Rabu, 9 Mac 2016

Izzah: Najib produk ‘sistem’, lagi sepertinya akan datang


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya produk sesuatu ‘sistem’.
Oleh itu, katanya, peletakan jawatan Najib hanya akan membuka jalan kepada lebih ramai pemimpin sepertinya untuk menggantikan beliau.
"Akan ada banyak lagi seperti dia - mungkin seorang graduan Oxford yang lebih bergaya - kerana sistem membenarkan seseorang sepertinya muncul," katanya semasa ditemu-bual oleh saluran radio perniagaan BFM 89.9.
"Bagi saya, saya minta maaf, saya tidak boleh membuta tuli menerima peletakan jawatan tetapi tidak tahu apa yang akan jadi selepas itu," katanya
Nrul Izzah berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada perletakan jawatan dengan imuniti adalah lebih baik daripada membiarkan Najib untuk terus berkuasa.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, bagaimanapun, mempersoalkan apa yang akan tercapai dengan perletakan jawatan Najib.
"Katakan dia letakkan jawatan dan digantikan oleh timbalannya, apakah perubahan yang bakal berlaku?
"(Bekas ketua pembangkang) Anwar Ibrahim masih di penjara. Sebahagian besar daripada kita masih menghadapi tuduhan, mungkin (akan) disabitkan dan kehilangan kerusi kami.
"Kita perlu jelas; apa yang dimaksudkan dengan perubahan? Itulah sebabnya saya selalu berkata ia mesti ditambah dengan melaksanakan pembaharuan institusi, " katanya.

ADUN BN sokong Razif, hanya Ahmad Said tak hadir...adakah kini 16-16..??


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang kecoh semalam berikutan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, berjalan lancar hari ini.
 Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang mengemukakan cadangan itu tidak langsung kelihatan sehingga selesai sesi penggulungan titah ucapan Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN ke-13 itu.
Ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, Ahmad Razif melahirkan rasa syukur kerana persidangan hari terakhir itu berjalan lancar, selain mendapat sokongan padu anggota DUN Barisan Nasional.
"Saya ucap terima kasih lah kepada semua yang terlibat dalam memastikan sidang DUN berakhir dengan baik, terima kasih dan syabas kepada Speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong yang berjaya mengawal suasana dengan begitu baik sekali.
"Begitu juga dengan media, saya ucap terima kasih atas laporan berita yang dibuat kerana ini dapat menangkis berita-berita yang tak betul dan tersebar tentang keadaan di Terengganu.
"Ini penting kerana dalam keadaan kita hendak menyambut Tahun Melawat Terengganu 2017, sudah pasti suasana yang aman dan tenang diperlukan untuk menarik kedatangan pelancong," katanya.
Mengulas mengenai sokongan semua 15 ADUN Barisan Nasional kecuali Ahmad Said, beliau berkata semua ADUN terlibat telah menyatakan ikrar sokongan kepada kepimpinannya secara sukarela, dan turut menandatangani surat ikrar itu dalam satu mesyuarat semalam.
Awal pagi tadi, hampir 300 orang berkumpul di perkarangan Wisma Darul Iman bagi menyatakan sokongan terhadap Ahmad Razif.
Mereka turut membawa sepanduk dan melaungkan sokongan terhadap Menteri Besar.

KENAPA kedua2 kenyataan Menteri Kerja Raya BN bercanggah satu sama lain ???

ADAKAH ini satu 'modus operandi' BN nak menipu & perbodohkan rakyat terutamanya setiap kali tibanya pilihanraya ???

WAHAI RAKYAT SARAWAK & SABAH !!!.. MASIH TAK NAMPAK LAGI KA penipuan & putar belit mereka... Nak sedar bila lagi... Nak tunggu Rosmah jadi Piem baru nak ubah ka...

Saya akan lawan untuk rakyat, ikrar MB Terengganu

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sentiasa menjadikan 3 menteri besar terdahulu sebagai ikon beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mac 2016.
"Saya akan lawan! Saya akan lawan dengan berusaha supaya mencipta lebih banyak kejayaan, lebih banyak kebaikan untuk rakyat!
"Saya akan lawan dengan berusaha keras supaya Terengganu dihormati kawan dan lawan.
Saya akan lawan dengan berusaha supaya kita dapat hapuskan sebarang bentuk rasuah dan penyelewangan. Kalau saya mati sekalipun, saya mati melawan."

Demikian ikrar Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung tindakan bekas menteri besar dan juga Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadapnya (Ahmad Razif) semalam tetapi ditolak speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong. Ahmad Razif berkata sejak awal mengambil tugas sebagai menteri besar, beliau sentiasa menjadikan 3 bekas menteri besar iaitu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahmad Said sebagai ikon.
"Saya raikan mereka dalam satu majlis semata-mata bertujuan memperingati dan menunjukkan rasa hormat saya terhadap jasa dan sumbangan mereka, namun malangnya Adun Kijal tidak hadir.
"Saya mahu rakyat tahu saya menyambung kerja-kerja baik dan asas yang mereka letakkan untuk pembangunan Terengganu. Siapalah saya berbanding mereka. Saya hanya cikgu sekolah.
"Saya mengharapkan ketiga-tiga bekas MB ini dapat bersama-sama membantu saya dan kerajaan dalam memajukan negeri. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan, itu adalah dendam," katanya.
Ahmad Razif turut menyatakan beliau merasa pelik apabila dikatakan membuat konspirasi untuk menafikan sumbangan Ahmad Said sewaktu beliau menjadi menteri besar.
Katanya, sekiranya terdapat kebaikan yang disebut pihak lain ketika beliau menjadi menteri besar, ia sebenarnya adalah kebaikan yang dimulakan Barisan Naisonal (BN) terdahulu.
"Misalnya, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sudah siap ketika saya menjadi MB namun kerja-kerja awal sudahpun bermula ketika zaman Wan Mokhtar lagi. Begitu juga stadium, ITC Kemaman, Sekolah Menengah IMTIAZ dan pelbagai projek yang sebelum ini terbengkalai atau dibiarkan lesu.
"Saya sambung dan selesaikan. Saya tidak menafikan sumbangan sesiapa, malah saya selesaikan apa yang tidak selesai dan tambah nilai apa yang belum selesai.

MT Umno putuskan nasib Muhyiddin, Mukhriz Mac 25 ini


Majlis Tertinggi Umno akan membuat keputusan mengenai nasib timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini digantung jawatan dan pemimpin pemberontak lain apabila ia bermesyuarat pada Mac 25 ini.
Mengikut satu artikel dalam akhbar bahasa Cina Sin Chew Daily, nasib Muhyiddin akan diputuskan pada mesyuarat bulanan parti yang akan datang.
 Akhbar itu memetik Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh yang mengesahkan bahawa agenda mesyuarat berkenaan termasuk perbincangan mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap mereka.
Walau bagaimanapun, sama ada atau tidak mereka akan dipecat hanya akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang, lapor akhbar itu.
Ini kali kedua, Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berdepan tindakan pemecatan apabila kedua-dua mereka menandatangani Deklarasi Rakyat yang menuntut penyingkiran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Kali pertama, mereka berdepan dengan masalah adalah selepas mereka mengkritik Najib mengenai skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang berada dalam akaun perdana menteri.

Kampung sebelah Putrajaya, tapi tiada air, elektrik

Apa gunanya ERL bagi mereka yang hidup tanpa elektrik dan air bersih? Ikuti siri pertama pendedahan kampung Orang Asal yang diabaikan sejak Merdeka.

BANGI: Tak patut! Itulah ungkapan yang keluar daripada mulut apabila berada di kawasan perkampungan di Dengkil yang bersempadanan dengan Putrajaya.
Ini kerana, kawasan berkenaan yang penduduknya terdiri daripada Orang Asal dan sedikit orang Melayu masih lagi belum menikmati kemudahan asas iaitu bekalan elektrik dan air bersih.
Meskipun terletak di negeri paling maju di Malaysia serta jarak dalam radius lima kilometer dari pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, kawasan berkenaan tidak sempurna dan terdapat beberapa kampung masih dalam keadaan daif.
Tinjauan FMT ke Dengkil mendapati sekurang-kurangnya tiga kawasan penempatan – Kampung Orang Asal Bukit Tunggul Blok A, Blok B dan Blok C – tidak mendapat akses elektrik dan air walaupun rumah mereka berdekatan dengan Jalan Kajang-Dengkil.
Manakala penempatan berhampiran, Kampung Orang Asli Bukit Jenuk pula baharu mendapat bekalan air bersih, tetapi tiada bekalan elektrik disalurkan.
Kesemua penempatan itu diduduki Orang Asal yang majoriti daripada suku Temuan, sedikit daripada suku Mah Meri, orang Melayu dan kaum India.
Walaupun kawasan perkampungan terbabit langsung tiada bekalan elektrik atau air, namun landasan Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibina melalui kawasan itu.
Kampung Orang Asal Bukit Tunggul yang dibahagikan kepada tiga blok adalah yang paling daif, di mana kemudahan asas hampir tiada termasuk bekalan air bersih selain tiada sistem perparitan sempurna.
Kebanyakan tandas atau bilik air penduduk kampung terbabit terletak di luar rumah dan berdindingkan kain kanvas.
Penduduknya pula hidup dalam serba kekurangan dan bekerja sebagai buruh di sekitar Bangi, Kajang, Dengkil dan Putrajaya.
Tinjauan ke kawasan tiada bekalan elektrik atau air sejak negara ini merdeka turut mendapati beberapa menara bangunan Kerajaan Persekutuan di Presint 4, jelas kelihatan daripada kampung Orang Asal itu.
Perkara itu sekali gus menimbulkan persoalan berhubung komuniti Orang Asal yang tinggal bersempadanan dengan Putrajaya, yang mana jelas tercicir daripada arus pembangunan.

