Isnin, 29 Februari 2016

Muhyiddin - jangan harapkan sisik dari keli

Oleh Mohd Sayuti Omar
Muhyiddin Yassin cuba mencari justifikasi kenapa jawatannya sebagai timbalan presiden Umno digantung? Apakah beliau masih memperkaui bahawa Umno masih lagi sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi dan ia masih menjadi sebuah badan siasah yang ada wibawa?

Begitulah, jika ditafsir nada kekecewaannya atas apa yang berlaku. Muhyiddin mengungkit dan mempersoalkan tindakan ke atasnya dibuat bukan berlandaskan fakta yang konkrit sebaliknya lebih kepada kepentingan untuk menjaga kuasa sang presiden.

Muhyiddin menghuraikan jawatannya digantung kerana mengkritik presiden parti demi kebaikan dan masa depan parti. Jadi apabila ia berlaku begitu menunjukkan dalam Umno tidak lagi meletakkan kepentingan parti yang disuarakan ahlinya, tetapi lebih mengutamakan kepada ketua.
Memang ini satu kegangjilan dan kesongsangan dalam Umno. Satu kedukacitaan yang sangat berat kerana Umno adalah parti unggul. Namun ia tidak perlu dikesali oleh Muhyiddin. Apa yang beliau terima itu adalah kesenimbungan kepada apa yang berlaku sebelum ini.

Muhyiddin seperti mengalpai apa yang berlaku sebelum ini, bahawa banyak sejarah baharu berlaku dalam parti nasionalis itu. Setiap dekad ada sejarah baharu yang dicatat oleh parti itu. Tahun 1987, Umno diistyharkan sebagai parti haram oleh mahkamah. Tahun itu juga wujud Umno baharu. Itu juga sejarah.
Tahun 1998, timbalan perdana menteri, bernama Anwar Ibrahim dipecat. Proses pemecatan Anwar berbeza sedikit dengan proses pemecatan Muhyiddin. Tetapi natijah dan motifnya sama, kerana TPM mengkritik perdana menteri.

Anwar dipecata kerana beliau menyuara kesangsian dan menentang penyelewengan Dr Mahathir Mohamad. Apa yang Anwar lakukan itu bukan untuk dirinya tetapi demi masa depan dan integriti Umno. Samalah dengan apa yang dilakukan Muhyiddin itu. Beliau menegur dan mempersoalkan salah lakukan Najib Razak berhubung 1MDB dan juga dana RM2.6 billion. Teguran itu bukan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk Umno.

Harga minyak turun 15 (95) dan 10 (97) sen tengah malam ini!

Berkuatkuasa 1 Mac esok, harga runcit petrol turun 0.10 sen seliter (RON97) dan RM0.15 seliter (RON95) bermula 12 tengah malam ini.
fuel
PETALING JAYA: Berkuatkuasa 1 Mac esok, harga runcit petrol turun 0.10 sen seliter bagi RON97 dan RM0.15 seliter bagi RON95 bermula 12 tengah malam ini.
Bagaimanapun, harga runcit diesel bagi Euro2 dan Euro5 masing-masing kekal pada kadar RM1.35 seliter dan RM1.45 seliter.
Penurunan dipercayai susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia, yang berterusan sejak Januari tahun ini.
Kadar RON95 dan RON97 pada Januari berada pada paras RM1.85 seliter dan RM2.25 seliter, manakala pada Februari RM1.75 seliter (RON95) dan RM2.05 (RON97).
Kadar Euro2 pada Januari berada pada paras RM1.65 seliter, diikuti RM1.35 seliter pada bulan Februari.

Tidak perlu hadir, Hadi memang tidak diundang perhimpunan 27 Mac

KUALA LUMPUR, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang tidak diundang ke perhimpunan

tokoh-tokoh politik yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata penganjur.
“Hadi tidak akan hadir perhimpunan 27 Mac ini? Memanglah tidak, beliau memang tidak diundang,” kata Datuk Zaid Ibrahim, penganjur perhimpunan tersebut, di Twitter petang ini.

Beliau mengulas keengganan presiden PAS menyertai perhimpunan tersebut ― yang dijangka dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ― dengan alasan “beliau hanya menolak Umno, bukan orang Umno.”

Mantan perdana menteri itu dan bekas timbalan perdana menteri, yang digantung jawatannya dalam Umno, dua tokoh utama parti pemerintah yang mengecam Najib berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion.

Abdul Hadi dilaporkan tidak berminat menyertai sebarang perhimpunan anti-Najib, termasuk anjuran Zaid, yang dipercayai akan disertai ramai tokoh pembangkang dan penyokong Mahathir.

“Saya anti-Umno tetapi tidak (anti) orang Umno; orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik,” Sinar Harian memetiknya sebagai berkata.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merancang mengadakan perhimpunan bagi mendesak Najib melepaskan jawatannya.

Zaid menjelaskan acara anjurannya bukan bantahan awam seperti demonstrasi Bersih 2.0 tetapi ia diadakan secara “tertutup” di kalangan 1,000 jemputan khas.

Mahathir: Umno perlu digulingkan, tetapi ...

Umno perlu digulingkan daripada kuasa jika terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Parti itu perlu digulingkan.
"Tetapi pembangkang tidak mempunyai majoriti," kata Mahathir ketika ditanya sama ada Umno perlu disingkirkan.
Mahathir juga menolak sebarang harapan mengenai usul undi tidak percaya terhadap Najib kerana katanya, ahli parlimen Umno tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini ketika mengumumkan bahawa dirinya akan keluar Umno.
Sebelum majlis itu, Mahathir berjumpa dengan beberapa pemimpin pembangkang termasuk, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli, dan Hanipa Maidin dari AMANAH dan naib presiden PKR Tian Chua.
Beliau berkata mereka berbincang dan bersetuju bahawa Najib perlu disingkirkan.
Ditanya apa langkah seterusnya, Mahathir mencadangkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang untuk menyelaraskan usaha memerangi Najib.
"Ia belum lagi ditubuhkan. Saya berharap sebuah gerakan utama dapat menunjukkan komitmen mereka dengan menandatangani deklarasi bersama.
"Kita bersetuju untuk satu perkara, iaitu menyingkirkan Najib," katanya.
Namun, menurut Mahathir, dirinya tidak akan mengetuai kumpulan teras itu.
"Saya akan jadi seorang daripada (ahli) mereka bukannya ketua,” kata Mahathir.
Mahathir hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti itu sudah lari daripada landasan perjuangan sebenar.

Gantung Muhyiddin: Tindakan untuk singkir beliau - Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad
PUTRAJAYA - Penggantungan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah merupakan tindakan bagi menyingkirkan beliau, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, walaupun ada dakwaan yang mengatakan bahawa pemecatan Muhyiddin adalah lebih baik berbandjng pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berada dalam Umno, Mahathir memaklumkan bahawa tidak ada beza antara pemecatan dan dengan penggantungan.
"Gantung atau buang sama sahaja. Mereka berselindung disebalik perkataan.
"Mereka mahu singkirkan Muhyiddin tapi guna cara gantung beliau," katanya ketika sidang media yang berlansung di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Muhyiddin digantung sebagai Timbalan Presiden Umno setelah beliau mengeluarkan beberapa kenyataan kritikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tugas beliau diganti Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dr M sanggup bunuh UMNO demi tewaskan musuh politik - Annuar Musa

Annuar gambar Mahathir 'true Machiavellianism' dan mengamalkan kaedah matlamat menghalalkan cara untuk cita-cita politik.
Annuar Musa
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup ‘membunuh’ UMNO hanya untuk menumpaskan musuh politik.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata ia strategi Dr Mahathir sebelum ini dan ia dibuat semula dalam usahanya menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Strategi terbaharu ini adalah untuk melumpuhkan dan membunuh UMNO sebagai kaedah terakhir menewaskan Datuk Seri Najib.
“Pendekatan ini didorong pengalaman Dr Mahathir, di mana beliau bersedia mengorbankan UMNO demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Annuar berkata, Dr Mahathir adalah ahli politik ‘true Machiavellianism’ dan mengamalkan kaedah matlamat menghalalkan cara.
Katanya, kaedah mengorbankan UMNO demi menewaskan musuh politiknya sudah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan beberapa kerajaan negeri dalam pilihan raya terdahulu.
“Sejarah membuktikan Dr Mahathir tidak teragak agak menghadiahkan pembangkang kuasa dan kerajaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang tidak disukainya.
“Itulah Dr Mahathir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Justeru terpulanglah kepada ahli UMNO untuk melihat episod terbaharu ini,” katanya.

