Jumaat, 11 Mac 2016

MACC keeps mum on SRC, RM2.6 bil donation

Tun M tidak boleh menentang dan memegang jawatan sekaligus kata Menteri Umno

Terpulang pada Proton untuk meneruskan khidmat Mahathir atau tidak, kata BN
rahman dahlann
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata dalam keadaan sekarang ini, jawatan Penasihat Petronas yang disandang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh diteruskan.
Ahli politik Sabah itu menjelaskan Mahathir tidak boleh menentang kerajaan dan dalam masa yang sama berharap untuk terus menyandang jawatan lantikan kerajaan.
Beliau berkata demikian melalui Twitter, susulan laporan Jemaah Menteri menamatkan perlantikan bekas Perdana Menteri itu sebagai penasihat kepada syarikat petroleum itu.
Keputusan itu sebagai jawapan kepada tindakan tokoh politik Kedah itu melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pembangkang baru-baru ini, bagi mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.
Menyentuh nasib Mahathir sebagai Pengerusi Proton Holdings, Rahman berkata keputusan terletak pada pemegang saham kerana syarikat perusahaan kereta itu merupakan syarikat swasta.
“Saya mengucapkan good luck kepada Proton.”
Selain daripada jawatan di Petronas dan Proton Holdings, Mahathir juga merupakan pengerusi di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Fahmi pertikai pencarian maklumat keluarga siswa kritik Najib

Tindakan Cassandra tidak sepatutnya dianggap sebagai pengkhianat kerana dia hanya bersuara menentang ketidakadilan.

PETALING JAYA: Usaha pihak tertentu mencari maklumat keluarga siswa yang mengusulkan kepada universitinya supaya menurunkan portret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai tidak matang.
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Fahmi Zainol mempertikaikan mengapa cadangan menurunkan portret seseorang itu perlu dibalas sebegitu rupa.
“Saya setuju dengan tindakan pelajar berkenaan kerana selagi tidak melanggar etika sebagai seorang pelajar, saya rasa tiada masalah.
“Tindakan terhadap keluarga pelajar berkenaan dilihat tidak patut dan tidak matang,” katanya kepada FMT.
Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas usaha seorang pengguna Facebook, Ab Jalil Backer, yang meminta orang-ramai memberi maklumat berkenaan keluarga Cassandra Chung Li Hooi.
Cassandra sebelum ini mengusulkan petisyen menggesa Persatuan Pelajar Malaysia melobi mengeluarkan potret Najib setinggi dua meter daripada salah sebuah dinding kampus King’s Meadow Universiti Nottingham, United Kingdom.
“Sesiapa yang tahu mengenai keluarga pelajar ini juga boleh beri maklumat kepada saya,” kata Ab Jalil Backer.

NAMPAK TAK !!!.. SIAPA yg penipu sebenarnya...

Berhujah dengan fakta kajian boleh mendedahkan auta lawan.

[FAKTA NO.1..] Dlm senarai Forbes 2013, hanya 4 orang putera sahaja berada dalam senarai 100 terkaya. Yang paling kaya kepada seorang 'Raja' adalah Putera Mutaib Abdulaziz dengan kekayaan AS$110.1 juta pada ranking ke-98. YANG PELIKNYA.. boleh lagi derma AS$681 juta pada Najib ???

[FAKTA NO.2..] Jika benar Najib pulangkan balik AS$620 pada Ogos 2013, sepatutnya beliau akan berada di ranking lebih tinggi dalam senarai Forbes. YANG PELIKNYA kenapa beliau tidak pula tersenarai pada Forbes 2014 ???

TUHAN TAK SURUH MENTERI MENIPU & CURI DUIT RAKYAT.......

Sebenarnya..
Allah TAK PERNAH SURUH pemimpin rasuah,
Allah TAK PERNAH SURUH bini PM boros,
Allah TAK PERNAH SURUH bunuh Altantuya,
Allah TAK PERNAH SURUH laksanakan GST,
Allah TAK PERNAH SURUH kerajaan tipu rakyat,
Allah TAK PERNAH SURUH songlap duit rakyat,
Allah TAK PERNAH SURUH beli jet mewah k'jaan,
Allah TAK PERNAH SURUH pilih pemimpin tomboy,
Allah TAK PERNAH SURUH pilih pemimpin bodoh mcm umno..

ALLAH JUGA TAK PERNAH SURUH NAJIB KEKAL GILA KUASA ZALIM TADBIR NEGARA !!!

1.5 JUTA PEKERJA BANGLA gak yg untung dh dpt jaminan dari KERAjaan BN..

Siapa suh belajar rajin2 pandai sampai PhD.. Lulus setakat SRP pon dah boleh jadi MB... Belajar setakat SRP lagi selamat, takyah nak buat hutang PTPTN...

ALLAH JUGA TAK PERNAH SURUH NAJIB KEKAL GILA KUASA ZALIM TADBIR NEGARA !!!

Bukan kami yg kata, TAPI ORANG UMNO SENDIRI YANG KATA !!!

Sebenarnya..
Allah TAK PERNAH SURUH pemimpin rasuah,
Allah TAK PERNAH SURUH bini PM boros,
Allah TAK PERNAH SURUH bunuh Altantuya,
Allah TAK PERNAH SURUH laksanakan GST,
Allah TAK PERNAH SURUH kerajaan tipu rakyat,
Allah TAK PERNAH SURUH songlap duit rakyat,
Allah TAK PERNAH SURUH beli jet mewah k'jaan,
Allah TAK PERNAH SURUH pilih pemimpin tomboy,
Allah TAK PERNAH SURUH pilih pemimpin bodoh mcm umno..

Bohong Punya bohong... Belit Punya Belit.. Sudah jadi bertimbun-bertimbun...

Camna dia boleh jadi menteri kewangan negara, basic math pon dah failed...

Tu blom masuk bab NAJIB MUGHALLAZAH.. ooopps silap NAJIS MUGHALLAZAH...

Bohong Punya bohong... Belit Punya Belit.. Sudah jadi bertimbun-bertimbun, kita pun sudah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar....

Gambar viral: Ada sebab saya berjalan dengan mereka - Muhyiddin

DAMANSARA - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan‎ Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada istilah bersekongkol dengan pembangkang berhubung gambar viral  'mesra' beliau bersama pemimpin pembangkang di Parlimen baru-baru ini.
‎Katanya, gambar itu tidak perlu dijadikan isu kerana di Parlimen ia sudah menjadi kebiasaan kepada ahli-ahli Parlimen untuk 'berkawan' dengan mana-mana ahli.
Gambar TSMY berjalan dengan pembangkang viral "Pada waktu itu, saya sedang menuju ke majlis perasmian. Ketika berjalan ke Dewan Rakyat,  saya nampak ramai di belakang saya termasuk beberapa pemimpin Umno.
"Di hadapan, kiri, kanan saya ada Lim Guan Eng dan lain-lain. Kami di Parlimen ini kadang-kadang tak kisah latar belakang kita hendak berjalan, bercakap minum dekat kafe duduk di meja bersama-sama.
"Jangan mudah tafsirkan bahawa  saya telah masuk kepada  pihak pembangkang. Ingat saya ini Umno totok tetapi tidak bermakna sebab itu kita harus mengikut mereka  atau bersekongkol  dengan mereka. Pada zahir saya tidak melihat itu sebagai isu kerana di Parlimen biasa seperti itu,"katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di Damansara hari ini.
Pada Isnin lalu, foto Muhyiddin berjalan beriringan dengan kumpulan Pakatan menuju Dewan Rakyat di Parlimen dilaporkan menjadi viral.
Difahamkan, gambar tersebut diambil selepas tamat perbarisan di Parlimen lebih kurang jam 10.30 pagi.