Isu culik PM tidak mustahil hanya sandiwara Umno – Azmin

MOHAMED AZMINIsu cubaan menculik pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mustahil ‘sengaja diadakan’ bagi menutup kontroversi pengganti Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tanggapan isu itu ‘sengaja diadakan’ ada asasnya kerana sandiwara Umno sering berlaku dalam pelbagai perkara.
Malah, beliau mencabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk memperjelaskan di Parlimen langkah-langkah keselamatan diambil dalam menangani masalah keganasan itu sekiranya benar-benar wujud.
“Isunya sekarang soal keyakinan masyarakat terhadap Kerajaan Pusat kerana berulang kali insiden-insiden berlaku atas pertimbangan tertentu dan tujuan lain bagi politik Umno.
“Sekiranya Timbalan Perdana Menteri mendakwa ada percubaan itu, saya kira beliau bertanggungjawab memperjelaskan di dalam parlimen tentang langkah-langkah keselamatan, sedang dan akan diambil kerajaan,” katanya kepada SelangorKini.
Mohamed Azmin berkata, penjelasan itu juga penting kerana soal keselamatan milik semua pihak termasuk rakyat dan bukan hanya Perdana Menteri dan tokoh tertentu sahaja.
“Rakyat ingin tahu apakah langkah diambil dan jika Zahid gagal kemukakan satu hujah yang kuat dan menyakinan dalam parlimen, maka tidak mustahil tanggapan itu berlaku kerana sandiwara Umno ini memang sering terjadi,” katanya.
Sebelum ini, PAS turut menuntut penjelasan kerajaan berhubung perkembangan lantikan gabenor BNM bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat perkhidmatan bulan depan.
Dalam masa yang sama, parti Islam itu berharap tiada cubaan dilakukan bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penting itu.
Zahid semalam memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.
Katanya, pada 30 Januari lalu, seramai 13 orang “dengan elemen IS” merancang menculik Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mana duit 5 sen saya?

Wujud trend di mana wang berbaki 5 sen digantikan dengan sebiji gula-gula. Apakah saya patut menerimanya sahaja atau bersuara demi hak saya sebagai pengguna? Anda bagaimana?
5-sen
Pagi tadi sebelum ke kerja, dalam perjalanan ke sekolah anak saya, saya berhenti sebentar di kedai serbaneka untuk membeli roti, bekalan sekolah anak. Dua roti ban, air teh bunga dan surat khabar, jumlahnya, RM4.63, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan dibundarkan menjadi RM4.65 sen.
Duit baki yang saya terima daripada juruwang kedai serbaneka itu ialah RM0.30 dan sebiji gula-gula kecil.
Dalam situasi ini, apakah yang sepatutnya saya lakukan?
Pulang sahaja mengambil wang 30 sen dan gula-gula tanpa berkata-kata atau salahkah jika saya tetap menuntut 5 sen yang sepatutnya dipulangkan itu?
Akhir-akhir ini, perkara ini sangat kerap berlaku. Kalau ia berlaku kepada saya seorang, mungkin ia kes terpencil, saya pun tak kisah sangat. Tetapi kebetulan apabila berkongsi pengalaman ini dengan rakan-rakan, rupanya trend 5 sen ganti gula-gula, sudah menular dan dirasai segelintir besar rakan-rakan yang saya hubungi.
Ia dikatakan lebih ketara berlaku sejak pelaksanaan GST, mungkin selepas harga barang dibundarkan dengan GST menyebabkan harga berakhir dengan nilai 1, 2, 3 4, 6, 7, 8 dan 9 sen.
Pada kebanyakan masa, itulah harga yang perlu dibayar bukan? RM1.66, RM4.88, RM7.12…
Lebih menjengkelkan apabila juruwang atau pekedai yang bertindak menggantikan 5 sen dengan gula-gula berkelakuan ia seperti ia perkara biasa dan kita pula yang bersalah dan dipandang murah kerana menuntut kembali duit 5 sen itu.
Lima sen pun, tetap duit juga dan sekali hilang 5 sen, 10 kali sudah berapa?
“Saya tanya, kenapa selalu sangat tak pulang baki lima sen, juruwang itu tengking saya pula. Dahlah dia pekerja warga asing, saya minta duit saya, dan saya pula kena marah,” kata seorang rakan sekerja yang turut berkongsi pengalamannya di sebuah restoran dekat pejabat kami di Damansara.
Nampaknya, isu ini memang isu konsumer tetapi mungkin kerana nilainya hanya 5 sen, tidak diperbesarkan, atau tidak mahu diperbesarkan.

GUANE NI TUAN GURU?

Berkata-katalah Presiden Pas, Hadi Awang yang sekarang sudah pandai memakai baju berwarna merah jambu, bukan lagi hijau seperti zaman dulu-dulu bahawa Islam tidak menggalakkan memecat pemimpin, sebaliknya hanya perlu membetulkan mereka.

"Budaya pecat pemimpin tidak digalak dalam Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul boleh.

"Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin," katanya ketika berucap di Parlimen.

Ehh...ehh...cantiknya kenyataan ini dan jika ada markah yang patut diberikan, sudah tentu boleh diberi lima bintang tanda "cemerlangnya" Hadi kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, sudah tentu yang paling gembira mendengar kenyataan Hadi itu ialah Najib Razak sendiri.

 Makna kenyataan itu sangat jelas bahawa Pas tidak akan setuju dengan sebarang usaha untuk menyingkirkan Najib, malah akan terus bersabar dengan segala macam karenah dan onar dalam kepimpinan Perdana Menteri yang bukan lagi rahsia kepada seluruh dunia.

Tetapi, ingin juga ditanya kepada Hadi Awang, tidakkah beliau lupa bahawa Najib jugalah yang mengetuai gerakan "memecat" Menteri Besar Perak dari Pas, Nizar Jamaluddin pada tahun 2009 dahulu?

Jika benar Islam tidak menggalakkan pemecatan pemimpin, bagaimana sekarang beliau boleh berkawan rapat dengan "ketua gerakan pecat-memecat" itu?

Lebih dari itu, dalam UMNO sendiri Najib juga sudah melakukan banyak pemecatan dan penyingkiran bagi tujuan mengekalkan kuasanya.

Najib bohong pulang derma RM2.03 bilion – Mukhriz

Terlalu banyak pembohongan sehingga sukar untuk menentukan kebenaran tetapi Mukhriz percaya isu derma itu 100 peratus tidak betul.
mukhriz-najib-general-election-13
PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbohong apabila mengaku telah memulangkan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion yang diterimanya daripada keluarga Diraja Arab Saudi.
Ini kerana kata bekas Menteri Besar Kedah itu, Najib pernah mengaku dalam mesyuarat UMNO bahawa beliau telah membelanjakan RM1.5 bilion dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“RM2.6 bilion yang dia (Najib) terima katanya dari derma Arab. Kalau tolak RM1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal RM1.1 bilion. Macam mana dia boleh kata dia pulangkan RM2.03 bilion balik dekat Arab itu?
“Daripada RM1.1 bilion naik jadi RM2 bilion? Benda itu saya ingat budak kecil pun boleh faham yang angka-angka ini semua tak betul.
“Bohong punya bohong. Sudah jadi bertimbun-bertimbun, kita pun sudah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar. Tapi yang saya ingat, lebih kurang 100 peratus tidak betul,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan dan ahli UMNO sekitar Kota Bharu pada Isnin.
Rakaman ucapan beliau itu dimuatnaik di blog dinturtle.blogspot.com.
Mukhriz berkata, walaupun Najib membelanjakan duit yang banyak namun keputusan PRU13 lebih teruk daripada PRU12.
“Saya terkejut bila saya dengar Presiden kata begitu, sebab saya kata RM1.5 bilion dan kita kalah 7 kerusi Parlimen? Kita tak boleh nak menyamai ataupun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12.
“Saya duk (duduk) fikir balik, RM1.5 bilion, ke mana pergi duit itu? Saya tidak nampak yang kita dah belanja banyak macam itu. Dan hasilnya tak berapa memberangsangkan. Dulu-dulu kita tidak pernah belanja duit macam itu pun kita boleh menang dua per tiga,” katanya.
Mukhriz berkata, beliau telah dimarah oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana membangkitkan perkara itu.
“You tahu apa, you orang muda lagi,” kata Tengku Adnan.
Mukhriz menjawab “Saya kata orang muda ini telah menawan balik negeri Kedah. Kita telah menyumbang daripada empat kerusi naik jadi 10 kerusi Parlimen. Dan kita berjaya menawan balik hati rakyat Kedah daripada PAS. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan UMNO Kedah”.

