Sabtu, 12 Mac 2016

Mukhriz - Arahan Supaya Tidak Ada Usul Tidak Percaya Kepada Presiden !

BILA NAK PECAT MEREKA..!!


Apa kata lepas Kabinet Najib Razak tamatkan jawatan Penasihat PETRONAS,.. BERANI TAK nak pecat atau tamatkan saja khidmat Pengerusi TH Azeez Rahim, Isa Samad Pengerusi FELDA dan Najib Razak Pengerusi 1MDB.... kerana GLC ni dah tercalar kredibilitinya dan rugi.. !!!

Najib can’t sue because he will lose, claims Rewcastle

Sarawak Report editor says not a single judge or jury anywhere else in the world will believe prime minister's claims.
Rewcastlet_najib_sarawak-report_600_
PETALING JAYA: Sarawak Report’s editor Clare Rewcastle-Brown has claimed that Najib Razak had been unable to sue over reports of his alleged involvement in misappropriation of 1MDB funds because he knew he would lose in any court outside Malaysia.
Speaking to FMT today, Rewcastle alleged that the prime minister would never be able to sway an independent jury against news reports that implicated him in the affairs of 1Malaysia Development Bhd.
Opposition politicians have clamoured for Najib to file suit against the Wall Street Journal and Sarawak Report after they published reports on a trail of financial transactions leading to a deposit of US$600 million in his personal bank accounts in 2013.
Najib has denied that the money came from 1MDB, a government-owned investment company, and has said it was a personal donation from a member of the Saudi royal family. The Federal Government has said that most of the money had been returned.
The issue has also been covered by the BBC and CNN, Bloomberg and the New York Times amongst others. The Federal Government has maintained that the reports of 1MDB’s involvement were untrue, and has since blocked Internet access to Sarawak Report, Asia Sentinel and the Malaysian Insider for reporting on a criminal charge that had purportedly been prepared against Najib.
Last year, Sarawak Report, Rewcastle, the Malaysian Insider’s publisher and owner, and DAP politician Tony Pua were implicated in negotiations to buy confidential emails and documents stolen by a former executive of a Saudi company associated with 1MDB.
The government has accused Rewcastle and Sarawak Report of being part of a conspiracy to topple Najib and his government, and news reports quoted the executive, Swiss national Xavier Andre Justo, as having alleged that Rewcastle had told him that “bringing down Najib would be payment enough”.
Sarawak Report has quoted extensively from leaked emails and correspondence.
Rewcastle maintained that Sarawak Report articles were correct, and that Najib “has had to admit that he took the money” in the face of the reports. “He first denied it but then admitted he took the money, then he’s come up with all sorts of different excuses as to why he took the money. And finally, he claimed to have given it back,” she said.

MALAYSIA WILL BE 'RAPED', WARNS DR M CAMP: WATCH FOR NAJIB'S FINANCIAL COUP D’ETAT & TAKEOVER OF BANK NEGARA

MALAYSIA WILL BE 'RAPED', WARNS DR M CAMP: WATCH FOR NAJIB'S FINANCIAL COUP D’ETAT & TAKEOVER OF BANK NEGARA
At the present rate of decay and decadence of the institutional pillars of our society, we would be hard pressed to instil in our young to sing with pride our collective anthem
NEGARAKU
Rumi
Tanah tumpahnya darahku  Rakyat hidup  bersatu dan maju    Rahmat bahagia  Tuhan kurniakan  Raja kita  Selamat bertakhta    Rahmat bahagia  Tuhan kurniakan  Raja kita  Selamat bertakhta
JAWI
ن ڬاراك  ت انه ت وم ڤهڽ دارهكو  رع يت ه يدوڤ  ب ر سات و دان ماجو
رحمة ب هاڬ يا  ت وهن كورن ياكن  راج ك يت  سلامت ب رت خ تا
رحمة ب هاڬ يا  ت وهن كورن ياكن  راج ك يت سلامت ب رت خ تا
Literal English Translation
My country  The land where my blood has spilt  The people living  united and progressive    May God bestow  blessing and happiness  May our ruler  have a successful reign    May God bestow  blessing and happiness  May our ruler  have a successful reign.
And soon our Jalur Gemilang will hang in shame at half-mast, mourning the loss of our sovereignty, dignity and successes as a united and progressive country.
The cause for this rapid deformation is plain for all to see:
The failure of UMNO to uphold justice and do right by our country!

Abandoning all principles and moral values for the sake of one individual’s quest for absolute power, UMNO has blindly turned against the people. In place of NEGARAKU, UMNO’s anthem is the crass “Cash Is King” (“Wang Adalah Raja”).
Of late, the arrogance of power and contempt which UMNO leaders have displayed is best illustrated by the loud-mouth Tourism and Culture Minister, Nazri who berated UMNO critics, inter-alia, Tan Sri Rafidah Aziz who served ably as the Minister of Trade from 1987 to 2008 and has a sharp mind second only to Tun Mahathir Mohamad. Nazri’s conduct is so typical of the insecure and intellectually bankrupt politician. He screamed,
“THEY CAN BARK TILL THE COWS COME HOME... NOTHING WILL HAPPEN. WE CAN IGNORE THEM”.
This kind of behaviour also reflects the perverse logic of the gangster mind-set. Should we be surprised that the Najib regime has descended to the level of gutter politics?
We also have the clown Ismail Sabri Yaakob and his Low Yat 2 theatrics and tin-pot gangland soldiers such as Ali Tinju.
These cowards can only bark (to borrow Nazri’s favourite expression) but they have no bite whenever they pretend to be the champions of their community.
If only they have the guts to erect a ten storey edifice to be called,
“JHO LOW 2”

to spawn and honour Malay “Jho Lows” to replicate the financial rape of our country, specifically the plunder of Bumiputera crown jewels by the original Jho Low specimen!
Why have Low Yat 2 but not Jho Low 2?
Simple!
The Ismail Sabris and the Ali Tinjus are light-weight political gangland foot-soldiers who need injections of cash stimulus to get high without which they just don’t have the chutzpah to do the big things and fight the real wars.

Kit Siang challenges Najib to call snap election

DAP veteran says PM can test whether Citizens' Declaration represents views of a majority of Malaysians.
lim-kit-siang_najib_600_1
PETALING JAYA: The DAP’s Lim Kit Siang has issued a challenge to Barisan Nasional (BN) leader Najib Razak to call a snap general election as a test of whether last week’s Citizens’ Declaration represented the views of most Malaysians.
Lim issued the challenge after reading news reports that Najib had stated that the Citizens’ Declaration did not represent the majority view, and that it only promoted the agenda of a select few.
Lim’s challenge was made in a speech in Merbok, Kedah, at a party event.
Just hours earlier, at a dialogue in Sungai Petani, he had declared his readiness to work with any Malaysian, including Najib, “if the Prime Minister is prepared to admit that he had led the country on a wrong tangent and that Malaysia must be saved with far-reaching democratic and institutional reforms.”
Later in the evening, at a third party event in Kuala Kedah, Lim said Najib could not be more wrong about the declaration, and that his remark showed he as prime minister, was cut off from feelings on the ground.

‘Hang tu kerajaan, tolong ubah sistem, naik harga getah’ – Leman Raja Lawak

Bukan taraf sebuah kerajaan negeri untuk memberi barangan asas harian seperti beras secara sekaligus (one off) kepada rakyat miskin yang telah dilakukan terlebih awal oleh Amanah Parlimen Sik, bidas Pengerusinya, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawan.
'Hang tu kerajaan, tolong ubah sistem, naik harga getah' - Leman Raja LawakBeliau berkata, pihak kerajaan sepatutnya mencari penyelesaian lebih berkesan bagi menangani kejatuhan harga getah yang telah lama membebankan golongan penoreh.
“Hang tu kerajaan. Tolong ubah sistem. Cari mekanisme baru ubah. RM30 seminggu (getah sekerap) nak makan apa? Masuk kawasan Dun Belantik, Landai. Lihat apa penderitaan orang kampung.
“Dia (kerajaan) tengok kita bawa barang dapur, dia pun buat benda sama. Sepatutnya boleh ubah sistem itu. Letak harga lantai untuk jaga ekonomi rakyat bawahan sebab itu kita buat desakan,” tegasnya dalam ceramah di Sik, malam tadi.
Terdahulu, ketika ditemui Malaysia Dateline di Pejabat Amanah Parlimen Sik, beliau berkata, kerajaan negeri Kedah pada masa sama wajar melakukan pembaharuan dalam sektor pertanian.
“Keluasan tanah masih ada tetapi import makanan kita tinggi. Kerajaan mahu tidak mahu mesti meneroka peluang baru untuk memajukan pertanian. Kalau Thailand boleh, kenapa kita tidak,” ujarnya lagi.
Dalam hal berkaitan, kira-kira 300 penduduk tempatan hadir dalam Perhimpunan Aman Derita Penoreh Getah di Pekan Sik petang semalam yang turut dihadiri Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah, Mazlan Aliman.
Mereka menuntut supaya kerajaan menetapkan harga lantai getah sekerap pada RM3.50 sekilogram.
Harga komoditi itu sejak beberapa tahun lalu merudum antara RM1.60 sehingga RM1.80 sekilogram sekaligus menyebabkan ribuan keluarga penoreh hidup di dalam lingkaran ganas kemiskinan.

Pas dan ‘hikayat kuasa ketiga’: Taktik selamatkan BN?

