Selasa, 1 Mac 2016

DAULAT TUANKU

Antara perancangan Ke Bawah Duli Sultan Johor adalah membawa mereka yang kurang berkemampuan kerjakan Haji guna pesawat ini. #Respect

HAKIKATNYA.. Najib & Rosmah bercuti ke Perth pada 31 Ogos 2011 dengan menaiki pesawat mewah rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

SETIAP BULAN, SETIAP TAHUN beribu-ribu pekerja tempatan dibuang kerja..

Inilah yang dikatakan negara di landasan yang betul...

Sbb Menteri kewangan kata ekonomi negara semakin stabil, pelaburan asing meningkat dan KEDATANGAN PEKERJA ASING JUGA TURUT MENINGKAT SETIAP TAHUN...

Isu Umno: Muhyiddin Komen Dua Hari Lagi

Muhyiddin gets love from all parties

Muhyiddin: I'm still an Umno member, will explain more later

Tian Chua tegur Ku Nan... jangan bantu penyokong BN sahaja

Keputusan Dr M keluar parti baguslah untuknya, kata Khalid Ibrahim

Selepas trak Mack, Sultan Johor terima pesawat 'emas'

Politik dolak-dalih PKR akibat tiada keyakinan diri, kata Aziz Bari

Pemuda PAS sokong Hadi, tukar pimpinan negara dengan pilihan raya

Anwar ‘keluar masuk’ penjara demi rakyat, Mahathir?

Prinsip perjuangan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamed apabila Anwar berkorban ‘keluar masuk’ penjara demi memperjuangkan hak rakyat.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin, berkata perjuangan Tun Dr Mahathir lebih tertumpu kepada ketidakpuasan hatinya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang hanya ‘keluar masuk’ Umno.
Sebaliknya Anwar katanya, menjadi mangsa kezaliman kerajaan pentadbir melalui fitnah jahat kerana lantang memperjuangkan hak rakyat ke arah pembentukan negara yang lebih baik.
“Apa yang diperjuangkan Datuk Seri Anwar dan Tun Dr Mahathir itu berbeza. Mahathir tidak korbankan pangkat dan kekayaan.
“Berbanding Anwar yang korbankan semuanya termasuklah keluarga, kekayaan, kedudukan, malah disiksa lagi masuk dalam penjara demi perjuangan rakyat,” katanya kepada SelangorKini.
Anwar sebelum ini yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat daripada kedudukannya kerana tidak sependapat dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir berhubung hal ehwal ekonomi negara di bawah pentadbiran Mahathir.
Lebih buruk lagi, Anwar juga pernah dipenjara atas pertuduhan Fitnah 1 di bawah rejim pentadbiran Mahathir.
Semalam, Tun Mahathir juga bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu mengisytiharkan dirinya keluar daripada Umno.
Tun Mahathir sebelum ini berkata, keputusan tersebut dibuat kerana parti di bawah kepimpinan Najib, tidak lagi sama dengan UMNO yang terdahulu.

‘AMANAH yakin jadi parti Islam dinamis, pro pembaharuan untuk semua kaum’


'AMANAH yakin jadi parti Islam dinamis, pro pembaharuan untuk semua kaum'

EKSKLUSIF : Temubual wartawan Suara pakatan daily Salena Tay bersama Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) YB Khalid Samad menghuraikan persoalan terkini, mampukah AMANAH menggalas cabaran pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti menggantikan Pas di kerusi Melayu.
SPD: Amanah sering dibayangi kekuatan Pas dengan 1.3 juta ahli. Bagaimanakah AMANAH akan meyakinkan penyokong Pakatan Harapan (PH) bahawa parti baharu ini mampu mengambil alih atau mengisi kekosongan Pas dalam keadaan keahlian dan jentera parti tidak sekuat Pas?
Khalid: Saya akui ianya satu tugas yang amat mencabar. Pas telah wujud sekian lama dan telah berjaya membina keahlian yang begitu ramai.
Namun, ramai yang tidak memahami apa yang sedang berlaku dan agak keliru dengan suasana sekarang. Saya yakin bahawa keadaan akan semakin jelas dan ianya akan menjadi jelas berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibuat pimpinan PAS sendiri.
Oleh itu, ianya akan menjadi semakin jelas bahawa Pas tidak lagi seperti dahulu dan ini akan menyebabkan semua yang ingin mencari parti politik yang berasaskan Islam akan menilai situasi semasa dan seterusnya menyertai AMANAH.
Dalam erti kata lain, (ahli) Pas sendiri akan banyak membantu dalam usaha AMANAH membina tapak pengaruh dan ikutan dalam masyarakat. Tidak perlu kami menjelaskan dan meyakinkan penyokong PH bahawa AMANAH diperlukan untuk mengambil tempat Pas dalam PR
Yang penting bagi AMANAH ialah untuk ia terus berusaha menjelaskan dasar dan pendekatan perjuangan yang ingin AMANAH amalkan sambil terus membina kekuatan keahliannya.
SPD: Persempadanan semula yang sedang dilakar kerajaan BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengutamakan kawasan Melayu. Umno dan Pas mungkin bersatu bagi mengelakkan undi Melayu pecah kepada PH. Bagaimanakah Amanah akan menarik kaum Melayu mengundi Pakatan?
Khalid: Ya, persempadanan baharu akan dimanfaatkan oleh Umno dan Pas untuk kepentingan mereka berunsurkan politik kaum. Malangnya Pas sendiri seolah-olah telah bersatu dengan Umno dalam soal ini dan ‘menyerupakan’ kekuasaan Melayu-Islam sebagai kekuasaan Islam. Sedangkan Melayu Islam (nasionalis Umno) telah lama berkuasa dan kesannya lebih memburukkan imej Islam.
AMANAH mesti berdiri tegak atas prinsip Islam dan mengutamakan ajaran Islam, bukan apa kononnya ‘kepentingan Melayu Islam’. Rasulullah (SAW) diutus untuk menzahirkan keadilan Islam bukan menegakkan kekuasaan orang Islam atas yang bukan Islam. Di sini Islam berbeza dengan perjuangan Zionis.
AMANAH mesti menyeru orang Melayu-Islam untuk memperjuangkan prinsip-prinsip dan ajaran Islam bukan ‘kepentingan orang Islam’ yang hanya mengutamakan Melayu Islam berkuasa tanpa disyaratkan tujuan dan matlamat kekuasaan itu.
Seruan mempertahankan ‘kepentingan orang Islam’ telah menyebabkan orang Islam mengenepikan prinsip dan melanggar ajaran Islam. Sebagai contoh dalam soal menentang rasuah dan kezaliman pemerintah.
AMANAH mesti mampu menjelaskan persoalan ini, iaitu membezakan perjuangan prinsip dan ajaran Islam, berbanding sekadar kedudukan orang Islam. Sekiranya ini dapat diperjelaskan dan diyakinkan, maka AMANAH akan dilihat jauh lebih benar dan mulia berbanding Umno mahu pun Pas.
Dengan itu AMANAH akan dilihat sebagai penyelamat orang Melayu dan Islam dan menarik sokongan serta penyertaan kaum Melayu secara lebih meluas.
SPD: Doktrin Ketuanan Melayu menjadikan kaum Melayu ‘melekat’ pada Umno. Adakah Amanah mempunyai strategi tertentu untuk menarik sokongan Melayu, terutama di luar bandar?
Khalid: AMANAH akan terus membawa mesej, Islam adalah rahmat untuk semua seperti yang terkandung dalam ayat “rahmatan lil ‘alamin”. Dengan itu, doktrin Ketuanan Melayu akan difahami sebagai satu dasar dan perjuangan yang menyebabkan orang Melayu mengabaikan perjuangan Islam.
Orang Melayu mesti difahamkan bahawa mereka wajib membawa perjuangan yang lebih luas dan agung berbanding ‘ketuanan Melayu’, iaitu ketuanan keadilan dan kebajikan yang dibawa Islam. Hanya apabila Melayu membawa perjuangan ini maka akan Melayu selamat, dunia dan akhirat.
Hakikatnya, perjuangan ‘ketuanan Melayu’ telah merosakkan Melayu dan menjadikan Melayu bangsa yang semakin ketinggalan dengan bukti kegagalan Umno selama 60 tahun lebih.
Saya rasa kaum Melayu pun sudah mula mencari formula baharu untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kami yakin AMANAH membawa formula ini dan mampu memartabatkan bangsa Melayu sambil mensejahterakan Malaysia keseluruhannya.
SPD: Pas mempunyai kekuatan ulama dan gerakan Islam. Amanah juga mempunyai ulama besar seperti Ustaz Ghani Shamsudin, Ustaz Ahmad Awang. Namun mereka kelihatan tenggelam. Adakah program khusus dirancang untuk menjadikan mereka ikon politik Islam Malaysia?

Tiada perubahan politik tanpa kesedaran rakyat, kata Senator DAP


Dr-Ariffin-Omar-480x300
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Malaysia tidak mungkin mengalami pembaharuan politik tanpa kesedaran dan perubahan minda majoriti rakyat Malaysia meskipun Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan keluar UMNO sekali lagi.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Senator Dr. Ariffin Omar, berkata perubahan politik hanya boleh dilakukan sekiranya kerajaan UMNO-BN dijatuhkan dalam pilihan raya, dan bukannya sekadar menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Tidak mungkin berlaku perubahan politik yang baik tanpa perubahan dasar-dasar negara yang rosak dan gagal. Sebab, sebelum ini, Dr Mahathir juga yang telah merosakkan institusi-institusi negara seperti polis, perundangan, parlimen dan sebagainya,” katanya kepada Roketkini.com.
Menurutnya, perubahan sebenar hanya boleh berlaku apabila ia melibatkan perubahan positif melalui wujudnya sebuah kerajaan baru dengan dasar-dasar pro-rakyat serta bersifat telus dan menegakkan hak asasi manusia serta memberi ruang kebebasan.
“Sebab itu bukan Najib sahaja harus ditukar tetapi juga kerajaan UMNO-BN dengan berlandaskan prinsip demokrasi,” katanya.
Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri, pula berpendapat meskipun tindakan Dr Mahathir keluar parti itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan, ia mampu memberi kesan besar terhadap pemikiran rakyat, khususnya masyarakat Melayu.

