Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marzuki dalam 1 forum pe
Menurut beliau lagi sebagaimana dilaporkan akhbar perlu ada strategi antara PAS dan Umno untuk menangani isu ini dan bagi mengelakkan kemenangan DAP.
PAS dan Umno tegasnya perlu melupakan perselisihan silam dan menyerahkannya kepada Allah dan berusaha menjayakan kerjasama demi kepentingan melayu dan Islam.
Namun begitu, menurut Zuhdi isu kerjasama ini masih belum dibincangkan kedua-dua parti Melayu itu. Intipati forum ini sememangnya menarik dan jelas dengan tanda kerjasama politik PAS-Umno pada masa hadapan, namun hujah mereka dalam pertahankan usaha kerjasama ini agak longgar menurut saya, ataupun mereka tidak menerangkan alasan sebenar mereka.
Mereka mendakwa perlu ada kerjasama politik antara PAS dan Umno di kerusi marginal (pengundi Melayu 30%-60%) untuk mengelakkan DAP menang namun setahu saya kerusi yang ditandingi DAP biasanya lawannya adalah MCA bukannya Umno.
Maka harus wujud kerjasama PAS-MCA jika sasaran mereka adalah untuk mengalahkan DAP, jadi saya hairan bagaimana idea ini boleh dikemukakan, adakah beliau tidak maklum akan perkara ini atau disebalik itu beliau cuba mencadangkan Umno menyingkirkan MCA lalu hanya wujud kerjasama PAS-Umno menentang DAP?
Situasi ke-2 lebih lojik memandangkan ia berkisar perpaduan Melayu dan Islam.
Adakah Amanah sasaran sebenar?
Adalah lebih lojik jika terus terang kerjasama PAS-Umno adalah di kerusi marginal di kawasan Amanah bertanding kerana itulah medan sebenar mereka, bertanding di kerusi DAP adalah bermakna Umno sebagai parti kompenen BN cuba menyisihkan MCA.
Kerusi marginal merupakan sasaran sasaran Amanah pada PRU14, kerusi ini bermakna Amanah mempunyai peluang yang sama dengan Umno dan PAS untuk merampas mana-mana kerusi yang ada tambahan 3 penjuru yang memecahkan undi Umno dan PAS akan lebih menguntungkan Amanah.
Maka jika berlaku kerjasama politik PAS dan Umno di kerusi marginal maka potensi Amanah untuk menang tidaklah sebesar jika berlaku 3 penjuru. Pengundi tegar PAS dan Umno akan bersatu dalam 1 parti sahaja.