Cadangan parti Islam PAS untuk membentuk sebuah lagi pakatan baharu “kuasa ke-3” menimbulkan keraguan, dengan penganalisis dan pemerhati berkata mengundi untuk parti ke-3 tidak memberikan kesan terhadap keputusan pilihan raya.
Di bawah sistem pilihan raya “first-past-the-post “(FPTP) pengundi mungkin memilih hanya antara 2 calon teratas di sesuatu kawasan itu, kata penganalisis politik Dr Wong Chin Huat.
Ini kerana mengundi bagi calon lain tidak akan mempunyai sebarang kesan kepada keputusan pilihan raya.
“Ramai pengundi lebih mengambil berat mengenai parti mana yang boleh membentuk kerajaan berbanding calon yang mewakili kawasan mereka. Bagi pengundi ini, mengundi untuk parti ke-3 tidak memberikan kesan kepada keputusan pilihan raya,” kata Wong kepada The Malaysian Insider.
Pas dan 'hikayat kuasa ketiga': Taktik selamatkan BN?Beliau berkata, jarang bagi sistem pilihan raya FPTP mempunyai lebih daripada 2 gabungan, tidak seperti negara menggunakan sistem pilihan raya perwakilan berkadar atau “proportional” seperti Jerman, New Zealand dan Ireland yang mempunyai lebih daripada 3 parti utama, dan di mana sistem pelbagai parti, berdaya saing dan stabil.
Wong, yang juga penganalisis di Institut Pulau Pinang, mempersoalkan sama ada PAS atau gabungan baharu dicadangkan boleh menjadi kuasa ke-3 pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, ia bergantung kepada sama ada mereka boleh mencari cukup kawasan di mana PAS atau gabungan baharu merupakan salah satu daripada 2 peserta terbaik.
Pada pilihan raya lalu, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dan sekurang-kurangnya 40% undi dalam 31 kawasan lain, katanya.
“Prestasi memberangsangkan itu, bagaimanapun, dicapai sebagai komponen Pakatan Rakyat. Daripada jumlah 52 kawasan pilihan raya, sekurang-kurangnya 16 mempunyai 30% pengundi bukan Melayu pada ketika itu.
“Jelas sekali, cakap-cakap PAS membentuk satu lagi gabungan pelbagai etnik didorong antara lain, keinginan mengekalkan sekurang-kurangnya 16 kerusi ini dalam pertandingan 3 penjuru bersama Amanah (Parti Amanah Negara).
“Bagaimanapun, disebabkan kepimpinan Hadi terumbang-ambing, kerjasama dengan Umno dan pandangan konservatif PAS mengenai isu-isu kepelbagaian budaya dan jantina, parti Islam itu ditolak kebanyakan bukan Melayu.
“Dan tidak ada sekutu bukan Melayu yang boleh dipercayai untuk bersekutu dengan PAS,” katanya merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Wong berkata, dengan atau tanpa rakan bukan Islam, PAS akan terlibat dalam pertandingan 3 penjuru melawan Amanah dan DAP di kawasan-kawasan lain juga.
Beliau berkata, parti Islam itu mungkin mempunyai kelebihan di beberapa kawasan tradisi mereka tetapi di kerusi lain, terdapat satu soalan, walaupun di kalangan pengundi Melayu muda, sama ada PAS perlu diberi perhatian serius untuk memimpin Malaysia atau tidak.
Beliau juga berkata, masalah paling besar bagi PAS ialah sikap tidak jelas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dicemari dengan dakwaan pelbagai skandal.
“Hadi peluk dia, (Datuk) Tuan Ibrahim (Tuan Man) menentangnya, (Datuk) Mahfuz (Omar) mahu menjatuhkannya. Mengapa pengundi anti Najib perlu mengundi PAS?” soalnya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata baru-baru ini, parti Islam itu akan menubuhkan gabungan pembangkang ke-2, bekerja dengan sebuah parti berbilang kaum dan bukan dengan Umno.
Takiyuddin berkata, PAS akan menandatangani memorandum persefahaman dengan parti pelbagai kaum yang baharu itu pada 16 Mac.
Penganalisis Prof Madya Samsu Adabi Mamat berkata, langkah PAS akan mempelbagaikan parti-parti pembangkang dan memecahkan undi Melayu.

Menteri Integriti kata dia tak tidur tapi dia tak buat apa-apa bila RM1.5 bilion dibelanja BN dalam PRU lalu


KOTA BHARU, 12 MAC: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low Seng Kuan, bahawa beliau melaksanakan tugasnya dengan baik dan “tidak tidur” telah ditempelak Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Ia berikutan Paul Low tidak berkata atau berbuat apa-apa selepas Barisan Nasional didedahkan melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya dalam pilihanraya umum lalu.
lim kit siangJusteru, Kit Siang mempersoalkan kenyataan Paul Low kononnya tidak culas dalam melaksanakan tugasnya sebagai Menteri Integriti sedangkan beliau sendiri tahu lebih  RM1.5 billion digunakan BN pada PRU lalu seperti yang didedahkan dua Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Dua Ahli MT yang mendedahkan permainan wang yang dilakukan BN itu adalah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta disahkan lagi dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
“Jika Paul Low tidak ‘tidur’ dalam melaksanakan tugasnya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal integriti itu, dia sepatutnya menjadi orang yang paling patut risau dan marah di dalam negara ini bila mendapat tahu terdapat politik wang dan rasuah yang amat besar berlaku di negara ini.
“BN berbelanja besar dan melebihi paras had yang dibenarkan untuk perbelanjaan pilihanraya untuk semua 222 kerusi Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah veteran DAP itu lagi, sekiranya perkara sedemikian berlaku di sebuah negara lain, sudah pasti ia akan menggoncang keutuhan sebuah kerajaan, namun apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya.
“Tetapi di Malaysia, terdapat sikap tidak peduli di mana menteri yang dikhaskan untuk menjaga integriti dan pentadbiran yang baik seolah-olah tidak ambil tahu,” katanya sambil menyifatkan kenyataan Paul Low itu sebagai melucukan.
Kit Siang turut mengulangi desakan untuk meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berundur daripada tampuk pemerintahan bagi menjernihkan semula imej negara dan memulihkan ekonomi yang sekian lama dimusnahkan pemimpin tertinggi itu.

Ibu Dan Sepeket Milo - Perspektif Undnag Undang

Oleh Hanipa Maidin
1. Pada 2 hb Mac 2016 ,seorang ibu, S.Sellamah, 36 tahun , telah dihukum denda RM 200 dan penjara sehari oleh Majistret di bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri sepeket milo bagi anaknya berumur 2 tahun. Mahkamah juga perintahkan dia dipenjara 5 hari jika gagal bayar denda tersebut. Ibu itu tidak bayar denda.
2. Adakah Majistret salah kerana jatuhkan hukuman tersebut? Bagi saya, Majistret itu tidak salah cuma dia sepatutnya boleh guna kuasa beliau di bawah seksyen 173A Kanun Prosedur Jenayah ( CPC ) ketika nak jatuhkan hukuman.
3. Apa dia seksyen 173A CPC? Peguam panggil seksyen bond over. Di bawah seksyen ini, Majistret boleh melepaskan seseorang pesalah dengan sekadar beri amaran setelah ia mengambil kira sama ada faktor umur ,
kesihatan, keadaan mental pesalah atau remehnya kesalahan itu ( the trivial nature of the offence ) atau wujudnya keadaan yang boleh meringankan hukuman ( extenuating circumtances ).
4. Bagi saya dalam kes ibu dan milo itu wujud paling kurang 2 faktor yang mewajarkan Majistret gunakan kuasa beliau di bawah seksyen 173A untuk bebaskan ibu malang itu dengan sekadar beri amaran.
5. 2 faktor itu adalah remehnya kesalahan itu ( hanya curi sepeket milo sahaja,bukan seperti kes lembu NFC ( itu pun dalam kes NFC , pendakwa tak teruskan kes ) dan satu lagi wujud keadaan yang meringankan hukuman iaitu ibu curi sepeket milo untuk anaknya dua tahun yang teringin sangat nak minum milo ).
6. Seksyen 173A juga dikenali sebagai bond over di mana Majistret boleh juga lepaskan pesalah dengan jaminan berkelakuan baik. Mahkamah juga boleh arah pesalah bayar pampasan tidak lebih rm 50 dan boleh juga arahkan milo itu dipulangkan semula pada tuan kedai dan sekadar bayar harga milo itu.
7. Kesimpulannya, bagi saya, tidak perlu Majistret kenakan hukum penjara atau denda rm 200 .
8. Sebenarnya juga tidak perlu pendakwa dakwa kes itu dari awal sebab pendakwa ada budibicara untuk tidak dakwa sepertimana Peguam Negara tak dakwa PM kerana kes 2.6 bilion.
'
Wallahu 'alam.
YB Hanipa Maidin
Pengerusi KANUN
Amanah Nasional

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan

Oleh Muammar Qaddafi
Selepas lebih 8 bulan PAS tidak lagi bersama gabungan parti pembangkang, akhirnya ia mengumumkan hala tuju parti mereka di dalam arena politik negara.Sebagaimana dilaporkan portal HarakahDaily, PAS mengumumkan mereka adalah blok ke-3 iaitu pihak yang tidak menolak sepenuhnya tindakan kerajaan dan tidak sepenuhnya lagi bersetuju dengan idea-idea pembangkang.
Berdasarkan pengumuman ini, maka kita jelas dan maklum PAS tidak lagi berminat untuk menjadi kerajaan mahupun pembangkang,.

