Ahad, 13 Mac 2016

'Siapa menentang Tun M pengecut', kata Mat Sabu


'Siapa menentang Tun M pengecut', kata Mat Sabu

IPOH - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan mana-mana pihak yang menentang Tun Mahathir Mohamad sebagai pengecut.

Menurutnya, tiada sebarang kepentingan menentang Mahathir kerana negarawan itu bukan individu yang mengetuai tampuk pentadbiran negara pada ketika ini.

"Kalau kita terus hentam Mahathir, kita bukan hebat, kita bukan jantan bahkan kita lebih teruk daripada pondan.

"Dan konsep kita jelas, kita lawan mereka yang berkuasa, yang memiliki kuasa. Bukan lawan orang pencen," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Malam Solidariti Mat Sabu di Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi, di sini, semalam.

Mohamad berkata, meskipun Mahathir dikaitkan dengan beberapa isu salah laku ketika mengetuai pentadbiran negara namun bukan tanggungjawab pihaknya untuk mendakwa mantan Perdana Menteri itu.

"Kalau Mahathir jahat, Mahathir zalim, Mahathir mencuri, pemerintahlah yang kena dakwa Mahathir. Kita ada kuasa apa? Kita sendiri pun tiap-tiap tahun kena dakwa," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerjasama yang dijalinkan dengan Mahathir serta beberapa tokoh pimpinan BN dalam Deklarasi Rakyat bertujuan untuk menukar kepimpinan negara.

"Kita bersama mereka semuanya semata-mata untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN," katanya.

Katanya, beliau optimis perkara itu dapat direalisasikan sekiranya semua pihak komited dan fokus terhadap perjuangan.

"Dalam perjuangan kita, kita mungkin tidak tahu dimana penamatnya tetapi yang penting kita terus berjuang untuk mencapai matlamat itu," katanya.

KU NAN SEORANG PEJUANG...KAHKAHKAH

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menjelaskan, beliau adalah keturunan Tengku dari Acheh yang didakwanya merupakan pejuang agama dan bangsa.

"Lihat sejarah Acheh di mana Tengku Nyah Abu pergi dan inilah cucu dia, pejuang Islam dan pejuang yang mempertahankan tanahair.

"Datuk dan nenek saya tidak pernah tunduk kepada Belanda. Sebab itulah saya kuat, darah itulah yang mengalir," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu lagi.
Dengan menggambarkan demikian, tidak lain Ku Nan bermaksud untuk memberitahu bahawa beliau juga seorang pejuang sebenarnya, sama seperti nenek moyangnya dahulu.

Tetapi berdasarkan rekod Ku Nan selama ini, beliau hanya dikenali sebagai pembodek kepada pemimpin yang berkuasa semata-mata. 

Datuk dan neneknya tidak pernah tunduk kepada Belanda, tetapi beliau sepanjang masa hanya membiarkan dirinya tunduk kepada pemimpin yang ada kuasa sahaja.

Mereka yang berada dalam UMNO tentunya lebih mengetahui perkara ini.

Zaman Tun Mahathir, beliau bodek Tun Mahathir. Zaman Anwar Ibrahim, beliau bodek Anwar Ibrahim. Zaman Tun Abdulah Ahmad Badawi, beliau bodek Tun Abdullah Badawi dan zaman Najib, lagi kuat bodek Najib.

Jika selepas ini, Zahid Hamidi naik, Zahid Hamidi pula dibodeknya.

Maka, di mana yang dikatakan beliau  itu seorang pejuang?

Dakwaan kepincangan dalam urus tadbir berasas - BN Kelantan

Mustapa Mohamed KOTA BHARU - BN Kelantan menyifatkan dakwaan terdapat kepincangan dalam urus tadbir kerajaan Pas Kelantan oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa rasional dan berasas.
Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kelemahan kerajaan negeri dari aspek dasar- dasar yang berkaitan alam sekitar, pembalakan, pelaksanaan lebuh raya rakyat, pembinaan rumah kos rendah dan projek Lembah Sireh sudah lama diketahui.
“Husam pernah pernah memegang jawatan sebagai Exco kanan kerajaan negeri, malah pernah menjadi antara individu penting dalam Pas pasti lebih tahu segala permasalahan yang berlaku.
 “Bagi saya, tidak boleh salahkan sesiapa dalam kepincangan yang berlaku, sebaliknya ia tanggungjawab yang perlu diletakkan kepada kerajaan itu sendiri,” katanya  kepada media selepas merasmikan majlis kajian pertengahan penggal Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini, hari ini.
Hadir sama, Presiden NUTP, Hashim Adnan; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda dan Pengarah Pendidikan Kelantan, Datuk Ab Aziz

Menyokong Najib itu melemahkan UMNO sebenarnya

Oleh Aspan Alias
Pemimpin-pemimpin UMNO sepatutnya mencari pemimpin gantian kepada kepimpinan Najib dan jalan yang terbaik ialah dengan memberikan sokongan kepada Deklarasi Rakyat yang di umumkan pada 4hb yang lepas. Kita bukan tidak tahu yang ramai dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang amat susah untuk mempertahankan Najib kerana Najib sekarang berada dalam keadaan yang tidak boleh dipulihkan lagi imej dan kredibilitinya sebagai pemimpin utama negara.
Mahu tidak mahu Najib wajar bersara untuk menyelamatkan Malaysia dan memilih untuk menentang Deklarasi Rakyat itu adalah penentang terhadap UMNO itu sendiri. Mereka yang menyokong Deklarasi Rakyat itu merupakan kumpulan yang berusaha hanya untuk menggulingkan Najib dan bukannya untuk menjatuhkan kerajaan seperti tuduhan ramai ahli-ahli kabinet dan pemimpin pemimpin yang berada dalam Majlis Tertinggi.
Tentulah jika berjaya Deklarasi Rakyat itu dan Najib dapat diketepikan tentulah penggantinya dari pemimpin UMNO yang berwibawa dan bukankah itu memudahkan UMNO untuk memulihkan imejnya dimata rakyat. UMNO itu tidak sepatutnya dipandang rendah tetapi oleh kerana parti itu dipimpin oleh seorang yang tidak boleh dipercayai maka UMNO itu sendiri menanggung beban keyakinan dimata rakyat.
Kita faham dalam kabinet itu sendiri ramai yang tidak berkeyakinan dengan Najib  tetapi oleh kerana takut usaha untuk menumbangkan Najib itu tidak berjaya mereka merasakan yang mereka akan terkorban dan hilang mata pencarian mereka, kerana memegang jawatan dalam kerajaan dan kabinet itu mereka anggap sebagai tempat mencari makan.
Dalam situasi sekarang sesiapa yang berani menentang Najib itulah yang akan menjadi pemimpin masa depan negara. Telah dibuktikan oleh sejarah pemimpin yang berani sahaja yang akan menjadi pemimpin yang baik dimasa depan sesebuah negara. Jika tidak mereka akan menjadi yang lemah fikiran seperti Najib Razak yang kita ada sekarang ini.

Pengguguran Najib syarat kerjasama PAS dan Umno

Oleh Tan Sri Zainudin Maidin
Umno seolah-olah mendapat suatu kepercayaan besar dan kekuatan baru apabila Tun Dr Mahathir Mohamad berkonspirasi dengan pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kepercayaan inilah yang memberikan keberanian kepada kabinet untuk menyingkirkan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas.

Dr Mahathir, walaupun sedar beliau seharusnya meletak jawatan tetapi menunggu tindakan bagi meraih simpati terhadapnya dan menambah sokongan rakyat. Memang wajar bagi kerajaan bertindak membuang Dr Mahathir kerana beliau tidak lagi mendokong kerajaan.
Bagaimanapun, satu komen ringkas di Facebook mengenai pembuangan Dr Mahathir itu menjadi viral dengan tiba-tiba yang membuktikan bercanggah dengan sentimen rakyat dan betapa salahnya perhitungan kerajaan dan pemimpin Umno.
Banyak yang saling bertanya sudahkah membaca komen ini yang menunjukkan selari dengan sentimen mereka? Saya tidak tahu penulis asalnya. Inilah komennya: "Petronas yang tidak bermasalah, penasihatnya dipecat tetapi 1MDB bermasalah besar penasihat masih memegang jawatan."
Apabila dipetik ‘tweet’ saya, di ‘retweet’ pula ramai orang yang mendatangkan tidak kurang 30,000 orang pembaca dalam masa hanya sekejap saja. Ini menunjukkan sikap majoriti rakyat di lapangan pada masa ini.
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan lain-lain agensi sokongan kerajaan yang membuat tinjauan di lapangan berasaskan pada penemuan mereka, sewajarnya memberikan laporan sejujurnya kepada menteri masing-masing untuk dilaporkan kepada kabinet iaitu Najib sedang menghadapi masalah kredibiliti dan integriti yang sukar sekali untuk diperbaiki kembali, sekalipun dalam pekara yang benar.

Deklarasi Rakyat akan gagal jika hanya harapkan Dr Mahathir

Oleh Amin Iskandar
Sudah hampir 2 minggu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mencipta sejarah menggabungkan pemimpin Umno, pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersatu bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Selepas Deklarasi Rakyat dilancarkan, tidak kelihatan atau kedengaran momentum untuk menggerakkannya bagi menyampaikan mesej kepada rakyat di bawah.

