Ahad, 6 Mac 2016

Pengganti Najib isu lain, kata pembangkang penandatangan Deklarasi Rakyat

Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tiada nama disebut bagi menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri kerana fokus utama adalah untuk menyingkirkan beliau terlebih dahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mac, 2016. 
Pembangkang yang menandatangani Deklarasi Rakyat menggesa Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya tidak pernah mencapai persetujuan siapa yang akan menggantikan beliau sebagai perdana menteri kerana perkara itu untuk dibincangkan pada waktu lain, kata mereka.
Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tiada nama disebut mengenai siapa akan mengambil alih jawatan itu daripada Najib dalam langkah terbaru mereka pada Jumaat lalu, yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dipersetujui pada pertemuan kami dengan Dr Mahathir, yang fokus utama adalah untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

"Siapa yang bakal menggantikan beliau adalah perkara lain dan tertakluk kepada perbincangan. "Kami bersetuju pada dasarnya berhubung soal menurunkan Najib dan melakukan pembaharuan dalam institusi," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas kenyataan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata, pembangkang bersedia menerima seorang perdana menteri baru daripada Barisan Nasional (BN) untuk menggantikan Najib.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu bagaimanapun berkata, kenyataan Mukhriz adalah logik dan fakta memandangkan BN masih memegang majoriti kerusi di Parlimen.
Deklarasi Rakyat yang ditandatangani tokoh politik yang saling bermusuhan selama ini dan pemimpin masyarakat sivil pada Jumaat lalu menimbulkan perdebatan mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil dan sama ada pembaharuan institusi benar-benar akan berlaku.
Dr Mahathir, dipersalahkan kerana hakisan institusi Malaysia sepanjang tempoh 22 tahun perkhidmatannya, tidak mengakui peranannya walaupun didesak masyarakat sivil untuk berbuat demikian.
Tetapi terdapat juga yang mengatakan keutamaan segera ketika ini ialah penyingkiran Najib agar Malaysia dapat bergerak ke depan.
Ahli Parlimen kanan DAP Teresa Kok berkata, jelas yang Mukhriz berasa tertekan kerana beliau masih bersama Umno.

LEBIH SETUJU DENGAN AZMIN BERBANDING MUKHRIZ

Berikutan wujud tafsiran yang mungkin berbeza, rasanya penting untuk diulang sekali lagi empat tujuan asas Deklarasi Rakyat yang ditandatangani beberapa tokoh ternama pada Jumaat lalu:-
1 - penyingkiran Najib Razak sebagai Perdana Menteri menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan, 

2 - penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya,

3 - pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan

4 - pemulihan intergriti institusi yang dilemahkan seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.

Dalam hal ini, walaupun Mukhriz Mahathir mengatakan deklarasi itu hanya  bertujuan untuk menukar Najib sebagai Perdana Menteri dengan pemimpin lain daripada BN, ia sebenarnya tidaklah menepati keseluruhan matlamat yang ingin dicapai.

Berikutan amalan "cash is king" yang berleluasa dan kawalan penuh Najib terhadap institusi awam sekarang, siapakah pemimpin UMNO yang sanggup menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri semata-mata untuk menyelamatkan parti?

Jika Muhyiddin Yassin, Shafid Apdal dan Mukhriz sendiri dipecat selepas ini berikutan turut menandatangani deklarasi itu, tidakkah yang tinggal dalam UMNO hanya penyokong setia Najib belaka?

Lalu, bagaimana caranya untuk menukar Najib dengan pemimpin UMNO atau BN yang lain?

Dalam pada itu, tidakkah juga selain Najib, rakan-rakan persekongkolan dengannya juga patut disingkirkan sama?

Bagaimana mahu menukar Najib dan rakan-rakan persekongkolannya jika bukan melalui pilihanraya?

SPRM perlu siasat Khairy taja 191 ketua Umno pergi umrah RM1.4juta, kata Pemuda Amanah


Ketua Pemuda Umno Khairy JamaludinKetua Pemuda Umno Khairy JamaludinSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk menjalankan siasastan ekoran daripada kenyataan media yang melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menaja 191 Ketua Umno Bahagian untuk mengerjakan umrah denga kos perbelanjaan membabitkan RM1.4juta.
Timbalan Ketua Amanah Nasional Faiz Fadzil berkata, sumber kewangan diperoleh untuk menaja ketua bahagian perlu disiasat oleh pihak berkuasa terutama SPRM.
"Jika dikira gaji seorang menteri sudah pasti tidak cukup untuk menampung penajaan sebegitu banyak.
"Adakah jumlah tersebut juga sama sepertimana skandal derma yang menyelebungi Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak? Jika ya, maka ia perlu disiasat sama ada ia didermakan dengan sebarang balasan.
"Adakah wang tersebut datang dari mana-mana korporat? Jika ya, maka ia perlu disiasat sama ada korporat tersebut mempunyai apa-apa kepentingan dengan jawatan Menteri KJ.
"Apakah tujuan KJ menaja ketua pemuda bahagian seluruh negara? Adakah kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda sedang tergugat atau adakah beliau sedang mencongak kerusi yang lebih tinggi dalam Umno?," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Faiz berkata, Walau apapun tajaan itu jika betul sudah pasti mempunyai tujuan tertentu bagi kepentingan politik beliau dakwanya.
"Bapa borek anak rintik. Pemimpin Umno dan kerajaan hari ini tidak lagi mementingkan integriti dan ketelusan. Masalah keperitan hidup rakyat tidak lagi dipedulikan. Jumlah tersebut cukup untuk membantu mahasiswa membayar yuran pengajian di universiti dan kolej tempatan." ujarnya.
Justeru, beliau mengesa satu siasatan bebas dan menyeluruh perlu dijalankan segera supaya generasi muda negara ini sentiasa dididik dengan prinsip kehidupan yang baik dan jujur.

Keputusan tepat gugur Muhyiddin, kata pembantu Rosmah..Nampak..!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melakukan perkara tepat apabila menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya, kata pembantu kepada Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam tulisan di Facebook, Datuk Rizal Mansor berkata ini kerana tiada keperluan untuk Najib mengekalkan timbalan 'bebal' yang enggan menerima penjelasan mengenai pelbagai isu yang diutarakan.
 "Mengapa perlu ada seorang timbalan yang bebal. Jika isu 1MDB yang telah diterangkan panjang lebar dalam kabinet pun beliau tak faham. Tetapi beliau faham apa yang ditulis dalam The Edge," kata Rizal merujuk kritikan Muhyiddin terhadap syarikat pelaburan negara itu.
Menurut Rizal beliau secara peribadi telah memberikan penjelasan terhadap semua isu utama melibatkan isteri Perdana Menteri sejak sebelum pilihan raya umum ke-13 sehingga hari ini .
Antaranya, isu besar mengenai cincin majlis perkahwinan anak kepada perdana menteri.
"Saya telah jelaskan dan jawab satu persatu fitnah-fitnah yang dilemparkan. Saya ada beri ceramah terbuka, buat kenyataan media dan juga penjelasan tertutup kepada beberapa tingkat pimpinan Umno dan Wanita. Rata-rata mereka menerima dan berpuas hati dengan jawapan saya," kata Rizal.
Selain itu, katanya beliau juga telah memberikan penerangan mengenai isu lain secara terperinci, namun tidak pasti sama ada Muhyiddin tidak berminat untuk mendengar atau tidak pernah ambil tahu mengenai jawapan yang diberikan.

Ketika isu #1MDB belum meletup, dah ada insan suarakan kebimbangan.


TETAPI ketika itu kerusi seberang sana galak besar, termasuk Muhyiddin & Najib, memperlekeh pendedahan DSAI. Sekarang sapa yg gelak besar Muhyiddin & Najib oooiii !!!!

Nak bersihkan dosa tu mudah saja.. JILAT NAJIB pasti gugur semua dosa tersebut..

Sesungguhnya puok2 pro Mahathir & anti-Najib telah disahkan 'BERDOSA' sbbnya tak sokong Najib...

Gesaan undur Najib gugat BN, kata Zahid

Serangan hebat terhadap Datuk Seri Najib Razak yang menyeru peletakan jawatan beliau bukan sahaja mengancam perdana menteri tetapi BN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Tuck Keong, 6 Mac, 2016. 
Serangan hebat terhadap Datuk Seri Najib Razak yang menyeru peletakan jawatan beliau bukan sahaja menggugat kedudukan perdana menteri tetapi seluruh Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Semua parti komponen dalam BN dan kumpulan yang sealiran dengan parti pemerintah perlu berhati-hati dengan perkara itu, katanya pada satu majlis di Ipoh hari ini.
Beliau mengulas majlis menandatangani Deklarasi Rakyat yang berkempen untuk penyingkiran Najib, diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan disertai sebilangan orang kuat Umno, ahli politik pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil.

