan hudud di Parlimen bukan untuk melaksanakannya tetapi sekadar mahu meningkatkan kuasa mahkamah syariah.
Abdul-Kadir-Sheikh-Fadzir-hudud-ikatan-pas
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.
Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.
“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,” ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.
Jelas Abdul Kadir, isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.
“Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.
“Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Kadir juga memberitahu Islam bukanlah sebuah agama yang ketat, sebaliknya agama untuk semua pihak.
“Islam juga benarkan atas beberapa syarat, kita boleh menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan di Malaysia, saya lihat kita termasuk dalam syarat berkenaan kerana masyarakat berbilang bangsa,” ujar beliau.
Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa tanggungjawab PAS untuk memperketatkan undang-undang mahkamah syariah juga telah selesai dan kini terpulang pada rakyat untuk menghakimi.
“Mereka telah bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kemudian bentangkan di Parlimen. Tugas mereka sudah selesai, sebagai seorang muslim, mereka telah lakukan sebaik mungkin.
“Kini terpulang kepada rakyat, untuk memilih kerajaan, kerana kini ia di bawah kuasa UMNO,” katanya lagi.

IKATAN bantu PAS perbetul persepsi rakyat

IKATAN sanggup bergabung dengan PAS kerana parti itu menjadi tunjang negara dan parti kedua terbesar selepas UMNO.
Abdul-Kadir-Sheikh-Fadzir_pas_ikatan_600_1
KUALA LUMPUR: Persoalan banyak pihak akhirnya terjawab apabila Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) disahkan  bergabung dengan parti PAS sekaligus membentuk blok pembangkang ketiga.
Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir melahirkan rasa terharu dan bangga apabila dipelawa menyertai salah satu parti yang menjadi tunjang negara.
“Saya sendiri, telah rapat dengan PAS sejak keluar dari UMNO, saya telah ikut PAS, jelajah ke merata tempat. Malah, dengan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah saya berceramah.
“Pada awalnya ramai yang pujuk supaya sertai PAS, tetapi saya percaya kepada perjuangan UMNO dahulu. Iaitu negara ini kepunyaan rakyat,” ujarnya dalam wawancara eksklusif bersama FMT.
Jelas bekas menteri kabinet lagi, IKATAN akan membantu dan memberikan sokongan kepada PAS memandangkan parti Islam itu salah satu parti terbesar di Malaysia, selain UMNO.
“IKATAN sendiri, kami dilahirkan untuk generasi akan datang, bukan pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kalau kita ambil peluang untuk PRU akan datang, kita akan dilihat sebagai oportunis.
“InsyaAllah, kalau buat benda baik, tidak oportunis, rakyat akan faham dan pada waktu itu rakyat akan pilih kami,” jelasnya.
IKATAN yang menggunakan slogan ‘Bersatu Maju Adil Bahagia’ ditubuhkan pada Jun 2012 tetapi hanya dilulusan pendaftarannya pada Mei 2015.
Mengulas lanjut, Abdul Kadir memberitahu, IKATAN juga akan membantu PAS untuk memperbetulkan masalah persepsi yang melanda parti Islam berkenaan.
“Kalau orang bukan Melayu, Islam tahu apa yang dibawa oleh PAS sebenarnya, sepatutnya mereka lebih sokong PAS dari UMNO. Ini cuma masalah persepsi.
“Kami berharap, IKATAN dapat membantu PAS menukar persepsi yang salah. Supaya PAS dapat diterima oleh rakyat sebagai sebuah parti yang menghormati hak orang lain,” katanya lagi.
Abdul Kadir pernah dilantik menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Penerangan di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau mengisytiharkan keluar UMNO pada 19 Mac 2012.

PAS bukan parti agama eksreme, kata presiden IKATAN

Hadi: PAS bukan penyebab Melayu berpecah

Bermula kerjasama politik PAS dan Ikatan



KUALA LUMPUR: Hari ini bermulalah satu kerjasama politik antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Majlis yang diadakan di sebuah hotel berhampiran Pejabat Agung PAS, di sini, sebentar tadi itu dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit yang boleh menggugat keharmonian dan kemajuan negara kita negara ini.

"Ini adalah detik kebersamaan dalam menentang kerosakan dan kemungkaran seterusnya bersama dalam mengukuhkan kebaikan sebenar bagi rakyat, " ujar mereka dalam satu kenyataan.

‘Blok pembangkang baru tak ekstrem seperti Pakatan’ - Hadi


 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi mendakwa "blok kuasa ketiga pembangkang" yang ditubuhkan hari ini antara partinya dengan Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) tidak akan membangkang secara melulu dan ekstrem seperti yang dilakukan oleh Pakatan Harapan.
Katanya, mereka turut memilih untuk membangkang secara nasihat dan pada masa yang sama menolak untuk menjadi pembangkang ekstrem sehingga menyusahkan rakyat.
“Memilih pendekatan bangkang tidak melulu, bangkang secara nasihat, bukan saja di parlimen, apa yang baik kerajaan buat kita sokong yang tak baik kita nasihat.
“Dalam masa yang sama kita tolak cara ekstrem yang menyusahkan rakyat,” katanya kepada pemberita di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.
Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai perbezaan antara Pakatan Harapan dan "blok baru pembangkang" yang diterajuinya itu.