Muhyiddin: 'Saya penyelamat bukan pengkhianat'

Muhyiddin Yassin
DAMANSARA - Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelantangan beliau bersuara dan penyertaannya dalam Deklarasi Rakyat kini bukan bererti untuk merosakkan partinya (Umno) sebaliknya ingin menyelamatkan Umno daripada 'karam'.
Katanya, pada pemerhatiannya 'kapal layar' Umno kini hampir ‎ tenggelam dek kerana nakhoda dalam kapal tersebut telah 'tersasar' daripada laluan yang sebenar.
"Saya jelaskan di sini langkah yang saya ambil kini (sertai Deklarasi Rakyat) adalah untuk menyelamatkan Umno dan kerajaan supaya keadaan tidak menjadi teruk dan esok mungkin kita akan kalah dalam pilihan raya.
"Sebab itu saya anjurkan satu deklarasi untuk menyelamatkan parti dan negara, jadi kalau dilihat di sudut itu saya bukan pengkhianatnya.
"Saya adalah  penyelamatnya, supaya pemimpin Umno dan BN tahu  keadaan kini teruk.

Pengurus Bank Dikaitkan Dengan 1MDB Tinggalkan BSI Singapura

SINGAPURA: Seorang pengurus bank swasta berpangkalan di Singapura, yang mengendalikan hubungan di antara bank swasta Swiss BSI dengan syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah meninggalkan bank itu, kata seorang jurucakap luar, Jumaat.

Yak Chee Yew, yang merupakan Naib Presiden Kanan BSI Singapura, berdepan siasatan jenayah di Singapura atas tuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

"Dia tidak lagi berkhidmat dengan bank itu," kata seorang jurucakap kepada Reuters.

Chee Yew tidak bertindak balas terhadap permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Bulan lalu, Chee Yew muncul sebagai individu utama dalam siasatan pengubahan wang haram, menurut dokumen yang dikeluarkan di Mahkamah Tinggi Singapura.

Pihak berkuasa Singapura sedang menjalankan siasatan pengubahan wang haram ke atas akaun-akaun bank yang mempunyai kaitan dengan 1MDB, di mana aktiviti itu telah mencetuskan tindakan undang-undang di tiga benua.

Chee Yew mengambil cuti tanpa gaji selama lima bulan tahun lepas manakala BSI menyiasatnya atas dakwaan salah laku berkaitan akaun pelanggan, menurut dokumen mahkamah.

Chee Yew kembali dibayar gaji oleh BSI pada Oktober dan kali terakhir dibayar gaji bulanan dengan jumlah hampir S$83,000 (RM247,500) pada 27 Januari, menurut afidavit mahkamahnya.

IT'S ALL OVER FOR NAJIB: STAND DOWN NOW - 92% IN POLL WANT HIM OUT, 96% SUPPORT DR M'S SAVEMALAYSIA VS 4% FOR RESPECTMYPM


Vote 50,971 : 92% wants Najib OUT
CALL FOR DS NAJIB TO STEP DOWN
YES: 92%
NO: 8%
VOTE: 50,971
PILIHAN BELIA
SAVEMALAYSIA: 96%
RESPECTMYPM: 4%
VOTE: 8,096

Pakatan baharu: Bukti Pas tak boleh sendirian

SHAH ALAM – Hasrat Pas untuk membentuk satu kerjasama politik dengan sebuah parti politik membuktikan parti Islam itu tidak boleh bersendirian dalam menghadapi PRU14 akan datang.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, Pas sudah sedar kesilapannya 'menceraikan' Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan perlu mencari sekutu baharu yang boleh memberikan kelebihan kepada mereka.
“Ini menunjukkan Pas sedar bahawa tanpa satu gabungan, tanpa berkawan dengan parti lain, mereka tak dapat berdepan dan menghadapi PRU14 secara bersendirian. Sebab itu Pas sedar, mereka perlu mencari gabungan politik lain.
Anthony Loke “Kita tunggu dan lihat saja, agenda kita memperkukuhkan Pakatan Harapan. Dia nak cari parti mana untuk bergabung, atau berkawan dengan sesiapa. Kita tak boleh menghalang sesiapa (wujudkan blok politik), ini negara bebas, (kerana) itu hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang.
Takiyuddin bagaimanapun berkata, blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad pula menyifatkan sikap parti Islam itu bercanggah dengan pendirian asalnya, iaitu mahu bersendirian selepas keluar dari PR pada Jun tahun lepas.
“Kita tunggu mereka buat pengumuman (16 Mac), dengan siapa dan sebagainya, tapi itu hak dia nak jadi pakatan ketiga. Sekarang ini rakyat mahu menggantikan BN, mereka nak tengok satu alternatif.
“Sebab itu kita bersusah payah nak bina PR dulu, Pas pula pecahkannya, sekarang ini kita buat Pakatan Harapan, Pas pula nak buat pakatan lain, terpulang kepada dia. Saya ucapkan selamat berjaya kepada Pas,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Bagi Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Pas perlu memutuskan hubungan politiknya dengan PKR kerana parti itu adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan.
“Saya harap Pas sedar diri dengan putuskan hubungan dengan PKR, kalau Pas dalam masa sama mahu teruskan hubungan dengan PKR, nampak sangat dia nak mengadakan hubungan dengan Pakatan Harapan.
“Orang nampak Pas tak konsisten, saya tak tahu apa pendirian Pas dengan menjalinkan hubungan dengan PKR,” katanya lagi.

Himpunan Desak Harga Lantai Getah RM3.50 Di Sik

Deklarasi Rakyat belum wujudkan gelombang politik

Najib Razak perlu jawab segala spekulasi - Tengku Razaleigh

Muhyiddin: Orang Umno Takut Nak Bergambar Dengan Saya

Muhyiddin: Najib Harus Tangani Isu Terengganu

Masalah utama rakyat adalah kezaliman pemerintah, rasuah dan salah guna kuasa, bukannya moraliti


Syerleena


KUALA LUMPUR, 11 MAC: Keutamaan perjuangan rakyat Malaysia adalah menentang pemerintah yang zalim, rakus, rasuah dan salah guna kuasa, dan bukannya ghairah untuk mengawal akhlak peribadi.
Dalam satu kenyataan bersama Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, dan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid, mereka menegaskan pendirian bahawa mesej abadi Islam adalah keadilan dan kesaksamaan tanpa diskriminasi.
Sehubungan itu, mereka berpendapat cadangan mengenakan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan zina seperti yang dicadangkan oleh wakil rakyat PAS di Kelantan bukan keutamaan untuk rakyat Malaysia, malah bukan cara yang baik untuk mendekatkan orang dengan Islam.
Menurut mereka, dasar ajaran murni Islam adalah pencegahan, pendidikan dan keadilan bagi semua manusia.
“Apa-apa pun, pindaan kepada mana-mana rang undang-undang haruslah berpaksikan kepada semangat demokrasi, keadilan dan kebebasan dan tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” ujar mereka.
Kasthuri yang juga Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, dan Syerleena sebagai Timbalannya, mengulas cadangan Adun Tawang, Datuk Hassan Mohamood, yang mahu mengenakan hukuman sebatan rotan itu.
Menurut mereka, cadangan Adun PAS itu mendapat sokongan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, yang memetik hukuman sebat di Aceh, Indonesia sebagai contoh “modus operandi” untuk kesalahan berzina dan khalwat.
“Hukuman-hukuman seperti sebatan di khalayak ramai bagi kesalahan berzina, khalwat serta minum arak di Aceh, Indonesia merupakan satu contoh yang keterlaluan tanpa mengambil kira pendapat umum dalam masyarakat berbilang kaum, dan juga kes-kes di mana perogol dibebaskan hanya kerana mangsa rogol tidak dapat menampilkan 4 orang saksi.

Agensi penarafan tidak beri penarafan sewajarnya, kata Zeti


Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata Bank Negara Malaysia menerusi pemantauan dan pengawasan, perlu mempelbagaikan rizabnya dalam Asean. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016. 
Bank Negara Malaysia (BNM) adalah antara bank pusat pertama yang mempelbagaikan rizab asingnya ke dalam instrumen dari rantau Asean, kata Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini.
Namun begitu usaha penting berkenaan tidak diambil kira  agensi penarafan, katanya.
"Bank Negara adalah antara bank pusat pertama yang mempelbagaikan rizabnya ke dalam instrumen dari rantau ini kerana kita merasakan kita tahu rantau ini walaupun agensi penarafan tidak memberikan penarafan yang kita rasakan kita berhak," kata beliau pada Forum Global Wharton 2016.