DAP sedia kerjasama dalam “grand coalition” demi selamatkan Malaysia


dapdap
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Demi menyelamatkan negara daripada belenggu skandal dan krisis berpanjangan, DAP menggesa semua rakyat tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan fahaman untuk bersatu di bawah satu gabungan raya atau “grand coalition”.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, menjelaskan pakatan besar itu bukan dan tidak sama dengan idea “Kerajaan Perpaduan” yang dipelopori dua parti kaum Melayu terbesar negara, UMNO dan PAS, kerana cadangan “grand coalition” ini akan menjadi gabungan yang berusaha ke arah satu tujuan yang sama, iaitu menyelamatkan Malaysia.
Untuk menjayakan gabungan baru itu, beliau berkata, ia harus mempunyai ciri-ciri sebuah kerajaan yang berdaya maju dan mampan yang merentas kaum, agama, budaya dan wilayah.
“Tambahan pula, ia harus ada visi dan program yang berpandangan hadapan untuk mengembalikan kejayaan negara dan memberi laluan kepada rakyat untuk menjayakan segala aspek kemanusiaan, sama ada politik, ekonomi, sosial, pendidikan, sukan, teknologi maklumat dan persekitaran.
“(Grand coalition ini) bagi membentuk sebuah negara cemerlang yang bebas rasuah yang mana ia mempertahankan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia,” ucapnya dalam satu sesi retreat Ahli Majlis DAP Selangor di ibu pejabat DAP di sini hari ini.
Tambah beliau, DAP sedia untuk bergabung dengan mana-mana individu dan rela melupakan kisah lama demi dasar bersama untuk menyelamatkan negara daripada terus menjadi sebuah negara yang gagal dan dipecahbelahkan oleh pemimpin yang korup.
“Saya bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mempunyai dasar (Selamatkan Malaysia) dan melupakan perkara yang lalu, termasuk dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam satu agenda yang sama untuk menyelamatkan Malaysia,” jelas beliau.
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Dr. Abdul Aziz Bari, yang turut menyokong gagasan Kit Siang, menyatakan gabunganraya itu wajar dilaksanakan bagi menyelesaikan kemelut yang berterusan dihadapi negara, sekaligus membuka satu jalan baru untuk negara bergerak daripada pengalaman pahit itu.

Pendedahan terbaru WSJ: Najib terima RM4.2 bilion, bukannya RM2.6 bilion


tony arab
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Akhbar The Wall Street Journal hari ini mendedahkan wang yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak berjumlah lebih dari USD1 bilion (RM4.2 bilion) dan bukan sekadar USD681 juta (RM2.6 bilion).
Sehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata Perdana Menteri perlu menolak dakwaan akhbar Amerika Syarikat itu dan menerangkan butirannya kepada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia jika ia adalah laporan yang dituduh palsu dan berniat jahat seperti didakwanya sebelum ini.
“Najib perlu memberi butiran jelas mengenai wang itu, lebih-lebih lagi WSJ mengatakan sumber maklumat itu datang dari dua negara yang sedang menyiasat skandal kewangannya.
“Malah, laporan WSJ mengatakan wang itu berasal dari 1MDB – dan bercanggah dengan kenyataan Peguam Negara bahawa ia diderma oleh kerabat diraja Arab Saudi,” katanya di sidang media di ibu pejabat DAP di sini hari ini.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mencadangkan Najib untuk mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan jika dakwaan itu tidak benar, termasuk membuat saman kesalahan fitnah di Amerika Syarikat.
“Jika tindakan tidak boleh diambil terhadap WSJ di Malaysia, maka beliau boleh lakukannya di Amerika Syarikat. Kenapa beliau tidak saman WSJ?” katanya.

Muhyiddin mahu jadi PM, Shafie TPM - Nazri

Anggota MT dakwa menyedari adanya konspirasi sejak pertengahan tahun lepas
nazri-aziz_muhyiddin_shafie_600_1
KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disyaki terbabit dalam konspirasi cubaan menggulingkan ketuanya, Datuk Seri Najib Razak kira-kira setahun lalu, dedah anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri berkata pertemuan ketika itu antara Muhyiddin yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Abdul Gani Patail yang merupakan Peguam Negara merupakan bukti mereka bekerjasama untuk menyingkir Najib melalui kontroversi 1MDB.
Mereka turut disertai beberapa lagi individu, yang disifatkan sebagai penentang.
“Saya hairan juga bagaimana seorang TPM boleh panggil Peguam Negara (untuk bertemu). Sebenarnya beliau tak boleh buat demikian. Kalau sekalipun dia nak berbuat demikian dia kena panggil Jemaah Menteri.
“Ya, dari situ sepertimana (Menteri) Azalina Othman sebut ada tanda konspirasi,” katanya kepada FMT dalam satu wawancara Ahad lepas.
Menyusuli hukuman penggantungan minggu lalu, Muhyiddin mendakwa Gani telah menunjukkan kepada beliau bukti, semasa kedua mereka masih memegang jawatan masing-masing, suatu “perilaku jenayah” melibatkan dana yang disalurkan daripada SRC International, ketika masih anak syarikat 1MDB, ke akaun peribadi Perdana Menteri pada 2013.
Sebelum ini, Datuk Seri Azalina, yang juga merupakan anggota MT, berkata pendedahan oleh Muhyiddin akan pertemuan dengan Gani itu merupakan bukti adanya konspirasi peringkat tertinggi untuk menggulingkan Najib secara tidak demokratik.
Mengulas lanjut, Nazri berkata apa yang didakwa diberitahu oleh Gani kepada Muhyiddin dalam pertemuan itu tidak boleh dianggap sebagai bukti kerana ia tidak dibawa ke mahkamah dan berdasarkan kepada siasatan yang sedang dijalankan.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu mendakwa langkah itu sebenarnya rancangan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, dan bagi tujuan itu beliau merekrut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal. Beliau menambah hasrat mereka turut mendapat sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak, Datuk Seri Mukhriz.
Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada Jemaah Menteri pada Julai tahun lalu manakala Mukhriz digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah, bulan lepas. Mahathir isytihar keluar parti semalam.
Nazri berkata agenda mereka adalah supaya Muhyiddin “menjatuhkan” Najib dan Shafie diangkap sebagai timbalannya dalam kerajaan. Beliau berkata Shafie mahu menjadi TPM tetapi hasratnya terhalang dengan keberadaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang lebih kanan dalam hirarki parti.
Nazri menambah Muhyiddin “tidak gembira” dengan sokongan terhadap Najib, bahkan menolak peluang membantu Najib mengendalikan isu 1MDB.

'Tan Sri, I love you' sambut Muhyiddin di KLIA


Laungan "Tan Sri, I love you" dan "Hero Malaya" kedengaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diganung jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno tiba petang ini.
Penyokong yang ghairah kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli Umno dan MCA, disambut bekas Timbalan Perdana Menteri itu selepas beliau tiba dari lawatan empat hari ke Vietnam.
Di kalangan orang ramai adalah seorang wanita genit berbaju merah jambu yang menunggu di laluan Muhyiddin dan memeluknya sambil berkata: "Tan Sri, I love you"
Kemudian, suara lelaki kedengaran berkata "Kami sedang menunggu kepulangan hero Malaya".
Orang ramai membawa sepanduk dengan mesej "Kami menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin" dan "Hidup Muhyiddin Yassin".
Antara pemimpin di lapangan terbang adalah exco Johor dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh Ismail Mohamed, Ketua Bahagian Pagoh MCA Lim Pey Hen dan Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed.
Sementara itu, NGO Gabungan Selamatkan Malaysia menyerahkan T-shirt dengan kata-kata "Selamatkan Malaysia" kepada Muhyiddin.
Kumpulan itu kemudian membaca doa ringkas.

Saya masih bersama Umno, kata Muhyiddin selepas digantung

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi  tidak menyentuh keahlian beliau sebagai ahli Umno yang masih sah hingga hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 1 Mac, 2016. 
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan masih bersama Umno setakat ini walaupun selepas penyingkirannya sebagai timbalan presiden parti itu Jumaat lepas yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT).
Muhyiddin berkata, keputusan yang dibuat MT tidak menyentuh keahlian beliau sebagai ahli Umno yang masih sah sehingga hari ini.
"Sementara itu saya masih berada di dalam Umno dan saya ucap terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang memberi sokongan kepada saya," kata Muhyiddin ringkas sejurus tiba dari luar negara di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada pemberita hari ini.

