Jumaat, 26 Februari 2016

Pakatan diminta kembali ke meja rundingan, pulihkan harapan rakyat

Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, meja rundingan adalah saluran terbaik membincangkan sebarang pertembungan pendapat antara parti dalam Pakatan. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 26 Februari 2016. 
Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, meja rundingan adalah saluran terbaik membincangkan sebarang pertembungan pendapat antara parti dalam Pakatan.

Para pemimpin Pakatan Harapan perlu kembali kepada perjanjian ditandatangani mereka 9 Januari lepas, iaitu membuat keputusan secara bersama, jika mereka masih mahu rakyat memberikan harapan kepada mereka.
Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, meja rundingan adalah saluran terbaik membincangkan sebarang pertembungan pendapat antara parti dalam Pakatan, bukannya menerusi media.
"Semua perlu kembali kepada meja rundingan dan korum yang sesuai adalah Majlis Presiden Pakatan Harapan," katanya ketika media hangat menyiarkan mengenai perbalahan yang dilihat antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR.

Dalam konvensyen pertama Pakatan Harapan di Shah Alam awal tahun ini, keputusan bersama menjadi perkara pertama dalam senarai perjanjian antara 3 parti yang menyertai gabungan pembangkang baharu itu selepas berkuburnya Pakatan Rakyat. Tujuh perjanjian berkenaan adalah prinsip dalam membuat keputusan bersama, pembinaan kesatuan politik, prinsip penyelesaian pertikaian, dasar bersama, perjalanan pilihan raya, perjalanan kerajaan dan pembangkang dan keabsahan pakatan.
Perjanjian ini ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Ia pula dibentangkan secara rasmi dalam konvensyen pertama Pakatan Harapan oleh Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke dan Setiausaha Organisasi Amanah Suhaizan Kaiat.
Pakatan Harapan dibentuk pada 22 September 2015 selepas persidangan meja bulat antara parti dan NGO pro-pembangkang kecuali PAS.
Bagi Pengetua Sekolah Demokrasi (SekDem) DAP, Wan Hamidi Hamid, harapan tetap ada kepada Pakatan Harapan, menyifatkan apa yang terjadi sebagai "percakaran biasa."
"Yang sedang berlaku ini, percakaran biasa. Dalam Barisan Nasional (BN) pun biasa, cuma mereka boleh tutup berita tu," kata Wan Hamidi kepada The Malaysian Insider.
Bagi bekas pengamal media yang berasal dari Pulau Pinang dan kini bekerja di ibu pejabat DAP ini, selagi ahli Amanah serta para pemimpin pelapis dalam PKR dan DAP bertenang, harapan tetap ada.
Sementara itu, Zainul Faqar Yaakub, petugas media rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang pula berkata, ketika Lim mengulas isu itu buat kali pertama, beliau melahirkan rasa terkejut kerana ia dibangkitkan di dalam media dan bukannya di meja rundingan.
Pergeseran terbuka antara Lim dan Azmin bermula apabila pemimpin PKR itu tidak berpuashati dengan pemecatan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dari jawatan mereka dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Muhyiddin tidak akan dapat tewaskan Najib pada pemilihan akan datang..!!

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berpendapat Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan dapat bertanding dalam pemilihan akan datang untuk menewaskan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Itu tidak akan berlaku. Beliau akan dihalang sebelum pertandingan lagi," katanya yang yakin Muhyiddin tidak akan tunduk pada desakan ahli-ahli MT.
Menurutnya, desakan tersebut muncul setelah melihat Muhyiddin bertindak di luar jangkaan iaitu kembali melawan dan melebarkan pengaruh di kalangan cawangan-cawangan Umno.
"Selagi Muhyiddin masih menjawat Timbalan Presiden, gerakan beliau bertemu Ketua Cawangan adalah sesuatu yang sah dan suaranya di media juga masih laku.
"Hal ini membahayakan Najib dan kumpulannya di dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Maka suara-suara mendesak Muhyiddin datangnya dari mereka yang bergantung survival politik dan jawatan mereka pada Najib," katanya kepada Sinar Online.
Petang tadi, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin berkuat kuasa hari ini serta merta.
Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel), Dr Shamsinor Abdul Azzis menolak keperluan Muhyiddin menurut desakan beberapa ahli MT yang mahukan beliau meletakkan jawatan.
"Tidak perlu kerana beliau mempunyai kem sendiri. Kadang-kadang sokongan secara senyap pun banyak dan kalau lihat kepada keadaan Umno sekarang ini, boleh dikatakan hanya MT sahaja yang lebih menyokong kepimpinan Umno.
"Tapi tidak di peringkat akar umbi. Sebagai contoh sudah wujud gerakan ketua-ketua cawangan (GKCM). Jadi, saya tak rasa beliau (akan) tunduk berdasarkan desakan ahli MT itu," katanya.

Lambung, jangan tak lambung selagi hayat dikandung badan.

