Isnin, 7 Mac 2016

u help me, i help u...


DEKLARASI RAKYAT BUKAN DEKLARASI PEMBANGKANG

Deklarasi rakyat yang matlamanya adalah untuk mensejahterakan keadaan negara sudah diputar-belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seolah-olah deklarasi itu merupakan deklarasi pakatan pembangkang. Hasratnya yang murni untuk menyelamatkan keadaan negara juga sudah dipesongkan. Walaupun ramai yang menyedari hakikat yang matlamat itu  telah dipesongkan , masih ada juga segelintir yang merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh Tun Mahthir itu sebagai sesuatu yang tidak kena, apatah lagi apabila digambarkan yang Tun Mahathir sanggup bersekongkol dengan dengan DAP dan PKR.
            Sepatutnya Tun Mahathir duduk ‘diam-diam’ di rumah, ‘bermain’ dengan cucu-cucu. Ataupun pergi melancong dan makan angin sambil menghabiskan sis-sisa hidup yang masih ada. Itulah antara saranan yang selalu diutarakan oleh mereka yang amat ‘cemburu’ denga penglibatan Tun Mahathir dalam menerajui Deklarasi Rakyat yang sedang diperkatakan ini.
            Ada segolongan pemimpin UMNO yang begitu marah dengan sikap Tun Mahathir bersekongkol dengan sekumpulan rakyat yang mahu menyingkirkan DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Belum reda kemarahan mereka terhadap Tun Mahathir yang keluar dari UMNO disambung pula dengan usaha beliau menerajui gerakan untuk menyingkirkan DS Najib itu. Bertambah meluap-luaplah kemarahan golongan ini terhadap Tun Mahathir.
            Tidak salah bagi aku untuk mengkritik tindakan Tun Mahathir itu. Yang aku rasa tidak berapa kena ialah menggunakan bahasa kasar untuk mengkritik ‘orang tua’ yang bukan sahaja patut dihormati sebagai orang tua, tetapi ini bukan calang-calang ‘orang tua’ yang pernah memimpin negara ini selama 22 tahun. Rekod kejayaannya memimpin negara ini tidak siapa yang boleh menafikannya, walaupun ada terdapat cacat celanya. Kejayaannya meletakkan negara ini dipersada dunia tidak siapa yang boleh mempertikaikannya. Tidak ada Perdana Menteri yang lebih berjasa kepada negara ini berbanding dengan sumbangan yang diberikan oleh Tun Mahathir.
            Pemimpin UMNO yang masih ‘lembut bubunnya’ mengkritik ‘secara biadap’ tindakan Tun Mahathir menyertai gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan DS Najib Tun Razak. Pemimpin UMNO yang masih ‘setahun jagung’ menempelak tindakan Tun Mahathir. Pemimpin UMNO yang baru ‘sejengkal tanduk’ nya marah-marah dan mengutuk tindakan Tun Mahathir. Dan ramai juga pemimpin UMNO yang pernah mencium tangan Tun Mahathir dan ‘melutut’ kepadanya suatu ketika dulu turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Tun Mahathir kini. Betul juga agaknya kata Tun Mahathir bahawa ‘orang Melayu mudah lupa’.
            Tidak ramai pemimpin di negara ini yang sanggup mengambil risiko seperti Tun Mahathir. Betul apa yang dikatakan oleh kebanyakan orang bahawa Tun Mahthir sepatutnya menghabiskan sisa-sisa hidupnya ‘bermain’ dengan cucu-cucunya atau pun melancong makan angin seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Sepatutnya Tun Mahthir berbuat begitu dan bukan bersama-sama menyertai gerakan untuk menyingkirkan DS Najib dan membetulkan keadaan negara yang dalam keadaan kemelut sebegitu.

RM2.6 bilion urusan peribadi Najib, bukan mengikut OSA, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada perdana menteri sebelum Datuk Seri Najib Razak yang pernah menguruskan dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac, 2016. 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan sama ada menguruskan dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi merupakan sebahagian tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Melalui laman blog miliknya, www.chedet.cc Dr Mahathir berkata, tiada perdana menteri sebelum Najib yang pernah melakukan perkara itu.
"Saya mempersoalkan sama ada Najib dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya melaksanakan tugas sebagai perdana menteri.

"Adakah beliau kini dalam penggalnya untuk memperolehi dana rahsia dan menyimpannya di dalam akaun peribadi beliau. "Tiada perdana menteri Malaysia pernah melakukannya," kata Dr Mahathir, dalam blog milik mereka.
Dr Mahathir berkata, di dalam kerajaan terdapat prosedur dan peraturan untuk menerima dan menguruskan dana.
"Najib tidak mematuhi peraturan ini. Malah beliau mengakui dana itu adalah hadiah yang diberikan kepada beliau secara peribadi, bukan kepada kerajaan.
"Beliau tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa kerajaan berkenaan dana itu," katanya.
Dr Mahathir berkata, Najib turut merahsiakannya daripada kerajaan, dan kelihatannya tidak membayar cukai terhadap dana itu.
"Jelas memiliki dan menguruskan dana RM2.6 bilion bukan sebahagian daripada tugasnya sebagai perdana menteri," katanya.
Dr Mahathir minggu lepas mewujudkan kerjasama dengan pembangkang dan kumpulan sivil melalui Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.
"Duit itu bukanlah rahsia kerajaan yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA)," katanya.
Laporan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Dr Mahathir, juga dengan itu menyatakan berkenaan salah laku Najib sebagai individu dalam kerajaan.
"Salah laku itu harus disiasat dan dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan supaya tindakan boleh diambil berlandaskan lunas undang-undang.
"Polis dan pihak berkuasa yang lain perlu bertindak dan menyiasat laporan itu," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata, Peguam Negara juga mempunyai hak untuk memutuskan sama ada kes itu perlu di bawa ke mahkamah atau tidak.
"Hak itu perlu dilakukan dengan mengambil kira elemen yang terlibat dalam kes yang melibatkan kepentingan umum.

Deklarasi Rakyat Dr Mahathir akui penganiayaan terhadap Anwar, kata Wan Azizah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah penerimaan tidak langsung yang institusi kerajaan tidak bebas, memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menjadi ancaman politik kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac, 2016. 
Deklarasi Rakyat yang diusahakan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu perakuan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa sistem, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, ia terkandung dalam pengakuan personaliti pembangkang dan kerajaan institusi-institusi yang kini dirosakkan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN).
"Pengakuan Dr Mahathir ini tidak mengubah hala tuju Pakatan Harapan terutamanya berhubung pendirian mengenai bentuk-bentuk reformasi undang-undang, politik, media, ekonomi, kewangan, pendidikan dan sosial yang akan dilaksanakan Pakatan Harapan.

"Malah, pengakuan Dr Mahathir itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung yang institusi kerajaan tidak bebas, memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak," kata Dr Wan Azizah. Beliau membuat kenyataan itu pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di pejabat ketua pembangkang di Parlimen, hari ini.
Menurut Dr Wan Azizah lagi, deklarasi itu perlu dilihat berdasarkan persepsi yang betul iaitu ia adalah satu bantuan sokongan daripada Pakatan Harapan kepada Dr Mahathir dan ia bukannya satu bentuk bantuan dari bekas perdana menteri itu kepada mereka.
"Dr Mahathir tidak kuat dan beliau memerlukan bantuan kami," katanya ketika ditanya tentang dinamik hubungan pembangkang dan Dr Mahathir selepas pemeteraian Deklarasi Rakyat.
Pada sidang media mesyuarat bersama pimpinan tertinggi DAP dan Parti Amanah Nasional (Amanah) itu, Dr Wan Azizah turut menegaskan yang Pakatan Harapan akan terus memperjuangkan pembebasan Anwar.
"Pakatan Harapan pada hari ini menetapkan agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama-sama agenda reformasi yang lain dalam usaha menyelamatkan Malaysia.
"Strategi 3 serampang ini - menuntut reformasi institusi, membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan - akan digerakkan secara bersepadu Pakatan Harapan dalam kempen kami di seluruh negara," katanya.
Sementara itu, Dr Wan Azizah pada sidang media sama turut mengumumkan satu himpunan bagi menuntut pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diadakan pada 2 April sempena setahun pelaksanaannya.

Adakah ingin kekalkan Najib jadi PM & BN kekal memerintah negara..???

Nampaknya semenjak Ahmad Maslan dilantik sbg Jeneral Perang Cyber IT Umno oleh Najib, serangan balas UMNO/BN pertahankan Najib tampak hebat..

Sembang & sorak di hadapan penyokongnya, mmglah tampak gempak & hebat...

Jika benar BN kukuh & dilihat dgn keadaan Barisan Netanyahu skrg, beranikah Najib adakan pilihanraya dlm masa terdekat skrg ini ???

Bila Jamal sekencing nak tarbiah satu rakyat M'sia...

Bila pulak mamat ni jadi lebai atau walaun ??

UMNO ni agama ke? Percaya pada Najib macam mana pula ? Najib tu tuhan ke?

MASIH INGAT !!!.. ada menteri UMNO tu kata.. "TAK PERCAYA NAJIB RAZAK BERMAKNA TAK PERCAYA KEPADA ALLAH.."

Berani Kerana Benar, TAKUT KERANA SALAH !!!