Zeti kemudian menjelaskan kenyataan itu merujuk kepada tindakan yang diambil agensi penarafan semasa krisis kewangan Asia. "Semasa krisis kewangan Asia, mereka menurunkan (penarafan) kita sebanyak 2 mata, saya rasa tidak patut kita diberikan demikian pada masa itu.
"Kemudian kita terus ke pasaran pada 1999 dan terlibat secara langsung dengan pelabur. Kita dapat menerbitkan bon pada Mei 1999 yang terlebih langgan sebanyak 3.5 kali dan harga dalam julat yang dijangka. Maka ia tidak mencerminkan apa agensi penarafan lakukan dengan menurunkan kita sebanyak 2 mata," katanya.
Beliau berkata BNM, menerusi pemantauan dan pengawasan, berpendapat ia juga perlu mempelbagaikan rizabnya dalam Asean.
"Dan ini bukan saja mengurangkan kedudukan mudah terdedah kita kepada perkembangan luaran tetapi akan menyumbang ke arah mencapai keadaan yang lebih stabil dalam pasaran kewangan serantau," katanya.
Masa depan Asean perlu dibina di atas tindakan bersama untuk kemajuan di rantau ini, manakala kerjasama serantau dalam pengawasan, jaringan keselamatan kewangan dan pengurusan krisis adalah penting, katanya.
"Kita tidak mahu menunggu krisis lain yang kita semua alami pada  1997-1998 yang kita berjaya menguruskannya secara sendiri," katanya.
Zeti, terkenal dengan dasar futuristik, berkata terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan untuk integrasi kewangan lebih luas di rantau ini.
"Integrasi kewangan di rantau ini tidak mencapai kemajuan yang ketara. Ekonomi Asean bagaimanapun mencapai peringkat pembangunan di mana lebih banyak integrasi kewangan serantau boleh dimanfaatkan pertumbuhannya," kata beliau.
Mengenai masa depan, usaha untuk integrasi kewangan serantau adalah sesuatu yang sedang dilaksanakan bank-bank pusat Asean.

Kit Siang desak Pandikar dedah jumlah soalan 1MDB ditolak Parlimen sejak 2013

Lim Kit Siang (kanan)  mahu Tan Sri Pandikar Mulia Amin, mendedahkan jumlah dan senarai penuh soalan yang ditolak untuk dibahas di Parlimen sejak pilihanraya umum laluLim Kit Siang (kanan) mahu Tan Sri Pandikar Mulia Amin, mendedahkan jumlah dan senarai penuh soalan yang ditolak untuk dibahas di Parlimen sejak pilihanraya umum laluRakyat berhak untuk tahu berapa banyak soalan, termasuk mengenai  skandal 1MDB, serta senarai penuh kandungan semua pertanyaan tersebut oleh wakil-wakil rakyat yang telah ditolak oleh Parlimen sejak Pilihan Raya Umum (PRU -13)  2013.
Sehubungan itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, menggesa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Mulia Amin, mendedahkan jumlah dan senarai penuh soalan yang ditolak untuk dibahas di Parlimen sejak pilihanraya umum lalu, bagi tujuan penelitian Ahli Parlimen dan masyarakat umum.
“Pandikar harus dedah semua soalan yang beliau tolak untuk lima minggu persidangan Parlimen akan datang, untuk diteliti bukan sahaja oleh Ahli Parlimen malah rakyat Malaysia mengenai justifikasi dan rasionalnya berbuat demikian.
“Malah, Pandikar juga perlu memberitahu umum jumlah dan senarai soalan dari kedua-dua belah pihak pembangkang dan kerajaan yang ditolak Speaker untuk setiap persidangan Parlimen sejak Pilihan Raya Umum 5 Mei 2013,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut meminta Pandikar menjelaskan kepada umum mengapa begitu banyak soalan yang diajukan di Dewan Rakyat ditolak, khususnya soalan berkaitan skandal mega berkembar yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Menurutnya, tindakan Speaker Dewan Rakyat menolak soalan-soalan tersebut seolah-olah mahu mencipta ilusi bahawa skandal mega yang melibatkan pemimpin nombor satu negara sudah selesai, sedangkan skandal yang menjadi perhatian dunia itu masih menghantui rakyat dan mengundang pelbagai persoalan yang tidak berjawab.
“Walaupun Dewan Rakyat baru bersidang selama seminggu, tidak boleh disangkal bahawa isu yang penting dan terus menjadi keutamaan ketika ini ada berkaitan skandal mega berkembar Najib.

Tabung RM50 bantu Nurul Izzah bayar saman #Lawan1MDB

Tabung tersebut dilancarkan sebagai penghargaan kepada Izzah yang berani menyaman, Perdana Menteri, 1MDB, SPR dan Tengku Adnan.
nurul-izzah_derma_600
PETALING JAYA: Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai melancarkan Tabung Sumbangan Nurul Izzah Anwar dengan sumbangan RM50 bagi melunaskan saman RM50,000 yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR itu.
Saman itu dikenakan ekoran kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tiga pemimpin yang lain membatalkan saman PKR terhadap mereka atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Nurul Izzah mengesahkan perkara itu kepada FMT dalam satu pesanan ringkas.
“Ya benar (merujuk kepada tabung RM50 utuk Nurul Izzah),” tulisnya.
Tabung yang diberi mana #Lawan1MDB dilancarkan semalam sebagai penghargaan atas tindakan berani PKR dan Nurul Izzah menyaman Perdana Menteri, 1MDB, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
PKR memfailkan saman terhadap Najib pada Ogos lalu atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan saman tersebut turut difailkan terhadap Tengku Adnan Tengku Mansor, syarikat pelaburan negara 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Awal Januari lalu, Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Tengku Adnan memohon supaya Nurul Izzah membayar kos sebanyak RM50,000 selepas Izzah gagal mendapat kelulusan daripada pihak mahkamah mendedahkan akaun Datuk Seri Najib.

Halang pendebat satu penganiayaan – Fahmi

FahmiTindakan menghalang jaguh debat Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada menghadiri program di beberapa universiti amat mendukacitakan.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata universiti sepatutnya menjadi medan pertembungan dan persaingan idea, bukannya tempat menyimpan katak di bawah tempurung.
“Malangnya sikap pentadbir universiti sekarang menganiaya pelajar mereka sendiri seolah menafikan wujudnya kepelbagaian idea dan suara dalam masyarakat hari ini.
“Sikap pentadbir seperti yang kita lihat ini hanya menghalang pendewasaan minda anak muda,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Saddiq yang turut menandatangani Deklarasi Rakyat menggesa perletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak, dilarang berucap di tiga universiti awam tempatan.
Universiti terbabit adalah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Fahmi berkata, tindakan itu terlalu biasa digunakan untuk menghalang suara mereka yang dianggap musuh kerajaan dari memasuki institusi pengajian tinggi.
“Saya menggesa halangan ini dihentikan dan semua yang dihalang sebelum ini wajib dibenarkan masuk menyertai program di mana-mana universiti sekalipun.
“Tanpa perbezaan pendapat yang lahir dari wacana dinamik dan sihat, Malaysia tidak mampu melahirkan bangsa yang benar-benar berdikari pada masa hadapan,” katanya.

Kabinet Najib setuju tamatkan pelantikan Tun Mahathir sebagai Penasihat Petronas


Tun Mahathir dilucutkan jawatannya setelah beliau mengumumkan keluar dari Umno dan menganjurkan Deklarasi Rakyat .Tun Mahathir dilucutkan jawatannya setelah beliau mengumumkan keluar dari Umno dan menganjurkan Deklarasi Rakyat .Kabinet hari ini bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet berpendapat oleh kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.
"Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara," kata kenyataan itu.
Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 2003.
Beliau juga merupakan Pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014.
Pada 4 Mac lalu Tun Mahathir bersama 57 lagi pemimpin pembangkang telah bersama menandatangani Deklarasi Rakyat yang mendapat tentangan di kalangan pemimpin Umno.