Muhyiddin disambut kira-kira 100 penyokongnya yang datang dari Pagoh dan beberapa pemimpin kumpulan penentang Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) juga turut hadir bersama. Para penyokongnya melaungkan sorakan "Hidup Tan Sri" sejurus beliau tiba di ruang ketibaan.
Mengenai perkembangan politik semasa, Muhyiddin berkata akan menjelaskan segalanya pada satu sidang media 2 hari lagi.
"Saya akan adakan sidang media 2 hari lagi di mana saya akan jelaskan semua perkara yang berkaitan dengan penggantungan saya dan kedudukan saya di dalam Umno dan hal-hal yang lain yang perlu saya jelaskan," katanya.
Muhyiddin pada Jumaat lalu disingkirkan daripada jawatan timbalan presiden atas alasan tidak melaksanakan tugas membantu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kerana kritikan berterusannya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Muhyiddin juga mendakwa bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberi taklimat kepadanya mengenai salahlaku 1MDB dan wang RM2.6 bilion.
Pendedahan itu menimbulkan kemelut pada ketika Najib terpalit dengan skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara.

Selepas keluar Umno, ‘Mahathir’ carian teratas Google Malaysia

Kata kunci "Mahathir" popular sekali lagi dalam carian Google Malaysia, selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada Umno semalam.
Menurut laman sesawang awam Google Inc, Google Trend, carian di Google Malaysia untuk perkataan "Mahathir" mula memuncak pada 8 malam semalam dan terus menunjukkan arah aliran hingga 6 petang ini.
Istilah ini juga sebelum ini dikuasai carian pada google.com.my 5 kali dalam 10 tahun lalu, terutamanya pada April tahun lepas apabila bekas perdana menteri mengeluarkan kenyataan di blognya, chedet.cc, meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berterus terang mengenai beberapa isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Istilah carian juga popular pada 2013, apabila anak Dr Mahathir, Datuk Seri Muhkriz Mahathir memenangi kerusi pertamanya sebagai menteri besar Kedah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pada Jun 2006 pula, Dr Mahathir menjadi popular selepas lantang mengkritik penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih banyak menghentikan projek pembangunan yang pada mulanya diterajui dirinya.
Permulaan blog peribadi pada Mei 2008 juga mendapat carian yang tinggi dan juga pada bulan April 2005, apabila perdana menteri paling lama berkhidmat itu mengadakan pertemuan mesra dengan mendiang Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri Singapura.
Sebagai perbandingan, perdana menteri Najib, dicatat sebagai orang ke-3 paling dicari Google Trend tahun lalu selepas Paul Walker dan Lee Kuan Yew di tempat teratas.
Sebagai perbandingan dengan Dr Mahathir, carian bagi "Najib" mula menjadi lebih popular apabila beliau mengambil alih kuasa pada 2009.

Tokoh politik utama setuju himpunan ‘anti Najib’, kata Zaid

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata perhimpunan 27 Mac yang digerakkannya melangkaui batasan parti politik dan akan membincangkan 3 resolusi utama termasuk menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2016.Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata perhimpunan 27 Mac yang digerakkannya melangkaui batasan parti politik dan akan membincangkan 3 resolusi utama termasuk menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur. Perhimpunan 27 Mac kini menjadi semakin membesar hari demi hari dengan pelbagai pihak melangkaui batasan parti politik akan menyertainya, kata individu yang mengambil inisiatif memulakan program ini, Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri undang-undang itu menjangkakan, 3 resolusi akan dibincangkan dalam perhimpunan yang akan diadakan secara tertutup itu, dengan tuntutan Datuk Seri Najib Razak berundur bakal menjadi keutamaan.
"Saya juga mencadangkan resolusi kedua adalah pembentukan Tribunal Rakyat untuk membolehkan rakyat tahu cerita sebenarnya tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Dan resolusi ketiga adalah yang paling penting, iaitu apa selepas ini, yang akan menentukan ke mana hala tuju gerakan menuntut perubahan ini," kata Zaid kepada The Malaysian Insider. Sehingga kini, Zaid mendakwa beliau berjaya mendapat persetujuan semua pemain utama politik negara sekarang untuk menyertai himpunan ini iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta tokoh pembangkang termasuk Datuk Husam Musa daripada PAS, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli serta Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
"Perhimpunan ini melangkaui batasan parti politik," kata Zaid yang turut memberitahu, beliau turut menjemput Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk turut serta tetapi besar kemungkinan beliau tidak akan hadir ekoran suasana dalam PAS sekarang ini.

Kalau tak bersalah, mengapa hingga kini Najib tak berani lagi nak saman WSJ ???

Najib Razak dah Selasa ke-36..!!!

Punyalah berkokok satu Malaysia ugut nak saman WSJ tempohari. BACUL sungguh pahlawan bugis Pekan..

Bukankah pada bulan Julai tahun lps Najib telah hantar 'trooper' peguamnya ke Amerika Syarikat bagi mengambil tindakan untuk mengheret akhbar The Wall Street Journal (WSJ) ke muka pengadilan...

APA DAH JADI 'TROOPER' lawyer Najib tu !!!
Terus senyap membisu hingga kini...

Rasuah wajib ditanggani secara bersungguh, titah Sultan Nazrin

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah warga harus dipupuk budaya benci rasuah dan pemimpin yang mengamalkannya mesti ditolak – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Mac, 2016. 
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah warga harus dipupuk budaya benci rasuah dan pemimpin yang mengamalkannya mesti ditolak

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah rasuah wajib ditangani dengan kesungguhan pelbagai agensi yang bertanggungjawab tanpa gentar dan pilih kasih.
Baginda bertitah, kegagalan memerangi dan membanteras rasuah secara serius serta komited, dikhuatiri berpotensi melumpuhkan negara dan rakyat secara keseluruhannya.
"Rasuah merupakan barah yang dikatakan sedang merebak dalam negara, rasuah bagaikan anai-anai yang sedang membusut besar dan semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara.

"Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar, tanpa berat sebelah kerana rasuah ialah rasuah walau siapa yang melakukannya," titah baginda pada Majlis Anugerah Bisnes Utusan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bonda Perdana Menteri Tun Rahah Mohammad Noah dan Pengerusi Kumpulan Utusan Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.
Sehubungan itu, baginda mahu Kumpulan Utusan aktif membantu membina sebuah pentadbiran dan negara bangsa yang sifar rasuah.
Titah baginda semua warga harus diasuh dengan budaya benci rasuah dan
menolak pemimpin yang melakukannya, serta dididik untuk memandang rasuah sebagai budaya yang jijik dan negatif.
"Memerangi rasuah hendaklah dijadikan perjuangan, satu jihad kerana menjadi tanggungjawab fardu kifayah dan tanggungjawab kenegaraan untuk setiap warga memelihara negara daripada terjerumus ke lembah kehinaan," titah baginda.
Sultan Nazrin juga bertitah Anugerah Bisnes Utusan yang julung kali
diadakan perlu berperanan sebagai penanda aras untuk mendorong dan mengalakkan syarikat-syarikat menjunjung prinsip perniagaan yang beretika dan bermoral tinggi.
Ini termasuk mengamalkan budaya niaga secara tulus, telus, jujur dan benar serta budaya yang memberi perhatian kepada alam sekitar, kebajikan pekerja, kemajuan kerjaya dan latihan serta program tanggungjawab sosial kepada masyarakat, titah baginda.
Baginda bertitah anugerah berkenaan juga seharusnya memberi penekanan kepada aspek amalan yang menghormati prinsip dan etika urus niaga murni, undang-undang dan tidak meraih keuntungan besar secara menipu.

Muhyiddin masih dalam Umno, setakat ini

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setakat ini beliau masih lagi berada dalam Umno walaupun jawatannya sebagai timbalan presiden sudah digantung dan disinngkirkan sebagai timbalan perdana menteri.
Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Johor itu berkata, beliau akan menjelaskan kedudukannya pada sidang media dijangka Khamis ini.
"Saya akan adakan sidang media dua hari lagi (untuk) saya jelaskan semua perkara-perkara yang berkaitan dengan kedudukan saya dalam Umno dan hal-hal yang lain yang perlu saya jelaskan.
"Sementara itu, saya masih berada di dalam Umno dan saya ucap terima kasih (kepada) sahabat-sahabat, terima kasih (kerana) datang memberi sokongan kepada saya," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) petang tadi.
Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya mengenai pelawaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengajaknya keluar Umno.
Jumaat lalu Majlis Tertinggi (MT) Umno sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti Melayu itu berkua kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas Muhyiddin.
Muhyiddin yang tiba kira-kira jam 7 malam menaiki penerbangan dari Ho Chi Minh, Vietnam disambut dengan laungan "Hidup Tan Sri" sebanyak lima kali oleh penyokongnya yang dianggarkan kira-kira 100 orang.
Turut menyambut Muhyiddin ialah ahli MCA Pagoh.
Mereka berkumpul di balai ketibaan seawal jam 5 petang sambil membawa kain rentang bertulis "Terbang tapi terbilang", Agi hidup agi gelaban" dan "Kami bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin".
Muhyiddin yang berpakaian serba hitam dilihat melambai-lambaikan tangannya ke arah penyokong yang sabar menanti beliau.
Semalam Dr Mahathir mengumumkan beliau keluar daripada Umno - untuk kali kedua.
Kali pertama bekas perdana menteri itu meninggalkan Umno adalah pada pada 2008.

Tukar PM menerusi pilihan raya, bukan himpunan - Dr Mahfodz

Pakatan Harapan Bersama Kempen Selamatkan Malaysia

Mat Sabu: Siapapun Yang Dizalimi, Kita Akan Lawan Orang Yang Zalim Itu

Mat Sabu: Kita Mahu Najib Di Jatuhkan, BN Dijatuhkan, Najib Must Go, BN Must Go

Mat Sabu: Kenapa Orang Islam Tidak Sensitif Dengan Rasuah?