Adakah 'ALASAN' yg diberi oleh pengerusi PAC bhw Laporan Akhir Audit 1MDB diletakkan di bawah OSA kerana untuk melindungi kredibiliti ATAU sebab yang dinyatakan oleh Tengku Razeliegh Hamzah ini...???

Cuepacs bantah pembekuan jawatan baru sektor awam


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah tindakan kerajaan membekukan pengambilan penjawat awam dengan tidak membenarkan pewujudan jawatan baharu berkuat kuasa 1 Mac lalu.
 Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata keputusan kerajaan yang diambil oleh Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Pekeliling Perbendaharaan bertajuk "Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan" membawa implikasi sosial dan ekonomi yang negatif kepada negara.
"Cuepacs tidak bersetuju tindakan MOF dan akan berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meminta perkara ini dikaji semula," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Perkhidmatan Awam anjuran Cuepacs Sarawak oleh Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin di Miri hari ini.
Azih berkata Cuepacs kecewa tindakan MOF yang membuat keputusan itu tanpa sebarang perbincangan dilakukan memandangkan impak negatif arahan tersebut lebih kepada kebajikan kakitangan bawahan dan bukan kakitangan atasan.
Beliau berkata impak sosial yang bakal dialami oleh negara ialah masalah pengangguran bakal meningkat terutama individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan sijil lain.
Azih berkata dari sudut ekonomi tindakan itu akan melambatkan lagi proses pemulihan ekonomi berikutan kekurangan kritikal kakitangan awam untuk melaksanakan sesuatu tugasan mengikut jadual terutama jika ia melibatkan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
"Cuepacs meminta pegawai MOF yang bertugas di Putrajaya turun padang melihat sendiri keadaan di kawasan-kawasan tertentu di seluruh negara sebelum mengeluarkan garis panduan berkenaan," katanya.
Beliau berkata ada sesetengah kawasan, terutama sekali di luar bandar dan pedalaman, memerlukan petugas yang ramai kerana keluasan dan kedudukan geografi kawasan tempat berkhidmat seperti Sarawak dan Sabah.
"Saya bagi contoh kalau pejabat hanya ada seorang pembantu tadbir iaitu seorang wanita yang sarat mengandung, selepas melahirkan anak cuti tiga bulan, siapa yang menggantikannya dalam tempoh tiga bulan kalau tiada jawatan yang sama dengannya,sebab itu dalam keadaan tertentu jawatan baharu tidak boleh dibekukan kerana faktor tersebut," katanya.
Pekeliling Perbendaharaan setebal 11 muka surat itu, menggariskan 14 garis panduan, antaranya pewujudan jawatan baharu tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah tukar ganti dan pindah butiran serta tiada implikasi kewangan tambahan.

BERSIH jelajah seluruh negara demokrasikan ‘Deklarasi Rakyat'

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah hari ini mengumumkan rancangan untuk menganjurkan mesyuarat ‘town hall’ di seluruh negara dan mengumpul pandangan orang ramai mengenai agenda reformasi institusi yang berterusan.
Dalam tulisan di Facebook, Maria berkata, adalah penting bagi rakyat untuk terlibat dalam proses untuk mendemokrasikan Deklarasi Rakyat yang dimeterai pada Jumaat lalu.
"Ia bukan mengenai (Dr) Mahathir (Mohamad), pembangkang atau saya, ia berhubung cara membawa negara kita ke hadapan.
"Jangan kita letakkan semua telur dalam 'bakul parti politik’ sahaja tetapi letakkannya di ‘bakul kuasa rakyat’. Lagipun kita menjayakan BERSIH 4 dan ia mengenai agenda pembaharuan institusi negara ini," katanya.
Maria bersama dengan pemimpin masyarakat sivil yang lain menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dikritik kerana didakwa mengkhianati kepercayaan penyokong mereka dengan bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu.
Dokumen asal deklrasi itu dibuat oleh Mahathir tetapi pengisytiharan 37 perenggan itu juga mendapat input daripada masyarakat sivil dan pemimpin Pakatan Harapan.
"Pada BERSIH 4, kita menuntut kerajaan sementara untuk membawa pembaharuan dan diikuti oleh kemudiannya dengan pilihan raya semula yang demokrasi untuk memilih wakil yang bertanggungjawab.
"Mari kita teruskan dengan desakan ini," kata Maria.

APA PUNYA BEBAL LAH....

Cuba kita baca kenyataan Mohd Fuad Zarkashi yang kalah bertanding di kerusi Parlimen Batu Pahat dalam pilihanraya umum lalu, tetapi kemudian kerana kuat mengipas dan membodek, dilantik pula sebagai Ketua Pengarah Jasa sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah portal berita yang tiga perenggan awalnya adalah seperti berikut:-

Motif serangan Tun Mahathir menjatuhkan Najib Razak adalah kerana mahukan anaknya, Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri, dakwa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Fuad Zarkashi.

Beliau berkata, sebab itulah bekas Perdana Menteri berkenaan tidak menyebut siapa pengganti jika Najib meletakkan jawatan.

Beliau berkata, Tun Mahathir terlalu taksub dengan agenda Mukhriz menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup melempar fitnah kepada Najib dan duduk semeja dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Siapa pun yang membaca kenyataan Mohd Fuad ini pasti menyedari bahawa ia dengan jelas bermaksud apabila Najib berjaya diturunkan dalam tempoh terdekat ini,  calon yang akan diangkat sebagai penggantinya tidak lain ialah anak Tun Mahathir sendiri iaitu Mukhriz.

Sebab itulah, kononnya Tun Mahathir dalam gerakannya mahu menurunkan Najib, tidak menyebut siapa penggantinya kerana seolah-olah Mukhrizlah yang akan menjadi pertimbangan utamanya untuk dijadikan pilihan.

Lebih dari itu, Mohd Fuad juga berkata, disebabkan ketaksuban terhadap anaknya itulah  Tun Mahathir sanggup duduk semeja dengan Lim Kit Siang dan melemparkan fitnah kepada Najib.

Alahai...memang kesian dengan tahap pemikiran dan pengetahuan am Ketua Pengarah Jasa ini kerana beliau nampaknya masih tidak memahami bahawa untuk membolehkan seseorang itu dilantik sebagai Perdana Menteri, ia mestilah berkedudukan sebagai Ahli Parlimen.

Dalam hal ini, bagaimana Tun Mahathir mahu mengangkat Mukhriz menjadi Perdana Menteri sedangkan kedudukannya sekarang hanyalah sebagai Adun saja?

Skandal TH: Kenapa saya dipanggil sebagai saksi, bukan suspek – Rafizi

Polis juga kena memanggil Gabenor Bank Negara kerana yang mula-mula sekali menimbulkan isu itu adalah pihak berkenaan.
rafizi,polis,th
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan polis memanggilnya ke balai hanya sebagai saksi dan bukannya suspek berhubung laporan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini.
“Saya diambil keterangan sebagai saksi. Tapi soalan semua berkisar tentang apa yang saya tulis. Saya yang banyak pengalaman disiasat agak jelas soalannya kepada suspek.
“Kalau dengan harapan saya nak beri keterangan dan kemudian dakwa saya..saya rasa itu agak nakal dan sepatutnya tak dibuat,” katanya ketika ditemui selepas diambil keterangan lebih satu jam di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, hari ini.
Pada 28 Februari lalu, Lembaga Tabung Haji membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan itu berhubung dakwaan agensi terbabit dikatakan memberi jaminan korporat kepada sebuah syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).
Bagaimanapun, Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatnya dalam satu kenyataan menafikan dakwaan tersebut dan meminta Rafizi untuk menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat TH seperti yang didakwa.
Rafizi menyifatkan tindakan yang dibuat TH terhadapnya itu akan menambahkan lagi keraguan para pendeposit terhadap badan berkanun berkenaan seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan.
Tegasnya, apa yang dipersoalkan sebelum ini sepatutnya dijawab oleh TH kepada penabung-penabungnya.
“Yang perlu diyakinkan ialah mereka yang menyimpan wang di Tabung Haji, bukan dengan cara membuat laporan polis dengan harapan siasatan polis itu akan menakutkan saya dan menyebabkan saya berhenti buat komen mengenai Tabung Haji.

Shafie Apdal belum tandatangan tapi sokong Deklarasi Rakyat

 Walaupun belum menandatangani Deklarasi Rakyat, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun menyokong usaha Tun Dr Mahathir Mohamad itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac 2016.  
 ​Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menyokong Deklarasi Rakyat yang berikrar menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara demokratik dan berperlembagaan walaupun beliau sendiri belum menandatanganinya.
Beliau menjelaskan perkara tersebut selepas 2 lagi personaliti Umno yang senasib dengannya, dipinggirkan dalam parti, hadir pada acara menandatangani perisytiharan itu pada 4 Mac lalu.
Bekas menteri besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama menyokong deklarasi itu yang diusahakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia langkah yang baik. Saya sokong walaupun belum menandatanganinya. Ia tiada kena mengena dengan menggesa kerajaan ditumbangkan.  "Dr Mahathir cuma mahu Najib turun, dan itulah penyelesaiannya," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai gesaan agar Muhyiddin dipecat dari Umno, Shafie berkata semua peraturan dalaman parti perlu dipatuhi jika Majlis Tertinggi (MT) Umno mahu berbuat demikian.
Katanya, ia agak janggal jika MT Umno bertindak menyiasat, menghukum dan mencari pengganti Muhyiddin sebagai timbalan presiden.
Pada masa ini Muhyiddin digantung daripada jawatan timbalan presiden Umno selepas kritikan bertali arus terhadap Najib.
Tanggungjawab beliau kini dipangku Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan timbalan perdana menteri.

