Selasa, 8 Mac 2016

Mengarut undi tak percaya kena notis 14 hari – Bekas MB Terengganu



Bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said mempersoal alasan berkaitan notis awal digunakan bagi mengemukakan usul tidak percaya terhadap penggantinya Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Mengarut undi tak percaya kena notis 14 hari - Bekas MB TerengganuAhmad Said menegaskan undi tidak percaya dikemukakannya tiada hak dihalang dan menteri besar hanya mempunyai pilihan membubarkan parlimen atau meletakkan jawatan bila ia berlaku.
“Kalau notis, I nak bunuh you, bagi notis 14 hari?” soalnya.
Speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong petang ini menolak usul itu dan berkata kebenaran speaker diperlukan jika notis 14 hari dikecualikan.
Katanya, usul itu tidak termasuk dalam peruntukan Fasal 33(11) peraturan mesyuarat DUN yang menyatakan perkara-perkara bawah perlembagaan negeri tidak memerlukan notis.
Katanya, undi tidak percaya bukan memperkatakan pentadbiran jentera kerajaan negeri atau tanggungjawab meneri besar tetapi mempersoalkan kewujudan pembentukan kerajaan negeri itu sendiri.
Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad Said yang dipaksa meletakkan jawatan setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.
Ahmad ketika itu dilapor membantah pertukaran itu, antaranya kerana ia timbul menjelang majlis perkahwinan anaknya.
Beliau malah mengambil keputusan drastik keluar Umno, tetapi menyertai kembali parti itu tidak berapa lama selepas itu.
Beliau kemudian dilihat bersama dalam beberapa acara dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB.
1MDB pada mulanya ditubuhkan dengan nama Terengganu Investment Authority (TIA) ketika era kepimpinan Ahmad.

Mana maruah Melayu, 80% gelandangan Islam makan di gereja

Lebih 80 peratus daripada kira-kira 100 orang gelandangan atau warga miskin kota yang menerima bantuan makanan di sesebuah gereja pada satu-satu masa terdiri daripada Melayu beragama Islam.
Mana maruah Melayu, 80% gelandangan Islam makan di gerejaPendedahan tersebut diakui seorang ibu tunggal ketika kebetulan ditemui Malaysia Dateline di Surau Balai Islam berdekatan Bulatan Pahang, Kuala Lumpur semalam.
Hanya mahu dikenali sebagai Junaidah (bukan nama sebenar), 50, beliau yang menjaga seorang anak lelaki menghidap penyakit ulser tulang memberitahu ramai gelandangan Melayu terpaksa mengharap bantuan daripada pihak gereja dan NGO berlatarbelakangkan Kristian.
Ujarnya, sebuah gereja berhampiran Dataran Merdeka menyediakan sarapan mulai jam 8 pagi setiap hari manakala satu gereja lagi di Bukit Nanas menjamu makanan tengah hari kepada warga miskin kota juga setiap hari.
“Bagusnya lagi, pihak gereja menghormati gelandangan beragama Islam. Kami akan makan terlebih dahulu selepas wakil daripada kami diminta membacakan doa makan. Kemudian, baru doa untuk penganut mereka pula dibaca.
“Selain makanan, gereja dekat Dataran Merdeka itu siap beri sabun, benarkan gelandangan cuci baju dan sediakan ampaian untuk menjemur pakaian,” ujarnya yang kali terakhir menerima bantuan makanan di gereja terbabit selepas Aidilfitri tahun lalu.
Beliau yang tiba di surau itu bertanyakan pada Malaysia Dateline tentang imam untuk memohon bantuan wang ihsan selepas kira-kira sejam berlalunya solat Asar berjemaah.
“Minta bantuan pada Baitulmal setakat RM250 hingga RM300 sebulan. Sewa bilik di KL pun sudah RM300.
“Saya dengan anak berusia 25 tahun mulai tahun 2016 tidur di sekitar Masjid Negara kerana tak mampu menyewa bilik,” ujarnya yang berasal dari Rembau.
Bercerita lanjut tentang perbandingan dengan layanan institusi ibadat Islam, Junaidah berkata, pihak masjid sekitar ibu negara tidak pula berbuat demikian.
“Masjid Negara pun tidak ada. Hanya NGO dan mahasiswa saja yang ada berikan kami sumbangan makanan.

Baru dua presidennya mati dalam Umno

Oleh SUBKY LATIF
JIKA Dr Mahathir mati semasa Presiden Umno masih Datuk Seri Najib, maka baru dua saja daripada tujuh yang pernah jadi Presiden mati dalam Umno. Berbeza dengan PAS. Dari tujuh juga yang pernah menjadi Presiden, dua saja yang mati di luar PAS.

Presiden Umno yang mati dalam Umno setakat ini hanya Tun Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, kedua-duanya berbiras, menantu Tan Sri Noah Omar. Dua sudah sah tidak mati dalam Umno iaitu Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra.

Yang masih hidup, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Najib sendiri. Tidak diketahui di mana mereka mati. Dr. Mahathir sudah tidak jadi ahli buat kali ketiga. Sekali dipecat, dua kali keluar dari Umno kerana memprotes Presidennya. Jika dia mati ketika Umno masih berpresidenkan Najib, maka dia akan mati di luar Umno.
 Dua lagi yang belum mati iaitu Tun Abdullah dan Najib sendiri tidak diketahui. Tun Abdullah adalah seorang yang amat sabar. Apa jadipun, elokkah atau tak elokkah Umno, payah dia hendak meninggalkan Umno.
   
Apakah dia mati dalam Umno? Bergantung bila Umno akan mati? Jika Umno mati sebelum dia mati, bererti dia tidak mati dalam Umno sekalipun dalam hatinya ada tulisan kalimah Umno. Kalau matinya semasa Umno masih ada, matilah dia dalam Umno.
   
Hanya Allah yang tahu bila dan di mana seseorang akan mati. Tun Abdullah mahu mati dalam Umno, tetapi mungkin dia di tempat lain baik Umno ada ataupun tiada. Kan ada kejadian tiba-tiba dia tak mati dengan Umno disebabkan oleh keadaan Umno yang tidak menentu sekarang.
   
Boleh diagak Najib mahu mati dalam Umno, tetapi bergantung jika dia masih Presiden Umno. Jika dia seperti bapanya mati semasa dalam perkhidmatan, maka ghalibnya dia mati dalam Umno.
  
Tetapi kalau dia sudah tidak lagi jadi Presiden, belum tentu dia akan mati dengan Umno. Dengan masalahnya yang banyak dalam kerajaan dan dengan Umno, belum tentu dia dikekalkan berada dalam Umno. Jika masalah dalam Umno dikira sebagai hutang, hutangnya pada Umno bukan sekadar hutang keliling pinggang, maka hutangnya keliling tubuh – dari depan ke belakang, dari kanan ke kiri dan dari hujung rambut ke hujung kali.
  

Harapan kepada Deklarasi Rakyat

Oleh A Shukur Harun
Politik memang sesuatu yang sukar diramal, gerakan politik yang inamik dan penuh dengan andaian.Oleh itu, gerakan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad dan berikutnya, majlis perisytiharan dan menandatangani Deklarasi Rakyat di Kuala Lumpur minggu lalu adalah gerakan politik yang sukar diramal, tetapi boleh digantungkan harapan.
Deklarasi Rakyat itu ditandatangani kira-kira 74 pelbagai tokoh – daripada bekas timbalan perdana menteri, bekas menteri besar, bekas menteri, membawalah kepada tokoh NGO dan aktivis politik.

Namanya ialah Deklarasi Rakyat, sangat simbolis kedengarannya, mengundang simpati dan dokongan rakyat yang selama ini sangat mengharapkan perubahan. Selama bertahun-tahun, kehidupan rakyat semakin sukar, dengam hambatan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), harga barang yang melambung naik, hampir setiap hari, nilai ringgit yang terus susut, rasuah dan pembaziran semakin meluas.
Penoreh getah semakin merasakan kesulitan hidup yang bukan kepalang, begitu juga pekebun kecil, nelayan pantai, buruh bandar dan luar bandar. Pendeknya majoriti rakyat menghadapi kesukaran yang amat sangat untuk meneruskan kehidupan, baik di bandar mahupun di luar bandar.
Sebab itu perisytiharan Demokrasi Rakyat seperti "bunyi keramat" yang diharapkan boleh membaik pulih kehiduoan rakyat.
Ini, saya kira, yang paling utama diberi fokas oleh semua pihak, terutama para tokoh yang menandatangani Deklarasi Rakyat itu.
Tujuan hendak menggantikan Datuk Seri Najib Razak memang menjadi fokal point gerakan yang dipimpin Dr Mahathir dan angkatannya.
Tetapi gerakan baru ini, terutama dengan majority tokoh yang hadir dan menandatangani Deklarasi Rakyat itu, bukan sekedar hendak menggantikan Najib, tetapi juga kerajaan Umno/Barisan Nasional. Inilah yang dimaksudkan perubahan.
Oleh itu, apa yang akan berlaku selepas ini, sukar diramalkan, justeru memikirkan Najib juga dijangka akan mengambil langkah perlu untuk mempertahankan kedudukannya.
Dengan demikian, pergolakan ini mungkin saja memakang masa lama dan berliku-liku. Oleh yang demikian rakkyat dikhuatiri akan berada lama dalam kehidupan seperti sekarang ini juga.
Yang menghadiri dan memandatangani Deklarasi Rakyat itu, seperti yang dinyatakan, antaranya, adalah para tokoh politik negara daripada pelbagai parti, sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Ini  sekali gus memberi isyarat mengenai desakan memuncak rakyat supaya dilakukan perubahan.
Antara tokoh utama yang hadir ialah Dr Mahathir, bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, presiden Amanah Mohamad Sabu, timbalannya Salahuddin Ayub, timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, naib presiden PKR Rafizi Ramli dan Tian Chua, penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Turut kelihatan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid, serta aktivis sosial Datuk Ambiga Sreenevasan dan tokoh penulis Datuk Abdul Kadir Jasin.
Dr Mahathir membacakan Deklarasi Rakyat yang antara lain menuntut Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan reformasi dilakukan dalam pentadbiran negara.
Deklarasi Rakyat itu ditandatangani individu dengan 5 kumpulan.