Dr M keluar UMNO tidak meninggalkan kesan - Dr Andrew Aeria

Penganalisis politik menyifatkan Najib 'keras' dan kekal pendirian untuk terus menjadi Perdana Menteri
mahathir
PETALING JAYA: Penganalisis politik menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO tidak memberi impak ke atas Datuk Seri Najib Razak.
Pensyarah Jabatan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Andrew Aeria, berkata kedudukan Perdana Menteri kekal kukuh dan sama sekali tidak tergugat.
“Dr Mahathir yang memulakan pemerintahan bercorak ‘autoritarianisme’ dan kini beliau sendiri yang menerima akibatnya.
“Tiada apa yang Dr Mahathir mampu lakukan ketika ini kecuali terus membuat bising. Najib tak seperti Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Andrew berkata, Najib tetap teguh pendirian dan nampak ‘keras’ untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Dr Mahathir terpaksa menelan hakikat itu. Hari ini, Dr Mahathir dalam sidang medianya mengumumkan keluar UMNO kerana tidak lagi percaya dengan kepemimpinan Najib selaku Presiden UMNO.
Beliau dilaporkan berkata, UMNO kini adalah parti yang bertujuan hanya untuk melindungi Najib.
Sementara itu, Andrew berpenadangan, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak akan keluar UMNO.
Katanya, pengundi masa kini lebih mementingkan isu berkaitan kos sara hidup berbanding kemelut politik yang melanda UMNO.
Ditanya mengenai kemungkinan Dr Mahathir membentuk kerjasama dengan pembangkang untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Andrew berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana bekas Perdana Menteri itu tidak pernah meluahkan hasrat sedemikian.

Saya bukan keluar UMNO sebab Mukhriz – Dr M

Dr Mahathir keluar UMNO kerana malu dengan cara parti itu diuruskan dan skandal yang membelenggu Najib.
mahathir mukhriz
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan beliau meninggalkan UMNO kerana kecewa anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disingkirkan selaku Menteri Besar Kedah.
Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, Dr Mahathir berkata, beliau seorang yang setia kepada UMNO walaupun pernah disingkirkan daripada parti pada zaman Tunku Abdul Rahman Putra.
Katanya, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan UMNO kerana merasa malu dengan keadaan parti itu ketika ini
“Sesetengah orang kata saya keluar UMNO sebab kecewa anak saya bukan Perdana Menteri. Kalau saya mahu anak saya jadi Perdana Menteri, masa saya berkuasa saya boleh naikkan dia. Tapi kamu tahu beliau masuk politik selepas saya tinggalkan politik.
“Saya tak amalkan nepotisme. Malah, saudara mara saya merasakan saya terlalu tegas dalam hal ini. Sekurang-kurangnya seorang saudara saya enggan bercakap dengan saya kerana saya tegas dalam hal ini,” katanya.
Ditanya sama ada beliau mahu membentuk parti politik baharu, Dr Mahathir mengatakan tidak dengan ringkas.
Dr Mahathir juga menafikan bahawa beliau yang meletakkan asas pentadbiran yang menyebabkan berlakunya penyalahgunaan oleh Perdana Menteri.

Tendangan celah kangkang untuk Umno - A Kadir Jasin


Pengumuman penarikan diri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada Umno hari ini adalah kerana parti itu bertujuan semata-mata untuk melindungi Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak.
Turut meninggalkan Umno adalah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Dr Mahathir mengambil langkah yang sama pada tahun 2008 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Apabila Mohd Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pada tahun 2009, Dr Mahathir masuk semula, bergiat cergas dan dikreditkan dengan kejayaan Barisan Nasional merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2013.
Ada orang berkata Dr Mahathir tidak sepatutnya mengundurkan diri. Mereka berkata adalah lebih dramatik beliau menunggu sehingga dipecat.
Pengunduran diri Dr Mahathir adalah tendangan celah kangkang (a kick to the groin) kepada Umno.
Tetapi Mohd Najib dan penggilap epal serta pemakan dedak beliau mungkin berasa amat lega kerana duri yang menjadi selumbar di punggung mereka luruh dengan sendirinya.
Walaupun terlalu awal untuk meramalkan berapa ramai ahli Umno yang akan menurut jejak langkah beliau namun ia cukup untuk melemahkan lagi semangat ahli parti yang sudah pun merudum.
Elok juga beliau keluar Umno daripada kekal di dalamnya dan dihujani pelbagai cemuhan, maki-hamun dan perbuatan kurang ajar kerana mengkritik Mohd Najib dan konco-konconya.
Ia akan memudahkan beliau menjadi obor bagi setiap warganegara yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada kerakusan kuasa Mohd Najib.
NOTA kaki: Saya sendiri menarik diri secara rasmi daripada Umno – parti ayah saya – kuatkuasa 29 Jun tahun lalu kerana saya berasa tidak lagi boleh menyumbang kepadanya atau bersetuju dengan tindak-tanduk para pembesarnya. Pembatalan keahlian saya itu disahkan oleh Setiausaha Kerja Umno, (Datuk) Ab Rauf bin Yusoh, melalui surat bertarikh 4 Ogos 2015. Terima kasih kepada Umno dahulu. Ayah saya menyertai Umno pada tahun 1946. Setiap pilihan raya, sehingga Pilihan Raya Umum 2004, dia mewajibkan anak-anaknya balik mengundi. Tapi pada PRU 2008 dia tidak mengeluarkan “petua” itu. Sebelum dia meninggal dunia pada tahun 2009, dia berkata, “Umno bukan parti aku lagi” dan berhenti membaca Utusan Malaysia, akhbar sanjungannya. Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Wallahuaklam.

Datuk A Kadir Jasin

Dr M enggan mohon maaf keadaan politik hari ini


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf berhubung dakawan beliau bertanggungjawab menyebabakan krisis politik hari ini yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Bagi tahu apa yang saya lakukan,” kata Mahathir sambil menafikan kritikan bahawa dirinya yang menyebabkan badan kehakiman menjadi lesu.
"Saya tolak dakwaan yang saya melemahkan badan kehakiman.
"Badan kehakiman semasa saya (jadi perdana menteri) boleh mengharamkan Umno," katanya.
Beliau berkata ini tidak mungkin dapat dilaksanakan hari ini dengan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak membenarkan sebarang dakwaan ke mahkamah.
Episod di mana Mahathir didakwa melemahkan badan kehakiman berlaku pada tahun 1988 selepas mahkamah mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram.
Ini, bersama dengan beberapa penghakiman lain oleh mahkamah yang tidak memihak kepada kerajaan, mendorong Mahathir untuk meminda perlembagaan untuk menghadkan kuasa badan kehakiman.
Sementara itu, Mahathir yang keluar Umno hari ini menafikan beliau meninggalkan parti kerana kecewa bahawa anaknya Datuk Seri Mukhriz tidak dijadikan perdana menteri.
"Jika saya mahu berbuat demikian, semasa saya adalah perdana menteri, saya akan usahakannya," kata beliau.
Mahathir sebelum ini dikenali dengan sikap tegasnya yang tidak membenarkan ahli keluarganya menyertai politik mahupun perniagaan yang berkaitan dengan kerajaan ketika beliau masih berkuasa.
"Saya tidak amalkan nepotisme," katanya.

Dr M mahu pastikan Najib tidak akan terus pimpin negara ini

Nazri sifatkan Dr Mahathir 'kaki gaduh'

Saya malu jadi ahli parti 'cash is king', kata Dr Mahathir

Najib hanya hadiahkan 'senyuman' ditanya Dr M keluar Umno

Mahathir: Umno is now Najib's party

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO

Separuh ahli UMNO akan keluar parti – Anina

Ahli UMNO mula sedar parti itu tidak lagi menjaga kepentingan Melayu tetapi melindungi Najib Tun Razak semata-mata.
anina-umnoh
PETALING JAYA: Separuh daripada tiga juta ahli UMNO didakwa akan meninggalkan parti itu bagi mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anina Saadudin berkata, tindakan itu kerana ahli UMNO sedar parti itu tidak lagi menjaga kepentingan orang Melayu sebaliknya ia menjadi parti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.
“UMNO kini menjadi parti untuk Najib sahaja. Ia parti untuk pencuri wang negara dan kuncu-kuncunya sahaja.
“Lebih tiga juta ahli UMNO. Saya percaya lebih separuh darinya juga sudah keluar dari parti dalam hati masing-masing. Malah saya percaya akan ramai lagi pemimpin UMNO akan keluar parti.
“Malah secara peribadi saya gembira untuk bersama-sama Tun M berjuang di luar parti,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Najib hari ini.
Mengulas lajut Anina berkata, buat masa ini mereka tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti lain, sebaliknya akan terus berjuang untuk mengembalikan UMNO yang sebenar.
“Kami tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti kerana roh perjuangan kami adalah UMNO yang tulen. UMNO kini parti Najib ia bukan lagi UMNO yang tulen. Malah kami juga tidak berhasrat menubuhkan parti baharu,” katanya yang dipecat UMNO.