Kita lupa perbezaan politik untuk jatuhkan Najib – Tun M

Beliau mengaku ahli UMNO dan DAP kurang senang dengan kerjasama tetapi ia dilakukan atas dasar 'citizen' kerana tiada pilihan demi selamatkan negara.
mahathir-umno-dap
PETALING JAYA: Tun Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan pemimpin UMNO dan DAP terpaksa melupakan seketika perseteruan mereka untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tiada pilihan lain.
Katanya, beliau sedar ramai ahli UMNO dan juga DAP yang sekian lama memusuhi antara satu sama lain tidak senang pemimpin mereka berada dalam pentas yang sama.
“Amat sukar bagi ramai dalam kedua-dua parti yang bermusuh ini menerima bahawa mereka yang menandatangani deklarasi menolak Najib berbuat demikian bukan sebagai ahli parti, tetapi sebagai rakyat Malaysia,” katanya dalam tulisan terbaru di blognya hari ini.
Namun, katanya lagi, tindakan Najib yang sudah menutup segala jalan penyelesaian dalam UMNO serta menekan parti politik lain menyebabkan tiada lagi ruang untuk bersuara.
“Oleh itu tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang terpaksa membelakangkan pertubuhan dan perjuangan mereka supaya suara mereka dapat diperdengarkan kepada semua. Mereka perlu bertindak sebagai “citizen” (rakyat) dan bukan lagi sebagai parti atau badan-badan tertentu.
“Kesedaran inilah yang menyebabkan mereka yang bermusuh membelakangkan permusuhan buat sementara. Mengutamakan parti masing-masing bermakna menyokong dan mengekal rejim Najib,” tegasnya lagi.
Bekas Perdana Menteri itu membangkitkan apa yang berlaku kepada umat Islam di Timur Tengah, yang gagal melupakan perbezaan sesama mereka bagi menentang musuh bersama.
“Mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka, permusuhan antara Sunni dengan Syiah, antara Fatah dengan Hamas, antara Iran dengan Arab. Mereka lupakan musuh sebenar mereka. Maka bertepuk tanganlah Israel dan Amerika. ” katanya lagi.

Dr M ibaratkan 'kerjasama DAP' seperti isu Timur Tengah


 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ada cara tersendiri untuk menjelaskan kerjasamanya dengan DAP menerusi Deklarasi Rakyat yang dimeterai Jumaat lalu.
Menulis di blog hari ini, Mahathir berkata bukan sahaja ahli Umno merasa terkilan, malah anggota DAP sendiri tidak senang dengan kerjasama tersebut.
Beliau bagaimanapun memberikan analogi isu di Timur Tengah bagi menjelaskan hubungan itu dan siapakah pihak yang sepatutnya dijadikan 'musuh sebenar' dalam usahanya menyingkirkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Jika kita tidak faham, lihatlah keadaan di kalangan orang Islam di Timur Tengah. Musuh mereka ialah Israel yang dibantu oleh Amerika Syarikat.
"Malangnya mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka, permusuhan antara Sunni dengan Syiah, antara Fatah dengan Hamas, antara Iran dengan Arab sehingga mereka lupakan musuh sebenar mereka, iaitu Israel, dan mereka berperang sesama orang Islam.
"Maka bertepuk tanganlah Yahudi dan Amerika," kata Mahathir.

Dalam tulisannya, bekas perdana menteri itu mengakui ramai ahli Umno merasa terkilan dan tidak senang melihat beliau duduk sepentas bersama pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang.
"Kenapakah ahli dan pemimpin Umno sanggup bersama dengan DAP dan Kit Siang?
"Soal yang sama juga ditanya oleh ahli dan pemimpin DAP yang benci dan bermusuh dengan Umno terutama dengan saya sendiri sebagai bekas pemimpin Umno sejak DAP ditubuh," tulis Mahathir.
Najib tutup semua saluran
Menurut Mahathir, mereka yang hadir menandatangi deklarasi itu bukan atas kapasiti ahli dan pemimpin parti politik, sebaliknya sebagai rakyat Malaysia yang khuatir akan kesan buruk perlakuan Najib sebagai Perdana Menteri.
Justeru itu tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, terpaksa membelakangkan pertubuhan dan perjuangan mereka supaya suara mereka dapat diperdengarkan kepada semua.

Jawapan RM27 juta SRC ke akaun Najib 'hina' Parlimen


Keengganan Kementerian Kewangan untuk menjelaskan bagaimana wang RM27 juta dari SRC International berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu penghinaan kepada Parlimen, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini berkata syarikat milik negara itu tidak mempunyai maklumat mengenai wang RM27 juta yang disalurkan kepada akaun bank menteri kewangan dan bahawa ia hanya spekulasi media.
Bagaimanapun, Pua berkata, laporan media mengenai perkara itu adalah berdasarkan carta jejak wang oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendedahkannya pada sidang akhbar untuk membersihkan Najib daripada sebarang salah laku pada bulan Januari lalu.
"Tetapi PM sekarang enggan menjelaskan wang RM27 juta itu atau pun menafikan kewujudannya.
"Memalukan! Ini satu penghinaan kepada Parlimen," kata Pua dalam Facebook.
Pua dalam soalan bertulisnya di Parlimen menyoal mengapa wang RM27 juta itu dimasukkan ke dalam akaun bank Najib.
"SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran wang ke akaun Menteri kewangan dan ia juga adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesahihan sumber beritanya.
"Sehubungan dengan itu, di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(i), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaaan perkara di dalam surat khabar," petik jawapan kementerian kewangan.
Pua juga meminta kerajaan menyatakan tujuan SRC International membuat bayaran sebanyak RM170 juta antara 8 Julai sehingga 8 Ogos 2014 kepada Syarikat Putra Perdana Consturction,

KM Melaka: BN belanja RM1.5b, tapi tak semestinya dari RM2.6b


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan bahawa BN membelanjakan lebih daripada RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
Bagaimanapun, katanya, jumlah itu tidak semestinya daripada derma politik yang berjumlah RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 Beliau mengulas dakwaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa Najib pada pertemuan dengan ketua perhubungan Umno mengakui bahawa BN membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihan raya umum yang lalu.
Bercakap kepada Malaysiakini, Idris berkata, adalah jelas pada mesyuarat itu mereka dimaklumkan bahawa lebih RM1.5 bilion dibelanjakan.
"(Tetapi) saya tidak ingat perdana menteri berkata RM1.5 bilion (adalah) dari sumbangan RM2.6 bilion.
"Dia tak kata dari jumlah RM2.6 bilion itu, RM1.5 bilion telah dibelanjakan. Saya tak fikir begitu.
"Terpulang untuk berfikir sama ada ia dari sumbangan RM2.6 bilion atau dari sumber lain," katanya.
Mukhriz dalam video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle mempersoalkan bagaimana Najib boleh mengembalikan sejumlah RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion jika RM1.5 bilion dibelanjakan pada pilihan raya.

Notis jawapan lisan Dewan Rakyat dipendekkan, kata Speaker

Tok Him: Tak wajar usul undi tidak percaya ke atas MB Terengganu dihalang

Authority to sack members vested in supreme council, says Ku Li

Mesyuarat bincang kes Nurul Izzah pada 15 Mac

MP PKR Kelana Jaya Bahas Titah Diraja 2016

MP DAP Puchong Bahas Titah Diraja 2016

SIAPA YANG NAK DIPERBODOHKAN..??

Patutla UMNO/BN masih utuh kekal memerintah negara, rupa2nya pilihanraya di negara ini ADIL & BERSIH !!!

Kenapa setakat tak sampai pon 0.2 peratus drpd 3 juta ahli umno nak diajak berdemo...???

Elok sgt ler tu.. Baju Merah anti Mahathir. Hang bergasak la sampai PRU14 pon takper.. Umno sama Umno kan...

Hanipah ulangi gesaan Najib perlu saman WSJ


hanipa maidin 1hanipa maidin 1Sekali lagi  ahli Parlimen pembangkang menggesa  kerajaan mengambil  tindakan menyaman Wall Street Journal (WSJ),jika tidak mahu wujudnya persepsi negatif rakyat terhadap kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ahli Parlimen Sepang Hanipah Maidin berkata beliau menyokong saranan Ketua Pembangkang Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan  Ismail,  agar Najib mengambil tindakan menyaman WSJ untuk membersihkan namanya.
"Kita berasa pelik apabila Najib hanya berdiam diri.

“Kalau beliau tak saman rakyat mempunyai persepsi bahawa beliau tahu yang beliau bersalah dan tidak berani untuk bersihkan nama.

“Najib boleh saman Harakahdaily, saman Rafizi Ramli dan Tony Pua kenapa tak boleh saman Wall Street Journal?” katanya ketika ditemui di parlimen hari ini.
Semalam, Wan Azizah dalam ucapan membahaskan Usul Menjunjung Kasih di atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat berkata, dengan menyaman WSJ di mahkamah sama ada di dalam atau di luar negara, maruah negara di mata rakyat dan mata dunia antarabangsa dapat dipertahankan.
Pihaknya juga menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak mengelak 'daripada memburukkan negara di mata masyarakat antarabangsa'.
Bagaimanapun hari ini dalam sidang dewan rakyat melalui jawapan bertulis Najib yang juga Menteri Kewangan berkata,kerajaan tidak perlu menjawab tuduhan yang dibuat berasaskan kepada laporan media seperti yang dinyatakan mengikut Peraturan Dewan Rakyat 23 (1)(i).
Najib menjawab demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di Dewan Rakyat.
Pua bertanyakan soalan mengapa anak syarikat 1MDB, SRC International membayar RM170 juta kepada Putra Perdana Construction antara Julai 18 dan Ogos 8 pada 2014.