Mengapa perlu sekat maklumat?

Oleh SYAHREDZAN JOHAN
SEBELUM ada internet, kerajaan menguasai maklumat. Kerajaan boleh menentukan maklumat apa yang disalurkan kepada rakyat dan juga apa yang diketahui oleh rakyat. Kerajaan mempunyai monopoli ke atas maklumat.
Ini semua bertukar dengan kewujudan internet. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi, mula-mula dengan adanya blog dan kemudian laman media sosial seperti Facebook dan Twitter. Telefon bimbit pintar juga semakin murah, dan ini bermakna semakin ramai orang yang boleh mempunyai akses internet.

Maka kerajaan tidak lagi mempunyai monopoli ke atas maklumat. Maklumat boleh datang dari pelbagai sumber; media alternatif, media asing, parti politik, badan bukan kerajaan dan lebih penting lagi, orang awam. Kerajaan hanyalah salah satu daripada begitu banyak ‘saudagar’ maklumat dalam pasar maklumat yang luas. Ungkapan yang sering diulangi, bahawa maklumat kini berada di hujung jari, adalah benar walaupun klise.
Tetapi kerajaan bagaikan tidak tahu bagaimana mereka wajar bertindak dalam satu keadaan di mana maklumat bukan lagi dalam kawalan mereka. Mereka tidak dapat menangani keadaan apabila kunci untuk mengawal aliran maklumat tidak lagi dalam tangan mereka. Mereka takut, apabila rakyat sudah mula menggunakan maklumat untuk mempertikaikan mereka.
Oleh itu, suatu cara yang mereka tahu; cuba menghalang maklumat yang disampaikan. Inilah sebabnya kita melihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses kepada beberapa laman sesawang atas alasan bahawa laman sesawang tersebut telah melanggar undang-undang.
Walhal sebenarnya SKMM tidak punyai kuasa secara khusus untuk menyekat laman sesawang tersebut atas alasan yang diberikan. Malahan apa yang telah mereka lakukan adalah bertentangan dengan jaminan kerajaan melalui Koridor Raya Multimedia, atau MSC, iaitu tidak akan ada tapisan (censorship) internet.
Sekiranya mereka tidak punya kuasa untuk berbuat demikian, maka tindakan mereka dalam menyekat akses ke laman sesawang tersebut bertentangan dengan perlembagaan dan boleh dicabar.
Alasan yang diberikan oleh kerajaan untuk menyekat laman sesawang yang berkenaan juga tidak masuk akal dan menghina rakyat. Dikatakan bahawa laman sesawang tersebut ‘mengelirukan’, ‘memberi maklumat salah’ dan macam-macam lagi.
Alasan-alasan seperti ini menganggap bahawa rakyat adalah bodoh dan tidak dapat membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Kalaupun benar bahawa apa yang dilaporkan itu salah atau tidak betul, bukanlah bidang kuasa kerajaan untuk ‘melindungi’ rakyat dengan sekatan.
Biar rakyat yang tentukan dengan sendiri.
Tindakan menyekat laman sesawang adalah tindakan yang juga dibuat oleh kerajaan-kerajaan yang mempunyai rekod hak asasi yang buruk seperti negara komunis China.

MalaysiaKu menjelang 2020

Oleh NURUL IZZAH
BUDAK-budak bermain tombak, Tombak diikat dengan rantai, Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai.Tentunya pelbagai interpretasi mampu diukir daripada pantun klasik ini. Pun begitu, bimbang saya adalah bila ia sering disalah tafsir oleh pak-pak menteri berserta segelintir pimpinan negara kita.
Komentar mereka buat rakyat mudah sekali, “Jika tak setuju, boleh pilih untuk tidak duduk di Malaysia”

Maksud tersirat sebenarnya dalam definisi rumah dan ombak yang dimaksudkan. Ombak yang diklasifikasikan sebagai kesempitan kos sara hidup; dan bakal menghempas rumah dalam erti kata kehidupan yang bertambah perit apabila rakyat dikerah keringat untuk #2Kerja, sedangkan puluhan menteri pun tidak mampu melunaskan satu kerja iaitu menjaga kebajikan rakyat. Justeru, selepas mengutip maklum balas dan rintihan teman-teman, saya cuba merungkai satu persatu harapan dan impian buat Malaysia.
Malaysia ini rumah kita; maka tentunya setiap seorang daripada isi rumah ini berhak untuk menuntut hak mereka dan jaminan agar generasi akan datang terpelihara.
Berikan saya ruang menjemput saudara-saudari, menaiki kapsul masa bersama saya dan meninjau keadaan Malaysia yang kita impikan pada tahun 2020.
Pada waktu itu, Pakatan Harapan bersama teman-teman lain telah menang besar dalam PRU14 yang telah diadakan pada tahun 2018. Kerajaan Malaysia telah dua tahun berada di dalam tampuk pemerintahan Pakatan Harapan. Meskipun baharu, telah banyak perubahan-perubahan yang kita berjaya laksanakan.
Bukan hanya bersifat material dan kosmetik, tetapi dasar dan falsafah negara yang menjadi platform penyatuan rakyat dan negara. Kepimpinan tatkala itu menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan mengangkat Rukun Negara sebagai tunjang utama.
Alangkah indahnya apabila pendidikan tidak lagi dipolitikkan. Bayangkan anak-anak kita mencatat prestasi cemerlang di sekolah. Ini kerana mereka berada dalam dasar yang konsisten dan tidak lagi menjadi mangsa ditikus makmalkan oleh kementerian yang mengubah dasar setiap kali menteri pendidikan diubah.
Tambahan pula, menteri pada waktu itu diangkat atas kapasiti pengalaman dan kemampuan serta dinilai oleh rakyat menerusi Key Performance Index yang relevan.
Bayangkan waktu itu Sekolah Rendah Berasrama Penuh di kawasan-kawasan tertumpu berpendapatan rendah berjaya diwujudkan, contohnya di Kampung Kerinci, Taman Medan dan Jinjang Utara.

Selamatkan Malaysia: Berbuat sesuatu lebih baik daripada tidak buat apa-apa


Hari yang indah, keliru dan pilu.
Hari ini 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia. Hari ini juga genap dua tahun hilangnya pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal, dan ia masih menjadi satu misteri besar di abad ini.
Di sebalik kesedihan itu, masih ada ruang untuk menepuk dada tanda sedikit lega. Kerana hari ini juga hari ulang tahun tsunami politik 2008 dalam Pilihan Raya Umum ke-12 di mana pengundi Malaysia membuat kejutan dengan menyingkirkan Barisan Nasional dari lima negeri, dan menafikan majoriti dua pertiga Parlimen.
komentar rkiniEra Pakatan 2008 – 2013 (selain rampasan kuasa oleh BN di Perak) menonjolkan kemampuan kerajaan negeri “pembangkang” di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak (sehingga awal 2009) untuk membangunkan negeri.
Malah, di beberapa negeri Pakatan Rakyat, ia lebih baik daripada kebanyakan negeri tadbiran BN. Buktinya bukan angkat bakul Pakatan tetapi bersumber daripada laporan Ketua Audit Negara sepanjang tempoh berkenaan.
Namun, kejayaan pentadbiran pasca-PRU12 gagal dipertahankan oleh watak-watak utama politik apabila mereka mula bertikam lidah selepas PRU 2013. Walaupun BN juga mengalami krisis dalaman, media yang dikuasai BN seperti TV, radio dan akhbar hanya menyebarkan dakyah tentang kelemahan Pakatan tetapi menutup kemelut UMNO-BN.
Dengan itu, Pakatan Rakyat mati tak berkubur (walau serpihannya masih wujud di Selangor dalam keadaan yang unik) pada 2015. Maka hidup pula gabungan baru atas nama Pakatan Harapan.
Ini meresahkan jutaan akar umbi pembangkang yang sedar bahawa sementara pimpinan mereka bertelagah, BN semakin teruk dilanda skandal kewangan, semakin kuku besi menutup ruang kebebasan, semakin mempermainkan agama dan kaum untuk mempertahankan kuasa mereka.
Dalam kegelisahan itu, ada sesuatu yang tidak disangka pula berlaku.
Kebobrokan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak seolah-olah menjadi pencetus kepada perpaduan pembangkang seperti Lim Kit Siang (DAP), Azmin Ali (PKR), Mohamad Sabu (Amanah) dan Mustafa Ali (PAS) serta disokong Datuk Seri Anwar Ibrahim; malah, membawa bersama suara NGO, aktivis, pemimpin politik BN dan rakyat keseluruhannya.
Ini kerana Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin UMNO yang dimangsakan parti sendiri seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Paduka Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal sudi bersama pembangkang untuk memulakan usaha menyingkirkan Najib secara sah.
Lebih dari itu, aktivis seperti Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan ramai lagi sudi bersama orang-orang UMNO itu untuk membuka lembaran baru untuk Malaysia.
Bayangkan musuh politik boleh duduk bersama pada 4 Mac lalu untuk menandatangani Deklarasi Rakyat atau Citizens Declaration yang mempunyai empat matlamat asas:

Laporan 1MDB diklasifikasi Rahsia Rasmi cabar kuasa Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Tindakan mengklasifikasi laporan akhir Ketua Audit Negara berhubung siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) sehingga ia dibentang di Parlimen, disifatkan sebagai menghina dan mencabar hak serta kebebasan Parlimen.
Ini adalah kerana Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi dalam negara yang mendukung sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia, justeru kuasa dan kedudukannya tidak boleh dicabar oleh badan eksekutif.
Lim Kit SiangMenganggap keadaan itu memalukan dan menyedihkan, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, dalam sistem Parlimen, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin, yang sepatutnya memberi arahan kepada cabang eksekutif, dan bukan sebaliknya.
“Hasan (sebagai suara legislatif) perlu menegaskan kepada eksekutif bahawa klasifikasi dokumen itu sebagai rahsia rasmi sudah tamat Jumaat lalu apabila laporan akhir 1MDB itu dibentangkan kepada PAC, dan bukannya selepas pembentangan di Parlimen pada 7 April depan, atau mungkin pada akhir tahun.
“Sepatutnya, Pengerusi kepada Jawatankuasa Parlimen seperti PAC melindungi maruah dan kedudukan Parlimen dari gangguan cabang eksekutif, namun kita boleh lihat, beliau dengan naif mengikut arahan eksekutif yang menceroboh kuasa Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Hasan sebelum ini bahawa laporan audit akhir Ketua Audit Negara itu akan diklasifikasi sebagai dokumen rahsia rasmi bawah OSA sehingga ia dibentangkan di Dewan Rakyat nanti. Malah, badan eksekutif juga tidak membenarkan ahli PAC membawa pulang laporan akhir Ketua Audit Negara itu dan hanya boleh merujuk kepadanya di dalam bilik kebal Parlimen.

Pembangkang gesa Najib saman WSJ untuk bersihkan nama Malaysia

 Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah simbol yang memalukan Malaysia di mata komuniti antarabangsa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac 2016.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong untuk menangani persepsi negatif berkenaan rasuah dan salah guna kuasa dengan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan negatifnya terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
​Dr Wan Azizah berkata, Najib juga seharusnya menyaman mana-mana media antarabangsa yang mencalarkan namanya dan imej kerajaan susulan skandal tersebut.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata sehingga hari ini, 6 negara memulakan siasatan terhadap 1MDB dan laporan negatif yang diterima negara tidak membantu dengan soalannya kepada Najib ditolak.

"1MDB adalah simbol memalukan negara di mata komuniti antarabangsa," kata Dr Wan Azizah ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.  Dr Wan Azizah berkata, mereka terkejut rakyat tertanya-tanya dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan 1MDB selama 7 bulan diketepikan peguam negara begitu sahaja.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini menggugurkan Najib daripada sebarang salah laku membabitkan skandal 1MDB dan dana derma RM2.6 bilion.
Sehubungan itu, beliau menggesa Putrajaya memberikan jaminan kerjasama dengan rakan dari negara asing untuk menyiasat salah laku rasuah, salah guna dana dan penggubahan wang haram membabitkan 1MDB.
"Syarikat itu menjadi kayu ukur antarabangsa untuk pengaliran keluar wang dan rasuah dalam cara yang paling sempurna," kata Dr Wan Azizah di Dewan Rakyat hari ini.

Setiap hari nama Malaysia terpalit skandal 1MDB di serata dunia...


Najib tak usah bimbang.. sebabnya Ketua Pergerakan UMNO KL Mohd Razlan Muhammad Rafii telah keluarkan 'FATWA' bhw skandal 1MDB adalah propaganda fitnah Yahudi..

Jadi walaupun Najib salah, Yahudi yang kena bertanggungjawab.. Apa gunanya KERAjaan perabih RM76.8 juta kpd yahudi-APCO !!!

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU...

Di saat Najib & BN dlm keadaan genting pasti akan timbul macam2 cerita yg mencemaskan negara...

MASIH INGAT tuduhan Zahid terhadap 3 pemimpin pembangkang jadi dalang isu Lahad Datu tempohari di saat BN genting di Sabah dulu.. Hingga skrg ketiga2 nama tak timbul2..

Apa pasal nak culik PM kesayangan kami ni... PM mana ada kaya lagi.. Kan dia dah pulangkan duit derma RM2.03 bilion pada tuan asalnya..

Dalam Islam, org yg suka cakap bohong digelar MUNAFIK...

“Sesungguhnya daripada seburuk-buruk manusia di sisi ALLAH pada Hari Kiamat ialah mereka yang bermuka dua.” (Riwayat Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesiapa yang bermuka dua di dunia, maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah daripada lidah api neraka jahannam “ (Riwayat Amar Bin Yasar)

Wallahualam~

Kan lebih elok jer MP Kota Belud ni nasihat Najib agar percepatkanlah saman WSJ Hari Selasa tu...

Dah nak dekat setahun masih tak saman2..

atau masih tak puas lagi 'jilat-bodek' Najib ker...

Wanita adalah sumber perjuangan, kata Setiausaha Agung Amanah

Wanita adalah sumber perjuangan sepanjang zaman.Wanita adalah sumber perjuangan sepanjang zaman.
Tokoh-tokoh pejuang wanita sepanjang zaman sejak dari zaman Tun Fatimah sehingga zaman mutakhir seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Aung San Suu Kyi menggambarkan bahawa wanita adalah sumber perjuangan.

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir berkata, parti itu ingin merakamkan penghargaan terhadap golongan wanita yang dilambangkan oleh ibu, isteri dan saudara perempuan sebagai belahan daripada diri manusia.
”Mewakili Amanah, saya ingin mengambil kesempatan ini dengan penuh penghargaan mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di negara ini, khasnya kepada Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) YB Dr Siti Mariah Mahmud dan rakan-rakan seperjuangannya yang menjadi lambang perjuangan kami di Amanah.
"Selamat Hari Wanita! Hidup Wanita! Dirgahayu Wanita!" katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, seorang manusia sama ada lelaki mahupun wanita, tetap dipengaruhi oleh seorang wanita.

“Jasa dan pengorbanan wanita tidak mungkin dapat dicatat sepenuhnya oleh tinta. Pengorbanan zaman berzaman sejak daripada ibu kita Hawa sampai ke zaman ini tidak akan terungkapkan,” katanya.
Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Keganasan terhadap wanita meningkat, Awan Nasional lancar kempen

Dr Mariah pada sidang media di lobi ParlimenDr Mariah pada sidang media di lobi ParlimenAngkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Nasional berazam akan terus melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat bagi memerangi semua bentuk kekerasan dan keganasan terhadap wanita.
Ketua Awan Nasional, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, kempen ini akan diteruskan sehingga falsafah martabat dan hormat wanita benar-benar difahami masyarakat.

Bagi memulakan kempen ini, Awan Nasional akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita (Stop Violence Against Women @VAW) pada 13 Mac ini di GM Klang Wholesale City pada jam 2 petang.

Menurut beliau, beberapa acara menarik seperti slot Bual Bicara Bersama Peguam yang berpengalaman serta perkongsian Dari Hati Ke Hati Wanita yang pernah melalui pengalaman pahit akan diadakan.

“Kita juga akan membuat Pengumuman Khas "Pelancaran Hari Oren Se-Malaysia" bersempena kempen tersebut nanti.

“Awan Nasional menjemput semua sahabat kami khususnya wanita seluruh negara terutamanya yang tinggal berhampiran lokasi majlis untuk turut serta menjayakan program ini,” kata beliau pada sidang media di lobi parlimen sempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini.

Mengulas lanjut, Siti Mariah berkata, Awan Nasional sangat bimbang terhadap statistik kes keganasan rumah tangga sepanjang Januari hingga Ogos 2015 yang mencatatkan 3,334 jumlah keseluruhan kes di seluruh negara, dengan 2,528 kes membabitkan wanita sebagai mangsa.
“Lebih membimbangkan apabila mutakhir ini para pelaku keganasan terbabit tanpa segan silu melakukan aktiviti ganas mereka di tempat terbuka dan premis awam. Mereka seolah-olah tidak ada langsung perasaan malu dan takut,” katanya yang juga ahli parlimen Kota Raja.

SKMM sekat 52 laman web sejak wujud jawatankuasa khas Januari lepas


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata penubuhan Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial adalah untuk memperkukuhkan mekanisme kawal selia terhadap penyalahgunaan Internet dan media baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac, 2016. 
Sebanyak 52 laman web dan media baharu disekat dan 14 kes penyalahgunaan media sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak penubuhan Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial pada Januari lepas.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata penubuhan jawatankuasa khas itu adalah untuk memperkukuhkan mekanisme kawal selia terhadap penyalahgunaan Internet dan media baharu.
"Jawatankuasa dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), SKMM dan Jabatan Peguam Negara," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya penubuhan jawatankuasa khas itu bertujuan memastikan tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang menggunakan media sosial untuk menyemai kebencian terhadap institusi kerajaan dan bagi mengelakkan media sosial menjadi punca pencetus kekacauan melalui penyebaran pembohongan, kebencian dan kumpulan ekstremis agama. Jailani menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) tentang  langkah diambil kementerian dalam membendung penyalahgunaan media sosial khususnya aplikasi WhatsApp, untuk mencetuskan suasana kegusaran dan kerisauan dalam kalangan orang ramai, terutamanya berkaitan aspek keselamatan.
Beliau berkata secara keseluruhan, sehingga Februari 2016 sebanyak 22 kes disiasat SKMM terhadap penyalahgunaan Internet dan media baharu, dan 399 laman disekat.
Menurutnya laman web yang disekat terdiri daripada laman web perjudian, penipuan, pelacuran dan yang memaparkan kandungan lucah, jelik, palsu dan sebagainya.