Mereka mahu menjadi suara non partisan yang didakwa lebih mendekati rakyat. Cuma adakah PAS maklum kita ini di Malaysia, bukan Indonesia yang mana menggunakan sistem satu daerah satu pemenang.
Berebut kerusi yang satu. Indonesia sistemnya berebut undi. Tak kisah siapa dan berapa lawan.
Sistem politik kita dasarnya untuk mewujudkan sistem dwi parti yg sama kuat. Dwi, bukan 3!
Tujuan dwi parti adalah untuk memastikan tiada kuasa dominan kerana kuasa dominan bakal membawa kepada salah laku, korupsi, songlap duit dan salah guna kuasa lain oleh parti yang dominan.
Dalam konteks negara kita, perlu ada pakatan jatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN) yang dominan kerana salah guna kuasa yang dibimbangi sudah pun berlaku kerana ia di dalam Parlimen.
Kewujudan blok ke-3 sebagai satu idea merakyat PAS dianggap sebagai satu alasan merapu dan bertujuan menutup kelemahan PAS hari ini.
Bagaimana PAS mampu menjadi kuasa ke-3 yang membumi apabila ia yang menjadi blok pertama dalam kerajaan Kelantan juga gagal menjaga kebajikan rakyat.
Malah, kerana tamak haloba pimpinan mengaut untung daripada projek balak, rakyat menjadi mangsa banjir besar pada 2014.
Alasan relevan buat PAS mewujudkan blok ke-3 adalah untuk menangkan Umno dalam pilihan raya kerana kita tahu PAS maklum Umno kehilangan kepercayaan rakyat dan apa yang membimbangkan PAS adalah peralihan kuasa kepada Pakatan Harapan yang di dalamnya adalah Parti Amanah Negara, PKR dan DAP.

PAS kuat laung daripada gema

Oleh Mohd Sayuti Omar
PAS mengumumkan ia akan membentuk blok politik baharu sebagai menghadapi pilihan raya akan datang. Pengumuman rasmi akan dibuat pada 16 Mac ini.Begitulah cerita Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan. Rancangan itu mewarnai suasana ketika pembangkang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan deklarasi anti Najib untuk selamatkan Malaysia.
Parti itu tidak sebut dengan siapa mereka akan berkolaborasi bagi mewujudkan blok politik baharu politik itu, hanya membayangkan dengan sebuah parti berbagai kaum.

Pemerhati lalu menyebut beberapa nama parti yang mungkin "gila" untuk berpakat dengan PAS. Antaranya parti milik Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, tetapi Kadir menafikan yang ia akan bergabung dengan PAS. Jadi dengan parti mana? Apakah dengan parti Dayak, Kadazan, Iban atau Dusun di Sabah dan Sarawak? Di Sabah dan Sarawak memang banyak parti-parti serpihan yang boleh dipinang parti Islam itu. Elok juga bagi PAS menerima parti etnik bagi menunjukkan mereka terbuka dan liberal untuk menutup sikap mereka dengan DAP dan Amanah. Cara itu juga membolehkan parti itu berfungsi sebagai parti dakwah untuk mendapat keredhaan Allah.
Dalam pada itu ada beberapa parti lain yang mungkin menjadi pasangan parti itu tetapi ia sangat daif memandangkan parti itu juga hidup segan mati tak mahu.
Parti-parti lain ialah Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) , Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA),  Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) atau Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berpusat di Pulau Pinang.
Pelik kalau parti itu sedia untuk bekerjasama dengan PCM sedangkan dengan DAP yang kuat dan memberi kelabaan kepadanya ditolak hidup-hidup.
Boleh dikatakan bodoh parti Islam itu kalau mereka tiba-tiba sedia bekerjasama dengan PCM sebaliknya sanggup melupai DAP yang terbukti dapat membantu menaikan imejnya. Cara berpolitik begitu undur ke belakang, bukan mara ke depan.
Jadi parti mana akan gila untuk bersama PAS? Sehingga kini saya tidak nampak ada parti yang gila untuk bersama PAS melainkan Umno.
Parti yang rasional tidak akan bersedia untuk bersama PAS. Dan apakah blok ke-3 itu akan dibentuk dengan NGO berorentasikan Islam seperti Jati, Isma ataupun Perkasa? Atau pun ketika ini sedang diusahakan penubuhan sebuah parti baru dengan bantuan Umno? Atau pun parti itu sudah pun wujud?
Kerana tidak nampak parti mana yang bakal menjadi pasangan PAS, maka sukar untuk melihat apa dilakukan PAS itu suatu aksi politik yang positif melainkan ia sebuah gimik.
Mungkin parti pimpinan ulama berlatar belakang nelayan kampung itu terpaksa membuat gimik bodoh selepas menyedari ia kini semakin tersempit dan menyendiri.

Perang Saraf Umno Lawan Deklarasi Rakyat

Oleh A Kadir Jasin
PERANG diayah oleh Umno dan kerajaan terhadap “Deklarasi Rakyat”, pendukung dan penyokongnya dijangka menjadi lebih sengit. [Tandatangani Deklarasi Rakyat di sini] 
Saya tidak menyalahkan mereka. Malah saya faham keterdesakan mereka. Implikasi deklarasi itu ke atas psikologi rakyat jelata semakin positif dan bertambah negatif terhadap Umno dan kerajaan.

Kita boleh membahagikan saluran perang saraf Umno dan kerajaan ini kepada beberapa kategori orang dan pihak.
Antara mereka adalah:
1. Penjawat awam. Mereka yang tugas asasinya mempertahankan kerajaan. Mereka ini akan mempertahankan kerajaan dan, sekali gus Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kerana tugas. Setuju atau tidak mereka terpaksa akur.
2. Kelompok politik, iaitu mereka yang naik atau kekal dalam jawatan kerana Mohd Najib.
3. Golongan perniagaan yang mendapat projek kerana rapat dengan Perdana Menteri dan usahawan bona fide yang mendapat kontrak rasmi daripada kerajaan.
4. Media massa arus perdana yang dimiliki kerajaan, parti-parti BN dan individu yang mendapat habuan (rasmi dan tidak rasmi) daripada Mohd Najib.
5. Laskar siber upahan Umno, BN dan individu yang mendapat habuan (rasmi dan tidak rasmi) daripada Mohd Najib.
Ada kalangan penerima dedak yang secara terbuka mengaku mereka menerima wang tunai hingga berjuta-juta ringgit daripada Mohd Najib dalam usaha mereka memberi kredibiliti kepada dakwaan bahawa “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau adalah untuk kegunaan parti.
Tidak Ada Pilihan
Mereka mengutuk dan memesongkan fakta mengenai “Deklarasi Rakyat” kerana itu tugas dan kewajipan mereka. Saya tahu ada kalangan mereka yang faham dan bersimpati dengan ikrar itu tetapi tangan mereka diikat dan mulut mereka disumbat.
Tetapi ada juga yang memang tidak faham. Otak mereka mendidih dan hampir meledak melihat musuh lama seperti Dr Mahathir dan Lim Kit Siang duduk bersama. Otak mereka tidak boleh menerima apa yang mereka lihat itu.
Misalnya, seorang wartawan kanan menulis dalam Utusan Malaysia pada 10 Mac mengatakan deklarasi itu “tidak dapat diterima akal”.
Dalam mukadimahnya, wartawan itu berkata: “BIAR dilihat dari sudut mana sekalipun, kempen dikenali sebagai ‘Deklarasi Rakyat’, atau lebih tepat jika disebut ‘Deklarasi Mahathir’, pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri, tidak dapat di­terima akal.”
Saya hantar pesanan ringkas (SMS) berikut kepada beliau: “Baca tulisan Tok. Setuju. Memang tak masuk akal bagi sesetengah orang. Ia langkah luar biasa dan revolusioner. Ia hanya masuk akal bagi orang (yang) anjal dan dalam pemikirannya.”
Pemikiran mereka terlalu sempit dan partisan sehingga apa saja di luar daripada norma harian dan melepasi garis politik parti adalah tidak dapat di­terima akal. Ini adalah kerana akal mereka tertutup dan dipagari kuat oleh ideologi politik serta pertimbangan peribadi.
Saya tidak harian dengan hujah jalanan watak-watak seperti Jamal Mohd Yunos, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan, Annuar Musa, Salleh Said, Tengku (dulunya Teuku) Adnan Mansor dan “The Boss” Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Tapi apabila seorang yang dianggap cendekiawan seperti Rais Yatim juga turut mengeluarkan hujah yang lebih kurang serupa, saya hairan, lebih-lebih lagi apabila beliau memberikan gambaran yang bertentangan apabila berjumpa saya.
Rais adalah antara pemimpin Umno yang tidak kembali menyertai Umno selepas krisis 1987/88 sebaliknya menyertai parti serpihan Semangat 46.
Bukan itu sahaja. Beliau bersumpah bakar jambatan (burning the bridge). 

MENGATA DULANG, PAKU SERPIH...

Bukan saja menandatangani deklarasi bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dijaja ke seluruh negara kerana dianggap sebagai suatu kesalahan, malah berjalan beriringin atau duduk semeja dengan mereka pun cuba dijadikan seolah-olah dosa yang tidak boleh diampunkan.

Apa salahnya Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin dan yang lain-lain berjalan beriringin atau duduk semeja dengan Lim Kit Siang atau rakan-rakannya, lebih-lebih lagi jika matlamatnya untuk menyelamatkan negara?

Bukankah pemimpin-pemimpin pembangkang juga rakyat negara kita sah hak-haknya?

Lagi pun,  bukankah mereka berbaik untuk "menangkap perompak dan penyamun" yang membahayakan kita semua dan bukannya untuk saling bekerjasama menjadi perompak dan penyamun harta-harta negara?

Kalau ada, apa pula kerosakan yang sudah pemimpin-pemimpin pembangkang timbulkan dan harta negara yang mana mereka sudah jual atau gadaikan?

Kenapa hanya bila Tun Mahathir atau Muhyiddin Yassin saja dilihat salah bila berbaik dengan pemimpin pembangkang, sedangkan ada orang lain siap berpeluk,berselfie dan bermesra-mesraan lagi?