Hadi: Hanya tuhan saja tahu masa depan blok ketiga


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang yang memperlekehkan sekutu baru parti itu, Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dalam blok ketiga pembangkang, hari ini.
 Mengulas kenyataan Lim bahawa “dalam politik, kosong campur kosong adalah tetap bersamaan dengan kosong”, Hadi berkata hanya tuhan sahaja yang tahu masa depan mereka.
“Yang tahu masa depan (PAS dan IKATAN) hanya tuhan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
PAS hari ini mengesahkan pembentukan blok baru pembangkang dengan mengadakan kerjasama dengan IKATAN.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

Najib bermuka ‘badut’ muncul di Dewan Malaysia, Perth

Kewujudan grafiti itu adalah disebabkan protes terhadap ruang demokrasi negara ini yang terhad.
malaysia-hall
PETALING JAYA: Grafiti wajah badut Datuk Seri Najib Razak dikesan dilakar pada dinding bangunan Malaysia Hall di Perth, Australia.
Perkara itu didedahkan aktivis, Fahmi Reza menerusi akaun Facebook beliau yang turut memaparkan gambar foto grafiti Perdana Menteri bermuka badut itu di bangunan berkenaan.
“Aku jumpa gambar ni di Twitter yang menunjukkan bangunan Malaysia Hall bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Perth, Australia telah digrafiti dengan wajah muka badut Najib Razak (Perdana Menteri) sebagai tanda protes,” katanya hari ini menerusi Facebook.
Fahmi turut meminta rakyat Malaysia yang berada di Australia supaya memuat naik lebih banyak foto grafiti wajah badut Perdana Menteri yang dilukis di negara itu melalui laman sosial masing-masing.
Fahmi berkata, kewujudan grafiti berkenaan adalah disebabkan suara demokrasi rakyat negara ini terhad, menyebabkan wujudnya rasa ditindas oleh kerajaan.
Katanya, perasaan ditindas berkenaan dibuktikan apabila ada rakyat Malaysia yang bersuara untuk menegur kerajaan, disiasat dan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.
“Sangat mudah untuk kita melabel anak-anak muda yang bertindak menyembur political graffiti ini sebagai “vandals” dan “troublemakers”, tapi pernahkah kita cuba fahami kenapa mereka mengambil tindakan sedemikian rupa untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka?
“Bila suara-suara protes melalui “saluran-saluran yang betul” tidak didengari, malah disekat, bila warganya yang berani bersuara melalui saluran-saluran ini ditindas, disiasat dan dikenakan tindakan oleh penguasa yang melindungi koruptor, maka anak-anak muda akan mencipta saluran-saluran mereka sendiri untuk menyampaikan mesej mereka kepada penguasa,” katanya.

Hisham pandang rendah kuasa rakyat, kata Rafizi


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memandang rendah kuasa rakyat, kata Setiausaha PKR, Rafizi Ramli.
"Saya fikir adalah baik sekiranya Hishammuddin percaya perhimpunan itu tidak akan mengubah apa-apa. Ia bermakna dia memandang rendah kuasa rakyat," katanya pada sidang media di lobi parlimen.
 Hishamuddin sebelum ini berkata perhimpunan 27 Mac bagi membantah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan mewakili suara majoriti rakyat.
"Pada dasarnya itu satu lagi perhimpunan (biasa). Kita hanya perlu berurusan dengan perkara itu. (Sebab) akhirnya, orang ramai yang akan membuat perubahan bukan suara yang menjerit paling kuat.
"Mereka mungkin jerit dengan kuat tetapi mereka tidak mewakili suara majoriti," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Rafizi yang tidak bersetuju dengan kenyataan Hishammuddin itu, berkata perhimpunan memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran politik.
Katanya, ramai ahli parlimen pembangkang muda pada masa ini mendapat kesedaran politik mereka melaui cetusan gerakan Reformasi 1998.
Begitu juga, beliau percaya, perhimpunan terhadap Najib kini akan mempunyai kesan yang sama.

Kumpulan anti-Najib hanya mampu menjerit, tak beri kesan – Hisham

Kumpulan itu boleh 'menjerit' membantah Najib Razak tetapi suara itu sebenarnya tidak mewakili rakyat Malaysia.
hishamuddinKUALA LUMPUR: Cadangan kumpulan anti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan perhimpunan mendesak Perdana Menteri berundur tidak mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perhimpunan tersebut juga tidak memberi sebarang kesan kepada pentadbiran kerajaan pimpinan Najib ketika ini.
Malah, katanya, perhimpunan seperti 27 Mac ini bukannya pertama kali dianjurkan pihak pembangkang dan kumpulan anti-Najib.
“Pada dasarnya itu satu lagi perhimpunan (biasa). Kita hanya perlu berurusan dengan perkara itu. Akhirnya, orang ramai yang akan membuat perubahan (melalui pilihanraya) bukan suara yang menjerit paling kuat (kumpulan anti Najib).
“Mereka mungkin jerit dengan kuat tetapi mereka tidak mewakili suara majoriti,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

IKATAN, PAS bersekutu bentuk blok baru pembangkang

PAS hari ini mengesahkan pembentukan "blok baru pembangkang" dengan mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Perkara itu diumumkan di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Bercakap kepada media, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.
Katanya, PAS membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.
"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.
IKATAN adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015.
Sebelum itu Abdul Kadir yang pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah.
Parti itu didakwa bertujuan untuk memperjuangkan idea perdana menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra.
Terdahulu rancangan PAS mengadakan sidang media mengumumkan pakatan berkenaan tergendala apabila bekalan elektrik terputus kira-kira 10 minit.
Keadaan ruang sidang media yang tidak mencukupi berbanding jumlah wartawan juga memaksa sidang media berkenaan dipindahkan ke sebuah hotel berhampiran Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Usul tidak percaya AG ditolak kerana langgar Perlembagaan

Wan Azizah akan mengkaji semula keputusan yang dibuat Speaker Dewan Rakyat itu.
Wan-Azizah,-Apandi-AliKUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak usul tidak percaya dan mendesak kerajaan mengenakan hukuman kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali kerana didakwa bersekongkol membersihkan nama Perdana Menteri daripada skandal RM2.6 billion.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memaklumkan kepada beliau usul itu bertentangan dengan Perlembagaan.
“Usul itu telah ditolak dengan alasan ia tidak mengikut Perlembagaan. Kami perlu mengkaji keputusan itu, jika ia ditolak atas dasar itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Wan Azizah menghantar notis usul tidak percaya terhadap Peguam Negara pada 25 Februari lalu.
Usul tidak percaya terhadap Peguam Negara itu dibuat berlandaskan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan 27 (1), (2) dan (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Rafizi: Himpunan rakyat yang jadikan Malaysia sekarang