Sekatan portal berita hanya akan makan diri, kata pakar


Mengenakan sekatan ke atas portal media tidak lagi begitu berkesan seperti sebelum ini dan sebaliknya hanya akan memakan diri kerajaan, kata seorang pakar media sosial hari ini.
Merujuk kepada sekatan ke atas portal The Malaysian Insider, penasihat Social Media Chambers Malaysia, Stephen Doss berkata terdapat cara lebih baik yang boleh diguna-pakai kerajaan daripada terus mengharamkan portal berkenaan.
"Internet hari ini bukan lagi seperti apa sebelum ini. Insider masih boleh diakses melalui laman laman alternatif dan juga melalui Facebook.
"Saya tidak percaya dalam mengharamkan laman berita. Saya percaya dalam menguruskan kandungan dan persepsi berita itu," katanya ketika berucap semasa Minggu Media Sosial Malaysia di Cyberjaya hari ini.
Daripada menutup mulut media, Doss berkata kerajaan sebaliknya perlu memberi tumpuan menangani dakwaan yang disiarkan jika benar-benar percaya bahawa laporan itu adalah tidak tepat atau mengelirukan.
"Jika kita tidak mampu untuk menangkis tuduhan itu, maka mungkin ada lebih kebenaran daripada tuduhan dusta itu," katanya.
Pada masa yang sama, Doss mendakwa bahawa dalam mengawal-selia Internet, pihak berkuasa juga bekhidmat kepada orang yang sama yang mentadbir mereka.
"Sebab itu sesetengah orang boleh terlepas dengan berbilion-bilion ringgit yang dianggap rasuah manakala yang lain pula didakwa kerana sekadar mencuri tiga biji kelapa," katanya.

Wujudkan Suruhanjaya Diraja Siasatan Pekerja Asing

KUALA LUMPUR 8 MAC: Kerajaan Persekutuan digesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan Pekerja Asing bagi mengkaji semula dasar pengambilan pekerja asing supaya negara tidak kekal menjadi lambakan pekerja asing.
Wan AzizahKetua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata dasar pembangunan ekonomi harus dikaji semula agar tidak lagi melampau berorientasikan buruh tidak mahir.
Katanya ia bagi memastikan penumpuan diberikan kepada lebih berorientasikan pekerja tempatan berkemahiran tinggi.
“Kerajaan Persekutuan juga mesti menjelaskan apakah kesan sosial dan ekonomi kepada rakyat dengan kemasukan 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh.
“Ia memandangkan sudah ada lebih dua juta pekerja asing tanpa permit dalam negara; dan apakah status sebenarnya perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Bangladesh?,” kata Dr Wan Azizah sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata segala nasihat, teguran dan pandangan konstruktif dari rakyat, masyarakat madani dan pembangkang perlu diberikan perhatian Kerajaan Persekutuan.
“Tetapi sebaliknya bila menteri bercakap rakyat kena telan bulat-bulat. Ini bukan demokrasi tapi autokrasi sehala namanya,” katanya.

‘Muafakat Nasional Selamatkan Malaysia’ antara usul Ketua Pembangkang

Ucapan Menjunjung Kasih Ketua Pembangkang Malaysia,  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terang dan yang tersembunyi dalam hati-hati manusia.
Salam Selawat kepada Junjungan Besar Rasullullah dan Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, yang menjadi tauladan membawa Rahmat ke seluruh Alam.
Tan Sri Yang DiPertua,
Izinkan saya memulakan ucapan dengan satu peringatan untuk diri saya dan semua yang hadir di dalam Dewan Mulia ini tentang Kemulian seperti firman Allah swt mafhumnya;
IMG_5471“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa” (Surah Fathir: Ayat 10)
Terlebih dahulu, saya melafazkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya, saya selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang dengan penuh tanggungjawab berdiri di sini untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih di atas titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat parlimen ketiga belas 2016.
Saya mengucapkan terima kasih pada Tan Sri Yang Dipertua kerana memberikan kesempatan dan peluang pada saya untuk membahaskan usul tersebut.
Pada kesempatan ini juga, saya menyarankan usaha kerajaan diteruskan untuk mencari dan menyiasat sepenuhnya tragedi MH370 dan MH17 yang menyambut penuh sedih ulangtahun kedua tahun ini.
Tan Sri Yang DiPertua dan ahli-ahli Dewan Rakyat yang dimuliakan,
TITAH NASIHAT YANG DIPERTUAN AGONG UNTUK SEMUA
1. Titah baginda Yang DiPertuan Agong yang dipetik, “Dalam negara demokrasi berpelembagaan, kita boleh berlainan pandangan. Raikanlah ruang tersebut namun bukan saling menjatuhkan, bermusuhan dan fitnah-memfitnah yang akhirnya menjerumus negara kepada kehancuran. Elakkan juga daripada memburukkan negara di mata masyarakat antarabangsa,” adalah satu nasihat yang cukup bermakna untuk mana-mana pihak.
2. Kami juga berterima kasih kerana memang sepatutnya wakil-wakil rakyat yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk ‘berpolitik’ dalam sistem demokrasi berparlimen juga mahu ‘politik sempit berubah menjadi politik meluas’. Luas dengan memperkukuhkan amalan demokrasi seperti pilihan raya bebas, institusi-institusi kenegaraan bebas, media bebas, sistem Parlimen ditambahbaikan agar ‘ruang demokrasi yang lebih luas’ dapat kita raikan bersama.
3. Sudah pasti sebagai Payung kepada semua warganegara saranan itu kami sambut kerana rakyat juga tidak mahu ‘bermusuhan dan fitnah-memfitnah’.
4. Justeru itu adalah menjadi satu keperluan utama untuk meredakan badai syak wasangka fitnah mengenai ribut 1MDB, kami menjunjung kasih agar tuanku akan memperkenankan ditubuhkan segera satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja dengan mandat seluasnya untuk menyiasat isu 1MDB termasuk isu anak syarikat ketika itu, SRC International yang dikatakan terlibat dalam pemberian sumbangan bersama derma kerajaan asing ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri untuk tujuan mempengaruhi pilihan raya umum ke 13. Kami yakin pihak kerajaan juga sedia menyambut titah tuanku agar fitnah-memfitnah dapat dihentikan dengan penubuhan suruhanjaya tersebut.
5. Begitu juga kami menyambut baik titah tuanku agar, “Elakkan juga daripada memburukkan negara di mata masyarakat antarabangsa.” Justeru itu adalah amat membantu jika Perdana Menteri menyaman pihak media antarabangsa yang dikatakan terus memburukkan nama Perdana Menteri dan sekaligus kerajaan dan negara sehingga wujud siasatan di enam buah negara asing mengenai 1MDB. Dengan menyaman Wall Street Journal di mahkamah dalam atau luar negara tanpa bertumpu kepada isu pampasan kewangan demi mempertahankan maruah negara di mata rakyat dan mata dunia antarabangsa.
6. Dengan tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan diRaja dan saman ke atas Wall Street Journal juga akan memenuhi maksud tersurat lagi tersirat tuanku agar kerajaan berusaha “menangani persepsi negative rakyat berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.”
Tan Sri Yang Dipertua,
7. Pada 7 Oktober 2015 yang lalu, Majlis Raja-raja melalui Pejabat Penyimpan Mohor Raja-Raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan akhbar dalam isu 1MDB. Dengan izin Tan Sri Yang Dipertua: “Berkenaan dengan isu 1MDB, jika terbukti terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha dan maksud siasatan tersebut mencapai kejayaan”.
8. Bersandarkan kepada kenyataan ini, maka adalah terlalu awal dan menambahkan pula persepsi buruk bagaimana kes RM 2.6 bilion kaitan Perdana Menteri dilepaskan begitu sahaja oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali pada 26 Januari 2016.
9. Rakyat musykil bagaimana penyiasatan rapi oleh SPRM selama 7 bulan boleh diketepikan begitu sahaja oleh Peguam Negara dengan bersandarkan alasan bahawa wang RM 2.6 bilion kepada YAB Pekan adalah sumbangan yang dikatakan daripada seorang putera Arab Saudi dengan dibersihkan Perdana Menteri daripada pertuduhan rasuah dan mengarahkan SPRM supaya menutup penyiasatan terhadapnya.
10. Rentetan daripada itu, perkembangan maklumat dan laporan antarabangsa membuktikan sebaliknya dari apa yang dijelaskan oleh Peguam Negara.
11. Pada 5 Februari 2016, The New York Times dengan tajuk “ No End to Scrutiny Over Millions Sent to Malaysian Leader’s Accounts” melaporkan Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir memberitahu dalam satu wawancara bahawa beliau tidak fikir wang RM 2.6 bilion datangnya dari kerajaan Arab Saudi. Katanya lagi ia dipercayai dana untuk pelaburan di Malaysia dan bukan derma politik.
12. Berdasarkan kepada laporan The New York Times 5 Februari 2016 tersebut jelas wujud percanggahan fakta dari kenyataan media Peguam Negara pada 26 Januari 2016.
13. Dalam kenyataannya disebut “dana yang dimasukkan ke dalam akaun YAB Pekan berjumlah USD681 juta (RM2.08 bilion) di antara tarikh 22.03.2013 dan 10.04.2013 adalah merupakan sumbangan peribadi kepada YAB Pekan daripada keluarga Diraja Arab Saudi”.
14. Pendirian saya ini adalah sejajar dengan aduan polis yang dikemukakan oleh bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim terhadap Peguam Negara pada hari Rabu 2 Mac 2016.
15. Untuk rekod pada 5 Mac 2016, Malaysiakini melaporkan, bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain telah membuat laporan polis terhadap Peguam Negara berhubung dengan isu derma. Datuk Mat Zain dalam laporan polisnya mendakwa Peguam Negara disyaki telah “menyalahgunakan kuasanya, menyembunyikan maklumat, dan menggunakan keterangan palsu” apabila membersihkan Perdana Menteri daripada sebarang salah laku.
16. Pada 25 Februari 2016 saya telah mengemukakan usul di bawah Peraturan 27 (1), (2) dan (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dengan mencadangkan Dewan ini menerima usul secara ringkas bahawa ‘Peguam Negara Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi bin Ali telah melanggar Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dengan mengarahkan SPRM menutup siasatan terhadap kes derma RM2.6 bilion dan mengambil maklum juga tindakan-tindakan Peguam Negara di atas telah menyebabkan hilang kepercayaan rakyat terhadap institusi peguam negara. Justeru Dewan ini tidak ada kepercayaan terhadap Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi bin Ali sebagai Peguam Negara’.
17. Usul itu telah saya kemukakan secara bersurat kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 26 Februari 2016 dan telah diperakui penerimaannya. Saya berharap Tan Sri Yang Dipertua, akan memberi pertimbangan terhadap usul yang saya kemukakan agar ianya dapat dibahaskan dalam sesi persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.
18. Pada 6 Februari 2016, Peguam Negara telah mengumumkan cadangan bahawa Akta Rahsia Rasmi akan dipinda. Ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk menutup akses maklumat yang benar berkenaan penyelewengan dan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Pekan.
Tan Sri Yang Dipertua,

