Sabtu, 27 Februari 2016

Artis grafik lancar kempen poster atas talian sokong kebebasan media

Poster terbaharu kumpulan Grupa dengan penggunaan permainan kata yang bijak dan grafik yang menggambarkan sokongan kepada penyiar berita yang digantung atau disekat pihak berkuasa. – Gambar  Facebook Grupa, 27 Februari 2016. 
Poster terbaharu kumpulan Grupa dengan penggunaan permainan kata yang bijak dan grafik yang menggambarkan sokongan kepada penyiar berita yang digantung atau disekat pihak berkuasa.

Artis Grafik Rebel Untuk Protes & Aktivisme (Grupa) melancarkan kempen kebebasan media, menjemput rakyat Malaysia untuk menentang sekatan Putrajaya terhadap media dengan meluahkannya melalui seni dan kerja-kerja kreatif.
Poster terbaharu kumpulan tanpa nama itu dengan penggunaan permainan kata yang bijak dan grafik yang menggambarkan sokongan kepada penyiar berita yang digantung atau disekat pihak berkuasa, seperti majalah mingguan The Heat, akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily dan terbaharu, The Malaysian Insider.
Salah satu poster berbunyi, "Pertama, mereka tidak boleh menahan 'panas', kemudian kami semua di pinggir, sekarang kita adalah orang luar" - rujukan terakhir permainan kata pada halaman altenatif The Malaysian Insider di www.themalaysianoutsider.com.

The Malaysian Insider disekat pengawal selia Internet Malaysia sejak Khamis selepas laporan memetik ahli panel pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mahu namanya disiarkan mengatakan  terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan salah laku jenayah dalam firma milik Kementerian Kewangan SRC International. Kementerian Dalam Negari pada 2013 menggantung The Heat dipercayai disebabkan cerita mengenai Najib bertajuk "Semua tertumpu kepada perbelanjaan besar PM Najib".
Penggantungan itu ditarik balik pada 2014 dan akhbar harian itu dibenarkan meneruskan operasi tanpa sebarang perubahan kepada permit penerbitannya.
Akhbar kewangan, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung tahun lalu kerana melaporkan mengenai dakwaan rasuah di firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di mana Najib merupakan pengerusi lembaga penasihat.
Penggantungan kedua-dua akhbar milik The Edge Media Group  ditarik balik pada September tahun lalu atas perintah Mahkamah Tinggi.

Siapa sebenarnya dalang penyingkiran Muhyiddin?!

Satees Muniandy


Seperti yang diramal kebanyakkan pemerhati politik tanahair, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan daripada Umno.
Laporan media menyatakan Muhyiddin digantung keahlian serta merta, sehingga pemilihan Umno 2018. Setiausaha agung Umno mengumumkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Zahid Hamidi akan mengambil alih tugas timbalan presiden.
Penyingkiran Muhyiddin dilihat sebagai 1 tindakan terakhir untuk menghukum pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak isu derma RM2.6 Billion ke akaun peribadi Najib mula dilaporkan.

Muhyiddin mula mengkritik Najib, dengan kedudukannya sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Najib membalas serangan Muhyiddin dengan menyingkirkan timbalan presiden Umno itu daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kini menyingkirkannya dari jawatan timbalan presiden Umno. Pemerhati politik pernah menjangka pemecatan Muhyiddin daripada kabinet akan menimbulkan kemarahan ahli Umno dan akan mempercepatkan kejatuhan Najib.
Sebaliknya, dengan penyingkiran 2 orang pengkritiknya daripada kabinet, Najib mengukuhkan kedudukanya dalam Umno. Seorang timbalan presiden dan seorang naib presiden yang dipilih majoriti ahli Umno dilucutkan jawatan mereka dalam kerajaan, tetapi tiada bantahan ataupun tentangan hebat daripada ahli Umno sendiri.
Cukup berbeza dengan situasi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan. Seluruh ahli Majlis Tertinggi Umno dilihat menyokong Najib dalam keputusan itu. Yang membuat bising adalah segelintir kecil ahli Umno yang masih setia kepada mantan perdana menteri Tun Mahathir dan Muhyiddin sendiri.
Najib tidak pernah tergesa-gesa untuk menyingkirkan Muhyiddin, tetapi lebih berhati-hati dalam percaturan politiknya.
Satu persatu pengkritik Najib disingkirkan tanpa sebarang tentangan. Karisma Mahathir dilihat tidak efektif lagi di kalangan ahli Umno.
Cara Najib mengendalikan seluruh isu skandal 1MDB, SRC International dan derma politik RM2.6 Billion nyata membawa satu imej negatif terhadap perdana menteri itu.
Pengkritik dalam parti disingkirkan, penjawat awam ditamatkan perkhidmatan, diganti, media diharamkan dan rakyat terus diberi amaran.
Segala tindakan ini tidak akan membantu Najib untuk terus menerajui Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Namun begitu, Najib dilihat begitu agresif dalam percaturan politiknya. Apakah sebabnya?
Sedang kita semua membuat kesimpulan, Najib menjadi penggerak penyingkiran Muhyiddin, kita mungkin terlepas pandang satu lagi individu yang menjadi pemain utama dalam drama Umno ini.
Dalam pemilihan Umno yang lalu, kita melihat bagaimana Zahid menjadi naib presiden Umno dengan sokongan yang kuat. Kedua-dua presiden dan timbalan presiden Umno dipilih tanpa bertanding. Jawatan tertinggi dalam hierarki Umno yang melihat persaingan sengit adalah jawatan naib presiden. Zahid muncul sebagai pemenang dalam pemilihan tersebut dan mencatatkan nama sebagai pemimpin utama Umno.
Najib memilih Zahid untuk menggantikan Muhyiddin, kerana Najib memang sedar populariti Zahid di kalangan ahli Umno.

Tiada lagi persempadanan semula seperti Sarawak, Bersih 2.0 beritahu SPR

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata mereka mahu SPR untuk berterus terang dengan maklumat mengenai persempadanan semula. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 27 Februari 2016.
Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 berharap pelan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) untuk negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan mengulangi cara di Sarawak.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, mereka mahu SPR untuk berterus terang dengan maklumat mengenai pelan persempadanan semula.

"Kita tidak mahu lagi kes seperti Sarawak Rakyat tidak diberi maklumat yang cukup tentang pelan persempadanan semula. "Kita berharap SPR tidak akan menyembunyikan maklumat. SPR harus menjadi telus dan bertanggungjawab," katanya kepada The Malaysian Insider.
Pengerusi SPR Datuk Seri Hashim Abdullah dilaporkan berkata mereka dapat menyelesaikan persempadanan semula kawasan pilihan raya di seluruh negara dengan PRU14 pada 2018 jika tiada cabaran undang-undang.
Beliau berkata persempadanan semula untuk Sabah akan dilakukan selepas pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang, selepas itu ia akan dijalankan di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata semua negeri akan dinilai, dan tidak ada jaminan setiap negeri akan melalui persempadanan semula ataupun tidak.
Persempadanan semula SPR di Sarawak dikritik pembangkang, kumpulan masyarakat sivil dan Bersih 2.0 yang berkata langkah itu adalah untuk melindungi undi Barisan Nasional (BN).
Cabaran undang-undang untuk kawasan pilihan raya yang dicadangkan SPR di Sarawak akhirnya ditolak mahkamah, yang membuat keputusan memihak kepada suruhanjaya itu.
Cadangan SPR untuk menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak 71-82 kemudiannya diluluskan Parlimen dengan majoriti mudah.
"Kita tidak mahu satu lagi kes di Sarawak, dan SPR tidak boleh mengatakan mereka tidak mahu terima bantahan terhadap persempadanan semula mereka, kerana sesiapa saja boleh membantahnya.
"Sesiapa di kawasan pilihan raya mempunyai hak untuk memfailkan bantahan terhadap persempadanan semula, "katanya.
Penganalisis pilihan raya dan ahli Bersih 2.0 Dr Wong Chin Huat berkata, jika SPR tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang apabila menjalankan persempadanan semula, ia mungkin akan menghadapi lebih cabaran undang-undang.