Mat Sabu: Tak Boleh Kita Tolak UMNO, Kita Tak Tolak Pemimpin Mereka

Nazri dedah konpirasi Muhyiddin untuk guling Najib

Versi AG Malaysia.... yang dicipta pada 2015 berbanding hasil siasatan di peringkat antarabangsa...

Apa akan jadi pada Najib sekiranya Najib dipanggil mahkamah antarabangsa utk siasatan ???.. Agak Rosmah nak ikut tak..!!

WOWW !!!.. PM kita makin femes satu dunia skrg ni..

Mana berani nak lapor... kalau lapor nanti kena saman ngan WSJ plok..

SUNGGUH MUDAH jadi KERAjaan LANUN.. SUBSIDI DIHAPUSKAN & RAKYAT KENA GST..

KINI.. subsidi tepung gandum 25Kg pula ditarik balik.. BURUK SIKU punya gomen BN !!!

Terima Kasih BN dan Perdana Menteri.... lepas ni bila harga roti canai, mee dan barangan yang berasaskan tepung naik.. kami akan salahkan Cina DAP... sbb PM kita skrg adalah 'DAP' bukannya BN..

PATUTLA Najib takut nak saman WSJ hari Selasa, rupa2nya ada tembelang 'derma' lagi lebih AS$1 bilion !!!

Dah banyak kali WSJ laporkan salah laku najib tapi semua dia HANYA nafikan TAPI TAK PERNAH NAK SAMAN, kenapa ??

Kali ni tgk lah apa alasan dia plak....

Tunggu perkenan Majlis Raja-raja sebelum Pas bentang hudud di Parlimen, kata Mohd Amar


Nik Mohd Amar berkata jawatankuasa teknikal bersama negeri dan Persekutuan berhubung pindaan terhada pAkta355 itu.Nik Mohd Amar berkata jawatankuasa teknikal bersama negeri dan Persekutuan berhubung pindaan terhada pAkta355 itu.Pas masih menunggu perkenan daripada Majlis Raja-Raja sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jawatankuasa teknikal bersama negeri dan Persekutuan berhubung pindaan terhadap akta itu masih belum menerima persetujuan daripada Sultan-sultan di beberapa negeri.
"Secara umumnya segala pindaan yang dibuat yang melibatkan Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam ini kena dapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja.
"Jadi sekarang ini beberapa (Sultan) negeri belum memberi perkenan pada usaha ini menyebabkan ia tertangguh dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, hari ini.
Terdahulu, Mohd Amar dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menerima kunjungan hormat Kaunselor Kedutaan Arab Saudi Abdul Rahman al-Harfi.
Mac tahun lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.

Mahfuz lawan arus, mahu hadir demo anti-Najib


Ketika presidennya memilih tidak hadir dalam perhimpunan menolak Datuk Seri Najib Razak 27 Mac ini, Datuk Mahfuz Omar menjadi pemimpin pertama parti itu mengambil langkah berbeza.
Mahfuz hari ini berkata akan hadir dalam perhimpunan itu “atas keinsafan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab”.
“(Langkah ini) bukan kerana anti terhadap batang tubuh Najib dan ahli Umno, tetapi kerana kasih, sayang dan cintakan Malaysia dan rakyat termasuk ahli-ahli Umno,” katanya.
Mahfuz, anggota parlimen Pokok Sena, berkata perasaan cintakan negara menuntut beliau menyertai kempen 'selamatkan Malaysia', yang baginya sebahagian tuntutan perjuangan Islam.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) kelmarin dilaporkan berkata tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya perdana menteri melepaskan jawatan.
Katanya, walaupun beliau anti-Umno, beliau tidak anti orang Umno, lapor Sinar Harian.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, tindakan Hadi itu menepati kriteria budaya politik matang yang sedang diterajui parti Islam itu.
Perkukuh cengkaman
Dalam kenyataan hari ini, Mahfuiz berkata pengunduran Najib adalah keperluan negara kini dan kegagalan pengurusan negara berpunca daripada beliau.
“Apa yang dilakukan Najib hanyalah memperkukuhkan cengkaman kuasa politiknya dengan pencabulan terhadap undang-undang dengan melakukan pindaan atau memperkenal undang-undang baru yang zalim,” katanya.

PAS di mana, di sini atau di sana?


Saya merujuk kenyataan dikeluarkan presiden PAS semasa program Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.3) di Terengganu 27 Februari lalu yang menggambarkan bahawa beliau hanya anti kepada parti Umno, bukannya orang Umno.
 Bahkan atas niat apa sekalipun, sebuah akhbar telah memetik sedutan ucapan Hadi dan memberikan gambaran bahawa PAS bersedia menjadi pendukung kuat kepada BN sekiranya mereka mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.
Pada pandangan saya, kebijaksanaan rakyat hari ini tidak boleh sama-sekali dipandang enteng oleh mana-mana pihak, lebih-lebih lagi sekarang ini kita berada pada zaman 'langit terbuka'.
Maklumat boleh diperoleh di mana-mana dan daripada pelbagai sumber.
Rakyat mampu menilai dan membuat analisis terhadap apa sahaja kenyataan yang dilontarkan oleh pemimpin.
Sekalipun presiden PAS menyatakan bahawa beliau tidak menolak orang Umno sebaliknya hanyalah menolak parti Umno, ia tidak akan sama sekali dapat 'mengelabukan' kebijaksanaan rakyat dalam menilai pelbagai maksud dan niat yang mungkin di sebalik kenyataan seperti ini.
Persoalan dan keresahan kita pada hari ini adalah terhadap ketidaktentuan politik yang dipacu oleh kerajaan semasa pimpinan Datuk Seri Najib Razak akibat pelbagai skandal yang akhirnya menekan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.
Hanya dua pilihan
Saya berpandangan, apa yang penting bagi rakyat pada hari ini adalah kezaliman serta ketidakadilan sistem ekonomi dan sosial yang menghimpit hidup rakyat mestilah ditamatkan segera.
Dengan apa juga hujah sekalipun yang diguna pakai oleh PAS dalam menanggapi kemelut politik yang diterajui Najib - tidak kira sama ada menolak Umno atau Najib sendiri - hanya ada dua sahaja jalur pilihan jelas menjelang pilihan raya umum akan datang.
Perkara itu sama ada berkompromi dengan kerajaan hari ini yang telah meranapkan keseluruhan sistem bernegara sehingga memangsakan rakyat atau bersama menggembleng tenaga dalam gelombang rakyat melawan pemimpin korup serta salahguna kuasa yang menyebabkan negara berada dalam bahaya.
Kenyataan presiden PAS jelas sekali berpunca dari persoalan adakah beliau akan turut serta dalam himpunan 'anti-Najib'?
Jawapan beliau adalah "Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik".

KALAU DAH SAMPAI TIGA KALI, MAKCIK FELDA PUN LARI

Sehingga ini sudah tiga kali akhbar perniagaan terkemuka dunia, The Wall Street Journal atau WSJ mendedahkan secara terbuka ke seluruh dunia mengenai skandal kewangan yang melibatkan Najib Razak.

Pertama, tentang wang berjumlah AS$681 juta atau RM2,600 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, kedua, mengatakan wang itu bukan derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya  datang daripada beberapa akuan berkaitan 1MDB dan yang terbaru ini, mendedahkan pula bahawa sebenarnya lebih AS$1 bilion atau lebih kurang RM4,300 juta telah pun dimasukkan ke akaun Najib.
Woww...ini belanja guna duit atau makan nasi berlaukkan duit?

Malangnya, dengan dakwaan yang sebegitu mencemarkan namanya sendiri, keturunan Tun Razak, rakyat dan negara keseluruhannya, masih juga tiada keberanian di pihak Najib untuk mengambil sebarang tindakan saman terhadap WSJ.
Dalam dakwaan terbaru oleh WSJ, bukan saja perkataan saman tidak berani lagi disebut, malah Najib juga dilihat keberatan untuk memberi sebarang komen dan ulasan mengenainya.

Mengapa? Rakyat kini tertanya-tanya, kalau benar ianya fitnah, kenapa takut berhujah di mahkamah?

Petronas tamatkan perkhidmatan 1000 pekerja



Dalam usaha untuk terus berdaya saing ketika harga minyak mentah terus menjunam, Kumpulan Petronas mengumumkan bahawa syarikat itu akan menghentikan perkhidmatan hampir 1000 pekerjanya di bawah rancangan penstrukturan semula.
"Usaha menyeluruh berterusan akan dijalankan bagi menempatkan semula pekerja yang terlibat.
“Petronas seterusnya akan memulakan proses pemisahan bagi pekerja-pekerja ini seperti yang diperlukan yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Mengikut laporan tahunan 2014, Petronas menggaji sejumlah 50,949 pekerja.
Penyusunan semula itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Shell Malaysia mengumumkan langkah pengurangan pekerjanya.
Pada 30 September lalu, Shell mengumumkan bahawa ia akan menamatkan perkhidmatan 1,300 perkerja daripada jumlah 6,500 yang berkhidmat dengan syarikat itu.