"Saya fikir pihak pembangkang berasa teruja bersama-sama menentang kepimpinan, yang pada hemat kami, bukan menentang individu, tetapi sebuah institusi yang menjadi puncak kepimpinan Umno-BN yang membentuk kerajaan. "Dan jika institusi ini digugat, ia menggugat institusi kepimpinan semua peringkat di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Perak.
Naib presiden Umno itu, yang mengambil tanggungjawab tambahan sebagai timbalan presiden selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung daripada jawatan itu bulan lepas berkata, parti BN dan kumpulan yang mesra dengan parti itu perlu terus bersatu dengan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada 2018.
Zahid berkata, BN juga tergugat dengan gesaan peletakan jawatan Najib kerana "pemimpin mewakili institusi kepimpinan".
"Dalam hal ini, semua pihak sama ada mereka yang berada dalam kepimpinan sedia ada ataupun yang pernah jadi tokoh kepimpinan, mereka memahami prinsip ini.
"Dan jika ketika seseorang itu mentadbir sebuah negeri atau negara, hakikatnya prinsip yang sama sebenarnya dilaksanakan.
"Mengapa harus kita menyanggah prinsip-prinsip sedia ada?" soalnya ketika diminta mengulas kenyataan terbaru bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir malam tadi.
Mukhriz berkata, Deklarasi Rakyat ditandatangani Jumaat lalu bukan berniat menjatuhkan kerajaan BN, sebaliknya ia bertujuan melantik perdana menteri baharu daripada parti pemerintah itu juga.
Mukhriz berkata matlamat yang dipelopori bapanya, Dr Mahathir ialah hanya supaya Najib berundur sebagai perdana menteri.
"Tiada langsung niat menjatuhkan kerajaan BN yang memerintah ketika ini," katanya.

Jangan lupa resolusi perubahan Deklarasi Rakyat, kata Azmin kepada Mukhriz

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) menegaskan kepentingan kandungan Deklarasi Rakyat yang inginkan perubahan penuh dalam sistem tadbir urus negara selain mendesak penukaran perdana menteri baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mac, 2016. 
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini membangkitkan, wujud resolusi lain yang mendesak perubahan dalam Deklarasi Rakyat menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya tidak dilupakan.
Resolusi lain itulah yang sebenarnya menggerakkan beberapa ahli politik pembangkang turut meletakkan nama mereka dalam deklarasi dikepalai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Azmin.
“Kami mahukan perubahan penuh dalam sistem tadbir urus negara. Perkara ini sentiasa menjadi pendirian gabungan pembangkang.

“Ini bukan (hanya) soal mendesak Najib berundur. Disebabkan beliaulah, semua institusi dalam negara ini rosak dan perlu diperbaharui. “Sekiranya desakan ini hanya untuk mendesak pengunduran Najib, kami (pembangkang) tidak akan menyertainya,” kata Azmin, yang juga merupakan timbalan presiden PKR.
Beliau mengulas kenyataan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengatakan tujuan deklarasi itu hanya untuk mendesak peletakan jawatan Najib dan bukannya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mukhriz dalam kenyataan sebelum ini juga berkata, deklarasi itu bertujuan “menggantikan Najib dengan seorang perdana menteri lain daripada kerajaan pemerintah”.
Azmin berkata pembaharuan besar dalam kerajaan dan agensi-agensinya sangat diperlukan.
"Matlamat kami sejak awal adalah jelas: mesti ada reformasi. Ini termasuk peletakan jawatan Najib.
"Agenda reformasi kami termasuk memberikan kebebasan kepada media, mengembalikan keyakinan terhadap institusi kerajaan, dan salah satu isu yang dibincangkan dalam deklarasi itu ialah penyingkiran mereka yang bertindak 'bersama' dengan Najib sepanjang pengalaman pahit ini.
"Jangan salah tafsir deklarasi itu. Pegang kepada apa yang tertulis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci di Petaling Jaya Selatan.
Ditanya mengenai tindakan seterusnya, Azmin berkata, mereka akan mengadakan jelajah negara dan program bagi menyampaikan mesej kepada orang ramai.
Deklarasi Rakyat yang ditandatangani tokoh politik yang selama ini kebanyakannya bermusuhan serta beberapa pemimpin masyarakat sivil menimbulkan perdebatan kerana penglibatan Dr Mahathir kerana beliau masih dianggap bertanggungjawab terhadap hakisan institusi negara sepanjang tempoh pemerintahannya selama 22 tahun.

Perbuatan Dr Mahathir tidak dilupa tetapi kita perlu terus ke depan, kata Azmin

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ‘perdamaian’ dengan Tun Dr Mahathir  Mohamad bagi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah ‘baik untuk negara’. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mac, 2016. 
Tiada siapa boleh melupakan apa yang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998, tetapi ketika ini, yang penting ialah untuk terus bergerak ke depan demi kepentingan negara, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Star Online melaporkan menteri besar Selangor itu berkata, "perdamaian" yang menyaksikan Dr Mahathir bekerjasama dengan pemimpin pembangkang dan tokoh masyarakat sivil untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "baik untuk negara ini".
"Apa yang berlaku pada 1998, saya pasti tidak boleh lupakan. Tiada siapa yang lupakan sejarah. Ia untuk kita mengambil iktibar daripadanya.

"Tetapi kita perlu bergerak ke depan dan saya fikir sudah tiba masanya bagi kita untuk teruskan," beliau dipetik sebagai berkata oleh portal berita itu. Pada Jumaat, Dr Mahathir mengetuai lebih 50 individu menandatangani Deklarasi Rakyat yang menggesa penyingkiran Najib dan beberapa pembaharuan kepada institusi, seperti usaha memulihkan integriti untuk "institusi yang dilemahkan" seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan Bank Negara Malaysia.
Azmin berkata, lebih banyak mesyuarat akan diadakan dengan semua pemimpin yang menandatangani perisytiharan itu, bagi membincangkan tindakan seterusnya yang akan diambil.
“Kita perlu turun padang dan jelaskan kepada rakyat supaya mereka faham isu ini.
“Kita akan terus berbincang dan memastikan apa saja yang kita sudah beri komitmen dalam resolusi itu akan dilaksanakan secepat mungkin,” beliau dipetik berkata.
Beliau berkata serangan balas pemimpin Umno kepada Dr Mahathir kerana mengepalai deklarasi itu adalah lumrah, kerana para pemimpin parti Melayu terbesar negara itu tidak mungkin akan dapat menerima hakikat mereka akan ditumpaskan selepas perubahan besar-besaran berlaku di Malaysia.
Azmin juga mengatakan, tiada soal peribadi wujud dalam kerjasama antaranya dan Dr Mahathir, kerana deklarasi itu ialah tentang selamatkan Malaysia.
“Saya pernah berkhidmat sebagai pemimpin kanan Umno selama 13 tahun, sudah tentu, saya mempunyai hubungan rapat dan peribadi dengan Dr Mahathir selama beberapa tahun.
“Kami hadir di sana sebagai rakyat Malaysia mewakili pelbagai parti politik, ideologi dan pergerakan masyarakat sivil yang berbeza, demi kepentingan negara dan rakyat.
“Ia bukan soal pilihan peribadi, bagi saya ia soal prinsip.”

Deklarasi Rakyat: Perkasa ajak ahli berlapang dada


Ketua Penerangan Perkasa Hassan Basri Ketua Penerangan Perkasa Hassan Basri Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)  mengajak ahlinya menghentikan tuduhan kononnya kehadiran beberapa pemimpin NGO ultra Melayu itu dalam gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Datuk Seri Mohd Najib Razak telah menggadaikan perjuangan.
 Ketua Penerangannya, Hassan Basri berkata, pelbagai polemik dan kecelaruan timbul ekoran kesepakatan tersebut tidak terkecuali membabitkan Perkasa.

“Marilah kita berlapang dada melihat isu sebenar dalam Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bukan isu bersekongkol, pengkhianat dan sebagainya seperti dimainkan media massa arus perdana.

“Kita serahlah kepada kebijaksanaan mereka dalam menangani isu ini dan perkuatkan tekad perjuangan kita,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa Perkasa telah terlebih dahulu memperjuangkan tuntutan deklarasi berkaitan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pelbagai salah laku dalam pentadbiran kerajaan pada masa ini.

“Pendirian Perkasa jelas. Apa yang ditimbulkan dalam Deklarasi Rakyat telah diperjuangkan sejak awal lagi. Antaranya Perkasalah NGO pertama mendesak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi mencari ketelusan menyiasat semua permasalahan dan salahlaku yang dibangkitkan dan kini diulangi dalam Deklarasi Rakyat.
“Sebab itulah Perkasa atas nama NGO tidak bersama dalam Kempen Selamatkan Malaysia kerana tindakan kita bermula sejak awal isu yang dibangkitkan timbul dan Perkasa sangat percaya penyiasatan yang telus hanya melalui Suruhanjaya Diraja sahaja,” jelasnya.

Mengulas lanjut penyertaan beberapa tokoh utama Perkasa dalam kempen berkenaan, Hassan menegaskan kehadiran mereka adalah atas nama individu dan persendirian.