Mungkin juga ini merupakan strategi untuk “menggelirukan pihak lawan” memandangkan pentadbiran Najib kini memberikan reaksi keras terhadap mana-mana penentangan. Akan tetapi, bagi penyokong pergerakan ini, mereka ternanti-nanti apakah yang sedang berlaku dan kemakah hala tuju Gerakan Selamatkan Malaysia ini.
 Ini kerana di media sosial, Gerakan Selamatkan Malaysia kelihatan bersikap seperti “sebuah kerajaan” yang tenang sahaja membiarkan penentang-penentang mereka menyerang.
Penentang Gerakan Selamatkan Malaysia sama ada menyokong Najib atau tidak kelihatan lebih agresif “menghina” Deklarasi Rakyat.
Sedangkan, yang menyokong Dr Mahathir tidak kurang hebatnya seperti bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, aktivis Hishamuddin Rais, Maria Chin Abdullah dan ramai lagi.
Walaupun ramai “pemain berpengalaman” dalam Gerakan Selamatkan Malaysia, mereka mungkin terlupa sesebuah momentum dan mood sesuatu pergerakan itu harus “dicipta” dan ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya.
Atau sebenarnya mereka hanya mengharapkan Dr Mahathir melakukan semua perkara? Mereka mungkin terlupa bekas perdana menteri itu sudah berusia 91 tahun!
Tindak balas Najib
Sudah tentu Najib, Umno dan Barisan Nasional (BN) panik. Tidak mungkin mereka akan biarkan Gerakan Selamatkan Malaysia bergerak mudah.
Mana tidaknya pada Pilihan Raya Umum ke 12 (2008), disebabkan Dr Mahathir menentang perdana menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi, BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan negeri-negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Dan pada ketika itu, Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang kerjasama rasmi bersama pembangkang.
Bayangkan jika terdapat kerjasama rasmi Dr Mahthir dan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang ketika sentimen pengundi bukan Melayu masih anti BN? Sedikit perubahan kepada trend pengundian Melayu akan menyebabkan BN jatuh.

Menanti rakan baharu Pas

Oleh ZUL BAKAR
SEJARAH perjalanan politik Pas sejak tahun 1990 men­catatkan, parti itu telah bekerjasama dengan pel­bagai parti bagi mencapai ci­ta-cita politiknya. Pada tahun 1990, Pas bekerjasama dengan Parti Se­mangat 46 sehingga mampu me­nawan Kelantan daripada Barisan Nasional (BN).
Kejayaan itu kekal sehingga ke hari ini, biarpun Semangat 46 sudah tidak lagi wujud dalam arena politik negara. Tidak berapa lama kemudian, apabila PKR diwujudkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999, Pas menjalin pula kesepakatan dengan parti itu. Kerjasama itu ‘diperkukuhkan’ dengan kehadiran DAP.

Walaupun berbeza ideologi dan matlamat, namun Pas terus kekal dalam pakatan pembangkang sehinggalah pada awal tahun ini, parti itu mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada pakatan tersebut berikutan perbalahan yang tidak berkesudahan dengan DAP. Biarpun masih menjalinkan kerjasama dengan PKR tetapi Pas tidak mahu berada dalam gabungan berkenaan.Tambahan pula, mana mungkin parti itu akan duduk semeja dengan bekas pemimpin-pemimpin yang meninggalkan perjuangan Pas selepas tewas dalam pemilihan parti pada Jun 2015. Kelompok bekas pemimpin tersebut menubuhkan parti PAN yang diketuai oleh Mohamad Sabu.
Biarpun sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas sudah biasa berjuang sendirian, tetapi politik semasa tidak mengizinkan parti itu untuk berbuat demikian. Mahu tidak mahu, Pas terpaksa mencari rakan kongsi bagi meneruskan perjuangannya.
Justeru pengumuman Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa parti itu akan mewujudkan pakatan baharu pembangkang agak menarik untuk diperbincangkan. Apatah lagi, Takiyuddin menyatakan, pakatan itu ‘mampu menggerunkan’ pakatan sedia ada.
Persoalannya, siapakah rakan baharu Pas itu? Bagaimanakah hubungan Pas dengan PKR? Apakah maksud pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bermakna, Pas turut akan menentang PKR?
Kalau begitu bagaimana dengan kerjasama sedia ada di Selangor, contohnya? Apakah PKR masih mahu bekerjasama dengan Pas yang sudah diketahui akan menjadi musuh mereka dalam pilihan raya umum akan datang?
Semua persoalan itu perlu dijawab oleh Pas supaya ia tidak mewujudkan kekeliruan bukan sahaja dalam kalangan ahli dan penyokongnya tetapi juga rakyat. Bagaimanapun apa yang lebih penting, benarkah kerjasama itu akan mampu melaksanakan apa yang dipanggil ‘budaya politik matang dan sejahtera’ seperti mana dikatakan oleh Takiyuddin.
Berdasarkan perbualan penulis dengan beberapa pemimpin Pas, mereka gembira dengan perkembangan baharu itu. Mereka menganggap ia detik terbaik untuk memberi isyarat khususnya kepada DAP dan PAN bahawa Pas berkemampuan menubuhkan blok baharu pembangkang tanpa perlu bergantung kepada kedua-dua parti tersebut.
Bagaimanapun apa yang mereka harapkan ialah Pas berhati-hati dalam tindakan politiknya. Ini memandangkan sejak tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas jarang sekali terlibat dalam politik kontroversi sehinggakan dianggap ‘mahu menjadi sekutu’ UMNO.

Tinggalkan Umno jika ragui pemimpin - Idris Haron

JASIN - Umno Melaka mencadangkan agar mana-mana pemimpin atau ahli Umno meninggalkan parti itu sekiranya masih berasa ragu-ragu dengan kepimpinan sedia ada, kata Pengerusinya, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata tindakan itu perlu bagi memastikan parti itu kukuh dan memiliki anggota yang bersatu hati.
Idris Haron "Kita mestilah bersatu dalam segala-segalanya...mesti semuanya bersatu hati, bersatu fikiran dan bersatu tindakan, barulah parti boleh memenangi pilihan raya akan datang.
"Kita tidak mahu ada yang separa hati dalam perjuangan ini kerana itu mungkin akan menjadi pencetus kepada kekecewaan parti di masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan Berkelompok Umno Bahagian Jasin 2016 di Lipat Kajang di sini yang dihadiri lebih 300 ahli Umno bahagian tersebut.

 Idris berkata parti itu sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan meminta agar mana-mana pihak yang cuba mencemar kedudukan presiden atau institusi presiden, diambil tindakan.
Beliau berkata mereka itu bukan sahaja perlu dipecat dan disingkirkan jawatan serta keanggotaan mereka, bahkan sepatutnya melepaskan jawatan mereka.
"Hari ini kita tidak boleh menoleh kiri kanan, tidak boleh mendengar tohmahan dan fitnah yang menjurus kepada permainan persepsi ini.
"Kita perlu terus berhadapan dengan musuh dan memastikan parti ini menang pada pilihan raya akan datang dan terus relevan," katanya. - Bernama

Politik ibarat perang semua terlibat suka atau tidak

Semua pihak perlu prihatin perkembangan politik ekoran ia memberi kesan terhadap dasar pentadbiran dan corak kehidupan masyarakat.
Datuk Saifuddin aPanelis forum Akademi Politik, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata arena politik diibaratkan seperti medan perang yang memberi kesan kepada semua lapisan rakyat termasuk pengamal perubatan.
“Keputusan dibuat oleh orang politik juga memberi kesan terhadap kehidupan rakyat.
“Suka atau tidak, kena ambil tahu pasal politik sebab walaupun kita tak suka peperangan tetapi bila perang semua orang terlibat, jadi kita kena sama-sama pastikan tidak terjadi peperangan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Akademi Politik di Hotel Carlton di sini, semalam.
Katanya lagi, antara isu melibatkan pengamal perubahan adalah kerajaan memutuskan doktor tidak lagi dibenarkan memberi diskripsi ubat-ubatan kepada pesakit sebaliknya ditentukan ahli farmasi.
Katanya, keadaan ini menyebabkan pemilik klinik persendirian menanggung kos tambahan menggaji ahli farmasi bertauliah.
“Selepas saya berikan penerangan kepada mereka, semua mengubah fikiran untuk mengambil tahu isu politik bagi memastikan ahli politik dipilih mampu membentuk dasar tidak membebankan rakyat ,” katanya.

Ku Nan dedah strategi gerakan ketua cawangan anti Najib

Gerakan berkenaan akan memperdaya Ketua-ketua UMNO Cawangan supaya menolak kepimpinan Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.
ku-nan-gkcm
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan strategi Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang mahu memperdaya Ketua-ketua UMNO Cawangan supaya menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
“Sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya dapat makluman ada puak-puak GKCM. Dia akan jumpa ketua cawangan, Pemuda dan Puteri. Kemudian, mereka akan keluarkan memorandum.
“Memorandum itu beritahu supaya kita (Ketua UMNO Cawangan) cuba bersetuju Presiden meletakkan jawatan, jadi berhati-hatilah,” ujarnya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu, hari ini.
Jelas Menteri Wilayah Persekutuan itu, daripada analisa yang beliau lakukan, 70 peratus ahli cawangan tidak mengetahui tindakan ketua mereka menentang Najib.
“Daripada analisa yang saya lakukan, ada lebih kurang 70 cawangan, yang buat ini (menolak Najih) tetapi ahli cawangan tak tahu. Bila kata itu tidak boleh dipakai, dia marah,” ujar beliau lagi.
Tengku Adnan atau Ku Nan juga mendedahkan terdapat Ketua UMNO Cawangan yang secara senyap berhasrat untuk menyingkirkan Ketua UMNO Bahagian.
“Mesti ingat, ada 40 peratus Ketua Cawangan yang tidak sehaluan. Kita tidak tahu siapa yang tidak sehaluan.
“Mereka akan cuba malukan kita dan kita di cawangan mesti maklumkan apa yang betul dan tidak betul,” katanya.

Adakah MoU 1.5 juta pekerja Bangladesh terbatal?