Tak berdosa pon lambung.. Janji Muhyiddin dah kena gantung..

APA NAK HERAN... barang siapa masih lagi degil nak kritik Najib maka beliau akan DI'BANNED' SERTA-MERTA..

Begitulah lumrah dlm Umno.. Hanya yg kuat jilat saja akan kekal didalamnya..

Peperangan kini bermula, kata pemberontak UMNO

Muhyiddin tidak lagi mempunyai alasan untuk terus berdiam diri. Dia boleh buat apa sahaja sekarang ini.
anina-khai-1KUALA LUMPUR: Pemberontak UMNO kini mengisytiharkan perang keatas parti itu dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak selepas menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah mengabaikan pandangan akar umbi sehingga tergamak menggantung Muhyiddin yang bersuara demi kepentingan rakyat dan negara.
“Saya setuju dengan penggantungan ini, dan dia (Muhyiddin) tidak lagi mempunyai alasan untuk terus berdiam diri. Dia boleh buat apa sahaja sekarang ini.
“Peperangan kini telah bermula. Jika ini yang mereka (UMNO) mahukan, ia perkara yang baik memandangkan kami kini bebas untuk berkata apa-apa sahaja.
“Muhyiddin dan kami tidak lagi terikat dengan undang-undang dan peraturan parti. Saya berpegang pada kata-kata saya, kami akan pergi ke seluruh negara untuk menyedarkan masyarakat mengenai rasuah dan kelakuan salah yang Najib lakukan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Bekas ahli UMNO, Anina Saaduddin pula menyatakan Najib dan MT UMNO telah melakukan kesilapan besar dengan menggantung Muhyiddin. Hal ini kerana, mereka terpaksa berhadapan dengan 30 juta rakyat Malaysia.
“Rakyat dan akar umbi sayangkan Muhyiddin. Mereka tahu bahawa keputusan menggantung beliau bukan kerana beliau melakukan sebarang kesalahan, tetapi hanyalah Najib cuba menutupi kesalahan sendiri.
“Hanya kerana seorang individu yang panik, ramai tergugur. Muhyiddin tidak perlu bersedih kerana beliau tidak dihukum oleh orang yang ikhlas, tetapi seorang penjahat,” ujarnya kepada FMT.
Penyokong Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak perlu bersedih dengan penggantungan itu, sebaliknya ia harus menjadi pembakar semangat buat mereka.
“Ini bukan perjuangan Muhyiddin seorang atau perjuangan pemberontak, tetapi perjuangan rakyat,” katanya.

GKCM: Najib patutnya tak boleh tidur malam

Dengan penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya dalam Umno Datuk Seri Najib Razak didakwa "tidak boleh tidur malam".
Pengerusi Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) Kamarulazman Habibur Rahman berkata, tanpa jawatan dalam partinya bekas timbalan presiden Umno itu akan lebih mudah membuat pendedahan mengenai skandal pemimpin mereka.
"Kalau saya jadi Najib, sekarang saya tak boleh tidur malam, sebab sekarang Muhyiddin akan buat pendedahan, satu demi satu," katanya kepada Malaysiakini.
Petang tadi, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden serta-merta dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditugaskan mengambil alih peranan berkenaan sehingga pemilihan akan datang.
Ia satu lagi tindakan Umno ke atas Muhyiddin - yang lantang mengkritik Najib - selepas digugurkan daripada tugasnya sebagai timbalan perdana menteri.
Kata Kamarulazman ketika ini Umno sepatutnya "benar-benar bimbang" kepada Muhyiddin.

Umno Pagoh: Tahniah 'orang' Johor pecat Muhyiddin

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed membidas naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pemimpin Johor lain kerana menyokong keputusan Majlis Tertinggi yang menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden.
“Saya sedih orang Johor disuruh mempengerusikan mesyuarat untuk pecat orang Johor.
“Tahniah Datuk Hisham dan MT orang-orang Johor... kerana terus membiarkan diri menjadi kambing hitam,” katanya kepada Malaysiakini melalui pesanan teks.
Mesyuarat MT Umno hari ini dipengerusikan oleh Hishammuddin, selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan mesyuarat untuk mengelakkan konflik kepentingan.
Mesyuarat kemudian sebulat suara memutuskan untuk menggantung Muhyiddin berkuatkuasa serta-merta berikutan kritikan terbuka terhadap Najib dan melantik Zahid memangku jawatannya.
Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor dari1986 hingga 1995 dan adalah juga Ahli Parlimen Pagoh serta Ketua Umno Pagoh.
Akibat lantang mengkritik Najib berhubung dana RM42 juta daripada firma milik negara, SRC International dan ‘derma’ AS$ 681 juta yang disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri, beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh Najib pada Julai tahun lalu.

TAHNIAH BUAT ZAHID, PERMULAAN UNTUK MUHYIDDIN

Sebagaimana yang dijangka, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akhirnya digantung jawatannya sehingga pemilihan akan datang.