Syarat jadi PM mesti jadi MP bukan Adun, Mahfuz bidas Mohd Puad

Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membidas kenyataan kurang bijak yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkarshi yang tidak tahu syarat untuk seseorang dilantik sebagai Perdana Menteri adalah menjadi seorang Ahli Parlimen.
Beliau berkata, tidak sewajarnya Mohd Puad sebagai bekas Timbalan Menteri dan bekas Ahli Parlimen Batu Pahat  tidak tahu syarat untuk menjadi seorang Perdana Menteri dan mendakwa Tun Mahathir mahu anaknya Datuk Seri Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri.
" Saya terkejut bila membaca kenyataan Datuk Puad Zarkashi yang menyatakan Tun Mahathir mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM selepas menjatuhkan Najib.
" Tidak sewajarnya Puad yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri dan bekas Ahli Parlimen Batu Pahat serta seorang yang memiliki PHD, bahkan kini diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), tidak tahu syarat untuk menjadi PM?
"Kalau dia pun hendak serang Tun M biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang membengong dan membangangkan dirinya sendiri." ujar Mahfuz dalam kenyataannya hari ini.
Menuru Mahfuz lagi kenyataan Puad tidak ketahuan hala dan tidak boleh membezakan antara Ahli Parlimen dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
"Saya ingin memberitahu Puad bahawa Mukhriz itu adalah seorang Adun.
"Jika mahu menjadi Perdana Menteri seseorang itu mestilah Ahli Dewan Rakyat. Kalau esok sekali pun Tun M berjaya turunkan Najib sebagai PM, Mukhriz tidak boleh dilantik sebagai PM kerana beliau hanyalah seorang Adun.
"Mukhriz atas sifat sebagai Adun hanya boleh menjadi MB atau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk menjadi Menteri atau pun Timbalan Menteri sahaja.
"Kecualilah kalau bubar Parlimen dan Mukhriz bertanding kerusi Parlimen. Itu pun kalau menang. Barulah boleh diangkat menjadi PM.
"Puad ni dah mengalahkan kebodohan Awang Liku. Mana dia dapat PHD?

'SPRM dapati tiada rasuah dalam kes RM2.6b Najib' sembang Azalina


Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas isu ‘derma’ RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak tidak menunjukkan bahawa perdana menteri telah melakukan sebarang perbuatan rasuah.
 "Kertas siasatan yang dikemukakan kepada Peguam Negara, menunjukkan hasil siasatan SPRM tidak menunjukkan bahawa Perdana Menteri telah melakukan sebarang perbuatan rasuah," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis parlimen semalam.
"Berdasarkan kepada Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan sama ada sesuatu kes ke mahkamah perlu didakwa di mahkamah atau tidak.”
Mengenai satu lagi soalan lain oleh Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) sama ada terdapat konflik kepentingan apabila Apandi yang dilantik oleh perdana menteri untuk mengendalikan kes ‘derma’ RM2.6 bilion Najib, Azalina menjawab bahawa kes itu disiasat oleh SPRM dan bukannya Peguam Negara.

Tun M berhak kekal atau tinggalkan GLC – Ku Li

Mahathir mempunyai pertimbangan dan pandangan atas setiap keputusan yang beliau lakukan.
kuli,mahatnir
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyak hak untuk kekal atau melepaskan jawatan dalam syarikat atas lantikan kerajaan.
Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Dr Mahathir mempunyai pertimbangan dan pandangan atas setiap keputusan yang beliau lakukan.
“Dia mempunyai hak untuk kekal atau melepaskan jawatannya. Dia juga pasti mempunyak perkiraan dalam setiap keputusan yang diambil,” ujarnya ketika ditemui pemberita, di Parlimen, hari ini.
Semalam, Anggota Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur menggesa Dr Mahathir melepaskan jawatan yang kini disandangnya atas lantikan kerajaan.
Desakan berkenaan dibuat selepas Dr Mahathir tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Tengku Razaleigh atau Ku Li menyatakan tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Ahmad Said itu berlaku disebabkan Ahmad sudah hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
“Sebab dia (Ahmad) tidak percaya lagi. Saya juga tidak tahu serta saya tidak berjumpa dengan dia pun,” kata beliau lagi.
Ku Li berkata, tindakan Ahmad itu akan memberikan kesan kepada UMNO memandangkan parti Melayu itu kini menjadi perhatian berikutan polemik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tanpa mahasiswa, usaha jatuhkan Najib gagal

Hanya orang muda khususnya mahasiswa mampu menjatuhkan regim yang dilihat tidak adil seperti yang berlaku di negara luar.
Ahmad-Atory-Hussain,mahasiswajpg
PETALING JAYA: Deklarasi Rakyat yang diusahakan Tun Mahathir Mohamad bersama-sama pembangkang dan NGO tidak akan memberi makna tanpa sokongan golongan muda, terutama mahasiswa.
Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Atory Hussain berkata, mahasiswa adalah golongan penting dalam mana-mana usaha membawa perubahan terhadap negara, termasuk mengundurkan pemimpin negara.
Beliau memberi contoh kejatuhan bekas Presiden Indonesia, Soeharto pada 1998 yang antara punca utamanya adalah protes di kalangan mahasiswa.
“Di negara-negara lain, tindakan seperti apa yang dilakukan Tun disokong orang muda, mahasiswa. Mahasiswa di Indonesia sanggup mati untuk paksa Soeharto berundur. Tapi di Malaysia mana ada yang sanggup,” katanya kepada FMT.
Sama ada dijemput atau tidak, tiada persatuan dan gerakan mahasiswa yang terlibat dalam pelancaran Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu, yang bertujuan mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

MP Amanah Parit Buntar Bahas Titah Diraja 2016

Speaker drubs 'clever' Kit Siang over remarks on royal speech

Pandikar: Why can't opposition form a Shadow Cabinet?

Antara kawan, gusti dan politikus

Mahathir ibarat Hulk Hogan yang sudah tua tetapi masih mampu menggeletar 'naik syeikh' memukul lawan.
mahathir-najib,gusti
By Oleh Ronasina
Saya masih ingat 80an adalah tahun kebangkitan sukan gusti. Ia seiring dengan popularnya alat pemain video VHS. Jadi, orang boleh menyewa pita video gusti dan menontonnya sehingga datang ketagihan.
Di rumah, warung kopi, restoran dan di mana sahaja video gusti dipasang. Kanak-kanak, orang tua, anak muda malah wanita pun meminatinya. Siapa tidak tonton gusti dianggap ketinggalan. Tidak kira waktu biasa, pada acara keramaian seperti kenduri kahwin sehinggalah mengunjungi rumah kawan di hari raya, gusti menjadi menu wajib.
Masalahnya ramai peminat gusti ini menyangka sukan hiburan itu benar lagi nyata. Mereka percaya sungguh yang penggusti anu itu baik, yang ini pula jahat. “Dia ini dulu kawan sekarang musuh, dulu Hulk Hogan musuh ketat Roddy Piper tapi sekarang bergabung hendak belasah Mr. Wonderful yang belot.” Sampai berdebat dan bertekak dengan kawan sendiri untuk membuktikan siapa lebih tahu tentang gusti.
Walhal masing-masing membawa watak yang diberi. Ada pendapat mengatakan Roddy Piper dibayar lebih mahal daripada Hulk Hogan kerana keberkesanan peranan jahat yang dibawanya sehingga tiket laris dijual. Penonton memenuhi stadium kerana sangat ingin melihat Roddy Piper dilanyak oleh Hulk Hogan.
Begitulah juga dengan dunia politik. Seperti gusti. Ada memegang watak baik, jahat, ganas, bodoh-bodoh alang, pondan, talam dua muka dan macam-macam lagi. Ketika Perang Teluk 1990, muncul pula watak wira Amerika melawan Orang Arab. Kesempatan menebarkan agenda mungkin atau juga parodi.
Ada adegan pukul curi, cabar-mencabar bertekak menunjukkan skil menggunakan mikrofon, Ada babak bekerjasama dengan musuh, ada babak pembelotan. Paling tak tahan ada situasi seorang penggusti kesukaan dibelasah musuh lebih dari seorang sementara pengadil boleh tidak nampak kerana sibuk mengawal pihak lain. Di bilik persalinan semua penggusti ini berkumpul, minum bir, cucuk ubat penahan sakit sambil menghitung gaji.

Biar mati berkalam tanah, MB T'ganu ikrar tak mengalah


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berikrar tidak akan tunduk kepada mereka yang ingin menjatuhkannya selepas ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said cuba membentangkan usul undi tidak percaya terhadapnya.
“Kepada mereka yang ingin jatuhkan saya dengar baik-baik. Saya tak takut dan saya tak akan tunduk.
“Biar berdepan cabaran menggunung, biar tiba tentangan hebat, saya tak akan menyerah kalah.
 “Biar mati berkalam tanah, biar ada yang berpaling tadah, saya tidak akan mengalah,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.
Ahmad Razif berkata antara perancangan lawan dengan perancangan Allah, perancangan Allah adalah yang terbaik dan kepada Allah beliau berserah.
Semalam Ahmad tSaid membuat kejutan apabila membawa usul undi tidak percaya terhadap Razif.
Bagaimanapun Speaker Dewan Undangan Negeri Satuk Mohd Zubir Embong menolak usul itu, dengan alasan keperluan menghantar notis 14 hari tidak dipatuhi.