Anthony Loke: Calon Perdana Menteri Kita, Kalau Kita Menang, Dato' Seri Anwar Ibrahim

Rafizi - Himpunan Selamatkan Malaysia bertukar tarikh ke 28 Mac

Motion of no confidence in AG rejected by the house

Hisham: 'Saya terima desakan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz'

Rafizi Ramli: Setiap Langkah Politik Yang Diambil Sudah Tentu Ada Kebaikan, Potensi Atau Risiko

Hisham : Himpunan 27 Mac tidak mengubah kerajaan

Dewan kecoh, menteri kata KM bohong, MP DAP minta tarik balik

Menanti pengumuman kuasa ketiga politik Malaysia

Oleh Mohd Sayuti Omar
Hari ini seperti mana diuar-uarkan parti agama (Pas) akan mengumumkan bentuk blok ketiga politik negara yang juga akan menjadi kuasa ketiga politik Malaysia. Sejak ia diumumkan cadangan pembentukan itu, ramai yang tertunggu-tunggu apakah bentuk dan rupa kuasa ketiga berkenaan.

Ada yang konfius dan ada yang bingung dengan tindakan Pas. Cadangan parti itu dilihat tidak relevan dan membantu kepada pembangunan politik di negara ini terutamanya dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN yang dianggap korupsi, melakukan pelbagai kemungkaran serta sikap pemimpinnya yang tidak berair muka.

Mereka yang yakin politik Malaysia boleh berubah daripada tgerus dibajaki kuasa oleh Umno dengan sistem dua parti, tidak berkenaan dengan tindakan Pas itu, dan menganggap parti berkenaan tidak mursyid berpolitik.
Blok ketiga parti itu juga dikatakan akan memberi keuntungan kepada Umno dan pemimpinnya Najib Razak. Ia tidak menyumbang kepada kejatuhan Najib seperti mana diharapkan tetapi menjadi sebaliknya, pemangking kepada Najib dan UBN. Apakah pembentuk dengan niat sedemikian sebagai satu taubat nasuha Pas kepada Umno?

Pembentukan blok yang belum pasti apa benda itu juga seolah menentang arus dengan aspirasi oposisi sekarang ini yang mendapat sokongan atau bonos daripada tindakan Dr Mahathir Mohamad dan beberepa orang Umno yang lain. Sepatutnya Pas mengalu-alukan langkah Mahathir yang memberi markah kepada oposisi, tetapi tidak begitu nampaknya.

Walaupun Dr Mahathir pernah dilihat sebagai orang paling jahat dan tidak berhati perut terhadap pembangkang, tetapi tindakan terkini beliau yang membuang sokongan kepada Najib sepatutnya diambil kesempatan. Setengah yang tidak suka dengan Dr Mahathir beranggapan bekas PM itu mahu mencuri kesempatan. Dari prinsip Islam islaah yang berlaku ke atas diri Mahathir adalah juga kehendak dan gerak geri Tuhan, apakah parti agama tidak membaca keadaan ini.

Mahathir menangis mengenang Soeharto

"Saya rapat, bukan sahaja (sebagai) pemimpin negara, tetapi sahabat."
mahathir_Soeharto_600
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitiskan air mata ketika mengenangkan bekas Presiden Indonesia, Allahyarham Jeneral Soeharto.
Dalam rancangan bual bicara ‘Satu Jam Lebih Dekat’ di stesen televisyen Indonesia, TV ONE, Dr Mahathir diminta menceritakan hubungannya bersama pemimpin republik itu.
“Saya rapat, bukan sahaja (sebagai) pemimpin negara, tetapi sahabat,” katanya sambil menahan sebak.
Bagi Dr Mahathir, Soeharto ibarat seorang abang dan menjadi tempat beliau berbincang dan mendapatkan pandangan.
“Hubungan yang personal, saya anggap dia sebagai abang. Saya boleh berbincang dengannya secara terus-terang, dapat tahu pandangan masing-masing, dan apa tindakan yang perlu kami ambil,” katanya lagi.
Soeharto adalah pemimpin paling lama mengemudi Indonesia iaitu selama 31 tahun, bermula pada tahun 1967 sehingga tahun 1998 selepas meletakkan jawatan ketika Reformasi.
“Kita semua akan pergi akhirnya. Walau berapa tinggi (kedudukan), ke situ juga. Itu masa dia, suatu hari masa saya pula,” katanya lagi.