“Jangkaan UMNO akan berkubur semakin jadi kenyataan”

Pemimpin UMNO berlumba-lumba mempertahankan Najib Razak tetapi berdiam diri dalam isu melibatkan kepentingan rakyat.
Datuk-Hamidah-OsmanPETALING JAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar UMNO hari ini menguatkan lagi ramalan parti itu akan ‘berkubur’ selepas Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14).
Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, bukan setakat rakyat biasa malah pemimpin parti Melayu terbesar itu menyedari bahawa mereka akan kalah teruk dalam PRU14.
“PRU akan datang UMNO akan kalah teruk, bukan saya sahaja yang kata, malah pemimpin UMNO sendiri menyedari bahawa mereka tidak akan menang pada pilihanraya akan datang,” katanya kepada FMT.
Tambah bekas EXCO Pergerakan Wanita UMNO lagi, keputusan Dr Mahathir keluar parti adalah tepat kerana perjuangan UMNO sudah terpesong jauh ketika ini.
“Sebab saya tengok hari ini apa juga keputusan yang dibuat oleh parti bukan untuk kepentingan parti tetapi untuk kepentingan Najib, malah keputusan Majlis Tertinggi (MT) menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak sangat mereka pun sudah hilang arah tuju.
“Contoh rakyat menghadapi kesempitan hidup tetapi, kita tak nampak pemimpin UMNO tampil menyelesaikan masalah rakyat tetapi kalau perkara melibatkan Najib mereka akan membuat keputusan segera. Saya amat kecewa dengan kepimpinan UMNO sekarang,” katanya.
Hamidah dipecat UMNO pada November lalu kerana mengkritik kepimpinan parti dan kerajaan.

Tun M keluar parti UMNO, so what?

Tindakan Tun Mahathir keluar daripada parti UMNO bukanlah sesuatu yang baharu, generasi muda mahu Tun lakukan lebih daripada itu.
Mahathir_umno_pau_600 (1)Sudah berapa kali agaknya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO?
Selepas diumumkan hari ini, Mahathir secara rasmi keluar parti, ya, secara rasminya!
Tetapi tindakan keluar UMNO dan sertai semula bukanlah perkara baru bagi Mahathir. Malah, secara rohaninya, Mahathir memang sudah lama bukan UMNO.
Daripada mula mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, anggota kabinet Barisan Nasional yang lain, menentang polisi-polisi kerajaan, menentang akta yang diperkenalkan kerajaan, menyerang badan berkanun kerajaan hinggalah melawat demonstrasi Bersih 4.0 tahun lalu, tidak ketinggalan kesediaanya untuk terus menyertai perhimpunan tertutup penentang Najib pada 27 Mac depan, Mahathir sudah lama bukan UMNO.
Situasi politik Mahathir menjadi lebih parah apabila satu-satunya ‘kuasa’ dalam UMNO beliau, iaitu anaknya, Tan Sri Mukhriz Mahathir pula digugurkan (diminta undur) dari jawatan Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah..
Tekanan demi tekanan, selepas semua usahanya untuk menggulingkan Najib gagal, Mahathir secara rasmi ‘keluar’ UMNO hari ini.
Kita bukan tidak tahu betapa dalam dan rumitnya polemik politik Mahathir. Pernah keluar parti pada 2008, pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, perjalanan politik Mahathir penuh taktikal.
Dikritik dengan dilabelkan sebagai autokrat semasa zaman pemerintahannya, Mahathir yang aktif dalam politik sejak 1945 pernah dipecat keahlian pada 26 September 1969 ekoran tindakannya mengedar surat umum yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra.

Politik dan ekonomi tidak menentu GKCM hantar surat kepada Majllis Raja-Raja

GKCM  hari ini menyatakan kebimbingan rakyat  terhadap isu politik dan ekonomi agar Majlis Raja-raja Melayu mengambil maklum.GKCM hari ini menyatakan kebimbingan rakyat terhadap isu politik dan ekonomi agar Majlis Raja-raja Melayu mengambil maklum.Ekoran isu politik dan ekonomi yang tidak menentukan hari ini Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) mengutuskan surat kepada Majlis Raja-raja Melayu untuk menyatakan kebimbangan ahli parti dan rakyat terhadap perkembangan terkini yang berlaku di negara ini.
Tiga wakil GKCM terdiri daripada AJK Pusat, Mohd Isa Yasin serta dua Naib Presidennya Mohd Solihin Badri dan Rushdan Mohamed, telah menyerahkan surat berkenaan di pejabat Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-raja Melayu hari ini.
Tanpa mendedahkan butiran kandungan surat berkenaan, kenyataan menyebut rakyat hari ini hidup dalam kebimbangan dan ketakutan terhadap situasi ekonomi dan politik yang penuh dengan kekalutan.
“GKCM amat prihatin terhadap kebajikan rakyat yang kini dihimpit pelbagai masalah.
“ Justeru kami telah mengambil langkah untuk menyatakan 'sesuatu' kepada Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu. Kandungannya padat.
“Kami mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan isi kandungan surat tersebut kepada umum kerana ia merupakan isi hati rakyat kepada Raja Raja yang kami taat dan junjung.
“Semoga surat ini akan dapat diterima baik oleh Duli Duli yang Maha Mulia Raja Raja Melayu berserta tindakan yang diharapkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” ujar kenyataan rasmi itu.

ISYARAT UMNO MESTI DITUMBANGKAN DAN NAJIB WAJAR BERTAHAN SEHINGGA PRU 14

Bekas Perdana Menteri paling lama, Tun Mahathir Mohamad hari ini membuat keputusan yang mengejutkan iaitu sekali lagi keluar daripada UMNO sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Najib Razak.

Katanya, beliau terpaksa keluar UMNO kerana parti itu kini hanya digunakan untuk mempertahankan presidennya sahaja.

UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang dulu, saya tidak boleh lagi jadi ahli parti yang begini, kata Tun Mahathir lagi.

Pada 2008 lalu, Tun Mahathir juga meninggalkan UMNO sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi yang ketika itu sarat dibelenggu dengan masalah dan karenah  "budak-budak tingkat 4" dalam pentadbiran kerajaan.

Berikutan tindakannya itu, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum kemudiannya dan Tun Abdullah akhirnya setuju untuk berundur pada 2009. 

Sebaik saja Najib mengambil alih kelimpinan negara, Tun Mahathir turut kembali menyertai UMNO semula.

Selepas berbulan-bulan menekan dan mengasak Najib berundur berikutan isu skandal kewangan yang melibatkan dirinya, keluarnya Tun Mahathir daripada UMNO kali ini tidak lain sebagai  isyarat bahawa beliau tidak lagi mahu menggunakan saluran parti itu dalam usahanya menyingkirkan Perdana Menteri.

Tun Mahathir melalui tindakannya ini dengan jelas mahukan UMNO dikalah dan ditumbangkan dalam pilihanraya umum akan datang yang akan diadakan kira-kira dua tahun daripada sekarang.

Sudah tentu dalam tempoh mulai sekarang hingga tarikh pilihanraya yang dijangka diadakan pada 2018 nanti, beliau akan terus bekerja kerja menjelalah ke seluruh negara bagi memastikan matlamatnya itu tercapai.

Secara langsung juga, Tun Mahathir sebenarnya mahu membuktikan siapa yang lebih diterima rakyat, sama ada dirinya atau pun Najib.

Maka, Najib seharusnya jangan mengalah dan teruslah memimpin UMNO dan negara sehingga keputusan pilihanraya diumumkan agar apabila tumbangnya UMNO dan BN nanti, namanya akan tercatat dalam sejarah sebagai punca runtuhnya sebuah kerajaan serta bakal menjadi sebutan anak cucu sehingga hari kiamat.

Saifuddin harap Dr M turut tumbangkan Umno


Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah mengalu-alukan langkah Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno hari ini.
Saifuddin bagaimanapun berharap langkahnya kali ini bertujuan menumbangkan Umno dan BN serta melakukan reformasi menyeluruh dalam politik negara.
 “Moga kali ini ia bertujuan untuk tumbangkan Umno/BN dan lakukan reformasi holistik,” katanya.
Saifuddin, bekas timbalan menteri, sebelum ini telah mengambil langkah sama dengan keluar Umno dan menyertai PKR.
Mahathir hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.
Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Mahathir antara pemimpin yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang.
Kedudukan Najib kini dilihat semakin mencengkam dalam Umno dan kerajaan, terutamanya selepas peguam negara membersihkannya daripada sebarang salah laku dalam kes derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya dan SRC International.
Reaksi lain
Berikut reaksi-reaksi lain berkaitan tindakan itu:
Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri Umno
“Khabar terbaik setakat ini. Tindakan ini akan buka mata orang Melayu, bahawa masa depan mereka bergantung kepada pemimpin yang baik dan jujur.
“Mereka harus tinggalkan parti yang membenarkan rasuah dan salah guna kuasa.”

Kumpulan penentang Najib mungkin ikut jejak Dr Mahathir keluar Umno

Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno mendapat sokongan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang serius dan memberi kesan besar kepada parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 29 Februari, 2016. 
Kumpulan penentang dalam Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) tidak menolak akan mengikut jejak penaungnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertindak keluar Umno hari ini.
Naib Presiden GKCM Rushdan Mohamed menyifatkan keputusan Dr Mahathir merupakan sesuatu yang serius dan akan memberikan kesan besar kepada Umno.
"Kami sudah adakan mesyuarat tertutup dengan Dr Mahathir sebelum ini dan memberi jaminan kepadanya akan sentiasa bersama beliau walaupun keluar parti Najib.

"Ia hari yang sedih apabila berlaku keadaan ini kerana individu bertanggungjawab membina negara ini membuat keputusan meninggalkan parti," katanya di Putrajaya hari ini. Rushdan berkata, GKCM akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan keputusan dibuat Dr Mahathir sama ada akan mengikut jejak yang dibuat bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.
"Kami akan bermesyuarat malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu ini dan akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat nanti," katanya.
Dr Mahathir hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti itu sudah hilang hala tuju dan tidak lagi relevan dengan pembangunan negara.
Ini bukan kali pertama Dr Mahathir mengumumkan keluar Umno, pada Mei 2008 beliau bertindak keluar parti itu selepas hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun.
Bagaimanapun, ‎bekas perdana menteri itu mengambil keputusan menyertai semula Umno pada 2009 selepas penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak menjadi presiden.

