JOHOR BAHRU - Penglibatan bekas pemimpin kanan negara menandatagani 'Deklarasi Rakyat' dilihat tidak menjejaskan proses pengislahan Umno.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan tindakan tersebut yang turut disertai pemimpin pembangkang bukan sesuatu yang luar biasa.
Ahmad Shabery Cheek "Kita lihat deklarasi ini turut disertai pemimpin Umno namun saya percaya  kita lihat sejarah Umno, ia bukan sesuatu yang luar biasa malah Tun Mahathir sendiri pernah ditentang, dikecam dan dikritik oleh sebahagian ahli dimana saya melihat setiap zaman ada cabaran sendiri dan perlu dilalui.
"Saya rasa ia tidak (menjejaskan pengislahan Umno) kerana saya ia merupakan alunan ombak yang akan dilalui setiap parti pemerintah, pemimpin untuk membangun keupayaan menongkah ombak dan gelombang ini untuk menjadikan parti yang lebih kuat," katanya sempena lawatan ke program tenusu di Syarikat Allied Dairy Sdn Bhd, di Kawasan Perindustrian Larkin, di sini, hari ini.
Kelmarin, seramai 58 pemimpin termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bersama  pemimpin pembangkang telah menandatangani Deklarasi Rakyat yang bertujuan untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melepaskan jawatan yang dipegang.