Pentingnya ‘tengku’ dan gelaran lain

Psikologi orang Melayu memperlihatkan mereka sering 'terkagum' dengan gelaran dan pangkat.
nameTindakan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempersoalkan gelaran ‘tengku’ oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah laporan berita yang paling hangat di FMT kebelakangan ini.
Laporan serangan Khairuddin terhadap Tengku Adnan atau Ku Nan mengenai gelaran itu sering menarik puluhan ribu pembaca dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Begitu juga penjelasan Ku Nan berhubung gelaran ‘tengku’ pada nama beliau.
Kenapa laporan gelaran ‘tengku’ sangat menarik minat orang ramai untuk mengikutinya terutama orang Melayu kita? Selain faktor Ku Nan sendiri yang mempunyai nilai berita, pemerhatian mendapati orang Melayu sangat sensitif dengan gelaran, pangkat dan darjat. Setiap gelaran yang ada pada nama lazimnya menceritakan keturunan dan asal usul.
Syed, sharifah, tengku, tunku, tun, ungku, engku, megat, puteri, nik, wan dan raja adalah antara gelaran feudal yang diwarisi sejak ratusan lalu. Pada zaman moden ini, gelaran seperti dr, prof, datuk, datuk seri, tan sri serta tun menghiasi cetakan pada kad jemputan kahwin, laporan berita dan perbualan kita hari-hari.
Jika diteliti mengikut kerangka sosial pemikiran orang Melayu, gelaran sedemikian mencerminkan status dan kedudukan seseorang. Benar orang ada nama gelaran ini kalau lihat makan minum sama sahaja, malah tidak hairan warna tahi manusia ada pangkat ‘tun’ dengan ‘lebai’ di kampung tidak jauh bezanya.
Namun, psikologi orang Melayu memperlihatkan mereka sering ‘terkagum’ dengan gelaran dan pangkat ini. Bagi penerima atau yang memakai gelaran, mereka rasa dihargai, mungkin mendapat tumpuan dan suka atau tidak layanan yang diterima memang berbeza berbanding orang kebanyakan.
Ada yang cakap senang buat perniagaan dan mendapatkan pinjaman bank. Tidak pernah pula kita melihat kajian terperinci mengenai dakwaan itu, namun itulah yang sering diperkatakan tatkala seseorang itu mempunyai gelaran tertentu pada namanya.

Sudahlah kos hidup tinggi, saman trafik pun nak naik?

Statistik menunjukkan kenaikkan kadar saman trafik tidak berjaya mengurangkan jumlah kemalangan di negara ini.
saman-pdrm
PETALING JAYA: Kerajaan tidak seharusnya menaikkan kadar kompaun terhadap pesalah trafik kerana ia memberi tekanan kepada rakyat yang kini menanggung kos sara hidup yang tinggi.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata kerajaan sepatutnya memberi diskaun kepada pesalah trafik untuk menggalakan mereka untuk membayar saman.
“Sepatutnya kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberikan diskaun kepada pesalah trafik khususnya bagi kesalahan kategori kedua dan ketiga dan mungkin juga patut memberikan pelepasan kepada pesalah trafik kategori keempat yang tidak menyumbang kepada kemalangan dan kesesakan.
“Tindakan memberikan diskaun ini adalah amat wajar sekali dalam keadaan peningkatan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini dan juga sangat berkesan untuk menggalakkan pembayaran saman,” katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengulas lanjut kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan saman trafik yang masih belum dibayar bagi tempoh 2010 hingga 2015 adalah berjumlah RM1.46 bilion membabitkan 14.59 juta daripada 28.42 juta saman yang dikeluarkan.
Nik Abduh berkata, cadangan menaikkan kadar kompaun trafik itu akan mendatangkan banyak implikasi kepada rakyat.
“Faktanya, jumlah kemalangan yang direkodkan sepanjang Ops Selamat 8/2016 meningkat kepada 19,572 kes berbanding 19,094 kes sepanjang Ops Selamat 8/2015.
“Ini menunjukkan kadar saman itu sendiri sebenarnya tidak berjaya pun untuk mengubah sikap pengguna yang bermasalah di jalan raya. Oleh itu, adalah amat tidak patut sekali kerajaan menambah tekanan kepada rakyat,” katanya.

PAS bakal suara pinggiran PRU ke-14 – penganalisis politik

Prof Madya Dr Jeniri Amir setuju dengan Liew Chin Tong bahawa PRU ke-14 adalah pertembungan antara pihak pro-Najib dengan anti-Najib.
jeniri.chong
PETALING JAYA: Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir menyifatkan PAS akan menjadi suara pinggiran dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong bahawa ‘jalur ketiga’ tiada ruang dalam PRU-14 kerana ia adalah pertembungan antara pihak pro-Najib dengan anti-Najib.
“Saya setuju (dengan kenyataan Chin Tong), PRU-14 adalah persimpangan antara agenda untuk menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO-Barisan Nasional (BN).
“Jika gerakan pembangkang, iaitu Pakatan Harapan serta penyokong Deklarasi Rakyat dapat satukan semua pihak yang mempunyai keinginan sama, serta dapat meyakinkan rakyat, suara jalur ketiga akan menjadi suara pinggiran sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT, di sini, semalam.
Dalam sidang media kelmarin, Chin Tong yang merupakan Ahli Parlimen Kluang dilapor berkata, PAS tidak akan menjadi faktor utama dalam PRU-14.
Mengulas lanjut, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu berkata, PAS akan berhadapan cabaran besar untuk mendapat sokongan rakyat, apatah lagi jika ia bergabung dengan parti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kecil.
“Ini kerana pihak yang jelas melawan UMNO-BN akan lebih mendapat perhatian rakyat, kerana matlamat mereka adalah untuk menumbangkan Najib dan UMNO-BN pada PRU akan datang,” katanya lagi.