Mahathir harap Muhyiddin juga keluar Umno

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengikuti jejak langkahnya dan meninggalkan parti itu.
"Saya harap begitu," kata Mahathir ketika ditanya sama ada Muhyiddin patut meninggalkan Umno sebagai bantahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Mahathir, beliau akan berada di luar Umno selagi Najib memimpin parti itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.
Selain Mahathir, turut meninggalkan Umno hari ini adalah isterinya,Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Jumaat lalu, Majlis Tertinggi Umno menggantung Muhyiddin sebagai timbalan presiden kerana terus lantang menentang presiden parti Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum ini, tujuh blan lalu, Najib memecatnya sebagai timbalan perdana menteri kerana mempertikaikan cara isu 1MDB ditangani.
Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu jika tindakannya akan mendorong orang lain untuk keluar parti, tetapi tidak akan menghalang mereka daripada berbuat demikian.
Sejurus selepas sidang akhbarnya, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut mengumumkan bahawa beliau akan keluar Umno.
Sementara itu, Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) memberitahu pemberita bahawa mereka akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini untuk membuat keputusan sama ada untuk kekal bersama parti.
GKCM mendakwa mempunyai lebih 400 ahli di seluruh negara.

Khairuddin juga keluar parti, ibarat Umno di alam barzakh


Mengikuti jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan juga memutuskan untuk keluar Umno hari ini.
Namun alasannya lebih mengerikan dengan mendakwa Umno ibarat mayat.
“Bagi saya Umno sudah tidak relevan lagi. Umno sudah dimandikan jenazah.
“Umno sudah dikafankan. Umno sudah dimasukkan ke dalam liang lahat untuk berada di alam barzakh buat selama-lamanya,” katanya dalam satu kenyataan.
Sambil mengakui beliau sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Umno masa kini, katanya parti Melayu terbesar itu sedang menuju ke arah kehancuran kerana tindakan pemimpin ‘kaki bodek, minda lemah dan otak udang”.
Menurutnya pemimpin parti juga tersimpang jauh dari wadah perjuangan asal.
"Saya dengan secara rasminya mengisytiharkan untuk keluar dari Umno secara serta merta.
“Mulai saat ini saya tidak lagi seorang ahli Umno Cawangan Bukit Tambun atau Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang.
"Secara jujurnya, saya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Umno masa kini yang sedang menuju ke arah menghancurkan parti,” katanya.
Khairuddin sebelum ini ditahan atas tuduhan mensabotaj ekonomi negara kerana tindakannya memfailkan laporan berhubung 1MDB dengan pihak berkuasa beberapa negara.
Beliau hari ini turut hadir pada sidang akhbar ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan Umno.
Bekas perdana menteri itu menuduh Umno hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presiden.

'Tiada lagi tangisan Umno untukmu, Tun'


Ramai bersedih dengan langkah drastik Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno pada 2008, ketika beliau memprotes pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lapan tahun lalu.
 Bagaimanapun, kata MYKMU, web pendukung Datuk Seri Najib Razak, keadaan berbeza akan berlaku kali ini.
“Tiada lagi tangisan Umno untukmu, Tun Mahathir, seperti mana 2008.
“Pisang tidak berbuah dua kali,” menurut editorial laman itu sebagai reaksi kepada pengisytiharan keluar parti oleh Mahathir hari ini.
MYKMU bagaimanapun berkata jasa perdana menteri 22 tahun itu tetap akan dikenang dalam sejarah.
“Namun sejarah juga tampak akan berulang bahawa sebahagian besar pemimpin Umno (Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien On) meninggal di luar Umno.
“Mungkin Tun hanya meneruskan tradisi dan takdir tersebut. Selamat tinggal Tun Mahathir.
“Ampun dan maaf kiranya ada salah silap dan terkasar bahasa kerana politik itu demikianlah adatnya. Semoga Tun pergi dengan tenang suatu hari nanti,” tulis MYKMU lagi.
MYKMU juga berkata pengumuman Mahathir tidak sangat mengejutkan dan menunjukkan “selama 22 tahun kita telah ditipu oleh beliau bahawa parti lebih penting dari pemimpin”.
Kata portal itu, setiap kali Umno berpecah atau Mahathir menyingkirkan mana-mana pemimpin, beliau akan mengulang “mantera bahawa parti lebih penting dari pemimpin” dan pemimpin datang dan pergi.
“Apabila menolak Pak Lah (Abdullah), Mahathir umum keluar Umno. Sekarang bila tidak suka Mohd Najib, Mahathir umum keluar Umno lagi.
“Jika parti Umno lebih penting dari pemimpin tentu Tun Mahathir tidak meninggalkan Umno kerana marahkan mana-mana pemimpin,” katanya.
MYKMU juga mendakwa, alasan itu hanya bertujuan mengekalkan dirinya di tampuk kuasa bukan kerana kepentingan agama, bangsa dan negara.

Dr Mahathir keluar Umno kerana Najib


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambai kepada media semasa di sidang media di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 29 Februari, 2016.  
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti itu sudah hilang hala tuju dan tidak lagi relevan dalam pembangunan negara.
"Dengan ini saya mengumumkan keluar daripada Umno.
"Parti ini bukan lagi Umno tapi parti Najib," kata Dr Mahathir pada sidang media dipenuhi pemberita di pejabatnya, Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Ini bukan kali pertama Dr Mahathir mengumumkan keluar Umno, pada Mei 2008 beliau bertindak keluar parti itu selepas hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun. Bagaimanapun, ‎bekas perdana menteri itu mengambil keputusan menyertai semula Umno pada 2009 selepas penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak menjadi presiden.
Dr Mahathir menyifatkan Umno yang wujud kini hanya semata-mata untuk mempertahankan seorang individu bernama Najib untuk terus berkuasa.
"Matlamat dan perjuangan parti yang dirampas ini hanya untuk Najib, mengekalkannya sebagai pemimpin dan mempertahan dirinya daripada sebarang tindakan undang-undang ke atasnya," kata beliau.
Dr Mahathir berkata, beliau juga tidak rela menjadi ahli kepada parti yang pemimpinnya terpalit dengan pelbagai skandal tidak berjawab dan mengamalkan politik rasuah sehingga memalukan negara.
"Khususnya pemimpin ini sebagai sebagai perdana menteri Malaysia memegang kepada kepercayaan 'wang itu raja' yang bermakna menjadikan rasuah (sogokan wang) sebagai cara utama untuk mendapat sesuatu. Kepercayaan ini sudah merebak keseluruhan sehingga ia dipandang hina masyarakat," katanya.
Dr Mahathir juga berkata, hanya akan masuk semula Umno jika Najib meletak jawatan dan tidak memimpin negara.

Tun M isytihar keluar Umno


Tun Mahathir sekali lagi hari ini mengistiharkan dirinya keluar UmnoTun Mahathir sekali lagi hari ini mengistiharkan dirinya keluar UmnoBekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan beliau  keluar Umno buat kali ketiga sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau  membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi 'Umno' dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.
“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, beliau akan berada di luar Umno selagi Najib memimpin parti itu.
Pada sidang media itu, Tun M turut mengumumkan bahawa isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali keluar daripada Umno atas sebab yang sama sepertinya.
Ini merupakan kali ketiga tokoh politik Kedah itu lucut keahlian Umno. Menyertai Umno pada 1946, Mahathir dipecat keahliannya pada 26 September 1969 selepas pengedaran umum suratnya yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra.
Beliau hanya diterima masuk semula ke dalam Umno pada 7 Mac 1972 dibawah pentadbiran Tun Abdul Razak.
Kira-kira 36 tahun kemudiannya, pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir isytihar keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pada 4 April 2009, iaitu sehari selepas perlantikan rasmi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir bersama-sama isteri, Dr Siti Hasmah telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli Umno semula.