Anwar setuju gagasan Selamatkan Malaysia, perbincangan pimpinan dalam masa terdekat

Sebuah pertemuan bagi membincangkan program asas bagi ‘menyelamatkan Malaysia’ akan diadakan dalam masa terdekat, kata ketua pembangkang.
Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata beliau akan bertemu dengan pimpinan Pakatan Harapan, parti-parti politik lain, NGO dan beberapa individu, bagi membincangkan panduan bersama dalam sebuah ‘muafakat nasional’.
Anwar setuju gagasan Selamatkan Malaysia, perbincangan pimpinan dalam masa terdekatBeliau juga berkata, dalam tempoh beberapa hari terakhir, telah tercipta sejarah apabila ramai pihak yang bersama Umno dan BN kini lantang bersuara menyatakan kesediaan bergerak secara muafakat untuk mereformasikan institusi-institusi di negara ini.
“Sebagai ketua pembangkang parlimen Malaysia, dan memandangkan masalah kepimpinan serta skandal yang terus melanda negara tanpa henti, saya amat mengalu-alukan malah menggesa semua ahli parlimen tanpa mengira parti atau fahaman politik untuk bersama di dalam usaha untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya.
Beliau mengingatkan kenyataan tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sistem negara sedia ada perlu ditukar, dan bukan sekadar perdana menterinya.
“Maka semangat inilah yang perlu kita jiwai,” katanya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam respon selepas digantung daripada jawatan timbalan presiden Umno, menekankan perlunya reformasi institusi politik di negara ini.
Politik dalaman Umno sekarang menjadi perhatian susulan terkeluarnya beberapa pemimpin kanannya yang kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Selain Muhyiddin (gambar), anak bekas perdana menteri Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga digantikan sebagai menteri besar Kedah.
Mahathir meletakkan jawatan semalam setelah kritikan keras yang dilancarkan secara berterusan tidak berjaya menjatuhkan Najib daripada tampuk kuasa.
Beberapa pemimpin pembangkang dilihat berada di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, tempat Mahathir mengumumkan hasratnya meninggalkan Umno semalam.
Setakat ini masih tidak jelas sama ada pemimpin dan bekas pemimpin Umno akan terlibat dalam sebuah muafakat bersama pembangkang bagi memberi tekanan kepada Najib.

Pemansuhan subsidi tepung, harga roti canai bakal naik

Roti canai, sarapan ruji bagi sebahagian besar rakyat negara ini dijangkakan menjadi lebih mahal selepas kerajaan hari ini memansuhkan subsidi untuk kampit tepung gandum yang seberat 25kg.
The Star melaporkan bahawa subsidi itu dimansuhkan menjadikan harga untuk kampit tepung 25kg dijual pada RM42 berbanding RM33.75 sebelum ini.
Akhbar harian berbahasa Inggeris memetik seorang pengimport tepung sebagai berkata bahawa harga makanan seperti roti canai dan kuih muih tempatan akan terjejas dengan penghapusan subsidi itu.
Walau bagaimanapun, pengimport berkata harga roti, biskut dan kek, yang menggunakan tepung premium yang tidak mendapat subsidi, tidak akan terjejas.
Subsidi untuk beg 1kg tepung yang dibeli oleh kebanyakan isi rumah, bagaimanapun, masih bersubsidi dan dijual pada harga RM1.35.
Difahamkan bahawa pengilang dan pemborong telah dimaklumkan mengenai penghapusan subsidi itu minggu lalu.
Laporan The Star bagaimanapun tidak menyatakan mengapa subsidi ditarik semula.
Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaprkan sedang melaksanakan langkah berjimat-cermat berikutan kegawatan ekonomi dan kejatuhan berterusan harga minyak dunia ditambah pula dengan kemerosotan mendadak nilai ringgit.

‘Betul atau salah, saya bersama ketua saya’ - Nazri

Kesetiaan pada presiden parti mengikat UMNO daripada terlerai, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri Aziz
KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz berharap Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meninggalkan UMNO bersama pemberontak lain.
Perkara utama dalam UMNO, menurut Nazri, adalah kesetiaan kepada presiden, yang beberapa kali terbukti menyelamatkan parti itu.
Mengimbau kembali perjalannya bersama UMNO sehingga hari ini, Nazri menjelaskan sejarah parti Melayu itu penuh rencam pergolakan dan gelora, antaranya pemecatan Datuk Harun Idris oleh Presiden UMNO Tun Hussein Onn, dan runtunan pertelingkahan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ahli Umno dah orang kata dah ‘kutai'(biasa) dah benda ni,” ujar Nazri. “Yang penting jaga parti itu ja. Apa berlaku kita pastikan Umno tak hancur.”
“Dulu saya kawan Anwar Ibrahim, dia ketua pemuda saya, saya penyokong kuat dia.
“Tapi bila Mahathir bergaduh dengan dia, kita pegang (sokong) Mahathir, sebab tu parti selamat. Lepas tu dia (Mahathir) buat ke Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi), saya tak peduli dia dah saya jaga Pak Lah.”
“Dia (Mahathir) ni kaki gaduh. Kalau kita ikut dia, mati kita.
“Saya cukup confident Umno okay. Takkan biarkan individu mempengaruhi hancurkan pimpinan Umno sepertimana yang cuba dilakukan Muhyiddin, Shafie, Mukhriz dan Mahathir sekarang ni. Saya harap mereka keluar partilah,” katanya kepada FMT dalam satu wawancara Ahad lalu.
Mahathir semalam mengisytihar keluar parti buat kali kedua sejak 2008 dan berharap Muhyiddin menyertai beliau membentuk satu “kumpulan teras”.
Anaknya, Mukhriz, dijangka akan mengikut langkah bapanya, menurut pimpinan UMNO dan penganalisis.
Nazri turut mencucuk Muhyiddin dengan menzahirkan rasa ‘kagum’ pada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohammed yang bingkas pertahan ketuanya sebaik digantung MT.
“Muhyiddin kena belajar dengan dia (Ismail). Dia pertahankan ketua. Saya tak nak marah dia. Itu kita buat zaman Mahathir dulu, walaupun banyak benda salah kita defend (pertahankan).”
“Kita jangan ambil tindakan kepada dia. Kita faham dia makan dari tangan Muhyiddin. Dari semangat dan kesetiaan kepada ketua itu bagus; jangan marah dia. Saya admire (mengkagumi) dia.”

'Pendirian Dr M, Muhyiddin mirip dasar Pakatan'


Kenyataan dikeluarkan dua bekas pemimpin kanan negara - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin - dilihat mirip kepada "dasar yang diperjuangkan Pakatan Harapan".
Dalam kenyataan bersama tiga pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan hari ini mereka berpendapat Dr Mahathir dan Muhyiddin menampakkan kecenderungan untuk menerima hakikat bahawa pemusatan kuasa di tangan perdana menteri adalah berbahaya.
"Pendirian itu secara umumnya mirip kepada dasar yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan selama ini yang menuntut reformasi institusi yang menyeluruh," kata kenyataan ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.
Kecewa dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri Dr Mahathir semalam mengumumkan beliau keluar daripada Umno sebagai tanda protes.
Turut bertindak begitu ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Umum selepas 7 Mac
Muhyiddin pula kini digantung daripada jawatannya sebagai timbalan presiden Umno selepas majlis tertinggi parti itu membuat keputusan begitu minggu lalu.
Dr Mahathir dan Muhyiddin adalah antara pengkritik paling lantang Najib ketika ini.
Pakatan Harapan, kata kenyataan berkenaan, menghormati suara rakyat yang mahukan semua pihak mengetepikan perbezaan politik demi "menyelamatkan negara".
Langkah itu kata mereka mestilah melibatkan reformasi institusi yang menyeluruh, termasuklah pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa "menjadi mangsa salah guna kuasa" dan bukan sekadar menukar perdana menteri dan mengekalkan sistem sedia ada.
Justeru Pakatan Harapan akan menggerakkan secara bersepadu semua golongan dan kumpulan rakyat bagi mencapai matlamat berkenaan.
"Untuk tujuan itu, Pakatan Harapan akan memanggil sidang rundingan dengan semua pihak yang mahu turut serta dalam usaha menyelamatkan negara ini.
"Butir-butir sidang rundingan ini akan diumumkan selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 7 Mac di Bangunan Parlimen," kata kenyataan itu.

Dr Mahathir umpama pesakit koma menunggu maut, kata Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Umno sudah diduga dan ia bukan suatu perkara mengejutkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2016. 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Umno sudah diduga dan ia bukan suatu perkara mengejutkan. 

Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Umno sudah dijangka, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan menyamakannya dengan keadaan pesakit koma yang menunggu masa meninggalkan dunia ini.
"Ramai daripada kita menjangkakan perkara ini. Kenyataan yang dibuat Dr Mahathir sebelum ini menunjukkan beliau tidak bersetuju dengan pemimpin-pemimpin hari ini. Kita tahu ini akan berlaku, sama ada cepat atau lambat.
"Kami tidak terkejut, seperti pesakit yang koma dan tiba-tiba meninggal dunia, ia sudah dijangka, hanya menunggu masa," kata Ismail kepada pemberita selepas menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang kepada 200 kakitangan kementeriannya di Kuching hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, kesan daripada tindakan Dr Mahathir keluar parti itu sangat kecil walaupun beliau pernah menjadi presiden Umno dan perdana menteri. "Kita ada 3 juta ahli. Saya percaya kesannya tidak begitu besar untuk memecahbelahkan Umno," katanya yang juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Dr Mahathir semalam mengumumkan keputusannya keluar daripada parti Melayu terbesar itu, mengatakan Umno kini hanya berminat untuk mengekalkan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

AS$1 Bilion: Najib tak akan komen laporan WSJ, kata pegawai

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan bertindak balas kepada pendedahan terkini The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa beliau menerima lebih daripada AS$1 bilion dalam akaun peribadinya.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, seorang pegawai Najib yang enggan dinamakan berkata: "Perdana menteri tidak akan memberi respons (kepada laporan itu). Beliau kini di luar negara."
Najib ketika in dalam rangka kerja lawatan ke Arab Saudi dan dijangka menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta berucap di Forum Ekonomi Jeddah 2016.