Ku Nan pening dengan sikap Tun M

Sewaktu menjadi Perdana Menteri kelima Dr Mahathir pernah menggelar Kit Siang sebagai `tidak boleh pakai'.
tengku-adnan_mahathir_600_1
PETALING JAYA: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor keliru dengan tindakan Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pembangkang terutamanya DAP untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini.
Setiusaha Agung UMNO itu melahirkan rasa tersebut selepas mengimbau kata-kata bekas perdana menteri berkenaan yang sebelum ini pernah menggelar pemimpin DAP, Lim Kit Siang sebagai `tidak boleh pakai’.
“Saya tidak faham yang beliau duduk dan bersekongkol dengan pembangkang seperti Lim Kit Siang yang dulu pernah digelarnya tidak boleh pakai, DAP tidak pakai, Anwar (Ibrahim) tidak boleh pakai.
“Semuanya tidak boleh pakai tetapi sekarang duduk bersama. Saya pun naik pening. Apa yang beliau hendak lakukan pun saya tidak tahu. Tetapi tindakan Dr. Mahathir langsung tidak akan menjejaskan undian rakyat kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak,” katanya yang dipetik dari sebuah laman portal.
Tengku Adnan mengulas tindakan Dr. Mahathir yang bekerjasama dengan parti pembangkang dengan menandatangani Deklarasi Rakyat akan menjejaskan undian terhadap BN menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Tukar PM tidak perlu tunggu pilihan raya, bidas Mahfuz


Datuk Mahfuz Omar (kanan sekali) bersama menurunkan tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia pada Jumaat lalu.Datuk Mahfuz Omar (kanan sekali) bersama menurunkan tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia pada Jumaat lalu.
Polimik Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia pada Jumaat lalu, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib  Razak tidak perlu tunggu pilihan raya sebagaimana kenyataan oleh pemimpin Umno, bidas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berasa terkejut dengan reaksi beberapa pimpinan Umno BN terhadap Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang menuntut pengunduran atau penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.
"Apa yang paling melucukan ada pimpinan Umno termasuk Ketua Pemuda Umno kata nak tukar Perdana Menteri kena ikut saluran iaitu melalui pilihan raya.
"Buat kenyataan macam orang tak tau apa. Nak tukar PM bukan perlu tunggu dan melalui pilihan raya. Cukup sama ada PM letak jawatan, hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen atau pun PM meninggal dunia. Maka, berlakulah pertukaran PM.
"Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Najib menjadi PM bukan tunggu dan melalui pilihan raya. Tetapi bila PM letak jawatan.
"MB Perak pada 2009 bertukar bukan melalui pilihan raya. MB Kedah baru sebulan bertukar bukan melalui pilihanraya. Tetapi melalui undi tidak percaya adun-adun Umno Bn kepada Mukhriz di luar dewan melalui pernyataan di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
"Begitu juga nak ganti Najib dengan orang lain sebagai PM sama ada Najib letak jawatan atau MP Umno BN pakat tandatangan Akuan Bersumpah tarik balik sokongan sebagai tanda undi tidak percaya kepada Najib sebagai PM.

Lim harap Agong panggil RCI isu 1MDB, RM2.6 bilion



Walaupun penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang daripada Parlimen masih berterusan, beliau berharap titah Yang di-Pertuan Agong esok akan memanggil sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk melihat isu 1MDB dan skandal RM2.6 bilion.
"Saya hanya mempunyai satu hasrat terhadap titah diraja pada pembukaan rasmi parlimen pada hari Isnin: bahawa Agong akan mengumumkan penubuhan RCI terhadap skandal mega Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak," kata Lim dalam ucapan pada majlis kutipan sumbangan DAP Sarawak malam semalam.
 Esok, Agong seperti kebiasaan akan menyampaikan titah pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-13
Lim berkata RCI adalah perlu untuk menyelesaikan isu skandal derma RM2.6 bilion dan RM42 juta yang disalurkan daripada SRC International - yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib - dan juga dakwaan salah urus 1MDB.
Ini kerana katanya, laporan akhir Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengenai 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Lim menegaskan bahawa PAC adalah jawatankuasa parlimen, dan keputusan ini adalah satu penghinaan kepada PAC, Parlimen, dan kesemua 222 ahli parlimen di dewan yang berada di bawah naungan Agong.
Dalam perkembangan lain, Lim mengeluh bahawa masih tiada tanda-tanda bahawa PAC akan memanggil personaliti utama untuk siasatan ke dalam 1MDB - seperti Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, pengarah operasi khas SPRM Datuk Bahri Mohamed Zin, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador, Najib sendiri dan jutawan kelahiran Pulau Pinang Taek Jho Low.

Deklarasi rakyat tidak jadi kudis pada Umno, kata Tengku Adnan


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorDatuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorSetiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan 58 individu yang hadir dalam Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia, tidak akan menjadi kudis pada parti itu.
Beliau berkata, rakyat kini lebih matang dan sedar bahawa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak akan sentiasa bergerak ke hadapan.
Ditanya samada Umno akan mengadakan satu mesyuarat khas berhubung Deklarasi Rakyat itu, beliau menegaskan, tiada keperluan ke arah itu.
“Kenapa perlu bermesyuarat? Ini tidak menjadi kudis kepada Umno. Kita akan meneruskan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional iaitu kerajaan yang sah.
“BN akan terus mentadbir negara dan rakyat tidak perlu gusar dan bimbang
“Saya percaya sebagai kerajaan, kita bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih kami. Kami akan melaksanakan semua agenda yang diamanahkan,” ujarnya.
Beliau ditemui pihak media selepas merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan majlis pecah tanah Surau Komuniti Acheh di Kampung Bharu di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.
Tengku Adnan turut melahirkan rasa keliru dengan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad bersekongkol dengan parti pembangkang terutamanya DAP untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini.

Apa punya bangang Khairy, kata Mahfuz


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Khairy Jamaludiddin bahawa penukaran perdana menteri perlu dibuat mengikut saluran pilihan raya sebagai melucukan.

Menyifatkan kenyataan ketua pemuda Umno itu sebagai 'bangang', Mahfuz berkata untuk menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu menunggu pilihan raya.
 “Apa punya bangang buat kenyataan macam orang tak tahu apa. Tukar perdana menteri bukan perlu tunggu dan melalui pilihan raya.
"Cukup kalau sama ada perdana menteri letak jawatan, hilang sokongan majoriti anggota parlimen atau pun perdana menteri mati.
“Maka, berlakulah pertukaran perdana menteri. Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan Najib menjadi perdana menteri bukan tunggu dan melalui pilihan raya, tetapi apabila perdana menteri letak jawatan,” kata ahli parlimen Pokok Sena itu dalam kenyataan, hari ini.
Mahfuz yang juga bekas ketua penerangan PAS turut memberikan contoh lain semasa krisis Menteri Besar Perak pada tahun 2009, yang mana pertukarannya juga bukan melalui pilihan raya.
“Menteri Besar Kedah baharu sebulan bertukar bukan melalui pilihan raya. Tetapi melalui undi tidak percaya wakil rakyat Umno kepada (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) melalui pernyataan di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
“Begitu juga hendak ganti Najib dengan orang lain sebagai perdana menteri, sama ada Najib letak jawatan atau anggota parlimen Umno pakat tandatangan akuan bersumpah tarik balik sokongan sebagai tanda undi tidak percaya kepada Najib sebagai perdana menteri,” katanya.
Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang - termasuk pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang dan Datuk Mohamed Azmin Ali bagi memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
Deklarasi itu turut ditandatangani bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Apa agenda sebenar DAP bekerjasama dengan Tun M? – Ali Rustam

Ali Rustam menggesa ahli UMNO dan rakyat tidak terpengaruh dengan gerakan DAP dan Tun Dr Mahathir
Mohd-Ali-Rustam_tun-m_dap_600
MELAKA: DAP dilihat mempunyai agenda mereka yang tersendiri apabila mengambil langkah bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak.
Anggota Dewan Negara, Tan Sri Mohd Ali Rustam, berkata beliau sangsi kerjasama itu mampu membawa kebaikan kepada negara.
“Sehubungan itu, ahli-ahli parti (UMNO) dan rakyat diharap tidak terpengaruh dengan gerakan DAP dan Tun Dr Mahathir, masih banyak tanda tanya mengapa DAP sanggup bekerjasama dengan Dr Mahathir yang sebelum ini mereka lihat sebagai musuh,” katanya, di sini, hari ini.
Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir bersama 50 orang termasuk Kit Siang menandatangani Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.
Mohd Ali berkata, dalam kerjasama tersebut tindakan Dr Mahathir bersama penyokongnya lebih memenuhi kehendak DAP dan ini perlu ditolak kerana tindakan menyingkirkan Perdana Menteri tanpa melalui perundangan dan proses demokrasi adalah tidak sah.
“Sistem demokrasi harus dipertahankan, kerajaan dan Perdana Menteri dipilih menerusi peti undi bukan dengan cara penggulingan atau demonstrasi jalanan.
“Sehubungan itu, saya dan UMNO Bahagian Bukit Katil (diketuai Mohd Ali) menyokong penuh kepemimpinan Najib dan menolak gerakan DAP bersama Dr Mahathir,” katanya.