Mahathir keluar Umno: Najib, Pak Lah tersenyum


Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan perdana menteri semasa, Datuk Seri Najib Razak tersenyum apabila dminta mengulas bahawa Tun Dr Mahathoir Mohamad mengisytiharkan dirinya bukan lagi ahli Umno.
Najib, selepas menghadiri majlis pelancaran buku autobiografinya bertajuk "Najib Razak - 40 Tahun, 40 Gambar" di di Kuala Lumpur enggan mengulas dan mengelakkan dirinya daripada wartawan.
Beliau sekadar melemparkan senyuman tetapi menutup mulutnya manakala setiausaha akhbarnya berkata “not today (bukan hari ini)”.
Begitu juga dengan Abdullah. Beliau juga sekadar membalas soalan wartawan dengan senyuman.
Mahathir, bersama-sama dengan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali hari ini mengumumkan bahawa mereka akan meningglakan Umno, parti yang beliau pernah terajui selama lebih daripada dua dekad, sebagai protes terhadap Najib.
Ini adalah kali kedua Mahathir dan isterinya meninggalkan parti itu sejak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

'Jika 100,000 hadir, kita adakan 20 perhimpunan anti-Najib' - Zaid


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sekali lagi menggesa rakyat supaya menyertai perhimpunan 27 Mac ini bagi membantah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam tulisan terbaru di blog, katanya, rakyat mesti berani dan memberi jaminan bahawa ruang adalah mencukupi bagi menampung jumlah hadirin yang besar.
 Menjawab soalan, bekas ahli parlimen Umno itu memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak menjangka bilangan yang sebegitu besar.
"Jika 100,000 orang mahu datang, kita boleh buat 20 kali.
"Ia tetap diadakan di tempat tertutup kerana kita mahu berucap. Lebih kondusif untuk berucap di tempat seperi itu," katanya.
Mengenai lokasi itu, Zaid berkata beliau masih belum membuat keputusan kerana masih ada sebulan lagi.
Sebelum ini, bekas menteri itu menafikan perjumpaan berkenaan adalah satu perhimpunan awam dengan berkata beliau tidak bertindak seperti badan pemantau pilihan raya, BERSIH.
Beliau berkata demikian selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran.
Dalam blognya, Zaid juga mempertahankan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada pengkritik yang membidas tindakan dan dasar-dasarnya semasa menerajui negara.
Beliau berhujah bahawa Mahathir menyertai politik semasa era berbeza dan merayu kepada semua pihak agar mengketepikan perbezaan mereka dan berganding bahu untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rafizi: Kenapa Tabung Haji tak saman saya?


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau tidak terkejut dengan tindakan Lembaga Tabung Haji membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan agensi itu memberi jaminan korporat kepada sebuah syarikat bersekutunya.
 Menurut Rafizi, sekiranya isu ditimbulkan beliau adalah fitnah dan menjatuhkan reputasi Tabung Haji, agensi itu sepatutnya mengambil tindakan saman sivil terhadap beliau di mahkamah.
"Sebaliknya, Tabung Haji membuat laporan polis dengan niat supaya saya didakwa di bawah akta jenayah," katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya, pendakwaan di bawah akta jenayah lebih mudah disabitkan berbanding tindakan saman di bawah undang-undang sivil yang mengambilkira haknya sebagai ahli parlimen untuk membuat komen munasabah (fair comments) atau berdasarkan maklumat yang diketahuinya (qualified privileges).
"Tambahan pula, tindakan saman oleh Tabung Haji di bawah undang-undang sivil perlu membuktikan bahawa komen-komen saya mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah berniat jahat.
"Semua pembuktian dan hak memberi komen di bawah pembelaan “fair comments” dan “qualified privileges” tidak wujud di bawah akta jenayah. Pendakwa selalunya hanya membuktikan bahawa saya telah mengeluarkan kata-kata tersebut," katanya.
Rafizi berkata, dalam beberapa kes melibatkan beliau, terdapat kecenderungan pimpinan Umno dan badan-badan kerajaan membuat laporan polis supaya beliau disiasat di bawah undang-undang jenayah dan bukan saman sivil.

Laporan polis: Rafizi tidak terkejut tindakan Lembaga Tabung Haji

Naib Presiden PKR Rafizi Raml tidak terkejut dengan tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan agensi itu memberi jaminan korporat kepada sebuah syarikat bersekutunya.
Menurut Rafizi, sekiranya isu ditimbulkan beliau adalah fitnah dan menjatuhkan reputasi Tabung Haji, agensi itu sepatutnya mengambil tindakan saman sivil terhadap beliau di mahkamah.
"Sebaliknya, Tabung Haji membuat laporan polis dengan niat supaya saya didakwa di bawah akta jenayah," katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya, pendakwaan di bawah akta jenayah lebih mudah disabitkan berbanding tindakan saman di bawah undang-undang sivil yang mengambilkira haknya sebagai ahli parlimen untuk membuat komen munasabah (fair comments) atau berdasarkan maklumat yang diketahuinya (qualified privileges).
"Tambahan pula, tindakan saman oleh Tabung Haji di bawah undang-undang sivil perlu membuktikan bahawa komen-komen saya mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah berniat jahat.
"Semua pembuktian dan hak memberi komen di bawah pembelaan “fair comments” dan “qualified privileges” tidak wujud di bawah akta jenayah. Pendakwa selalunya hanya membuktikan bahawa saya telah mengeluarkan kata-kata tersebut," ujar Ahli Parlimen Pandan ini.
Rafizi berkata, dalam beberapa kes melibatkan beliau, terdapat kecenderungan pimpinan Umno dan badan-badan kerajaan membuat laporan polis supaya beliau disiasat di bawah undang-undang jenayah dan bukan saman sivil.
Sehubungan itu kata Rafizi, sekiranya tuduhan beliau tidak benar dan memfitnah Tabung Haji, agensi itu wajar mengambil tindakan saman terhadapnya di mahkamah dan bukan dengan membuat laporan polis.
Semalam, Tabung Haji dalam kenyataan medianya menafikan lembaga itu memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).
Lembaga itu juga menyatakan telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan dan dokumen-dokumen yang disebarkan Rafizi

Zaid: Jangan terlalu keras kepada Mahathir, eranya berbeza


Kempen Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri menyaksikan pengkritik mempersalahkan bekas perdana menteri itu atas dasar kuku besinya sebagai punca kepada keadaan politik hari ini.
Pengkritik juga mendakwa Mahathir turut terpalit dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah semasa pemerintahan lebih dua dekad.
 Namun bagi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, Dr Mahathir seperti rakan sejawatannya dari Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, berkuasa dalam tempoh masa yang berbeza.
"Mereka terpaksa berhadapan dengan kemiskinan, kependudukan asing, peperangan, pemberontakan komunis dan zaman gelap pemerintahan penjajah. Mereka terpaksa berhadapan dengan isu-isu hidup dan mati.
"Oleh itu, mereka perlu memilih keutamaan dan jika mereka menekankan isu survival ekonomi dan perpaduan kaum berbanding demokrasi.
“Jadi, janganlah kita terlalu keras ke atas mereka," katanya dalam satu tulisan di blog.
Sambil menggesa semua pihak bagi mengketepikan perbezaan, bekas pemimpin Umno itu berkata langkah pertama ke arah pembaharuan adalah menyingkirkan Najib.
"Sudah tentu, itu sahaja tidak cukup, kita perlu bekerjasama untuk pembaharuan institusi awam supaya tidak ada lagi penyalahgunaan pada masa akan datang.
“Ini, kita boleh bincangkan pada masa hadapan, tetapi buat masa ini biar kita bersama-sama menolak kepimpinan Najib," katanya.
Dalam usaha untuk memastikan tindakan ini berjaya, Zaid berkata kekurangan kepercayaan di kalangan reformis perlu ditangani.

Pas tak kemaruk kuasa, sedia sokong Umno dengan syarat - Hadi Awang


Abdul Hadi AwangAbdul Hadi Awang
Pas bukan sebuah parti yang kemaruk kuasa untuk memerintah negara apatah lagi merampas tampuk pemerintahan negara daripada parti seterunya, Umno.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas sebaliknya merupakan parti yang sejak awal penubuhannya pada 1951 sentiasa memperjuang agendanya untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam mengikut hidayah Allah, lapor Utusan Malaysia.
Beliau mengakui bahawa parti yang diterajuinya itu bersedia menjadi pendokong kuat kepada Umno sekiranya parti tonggak BN itu mentadbir negara dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.
"Macam mana kita nak cari pemerintahan begini iaitu balik kepada Islam. Justeru, Pas mengajak kembali kepada Islam khususnya orang Melayu, tidak kira Pas atau Umno dan Pas tak tamak kuasa.
"Kalau Umno kembali pada Islam, laksanakan Islam mengikut hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan sokongan rakyat serta benar-benar ikhlas kerana Allah, kita akan dokong agar Islam ditegakkan. Pas tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang Pas mahu hanya Islam ditegakkan," katanya.
Beliau menegaskan demikian ketika berucap merasmikan program Himpunan Harapan Rakyat (Harap 3.3) di Kampung Padang Mengkuang dekat sini malam tadi.
Yang turut hadir, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Nasaruddin Daud; Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat; dua timbalannya Dr. Alias Razak dan Yahaya Ali serta barisan kepemimpinan Pas negeri.

Muhyiddin lebih baik tutup mulut....!!