Mat Said ‘menipu’, cuba ‘serang hendap’ MB - Pandikar Amin

Tidak pernah dalam sejarah demokrasi negara yang membenarkan sesuatu usul itu dibawa ke dalam dewan tanpa melalui notis cadangan.
pandikar-amin-said
PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Said didakwa cuba membuat ‘serangan hendap’ terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman apabila membuat usul undi tidak percaya, semalam.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata tindakan Ahmad itu jelas bertentangan dengan amalan sistem demokrasi negara ini, apabila lansung tidak memberi notis untuk membawa usul kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Ini satu insiden yang menjadi liputan media massa beberapa hari ini ialah usul undi tidak percaya di Terengganu yang saya tidak pernah terfikir bahawa usul tidak percaya kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh dibuat dalam negara demokrasi moden seperti ini yang tidak memberi notis untuk dbuat oleh Yang Berhormat.
“Beliau (Ahmad Said) cuma berdiri lepas itu bawa usul undi tidak percaya seolah-oleh itu perang hendap beliau (terhadap MB). Dalam demokrasi tidak ada tipu menipu ini semua mesti secara telus dan perlu notis,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Menara SPR di sini hari ini.
DUN Terengganu semalam dikejutkan dengan cadangan usul tidak percaya Ahmad terhadap Ahmad Razif, namun speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong menolak cadangan usul itu.
ADUN Kijal itu mengemukakan alasan bahawa terdapat konspirasi untuk memburukkan nama beliau dalam politik dan sebagai wakil rakyat.

Pendebat Terbaik Cambridge bidas Ketua Puteri UMNO

Puteri UMNO sepatutnya menjadi pertubuhan yang memberi inspirasi kepada golongan muda wanita, bukan kesetiaan membuta tuli.
Mas Ermieyati Samsudin
PETALING JAYA: Aktivis Change Led by the Young Generation (Challenger) Ameera Natasha Moore membidas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mengkritik Deklarasi Rakyat kerana manipulasi institusi awam negara.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook Challenger, beliau berkata kecewa dengan tindakan Ermieyati, apatah lagi Puteri UMNO yang dipimpinnya sepatutnya menjadi pertubuhan yang memberi inspirasi kepada golongan muda wanita.
“Perbuatan mempertahankan sistem tersebut telah mengorbankan tanggungjawab anda dalam memberikan suara kepada mereka yang memerlukan,” kata Pendebat Terbaik Wanita Cambridge itu.
Kata Ameera lagi, walaupun benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipilih secara demokratik, beliau tidak lagi menjadi simbol demokrasi.
“Saya ingin memberi kepercayaan kepada institusi-institusi yang ditadbir beliau agar memainkan peranan semak dan imbang, tetapi saya tidak boleh,” katanya.
Namun, Ameera setuju dengan kenyataan Ermieyati sebelum ini bahawa seseorang itu perlu berpegang teguh kepada prinsip, dan berkata itulah yang dilakukan Challenger dengan menolak rasuah dan tindakan menutup kesalahan lampau.
“Apakah (pula) prinsip-prinsip yang anda pegang? Kesetiaan membuta tuli kepada parti politik?” soalnya kembali.
“Ramai yang akan cuba mematahkan usaha kami dengan kata-kata kesat, tetapi saya boleh memberi jaminan kepada anda, kami tidak mempunyai agenda tersembunyi. Kami hanya mahu rasuah dihentikan,” katanya lagi.
Pada minggu lalu, Ermieyati menyifatkan Deklarasi Rakyat sebagai tindakan terdesak dan menafikan dakwaan bahawa tahap demokrasi di Malaysia kian merosot.

'Jangan alih isu dengan cerita cubaan culik PM'

PAS menuntut penjelasan kerajaan berhubung perkembangan lantikan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat perkhidmatan bulan depan.
Dalam masa yang sama, parti Islam itu berharap tiada cubaan dilakukan bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penting tersebut.
“Jangan biarkan berita-berita seperti cubaan penculikan setahun lepas mengalihkan perhatian rakyat daripada perkara yang lebih penting,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.
Katanya, pada 30 Januari lalu, seramai 13 orang “dengan elemen IS” telah merancang menculik perdana menteri, menteri dalam negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Berhubung calon gabenor baru, PAS juga mengingatkan bahawa pengganti Zeti mesti dipilih daripada pihak yang tidak pernah terlibat dalam kabinet Najib.
Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu penting untuk menjaga imej dan integriti BNM.
Ini kerana, katanya lagi, perdana menteri masih tidak menyaman media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) yang mula-mula melaporkan dakwaan skandalnya dalam isu 1MDB.
“Calon yang menggantikan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (gambar) mestilah dari kalangan mereka yang bebas politik,” katanya.
Sementara itu, PAS juga memohon Zeti diberikan lanjutan kontrak sekiranya laporan audit 1MDB memerlukan beliau mengambil tindakan tertentu.
“Biar Tan Sri Zeti memenuhi hasratnya untuk melihat isu 1MDB diselesaikan sebelum bersara,” katanya.

“Azalina, jangan sentuh isu talak kalau belum kahwin” jawap Ahmad Said

Ahmad Said menasihatkan Azalina supaya tidak membuat komen bodoh termasuk menggunakan isu talak jika tidak tahu apa-apa tentang politik di Terengganu.

PETALING JAYA: “Kalau belum berkahwin, jangan pandai-pandai sentuh isu talak,” nasihat Datuk Seri Ahmad Said kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ahmad menjawab kecaman Azalina kepada dirinya dan mendakwa bekas bekas Menteri Besar Terengganu itu ‘gila talak’ kerana mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
“Jangan cakap soal talak. Dia (Azalina) belum kahwin, dia tak tahu talak itu apa. Talak ini hak lelaki bukan perempuan,” kata Ahmad kepada FMT.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu menegaskan, beliau mengemukakan usul itu demi kepentingan rakyat Terengganu, bukan untuk menjadi Menteri Besar.
“Saya berjuang demi negeri Terengganu dan kepentingan rakyat di Terengganu. Tidak ada kepentingan peribadi. Kalau saya nak jadi Menteri Besar (MB), dari dulu saya dah buat. PAS ajak saya bergabung nak lantik saya jadi MB, saya tak nak.
“Nasihat saya, kalau tidak tahu apa-apa mengenai politik Terengganu, jangan komen bodoh,” katanya bagi menjawab tuduhan Azalina bahawa Ahmad akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Menteri Besar semula.

PAS tidak terlibat usul undi tidak percaya MB T'ganu, kata Hadi

Hadi: Tindakan kumpulan bentuk Deklarasi Rakyat sia-sia sahaja

Jangan libatkan SPR dalam kancah politik kata Pengerusi SPR

Pas Tidak Akan Terlibat Dalam Penukaran MB Terengganu

Ahmad Said serang hendap MB Terengganu kata Pandikar

Ketua bank dikaitkan Skandal 1MDB putuskan bersara


Ketua Bank Switzerland BSI SA bahagian Asia Hanspeter Brunner membuat keputusan bersara, menurut bank itu semalam.
The Wall Street Journal melaporkan Brunner yang merupakan ahli lembaga BSI berpengkalan di Singapura, tidak memberi maklum balas kepada permintaan mereka untuk mendapatkan komen.
BSI dikaitkan dengan syarikat bermasalah 1MDB yang merupakan antara pelanggan utama kepada bank itu.
Tahun lepas WSJ melaporkan pihak berkuasa Singapura mengkaji semula tentang lebih daripada US$500 juta dipindahkan dalam tempoh 2011 dan 2013 antara entiti dikaitkan dengan 1MDB dan akaun BSI.
Walaupun 1MDB mengakui ia mempunyai akaun BSI di Singapura, bank itu menolak untuk mengulas tentang perkara itu, lapor WSJ.
Ketika 1MDB pada masa ini disiasat di pelbagai negara termasuk Singapura dan Switzerland, BSI belum dituduh dengan sebarang salahlaku dalam siasatan ini.
Peguam negara Switzerland bulan lepas berkata siasatan mereka terhadap 1MDB dengan kuat membayangkan bahawa US$4 bilion mungkin telah dilesapkan daripada syarikat milik kerajaan Malaysia.
1MDB dengan konsisten menafikan salahlaku dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa.

RM42 juta: PKR tuduh Najib beri jawapan menipu di Parlimen

Jawapan Najib berkenaan perpindahan RM42 juta ke akaun peribadi Perdana Menteri bertentangan dengan jawapan Peguam Negara.
wong-chen-najib
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mempersoalkan jawapan bertulis Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengenai penyaluran dana sebanyak RM42 juta ke akaun peribadinya oleh SRC International Sdn Bhd.
Katanya, jawapan Perdana Menteri amat mengejutkan kerana ia menyangkal secara menyeluruh mengenai kewujudan pemindahan wang sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadinya.
Jawapan Najib itu juga bercanggah dengan jawapan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengaku bahawa penyaluran wang ini wujud tetapi Perdana Menteri tidak perlu didakwa.
“Memandangkan kementerian telah menyangkal isu ini secara menyeluruh, kita perlu menuju persoalan kepada empat pihak yang lain untuk menjelaskan hal ini.
“Saya ingin meminta Peguam Negara, Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Bank Negara menjawab soalan mudah, iaitu adakah penyaluran dana sebanyak RM42 juta mengenai SRC ini berlaku ataupun tidak,” katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Wong Chen meminta Najib menyatakan siapakah yang telah meluluskan penyaluran dana sebanyak RM42 juta melalui SRC ke akaun peribadi Perdana Menteri tanpa pengetahuannya dan adakah kesemua wang tersebut telah dikembalikan semula kepada SRC.
Namun Menteri Kewangan dalam satu jawapan bertulis berkata, SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu ini dan ia juga berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesahihan sumber beritanya.
“Namun, sekiranya mana-mana pihak menyangkal penafian menyeluruh Perdana Menteri dan mengesahkan kewujudan penyaluran tersebut, hal ini menjadi bukti bahawa Perdana Menteri menipu di Parlimen,” katanya lagi.