Sambutan hangat Jelajah Melayu Bermaruah bukti Melayu jelik Umno

002KUALA LUMPUR 8 MAC: Kempen siri Jelajah Melayu Bermaruah peringkat negeri Perak berjalan dalam suasana penuh semangat terutamanya orang Melayu di negeri itu.
Pelbagai program diatur sepanjang jelajah berlangsung bermula dengan walkabout pada jam 8 pagi, diikuti kenduri rakyat dan berakhir pada jam 12 tengah malam dengan ceramah perdana oleh beberapa pemimpin KEADILAN.
jamaliahUntuk menarik kehadiran rakyat di negeri yang ditadbir Umno Barisan Nasional ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi KEADILAN, namun sambutan menggalakkan ditunjukkan rakyat memperlihatkan bahawa mereka kini sudah jelik dan muak dengan parti pemerintah.
Rakyat seolah-olah sudah tidak sanggup lagi menghadapi kesusahan hidup ekoran salah urus pentadbiran negara oleh kerajaan yang zalim.
Rata-rata mereka yang ditemui Keadilan Daily memperlihatkan wajah penuh harapan agar suatu hari Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan supaya nasib mereka kembali terbela.
Salah seorang penduduk di Kg Balun, Slim River ketika ditemui meluahkan harapannya untuk melihat Pakatan Harapan memenangi pilihan raya akan datang.
Katanya, dengan cara itu Ketua Umum kEADILAN, saudara Anwar Ibrahim dapat dibebaskan dan boleh menggantikan tempat Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
“Mak cik harap Umno BN tumbang. Kalau Anwar memerintah mak cik rasa sangat bersyukur.
IMG_5325“Keadaan hari ini tak macam dulu. Bukannya semakin senang malah semakin susah lebih-lebih lagi bila ada anak yang masih bersekolah,” kata Jamaliah Mohd, 60, sambil menyambut baik program anjuran KEADILAN itu.
Cina, India dengar ceramah atas motosikal
IMG_5325_CMYKIMG_5325_CMYK Meskipun bertemakan #MelayuBermaruah, sesuatu yang mengejutkan apabila kaum Cina dan India juga turut hadir pada sesi ceramah perdana di Pejabat KEADILAN Malim Nawar yang menyaksikan kehadiran lebih 100 orang.
IMG_4918IMG_4918_CMYKBukan itu sahaja, mereka yang hadir sanggup duduk di atas motosikal masing-masing untuk mendengar ceramah.
Antara pimpinan KEADILAN yang hadir ialah Rafizi Ramli (Naib Presiden), Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan), Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (mantan MB Selangor), Siti Aisyah Sheikh Ismail (Ketua Srikandi), dan ramai lagi.

Tolak soalan derma RM2.6b, PM sembunyi sesuatu

KUALA LUMPUR 8 MAC: Penolakan soalan berkait isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak memberi petunjuk ada rahsia yang cuba disembunyikan Perdana Menteri itu.
1MDBAhli Parlimen (MP) Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga turut menyelar tindakan Speaker Dewan Rakyat kerana sering menolak soalan yang dikemukakan wakil rakyat Pembangkang terutama melibatkan isu-isu berkait kepentingan rakyat dan negara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Banyak soalan daripada pihak pembangkang ditolak kali ini walaupun persidangan bermula semalam.
“Itu adalah soalan, ia tidak mempunyai andaian langsung. Soalan ini adalah berkait kenyataan rasmi yang dikeluarkan Peguam Negara Switzerland yang meminta bantuan daripada Peguam Negara Malaysia,” jelas Pua pada sidang media di Parlimen hari ini.
Terdahulu, soalan Pua yang meminta PM menyatakan permintaan dan bantuan yang diperlukan Peguam Negara Switzerland berhubung siasatan isu tersebut ditolak Dewan Rakyat.
Beliau merujuk laporan sebelum ini bahawa pihak pendakwa raya Switzerland meminta bantuan pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan 1MDB.
Sambung Pua lagi, penolakan soalan tersebut memperlihatkan ada rahsia yang cuba disembunyikan Perdana Menteri.
“Mereka tidak menjawab soalan ini seperti ada ‘udang di sebalik batu’ yang cuba dirahsiakan.
“Parlimen nampak tidak berkuasa sekarang, Ahli Parlimen nak tanya soalan pun ditolak,” kesal Pua.
Terdahulu, soalan dua wakil rakyat KEADILAN berkait isu derma RM2.6 bilion Najib ditolak Dewan Rakyat.
MP Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman meminta PM menyatakan status baki wang diterimanya dan sama ada ia telah dibelanjakan atau disimpan di bank.
Manakala MP Bukit katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula mahu tahu perincian kaedah pemulangan termasuk kepada siapa dan bentuk pemulangan sama ada ia dibayar secara tunai.
Beliau juga mahu tahu bank yang digunakan PM dan apakah Bank Negara dimaklumkan berkaitan perkara itu.

Deklarasi Rakyat: Isu maafkan Dr M tidak timbul, 'reform' diutama

Lip Eng marah pengerusi PAC, Hasan Arifn bohong

MP DAP Bandar Kuching Bahas Titah Diraja 2016

Ketua Pembangkang Bahas Titah Diraja 2016

Saya tetap pertahan kenyataan mengenai titah Agong, kata Kit Siang

Opposition MPs questions on 1MDB and RM2.6bil left unanswered

Tindakan Tun M buat rakyat pening kepala

Pecat Mahathir dari GLC -Naib-naib Ketua Umno

Tun M dan kumpulannya akan gagal kuasai hala tuju Deklarasi Rakyat

Demo Selamatkan Malaysia akan gagal kata Ahmad Maslan

Undi tidak percaya terhadap MB Terenggnu, sidang dewan kecoh

Usul Undi Tidak Percaya Terhadap MB - Ulasan PJ PAS Terengganu

Speaker DUN tolak usul tak percaya ke atas MB T'ganu

Ahmad Said kemuka usul tak percaya pada MB T'ganu

'Saya tak mahu disoal di akhirat kelak' - Muhyiddin Yassin

“Saya tidak mahu disoal di akhirat kelak apa yang saya buat untuk menentang kemungkaran ketika saya masih berupaya untuk melakukannya.
"Saya tahu bahawa ia bukan sesuatu yang mudah dan amat menguji kesabaran. Tetapi saya yakin bahawa ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar,” demikian ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, perjuangan menentang kemungkaran merupakan kewajipan bagi setiap Muslim dan ia juga menentukan tahap keimanan seorang Muslim.
Muhyiddin Yassin “Saya sebagai seorang Muslim, hanya menjalankan kewajipan saya di sisi agama. Saya yakin rakyat, terutamanya orang Melayu, cukup bijak untuk menilai mana yang hak dan mana yang batil,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika menyanggah dakwaan yang beliau telah menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara setelah menandatangani Deklarasi Rakyat.
Mengulas mengenai tuduhan tersebut, Muhyiddin berkata, tuduhan itu merupakan satu kenyataan yang tidak berasas.
Ujarnya lagi, sentimen kaum dan agama itu hanya dibangkitkan untuk menutup kelemahan Umno.
“Selama 40 tahun saya di dalam politik, tidak pernah sedetik pun saya bertindak menggadai prinsip perjuangan saya. Tidak masuk akal tindakan saya menggesa Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) meletakkan jawatan kerana kemungkaran yang terpalit kepadanya, maka saya dikatakan menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.
“Jika pemimpin Umno dan BN masih terperangkap dalam sindrom penafian dan terus menerus mempertahankan seorang individu yang tidak dapat dipertahankan dari segi neraca undang-undang, moral dan agama, maka rakyat akan menolak Umno dan BN secara total,” tegasnya.