Kalau kenyataan Muhyiddin tidak dapat merungkai atau menyelesaikan apa-apa kecuali tambah mengelirukan, lebih baik beliau tutup mulut sahaja.
muhyiddin,tutup-mulutPergantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan penyokong beliau, termasuk mereka yang merasakan proses tersebut sebagai tidak adil.
Kebanyakan orang yang mengikuti perkembangan politik pula sudah boleh menduga langkah ini daripada Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Apalah sangat jawatan Timbalan Presiden UMNO jika jawatan Timbalan Perdana Menteri pun boleh ditarik balik. UMNO, Melayu dan Johor ternyata ada hubungan rapat, namun ia tidak dapat berbuat apa-apa untuk Muhyiddin sejak digugurkan daripada jawatan nombor dua negara.
Sekarang tinggal Muhyiddin sebagai ahli Parlimen Pagoh (menggunakan tiket UMNO) dan ahli UMNO yang mana beliau sendiri pernah akui enggan meninggalkan parti Melayu itu.
Siapapun tidak mungkin lupa kata-kata Muhyiddin, “I am a Malay first” apabila dicabar oleh Lim Kiat Siang untuk menyatakan sama ada dirinya adalah ‘Malay first’ atau ‘Malaysian first’. Jadi, tidak mungkinlah Muhyiddin sanggup menggadaikan keanggotaanya sebagai ahli UMNO yang memperjuangkan keMelayuan walaupun dihimpit dengan pelbagai dilema politik dalam UMNO.
Namun, sejak beliau membuat pelbagai kenyataan yang kontra dengan Najib berkenaan syarikat pelaburan negara 1MDB hingga yang terbaru mengenai wang dalam akaun peribadi Najib dan SRC International, beliau dilihat belum membuat satu keputusan politik yang kukuh atau konsisten.
Ini kerana, jika Muhyiddin benar-benar mahu membuat pendedahan dan menyelamatkan negara ini, saya percaya ia boleh dilakukan secara berhemah dan mengikut prosedur. Tetapi lain pula ceritanya apabila Muhyiddin bertindak ‘melepaskan’ satu per satu tiap kali berdepan dengan situasi genting.
Ia boleh dilihat sejak hari pertama beliau ‘menyerang’ Najib, setiap kali Perdana Menteri bertindak, Muhyiddin memulakan serangannya, ini termasuk selepas digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri hingga digantung sebagai Timablan Presiden UMNO.

Najib kekal kerana disokong Umno bahagian, kata Mujahid


Dr Mujahid YusofDr Mujahid Yusof
Hanya ketua-ketua bahagian Umno yang memiliki kuasa untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri hari ini dan selagi mereka masih membisu dengan desakan rakyat, tuntutan agar Datuk Seri Najib Razak diganti tidak akan terlaksana, kata Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusuf.
Sehubungan itu beliau menyeru ketua-ketua bahagian Umno supaya melihat kepentingan negara dengan menolak kepincangan Perdana Menteri dan bersikap berani di atas kebenaran.
"Janganlah kerana terhutang budi dengan kepentingan material, kita menggadaikan maruah negara," ujar beliau dalam satu kenyataan.
Menurut Dr Mujahid, suasana negara hari ini menuntut semua pihak bertangungjawab melakukan yang terbaik untuk memulihkan maruah negara setelah Perdana Menteri gagal melaksanakan tanggung jawab memelihara asas penting negara.
Negara ujarnya menghadapi krisis defisit kepercayaan (deficit trust) apabila berlaku campur tangan politik yang serius dalam institusi Jabatan Peguam Negara dan SPRM.
"Hari ini tokoh besar seorang negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamed telah melahirkan rasa kesalnya ke atas apa yang berlaku dari salahguna kuasa PM dan justeru itu menyeru kita semua meninggalkan kepentingan parti supaya negara dapat diselamatkan oleh kepincangan kepimpinan di bawah Perdana Menteri hari ini," kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu.
Seruan Dr Mahathir selaku seorang negarawan, ujar Dr Mujahid perlu diambil serius oleh semua pihak walaupun gerakan massa menyelamatkan negara dari kepincangam kepimpinan negara sudahpun diaktifkan terlebih awal oleh Gerakan Reformasi (1999-2008) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudiannya disambung melalui wadah Pakatan Rakyat (2009-2014) dan terbaru Pakatan Harapan (2015 hingga kini).

Menurutnya, antara sebab utama Perdana Menteri sukar untuk diganti adalah kerana Umno masih mempertahankan kedudukan Perdana Menteri yang secara amalannya ialah Presiden Umno.
"Hanya Ketua-Ketua Bahagian Umno memiliki kuasa untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri hari ini dan selagi mereka masih membisu dengan desakan rakyat dan beberapa tokoh penting negara dari parti mereka sendiri, selagi itulah kepincangan dan penyelewengan Perdana Menteri hari ini akan terus menjadi ancaman kepada kepentingan negara.
"Oleh itu, saya menyeru kepada ketua-ketua bahagian Umno supaya melihat kepentingan negara lebih utama dengan menolak kepincangan Perdana Menteri hari ini dan bersikap berani di atas kebenaran," katanya.

Skandal SRC: Gani Patail tidak nafi kenyataan Muhyiddin bukti dakwaan benar, kata Mahfuz

Sikap Tan Sri Abdul Gani Patail yang tidak menafikan perkara dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad membuktikan kenyataan itu benar, dakwa ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Februari, 2015.Sikap Tan Sri Abdul Gani Patail yang tidak menafikan perkara dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad membuktikan kenyataan itu benar, dakwa ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar.Sikap berdiam diri bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengenai perkara yang dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan kenyataan itu benar, dakwa ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, jika kenyataan Muhyiddin itu fitnah, Gani pasti akan menafikannya.
"Jika pendedahan Muhyidin itu adalah fitnah terhadap Gani sudah tentu beliau boleh menafikan kenyataan Muhyidin dan mengambil tindakan saman fitnah terhadap Muhyidin.

"Pendirian bekas peguam negara itu mendiamkan diri tidak mahu mengulas kenyataan Muhyidin menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat Malaysia," kata Mahfuz dalam satu kenyataan. Malah kata Mahfuz, pengakuan Gani membuktikan penyingkiran Muhyidin dan Gani adalah langkah pintas dan pantas Najib menghalang pendakwaan terhadapnya.
"Pendedahan Muhyidin akan pengakuan Gani juga bertepatan saranan Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM mengarahkan SPRM mengemukakan semula kertas siasatan kes SRC International RM42 juta kepada peguam negara.
"Ini membuktikan PPO mendapati terdapat bukti kes untuk pendakwaan terhadap Najib.
"Pendedahan Muhyidin juga suatu bukti menunjukkan peguam negara sekarang mencalar nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja yang melantik beliau," kata Mahfuz yang turut mempersoalkan adakah pendedahan berkenaan menyebabkan persepsi umum peguam negara melindungi penjenayah.

‘Timing’ dalam politik

Untuk menikmati satu perjalanan selesa dan tiada halangan dari rumah ke pejabat setiap pagi hari kerja sebenarnya tidak mudah.
Antara syarat utama ialah tiada kemalangan kecil walaupun beratus ribu kereta memenuhi lebuhraya pada satu-satu hari tersebut. Ini bermakna semua pemandu kereta bertindak dalam keadaan cermat pada hari tersebut.
Bukan itu sahaja, dalam beratus ribu kereta tersebut, tiada satupun kereta yang mengalami masalah sehingga terpaksa berhenti di tepi jalan. Ini boleh dikira sebagai ajaib.

Namun, berapa manusia yang reti menghayati keajaiban dan kesyukuran di sebalik perkara semudah ini setiap kali ia berlaku? Begitu juga dunia politik. Bukan mudah untuk Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Selain ketokohannya, beliau turut dibantu rakan-rakan politik yang setia, musuh yang bodoh dan lemah, pembangkang yang tidak reti hidup bersatu dan juga zaman tidak berinternet.
Bagaimana pula dengan Datuk Seri Najib Razak? Apakah yang menyebabkan beliau dapat bertahan sebegitu lama di dalam politik sehingga menjadi perdana menteri Malaysia yang sudah masuk tahun ketujuh meskipun terpalit dengan pelbagai tohmahan dan skandal berskala besar?
Apa yang dicapai Najib sehingga kini boleh dikira sebagai ajaib. Bayangkan, beliaulah perdana menteri pertama yang terpaksa mentadbir tanpa negeri lubuk emas setelah Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya utama (PRU) ke-12 pada tahun 2008.
Beliau juga perdana menteri yang pertama yang terpaksa menghadapi parti-parti pembangkang Malaysia yang bersatu dan dipimpin bekas anak didik Dr Mahathir – Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bukan itu sahaja, Najib juga merupakan perdana menteri yang pertama hidup berpolitik tanpa ISA sebagai senjata.
Berdasarkan semua senario di atas, tiada siapa yang meramalkan Najib boleh bertahan sehingga hari ini walaupun terpaksa dengan pembangkang dan suara pengkritik terpedas negara, Dr Mahathir.
Jadi, apakah rahsia kejayaan Najib? Apakah nasib yang menyebelahi Najib? Ataupun ketokohan Najib yang membawa beliau ke hari ini?
Setelah penulis membaca kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas digantung sebagai timbalan presiden Umno yang berbunyi: “Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!”
Penulis membuat kesimpulan faktor kejayaan terbesar Najib ialah beliau dibantu musuh-musuh politiknya yang bermasalah dan lemah berstrategi di dalam dan di luar Umno.
Tidak percaya?
Cuba renungkan siapakah yang membantu Najib menjadi perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau sedang diserang hebat dalam "kes Mongolia"?
Siapa yang tidak mencabar Najib di pemilihan Umno sebagai presiden walaupun keputusan PRU13 lebih teruk daripada apa yang dicatat Abdullah?