KPN, peguam negara perlu jalankan siasatan bon AS$6.5 bilion 1MDB

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar harus segera menjalankan siasatan berhubung pengeluaran bon bernilai AS$6.5 bilion oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Goldman Sachs, kata DAP.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, tindakan itu perlu dilakukan susulan bekas ketua Goldman Sachs di Asia Tenggara Tim Leissner disepina Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS).
"Kegagalan peguam negara dan ketua polis negara mengambil tindakan segera dan efektif terhadap jenayah seperti itu mengakibatkan Putrajaya terpaksa menyelamatkan 1MDB dengan pinjaman kecemasan, penjualan hartanah dan kontrak dengan harga yang rendah," kata Pua pada satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, walaupun Putrajaya dan pembayar cukai mangsa terbesar pembayaran kepada Goldman Sachs, penyiasat AS yang menemui asas penyiasatan dalam transaksi yang berkemungkinan satu penipuan. Bloomberg sebelum ini melaporkan Tim (gambar kanan) disepina FBI bulan lalu, dan pendakwaraya Jabatan Keadilan kini sedang menyiasat sama ada terdapat kaitan dengan 1MDB.
"Saya dan pengkritik 1MDB sejak sekian lama menggesa pengeluaran bon oleh Goldman Sachs untuk 1MDB sebanyak AS$6.5 bilion itu disiasat," kata Pua.
Beliau berkata, 1MDB mempunyai 3 bon antarabangsa, dengan 2 bon masing-masing bernilai AS$1.75 bilion, dan AS$3 bilion.
Pua juga berkata, 1MDB membayar AS$196 juta dan AS$283 juta untuk komisen, caj dan perbelanjaan bagi mengemukakan bon bernilai AS$1.75 bilion dan AS$3 bilion.
"Amaun ini berbentuk kepada peratusan yang tinggi sehingga 11.2% dan 9.4% daripada dana bon," kata Pua.
Beliau berkata, negara luar seperti Mexico dan Uruguay berjaya mengeluarkan bon masing-masing bernilai AS$3.9 bilion dan AS$2 bilion dengan hanya menolak 0.2% dan 0.1% sebagai caj dan perbelanjaan.
"Bagaimana mungkin Malaysia sebagai sebuah negara lebih baik daripada mereka," katanya.

MP bengang jawapan' SRC tiada maklumat RM42 juta'


Ahli Parlimen PKR mengkritik kementerian kewangan kerana mengatakan SRC International Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang maklumat apabila ditanya mengenai RM42 juta yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
 Wong Chen berkata ini walaupun Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan wang itu mengalir dari SRC International ke akaun bank peribadi Najib tetapi dibersihkan atas alasan Perdana Menteri "tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu".
Terdahulu Ahli Parlimen Kelana Jaya itu bertanya siapakah yang telah meluluskan penyaluran dana sebanyak RM42 juta dari SRC International ke akaun Najib tanpa pengetahuannya dan adakah wang tersebut sudah dikembalikan.
"Jawapan daripada Menteri Kewangan adalah mengejutkan apabila menafikan dakwaan kewujudan pemindahan RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.
"Penafian ini bertentangan dengan kenyataan akhbar rasmi Peguam Negara mengenai SRC International di mana beliau mengakui bahawa pemindahan itu wujud tetapi Perdana Menteri tidak akan didakwa," kata Wong Chen dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam jawapannya, Kementerian Kewangan berkata SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu ini dan ia juga adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesahihan sumber beritanya.
“Sehubungan dengan itu, di bawah Peraturan mesyuarat 23(1) (i), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar,” kata kementerian tersebut.
“Sehubungan dengan itu, di bawah Peraturan mesyuarat 23(1) (i), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar,” tambahnya.

Dana RM170 juta dipulangkan kepada SRC International, sembang Najib

Pembayaran RM170 juta kepada Syarikat Putra Perdana Construction untuk projek pembinaan "turnkey" sudah dipulangkan kepada SRC International, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata, beliau yang juga menteri kewangan berkata, dana RM170 juta itu bertujuan untuk pembayaran projek tersebut tetapi ia kemudiannya dibatalkan.
"Untuk makluman Yang Berhormat, RM170 juta dibayar kepada Syarikat Putra Perdana Construction adalah bagi tujuan pembayaran projek pembinaan 'turnkey' yang mana kemudiannya dibatalkan dan wang tersebut dipulangkan sepenuhnya kepada SRC," kata Najib yang juga menteri kewangan.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang meminta menteri kewangan menyatakan tujuan SRC International membuat pembayaran sebanyak RM170 juta antara 8 Julai dan 8 Ogos 2014 kepada Syarikat Putra Perdana Construction. Wakil rakyat DAP itu turut bertanya mengapakah RM27 juta daripada jumlah itu disalurkan ke akaun bank Najib.
Najib dalam jawapan itu bagaimanapun berkata, SRC tidak mempunyai maklumat berkenaan perkara itu sebaliknya mempertikai laporan tersebut oleh sebuah portal berita.
"SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran wang ke akaun menteri kewangan dan ia juga adalah berdasarkan laporan berita sebuah portal tidak dapat ditentukan kesahihan sumbernya.
"Sehubungan itu, di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1) (i), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang memberi penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," katanya.

Jatuh Najib Ketika Bn Berkuasa Lebih Baik

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Saya beranggapan kedua-dua Najib dan Mahathir adalah jahat pada zaman masing-masing. Walaupun kedua-duanya ada melakukan kebaikan, tapi dalam post ini saya mahu berkata mengenai falsafah kejahatan mereka.
2) Pada hemat saya, Mahathir adalah seorang yang bijak dan strategis secara individu. Setiap apa yang dia bikin, dia akan pastikan semua menjadi. Dia akan sediakan dot dot terlebih dahulu sebelum menyambung (connect the dots). Langkahnya bersimpang siur untuk mengelirukan musuhnya.

3) Najib pula tidak bijak secara individu. Dia memerlukan pengampu dan strategis lain untuk membina dot dot untuknya. Untuk menyambung dot-dotnya pun dia akan teragak-agak. Dia mahu semuanya berjalan lancar, tetapi dia seperti tiada keyakinan diri, malah setiap langkahnya mudah dibaca musuh. 4) Kejahatan Mahathir dilihat hebat pertamanya tentulah kerana peranan media kerajaan yang mengampu kuat. Media alternatif belum berputik melainkan sedikit sahaja akhbar pembangkang. Itu pun dia berjaya mengehadkan cetakannya. Manakala Najib menerima padah besar apabila melakukan kejahatan pada zaman media sosial yang 20 kali lebih pantas berbanding media kerajaan.
5) Jahatnya Mahathir, dia berani menanggung risiko setiap perbuatannya. Dia sediakan jalan-jalan keluar plan A, plan B etc. Mencabar strateginya pasti mengundang padah. Lihat lah berapa ramai timbalannya kecundang akibat tidak menjadi buah catur yang baik. Najib? Masih teragak-agak untuk berdepan Muhyidin, Mukhriz, Mahathir dll. Kalau mahathir dahulu, sekali pecat, habis semua jawatan tak kira dalam kerajaan atau dalam parti.
6) Najib terlalu takut. Jahat, tapi takut. Maka orang-orang jahat kelilingnya akan mengambil kesempatan atas kelemahan penjahat ini. Ia lebih membahayakan rakyat. Malah penjahat yang penakut, tindakannya lebih berbahaya. Dia akan bertindak dengan kuasa yang ada untuk mengatasi rasa takutnya.
7) Sekarang dia masih belum tunjukkan makarnya yang dahsyat lagi. Baru sepenggal dia berkuasa. Jika dia berkuasa lama seperti Mahathir, dia akan lebih dahsyat kejahatannya berbanding Mahathir. Walaupun jahat Mahathir masih respect kepada cendiakawan dan respect kepada perbezaan pandangan yang cendiakawan itu. CUmanya dia memodifikasi pandangan cendiakawan untuk menguatkan kekuasaannya.

Islam tak galak pecat pemimpin, kata Hadi


 Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk memecat pemimpin sebaliknya perlu 'membetulkan' mereka.
Sambil memetik kata-kata Saidina Abu Bakar As-siddiq, presiden PAS itu berkata parti politik dan rakyat sendiri perlu bersabar menghadapi karenah berbanding menjatuhkan pemimpin mereka.
"Budaya pecat pemimpin tak digalak Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul pemimpin boleh.
"Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin. Walaupun saya tak setuju dengan kerajaan tapi kita (PAS) sabar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap membahas titah Agong di Parlimen hari ini.

PAS tak terlibat tukar MB Terengganu jika hanya 'perebutan kuasa' - Hadi


PAS tidak terlibat dengan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang dibawa pendahulunya Datuk Ahmad Said semalam.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka tidak akan terlibat dalam usaha menukar menteri besar jika ia hanya melibatkan isu perebutan jawatan semata-mata.
"PAS tidak akan terlibat,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, jika terdapat kewajaran lain, perkara itu akan menelitinya terlebih dahulu.
"Kita tak akan terlibat dan akan lihat isu (sama ada) munasabah (atau tidak),” kata Hadi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.
Hadi pernah menjadi menteri besar Terengganu selama sepenggal pada 1999 sebelum menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Idris Jusoh selepas BN merampas kembali negeri itu.
Ahmad Said (gambar) semalam mencetuskan kegemparan selepas membentangkan usul itu yang menurutnya tidak memerlukan notis awal kerana melibatkan perkara bawah perlembagaan negeri.
Speaker bagaimanapun menolak usul itu dan menegaskan kebenaran speaker diperlukan jika notis 14 hari itu dikecualikan.
Menurutnya, undi tidak percaya bukanlah memperkatakan pentadbiran jentera kerajaan negeri atau tanggungjawab menteri besar tetapi mempersoalkan kewujudan pembentukan kerajaan negeri itu sendiri
Justeru, katanya usul undi tidak termasuk dalam ruang lingkup fasal yang mahu digunakan Ahmad Said dalam peraturan dewan.
Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad Said yang dipaksa meletakkan jawatan setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.

