Khamis, 3 Mac 2016

ADAKAH ANDA SEDAR...!!!

"Pejabat Peguam Negara di Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pihak mana yang perlu diheret ke mahkamah, yang mana boleh dilepaskan..." -bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Selagi sistem sedia ada memastikan 'kekebalan' dari sebarang tindakan perundangan terhadap Perdana Menteri.. bukti sebesar dan selengkap mana sekalipun.. pasti tidak akan mengugat apa apa...

MAHATHIR - ANWAR SUDAH BERGABUNG, LAGI TERTUTUP LALUAN NAJIB NAK LARI...

Tanpa menunggu lebih lama setelah meninggalkan UMNO, Tun Mahathir Mohamad terus mengorak langkahnya dengan membentuk persefahaman dengan parti-parti pembangkang untuk menyingkirkan Najib Razak daripada kerusi Perdana Menteri.

Esok, jam 3.30 petang dan bertempat di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, bekas Perdana Menteri itu akan mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dan seterusnya akan menandatangi deklarasi bersama untuk menuntut pengunduran Najib.
Selain pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan dan beberapa wakil rakyat Pas yang akan turut hadir, yang lebih menarik ialah bila Nurul Izzah Anwar sendiri turut mengadakan sidang akhbar bagi mengalu-alukan program bersama Tun Mahathir itu.

"Ya, esok kami akan mengadakan sidang akhbar bersama Tun Mahathir pada jam 3.30 petang dan ia dilakukan dengan semangat keikhlasan untuk menyelesaikan kemelut negara.

"Bukan isu dendam, peribadi atau marah, tetapi bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah-langkah yang konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi," tegas anak sulung Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Dengan sedianya Nurul Izzah khususnya dan PKR amnya dalam menjalinkan kerjasama dengan Tun Mahathir esok, ia sudah boleh dianggap leburnya permusuhan antara Anwar dan keluarganya dengan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Bermakna Tun Mahathir dan Anwar sekarang sudah "sehati sejiwa" dan "selagu seirama" dalam perjuangan menyingkirkan Najib yang dianggap beban dan  lebih "durjana" kepada negara.

Jika dulu PKR ditubuhkan tidak lain untuk menjatuhkan Tun Mahathir, kini kedua-duanya menampakkan sudah saling bekerjasama menjatuhkan Najib dan menyelamatkan negara serta melupakan luka-luka lama mereka.

Anwar sokong pendirian Tun M, Muhyiddin dan rakyat desak Najib berundur


Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Anwar Ibrahim menyokong pendirian masyarakat sivil, parti politik dan individu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama dalam usaha untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak  berundur.
Anwar dalam satu kenyataan  lewat malam ini berkata, persefahaman bersama ini ​akan​ menumpukan untuk menuntut perletakan jawatan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang telah nyata gagal mentadbir negara.
"Beliau bertanggungjawab meneruskan tindakan-tindakan politik rakus, merosakkan institusi pemerintahan dan membebankan rakyat dengan kegawatan ekonomi yang berterusan.
"​Pada masa yang sama, tuntutan perubahan ini semestinya akan melibatkan reformasi institusi utama dalam negara yang sudahpun retak dan parah di bawah pentadbiran beliau.
"Selama ini kita mewakili suara nurani hati rakyat telah berikrar untuk memperjuangkan pengembalian hak rakyat di sebuah negara merdeka dan berdaulat," katanya.
Tuntas dengan kesedaran ini ujarnya lagi, hak rakyat harus dikembalikan melalui sistem pilihanraya yang bersih serta badan kehakiman dan media yang bebas.
Dasar ekonomi harus diubah untuk mengutamakan semula usaha ke arah pertumbuhan yang segar dan pengagihan kekayaan yang saksama.
Anwar menyatakan, skandal 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri adalah skandal terparah dalam sejarah dan turut menjejaskan imej negara.

Kritik Najib: Pendebat terbaik 'dikaunseling' polis cawangan khas


Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau didatang pegawai polis cawangan khas berhubung kritikan terhadap Perdana Menteri Najib Abdul Razak oleh kumpulan belia Challenger.
Syed Saddiq yang juga jurucakap Challenger berkata dua pegawai cawangan khas berjumpa beliau petang ini.
 "Ia bukan satu sesi soal siasat. Lebih daripada sesi 'kaunseling', menurut mereka.
"Tetapi saya ingin menegaskan bahawa ia sangat profesional. Ia hanya menyedihkan bila tahu yang saya dilihat sebagai satu ancaman kepada negara saya yang tercinta," katanya kepada Malaysiakini.
Selain lawatan oleh pegawai cawangan khas, Syed Saddiq berkata beliau juga dipanggil tiga kali oleh Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berhubung kenyataan Challenger.
Challenger semalam menolak kepimpinan Najib dengan mengatakan perdana menteri akan membawa kehancuran kepada negara. Kenyataan itu dikecam tiga kumpulan belia yang lain hari ini, termasuk oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
Presiden MPPK Farhan Khairuddin berkata, kenyataan Challenger adalah satu serangan terhadap demokrasi, dan menggesa belia untuk menegakkan institusi negara.
Sehubungan itu, Syed Saddiq di Facebook mempersoalkan mengapa MPPK tidak bersuara apabila demokrasi didakwa diketepikan oleh kerajaan, seperti apabila Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tiba-tiba disingkirkan sebagai peguam negara Julai lalu.
"Demokrasi bukan milik Najib, demokrasi adalah rakyat," katanya.

Najib enggan undur: Majlis Presiden PAKATAN bakal umum tindakan

PETALING JAYA, 3 MAC: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bakal mengumumkan tindakan selanjutnya berhubung kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam mesyuarat pada 7 Mac di Bangunan Parlimen.
NAJIB BANGLADESHPerkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.
“Mesyuarat Majlis Presiden pada 7 Mac akan memberi butiran lanjut berasaskan kenyataan media beberapa hari lalu tentang kedudukan Perdana Menteri dan langkah seterusnya.
“Butiran itu bakal diumumkan setelah sekian lama kita menghentam Datuk (Seri) Najib, menyelongkar isu 1MDB, RM2.6 bilion, YaPIEM, MARA dan sebagainya.
“Takkan kita nak bercakap sahaja tanpa memikirkan langkah seterusnya dan ia akan diumumkan pada Isnin,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.
Katanya, butiran agenda mesyuarat turut dibincangkan dalam mesyuarat sekateriat hari ini dan segala keputusan akan dimumkan secara rasmi pada Isnin.

Anwar sokong tuntutan agar Najib letak jawatan


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong pendirian parti politik dan individu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam satu kenyataan, Anwar berkata pihak berkenaan harus menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama dalam usaha menyelamatkan negara ini.
 "Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu- individu​ termasuk Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan oleh ketua pembangkang baru-baru ini.
"Persefahaman bersama ini ​akan​ menumpukan untuk menuntut perletakan jawatan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri yang telah nyata gagal mentadbir negara.
"Beliau bertanggungjawab meneruskan tindakan-tindakan politik rakus, merosakkan institusi pemerintahan dan membebankan rakyat dengan kegawatan ekonomi yang berterusan," kata Anwar.
Reformasi institusi utama negara
Menurutnya Anwar, skandal 1MDB yang melibatkan perdana menteri adalah skandal 'terparah' dalam sejarah dan turut menjejaskan imej negara.
"Ini hanya mungkin berlaku apabila terdapat pemusatan kuasa kepada seorang perdana menteri serta kegagalan institusi kewangan, keadilan dan penguatkuasaan menjalankan tugas dengan bebas," ujarnya.
​Pada masa yang sama, katanya, tuntutan perubahan ini harus melibatkan reformasi institusi utama negara yang disifatkannya sudahpun 'retak dan parah' di bawah pentadbiran perdana menteri.
"Tuntas dengan kesedaran ini maka hak rakyat harus dikembalikan melalui sistem pilihanraya yang bersih serta badan kehakiman dan media yang bebas.
"Dasar ekonomi harus diubah untuk mengutamakan semula usaha ke arah pertumbuhan yang segar dan pengagihan kekayaan yang saksama," kata bekas ketua pembangkang itu lagi.
Anwar pada Februari tahun lepas dihukum penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Ia mengulangi semula tuduhan pada tahun 1998 apabila Mahathir yang ketika itu perdana menteri, memecat Anwar sebagai timbalan perdana Menteri atas dakwaan salahlaku moral.
Anwar bagaimanapun mendakwa kedua-dua kes itu bermotifkan politik.