Pemimpin UMNO terbuang diberi pentas untuk berucap – Wan Azizah

Pakatan Harapan akan terus konsisten menolak isu-isu ekonomi yang menekan rakyat.
wan-azizah,`Muafakat-Selamat-Malaysia'
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan memberi pentas kepada pemimpin UMNO dalam usaha menggembleng sokongan umum menuntut perletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perhimpunan yang dinamakan `Muafakat Selamat Malaysia’ itu akan diadakan di setiap negeri bermula bulan ini.
“Ia untuk memberi pentas kepada semua pihak dan tokoh termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan lain-lain,” katanya dalam sidang media selepas selesai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Parlimen, hari ini.
Hari ini, PH mengumumkan bahawa membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dikemukakan sebagai agenda utama, disamping mendesak Najib meletak jawatan dan reformasi institusi.
Dalam pada itu Wan Azizah menjelaskan, Pakatan Harapan juga akan terus konsisten menolak isu-isu ekonomi yang menekan rakyat.
Ini kerana katanya, isu berkenaan tidak boleh ditenggelamkan begitu sahaja oleh perkembangan politik mutakhir ini.
Ia termasuk isu-isu seperti penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pembiayaan pendidikan yang munasabah serta menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran yang dikenakan kerajaan.
“Oleh itu, Pakatan Harapan menyeru semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan supaya turun menyertai Perhimpunan Mansuh GST yang akan diadakan pada 2 April 2016 di Kuala Lumpur bersempena dengan satu tahun rakyat Malaysia dibebankan dengan GST,” katanya.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu akan mengetuai jawatankuasa penganjur Perhimpunan Mansuh GST dan perhimpunan `Muafakat Selamat Malaysia’.

Beri tumpuan kepada pentadbiran negara, Nurul Izzah beritahu Najib

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, yang ditemani peguamnya Michelle Yesudas berkata, soal siasat dilakukan pihak polis terhadap beliau dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini merupakan satu tindakan bersifat gangguan bertujuan menimbulkan rasa takut di kalangan rakyat Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mac, 2016. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi tumpuan mentadbir negara dan bukannya mengganggu individu di atas kesalahan remeh temeh seperti menyiarkan wajahnya seakan-akan badut di media sosial, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mempersoalkan tindakan yang diambil pihak polis hari ini berhubung dakwaan terhadap satu posting imej badut Najib di Instagram beliau, yang disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
"Anda perlu mempersoalkan tindakan perdana menteri, mengapa melakukan gangguan semua ini?"

"Adakah beliau tidak ada kerja lain yang lebih baik untuk dilakukan dan adakah beliau tidak perlu memberi tumpuan kepada pentadbiran negara ini memandangkan masyarakat di seluruh dunia mempertikaikan skandal beliau berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini. Nurul Izzah, yang ditemani peguamnya Michelle Yesudas berkata, soal siasat dilakukan pihak polis terhadap beliau dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini merupakan satu tindakan bersifat gangguan bertujuan menimbulkan rasa takut di kalangan rakyat Malaysia.
Rafizi juga sedang disoal polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Dang Wangi di Kuala Lumpur berhubung isu berkaitan Tabung Haji.
"Ini terutamanya bertujuan menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia yang lain bagi mewujudkan budaya tapisan sendiri, khususnya memandangkan kepada kedudukan semasa Najib dalam Umno.
"Ahli Parlimen diganggu kerana kawalan dan perintah Najib semakin lemah di dalam negara serta kerajaan hari ini," katanya.
Michelle berkata, soal siasat hari ini bukan perkara baharu, dan Izzah menggunakan haknya untuk tidak menjawab soalan pihak polis.
"Tugas polis adalah untuk menjaga keselamatan rakyat, jika sumber dibawa keluar daripada skop kerja, bagaimana mereka akan bekerja?

Gabungan raya Selamatkan Malaysia bukan barua atau boneka sesiapa

CHERAS, 6 MAC: Pencacai dan cybertrooper UMNO-Barisan Nasional (BN) akan mendakwa apa sahaja untuk menghancurkan gerakan Selamatkan Malaysia termasuk menuduh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebagai boneka DAP.
Hakikatnya, gabungan raya Selamatkan Malaysia yang diterajui parti oposisi utama, kumpulan masyarakat sivik, individu dan Dr Mahathir adalah berdasarkan satu matlamat utama untuk menyingkirkan Perdana Menteri Najib Razak, sekaligus memulihkan semula keadaan ekonomi, politik dan sosial negara.
“Saya boleh bersetuju dengan Tun Mahathir yang persoalkan bagaimana sebanyak RM4.2 bilion boleh berada dalam akaun peribadi Najib,” demikian kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam Forum Kedai Kopi di Taman Bukit Segar sebentar tadi.
Menurut beliau, perkara paling lucu dan tidak boleh diterima sama sekali apabila DAP sekali lagi dituduh cuba  menjadikan rakan-rakan gabungan raya Selamatkan Malaysia sebagai boneka mereka.
“Semasa DAP jalinkan kerjasama dengan PAS, Datuk Seri Hadi Awang dituduh menjadi boneka Lim Kit Siang. Bukan itu sahaja, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah didakwa menjadi boneka DAP.
“Sekarang, giliran Tun Mahathir pula dituduh jadi boneka DAP. Ini adalah satu pembohongan terang-terangan dan tidak boleh diterima,” katanya di hadapan kira-kira lebih 200 hadirin.
Menegaskan bahawa gabungan raya Selamatkan Malaysia adalah demi menyingkirkan pemimpin yang rasuah, Kit Siang menjelaskan hanya wujud tiga kebarangkalian dalam gabungan bersejarah yang dilancarkan 4 Mac itu.
“Pertama, jika mereka tuduh saya gunakan Tun Mahathir, adakah saya begitu berkuasa untuk mempengaruhi beliau? Keduanya anda juga boleh menuduh Mahathir menpergunakan saya dan ketiganya, kami saling memerlukan dan saling mempergunakan untuk menyelamatkan Malaysia!” ujarnya.
Beliau berkata, kerjasama bersejarah ini berjaya diwujudkan atas semangat patriotik kerana mahu melihat Impian Malaysia mencapai kenyataan.
“Ia tidak ada kena mengena dengan orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazandusun, tidak ada kena mengena dengan Islam, Buddha, Kristian, Hindu, tetapi gabungan ini adalah berkaitan dengan kita semua rakyat Malaysia,” ujar Kit Siang.

DAP mahu Dr M tebus kesalahan lalu, berjuang demi Malaysia

KUCHING, 7 MAC: Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudi bekerjasama dengan pembangkang, NGO dan aktivis untuk menyingkirkan Najib serta memulihkan kemelut negara diminta menebus kesalahan dan kesilapannya masa lalu tanpa apa-apa niat tersembunyi.
Abdul Aziz Isa“Saya berharap Tun Mahathir benar-benar berjuang kerana mahu melihat Wawasan 2020 beliau tercapai dan memberi kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Harap-harapnya Tun M dan pemimpin BN yang menyokong deklarasi kini di jalan yang betul.
“Namun, jangan hampakan harapan rakyat Malaysia. Mereka perlu berjanji bahawa tidak ada “udang di sebalik batu” atau sebarang agenda perkauman yang tersembunyi,” kata Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Petra Jaya, Abdul Aziz Isa.
Menurutnya, Deklarasi Rakyat ditandatangani gerakan “Selamatkan Malaysia” semalam membuktikan bahawa pemimpin dan rakyat sanggup mengetepikan perbezaan ideologi politik, fahaman, kaum dan agama demi merubah Malaysia ke arah lebih baik, bukan sahaja untuk generasi hari ini tetapi juga generasi akan datang.
“Bagi saya, ia bukan lagi semata-mata soal parti politik, tetapi soal maruah dan kebanggaan negara. Apabila datang seruan seperti ini yang membawa kebaikan kepada negara tercinta, pengorbanan adalah perlu untuk menjamin masa depan lebih baik untuk generasi akan datang.
“Kadang-kala, ia adalah lebih baik untuk melupakan perbezaan bagi menurunkan seseorang yang telah merosakkan negara. Lebih baik berjuang bersama-sama daripada melawan pertempuran secara berseorangan.

Mat Sabu: Kami akan terus berpolitik

Kit Siang pula berkata Yang di-Pertuan Agong membaca titah yang disediakan kerajaan
lim-kit-siang_mat-sabu_raja_600_2
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli AMANAH akan terus berpolitik sehingga ke akhir hayat mereka, tegas Presidennya Mohamad Sabu (Mat Sabu) menjawab titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Agong sewaktu menyampaikan ucapan titah bagi merasmikan pembukaan Parlimen ke-13 hari ini menitahkan semua wakil rakyat supaya berhenti bermain politik, dan meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan mereka, bukannya saling memfitnah dan menumbangkan sesama sendiri.
“Kita merupakan sebuah parti politik. Kita perlu main politik hingga ke akhir hayat kami. Kami ahli politik, bukan NGO (badan bukan kerajaan),” kata Mat Sabu.
Agong turut bertitah pentadbiran kerajaan sedia-ada diteruskan supaya matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dapat dizahirkan.
Mengulas titah itu, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Agong hanya membacakan ucapan titah yang disediakan kerajaan.
“Ucapan titah Agong itu (disediakan) oleh kerajaan,” katanya di sidang media Pakatan Harapan di Parlimen hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya titah Agong kepada ahli politik supaya henti mengaibkan negara ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata “bukan kami yang mengaibkan negara.”