Kerajaan perlu memberi penjelasan status MoU itu susulan keputusan Kabinet menghentikan pengambilan pekerja asing.
idris-ahmad-zahid-mou
PETALING JAYA: Kerajaan dituntut memberi penjelasan berhubung status Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Bangladesh susulan keputusan Kabinet menghentikan pengambilan pekerja asing berkuatkuasa Jumaat lalu.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu menjelaskan adakah MOU itu terbatal begitu sahaja?
“Apa reaksi di pihak kerajaan Bangladesh? Apakah kerajaan dikenakan apa-apa bayaran ganti rugi kerana membatalkan MoU ini?, soalnya menerusi kenyataan media, hari ini.
MoU itu ditandatangani pada pertengahan Februari lalu untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun.
Perjanjian itu ditandatangani di Dhaka antara Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri Richard Riot dan Menteri Pekerjaan Luar Negara dan Kebajikan Ekspatriat Bangladesh Nurul Islam.
Pada Sabtu, Zahid memberitahu Kabinet membuat keputusan menghentikan pengambilan pekerja asing berkuatkuasa serta merta kecuali pembantu rumah.
Idris berkata, kerajaan mesti mengotakan janji itu dan bukan sekadar janji bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak atau bertujuan meredakan kemarahan rakyat yang berdepan masalah pengangguran yang semakin serius.
“Memandangkan banyak sektor yang boleh melibatkan orang tempatan di sektor 3D (kotor, bahaya dan susah) maka kerajaan mesti membuat saringan semula untuk memastikan tenaga asing yang diperlukan sahaja untuk bekerja di negara ini. Selebihnya perlu dihantar balik ke negara mereka dan ditempatkan penduduk tempatan di sektor tersebut,” katanya.

Pakatan Harapan tidak tergugat dengan pakatan baharu PAS, kata Wan Azizah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya tidak berasa gusar kerana PAS masih bertindak sebagai pembangkang dan bukan sebaliknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016. 
Pembentukan pakatan baharu pembangkang oleh PAS tidak akan menggugat Pakatan Harapan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Parlimen Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini, beliau berkata pihaknya tidak berasa gusar kerana PAS masih bertindak sebagai pembangkang dan bukan sebaliknya.
Ketika ditanya sama ada akan wujud kerjasama dengan pakatan pembangkang baharu itu, Dr Wan Azizah berkata: "Belum lagi... kita tunggulah (PAS umum) 16 Mac ini... sabar."

Khamis lepas, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata PAS akan membentuk pakatan pembangkang yang baharu pada 16 Mac ini. Parti itu akan menjalin kerjasama dengan sebuah parti yang tidak dinamakan bagi memperkukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Adakah usul2 seperti ini berani nak dilakukan di Malaysia ???


BIAR SATU DUNIA TAHU...

Nama Malaysia semakin harum ke seantero dunia sejak Najib jadi Perdana Menteri Malaysia.. Mana ada piem2 sebelum ini boleh 'challenge' mcm Najib..
Walaupun mereka telah dibebaskan atas jaminan polis TETAPI PASPORT MEREKA TELAH DITAHAN dan mereka tidak boleh meninggalkan negara ini.
Tahniah Najib !!!

Hanya Dalam Umno...!!!


Kit Siang perkudakan Tun M pecah belahkan UMNO tuduh Tengku Aceh..!!

Jika Dr Mahathir tidak lagi mempunyai persefahaman dengan Datuk Seri Najib Razak, mereka seharusnya duduk berbincang.
ku-nan-kit-siang-umno-crack
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah diperkudakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk memecah-belahkan ahli-ahli UMNO.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa demikian mengulas tindakan Dr Mahathir duduk bersama Kit Siang pada majlis Deklarasi Rakyat baru-baru ini turut mengambarkan ia sebagai perbuatan gila.
Puak-puak pembangkang, khususnya DAP sudahpun memecah belahkan UMNO. Kit Siang duduk bersama Mahathir, ingat dia suka Mahathir?
“Dia perkudakan Mahathir, untuk capai matlamat dia, itu yang kita marah dan itu yang UMNO marah, yang duduk bersama pembangkang tu kenapa?,” ujarnya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu, di sini, hari ini.
Jelas Menteri Wilayah Persekutuan itu lagi, jika Dr Mahathir tidak lagi mempunyai persefahaman dengan Datuk Seri Najib Razak, mereka seharusnya duduk berbincang.
“Kalau sudah tiada persefahaman, duduk bincang, tetapi tindakan sebegini yang merosakkan parti kita,” ujar beliau lagi.
“Waktu beliau (Dr Mahathir) jadi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri, orang mesti sokongnya (Dr Mahathir). Mereka didik seperti itu.
“Kita pun dengar cakap dia (Dr Mahathir). Sekarang dia berpaling tadah, duduk bersama pembangkang, ini kerja gila,” ujar beliau lagi.
Sementara itu, Ketua UMNO Wanita Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu telah melancarkan deklarasi menyokong kepimpinan Najib sekaligus mempersetujui tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Deklarasi Rakyat: Luahan hati penyokong reformasi

Pembangkang tidak memerlukan Dr Mahathir dan tokoh-tokoh UMNO lain termasuk Muhyiddin Yassin untuk melawan Najib Razak.
nassita,tolak
KUALA LUMPUR: Program ‘Tolak Gabungan Selamatkan UMNO, Bersama Rakyat Jatuhkan Rejim’ semalam menjadi pentas penyokong Pakatan Harapan dan aktivis reformasi meluahkan bantahan terhadap ‘Deklarasi Rakyat’.
Bagi barisan aktivis ini, pemimpin parti pembangkang terutamanya telah ‘mengkhianati perjuangan’ kerana menjalinkan kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurut mereka sudah sekian lama menekan pembangkang dan aktivis sepanjang mentadbir negara.
“Saya melihat kezaliman Dr Mahathir terhadap kawan-kawan saya, jadi bila nampak pimpinan Pakatan Harapan yang sudah rapat dengan kita semua pergi bergambar dengan Dr Mahathir sambil tersenyum, itu amat menyakitkan hati saya,” kata Nashita Md Noor.
Nashita dan suaminya, Bad Latif Mansor adalah ‘muka lama’ dalam siri demonstrasi di negara ini. Malah Bad Latif adalah salah seorang yang dihukum penjara selepas didapati bersalah menyertai bantahan pertukaran kerajaan negeri Perak pada 2009.
Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata pembangkang tidak memerlukan Dr. Mahathir dan tokoh-tokoh UMNO lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melawan Datuk Seri Najib Razak.
“Najib sudah lemah dan akan berkubur dengan sendiri, kita tidak perlu bersekongkol dengan mereka (Mahathir dan pemimpin UMNO lain). Dr Mahathir tidak akan datang kepada kita jika anaknya masih Menteri Besar. Muhyiddin juga tidak akan tandatangan deklarasi jika dia masih Timbalan Perdana Menteri,” kata ahli DAP itu lagi.

Saya Tengku dari Acheh, pejuang bangsa dan Islam- Ku Nan

Darah yang mengalir di dalam tubuh Tengku Adnan itu menyebabkan beliau tidak pernah tunduk dan mengalah pada asakkan mana-mana pihak.
ku-nan-acheh-2
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui darah yang mengalir di dalam tubuhnya tidak pernah tunduk dan mengalah pada asakkan mana-mana pihak.
Ini kerana beliau dan keturunannya yang berasal dari Acheh merupakan pejuang negara dan juga agama Islam.
“Lihat sejarah Acheh di mana Tengku Nyah Abu pergi dan inilah cucu dia, pejuang Islam, pejuang yang pertahankan tanah air.
“Datuk dan nenek saya tidak pernah tunduk kepada Belanda. Sebab itu saya kuat, darah itulah yang mengalir,” katanya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu, hari ini.
Menurut Setiausaha Agung UMNO itu lagi, isu gelaran Tengku ini bukanlah isu baru memandangkan beliau pernah menjelaskan perkara ini sejak zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO lagi.
“Pada 1982, saya pernah cakap ketika bertanding sebagai exco pemuda, saya bukan Tengku dari Malaysia, saya keturunan Acheh, orang Islam yang datang ke bumi Malaysia,” ujar beliau lagi.
Tengku Adnan yang mesra digelar Ku Nan turut menyedari bahawa gelarannya itu menjadi perbualan sesetengah pihak.
“Saya tahu, bila saya cakap lepas ini saya kena, sehinggakan keturunan saya mereka bangkitkan,” kata beliau lagi.
Sebelum ini, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan.

Sebelum dilucut, Tun M lebih awal letak jawatan – Ku Li

Tengku Razaleigh mendedahkan Dr Mahathir telah menghantar surat letak jawatan sebagai Penasihat Petronas sebelum Kabinet melucutkan jawatannya.
kuli,mahathir
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas lebih awal sebelum Kabinet menamatkan perkhidmatan beliau, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
“Saya diberitahu bahawa, sebelum Kabinet meluluskan pelucutan jawatan itu, Dr Mahathir lebih awal menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Penasihat Petronas,” katanya.
Ahli Parlimen Gua Musang berkata, isu penamatan khidmat Dr Mahathir bukan perkara baharu kerana bekas Perdana Menteri itu pernah menghantar surat meletak jawatan tetapi ditolak kerana kerajaan pada waktu itu masih memerlukan khidmatnya.
Ku Li, antara pengasas Petronas berkata, tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatam Dr Mahathir bukan isu kerana tiada peruntukan menyatakan Penasihat Petronas boleh dilantik dalam kalangan bekas pemimpin kerajaan.
Berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, ahli Majlis Penasihat Petroleum perlu dilantik dalam kalangan pegawai kanan kerajaan,pakar-pakar minyak, wakil negeri pengeluar minyak dan penasihat kerajaan mengenai minyak dan lombong,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
Ku Li juga menolak sekiranya kerajaan menawarkan jawatan Penasihat Petronas kerana lebih selesa dengan keadaan sekarang.