Sehubungan itu, Ahmad Zahidi Hamidi diberi kuasa untuk menjalankan tugas timbalan presiden UMNO sepanjang penggantungan Muhyiddin itu.

Oleh pemilihan UMNO sudah dianjakkan kepada 2018 dan sebelumnya pula pilihanraya umum ke 14 terpaksa diadakan, penggantungan ini bermakna telah "membunuh"  terus masa depan Muhyiddin bersama parti itu.

Dengan perkembangan yang sama, maka yang seharusnya diberikan ucapan tahniah ialah Zahid Hamidi kerana berjaya menaik setakuk lagi dalam perjalanan karier politiknya.

Sebagai pemimpin yang sama-sama berasal dari Perak, Zahid juga tentunya rasa terhutang budi yang amat sangat kepada Nazri Aziz atas cadangannya mengusulkan penggantungan Muhyiddin itu kerana dalam masa yang sama turut menyebabkan peningkatan kepada martabat dirinya secara percuma dalam hireaki UMNO.

Kepada Najib, situasi itu belum tentu memberi kekukuhan kepada kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Apa yang berlaku selepas penggantungan Muhyiddin ini, bersama-sama isu 1MDB, derma RM2,600 juta serta pelbagai siasatan oleh beberapa negara luar berkaitan syarikat pelaburan itu, ia tidak mustahil akan terus menjebaknya dalam kemelut kegersangan sokongan yang tidak berkesudahan.

Muhyiddin pula, walaupun hanya digantung jawatan tetapi masih kekal sebagai ahli UMNO,  berdiam diri saja selepas ini hanya akan menyebabkan masa depannya mereput begitu saja.

Gantung Muhyiddin: ‘Ini hari yang baik untuk UMNO’

"Ini jalan yang perlu diambil untuk kita (UMNO) melangkah ke hadapan," kata Ahli MT, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
rahman-dahlan-umno
KUALA LUMPUR: “Ini hari yang baik untuk Umno,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di ibu pejabat parti itu, hari ini.
“Ini jalan perlu diambil untuk kita melangkah ke hadapan. Dalam mana-mana organisasi, displin adalah perkara paling penting,” katanya tanpa merujuk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin secara langsung.
Mesyuarat MT UMNO hari ini memutuskan untuk menggantung Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Presiden, berkuatkuasa serta-merta sehingga pemilihan UMNO akan datang.
Beliau dipecat atas sebab melanggar Artikel 9.8.2.1 Perlembagaan UMNO kerana tidak memainkan peranannya selaku Timbalan Presiden untuk membantu Presiden mengukuhkan parti.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, keputusan itu dibuat secara sepakat oleh semua ahli MT.
“Keputusan ini bersandarkan kepada keinginan kita untuk bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan,” katanya yang kelihatan agak sugul.
Kebanyakan ahli MT yang lain ketika ditemui pemberita enggan memberikan apa-apa kenyataan, antaranya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Timbalan Presiden: Muhyiddin digantung, Zahid ambil alih

Muhyiddin dikenakan tindakan kerana tidak membantu Najib menguatkan parti, sebaliknya menjejaskan UMNO.
muhyiddin
KUALA LUMPUR: Tokoh politik Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO berkuatkuasa serta-merta.
Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Majlis Tertinggi (MT) sebulat suara bersetuju Muhyiddin digantung sehingga pemilihan parti akan datang yang ditunda ke 2018.
Mengisi kekosongan akibat pelanggaran Perkara 9.8.2.1 Perlembagaan UMNO itu, Naib Presiden Ahmad Zahid Hamidi diminta ke depan bagi mengambil alih kemudi kedua parti Melayu itu.
“Kelakuan Muhyiddin tidak mencerminkan kedudukannya sebagai timbalan presiden (iaitu membantu presiden mengukuhkan parti). Beliau juga menjejaskan parti,” kata Tengku Adnan di sidang media di Ibu Pejabat UMNO hari ini.
Mesyuarat selama tiga jam tersebut dipengerusikan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, selepas Presiden Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan untuk ‘keluar awal’ daripada mesyuarat.
Tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu telah dijangka kerana sebelum ini, Ahli MT Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan akan mengusulkan penggantungan Muhyiddin.
Usul tersebut dibuat susulan tindakan Muhyiddin menuduh Najib menghalang beliau melaksanakan tugas sebagai timbalan presiden, minggu lalu.
Muhyiddin juga mendakwa, selaku bekas Timbalan Perdana Menteri, beliau maklum banyak perkara mengenai derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.
Pertembungan antara Muhyiddin dan Najib tercetus apabila pemimpin Johor itu mengkritik kontroversi 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.
Pada Julai tahun lalu, Najib merombak Jemaah Menteri dan mengugurkan Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Muhyiddin sah digantung keahlian Umno, lucut jawatan automatik

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sah bukan lagi timbalan presiden Umno selepas Majlis Tertinggi (MT) hari ini memutuskan menggantung keahlian beliau. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 26 Februari 2016. 
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sah bukan lagi timbalan presiden Umno selepas Majlis Tertinggi (MT) hari ini memutuskan menggantung keahlian beliau yang menyaksikan hilang secara automatik jawatan yang disandang sejak 2009.
Keputusan tersebut diumumkan setiausaha agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media sejurus selesai mesyuarat yang berlangsung bermula jam 4 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Salah seorang ahli MT, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang ditemui wartawan berkata, keputusan hari ini suatu yang baik untuk Umno dan selepas ini mereka perlu menumpukan ke arah usaha mengukuhkan parti.