Setuju atau tidak, bebas Anwar kini agenda utama Selamatkan Malaysia

Mahathir perlu terima agenda baharu itu jika mahu sokongan pembangkang, menurut PH
Wan-Azizah_anwar_6000_1KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mengumumkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi agenda utama Selamatkan Malaysia.
Pimpinan tertinggi PH berkata Tun Dr Mahathir dan sekutu pemberontaknya perlu menerima tuntutan itu dalam menjayakan agenda mereka menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – samada bersetuju ataupun tidak.
“Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh yang merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir Mohamad dan pimpinan Pakatan Harapan dan pembangkang yang lain adalah pengakuan tokoh-tokoh pimpinan Umno/Barisan Nasional sendiri bahawa institusi-institusi kerajaan telah dirosakkan oleh pentadbiran Umno/Barisan Nasional,” tegas Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, tandangan Mahathir dan sekutu pemberontaknya pada deklarasi itu merupakan penerimaan bahawa Anwar mangsa kepada institusi yang dirosakkan itu.
“Oleh yang demikian, Pakatan Harapan pada hari ini menetapkan bahawa agenda pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama-sama agenda reformasi yang lain dalam usaha menyelamatkan Malaysia,” katanya membacakan kenyataan bersama PH di sidang media di Parlimen hari ini.

Deklarasi Rakyat atau agenda Dr Mahathir?

Oleh Anuar Mohd Nor
Sebaik sahaja Deklarasi Rakyat ditandatangani – reaksi berbeza timbul di kalangan rakyat dan perbalahan pendapat antara mereka yang mempunyai aliran politik yang berbeza.
Persoalan mula timbul, kenapa perlu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu agenda yang  diperjuangkan Dr Mahathir sendiri. Sedangkan matlamat asal pembangkang jauh lebih besar, untuk mencantas Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada terus memerintah negara.

Apa besarnya agenda Selamatkan Malaysia dengan hanya menentang Najib berbanding dengan menjatuhkan Umno dan BN – yang selama ini dilihat bermasalah dengan kepimpinan yang hanya mementingkan politik sendiri serta terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah, kegagalan pentadbiran dan menindas rakyat.
Dalam masa yang sama, persoalan kononnya perlu mengubah sistem dalam negara ini juga dipersoalkan. Sistem perlu dirombak dan rombakan itu perlu dan langkah awal untuknya adalah memastikan Najib tumbang. Kepimpinan pembangkang terjebak dalam pemikiran jatuhkan Najib dan meletakkan ia sebagai prioriti sedangkan perubahan sistem sebenarnya tertakluk kepada pengemudi sistem yang ada sekarang ini, iaitu kerajaan BN dan Umno.
Menjatuhkan Najib bagi pembangkang dan menaikkan BN dan Umno bukan 1 agenda yang konklusif, kata mereka lagi.
Melihatkan reaksi beberapa kenyataan dalam media sosial – ahli Umno sendiri melihat gabungan Dr Mahathir dan pembangkang sebagai gabungan untuk memukul Najib dan sekali gus menjadi langkah memukul Umno.
Dalam beberapa kenyataan yang ditulis setakat ini, selama 6 perdana menteri, Umno diajar menolak DAP sebagai parti “cauvinis” Cina.  Tetapi, ketika ini beberapa bekas kepimpinan tertinggi Umno  termasuklah mantan perdana menteri Malaysia dan beberapa ahli Umno mengambil langkah bekerjasama dengan DAP untuk menghentak Najib.
Mereka menyatakan kekesalan atas tindakan Dr Mahathir bersekongkol dengan DAP – seolah-olah satu usaha terdesak.
Kata mereka, kalau Dr Mahathir menyerang Najib sekali pun kami boleh terima, tetapi bersatu dengan gerakan pembangkang khususnya DAP adalah sesuatu yang mengecewakan dan akan merapatkan kembali saf Umno khususnya bagi menentang gerakan yang tidak dikira gerakan rakyat dan deklarasi yang tidak dianggap deklarasi rakyat.
Deklarasi yang ditandatangani juga gagal disokong keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar – sebagai wakil berpengaruh dalam gerakan reformasi cetusan Anwar Ibrahim dan kepimpinan PKR – tidak hadir dalam Deklarasi Rakyat.
Nurul Izzah yang sebelum ini dijangka akan menghadiri deklarasi itu pada saat-saat terakhir menarik diri. Langkah ini jelas menggambarkan Anwar tidak memberi restu kepada keluarganya untuk terus bersekongkol dengan Mahathir lantas sokongan dalam PKR terhadap deklarasi itu hanya terpalit kepada penyokong Datuk Seri Azmin Ali.

Deklarasi Rakyat beri ruang politik baru berputik


Dr Mujahid YusofDr Mujahid Yusof
Menerima kepelbagaian adalah ciri utama politik baharu yang digunakan untuk membina negara bangsa malah kepelbagaian bukanlah satu bala dan dimanipulasi sebagai punca perpecahan, kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof.

Malah idea politik baru yang diperkenalkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 dan ke-13 menerima tentangan sengit BN yang masih berdegil dengan politik ‘old school’ dan tegar dengan politik ‘cash is king’.

"Kami daripada pendukung politik baharu adalah penyeru tegar kepada konsep kesepaduan dan bukan sekadar retorik perpaduan.
"Kesepaduan bermakna kita masih boleh berada dalam kekuatan di sebalik kepelbagaian politik dan ianya diikat oleh kasih kita kepada kepentingan negara terlebih dahulu pada kepentingan parti dan kaum," katanya.
Kesepaduan, ujar beliau tidak mensyaratkan keseragaman (uniformity) sebaliknya didorong perasaan kasih pada negara walaupun berbeza ideologi.
Berbeza pandangan dengan pemerintah, jelas beliau bukan bersamaan dengan tidak suka kepada perpaduan.
"Pakatan Harapan tertegak atas prinsip ini dan mahu membuka lembaran baharu dalam berpolitik melalui formula pendemokrasian berterusan," ujar beliau mengulas Deklarasi Rakyat yang diisytiharkan petang Jumaat lalu.

Rakyat ujar Dr Mujahid menyaksikan deklarasi penting atas nama warganegara peduli merentasi sempadan politik dan ideologi untuk menyelamatkan negara.
"Tidak sukar bagi kami untuk menyertai gerakan ini kerana kami dipandu dengan kejelasan sejak awal bahawa pemimpin rasuah harus dihentikan, reformasi institusi perlu berterusan dan kesedaran rakyat melalui hak bermaklumat dan kebebasan media mesti diagendakan.
"Kami tidak ada masalah jika mana-mana pihak memilih kaedah ini untuk berpolitik dan hari ini harapan kami menjadi kenyataan," katanya.

Idris: Sejak bila PAS, Abdul Hadi pertahan Najib?

Kami tidak mempertahan Najib tetapi kita mahu tumbangkan parti UMNO, BN secara total.
IDRIS,HADI,NAJIB
PAS membidas pihak yang menuduh Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersubahat dan mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata pemimpin parti Islam itu tidak pernah mempertahankan Perdana Menteri seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Katanya, memang sudah menjadi amalan PAS dari dahulu bahawa parti itu tidak sesekali membuat serangan terhadap individu – termasuk Najib – sebaliknya berjuang untuk menjatuhkan UMNO dan BN secara menyeluruh.
“Pertama, sejak bila pula pemimpin PAS (Abdul Hadi) nak mempertahankan Datuk Seri Najib?
“Perjuangan PAS bukan setakat melawan pemimpin (Najib) tetapi juga melawan parti. Kita melawan parti yang dipimpin Najib. Sebab itu nafas PAS panjang, kerana kami lawan UMNO selama 65 tahun,” katanya kepada FMT.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sekali lagi menempelak pihak yang mendakwa Abdul Hadi dan PAS bekerjasama dengan Najib dan UMNO sebagai kumpulan yang tidak pandai berjuang politik.
“Kami tak pertahan Najib tetapi kita mahu tumbangkan parti UMNO, BN secara seluruhnya. Kalau tak faham bahasa tak payah jadi ahli politik,” katanya.
Terdahulu, bekas panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin Syed Harman menggesa rakyat memerangi Abdul Hadi sekiranya beliau terus bersubahat dengan Perdana Menteri yang terpalit dengan pelbagai tuduhan skandal.
“Saya nasihatkan mereka yang membuat tomahan itu supaya mengaji (belajar) bahasa sebelum masuk politik,” tambah Idris.