Mesej Najib kepada penentangnya, BN kekal kukuh

Perdana Menteri menyifatkan pihak yang memilih bekerjasama dengan pembangkang sebagai lupa akan prinsip perjuangan BN.
najib_bn_600_2
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tetap kukuh walaupun terdapat pihak yang memilih bekerjasama dengan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, berkata mungkin terdapat pihak lupa akan prinsip perjuangan BN dan memilih bekerjasama dengan pembangkang baru-baru ini.
“Namun semalam, saya lihat perikatan tetap kukuh dan setia kepada perjuangan di kalangan anggota-anggota Parlimen BN yang berada di Seri Perdana untuk mesyuarat ‘pre-council’ sebelum Parlimen mula bersidang Isnin nanti,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini.
Katanya, BN akan terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

Ambiga: Kami sedia hadapi tindak balas rakyat


Pemimpin masyarakat sivil yang menandatangani Deklarasi Rakyat Jumaat lepas sedia berdepan penyokong yang mempersoalkan sokongan mereka terhadap gerakan untuk menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bukan berjuang untuk pembaharuan institusi.
 Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Ambiga Sreenevasan - yang merupakan antara 58 penandatangan memberitahu Malaysiakini: "Sudah tentu, kami telah bersedia untuk tindak balas. Orang ramai berhak untuk mempersoalkan langkah ini dan kami mesti jawab mereka.
"Apa yang penting ialah kami memikirkannya secara serius dan berunding dengan yang lain sebelum memutuskan untuk tandatangan. Ia jelas dalam fikiran saya bahawa ia adalah penting bagi kita untuk mengetepikan perbezaan kita demi negara dan cuba untuk melakukan sesuatu," tambah beliau.
"Kita perlu merayu kepada spektrum rakyat yang luas dan mereka perlu tahu bahawa ia adalah ok untuk mempunyai perbezaan, tetapi masih mempunyai matlamat yang sama untuk menyelamatkan negara," kata Ambiga, yang menegaskan bahawa 'tidak bertindak' bukan lagi satu pilihan kepada mereka yang berusaha membawa perubahan di Malaysia.
Dalam menegaskan bahawa perjuangan untuk pembaharuan institusi jangka panjang akan diteruskan, Ambiga juga berkata beliau tidak teragak-agak untuk menandatangani pengisytiharan 37-perenggan itu walaupun beliau tahu akan mencetuskan tentangan.

Resolusi Deklarasi Rakyat boleh diterima Pas, kata Abdul Hadi


Abdul Hadi AwangAbdul Hadi AwangMajlis menandatangani Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia  bersama Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu,  yang turut disertai empat orang pemimpin Pas kerana resolusi itu dianggap  boleh diterima dan tidak melibatkan mana-mana pertubuhan atau kumpulan tersendiri, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pemimpin Pas yang turut hadir Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa (Adun Salor)  dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan AJK Pas Pusat Datuk  Mohd Khairuddin Aman Ghazali.
"Kita ada keputusan kita sendiri. Ada resolusi yang boleh kita ikut, ada resolusi yang kita tak ikut, ada resolusi yang kita kena tambah lagi. Tak cukup resolusi, kena tambah lagi resolusi itu.
"Dalam hal ini, kita memilih Muwajahah Silmiyyah. Pendekatan secara damai dan kita tidak mahu wujud Arab Spring. Arab Spring, Arab musim bunga yang tidak berbuah sampai hari ini.
"Kita mahu musim yang berbuah tempat kita. Biar berlaku hujan, kemudian keluar buah, jangan Spring tak ada buah. Bunga pun tak keluar. Ini kita kena sedar," ujarnya pada Ijtimak Tarbawi 1.0 Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan di Taman Bolton.
Tegasnya lagi, seperti dipetik media rasmi parti itu, dari segi politik Pas tidak boleh 'dikualikan' oleh mana-mana pihak.

Kelab Veteran Umno tentang usaha guling Najib


Kelab Veteran UMNO Malaysia menentang sebarang usaha untuk menggulingkan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak demokrasi.
Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata 800,000 anggota kelab akan berdiri teguh di belakang pemimpin nombor satu negara itu dan mempertahankan UMNO daripada dimusnahkan.
 Beliau mengulas tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat yang mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
Penandatanganan lain termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Mustapha berkata tindakan Dr Mahathir yang bekerjasama dengan pembangkang membuat deklarasi untuk menjatuhkan Najib, adalah sama seperti menghancurkan institusi keramat UMNO.
Mustapha mengingatkan Dr Mahathir bahawa Najib dipilih oleh perwakilan sebulat suara dalam pemilihan terbuka UMNO tanpa sebarang syarat yang sebelum ini dikuatkuasakan pada zaman bekas perdana menteri itu.

Pecat Muhyiddin, Mukhriz ikut cara DAP – Nazri

Nazri Aziz akan mengusulkan pemecatan mana-mana ahli UMNO yang terbabit dalam Deklarasi Rakyat.
muhyiddin.nazri.mukhriz
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz akan mengusulkan pemecatan ahli UMNO yang terbabit dalam Deklarasi Rakyat.
Nazri berkata, Timbalan Presiden UMNO yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertindak melampaui batas kerana menjadi sebahagian daripada komplot menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak.
Laporan The Star Online memetik Nazri sebagai berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.
Katanya, UMNO boleh mencontohi tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyingkirkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR daripada agensi kerajaan kerana gagal menyokong kepemimpinan negeri, baru-baru ini.
“Pandangan peribadi saya ialah pecat mereka daripada parti, sama macam Guan Eng pecat dua ADUN PKR dalam agensi kerajaan negeri kerana tidak undi menentang usul yang dibawa wakil rakyat UMNO.
“Kita akan ikut cara mereka (DAP),” katanya.

Kit Siang: I’ve never hated Mahathir

Taja umrah: Dari mana Khairy dapat RM1.4 juta?

Mahathir Musuh Utama UMNO?

Tukar agama, korupsi, OSA tema utama sidang Dewan Rakyat

Persidangan Dewan Rakyat esok sangat dinantikan pelbagai pihak bagi menyelesaikan beberapa isu yang menjadi perhatian rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mac, 2016. 
Persidangan Dewan Rakyat esok sangat dinantikan pelbagai pihak bagi menyelesaikan beberapa isu yang menjadi perhatian rakyat.

Putrajaya akan mengecewakan rakyat, terutama mereka yang terlibat secara  langsung, sekiranya ia tidak membentangkan pindaan yang sangat diperlukan bagi menghalang penukaran agama anak secara unilateral pada persidangan Dewan Rakyat yang akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong esok.
Jangkaan dan harapan sangat tinggi diletakkan kepada kerajaan supaya membentangkan pindaan yang diperlukan bagi Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Menteri bertanggungjawab hal ehwal undang-undang Nancy Shukri sebelum ini memberi gambaran yang pindaan itu akan dibentangkan sewaktu persidangan kali ini, tetapi bulan lepas mengeluarkan kenyataan, yang proses pindaan masih berlangsung dan mereka hanya merancang membentangkannya di Parlimen pada Jun nanti.

Bagaimanapun, terdapat perdebatan awam yang semakin memuncak terhadap isu itu, terutama sejak kes mahkamah M Indira Ghani dan S Deepa terhadap bekas suami mereka yang bertindak secara sendiri menukarkan agama anak mereka daripada Hindu kepada Islam. Sebuah kumpulan bukan kerajaan agama Hindu diketuai Hindu Sangam mendakwa terdapat lebih 7,000 kes sebegitu yang masih belum diselesaikan.
Kumpulan itu meletakkan harapan tinggi kepada Nancy selepas beliau memberikan jaminan kepada mereka yang satu mesyuarat dengan perdana menteri akan diadakan tidak lama lagi bagi menyelesaikan isu itu.
Bagaimanapun, sehingga kini, draf perundangan itu masih belum diedarkan kepada penggubal undang-undang Parlimen, kata Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran.
“Kerajaan sudah berjanji membentangkan pindaan yang diperlukan bagi menghalang pertukaran agama unilateral. Untuk tujuan itu, sebuah jawatankuasa agama terdiri daripada 5 orang menteri dibentuk.
“Tetapi sehingga kini, draf perundangan itu masih belum diedarkan kepada kami,” kata Kula kepada The Malaysian Insider.

'NEW' CASH STASH UNCOVERED IN NAJIB'S AMBANK A/C: US$ 170 MIL WENT OUT OF SRC & US$ 170 MIL WENT INTO HIS A/C IN 2011 - COINCIDENCE OR DONATION, AGAIN?


BOMBSHELL - 'NEW' CASH STASH UNCOVERED IN NAJIB'S AMBANK A/C:  US$ 170 MIL WENT OUT OF SRC & US$ 170 MIL WENT INTO HIS A/C IN 2011 - COINCIDENCE OR DONATION, AGAIN?
As international investigators circle the affairs of 1MDB, Sarawak Report can reveal a new and excruciating development for Malaysia’s Prime Minister.
It relates to the unexplained figure of US$170 million, which we have earlier reported was paid by a company owned by the businessman Jho Low into Najib’s AmBank account in late 2011.
Devastatingly, it has now emerged that the very same unusual sum was paid out during the same period by the company SRC International, a subsidiary of 1MDB, which has already been the focus of charges drawn up against Najib.
Nik Faisal Arif Kamil, CEO of SRC and former Chief Investment Officer of 1MDB
Nik Faisal Arif Kamil, CEO of SRC and former Chief Investment Officer of 1MDB
It raises an inevitable question as to whether the two transfers were connected?
Sarawak Report has obtained information that in November 2011 SRC International, which was managed by Nik Faisal Arif Kamil, a close associate of Jho Low, who is now hiding abroad, paid US$170 into an overseas account at the Swiss private bank Julius Baer.
Questions that need now to be answered are why was the money sent and where did it go next?
If these answers are not forthcoming there will be inevitable suspicion that the origin of the money that passed from Jho Low’s BVI company Blackstone Asia Real Estate Parters Limited into Najib’s KL account was indeed public money from SRC.
SRC , which was divested from 1MDB to the direct ownership of Najib’s Finance Ministry in February 2012, has been the subject of relentless controversy.  It was originally set up as a subsidiary of 1MDB and took a RM4 billion loan from the public pension fund known as KWAP in 2011.
Opposition politicians have persistently demanded to know how this money has been invested and why the company’s accounts have been regularly delayed and so lacking in transparency?
When the Prime Minister/Finance Minister finally answered questions last year on SRC he repeated the claim that most of the money had been invested in Mongolia.  However, Sarawak Report investigated and found that the value of the claimed coal mine investment could only amount to a fraction of the RM4 billion borrowed.