Bank Negara tidak naikkan kadar faedah OPR, kata Zeti

Zeti on successor: Just be patient

Zeti: Economy going through adjustment period

Zeti: Kerajaan serah nama pengganti Gabenor kepada Agong

WSJ seperti ratu cantik.. tetapi berpanau - MP Bagan Serai

'Pembangkang bohong...pusing cerita GST susahkan rakyat' sembang MP Umno


Shafie sindir Ku Nan, "Siapa yang kebudak-budakan?"

'Handsome' Tak 'Handsome' Yang Penting Hati - Muhyiddin

Saya sanggup jadi ‘lilin yang membakar diri’ – Muhyiddin

Beliau mengaku apa yang dilakukan sekarang adalah untuk 'saham akhirat' kerana dunia ini hanyalah sementara.
muhyiddin_umno_600
PETALING JAYA : “Saya sanggup menjadi ‘lilin yang membakar diri’ untuk menyelamatkan situasi yang berlaku dalam UMNO daripada berdiam diri bersyubhah (bersubahat) dengan perbuatan kemungkaran,”.
Itu kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengambarkan perjuangannya menyelamatkan rakyat dan negara.
Katanya, tiada siapa akan sanggup mengaku bertanggungjawab jika parti UMNO tenggelam dan mengalami kekalahan sekaligus kehilangan kuasa.
Jelasnya, setidak-tidaknya kelantangan beliau mampu menyedarkan parti itu untuk terus berada pada landasan yang sebenar.
“Setidak-tidaknya saya kata waktu itu saya telah buat (tetapi) kamu tidak mahu dengar kata saya.
“Kamu biarkan beliau (Najib Razak) berkuasa inilah jadinya saya bukan orang kata buat jangkaan jauh tapi saya boleh baca dan melihat keadaan bagaimana boleh berlaku dalam tempoh PRU akan datang,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.
Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan, beliau tidak boleh berdiam diri walaupun dicerca dan jawatan digantung.
“‘It’s ok (tidak mengapa) mereka hendak gantung saya, sepatutnya saya bukan orang yang digantung atau pun nak dipecat bagi saya, saya patut orang terakhir yang dilakukan sedemikian.
“Adanya orang buat mungkar bukan saya yang harus dihadap ke Lembaga Disiplin orang itu patut bertanggungjawab di atas kerosakan berlaku,” katanya.
Menurut Muhyiddin, apa yang dilakukan kini adalah untuk ‘saham akhirat’ kerana dunia ini hanyalah sementara.
“Saya tidak takut dengan langkah saya ini…ini soal duniawi hidup hanya sementara, apa yang penting akhirat. Sementara hidup berjuanglah, walaupun kita menjadi mangsa, saya bersedia untuk hadapi segala kemungkinan,” katanya.

Himpunan bantah penglibatan Dr Mahathir dalam gerakan anti Najib malam esok

Badrul Hisham Shahrin daripada Solidariti Anak Muda Malaysia berkata penyokong pembangkang malam esok bertujuan bantah penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Deklarasi Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.Badrul Hisham Shahrin daripada Solidariti Anak Muda Malaysia berkata penyokong pembangkang malam esok bertujuan bantah penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Deklarasi Rakyat. Penyokong pembangkang akan berhimpun malam esok bagi membantah penglibatan bekas orang kuat Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu gerakan rakyat baru.
Perhimpunan itu menandakan Deklarasi Rakyat yang diterajui Dr Mahathir bertujuan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengalami keretakan akibat kepelbagaian politik yang terlibat di dalamnya.
Perhimpunan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu akan menyaksikan rakyat biasa berucap di atas pentas menyatakan pendirian mereka terhadap Dr Mahathir, penggerak utama Deklarasi Rakyat, 4 Mac lalu.

Jurucakap salah satu penganjur, Badrul Hisham Shahrin berkata perhimpunan itu akan mengulangi tuntutan supaya Najib berundur dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan. Ia dianjurkan 9 kumpulan yang menyokong parti pembangkang, termasuk persatuan pelajar serta pertubuhan masyarakat sivil.
"Mereka yang akan hadir terdiri daripada orang biasa seperti pemandu teksi, suri rumah, pekerja kilang dan pelajar.
"Setiap mereka akan diberikan 5 minit untuk menyatakan pendapat mereka mengenai Deklarasi Rakyat," kata Badrul Hisham ketika dihubungi.
"Matlamat kami adalah untuk menunjukkan, penyokong reformasi sebenar tidak mahu individu yang memusnahkan institusi di negara ini menjadi sebahagian daripada pergerakan kami.
"Kami bersetuju Najib perlu meletak jawatan tetapi kenapa kita bersekongkol dengan orang seperti Dr Mahathir?" soal beliau yang juga dikenali sebagai CheguBard, yang mengetuai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Papagomo hanya didenda RM4,300 kerana pukul warga asing.

Dia mengaku bersalah mencederakan seorang warga Pakistan yang didakwa membuat gangguan seksual terhadapnya adiknya.
papagomo_law_600
KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi Papagomo didenda RM4,300 selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan mencederakan seorang warga Pakistan pada 29 Januari lalu.
Bagi tuduhan pertama, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris mengaku bersalah menampar pipi warga Pakistan.
Bagi kesalahan itu, Papagoma didenda RM1,000 atau penjara dua bulan.
Bagi tuduhan kedua, dia mengaku salah dan didenda RM1,500 atau tiga bulan penjara kerana menumbuk pipi sebelah kanan pekerja asing itu.
Bagi tuduhan ketiga, Papagomo didenda RM1,800 atau penjara lima bulan kerana menendang kemaluan mangsa.
Sebelum itu, peguam Papagomo, Azizul Shahiman Yusof meminta mahkamah hanya mengenakan hukuman denda kerana tertuduh perlu bekerja untuk menanggung keluarga.
Azizul juga meminta mahkamah mengambil kira kesalahan mangsa yang membuat gangguan seksual terhadap adik Papagomo dan dua rakannya.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Papagomo didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Wallahi saya bukan 'gila' nak jadi PM - Muhyiddin Yassin

Muhyiddin Yassin
DAMANSARA - "Saya hendak jelaskan bukan niat saya untuk menjadi Perdana Menteri hanya kerana orang kata saya orang nombor dua dalam parti (Umno). Seolah-olah saya tidak boleh tunggu, tiada Wallahi."‎
Demikian reaksi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menjelaskan kelantangannya serta penyertaan beliau dalam Deklarasi Rakyat sehingga menimbulkan 'cakap-cakap' bahawa beliau sudah 'tidak sabar' hendak diangkat menjadi Perdana Menteri.
Muhyiddin berkata, beliau tidak memikirkan perkara itu, kerana itu semua adalah Ketentuan ALLAH, selain daripada mahu menyelamatkan Umno dan BN daripada 'karam'.
"Penentu segalanya adalah ALLAH, kalau jadi jadilah kalau tak jadi tak apa tapi...'
"... tak akan kerana memikirkan soal itu saya ketepikan tugas saya hingga parti saya boleh  rosak dan masa hadapan negara boleh hancur.
"Biarlah saya jadi lilin yang membakar diri untuk menyelamatkan situasi daripada saya mendiamkan diri bersyubhah dengan perbuatan kemungkaran akhirnya parti tenggelam dan kalah hilang kuasa siapa harus bertanggungjawab?" katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di Damansara hari ini.
Ujarnya lagi, setidak-tidak kelantangannya kini, mampu menyedarkan Umno, agar terus berada pada landasan yang sebenar.
"Setidak-tidaknya saya kata waktu itu saya telah buat kamu tidak mahu dengar kata saya.
"Kamu biarkan beliau berkuasa inilah jadinya saya bukan orang kata buat jangkaan jauh tapi saya boleh baca dan melihat keadaan bagaimana boleh berlaku dalam tempoh PRU akan datang," katanya.
Katanya lagi beliau  tidak boleh berdiam diri walupun beliau dicerca

Isu bauksit: Moratorium tidak menenangkan penduduk

Isu bauksit: Moratorium tidak menenangkan pendudukKUANTAN: Empat tahun lalu, Che Long Che Ali, 63 tahun, meninggalkan bandar Kuantan untuk berpindah ke kawasan perkampungan di Beserah untuk bersara.