Pas nafi tidak sertai Deklarasi Rakyat sebab hudud - Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR - Pas menafikan keengganan parti Islam itu menyertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan menandatangani Deklarasi Rakyat gara-gara bimbang laluannya membawa usul persendirian mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Pindaan 2015) ke Parlimen 'terganggu'.
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, Pas mempunyai satu pendirian dan hala tuju dan strategi yang tersendiri di mana kita tidak terikat dengan pihak yang lain.
Nasrudin Hassan "Bukan begitu maksudnya (enggan sertai Deklarasi Rakyat kerana RUU Persendirian).
"Memang pada dasar umumnya, kita akan memberi respons, sokongan kepada apa jua tindakan yang membawa kepada kebaikan. Tetapi kita kena kenal pasti dulu, apa tujuannya, objektifnya, matlamatnya. Jadi, kita tidak mudah menyertai mana-mana yang dibuat oleh pihak lain," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen Ke-13, di Parlimen, hari ini.
 Sebelum ini, Pas menolak jemputan Tun Mahathir untuk turut serta dalam majlis menandatangani deklarasi untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kenyataan Pas mendakwa parti Islam itu mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri melalui Blok Politik Ketiga ke arah mengubah kepimpinan negara melalui saluran yang demokrasi dan berperlembagaan.
"Blok Politik Ketiga ini maksudnya ialah kita mempunyai satu rakan ganding yang tersendiri tanpa kita melibatkan diri dengan BN dan juga Pakatan Harapan.
"Jadi kita ada...parti politik dan NGO tapi (identiti) masih kita tak boleh umum lagi," katanya.
Tahun lalu, Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membawa RUU Persendirian itu untuk dibentangkan ke Parlimen meskipun menerima tentangan pelbagai pihak.

Deklarasi Rakyat terlalu kecil, kata Pemuda Pas

Pemuda Pas hari ini mendakwa deklarasi rakyat yang dibawakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Pakatan Harapan terlalu kecil jika dibandingkan dengan harapan rakyat.
Malah menurut Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin,terdapat beberapa perkara penting tidak disertakan dalam deklarasi tersebut.
Pas “Pas tidak menolak empat tuntutan dalam deklarasi rakyat kerana itu memang telah lama dilaungkan oleh rakyat dan Pas.
“Bagaimanapun fokus deklarasi sepatutnya adalah menuntut campurtangan Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU)dibuat lebih awal. Biar rakyat menjadi hakim dalam menentukan masa depan kepimpinan negara yang baru,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, corak kepimpinan dan masa depan negara hanya akan berbeza sekiranya kerajaan ditukar secara keseluruhan dalam PRU akan datang.
“Jika hanya menukar pemimpin negara (Datuk Seri Najib Tun Razak) di Parlimen dan menaikkan pemimpin lain dari parti yang sama ianya tidak akan mengubah apa-apa, malah mungkin akan menjadi lebih teruk.
“Tindakan itu juga akan memanjangkan usia Umno dan BN juga akan tetap membina kerajaan (walaupun selepas pemimpin ditukar). Strategi seperti ini sepatutnya sudah tidak boleh dipakai,” katanya lagi.
Beliau dalam pada itu turut berkata, parti baharu yang ingin mengambil alih kerajaan sekarang perlu lebih berhati-hati dalam memastikan harapan rakyat ditunaikan.
“Parti yang memerintah pasti lebih berhati-hati demi mengekalkan kuasa kerana rakyat sudah tahu bagaimana untuk menukar kerajaan dalam proses demokrasi,” katanya lagi.

Deklarasi Rakyat beri kesan besar pada PRU-14, kata Zaid


Walaupun ‘Deklarasi Rakyat’ menimbulkan pelbagai reaksi, namun bagi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim beliau yakin bahawa ia akan memberi "kesan besar" pada pilihan raya umum akan datang.
Mengulas majlis yang diadakan di Kuala Lumpur, Jumaat lalu, Zaid yang juga menadatangani deklarasi untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ia adalah “permulaan baik” untuk "perjalanan yang panjang dan sukar."
"Ini satu sejarah dan akan mempunyai kesan yang besar pada pilihan raya akan datang," katanya dalam tulisan terbaru dalam blog hari ini.
Bekas menteri Umno itu berkata, ini adalah masa untuk membuat persediaan bagi "revolusi mental" rakyat.
"Rakyat mesti sedar bahawa kepentingan mereka hanya akan terjamin oleh pemimpin yang bersih. Sudah tiba masanyua untuk saat kebenaran," katanya.
Menurut Zaid walaupun deklarasi itu dilihat sebagai "terlalu mudah dan tidak benar", Zaid berkata, ia menandakan "masa bersejarah”.
"Ini satu deklarasi bagi rakyat untuk menolak pemimpin rasuah. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.
Kematian bagi PAS
Beliau berkata deklarasi itu juga menunjukkan kesediaan rakyat untuk bersatu, walaupun terdapat perbezaan politik di kalangan mereka.
"Kerjasama ini juga menjadi bersejarah kerana ia menandakan bermulanya kematian bagi PAS. Ahli-ahli PAS tidak akan memaafkan presiden mereka (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang selepas pilihan raya umum akan datang.

K’jaan sediakan titah Agong, kata Kit Siang


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hanya membacakan ucapan yang disediakan oleh kerajaan apabila Seri Paduka bertitah menyatakan hasrat supaya pentadbiran yang ada kini diteruskan bagi merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
"(Teks) ucapan Agong disediakan oleh kerajaan," kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah ucapan Tuanku Abdul Halim ketika merasmikan pembukaan sidang parlimen keempat penggal ke-13 di Kuala Lumpur hari ini.
Seri Paduka pada titahnya juga menggesa ahli-ahli parlimen supaya berhenti berpolitik untuk kepentingan sempit kerana ia telah berlarutan sejak sekian lama hingga melelahkan rakyat dan kerajaan.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu juga tidak bersetuju dengan seruan kerajaan itu.
"Kita adalah parti politik, kita perlu berpolitik hingga akhir hayat. Kita ahli politik, bukan NGO," katanya pada sidang akhbar Pakatan Harapan di bangunan Parlimen.

'Idea kukuhkan OSA dari minda primitif'


Rancangan peguam negara untuk mengukuhkan Akta Rahsia Rasmi bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan untuk pendedah maklumat didakwa hanya mendedahkan 'minda primitif' beliau.
 Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu juga tidak islamik kerana al-Quran berulang kali menggesa umatnya menghakimi sesuatu perkara dengan adil.
“Hukuman mesti sepadan dengan jenayah. Ia tidak sepatutnya berlebih-lebihan.
“Termasuk kepada musuh pun, kamu mesti berlaku adil, jika kamu menuruti ajaran al-Quran,” katanya dalam blog hari ini.
Dalam wawancara di Sinchew Daily bulan lalu, peguam negara mendedahkan sedang merancang mengukuhkan OSA supaya pembocor maklumat kerajaan dihukum penjara seumur hidup dan disebat 10 kali.

‘Laporan akhir 1MDB tak lagi OSA apabila dibentang’


Laporan akhir Ketua Audit Negara berhubung siasatan ke atas 1MDB akan dinyah-rahsia mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membentangkan laporan itu di Parlimen.
 "PAC ingin menegaskan Laporan Pengauditan 1MDB hanya diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi sehingga laporan PAC berhubung kawalan pengurusan urus tadbir 1MDB dibentangkan ke parlimen.
“Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Audit Negara menjelaskan selepas laporan PAC berhubung kawalan pengurusan urus tadbir 1MDB dibentangkan ke Parlimen, laporan akhir Pengauditan 1MDB tidak lagi menjadi dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi,” katanya pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin dalam satu kenyataan media hari ini.
Sebelum ini PAC dibidas pelbagai pihak kerana mengklasifikasikan laporan yang diterimanya pada 4 Mac lalu sebagai rahsia mengikut OSA.
Hasan berkata, Ketua Audit Negara mempunyai kuasa perundangan bagi menjaga kredibiliti dan kerahsiaan Janatan Audit Negara bagi mengelakkan ia dibocorkan kepada pihak tidak bertanggungjawab.
Hasan berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat selama tiga jam dengan Ambrin untuk membincangkan laporan akhir berkenaan.

Dr M: Wang RM2.6 bilion tak boleh dilindungi OSA


 Sumbangan RM2.6 bilion terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan rahsia kerajaan kerana ia dikatakan diterima atas kapasiti peribadi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dia (Najib) mengaku wang itu hadiah padanya secara peribadi, bukan kerajaan. Dia tidak beritahu pihak berkuasa kerajaan tentang duit itu.
“Malah ia jadi rahsia daripada kerajaan.
“Jelas sekali pemilikan dan pengurusan RM2.6 bilion itu bukan sebahagian daripada kerjanya sebagai perdana menteri Malaysia,” katanya.
Menulis di blog, perdana menteri keempat itu berkata wang itu tidak boleh dilindungi bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Anwar Ibrahim: Melayu Mana Tuan? Melayu Pemimpin UMNO, Melayu Mana Kaya? Melayu Pemimpin UMNO

Anwar Ibrahim: Why We Lost Our Competitiveness?