Pak Arab menyuarakan minatnya untuk menyertai Persidangan Antarabangsa PERMATA 2016

Patutler PERMATA dipertahankan bagai nak giler. Jumlah peruntukan PERMATA yg SUDAH diterima dari KERAjaan Najib pon dah LEBIH SETENGAH BILION RINGGIT..

Korang jgn marahkan plok si Rosmah terbang ke luar negara. DAH LUPA menteri Shahidan Kassim backup Rosmah dua tahun yg lps..

"Program PERMATA cukup mulia. PERMATA dapat naikkan nama negara. Rosmah tidak menerima gaji untuk mengabdikan diri kepada negara."

NAMPAK TAK !!!

Reaksi MT UMNO terhadap pendirian Muhyiddin

Shafie: Saya Masih Naib Presiden Umno

Muhyiddin: Saya Tak Takut Ugutan, Terus Lantang Bersuara

Muhyiddin: Saya Ada Hak Kritik Najib

Anwar Ibrahim sandaran utama Pakatan Harapan sebagai PM

Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan gerakan Mahathir

'Bukan saya tak jalankan tugas, tapi dihalang'

Muhyiddin: Ramai tidak berani bersuara kerana takut dipecat

Pengantungan jawatan Muhyiddin selari peruntukan parti, keputusan tidak boleh dipertikai, kata Tengku Adnan


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorDatuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorSetiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penggantungan jawatan yang dilakukan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dilakukan selari dengan peruntukan yang dibenarkan oleh parti itu.
Tengku Adnan melalui satu kenyataan dipetik sebagai berkata keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat lalu dipersetujui secara sebulat suara demi untuk memastikan kesempurnaan perjalan parti.

“Penggantungan jawatan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat dibawah kuasa sedia ada dan lebihan (residual powers) MT di dalam Fasal 10.15. Ianya dibuat demi kesempurnaan perjalanan parti.

“Majlis Tertinggi Umno merupakan badan keputusan tertinggi di dalam ketiadaan Perhimpunan Agung Tahunan. Ini jelas di dalam Fasal 9.1 Perlembagaan Umno. Apa jua keputusan Majlis Tertinggi akan dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung bila tiba masanya” katanya memetik kenyataan tersebut.

Menurut Tengku Adnan lagi sebarang bantahan berhubung keputusan tersebut tidak boleh dipertikaikan di mahkamah dan hanya boleh dilakukan melalui saluran dalaman parti sahaja.

“Mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, petikaian atau keputusan parti tidak boleh dibicara di mahkamah. Manakala Seksyen 16 Akta Pertubuhan ialah berkenaan pertikaian sesama ahli atau kalangan ahli.

Muhyiddin tak boleh cabar UMNO gantung jawatannya

Perlembagaan UMNO dan RoS telah menetapkan sebarang keputusan yang dibuat oleh sesebuah parti tidak boleh dicabar di mahkamah.
muhyiddin,ros
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh mencabar keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mengikut Perlembagaan parti dan peraturan yang ditetapkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) jelas menyatakan sebarang keputusan parti tidak boleh dicabar termasuk di mahkamah.
“Mengikut Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966, pertikaian atau keputusan parti tidak boleh dicabar di mahkamah. Manakala Seksyen 16 akta sama berkenaan pertikaian sesama ahli atau di kalangan ahli.
“Ia tidak terangkum dalam kes penggantungan jawatan Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa beliau akan menghantar surat kepada RoS bagi mendapat penjelasan sama ada penggantungan tersebut mengikut prosedur dan undang-undang UMNO.
Tengku Adnan berkata, penggantungan Muhyiddin dibuat mengikut Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO menggunakan ‘residual power’ MT demi perjalanan parti.
“Ia berbeza dengan Fasal 9.12 berkenaan ‘perlucutan jawatan’ mana-mana ahli MT UMNO,” katanya sambil menambah, Muhyiddin sepatutnya menggunakan saluran dalaman parti bagi menyelesaikan pertikaian itu,
“Majlis Tertinggi UMNO merupakan badan keputusan tertinggi di dalam ketiadaan Perhimpunan Agung Tahunan. Apa jua keputusan MT akan dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung bila tiba masanya,” katanya.

Tunggu PRU14 kalau nak jatuhkan Najib, cabar Bung Moktar

Pilihanraya menjadi penentu kepada rakyat untuk memilih pemimpin bukannya menggulingkan pemimpin menggunakan cara kotor.
Bung-MoktarPETALING JAYA: Datuk Bung Moktar Radin yakin sebarang usaha atau gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menjaya dan hanya menjadi sia-sia.
Katanya, jika pihak berkenaan berdegil juga mahu menjatuhkan Najib, mereka perlu menunggu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang kerana rakyat yang akan membuat penilaian.
“Mana-mana pihak yang masih berhasrat untuk menjatuhkan Perdana Menteri mereka harus berhenti dan tunggu PRU akan datang,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendedahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menjatuhkan Najib bagi mendapatkan jawatan Perdana Menteri manakala Datuk Seri Shafie Apdal untuk Timbalan Perdana Menteri.
Dalam perkembangan lain, Bung Moktar yang juga Ahli MajlisTertinggi UMNO memuji Muhyiddin yang membuat keputusan untuk terus kekal dalam UMNO.
Katanya, keputusan Timbalan Presiden UMNO yang digantung itu menunjukkan kematangan beliau berpolitik sekaligus tidak mudah terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak supaya beliau meninggalkan parti itu.
“Syukur kerana Muhyiddin masih sayangkan UMNO dan masih percaya dengan perjuangan UMNO untuk membangunkan negara dan membela rakyat.
“Keputusan Muhyiddin untuk kekal dalam parti adalah keputusan tepat dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pihak-pihak tertantu, ini menunjukan kematangan beliau dalam politik,” katanya.

PH tidak terbabit dengan Mahathir – Saifuddin

Sebarang pertemuan dengan Mahathir dilakukan atas kapasiti peribadi bukan mewakili PH.
Saifullah
PETALING JAYA: Pertemuan antara pemimpin parti-parti komponen Pakatan Harapan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mewakili gabungan parti pembangkang itu.
Justeru, keberadaan mereka dalam mesyuarat bersama Mahathir itu nanti adalah atas kapasiti individu.
“PH tidak ada apa-apa kaitan dengan apa yang dilakukan dengan Dr Mahathir. PH tidak akan terlibat esok,” ujar Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
Namun Saifuddin tidak memberitahu samada individu terbabit mewakili parti masing-masing atau kandungan pertemuan itu nanti mewakili aspirasi parti masing-masing.
Jelas Saifuddin, kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah disalah tafsir.
“Nurul Izzah menyatakan dia telah di ‘quote out of context’ (dipetik di luar konteks),” katanya.
Ujar Saifuddin, beliau percaya Izzah cuba menjelaskan akan ada pertemuan dengan Mahathir esok, namun tidak dari PH.
“Saya tidak ada di sana (sidang media pagi tadi), pada fahaman saya, dia cuba menjelaskan akan ada meeting esok dengan Mahathir, tapi bukan dilakukan oleh PH.
Pagi tadi, Nurul Izzah dalam sidang media menyatakan PH akan mengadakan sidang media bersama pakatan pembangkang esok.
Nurul Izzah berkata sidang media petang esok itu menyentuh cadangan membentuk permuafakatan menyelamatkan Malaysia, susulan masalah politik semasa negara.
“Ya, esok kami akan sertai sidang media bersama Tun Mahathir jam 3.30 petang,” kata Nurul.

TAK SALAH JIKA PEMIMPIN ITU BODOH..

Sebabnya pemimpin itu dipilih oleh tangan2 pengundi yang bodoh..

Nak tanya ni kpd rakyat M'sia yg bekerja cari rezeki di luar negara. Adakah kamu kerja kat luar negara ATAS SEBAB kejayaan modal insan Najib tu atau sebaliknya ??

Dgn keadaan ekonomi negara yg semakin 'KUKUH' kata Najib, jika anda diberi peluang kerja dalam mahupun luar negara mana satu pilihan anda..

MUDAHNYA KERAJAAN PERBODOHKAN RAKYAT !!!.

Asal aja nak tarik balik subsidi rakyat ALASAN TIRIS DIGUNAKANNYA..

Yang herannya Jabatan Audit Negara melaporkan setiap tahun berlaku KETIRISAN dlm KERAjaan BN. KENAPA tidak ditarik/ potong pula gaji2 & elaun pak2 menteri, mak2 menteri & menteri dua alam...

Sebab itu pemimpin2 Umno lagi suka rakyatnya bodoh agar KERAjaan mudah nak perbodoh & kencingkan mereka... xpecially DEDAKIAN-UMNO !!