Rakyat sudah bosan politik celaru - Sivamurugan Pandian

 Sivamurugan Pandian
SHAH ALAM  - Hari ini Pas mengumumkan parti yang menjadi pilihannya untuk bekerjasama bagi membentuk pakatan pembangkang baharu.
Kerjasama yang dinamakan blok politik ketiga itu dilihat bukan sahaja mampu memberi keseimbangan kepada dua gabungan parti sedia ada, tetapi turut menawarkan alternatif kepada pengundi.
Tetapi sejauh manakah blok politik ketiga ini mampu memenangi hati rakyat masih jadi persoalan.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, perkembangan politik semasa turut menguji kematangan pengundi, sama ada mahu bersifat emosional, rasional atau praktikal dalam konteks pemilihan mereka.
“Persoalannya, sejauh manakah kestabilan diberikan keutamaan atau apakah ada faktor sampingan lain yang menjadi perhitungan. Dalam konteks lebih besar, didapati faktor penarik dan penolak ke atas pengundi ini berbeza mengikut demografi dan geografi.
“Dari segi geografi ia melibatkan pengundi di bandar dan luar bandar, manakala aspek demografi melibatkan kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu dan campuran. Semua faktor ini mempunyai pengaruh berbeza-beza,” katanya.
Pergeseran dalam Umno membabitkan barisan kepimpinannya sehingga membawa kepada pembentukan Deklarasi Rakyat sudah pasti turut memperlihatkan sama ada masyarakat mahukan atau bersedia dengan perubahan itu.
Katanya, pergeseran dalaman Umno hanya boleh diminimumkan sekiranya kepimpinan parti kembali merapatkan barisan, namun, apakah kepimpinan mampu mendapatkan kepercayaan penyokong dan ahli di peringkat bawahan?
“Keyakinan dan kepercayaan itulah yang akan diuji sehingga ke hari pilihan raya nanti. Bukan Umno sahaja perlu merapatkan barisan, parti komponen lain juga harus berubah bagi mengimbangi kedudukan.
“Hal yang sama dengan Pakatan Harapan. DAP, PKR dan Amanah juga harus berubah. Sejauh mana mereka mahu meletakkan usaha menjatuhkan BN tanpa ideologi bersama? Sehingga kini masih tidak wujud kerangka dasar bersama Pakatan Harapan,” katanya.
Menurutnya, semua yang berlaku boleh mempengaruhi pengundi.
“Mungkin mereka akan bosan dengan suasana politik yang berterusan, menyebabkan ada pengundi mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi,” katanya.

Tiada bank pelaburan uruskan dana 1MDB di Cayman


Tiada bank pelaburan atau investment bank yang pernah atau masih menguruskan baki pelaburan 1MDB di Kepulauan Cayman, kata Kementerian Kewangan.
Jawapan bertulis parlimen itu merujuk kepada soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang ingin tahu jika bakinya AS$940 juta yang berbentuk “unit” sekarang di Kepulauan Cayman diuruskan oleh mana-mana firma pelaburan.
 Beliau juga meminta penjelasan sama ada pelaburan ini dijamin oleh firma British Virgin Islands, “Aabar Investments PJS Limited” atau firma Abu Dhabi, “Aabar Investments PJS”.
Kementerian Kewangan tidak menjawab soalan kedua yang dikemukakan secara langsung.
“Baki pelaburan unit tersebut telah ditetapkan atau ‘designated’ untuk ‘debt for asset swap’ bersama IPIC, iaitu sebahagian daripada Pelan Rasionalisasi 1MDB,” kata jawapan itu.

Najib selar 'Mahafiraun' bersama pembangkang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini 'menyindir' Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bekerjasama dengan pembangkang.
Malah, Najib berkata, beliau tidak hairan dengan kempen anti-Najib memandangkan semasa Mahathir menjadi perdana menteri, negarawan itu pernah dilabel dengan pelbagai 'nama'.
"Saya tak hairan perkara ini berlaku sebab masa Tun jadi perdana menteri juga macam-macam dilempar pada dia seperti Mahazalim, Mahafiraun dan lain-lain. Tapi sekarang nampak (Mahathir) duduk bersama (pembangkang) pula.
"Sebagai perdana menteri dan rakan dalam pentadbiran, kami tetap istiqamah dan fokus. Apa pun serangan kita jangan hilang hala tuju. Fokus kita tetap komited untuk laksanakan pelaburan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang bertanya tentang pendirian perdana menteri tentang kempen anti-Najib yang kini giat dilakukan.

Speaker minta PM tak jawab soalan kaitkan 1MDB dan RM2.6B


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menjawab soalan yang mengaitkan syarikat pelaburan 1MDB.
Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) hari ini bangun untuk bertanya kepada Najib sama ada keyakinan pelabur asing akan terjejas terhadap negara apabila isu 1MDB masih belum dijawab dan akan menyebabkan lebih banyak kesan negatif serta tumpuan dari media asing.
 Selepas soalan itu ditanyakan Pua, Pandikar kemudian meminta Najib tidak menjawab soalan tersebut kerana didakwa melencong dari soalan asal.
"Yang Berhormat tak perlu jawab, soalan ini amat melencong dari soalan asal.
"Yang berhormat kalau saya benarkan untuk bertanya sehingga tiga soalan, ambil kesempatan tanya soalan yang bukan politik. Ahli yang berhormat, terpulang pada perdana menteri nak jawab atau tak menjawab," kata Pandikar dalam Dewan Rakyat.
Selepas itu, Najib kemudian bangun dan berkata, pembangkang memang sering mengambil kesempatan.
Justeru itu, beliau berkata pencapaian ekonomi negara ini antara tertinggi di dunia dan isu yang melibatkan 1MDB diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Memang dia mencari kesempatan sepanjang masa tapi fakta pencapaian kita yang penting.
"Pencapaian ekonomi kita antara tertinggi di dunia. Maknanya isu ini, yang diwar-warkan secara tersusun, tapi kita akan beri jawapan sebab saya bertanggungjawab pada rakyat dan serah pada PAC untuk tentukan dan kita ada proses.
"Jadi tak ada apa yang patut risau. Proses akauntibiliti akan tetap berjalan di negara kita," kata Najib.