Dr Mahathir gila kerjasama dengan pembangkang, kata Ku Nan


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, pembangkang terutamanya DAP mahu mengganggu-gugat keharmonian di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Mac, 2016. 
Tun Dr Mahathir Mohamad sudah "gila" menjalinkan kerjasama dengan pembangkang bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, hari ini.
Setiausaha agung Umno itu berkata, pembangkang terutamanya DAP mahu mengganggu-gugat keharmonian di negara ini.
"Ketika beliau menjadi presiden parti beliau berkata beliau mendapat sokongan daripada orang ramai.

"Beliau mengajar kita untuk hormat kepada pemimpin. Apabila beliau meletakkan jawatan beliau berkata beliau akan menunjukkan sokongan kepada orang lain tetapi melihat kepada situasi sekarang beliau bekerjasama dengan pembangkang. "Ini adalah gila," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno cawangan Wilayah Persekutuan, hari ini.
Tengku Adnan berkata, musuh lama Dr Mahathir, Lim Kit Siang bersedia untuk bekerjasama dengan perdana menteri paling lama berkhidmat itu untuk mencapai matlamat politiknya sendiri.
"Anda fikir (Lim) Kit Siang suka duduk bersebelahan dengan Dr Mahathir? Tidak. Dia hanya mahu menggunakan Dr Mahathir untuk mencapai matlamat politiknya. Inilah sebabnya mengapa Umno kecewa," kata Tengku Adnan.
"Apa yang sepatutnya Dr Mahathir lakukan adalah untuk kekal dalam Umno dan membincangkan perkara ini," kata Tengku Adnan.

Sukar kemuka usul undi tak percaya terhadap Najib, kata Muhyiddin

Biarpun lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau bukanlah pengkhianat Umno seperti yang didakwa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac 2016.	 
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan, sukar untuk undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikemukakan di Parlimen, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, ia sukar dilaksanakan kerana terdapat ramai ahli Parlimen belum bersedia berbuat demikian, sedangkan untuk melaksanakan perkara itu, ia memerlukan suara majoriti.
“Itu salah satu daripadanya (usul undi tidak percaya) kalau jumlah bilangan memadai untuk membuat perubahan, tetapi saya lihat ia sukar dilaksanakan, kerana ahli-ahli Parlimen tidak bersedia dan berani menghadapi perkara itu sebagaimana banyak berlaku di negara maju.

“Di Malaysia budaya ‘the political of patriotism’ begitu mendalam. ‘Cash is king,’ apa saja boleh menjawab segala persoalan. Kita ada 222 jumlah kerusi di Parlimen, dan perlu 112 untuk majoriti mudah bagi melakukan perubahan. “Bolehkah itu berlaku? Wallahualam. Kita tahu ada pihak tertentu yang berusaha buat tapi ia tidak berhasil. Kalau saya seorang, ia tidak akan berlaku, kita hendakkan suara majoriti,” kata bekas timbalan presiden Umno itu dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.
Wawancara eksklusif Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama akhbar Sinar Harian. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Mac 2016.Wawancara eksklusif Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama akhbar Sinar Harian. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Mac 2016.Mengulas tindakannya menandatagani Deklarasi Rakyat bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang sehingga dijadikan senjata pihak tertentu untuk menyerangnya, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, ianya diputar belitkan.
“Ia mungkin kerana perkara itu diputarbelitkan sedemikian rupa. Saya masih dalam Umno, apa yang saya lakukan untuk menyelamatkan Umno dan kerajaan.
“Walaupun saya tidak nafikan pihak sana tidak memandang dari sudut itu tetapi harap keadaan ini tidak menjadi teruk sehingga kita mungkin salah,” katanya apabila diminta mengulas mengenai cemuhan yang diterimanya.
Muhyiddin disingkirkan daripada Kabinet Julai lalu kerana lantang mengkritik penglibatan Najib dalam syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.
Muhyiddin turut menegaskan tindakannya itu bukan sebagai pengkhianat seperti yang didakwa sebelum ini.
“Kalau ini tidak berlaku keadaan akan bertambah teruk, yang akhirnya disebabkan Najib tidak berhenti, maka bebanan yang ditanggung itu akan ditanggung bersama parti dan akhirnya parti akan ditolak rakyat.
“Kerana itu, saya berani ke depan bukan kerana saya mengkhianati perjuangan, saya ada bertanggungjawab dan amanah walaupun saya tahu saya akan dicerca, digantung jawatan dan mungkin akan dipecat.
“Sepatutnya ahli Umno melihat saya sebagai usaha untuk menyelamatkan keadaan, bukan saya sebagai pengkhianat merosakkan parti.

'Clash' between Aussie reporter, Bala's wife and Ramesh

Persatuan Malaysia Universiti Nottingham lulus usul bahas turunkan potret Najib


Persatuan Malaysia Universiti Nottingham memberi maklum balas terhadap usul pelajar dari Malaysia Cassandra Chung yang dimuat naiknya dalam laman sesawang www.change.org. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016. 
Persatuan Malaysia Universiti Nottingham meluluskan usul pelajar dari Malaysia Cassandra Chung untuk menurunkan potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 16 Mac ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa itu memberi maklum balas terhadap usul Chung yang dimuat naiknya dalam laman sesawang www.change.org.
"Oleh itu, kami melihat tidak ada sebarang sebab mengapa perlu menghalang usul Cassandra daripada dibahaskan semasa AGM pada 16 Mac 2016 kerana ia adalah non-partisan dan tidak seharusnya dijadikan sesuatu yang menjejaskan kepentingan masyarakat kita. Kami juga dipertanggungjawabkan untuk membentangkan dan membahaskan usulnya di AGM kami.

"Jawatankuasa ini juga memahami keputusan sama ada untuk menurunkan atau tidak potret perdana menteri. "Jawatankuasa ini mengakui pendirian kumpulan ini perlu diputuskan melalui undi ahli semasa perbahasan dan disebabkan itu, jawatankuasa ini menyeru kepada semua ahli mengambil perhatian dan hadir ke AGM untuk mengundi berhubung perkara ini," kata kenyataan itu.‎
Menurut Chung sebelum ini, beliau menuntut potret itu diturunkan sebagai satu luahan bersama berhubung tindakan percanggahan pendapat susulan keengganan perdana menteri menjawab perkara yang mencurigakan iaitu pemindahan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Tanpa menyatakan sama ada setuju atau tidak dengan tindakan pelajar itu, jawatankuasa Persatuan Malaysia Universiti Nottingham berkenaan turut mengambil kesempatan mengatakan mereka menentang sebarang ancaman keganasan sama ada terhadap beliau dan keluarganya dan menyeru agar semua pihak yang terlibat berfikir secara rasional mengenai isu terbabit sebelum membuat sebarang keputusan.

PKR gesa Najib hentikan serangan terhadap media



Penahanan wartawan dan sekatan media ialah usaha untuk menakut-nakutkan petugas media dan serangan ke kebebasan media dan hak bersuara, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016. 
Susulan beberapa siri serangan terhadap media dan terbaru penahanan petugas media dari Australia kerana ingin bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, PKR hari ini mengecam tindakan yang disifatkan sebagai cubaaan menakutkan petugas media.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, ianya jelas merupakan 1 serangan hebat ke atas kebebasan media dan kebebasan bersuara dan pentadbiran Najib digesa untuk menghentikan tindakan tersebut.
"Saya mengecam penangkapan ini, yang jelas merupakan 1 usaha untuk menakut-nakutkan petugas media. Ini merupakan 1 serangan hebat ke atas kebebasan media dan kebebasan bersuara, dan merupakan sebahagian daripada siri tindakan - termasuk halangan akses ke laman Sarawak Report dan The Malaysian Insider.

"Serta pengusiran Mary Anne Jolley dari program 101 East Aljazeera - yang jelas menunjukkan sikap tidak toleran Putrajaya terhadap media yang bebas," katanya dalam 1 kenyataan media hari ini. Terdahulu The Sdney Morning Herald (SMH) melaporkan krew agensi media Australia ABC Four Corners ditahan di Malaysia semasa melaporkan “isu politik tempatan”.
ABC bagaimanapun masih belum mengesahkan siapa yang ditahan tetapi dipercayai wartawan Linton Besser dan jurukamera ditahan dan dibebaskan beberapa jam selepas menghadiri sidang media Najib di Kuching, Sarawak.

Tanya Rasuah Najib: Peguam Negara tentukan tindakan terhadap 2 wartawan Australia, kata KPN


Jabatan Peguam Negara akan menentukan tindakan sewajarnya terhadap 2 warga Australia yang ditahan kerana merempuh kawalan keselamatan Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016. 
Jabatan Peguam Negara akan menentukan tindakan sewajarnya terhadap 2 warga Australia yang ditahan selepas merempuh kawalan keselamatan kerana cuba menemubual Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, malam tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata identiti kedua-dua mereka yang mendakwa sebagai wartawan Australia Broadcasting Corporation (ABC) itu akan disiasat.
"Saya sahkan 2 orang ini ditangkap kerana mereka tidak mengendahkan arahan polis.

"Mereka merempuh kawalan keselamatan perdana menteri...saya tidak tahu apa  cuba dilakukan tetapi mereka ingkar arahan polis dan kita tahan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di sebuah hotel di Kuching hari ini. Khalid berkata tindakan 2 warga Australia itu amat tidak wajar kerana program perdana menteri malam tadi, bukannya sesi temubual atau sidang media.
Malam tadi, Najib menghadiri sesi pemimpin bersama masyarakat di Masjid Darul Ehsan Kampung Haji Baki, Padawan.
"Jadi, kenapa mereka perlu merempuh kawalan keselamatan untuk dapatkan perdana menteri?
"Kita akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk tuduh mereka kerana halang penjawat awam laksanakan tugas," kata Khalid.
Beliau berkata kedua-dua mereka dibebaskan pagi tadi dengan jaminan polis dan perlu berada di negeri ini, sementara siasatan dilakukan.
Khalid berkata pengamal media sama ada tempatan ataupun antarabangsa perlu menjaga etika semasa menjalankan tugas.
"Dalam hal keselamatan, jangan pergi serbu tidak tentu hala. Biasanya perdana menteri akan beri juga kepada pemberita untuk ditemuramah. Kawalan keselamatan perdana menteri adalah tugas polis. Jadi, kita tidak mahu apa-apa tidak elok berlaku kepada perdana menteri," katanya.