Najib berselindung disebalik telunjuk

Oleh Aspan Alias
 
UMNO sedang berada dalam keadaan kucar kacir dan Najib sedang menghadapi masalah yang tidak pernah dilalui oleh pimpinan tertinggi parti itu sejak merdeka. Di Terengganu Menteri Besarnya, menghadapi tindakan dari rakan UMNOnya dengan usul undi tidak percaya dan tentunya banyak lagi keadaan di dalam UMNO diseluruh negara sedang berada diambang kehancuran.
 
Ini menunjukkan pimpinan UMNO sudah tidak lagi mampu mengawal keadaan dan rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya di seluruh negara dan tidak ada siapa dapat menafikan yang parti Melayu itu sudah hampir menemui ajalnya sebagai sebuah pertubuhan politik.


Di peringkat pusat Presidennya sedang menghadapi tekanan bukan sahaja dari rakyat biasa malahan dari masyarakat antarabangsa dan kini Najib sememangnya sudah hilang moral untuk memimpin negara lagi. Dalam isu 1MDB Najib sedang menghadapi masalah dari Kuala Lumpur sehingga ke Switzerland dan yang terakhir ke AS.
FBI AS telah mensapina Pengerusi Goldman Sach bagi Asia Tenggara yang bertanggungjawab untuk meluluskan pinjaman terhadap 1MDB sebanyak RM6 billion kepada 1MDB dengan kadar faedah yang jauh dari kadar biasa, iaitu 9 peratus. Tim Liesner yang mempunyai kerakyatan Germany telah bercuti panjang dan tiada lagi dalam Goldman Sach Asia Tenggara. FBI mengambil tindakan mensapina Tim kerana disyaki terlibat dalam menguruskan pinjaman yang begitu ‘dubious’ kepada 1MDB dan ada unsur-unsur tidak jujur dalam isu ini.
Tanpa menulisnya dengan lebih panjang ia amat berkaitan dengan isu wang dari pinjaman itu yang di masukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan tiada siapa yang dapat lari dari mensyaki Najib terlibat dalam skandal kewangan yang sangat hangat disebut oleh masyarakat antarabangsa khususnya dalam frataniti bidang kewangan. 1MDB telah selepas itu menghadapi hutang sebanyak RM42 juta dan kini semua mata dan perhatian rakyat serta masyarakat antarabangsa terhadap peranan Najib dalam skandal kotor yang tidak ada tolok bandingnya itu.

Ahli MT Umno berebut habuan yang diagih, dakwa rebel Umno


Kamarulazman Habibur RahmanKamarulazman Habibur RahmanTindak tanduk Majlis Tertinggi Umno (MT) berebut habuan yang diagih Presiden memberi gambaran MT sudah tidak yakin bahawa Umno-BN tidak lagi berpeluang untuk menang Pilihanraya Umum ke 14 ekoran penentangan dalaman pemimpin dan ahli Umno terhadap  Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Pengerusi Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarulazman Habibur Rahman mendedahkan, pada masa yang sesingkat ini ahli MT tidak  gunakan untuk menguatkan parti sebaliknya, mengaut segala harta yang tinggal yang mana beliau mengelarkannya sebagai "Majlis Rakan Seperdosaan".
"Itulah sebabnya sedang berlaku perlumbaan di kalangan Majlis Rakan Seperdosaan untuk mengampu Presiden untuk mendapatkan habuan yang sedang giat diagihkan.
"Majlis Rakan Seperdosaan juga seperti sedang giat merosakkan institusi institusi negara yang ada bagi memastikan siapa yang mengambil alih nanti akan menempuhi pelbagai kesukaran.
"Rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin yang mengkritik juga turut dibakar supaya menjadi debu. Umno kini menanti saat kematiannya," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarulazman juga berkata,kebijaksanaan Umno telah berkubur di Johor apabila menggantung jawatan Timbalan Presiden Umno dan melucutkan jawatan menteri kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kamarulazman membawa cerita bagaimana dalam perang dunia kedua, Joseph Stalin menggunakan strategi 'scorched earth' terhadap tentera musuhnya di Rusia.

Umno Tidak berani Pecat Ahmad Said ?

Oleh Zabidi Hj Saidi
Dua tahun lepas ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman dipilih oleh PM, Najib Razak sebagai MB Terengganu yang baharu menggantikan Ahmad Said.  Ada yang berkata bahawa Setpol PM, Jailani Ngah yang main peranan menaikkan Razif sebagai MB baharu. Manakala ada pula yang mendakwa orang yang main peranan menaikkan Razif ini ialah bekas Ketua Pemuda Umno Bukit Bintang, Roslan Ali Omar dari kumpulan Sahabat Najib 1987.

Setahun selepas pengunduran Ahmad Said sebagai MB Terengganu, pada 13 Mei 2015, Ahmad Said menggemparkan rakyat Terengganu apabila dalam ucapan perbahasan menjunjung kasih titah tuanku mendakwa 1MDB mahu mencagarkan minyak dan gas negeri Terengganu. Dakwaan ini dinafikan oleh kerajaan pusat dan ini punca kerajaan Terengganu menarik diri dari 1MDB.
Semalam dalam ucapan perbahasan di Dewan Undangan Negeri, sekali lagi ADUN Kijal itu mengejutkan orang ramai apabila mencadangkan usul undi tidak percaya kepada MB. Usul itu dibawa dalam ucapan penangguhan Ahmad Said dan DUN terpaksa ditangguhkan ke sebelah petang untuk memberi peluang kepada Speaker DUN untuk mentafsirkan usul tersebut.

Speaker, Zubir Embong menolak usul itu kerana ia diberi tanpa notis tetapi dibantah oleh Ahmad Said kerana usul yang menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 1961 dibawa ke sidang DUN tanpa sebarang notis. Sidang  DUN semalam ditangguhkan pada jam 3.20 petang apabila penolakan usul tersebut oleh Speaker adalah muktamad.

Belum pernah dalam sejarah politik negara, ADUN BN sendiri  yang membawa usul undi tidak percaya kepada MB BN. Ahmad Said mencatat sejarah ini. Menteri di JPM, Azalina Othman mengulas isu ini berkata Ahmad Said gila talak. Bagi saya, Ahmad Said mabuk ubi gadung kerana sanggup bawa usul tersebut. Sepatutnya beliau suruh PAS bawa usul itu dan beliau sokong apabila dibuat pengundian. Jadi tindakan ini mengundang lembaga disiplin Umno untuk mengambil tindakan kepada Ahmad Said sama ada menggantung atau memecat keahlian beliau.

Sebelum ini Ahmad Said yang kecewa kehilangan jawatan MB dua tahun lepas telah keluar dari Umno tetapi u turn semula apabila dipujuk oleh pucuk pimpinan. Sejak itu Ahmad Said tuntut macam macam dengan MB termasuk melantiknya sebagai Pengerusi Ladang Rakyat dan  Pengerusi Pembangunan Tasik Kenyir. Apa lagi Ahmad Said mahu?

Saya simpan rahsia besar Najib – Ahmad Said

Oleh Mohamad Fadli
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa beliau menyimpan satu rahsia besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata, jika rahsia itu didedahkan, ia boleh memalukan Najib dan rakyat.
“Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Najib Razak).
“Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu ‘terhutang,” katanya kepada FMT.Ahmad berkata, disebabkan rahsia besar itu beliau berjuang habis-habisan dan sanggup mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat di Terengganu.
Diminta menjelaskan lebih lanjut rahsia besar itu, Ahmad berkata, beliau hanya akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat reaksi dan komen-komen pemimpin UMNO terhadap dirinya termasuk daripada Najib sendiri.
“Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor).
“Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina,” katanya.
Semalam, Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif kerana berkata usul itu dibuat tanpa notis sekaligus melanggar peraturan DUN.

Alahai politik orang Terengganu

Oleh Mohd Sayuti Omar
Semalam sidang DUN Terengganu kecoh apabila bekas MB Ahmad Said telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap MB sekarang ini Ahmad Razif. Kekecohan itu katanya sampai speaker lari meninggalkan kerusi kerana enggan layan usul dikemukakan Ahmad Said. Bagiamana pun usul berkenaan ditolak spekaer selepas ia disambung semula di sebelah petang. Jadi usul berkenaan tidak dibahas dan Ahmad Razif tidak jatuh sebagai MB.

Menurut speaker penolakan usul itu ada alasan tersendiri dan ia tidak disenangi oleh bekas MB.

Lucu melihat telatah sidang DUN Terengganu dan juga cara Ahmad Said membawa usul undi tidak percaya itu. Beliau katanya marah dan kecewa dengan penolakan usul berkenaan dan tidak berpuas hati dengan tindakan speaker. Ahmad membawa usul itu dengan mengambil contoh apa yang berlaku sebelum ini (percedent) pada tahun 1961, di mana usul menjatuhkan MB daripada Pas, Daud Samad pernah dibuat, dan MB Pas itu jatuh.