Anwar Ibrahim: Kita Kalah Kerana Dasar Ekonomi Kita Yang Mengizinkan Rasuah Kronisma

Tak lupakan apa Tun M buat, tapi 'reform' perlu, kata Maria Chin

Isu TH... polis rekod sebagai saksi bukan suspek, kata Rafizi

DEKLARASI MAHATHIR - PAS TIDAK SETUJU

Pakatan Harapan tetap fokus agenda utama

Kit Siang: Kerajaan yang sediakan titah Agong

Pua: “We are reasonably happy with the report”

Police question Nurul Izzah over altered Najib photo

Deklarasi Rakyat soal negara, bukan peribadi - Maria

Nurul questioned by police over clown photo

Harapan to hold nationwide 'Save M'sia' gatherings

Syed Saifuddin: Perangi Hadi jika terus bersekongkol dengan Najib

Pemimpin utama PAS itu dilihat seolah-olah melindungi kepimpinan Najib yang terpalit dengan pelbagai tuduhan skandal.
VIDEO INSIDE
hai-hadi,najib-razakKUALA LUMPUR : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diperangi habis-habisan sekiranya beliau terus bersubahat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata bekas panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin Syed Harman.
Syed Saifuddin berkata pemimpin utama PAS itu dilihat seolah-olah melindungi kepimpinan Najib yang terpalit dengan pelbagai tuduhan skandal.
“Hadi perlu menerima hakikat bahawa Najib musuh negara.
“Jika beliau terus bersekongkol, bermakna beliau juga perlu diperangi habis-habisan,” katanya ketika ditemui FMT.
Najib sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai tuduhan termasuk skandal Altantuya Sharibu, pembelian kapal selam Scorpene, syarikat pelaburan 1MDB, SRC International, serta derma politik RM2.6 billion.
Jumaat lepas, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dengan kumpulan pembangkang duduk semeja menandatangani deklarasi khas mendesak Najib supaya berundur.
Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersama dalam majlis ‘Selamatkan Malaysia’ itu.
Syed Saifuddin berkata Hadi sebagai ulama yang dihormati sepatutnya mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh Najib.
“Kami nampak Tok Guru Hadi Awang telah lari dari dasar perjuangan PAS yang sebenarnya.
“Bagaimana Hadi Awang sebagai salah seorang ulama yang dihormati sanggup bersekongkol dengan Najib Razak yang secara terang melakukan pelbagai kemungkaran,” katanya.

Adakan pilihan raya jika berani, pemimpin PAS beritahu Putrajaya


Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mencabar Putrajaya mengadakan pilihan raya awal kerana itu dikehendaki rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac, 2016. 
Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Putrajaya perlu mengadakan pilihan raya umum lebih awal, di tengah-tengah usaha beberapa pihak menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, PAS percaya kepada perubahan melalui pilihan raya dan mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan pilihan raya awal bagi menentukan sama ada Najib mendapat mandat rakyat.
"Rakyat hari ini berada dalam keadaan yang serba keliru, tetapi saya percaya majoriti mahu perubahan dalam kerajaan.

"Tetapi sistem demokrasi di negara ini mensyaratkan kita untuk mengadakan pilihan raya. "Jika kerajaan berani, mereka akan adakan pilihan raya awal kerana itu yang rakyat mahu," katanya di lobi Parlimen hari ini.‎
Beliau juga berkata, keadaan semasa adalah "mengelirukan" seperti rakyat mahu Najib disingkirkan tetapi Putrajaya tetap menegaskan beliau mendapat mandat.
"Oleh itu, kami menggesa pilihan raya awal diadakan supaya rakyat boleh membuat keputusan," katanya.
Nik Abduh berkata, mereka tidak mahu menggulingkan perdana menteri melalui cara tidak demokratik.
"Tetapi jika dia bersedia untuk meletakkan jawatan, kami okay saja.
"Dan kita tidak mahu Umno, kepada kami, Umno tidak mewakili rakyat."

PAS cuma sokong tukar PM menerusi undi tak percaya - Takiyuddin

 Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu mahukan perubahan menyeluruh kerajaan dan sistem negara dan bukan sekadar menukar perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac 2016.  
PAS hanya akan menyokong penukaran perdana menteri menerusi undi tidak percaya dan bukan melalui gabungan yang menandatangani Deklarasi Rakyat baru-baru ini, kata Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.
Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata demikian sewaktu ditanya tentang pendirian PAS berkenaan Deklarasi Rakyat.
"Satu cara berbuat demikian adalah menerusi undi tidak percaya di Parlimen," katanya sewaktu ditemui pemberita selepas pembukaan sidang penggal ke-4 Parlimen ke-13 hari ini.

Katanya, PAS mahukan perubahan menyeluruh kerajaan dan sistem negara dan bukan sekadar menukar perdana menteri.

Jatuhkan Najib sebelum pilihan raya dibenarkan, kata peguam

Peguam Perlembagaan Syahredzan Johan berkata, Malaysia tidak mengamalkan sistem presiden seperti Amerika Syarikat, di mana rakyat memilih presiden secara langsung. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac, 2016.
Penegasan Putrajaya  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya boleh digantikan melalui pilihan raya adalah tidak benar, kata peguam yang menegaskan, mendesaknya meletakkan jawatan sah dalam sistem demokrasi.
Mereka berkata, Barisan Nasional (BN) perlu tahu kenyataan Putrajaya jauh daripada kebenaran, seperti fakta Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan melalui pilihan raya dan bagaimana gabungan pemerintah itu mengambil alih kerajaan negeri Perak pada 2009 dan proses penggantian menteri besar Kedah baru-baru ini.
Desakan dalaman Umno seperti dalam kes yang membawa kepada peletakan jawatan Abdullah pada 2009, juga boleh digunakan sebagai cara menggantikan perdana menteri.

Peguam Perlembagaan Syahredzan Johan berkata, Malaysia tidak mengamalkan sistem presiden seperti Amerika Syarikat (AS), di mana rakyat memilih presiden secara langsung. Beliau berkata sebaliknya, parti yang memenangi pilihan raya umum akan mengemukakan nama kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk melantik pemimpin nombor satu negara.
"Nama, dalam kebanyakan kes, akan menjadi orang yang diberi kepercayaan majoriti daripada ahli-ahli Parlimen dan memenuhi keperluan Perlembagaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Putrajaya, sebagai tindak balas kepada Deklarasi Rakyat Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil pada Jumaat yang menggesa penyingkiran Najib berkata, perdana menteri diberi mandat rakyat menerajui negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada  2013.
Putrajaya berkata, "satu-satunya mekanisme yang sah, demokratik dan memenuhi kehendak rakyat" untuk menukar perdana menteri ialah melalui pilihan raya umum.
Najib menjadi perdana menteri pada 2009 menggantikan Abdullah yang menghadapi tekanan daripada Umno untuk meletak jawatan selepas beliau mengetuai BN pada PRU 2008 dan mendapat keputusan hambar.
Syahredzan berkata, peletakan jawatan perdana menteri semasa boleh dibawa melalui "usul tidak percaya atau tekanan dalaman".

Deklarasi Rakyat & kenangan bersama Fadzil Noor


Tidak payah bagi saya membuat keputusan untuk menerima jemputan dari bekas perdana menteri Tun Mahathir bagi sama-sama hadir di majlis menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’ bagi menyelamatkan negara yang berlangsung di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM) beberapa hari lepas.
 Sewaktu saya menjadi pensyarah UM hampir 20 tahun lalu, dalam penulisan-penulisan akademik, saya sering mengkritik polisi dan gaya kepimpinan Dr Mahathir.
Begitu juga sewaktu menjadi ahli parlimen, saya secara terbuka mengkritik polisi serta tindakan kejam beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Imbauan sejarah pada 2hb September 1998, sebaik sahaja Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri oleh Dr Mahathir sendiri, saya menerima panggilan telefon dari almarhum presiden PAS Datuk Fadzil Noor untuk menemani beliau berkunjung ke rumah Anwar di Bukit Damansara.
Saya tidak teragak-agak menemani ahmarhum yang datang dari Alor Setar dengan menaiki pesawat dan hanya berbekalkan sehelai pakaian yang disimpan dalam beg plastik murah yang dibawa dengan tangan.
Di kediaman Bukit Damansara itulah saya menjadi saksi melihat dengan sendiri almarhum membuktikan kematangan politik dengan mengambil keputusan bersama dalam sidang media Anwar.
Dan di hadapan ratusan pemberita dalam dan luar negara, beliau secara terbuka menyatakan sokongan dan simpati kepada Anwar yang dipecat ketika itu.
Tidak sedikit yang menyanggah langkah almarhum pada waktu itu.
Kehadiran saya bersama Dr M...
Anwar dianggap oleh ramai kalangan pimpinan dan pengikut PAS pada waktu itu sebagai ‘pengkhianat’ dan musuh utama yang telah merosakkan gerakan Islam.
Ternyata keputusan politik almarhum yang jelas, tanpa hujah bersifat pusingan u serta berbelit-belit, telah menghasilkan ‘kejayaan politik’ kepada PAS.
Beliau sebagai presiden PAS telah meletakkan dirinya bersama-sama anak-anak muda arus ‘reformasi’ sehingga menggugat pemerintahan Dr Mahathir.
Beliau juga bersama-sama kepimpinan NGO lain telah menubuhkan GERAK dan berjaya menggembleng kekuatan reformasi rakyat Malaysia bagi menolak kerajaan Umno/BN.
PAS menang besar dalam pilihan raya umum 1999 dengan mempertahankan negeri Kelantan dengan lebih bergaya serta berjaya merampas Terengganu setelah hampir 40 tahun diperintah Umno.
Seperti kata pepatah Inggeris: the rest is history (yang berlaku selepasnya sudah diketahui umum).
Kehadiran saya bersama rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu-individu termasuk Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk S Ambiga, Maria Chin, Datuk Seri Azmin Ali, Tun Ling Leong Sik, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan lain-lain adalah untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama.
Ia bagi menyelamatkan negara yang sedang parah berhadapan ‘krisis keyakinan’ yang boleh menghancurkan negara.
Bukan ke arah negara anarki
Dekralasi Rakyat yang ditandatangai bersama ini pula suatu sejarah baru politik negara di mana pimpinan politik tanpa mengira fahaman, kaum dan agama serta pimpinan masyarakat sivil buat pertama kalinya bergabung untuk menuntut peletakan jawatan Dato Seri Najib Razak selaku perdana menteri Malaysia.