Wartawan Australia nafi ingkar arahan polis, kata peguam

Laman Twitter penerbit eksekutif Australia ABC Four Corners, Sally Neighbour mengenai penahanan krew media mereka. – Gambar Twitter, 13 Mac, 2016 
Laman Twitter penerbit eksekutif Australia ABC Four Corners, Sally Neighbour mengenai penahanan krew media mereka.

Dua wartawan agensi media Australia ABC Four Corners yang ditahan pihak polis di Kuching semalam menafikan sebarang salah laku, kata peguam mereka Albert Tang.
"Mereka hanya menjalankan tugas mereka dan bertanya kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) soalan. Mereka berhenti berbuat demikian apabila diarahkan.
"Mereka menafikan sebarang tuduhan menghalang sesiapa dan tidak ada garis keselamatan," kata Tang kepada The Malaysian Insider.

Sally Neighbour, penerbit eksekutif program itu berkata di Twitter, kakitangan mereka ditahan "selepas cuba menyoal perdana menteri tentang skandal rasuah." Wartawan itu merupakan Linton Besser, 39, dan Louis Eroglu, 51 - cuba mendekati Najib yang dalam lawatan rasmi ke Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa, pada kira-kira 8:35 malam tadi.
Tang berkata, wartawan itu bertanya kepada Najib, tetapi beliau tidak mengetahui apakah soalannya.
Tang berkata beliau dihubungi Konsular Australia sekitar 11 malam untuk membantu kedua-dua mereka yang ditahan pihak polis di hotel sebelum ini.
"Mereka memberi kerjasama yang sangat baik dengan pihak polis," kata Tang.
Besser dan Eroglu dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 3 pagi selepas keterangan mereka diambil.
Pasport mereka dirampas sementara menunggu siasatan polis dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis pada 16 Mac.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas.
Seorang penduduk tempatan yang membantu pasukan itu, Edgar Ong, hadir di balai polis Padawan apabila polis mengambil keterangan wartawan berkenaan. Beliau tidak ditahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dev Kumar M.M Sree Shunmugan berkata wartawan Australia itu melintasi garis keselamatan dan cuba mendekati Najib secara agresif.
"Kedua-dua mereka kemudiannya ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis untuk tidak melintasi garisan keselamatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wartawan itu tiba di Malaysia pada 5 Mac dan di Kuching pada 12 Mac bagi membuat liputan lawatan rasmi Najib ke Sarawak.

Bukan halang tugas wartawan, ini soal keselamatan pemimpin negara sembang Zahid

Bukan halang tugas wartawan, ini soal keselamatan pemimpin negara - ZahidKUCHING: Tindakan dua wartawan Australia yang ingkar arahan pihak keselamatan Malaysia disifatkan sebagai melanggar etika kewartawanan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata mana-mana wartawan tidak kira sama ada wartawan tempatan mahupun asing perlulah mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Katanya, halangan kepada pihak media itu tidak bererti kerajaan menyekat hak wartawan sebaliknya ia juga berkait dengan faktor keselamatan pemimpin negara.

"Oleh kerana kerjaya kewartawanan ini mempunyai etika...apatah lagi ia dilakukan oleh warga asing, maka kita melihat bahawa ada suatu ketika di mana VVIP (pemimpin negara) harus diberi langkah-langkah keselamatan.

"Tentunya pihak berkuasa keselamatan terpaksa meletakkan keutamaan dalam menjaga keselamatan VVIP dan ini tidak harus dilihat sebagai halangan terhadap kebebasan akhbar dan media.

"Tindakan yang dilakukan itu adalah untuk menentukan tataetika kewartawanan di Malaysia diikuti dan soal keselamatan harus diberikan keutamaan oleh pihak berkuasa dan mana-mana wartawan harus menghormati peraturan dari segi menjaga keselamatan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di sini hari ini.

Justeru, beliau berharap petugas media dapat menjalankan tugas mengikut etika kewartawanan selain memahami tugas pihak berkuasa yang menjaga keselamatan pemimpin negara.

Aussie journalists detained for their aggressive approach on Najib

Nurul Izzah: Kenapa Nak Sibuk Pergi Deklarasi Bersama Mahathir Mohamad?

Nurul Izzah: Join Us, In The War Against Corruption, In The War To Save Malaysia

PAS lebih minat jadi penasihat kerajaan Sarawak

Parti itu akan bertanding 11 kerusi dan akan mengemukakan seorang calon bukan Islam pada PRN Sarawak.
hadi-sarawak
PETALING JAYA: PAS lebih berminat berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan Sarawak dan sedia menyokong segala usaha baik yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebaliknya parti itu akan menentang habis-habisan jika dasar yang mahu dilaksanakan menekan rakyat.
“Yang pasti, PAS bukan parti pengampu,” katanya pada majlis pelancaran manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak – Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak di Kuching, malam tadi.
Abdul Hadi berkata, walaupun bertanding pada PRN kali ini, parti itu tidak berminat merampas kuasa, sebaliknya mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ dalam urus tadbir kerajaan negeri, lapor Berita Harian Online.
Manifesto pilihanraya itu antara lain menawarkan hak anak negeri, kebebasan beragama dan budaya dan tuntutan 20 peratus royalti minyak dan gas daripada kerajaan Persekutuan.
PAS akan bertanding 11 kerusi DUN, iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

"Rumah pilihan raya faham sajalah," kritik netizen di Facebook Najib


Perdana Menteri melawat Ekspo Rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Kuching.Perdana Menteri melawat Ekspo Rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Kuching.
Status Facebook Perdana Menteri malam tadi berkenaan Ekspo Rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Kuching terus dihujani kritikan netizen yang turut mengaitkan dengan kempen memancing undi.
“Nak pilihan raya memang macam ni lah yang terjadi,” selar Muhd Khairul manakala bidas Mohd Faznool, “Masa undi kan? Faham je lah.”
Pengguna Facebook, Nur Agatha pula berpendapat, “Rumah pilihan raya. Lepas tu jadi rumah berhantu. Lesap...” dan Iskandar Daniel lebih ‘pedas’ berkata, “Entah kroni-kroni depa dulu yang dapat.”
Selain itu, harga kediaman PR1MA yang tinggi juga mengundang pertikaian dalam kalangan netizen selain memberitahu tidak memperoleh rumah yang dipohon.
Bagi Dom Abu, “PR1MA kata untuk rakyat berpendapatan rendah tapi dijual dengan harga RM200,000 ke atas” dan luah Emi Amy, “Aku mohon tak dapat pun.”
Realiti harga rumah PR1MA yang mahal itu juga disebut netizen Sri Rahayu Adu Sarif sebagai, “mampu tengok” manakala Augustine Colin Adam mempertikai kewajaran rumah pangsa di negeri yang paling luas di Malaysia itu dengan menyoal, “Flat kat Sarawak?”
Kritikan terhadap rumah PR1MA itu turut dilontarkan Faried Freakish, “Rumah PR1MA pun mahal. Macam mana nak beli?” serta ujar Abuer Sheikh, “Tanya siapa sponsor PR1MA tu” juga Hakim Wahid secara menyindir berkata, “Berapa peratus masuk akaun?”

2 wartawan Australia ditahan selepas soal Najib tentang skandal rasuah

Wartawan Linton Besser dan jurukamera dipercayai ditahan dan dibebaskan beberapa jam selepas menghadiri sidang media di Malaysia, lapor The Sydney Morning Herald hari ini. – Gambar Twitter, 13 Mac, 2016. Wartawan Linton Besser dan jurukamera dipercayai ditahan dan dibebaskan beberapa jam selepas menghadiri sidang media di Malaysia, lapor The Sydney Morning Herald hari ini. – Gambar Twitter, 13 Mac, 2016. Krew agensi media Australia ABC Four Corners ditahan di Malaysia semasa melaporkan “isu politik tempatan” kata syarikat itu, lapor The Sydney Morning Herald (SMH).
ABC bagaimanapun masih belum mengesahkan siapa yang ditahan tetapi dipercayai wartawan Linton Besser dan jurukamera ditahan dan dibebaskan beberapa jam selepas menghadiri sidang media di Malaysia.
“Mereka tidak didakwa dengan sebarang kesalahan,” kata jurucakap ABC seperti dilaporkan SMH.