Sebenarnya kalau Ahmad memahami politik dan kerenahnya, apa yang berlaku dulu tidak boleh dijadikan sempadan. Yang hendak dijatuhkan dahulu adalah MB Pas, dan yang hendak dijatuhkan kini MB Umno. Umno menjadi kerajaan di Malaysia. Soal keadilan, demokrasi dan integriti bukan menjadi perkiraan Umno.

Ahmad seharusnya menyedari perkara ini. Kalau pun usul yang dibuat itu memenuhi kehendak perlembagaan ia tetap akan dihalang oleh speaker. Apa yang berlaku di Dewan Rakyat bagaimana speaker menangani usul dan cadangan pembangkang menjelaskan pendirian dan sikap berat sebelah.

Itu satu hal, hal lain apakah Ahmad sudah membuat homework lengkap mengenai usul yang dibawa itu. Apakah kalau usul itu diterima untuk dibahaskan ia mencapai sasarannya. Apakah Adun Pas yang diketaui oleh Abdul Hadi Awang sedia untuk menyokong? Kalau Ahmad dan beberapa kerat Adun Umno sahaja ia tidak merebahkan Ahmad Said.

Ahmad Said juga tidak boleh berharap kepada orang-orang yang bersama dengannya semasa memimpin kerajaan dahulu. Dulu mereka mungkin sedia setia kerana beliau MB, tetapi hari ini selepas menggangur atau jadi pemancing siapa nak hormat lagi. Jangan hendak sokong nak tegur dan ajak minum pun liat. Jadi kerja-kerja dilakukan Mat Said itu buang masa sahaja.

"Don't say EC unfair if wealthy states fall into opposition control"

Wong Chen: Wang SRC RM42 juta, adakah kerajaan berbohong?

Idris: Ahmad Said berhak kemuka usul tidak percaya terhadap MB Terengganu

Tinjauan: Terkejut tindakan Dr M, terserah kepada rakyat

Saya tak tahu pendebat terbaik Asia disekat, kata Idris Jusoh

Lim Kit Siang: Not oppurtunistic, doing what's best for the country

'There is a need to work together for a common objective'

NURUL IZZAH ANWAR: MyChangeMakers | Agen Perubahan Di Sarawak

Naib presiden PAS tuntut PRU lebih awal, pulih imej negara

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tuntutan Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan adalah paling wajar pada masa ini untuk memulihkan imej negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mac, 2016.Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tuntutan Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan adalah paling wajar pada masa ini untuk memulihkan imej negara.Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan jawapan pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap tuntutan PAS supaya mengadakan pilihan raya umum (PRU) dengan segera menunjukkan BN tidak lagi berpijak di bumi yang nyata, lapor Sinar Harian.
Katanya, ini kerana terdapat pemimpin BN menempelak PAS dengan mengatakan rakyat yang berhak menuntut PRU, bukannya PAS.
“Pemimpin tersebut tak nampak PAS juga mewakili rakyat. Ahli PAS adalah rakyat dan wakil rakyat PAS sudah tentu mewakili rakyat.

“Sikap yang ditunjukkan pemimpin tersebut sikap BN hari ini yang merasakan mereka terlalu besar sehingga tidak boleh ditegur,” beliau dipetik berkata akhbar itu. Iskandar yang juga pesuruhjaya PAS Selangor berkata, pandangan rakyat hari ini diabaikan begitu saja dan sudah tiada rasa hormat terhadap rakyat.
“Imej negara di peringkat antarabangsa teruk tercemar. Tetapi pemimpin BN memekakkan telinga mereka dan membutakan mata mereka seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku, walhal rakyat terus menderita,” katanya.
Beliau dilaporkan berkata, tuntutan agar Parlimen dibubarkan dan PRU diadakan adalah paling wajar.
“Imej negara perlu dibersihkan dan rakyat perlu diselamatkan dengan segera,” katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan menuntut supaya Parlimen dibubarkan pada kadar segera bagi membolehkan PRU diadakan.
Takiyuddin berkata, mandat harus dikembalikan kepada rakyat bagi menggantikan kerajaan persekutuan sedia ada yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kelemahan urus tadbir.

SRC tidak tahu dana dipindahkan ke akaun saya, sembang Najib

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berkata hari ini, SRC International tidak mempunyai maklumat mengenai RM42 juta yang dilapor dipindahkan ke akaun bank peribadinya.
Melalui satu jawapan bertulis di Parlimen semalam, beliau berkata, dakwaan itu tidak berasas dan bersumber dari sebuah portal.
Perdana menteri berkata demikian sebagai respons kepada soalan Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dari PKR yang bertanya identiti orang yang meluluskan pemindahan dana itu.

Wong Chen juga bertanya sama ada RM42 juta itu sudah dikembalikan kepada SRC International, syarikat yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan. "SRC International tidak mempunyai maklumat tentang isu ini dan ia juga berdasarkan laporan berita daripada sebuah portal yang tidak dapat menentukan kesahihan sumbernya," menurut Najib dalam jawapan bertulis itu.
"Oleh itu, di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1) (i), perkara ini tidak memerlukan jawapan kerana ia adalah soalan yang meminta penjelasan mengenai sesuatu yang dilaporkan akhbar."

INI CERITA DALAM MALAYA..!!


Ex-Goldman Banker to Malaysia Fund Subpoenaed in U.S. Probe

BLOOMBERG
By Greg Farrell and Keri Geiger
A former Goldman Sachs Group Inc. banker has become entangled in a sprawling investigation of the Malaysian state investment fund as U.S. authorities turn to him for information.
Tim Leissner was issued a subpoena about the Malaysia matter in late February, according to three people briefed on the matter, just days after Goldman Sachs confirmed he had left the firm. Leissner, a German national, was most recently chairman of the firm’s Southeast Asia operations but had taken personal leave and relocated to Los Angeles by early this year, according to people with knowledge of the move.
From Malaysia to Switzerland to the U.S. investigators have been trying to trace whether money might have flowed out of the fund and illegally into personal accounts. Accusations have boomeranged and been called politically motivated even as authorities outside Malaysia press ahead with their inquiries.
Prosecutors in the Justice Department’s kleptocracy asset-recovery unit are investigating whether funds were embezzled from 1Malaysia Development Bhd., known as 1MDB, by politically connected people in Malaysia, the people said. The FBI’s New York office is leading the investigation and is trying to determine if any U.S. laws were broken, according to one of the people briefed on the subpoena issued to Leissner.
At this point, it is unclear what information Leissner might be able to provide. Leissner’s attorney, Jonathan Cogan of Kobre & Kim, didn’t respond to a phone call and e-mail requesting comment. At a Beverly Hills, California, residence linked in public records to Leissner’s family, a woman who answered the intercom said Leissner wasn’t at home. He didn’t respond to written questions left there.
At the Justice Department, spokesman Peter Carr declined to comment, as did Kelly Langmesser, a spokeswoman for the Federal Bureau of Investigation’s New York office.
Local Projects
Leissner championed a series of bond sales that raised $6.5 billion for the Malaysian fund and were notable for the above average fees generated for Goldman. Since the fund’s beginning in 2009, controversy has raged over whether money was spent as intended for local projects like a financial center in Kuala Lumpur or siphoned off for personal benefit. The finger-pointing within Malaysia intensified with the early 2015 news report that the fund had missed a loan payment, which it later paid.
Goldman Sachs is working with an outside law firm to conduct an internal examination and is reviewing its own role in helping 1MDB raise capital, according to two of the people. There is no indication that Goldman engaged in any wrongdoing, according to the two. The bank is cooperating with the Justice Department’s efforts to gather information, they said.
Michael DuVally, a spokesman for Goldman, declined to comment.
Putting its own capital at risk, Goldman earned commissions and expenses of $593 million for its role issuing bonds for 1MDB, or more than 9 percent of the proceeds, well above the industry norm.
Citing its policy not to discuss personnel matters, Goldman declined to provide any information about the departure of Leissner, who had worked at the firm 18 years and is married to former U.S. fashion model and designer Kimora Lee Simmons.
Leissner was named head of investment banking in Singapore in August 2002 and became a partner in 2006. He was instrumental in building business in Malaysia and the region.
Investment Woes
Since Prime Minister Najib Razak started 1MDB seven years ago, the fund’s debt levels have swelled amid allegations of financial irregularities lodged by opposition officials. The fund, whose advisory board is chaired by Najib, said in February 2015 that it would wind down its assets.
The prime minister has said accusations of misappropriations are politically motivated and has denied any wrongdoing. The allegations have sparked a feud with former premier Mahathir Mohamad, who has called for Najib to step down, citing what he characterized as Najib’s mismanagement of the economy as well as 1MDB.
In July, the Malaysian attorney general said a special task force investigating 1MDB looked into deposits into Najib’s bank account amounting to hundreds of millions of dollars ahead of the 2013 general election. The prime minister has said the funds were not used for private benefit and Malaysia’s Attorney General said the money was a political contribution from the Saudi royal family.
The Attorney General said Najib returned $620 million to the Saudi donors. In January, the official, Mohamed Apandi Ali, cleared Najib of any corruption charges related to the Saudi donation.
Representatives of 1MDB have denied transferring funds to Najib’s personal accounts. Najib’s office, 1MDB, the attorney-general’s office and the country’s anti-graft agency were not immediately available for comment.