Muhyiddin mesra dengan pembangkang di parlimen



Selepas menyeru penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah tidak bijak untuk ahli parlimen BN dilihat bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mungkin ini menjadi sebab mengapa beliau kini terpaksa bergaul dengan ahli parlimen Pakatan Harapan ketika menghadiri sesi pembukaan parlimen tahun ini.
Organ DAP Roketkini.com menyiarkan gambar Ahli Parlimen Pagoh itu berjalan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.
Dalam gambar lain, bekas pemimpin nombor Umno itu dilihat berkongsi masa santai dengan Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP.
Lain-lain dalam gambar itu ialah Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, Mujahid Rawa (Parit Buntar), Teresa Kok (Seputeh), Teo Nie Ching (Kulai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).
Jumaat lepas, Muhyiddin antara 58 individu termasuk pembangkang dan pemimpin NGO menandatangani apa yang dikenali sebagai Deklarasi Rakyat.
Deklarasi itu diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah meletak jawatan daripada Umno sebagai protes terhadap kepimpinan Najib.
Muhyiddin, yang digantung sebagai timbalan presiden Umno pada 26 Februari kini berdepan kemungkinan dipecat.
Pelbagai pihak dalam Umno turut menggesa bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikenakan tindakan sama.
Mukhriz juga telah menandatangani perisytiharan itu.
Muhyiddin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai lalu kerana kritikan beliau mengenai isu 1MDB dan perdana menteri.

Deklarasi Rakyat tolak kuasa mutlak PM - Wanita PKR


Zuraida KamaruddinZuraida Kamaruddin
Deklarasi Rakyat yang diisytiharkan baru-baru ini adalah satu tindakan segera sebagai tindak balas menolak kuasa mutlak yang dinikmati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya menyokong penuh Deklarasi Rakyat yang diumumkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 4 Mac lalu bagi memastikan keseimbangan pembahagian kuasa dalam politik.
"Tidak boleh ada hanya satu pihak tertentu sahaja yang memegang penguasaan terhadap gabungan parti politik seperti yang telah terjadi pada Umno dalam BN.
"Keadaan di mana satu parti yang lebih kuat daripada parti yang lain dan hanya seorang sahaja yang membuat keputusan adalah sesuatu yang tidak sihat untuk rakyat.
"Kebebasan bersuara yang sepatutnya menjadi satu keistimewaan telah bertukar menjadi satu hak yang tidak dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Sehubungan itu, beliau tidak hairan apabila pejuang hak asasi manusia seperti Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga turut menandatangani deklarasi rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.
Zuraida juga mencadangkan pembaharuan dilakukan dalam sistem pentadbiran negara seperti mengehadkan tempoh memegang kuasa Perdana Menteri kepada dua penggal.

Gantung Muhyiddin: Shafie terus pertikai keputusan MT UMNO

Shafie tidak berpuas hati apabila MT UMNO terus mengambil tindakan terhadap Muhyiddin tanpa mendapatkan padangan beliau.
Shafie-Apdal-muhyiddinKUALA LUMPUR: Datuk Seri Shafie Apdal sekali lagi mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang terus menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya di dalam parti itu.
Menurut Naib Presiden UMNO itu lagi, setiap keputusan yang diambil haruslah mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Telitilah dahulu, peringkat asasnya Muhyiddin sebelum dilucutkan jawatan harus mengikut aturan peraturan.
“Kita tahu majlis tertinggi ada kuasa mutlak, tetapi ia punyai prosesnya. Tidak boleh seseorang yang buat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
Shafie juga dilihat tidak berpuas hati apabila MT UMNO terus mengambil tindakan terhadap Muhyiddin tanpa mendapatkan pandangan darinya.
“Semua proses itu dilakukan oleh satu badan sahaja. Siasatan dilakukan oleh MT, hukuman dilakukan oleh MT dan juga pengisiannya juga menjadi hak.
“Kita ada majlis jawatankuasa disiplin dan serendah jawatan ketua cawangan sebelum digantung, dipecat dari jawatan perlu disiasat dan mereka perlu dipanggil. Tetapi Muhyiddin langsung tidak dipanggil,” ujarnya.
Sementara itu, Shafie juga menjelaskan bahawa beliau menyokong deklarasi rakyat yang telah ditandatangani oleh pelbagai pihak dan parti.
“Saya sokong perkara itu (deklrasi rakyat), dan ia tiada kaitan dengan meminta kerajaan turun. Tetapi kita minta supaya hanya Najib yang turun,” ujar beliau lagi.

Deklarasi dengan Dr M tak ubah hala Harapan


Deklarasi menolak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang ditandatangani pemimpin pembangkang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengubah hala tuju Pakatan Harapan, kata majlis presidennya.
Ini terutama berhubung pendirian pembangkang mengenai bentuk reformasi undang-undang, politik, media, ekonomi, kewangan, pendidikan dan sosial yang akan dilaksanakan.
 “Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh yang merentasi batasan politik termasuk Mahathir dan pimpinan Harapan dan pembangkang lain adalah pengakuan tokoh-tokoh pimpinan Umno/BN sendiri bahawa institusi-institusi kerajaan telah dirosakkan oleh pentadbiran Umno/BN,” kata majlis itu.
Kenyataan gabungan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.
Ketiga-tiga mereka berkata langkah Mahathir secara tidak langsung menjadi penerimaan bahawa institusi kerajaan yang tidak bebas “memangsakan” Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi ancaman politik paling utama Najib .
Pakatan Harapan menegaskan strategi tiga serampang mereka yang selain menuntut pengunduran Najib, turut mahukan reformasi institusi-institusi dalam negara dan pembebasan Anwar.
Politik Malaysia minggu lalu mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya Mahathir, perdana menteri keempat, berganding bahu dalam sebuah acara bersama bagi menolak kepimpinan Najib.
Mahathir dan pembangkang telah melancarkan serangan berterusan dan keras terhadap Najib, terutamanya dalam isu berkaitan syarikat pelaburan negara sarat hutang 1MDB.

Deklarasi rakyat tidak cabuli perlembagaan, kata DAPSY


Wong Kah WohWong Kah WohTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak ada hak menyatakan Deklarasi Rakyat yang menuntut penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak demokratik.
Sedangkan Umno-BN merupakan dalang utama dalam krisis Perlembagaan negeri Perak pada 2009 yang menyaksikan sistem demokrasi dicabuli.
Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Wong Kah Woh berkata, Zahid perlu mengimbas rekod lama Najib dan mengambil tindakan terhadap beliau yang tidak menghormati semangat Perlembagaan ketika krisis Perak sebelum ini.
“Zahid menyatakan segala usaha menyingkir Najib tanpa mengikut cara demokrasi adalah tidak sah di sisi undang-undang. Namun, Deklarasi Rakyat yang memperoleh sokongan 58 pemimpin adalah menerusi saluran aman dan mengikut undang-undang.
“Adakah Zahid gagal memahami perkara itu?” katanya dalam satu kenyataan media.
Kah Woh mengulas kenyataan Zahid semalam, bahawa Deklarasi Rakyat ditandatangani pemimpin dari latar belakang dan parti politik berbeza menuntut penyingkiran Perdana Menteri sebagai “penukaran kerajaan secara tidak demokratik”.
Menurut Adun Canning itu, Najib bukan sahaja mencemarkan sistem pilihanraya di Perak, tetapi mengancam sistem undang-undang apabila mahkamah membuat keputusan memihak kepada kerajaan UMNO BN pasca krisis negeri itu.
“Kuasa Speaker dalam mengendalikan urusan Dewan Perundangan yang sepatutnya tidak boleh dicabar, diancam dengan pengisytiharan mahkamah bahawa penggantungan Exco UMNO oleh Speaker ketika itu (V. Sivakumar) tidak sah.
“Ia merupakan suatu keadaan tidak diingini dalam semangat pendemokrasian negara, malah mencederakan sistem pengasingan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan perundangan,” katanya.
Menyifatkan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion sebagai amat serius, Kah Woh berkata, Zahid hanya menimbulkan kemarahan rakyat jika terus melindungi Najib.

Singkir Najib supaya Mukhriz cepat jadi PM

Blog pro-UMNO, MyKMU menyifatkan tindakan Mahathir itu sebagai langkah untuk mempercepatkan laluan anaknya.
mukhrizPETALING JAYA: Blog pro-UMNO, MyKMU menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menyingkir Datuk Seri Najib Razak adalah kerana mahu anaknya menjadi Perdana Menteri.
MyKMU berkata, alasan menyingkirkan Najib kerana masalah negara hanyalah wayang bekas Perdana Menteri kerana beliau ingin mempercepatkan laluan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerajui Putrajaya.
Katanya, sekiranya Najib meletakkan jawatan dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin juga akan disingkirkan supaya Mukhriz boleh mengambil alih kepemimpinan negara.
“Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) tidak lama memerintah. Kini Dr Mahathir juga tidak mahu Najib lama memerintah. Dia mahu jatuhkan (Najib) seperti Pak Lah.
“Selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir akan gerakkan segenap usianya selagi hidup untuk menjatuhkan Muhyiddin pula. Dan selepas itu, penulis yakin Dato’ Seri Mukhriz akan diberi laluan mudah untuk menjadi Perdana Menteri,” kata MyKMU lagi.
Sementara itu, MuKMU menggesa UMNO tidak lagi menerima kembali mana-mana ahli yang keluar daripada parti itu.