"Hari ini hari yang baik untuk Umno. Kita tumpukan kepada pengukuhan parti selepas ini," katanya. 

Sekat portal: HRW gesa tekanan global pada M'sa


Human Rights Watch (HRW) yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia, selepas sekatan terhadap sebuah portal berita semalam.
Timbalan Pengarah HRW Phil Robertson berkata kerajaan terang-terangan melanggar kebebasan media dan meningkatkan kebimbangan pada komitmennya pada hak asasi dan prinsip demokrasi.
 “Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan kerajaan-kerajaan lain perlu campur tangan untuk menekan pemimpin Malaysia supaya menghindarkan diri daripada dasar-dasar sesebuah media yang dijangkakan di negara satu parti seperti Vietnam, dan bukan sebuah negara yang mendakwa moden, demokrasi pelbagai parti,” katanya
Robertson berkata tiada keraguan lagi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan dang mengetatkan penapisan terhadap portal berita atas talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam menyekat The Malaysian Insider (TMI) kerana didakwa melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Ia berkaitan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.
Suruhanjaya itu semalam tidak menyatakan dengan jelas tulisan yang mendorong sekatan itu dibuat, tetapi diakui menteri mempunyai kaitan dengan laporan bahawa terdapat cukup bukti untuk mendakwa Najib.
Polis berkata akan menyiasat laporan TMI mengenai syor yang dikatakan dibuat Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusi panel itu Hamid Bugo malam tadi menafikan pihaknya percaya terdapat bukti cukup untuk mendakwa Najib dalam kes kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaunnya serta siasatan kes SRC International.

Muhyiddin digantung jawatan serta-merta


Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan sebagai timbalan presiden Umno berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Bernama, penggantungan Muhyiddin berkuat kuasa sehingga pemilihan parti akan datang.
Keputusan itu dikatakan dibuat secara sepakat pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat hari ini dan dikatakan berada di luar negara.
Bernama juga melaporkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memangku tugas Muhyiddin sehingga pemilihan parti akan datang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata keputusan dibuat berdasarkan konsensus tadi diharap dapat membantu parti Melayu itu untuk terus mara.
“Hakikat bahawa keputusan telah dibuat oleh majlis tertinggi dan keputusan dibuat ini bersandarkan (kepada sebab) kita nak melihat ke hadapan (dalam) satu pasukan bagi berhadapan dengan rakyat.
“Dan harapan peribadi saya, dengan keputusan yang dibuat secara konsensus ini dapat membantu kita bergerak ke hadapan tanpa kita mempertikaikan gerakan-gerakan yang saya tengok penting ketika kita berhadapan dengan rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi PWTC.
Muhyiddin sebelum ini digugurkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri setelah lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Langkah itu dilihat sebagai gerak terbaru Najib menguatkan cengkamannya dalam parti setelah Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan beliau daripada sebarang salah laku.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhkriz Mahathir, yang juga kritikal kepada pentadbiran Najib seperti bapanya, juga telah berjaya ditukar sebelum ini.
Seorang anggota MT Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini mengumpamakan tindakan Muhyiddin kebelakangan ini “ibarat anjing yang sibuk menggigit kaki” sehingga menyukarkan Umno melaksanakan tanggungjawabnya.
Beliau sebelum ini berkata mahu membawa cadangan kepada jawatankuasa disiplin parti pada mesyuarat MT Umno hari ini agar Muhyiddin digantung jawatannya.

MT Umno: Muhyiddin tak hadir, Shafie kena gaut

Pengarang TMI beri keterangan kepada polis

Pengarang dan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider Jahabar Sadiq antara yang tiba di Bukit Aman, Kuala Lumpur petang ini untuk memberi kenyataan.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Februari 2016.	 
Pengarang dan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider Jahabar Sadiq antara yang tiba di Bukit Aman, Kuala Lumpur petang ini untuk memberi kenyataan.

Polis mula mengambil kenyataan daripada 3 pengarang The Malaysian Insider berhubung laporan mengenai Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Bukit Aman, Kuala Lumpur petang ini.
Pengarang dan Ketua Pegawai Eksekutif portal berita itu, Jahabar Sadiq, Pengarang Urusan Lionel Morais dan Penolong Pengarang Berita V Anbalagan mula-mula dipanggil masuk ke dalam ibu pejabat polis itu kira-kira jam 3.15 petang.
Mereka diiringi peguam The Edge Media Group, dan peguam hak sivil Syahredzan Johan.