‘Deklarasi Ketua UMNO bahagian’ lawan ‘Deklarasi Rakyat’

Deklarasi itu antara lain mendesak polis bertindak tegas menghalang siri jelajah dan perhimpunan yang bakal dianjurkan pihak Deklarasi Rakyat.
Mohd-Yusoff-Kassim_Deklarasi-Rakyat_600
KUALA LUMPUR: Ketua-ketua UMNO bahagian seluruh negara berkumpul hari ini di PWTC bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah Datuk Wira Mohd Yusoff Kassim yang mengetuai deklarasi itu, seramai 147 daripada 190 Ketua UMNO Bahagian menandatangani deklarasi itu.
Ia dilihat menguatkan lagi serangan terhadap ‘Deklarasi Rakyat’ yang ditandatangani beberapa tokoh UMNO bersama-sama parti pembangkang dan NGO, terutama ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai tokoh utama di sebalik kerjasama itu.
“Kami Ketua-ketua UMNO bahagian seluruh Malaysia mencapai satu kesepakatan berhubung isu ‘Deklarasi Rakyat yang didalangi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama pemimpin DAP, PKR dan AMANAH.
“Kami bersatu berikrar memberikan sokongan padu tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan akan mempertahankannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Kami juga sepakat mengutuk sekeras-kerasnya dan amat kesal dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri,” katanya lagi.
Deklarasi hari ini mengulang desakan agar Majlis Tertinggi UMNO mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin UMNO yang terlibat khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pemuda UMNO Pulau Pinang desak tamat perkhidmatan penentang kerajaan

Kerajaan perlu menyemak mana-mana individu yang memegang jawatan utama dalam GLC tetapi tidak selari dengan kerajaan.
Rafizal-Abd-Rahim_mahathir_petronas_600
PETALING JAYA: Pemuda UMNO Pulau Pinang mendesak kerajaan menamatkan perkhidmatan individu yang memegang jawatan utama dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tetapi tidak selari semangat dan aspirasi kerajaan memerintah.
Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, individu terbabit sepatutnya ditamatkan kontrak serta merta.
Katanya, tindakan itu sejajar dengan keputusan kerajaan untuk tidak menyambung kontrak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.
“Tindakan ini (tamat perkhidmatan) selari dengan tindakan Dr Mahathir yang tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rafizal berkata, rakyat juga mengkritik Dr Mahathir yang bersekongkol dengan musuhnya, Lim Kit Siang.
Sehubungan itu, beliau berkata, Pemuda UMNO Pulau Pinang memberi sepenuh sokongan kepada Najib untuk meneruskan pentadbiran negara.

KENAPA tiba2 kalau jadi menteri terus jadi bebal tolol ??


KANTOI.. Sekali page Friends of BN - Barisan Nasional fitnah orang ramai pada insiden lori Vico terbalik..


NAMPAK TAK PUTAR BELIT UMNO & kuncu2nya !!!

Begitulah pe'el Utusan yg cuba memutarbelitkan fakta pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo bermula sejak Sarawak & Sabah sertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 lagi..

TIBA-TIBA lidah siar fitnah UMNO kata... "Jalan Pan Borneo.."

Kumpulan kebebasan akhbar berjuang menentang sekatan Internet dengan ‘laman cermin’


Reporters Without Borders (RSF) berkata ia mencipta satu aplikasi pengesan penapisan, lanjutan pelayar Google Chrome untuk memudahkan akses kepada versi “cermin” laman sesawang yang disasarkan. – Gambar fail Reuters, 12 Mac, 2016. 
Penganjur kempen kebebasan akhbar Reporters Without Borders (RSF) mewujudkan 6 lagi portal berita, termasuk Sarawak Report, yang membolehkan ia diakses di negara-negara disekat sebagai sebahagian daripada usaha menggagalkan sekatan Internet.
“Operation Collateral Freedom #2” merupakan salinan “cermin” laman sesawang yang disekat pada perkhidmatan disediakan syarikat Internet utama seperti Amazon, Microsoft atau Google.
RSF berkata ia juga mencipta satu aplikasi pengesan penapisan, lanjutan pelayar Google Chrome untuk memudahkan akses kepada versi “cermin” laman sesawang yang disasarkan.

"Sesiapa yang pergi ke salah satu laman sesawang disekat akan melihat ikon aplikasi pengesan penapisan RSF bertukar merah. Dengan mengklik padanya, ia akan secara automatik diarahkan ke ‘cermin’ tidak disekat RSF," kata RSF. Pada 25 Februari, The Malaysian Insider disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung laporan yang memetik sumber panel pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Panel SPRM mencadangkan membuka semula kertas siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd kepada peguam negara kerana cukup bukti melakukan pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
SKMM juga menyekat 52 laman sesawang media baharu dan menyiasat 14 kes penyalahgunaan media sosial sejak penubuhan jawatankuasa khas bagi menangani kesalahan berkaitan dengannya pada Januari.

Maria Chin tandatangan Deklarasi Rakyat atas kapasiti peribadi, kata Bersih 2.0

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 memberi sokongan kepada pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin dengan syarat ia bukan semata-mata untuk menggugurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi juga untuk pilihan raya yang adil dan bebas serta pembaharuan institusi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 menyokong tindakan pengerusinya Maria Chin Abdullah menandatangani Deklarasi Rakyat atas kapasiti peribadi sebagai aktivis yang lama bergerak dalam masyarakat.
Dalam kenyataan petang ini, jawatankuasa itu memberi syarat sokongan itu mestilah melangkaui hasrat menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 memberi sokongan kepadanya dengan syarat ia bukan semata-mata untuk menggugurkan Najib tetapi juga untuk pilihan raya yang adil dan bebas serta pembaharuan institusi.

"Mesyuarat awal dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperakui tandatangan itu juga memberi sokongan dengan syarat sama. "Perlu dimaklumkan yang beberapa NGO tidak setuju Maria menandatangani deklarasi yang dimulakan Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun, majoriti pada mesyuarat NGO yang memperakui (deklarasi) menyokong tandatangan Maria selaku individu," kenyataan jawatankuasa itu dipetik.
Memetik kenyataan sama, jawatankuasa itu menyatakan mereka menghormati pendirian Maria namun mereka sama sekali tidak akan menyokong Deklarasi Rakyat.
Justeru, NGO pendesak reformasi pilihan raya itu memberi jaminan dana Bersih 2.0 tidak akan diguna untuk tujuan aktiviti gerakan Selamatkan Malaysia yang lahir daripada Deklarasi Rakyat.
"Deklarasi adalah inisiatif rakyat berasingan dan tidak memerlukan tandatangan organisasi.
"Maka, Bersih selaku organisasi tidak akan terlibat atau menggunakan dananya untuk aktiviti Deklarasi Rakyat," katanya.

Irwan Siregar ‘tidak tahu’ dilantik gabenor Bank Negara

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Seri Irwan Serigar tidak menafikan laporan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung pelantikannya sebagai gabenor Bank Negara yang baharu menggantikan Tan Seri Zeti  Akhtar Aziz tetapi hanya berulang kali menyatakan tidak tahu apabila disoal mengenai laporan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016. 
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Seri Irwan Serigar menegaskan tidak tahu menahu berhubung pelantikannya sebagai gabenor Bank Negara yang baharu menggantikan Tan Seri Zeti  Akhtar Aziz seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ).
Irwan bagaimanapun tidak menafikan laporan itu tetapi hanya berulang kali menyatakan tidak tahu apabila disoal mengenai laporan tersebut.
"Saya tidak tahu," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada The Malaysian Insider.

Apabila ditanya adakah ini bermakna beliau menafikan laporan WSJ, Irwan tetap mengatakan beliau tidak tahu. "Bila saya kata saya tidak tahu, maksudnya saya tidak tahu," katanya.
WSJ melaporkan hari ini mendedahkan Putrajaya bakal melantik Irwan sebagai gabenor Bank Negara baharu walaupun bank pusat itu berusaha menamakan calon dalamannya.
Akhbar harian kewangan Amerika Syarikat (AS) itu yang memetik sumber sebagai berkata, Putrajaya akan menamakan Irwan sebagai gabenor Bank Negara baharu minggu depan.
Penggal perkhidmatan Zeti berakhir pada April dan semalam beliau berkata, Bank Negara sudah mengemukakan nama penggantinya.
Irwan menyertai Kementerian Kewangan pada 2003 dan merupakan ahli lembaga Bank Negara.
Menurut laporan WSJ , jika Irwan dilantik, ia "mungkin satu tamparan kepada usaha Zeti" untuk mengisi jawatan itu dengan calon dalaman.
Pelantikan pengganti Zeti sebagai gabenor Bank Negara menarik perhatian ramai terutamanya pembangkang yang mendesak pengganti perlulah calon bebas daripada Kabinet dan juga petadbiran negara.
Pengkritik bimbang insiden seperti peguam negara mengesahkan tiada bukti mencukupi mendakwa Datuk Seri Najib Razak dalam kes derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd meskipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata sebaliknya berulang.
Selain Irwan antara nama yang disebut- sebut bakal menggantikan Zeti ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Mohamed Ibrahim.