Dalam laporannya hari ini, WSJ mendakwa sumber berkata, penyiasat global percaya banyak dana berasal daripada firma pelaburan milik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB). WSJ mula mendedahkan akaun bank peribadi Najib pada Julai lalu sebanyak RM2.6 bilion tetapi masih belum disaman perdana menteri, yang menafikan semua dakwaan itu.
Pada mulanya, WSJ mendakwa daripada RM2.6 bilion, AS$681 juta datang daripada syarikat berkaitan 1MDB ke dalam akaun peribadi Najib.
Tetapi Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pada Januari tidak terdapat bukti mencukupi untuk mengenakan Najib dengan sebarang salah laku berhubung AS$681 juta yang ditemui di dalam akaun banknya.
WSJ hari ini berkata kepercayaan penyiasat “bercanggah” dengan kesimpulan peguam negara.
Akhbar perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu tidak menyatakan siapa penyiasat berkenaan tetapi kertas siasatan dibuka atas dakwaan penyelewengan berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat, Switzerland, Hong Kong dan Singapura.
Peguam negara berkata AS$681 juta yang didepositkan ke akaun Najib adalah sumbangan sah daripada ahli keluarga diraja Arab Saudi dan sebahagian besar sudah dipulangkan.
1MDB ditubuhkan pada 2009 sebagai firma pelaburan strategik dan di bawah penelitian berhubung hutangnya yang mencecah RM45 bilion. Syarikat itu memulakan proses rasionalisasinya termasuk menjual aset bagi membayar balik hutangnya.
Najib digesa menyaman WSJ bagi membersihkan namanya atas dakwaan sebelum ini tetapi peguam berkata beliau tidak dapat sebarang ganti rugi kerana Akta Ucapan AS menghalang penguatkuasaan apa-apa tindakan penghakiman yang diperoleh mahkamah luar negara.

Tak guna masuk pilihan raya tapi tak mahu kuasa - Mohamad Sabu


Mohamad SabuMohamad Sabu
Amanah bersama Pakatan Harapan akan melawan Umno-BN habis-habisan untuk mengambil alih Putrajaya walaupun ada parti pembangkang berkata mereka tidak mahukan kuasa.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, adalah suatu yang pelik apabila menolak Umno tetapi ingin berbaik-baik dengan pemimpin Umno.
Mohamad dipercayai merujuk kepada kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau anti-Umno tetapi tidak anti orang Umno.
Abdul Hadi juga menyatakan pendirian tidak akan menyertai demonstrasi mendesak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.
“Kawan-kawan dalam Pakatan Harapan akan lawan Umno dan ambil alih Putrajaya sebab presiden parti lain kata mereka tak bertujuan merebut kuasa tapi kami nak rebut kuasa.
“Tak guna kita bertanding pilihan raya tapi tak nak kuasa. Ini ucapan paling pelik dalam dunia sebagai ahli politik.
“Kita tolak Umno dan tolak orang yang menjadi calon Umno. Tak boleh tolak Umno, tapi tak tolak pemimpin mereka,” kata Mohamad sewaktu berucap di majlis makan malam muhibah anjuran Amanah Wilayah Persekutuan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Mahathir: Tembak dua burung dengan satu batu

Akan lembik tengkukkah pula penyokong Anwar apabila Mahathir mula menyebut-nyebut nama Anwar semula?
mahathir08_
Oleh Ronasina
Mahathir adalah Gary Kasparov dalam permainan catur politik. Malah Mahathir itu sendiri adalah politik. Bercakap, berjalan, ketawa waima menangis seorang manusia bernama Mahathir pun adalah sebuah helah politik. Mahathir sarat dengan taktik dan strategi demi untuk mengukuhkan kedudukan sendiri.
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pernah diserang Mahathir selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehingga Mahathir disingkirkan dari Umno dan buku The Malay Dilemma karangannya diharamkan. Mahathir naik platform pembangkang untuk meneruskan misi melanyak Tunku dan mendekati pentas mahasiswa ketika zaman Anwar masih pelajar.
Perdana Menteri Hussein Onn juga disakat Mahathir sehingga Hussein Onn merajuk dan bersara. Perdana Menteri Abdullah Badawi yang menggantikan dirinya pun disergah dengan istilah ‘budak tingkat empat’ dan ‘Patrick Badawi’. Mahathir juga keluar Umno waktu itu dan jelajah seluruh negara membantai Abdullah.
Janganlah lupa dengan nasib tiga Timbalan ketika dia menjadi Perdana Menteri. Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim habis dia sikat. Cuma dia terpaksa bertempur sengit apabila Anwar melawan sehingga dia terpaksa turun demi menyelamatkan Barisan Nasional. Lihat! Dia menyusun strategi sehingga terpaksa turun takhta demi menyelamatkan dirinya, Barisan Nasional serta Umno.
Itu belum lagi dia kuburkan kemaraan Tengku Razaleigh yang bertanding lawan kerusi Presiden Umno. Tengku Razaleigh dicantas terus menjadi gurkha sehingga hari ini. Inilah Mahathir.
Lalu apabila Mahathir menyerang Perdana Menteri Najib apakah benar ia untuk menyelamatkan negara yang semakin teruk, hutang meningkat, ekonomi merudum, krisis keyakinan semakin parah?
Mungkin betul. Sebab itulah pimpinan parti pembangkang memberi sokongan kepadanya kerana kelihatan dia menggalas agenda yang sama. Ya! Pembangkang yang lemah dan berterabur itu gagal mengambil kesempatan di atas keparahan Umno. Mereka memerlukan wira baru setelah wira tempat mereka menumpang teduh dihantar ke Penjara Sungai Buloh. Mahathir adalah faktor penting masakini.
Bagaimana jika Mahathir keluar Umno bukan sebab itu? Bukankah Mahathir membuat kenyataan dia keluar Umno untuk menyelamatkan Umno. Gerak Mahathir adalah untuk mengejutkan ahli Umno supaya bangkit menyingkirkan Najib kerana jika Najib terus menerajui Umno kemungkinan besar nasib Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum akan datang akan ke kubur.
Mahathir memulakan langkah untuk melihat apakah akan ada ombak besar di dalam Umno. Apakah ahli Umno yang rukun resminya patuh kepada pemimpin akan punya keberanian untuk bangun membuang presidennya? Apatah lagi apabila Najib membalas sedikit serangan Mahathir dengan membuang Mukhriz bin Mahathir dari kerusi Menteri Besar Kedah. Beranikah lagi mereka?

1MDB kata tak terbabit dengan AS$1 bilion di akaun peribadi Najib


1MDB sekali lagi mengulangi bahawa firma pelaburan negara itu tidak pernah menyalurkan sebarang dana ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan dakwaan terbaru The Wall Street Journal (WSJ) hari ini.
 Akhbar itu dalam laporannya mendakwa deposit ke akaun Najib berjumlah lebih daripada AS$1 bilion, termasuk RM2.6 bilion yang perdana menteri dan pihak berkuasa Malaysia telah kenal pasti sebagai sumbangan politik dari Arab Saudi.
Ia juga mendakwa bahawa sebahagian besar wang AS$1 bilion itu berasal dari 1MDB, dan bukannya dari Arab Saudi.
"1MDB secara konsisten menegaskan bahawa ia tidak membayar apa-apa wang ke dalam akaun peribadi perdana menteri," katanya kepada Malaysiakini menerusi e-mel hari ini.
Menurut 1MDB, ini telah berulang kali dijelaskan oleh pelbagai pihak berkuasa di Malaysia, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.
Di sebalik semua ini, 1MDB berkata WSJ terus mengulangi dakwaan sama tanpa menawarkan sebarang bukti bagi menyokong dakwaannya.
"Justifikasi mengenai serangan berterusan mereka adalah maklumat itu diperolehi daripada sumber yang tidak dinamakan dan tanpa nama.
"Bersandar kepada sumber tanpa nama, yang belum tentu wujud, pihak Wall Street Journal mengkhianati piawaiaan kewartawanan asas dan tersasar daripada membuat laporan yang seimbang," kata 1MDB.

Sultan mahu akhbar lapor pemimpin rasuah tanpa gentar


 Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah bertitah supaya salah laku rasuah di negara ini dilaporkan tanpa gentar, memihak atau berat sebelah dan tidak mengira siapa yang melakukannnya.
Pada ucaptama Majlis Anugerah Bisnes Utusan di Kuala Lumpur, hari ini, titah baginda juga mahu rakyat negara ini diasuh dengan budaya supaya membenci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah.
“Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar – tanpa berat sebelah, kerana rasuah ialah rasuah walau siapa juga yang melakukannya.
“Warga perlu diasuh dengan budaya yang benci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah. Warga perlu dididik untuk memandang rasuah dengan rasa amat jijik,” titah baginda.
Menurut Sultan Nazrin, perkara itu perlu dilakukan memandangkan Indeks Persepsi Rasuah 2015 oleh Transparency International meletakkan negara di kedudukan ke-54 daripada 168 buah negara.
Baginda juga memberi peringatan sekiranya rasuah gagal diperangi, ia akan melumpuhkan negara dan rakyat keseluruhannya, terpaksa membayar dengan penderitaan dan kesengsaraan seperti yang dialami oleh rakyat di kebanyakan negara mundur.
“Rasuah merupakan barah yang dikatakan sedang merebak dalam batang tubuh negara; rasuah bagaikan anai-anai yang sedang membusut besar dan semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara.
“Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya.