Jika Anwar itu Muhyiddin, dia akan pimpin gerakan tuntut reformasi


Muhyiddin dan Anwar pernah menjadi regu politikMuhyiddin dan Anwar pernah menjadi regu politik
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memimpin gerakan besar membabitkan semua pihak untuk melaksanakan reformasi jika ditakdirkan mengalami situasi serupa seperti apa yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang.
Beliau yakin Anwar akan berjiwa besar dan mengenepikan perbezaan lampau untuk mengalu-alukan sesiapa pun menyertai gerakan besar ini sementara terus kekal pada prinsip menuntut reformasi dan perubahan sistem secara keseluruhan.
Mengulas keputusan Majlis Tertinggi Umno (MT Umno) menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno petang semalam, beliau melahirkan rasa sedih setelah meneliti kenyataan Muhyiddin yang dikeluarkan hari ini.
"Sesiapa pun yang telah menghabiskan masa dewasanya menyumbang kepada parti yang dianggotai tidak wajar diperlakukan begitu, apatah lagi setelah beliau cuba membetulkan sesuatu yang beliau rasa adalah salah.

"Sudah tentu pihak media bertanyakan reaksi saya kepada kenyataan beliau kerana saya pantas melahirkan kebimbangan apabila Dato’ Zaid Ibrahim menyeru rakyat Malaysia bersatu menyokong Tun Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

"Antara perkara pertama yang terlintas di fikiran saya setelah membaca kenyataan Tan Sri Muhyiddin itu adalah Anwar Ibrahim. Saya terfikir tindakan bagaimana agaknya Anwar Ibrahim akan ambil dalam keadaan unik sekarang yang membuka ruang besar untuk melaksanakan reformasi (tetapi ruang itu juga penuh dengan risiko dan ketidaktentuan)," ujarnya yang mengulas atas kapasiti aktivis reformasi 1998.
Menurut Rafizi, beliau yakin Anwar akan mengambil kesempatan ini untuk membawa semua pihak di dalam satu gerakan besar menuntut perubahan dan melaksanakan idea reformasi yang beliau perjuangkan selama ini.
"Sebelum ini, beliau gigih berusaha mencari titik temu di antara pihak-pihak yang berbeza pandangan dan berlainan puak agar dapat membina kekuatan bersama memperjuangkan reformasi.
"Banyak perubahan dan kesedaran politik yang ada dalam masyarakat kita hari ini dimungkinkan dek kerana jiwa besar Anwar Ibrahim dan kesabaran beliau membina gerakan besar yang memberi ruang kepada semua pihak itu," katanya.

Menurut Rafizi, rakyat kini berada di persimpangan yang unik kerana buat pertama kalinya negara berada di kedudukan kritikal apabila sebahagian rakyat sudah memahami bahawa perubahan dan reformasi dalam negara tidak boleh ditangguhkan.

Tan Sri Muhyiddin, ujar beliau menekankan keperluan mengembalikan kebebasan dan integriti kepada institusi utama di negara ini selari dengan tuntutan yang dilaungkan pembangkang selama ini.
Muhyiddin, tambah Rafizi telah menyatakan secara terbuka bahawa kuasa membuat lantikan ketua-ketua institusi utama yang kini dipusatkan di tangan Perdana Menteri mesti dirungkai.

Modul baharu JPA rugikan bakat muda negara


KUALA LUMPUR 27 FEB: Kerajaan UMNO BN digesa menyemak semula keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar modul biasiswa kepada pinjaman boleh ubah jika peminjam bekerja di sektor kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
yeo_bee_yinMenyifatkan ia tidak masuk akal, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata tindakan JPA yang hanya membenarkan 100 peratus pinjaman penuh dikecuali jika seseorang itu bekerja dalam sektor kerajaan, merugikan bakat tenaga muda.
“Peranan sektor swasta sama penting dengan sektor kerajaan. Untuk keluar dari kepompong gaji-kelas pertengahan, ekonomi Malaysia harus pantas berubah kepada pengetahuan-intensif dan ekonomi berteraskan inovasi.
“Mengikut sistem baharu JPA, kita akan membiarkan pelajar JPA yang berbakat, yang mungkin melakukan penyelidikan hebat dan membolehkan ia dikomersial, terpaksa membayar balik biasiswa itu disebabkan dia memulakan perniagaan, bukannya bekerja di sektor swasta,” katanya.
Mengikut model baharu itu, pelajar yang bekerja di sektor kerajaan 100 peratus pengecualian bayaran balik pinjaman, manakala mereka yang bekerja di sektor GLC perlu membayar 50 peratus manakala yang bekerja di sektor swasta terpaksa membayar keseluruhan pinjaman.
Bee Yin berkata, model itu harus disasar kepada graduan yang mencapai prestasi baik dari segi akademik mahupun bukan akademik kerana ia lebih efektif dan adil berbanding sistem baharu itu, malah tidak merugikan wang pembayar cukai.

Rafizi kekal pendirian TH bakal rugi RM1.4 bilion


Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli mengulangi pendiriannya bahawa Tabung Haji bakal berdepan risiko kerugian sehingga RM1.4 bilion membabitkan pelaburan syarikat bersekutunya, Tabung Haji Heavy Engineering (THHE).
Beliau berkata, surat bertarikh 8 Disember tahun lalu yang diluluskan Kementerian Kewangan membolehkan Tabung Haji membuat jaminan korporat berjumlah USD228.2 kepada THHE adalah bukti bahawa Tabung Haji kini berisiko menangung kerugian itu.
“Maka, risiko kewangan yang ditanggung Tabung Haji sehingga RM1.4 bilion berkenaan pelaburannya di dalam THHE seperti yang saya timbulkan sebelum ini adalah benar.
“Saya kecewa ekoran sikap pengurusan tertinggi Tabung Haji masih lagi mahu menyembunyikan perkara sebenar daripada berterus terang sedangkan banyak dokumen sudah pun bocor kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata demikian mengulas penafian Tabung Haji berkenaan risiko kerugian terbabit dengan menegaskan kononnya THEE bergiat aktif dalam industri minyak dan gas memahami sepenuhnya pelbagai cabaran dihadapi industri itu.
Rafizi berkata, institusi itu seharusnya mematuhi Akta Tabung Haji yang tidak membenarkan mana-mana urusan jaminan korporat kepada bukan anak syarikatnya.
Namun, proses jaminan korporat itu diterukan yang mana THEE kini berdepan tindakan undang-undang daripada kontraktornya ekoran kegagalan membayar hutang.
Jumlah hutang tertunggak yang mungkin perlu dibayar THHE dianggarkan mencecah RM109.7 juta.

ITULAH DASAR KE LAUT.

Di zaman Mahathir jadi PM, rakyat Malaysia yang hanya berkelulusan SPM merasa juga lah kerja di kilang² yang tumbuh merata ceruk negara...

TETAPI..

Zaman Najib jadi PM, rakyat Malaysia yang ada phD, profesor pun kena buang kerja. Apatah lagi yang ada ijazah ataupun diploma. Lagi la tak ada kerja. Yang tiada kelulusan tapi terjamin kerja.. Dapat kerja jadi menteri besar lagi..

Kalau nak kekal lama, mesti tahu ukuran sedut cium tangan bos.

Tahu cara membodek bos merupakan satu kelebihan yang membuka peluang rekomendasi pelbagai jawatan penting..

Jangan lawan cakap bos. Apa dia buat, jilat jer semua. Membodek mesti konsisten. Jika tak.. pendek umur!

Betullah tu bukan Kuku Besi sebab dah upgrade pada Tukul Besi...


8 penerbangan DHAKA-KUL dlm masa satu hari ??..

JANGAN RISAU.. pada tanggal 22 Feb. 2016 pihak Jabatan Imigresen M'sia, KLIA pernah kata.. ".. ada dikalangan penumpang dalam pesawat tersebut adalah mereka yang sudah bekerja di Malaysia dan mereka kembali ke Malaysia setelah bercuti di negara mereka".

KAH!! KAH!! KAH!!.. Ingat rakyat bodoh ka apa...

Asal aja di bawah KERAjaan BN mesti kuat jilat, KENAPA ??!!

Sekat portal berita TMI: Apa yang cuba disorokkan?