Tidak disangkanya, keputusan untuk meninggalkan kesibukan bandar untuk menikmati kehidupan lebih tenang dan berudara segar itu kini hanya tinggal impian berikutan sebelah kawasan rumahnya adalah lombong bauksit yang habis digondol untuk mineral itu.

"Dulu sebelum moratorium, setiap hari sekurang-kurangnya 30 buah lori akan lalu depan rumah saya sebab jalan kampong ini laluan alternatif.

"Setiap hari, pagi hingga petang, lori seberat 40 ke 50 tan akan lalu depan rumah mengakibatkan bunyi bising dan debu merah semua berterbangan," katanya sambil melihat tanaman di kebunnya yang sudah berbulan tidak berbuah.

Antara kawasan perumahan terdekat dengan lombong bauksit terbiar. - Foto Astro AWANI/Tan Su Lin
Antara kawasan perumahan terdekat dengan lombong bauksit terbiar.

Biarpun aktiviti perlombongan bauksit dihentikan sementara, namun bagi Che Long dan penduduk khususnya yang tinggal berhampiran kawasan perlombongan, mereka masih berdepan risiko keselamatan.

"Sekarang lombong bauksit ini hanya dibiarkan begitu sahaja. Tiada aktiviti perlombongan tetapi lombong terbiar dan angin kuat menyebabkan debu bauksit berterbangan. Ini masih musim panas, kalau hujan, pastinya ia akan mengakibatkan banjir lumpur," katanya.

Bagi Wan Rahim Wan Abdul Rahman yang telah menetap di Beserah sejak 30 tahun lalu khuatir akan keselamatan keluarganya ekoran lombong bauksit belakang rumahnya itu.

"Saya memang duduk Beserah lama dah, dulu memang selamat tetapi apabila bukit di belakang rumah dilombong untuk bauksit, saya bimbang kalau berlaku banjir, habis lumpur bauksit akan turun ke kawasan rumah saya.

"Lagipun dulu masa banjir besar Kuantan pada 2014, rumah saya ditenggelami air lebih kurang 5 hingga 6 kaki. Jadi macam mana saya nak duduk kat sini? Kalau banjir lagi, habis musnah. Jadi penduduk pun ketakutan nak duduk kat sini," katanya.

Papagomo mengaku salah cederakan warga asing

Papagomo didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.
papagoma_sexual_law_600_1
KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi Papagomo mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan mencederakan seorang warga Pakistan pada 29 Januari lalu.
Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris mengaku bersalah di hadapan Majistret Husna Dzulkifly di Mahkamah Majistret di sini, hari.
Papagomo didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Hukuman terhadap Papagomo akan diputuskan lewat petang ini.
Mengikut kertas pertuduhan Papagomo didakwa menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja warga Pakistan.
Rakaman video perbuatannya itu yang berdurasi empat minit dimuatnaik di Facebook dan menjadi viral di media sosial.
Papagomo kemudian memuatnaik satu lagi rakaman video bagi mempertahanankan tindakannya memukul pekerjas asing itu.
Dia mendakwa lelaki itu melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya serta dua lagi rakan mereka.

“Yang Keluar PERKASA tu pencacai UMNO” - Wira PERKASA

Ibrahim Ali bersalam dengan pemimpin DAP tidak bermakna PERKASA bersetuju dengan perjuangan parti pembangkang itu.
irwan-perkasaPETALING JAYA: “Hanya pencacai UMNO sahaja yang keluar PERKASA. Mungkin mereka juga telah dibayar,” kata Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris.
Beliau mengulas tindakan 30 ahli PERKASA Parlimen Klang/Kapar yang bertindak keluar pertubuhan itu malam tadi, kerana tidak setuju kepimpinan PERKASA bersekongkol dengan DAP.
Beliau berkata, mereka yang keluar pertubuhan itu sebenarnya tidak faham dengan perjuangan sebenar PERKASA.
“Ahli PERKASA kita ada lebih 10 ribu di kawasan Parlimen Klang/Kapar, kalau nak dibahagikan dengan 30 orang yang keluar berapa sangat yang keluar, dan 30 orang yang keluar PERKASA itu hanyalah pencacai UMNO atau mungkin dibayar.
“Mereka yang keluar PERKASA itu sebenarnya dia tidak faham apa erti perjuangan PERKASA, kita sebagai NGO kita tak pernah berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya kepada FMT.
Fahmi pada masa sama membidas sikap pemimpin dan ahli UMNO yang mendakwa PERKASA bersekongkol dengan DAP apabila Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berjabat tangan dengan Lim Kit Siang di pentas ‘Deklarasi Rakyat’.
“UMNO kata PERKASA bersekongkol dengan DAP tak benar, setakat salam dengan pemimpin DAP takkan tak boleh, Nabi sendiri pun pernah kata hendaklah kamu berbuat baik dengan musuh kamu.
“Ibrahim Ali salam semua nak bising, tentang pemimpin UMNO berpeluk cium di Parlimen itu macam mana pula? Mereka nak bising gembar-gembur berita, mereka tak faham erti perjalanan jadi mereka tak faham apa itu PERKASA.
“Saya yakin kalau DAP masuk BN tidak akan ada isu yang berlaku seperti yang berlaku kepada PERKASA sekarang. BN kena ingat sekiranya mereka bermusuh dengan PERKASA mereka akan rugi besar kerana ahli kita ramai di seluruh negara,” katanya.

Annuar Musa lebih baik ‘bisu’ daripada merosakkan UMNO

Kebanyakkan pemimpin UMNO termasuklah Annuar sanggup berbohong untuk mempetahankan pemimpin yang dipalit dengan pelbagai isu.
khairuddin-annuarPETALING JAYA: “Lebih baik Tan Sri Annuar Musa menjadi Ketua Penerangan UMNO yang ‘bisu’ daripada bercakap perkara yang boleh merosakkan UMNO,” kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Kecaman terhadap Annuar itu susulan pendedahan beliau mengenai rancangan Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk mempergunakan orang lain demi mencapai agenda politik peribadinya semasa menjadi Perdana Menteri.
Khairuddin berkata, Annuar sepatutnya bercakap soal isu terkini yang berlaku berhubung kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah negara sehingga memberi kesan kepada UMNO, bukannya mengungkit cerita silam yang tidak benar.
“Annuar Musa bankrap idea, reka cerita dan hanya mampu buat andaian mengenai kisah silam puluhan tahun lamanya (merujuk kepaada plot Mahathir capai agenda), andaian peribadi Anuar Musa pun tak tepat.
“Lagi banyak Annuar Musa bercakap, lagi parahkah imej UMNO, jadi Annuar Musa jadi Ketua Penerangan bisu lagi bagus untuk selamatkan parti UMNO dari terus ditolak rakyat.
“Kita harus fokus kepada isu kemelut masa kini yang menjadi polemik serta meruncing sehingga rakyat jelata telah hilang keyakinan pada Najib Razak dan kerajaannya,” katanya menerusi kenyataan.
Khairuddin mendakwa kebanyakkan pemimpin UMNO termasuklah Annuar sanggup berbohong untuk mempetahankan pemimpin yang dipalit dengan pelbagai isu.
“Kalangan kaki bodek minda lemah otak udang macam Annuar Musa ini semua harus disepak keluar dari UMNO untuk membersihkan imej parti keramat Melayu ini. Imej peribadi mereka pun tak nampak bersih jadi macam mana nak lonjakkan imej baik pada parti.
“Mereka hanyalah kaki bodek minda lemah otak udang yang dikitar semula semata-mata untuk digunakan sebagai ayam sabungan Presiden parti yang bacul itu,” tambah Khairuddin.