Polis juga dijangka mengambil kenyataan dua penyunting berita selepas ini. Laporan yang disiarkan semalam memetik ahli PPO, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata SPRM perlu mengemukakan semula kertas siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd kepada peguam negara kerana terdapat cukup bukti untuk melakukan pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Akses kepada laman web The Malaysian Insider disekat petang semalam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana kandungannya didakwa mengancam keselamatan negara di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pagi ini berkata, langkah itu diambil kerana laporan itu menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata menerusi Twitter awal hari ini, pihaknya akan memanggil ketua pengarang The Malaysian Insider dan menyiasat laporan "yang mengelirukan rakyat" itu.
Dua ahli PPO kemudiannya mengeluarkan kenyataan akhbar malam tadi menafikan terlibat dengan laporan dan sumber yang tidak dinamakan The Malaysian Insider.

Gesaan kemukakan kertas siasatan SRC dan RM2.6bilion ke Parlimen

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa mengemukakan semula kertas siasatan kes membabitkan SRC dan dana RM2.6bilion di Parlimen pada 7 Mac depan.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membuat gesaan ini kerana dakwanya laporan berlaku percanggahan keputusan Peguam Negara tiada kes dalam kedua-dua kertas sisasatan dan mengarahkan kes itu ditutup oleh SPRM tetapi sebaliknya arahan Panel Penasihat Operasi (PPO) pula mengarahkan SPRM meneruskan semula siasatan.
"Penyelesaian yang perlu dilakukan ialah keberanian menunjukkan integriti yang tinggi yang mungkin tidak pernah dibuat orang.
"Saya sarankan jika benar dakwaan Peguam Negara tiada kes dalam kedua-dua kertas siasatan dan arahan kes ditutup, saya cabar PM dan Peguam Negara membentangkaan kedua-dua kertas siasatan itu ke sidang parlimen yang akan bermula pada 7 Mac ini untuk dijadikan dokumen awam.
"Tiada undang undang yang menghalang untuk PM dan Peguam Negara untuk berbuat demikian," ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.
Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Mahfuz berkata rakyat dan masyarakat antarabangsa sedang menyaksikan kekalutan Malaysia berdepan dengan isu RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Katanya, kekalutan itu timbul kembali selepas Peguam Negara menyatakan tiada bukti daripada kertas siasatan SPRM atas isu RM2.6 bilion dan wang SRC RM42 juta untuk mendakwa Najib ke mahkamah sedangkan Pendedahan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa wang RM2.6 bilion bukan daripada penderma Arab sebaliknya daripada saluran 1MDB.
"Kekalutan ini makin hangat apabila PPO mengarahkan SPRM menerus siasatan ke atas kes RM2.6 bilion dan mengemukan semula kertas siasatan kes SRC RM42 juta kepada Peguam Negara. Ini menjadikan dua institusi bercanggah antara satu sama lain.
"Siapa yang betul, siapa yang berbohong dan siapa yang kelentong?," soalnya.
Malah tegasnya lagi, keadaan berlaku ini akan memberi kesan melebarnya krisis kepercayaan pelabur terhadap Malaysia dan akan memburukkandan memperlahan pertumbuhan ekonomi.
"Arahan PPO supaya SPRM meneruskan siasatan kes RM2.6 bilion dan mengangkat semula kertas siasatan kes SRC RM42 juta seperti undi atau pernyataan tidak percaya terhadap Peguam Negara.
"Ini seolah-olah menunjukan kertas siasatan kes SRC RM42 juta sebelum ini sudah pun mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa Najib. Persoalannya, kenapa Peguam Negara menyatakan tiada kes dan mengarahkan SPRM menutup kes?, ujarnya.

276,753 individu diisytihar bankrap bagi 2011-2015 - menteri


Sebanyak 276,753 individu diisytihar bankrap dari 2011 sehingga Disember 2015 membabitkan seawal usia 25 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Beliau berkata 46,019 individu muflis telah mendapat pelepasan dan pembatalan bankrap melalui mahkamah bagi tempoh yang sama.
 Katanya antara punca utama yang menyebabkan kes bankrap termasuk gagal menjelaskan bayaran sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, kad kredit dan pinjaman perniagaan.
"Peningkatan kes bukanlah secara tahunan tetapi berasaskan kes terkumpul. Bagaimanapun, kes bankrap individu menurun sebanyak 22,351 bagi 2014 berbanding 18,457 bagi 2015," katanya dalam sidang media selepas melancarkan sistem e-Insolvensi di Putrajaya hari ini.
e-Insolvensi merupakan satu portal perkhidmatan yang dibangunkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl), dengan tujuan menyediakan perkhidmatan carian status kebankrapan individu dan penggulungan syarikat, serta pembayaran dalam talian.
Melalui portal e-Insolvensi, Nancy berkata sistem pembayaran secara dalam talian yang mula beroperasi Mei tahun lalu, turut memperkenalkan kaedah pembayaran melalui JomPAY dan Interbank Giro bersama 13 buah bank.
"Sehingga Disember tahun lalu, lebih 20,000 pelanggan telah menggunakan kedua-dua medium ini dan Mdl telah menerima bayaran RM567,000. Cara pembayaran ini akan mempercepatkan proses pengemas kini lejar bankrap berbanding dengan secara manual yang memakan masa," katanya.
Menurutnya , melalui kaedah itu, Mdl dijangka dapat mengurangkan sehingga 80 peratus daripada keseluruhan jumlah bayaran menggunakan 163,000 cek setahun.