Kalau Tun Razak masih hidup mesti Mahathir ajak gaduh - Nazri

MCA perlukan pemimpin lebih hebat dari Guan Eng - Nazri

Dr M: Tidak... saya tak terima lamaran daripada pembangkang

Nazri harap Muhyiddin pun tinggalkan Umno

Terpulang kepada Muhyiddin cabar Najib, kata Dr Mahathir

Amanah sedia bekerjasama dengan Tun M jatuhkan Najib

Kit Siang: 'Save Malaysia' is not the same as having a unity government

Kit Siang: I have met with Dr. M & Zaid Ibrahim

Can Hasan assure 100% attendance at next PAC meeting?

Najib must address whether U$1bil went into his account

Protes UMNO?... bendera BN terbalik terpampang di Johor

Terima kasih Tun M keluar Umno

Tidak ada apa-apa atau sesiapa yang rugi pun apabila Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi meninggalkan parti yang pernah dipimpinnya selama bertahun-tahun.
Ketika kerajaan Malaysia perlu memberi fokus kepada banyak isu penting dan mendesak, tindakan Dr Mahathir itu adalah rahmat kepada seluruh alam Melayu Malaysia sebenarnya.
Tanpa gangguan dan kritikan dari dalam parti, kabinet ampuh Datuk Seri Najib Razak sekarang mampu melaksanakan banyak tugasan yang selama ini terganggu kerana terpaksa melayan kerenah Dr Mahathir dan penyokongnya.
Terbukti suara Dr Mahathir bukan lagi suara keramat seperti yang pernah dimilikinya suatu ketika dulu.
Sudah entah berapa kali beliau menyeru supaya Najib diketepikan. Mula-mula secara lunak dan berkias, sehinggalah akhir-akhir ini apabila beliau mengambil pendekatan lebih berterus-terang dan tegas.
Hampir-hampir tiada sesiapa yang sudi mendengar, apa lagi menyahut seruan berkenaan. Jika ada yang berminat pun, mereka hanyalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya Datuk Seri Mukhriz.
Gambaran kekecewaan
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ini - dan seperti selalu - nampaknya lebih banyak berdiam diri.
Selebihnya berjuta-juta ahli Umno kekal dengan keyakinan amat teguh kepada Najib. Keengganan mereka memberi reaksi jelas dan berani kepada seruan Dr Mahathir adalah bukti terang dan nyata terhadap sikap mereka itu.
Hakikatnya tindakan Dr Mahathir keluar Umno - sekali lagi - itu tidak lebih daripada gambaran kekecewaannya apabila kata-katanya tidak lagi dihormati.
Dr Mahathir tidak ada banyak pilihan sebenarnya. Pelbagai usaha dan ikhtiar sudah diusahakan, sama ada secara langsung atau tidak.
Kenyataan terbuka dalam sidang media, sudah. Berceramah di Kelab Sultan Sulaiman pun sudah. Memberi pandangan di blog lagilah sudah.
Tetapi apa hasilnya? Muhyiddin tersingkir. Mukhriz diketepi.
Kebijaksanaan Najib, Hadi

Pecat, keluar parti tidak selesai masalah UMNO – Rafidah Aziz

Apa yang berlaku dalam UMNO telah memberikan imej yang buruk dan parti itu juga telah menyimpang jauh dari cogankata perjuangan asal.
Rafidah-umno
PETALING JAYA : Masalah yang berlaku dalam UMNO telah memberikan imej yang buruk kepada cara parti mentadbir kerajaan yang menyimpang jauh dari cogankata perjuangan asalnya iaitu “Bersatu..Bersetia..Berkhidmat”
“Dimanakah letaknya usaha untuk bersatu, apa yang terjadi pada setia kepada UMNO dan apakah yang dilakukan dalam konteks berkhidmat?,” soalnya bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.
Menerusi akaun Facebooknya, bekas menteri kabinet berkata, tidak pernah ahli-ahli UMNO disuruh bersatu untuk menentang sesama sendiri, kecuali bersatu untuk memperkukuhkan parti.
“Tidak pernah juga, ahli-ahli UMNO diminta setia kepada individu dalam parti, melainkan kepada UMNO.
“Begitu juga sama sekali tidak pernah UMNO tidak pernah meminta ahli-ahli berkhidmat untuk kepentingan sesiapa, kecuali hanya untuk parti.
“Supaya parti terus mampu menerajui kerajaan untuk bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Barisan Nasional..membangunkan negara dan mentadbir untuk kepentingan rakyat,” katanya
Rafidah berkata, masalah-masalah yang dihadapi UMNO kini tidak mungkin selesai hanya melalui pemecatan, keluar parti, mencela antara satu sama lain dan menunjukkan sifat yang tidak mencerminkan budaya parti itu.
“Mengapa kita biarkan UMNO dikeji oleh sebab karenah individu-individu? Mengapa parti yang telah sekian lama menaungi bangsa dan rakyat dijadikan mangsa kepada kegagalan individu-individu?,” soalnya.
Sebaliknya, beliau berkata, UMNO perlu mencari jalan pendamaian, penyatuan dan perbincangan dengan fikiran terbuka.
Tegasnya, setiap kesilapan boleh dibaiki dan diperbetulkan jika mahu mengembalikan keyakinan bangsa dan rakyat.

Tun M mahu UMNO kalah PRU 14 – Pemimpin UMNO

Dia (Dr Mahathir) sudah lama sebenarnya menikam UMNO kerana tindakan mengganggu kepimpinan Najib adalah sama seperti mensabotaj UMNO untuk kalah dalam PRU ke-14.
mahathirPETALING JAYA: Beberapa pemimpin UMNO mendakwa, langkah Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan keluar dari parti itu adalah disebabkan beliau mahu melihat parti Melayu tersebut kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Memetik laporan laman portal bnbbc.my, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, tindakan bekas Perdana Menteri itu jelas menunjukkan beliau bukan sahaja mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak malah, sudah lama menikam UMNO dan mahu ia kalah dalam PRU akan datang.
“Tun Mahathir sebenarnya sudah lama hilang pertimbangan, maka tindakan beliau keluar UMNO tidak lagi mengejutkan bahkan tidak lagi relevan. Dia sudah lama sebenarnya menikam UMNO kerana tindakan mengganggu kepimpinan Najib adalah sama seperti mensabotaj UMNO untuk kalah dalam PRU ke-14.
“Tindakan Tun M adalah betul, kerana lebih baik dia berjuang dari luar untuk menyerang Najib setelah gagal hampir setahun untuk menumbangkan Najib dari dalam.” katanya.
Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyifatkan, tindakan Dr Mahathir itu adalah tindakan seorang pemimpin yang kalah pada pertembungannya dengan Najib.
“Tun M sudah mula kecewa dengan ahli UMNO yang sentiasa melindungi Najib dan tidak bagi sokongan pada dia, dia lihat orang UMNO semuanya berada di belakang Perdana Menteri, ini bermakna dia sendiri merasakan yang pemimpin UMNO sudah jelek dengan tindakan Tun Mahathir itu sendiri,” tambahnya.
Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menasihatkan agar semua pihak tidak mempedulikan tindakan Dr Mahathir yang dianggapnya bukanlah sebagai astu langkah yang baik untuk dicontohi generasi yang bakal menjadi pemimpin kelak.
“Saya tidak nampak cara yang dilakukan oleh beliau boleh menjadi tauladan kepada generasi baru dalam UMNO.
“Ini kerana Tun Mahathir sepatutnya memikirkan kesan pada parti melebihi yang lain,” ujarnya.

Jangan bersubahat dengan pemimpin korup – Khairuddin

Hanya dengan cara itu sahaja dapat 'mengajar' pemimpin UMNO untuk mengambil kira suara rakyat dan tidak bertindak sesuka hati.
khairuddin,umno
PETALING JAYA: Ahli-ahli UMNO yang mempunyai mempunyai prinsip dalam perjuangan dinasihatkan supaya keluar dari parti itu agar tidak bersubahat dengan pemimpin yang korup.
Nasihat itu diberikan aleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan menerusi catatan di Facebooknya hari ini.
“Ahli UMNO yang mempunyai prinsip untuk tidak bersubahat dengan kemungkaran pemimpin korup sekarang, secara jujur dan ikhlas saya ingin sarankan agar keluar dari parti buat masa ini.
“UMNO sudah lingkup, tiada peraturan lagi. Kalangan kaki bodek minda lemah otak udang sedang mengurus tadbir seolah-olah UMNO milik mereka,” tulisnya.
Khairuddin menambah, hanya dengan cara itu sahaja dapat ‘mengajar’ pemimpin UMNO untuk mengambil kira suara rakyat dan tidak bertindak sesuka hati.
“Mereka sudah lupa bahawa kedudukan mereka adalah dipilih oleh rakyat. Inilah masanya untuk kita ajar pemimpin-pemimpin bangang yang dok syok sendiri untuk mereka mengetahui langit itu tinggi atau rendah.
“Selagi rakyat takut untuk bertindak selagi itulah kita bakal dibelenggu oleh pelbagai kemungkaran yang bakal meranapkan negara tercinta ini,” kata suami kepada pelakon Umie Aida itu.
Khairuddin semalam mengikut jejak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang mengumumkan keluar dari UMNO.
Berikutan pengumuman Mahathir semalam, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang dianggotai ketua-ketua cawangan UMNO seluruh Malaysia turut berkata akan menimbang untuk keluar daripada parti.