Blok ketiga bantu meriahkan politik negara, pilihan tetap BN atau PH

Presiden Amanah Mohamad SabuPresiden Amanah Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (Amanah) menganggap usaha mewujudkan pakatan politik sebagai suatu kebiasaan dalam politik Malaysia dan menyifatkan usaha Pas untuk mewujudkan gabungan politik baru atau 'blok politik ketiga' boleh memeriahkan politik negara.
Presiden  Amanah Mohamad Sabu berkata, tindakan Pas mewujudkan gabungan politik baru itu juga membuktikan parti itu menyedari perlunya kerjasama dalam politik negara khususnya bagi menghadapi BN dan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.
Dalam wawancara dengan Malaysia Dateline di Shah Alam, semalam, Mohamad bagaimanapun yakin bahawa pertembungan politik sebenar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah antara Pakatan Harapan (PH) dan BN.
"Kuasa ketiga, keempat, kelima tak penting (tidak relevan) kerana rakyat akan pilih antara dua (PH atau BN)," ujarnya.
Beliau turut meyakini kemampuan DAP, PKR dan Amanah dalam meraih sokongan rakyat berdasarkan sambutan yang diterima setakat ini.
Menurutnya, walaupun Amanah baru enam bulan ditubuhkan namun perkembangannya sungguh membanggakan.
Amanah ujar beliau bukan sahaja dianggotai bekas ahli Pas, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Abim dan Ikram malah oleh bekas anggota Umno.
"Minggu lalu di Pulau Pinang kita tubuhkan cawangan Amanah dengan 70 ahlinya ialah bekas ahli Umno," katanya.

Kerjasama Tun M dengan Kit Siang bukan paling mencabar – Annuar Musa

Beliau sudah berumur lebih 90 tahun dan sepatutnya membantu UMNO, namun tidak berbuat demikian sebaliknya menentang Najib.
annuar-musa-kit-siang-umno-fade
PETALING JAYA: Kerjasama yang dijalinkan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan cabaran besar buat UMNO.
Namun, ia bukanlah satu perkara yang dianggap paling mencabar.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan perkara itu menerusi wawancara dengan Nanyang Siang Pau turut menjelaskan, kedudukan Dr Mahathir dalam UMNO juga sudah berlainan dengan satu ketika dahulu.
Malah, katanya daripada 191 bahagian UMNO yang ada, mungkin hanya terdapat tiga yang menyokong Dr. Mahathir manakala, yang lain teguh di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Dr. Mahathir sudah berumur lebih 90 tahun, beliau sepatutnya membantu UMNO. Dr. Mahathir tidak berbuat demikian, beliau sebaliknya menentang Najib. Ini bukan masalah kecil.
“Namun begitu, parti telah melalui banyak cabaran dan ujian, ini bukan yang paling mencabar.
“Semasa zaman Dr. Mahathir, pelucutan kekebalan Raja-Raja Melayu dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menimbulkan cabaran besar buat UMNO,” katanya.
Bagaimanapun, Annuar mengakui, isu Dr. Mahathir itu perlu ditangani dengan cara berhemah dan berhati-hati kerana beliau mempunyai jasa yang sangat besar kepada negara.

70 tahun tunggu giliran tunai haji tunjuk kelemahan Tabung Haji

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyangkal jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang seolah-olah menuduh beliau menyebabkan jemaah terpaksa menunggu lama untuk membuat haji.
Jamil Khir pada sidang Dewan Rakyat semalam menyatakan, pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka, akan hilang giliran menunaikan haji sehingga 70 tahun.
Menteri Agama turut berkata, punca pendeposit mengeluarkan simpanan mereka kerana disebabkan percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini.
Rafizi berkata, Jamil Khir seperti cuba untuk menutup kelemahan TH yang gagal untuk mendapatkan kuota lebih untuk rakyat Malaysia.
“Jawapan beliau semalam tidak tepat dan cuba menyembunyikan kelemahan di pihak beliau sendiri dengan memberi gambaran seolah-olah timbal balik terhadap kedudukan kewangan TH adalah punca bakal haji terpaksa menunggu masa yang lama,” katanya.
“Tempoh masa yang lama tidak ada kena mengena dengan komen-komen saya mengenai Tabung Haji tetapi disebabkan kegagalan Kerajaan Malaysia mendapatkan kuota tambahan dari Kerajaan Arab Saudi,” kata Naib Presiden KEADILAN itu lagi.
Merujuk jawapan Jamil Khir, Rafizi berkata, seramai 2.023 juta pemegang akaun TH mendaftar untuk menunaikan haji sedangkan kuota haji setiap tahun hanya 0.1% sahaja (30,000 orang) dari jumlah penduduk Malaysia.
Oleh itu, beliau dengan sinis mengusulkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berunding dengan Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan kuota haji sehingga 50,000 setahun berikutan beliau didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan di sana.
“Jika keluarga DiRaja Saudi boleh mendermakan RM2.6 bilion kepada beliau, saya yakin beliau begitu rapat dengan keluarga DiRaja Saudi dan boleh mendapatkan pertambahan kuota haji bagi rakyat Malaysia,” kata Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen.

Najib Perlu Melepaskan Jawatannya

Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. Perlucutan Tun M sebagai Penasihat Petronas tidaklah mengejutkan. Ini sudah dijangka atas sifat

dan amalan politik bebal, panas baran dan degil PM dan pimpinan kerajaan yang memiliki OTAK SELUT dalam membuat keputusan. Perlucutan Tun M tidak membantu menyelesai atau mengurang masalah yang sedang dihadapi negara dan rakyat yang berpunca daripada kedegilan seorang iaitu PM Najib.

2. Yang melucukan ialah alasan perlucutan hanya berkisar pada Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang diusaha dan digerakkan oleh Tun M dianggap oleh Kabinet yang diPengerusikan oleh Najib sebagai hendak menjatuhkan kerajaan secara yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan. Tun M dianggap tidak lagi mendokong kerajaan.

3. Saya hairan bagaimana ketetapan Deklarasi Rakyat yang bersetuju penyingkiran Najib sebagai PM Malaysia menerusi saluran damai dan mengikut saluran undang-undang yang dibenarkan dianggap bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara? Adakah dengan Najib sendiri melepaskan jawatan atau undi tidak percaya di kalangan Ahli Dewan Rakyat atau tuntutan desakan serta rayuan daripada rakyat untuk Najib melepaskan jawatan dianggap menyalahi undang-undang negara?