Nampaknya sejak Ahmad Maslan galas tugas Jeneral Perang Cyber UMNO, makin hebat serangannya..

Punyalah nak backup Najib oleh cybertrooper UMNO memainkan peranannya dlm isu derma RM2.6 bilion..

REALITI MALAYSIA....

Seorang ibu memenuhi permintaan anak berumur 2 tahun untuk minum Milo, telah dihukum penjara dan denda..

TETAPI seorang suami dayus takut bini terpaksa memenuhi nafsu serakah tamaknya dgn berbilion2 'rupiah' relax jer. Tiada undang2 berani nak sentuhnya.. hurmmm

Sampai bila menteri2 yg dibayar gaji oleh taxpayer rakyat utk bohong & perbodohkan rakyat !!!

Itu pon masih ada lagi pendokong UMNO/BN nak jilat mereka ini..

Skandal RM2.6B: .Keluarga diraja Arab Saudi tak marah Najib, ampu menteri Umno



Jika dakwaan wang RM2.6 bilion bukannya sumbangan politik dan adalah penipuan, keluarga diraja Arab Saudi sudah semestinya marah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kata seorang menteri.
Sebaliknya, menurut Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang juga adalah Pengarah Strategi BN, Najib yang berada di negara itu dilayan sebagai tetamu kenamaan mereka.
 "Sepatutnya Raja Saudi marah PM kerana rosakkan nama baik keluarga mereka. Tapi sebaliknya pula yg berlaku! PM jadi tetamu kenamaan!" tulisnya di laman sosial.
Dalam nada sama, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menulis: "Jika PM berbohong mengenai derma Arab, mengapa keluarga diraja Arab masih memberinya layanan VVIP, termasuk mengesahkan hubungan erat kedua-dua negara?"
"Raja Saudi tidak menafikan penjelasan bahawa mereka yang memberi derma. Mereka juga memberinya layanan VVIP dalam lawatan itu. Adakah WSJ akan melaporkan ini?" soalnya.
The Wall Street Journal sebelum ini menerbitkan beberapa laporan mengenai perkara ini dan dituduh didalangi pihak-pihak yang berkempen menentang Najib.
Sementara itu, Najib menulis tweet tentang gambarnya bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
"Menghadap dan beramah mesra bersama Baginda Raja Salman Abdulaziz Al Saud."
Wang RM2.6 bilion dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib sebelum pilihan raya umum 2013.
Berikutan siasatan, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membebaskan Najib daripada sebarang salah laku dan mendedahkan bahawa RM2.03 bilion kemudiannya dikembalikan kepada penderma berkenaan.
Bagaimanapun, pengkritik terus menuduh kerajaan berusaha ‘menutup’ perkara itu manakala perdana menteri mendakwa golongan tertentu berkomplot untuk menjatuhkannya.
Najib kini di Arab Saudi bagi menghadiri Forum Ekonomi Jeddah.

Mukhriz: Bukan Tun Mahathir saja keluar Umno



Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini memberitahu, bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad memahami pendiriannya yang ingin kekal dalam Umno.
Mukhriz berkata, sebelum sidang media pagi tadi, beliau terlebih dahulu berbincang dengan bapanya berhubung pendiriannya serta bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu terus berada dalam parti Melayu itu.
"Saya ada bincang dengan Tun semalam. Dia faham dengan pendirian saya dan Tan Sri (Muhyiddin)," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini di ibu negara hari ini.
Ditanya mengenai pandangannya apabila Mahathir sekali lagi keluar daripada Umno, Mukhriz berkata ia bukan perkara baru.
Jelasnya, mantan presiden Umno terdahulu juga pernah meninggalkan parti Melayu tersebut antaranya Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.
"Ini bukan perkara yang pelik kerana lebih ramai mantan presiden parti yang tinggalkan Umno sebelum ini. Bukan Tun Mahathir sahaja.
"Daripada pengasas Umno itu sendiri sampailah almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein pun tinggalkan parti.
"Ini bukan perkara luar biasa," katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui tindakan bapanya itu memberi kesan kepada Umno dan mempengaruhi ahli di peringkat akar umbi.

Muhyiddin takut, kata PAS Johor



Langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dalam Umno menunjukkan timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu takut, kata PAS Johor.
“Jika Muhyiddin mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka beliau mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan.
“Dengan hanya berjuang dalam Umno untuk membuat perubahan maka ia menunjukkan beliau takut dan tidak yakin,” kata Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Muhyiddin dalam sidang media pertama selepas digantung tugas sebagai pemimpin nombor dua Umno hari ini berkata beliau akan terus kekal dalam parti itu.
Berikrar tidak akan berdiam diri, Muhyddin berkata masalah negara berpunca daripada Najib, bukan Umno.
Muhyiddin digantung tugas selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat lepas selepas perbezaan pandangan dan pendirian berpanjangan, terutamanya dalam isu syarikat sarat hutang 1MDB.
Dalam kenyataan hari ini, Mahfodz berkata pengumuman Muhyiddin hari ini sudah dijangkakan.
Mahfodz berkata Muhuiddin tidak berani melakukan perubahan walaupun telah merasai sendiri “kezaliman dan ketidakadilan” terhadap beliau.
Mahfodz juga berkata Umno telah hilang integriti dan maruah sebagai parti yang mampu membela nasib dan masa hadapan rakyat Malaysia.
“Seperti mana yang disebut oleh presiden PAS, iaitu PAS tidak anti kepada ahli Umno, maka PAS Johor bersedia untuk bertemu dengan beliau bagi membincangkan perkara- perkara yang berkaitan dengan masa hadapan politik negara dengan syarat untuk menjatuhkan Umno dalam pilihan raya umum yang akan datang jika beliau benar-benar ingin membuat perubahan dan menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Azalina nasihat Muhyiddin jangan jadi gunting dalam lipatan

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Azalina Othman minta bekas timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan jadi gunting dalam lipatan selepas keputusannya untuk kekal bersama parti pemerintah itu hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Mac, 2016.Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Azalina Othman minta bekas timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan jadi gunting dalam lipatan selepas keputusannya untuk kekal bersama parti pemerintah itu hari ini. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Azalina Othman menasihati bekas timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mematuhi peraturan parti dan tidak menjadi gunting dalam lipatan selepas pengumumannya untuk kekal bersama parti pemerintah itu hari ini.
Azalina berkata beliau menghormati keputusan Muhyiddin untuk kekal bersama Umno tetapi bekas timbalan perdana menteri itu perlu lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakannya selepas ini.
"Sebagai ahli parti Tan Sri Muhyiddin mempunyai hak seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Umno dan kita percaya beliau akan menggunakan hak itu.

"Sebagai ahli beliau perlu bertanggungjawab ke atas setiap tindakannya termasuk mematuhi tataetika serta disiplin dan tidak menjadi gunting dalam lipatan," kata Azalina dalam satu kenyataan hari ini. Azalina berkata keputusan MT melucutkan jawatan Muhyiddin dibuat secara adil dan tidak mengira kedudukan.

Dr Mahathir perlu komited untuk singkir Najib, kata Nurul Izzah

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata Tun Dr Mahathir Mohamad perlu komited dalam agenda reformasinya menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Mac, 2016.Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata Tun Dr Mahathir Mohamad perlu komited dalam agenda reformasinya menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. PKR gesa Tun Dr Mahathir Mohamad supaya komited dalam agenda reformasinya menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata sebarang kerjasama dengan pemimpin Pakatan Harapan akan dijawab esok pada satu sidang media yang dijangka turut dihadiri bekas perdana menteri itu dan pemimpin pembangkang.
"Segala apa yang kita lakukan sekarang ini mencari masa depan Malaysia. Kita dalam krisis dan keutamaan kita mesti dilaksanakan iaitu dalam mengubah institusi reformasi.

"Jadi setiap apa saja perbincangan dan segala hubung kait mesti berdasarkan keikhlasan dalam memberi komitmen. "Jika kita terperangkap dengan perasaan dendam, kemarahan atau kepahitan maka kita tidak dapat memberi fokus untuk reformasi ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini.

‘Siapakah pengganti Anwar Ibrahim?’