Reformasi Parlimen perlu disegerakan, gesa Mujahid

Dr Mujahid YusofDr Mujahid YusoSemua Ahli Parlimen harus menyambut baik langkah melaksanakan reformasi terhadap institusi Parlimen seperti disebut dalam titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan pembukaan sidang Parlimen keempat penggal ke-13 di Kuala Lumpur, hari ini.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihak pembangkang sejak tahun 2008 lagi menuntut usaha tersebut dilakukan termasuk mewujudkan semula Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan sekitar 1980-an.
"Kita sudah lama bercakap tentang perlunya Parlimen bersifat bebas selain tuntutan masa untuk Perdana Menteri dan tempoh masa perbahasan Ketua Pembangkang," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline, di Parlimen hari ini.
Menurutnya, bagi mencapaistatu Parlimen sebagai badan penggubal undang-undang dan pemantau kepada dasar, beberapa Jawatankuasa Khas harus ditambah.
"Sekarang ini ada lima (Jawatankuasa Khas) saja. Perlu ada banyak supaya ada ruang untuk Rang Undang-undang dibahas, dikaji dan menerima pandangan-pandangan baru.
"Amalan sekarang MP (Ahli Parlimen) macam 'rubber stamp', semua serah pada AG (Peguam Negara)," jelasnya.
Selain itu, Mujahid yang juga Naib Pengerusi Amanah berkata, rundingan berkenaan belanjawan tahunan turut sepatutnya melibatkan Ahli Parlimen di pihak pembangkang.
"Kami juga dilantik oleh rakyat. Jadi, mengapa untuk prabajet, pembangkang tidak sama dilibatkan? Macam Bajet 2016 lalu, tidak sampai beberapa bulan diumum, Najib terpaksa umum bajet ubahsuai pula," ujarnya.
Sehubungan itu, tegasnya, reformasi Parlimen perlu dilaksanakan supaya institusi itu benar-benar berfungsi untuk mengimbangi kuasa eksekutif dan kehakiman.
"Agenda reformasi Parlimen ini demi pengukuhan demokrasi di negara kita," tambahnya lagi.

Rafizi lahir rasa syukur cubaan culik PM gagal

Rafizi Ramli SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini melahirkan kesyukuran ke atas kegagalan kumpulan militan IS menculik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi posting terbaharu di Facebooknya hari ini, Rafizi turut memuji tindakan anggota keselamatan yang bijak mematahkan rancangan kumpulan terbabit.
"Syukurlah cubaan menculik Najib Razak telah digagalkan. Tahniah anggota keselamatan yang bertindak cemerlang!
"Saya pasti ramai yang sujud syukur dan menadah tangan memanjatkan kesyukuran," katanya menerusi posting itu.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat beberapa plot rancangan serangan keganasan oleh kumpulan Daesh menculik pemimpin negara termasuk perdana menteri.
Bagaimanapun, pasukan keselamatan negara telah berjaya mengekang dan menggagalkan rancangan serangan keganasan.
Beliau turut mendedahkan selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menjadi sasaran ialah beliau sendiri dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

DJ tetap pertahan diminta beri laluan pada anak Najib

DJ Aly dan Fila dari Mesir mempertahankan kenyataan mereka diminta berhenti memainkan set lagu masing-masing di kelab malam Zouk Singapura bagi memberi laluan supaya set anak Datuk Seri Najib Razak diputarkan.
Fila atau nama sebenarnya Fadi Wassef Naguib hari ini menulis versi beliau di Facebook berkaitan persembahan Sabtu lalu yang ditetapkan antara 1.30 hingga 3.30 pagi.
Katanya, ketika tiba pada jam 1 pagi dan beliau dimaklumkan boleh terus memainkan set lagunya walaupun masa kontraknya tamat pada jam 3.30 pagi.
Pada masa yang sama, beliau berkata dimaklumkan terdapat tetapi orang kenamaan (Norashman) akan hadir pada malam itu.
Bagaimanapun, pada jam 3,30 pagi, beliau mendakwa ditanya sama ada bersedia memainkan set lagu bersama-sama tetamu kenamaan (VIP).
“Jawapan saya mudah, tidak mungkin.
“Saya terus mainkan, kemudian 15 minit selepas itu 'Byden' beritahu saya kena berhenti kerana pemilik baru mahu tetamu VIP mainkan (set lagu),” katanya.
Fila menegaskan tiada sebarang salah faham, malah Zouk tidak meminta maaf atas kejadian itu.
Selepas kekecohan di media sosial, Zouk Singapura semalam menafikan mengganggu separuh jalan persembahan kedua-dua DJ itu.
Pembantu Rosmah Mansor menjelaskan Norashman tidak meminta membuat persembahan di Zouk tetapi hadir atas jemputan pengurusan kelab malam itu.
“Mana mungkin Ashman boleh memaksa sesiapa (untuk dia membuat persembahan)," jelas Rizal dalam catatan di Facebook malam tadi.

Soal saya di mahkamah, kata Dr Mahathir kepada polis


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam siri temu bual dengan media asing.
Dalam wawancara bersama The Telegraph, negarawan berusia 90 tahun menceritakan bagaimana polis menghambatnya apabila beliau mengkritik Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Polis datang ke pejabat saya, tetapi saya enggan jawab soalan-soalan mereka.
 "Saya beritahu jika mereka mahu soal saya, mereka perlu lakukannya di mahkamah, di mana semua orang boleh dengar apa yang saya perkatakan dan peguam saya boleh menyoal mereka," katanya dipetik akhbar itu.
Menurut akhbar harian United Kingdom itu, Mahathir tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya ketika ditanya sama ada beliau bimbang jika diheret ke mahkamah.
"Jika saya dipaksa ke mahkamah, saya gembira untuk jawab. Mereka cuba untuk memerintah dengan ugutan, tetapi saya bersedia untuk semua itu," katanya.
Mahathir juga mengulangi dakwaannya terhadap Najib, dengan berkata pelbagai pihak datang meminta bantuannya kerana perdana menteri telah "memusnahkan" Malaysia.
"Kita mempunyai undang-undang untuk menangani rasuah, tetapi perdana menteri kita mencabuli kedaulatan undang-undang. Dia tidak boleh dibenarkan berbuat demikian. Jika kita soalnya, atau buat laporan pada polis, kita pula berakhir dengan tahanan dan dikenakan tindakan.
"Jika dakwaan ini tak benar, mengapa Najib tak saman? Dia nafikannya, tetapi memilih untuk tidak mendakwa. Sebaliknya, peguam negara baru mahu memenjarakan mereka yang mendedahkan maklumat untuk seumur hidup. Begitu cara mereka berurusan dengan semua tuduhan-tuduhan ," katanya.

Hishamuddin tak takut ugutan culik oleh IS


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein hari ini berkata beliau tidak takut dengan cubaan oleh kumpulan Daesh untuk menculik beliau, tahun lalu, bagaimanapun ugutan kumpulan pengganas itu tidak boleh dipandang ringan.
"Saya tidak gentar, ia bukan kerana diri saya (untuk diculik), tetapi kerana jawatan yang saya pegang.
 "Apapun saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri kabinet lain terjamin," katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Pangkalan Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut.
Beliau mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat hari ini yang menyatakan pasukan keselamatan negara berjaya mengekang serta menggagalkan beberapa rancangan serangan keganasan oleh Daesh dan cubaan menculik pemimpin negara termasuk perdana menteri.
Zahid berkata selain perdana menteri, turut menjadi sasaran ialah beliau sendiri dan Hishammuddin.
Selain penculikan, kumpulan Daesh turut merancang serangan ke atas rumah ibadat, tempat tumpuan ramai, merompak senjata api daripada kem tentera dan rompakan wang tunai yang dipercayai bagi dijadikan dana untuk kegiatan mereka.
Menjelas lanjut, Hishamuddin berkata tindakan Daesh itu jelas menunjukkan ia semakin terdesak kerana segala perancangan jahat mereka di negara ini berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa.
"Selagi dia buat perancangan macam itu, selagi itu kita bersemangat untuk menghalang mereka," katanya.

Lepas jawatan GLC kalau ‘gentleman’, ahli Parlimen BN beritahu Dr Mahathir

Ahli Parlimen Silam Datuk Datu Nasrun Datu Mansur khuatir berlaku unsur sabotaj oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bersekongkol dengan pembangkang dalam membentuk Deklarasi Rakyat. – Gambar Facebook, 8 Mac, 2016. 
.Ahli Parlimen Silam daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Datu Nasrun Datu Mansur menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan yang kini disandangnya atas lantikan kerajaan sekiranya beliau seorang yang “gentleman” kerana sudah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
Datu Nasrun berkata, pihaknya khuatir berlaku unsur sabotaj oleh bekas perdana menteri itu kerana kini bersekongkol dengan pembangkang dalam membentuk Deklarasi Rakyat.
"Dr Mahathir sudah tidak mempunyai kepercayaan terhadap pimpinan perdana menteri.

"Sudah semestinya beliau perlu bersifat 'gentleman', lepaskan jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dimiliki kerajaan," katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini. Beliau berkata, dengan kerjasama yang diwujudkan Dr Mahathir bersama pembangkang dan kumpulan sivil, sudah pasti mereka mahu menumbangkan kerajaan.
"Kita tak mahu jawatan dipegang wujud unsur sabotaj. Saya pasti bila Dr Mahathir sanggup kerjasama dengan pakatan (pembangkang), sudah pasti mereka mahu tumbangkan kerajaan.
"Matlamat menghalalkan cara ini menyukarkan urusan kerajaan dan merosakkan imej Malaysia di mata pelabur," katanya.