KUALA LUMPUR 26 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengutuk keras tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat portal berita The Malaysian Insider (TMI) tanpa notis terlebih dahulu, malah menyifatkannya sebagai berlebih-lebihan.
“Kerajaan ada pelbagai undang-undang terhadap penyalahgunaan internet. Sekatan ke atas TMI tidak berasas terutama apabila portal berita itu tidak menerima apa-apa notis terlebih dahulu.
kit siang tmi“Tindakan Najib berlebih-lebihan, seperti menggunakan tukul besi untuk memukul lalat. Rakyat Malaysia dan antarabangsa hanya boleh bertanya apa yang beliau cuba sembunyikan dengan berkelakuan begitu?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau mengulas tindakan SKMM mengarahkan syarikat pembekal internet menyekat akses kepada TMI atas alasan portal berita itu menyiarkan kandungan yang menjadi kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Bagaimanapun, tiada notis dihantar kepada TMI mengenai pelanggaran undang-undang sebelum dikenakan sekatan semalam walaupun SKMM mengatakan tindakan itu atas sebab ‘keselamatan negara’.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, tindakan menyekat TMI itu melanggar Akta Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia yang ketujuh iaitu menjamin tiada penapisan Internet seperti dinyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
“Saya menggesa Perdana Menteri agar mematuhi dan menegakkan Akta Jaminan MSC itu dengan segera membatalkan sekatan berkenaan.
“Beliau harus menahan diri dari terburu-buru menuju ke arah ‘pemerintahan diktator parlimen’ seperti sebelum ini – menggubal akta Majlis Keselamatan negara (MKN) sehingga merampas kuasa perlembagaan Yang Di Pertuan Agong dengan membenarkan Perdana Menteri mengisytiharkan darurat,” katanya.
Sebelum ini, laman web Sarawak Report yang bertindak mengkritik kepimpinan Najib dan badan bukan kerajaan (NGO), Bersih.org yang menuntut pilihan raya bersih dan adil turut mengalami nasib sama sehingga disekat aksesnya di negara ini.

Kertas siasatan terhadap Dr Mahathir sedang dilengkapkan - Polis

Kertas siasatan terhadap Dr Mahathir sedang dilengkapkan - Polis
KUALA LUMPUR: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya yang didakwa berunsur fitnah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya sedang meneliti rakaman percakapan Dr Mahathir sebelum merujuknya kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Sebahagian daripada tugas adalah mendapatkan penjelasan dan merakam percakapan daripada Tun Mahathir dan ini telahpun kita lakukan.

"Kertas siasatan sudah dibuka dan kita sedang melengkapkannya. Polis masih menjalankan siasatan dan apabila lengkap, kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," kata Noor Rashid.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Sidang Meja Bulat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) pada Sabtu.

Dalam tulisan di blog chedet.cc pada 5 Februari lalu, Dr Mahathir mendakwa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mempunyai kredibiliti dan tidak akan mengambil tindakan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.

Rabu lalu, polis merakam percakapan Dr Mahathir di pejabat beliau berhubung penulisan artikel berkenaan selepas beberapa laporan polis dibuat mengenainya.

PKR sambut seruan Muhyiddin, gesa parti politik bersatu selamatkan Malaysia


Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata rakyat harus bangkit mengenepikan perbezaan dan bersatu untuk mengambil-alih tampuk kepimpinan negara yang lemah. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 27 Februari 2016. 
PKR hari ini menyeru kesemua parti politik termasuk pertubuhan dan pemimpin untuk bersatu sebagai rakyat yang prihatin demi menyelamatkan Malaysia.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, mereka menyahut seruan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak untuk pelaksanaan reformasi di negara ini.
"Saya mengalu-alukan kenyataan tegas YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada hari ini mendesak supaya berlaku reformasi dalam institusi negara.

"Pendirian itu selaras dengan perjuangan PKR, parti-parti pembangkang dan masyarakat madani selama ini. "Perjuangan ini adalah perjuangan reformasi yang dianjurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri besar Selangor itu berkata, rakyat seharusnya bangkit mengenepikan perbezaan dan bersatu untuk mengambil-alih tampuk kepimpinan negara yang lemah.
Katanya sudah sampai masa untuk rakyat berhenti bertolak ansur dengan pelanggaran hak asasi manusia.
"Mereka tidak wajar menderita dengan ketidakadilan yang berlaku di tangan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.
"Rakyat berhak mendapat kehidupan yang lebih baik," katanya.

Gantung Muhyiddin: UMNO pagoh sifatkan MT khianati ahli

UMNO Pagoh turut kesal dengan sikap Naib Presiden UMNO dari Johor yang didakwa turut terpalit mengetuai penggantungan terhadap Muhyiddin.
muhyiddin-umno
PETALING JAYA: Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden disifatkan sebagai telah mengkhinanati ahli UMNO.
Perkara itu disuarakan oleh UMNO Bahagian Pagoh menerusi kenyataan hari ini.
Menerusi kenyataan tersebut, UMNO bahagian berkenaan yang bermesyuarat hari ini memutuskan menolak keputusan yang dibuat oleh MT itu.
“Tidak mengikut prosedur yang sepatutnya mengikut saluran yang berperingkat seperti yang termaktub dalam Perlembangaan Part (Fasal 20 Disiplin). MKT dan Perlembagaan UMNO disalahguna oleh Presiden dan mengenepikan amalan demokrasi dalam UMNO.
“Tan Sri menegur Presiden adalah untuk memperkukuhkan parti bukan untuk kepentingan peribadi. Beliau mengambil tanggungjawab mempertahankan parti dan imej negara,” katanya
Menurut kenyataan itu lagi, UMNO Pagoh mahu supaya Ahli MT, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikenakan tindakan disiplin kerana telah menggunakan bahasa-bahasa kesat terhadap Muhyiddin.
Dalam pada itu, UMNO Pagoh turut kesal dengan sikap Naib Presiden UMNO dari Johor yang didakwa turut terpalit mengetuai penggantungan terhadap Muhyiddin.
Katanya, apa yang berlaku jelas membuktikan bahawa Presiden parti terus memecahbelahkan pemimpin-pemimpin UMNO Johor dan menunjukkan beliau bersikap `membaling batu sembunyi tangan’.
“UMNO Pagoh akan terus berdiri teguh bersama Tan Sri Muhyiddin dalam perjuangannya menegakkan kebenaran.
“Biar apapun berlaku, UMNO Pagoh akan terus padu kerana kami sayang UMNO Johor yang lahir, malahan di Istana Johor dan suatu ketika dulu telah menyatupadukan orang Melayu Johor,” tegasnya.

Bahagian Pagoh dakwa Najib pecah belahkan pemimpin Umno Johor


Umno bahagian Pagoh kesal kerana naib presiden dari Johor telah dipalit untuk mengetuai penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam, memberi laluan kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussain, seorang pemimpin Johor, untuk mempengerusikan mesyuarat itu yang menggantung Muhyiddin.
 "Ini menunjukkan presiden parti terus memecahbelahkan pemimpin pemimpin Umno johor dan menunjukkan beliau bersikap 'membaling batu sembunyi tangan'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Umno pagoh, tegasnya, akan terus berdiri teguh bersama Muhyiddin dalam perjuangannya dalam menegakkan kebenaran.
"Biarlah apa pun berlaku, Umno Pagoh akan terus padu kerana kami sayang Umno johor yang lahir di Johor, malahan di Istana Johor dan suatu ketika dulu telah menyatupadukan orang Melayu Johor," katanya lagi.
Semalam, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menggantung Muhyiddin dari jawatan timbalan presiden.
Umno Bahagian Pagoh juga menolak keputusan MT menggantung Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti itu.
Umno bahagian itu berkata keputusan tersebut tidak mengikut saluran berperingkat seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti itu.
"Umno Bahagian Pagoh yang bermesyuarat pada hari ini, 27 Febuari 2016 yang dipengerusiakan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh memutuskan menolak keputusan MT menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.
Menurutnya, Muhyiddin menegur presiden adalah untuk memperkukuhkan parti, bukan untuk kepentingan peribadi.
"Beliau mengambil tanggungjawab mempertahankanparti dan imej negara," tambahnya.