AMANAH tetap pilih Anwar calon Perdana Menteri

Pakatan Harapan tetap dengan pendirian mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri dan tidak pernah menamakan Azmin sebagai pengganti.
Saari Sungib
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (AMANAH) tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon utama Perdana Menteri, kata Ahli Jawatankuasa Kerja AMANAH, Saari Sungib.
Beliau berkata, cadangan Datuk Zaid Ibrahim yang menamakan Datuk Seri Azmin Ali sebagai pemimpin paling sesuai menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak hanya pendapat individu.
“AMANAH masih melihat individu paling layak menggantikan tempat Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. DAP pun menyatakan perkara sama, malah saya tak nampak PKR ada calon lain selain Datuk Seri Anwar.
“Setakat ini belum ada kenyataan bersama dalam Pakatan Harapan (menyokong Azmin sebagai calon PM) namun saya yakin semua parti DAP, AMANAH dan PKR akan terus mengekalkan Datuk Seri Anwar sebagai calon Perdana Menteri,” katanya kepada FMT selepas menghadiri Forum Deklarasi Harta di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan,Datuk Saifuddin Abdullah meyambut baik cadangan yang dibuat Zaid itu.
Katanya, rekod Azmin sebagai Menteri Besar sangat baik, apabila mampu membawa perubahan kepada rakyat Selangor walaupun baru setahun lebih menerajui negeri.
“Sebagai ahli PKR kita rasa gembira apabila orang luar memberi penghargaan yang tinggi kepada pimpinan kita. Saya rasa Azmin sebagai Menteri Besar dalam masa setahun ini telah menunjukkan rekod yang baik, contoh bagaimana beliau berjaya menghasilkan bajet surplus untuk 2015.
“Malah banyak lagi inisiatif beliau dalam Bajet 2016 bagaimana untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sebagainya,” katanya.
Semalam, Zaid dalam sesi temubual dengan FMT menamakan Azmin sebagai calon Perdana Menteri paling sesuai jika Najib berundur.

‘Kalau saya sebut nama, nanti mereka malu’ - Muhyiddin

Muhyiddin berkata, sebilangan pemimpin Umno yang menghentamnya kini pernah mengadu kepadanya tentang skandal yang menyelubungi Najib dan isteri.
muhyiddin,umno,1mdb
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa “beberapa pemimpin tertinggi UMNO” pernah berjumpa dengannya bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu 1MDB.
Namun pemimpin-pemimpin yang sama katanya, kini menghentamnya pula kerana bersuara.
“Waktu saya dalam kerajaan, ada beberapa pemimpin dalam parti dan kerajaan datang jumpa saya selaku orang nombor dua (dalam UMNO), perihal kepimpinan negara.
“Saya cadangkan agar mereka bertemu sendiri dengan presiden, tetapi mereka tidak berani. Sekarang mereka juga bantai saya,” katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau pernah membangkitkan perkara yang sama dalam kenyataan pertamanya selepas penggantungan, mendakwa beberapa pemimpin utama UMNO pernah datang bertemunya mengadu tentang beberapa skandal yang menyelubungi Najib dan isteri.
Bagaimanapun, Muhyiddin enggan mendedahkan identiti pemimpin-pemimpin tersebut ketika ditanya wartawan.
“Kalau saya sebut nanti mereka malu, nanti Presiden tanya dan mungkin tanggung akibat yang sama.
“Tak kisahlah mereka duduk senang-lenang dan saya begini. Tak mengapa,” katanya.

Muhyiddin: 'Saya masuk Umno bukan kerana Najib'



KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak timbul soal keahliannya dalam parti walaupun beliau telah digantung oleh Majlis Tertinggi Umno.
Menurutnya, beliau menjadi ahli Umno selama ini pun bukan kerana sesiapa.
"Jauh sekali kerana Datuk Seri Najib. Saya jadi ahli Umno kerana saya percaya parti ini berjuang untuk nasib anak bangsa.
Muhyiddin "Rakan-rakan seperjuangan dan isteri yang disayangi juga sependapat dengan saya iaitu saya perlu kekal dalam Umno kerana inilah darah daging saya," katanya pada sidang media di sini, hari iniSusulan penggantungan Muhyiddin dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, minggu lalu, status keahliannya terus menjadi tanda tanya.
Menurutnya, selepas berita penggantungannya tersebar, beliau ada meminta pandangan rakan-rakan dan pimpinan akar umbi serta keluarga dan kesemuanya sependapat agar beliau kekal dalam Umno.
"Selepas saya digugurkan dari Kabinet sebelum ini, atas dasar prinsip saya untuk membela rakyat dan menegakkan keadilan, maka ramai yang menyokong saya.
"Mereka tak pernah tanya saya (ahli) Umno atau bukan Umno kerana mereka tahu saya Umno. Tapi saya percaya mereka menyokong atas dasar perjuangan yang saya laksanakan.
"Jadi, saya tidak fikir atas sebab itu saya harus keluar hanya kerana Tun Mahathir membuat pilihan untuk keluar. Itu hak beliau. Saya menghormatinya. Atas sebab apa pun, beliau lebih tahu," katanya.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut mengajak Muhyiddin menuruti jejak langkahnya.
Namun kata Muhyiddin, beliau masih mempunyai amanah yang perlu dilaksanakan.
"Saya dipilih dalam perhimpunan agung, apakah wajar saya meninggalkan jawatan saya selepas orang memilih dan memberi kepercayaan? Adakah wajar saya hampakan mereka hanya kerana sebab-sebab peribadi?

Pakatan Harapan anjur himpunan anti-GST 2 April ini


 Pakatan Harapan akan mengadakan perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2 April ini, sehari selepas ulang tahun pertama cukai itu dilaksanakan.
Ini diumumkan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.
"Ini menunjukkan komitmen berterusan kami berhubung pendirian kami terhadap GST," katanya.

Continue the 1MDB probe to restore Malaysia’s standing

Saifuddin: Asset declaration needs a framework

MACC: There is nothing much we can do

Switzerland minta bantuan Malaysia siasat skandal AS$4 bilion, lapor The Guardian

Switzerland minta bantuan Malaysia siasat skandal AS$4 bilion, lapor The Guardian
Pendakwa raya Switzerland dilaporkan meminta pihak berkuasa Malaysia membantu menyiasat kehilangan USD4 bilion dari sebuah syarikat milik kerajaan di tengah-tengah kegawatan ‘skandal rasuah’ yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Penyiasat percaya dana yang diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan ekonomi dan sosial itu mungkin ‘telah dicuri’.
Pejabat peguam negara Switzerland dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, ‘sebahagian kecil’ daripada wang tunai yang dipindahkan ke dalam akaun Swiss dipegang oleh bekas pegawai-pegawai Malaysia serta pegawai-pegawai Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Setakat ini, bagaimanapun syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat tidak membuat sebarang komen mengenai kerugian yang mereka dipercayai telah dilakukan,” kata pendakwa raya Swiss seperti dilapor The Guardian.
“Objektif permintaan bagi bantuan bersama itu adalah untuk menasihati syarikat-syarikat dan kerajaan Malaysia bagi keputusan prosiding jenayah Swiss, dengan tujuan untuk mengetahui sama ada kerugian pada skala ini dikekalkan,” menurut kenyataan itu lagi.
Pada bulan September, pihak berkuasa mengumumkan pembekuan ‘berpuluh-puluh juta dolar’ nilai aset yang disimpan dalam akaun Swiss sebagai sebahagian daripada proses penyiasatan.
Pejabat peguam negara Swiss berkata permintaan bantuan itu dibuat sebagai sebahagian daripada prosiding jenayah yang dibuka Ogos lalu terhadap dua bekas pegawai dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan “beberapa orang yang tidak dikenali”.
Mereka disyaki memberi rasuah kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah, kenyataan media itu dipetik.
Manakala Wall Street Journal pula melaporkan pada bulan September lalu pihak berkuasa Swiss mengumumkan nilai aset “berpuluh-puluh juta dolar Amerika” yang berada dalam akaun Swiss sebagai sebahagian daripada siasatan.
WSJ melaporkan Perdana Menteri menolak dakwaan menggelapkan dana 1MDB, walaupun selepas bukti baru dilaporkan sebanyak USD1 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya.
Najib telah menjadi subjek kontroversi sejak Julai tahun lalu apabila WSJ dan siasatan oleh Sarawak Report mendedahkan dokumen yang mengesan transaksi hampir USD700 juta daripada lejar 1MDB ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Pada Isnin, WSJ melaporkan penyiasat antirasuah percaya jumlah wang dalam akaun Najib sebenarnya lebih tinggi daripada yang dinyatakan pada mulanya – berjumlah lebih daripada USD1 bilion.
Bagaimanapun pejabat Najib mengeluarkan kenyataan mengutuk WSJ sebagai “jentera untuk untuk merosakkan Perdana Menteri dan Malaysia untuk kepentingan peribadi” tetapi tidak mengulas secara langsung mengenai kewangan tersebut.