Growing SRC scandal

SRC has meanwhile been the focus of the Malaysian Anti Corruption Commission investigations into the missing billions from 1MDB, which have already identified two sets of payments totalling RM42 million and RM27 million, transferred within Malaysia from SRC to the Prime Minister’s AmBank accounts.
Note the relevant AmBank accounts in this paper waved by the AG - 880,
Note the relevant AmBank accounts in this paper waved by the AG – 880, 898 & 906
These payments were facilitated by Nik Faisal Arif Kamil, according to the evidence, and Sarawak Report has already provided documents to show that the Prime Minister had granted Kamil authorisation to manage these private AmBank accounts on his behalf.
Nik was in charge of the accounts belonging to the 'account holder', which  Najib Razak has now admitted was himself.
Nik was authorised to make ‘urgent cash deposits’ into these  accounts belonging to a separate ‘account holder’, whom Najib Razak has now admitted was himself.
Close up
Close up
This domestic investigation was sensationally closed last month, through a single-handed intervention by the new Attorney General, whom Najib had installed after unconstitutionally sacking his predecessor for drawing up charges against him relating to these transfers.
The hand-picked Attorney General has now been challenged on the matter by several legal figures and a growing number of police reports and law suits have been initiated against him for exceeding his authority in over-ruling the recommendation of the MACC that charges be brought.

Deklarasi Rakyat: ‘Ayuh anak muda lakukan perubahan’


Deklarasi Rakyat: 'Ayuh anak muda lakukan perubahan'

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Dr Afif Bahardin menyeru agar anak muda seluruh negara bangkit untuk bersama-sama mengotakan deklarasi rakyat mengakhiri pentadbiran PM Najib Razak.
“Masanya telah tiba untuk perubahan. Hakikatnya Malaysia hari ini berada di dalam krisis yang cukup parah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walau pada awal pemerintahannya menjanjikan transformasi, akhirnya berubah menjadi pemerintah kuku besi demi terus berpaut pada kekuasaan di saat beliau terpalit dengan skandal kewangan dan krisis integriti paling buruk pernah negara ini saksikan.
“Ancaman dari tindak-tanduk Perdana Menteri ini telah menggugat asas-asas terbinanya negara ini Malaysia berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan dan demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga menjemput anak muda dalam Umno agar melakukan perubahan dan menyatakan ‘cukuplah’ kepada penipuan dan pembohongan yang dilakukan Najib.
“Saya cukup yakin, majoriti anak muda hari ini, merentasi batas kaum, agama, ideloogi dan pegangan politik mengharapkan satu kerangka baru untuk membawa negara ini ke hadapan.
“Kami ingin menggajak seluruh anak muda Malaysia, terutamanya rakan-rakan di dalam Pemuda UMNO dan Barisan Nasional untuk bersama-sama di dalam agenda perubahan ini. Marilah kita muhasabah diri dan meletakkan semula kepentingan rakyat sebagai yang utama demi menyelamatkan masa depan Malaysia.
“Kami yakin majoriti rakyat juga bersedia untuk bersama melakukan perubahan ini. Anak muda dan sekalian rakyat bersedia untuk digerakkan bagi mencorak masa depan yang baru demi Malaysia yang tercinta,” katanya lagi.

‘Najib sila contohi Husein Onn, buat usul undi percaya di Parlimen’

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran mendapatkan mandat baru dengan usul undi percaya di Dewan Rakyat setelah Deklarasi Rakyat yang turut ditandatangani dan disokong ahli Parlimen BN yang menggesa beliau disingkirkan diumumkan semalam, kata Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Perhimpunan bersejarah itu, ujar beliau turut menuntut perubahan dalam sistem demokrasi dan beberapa institusi negara.
Menurut Kit Siang, usul undi percaya di Dewan Rakyat pernah dikemukakan pada 27 Januari 1976 ketika Datuk Husein Onn baru dilantik sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Abdul Razak Husein yang meninggal dunia secara mengejut.
“(Jika ini dilakukan) Najib hanya mengikut dan bukan menjadi pendahulu (precedent),” kata ahli Parlimen veteran yang berpengalaman mengisi kerusi Dewan Rakyat sejak 1969.
Beliau menambah, Deklarasi Rakyat yang disokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri, orang kenamaan termasuk pemimpin politik dan masyarakat sivil adalah tamparan hebat kepada kredibiliti rapuh Najib sebagai Perdana Menteri di peringkat nasional dan antarabangsa.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menegaskan, Perdana Menteri boleh disingkirkan melalui apa sahaja kaedah demokratik dan sah di sisi undang-undang.
Sehubungan itu, beliau membidas kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mendakwa hanya proses pilihan raya boleh menukar kerajaan dan Perdana Menteri.
Berucap pada majlis forum “Media Disekat, Demokrasi Nazak” di Petaling Jaya malam tadi, Kit Siang menjelaskan terdapat pelbagai mekanisme lain boleh digunakan bagi menurunkan Perdana Menteri yang menyalahgunakan kuasa.
“Salah satu cara adalah dengan membawa Najib ke mahkamah melalui Peguam Negara.
“Jika Peguam Negara menjalankan siasatan dan berpuas hati bahawa Najib terlibat dalam rasuah, beliau tidak boleh terus menjadi Perdana Menteri dan perlu berhadapan dengan kes rasuah di mahkamah,” katanya.
Menurutnya lagi, Najib kini sedang disiasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi seperti dilapor media, justeru beliau boleh disingkir jika didakwa bersalah.

Menukar Dato Seri Najib Atau Menukar Umno/Sistem ?

Oleh Rafizi Ramli

Saya telah menerima pelbagai maklumbalas berikutan komen saya bahawa Dato’ Seri Abdul Hadi

Awang, Presiden PAS perlu menunjukkan sokongan kepada mana-mana usaha untuk menggantikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri untuk menghentikan segera kemudharatan yang beliau bawa kepada masyarakat.

Pandangan saya ialah kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai berdolak-dalik boleh mengelirukan rakyat seolah-olah beliau mempertahankan Dato’ Seri Najib Tun Razak pada ketika kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri memuncak.

Saya sengaja mengambil masa seminggu sebelum saya memberi reaksi untuk membolehkan saya mengkaji sebaik mungkin pandangan orang ramai terutamanya melalui media sosial. Saya boleh kategorikan reaksi kepada pandangan saya itu kepada 4 kumpulan utama seperti berikut:

1. Kumpulan penyokong tegar PAS: komen-komen yang diberikan oleh penyokong tegar PAS lebih mirip kepada kata-kata kasar. Antara komen paling biasa ialah “bodoh” dan “PAS mahu membuang Umno/sistem bukan Perdana Menteri” (yang saya akan huraikan selepas ini). Saya tidak mengambil hati dengan kata-kata kasar dan berdoa supaya mereka diberikan rahmat Allah SWT. Dari bancian rawak, saya boleh anggarkan kumpulan ini adalah sekitar 30% dari mereka yang memberi reaksi.

2. Kumpulan penyokong tegar Dato’ Seri Najib Tun Razak: komen-komen adalah cacian dan pelbagai gelaran dan label. Hujah yang dimainkan masih lagi berkisar mengenai perkauman dan anti-DAP sementara memuji langkah PAS mengambil pendirian sedemikian. Saya selalunya terhibur dengan pelbagai usaha kumpulan penyokong tegar Dato’ Seri Najib Tun Razak cuba memburukkan saya dan tidak pernah mengambil hati. Dari bancian rawak, saya boleh anggarkan kumpulan ini sekitar 5% dari mereka yang memberi reaksi.

3. Kumpulan atas pagar: komen-komen adalah bercampur-campur dari yang berbentuk luahan kekecewaan di atas pendirian PAS, kekeliruan atau yang marah dengan pendirian itu. Tema komen yang paling biasa ialah keperluan melawan kebejatan UMNO dan mereka tidak membezakan di antara Dato’ Seri Najib Tun Razak dan UMNO. Dari bancian rawak, saya boleh anggarkan kumpulan ini sebagai kumpulan yang paling besar iaitu 45%. Latar belakang mereka berbeza dan kecenderongan politik mereka juga berubah-ubah jika dinilai dari pandangan mereka di media sosial bagi tempoh waktu tertentu.