4. Apakah peristiwa penyingkiran Mukhriz sebagai MB Kedah dengan akuan bersumpah yang dipaksa ke atas Adun Umno Bn mengikut saluran undang-undang? Apakah Peguam Negara memberikan tafsiran ini kepada kabinet yang akhirnya menghasilkan keputusan melucutkan Tun M?

Keputusan Kabinet melucutkan Tun M dengan alasan yang tersebut menunjukan PEMIKIRAN OTAK SELUT pemimpin Umno Bn. Bukankah Tun M sendiri pernah meletakkan jawatan? Begitu juga Tun Abdullah melepaskan jawatan selepas diminta dan didesak oleh banyak pihak untuk beliau melepaskan jawatan PM kerana kelemahan dan kegagalan beliau mentadbir negara?

5. Kini, kepimpinan Najib lebih buruk daripada Pak Lah. Kerosakan kepada negara dan kehidupan rakyat dengan salah guna kuasa, rasuah, 1MDB, GST dan sebagainya telah sampai pada tahap yang kritikal. Keputusan Kabinet hanya atas asas "Demi Najib" dan terus mempertahankan kepentingan seseorang bukannya demi negara dan rakyat. Jika mereka berjuang atas dasar demi negara dan rakyat sewajarnya anggota kabinet bersama Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia sekaligus meminta Najib melepaskan jawatan PM. Menyingkir dan Meminta Najib melepaskan jawatan bukannya menggulingkan kerajaan. Deklarasi Rakyat tersebut bertujuan untuk memperbetulkan kerajaan dan mengembalikan Malaysia pada landasan yang sebenar.

Awasi kemunculan sekular generasi baharu

Oleh ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD
SENARIO hari ini, gerakan Islam semakin mendapat tempat manakala gerakan sekular semakin dipandang jijik terutamanya oleh masyarakat muslim. Maka Barat melalui anak-anak muridnya mula menjenamakan semula ajaran sekular agar terus diterima oleh masyarakat muslim.

Bahkan proksi sekular di medan politik pun dilihat turut mengalami perubahan penstrukturan semula terutamanya sejak akhir-akhir 90-an dan menjelma meraih perhatian ramai di pertengahan millennium.

Antara tulisan popular kritikan Barat terhadap Islam adalah ‘The Failure Of Political Islam’ tulisan Olivier Roy. Buku tersebut sekaligus menjadi signal arahan polisi perubahan Islam tajaan Barat yang disambut oleh agen-agen mereka. Roy membidas golongan Islamis yang beliau labelkan sebagai neo-fundamentalis yang dilihat konsisten membawa agenda perlaksanaan undang-undang Islam.

Secara berterus terang Olivier Roy mengungkapkan tentang golongan Islamis yang diwujudkan untuk menentang golongan neo-fundamentalis. Islamis yang Barat maksudkan perlu mengamalkan Islamisasi bermodelkan Barat;

“Yang lain, mereka boleh berkompromi mereka kemodenan Barat. Membawa ulama menerima kemodenan di mana pada asalnya Islam menolaknya, termasuklah menerima konsep pemisahan agama dan politik, yang semestinya membawa kepada sekularisasi”

Kini ancaman umat Islam berhadapan dengan proksi-proksi Barat di kalangan umat Islam sendiri. Mereka menjalankan tugas Barat menentang agenda perlaksanaan Islam secara syumul. Pada masa yang sama mendabik dada kononnya menjadi pejuang kepada nilai-nilai baik Islam yang dakwa mereka mempunyai titik temu antara anutan-anutan lain. Akhirnya dinobatkan perjuangan nilai, ditinggalkan perjuangan perlaksanaan Islam.
 
SEKULAR YANG BAIK?

Pemuka Liberal Indonesia, Nurcholis Madjid telah memperkenalkan bid’ah kononnya ajaran sekular merupakan akar kepada ajaran Islam. Di dalam ucapannya pada 2 Januari 1970 yang bertajuk ‘Keharusan Pembaharuan Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi Umat’, begitu juga dalam artikelnya yang lain bertajuk ‘Sekali Lagi Tentang Sekularisasi’, beliau telah memperkenalkan istilah ‘sekularisasi’ kepada masyarakat Islam Indonesia dengan mendakwa bahawa sekularisasi tidaklah dimaksudkan penerapan sekularisme.

Bahkan menurutnya proses sekularisasi itu merupakan proses Islami seperti tertuang dalam permulaan kalimah syahadah (La Ilaha..) itu sendiri. Beliau secara terang-terangan mengatakan bahawa;

“Agama Islam bila diteliti benar-benar dimulai dengan proses sekularisasi lebih dahulu. Justeru ajaran tauhid itu pangkal tolak proses sekularisasi besar-besaran.” (Dr. Ugi Suharto, Pemikiran Islam Liberal, m/s 7-8)

Yang telah berlaku di Indonesia pada era 70-an, kini melanda Malaysia. Jika diamati kebelakangan ini, sudah ada ucapan-ucapan yang bersahaja mengatakan bahawa sekular merupakan ajaran yang baik bahkan ada kaitan dengan konsep syahadah.

NEO-MU’ATTILAH

Dalam menyentuh soal sekular generasi baharu, penulis suka melampirkan beberapa pendedahan dan ingatan dari Syeikh Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitab-kitabnya.

Walaupun beliau tidak menggunakan istilah ‘sekular generasi baharu’, penerangan beliau jelas menyingkap pemikiran bahaya yang semakin menular di kalangan umat Islam yang dibahasakannya sebagai golongan ‘al-Mu’attilah al-Judud’.