Krisis ekonomi ancaman nyata buat M'sia - Nurul Izzah



Malaysia sedang menghadapi waktu yang sukar akibat keadaan ekonomi semasa, lihat sahaja keputusan mengejutkan dari Petronas yang terpaksa mengadakan penstrukturan semula dan memberhentikan 1,000 pekerja dalam tempoh enam bulan dari sekarang.
 Berikutan penurunan harga minyak mentah, Petronas mengambil langkah potongan dividen untuk tahun 2016 sebanyak RM16 billion berbanding RM26 bilion pada tahun 2015.
Yang lebih membimbangkan, Petronas akan melaksanakan satu lagi pusingan kajian semula bagi perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasinya (OPEX) dengan menyasarkan untuk mengurangkan hingga RM50 bilion dalam tempoh empat tahun.​
Kebarangkalian Malaysia akan berhadapan ancaman krisis ekonomi adalah sesuatu yang nyata berikutan keadaan ekonomi global semasa serta harga minyak mentah.
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, gabenor Bank Negara juga turut menyatakan isu-isu skandal dalam negara memberi impak kepada ekonomi negara.
Tambah beliau, ekonomi Malaysia akan pulih jika kemelut 1MDB dan persoalan yang berbangkit tentang RM2.6 bilion derma yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri Malaysia dapat dijawab dengan segera.
Risiko kewangan yang dihadapi Malaysia ini merupakan antara topik yang dibincangkan dalam siri lawatan kerja bersama Hugo Swire, menteri luar negeri dan negara-negara Komenwel, United Kingdom.
John Bercow, speaker Dewan Parlimen United Kingdom (UK) serta anggota-anggota parlimen UK iaitu Fiona Bruce, Jeremy Lefroy, John Glen dan Khalid Mahmood turut hadir dalam pertemuan tersebut.
Jenayah rentas sempadan
Pemimpin-pemimpin ini turut menyuarakan kebimbangan kepada penahanan bekas ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah pun dipenjarakan hampir 10 tahun oleh kerajaan Malaysia.
Hal ini lebih membimbangkan apabila terdapat senarai 20 orang ahli parlimen Malaysia yang telah menjadi mangsa kepada salah guna kuasa undang-undang lapuk kerajaan Malaysia.
Semua ini hanya kerana mereka lantang bersuara membongkar isu rasuah di Malaysia.
Dalam sesi pertemuan bersama Putera Zeid Ra'ad Zeid Al Hussein, pengerusi badan PBB, beliau memaklumkan bahawa PBB akan terus mengeluarkan kenyataan berkenaan isu-isu hak asasi di Malaysia serta mengambil tindakan lanjut berkenaan laporan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Kerja Penahanan Haram, PBB yang mendesak Anwar dibebaskan dengan serta merta.
Pada tahun 1999 saya telah buat pertama kalinya berjumpa dengan Mary Robinson yang ketika itu menjawat pengerusi UNHCR. Alangkah sedihnya apabila tahun silih berganti namun isu yang dihadapi di Malaysia tetap sama.
Krisis yang dihadapi Malaysia merupakan simbol bahawa dengan pengabaian berterusan tentang jenayah merentasi sempadan ini hanya akan membuka ruang kepada jenayah kolar putih di peringkat antarabangsa.
Adapun sesetengah pihak mendakwa dakwaan-dakwaan serta siasatan yang dijalankan semata-mata untuk menjatuhkan kepimpinan pemerintahan Najib.

‘Susut nilai ringgit lebih teruk daripada mata wang lain’ - Dr M



Penyusutan nilai mata wang di negara-negara lain tidak setinggi seperti di Malaysia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita pernah guna ringgit untuk beli barang-barang di selatan Thailand, tetapi hari ini ringgit ditolak kerana ia menyusut lebih teruk daripada kejatuhan nilai baht Thai," kata Mahathir dalam temu bual dengan Bloomberg hari ini.
Beliau berkata, kejatuhan nilai mata wang negara itu adalah disebabkan oleh dasar ekonomi kerajaan sekarang, yang termasuk penghapusan subsidi untuk bahan api, elektrik dan gula serta pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Mahathir mendakwa dasar ekonomi berkenaan juga menyebabkan rakyat terpaksa berdepan dengan kos hidup lebih tinggi, peningkatan kadar pengangguran, terutamanya di kalangan siswazah, kejatuhan harga saham dan syarikat-syarikat asing memilih untuk melabur di negara-negara jiran.
"Orang ramai tidak lagi mahu labur di Malaysia.
"Syarikat-syarikat Jepun menarik diri dan pergi (melabur) di Vietnam," kata Mahathir.
Walaupun bersetuju bahawa kelembapan ekonomi di Asia dan tempat-tempat lain di seluruh dunia, namun katanya "faktor-faktor dalaman" yang disebutkan juga mempengaruhi kemerosotan ekonomi semasa negara.
Menurut majalah, The Economist dalam laporan Ogos 2015, ringgit jatuh sebanyak 9.8 peratus berbanding dolar Amerika - penurunan yang ketara berbanding dengan baht Thailand yang merosot 6.4 peratus.

Dr M: Saya tak pernah pecat gabenor Bank Negara


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah memecat mana-mana gabenor Bank Negara semasa menjadi perdana menteri.
Dalam temu bual dengan Bloomberg yang disiarkan hari ini, katanya hanya Yang di-Pertuan Agong boleh melantik gabenor atas nasihat perdana menteri.
Menurut Mahathir, pada hari beliau mahu melaksanakan kawalan mata wang, gabenor bank pusat dan timbalannya, ketika itu menyerahkan surat peletakan jawatan mereka.
"Oleh itu, saya tidak mempunyai pilihan tetapi untuk melantik orang 'ketiga', iaitu (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz untuk menjalankan tugas sebagai gabenor.
"Dan selepas itu, saya buat cadangan supaya beliau jadi gabenor. Saya tidak pecat mana-mana gabenor," katanya.
Pada tahun 1998, Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don dan timbalannya, Datuk Fong Weng Phak masing-masing meletakkan jawatan.
Ditanya sama ada gabenor Bank Negara akan kekal bebas jika mereka dilantik oleh perdana menteri, Dr Mahathir berkata terdapat "perasaan takut bahawa sesuatu akan dilakukan ke atas mereka jika cuba menjadi bebas".
"Sebagai contoh, gabenor Bank Negara telah mengemukakan laporan kepada Peguam Negara.
"Peguam Negara pula menolak laporan itu dan gabenor Bank Negara tidak dapat membuka mulutnya untuk menjelaskan bahawa beliau membuat laporan sewajarnya selepas siasatan teliti,” katanya.
Dalam kertas siasatan yang dikemukakan kepada Peguam Negara pada 21 Ogos 2015, Bank Negara mencadangkan tindakan penguatkuasaan berhubung siasatan ke atas 1MDB.

Muhyiddin sertai acara 27 Mac, sedia kerjasama dengan pembangkang singkir Najib

Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka hadir perhimpunan 27 Mac anjuran bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 3 Mac, 2016.Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka hadir perhimpunan 27 Mac anjuran bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang untuk menghadiri perhimpunan 27 Mac nanti yang dianjurkan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Muhyiddin berkata, Zaid memaklumkan kepadanya tujuan utama himpunan itu bagi mengumpulkan sokongan untuk mendesak peletakan jawatan Najib.
"Kami di landasan sama, jadi saya kata Insya-Allah saya akan hadir," kata Muhyiddin pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya adakah beliau akan bekerjasama dengan pembangkang dalam melawan Najib, Muhyiddin menyatakan kesediaannya selagi ia untuk kebaikan dan kepentingan rakyat. "Selagi tujuannya baik, untuk kebaikan negara dan kepentingan negara dan mereka setuju terdapat salah laku dalam kepimpinan, tidak kira siapa mereka saya sedia bekerjasama dengan mereka," katanya.
Terdahulu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengesahkan kehadirannya ke perhimpunan sama semasa mengumumkan keluar Umno minggu lalu dan akan menyampaikan ucapan.
Zaid pada Februari lalu mencadangkan orang ramai mengadakan "perhimpunan menyokong Dr Mahathir" dan permintaan peletakan jawatan terhadap Najib serta peguam negara dan ketua polis negara pada 27 Mac.

PAS tidak akan bersama dalam program singkir PM Najib



KUALA LUMPUR: Lajnah Politik PAS Pusat dalam mesyuaratnya pada hari ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, telah mengambil keputusan PAS tidak akan bersama dengan pihak terbabit dalam Majlis Menandatangani Deklarasi Menuntut Penyingkiran Perdana Menteri Malaysia yang dijangka diadakan pada hari Jumaat ini.