Penerbit Eksekutif ABC Four Corners Sally Neighbour menulis di Twitter, kedua-dua wartawan itu ditahan selepas bertanya soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching semalam. Wartawan tersebut berlepas ke Kuching pada hari sebelumnya dan mahu bertanyakan soalan kepada Najib mengenai dakwaan wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sewaktu perdana menteri mengunjungi Kampung Haji Baki di Kuching.
Bagaimanapun, Najib tidak menjawab pertanyaan wartawan itu dan pasukan keselamatan kemudiannya meminta mereka beredar.
Mereka kemudiannya kembali ke hotel penginapan tetapi sepasukan anggota polis dari Kota Sentosa menahan mereka tidak lama kemudian.
Kakitangan kedutaan Australia di Kuching melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes penahanan itu.
Mereka di siasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam yang melakukan urusan rasmi.
Hukuman, sekiranya didapati bersalah, ialah 2 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Ketua Penyiasat Polis Sarawak SAC Dev Juman M M Sree Shunmugan mengesahkan kejadian itu dan berkata polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.
Sebelum berlepas ke Kuching, kedua-dua wartawan warga Australia itu membuat liputan sidang media A Santamil Selvi, balu kepada penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

RM 1.5B: 'Siasat calon BN belanja lebih had pada PRU13'

SUNGAI PETANI - Calon BN pada PRU13 wajar disiasat sama ada berbelanja melebihi had dibenarkan bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Ketua Pemuda Amanah Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, siasatan itu perlu dilakukan susulan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mengesahkan BN membelanjakan lebih daripada RM1.5 bilion pada PRU13 lalu di sebuah portal berita.
undi Menurutnya, dalam kenyataan itu, Idris mengesahkan dakwaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan dalam suatu mesyuarat Ketua-Ketua Perhubungan Umno, BN membelanjakan sejumlah RM1.5 bilion pada PRU13 lalu.
Bagaimanapun, Idris dipetik berkata, jumlah itu tidak semestinya daripada derma politik berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib.
“Berdasarkan kepada peruntukan bawah Seksyen 19 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, seseorang calon dalam pilihan raya atau ejen pilihan rayanya tidak boleh membelanjakan wang melebihi RM200,000 bagi kerusi parlimen dan tidak melebihi RM100,000 bagi kerusi Dun,” katanya.
Mohd Asmirul Anuar berkata, pengesahan Idris jelas menunjukkan calon-calon BN telah berbelanja melebihi had dibenarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan melakukan suatu kesalahan bawah Seksyen 19 (2) Akta sama.
“Siasatan berhubung pendedahan Mukhriz dan pengesahan yang dibuat Idris berhubung isu sama ini perlu diambil perhatian, saya harap siasatan dilakukan secara telus,” katanya.
Sehubungan itu, satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat di Balai Polis Sungai Petani, pada 7.15 malam kelmarin.
Mohd Asmirul Anuar berkata, laporan polis dibuat agar polis menyiasat pihak-pihak berkaitan berhubung pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana ia merupakan suatu kesalahan jenayah.

Beza prinsip Anwar, Tun Razak, Mahathir dan Najib dalam politik

Berpegang idea dan prinsip jelas sebelum melangkah ke gelanggang politik merupakan ciri penting dimiliki Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abd Razak Hussein.
Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Dr Shaharuddin Badaruddin, berkata Anwar adalah aktivis mahasiswa dan kemudiannya aktivis organisasi bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai isu seperti isu membela para petani, bahasa dan lain-lain.
ANWAR - NAJIB“Tun Abd Razak pula, walaupun menjadi Perdana Menteri di sebuah negara demokratik tetapi turut memiliki gaya pemikiran bercirikan seorang sosialis.
“Tun Razak semasa belajar di luar negara, beliau banyak terlibat dengan rakan sosialis hingga menjadikan beliau juga berfikiran sosialis yang sampai sekarang cuba disorok.
“Bila beliau gubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada masa itu, sebenarnya dasar itu hanya ada di negara sosialis sahaja dan begitu juga dengan Tun Mahathir Mohamad juga ada pijakan tertentu sebelum sertai politik,” kata Dr Shahruddin.
Beliau berkata demikia pada program Akademi Politik yang bertajuk Mahasiswa: Aktivisme dan Politik Perubahan di Hotel Carlton, Shah Alam, semalam.
Katanya, beberapa idea Anwar semasa bergelar aktivis juga berjaya dilaksanakan sama ada sebelum mahu pun selepas beliau menyertai kabinet seperti idea menubuhkan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan sistem Takaful.
Jelasnya, keadaan ketiga-tiga mereka ini jauh berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menceburi politik kerana diseret untuk meneruskan legasi bapanya tanpa mempunyai idea dan prinsip jelas untuk diperjuangkan.
Katanya, keadaan ini menyebabkan Najib terumbang-ambing tanpa pegangan tertentu dan dilihat lebih berminat bermain dengan kuasa yang ada.
“Dinasihatkan kepada mahasiswa, kalau nak ceburi politik, fikirkan dahulu idea dan prinsip yang jelas dan peganglah untuk memandu kamu ke matlamat perjuangan kamu,” kata Dr Shaharuddin.

Muhyiddin mungkin kemuka undi tak percaya Najib di Parlimen

Biarpun lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau bukanlah pengkhianat Umno seperti yang didakwa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac 2016.  
Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen bagi menyelamatkan Malaysia, lapor akhbar Sinar Harian.
Ahli Parlimen Pagoh itu bagaimanapun akui ia sukar dilaksanakan kerana terdapat ramai ahli Parlimen belum bersedia berbuat demikian, sedangkan untuk melaksanakan perkara itu, ia memerlukan suara majoriti.
“Itu salah satu daripadanya (usul undi tidak percaya) kalau jumlah bilangan memadai untuk membuat perubahan, tetapi saya lihat ia sukar dilaksanakan, kerana ahli-ahli Parlimen tidak bersedia dan berani menghadapi perkara itu sebagaimana banyak berlaku di negara maju.

“Di Malaysia budaya ‘the political of patriotism’ begitu mendalam. ‘Cash is king,’ apa saja boleh menjawab segala persoalan. Kita ada 222 jumlah kerusi di Parlimen, dan perlu 112 untuk majoriti mudah bagi melakukan perubahan. “Bolehkah itu berlaku? Wallahualam. Kita tahu ada pihak tertentu yang berusaha buat tapi ia tidak berhasil. Kalau saya seorang, ia tidak akan berlaku, kita hendakkan suara majoriti,” kata bekas timbalan presiden Umno itu dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.
Mengulas tindakannya menandatagani Deklarasi Rakyat bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang sehingga dijadikan senjata pihak tertentu untuk menyerangnya, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, ianya diputar belitkan.
“Ia mungkin kerana perkara itu diputarbelitkan sedemikian rupa. Saya masih dalam Umno, apa yang saya lakukan untuk menyelamatkan Umno dan kerajaan.
“Walaupun saya tidak nafikan pihak sana tidak memandang dari sudut itu tetapi harap keadaan ini tidak menjadi teruk sehingga kita mungkin salah,” katanya apabila diminta mengulas mengenai cemuhan yang diterimanya.
Muhyiddin disingkirkan daripada Kabinet Julai lalu kerana lantang mengkritik penglibatan Najib dalam syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

LAST WARNING UNTUK ADENAN SATEM, JANGAN GURAU MACAM INI LAGI!!

Ini benar-benar tidak patut, tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Malah sama sekali "tidak beretika"  bila Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem membuat gurauan meminta Najib Razak mencari seorang isteri baru daripada satu etnik di negeri itu.

Walaupun hanya bergurau, ia jelas umpama penghinaan kepada Rosmah Mansor yang selama ini merupakan pendamping setia kepada Najib.

Apa ada kurangnya dengan Rosmah?

Apakah Rosmah tidak menjaga Najib dengan baik selama ini? Bukankah Rosmah sudah menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia - dulu, kini dan selamanya?

Apakah Adenan Satem tidak mengetahui bahawa Kelab Sahabat Najib sudah memberi penghargaan kepada Rosmah baru-baru ini kerana menjaga Perdana Menteri dengan baik serta menjadikannya seorang pemimpin yang hebat?

Tidakkah penghargaan itu menunjukkan jika tanpa Rosmah, tidak mungkin Najib menjadi hebat sebagaimana yang rakyat Malaysia sama-sama lihat sekarang?

Ada faham ke Adenan?

Wahai Adenan, cakap terus-terang, mau jadi Ketua Menteri lagi atau tidak?
Ini last warning...pergi cepat-cepat minta maaf dengan Rosmah dan jangan gurau-gurau macam itu lagi!!

Kami rakyat Malaysia yang sayang Rosmah benar-benar marah dengan gurauan tersebut. Kami sayang Rosmah, kami love Rosmah tau!!

P/s...agak-agak berapa guni dedak boleh dapat kalau bodek macam di atas ini....hehehe....

UMNO Bersorak Gembira PAS Tubuh Pakatan Baharu

Pakatan baharu PAS matangkan politik negara, kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi menyambut baik keputusan PAS untuk menubuhkan pakatan baharu dengan sebuah parti pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang.

Zahid yang juga naib presiden Umno, berkata langkah sedemikian akan lebih mewarnai arena politik tanah air sekali gus menjadikan rakyat lebih matang berpolitik.

"Ini juga mampu menjadikan politik tanah air lebih baik, lebih demokratik dan banyak pilihan," katanya ketika berucap pada majlis amanah khas Ketua Umno Bahagian kepada kepimpinan Umno Cawangan 4 Peringkat Bahagian Bagan Datoh di Hutan Melintang hari ini.


Zahid mengulas pengumuman Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis mengenai keputusan parti itu untuk bergerak sebagai sebuah lagi parti politik selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun perkara itu hanya akan diumumkan pada Rabu ini.

Zahid menarik perhatian apabila berkata keputusan PAS itu jelas menunjukkan bahawa parti itu menjadi kuda tunggangan DAP selama ia berada dalam pakatan pembangkang.

"Harap rakyat sedar DAP tidak lebih daripada parasit dan anai-anai yang meruntuhkan sistem demokrasi negara.

"Saya tidak berhasrat untuk masuk campur, tapi perkembangan baharu ini memberikan kesedaran apa yang berlaku adalah hidayah daripada Allah," katanya.

Deklarasi Rakyat: Jangan kelirukan rakyat kata DAP

SHAH ALAM – DAP meminta mana-mana pihak tidak mengelirukan rakyat negara ini mengenai matlamat Deklarasi Rakyat.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, desakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan dan isu menukar kerajaan tidak perlu dipolemikkan.
Anthony Loke “Kita tahu pemimpin Umno seperti Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk mendesak Najib melepaskan jawatannya.
“Jika Najib lepaskan jawatan, pastinya Kabinet yang ada pada hari ini akan ditukar. Isu siapa dalam kerajaan dan parti mana dalam kerajaan, itu isu yang kita akan bincangkan kemudian. Jangan polemik perkara ini,” katanya.
Kelmarin, Muhyiddin dalam satu temu bual eksklusif bersama Sinar Harian mengakui matlamat utama Deklarasi Rakyat adalah untuk mendesak Najib melepaskan jawatannya dan bukan bertujuan menjatuhkan atau menukar kerajaan sedia ada.
Mengulas perkara tersebut, Anthony berkata, Pakatan Harapan dapat bekerjasama dengan Mahathir kerana wujudnya hala tuju sama seperti yang diperjuangkan pembangkang sebelum ini.
“Kita bukan sahaja mahu mendesak Najib melepaskan jawatan tetapi kita mahu mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman,” katanya.