Mahathir akan terus dedah salah laku Najib

Mahathir juga tidak menolak akan menimbang semula untuk kembali kepada UMNO apabila Najib meletakkan jawatan atau disingkir daripada kedudukan Presiden parti.
mahathir,-najib,-umno
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan terus bersuara dan mendedahkan salah laku Najib walaupun berada di luar parti UMNO.
“Saya tidak mahu melihat negara diuruskan oleh seseorang yang telah banyak melakukan kesalahan,” katanya dalam sidang media Proton Centre of Excellence, di sini hari ini.
Beliau juga menegaskan ia tidak bermakna beliau akan menyertai mana-mana parti pembangkang untuk berbuat demikian.
In kerana, Mahathir akui jiwanya masih bersama UMNO dan sebab beliau keluar parti adalah kerana ia menjadi parti milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya tidak berkongsi pandangan dan apa yang dijuangkan mereka (parti pembangkang). Perjuangan saya hanyalah UMNO tetapi ia kini sudah menjadi parti milik Najib,” katanya dalam sidang media Proton Centre of Excellence, di sini hari ini.
Mahathir juga tidak menolak akan menimbang semula untuk kembali kepada UMNO apabila Najib meletakkan jawatan atau disingkir daripada kedudukan Presiden parti.
Susulan kepada pengumuman Mahathir untuk keluar Umno semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri menjemput bekas perdana menteri itu untuk menyertai parti itu jika “berminat untuk bersama memperjuangkan Islam sebagai dasar bernegara”.

Pertemuan 'selamatkan Malaysia' dalam masa terdekat - Wan Azizah


Sebuah pertemuan bagi membincangkan program asas bagi 'menyelamatkan Malaysia' akan diadakan dalam masa terdekat, kata ketua pembangkang.
Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata beliau akan bertemu dengan pimpinan Pakatan Harapan, parti-parti politik lain, NGO dan beberapa individu, bagi membincangkan panduan bersama dalam sebuah 'muafakat nasional'.

Beliau juga berkata, dalam tempoh beberapa hari terakhir, telah tercipta sejarah apabila ramai pihak yang bersama Umno dan BN kini lantang bersuara menyatakan kesediaan bergerak secara muafakat untuk mereformasikan institusi-institusi di negara ini.
“Sebagai ketua pembangkang parlimen Malaysia, dan memandangkan masalah kepimpinan serta skandal yang terus melanda negara tanpa henti, saya amat mengalu-alukan malah menggesa semua ahli parlimen tanpa mengira parti atau fahaman politik untuk bersama di dalam usaha untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya.
Beliau mengingatkan kenyataan tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sistem negara sedia ada perlu ditukar, dan bukan sekadar perdana menterinya.
“Maka semangat inilah yang perlu kita jiwai,” katanya.
Gesaan reformasi Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam respon selepas digantung daripada jawatan timbalan presiden Umno, menekankan perlunya reformasi institusi politik di negara ini.
Politik dalaman Umno sekarang menjadi perhatian susulan terkeluarnya beberapa pemimpin kanannya yang kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Misi selamatkan negara: Amanah sedia beri kerjasama

Misi selamatkan negara: Amanah sedia beri kerjasama
SELAYANG - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyatakan kesediaan untuk bersama dengan mana-mana pihak yang sedang merancang misi selamatkan negara.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, ia bagi membantu merealisasikan perjuangan reformasi yang dibawa Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan selama ini.
"Kami bersama dalam mana-mana gerakan yang menolak penyelewengan dan salah guna kuasa.
"Pada waktu yang sama, kami mendesak agak reformasi institusi negara secara menyeluruh dapat disegerakan dengan menukar kerajaan sedia ada secara demokratik," katanya ketika sidang media di Wisma Amanah, di sini, hari ini.
Beliau dalam pada itu meminta semua pihak mengambil serius gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap apa yang berlaku dalam negara pada masa kini.
Menurut Mohamad, gesaan Mahathir yang meminta semua pihak bangkit menyelamatkan negara merupakan langkah wajar memandangkan negara kini berada dalam keadaan kritikal.
"Krisis kepercayaan terhadap kepimpinan dan kedaulatan negara sudah sampai ke kemuncaknya.
"Semalam, Dr Mahathir telah melahirkan rasa kesalnya ke atas apa yang berlaku dan menyeru ahli-ahli Umno supaya meninggalkan kepentingan parti demi menyelamatkan negara dari kepincangan. Gesaannya perlu dipandang serius memandangkan beliau merupakan seorang tokoh," katanya lagi.

Dana AS$1b - 'Mesti ada kebenaran jika Najib tak saman WSJ'

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman akhbar kewangan Amerika Syarikat, The Wall Street Journal berhubung dakwaan lebih AS$1 bilion disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.
Menurut Mahathir, jika Najib tidak berbuat demikian, ini hanya menunjukkan bahawa laporan WSJ itu “'mesti mempunyai beberapa kebenaran”.
"Jika ini tidak benar, maka PM mesti bertindak untuk saman mereka kerana buat laporan palsu.
"Tetapi jika PM tidak saman, (sedangkan) mereka boleh didakwa di negara sendiri, maka mesti ada kebenaran dalam apa yang diperkatakan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Proton di Shah Alam, Selangor, hari ini.

SUPER CASH !!!


'More than US$1 billion in Najib's accounts'

Sue WSJ if their report is not true says Tun M

Deposit dalam akaun peribadi Najib lebih AS$1 bilion

The Wall Street Journal (WSJ) meneruskan siri pendedahan mereka berhubung akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, melaporkan perdana menteri sebenarnya menerima lebih AS$1 bilion – beberapa ratus juta lagi daripada yang dikenal pasti sebelum ini.
Akhbar perniagaan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu melaporkan, sumber mereka berkata penyiasat antarabangsa percaya kebanyakan dana itu berasal daripada syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
WSJ mula mendedahkan berhubung akaun peribadi Najib Julai tahun lalu tetapi masih lagi belum disaman perdana menteri yang menafikan semua tuduhan itu.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengatakan pada Januari “tidak terdapat bukti yang cukup” untuk mendakwa Najib bagi sebarang kesalahan membabitkan hampir AS$700 juta ditemui dalam akaun peribadinya. Tetapi WSJ mengatakan maklumat penyiasat antarabangsa itu berbeza dengan kesimpulan peguam negara Malaysia. Peguam negara mengatakan AS$681 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib merupakan derma sah daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan sebahagian besar daripada dipulangkan semula.
Apandi berkata, ini merupakan salah satu daripada sebab mengapa Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku berkaitan deposit ke dalam akaun peribadinya.
Tetapi hari ini WSJ turut melaporkan penyiasat daripada 2 negara yang tidak dinamakan bersetuju hampir semua daripada AS$681 juta dikembalikan seperti diumumkan peguam negara.
Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat percaya wang itu berasal daripada 1MDB yang dinafikan secara konsisten digunakan untuk tujuan lain selain pelaburan.
WSJ berkata penyiasat percaya wang itu bergerak menerusi transaksi web kompleks dalam beberapa negara dan dengan bantuan 2 bekas pegawai Abu Dhabi, sebuah emiriah Teluk Parsi yang ada ikatan kuat dengan 1MDB.
“Penyiasat memfokuskan kepada entiti yang mereka percaya menjadi saluran penting; syarikat dengan nama hampir sama dengan syarikat milik Abu Dhabi bernama Aabar Invesments PJS,” lapor WSJ.
Dalam pemfailannya, 1MDB dilaporkan membayar lebih sebilion dolar kepada Aabar – tanpa menyatakan nama penuh.
Tidak masuk ke syarikat milik Abu Dhabi itu, sebaliknya penyiasat percaya wang berkenaan ke syarikat yang mempunyai nama hampir serupa, didaftarkan di British Virgin Islands, dan selepas berpusing-pusing, AS$681 juta dapat dimasukkan ke akaun Najib, lapor akhbar itu.
1MDB ditubuhkan pada 2009 sebagai syarikat pelaburan strategik tetapi menjadi fokus beberapa penyiasatan tahun lalu selepas ia mengumpul hutang sehingga RM42 bilion. Siasatan bermula bukan saja di Malaysia tetapi juga di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Abu Dhabi, menurut WSJ.
Tahun lalu, WSJ melaporkan sebahagian wang itu untuk projek yang membantu parti pemerintahan Najib, Barisan Nasional mengekalkan kuasa menjelang pilihan raya umum pada 2013.

WSJ dakwa lebih AS$ 1 bilion dalam akaun Najib


Akhbar The Wall Street Journal dalam laporan terbaru mendakwa deposit ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjumlah lebih daripada AS$ 1 bilion.
Ini termasuk desposit AS$ 681 juta (RM2.6 bilion) yang menurut Najib dan pihak berkuasa Malaysia sebagai sumbangan politik.
Walau bagaimanapun, laporan WSJ itu tidak memperincikan bagaimana baki AS$ 1 bilion itu disalurkan ke dalam akaun bank Najib dan dari mana dana itu berasal.
Memetik sumber, laporan WSJ itu hanya berkata baki jumlah wang yang tidak didedahkan itu didepositkan ke dalam akaun Najib sebelum pemindahan RM2.6 bilion berkenaan.
"Sebahagian besar wang di luar daripada dana AS$681 juta yang dikenal pasti sebelum ini datang pada tahun 2011 dan 2012, kata dua orang yang biasa dengan aliran wang ke akaunnya dan seorang yang rapat dengan siasatan di luar negara," petik laporan WSJ.
Ia juga mendakwa bahawa sebahagian besar wang AS$ 1 bilion itu berasal dari 1MDB, dan bukannya dari Arab Saudi.