Tak mungkin PAS bergabung dengan kami – PSM

PSM dan ISMA juga menolak tanggapan akan bergabung dengan PAS untuk membentuk blok pembangkang baharu atau kuasa ketiga.
Sivarajan-Arumugam_psm_pas_600
PETALING JAYA : Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan cakap-cakap bahawa parti itu akan bersama-sama PAS bagi membentuk blok pembangkang baharu atau kuasa ketiga.
Setiausaha Agung PSM, Sivarajan Arumugan berkata, tidak mungkin parti Islam seperti PAS mahu bergabung dengan PSM.
“Tak mungkin parti Islam nak bergabung dengan kita. Tak mungkin. Kita pun tak tahu PAS mahu bergabung dengan siapa,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddun Hassan yang mengumumkan parti itu akan membentuk blok baharu pembangkang pada 16 Mac, menjadikan kumpulan itu blok pakatan pembangkang ketiga di negara ini.
Dalam pada itu, Sivarajan turut ditanya adakah parti itu mahu atau akan bergabung dengan mana-mana parti.
“Dua tahun yang lepas, kita bentuk gabungan kiri. Tapi gabungan kiri itu bukannya untuk pilihan raya ..tapi dia sebenarnya kumpulan dengan individu-individu lain yang kita usahakan (untuk) perjuangkan isu-isu,” katanya.
Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik memberitahu FMT, pihaknya tidak mendapat maklumat ura-ra PAS merancang bergabung dengan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Tak tahu..tak dapat maklumat,” katanya.
Pada tahun 2013, ISMA bertanding tujuh kerusi Parlimen dan dua DUN atas tiket BERJASA- parti serpihan PAS. Namun, kesemua calon itu kalah.

Tun M juga pernah diserang seperti Najib hari ini

PUTRAJAYA - Kelab Timbalan Ketua Umno Bahagian (TKUB) menyarankan mana-mana ahli parti yang telah 'terlanjur' segera kembali ke pangkal jalan.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Abd Hamid Md Nazahar berkata, sejarah telah membuktikan Umno-BN merupakan satu-satunya parti yang telah mencipta rekod membangunkan negara.
"Kita tak boleh lari daripada (kenyataan) itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tun M juga pernah diserang seperti Najib hari ini Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diserang sewaktu pemerintahannya, ahli-ahli diminta mempertahankannya kerana beliau merupakan Presiden Umno.
"Begitu juga hari ini, apabila Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri) diserang, kita merasakan bahawa parti Umno-BN diserang, maka wajar dan wajiblah kita ahli-ahli akar umbi mesti berpadu tenaga untuk memastikan kekuatan parti berada di tahap sebaik mungkin," katanya.
Pada sidang media sama, Presiden Kelab TKUB, Datuk Norizan Ali berkata, pihaknya telah memutuskan untuk menolak Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh bekas perdana menteri itu.
Menurutnya, gerakan itu membelakangkan amanah dan mandat rakyat yang mengganggu kestabilan negara dan politik tanah air.
"Deklarasi itu tidak mengikut saluran perundangan serta tidak menghormati Perlembagaan dan sistem kerajaan berparlimen.
"Kami juga kesal dengan tindakan Tun Mahathir bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin (bekas Timbalan Presiden Umno), Datuk Mukhriz Mahathir (Ketua Umno Bahagian Jerlun) dan beberapa pemimpin lain yang bersekongkol pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan serta barisan kepimpin Datuk Seri Najib," katanya.
Katanya lagi, tindakan mengguling kerajaan yang di luar kerangka perundangan itu telah melanggar prinsip dan perjuangan yang pernah didokong oleh Mahathir.
"Ini merupakan satu pengisytiharan 'perang' kepada seluruh ahli Umno dan rakyat yang telah memberi mandat.
"Justeru itu, solidariti Kelab TKUB mendokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," katanya

Himpunan 27 Mac: Polis beri amaran ucapan berunsur hasutan akan diambil tindakan


Tan Sri Khalid Abu BakarTan Sri Khalid Abu BakarPolis hari ini memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang membuat ucapan mengandungi elemen hasutan dalam perhimpunan dirancang di negara ini pada 27 Mac.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sesiapa yang berucap pada perhimpunan itu, walaupun diadakan di kawasan tertutup, perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana polis akan mengambil tindakan jika menyentuh perkara yang ada unsur menghasut.
"Saya tidak tahu di mana mereka nak buat perhimpunan tapi walaupun dalam kawasan tertutup kami (polis) akan pantau (ucapan)," katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di sini hari ini.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara yang telah mengesahkan kehadiran ke perhimpunan yang dicadangkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim bertujuan untuh membantah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Perhimpunan yang dijadualkan pada 27 Mac ini bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya yang dianjurkan oleh  Zaid Ibrahim bukan bantahan awam.
Sebaliknya, Zaid berkata acara 27 Mac itu adalah hanya perjumpaan tertutup dan tidak seperti protes jalanan atau perhimpunan awam Bersih  ia dijangka hanya akan dihadiri 5,000 orang.

Ramai lagi dalam Umno layak jadi Perdana Menteri, kata Sanusi


Tan Sri Sanusi JunidTan Sri Sanusi JunidTan Sri Sanusi Junid akhirnya bersuara setelah Deklarasi Rakyat yang ditandatangani beliau bersama 56 lagi individu pada 4 Mac lalu ditentang habis-habisan di kalangan Ahli Majlis Tertinggi dan sebahagian Ketua Bahagian Umno serta NGO pro kerajaan.
Beliau berkata, Deklarasi Rakyat bukan bertujuan menjatuhkan kerajaan walaupun ramai berpandangan  Tun Mahathir berkerjasama dengan DAP dan parti pembangkang lainnya.
"Kerajaan itu bukan Perdana Menteri seorang. Kerajaan itu adalah Parti yang memerintah.
"Deklarasi Rakyat hanya minta PM turun, kerajaan tak runtuh. Kita dah banyak kali saksikan PM turun sebelum ini.
"Ramai lagi dalam Umno yang layak jadi PM." ujarnya sebagaimana dipetik transkrip perbualan  dalam satu pertemuan santai dengan pemilik blog 'Dinturtle'di pejabat beliau semalam.
Sanusi menegaskan, sebagai seorang Perdana Menteri Mohd Najib Razak perlu menjelaskan sendiri persoalan integritinya.
"Kalau ada pertanyaan daripada orang, kita tak boleh upah orang suruh jawab. Kita kena jawab sendirilah.
"Janganlah orang-orang di atas ni duk menipu orang-orang kampung dengan menakut-nakutkan orang kampung supaya takut kat orang cina.
"Hebat sangatkah Lim Kit Siang tu? Saya tak pernah nampak Lim Kit Siang tu hebat. Saya pun heran macamana satu parti Melayu takut kat seorang manusia cina," ujar bekas menteri Pembangunan Negara dan  Luar Bandar ini.
TanSri Sanusi Junid (dua dari kanan) selepas menandatangani Deklarasi Rakyat paada 4 Mac lalu.TanSri Sanusi Junid (dua dari kanan) selepas menandatangani Deklarasi Rakyat paada 4 Mac lalu.Menurut Sanusi lagi, Kit Siang yang telah lama dalam kabinet pembangkang tidak pernah berpeluang untuk duduk dalam kerajaan sebalik apa yang perlu dirisaukan adalah Jho Low.
"Dia (Kit Siang) tak pernah bagi susah kita. Tak pernah dia suruh cadang supaya kenakan GST. Tak pernah dia cadangkan dalam parlimen supaya berhutang tak payah bayar. Tak pernah dia suruh dalam parlimen buat yang bukan-bukan.

Pakatan baharu PAS perlu insklusif buat wanita, respons Guan Eng

Universiti Nottingham: Petisyen keluarkan Najib dapat sambutan luar biasa

Bantah Program Dwi Bahasa : Demo 9 April di Stadium Merdeka

Blok baharu PAS, ceriakan politik - Mat Sabu

Husam Musa terus kongsi pentas ceramah dengan Amanah

Tun M setuju bebas Anwar jadi agenda utama Deklarasi Rakyat, dakwa Kamarul Bahrin

Bukan RM2.6 Bil TAPI RM3.53 Bilion Atau Lebih ! ? - Mukhriz

TS Sanusi - Sayang Umno Adalah Membuat Supaya Umno DiHormati Orang !