Hairan kenapa UMNO takut Kit Siang – Sanusi Junid

Cina yang sepatutnya dibenci ialah Low Taek Jho atau Jho Low dan juga beberapa penyangak-penyangak lain yang bersikap sepertinya.
sanusi-kit-siangPETALING JAYA: Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid hairan bagaimana sebuah parti besar seperti UMNO gentar kepada seorang individu berbangsa Cina seperti Lim Kit Siang.
Ia ekoran tindakan pemimpin-pemimpin tertinggi parti Melayu itu sering memperdaya orang-orang kampung supaya takut kepada Penasihat DAP itu.
“Janganlah orang-orang di atas ini (pemimpin UMNO) menipu orang-orang kampung dengan menakut-nakutkan orang kampung supaya takut dekat Cina ini (Kit Siang).
“Hebat sangatkah Lim Kit Siang itu. Saya tidak nampak Lim Kit Siang itu hebat. Saya hairan macam mana satu parti Melayu takut dekat seorang manusia Cina,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle.
Jelas bekas Menteri Besar Kedah itu lagi, Kit Siang tidak pernah menyusahkan rakyat memandangkan pemimpin DAP itu menjadi pemimpin pembangkang sejak sekian lama dan langsung tidak pernah duduk di dalam Kabinet kerajaan.
Malah, pemimpin DAP itu juga tidak pernah mencadangkan di Dewan Rakyat supaya Kerajaan Persekutuan mengenakan cukai enam peratus melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Dan manusia Cina ini yang menjadi pembangkang dah berpuluh tahun, tidak pernah duduk dalam kerajaan. Dia tidak pernah bagi susah kita. Tidak pernah dia cadang supaya kenakan GST.
“Tak pernah dia cadangkan dalam Parlimen supaya berhutang tidak payah bayar. Tak pernah dia suruh dalam Parlimen buat yang bukan-bukan,” ujar beliau lagi.
Sebaliknya, Sanusi memberitahu orang Cina yang sepatutnya kita menyampah dan benci adalah individu seperti Low Taek Jho atau Jho Low dan juga beberapa penyangak-penyangak lain yang bersikap sepertinya.
“Tetapi Cina yang patut kita meluat ni, Cina macam Jho Low dan penyangak-penyangak dan kawan-kawan dia yang lain itu, yang itu patut kita benci.
“Tetapi, yang itu pulak jadi macam orang baik. Kalau dia kena datang ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), hak dia bercakap itu kena rahsia, tidak boleh beritahu dekat orang, sebab takut nampak buruk dia,” katanya.

Adakah fobia nama Lim Kit Siang?, tanya Muhyiddin

Beliau mempersoalkan mengapa pengkritik hanya mengaitkan nama pemimpin veteran DAP itu dengan Deklarasi Rakyat tetapi tidak pemimpin pembangkang yang lain.
muhyiddin_deklarasi-rakyhat_600
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas pengkritik Deklarasi Rakyat yang hanya mengaitkan nama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sedangkan ramai lagi pemimpin pembangkang dan kerajaan yang menyokong deklarasi itu.
Katanya, mengapa pengkritik tidak menyebut nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, serta tokoh-tokoh lain yang secara terang-terang menyokong Deklarasi Rakyat.
“Ini seolah-olah mereka ada fobia,” kata Timbalan Presiden UMNO yang kini digantung jawatan, lapor The Malay Mail Online.
Pengkritik Deklarasi Rakyat khususnya penyokong UMNO cuba membangkitkan kemarahan rakyat dengan mendakwa Dr Mahathir bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan pemimpin Melayu.
Sinar Harian pula melaporkan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Deklarasi Rakyat adalah hasil buah fikiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan beliau itu bagi menyangkal kritikan beberapa pihak yang mendakwa Dr Mahathir telah ‘jatuh ke dalam perangkap’ parti pembangkang.
Dalam wawancara bersama akhbar itu, Muhyiddin berkata deklarasi yang bertujuan mendesak Datuk Seri Najib Razak agar berundur daripada jawatan Perdana Menteri itu pada mulanya dirangka oleh Dr Mahathir sendiri, sebelum disertai ahli politk pembangkang dan NGO.
“Ia agak luar biasa, usaha ini dilakukan bersama pembangkang dan mereka yang sama pandangan, dan bukan kami ke pihak mereka, dan bukan kerana terperangkap oleh DAP, Lim Kit Siang atau pembangkang,” katanya.

Naib Presiden Umno sambut baik pakatan politik Pas


Ahmad Zahid HamidiAhmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi menyambut baik keputusan Pas untuk menubuhkan pakatan baharu dengan sebuah parti pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, berkata langkah sedemikian akan lebih mewarnai arena politik tanah air sekali gus menjadikan rakyat lebih matang berpolitik.
"Ini juga mampu menjadikan politik tanah air lebih baik, lebih demokratik dan banyak pilihan," katanya ketika berucap pada majlis amanah khas Ketua Umno Bahagian kepada kepimpinan Umno Cawangan Empat Peringkat Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.
Ahmad Zahid mengulas pengumuman Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis mengenai keputusan parti itu untuk bergerak sebagai sebuah lagi parti politik selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.
Bagaimanapun perkara itu hanya akan diumumkan pada Rabu ini.
Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata keputusan Pas itu jelas menunjukkan bahawa parti itu telah menjadi kuda tunggangan DAP selama ia berada dalam pakatan pembangkang.
"Harap rakyat sedar DAP tidak lebih daripada parasit dan anai-anai yang meruntuhkan sistem demokrasi negara.

Bekas tahanan ISA terus komited lawan penahanan tanpa bicara


Bekas tahanan ISA dan pemimpin politik yang hadir bergambar ramai seusai majlis.Bekas tahanan ISA dan pemimpin politik yang hadir bergambar ramai seusai majlis.
Kumpulan bekas tahanan ISA yang berkumpul di Kota Bharu semalam bertekad untuk terus komited menentang segala bentuk kezaliman khususnya yang dilakukan pihak berkuasa menerusi pelbagai undang-undang yang jelas bercanggah dengan konsep keadilan sejagat.
Pengarah program "Tribute to ISA detainees", Che Kamaruzaman Che Ismail berkata semua yang menyampaikan ucapan di majlis itu menzahirkan komitmen masing-masing untuk terus menentang penahan tanpa pembelaan yang menyebabkan berlaku penindasan yang amat luarbiasa.
"Kita berjaya menghimpunkan 24 bekas tahanan ISA dan beberapa waris tahanan untuk memberikan gambaran kepada masyarakat pengalaman pahit yang mereka lalui akibat perlaksanaan undang-undang yang tidak berperikemanusiaan ini," katanya.
Beberapa tokoh yang bukan bekas tahanan turut dijemput kerana menurut Che Kamaruzaman, perjuangan menentang kezaliman adalah tanggung jawab seluruh lapisan masyarakat.
"Kita amat berpuashati kerana kehadiran tokoh-tokoh pejuang rakyat seperti Datuk Husam Musa dan Dr. Mariah Mahmud turut bersama melahirkan solidariti kepada mereka yang dizalimi semata-mata berjuang untuk membela orang ramai yang sentiasa menjadi mangsa kezaliman pemerintah," katanya.
Lim Kit Siang bertanya sesuatu kepada Dr Mohd Nasir.Lim Kit Siang bertanya sesuatu kepada Dr Mohd Nasir.Pihak penganjur katanya amat berpuashati dengan kehadiran bekas-bekas tahanan dan keluarga mereka yang sanggup berkongsi pengalaman masing-masing bagi memberi kesedaran kepada rakyat dan pemerintah sendiri supaya bentuk penindasan seperti ini tidak berulang pada masa depan.
"Kita amat bimbang walaupun ISA telah dihapuskan kezaliman serupa boleh berlaku dengan pengenalan beberapa akta baru seperta Pota, Sosma dan Akta MKN yang baru diperkenalkan," katanya lagi.
Antara pemimpin politik bekas tahanan ISA yang berucap pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Presiden Amanah Mohd Sabu dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
"Mereka inilah sebenarnya amat berjasa kepada rakyat dan negara kerana tanpa kesanggupan mereka berkorban banyak perubahan yang berlaku khususnya berkaitan ISA tidak akan menjadi kenyataan," ujarnya.

Isu 1.5 juta pekerja Bangladesh dianggap ‘tutup’ kata Zahid..!!

Kerajaan hentikan pengambilan pekerja asing berkuatkuasa serta merta kecuali pembantu rumah.
zahid-hamidi_pekerja-asing_600
PETALING JAYA: Isu pengambilan 1.5 juta pekerja asing warga Bangaladesh ke negara ini yang mencetuskan tentangan rakyat tempatan sudah boleh ditutup, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan pengambilan pekerja asing berkuatkuasa serta merta.
Katanya, keputusan itu dibuat oleh Kabinet yang bermesyuarat semalam (Jumaat) kecuali bagi pengambilan pembantu rumah.
Zahid berkata, majikan yang memerlukan pekerja asing boleh mendapatkan tenaga kerja asing daripada agensi pekerjaan sedia ada atau mengambil pekerja asing yang telah tamat tempoh permit kerja.
Memetik laporan BERNAMA, Zahid berkata, majikan atau ejen pekerja asing yang melindungi pekerja asing tanpa izin (PATI) boleh dihukum sebat mengikut Akta Imigresen dan Akta Pemerdagangan Orang dan Akta Penyeludupan Migran.
Katanya, hukuman sebat itu bagi menepis pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan termasuk dakwaan cuba mengaut keuntungan daripada pengambilan pekerja asing.

188 Ketua Umno Bahagian lancar deklarasi ampu Najib

Deklarasi yang dilancarkan hari ini bukan bertujuan sebagai serangan balas terhadap penglibatan beberapa pemimpin Umno dalam agenda didakwa cuba menjatuhkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Umno Bahagian Subang Datuk Zein Isma Ismail. – Gambar The Malaysian Insider oleh Fiqah Mokhtar, 12 Mac, 2016. 
Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani Deklarasi Rakyat, seramai 188 Ketua Umno Bahagian pula melancarkan deklarasi menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun Ketua Umno Bahagian Subang Datuk Zein Isma Ismail menafikan deklarasi yang dilancarkan hari ini bertujuan sebagai serangan balas terhadap penglibatan beberapa pemimpin parti itu dalam agenda didakwa cuba menjatuhkan kerajaan Najib.
Beliau berkata, daripada 191 ketua bahagian, hanya 3 saja yang tidak menyatakan sokongan iaitu Pagoh, di ketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jerlun, (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Semporna (Datuk Seri Shafie Afdal).