“Mereka menyangka bahawa mereka berpegang dengan Maqasid al-Syariah dan ruh (nilai) agama. Sehingga melupakan nas al-Quran dan Hadis Sahih. Mereka mendakwa bahawa agama itu hanyalah pada nilai isinya bukan pada luarannya. Apabila kamu berhadapan dengan mereka berbekalkan nas-nas yang muhkamat, pasti mereka berdolak-dalih dan menyeleweng dari konteks sebenar. Mereka gemar berpegang dengan perkara mutasyabihat dan menolak perkara yang muhkamat. Mereka mendakwa diri mereka sebagai agen perubahan, realitinya mereka adalah agen pembaratan.” (Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Siyasah a-Syar’iyyah, m/s 228)

Dalam tulisan yang lain, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mendedahkan asal usul mereka;

“Antara pemuka pemikiran ini adalah Muhammad Arkun yang berasal dari Algeria. Dia mengemukakan pemikiran yang kononnya fokus kepada maqasid syariah.” (Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dirasah Fi Feqh Maqasid al-Syariah, m/s 87)
 

PAS tubuh blok ketiga, peluang baru atau ancaman?

Oleh SYED AHMAD FADHLI
SEMENJAK diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS akan bekerjasama dengan parti lain dan NGO bagi membentuk blok ketiga parti di Malaysia ini, terdapat pelbagai maklum balas yang disuarakan oleh pihak BN mahupun PH.

Adakah Blok Ketiga ini hanya sekadar pengacau sahaja atau secara strategiknya ia mampu memberi ancaman yang menggugat sokongan terhadap BN mahupun PH.? Masih terlalu awal untuk membuat unjuran dan jangkaan tetapi berasaskan realiti semasa, ia tetap akan memberi impak kepada para pengundi menjelang PRU 14 nanti.

Sebagai contoh, di kerusi majoriti Melayu di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, secara tradisinya di sinilah berlaku pertarungan antara Umno dan PAS berlangsung. Umum mengetahui, di kerusi sebeginilah juga akan menjadi sasaran impian PAN sebagai wakil PH untuk merampas kerusi tersebut daripada PAS.
Pengundi akan mempunyai tiga pilihan iaitu untuk terus menyokong Umno pimpinan PM Najib yang kian lemah itu atau mengalihkan sokongan mereka kepada PAS atau menyokong PAN yang merupakan wakil PH yang didominasi oleh DAP?

Bagaimana pula Blok Ketiga ini boleh memberi ancaman kepada BN dan PH pada PRU 14 nanti? Sekiranya PAS melalui Blok Ketiga berjaya meraih sokongan daripada pengundi Umno yang berpaling tadah dan pengundi atas pagar, PAS akan berjaya mengurangkan jumlah kerusi Umno menangi sekarang iaitu 88 kerusi. Hasilnya, Umno kian lemah dan tidak mampu untuk terus kekal dominan dalam BN bagi membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Pada masa sama, Pakatan Harapan yang mempunyai kerusi yang tidak kurang banyaknya juga akan menghadapi masalah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Hal ini kerana kerusi yang dimenangi oleh PH kebiasaannya di bandar dan campuran kaum yang akan diwakili oleh Ahli Parlimen bukan Islam dan bukan Melayu. Bagaimana mungkin PH mahu mentadbir Malaysia dalam keadaan Kerajaan Pusat yang didominasi oleh Ahli Parlimen bukan Islam?

Tuan Guru Presiden PAS sudah berulang kali menyebut berkenaan peri-pentingnya kita memahami realiti politik Malaysia iaitu orang Melayu-Islam adalah teras penentu arus sokongan parti yang memerintah Malaysia.

Blok ketiga: Pas perlu muktamar khas

KOTA BHARU - Pas perlu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan peranan Pas dalam blok ketiga supaya perpecahan seperti tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah) hingga melemahkan Pas pada ketika ini, tidak berlaku lagi.
Pemangku Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, pengumuman yang dibuat mengenai kerjasama blok ketiga tersebut telah mengejutkan banyak pihak.
Pas “Sejurus itu juga beberapa parti  membuat penafian akan penglibatan mereka dengan blok ini. Malah, pengumuman itu pastinya juga menyebabkan ahli di akar umbi terpinga-pinga.
“Selepas terkuburnya Pakatan Rakyat pada Muktamar Pas Pusat yang terakhir di Kuala Selangor, bila pula kita mahu bincangkan secara serius akan penubuhan blok pembangkang yang baharu ini? Bukankah menjadi kebiasaan kepada Pas untuk mengadakan muktamar khas bila mana satu keputusan besar ingin dibuat?” katanya.
Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat kuasa dalam sebarang keputusan dan pertimbangan berdasarkan Fasal 26 (9) Perlembagaan Pas, perbincangan juga perlu diadakan,
"Fasal itu memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat ''embuat pertimbangan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan Pas dan membuat keputusan mengenainya setelah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama.'' Namun begitu, perlulah diambil kira bahawa Muktamar Pas Pusat adalah kuasa tertinggi dalam parti Islam ini sejajar dengan perlembagaannya," katanya.
Katanya, Pas  perlu mengambil iktibar pengalaman tahaluf sebelum ini dalam membuat sebarang keputusan.
“Mungkin banyak pertimbangan telah dibuat dan memerlukan keputusan yang cepat sejajar dengan cepatnya perkembangan politik tanah air sehari dua ini, namun pengalaman daripada tahaluf dan usaha sama lepas hingga berlaku perpecahan dalaman perlu dijadikan pedoman.
“Dan tentunya yang paling banyak menyimpan kenangan pahit manisnya adalah ahli-ahli di akar umbi,” katanya.

SELAMA 51 TAHUN BN BUAT APA ?? SONGLAP KA !!!

Biar Fakta Berbicara...

KENAPA masa tempoh 51 tahun BN memerintah P.Pinang hanya mampu simpan rizab negeri sbyk RM373.6 juta berbanding DAP memerintah dgn hanya 7 tahun shj dah boleh kumpul simpan rizab negeri sbyk RM507.2 juta ???

TETAPI DAP juga yg disalahkannya...