Nurul Izzah: Demi Malaysia lebih baik cabaran besar digalas

Memang tiada apa yang mudah tentang perjuangan tetapi itu hakikat ‘terpaksa’ dihadapi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tatkala mengambil keputusan melangkah ke dalam gelanggang politik beberapa tahun lalu.
Cabaran dihadapi bukan sekadar cabaran biasa-biasa, malah melibatkan cubaan mengaibkan maruah dan keluarganya ekoran kedudukan sebagai anak sulong kepada pemimpin unggul, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Setiap ahli politik ada cabarannya tersendiri dan saya tidak terkecuali. Halangan saya adalah mencuba mengadaptasi keadaan pada masa itu ayah terpenjara.
Nurul-Izzah“Maka tanggungjawab saya memastikan kempen politik beliau termasuk aktivis NGO dan masyarakat madani ditekan kerana menyuarakan hak sivil masing-masing,” kata Nurul Izzah.
Beliau berkat demikian kepada SelangorKini selepas menghadiri Program Akademi Politik di Hotel Carlton di sini, semalam.
Selain berdepan cabaran serangan musuh politik, agak kerap meninggalkan anak-anak turut menjadi cabaran berat bagi Nurul Izzah.
“Maka tentunya saya mahukan suasana mereka dapat capai potensi sebaik mungkin sedangkan keadaan semua undang-undang semua dikawal oleh pimpinan elit Umno. Apa saya harapkan dapat memastikan masa depan mereka terjaga dan terjamin.
“Tentu kita berusaha dan selebihnya kita bertawakal pada Allah tetapi dalam negara demokratik sepatutnya undang-undang adil untuk semua, diberikan keupayaan seseorang tak kira dalam golongan Umno atau pun tidak.
“Ini cabaran utama apabila saya terpaksa meninggalkan mereka untuk melawan bagi memberi mereka kehidupan lebih baik,” kata Nurul Izzah.
Bagaimanapun jelas Nurul Izzah, sokongan dan dokongan diberikan ahli keluarga, rakan politik dan anggota masyarakat sekeliling menyebabkan beliau semakin tabah berhadapan dengan cabaran politik.

Siapa untung besar, Dr Mahathir atau Kit Siang, soal Utusan


Tun Dr Mahathir Mohamad atau Lim Kit Siang yang akan meraih untung besar dan dipergunakan dalam Deklarasi Rakyat dilancarkan baru-baru ini, soal Awang Selamat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016. 
Akhbar Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan samada Tun Dr Mahathir Mohamad atau Lim Kit Siang yang akan meraih untung besar dan dipergunakan dalam Deklarasi Rakyat dilancarkan baru-baru ini.
Walaupun deklarasi itu turut disokong pemimpin pembangkang yang lain, menerusi ruangan pojok akhbar milik Umno edisi Ahad, Mingguan Malaysia, Awang Selamat, memilih membuat perbandingan di antara Dr Mahathir dan ketua Parlimen DAP itu.
Menurut Awang Selamat, selepas lebih seminggu deklarasi Dr Mahathir-pembangkang, reaksi orang ramai kelihatan hambar.

“Sama keadaannya apabila Mahathir menghadiri perhimpunan Bersih dikuasai DAP 2 hari berturut-turut tahun lalu, tidak memberi apa-apa kesan. “Maknanya, masyarakat umum terutamanya orang Melayu tidak dapat menerima hakikat Dr Mahathir bersekutu dengan DAP dan penasihatnya, Lim Kit Siang,” katanya.
Awang Selamat menambah, beberapa laporan dalam media berbahasa Cina turut memberikan analisis yang suram dan skeptikal terhadap hala tuju Deklarasi Rakyat.
“Nampaknya, masyarakat Cina tidak teruja. Banyak badan bukan kerajaan (NGO) juga membantah. Pembangkang tidak bulat hati.
"Ketuanya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun menyokong deklarasi, namun sinikal – ‘Mahathirlah yang lemah, perlukan pembangkang,’ katanya bagai ada yang terbuku di hati,” kata Awang Selamat.
Awang Selamat dalam tulisannya kemudian bercerita tentang Lim berhubung keengganannya menjawab pertanyaan sama ada beliau mempercayai Dr Mahathir berikutan situasi kedua-dua pemimpin yang saling bermusuhan itu, kini bersatu.
“Tidak sukar untuk ramal apa isi hatinya menyentuh (Dr) Mahathir. Sejarah permusuhan politik mereka paling panjang dan perit. Kedua-duanya berjaya menjadikan musuh mereka kelihatan jijik di kaca mata ahli parti dan penyokong.
“Keengganan untuk menjawab pertanyaan itu sudah boleh ditafsir Kit Siang tidak mungkin mempercayai Mahathir sampai bila-bila. Kalau mantan perdana menteri itu menyertai DAP sekalipun, beliau tetap dicurigai.
“Mahathir pula sinonim dengan imej matlamat menghalalkan cara, yang kit Siang pasti waspada.
“Maka Awang teruja untuk melihat siapa yang lebih dipergunakan dan siapa akhirnya meraih untung besar – Mahathir atau Kit Siang?” soalnya.

“Beras beli ikut kilo, nasi lauk telur dan kicap,” keluh penoreh getah


Pengerusi Amanah Kedah, Dr Ismail Salleh (dua dari kanan) turut bersama penoreh menuntut penguatkuasaan harga lantai getah beku.Pengerusi Amanah Kedah, Dr Ismail Salleh (dua dari kanan) turut bersama penoreh menuntut penguatkuasaan harga lantai getah beku.

Hasil pendapatan yang terlalu rendah daripada garis kemiskinan nasional sekaligus menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat dalam kalangan keluarga penoreh getah.
Tinjauan Malaysia Dateline di daerah Sik, Kedah mendapati kejatuhan harga getah menyebabkan sebahagian besar penoreh terutama secara pawah terpaksa mengikat perut.
Mohd Nor AhmadMohd Nor AhmadPenoreh getah, Mohd Nor Ahmad, 50, berkata, pendapatan yang diperoleh hasil daripada menoreh jauh daripada mencukupi memandangkan harga makanan dan keperluan dapur pada masa ini yang semakin melambung.
“Harga (getah) sekarang sembilan kupang (90 sen) sekilo. Kami dapat hanya lebih kurang RM300 sebulan. Kalau yang (menoreh) pawah lagi rendah (pendapatan).
“Bukan sedikit penoreh sekarang ini terpaksa beli beras ikut kilo. Tak mampu dah beli beras dalam kampit. Nasi lauk telur dan toyu (kicap) dah jadi kebiasaan.
“Ikan dan sayur mungkin boleh cari sekitar rumah tapi minyak, garam, gula, tepung kami kena beli,” keluhnya dari Kampung Baru Zainal Abidin, Sik.
Justeru golongan penoreh, ujarnya berharap kerajaan dapat segera menetapkan harga lantai getah pada RM3.50 sekilogram berbanding bantuan berbentuk barangan asas harian yang bukan diberi secara bulanan.
“Bantuan sara hidup yang kerajaan negeri nak beri banyak mana sangat. Itu pun sekali beri (one off). Kami minta kerajaan buat harga lantai getah. Kalau RM3.50 sekilogram, orang kampung bolehlah bertahan,” kata bapa kepada enam anak ini dengan tiga daripadanya masih bersekolah.
Menceritakan realiti penderitaan penoreh pada masa ini, Mohd Nor memberitahu, kesan harga getah yang terlalu rendah bertambah buruk ketika musim panas berpanjangan atau sepanjang musim hujan melanda.
“Sekarang ini, susu getah kurang sebab musim kemarau. Dulu boleh dapat empat guni getah sekerap seminggu. La ini dua guni dengan seguni bolehlah dapat antara 50 hingga 70 kilo.
“Setahun kami hanya betul-betul dapat menoreh pun paling banyak lima bulan. Pernah empat bulan sahaja sebab bulan-bulan lain musim hujan. Hasil menoreh jauh berkurang,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas himpunan menuntut harga lantai getah di pekan Sik, Jumaat, 11 Mac lalu.
Berharap supaya harga getah sepatutnya lebih stabil dan berbaloi berbanding pada masa lalu tetapi hakikatnya semakin tidak padan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa ini yang dialami penoreh getah.