"Bukan serangan balas kita majoriti nyatakan persetujuan berdiri teguh menyokong kepimpinan Najib, mempertahankan Najib daripada turun secara tidak demokratik," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Individu buat petisyen untuk keluarkan potret Najib terima ancaman

 Individu yang memulakan petisyen dalam talian menggesa dikeluarkan potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari dinding alma mater Universiti Nottingham di UK telah menerima ancaman terhadap dirinya dan keluarganya.
Seorang pengguna Facebook, Ab Jalil Backer, menggesa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk melihat tindakan yang perlu diambil terhadap Cassandra Chung, pelajar di Universiti Nottingham yang memulakan petisyen itu.
Bukan itu sahaja, dia juga menggesa orang ramai memberi maklumat kepadanya mengenai keluarga Chung.
"Sesiapa yang tahu mengenai keluarga ini boleh beri maklumat kepada saya.
"Kita mahu melihat sesuci mana pula keluarganya yang mampu menghantar anak ke luar negara ini," katanya dalam satu catatan di Facebook.
Beliau menyifatkan petisyen Chung itu sebagai satu penghinaan yang tidak dapat diterima oleh negara, dan mengingatkan bahawa Najib dipilih secara demokratik dan mengikut perlembagaan.
Beliau mendakwa bahawa tindakan Chung memulakan petisyen itu di luar negara dan membuat tuduhan palsu adalah satu tindakan pengkhianatan kepada negara.
"Suatu hari nanti tidak mustahil apabila pulang beliau akan mensabotaj negara sekiranya tidak bersetuju dengan pimpinan negara ketika itu," katanya.
Chung memulakan petisyen itu pada 8 Mac, untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100 tandatangan untuk menyokong usul itu untuk dikemukakan kepada Persatuan Pelajar Malaysia di Universiti Nottingham.
Kurang daripada 30 minit sebelum tarikh akhir pada jam 11.59 malam untuk usul itu dikemukakan kelmarin, petisyen itu telah mengumpulkan 2,252 tandatangan.
Usul itu menggesa Persatuan Pelajar Malaysia melobi supaya dikeluarkan potret Najib setinggi dua meter dari salah satu dinding kampus, sebagai tanda protes terhadap dakwaan keengganan Najib untuk memberi penjelasan yang memuaskan berhubung deposit RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.

Keangkuhan Yang Terjawab....

Pakatan baharu: Bukti Pas tak boleh sendirian

SHAH ALAM – Hasrat Pas untuk membentuk satu kerjasama politik dengan sebuah parti politik membuktikan parti Islam itu tidak boleh bersendirian dalam menghadapi PRU14 akan datang.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, Pas sudah sedar kesilapannya 'menceraikan' Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan perlu mencari sekutu baharu yang boleh memberikan kelebihan kepada mereka.

“Ini menunjukkan Pas sedar bahawa tanpa satu gabungan, tanpa berkawan dengan parti lain, mereka tak dapat berdepan dan menghadapi PRU14 secara bersendirian. Sebab itu Pas sedar, mereka perlu mencari gabungan politik lain.


“Kita tunggu dan lihat saja, agenda kita memperkukuhkan Pakatan Harapan. Dia nak cari parti mana untuk bergabung, atau berkawan dengan sesiapa. Kita tak boleh menghalang sesiapa (wujudkan blok politik), ini negara bebas, (kerana) itu hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Takiyuddin bagaimanapun berkata, blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad pula menyifatkan sikap parti Islam itu bercanggah dengan pendirian asalnya, iaitu mahu bersendirian selepas keluar dari PR pada Jun tahun lepas.

“Kita tunggu mereka buat pengumuman (16 Mac), dengan siapa dan sebagainya, tapi itu hak dia nak jadi pakatan ketiga. Sekarang ini rakyat mahu menggantikan BN, mereka nak tengok satu alternatif.

“Sebab itu kita bersusah payah nak bina PR dulu, Pas pula pecahkannya, sekarang ini kita buat Pakatan Harapan, Pas pula nak buat pakatan lain, terpulang kepada dia. Saya ucapkan selamat berjaya kepada Pas,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Bagi Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Pas perlu memutuskan hubungan politiknya dengan PKR kerana parti itu adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan.

“Saya harap Pas sedar diri dengan putuskan hubungan dengan PKR, kalau Pas dalam masa sama mahu teruskan hubungan dengan PKR, nampak sangat dia nak mengadakan hubungan dengan Pakatan Harapan.

“Orang nampak Pas tak konsisten, saya tak tahu apa pendirian Pas dengan menjalinkan hubungan dengan PKR,” katanya lagi. -SH

Pakatan baharu: Keputusan Pas tidak diketahui PKR


SHAH ALAM - Keputusan Pas untuk membentuk satu pakatan baharu dengan sebuah parti politik dalam menghadapi PRU14 tidak dimaklumkan secara rasmi kepada PKR, selaku rakan tahaluf siyasinya.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan menunggu Pas berbuat demikian atau menunggu pengumuman rasmi itu pada 16 Mac in untuk tindakan lanjut.

"Saya tidak dimaklumkan oleh Pas setakat in, jadi saya akan tunggu pengumuman 16 Mac ini. Kemudian kita akan bincang di peringkat KEADILAN terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Balu PI Bala mohon maaf kepada Rosmah selepas dijanjikan bantuan RM20,000

Kematian warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dikaitkan dengan beberapa individu berprofil tinggi termasuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. – Gambar fail Al-Jazeera, 12 Mac 2016.	 
Kematian warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dikaitkan dengan beberapa individu berprofil tinggi termasuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

 Balu kepada bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam hari ini memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menuduhnya terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu tetapi meninggalkan sidang media dengan tergesa-gesa.
A Santamil Selvi membacakan permohonan maafnya di pejabat Persatuan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pimpinan Ramesh Rao Naidu di Petaling Jaya, Selangor tetapi meninggalkan sidang media selepas tidak dapat menjawab soalan pemberita.
Selvi turut mengaku menemui Ramesh selepas dijanjikan bantuan bagi membiayai pendidikan anaknya sebanyak RM20,000 sebelum bersetuju mengadakan sidang media hari ini.

Dalam kenyataannya, Selvi menyalahkan beberapa individu termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana tidak menunaikan janji untuk membantu keluarganya selepas kematian suaminya pada 2013. Beliau kemudiannya berkata, akaun bersumpah (SD) suaminya mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah adalah benar. 

Deklarasi Rakyat, antara fakta dan auta sembang Najib

Ia tidak boleh dilihat sebagai tuntutan rakyat kerana ia tidak dipersetujui keseluruhan rakyat negara ini.
najib_anti-najib_600
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat agar menilai di antara fakta dan auta oleh pihak yang memperjuangkan `Deklarasi Rakyat’.
Katanya, beliau melihat usaha itu sebagai satu gerakan yang hanya mahu memenuhi agenda dan kepentingan peribadi.
“Janganlah kelirukan rakyat dengan mendakwa apa yang mereka mahu lakukan itu adalah `Deklarasi Rakyat’. Itu tidak lebih hanya untuk memenuhi agenda peribadi. Janganlah heret rakyat dalam usaha itu,” katanya yang dipetik dari bnbbc.my.
Menurut Najib lagi, pihak terbabit tidak boleh mendakwa apa yang mereka cetuskan itu sebagai tuntutan rakyat kerana ia tidak dipersetujui keseluruhan rakyat negara ini.

SAMM: Kenapa tidak lawan Najib, Tun M?

SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempertikaikan tindakan pakatan pembangkang yang bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, pada PRU13, semua pihak terlibat melawan Najib yang disokong Tun Mahathir.
Najib Mahathir "Namun, apabila dua sosok ini berseteru di atas kepentingan menjarah tanahair, apakah kita terpaksa atau dipaksa memilih untuk menyokong salah satu antara mereka? Mengapa jika lawan Mahathir diiktiraf pula sebagai menyokong Najib?
"Tidak bolehkah kita ambil keputusan bersama untuk lawan kedua-dua belah pihak ini? Kerana kita nampak jelas di satu pihak ingin mengukuh kedudukkan dan terus berkuasa.
"Manakala sebelah pihak lagi pernah lebih teruk merosakkan negara menjadi punca apa yang berlaku hari ini malah merosakkan nama keadilan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berpendapat semua pihak harus berada dalam blok rakyat tanpa kompromi.
Beliau juga mendakwa bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong Deklarasi Rakyat berkenaan.
"Kenyataan Anwar sehari sebelum deklarasi tersebut diisytihar Mahathir telah dimanipulasi dan sengaja disalah tafsir oleh pihak yang terdesak menagih sokongan ramai sokong terhadap Mahathir, sedangkan yang menyokong hanya pemain politik opportunis.
"Kenyataan Anwar yang dimanipulasi itu mempunyai kesan tersendiri, bukan hanya rakyat yang mengharap perlawanan dari Anwar telah mengubah sikap menyokong Mahathir, malah ramai pemain politik terperangkap," katanya.

PAK LAH, KU LI, HADI AWANG - SIAPA BAKAL PENASIHAT PETRONAS?

Berdasarkan perbualan serta tinjauan dengan beberapa pihak, sekurang-kurangnya tiga nama menduduki kebarangkalian paling tinggi untuk mengisi jawatan penasihat Petronas menggantikan Tun Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatannya semalam.

Mereka ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Hadi Awang.

Tun Abdullah atau Pak Lah mungkin menjadi pilihan jika tradisi pemegang jawatan itu daripada kalangan bekas Perdana Menteri ingin dikekalkan oleh Najib. 

Sebelum Tun Mahathir, seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Hussein juga pernah duduk di kerusi tersebut.

Selain itu, dengan perlantikan Pak Lah juga dipercayai dapat mengukuhkan lagi hubungan Najib dengan Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO yang dilihat agak "suam-suam kuku"  sejak timbulnya isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.

Tengku Razaleigh atau Ku Li, jika dilantik, tidak lain bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan Najib dan mengecilkan lagi kumpulan Tun Mahathir yang menentangnya.

Ku Li sebelum ini pernah duduk semeja dengan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin ketika membantah Sosma, tetapi pendirian Ahli Parlimen Gua Musang itu bagaimanapun tidak sehaluan dengan bekas Perdana Menteri itu berkaitan Deklarasi Rakyat.