Keputusan itu dinyatakan menerusi deklarasi khas yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebaik sahaja mesyuarat itu selesia sekitar jam 1.00 tengah hari tadi.

Menerusi deklarasi itu, Takiyuddin menegaskan, keputusan untuk tidak menyertai program itu dibuat kerana PAS mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri khususnya melalui Blok Politik Ketiga ke arah mengubah kepimpinan negara yang ada pada hari ini melalui saluran yang demokrasi dan berperlembagaan.

Selain itu, katanya, PAS mengambil keputusan untuk menghadap Majlis Raja-Raja bagi menyembah cadangan supaya satu Suruhanjaya D’Raja dibentuk bagi mengadakan siasatan yang menyeluruh terhadap isu-isu 1MDB, Dana Politik RM2.6 billion, Skandal SRC  International dan isu-isu lain yang berkaitan sebagaimana juga yang telah dititahkan oleh Persidangan Majlis Raja-Raja baru-baru ini.

"Dalam hal ini juga, PAS konsisten dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera sebagai suatu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pemerintahan negara," tegas Takiyuddin.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau mengenai keputusan itu.

DEKLARASI MENUNTUT PERDANA MENTERI DISINGKIRKAN

1. PAS menghargai pelawaan YABhg. Tun Dr Mahathir untuk PAS sama-sama hadir dalam Majlis Menandatangani Deklarasi Menuntut Penyingkiran Perdana Menteri Malaysia yang dijangka diadakan pada hari Jumaat ini.

2. Sehubungan dengan perkara tersebut, PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam program  tersebut kerana PAS mempunyai pendekatan dan  gerakan tersendiri khususnya melalui Blok Politik Ketiga ke arah mengubah kepimpinan negara yang ada pada hari ini melalui saluran yang demokrasi dan berperlembagaan.

3. Melihat kepada suasana politik, ekonomi dan sosial negara yang amat gawat disebabkan urustadbir negara yang tidak keruan, maka PAS mengambil keputusan untuk menghadap Majlis Raja-Raja bagi menyembah cadangan supaya satu Suruhanjaya D’Raja dibentuk bagi mengadakan siasatan yang menyeluruh terhadap isu-isu 1MDB, Dana Politik RM2.6 billion, Skandal SRC  International dan isu-isu lain yang berkaitan sebagaimana juga yang telah dititahkan oleh  Persidangan Majlis Raja-Raja baru-baru ini.

4. Dalam hal ini juga, PAS konsisten dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera sebagai suatu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pemerintahan negara.

Muhyiddin cuma kekal dalam parti ‘nazak’ – Saifuddin

najib muhyiddin putrajayaKeputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal dalam Umno tidak dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.
Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebaliknya berkata Umno adalah parti nazak dan kini semakin hilang majoriti besar sokongan rakyat.
“Saya faham mengapa beliau masih dalam Umno. Mungkin dia berasa yang perubahan dari dalam masih boleh dilakukan.
“Tetapi, Umno hari ini begitu nazak. Saya tak pasti kalau perubahan dapat itu dilakukan,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di Bangunan SSAAS hari ini.
Datuk-Saifuddin-AbdullahMuhyiddin dalam sidang medianya pagi ini mengumumkan untuk terus kekal dalam parti itu meskipun digantung kedudukannya sebagai Timbalan Presiden.
Namun kata Saifuddin juga itu, langkah diambil Muhyiddin itu cuma bagi tujuan kedudukan dan bersifat peribadi.
“Saya fikir dia masih kekal pun untuk tujuan siasatan pihak ROS kepada Umno yang menggantung keahliannya tanpa sebab.
“Atau mungkin dia kekal buat sementara ini untuk mencabar (pemilihan) Majlis Tertinggi Umno nanti,” katanya.

PKR sanggup kerjasama jika Mahathir jujur

PKR hanya sedia bekerjasama untuk jatuhkan Najib dan UMNO jika Tun Dr Mahathir Mohamad komited untuk melaksanakan perubahan secara menyeluruh.
mahathir-izzahPETALING JAYA : PKR mahukan komitmen dan kejujuran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan reformasi menyeluruh dalam kerajaan sebelum bersetuju bekerjasama menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, PKR akan hanya mengumumkan pendirian itu selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir bagi membincangan syarat-syarat kerjasama, esok.
“Tunggu esok untuk pendirian rasmi PKR,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Nurul Izzah berkata, PKR dan Pakatan Harapan mengadakan sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir .
Katanya, perkara paling penting untuk menentang Najib dan UMNO ialah bersatu dengan memberi fokus untuk menjadikan Malaysia lebih baik menerusi reformasi menyeluruh.
“Jika kita terperangkap dengan perasaan dendam atau marah atau pengalaman pahit, maka kita tidak dapat memberi tumpuan kepada keperluan utama,” katanya.

Sampai Bila Najib Akan Mengelak

Sehingga ini sudah tiga kali akhbar perniagaan terkemuka dunia, The Wall Street Journal atau WSJ

mendedahkan secara terbuka ke seluruh dunia mengenai skandal kewangan yang melibatkan Najib Razak.

Pendedahan WSJ

1. Tentang wang berjumlah AS$681 juta atau RM2,600 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

2. Mengatakan wang itu bukan derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya datang daripada beberapa akuan berkaitan 1MDB.

3. Terbaru ini, mendedahkan pula bahawa sebenarnya lebih AS$1 bilion atau lebih kurang RM4,300 juta telah pun dimasukkan ke akaun Najib.

Inilah binasanya apabila urusan diberikan kepada yang tidak selayak memegang jawatan. Sampai bila Najib akan mengelak dari menjawab kesemua pertuduhan tersebut.?

Sekurang-kurangnya jika betul Najib di pihak yang benar beliau sepatutnya menyaman WSJ untuk membuktikan beliau bersih dari sebarang penyelewengan dan korupsi salah guna kuasa.

Semua menyedari bahawa rakyat Malaysia kini sedang di himpit dengan pelbagai kesukaran hidup. GST, pelbagai cukai, kenaikan taraf hidup, kenaikan harga barangan, tol, Tabung Haji dan beberapa lain-lain ialah perkara yang sering di perdebatkan.

Malangnya masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa segala-galanya berpunca dari sikap parti pemerintah yang sepatutnya diajar ketika menghadapi saat pilihanraya.

Akan berlakukah keberanian rakyat untuk menukar kerajaan Malaysia ketika PRU14 nanti..?

Kenapa PAS mahu satu liang lahad dengan UMNO?

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diselar kerana mahu menjalinkan

kerjasama dengan UMNO yang sudah ditolak rakyat dan hampir karam.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, tindakan Hadi itu tidak cerdik kerana mahu bekerjasama dengan UMNO di saat parti Melayu itu berada di tahap paling teruk.

“Saya agak hairan sikit dengan pembacaan serta pendirian politik Presiden PAS di dalam menzahirkan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

“Dulu Hadi Awang tolak mentah-mentah sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO!! Tapi kini di saat imej UMNO berada pada tahap yang paling teruk ditolak oleh rakyat jelata, Hadi tunjuk sikap intim pula dengan UMNO.

“Saya rasa Presiden PAS tidak sedar bahawa beliau juga berkemungkinan sedang nak menurunkan keranda PAS bersama keranda UMNO ke dalam satu liang lahad,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam masa sama, bekas ahli UMNO itu berkata, tindakan Hadi itu menyebabkan ahli-ahli akar umbi PAS kecewa.

Katanya, PAS akan menjadi lebih kuat dan imejnya bertambah baik sekiranya parti Islam itu berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana parti politik dalam negara.

“Bagi saya Hadi telah memilih jangka waktu yang salah untuk PAS menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

“Silap langkah keranda PAS bakal diturunkan secara bersama dengan keranda UMNO ke dalam liang lahad yang sama,” katanya lagi.