Muhyiddin: 'Saya Dah Jangka Digantung'

Muhyiddin: It seems that Umno supreme council cannot wait to suspend me

Kerajaan tidak bersikap kuku besi - PM Najib Razak

BN tidak akan tumbang - PM Najib Razak

"We're witnessing emergence of a new dictator"

Pagoh Umno: we reject the suspension

Selamatkan Malaysia daripada genggaman perdana menteri ala maharaja

Oleh Nurul Izzah Anwar

PKR menggesa agar semakan akta dan pindaan kepada beberapa akta yang berkuasa membenarkan perdana menteri melantik panel penilaian sebagai unit timbang tara dalam suruhanjaya bebas dapat dilaksanakan.
Panel Penilaian Operasi (PPO) diwujudkan secara pentadbiran dan ahli-ahlinya dilantik oleh perdana menteri. Dalam keterbatasan bidang tugas, PPO tampil dengan kenyataan “Panel Penilaian Operasi memberikan nasihat yang sewajarnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneruskan siasatan.”
Isu yang berlaku dalam 2 hari terkebelakang ini jelas membuktikan perlu wujud satu usaha yang berterusan dalam memastikan siasatan yang dijalankan penguatkuasa mendapat akses penuh kepada pengumpulan bukti dan keterangan saksi sepenuhnya. Bahkan pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo terpaksa tampil untuk menerangkan isu salah sebuah kenyataan akhbar yang menyatakan kesimpulan penyiasat SPRM sudah mengumpul bukti yang cukup untuk membuktikan kes prima facie terhadap perdana menteri. PPO hanya menasihatkan SPRM untuk melengkapkan siasatan.
Sehubungan kertas pendakwaan yang dibangkitkan sehingga The Malaysian Insider (TMI) disekat membangkitkan seribu satu persoalan. Mengapakah penafian secara lisan atau bertulis tidak memadai? Mengapa perlu editor TMI dipaksa ke balai untuk memberi keterangan? Apakah wujud kemungkinan bukti-bukti yang diperolehi akan dirampas pihak polis
Kebebasan rakyat untuk memiliki akses maklumat dan data perlu bermula dengan kebebasan media untuk melaporkan. Tindakan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) yang menyekat akses untuk orang awam menerima penjelasan disekat membuktikan unsur campur tangan yang jelik dan tindakan yang menghina Artikel 10, perlembagaan Malaysia secara tidak langsung.
Gesaan untuk semakan akta bagi memperkasa SPRM ini bukan hanya disuarakan pihak pembangkang. Tetapi juga Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Terdapat 3 cadangan utama dalam penambahbaikan struktur SPRM:
1) Satu suruhanjaya diraja segera ditubuhkan yang mendapat mandat luas sepenuhnya serta ahli-ahlinya terdiri dari tokoh-tokoh berintegriti.
2) Seksyen 23 dan Seksyen 26 manakala satu seksyen ditambah bagi memperkemaskan Akta SPRM 2009 sedia ada.
3) Kerajaan juga disyorkan untuk meminda peruntukan dalam Seksyen 36 Akta SPRM bagi membolehkan SPRM jika mempunyai maklumat boleh terus menyiasat pemilikan harta seseorang dengan hanya notis pengisytiharan kepada yang disyaki terlibat dengan perlakuan rasuah.
Yang lebih memeritkan apabila di dalam undang-undang sedia ada, SPRM tidak mempunyai kuasa untuk terus meminta seseorang yang disyaki membuat pengisytiharan tanpa terlebih dahulu menjalankan siasatan ke atas kesalahan rasuah terhadap seseorang terbabit. (Bayangkan dalam kes ini ialah perdana menteri, yang berkuasa melantik ahli PPO).

Sistem nilai dalam Umno telah punah, kata Muhyiddin


Muhyiddin menyifatkan sistem nilai dalam Umno sudah retak.Muhyiddin menyifatkan sistem nilai dalam Umno sudah retak.
Sistem nilai dalam Umno telah punah apabila mereka (pemimpin) yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.
"Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini Umno akan rosak dan ditolak oleh rakyat," kata bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Muhyiddin mendedahkan bagaimana beberapa pemimpin utama Umno datang menemui beliau bagi mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya.
"Mereka meminta saya melakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang Umno akan ditolak oleh rakyat jika Najib terus memimpin parti.
"Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak boleh memperbetulkan keadaan secara bersendirian. Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib.
"Mudah-mudahan dia (Najib) bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan Umno dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib," dedah Muhyiddin.
Akhirnya apabila keadaan bertambah teruk, beliau mengambil tanggung jawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata, mesyuarat kabinet, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan akhirnya dalam platform parti secara terbuka.
Bagaimanapun bekas Timbalan Perdana Menteri itu kesal kerana orang-orang yang sebelumnya datang menemuinya mula menjauhkan diri apabila beliau mula bersuara dan menjadi orang yang paling lantang mengecamnya hari ini.
"Saya tidak berduka dengan apa yang terjadi kepada diri saya. Namun saya berasa jengkel. Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam Umno?

Peluang terakhir gerakan pembaharuan sebelum PRU-14

Ini merupakan peluang terakhir rakyat yang mahukan perubahan menaruh harapan terhadap pimpinan politik kedua-dua untuk bergerak bersama melakukan perubahan sebelum menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-14).
anwar-muhyiddinOleh Ooi Heng
Kenyataan pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO seiring dengan kenyataan terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur, pada masa yang sama, menolak institusi politik yang korup dan menuntut pembaharuan.
Semalam, Selangorkini melaporkan pesanan Anwar yang disampaikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap pada program Halaqah Ilmu, di kediamannya di Bukit Segambut.
Menurut Wan Azizah, Anwar memesan bahawa, langkah terbaik menyelamatkan Malaysia adalah menukar seluruh sistem negara dan bukannya sekadar seorang individu sahaja.
Hari ini, kenyataan pertama Muhyiddin setelah dipecat kelihatan seiring dengan kenyataan Anwar.
Menurut laporan Malaysiakini, kenyataan Muhyiddin berbunyi seperti berikut:
“Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan. Ia bukan sekadar mendesak perdana menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat.
Semenjak siri pendedahan dilakukan berkenaan kes 1MDB dan seterusnya kes RM2.6 bilion oleh media tempatan dan antarabangsa, cukup ramai rakyat Malaysia yang kecewa dengan situasi negara.
Perkembangan merisaukan telah berlaku di mana satu demi satu media yang melaporkan berita melibatkan pentadbiran tertinggi negara telah diambil tindakan, antaranya termasuk The Edge dan Sarawak Report, sehingga yang terkini The Malaysian Insider.

Umno Pagoh tolak keputusan penggantungan Muhyiddin

Muhyiddin Yassin MUAR - Umno bahagian Pagoh hari ini sepakat menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung Tan Sri Muhyiddin Yasin daripada jawatan Timbalan Presiden Umno.

Setiausahanya, Asraf Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat kerana pihaknya merasakan isu penggantungan yang diputuskan MT dilakukan tanpa mengikut prosedur.

“Kami menolak keputusan ini kerana penggantungan tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. Mereka secara jelas sanggup mengenepikan amalan demokrasi dalam Umno.

"Selain itu, kami sebagai ahli turut berasa dikianati kerana perlantikan Tan Sri Muhyiddin dalam jawatan berkenaan adalah dibuat berdasarkan sokongan ahli parti seluruh negara," katanya dalam sidang media mesyuarat Umno bahagian yang dipengerusikan oleh Timbalan Umno bahagian Pagoh, Ismail Mohamad, sebentar tadi.
Menurut Asraf, tindakan Muhyiddin yang juga Ketua Umno bahagian Pagoh sebelum ini yang menegur Presiden adalah bertujuan memperkukuhkan parti dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Segala kenyataan Tan Sri Muhyiddin berhubung salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh presiden adalah berdasarkan daripada laporan berintegriti daripada agensi kerajaan.

Beliau (Muhyiddin) hanya mengambil tanggungjawab mempertahankan parti dan imej negara,"katanya.