Pendebat Asia dakwa disekat selepas meterai deklarasi rakyat


Pemimpin belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa beliau disekat daripada berucap di dua universiti selepas menandatangani Deklarasi Rakyat yang menuntut penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pembaharuan institusi.
 "Saya kecewa dengan campur tangan saat akhir Kementerian Pengajian Tinggi yang menghalang saya daripada bercakap di Uniten (Universiti Tenaga Nasional) dan Usim (Universiti Sains Islam Malaysia) disebabkan oleh kontroversi yang tidak berasas.
"Ini adalah program yang pada mulanya diluluskan oleh universiti masing-masing.
"Saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa saya akan membawa masuk 'provokasi luar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syed Saddiq yang dikenali sebagai pendebat utama Asia, berkata beliau dimaklumkan bahawa program berkenaan ditangguhkan sehingga "senario politik menjadi lebih baik".
Beliau dijadualkan untuk bercakap mengenai nasib Palestin, krisis pelarian dan kerja-kerja sukarela di kalangan belia.
"Ini hanya menunjukkan bagaimana terhadnya kebebasan akademik di universiti di Malaysia.
"Saya tidak tahu, saya boleh menjadi ancaman kepada pelajar universiti dengan hanya membincangkan tentang nasib saudara-saudara kita di Palestin," katanya.
Syed Saddiq adalah antara 58 pemimpin yang menandatangani Deklarasi Rakyat minggu lalu yang menampilkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil duduk semeja untuk menggulingkanNajib.

MT UMNO digesa laksana pembersihan dalaman besar-besaran - KNKUB1M

Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia (KNKUB1M) menyerahkan memorandum 'Menyokong Penuh Kepimpinan Perdana Menteri' kepada Setiausaha Agung Umno.
Mohammad Anuar
KUALA LUMPUR: Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia (KNKUB1M) hari ini mengusulkan pemutihan besar-besaran dijalankan dalam parti itu bagi membersihkan UMNO dari anasir yang menentang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Seruan itu susulan daripada pelancaran Deklarasi Rakyat baru-baru ini yang menyaksikan kerjasama Tun Mahathir Mohamad dengan pembangkang dan NGO, yang turut ditandatangani beberapa tokoh UMNO.
“Susulan dari peristiwa ini, kami mengusulkan agar Majlis Tertinggi mempertimbangkan usaha pemutihan yang lebih meluas untuk membersihkan parti dari mana-mana individu yang tidak mampu bersehaluan, berketaatan dan berkesetiaan dengan pucuk pimpinan parti.
“Sesiapa dari UMNO yang bersekutu dan bekerjasama dengan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ adalah seperti satu komponen kecil kepada jentera besar untuk menumbangkan UMNO dan BN – satu kepimpinan Melayu dan Islam di Malaysia.
“UMNO wajib menyucikan perjuangannya daripada elemen mungkar sebegini,” kata Pengerusinya Datuk Mohd Anuar Mohd Yunus dalam sidang media di PWTC hari ini.
Sejumlah 80 ahli KNKUB1M hadir untuk menyerahkan memorandum ‘Menyokong Penuh Kepimpinan Perdana Menteri’ kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Selain Mahathir, tokoh UMNO yang turut menandatangani Deklarasi Rakyat adalah Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid, manakala Datuk Seri Shafie Apdal yang tidak dapat hadir mengisytiharkan sokongan.
Justeru, KNKUB1M turut menggesa agar mereka semua dipecat daripada menjadi ahli UMNO.
“Kami juga menggesa kerajaan dengan serta-merta, menggunakan kuasa kawalannya ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk melucutkan jawatan Tun Mahathir selaku Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana, Pengerusi Proton dan Penasihat Petronas,” kata Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh itu lagi.
Ketua Setiausaha UMNO Malaysia Azwan Aziz mewakili Adnan untuk menerima memorandum itu. Dimaklumkan tiada wakil daripada UMNO Bahagian Pagoh, Jerlun dan Semporna.
Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia (KNKUB1M) menyerahkan memorandum 'Menyokong Penuh Kepimpinan Perdana Menteri' kepada Setiausaha Agung Umno.
Mohammad Anuar
KUALA LUMPUR: Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia (KNKUB1M) hari ini mengusulkan pemutihan besar-besaran dijalankan dalam parti itu bagi membersihkan UMNO dari anasir yang menentang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Seruan itu susulan daripada pelancaran Deklarasi Rakyat baru-baru ini yang menyaksikan kerjasama Tun Mahathir Mohamad dengan pembangkang dan NGO, yang turut ditandatangani beberapa tokoh UMNO.
“Susulan dari peristiwa ini, kami mengusulkan agar Majlis Tertinggi mempertimbangkan usaha pemutihan yang lebih meluas untuk membersihkan parti dari mana-mana individu yang tidak mampu bersehaluan, berketaatan dan berkesetiaan dengan pucuk pimpinan parti.
“Sesiapa dari UMNO yang bersekutu dan bekerjasama dengan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ adalah seperti satu komponen kecil kepada jentera besar untuk menumbangkan UMNO dan BN – satu kepimpinan Melayu dan Islam di Malaysia.
“UMNO wajib menyucikan perjuangannya daripada elemen mungkar sebegini,” kata Pengerusinya Datuk Mohd Anuar Mohd Yunus dalam sidang media di PWTC hari ini.
Sejumlah 80 ahli KNKUB1M hadir untuk menyerahkan memorandum ‘Menyokong Penuh Kepimpinan Perdana Menteri’ kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Selain Mahathir, tokoh UMNO yang turut menandatangani Deklarasi Rakyat adalah Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid, manakala Datuk Seri Shafie Apdal yang tidak dapat hadir mengisytiharkan sokongan.
Justeru, KNKUB1M turut menggesa agar mereka semua dipecat daripada menjadi ahli UMNO.
“Kami juga menggesa kerajaan dengan serta-merta, menggunakan kuasa kawalannya ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk melucutkan jawatan Tun Mahathir selaku Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana, Pengerusi Proton dan Penasihat Petronas,” kata Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh itu lagi.
Ketua Setiausaha UMNO Malaysia Azwan Aziz mewakili Adnan untuk menerima memorandum itu. Dimaklumkan tiada wakil daripada UMNO Bahagian Pagoh, Jerlun dan Semporna.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/08/pembersihan-besar-besaran-dalam-umno-knkub1m/#sthash.xagtIRJm.dpuf

Khairuddin buat laporan 'tumbuk Mahathir biar hilang gigi’


 Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis terhadap pemimpin Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao kerana untuk menggesa pihak polis untuk menagkap dan memukul bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ramesh Rao, tolong jangan nak tunjuk samseng jalanan! Kalau ada hati nak jadi pemimpin; perkemaslah sikit perangai tu.
“Rupa hodoh tak apa tiada masalah tapi kalau perangai hodoh susahlah nak jadi pemimpin,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Dalam laporan polisnya, Khairuddin berkata beliau percaya Ramesh mengugut dengan niat untuk mencederakan Dr Mahathir.
"Ia merupakan satu ugutan dengan niat secara sengaja untuk mencederakan Mahathir yang bercanggah dengan undang-undang negara ini,” katanya dalam laporan polis berkenaan.

Naib ketua bahagian dakwa Dr Mahathir bersekongkol pejuang murtad, LGBT



Ahli Kelab Naib-naib Ketua Bahagian Umno Malaysia hari ini menyatakan kerjasama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin DAP dan aktivis masyarakat sivil menggalakkan amalan murtad dan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Mac, 2016. 
Satu gabungan pemimpin akar umbi Umno yang menamakan diri mereka Kelab Naib-naib Ketua Bahagian Umno Malaysia merakamkan rasa "mual" dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani Deklarasi Rakyat bersama pemimpin DAP dan aktivis masyarakat sivil.
Pengerusi kelab, Datuk Mohamad Anuar Mohamad Yunus berkata, tindakan itu satu "persekongkolan" yang menggalakkan amalan murtad dan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
"Kami menganggap persekongkolan Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sanggup sepentas bersama para pemimpin parti pembangkang khususnya DAP yang dahulunya pernah mencaci dan mencela mereka dalam kerjaya dahulunya yang berteraskan perjuangan Malaysian Malaysia secara tradisinya menentang setiap elemen serta institusi berciri Melayu Islam.

"Lebih memualkan adalah persekongkolan dengan aktivis dan teraju badan bukan kerajaan (NGO) yang merupakan komponen Bersih, Comango dan Suaram yang antara lainnya memperjuangkan kebebasan amalan murtad, kesaksamaan LGBT, pemansuhan jenayah syariah serta penghapusan hak istimewa orang Melayu. "Ini satu bentuk pengkhianatan nyata kepada setiap jaluran asas dan prinsip perjuangan Umno," kata Anuar.
Kenyataan itu adalah sebahagian daripada kandungan memorandum menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang diserahkan kepada Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Pengawal bersenapang iring sultan ke DUN Kelantan



Kelainan boleh disaksikan kali ini ketika pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan apabila sultan diiringi pengawal bersenjata.
Perkara itu dilapor tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia dimuat naik ke Facebook Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan semalam.
Sultan Muhammad V kelihatan berjalan sambil diiringi pengawal berpakian rasmi yang bertali leher, berjaket dan bersongkok hitam sambil menggalas senapang.
Beberapa media lain turut menyiarkan gambar peristiwa sama, yang memperlihatkan sekurang-kurangnya dua pengawal membawa senjata.
Bagaimanapun, The Star Online melaporkan bahawa baginda sering ditemani pengawal bersenjata walaupun hadir ke acara tidak rasmi dalam dan luar Kelantan.
Perkara itu dikatakan dimulakan sejak menerajui negeri Cik Siti Wan Kembang itu pada 2010.
Semasa masih menjadi Tengku Mahkota dan Pemangku Raja, selepas seorang pengawal keselamatan istana dilapor ditembak suspek tidak dikenali.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan untuk menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.