Pendirian golongan muda tidak yakin dengan Najib adalah wajar


syed saddiq


KUALA LUMPUR, 3 MAC: Golongan muda di negara ini semakin berani menyatakan secara terbuka rasa tidak yakin mereka terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang membawa negara ke arah kehancuran berikutan pelbagai skandal.
Terbaru, sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai ‘Challenger’, dalam satu kenyataannya jurucakapnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, semalam yang dipetik media sebagai berkata mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Najib.
Saddiq yang dikatakan seorang jaguh debat dilaporkan berkata: “Kami tidak akan menutup mulut sedangkan masa depan kami sedang dirompak” – dipercayai merujuk kepada salah guna dana awam dan “derma” RM2.6 bilion yang melibatkan Najib.
Mengalu-alukan pendirian kumpulan anak muda itu, Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Wong Kah Woh, berkata setelah pelbagai skandal kewangan dan salah guna dana awam dilakukan pemimpin tertinggi negara itu, adalah wajar bagi rakyat menolak Najib.
Ahli Dewan Undangan Negeri Canning itu berkata, tindakan Perdana Menteri yang melumpuhkan pelbagai agensi kerajaan demi menutup kesalahan yang dilakukannya mengakibatkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin nombor satu negara itu semakin terhakis.
“Skandal RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah berlaku sekian lama. Sebenarnya tidak ada seorang pun yang mempunyai pemikiran yang logik akan percaya bahawa tidak ada salah laku yang terlibat dalam isu berkenaan.
“Jabatan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan segala agensi yang terlibat dalam penyiasatan dilumpuhkan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat. Apa yang kita boleh harapkan daripada kerajaan apabila Najib sanggup untuk berbuat begitu?

Skandal 1MDB: DAP gesa Pengerusi PAC henti cari alasan tak buat mesyuarat


KUALA LUMPUR, 3 MAC: Berikutan mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) ditangguhkan pada bulan lalu kerana tidak cukup kuorum, DAP mahu mesyuarat pada bulan ini yang akan membincangkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadiri semua anggota PAC.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin memberi jaminan bahawa akan ada kehadiran 100 peratus ahli PAC pada mesyuarat yang dijadual 4 dan 7 Mac ini.
wsj headlinesIa berikutan mesyuarat yang sepatutnya dijalankan pada 24 dan 25 Februari lalu ditangguh atas alasan ‘kebanyakan ahli sedang berada di luar negara’, justeru menimbulkan persoalan sama ada perkara sama akan berlaku pada mesyuarat kali ini.
“Hasan seolah-olah cuba mengelak dari menjawab persoalan saya berhubung kehadiran 100 peratus ahli PAC pada mesyuarat dijadual esok (Jumaat) dan hari Isnin.
“Bagaimana Hasan boleh bertindak sewenang-wenangnya menunda mesyuarat lalu atas alasan tiada kehadiran penuh ahli jika beliau tidak boleh memberi jaminan berhubung 100 peratus kehadiran dalam mesyuarat akan datang?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ia merupakan kali kedua pembentangan laporan audit berhubung 1MDB kepada PAC ditunda berikutan agensi itu sepatutnya menerima laporan berkenaan di pertengahan Disember tahun lalu tetapi ditangguhkan kononnya atas permintaan Audit Negara.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata tindakan Hasan itu menghilangkan keyakinan ahli parlimen dan rakyat bahawa PAC akan dapat memainkan apa-apa peranan positif dalam mendedah skandal berkenaan hingga ke akar umbi.

Saya harap Peguam Negara akan bertindak adil dan amanah - Muhyiddin Yassin

PH, Tun M akan guna apa saja untuk jatuhkan Najib - Penganalisis

Dalang dalam UMNO adalah presiden sendiri, kata Mukhriz

Muhyiddin: Bekas AG ada bukti jelas untuk dakwa Najib

'Saya akan lebih tegas, lebih lantang' - Muhyiddin

Mukhriz, Shafie kekal dalam UMNO, terus kritik dari dalam

Kritikan Muhyiddin aset kepada UMNO

Sikap Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada masa dahulu suka membangkang menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri.
Muhyiddin-Yassin-umnoPETALING JAYA: Sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik dan menegur kesalahan kepemimpinan parti akan menjadi aset kepada UMNO.
Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Atory Hussain memberikan contoh, sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada masa dahulu suka membangkang menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri.
“Dr Mahathir pun membangkang, kerana dia membangkang dia jadi Perdana Menteri. Jadi hebatlah. Kalau orang kuat membangkang, keluar daripada UMNO… rugi.
“Macam Tan Sri Muhyiddin, saya boleh cakap dalam konteks kebangkangan itu aset kepada UMNO… tapi bukan sekarang. Macam anda masuk duit deposit, takkan sekarang baharu dapat untung?,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesan terhadap UMNO pada masa akan datang sekiranya Muhyiddin masih lagi berterusan mengkritik kepemimpinan parti itu.
Mengulas lanjut, Mohd Atory berkata, UMNO masih boleh menerima pandangan atau kritikan.
“Hanya UMNO tak boleh terima ialah jawatan Timbalan Presiden itu… tak boleh pegang. Saya banyak buat kajian dalam UMNO ini.
“Banyak orang kata UMNO tak boleh terima pendapat, itu silap. Sebenarnya dalam UMNO, unsur-unsur kebangkangan itu ada. Walaupun membangkang tapi tak adalah jawatan,” katanya.

Boleh gua berkenalan dengan putera Arab itu?

Oleh Hishamuddin Rais
Kisah duit derma tok arab sebanyak 2.6 bilion ringgit ini tak habis-habis lagi. Bersambung-sambung. Meleret-leret. Bermula dengan berita seorang putera Arab yang baik hati telah memberi derma kepada Mat Najib. Ini cerita awal sesudah akhbar jahat Wall Street Journal membocorkan berita mendakwa duit sebanyak 2.6 bilion ringgit telah masuk ke akaun peribadi Najib.
Duit derma dari putera Arab beralih kisah, tiba-tiba beralih menjadi duit derma dari raja Arab pula. Gua tak ambil pot, dari putera raja ke atau dari maharaja. Yang gua fikirkan bolehkan gua berkenalan dengan putera Arab itu? Itu saja dalam kepala gua. Saja nak berkenalan. Mana tahu ada rezeki tersepak.

Kisah punya kisah rupa-rupa tok raja arab didapati sudah mati awal. Jadi mustahil hantu raja ini menderma kepada Najib. Malah gua rasa tak ada hantu yang berani rapat dengan Najib kerana kuasa guru Ji lebih kuat. Hantu jembalang pun takut, inikan pula manusia biasa.Cerita duit dari raja ini beralih lagi. Ada dilaporkan datang dari beberapa tok Arab pula. Tup tup seorang putera tok Arab bangan marah. Putera Arab ini menafikan duit ini tidak datang dari dirinya. Heboh sekali lagi. Gua tak ambil pot.
Cerita asal usul duit derma ini kerap beralih-alih. Akhirnya diumumkan bahawa duit derma 2.6 bilion ringgit ini datang dari kerajaan Arab pula. Semua akur. Alhamdulilah.
Putera Arab ke, raja Arab ke, kerajaan Arab ke? Untuk gua semua tak penting. Yang penting derma ini datang dari Arab. Arab ini satu bangsa yang beragama Islam. Tok Arab tak makan babi. Tok Arab hanya makan ayam bersembelih, kecuali ayam Siam di Bangkok atau ayam China di Pudu.
Tapi ini kisah lain. Jadi pada hemat gua bila duit derma datang dari tok Arab pasti duit suci dan halal. Duit kosher, dalam bahasa Hebrew.
Gua ingat semua dah selesai. Semua beres apabila tok Arab yang baik hati buka cerita tentang duit derma bertimbun-timbun itu adalah hadiah, derma ikhlas kerana Najib ini budak baik.
Tok Arab itu berkata Mat Najib ini pengembang mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Mat Najib tidak ada sangkut paut dengan 'sunnni wal rasuah'. Mat Najib bukan penyokong Isis. Mat Najib adalah pemimpin Islam contoh. Budak kelahiran Pekan anak Razak bin Hussein ini memang budak baik, jujur, ikhlas dan berjurus. Syukur alhamdulillah.
Tiba-tiba budak baik ini membuat satu kenyataan. Mat Najib anak lelaki Razak telah mengumumkan kepada dunia bahawa duit derma 2.6 bilion ringgit itu telah dipulangkan kembali kepada tok Arab. Puh!
Aduh! Bila gua dengar berita ini gua hampir pengsan. Gua rasa kalau Najib ada di depan gua ketika itu pasti gua sekeh kepalanya. Gua tahu Najib ini budak baik. Tapi kenapa baik sangat hingga pulangkan kembali duit yang banyak ini. Cit, gua ketawa sampai terkencing.
Tapi gua mesti labon jujur. Kisah Mat Najib pulangkan kembali duit derma tok Arab betul-betul buat gua tak puas hati. Hingga sekarang gua terus bertanya: Why Datuk, why Datuk, Why pulangkan duit itu Datuk? Why, why?