Gerakan Merah ancam `rusuhan’ terhadap kumpulan anti-Najib

Rusuhan akan diadakan jika kumpulan terbabit bertindak memijak serta meludah gambar Perdana Menteri semasa perhimpunan berlangsung.
ali-tinju,rusuhan
PETALING JAYA: Gerakan Merah yang diketuai Ali Tinju mengancam akan mengadakan rusuhan sekiranya kumpulan anti-Najib bertindak memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin Melayu.
Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom memberi amaran itu susulan cadangan pihak-pihak tertentu yang mahu mengadakan perhimpunan mendesak Perdana Menteri berundur yang dijadual berlangsung pada 27 Mac ini.
Ia dikatakan akan turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin pembangkang.
“Rusuhan tetap akan berlaku, jika dua pihak bertembung, kita biasanya tidak akan melakukan perkara yang salah disisi undang-undang, tetapi kalau mereka (kumpulan anti-Najib) memijak, ludah gambar Perdana Menteri dan pemimpin Melayu disitulah kita akan bangkit,” katanya kepada FMT.
Tidak cukup dengan amaran itu, Ali Tinju menegaskan, akan mengerahkan 200 ribu ahli kumpulan Gerakan Merah untuk turun pada hari berkenaan bagi mempertahankan Perdana Menteri yang dipilih rakyat secara sah.
“Saya akan kerah semua anggota bekas tentera dan anggota Gerakan Merah untuk turun dan saya yakin dan percaya jumlah kita lebih ramai daripada mereka (kumpulan anti-Najib).Anggaran 100 hingga 200 ribu kita akan kerah seperti yang berlaku pada 16 September tempoh hari.
“Kami perlu mempertahankan kerajaan yang sah, kami tidak teragak-agak untuk berhadapan dengan gerakan-gerakan jahat untuk menjatuhkan kerajaan yang sah ketika ini.

Ku Nan: Deklarasi Rakyat umpama kudis kecil

Deklarasi yang ditandatangani 58 individu termasuk beberapa pemimpin UMNO tidak mampu mendatangkan impak kepada UMNO.
tengku-adnan_mahathir_600_1PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan Deklarasi Rakyat sebagai ‘kudis kecil’, lapor Berita Harian hari ini.
Katanya, tindakan beberapa pemimpin UMNO menandatangani deklarasi itu tidak berupaya mempengaruhi majoriti ahli UMNO untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak.
Pada masa sama, Tengku Adnan atau Ku Nan memaklumkan UMNO tidak akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan pemimpinnya yang menandatangani Deklarasi Rakyat.
“Kenapa perlu ada mesyuarat tergempar. Untuk UMNO ini tidak akan mendatangkan apa-apa. Kita akan terus buat kerja kita seperti yang beri mandat oleh rakyat.
“Deklarasi ini juga tidak akan menjejaskan persediaan UMNO untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak,” katanya.
Terdahulu, Ku Nan merasmikan sambutan program Maulidur Rasul di Kampung Bahru di sini.
Jumaat lalu, seramai 58 individu diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani Deklarasi Rakyat yang bertujuan menyingkirkan Najib selaku Perdana Menteri.
Deklarasi itu juga menyeru mana-mana pihak yang bersekongkol dengan Perdana Menteri supaya disingkirkan, memansuhkan undang-undang yang bercanggah dengan hak asasi manusia dan memulihkan integriti institusi kerajaan.

Najib akan jadi sahabat suatu hari nanti

Oleh Timmy Say
Kesan utama Deklarasi Rakyat yang ditandatangani Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang ialah kepenatan rakyat terhadap karenah para ahli politik mula dirasai ramai.
Dengan menggunakan alasan berbunga-bunga seperti “demi rakyat”, “demi masa depan negara”, “demi menentang kezaliman”, para ahli politik berdrama dalam bermusuhan dan persahabatan serta berselindung di belakang agenda bersama untuk mengejar cita-cita mendapatkan kuasa dan nama yang tidak pernah padam di dalam jiwa binatang politik.

Hari ini, para ahli politik negara berkempen agar rakyat “tidak mengundi pihak tertentu” menggunakan persepsi, pendedahan dan selebihnya dengan menanam perasaan benci pada lawan politik.
Mereka tidak lagi menjawab persoalan mengapa rakyat perlu mengundi mereka – hanya inginkan rakyat tahu mengapa mereka tidak harus mengundi pihak lawan. Pelbagai alasan digunakan untuk memburukkan lawan politik sehinggalah ia tersemat di sanubari rakyat ketika lawan politik ini menjadi penghalang kepada kuasa dan nama yang ingin dikecapi mereka.
Apabila lawan politik boleh dijadikan batu loncatan kepada kuasa dan nama yang ingin dikecapi mereka, para ahli politik pula berusaha menyucikannya.
Lihatlah Dr Mahathir. Siapa yang menggelarnya “ketua perompak”, “mahafiraun”, “mahazalim” dan sebagainya sehinggakan jasa beliau terhadap negara juga dilanyak kalau bukan pembangkang?
Kini pembangkang yang ingin mendampingi Dr Mahathir kerana kelantangannya menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula cuba menyucikannya.
Ada seorang ahli politik berkata beliau tidak pernah marah pada Dr Mahathir sambil lupa mengira berpuluh kenyataan mengkritik yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
Ada seorang pula yang 8 bulan lepas menggelar Dr Mahathir sebagai ketua perompak tampil berkata boleh bekerjasama kerana beliau adalah orang zalim yang pencen.
Bukan itu sahaja, ada seorang lagi ahli politik yang melancarkan “langkah kijang” kononnya kerana beliau bimbang Najib akan dipecat dan kepimpinan Umno jatuh ke tangan puak ultra berkiblatkan Dr Mahathir – kini membuat cerita terbalik dengan cubaan meyakinkan rakyat mengapa kerjasama Dr Mahathir perlu dilakukan untuk menyelamatkan negara daripada Najib.

Politik matang PAS tak bermusuh dengan UMNO dipuji - Ridhuan Tee

Ini disebabkan orang UMNO masih lagi Islam dan tidak melayan mereka seperti orang kafir.
Ridhuan-TeePETALING JAYA : Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah memuji sikap PAS yang mengamalkan politik matang dengan mengambil pendirian tidak bermusuhan dengan pemimpin UMNO sebaliknya mengekalkan pada tahap parti UMNO.
Pensyarah dan penceramah bebas itu berkata ini disebabkan orang UMNO masih lagi Islam dan tidak melayan mereka seperti orang kafir.
“Jika dengan si kafir kita boleh berpeluk dan bercium mulut, kenapa sesama Islam perlu bergaduh sehingga menghancurkan negara?
“Tahniah kepada PAS atas pendirian bijaksanya untuk tidak menjatuhkan pemimpin negara ini secara tidak demokratik seperti yang sedang diusahakan oleh musuh Islam,” katanya menerusi kolumnya di Sinar Harian hari ini.
Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak akan menyertai himpunan Anti-Najib yang diadakan pada 27 Mac kerana katanya tidak pernah bermusuhan dengan pemimpin UMNO, sebaliknya bermusuhan dengan parti UMNO itu sendiri.
Ridhuan menambah, sejak dahulu lagi PAS konsisten, tidak kemaruk kuasa dan agenda parti Islam itu adalah untuk mengegakkan syiar serta undang-undang Islam.
“Pendirian ini sepatunya menjadikan UMNO sedar. Janganlah lagi berseteru dengan PAS. Fikirkanlah hasrat untuk mengimarahkan bumi Allah ini dengan Islam. Islamlah, kamu nescaya selamat.
“Dalam situasi hari ini, jika PAS mengambil pendirian menyokong ultra kiasu, terbaharu kumpulan Tun Mahathir dan UMNO lain, yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, sudah tentu kedudukan Perdana Menteri goyang.
“Tetapi PAS bertindak sebaliknya, meskipun ada peluang keemasan. PAS boleh memanipulasikan segala ruang dan pelunag untuk menjatuhkan Perdana Menteri dalam keadaan kritikal ini,” katanya.
Tetapi, katanya parti itu menunjukkan politik matang berhikmah dan tidak mustahil PAS boleh menggantikan UMNO sekiranya parti itu masih lagi tidak berubah.

Tolak Najib: Pas tetap mahu guna PRU

Tolak Najib: Pas tetap mahu guna PRU KUALA TERENGGANU - Pas sekali lagi mengulangi pendirian untuk menunggu tempoh pilihan raya bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tetap dengan pendirian itu walaupun pemimpin Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Najib berundur melalui usaha dibuat menerusi Deklarasi Rakyat, Khamis lalu.
“Kita mahu perubahan tetapi caranya mestilah proses demokrasi di antaranya pilihan raya (yang diadakan) lima tahun sekali mengikut perlembagaan.
"Saya mahu supaya Perdana Menteri kalau hendak tukar melalui pilihan rayalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dun Ke-13, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.