Laporan akhir pengauditan 1MDB 4 dan 7 Mac - Pengerusi PAC


Pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB dijadualkan semula pada 4 dan 7 Mac ini selepas ditangguhkan pada 24 dan 25 Februari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin, berkata mesyuarat itu dijadualkan semula kerana kebanyakan anggota PAC berada di luar negara termasuk mereka yang menunaikan umrah dan mempunyai komitmen penting.
"Mesyuarat dijadualkan semula pada tarikh baharu itu memandangkan semua anggota PAC telah kembali ke tanah air dan selesai dengan urusan masing-masing," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam laporan sebelum ini, PAC menegaskan bahawa ia kini memberi keutamaan untuk mendengar pembentangan Ketua Audit Negara berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.
Selepas itu, ia akan menyiapkan Laporan PAC untuk dibentangkan di Parlimen secara telus dan adil.

PKR mahu JK parlimen pantau SKMM

PKR menggesa sebuah jawatankuasa pengawasan yang bertanggungjawab kepada parlimen ditubuhkan untuk mengawas dan meneliti aktiviti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Gesaan itu dibuat setelah suruhanjaya itu menyekat capaian The Malaysian Insider (TMI), yang diakui menteri mempunyai kaitan dengan laporan bahawa terdapat cukup bukti untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil (gambar) berkata jawatankuasa dicadangkan itu boleh turut mengesyorkan langkah-langkah perlu jika terbukti wujud salah guna kuasa SKMM.
“Hanya dengan langkah-langkah ini maka SKMM yang neutral dan yang lebih bertanggungjawab kepada Rakyat boleh menjadi realiti,” katanya.
Fahmi menegaskan keperluan mekanisme semak dan imbang diwujudkan selari dengan prinsip tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang.
Perkara itu, katanya lagi, boleh dilaksana dengan meminda Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 pada sesi parlimen akan datang untuk memastikan SKMM perlu mendapat perintah mahkamah sebelum menghalang akses laman web.
SKMM semalam menyekat TMI kerana didakwa melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Ia berkaitan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Wan Azizah terasa kehilangan Anwar pada ulang tahun perkahwinan


Wan Azizah akan menyambut ulangtahun perkahwinan ke-36 pada Ahad ini.Wan Azizah akan menyambut ulangtahun perkahwinan ke-36 pada Ahad ini.Walaupun meraikan hari ulang tahun perkahwinan bukanlah suatu kebiasaan bagi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun ketibaan hari ulang tahun ke-36 pada 28 Febuari ini tanpa suami tercinta di sisi amat dirasai.
Bagaimanapun, Presiden PKR itu menganggap ia sebagai sebahagian cabaran perlu ditempuhinya sejak mendirikan rumah tangga bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
DSWA“Sebenarnya kami jarang meraikan ulang tahun perkahwinan secara formal sebaliknya lebih banyak habiskan masa untuk perjuangan rakyat berbanding meraikan hari-hari istimewa seperti hari ulang tahun kami.
“Bagaimanapun, sudah semestinya pada hari ini saya rasa kehilangan,” katanya pada program Halaqah Ilmu, di kediamannya di Bukit Segambut, di sini, malam tadi lapor Selangorkini.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA), Amidi Abd Manan pula menganggap Anwar sebagai pejuang tulen sehingga mewakafkan kehidupan diri dan keluarganya demi perjuangan rakyat.
“Terlalu banyak cabaran dihadapi keluarga ini yang bukan calang-calang orang boleh hadapinya tetapi Alhamdullilah usia perkahwinan mereka sudah mencecah 36 tahun.
“Dalam perjuangannya Anwar mewakafkan kehidupan dan keluarganya untuk memperjuangkan kebenaran. Semoga Allah merahmati keluarga ini,” kata Amidi.
Terdahulu, Dr Wan Azizah menerima kejutan apabila Amidi mengumumkan hari ulang tahun perkahwinan beliau yang ke-36 dan diikuti acara memotong pulut.