Muhyiddin akan dibuang kalau terus ‘rosakkan Umno’, kata setiausaha agung



Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal melaksanakan tugasnya  untuk membantu presiden Umno. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 27 Februari 2016.  
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau mungkin akan terus dibuang daripada Umno sekiranya masih terus "merosakkan parti".
Setiausaha agung Umno itu berkata, Muhyiddin gagal melaksanakan tugasnya  untuk membantu Datuk Seri Najib Razak yang menjadi punca kepada penggantungan jawatannya yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam.
"Kalau pada saya jika beliau terus dengan kaedahnya merosakkan parti saya berkeyakinan lembaga displin (dan) kita pun ada hantar  surat kepada lembaga displin (mereka) boleh ambil tindakan pecat kalau beliau masih lakukan  cara yang  rosakkan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Karnival Makanan Warisan di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya adakah akan ada lagi satu usul yang akan dibawa memecat keahlian Muhyiddin, menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, ianya terpulang kepada tindakan bekas timbalan perdana menteri itu. "Kalau  dia buat lagi lah, tunggu jelah," katanya.

Kerana GST, mati pun susah....

Kematian juga tidak mampu melepaskan rakyat Malaysia daripada kenaikan kos kehidupan apabila perkhidmatan pengebumian menjadi bertambah mahal selepas pelaksanaan GST. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 27 Februari 2016.  
Kematian juga tidak mampu melepaskan rakyat Malaysia daripada kenaikan kos kehidupan apabila perkhidmatan pengebumian menjadi bertambah mahal selepas pelaksanaan GST. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 27 Februari 2016. Kematian juga tidak mampu melepaskan rakyat Malaysia daripada kenaikan kos kehidupan apabila perkhidmatan pengebumian menjadi bertambah mahal selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Tinjauan The Malaysian Insider mendapati fasa terakhir hayat manusia bukan Islam sekurang-kurangnya berharga RM4,800.
Richard D Ernest, 51, pengarah pengebumian Heaven Funeral Care yang menyediakan perkhidmatan untuk panganut agama Kristian, Taoist, Buddha dan Hindu berkata, kos upacara sebenarnya sudah meningkat sejak 2 tahun lalu lagi.

Katanya, sejak April 2015, perkhidmatan yang diberikannya menanggung kenaikan kos akibat GST ke atas barangan seperti keranda serta bahan memandikan jenazah. Sebelum itu, harga minimum perkhidmatan pengebumian syarikatnya adalah di antara RM4200 dan RM4500.
Namun, perkhidmatan yang ditawarkannya kini bermula pada harga RM4800.
"Kesan yang paling besar buat kami ialah GST. Apabila GST diperkenalkan semua barang yang kami gunakan, kosnya melambung.
"Jika kami beritahu perkara ini kepada klien kami, ada yang mungkin faham tetapi bagaimana dengan mereka yang kurang berkemampuan?" katanya yang perlu membayar GST ke atas khemah serta jamuan acara berkabung diperolehi daripada pembekal.
Pada masa sama, beliau tidak dapat memindahkan kos itu kepada pelanggannya kerana khidmat pengebumian, penguburan dan pembakaran mayat merupakan perkhidmatan yang dikecualikan GST.
"Kami dikecualikan GST. Kami tak bayar GST tetapi kami tak boleh kenakan GST tetapi apabila membeli bekalan kami tertakluk kepada GST - ini cabaran kami sekarang."
Selain itu, beliau turut berdepan ketidaktentuan kos pengangkutan yang bergantung kepada harga semasa petrol.
"Kos pengebumian sudah meningkat dengan banyak sejak 2 tahun lalu. Pertama, kos petrol sudah meningkat.
"Ini bermakna, kos keranda kami meningkat kerana pembekal kata kos pengangkutan perlu diambil kira. Ia satu kesan rantaian. Apabila ini berlaku, semua yang lain juga mula naik," katanya yang sudah menjalankan perniagaan ini selama hampir 3 tahun bersama rakan kongsinya Lianna, 41 tahun.
Pemilik Malaysian Indian Casket, Siva a/l Subramaniam berkata pada tahun 1989, harga minimum bagi khidmat pengebumiannya adalah RM1,300 namun kini harga minimum perkhidmatan itu adalah RM2,500 - menggunakan keranda yang paling ringkas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal , 27 Februari 2016.  
Pemilik Malaysian Indian Casket, Siva a/l Subramaniam berkata pada tahun 1989, harga minimum bagi khidmat pengebumiannya adalah RM1,300 namun kini harga minimum perkhidmatan itu adalah RM2,500 - menggunakan keranda yang paling ringkas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal , 27 Februari 2016.
Pengebumian orang Cina bermula RM8,500
Katanya, pakej pengebumian serendah RM4800 yang diberikan Funeral Heaven Care hanya dapat dibuat untuk jenazah beragama Kristian dan Hindu.
"Untuk penganut Taoisme ia lebih mahal kerana ada banyak adat, melibatkan sami dan banyak upacara sembahyang dan barang diperlukan. Mustahil untuk saya melakukannya pada harga RM4800.
"Untuk kematian orang Cina, ia bermula daripada RM8500," katanya.

Skandal SRC & RM2.6B: Gani Patail tak mahu ulas dakwaan Muhyiddin


Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak mahu mengulas dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan siasatan dalam kes membabit SRC International.
 Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin mendakwa Gani telah menunjukkan bukti kepadanya mengenai wang yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dari syarikat milik negara, SRC International.
"Saya tidak mahu ulas apa-apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Muhyiddin dalam kenyataannya mendakwa bahawa Gani telah memberitahunya sendiri mengenai perkara itu beserta dengan buktinya sekali yang didakwa sah merupakan suatu perbuatan jenayah.
Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat deposit RM42 juta daripada SRC International dan AS$681 juta dari satu akaun luar pesisir ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamed Apandi Ali awal bulan ini berkata tidak ada kes tetapi SPRM merayu keputusan tersebut.
Semalam, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menggantung Muhyiddin dari jawatan timbalan presiden.
Ia kerana Muhyiddin dilihat tidak menjalankan tugas sebagai timbalan presiden Umno.
Selain itu Muhyiddin lantang mengkritik kepimpinan Najib berkenaan syarikat pelaburan negara 1MDB dan juga isu derma bernilai RM2.6 bilion

Kenapa tak hadir bela diri, Shahrizat tanya Muhyiddin


Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mempersoalkan kenapa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir untuk membela diri walaupun diberi peluang untuk berbuat demikian sebelum beliau digantung dari jawatan timbalan presiden Umno.
Shahrizat berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin hari ini yang berkata penggantungannya yang diputuskan semalam tidak mengikut prosedur tatatertib.
 "Saya bagi pihak Wanita Umno Malaysia amat terkilan dan sedih kenapa Tan Sri Muhyiddin tidak hadir (mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno) semalam, walhal dia telah dimaklumkan semalam kita ada mesyuarat MT.
"Kita harap Tan Sri Muhyiddin akan menbuat penjelasan (tentang) beberapa desas-desus mengenai program dan majlis kempen anti-Najib yang melanggar peraturan dan semangat perjuangan," katanya kepada Malaysiakini di Kuala Lumpur hari ini.
Shahrizat berkata jika Muhyiddin menghadiri mesyuarat itu, ia adalah satu majlis yang terbaik untuk beliau membela dirinya.
"Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan presiden, tugas untuk bantu presiden adalah jelas," katanya.
Semalam, MT memutuskan untuk menggantung jawatanya Muhyiddin sebagai timbalan presiden ekoran kritikannya terhadap Najib.
Muhyiddin, yang telah digugurkan sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas, meningkatkan kritikannya terhadap Najib selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak untuk mendakwa perdana menteri.
Ini berhubung dakwaan Najib menerima RM42 juta dari syarikat milik kerajaan, SRC International dan RM2.6 bilion dari akaun luar pesisir, ke dalam akaun bank peribadinya.
Najib telah menafikan sebarang salah laku tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merayu terhadap keputusan untuk tidak mendakwa.