4. Kumpulan penyokong tegar PH: komen-komen mereka bercampur-campur dari yang berbentuk kasar terhadap PAS kepada hujah-hujah anti-Najib/anti-UMNO yang biasa didengari. Dari bancian rawak, saya boleh anggarkan kumpulan ini sekitar 20% dari mereka yang memberi reaksi.

Memahami pola pendapat rakyat terbanyak seperti ini adalah cukup penting untuk memahami konteks pandangan saya kepada pendirian Dato’ Seri Hadi Awang dan PAS setakat ini dalam usaha kita menumbangkan Umno/Barisan Nasional.

PRU14 kelak akan ditentukan oleh pengundi atas pagar Melayu/Islam. Sebab itu saya menumpukan sepenuhnya tenaga saya kepada mendekati dan meyakinkan pengundi atas pagar Melayu/Islam akhir-akhir ini kerana mereka adalah penentu. Majoriti pengundi atas pagar Melayu/Islam ini terbuka minda mereka walaupun mereka lebih cenderong kepada Umno sebelum ini kerana takut kepada DAP.

Oleh yang demikian, satu-satunya talian hayat kepada Umno (dan bukannya Dato’ Seri Najib Tun Razak) ialah jika salah satu (atau beberapa) perkara berikut berlaku dari sekarang hingga PRU14:

1. Berlaku pertandingan 3 penjuru di antara Umno/BN, Pakatan Harapan dan PAS. Walaupun nampak ada peralihan undi Melayu/Islam yang ketara kepada Pakatan Harapan kerana konsistensi melawan Umno/BN sedangkan PAS dilihat memberi isyarat yang berbeza-beza, itu belum cukup untuk memastikan pembangkang dapat menewaskan Umno/BN jika ada pertandingan 3 penjuru.

2. Pengundi Melayu/Islam atas pagar dapat diyakinkan bahawa memerangi DAP/bukan Melayu itu lebih penting dari membuang pimpinan Umno/BN dan sistem Umno/BN yang korup dan menyusahkan rakyat. Sentimen inilah yang menyebabkan dalam PRU13 dahulu, Pakatan Rakyat kehilangan 30 kerusi Parlimen di bawah margin 5% kerana ramai pengundi Melayu/Islam merasakan mereka lebih rela ditadbir parti yang rasuah dan korup asalkan ia masih lagi parti Melayu.
3. Imej Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak merudum terlalu teruk di kalangan pengundi Melayu/Islam atas pagar walaupun dikaitkan dengan pelbagai skandal. Maknanya segala yang telah berlaku masih belum meyakinkan pengundi Melayu/Islam atas pagar untuk menukar Umno/BN (sekaligus menukar Perdana Menteri) kerana perkembangan-perkembangan lain yang menyebabkan mereka tidak menghukum Dato’ Seri Najib sepenuhnya atas semua yang telah berlaku.

Teguran saya dibuat dalam konteks ini kerana saya berpandangan bahawa sejak lebih setahun yang lalu, pimpinan PAS dan anggota PAS (sedar atau tidak sedar) telah menyumbang sedikit sebanyak kepada ketiga-tiga faktor di atas seperti yang saya jelaskan di bawah.

PENDIRIAN YANG BERTUKAR-TUKAR

Keadaan yang paling membimbangkan saya ialah apabila sejak enam bulan lepas, tumpuan serangan dan tindak balas politik PAS adalah lebih kepada menyerang DAP/AMANAH (serta KEADILAN dalam keadaan tertentu) berbanding dengan kritikan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak. Jika ada pun kenyataan yang mengkritik Umno, itu kritikan yang umum dan saya dapat gambaran bahawa pimpinan PAS mengelak dari mengkritik Dato’ Seri Najib Tun Razak secara terang-terangan.
Jika dikaji kenyataan pimpinan PAS serta pembawaan penyokong-penyokong tegar PAS di bawah sepanjang enam bulan lepas, majoriti kenyataan dan pembawaan isu berkisar mengenai DAP/AMANAH dan Pakatan Harapan.

PAS,Apa Sebenarnya Hala Tuju Kamu ?

Pemerhati politik berpendapat kepimpinan tertinggi PAS perlu menyatakan secara jelas mengenai

hala tuju parti itu terutamanya kedudukan dalam Pakatan Rakyat supaya haluan mereka lebih difahami.

Mereka mempersoalkan mengenai perkara itu ekoran wujudnya perbalahan antara PAS dengan parti komponen dalam Pakatan dan pada masa yang sama parti Islam itu masih mahu berada dalam gabungan pembangkang itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

"PAS kena nyatakan dasarnya... hala tujunya ke mana. Sebab sekarang ini tidak jelas. Nampak macam ada perbalahan dengan rakan dalam Pakatan tapi dalam masa yang sama nampak bersama-sama dengan Pakatan untuk menyumbang dan sebagainya.
"Jadi sekarang ini apa sebenarnya hala tuju PAS selepas PRU-13 dan menuju ke PRU-14 nanti,” kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dipetik.

Dalam laporan itu menyebut, Mohd Azizuddin berkata terdapat tiga pilihan untuk PAS ambil bagi menjelaskan pendirian mereka iaiatu sama ada bekerjasama dengan BN, supaya BN boleh dimantapkan atau bersama dengan Pakatan dan menegaskan menolak Umno.

"Ataupun PAS mahu ambil jalan ketiga iaitu tidak memilih kedua-duanya (dengan) menjadi parti yang bergerak sendiri tanpa dalam PR dan juga tanpa dalam BN," Azizuddin lagi.

Laporan itu juga memetik Penganalis Geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd Fuad Mat Jali bersetuju dengan Mohd Azizuddin dan menegaskan teka-teki PAS hanya boleh dijawab parti tersebut.

'Pakatan longgar'

“Saya rasa masalah PAS untuk kembali bersama Umno atau Umno bersama PAS ini adalah sesuatu yang hanya PAS sahaja boleh jawab. Kerana akhirnya, kalau kita lihat, Pakatan ini adalah satu pakatan yang bukan lemah tapi longgar. Mereka tidak ada ikatan yang kukuh.

"Sebab itu kita lihat mereka tidak boleh ada manifesto yang mantap. Saya kira, PKR dan DAP ini memerlukan undi PAS terutama di kawasan-kawasan Melayu.

Negara ini memang GILA

Oleh Ridzwan Abu Bakar

Seorang terima dana politik untuk partinya dan dimasukkan ke dalam akaun partinya: dibicara dan

didapati bersalah serta dihukum penjara 2 tahun beserta sebatan

Berapa dana yang diterima?

RM 50k 


Seorang lagi terima sumbangan (mula2 nafi) untuk pelbagai tujuan (berubah2 tujuan yang antara lain untuk dana politik partinya ) dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya : tidak didakwa, bahkan peguam negara pertahankan, dia bebas untuk buat apa saja......

Berapa dana yang diterima?

RM 2.6 Bilion

Diktator atau dia rasa 'tuhan'?

Rakyat!

Tunggu apa lagi?

Nak biarkan makhluk ini hancur negara?

Ayuh bangun!

Mengkhianati perjuangan Umno

Oleh Abdul Halim Daud
Tindakan Tan Sri Muhyidin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menghadiri majlis yang dianjurkan Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin pembangkang jelas menunjukkan mereka mengkhianati Umno.
Saya secara pribadi berasa amat sedih dan sangat kecewa dengan tindakan ini kerana ia jelas menunjukkan mereka ini sanggup bersekongkol dengan pembangkang yang selama ini tidak pernah puas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan fitnah yang mereka lemparkan, saya boleh menyatakan tindakan Dr Mahathir ini ibarat meludah ke langit dan saya menyeru ahli parti tidak lagi untuk terus menghormati mantan pemimpin sebegini.
Tindakan ini seharusnya tidak boleh disokong kerana perdana menteri menerima mandat dan sokongan padu daripada rakyat dan ahli parti.
Banyak lagi ruang dan cara boleh dilakukan dan tidak perlu kita bersekongkol dengan pembangkang yang hanya mahu mengambil kesempatan di dalam permasalahan ini. Mana mungkin perjumpaan itu dibuat hanya untuk menjatuhkan perdana menteri tetapi terus menyokong kerajaan Barisan Nasional dan Umno walhal semua tahu DAP Dan PKR ini jelas tidak akan menyokong Barisan Nasional.
Maka saya mengharapkan pihak tertinggi kepimpinan Umno Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua kerana menjatuhkan imej parti keramat bangsa Melayu ini.
Tindakan ini jelas satu pengkhianatan kepada bangsa melayu terutama ahli parti dan mereka ini tidak layak lagi untuk terus berada di dalam Umno.

* Abdul Halim Daud adalah ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Alor Gajah.

Sah Umno parti feudal

Oleh Subky Latif
TERLALU banyak simpton yang menunjukkan Umno adalah sebuah pertubuhan politik yang amat feudal sama dengan institusi istana yang belum mengenal demokrasi. Kesaksian terbaru itu adalah badan feudal ialah keterangan yang dibuat oleh menteri Datuk Nazri Aziz terhadap penampilan politik Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno yang dilihat tergantung.  