Sekat kebebasan media amalan pemerintahan diktator


KUALA LUMPUR 26 FEB: Tindakan kerajaan UMNO BN menyekat laman portal yang menyiarkan laporan kepincangan urus tadbir negara dan pelbagai skandal melibatkan pemimpin tertinggi parti itu bakal memberi imej buruk di mata dunia.
tony internet sensorMengutuk sekeras-kerasnya tindakan menyekat laman portal, The Malaysian Insider(TMI), Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, tindakan itu hanya akan membuatkan dunia melihat Malaysia seolah-olah ditadbir oleh regim dan dipenuhi pemimpin korup.
Katanya, ia hanya menunjukkan negara kini seakan-akan menuju kepada pemerintahan diktator, dengan meruntuhkan darjat wartawan (fourth estate) yang menjadi tunjang kepada semak dan seimbang sesebuah pemerintahan.
Justeru, beliau menggesa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang sering dikaitkan dengan pelbagai skandal melibatkan antarabangsa mahupun tempatan, menghentikan sekatan terhadap semua laman portal.
“Ia malah mengelakkan negara daripada terus tidak diyakini pelabur asing mahupun tempatan yang akan menghancurkan ekonomi negara yang sedia rapuh,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengakui mengarahkan syarikat pembekal internet menyekat akses kepada TMI atas alasan portal berita itu menyiarkan kandungan yang menjadi kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 233 berkaitan “penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian” yang antara lain bersifat “mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain”.
Terdahulu, laman web Sarawak Report yang kritikal terhadap kepimpinan Najib mengalami nasib yang sama sehingga disekat aksesnya di negara ini.
Malah, sebelum ini, laman web Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan(NGO), Bersih.org yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil juga dihalang aksesnya oleh kerajaan UMNO BN.

Nasihat & amaran Rani Kulup terhadap Mahathir

Nancy enggan ulas cadangan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia

I don't take anything, says Dr. M on assets declaration call

Dr Mahathir: Saya akan hadir himpunan guling Najib

Mahathir: Malaysia morphing into North Korea under Najib

Umno sudah jadi parti Najib, tiada prinsip, kata Dr Mahathir

"Ia sama sekali berbeza dengan prinsiprinsip yang Umno perjuangkan selama ini," kata Dr Mahathir ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Ehime Fair di KLCC hari ini.
Malah, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting sekarang adalah "survival" (kelangsungan hidup) Najib sendiri, sambil berkata walaupun perdana menteri didakwa melakukan jenayah, beliau tetap akan dilindungi.

"Dia (Najib) tidak lagi mengikut perjuangan parti. Dia fikir tentang dirinya sendiri. "Menjadi perdana menteri dan buat semua perkara, dan jika ia jenayah sekalipun, beliau masih dilindungi," katanya.
Najib ketika ini berdepan dakwaan salah laku dan kontroversi membabitkan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan yang dibuat terhadap dirinya.

Singkir Muhyiddin 'paku akhir untuk keranda Umno' - Mukhriz

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya benar Tan Sri Muhyiddin Yassin akan digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, ia bakal menjadi paku terakhir buat keranda parti Melayu berkenaan.
Katanya, langkah itu juga akan menguburkan nilai dan prinsip yang "menjadi tunggak kekuatan Umno selama ini".
Jelas ADUN Ayer Hitam itu lagi sekiranya Muhyiddin disingkirkan ia akan menghampakan rakyat Johor kerana beliau dilihat berpotensi untuk dinaikkan pangkat sebagai perdana menteri.
“Semua itu hilang apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan tersebut,” kesalnya.
Kata Mukhriz, ada kemungkinan juga desas-desus penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan Umno disebarkan jentera propaganda Presiden Umno untuk melihat reaksi ahli parti itu dan rakyat.
Mesyuarat Tertinggi (MT) Umno akan bermesyuarat petang ini dan difahamkan salah satu agendanya ialah membincangkan kedudukan Muhyiddin.
Tak dapat diterima
Bekas Menteri Besar Johor itu digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada Julai tahun lalu selepas beberapa kali membuat teguran kepada pemimpin atasan berhubung cara kerajaan mengendalikan isu 1MDB.
Turut digugurkan bersama Muhyiddin adalah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Ketika isu itu masih panas, Mukhriz dilihat berpihak kepada Muhyiddin dan Mohd Shafie. Selain itu bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menjadi antara pengkritik Najib paling lantang.
Mukhriz berkata, apa jua alasan yang diberikan oleh MT Umno untuk menyingkirkan Muhyiddin, ia tidak boleh diterima memandangkan Ketua Bahagian Umno Pagoh itu dipilih dalam pemilihan parti.
"Dakwaan bahawa timbalan presiden tidak membantu presiden, malah mengkritik presiden cukup untuk dijadikan alasan supaya diambil tindakan, tidak boleh diterima sama sekali.” katanya.
Malah Mukhriz mengegaskan perlembagaan Umno tidak menghalang ahli dan pemimpinnya mempersoalkan isu yang dibangkitkan rakyat.