'I nak bunuh you, kena notis 14 hari?'


Bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said mempersoal alasan berkaitan notis awal digunakan bagi mengemukakan usul tidak percaya terhadap penggantinya Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
 Ahmad Said menegaskan undi tidak percaya dikemukakannya tiada hak dihalang dan menteri besar hanya mempunyai pilihan membubarkan Dun atau meletakkan jawatan bila ia berlaku.
“Kalau notis, I nak bunuh you, bagi notis 14 hari?” soalnya.
Speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong petang ini menolak usul itu dan berkata kebenaran speaker diperlukan jika notis 14 hari dikecualikan.
Katanya, usul itu tidak termasuk dalam peruntukan Fasal 33(11) peraturan mesyuarat DUN yang menyatakan perkara-perkara bawah perlembagaan negeri tidak memerlukan notis.
Katanya, undi tidak percaya bukan memperkatakan pentadbiran jentera kerajaan negeri atau tanggungjawab meneri besar tetapi mempersoalkan kewujudan pembentukan kerajaan negeri itu sendiri.
Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad Said yang dipaksa meletakkan jawatan setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.
Ahmad ketika itu dilapor membantah pertukaran itu, antaranya kerana ia timbul menjelang majlis perkahwinan anaknya.
Beliau malah mengambil keputusan drastik keluar Umno, tetapi menyertai kembali parti itu tidak berapa lama selepas itu.
Beliau kemudian dilihat bersama dalam beberapa acara dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB.
1MDB pada mulanya ditubuhkan dengan nama Terengganu Investment Authority (TIA) ketika era kepimpinan Ahmad.

Najib akui BN belanja RM1.5 bilion untuk kempen PRU13, dedah Mukhriz


Mukhriz  ketika bercakap kepada media selepas bertemu dengan Ketua-Ketua Cawangan di Kota Bahru semalam.Mukhriz ketika bercakap kepada media selepas bertemu dengan Ketua-Ketua Cawangan di Kota Bahru semalam.Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan satu perjumpaan Pengerusi-Pengerusi Umno Negeri dengan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak yang  mengakui telah  membelanjakan RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu daripada derma RM2.6 bilion yang diterimanya.
 Dalam majlis tersebut Mukhriz  telah bertanya mengenai derma RM2.6 bilion  yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib sebaliknya Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor pula  menyampuk.
"Saya terkejut apabila dalam satu perjumpaan pengerusi- pengerusi Umno negeri dengan presiden parti. Saya hadir sama dan semua pengerusi perhubungan pun ada sama.
"Dan ketika itu, bila saya tanya mengenai 2.6 bilion ini, Setiausaha Agung Ku Nan pula yang menyampuk (bila) presiden tak jawab.
"Dia (Ku Nan) kata sebenarnya kita banyak menggunakan wang ini untuk PRU13, kita kena belanja banyak nak pastikan kita menang. Tapi dia kata dia tak bolehlah nak kata berapa banyak dia belanja.
"Tiba-tiba presiden menyampuk dia kata, saya boleh kata berapa kita belanja. Katanya (Najib) pada PRU13, kita telah belanja RM1.5 bilion!
"RM1.5 bilion! Saya terkejut bila saya dengar presiden kata begitu, sebab saya kata 1.5 bilion dan kita kalah tujuh kerusi Parlimen? Kita tak boleh nak menyamai ataupun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12 banding zaman Pak Lah dulu," ujar Mukhriz menjawab balas jawaban Perdana Menteri.
Menurut Mukhriz lagi Ku Nan pernah berkata kepadanya, "dia orang muda".
"You tahu apa, you orang muda lagi. Dia kata kat saya. Saya kata orang muda ini telah menawan balik negeri Kedah.
"Kita telah menyumbang daripada 4 kerusi naik jadi 10 kerusi Parlimen. Dan kita telah berjaya menawan balik hati rakyat Kedah daripada Pas. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan Umno Kedah," balas Mukhriz kepada Ku Nan dalam pertemuan tersebut.

Adik Najib beri peringatan ‘kerosakan sampingan perjuangan 2 gajah’

Gambar 2 ekor gajah berlawan yang dimuat naik pada akaun Instagram peribadi Datuk Seri Nazir Razak yang penuh makna hari ini. – Gambar Instagram, 8 Mac, 2016. 
Gambar 2 ekor gajah berlawan yang dimuat naik pada akaun Instagram peribadi Datuk Seri Nazir Razak yang penuh makna hari ini.

 Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak hari ini memberikan peringatan penuh makna kepada pengikut akaun Instagram beliau akan musibah daripada "perjuangan 2 ekor gajah".
Adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu berbuat demikian dengan memuat naik gambar 2 ekor gajah berlaga kepala dengan gading mereka terhunus ke arah satu sama lain dengan latar belakang puncak gunung dilitupi salji.
Gambar itu disertai kapsyen berikut:

"Gambar menakjubkan yang mengingatkan saya kepada ungkapan Melayu ‘gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah’. "Terjemahan longgarnya – apabila mereka yang berkuasa bergaduh antara satu sama lain, mereka yang lain akan menerima akibat sampingannya," tulis Nazir.

Deklarasi Rakyat bukan agenda DAP hancurkan UMNO

UMNO membuat tuduhan itu kerana bimbang dengan pengaruh Dr Mahathir yang boleh menggugat kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri.
muhyiddin-DAP
PETALING JAYA: Deklarasi Rakyat yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Lim Kit Siang bukanlah agenda DAP untuk menghancurkan UMNO.
Sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO yang sedang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, deklarasi itu adalah bagi mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan rakyat sudah hilang percaya dengan kepimpinannya.
Katanya, ia disebabkan Najib kini terpalit dengan pelbagai tuduhan akibat skandal kewangan yang sedang dihadapi.
“Agak malang apabila mereka menggunakan kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam upacara tersebut untuk menggambarkan seolah-olah Deklarasi Rakyat adalah agenda DAP untuk menghancurkan UMNO dan seterusnya melabel Tun Mahathir sebagai pengkhianat perjuangan UMNO.
“Tuduhan ini sama sekali tidak benar. Deklarasi Rakyat bukan agenda mana-mana parti politik. Ia terbit daripada kesedaran individu daripada pelbagai latar belakang sosial dan politik yang sedar bahawa kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri sudah tidak wajar lagi memandangkan beliau terpalit dengan pelbagai skandal kewangan yang menjejaskan keyakinan rakyat kepada beliau untuk memimpin Malaysia.
“Malah imej negara kita juga terjejas teruk di peringkat antarabangsa. Hakikatnya, Deklarasi Rakyat adalah perjuangan rakyat yang merentasi ideologi politik, kaum dan agama untuk menentang kemungkaran, menyelamatkan Malaysia dan menebus kembali maruah negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Muhyiddin berkata demikian, menafikan dakwaan Deklarasi Rakyat yang turut disertai Kit Siang merupakan agenda DAP untuk menghancurkan UMNO.

Deklarasi Rakyat atau ‘Deklarasi Mahathir’?

Minggu lepas, Tun Dr Mahathir bersama-sama pemimpin pembangkang dan kumpulan sivil menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac 2016.
Biar dilihat dari sudut mana sekalipun, kempen dikenali sebagai 'Deklarasi Rakyat' atau lebih tepat jika disebut "Deklarasi Mahathir", pimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri, tidak dapat diterima akal.
Ia mungkin boleh berhasil di negara yang mengalami pergolakan politik atau protes jalanan secara berlarutan bagi memaksa seseorang pemimpin berundur kerana ketiadaan sistem penggantian pemimpin secara jelas. Tetapi, di Malaysia ia tidak akan berhasil kerana sistem penggantian pemimpin wujud secara jelas dan ketara.
Lebih hebat tekanan yang ingin dikenakan kumpulan berkenaan untuk cuba memaksa Najib melepaskan jawatannya, maka lebih besarlah peluang mereka untuk menemui kegagalan. Malah, tidaklah keterlaluan jika dikatakan kempen mereka gagal sejak ia mula dilancarkan lagi.

Dalam pada itu, apa yang mengundang pukulan balas secara besar-besaran daripada seluruh warga Umno terhadap kempen itu ialah tindakan seteru utama politiknya, DAP untuk turut menaiki gerabak anti Najib yang dipandu Dr Mahathir. Bagaimanapun, kecekalan Najib dalam menghadapi cabaran terbaharu dan "ancaman" terhadap kepimpinannya ini, dapat dilihat dengan jelas setiap orang sejak awal lagi iaitu apabila beliau terpaksa menangani pelbagai isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Ku Li anggap Deklarasi Rakyat mengarut

Ia bukanlah perkara penting yang harus melibatkan dirinya.
Ku li
KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tidak mahu dikaitkan dengan Deklarasi Rakyat, meskipun namanya disebut sebagai antara mereka yang menandatangani dokumen itu.
“Tidak, ia tidak penting. Jangan libatkan saya dalam hal-hal yang mengarut ini,” katanya ketika diaju soalan oleh pemberita mengenai kewajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat dari UMNO.
Jelas veteran UMNO itu, terserah kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk mengambil keputusan sama ada menggantung atau memecat kedua-dua pemimpin parti Melayu itu.
“Saya hanya ahli UMNO biasa sahaja. Anda tanya mereka. Benda ini tidak penting bagi saya,” ujarnya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebelum ini mencadangkan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat dari UMNO memandangkan Deklarasi Rakyat itu bercanggah dasar dan prinsip UMNO.