Nazri yang jarang membuat kenyataan politik menyarankan supaya Muhyiddin melepaskan jawatan Timbalan Presiden sekiranya tidak menyokong Presiden parti dan tidak mahu membantunya.
   
Kata Nazri, mereka menyokongnya dulu kerana dia dilihat menyokongnya untuk jadi Presiden. Apabila dia  tidak menyokongnya lagi, maka pilihannya ialah melepaskan jawatannya.
  
Yang menyokong Najib menjadi Presiden dulu bukanlah orang sependirian dengan Nazri dulu dan sekarang saja. Muhyidin dan penyokongnya juga adalah antara orang yang menyokongnya.
  
Jika Muhyiddin kini hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Presiden Umno belumlah boleh dikira Muhyiddin telah melanggar peraturan dan disiplin partinya. Dia belum dihadapkan ke badan disiplin parti. Selagi Umno belum mengesahkannya melanggar disiplin parti, maka dia belum diliha bersalah.
  
Jika dia menegur Presiden, ia adalah dikira langkah yan sihat dalam politik demokrasi. Setiap seorang Umno kepada ketuanya tidaklah mutlak seperti setia kepada Allah dan rasul-Nya. Setia kepada ketua itu tertakluk kepada setianya kepada partinya, kepada bangsanya dan kepada agamanya.
   
Najib bukan maksum dan kini yang mempertikainya lebih ramai daripada yang membodeknya.
   
Kedua, Umno bukan badan feudal yang ketuanya tidak boleh dikritik dan dibetulkan.
   
Ketiga, Umno bukan sebuah parti seperti parti komunis yang ketuanya tidak boleh ditegur baik secara terang mahupun secara tersembunyi.
  
Atas faktor-faktor itu maka tidaklah menjadi kesalahan jika orang Umno menegur Umno terutama pemimpin yang tidak popular yang dipertikai oleh semua.
  
Muhyiddin sekarang bukan menegur Najib kerana isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion saja, tetapi ia menegur Umno kerana merampas hanya sebagai Timbalan Presiden Umno. Sebagai Timbalan Presiden dia ada hak untuk bercakap sebagai Timbalan Presiden baik dalam Perhimpunan Agung atau mana-mana perjumpaan yang dianjurkan oleh parti dan penyokongnya.

Deklarasi Rakyat adalah demi masa depan negara - Salahuddin Ayub


Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah penting kerana ia merupakan penentu bagi masa depan negara, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Menurut Salahuddin, deklarasi rakyat itu adalah bagi membawa perubahan kepada negara yang pada masa kini semakin menekan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya sendiri turut hadir bagi menandatangani deklarasi rakyat tersebut sebagai tanda menolak kepimpinan perdana menteri.
“Saya rasa beliau (Najib)  patut melihat isyarat ini memandangkan perkara sebegini tidak pernah berlaku di dalam sejarah politik di mana tokoh-tokoh Umno menolak kepimpinan Perdana Menteri yang semakin membawa bahaya kepada negara,”katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.
Jumaat lepas, Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Pembangkang sudah hilang maruah – Bung Moktar

Pembangkang tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih oleh rakyat sebaliknya, hanya ahli UMNO sahaja boleh menukar pemimpin mereka.
bung-mokhtar,pembangkang
PETALING JAYA: Datuk Bung Moktar Radin hari ini menyifatkan pembangkang telah hilang maruah kerana mahu menentukan ketua kerajaan di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut mempersoalkan adakah pembangkang tidak menyedari bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang dari ketua parti yang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang sah.
“Kenapa pembangkang dah hilang maruah nak menentukan pula siapa ketua kerajaan sedangkan mereka tahu yang parti gabungan mereka kalah dalam PRU buat kali ke-13.
“Mereka harus sedar kita bukan berada di Amerika Syarikat, British atau Eropah..ini negara Malaysia, bukan Filipina, bukan Indonesia atau Thailand,” katanya menerusi kenyataan.
Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, pembangkang tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih oleh rakyat sebaliknya, hanya ahli UMNO sahaja boleh menukar pemimpin mereka.
“Pada saya pembangkang dah tak ada hala tuju perjuangan, mereka dah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat selain daripada menokok tambah fitnah dan andaian yang tak berfakta kepada Najib Razak selaku Perdana Menteri,” katanya.
Dalam pada itu, Bung menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa pemimpin UMNO dan pemimpin pembangkang bergabung di bawah satu pentas mengetuai deklarasi rakyat menolak pentadbiran Najib disifatkan sebagai langkah orang-orang yang kecewa.
“Kita sedar perbuatan mereka ini adalah langkah orang-orang kecewa yang mempunyai niat tertentu untuk merosakkan minda rakyat agar menentang kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Klasifikasi OSA dokumen audit 1MDB satu penghinaan kepada Parlimen

Setelah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dokumen sokongan daripada laporan akhir ketua audit negara mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjadi dokumen awam dan tidak perlu tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ini kerana PAC adalah jawatankuasa Parlimen dan mengklasifikasikan laporan akhir audit mengenai 1MDB adalah "satu penghinaan bukan sahaja bagi PAC tetapi juga badan perundangan itu dan semua ahli Parlimen di dalam Dewan, katanya.
Lim berkata beliau "sangat kecewa" dengan kenyataan bekas pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed yang semalam berkata, hanya dokumen sokongan daripada Jabatan Audit Negara yang mengiringi rumusan laporan PAC akan berada di bawah OSA.

"Ini tidak boleh diterima sama sekali. Dokumen sokongan daripada ketua audit negara dibentangkan di PAC sudah menjadi dokumen Parlimen, dengan itu klasifikasi OSA itu sepatutnya tidak lagi wujud. "Jika tidak, ini menjadi satu penghinaan mutlak terhadap jaminan perdana menteri yang siasatan ketua audit negara dan PAC akan 'mendedahkan semua’, tanpa meninggalkan sebarang maklumat," kata Lim dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Gelang Patah mempersoalkan jika kerajaan berhasrat mengatakan dokumen sokongan ketua audit negara mengenai 1MDB akan dinafikan untuk semua 222 ahli Parlimen.
"Perdana menteri perlu mengumumkan tanpa berlengah-lengah lagi yang beliau tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan dan tiada bantahan langsung untuk kedua-dua laporan ketua audit negara – interim dan akhir – dibentangkan di Parlimen oleh PAC tanpa sebarang pengelasan di bawah OSA," kata Lim.
Beliau yang kini masih digantung selama enam bulan daripada Parlimen dan akan terlepas persidangan pertama tahun ini yang bermula esok, juga mengulangi gesaannya supaya sebuah suruhanjaya diraja menyiasat "skandal mega kembar" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditubuhkan.
Skandal yang dimaksudkan ialah hutang besar 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun bank peribadinya.

Berani kerana benar, BENAR KERANA ALLAH..

Berkatalah benar walau terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko.. Dibuang kerja serta-merta atau dilucutkan jawatan...

Sesungguhnya Allah s.w.t. pemberi rezeki,
BUKANNYA KERAjaan mahupun pemimpin yg bongkak pertahankan 'putarjaya'...

Yang kejam harus disanggah dan ditegur silapnya.. Yang baik dan bagus harus dicontohi dan diikuti caranya..

Angkara si Tikus Garang


Dr Mahathir lawan NajibDr Mahathir lawan Najib
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maiden menyifatkan apa yang berlaku sekarang adalah angkara si Tikus Garang yang menyebabkan rakyat riuh rendah berbincang.
Dalam sajak satiranya, pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) itu menyifatkan, Tikus Garang ini sudah banyak menyusahkan orang.
Berikut adalah nukilah penuh beliau.
TIKUS YANG GARANG#
Arakian di sebuah negara yang malang, Ditadbir tikus yang garang, Sudah gigit ramai orang, Sudah rosak banyak barang,
Rakyat gelisah penuh bimbang, Mengharap pendekar tak kunjung datang, Muncul memanda tua, hulubalang terbilang, Dulunya sama seperti sitikus garang,
Riuh rendah gegak gempita rakyat berbincang, Perlukah bersama hulubalang tua merancang, Bagi menangkap sitikus garang,
Kedengaran dari jauh suara dari penjara berkemundang, Suara yang matang redakan bimbang, Katanya kucing putih atau hitam jangan dibincang, Selagi mana tikus garang bisa ditangkap sekarang.
Nukilan :  Mohamed Hanipa Maidin  Ahli Parlimen Sepang

Umno Johor bimbang dengan kempen 'Selamatkan Malaysia'


Akhbar Sinar jadikan laporan muka depannya tentang Umno Johor bimbang kempen Selamatkan Malaysia.Akhbar Sinar jadikan laporan muka depannya tentang Umno Johor bimbang kempen Selamatkan Malaysia.
Walaupun menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Umno Johor melahirkan kebimbangan dengan kempen "Selamatkan Malaysia" yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir bersama dengan sebahagian pimpinan Umno dan pembangkang semalam.
"Kita jangan nafikan tindakan Dr Mahathir tidak berbahaya kerana atas nama 'deklarasi rakyat' juga, dia (Tun Dr Mahathir) akan mendapat sokongan daripada 'prominent Malays' yang akan mempengaruhi masyarakat," katanya.
Menurutnya, BN dan Umno perlu memberikan perhatian serius terhadap tindakan Dr Mahathir memandangkan beliau percaya tindakan Tun Dr Mahathir tidak akan berhenti setakat memeterai deklarasi tersebut.
Deklarasi Selamatkan Malaysia yang dilancarkan Mahathir semalam adalah yang kedua selepas kempen Selamatkan Malaysia dilancarkan oleh Datuk Husam Musa, bekas naib presiden PAS di Kulai Johor sebelum ini.
Selepas ini, Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia pula akan diadakan di mana-mana 16 tokoh besar negara akan memberikan ucapan di majlis itu.
Ia dijangka akan diadakan di Shah Alam mulai jam 2 hingga 7 petang.