Kesian RAKYAT MALAYSIA.. Kita patut punya maruah dn harga diri

New York Post, Sunday 28 Feb 2016
"One of the largest money laundering fraud in the world"..
http://nypost.com/…/malaysia-goldman-sachs-and-mystery-mil…/

Melayu yg makan dedak & walaun boleh ambil kamus dn kanta.. baca...
Jangan sampai ada yg meroyan atau sawan sudah.
Gambar ada berita pun ada.. jelas

Orang #SARAWAK.. org #FELDA.. org #KAMPUNG jangan sampai tertipu lagi.. yg lepas tu jadikan pengalaman & pengajaran.


Inilah satu kejayaan rakyat Malaysia..

New York Post tak takut kena saman ker.. Hari tu Najib & KERAjaan BN ugut nak saman WSJ hari Selasa. Sampai la ni xjadi nak saman..

Satu2nya dlm sejarah PM di M'sia paling kuat kencingkan rakyat..

HAKIKATNYA.. Salah satu projek kerajaan UMNO untuk langsaikan hutang #1MDB Najib.

Mahathir ikut himpunan Zaid kerana malu Mukhriz disingkir – Nazri

Himpunan anti Najib tak akan berkesan, kata Nazri

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menempelak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dengan mengatakan bekas pemimpin itu menyertai himpunan anti-Najib kerana malu anaknya dilucutkan jawatan Menteri Besar Kedah.
Nazri menyatakan bekas ketuanya itu menyertai himpunan tertutup anti Najib anjuran bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim untuk membalas dendam terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
“Anda kena ingat Mahathir ni pendendam. Jadi dia malulah. Anak dia tak sampai sepenggal pun telah hilang jawatan Menteri Besar. Itu suatu perkara yang memalukan keluarga dia. Apa yang lebih malu bila digugur tak ada siapa pun nak demonstrasi. Jadi mungkin bukan saja untuk balas dendam terhadap Najib, beliau menyertai Zaid Ibrahim, seorang lagi political failure.
“Pada sayalah, dia nak buat sesuatu tunjuk orang marah nak gugurkan Mukhriz,” kata beliau dalam satu wawancara di sini, semalam.
Jumaat lalu, Mahathir menyatakan beliau akan menyertai himpunan tersebut kerana tiada lagi jalan lain bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan pimpinan Najib.
Nazri mengalu-alukan himpunan tersebut yang menurut beliau tidak akan berjaya seperti mana himpunan yang dilakukan sebelum ini.
Beliau dengan sinis menyatakan Mahathir tidak mampu melakukan apa-apa setelah MT membuat keputusan menggantung bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Alah bisa tegal biasa. berpuluh kali dah dia buat himpunan begini. Asalkan dia ikut peraturan sudahlah. Bagilah kebebasan.
“Waktu dia jadi Perdana Menteri dia tak bagi kita demonstrasi… jadi biarlah. Dia teringin nak demonstrasi. Saya sudah cakap dulu bukan dia boleh buat apa pun. Baling batu dekat gelas pun tak pecah. Biarlah dia,” kata beliau.

Politiknya, Muhyiddin ‘tewas’ di tangan Anwar kata Macai Umno


Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan Umno pada 1998, negara terjerumus dalam keadaan huru-hara, dengan ribuan turun ke jalanan sebagai tanda protes.
 Walau bagaimanapun, senario sama berlaku sekarang yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal mencetuskan keadaan seumpama itu.
Membandingkan kedua-dua insiden itu, satu artikel dalam laman web pro-Umno Mykmu.net berhujah bahawa apa yang berlaku membuktikan bahawa Muhyiddin tidak memiliki pengaruh seperti Anwar.
“Mungkin perbandingan dua reaksi itu boleh disimpulkan sebagai Muhyiddin tidaklah terlalu hebat sangat pengaruhnya jika dibandingkan dengan Anwar.
“Politiknya, Muhyiddin ‘tewas’ di tangan Anwar,” kata penulisnya.
Menurut artikel itu, jika Anwar pun Muhyiddin tidak mampu tewaskan, apatah lagi berdepan dengan Najib dan majoriti warga Umno di seluruh negara.
“Jika bersandarkan 200-300 ketua cawangan dari lebih 20,000 ketua cawangan, dan hanya dibantah 2-3 Umno bahagian saja, apakah Muhyiddin fikir beliau terlalu besar pengaruh politiknya?
“Mungkin kerana Muhyiddin merasakan (Tun) Dr Mahathir dan anaknya (Datuk Seri) Mukhriz, serta Datuk Seri Shafie Apdal berada di kemnya maka beliau boleh memaksa Najib turun sebagaimana Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu?
Henti melatah
Sebagai ahli politik yang berpengalaman, Mykmu menasihatkan bekas timbalan perdana menteri itu supaya menjadi lebih matang dan tidak melatah yang bukan-bukan sehingga memalukan diri sendiri.
“Cuba belajar dari Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu. Ada beliau bersikap seperti Muhyiddin? Belajarlah dari Tun, Tan Sri…,” katanya.
Mengambil contoh bekas pemimpin nombor dua PAS Mohamad Sabu, Mykmu juga berkata, adalah menjadi tradisi politik di Malaysia, mana-mana timbalan presiden yang ‘serang’ presiden selalunya tidak lama jangka hayat politik mereka.
Menurut artikel itu, apabila Anwar berseteru dengan Mahathir, “habis dikorek dan didedahkan segala kesalahan dan jenayahnya bagi mencari jalan supaya dipecat segera”.
“Sekurang-kurangnya Muhyiddin belum lagi diperlakukan sebegitu dan khabarnya beliau tidaklah sesuci mana,” katanya.

Alasan gantung Muhyiddin demi kaburi mata rakyat - ZAM



SHAH ALAM –  Dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung kerana tidak menjalankan tugasnya sebagai timbalan presiden Umno adalah sengaja dibuat untuk mengaburi mata rakyat terhadap realiti yang sebenarnya.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, sekiranya tiada kepercayaan daripada parti dan presiden selain digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, bagaimana Muhyiddin hendak menjalankan tugasnya, sebagai timbalan presiden Umno.
Tan Sri Zainuddin Maidin “Ahli parti sendiri mengetahui bahawa Muhyiddin sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa. Takkan beliau nak jadi seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
“Itu hanya alasan (tidak menjalankan tugas) yang digunakan mengaburi mata rakyat daripada hal yang sebenarnya. Tapi kita tidak bolehlah anggap rakyat sebodoh itu untuk menerima penggantungannya yang kononnya dilakukan tanpa campur tangan perdana menteri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Zainuddin turut mempersoalkan pendirian Pemuda dan Puteri Umno yang seakan sepi dalam isu berkenaan.
“Sepatutnya mereka ke depan pertahankan tindakan menggantung Muhyiddin. Tetapi suara mereka seakan sepi. Kenapa? Adakah ini bererti mereka tidak menyokong tindakan itu?
“Pemuda dan Puteri sayap kanan Umno, tetapi mereka tidak menunjukkan pendirian tegas. Sedangkan mereka wakili golongan muda,” katanya.
Menurut Zainuddin, sikap ‘senyap’ Pemuda dan Puteri seolah-olah menggambarkan tindakan itu sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh parti dan dakwaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau mendapat sokongan penuh parti boleh dipersoalkan.

Persepsi buruk menanti Muhyiddin kalau keluar Umno

SHAH ALAM - Meskipun diketepi dalam parti, Tan Sri Muhyiddin tidak akan sesekali mengundur diri dari Umno dan menyertai parti lain, jangka penganalisis politik, Dr Shamsinoor Abdul Azzis.
Ini kerana Timbalan Presiden Umno itu mempunyai semangat dan kesetiaan yang tinggi kepada parti keramat itu.
Muhyiddin Yassin "Secara peribadi, saya tidak rasa yang Muhyiddin akan melangkah keluar parti. Itu akan mengundang persepsi tidak baik kepada beliau. Kalau beliau undur (daripada Umno) mungkin rakyat dan penyokong akan melihat beliau sebagai pemimpin yang lemah.
"Bagaimanapun sekiranya beliau disingkir (daripada Umno), ia akan mengundang simpati daripada ramai pihak, sekaligus menguatkan sokongan terhadapnya," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel) itu juga turut berpendapat yang Muhyiddin bakal kesukaran dalam menentang Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan pemimpin itu mempunyai barisan penyokong yang setia kepada pemimpin itu.
"Sebelum beliau (Muhyiddin) digantung pun beliau sudah ada sokongan daripada akar umbi. Sekarang pun banyak menunjukkan orang Umno menyokong beliau.
"Bagaimanapun, Najib akan tetap kekal kerana yang menyokongnya bukan hanya ahli biasa, sebaliknya orang yang mempunyai kepentingan. Najib hanya boleh diturunkan sekiranya ahli Umno yang berjuta ini menunjukkan kesungguhan untuk menggantikan Najib," katanya.