Ku Li bukanlah asing dengan Petronas, selain menubuhkan syarikat minyak negara itu, beliau juga merupakan Pengerusi Petroleum yang pertama sebaik ia ditubuhkan.

Dalam perkembangan politik mutakhir ini, Ku Li juga dikatakan beberapa kali dipanggil bertemu Najib, tetapi tujuan dan topik perbincangannya tidak dapat dipastikan.

Petisyen turunkan potret Najib di universiti UK hampir cecah 4,000 tandatangan

Petisyen meminta Universiti Nottingham di United Kingdom (UK) menurunkan poster Datuk Seri Najib Razak menerima hampir 4,000 tandatangan sejak 3 hari ia dilancarkan. – Gambar www.change.org, 12 Mac, 2016. 
Petisyen meminta Universiti Nottingham di United Kingdom (UK) menurunkan poster Datuk Seri Najib Razak menerima hampir 4,000 tandatangan sejak 3 hari ia dilancarkan.

 Apabila Cassandra Chung memuat naik petisyen agar Universiti Nottingham di United Kingdom (UK) menurunkan poster Datuk Seri Najib Razak kerana sikap berdiam diri perdana menteri itu berkaitan sumbangan RM2.6 bilion, beliau menganggarkan akan hanya mendapat sekitar 100 tandatangan.
Tetapi dalam masa 3 hari, pelajar undang-undang itu menerima hampir 4,000 tandatangan bagi menyokong usul untuk dikemukakan kepada University of Nottingham Malaysian Society.
"Kita sebenarnya sudah kemukakan usul dan buat masa ini, kita tidak akan menarik balik," Chung memberitahu The Malaysian Insider, ketika ditanya mengenai status gerakan beliau.

"Pada masa ini, kita sedang menunggu di Persatuan Malaysia meluluskan usul untuk dibahaskan di AGM minggu depan (mesyuarat agung tahunan)." Tetapi Chung berkata, walaupun Persatuan Malaysia "selalunya sangat terbuka kepada kebanyakan cadangan ahli " beliau tidak pasti mereka akan menerima usul itu, memandangkan persatuan itu harus kekal neutral.
Katanya, beliau hanya ahli biasa dalam persatuan itu walaupun pernah sekali mencuba bertanding jawatan setiausaha kebajikan.
Bagaimanapun, mahasiswa itu gembira atas sambutan menggalakkan sejak petisyennya dimuat naik pada 8 Mac.
"Apabila petisyen di peringkat penggubalan, saya diberitahu beberapa kali yang petisyen itu tidak boleh mendapat banyak sokongan. Jadi ketika bermula, harapan adalah sekurang-kurangnya 100 tandatangan.
"Jadi bayangkan kejutan semua orang (termasuk Justin dan saya) apabila kami mencecah 1,000 dalam masa kurang 24 jam dan apabila pelbagai portal akhbar mengesan petisyen itu," kata Chung, merujuk kepada penyokong gerakan ini, Justin Ong.
Menangani tindak balas
Tetapi petisyennya itu walaupun popular, ada kemudaratannya.
Chung memberitahu, beliau menerima ancaman di atas talian dan nampaknya mendapat perhatian pihak berkuasa.
"Kira-kira 2 atau 3 jam selepas petisyen itu dimuat naik, saya dimaklumkan seorang anggota jawatankuasa Persatuan Nottingham Malaysia yang Suruhanjaya Tinggi (Malaysia di Singapura) mencari mencari nombor saya.
"Saya menggeletar hingga akhirnya saya dapat tidur hanya 2 jam pada malam itu," katanya.

Pemuda Amanah lapor polis dakwaan BN belanja RM1.5 bilion PRU13

Semalam, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani susulan kenyataan Datuk Seri Idris Haron yang jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. – Gambar ihsan Pemuda Amanah, 12 Mac 2016. 
Semalam, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani susulan kenyataan Datuk Seri Idris Haron yang jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) semalam membuat laporan polis susulan kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang mempertahankan tindakan Barisan Nasional (BN) yang didakwa berbelanja RM1.5 bilion pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Jumlah itu pada mulanya disebut bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa dimaklumkan mengenainya dalam satu taklimat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada ketua perhubungan Umno negeri tidak lama dahulu.
"Saya membuat laporan ini merujuk kepada peruntukan Seksyen 19(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang menyatakan seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya atau ejen pilihan rayanya tidak boleh membelanjakan wang melebihi RM200,00 bagi kerusi Dewan Rakyat dan tidak melebihi RM100,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.

"Pengesahan Datuk Seri Idris Haron tersebut adalah jelas menunjukkan calon-calon BN di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu berbelanja melebihi had yang dibenarkan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan oleh itu melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 19 (2) akta yang sama. "Laporan ini dibuat bertujuan agar polis menyiasat pihak-pihak yang berkaitan tentang pelanggaran Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang merupakan suatu kesalahan jenayah," laporan Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil dipetik.

PAS mahu tipu siapa dengan ‘kuasa ke-3’, soal pemerhati

Para pemerhati politik tempatan berpendapat pakatan pembangkang ke-2 yang ingin ditubuhkan PAS tidak akan memperbaiki landskap politik negara malah ia hanya akan memberi manfaat kepada Barisan Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.
Cadangan parti Islam PAS untuk membentuk sebuah lagi pakatan baharu  "kuasa ke-3" menimbulkan keraguan, dengan penganalisis dan pemerhati berkata mengundi untuk parti ke-3 tidak memberikan kesan terhadap keputusan pilihan raya.
Di bawah sistem pilihan raya “first-past-the-post “(FPTP) pengundi mungkin memilih hanya antara 2 calon teratas di sesuatu kawasan itu, kata penganalisis politik Dr Wong Chin Huat.
Ini kerana mengundi bagi calon lain tidak akan mempunyai sebarang kesan kepada keputusan pilihan raya.

"Ramai pengundi lebih mengambil berat mengenai parti mana yang boleh membentuk kerajaan berbanding calon yang mewakili kawasan mereka. Bagi pengundi ini, mengundi untuk parti ke-3 tidak memberikan kesan kepada keputusan pilihan raya," kata Wong kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata, jarang bagi sistem pilihan raya FPTP mempunyai lebih daripada 2 gabungan, tidak seperti negara menggunakan sistem pilihan raya perwakilan berkadar atau "proportional" seperti Jerman, New Zealand dan Ireland yang mempunyai lebih daripada 3 parti utama, dan di mana sistem pelbagai parti, berdaya saing dan stabil.
Wong, yang juga penganalisis di Institut Pulau Pinang, mempersoalkan sama ada PAS atau gabungan baharu dicadangkan boleh menjadi kuasa ke-3 pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, ia bergantung kepada sama ada mereka boleh mencari cukup kawasan di mana PAS atau gabungan baharu merupakan salah satu daripada 2 peserta terbaik.
Pada pilihan raya lalu, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dan sekurang-kurangnya 40% undi dalam 31 kawasan lain, katanya.
"Prestasi memberangsangkan itu, bagaimanapun, dicapai sebagai komponen Pakatan Rakyat. Daripada jumlah 52 kawasan pilihan raya, sekurang-kurangnya 16 mempunyai 30% pengundi bukan Melayu pada ketika itu.
"Jelas sekali, cakap-cakap PAS membentuk satu lagi gabungan pelbagai etnik didorong antara lain, keinginan mengekalkan sekurang-kurangnya 16 kerusi ini dalam pertandingan 3 penjuru bersama Amanah (Parti Amanah Negara).
"Bagaimanapun, disebabkan kepimpinan Hadi terumbang-ambing,  kerjasama dengan Umno dan pandangan konservatif PAS mengenai isu-isu kepelbagaian budaya dan jantina, parti Islam itu ditolak kebanyakan bukan Melayu.
"Dan tidak ada sekutu bukan Melayu yang boleh dipercayai untuk bersekutu dengan PAS," katanya merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Wong berkata, dengan atau tanpa rakan bukan Islam, PAS akan terlibat dalam pertandingan 3 penjuru melawan Amanah dan DAP di kawasan-kawasan lain juga.
Beliau berkata, parti Islam itu mungkin mempunyai kelebihan di beberapa kawasan tradisi mereka tetapi di kerusi lain, terdapat satu soalan, walaupun di kalangan pengundi  Melayu muda, sama ada PAS perlu diberi perhatian serius untuk memimpin Malaysia atau tidak.
Beliau juga berkata, masalah paling besar bagi PAS ialah sikap tidak jelas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dicemari dengan dakwaan pelbagai skandal.
"Hadi peluk dia, (Datuk) Tuan Ibrahim (Tuan Man) menentangnya, (Datuk) Mahfuz (Omar) mahu menjatuhkannya. Mengapa pengundi anti Najib perlu mengundi PAS?" soalnya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata baru-baru ini, parti Islam itu akan menubuhkan gabungan pembangkang ke-2, bekerja dengan sebuah parti berbilang kaum dan bukan dengan Umno.
Takiyuddin berkata, PAS akan menandatangani memorandum persefahaman dengan parti pelbagai kaum yang baharu itu pada 16 Mac.
Undi Melayu berpecah
Penganalisis Prof Madya Samsu Adabi Mamat berkata, langkah PAS akan mempelbagaikan parti-parti pembangkang dan memecahkan undi Melayu.
Beliau berkata, walaupun ia merupakan suatu eksperimen, menggunakan simpulan bahasa Melayu "untung sabut timbul, untung batu tenggelam".
"Jika 'untung sabut', PAS dan pakatan baharu akan menjadi alternatif untuk menggantikan Umno sebagai parti Melayu utama. Jika 'untung batu', mereka hanya akan meningkatkan bilangan parti Melayu," katanya.
Samsu Adabi berkata kemunculan gabungan kedua dipimpin  PAS akan memberi manfaat kepada Barisan Nasional (BN), kerana ia akan memecahkan undi pembangkang.