TNB, SYABAS, SPAN turun padang selepas pendedahan FMT

Tuan tanah punca Orang Asli dekat Putrajaya dinafikan elektrik, air alasan Adun Umno

Tuan tanah tidak membenarkan kabel elektrik melalui kawasan tanah mereka untuk disalurkan ke Kampung Orang Asli Bukit Tunggul.
Shahrum_tnb_orang-asli_600
PETALING JAYA: Pemilik tanah di Bukit Tunggul didakwa punca bekalan elektrik tidak dapat disalurkan ke Kampung Orang Asal di situ yang bersempadanan dengan Putrajaya.
Pendedahan itu dibuat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif berdasarkan maklumat diperoleh daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Masalah yang kita hadapi ialah apabila tuan tanah tidak membenarkan kabel elektrik melalui kawasan tanah mereka untuk disalurkan ke Kampung Orang Asli Bukit Tunggul,” katanya kepada FMT, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Shahrum berkata, beliau dan TNB akan turun ke kawasan berkenaan untuk berjumpa dengan penduduk kampung terbabit bagi membolehkan projek penyaluran elektrik dapat dijalankan.
“Saya dan pihak TNB bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan berbincang dengan tuan tanah yang terlibat yang telah menyababkan projek TNB untuk memasukkan elektrik tertangguh.
“Sekiranya perkara tersebut diselesaikan, peruntukan daripada Kerajaan Pusat dapat disalurkan segera,” katanya.
Tambah Shahrum, isu sama yang dihadapi penduduk Kampung Orang Asli Bukit Jenuk kini hampir selesai apabila TNB mengarahkan anak syarikatnya untuk menjalankan projek bekalan eletrik apabila Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan.
“Masalah bekalan elektrik di Bukit Jenuk hampir selesai apabila TNB sudah dapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk TNB menjalankan kerja-kerja awal.

Memalukan kampung sebelah Putrajaya tiada elektrik dan air...pemimpin terus bermewah..!!

Pendedahan kampung Orang Asli terletak di sempadan Putrajaya yang langsung tiada bekalan air bersih dan elektrik.
Orang-Asli-PutrajayaBANGI: Keciciran masyarakat Orang Asli yang mendiami empat perkampungan bersempadanan dengan Putrajaya perlu ditangani segera.
Rata-rata Orang Asli yang di perkampungan terbabit hidup dalam keadaan daif tanpa bekalan elektrik dan air bersih.
Bagaimanapun, beberapa kilometer dari rumah mereka iaitu di Putrajaya wujud kawasan kejiranan serba moden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Ia sekali gus membuktikan bahawa jurang sosio ekonomi dan perancangan bandar yang terlalu jauh dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Selain itu, ia juga menimbulkan persoalan akan kecekapan kerajaan dalam mengagihkan sumber negara untuk dinikmati secara saksama oleh rakyat Malaysia.
Aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Azlan Mohd Sharif, berkata perkara itu sama sekali tidak wajar berlaku dan disifatkan amat memalukan.
“Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak atau berpolitik, namun keadaan Orang Asli yang tinggal sebelah Putrajaya tetapi langsung tidak ada kemudahan asas memang tak boleh diterima.
“Bayangkan rumah sangat dekat, malah boleh dikatakan bersebelahan dengan Putrajaya tetapi tidak pernah mendapat akses elektrik dan air bersih,” katanya kepada FMT di sini, semalam.
Azlan berkata, perkampungan itu terletak di Selangor dan bersempadanan dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya, yang mana kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan amat diperlukan bagi mengatasi masalah itu.
“Saya rayu agensi negeri dan Persekutuan supaya ketepikan perbezaan politik dan tolonglah bela nasib Orang Asli ini,” katanya.

PAS lebih kuat bersendirian tanpa blok ketiga, kata penganalisis

PAS akan lebih kuat jika kekal bersendiri tanpa bersekutu dengan parti lain dalam blok ketiga politik, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.PAS akan lebih kuat jika kekal bersendiri tanpa bersekutu dengan parti lain dalam blok ketiga politik, kata penganalisis. Profesor Dr Mohd Fuad Mat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yakin PAS akan lebih kuat jika kekal bersendiri tanpa bersekutu dengan parti lain dalam blok ketiga politik, menurut Sinar Harian hari ini.
Penganalisis politik itu dilaporkan berkata, ini kerana PAS boleh kekal menjuarai Islam secara bersendirian sewaktu Umno dan Pakatan Harapan berhadapan pelbagai masalah.
"Pada tahap ini, PAS tidak perlu memikirkan untuk bergabung, sebaliknya perlu memantapkan perjuangan mereka.

"Malah, dengan pelbagai isu melanda Umno dan Pakatan Harapan sekarang, PAS menjadi parti politik alternatif pilihan rakyat," belau dipetik berkata. Fuad berkata, sorotan sejarah membuktikan PAS sering kali gagal apabila bergabung dengan parti lain.
"PAS kena lihat suara akar umbi, adakah mereka suka PAS bekerjasama dengan pakatan lain? Sejarah juga membuktikan PAS boleh bersendirian, namun sering gagal apabila bergabung dengan parti lain," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
PAS pada 16 Mac ini dijangka mengumumkan senarai parti dalam blok ketiga yang digagaskan mereka.

PAS namakan sebagai bakal sekutu, Ikatan nafi

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menarikan mendapat sebarang tawaran menyertai blok ke-3 politik yang akan diumumkan pada 16 Mac ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016. 
PAS menamakan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai salah satu parti yang berpotensi menjadi sekutunya bagi membentuk blok ke-3 politik di negara ini namun ia dinafikan pemimpin tertinggi Ikatan.
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyebut Ikatan sebagai parti tersebut sewaktu bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, semalam.
"Kita yakin ada lagi parti yang tidak bersedia bersama Pakatan Harapan dan Umno.

"Sebagai contoh, Ikatan dan di luar sana banyak lagi parti kecil di Sabah dan Sarawak. "Di samping itu ada organisasi bukan kerajaan (NGO) yang tidak masuk parti, seperti Kongres Rakyat," Khairuddin dipetik berkata Sinar Harian hari ini.
Namun, portal The Star Online semalam melaporkan penafian Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengenai perkara itu.
"Tidak, ia tak benar. Kami rapat dengan PAS tetapi kami tiada hubungan rasmi," katanya.
PAS semalam berkata mereka akan mengumumkan blok ke-3 politik itu pada 16 Mac ini.

15 Adun BN beri sokongan kepada Ahmad Razif...kedudukan kerusi kini 16 - 16...!!

15 Adun BN beri sokongan kepada Ahmad Razif
KUALA TERENGGANU - Semua 15 Adun BN Terengganu menyatakan sokongan jitu dan padu kepada Menteri Besar, Datuk  Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Perkara itu dizahirkan Adun Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dalam satu sidang media bersama semua Adun berkenaan selepas Persidangan Dun ke-13, di Wisma Darul Iman di sini, kelmarin.
“Kami menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai perdana menteri dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebagai kepimpinan tertinggi di Negeri Terengganu.
“Ia tanpa apa-apa cabaran, tanpa apa-apa perasaan berbelah bahagi demi untuk memajukan negeri dan negara tercinta ini,” katanya.
Selasa lalu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam  persidangan itu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.
Bagaimanapun, usul tersebut ditolak Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong berdasarkan Perkara 14(6) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu atas alasan Adun Kijal itu mengemukakan usul tersebut tanpa mengemukakan notis.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, BN yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Said pada ketika itu menang tipis 17 kerusi Dun daripada 32 kerusi manakala Pas menang 14 dan PKR hanya 1 kerusi.

TAMRIN TUMPANG TANYA, ADAKAH KU NAN KAUM KERABAT SULTAN MELAKA?

Di sebalik Khairuddin Abu Hassan yang kerap mempertikaikan awalan nama  "Tengku" yang digunakan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar pula melahirkan rasa hairannya dengan gelaran yang dipakai pemimpin UMNO itu.