Muhyiddin dedahkan pemimpin Umno kecamnya sekarang mahu Najib undur sebelum ini


Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beberapa pemimpin utama Umno  datang menemuinya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi perdana menteri sebelum ini. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 27 Februari 2016.  
Pemimpin Umno yang paling lantang mengecam Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini adalah individu sama yang mengadu kepadanya susulan skandal membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana khuatir masa depan parti itu.
Muhyiddin yang digantung daripada Umno semalam berkata, mereka mula menjauhkan diri daripadanya apabila beliau mula bersuara mengkritik Najib membabitkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion.
"Mungkin ramai yang tidak mengetahui pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama Umno  datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya," katanya, merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

"Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang Umno akan ditolak rakyat jika Najib terus memimpin parti," kata Muhyiddin dalam kenyataannya di Facebook hari ini.  Muhyiddin berkata, beliau mencadangkan kepada mereka supaya bersama-sama secara kolektif menasihati Najib namun tiada siapa yang berani memperkatakannya.
"Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib.
"Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan Umno dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib," katanya.
Oleh kerana situasi semakin teruk, Muhyiddin berkata, beliau mengambil tanggungjawab mengkritik Najib menggunakan platform parti dan kerajan.

Rafizi alu-alukan Muhyiddin bersama rakyat jatuhkan Najib

Setiasusaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata Malaysia kini berada di kedudukan kritikal di mana sebahagian rakyat sudah faham perubahan dan reformasi tidak boleh ditangguh lagi. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 27 Februari 2016.  
Setiasusaha Agung PKR Rafizi Ramli menghulurkan salam persahabatan kepada mana-mana individu termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Rafizi berkata, kenyataan Muhyiddin selepas digantung daripada Umno jelas menyatakan kuasa membuat lantikan ketua-ketua institusi utama yang kini dipusatkan di tangan perdana menteri mesti dirungkai.
"Saya alu-alukan Muhyiddin bersama-sama gerakan rakyat yang mahukan perubahan itu dan saya hulurkan persahabatan supaya semua pihak (tidak kira latar belakang) dapat menyumbang ke arah sebuah Malaysia baharu yang adil dan saksama, yang meletakkan keadilan undang-undang mengatasi kepentingan peribadi.

"Saya berharap lebih ramai rakyat biasa (tidak kira apa latar belakang) memilih untuk berbuat sesuatu supaya kita boleh menukar Najib dan melantik seorang perdana menteri baharu yang bertanggungjawab kepada rakyat di bawah satu sistem baru," katanya, dalam satu kenyatan hari ini.  Rafizi berkata, beliau percaya bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjiwa besar dan mengenepikan perbezaan lampau untuk mengalu-alukan sesiapa pun menyertai gerakan besar ini sementara beliau kekal pada prinsip menuntut reformasi dan perubahan sistem secara keseluruhan.
"Kita di persimpangan yang unik di dalam sejarah masyarakat kita. Buat pertama kalinya, kita berada di kedudukan kritikal yang mana sebahagian rakyat kita (tidak kiralah apa latar belakang mereka) sudah faham (dan akur) kita tidak lagi boleh menangguhkan perubahan dan reformasi dalam negara ini," katanya.
"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak parti saya atau Pakatan Harapan. Saya tidak akan cuba bercakap bagi orang lain. Saya hanya boleh bercakap sebagai seorang aktivis reformasi yang sudah bersama-sama dengan arus menuntut perubahan ini sejak 1998."
Dalam situasi hari ini, Rafizi berkata, keutamaan adalah untuk menuntut reformasi rakyat.
"Saya hulurkan persahabatan kepada sesiapa yang bersetuju dengan agenda reformasi yang kami bawa.
"Keutamaan sekarang ialah menjana kekuatan rakyat untuk menuntut reformasi yang menyeluruh dalam sistem sekarang yang banyak menindas," katanya.
Muhyiddin dalam kenyataannya hari ini memberi jaminan tidak akan berdiam diri sebaliknya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi yang lebih menyeluruh walaupun digugurkan daripada Umno, semalam.

Muhyiddin seru rakyat buat perubahan, gesa PM berundur


Muhyiddin YassinMuhyiddin Yassin
Setelah digantung jawatan oleh Majlis Tertinggi Umno (MT Umno) semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi untuk membentuk muafakat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti.
Menurut beliau, jika rakyat ingin melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, mereka mesti bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan.
"Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Beliau turut menyatakan komitmen untuk bersama-sama rakyat bangkit menentang kezaliman dan kemungkaran.
"Selamatkanlah Malaysia. Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah SWT," tegasnya.
Muhyiddin turut menganggap keputusan MT Umno menggantung jawatan beliau sebagai sudah dijangka dan "bukan satu perkara yang mengejutkan".
Menurutnya, sejak digugurkan daripada kabinet, beliau telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden.
"Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung," ujarnya.
Muhyiddin menambah, sepanjang enam tahun memegang jawatan Timbalan Presiden, beliau tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggung jawab membantu Presiden.

Kita bukan kerajaan kuku besi, diktator, sembang Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menegaskan bahawa kerajaan yang dipimpinnya bukanlah sebuah kerajaan diktator dan kuku besi.
Sebaliknya, kata beliau, kerajaan mengutamakan kestabilan politik selaras dengan demokrasi berparlimen.
"Kita bukan kerajaan kuku besi dan mengamalkan 'dictatorship'.
 “Kita adalah kerajaan yang menyanjung tinggi prinsip demokrasi berparlimen di mana setiap lima tahun kita akan kembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang dikehendaki," katanya.
Najib berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Kompleks Muhibbah di PPR Muhibbah, Puchong hari ini.
Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad berkata negara ini sedang menuju ke arah negara diktator seperti Korea Utara.
Mahathir dilaporkan berkata, rakyat kini bimbang diheret ke mahkamah atau dipenjarakan jika mengeluarkan kenyataan yang tidak menyebelahi Najib.
Sementara itu, Najib yang juga menteri kewangan menegaskan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan akan tumbang adalah meleset.
"Sesiapa yang uar-uarkan kerajaan tumbang itu meleset.
"Apa yang boleh saya katakan, Belanjawan lalu diluluskan Parlimen dengan majoriti yang besar, begitu juga dengan rang undang-undang negara boleh diluluskan Parlimen.
"Maknanya kita tidak bimbang dari segi kestabilan politik ," katanya.

Kita sedang saksi kemunculan diktator baru, kata Muhyiddin


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sedang mengukuhkan kuasanya dan bekas timbalan perdana menteri itu memberi amaran tentang kemunculan diktator baru.
"Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baru," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan pagi ini.
 Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Majlis Tertinggi Umno menggantungnya dari jawatan pemimpin nombor dua parti itu kerana kritikannya terhadap Najib.
Bekas timbalan perdana menteri itu mensasarkan Najib selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak untuk mendakwa perdana menteri atas dakwaan menerima RM42 juta dari syarikat milik negara SRC International dan RM2.6 bilion daripada satu akaun luar pesisir.
"Hanya kerana dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri, peguam negara tidak berani mendakwa Najib
"Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa.
"Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada perdana menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.," kata Muhyiddin.
Menurutnya lagi, hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas.
"Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup.

Bekas peguam negara tunjuk bukti derma 2.6 bilion, SRC sah jenayah, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hari ini bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak merupakan 1 perbuatan jenayah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Februari 2016.  
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hari ini bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak merupakan 1 perbuatan jenayah.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, lebih menghairankan, walaupun yang didakwa melakukan kesalahan ialah Najib, Umno menggantung keahliannya.
"Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

"Yang menjadi punca segala masalah Umno hari ini bukan saya, tetapi Najib. "Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Muhyiddin turut mempersoalkan adakah membantu presiden itu bermaksud mempertahankan kesalahannya.
"Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam Umno menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti.
"Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam Umno bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada Umno," katanya.
Sebelum penggantungannya semalam, beberapa pemimpin Umno mendesaknya agar setia membantu kepimpinan presiden parti.

Skandal SRC: Bekas AG tunjuk bukti kepada saya, kata Muhyiddin


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau telah ditunjukkan bukti mengenai wang yang dikatakan dimasukkan ke dalam akuan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dari syarikat milik negara, SRC International.
"Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!" katanya dalam kenyataan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat deposit RM42 juta daripada SRC International dan AS$681 juta dari satu akaun luar pesisir ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamed Apandi Ali awal bulan ini berkata tidak ada kes tetapi SPRM merayu keputusan tersebut.

Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam UMNO?