GKCM wujud bagi perbetulkan perjalanan Umno



SHAH ALAM - Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) wujud bukan sekadar bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya, tetapi bertujuan untuk membetulkan perjalanan Umno.
Pengerusinya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, GKCM akan terus bertindak sebagai pendesak kepada kepimpinan Umno, dan memastikan perjuangan Umno sentiasa berada pada landasan asalnya.
GKCM wujud bagi perbetulkan perjalanan Umno “Kecintaan terhadap Umno semakin terhakis. Apa yang kami lakukan adalah demi memperjuangkan parti agar ia terus relevan dan diterima rakyat serta tidak menyimpang daripada landasannya.
“Kami melihat, amanah yang diberikan kepada pemimpin untuk mengemudi Umno tidak dilaksanakan sebaiknya. Kerana itu kami akan terus beri tekanan supaya mereka tidak terlalu selesa dengan kedudukan yang ada sehingga boleh melakukan apa sahaja yang disukai,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, GKCM akan memainkan peranan terutama di barisan hadapan dalam menegakkan kebenaran termasuk sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Mereka meminta Muhyiddin menyatakan kebenaran, tetapi apabila perkara itu dilakukan, tiada siapa mahu menyokongnya malah tiada yang berani tampil ke hadapan.
“Kerana itu kami mengambil peranan tersebut. Kita tidak boleh biarkan, bila ada pemimpin yang bersuara tentang kebenaran, kemudian ditinggalkan, atas dasar itu GKCM menghulurkan tangan sebagai tanda sokongan (kepada Muhyiddin),” katanya.
Beliau turut menafikan GKCM lahir dan mendapat tajaan daripada Muhyiddin.

60% Orang Asal tolak BN pada PRU-14 kerana tertindas

Orang Asal sudah hilang kepercayaan kepada karajaan ketika ini, kerana terpalit pelbagai skandal, ditambah pula dengan pelbagai janji sebelum pilihan raya gagal ditunai.
Yusri-Ahon_umno_bn_600
PETALING JAYA: Lebih 50% masyarakat Orang Asal di seluruh negara akan menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon membuat rumusan itu berdasarkan keluhan yang dibuat kebanyakan masyarakat Orang Asal apabila banyak janji yang ditabur kerajaan BN gagal ditunaikan
Perkara itu diburukkan lagi dengan pelbagai dakwaan skandal serta rasuah yang dihadapi kepemimpinan kerajaan ketika ini sehingga memaksa rakyat menanggungnya.
“Orang Asal akan tolak UMNO dan BN, saya yakin walaupun bukan 100% tetapi 50 hingga 60% akan menolak dan tidak menyokong kerajaan sedia ada pada PRU-14.
“Antara sebab lain mereka hilang kepercayaan kepada kerajaan ialah banyak janji tidak ditunaikan dan nasib mereka tidak terbela, antaranya tiada elektrik, air, hak tanah serta pendidikan,” katanya kepada FMT, di sini, semalam.
Mangulas isu Orang Asal tiada bekalan elektrik dan air di Dengkil yang bersempadanan Putarajaya, beliau berkata, banyak lagi masyarakat Orang Asal menerima nasib yang sama.
“Banyak lagi, contoh, di Bera, Pahang, di Kelantan dan lain-lain. Antara sebabnya ialah kerajaan tidak pernah mahu mendengar suara Orang Asal.
“Banyak kawasan Orang Asal diambil oleh pihak tertentu untuk aktiviti pembangunan sehingga terpaksa lari mencari tempat baharu. Kalau kerajaan mengutamakan Orang Asal mereka seharusnya mendidik Orang Asal, bukannya menindas dan menghalau begitu sahaja,” katanya.

Mampukah Orang Asal bayar bil elektrik, air? – Dr Zainal Kling

Kebanyakan Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada bantuan pihak kerajaan semata.

PETALING JAYA: Kebanyakan kawasan penempatan Orang Asal berhampiran bandar tidak mempunyai kemudahan elektrik dan air lantaran masalah kewangan yang membelenggu golongan itu.
Pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata kebiasaannya penduduk kampung Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap, sekaligus menyukarkan mereka membayar bil kemudahan asas yang disediakan.
“Masukkan elektrik itu ke kampung (Orang Asal) barangkali senang, tarik tiang, tarik wayar boleh la pasang, tetapi kebanyakan penduduk kampung Orang Asal biasanya tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Mereka (Orang Asal di pedalaman) masih lagi menjalankan aktiviti pekerjaan di hutan, (Orang Asal berhampiran bandar) sudah tidak ada hutan untuk mereka mencari hasil, tetapi kalau tidak diberi percuma mereka tidak dapat membayar bil air dan elektrik.
“Kalau kerajaan melalui Kementerian Luar Bandar dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak bantu mereka untuk membayar segala kos ini, maka nak masukkan segala kemudahan awam (air dan elektrik) ini menjadi masalah,” katanya kepada FMT.
Tinjauan FMT di perkampungan Orang Asal berhampiran Putrajaya mendapati penduduknya bekerja sebagai buruh di sekitar Bangi, Kajang, Dengkil dan Putrajaya.

Deklarasi Rakyat dan mereka yang takut

Di kalangan penyokong anti kerajaan, Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan perdana menteri yang ditandatangani Jumaat lalu mencetuskan pelbagai reaksi dan tanggapan.
Tidak semua di kalangan mereka bersetuju dengannya. Sebahagian besar menyifatkan kerjasama pembangkang dan Mahathir sebagai mengkhianati kepercayaan rakyat.
Sesetengah individu ini tidak dapat menerima tindakan parti-parti pembangkang seperti PKR, DAP dan AMANAH duduk semeja dengan Mahathir - individu yang pernah mereka gelar sebagai 'Mahazalim' atau 'Mahafiraun' itu.
Mereka mengungkit 'dosa-dosa silam' Mahathir dan pencabulannya terhadap institusi-institusi utama negara, yang didakwa menjadi punca kebobrokan dan krisis politik yang berterusan hingga hari ini.
Tragedi Memali, campurtangan badan kehakiman, penggunaan akta kuku besi seperti ISA, amalan kronisme dan skandal menyelubungi pentadbiran bekas perdana menteri itu terus digali semula bagi mengingatkan 'dosa-dosa Mahathir'.
Di laman-laman sosial, mereka meluahkan emosi marah dengan menyatakan betapa pemimpin pembangkang yang dahulu menggelar Mahathir sebagai Mahazalim, kini mengangkat Mahathir sebagai 'mahahero baru' pula.
Selain tidak dapat menerima dosa-dosa lampau Mahathir, mereka juga meragui keikhlasan bekas perdana menteri itu untuk melakukan reformasi penuh terhadap institusi negara.
Mereka bimbang sekiranya Mahathir cuma memperalatkan pembangkang semata- mata demi mencapai kepentingan politik untuk menjatuhkan Najib, meskipun hakikatnya Mahathir sendiri kini terpaksa bergantung hayat di luar Umno.
Siapa lemahkan siapa?
Satu perkara yang harus diakui adalah rata-rata penyokong Mahathir kini cuma merupakan ahli biasa dan penyokong Umno. Hakikatnya mereka menentang Najib dan bukannya Umno.
Bukan mudah juga bagi mereka untuk menerima tindakan Mahathir bersekongkol dengan pembangkang khususnya DAP yang dianggap sebagai musuh.
Mungkin kerana menyedari kebimbangan itu Mahathir dalam catatan di blognya baru-baru ini mengaitkan kerjasama itu dengan krisis yang berlaku di Timur Tengah. Beliau mengingatkan bahawa negara-negara Arab berperang sesama sendiri kerana tidak mengenali 'musuh sebenar' mereka iaitu Amerika dan Israel.
Bekas presiden Umno itu juga dilihat cuba meyakinkan penyokongnya bahawa persahabatan dengan DAP dan PKR hanyalah dalam rangka sementara untuk menyingkirkan Najib dan bukannya Umno.
Perkara sama juga ditegaskan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengatakan Deklarasi Rakyat itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN tetapi hanya sekadar menggantikan Najib.
Justeru Deklarasi Rakyat itu hanya menyebabkan penyokong pembangkang dan pendukung Mahathir sendiri semakin menjadi keliru.

Jangan lantik individu cenderung politik calon baru Gabenor Bank Negara


Bank Negara MalaysiaBank Negara Malaysia
Kerajaan diingatkan melantik Gabenor Bank Negara yang baru mengikut apa yang disaran oleh bank pusat itu, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Tuan Ibrahim berkata Bank Negara Malaysia (BNM) khususnya penyandang jawatan gabenor sekarang, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz lebih mengetahui calon yang layak untuk mengisi jawatan itu.
"Semestinya BNM sendiri dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz tahu siapa yang lebih layak menggantikannya dari segi kelayakan, kepintaran, kebolehan dan terutamanya mereka yang bebas politik dan berani menentang gangguan politik ke atas BNM," ujar beliau.
Tuan Ibrahim menambah, kejayaan yang dicapai BNM dan Zeti dengan pengiktirafan pelbagai pihak sangat perlu dikekalkan, apa lagi dalam suasana negara berhadapan dengan pelbagai kemelut ekonomi serantau.
Menurutnya, kepakaran dalam menerajui kegawatan ekonomi semasa dan masa depan negara khasnya memerlukan kepakaran mengatasi tuntutan politik kepartian.
"Demi kebaikan negara dan BNM, PAS memohon BNM dan kerajaan mendedahkan kepada umum nama calon yang dikemukakan untuk memastikan kerajaan tidak bermain politik dalam hal ini.
"PAS tidak mahu insiden berulang di mana Peguam Negara mengumumkan tiada pendakwaan terhadap PM, manakala SPRM membayangkan adanya cukup bukti," tegasnya.