Penggantungan Muhyiddin bakal sebabkan perpecahan Umno Johor

Penganalisis menjangka penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Umno akan menyebabkan keresahan dalam parti terutama di Johor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Februari, 2016.Penganalisis menjangka penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Umno akan menyebabkan keresahan dalam parti terutama di Johor. Penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Umno sudah pasti akan menyebabkan keresahan dalam parti, terutama sekali di tempat kelahiran parti pemerintah Melayu itu di Johor, kata peninjau pendapat awam bebas Ibrahim Suffian, hari ini.
Bercakap dalam ruangan bual bicara di radio BFM pagi ini, pengarah eksekutif Merdeka Center itu berkata, pasti akan ada rasa tidak selesa terutama di kawasan yang setia pada bekas timbalan perdana menteri itu, seperti di Pagoh yang juga kawasan Parlimen beliau dan di sekitarnya.
“Saya tidak fikir akan berlaku pemberontakan di seluruh negara, tapi ia pasti berlaku keresahan di dalam Umno Johor dan kita perlu lihat bagaimana ia berkembang dalam tempoh 2 tahun.

"Sama ada ia akan menjejaskan dan memecahkan dalaman parti itu di Johor,” kata Ibrahim kepada pengacara rancangan itu Sharaad Kuttan. Ibrahim berkata, ini kerana Johor merupakan kubu kuat Umno, tetapi dengan kekuatan itu sekalipun pembangkang sudah mengorak langkah masuk ke negeri itu.
“Sebarang jenis ancaman akan menyebabkan pembangkang peroleh lebih banyak undi pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Pada Jumaat, Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keahlian Muhyiddin sehingga pemilihan akan datang.
Kesannya ialah beliau hilang jawatannya sebagai timbalan presiden Umno.
Ibrahim berkata penggantungan itu juga bermakna Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih berpeluang mendapatkan jawatan timbalan presiden Umno.
Zahid menggantikan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri selepas beliau digugurkan dalam rombakan Kabinet pada Julai lalu.
Zahid kini semakin menghampiri kedudukan nombor satu dalam Umno, kata Ibrahim.
"Penggantungan Muhyiddin dan pelantikan Zahid sebagai pemangku timbalan presiden meletakkan beliau di tempat yang sangat tepat untuk menggantikan Najib jika dan apabila presiden parti sekarang mengambil keputusan bersara daripada politik," kata Ibrahim.
Seluruh episod ini juga menggambarkan Umno efektif dalam memastikan kelangsungannya tetapi ia masih perlu mengambil langkah menangani persepsi pengundi.
"Mereka mungkin akan mengambil langkah menangani persepsi pengundi terhadap kepimpinan parti.
"Siapa tahu, Zahid mungkin bersedia menjadi orang nombor 1 satu hari nanti, tetapi saya fikir, dalam keadaan sekarang, Najib akan kekal di kedudukan itu," kata Ibrahim.

Tengku Adnan guna gelaran palsu – Khairuddin

Adnan juga didesak supaya memberi penjelasan kepada 30 juta rakyat negara ini dari keturunan mana beliau mendapat gelaran 'tengku".
Khairuddin-Abu-HassanPETALING JAYA: Gelaran ‘tengku’ yang digunakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipersoal.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan.
Beliau berkata demikian membidas kenyataan Adnan semalam kononnya dirinya tidak boleh membuat laporan terhadap UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana keahliannya dalam parti Melayu itu dicurigai.
“Adnan Mansor tolong jangan curiga sama ada saya ahli UMNO yang sah ataupun tidak, tetapi curigailah dari mana dapat gelaran ‘tengku palsu’ tu?
“Tolonglah jawab dan terangkan dulu kepada 30 juta rakyat Malaysia dari mana awak dapat gelaran ‘tengku’ palsu ini dulu??. Hakikatnya juga Adnan Mansor ni bukan cerdik sangat pun. Dia adalah kaki bodek minda lemah otak udang.
“Kenapa Adnan Mansor bangang sangat? Kalau saya bukan ahli UMNO macam mana pada pemilihan UMNO tahun 2014 saya boleh bertanding jawatan naib ketua UMNO bahagian?,” soalnya menerusi kenyataan Facebooknya.
Semalam Adnan menyindir tindakan Khairuddin yang mahu membuat laporan terhadap parti itu kepada ROS susulan kemelut yang melanda parti Melayu itu sebagai “tidak boleh pakai”.
“Saya pun banyak benda nak berceloteh pasal Adnan Mansor ni. Dia sebenarnya penyangak yang tak boleh dipercayai serta dapat diibaratkan seperti ‘gergaji dua mata’.
“Parasit macam inilah yang paling bahaya apabila berada di dalam parti politik. Tolong cakap kat ‘tengku palsu’ ni jangan cakap banyak,” tambah Khairuddin.

MT Umno mahu Muhyiddin dipecat bukan gantung - Nazri


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan bahawa sebilangan besar di kalangan mereka pada mesyuarat Jumaat lalu mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilucutkan keahliannya dari parti, sekaligus menyebabkannya hilang semua jawatan parti.
 Bagaimanapun, katanya ada yang tidak bersetuju, termasuk dirinya yang mempertahankan supaya Muhyddin tidak pecat tetapi hanya digantung memandangkan bekas timbalan perdana menteri itu tidak menjalankan tugasnya sebagai orang nombor dua parti yang sepatutnya membantu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
“Saya tak kisah, nak cerita apa yang berlaku, yang dua jam bincang… ada yang cadang supaya dia dipecat terus (dan) nak gantung terus keahlian dia.
“Ada yang MT nak pecat dia tapi saya pertahankan usul saya kerana dia tak jalankan tugas dia sebagai timbalan presiden, jadi gantung sahaja jawatan dia,” katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Nazri, ada juga di kalangan ahli MT yang tidak bersetuju dengan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya digantung jawatan.
Senang 'gantung' Muhyiddin
Pada mesyuarat Jumaat lalu, Muhyiddin serta-merta digantung jawatannya sebagai timbalan presiden Umno.
Nazri juga mengakui usul penggantungan jawatan Muhyiddin dibawanya pada mesyuarat berkenaan.
Sebelum ini, Nazri menyifatkan tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini ibarat “anjing yang sibuk menggigit kaki” sehingga menyukarkan parti melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat.
Muhyiddin dalam reaksinya menegaskan bahawa beliau tidak akan merayu mengenai penggantungan jawatannya sebagai timbalan presiden Umno, walaupun beliau mempertikai cara MT membuat keputusan tersebut.

Pemecatan Muhyiddin, Majlis Tertinggi UMNO patut panggil Perhimpunan Agong Khas

Oleh Aspan Alias
Majlis Tertinggi UMNO telah menggantung jawatan Muhyiddin Yassin, Timbalan Presidennya dengan begitu mudah tanpa merujuk kepada Jawatan Kuasa Disiplin parti dan apa-apa lagi yang perlu dibuat sebelum menggantung jawatannya itu. Yang digantung itu adalah Timbalan Presiden parti yang dipilih oleh perwakilan. Maka adalah wajar UMNO memanggil perhimpunan agong khas bagi merujuk tindakan Najib dan Majlis Tertinggi kepada ahli melalui perwakilan dari setiap bahagian UMNO dari seluruh negara.

Dalam perhimpunan agong itu Presiden parti perlu memberikan penerangan dan beri sebab Timbalannya digantung dan Muhyiddin sendiri wajar hadir dan memberikan pandangan dan jawapan kenapa beliau bertindak menegur Presiden parti berhubung dengan isu terbesar dalam dunia ini yang dikaitkan dengan Presiden parti. Perhimpunan Agong Khas ini amat wajar diadakan jika UMNO mahu melihat parti itu tidak menghadapi masalah besar yang lain dan Najib sendiri boleh mempertahankan diri beliau dalam parti selain dari menggunakan kuasa eksekutif memecat Muhyidn secara ‘unilateral’ dan mengikut sesuka hatinya tanpa merujuk kembali kepada ahli yang memilih Muhyiddin dahulu.
Jika kita hendak bercerai dengan isteri amatlah penting dan wajar bagi kita menghantarkan si isteri kepada ibu bapa mereka yang telah membenarkan kita memperisterikan anak mereka dahulu. Memanggil Perhimpunan Agong Khas ini merupakan cara yang paling bermoral dan demokratik sejajar dengan waktu dan zaman serta mempertahankan moral pucuk pimpinan parti. Mana boleh kita ceraikan isteri dan membiarkan isteri itu melata. Najib perlu menghantar kembali Muhyiddin kepada ahli-ahli UMNO dan beritahu kenapa Najib menceraikan Muhyiddin dan tunjukkan kebertanggungjawaban sebagai seorang pemimpin nombor satu parti pemerintah itu.
Perhimpunan Agong Khas ini boleh mengelakkan Najib dipanggil dengan nama seperti ‘pemimpin pariah, pemimpin diktator dan pemimpin rasuah’  atau nama-nama buruk yang lain terhadap diri beliau. Najib patut berani membersihkan nama beliau dari persepi buruk masyarakat yang dipimpinnya serta pandangan masyarakat antarabangsa yang sedang melihat perlakuan kepimpinan negara kita itu. Perlu diingat Najib adalah Perdana Menteri negara kita yang mewakili sebuah negara yang dikatakan negara yang berdaulat. Pemimpin negara berdaulat tidak boleh mempunyai nama buruk dan persepsi kotor di peringkat antarabangsa. Pemimpin negara berdaulat perlu mempunyai nama yang bersih dan tersisih dari noda dan dosa rasuah dan amalan buruk yang lain.