Oleh MUHYIDDIN YASSIN
Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menggantung saya daripada jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini telah saya jangka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan.
Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.
Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan Timbalan Presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu Presiden. Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka Presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu Presiden? Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan UMNO, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu Presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.
Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada Presiden serta menegur Presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan UMNO. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur Presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.
Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya UMNO terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu Presiden.
Adakah membantu Presiden itu bermaksud menyokong Presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam UMNO menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam UMNO bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada UMNO.
Hari ini tercatat dalam lipatan sejarah UMNO, seorang Timbalan Presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur Presiden. Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden.
Ketika pindaan perlembagaan UMNO dibuat untuk membolehkan ahli-ahli di akar umbi memilih pemimpin utama parti, UMNO dicanang sebagai sebuah parti yang paling demokratik di negara ini. Tidak ada mana-mana parti di Malaysia yang membuka ruang seluas-luasnya kepada lebih 140,000 perwakilan dari seluruh negara memilih pemimpin-pemimpin utama parti.
Namun, keputusan MT hari ini langsung tidak memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik. Suara majoriti ahli, malah majoriti rakyat, diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh MT semata-mata untuk mempertahankan seorang individu yang terpalit dalam skandal rasuah dan penyelewengan yang amat memalukan.
MT gagal menangani krisis kepimpinan parti yang berpunca daripada penglibatan Najib dalam skandal IMDB dan derma RM2.6 bilion yang tidak dijelaskan dengan sepenuhnya oleh beliau. MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, kemana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013. MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib. Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat.
Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!
Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya.
MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan UMNO dan negara.

Umno tercemar kerana Najib bukan Muhyiddin, selar Mukhriz


Mukhriz Mahathir2Mukhriz Mahathir2
Kecewa dengan tindakan Majlis Tertinggi Umno (MT Umno) menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengingatkan parti itu bahawa pemimpin yang mencemar imej Umno di persada dunia ialah Datuk Seri Najib Razak dan bukannya Muhyiddin.
Dalam satu kenyataan media, beliau melahirkan kekecewaan dengan keputusan MT Umno itu dan menyifatkannya sebagai 'menjelekkan'.
"Saya amat kecewa dengan keputusan MT menggantung YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.
"Sekali lagi keputusan menjelekkan seperti itu dibuat semata-mata kerana kononnya Tan Sri tidak membantu dan mengkritik Dato Seri Mohd Najib selaku Presiden, sepertimana Dato' Seri Mohd Shafie Apdal dan saya sendiri juga digugurkan jawatan kerajaan atas alasan yang sama.
"Kononnya juga tindakan Tan Sri itu menjejas nama baik Umno, walhal umum tahu skandal-skandal melibatkan Presiden parti sebenarnya punca Rakyat mulai menolak Umno malah imej negara juga tercemar dipersada dunia," tegas beliau.
Beliau juga mempersoalkan sama ada tindakan terkini MT Umno itu mampu menarik semula sokongan rakyat terhadap parti itu.
"Saya percaya yang sebaliknya berlaku. Umno dan BN bakal menerima padah di PRU14 (pilihan raya umum ke-14) nanti," kesal beliau.

Gantung Muhyiddin kukuhkan Umno?

Datuk Seri Najib Razak mengukuhkan kedudukannya di dalam Umno selepas menggantung Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun persoalannya kekal sama ada ia mengukuhkan parti Melayu itu dan menerima sokongan ramai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Februari 2016.  
Datuk Seri Najib Razak mengukuhkan kedudukannya di dalam Umno selepas menggantung Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun persoalannya kekal sama ada ia mengukuhkan parti Melayu itu dan menerima sokongan ramai.
Penganalisis berpendapat, tindakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung Muhyiddin merupakan petanda Najib berjaya mengumpulkan sokongan kepimpinan tertinggi di sebelahnya walaupun terpalit dakwaan rasuah.
Apa yang belum jelas sama ada 3 juta ahli Umno akan menerima keputusan MT memandangkan Muhyiddin kini menjadi simbol perpecahan kecil ahli parti Melayu itu yang menentang Najib.

Kebangkitan kumpulan itu yang diketuai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) kini mencetuskan tekanan terhadap Umno untuk menyingkirkan Najib melalui pemilihan dalaman parti. "Semuanya bergantung kepada justifikasi penggantungan beliau," kata Datuk Seri Prof Dr Mohamad Mustafa Ishak daripada Majlis Professor Negara (MPN).
"Memang akan berlaku rasa ketidak puasan hatian. Tetapi jika alasannya kukuh dan munasabah, mereka akan menerimanya, kata Mustafa.
Beberapa ahli MT Umno yang menyokong penggantungan itu yakin apabila ditanya kesannya kepada akar umbi.
"Ini persoalan sama ada kita mahu parti dirosakkan konflik dalaman atau disatukan untuk berhadapan masa hadapan yang lebih mencabar," kata Ahli MT Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa turut berpendapat, keputusan itu akan mengukuhkan parti yang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pemimpin GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman bagaimanapun menolak alasan berkenaan dan berkata penggantungan itu menunjukkan Umno kini tiada lagi demokrasinya.
"Ini bermakna tiada lagi ruang demokrasi dalam Umno dan juga hal untuk memberikan pendapat. Keputusan itu dibuat untuk MT," kata Kamarul Azman, ketua cawangan di Umno bahagian Teluk Kemang di Negeri Sembilan.

Jawatan Muhyiddin digantung: Apa reaksi barisan pemimpin UMNO?

Jawatan Muhyiddin digantung: Apa reaksi barisan pemimpin UMNO?
KUALA LUMPUR: Pergantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung serta-merta mendapat pelbagai reaksi pemimpin parti UMNO.

Antaranya, mereka berharap keputusan yang mendapat persetujuan ahli Majlis Tertinggi (MT) akan memperkasakan parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Berikut adalah kenyataan beberapa pemimpin UMNO setelah ahli MT UMNO berbincang selama lebih dua jam untuk usul penggantungan Muhyiddin.
“Harapan peribadi saya dengan keputusan yang dibuat secara concensus dapat membantu kita untuk bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan tanpa kita sesama kita mempertikaikan gerakan-gerakan yang saya tengok penting dalam kita nak berhadapan dengan rakyat.”

- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
"Keputusan yang pahit dan bukan mudah dibuat ini terpaksa dibuat demi kemenangan pada PRU akan datang dan melaksanakan tugas penting terhadap rakyat.”

- Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa
“Ini hari yang baik untuk UMNO. Kita ada dua tahun lagi untuk berkerja kuat memperkasakan parti dan paling penting di dalam mana-mana organisasi adalah disiplin."

- Ahli MT UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan
“Ada juga orang yang tidak setuju atau memberi pandangan yang berbeza tetapi kita perlu timbang antara menghadapi suasana parti kita lemah disebabkan pergeseran dalaman atau lebih baik kita bersatu dan menghadapi respon daripada luar, ataupun ancaman daripada luar.”

- Ahli MT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
"Saya percaya apa pun keputusan dibuat akan ada yang suka dan tidak suka, tetapi hakikatnya, kita perlu bergerak dalam parti dan keputusan sudah dibuat MT. Saya percaya dan akur."

- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
“Saya percaya parti menyediakan ruang secukupnya untuk mereka yang melanggar peraturan parti membuat rayuan dalam tempoh tertentu."

- Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
"Ini bukan keputusan Presiden atau seorang individu saja dalam parti. Ia adalah keputusan sebulat suara dan saya yakin ia sudah difikirkan dengan semasak-masaknya demi kepentingan parti.”

- Timbalan Ketua UMNO Sipitang, Datuk Kamarlin Ombi

Umno lebih berminat hukum saya berbanding tangani krisis kepimpinan, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan tatatertib Umno yang menyaksikan keahliannya digantung semalam, mengatakan beliau tidak diberi peluang mempertahankan dirinya mengikut prosedur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Februari 2016.  
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan tatatertib Umno yang menyaksikan keahliannya digantung semalam, mengatakan beliau tidak diberi peluang mempertahankan dirinya mengikut prosedur.
Terlucut jawatan timbalan presiden Umno, Muhyiddin juga berkata beliau tidak akan merayu keputusan dan memberikan amaran kepada kepimpinan parti agar tidak mengendahkan perkara dibangkitkannya mengenai Presiden dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Nampaknya Majlis Tertinggi (MT) tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Bagaimanapun, saya tidak akan merayu.

"MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan Umno dan negara," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. Muhyiddin yang terlucut jawatan timbalan presiden selepas digantung sebagai ahli berkata, Umno gagal menangani krisis kepimpinan dengan penglibatan Najib dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion.
"MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, ke mana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013.
"MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib.
"Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat," katanya.

Selepas digantung, Muhyiddin ikrar terus bersuara, desak reformasi institusi

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung daripada Umno semalam memberi jaminan tidak akan berdiam diri sebaliknya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi yang lebih menyeluruh. Beliau berkata, kuasa perdana menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan peguam negara juga mesti dihadkan. "Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat perdana menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan peguam negara," katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhyiddin: Saya tidak akan merayu

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak akan merayu terhadap tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatannya sebagai timbalan presiden Umno, walaupun beliau mempertikai cara MT dalam membuat keputusan tersebut.
"Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri.
"Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT.
"Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu," kata Muhyiddn dalam satu kenyataan.
Menurutnya, MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap dirinya "daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan Umno dan negara".

Saya tetap bersuara walaupun digantung keahlian UMNO – Muhyiddin

Ia berlaku ekoran niatnya yang mahu melihat kesempurnaan perjalanan parti dan mahu mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya parti itu terus diterima oleh rakyat.
Muhyiddin-Yassin,-umno
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran serta menuntut reformasi meskipun beliau digantung keahlian di dalam UMNO.
Menerusi kenyataan di Facebook hari ini, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau tidak berduka dengan keputusan yang sememangnya telah dijangka namun, tidak menafikan tetap merasa jengkel.
Katanya, apa yang berlaku ke atas dirinya itu adalah disebabkan beliau niatnya yang mahu melihat kesempurnaan perjalanan parti dan mahu mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya parti itu terus diterima oleh rakyat.
“Hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas. Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup.
“Mereka yang lantang mengkritik Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan.
“Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segalakuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu,” katanya.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, Mereka yang berkepentingan di dalam UMNO tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.
Katanya, apa yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, sebaliknya lebih kepada kepentingan diri.
“Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita. Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan.
“Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti,” ujarnya.

WAYANG NAJIB KELUAR MESYUARAT MT

Sekonyong-konyongnya Najib Razak meninggalkan mesyuarat MT UMNO semalam kerana tidak mahu dirinya terlibat dalam membuat keputusan berhubung penggantungan jawatan Muhyiddin Yassin.

Sekonyong-konyongnya juga Zahid Hamidi turut keluar daripada bilik mesyuarat itu kerana sebab yang sama.

Lalu diserahkan pengendalian mesyuarat kepada Hishammuddin Hussein yang akhirnya menjadikan "orang Johor jadi kepala menggantung pemimpin Johor sendiri".

Tetapi yang mendapat manfaat secara langsung daripada penggantungan Muhyiddin sebagai timbalan presiden UMNO ialah Najib dan Zahid, manakala balanya terpaksa dipikul oleh Hishammuddin.

Yang paling terkesan, Hishammuddin akan berdepan dengan kebencian orang UMNO Johor sendiri selepas ini dan jika politik negeri itu terus bergolak, apatah lagi jika jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya akan datang, beliaulah yang paling diungkit kesalahannya.

Walaupun Najib cuba menunjukkan beliau tidak terlibat mahu dalam keputusan menggantung Muhyiddin itu, ia sebenarnya tidak bermakna apa-apa kerana Zahid juga "diajaknya" meninggalkan mesyuarat itu.

Dengan Hishammuddin, sepupu Najib yang mempengerusikan mesyuarat, keputusan yang berpaksikan "taat setia" dan "tidak derhaka"  tentunya sudah boleh dijangka.

Keputusan gantung jawatan Muhyiddin berat sebelah, cemar imej Umno


Muhyiddin YassinMuhyiddin Yassin
Keputusan sebulat suara Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden Umno semalam dilihat sebagai satu proses demokrasi berat sebelah yang boleh menjejaskan reputasi parti.
Keputusan menggantung jawatan bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga akan turut menjejaskan reputasi parti khususnya dalam krisis membabitkan Muhyiddin dan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Dr Siva Murugan PandianDr Siva Murugan PandianPensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Sivamurugan Pandian berkata, Muhyiddin harus diberi peluang untuk mempertahankan dirinya daripada usul yang dicadangkan ahli MT untuk memecat beliau daripada memegang jawatan Timbalan Presiden.
“Beliau harus diberikan peluang untuk mempertahankan jawatannya untuk membela diri supaya pendemokrasian dalam parti dihormati malah tidak dilihat berat sebelah dan boleh menjejaskan reputasi parti yang akan menjadi lebih teruk,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Keputusan sebulat suara ahli-ahli MT itu dibuat dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Namun Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat itu kerana dilaporkan berada di luar negara.
Ahli MT sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta semalam.
Pengumuman berhubung perkara tersebut dibuat Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.
Dr Sivamurugan berkata, ahli MT dan Muhyiddin harus mengambil pendekatan musyawarah dalam suasana politik yang lebih harmoni dalam menghadapi krisis dalaman parti.
"Saya tidak nafikan usul yang dibawa ke dalam mesyuarat MT itu salah satu proses demokrasi, namun jika Muhyiddin diberikan peluang untuk membela diri terlebih dahulu, sebelum usul dikemukakan dan keputusan sebulat suara diambil, menunjukkan demokrasi itu berlangsung secara dua hala.
"Ramai yang akan mempersoalkan keputusan dibuat MT dan Umno. Umno perlu melihat kesan jangka panjang dan pendek terhadap keputusan pengantungan jawatan Timbalan Presiden itu.
“Ini kerana Umno sudah lalui pelbagai dugaan. Sesuatu keputusan yang jitu dan rasional perlu diambil kira dalam suasana persekitaran politik hari ini terhadap krisis keyakinan pemimpin,” ujarnya.
Dalam sidang media semalam, Tengku Adnan turut mengumumkan bahawa Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.
Jawatan Muhyiddin sebagai Ketua Umno Bahagian Pagoh masih kekal.

MT Umno terdesak, kes Muhyiddin patut dibawa ke jawatankuasa disiplin


Abdul Aziz RahmanAbdul Aziz Rahman
Kes disiplin membabit Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya dibawa ke jawatankuasa disiplin parti sebelum diserahkan kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT Umno), kata Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
Bagaimanapun Abdul Aziz mengakui MT Umno mempunyai bidang kuasa yang luas dan penggantungan Muhyiddin dibuat kerana ianya 'perkara mendesak' dan perlu disegerakan.
Beliau berkata, jika tindak-tanduk Muhyiddin disifatkan bercanggah dengan struktur perlembagaan dan displin ahli terhadap parti, perkara itu boleh diperdebatkan kedua pihak.
“Perlu ada laporan untuk dibawa ke peringkat jawatan kuasa disiplin terlebih dahulu sebelum dibawa kepada ahli MT.
"Dalam hal ini mungkin MT terdesak dan nak buat cepat kerana melihat kepada tindak tanduk Muhyiddin kebelakangan ini menyerang Presiden," ujarnya.
Beliau juga menjelaskan bahawa ada kemungkinan Muhyiddin boleh merayu untuk membela diri bagi mempertahankan jawatannya.

“Kena lihat juga apa peraturan yang ada dalam perlembagaan parti itu yang boleh memihak kepada isu membabitkan Muhyiddin," ujarnya lagi.
Beliau yakin keputusan menggantung jawatan Muhyiddin tidak dibuat dengan mudah oleh MT Umno.
MT Umno, katanya mungkin berada dalam keadaan 'terdesak' untuk membuat keputusan drastik tanpa perlu Muhyiddin diberikan ruang mempertahankan diri.
Usul untuk memecat Muhyiddin sebelum ini telah dicadangkan secara terbuka oleh Datuk Seri Nazri Aziz dengan sokongan beberapa ahli MT.
Ia kemudian dibawa ke mesyuarat MT Umno semalam.
Nazri dalam kenyataan yang dipetik media mengusulkan Muhyiddin dipecat daripada parti berikutan tindakannya mempertikaikan pelbagai perkara berkaitan presiden parti dan kerajaan secara terbuka.