Penyokong bantah Pakatan Harapan sokong Deklarasi Rakyat

Tindakan pemimpin pembangkang dan NGO yang menyokong Deklarasi Rakyat tanpa berbincang dilihat sebagai mengkhianati aspirasi rakyat.
tolak-gabungan
KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong pembangkang dan aktivis reformasi mengecam pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil yang tidak berbincang terlebih dahulu sebelum menandatangani Deklarasi Rakyat.
Kumpulan itu berpendirian, alasan kononnya sokongan kepada Deklarasi Rakyat dibuat atas kapasiti individu adalah tidak memadai,
Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib berharap pemimpin Pakatan Harapan dapat mengambil kira suara bantahan penyokong dan menilai kembali keputusan tersebut.
“Cita-cita rakyat adalah inginkan satu sistem demokrasi yang jelas, sistem dua parti. Maka tentulah mereka, terutama penyokong Pakatan Harapan, tidak berpuas hati, dan pemimpin kena mendengar.
“Pimpinan Pakatan Harapan juga hendaklah menilai kembali keputusan yang dibuat (kerjasama dengan Dr Mahathir dan pemimpin UMNO lain,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang itu.
Acara ‘Tolak Gabungan Selamatkan UMNO, Bersama Rakyat Jatuhkan Rejim’ yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor semalam menghimpunkan sejumlah aktivis yang membantah Deklarasi Rakyat.
Aktivis Reformasi Tan Chee Hooi berkata, mereka merasa seperti dikhianati dengan tindakan pemimpin yang membelakangi penyokong.
“Dulu ketika 1998 kita bersama-sama turun ke jalan raya lawan Mahathir, tetapi hari ini mereka satu pentas dengan beliau, tanpa sebarang makluman kepada penyokong. Kini bila sudah ada kuasa, mereka jadi angkuh dan buat keputusan yang khianati rakyat,” katanya lagi.
Setiausaha Pemuda Sosialis PSM Kesavan PS pula menyifatkan tindakan itu bukti kata-kata ‘rakyat hakim negara’ adalah slogan semata-mata.
“Perkara ini amat penting untuk difikirkan – kenapa ketika pemimpin Pakatan Harapan dan kumpulan lain tidak minta pandangan rakyat dan ahli parti sebelum tandatangan?
“Dan adakah jika berjaya turunkan Najib, kita pasti akan dapat Perdana Menteri yang bagus dan pro-rakyat, dan undang-undang zalim akan diubah?” soalnya lagi.

Bersih 2.0 tolak Deklarasi Rakyat

Maria Chin yang menandatangani Deklarasi Rakyat tidak mewakili Bersih 2.0 tetapi atas kapasiti individu dan aktivis hak asasi.
maria chin
PETALING JAYA: Penganjur Himpunan BERSIH, Bersih 2.0 menegaskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak menyokong Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jawatankuasa Bertindak Bersih 2.0 dalam kenyataan media menjelaskan Deklarasi Rakyat berbeza dengan inisiatif rakyat dan ia tidak memerlukan pertubuhan itu untuk menyokongnya.
“Oleh itu, Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan tidak akan terlibat dengan Deklarasi Rakyat dan tidak akan menggunakan dana untuk aktiviti berkaitannya,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menjelaskan, Pengerusi Bersih, Maria Chin menandatangani Deklarasi Rakyat atas kapasiti individu dan aktivis hak asasi tetapi tidak mewakili pertubuhan itu.
“Jawatankuasa Bertindak Bersih 2.0 memberi sokongan kepada beliau (Maria Chin) dengan syarat Deklarasi Rakyat itu bukan sahaja menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan malah menuntut pilihan raya adil dan bebas di samping reformasi institusi.
Jawatankuasa Bertindak Bersih 2.0 menjelaskan, beberapa NGO tidak setuju dengan tindakan Maria Chin menandatangani deklarasi inisiatif Dr Mahathir itu tetapi menyokongnya sebagai hak individu.
“Bersih 2.0 sebagai pertubuhan tidak dan tidak akan menandatangani Deklarasi Rakyat kerana dua tuntutan yang terkandung dalam deklarasi itu sama dengan tuntutan kami pada Himpunan Bersih 4.
“Tuntutan itu ialah Najib mesti meletak jawatan dan reformasi institusi mesti dilakukan untuk mengelak berulang skandal seperti 1MDB,” kata kenyataan itu.

Umno cawangan dilarang lulus usul undi tak percaya Najib, kata Mukhriz

 Mesyuarat cawangan Umno kini dilarang dilarang daripada meluluskan sebarang usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ucapan di Kelantan. – Gambar Blog Din Turtle, 13 Mac, 2016.  
Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa mesyuarat Umno cawangan kini dilarang daripada meluluskan sebarang usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, larangan itu merupakan 1 bentuk sekatan bersuara terhadap akar umbi Umno yang dibenarkan dalam parti.
"Ini yang terbaru sekali, di Kedah pun dah berlaku, di negeri lain pun saya fikir dah berlaku - daripada pengerusi perhubungan guna ketua bahagian, dah bagi arahan (agar) cawangan yang mula mesyuarat 18 Mac ini tidak dibenarkan membuat sebarang usul undi tidak percaya terhadap presiden parti.

"Sebaliknya mesti buat usul menyokong tak berbelah bahagi terhadap presiden," kata Mukhriz dalam 1 video ucapannya yang dimuat naik di blog penulis blog pro-Umno, Din Turtle, semalam. Blog itu berkata ucapan tersebut dibuat Mukhriz ketika lawatannya ke Kota Baru, Kelantan, 7 Mac lalu.
Dalam video itu, Mukhriz berkata perkembangan terbaru itu tidak sihat buat Umno yang sekarang mengalami masalah meruncing dalam meraih sokongan rakyat.
"Inilah masalah ataupun barah yang berlaku dalam parti kita, dalam keadaan kita ini (bagai) telur di hujung tanduk.
"Kalau berubah saja 2% daripada sokongan rakyat terhadap Umno, kita akan tumbang. Dan percayalah ketua cawangan yang hadir ini, kalau kita tumbang kita akan hilang jawatan pengerusi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) kita dan kalau jadi pembangkang seperti Kelantan ini, JKKP pun akan hilang. Sebab kerajaan pusat pun akan tumbang," kata Mukhriz.
The Malaysian Insider sedang cuba menghubungi Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mendapatkan pengesahan terhadap dakwaan Mukhriz.
Najib sebelum ini berdepan dengan ujian dalam parti apabila 34 ketua cawangan yang menggelarkan diri mereka Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) mendesaknya untuk berundur, sekitar hujung tahun lalu.

Najib liabiliti terbesar Umno PRU14, kata Mukhriz

Umno akan tewas dalam PRU 14 sekiranya Datuk Seri Najib Razak terus memimpin, kata bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – Gambar YouTube, 13 Mac, 2016.  – Gambar YouTube, 13 Mac, 2016.  
Datuk Seri Najib Razak adalah bebanan terbesar Umno pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, kata bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Katanya, Umno akan tewas pada PRU14 di peringkat negeri dan Persekutuan jika Najib terus memimpin.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Kota Baru, Kelantan, 7 Mac lalu.

"Sekarang ini mungkin kita rasa masih lagi selesa walaupun kita pembangkang di negeri, tetapi kerajaan pusat itu masih Barisan Nasional (BN), jadi kita masih lagi boleh hidup. "Tetapi PRU14 ini, selagi Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai presiden percayalah, kerajaan BN akan tumbang di negeri dan juga di Persekutuan.
"Dan kalau ini berlaku, kita akan menyesal tak sudah. Dan waktu itu sudah terlambat keadaan," kata Mukhriz dalam video yang dimuat naik penulis blog pro-Umno yang dikenali sebagai Din Turtle.
Mukhriz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam berkata, ini merupakan sebab mengapa Najib perlu melepaskan jawatan.
"Itu sebabnya kita mendesak agar Najib ini undur segera, kita nak supaya dia undur dan serahkan jawatan perdana menteri itu segera.
"Dan kita akan gunakan masa yang ada ni, mungkin 2 tahun sampailah pilihan raya ni, untuk memulihkan keadaan.
"Peluang kita bukanlah saya nak kata cerah, kalau ada perubahan tapi sekurang-kurangnya jauh lebih baik daripada keadaan sekarang ini," kata Mukhriz.
Menurut Mukhriz, penolakan orang ramai terhadap BN kerana Umno amat ketara mutakhir ini.
"Sekarang ini, tanyalah siapa sekali pun, orang muda orang lama di dalam bandar di luar bandar pun, nak kata boleh atau pun tidak sokong BN dalam PRU14 ini, rata-rata geleng kepala.
"Yang kita dengar (mereka kata), tahulah apa kami nak buat PRU nanti!" kata Mukhriz.

Putrajaya sanggah laporan PBB, Anwar bukan tahanan politik


Anwar IbrahimAnwar Ibrahim
Pandangan berat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Zeid Ra'ad Al Hussein mengenai hak asasi manusia di Malaysia adalah berdasarkan maklumat sebelah pihak dan tidak dengan bukti.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, dalam hal Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan telah memberikan respons yang ekstensif kepada pendapat yang diterima oleh Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan secara Arbitrari (WGAD).
"Kerajaan tetap menegaskan bahawa berasaskan fakta yang tidak boleh dipertikaikan dan asas undang-undang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan banduan politik dan telah disabitkan kesalahan selepas perbicaraan adil dan panjang," kata kenyataan itu semalam.
Al Hussein dalam pembentangan Laporan Tahunannya di bawah Agenda Item 2: Dialog Interaktif dengan Pesuruhanjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia pada Sesi Biasa ke 31 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva pada 10 Mac telah mengulas mengenai situasi hak asasi manusia di Malaysia, dengan rujukan kepada penghadang ruang demokrasi di Malaysia dan bekas ketua pembangkang Anwar.
Menyatakan kesal terhadap komen itu, kementerian itu berkata kemajuan dan usaha menyeluruh kerajaan dalam menjamin kenikmatan hak asasi manusia di Malaysia adalah ekoran komitmen tegas kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia.
Ia menyatakan, kerajaan telah dan akan terus menyediakan ruang demokrasi yang perlu untuk rakyatnya.
Kerajaan juga mempunyai kewajipan untuk menentukan keamanan, kestabilan dan harmoni dalam negara yang menjadi pra-syarat bagi menikmati sepenuhnya hak tersebut.
"Malaysia menganggap penting usaha-usaha Majlis Hak Asasi Manusia sebagai badan antara kerajaan yang dipandu oleh prinsip kesejagatan, kesaksamaan, objektiviti, tanpa bersikap memilih.
"Oleh itu, kerajaan Malaysia berharap majlis itu bersikap seimbang dalam menilai situasi hak asasi manusia di semua negara anggota.
Kenyataan itu menegaskan bahawa Malaysia menghargai dialog membina dan penglibatan aktif yang menjadi asas Majlis Hak Asasi Manusia PBB.