Hanya di Kelantan, pemimpin Amanah dan Pas berucap di satu pentas

Jika mahu melihat kelainan politik, berkunjunglah ke Kelantan 10 Mac ini.
Anda akan menyaksikan pemimpin Amanah dan Pas berkongsi pentas yang sama dalam program "Himpunan Perdana, Say No To BN".
Program anjuran Pertubuhan Al Waiz itu dijadual berlangsung pada jam 9.00 malam di Bandar Satelit, Pasir Tumboh.
Ceramah empat ahli parlimen dan mantan ahli parlimen Kubang Kerian.Ceramah empat ahli parlimen dan mantan ahli parlimen Kubang Kerian.Ia membariskan tiga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian iaitu Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Baihaki Atiqullah.
Gabungan empat pemimpin Amanah dan Pas ini dilihat memberikan isyarat tersendiri terhadap perkembangan politik Kelantan.
Mohamad yang kini Presiden Amanah terpilih sebagai ahli parlimen Kubang Kerian selama dua penggal (1990/95 dan 1995/99).
Tempatnya diambil alih Husam yang kini sebagai Yang Dipertua Pas Kubang Kerian bagi penggal 1999/2004.
Salahuddin yang menjawat Timbalan Presiden Amanah mewakili kawasan parlimen Kubang Kerian di Dewan Rakyat bagi penggal 2004/08 dan 2008/13.
Ahmad Baihaki pula ialah bekas Ketua Penerangan Pas negeri dan kini menjawat Naib Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Mahfuz Akan Dipecat Seperti Husam Musa ?

Oleh Zabidi Hj Saidi
Ahli parlimen PAS, Mahfuz Omar yang akan menyertai perhimpunan anti Najib pada 27 Mac bertentangan dengan pendirian Presiden PAS, Haji Hadi Awang yang tidak akan menyertai perhimpunan tersebut.

Bagi Presiden Amanah, Mohamad Sabu pendirian Haji Hadi pelik kerana beliau tidak anti orang Umno sebaliknya anti Umno sahaja. Haji Hadi sudah insaf tidak mahu PAS jadi alat DAP kerana dalam perhimpunan anjuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim itu DAP, Amanah, PKR akan hadir.

PAS tidak bersama Pakatan Harapan buat apa PAS hadiri perhimpunan tersebut. Justru itu tindakan Mahfuz Omar itu wajar diambil tindakan disiplin seperti mana PAS akan mengambil tindakan kepada bekas Naib Presidennya, Husam Musa.

Husam Musa telah menghadiri majlis pelancaran Amanah di Kuala Lumpur yang menimbulkan rasa kurang senang ahli-ahli PAS. Jika Husam Musa dipecat dari PAS, beliau dikatakan bakal Pengerusi Pakatan Harapan kerana majoriti ahli Pakatan lebih menyenangi Husam Musa jadi PM daripada Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Minggu lepas Mahfuz Omar telah menemui Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongannya kepada Dr Mahathir yang mahu Najib ditumbangkan. Ia dibuat sebelum Dr Mahathir keluar dari Umno. Lim Kit Siang semalam mengaku telah menemui Dr Mahathir dan mereka bersetuju menjatuhkan Najib dalam perhimpunan 27 Mac itu.

Jika benar PAS mengambil pendirian tidak menyertai perhimpunan 27 Mac seperti mana PAS tidak menyertai perhimpunan Bersih, maka Mahfuz Omar wajar dipecat dari PAS kerana melanggar arahan Presiden Umno.

Kita akan lihat sejauh mana kekuatan Mahfuz apabila beliau bertanding sebagai calon Pokok Sena menentang calon PAS dan BN nanti.

Dalam suasana menghadapi pilihanraya seperti juga Umno, PAS akan mempastikan para pemimpinnnya sehati sejiwa dengan Presidennya. Jika para pemimpin tidak dapat mematuhi arahan Presiden, maka jalan terbaik keluar dari PAS dan tak perlu menunggu dipecat dari parti.

Saya tak gentar ancaman dibuang UMNO, kata Muhyiddin

Muhyiddin bertegas akan terus bersuara, di sebalik ancaman Ku Nan yang beliau mungkin dibuang parti.
muhyiddin ku nan
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak gentar dengan amaran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang beliau mungkin dibuang parti jika terus bersuara.
Malah beliau menegaskan akan bersuara dengan lebih lantang selepas ini.
“Berhubung dengan amaran Setiausaha Agung, saya tidak takut dengan ancaman sebegitu.
“Perjuangan masih belum selesai. Walaupun saya kekal (dalam UMNO), saya akan terus bersuara, malah dengan lebih lantang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Ia adalah sidang media pertama Muhyiddin sejak digantung daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 26 Mac lalu.
Sebelum ini, Tengku Adnan dipetik sebagai berkata, bahawa “tidak mustahil” bagi Lembaga Disiplin UMNO untuk memecat Muhyiddin daripada parti jika beliau tidak berhenti mengkritik Presiden, Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, segala kritikan disuarakan sebelum ini hanya untuk menyelamatkan parti itu daripada ditinggalkan rakyat.
“Ini bukan kesalahan semua, tetapi kesalahan seorang manusia yang bernama Presiden.
“Tetapi Majlis Tertinggi tidak bersuara, Lembaga Disiplin tidak panggil? Siapa yang lebih banyak buat kesalahan?” katanya lagi.

Tun M, Muhyiddin hadkan isu kerjasama


Muhyiddin Mahathir

SHAH ALAM - Kerjasama politik Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam gerakan baharu terhad kepada isu 1Malaysia Development Malaysia (1MDB) dan derma RM2.6 bilion jika mereka berdua tidak bersedia melakukan reformasi institusi di negara ini secara menyeluruh.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, jika kedua-duanya enggan bekerjasama melakukan reformasi secara besar-besaran kepada institusi kerajaan dan undang-undang, penyertaan mereka hanya kepada usaha penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak dari jawatan Perdana Menteri.
“Sama ada kerjasama itu jadi lebih erat dan formal atau sebaliknya, bergantung kepada kesediaan mereka dan reformis Umno untuk membincangkan bentuk reformasi itu bagi mengelakkan perkara sama berulang di masa hadapan.
“Dari segi hala tuju Pakatan Harapan, perkembangan melibatkan Mahathir, Muhyiddin dan pimpinan Umno lain yang membantah Najib, (ia) tidak mengubah dasar-dasar dan program kita selama ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Rafizi berkata, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin depan akan membincangkan gerakan baharu itu khususnya butiran rundingan kempen menyelamatkan Malaysia.
“Saya jangka paling kurang pimpinan Pakatan Harapan boleh bersetuju untuk bersama-sama Mahathir dan Muhyiddin dalam isu-isu yang telah dipersetujui seperti 1MDB dan pendakwaan terhadap Najib kerana wang RM2.6 bilion.
“Bersama-sama itu bermaksud mereka boleh hadir sepentas atau mengeluarkan kenyataan bersama atau menandatangani pengisytiharan bersama,” katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu turut mengalu-alukan semua pihak khususnya rakan tahaluf siyasinya, iaitu Pas untuk turut serta.
“Namun saya nampak kenyataan-kenyataan daripada pimpinan Pas setakat ini tidak cenderung ke arah apa-apa tindakan yang boleh menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya,” katanya.
Isnin lalu, Mahathir merancang menubuhkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang bagi singkir Najib, namun beliau tidak berhasrat menubuhkan sebuah parti politik baharu.

Izzah respon 'kesudian' Tun M sedia bersebelahan sel Anwar


Nurul Izzah Anwar Ibrahim

PETALING JAYA - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar Ibrahim memberi reaksi terkejut dengan kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyatakan 'kesudian' beliau untuk 'duduk' dipenjara bersebelahan dengan ayahnya Anwar sekiranya beliau dipenjara.
Menggulas lanjut, Izzah yang juga merupakan anak sulung kepada Anwar Ibrahim berkata, secara peribadi beliau melihat isu Anwar-Mahathir bukanlah melibatkan isu dendam.
"Pada saya mungkin faktor utama memberi kejutan adalah kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa beliau bersedia untuk berkongsi sel yang sama dengan Datuk Seri Anwar maka sebaiknya kita nantikan dalam sidang akhbar Mahathir esok secara rasmi apa yang sedang dicadang atau ditawar.
"Kerana  pada saya sendiri premis utama atau prasyarat utama dalam menjalankan kerjasama adalah komitmen dan keikhlasan terhadap melaksanakan reformasi,"katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Katanya lagi, isu ini bukan isu peribadi, dendam mahupun  marah tetapi bagaimana semua pihak  dapat merungkai permasalahan dan  skandal yang melanda Malaysia.
"Kita juga harus melihat langkah konkrit untuk melaksanakan reformasi," katanya.
Terdahulu, sebelum ini Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa beliau 'sudi' berada bersebelahan dengan sel Anwar Ibrahim sekiranya beliau dipenjarakan.