"Saya berasal dari Melaka, setahu saya tidak ada orang Melaka yang bergelar "Raja"  atau "Tengku"  kerana Kesultanan Melaka sudah berakhir sejak kira-kira 500 tahun dulu lagi," katanya.

Lantaran itu, katanya, beliau benar-benar hairan bagaimana Tengku Adnan yang keluarganya dikatakan berasal dari Tengkera, Melaka ada gelaran "Tengku" tersebut.

"Adakah beliau sebenarnya merupakan keturunan atau ada hubungan darah dengan Sultan Melaka yang sekarang heboh diperkatakan mahu menuntut takhta di negeri itu?" soal Tamrin lagi.

Semalam Khairuddin membidas Tengku Adnan dengan mengatakan Setiausaha Agung UMNO itu tidak layak mempertikaikan kehadiran pemimpin-pemimpin UMNO yang menandatangani Deklarasi Rakyat berikutan gelaran "Tengku" yang digunakannya sendiri adalah palsu.

"Dengan rakyat pun dia menipu dengan menggunakan gelaran palsu, siapa dia untuk mengatakan tokoh-tokoh UMNO yang menandatangani deklarasi itu sebagai kebudak-budakan," kata bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu.
Menurut Tamrin, sebagai pemimpin kanan UMNO dan kerajaan, rakyat berhak mengetahui asal usul dan salasilah sebenar Tengku Adnan kerana ia mencerminkan intergriti dirinya di mata khalayak umum.

Universiti Nottingham: Petisyen untuk keluar potret alma mater Najib lepasi 2,000 tandatangan


Satu petisyen dalam talian menggesa untuk mengeluarkan potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari dinding alma mater Universiti Nottingham di UK, telah mengumpul lebih 2,000 tandatangan, sejurus sebelum tarikh akhirnya.
Petisyen itu yang bermula pada 8 Mac, menyasarkan sekurang-kurangnya 100 tandatangan untuk menyokong usul untuk dikemukakan kepada Persatuan Pelajar Malaysia di Universiti Nottingham.
"Kami sedar bahawa usul itu mungkin tidak diluluskan untuk dibahaskan, oleh itu petisyen ini memerlukan lebih 100 tandatangan untuk menunjukkan kepada persatuan itu bahawa isu ini layak dipertimbangkan di AGM," demikian menurut petisyen itu di Change.org.
Kurang daripada 30 minit sebelum tarikh akhirnya pada jam 11.59 malam, untuk usul itu dikemukakan semalam, petisyen tersebut yang dimulakan oleh Cassandra Hooi, telah mengumpulkan 2,252 tandatangan.
Usul itu menggesa Persatuan Pelajar Malaysia itu melobi untuk mengeluarkan potret Najib setinggi dua meter dari salah sebuah dinding kampus (King Meadow).
Usul itu sebagai tanda protes terhadap dakwaan keengganan Najib untuk menjelaskan dengan memuaskan tentang deposit sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.
Tindakan tersebut, menurut petisyen itu, mampu menghantar mesej yang kuat kepada perdana menteri bahawa sudah tiba masanya untuk beliau menjawab secara benar dan jelas terhadap dakwaan tersebut.
Jika usul itu, dengan disokong oleh petisyen tersebut, diluluskan, ia akan dibahaskan semasa AGP Persatuan Pelajar Malaysia pada 16 Mac.

Saya sudah tua untuk jadi hipokrit, kata Lim pada pengkritik


Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang menolak dakwaan yang melabelkannya sebagai a hipokrit kerana bersama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan ‘Selamatkan Malaysia’.
Lim, yang telah berkecimpung dalam politik selama 50 tahun, berkata dia sudah terlalu tua untuk menjual prinsipnya.
"Hiprokit? Ada orang tuduh saya tidak mempunyai prinsip, bahawa saya oportunis.
"Selama 50 tahun, saya tidak pernah tertarik dengan jawatan dengan gaji besar. Saya sekarang 75 tahun, tidak banyak lagi masa untuk aktif, jadi tidak ada sebab mengapa saya akan terdorong dan tertarik sekarang," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara Selasa lalu.
 Lim berkata beliau bekerjasama dengan Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tindakan itu demi kebaikan negara ini.
"Menjadikan rakyat lebih bersatu, masyarakat yang adil dan negara makmur adalah prinsip yang saya pegang seluruh hidup saya," katanya.
Menurutnya, bahawa bekerjasama dengan Mahathir tidak bermakna beliau telah melupakan mengenai tindakan lalu bekas perdana menteri itu.
Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, adalah penting untuk tidak dikekang oleh peristiwa lampau dalam usaha untuk menyelamatkan negara ini.
"Terdapat kesalahan pada masa lalu tetapi kita perlu putuskan apa yang lebih mendesak sekarang dan untuk masa depan atau pun memberi tumpuan kepada masa lalu," katanya.
Lim dan Mahathir adalah seteru politik ketat sejak beberapa dekad lalu.
Penampilan mereka bersama-sama pada majlis pelancaran gerakan Selamatkan Malaysia, Jumaat lalu mengejutkan ramai pihak dan kedua-dua mereka dituduh mengkhianati perjuangan masing-masing.

KERAJAAN HANYA KUTIP CUKAI ARAK & JUDI SAHAJA !!!

Majlis Fatwa Kebangsaan dah lama fatwakan merokok itu haram. Fatwa 23 Mac 1995. Sampai kini walau HARAM KERAjaan TERUS KUTIP CUKAI ROKOK !!!

Terang2 dalam Islam ARAK ITU HARAM..
Terang2 dalam Islam JUDI ITU HARAM..
Sampai kini walau HARAM KERAjaan TERUS KUTIP CUKAI ARAK & JUDI !!!

KENAPA JADI BEGITU ??.. Kerana KERAjaan bukannya minum arak atau main judi.

HANYA YANG BODOH SAJA pilihan Najib..

Patutler menteri2 sebegini rupa mng akan kekal lama dlm kabinet dapur Najib kerana...

Kalau pilih yg pandai susahlah nanti Najib nak kencingkan rakyat..

'BOTOL': Bodo + Tolol = BOTOL

Beginilah tahap pemikiran kepala hotak Umno mengukur tahap susah & menderita rakyat kerana GST HANYA DENGAN dgn tengok kesesakan lebuhraya & berapa ramai rakyat M'sia yg pergi umrah..

Setelah habis keringat rakyat diperah, duit rakyat pula nak dikeringkan.

Amanah yang rakyat berikan kepada kamu, kamu khianati. Haram ke atas kamu walau satu sen pon.

MASIH ANDA INGAT.. ada sekor tokoh isu ternakan babi kaki pendek kat negeri JE dulu yg pernah disabitkan kesalahan rasuah politik, masih gah berkuasa di GLC hingga kini...

ITUPUN MASIH TAK SEDAR2 DIRI LAGI NAK UNDI BN !!!

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU.. setiap kali GLC hadapi kerugian atau masalah kewangan, dana keringat rakyat yg korang kerja siang mlm tu akan dirompak oleh 'mereka'..

Pelbagai alasan diberi dividen KWSP 2015 susut.. Rupa2nya dlm diam2 KWSP suntik RM1.3 bilion kpd MBSB...

MASIHKAH ANDA INGAT.. Apa dah jadi pada duit KWSP bagi pinjam pada..
1) RM6 bilion pada Felda/FGV
2) RM6 bilion pada syarikat MAS, last2 MAS jatuh bangkrap

Agaknya 'merkeka' ini bodoh atau goblok ??

Inilah kata Menteri yang mencadangkan agar kerajaan dapat tutup jalan untuk MAT REMPIT berlumba...

MANA SATU YANG BETUL?

Semalam Tuan Presiden cakap macam ini...

Hari ini Setiausaha Agung pula cakap begini. Mana satu yang betul? Atau kedua-duanya tak boleh pakai?

Bagaimana pula dengan yang ketiga ini? Kenapa mesti blok baru? Blok baru ini untuk menguntungkan siapa sebenarnya?