Tindakan tegas terhadap Muhyiddin, Tun M makin tidak rasional – Pemimpin UMNO

Deklarasi itu membuktikan politik terdesak di Semenanjung akibat ketandusan idea oleh pakatan pembangkang dan dendam peribadi Dr Mahathir.
hamzah,muhyiddin,mahathir
PETALING JAYA: UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran langkahnya yang bekerjasama dengan pembangkang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Menurut beliau, bekas timbalan perdana menteri itu bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersekongkol menerusi deklarasi tersebut hanyalah kerana untuk kepentingan diri sahaja.
“Muhyiddin pernah menjadi timbalan presiden UMNO serta anggota Kabinet.Sepatutnya dia gunakan saluran yang betul untuk meluahkan ketidakpuasan hati dan bukan bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri.
“Tindakan Muhyiddin itu amat dikesali dan tidak mungkin dapat diterima oleh mana-mana ahli UMNO,” katanya yang dipetik dari sebuah laman portal.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Seri Fadzillah Yusof berkata, deklarasi tersebut membuktikan politik terdesak di Semenanjung akibat ketandusan idea oleh pakatan pembangkang dan dendam peribadi oleh Dr Mahathir.
“Adalah menjijikkan untuk melihat PKR dan DAP kehilangan saki baki integriti politik untuk bergabung tenaga dengan seorang pemimpin yang PKR dan DAP Sarawak berulang kali mengutuk kerana mengabaikan pembangunan negeri itu.
“Adalah satu fakta yang jelas bahawa tida ada bekas perdana menteri yang menjaga atau melakukan sumbangan besar kepada kebajikan dan pembangunan Sarawak berbanding Najib.

Mahathir lupa sejarah, dakwa Awang Selamat


Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno dan bekerjasama dengan pembangkang disifatkan sebagai 'satu kesilapan besar' dalam sejarah politik pemimpin veteran itu.
Menerusi ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini, akhbar itu mendakwa Dr Mahathir sebagai lupa sejarah politik beliau dengan pimpinan DAP dan PKR yang begitu tebal permusuhannya.
"Meskipun dalam politik segala-galanya berkemungkinan namun realiti untuk padamkan episod hitam bukanlah mudah. Mereka akan terus dihantui rasa curiga dan waspada termakan jerat muslihat politik.
"Apatah lagi Dr Mahathir, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat PKR (Datuk Seri) Anwar Ibrahim makin dimamah usia. Dimalukan dan gagal besar pada penghujung usia lagi sakit rasanya," tulisan Awang dipetik daripada akhbar edisi mingguan itu.
Malah, Awang juga mendakwa, selama ini Dr Mahathir merupakan pemimpin yang bertanggungjawab menjadikan DAP 'jijik' pada kaca mata orang Melayu.
"Lim tidak kurang dahsyatnya menghina, mentohmah dan mempersoalkan Dr Mahathir sepanjang perseteruan mereka.
"DAP menjadi hidup kerana anti Dr Mahathir yang dilabelkan zalim, menerajui kerajaan rasuah dan sebagainya.
"Malah DAP yang beliau kuasai mahu menangkap dan memenjarakan Dr Mahathir jika berkuasa satu hari nanti," katanya.
Perseteruan Mahathir - Anwar
Dalam ruangan pojok berkenaan, Awang turut mengungkit perseteruan Dr Mahathir dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjarakan atas tuduhan liwat.
Beliau membangkitkan persoalan adakah bekas presiden Umno yang baru meninggalkan parti itu akan menarik kembali segala kenyataan dan label terhadap bekas ketua umum PKR itu.

Perjuangan 50 tahun DAP dan Lim Kit Siang

Perjalanan hidup Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang selama 5 dekad dalam politik dipenuhi kenangan pahit dan manis yang terus kekal dalam ingatan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 6 Mac, 2016. 
Perjalanan hidup Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang selama 5 dekad dalam politik dipenuhi kenangan pahit dan manis yang terus kekal dalam ingatan.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berbual dengan THOR KAH HOONG, mengimbas kembali parti politik yang diterajuinya selama 50 tahun seiring dengan tempoh 5 dekad beliau sebagai seorang ahli politik, yang melihat banyak kenangan suka dan duka (termasuk pernah ditahan pihak berkuasa 3 kali), ketika pembangkang politik memusuhinya, meramalkan apa yang dijangka akan menjelang dan pendapatnya mengenai kemungkinan mencari titik persamaan dengan bekas musuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.
TMI: Bila anda berminat dalam politik dan di mana ia mula berakar umbi?
Lim: Sejak zaman persekolahan saya.

TMI: Zaman persekolahan?Lim: Dalam erti kata lain, kami sangat berminat dengan peristiwa – zaman sekolah tahun 50-an, saya berada di sekolah menengah 1955-1959 – itu adalah masa di mana terdapat banyak perkembangan yang menarik di dalam dan luar negara – '55 ada Persidangan Bandung, '56 ada nasionalisasi Terusan Suez dan revolusi Hungary, dan '57 tahun kemerdekaan kita – dan di dalam kelas saya, terdapat satu kumpulan yang mengikuti semua peristiwa ini.
Saya masih ingat tahun akhir saya di sekolah, '59, menunggu keputusan peperiksaan tingkatan 5 kami, zaman di mana kami tidak ada IT untuk mengalihkan perhatian kami, yang ada hanya kami berbasikal sekitar bandar. Kami akan pergi ke sekolah yang sunyi pada malam, duduk di tepi longkang dan bendang, dan seseorang akan berkata, 'mari kita pergi ke dunia luar dan tubuhkan parti politik'.
TMI: Jadi, semasa saya bermimpi untuk menjadi Robin Hood atau Hercules, anda bermimpi untuk menjadi seorang ahli politik?
Lim: (Ketawa) Tidak, tidak begitu, bukan menjadi seorang ahli politik. Ia lebih kepada berminat dengan apa yang berlaku di negara ini. Persidangan Bandung – saya katakan ia adalah acara politik pertama yang menarik perhatian saya.
(NB: Persidangan Bandung adalah mesyuarat 29 negara-negara Asia dan Afrika yang berlangsung pada April 18-24, 1955 di Bandung, Indonesia. Tujuan persidangan adalah untuk menggalakkan hubungan ekonomi dan kebudayaan dan menentang neo/penjajahan. Persidangan ini adalah peristiwa penting dalam pembentukan Pergerakan Negara-negara Berkecuali.)

Kerjasama Dr Mahathir-pembangkang dugaan paling berat Najib

Kerjasama yang terjalin antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang disifatkan seorang pengarang akhbar milik Umno sebagai dugaan paling berat dalam perjalanan 40 tahun politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zulkefli Hamzah, pengarang kanan Utusan Malaysia, berkata, tindakan kumpulan yang dibentuk Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang serta beberapa tokoh masyarakat sivil itu, menggoncang kedudukan Najib begitu teruk sekali.
"Sewaktu berada di puncak, kedudukan beliau digoyang sedemikian rupa. Politik budiman tidak menjatuhkan orang lain dan sentiasa menghulur salam perpaduan, tidak bersambut," katanya hari ini.

Dalam ruangan beliau bertajuk "Akhirnya masa yang menentukan siapa betul" hari ini, Zulkefli merujuk kepada 2 isu utama, Projek Langat 2 di Selangor dan derma RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri. Beliau mendakwa, pakatan pembangkang dahulunya begitu membenci projek bekalan air tersebut yang menjadi alasan penyingkiran bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun katanya, kini pembangkang mengubah sehingga 180 darjah nada mereka, daripada benci menjadi sayang.
"Jelaslah, masa menentukan Langat 2 penting untuk Selangor. Tiada isu pembaziran, atau projek yang sengaja diwujudkan untuk kroni Umno.
"Masa mengesahkan, kerajaan pusat berada di pihak betul. Masa juga sebenarnya mengesahkan, dana RM2.6 bilion adalah daripada keluarga diraja Arab Saudi.
"Kumpulan ini tidak pula berasa curiga dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang berulang kali memetik sumber kononnya dana itu bukan daripada keluarga diraja Arab Saudi.
"Kalau bukan, tentu sekali Raja Arab Saudi akan murka, tetapi sebaliknya Najib dijemput khas dan disambut dengan penuh penghormatan," katanya.
Beliau merujuk kepada pertemuan Najib dengan Penjaga 2 Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz al Saud ketika lawatan kerja beliau ke Arab Saudi selama 4 hari awal minggu ini, termasuk menyampaikan ucaptama di Forum Ekonomi Jeddah 2016.