Rani Kulop beri amaran kepada Tun M

Himpunan anti-Najib itu dilihat hanya akan menyebabkan negara menjadi huru-hara dan memecahbelahkan kaum Melayu.
rani-kulop-mahathirKUALA LUMPUR: Aktivis selebriti Abdul Rani Kulop Abdullah memberi amaran kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak menyertai himpunan anti-Najib pada 27 Mac ini.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu berkata, ini kerana himpunan berkenaan dilihat akan menyebabkan negara menjadi huru-hara selain boleh memecahbelahkan kaum Melayu.
“Saya beri nasihat kepada mereka-mereka yang cuba untuk adakan himpunan ini, jangan porak perandakan keadaan dan pecah belahkan orang Melayu.
“Sebab apabila himpunan ini berlaku, perpecahan yang sangat ketara bangsa Melayu akan menjadi pecah belah dan kekuatan kita akan jadi kecil,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dr Mahathir sebelum ini secara terbuka menyatakan beliau bersedia untuk menyertai himpunan anti-Najib.
Bagaimanapun, beliau akui hanya akan menyertai himpunan itu jika dijemput oleh pihak penganjur.
Abdul Rani yang mesra dipanggil “ayah” meminta agar orang ramai tidak menyertai perhimpunan berkenaan dan bersatu memperkukuhkan lagi perpaduan dalam negara.
“Seluruh bangsa Melayu mestilah bersatu demi bangsa, agama dan tanah air,” katanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.
Bagaimanapun Zaid berkata, acara yang dijadual pada 27 Mac itu adalah perjumpaan tertutup.

Tiada pilihan lain, Mahathir sahkan hadir 27 Mac ini


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beliau akan menghadiri perhimpunan pada 27 Mac ini yang mahu menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak mempunyai pilihan lain.
 Katanya, pilihan lain bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan sudah disekat dan ini memaksanya menyertai perhimpunan yang tidak dipersetujui dan ditentangnya semasa menjadi perdana menteri.
"Perkara sudah ubah. Dulu, kita ada forum untuk suarakan bantahan kepada kerajaan. Sekarang dah tak ada. Perhimpunan juga tak dibenarkan.
"Sekarang, rakyat juga dihalang bermesyuarat walaupun di dalam bilik. Sebelum ini, boleh. Tapi sekarang tak boleh. Rakyat tak boleh cakap apa-apa langsung sekarang, kena dengar kerajaan saja,” katanya.
Perhimpunan 27 Mac ini adalah anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memaklumkan bahawa ia adalah acara tertutup.
Beliau juga berkata selain parti-parti politik daripada pelbagai pihak, badan bukan kerajaan serta beberapa individu akan dijemput dengan Dr Mahathir sebagai tetamu utama.
Mengulas lanjut, bekas perdana menteri itu juga menyatakan kesudiannya untuk berucap bagi menerangkan masalah yang melanda rakyat dan negara ketika ini.
"Jika mereka mahu saya ucap, ya, saya akan cakap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di KLCC di Kuala Lumpur.

Salleh jelaskan kenapa SKMM sekat media bukan web lucah


Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata sekatan terhadap media atas talian tidak sama dengan sekatan pada web lucah.
Salleh berkata, ini kerana sekatan terhadap media dalam talian dibuat berdasarkan aduan orang awam.
 "Memang disekat semua, tetapi bila kita sekat mereka (pengendali web lucah) buat yang lain.
“Sudah tentu kita akan meneliti semua dan pada dasarnya lucah atau perkara ekstremis itu sendirinya kita akan sekat.
“(Isu) media atas talian ini kita kena lihat jika ada aduan masyarakat," kata Salleh.
Beliau berkata demikian ketika berdepan soalan wartawan kenapa kerajaan menyekat portal berita The Malaysian Insider tetapi tidak sesetengah laman lucah di negara ini.
Salleh berkata demikian selepas melancarkan Karnival Karangkraf di Shah Alam, hari ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam menyekat TMI kerana didakwa melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Ia berkaitan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.
Suruhanjaya itu tidak menyatakan dengan jelas tulisan yang mendorong sekatan itu dibuat.
Bagaimanapun, polis akan menyiasat laporannya mengenai syor yang dikatakan dibuat Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusi panel itu Hamid Bugo malam tadi menafikan pihaknya percaya terdapat bukti cukup untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaunnya serta siasatan kes SRC International.
Sementara itu, mengulas isu kebebasan bersuara, Salleh berkata pihaknya tidak mempunyai masalah jika ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju serta tidak sependapat dengan kerajaan.
"Kita tidak ada masalah dengan kebebasan bersuara. Kita boleh menerima cadangan.
"Banyak laman web yang kritik kerajaan. Itu tidak ada masalah.
Sinar Harian pun pandangan berbeza. Kami tidak mengawal pandangan anda tetapi perlu berhati-hati," tegasnya.

Hina pemimpin UMNO dianggap kafir – Rani Kulop

Ia disebabkan perbuatan mengedit gambar menyerupai binatang boleh mendatangkan fitnah selain pelakunya boleh dianggap kafir.
Rani-KulupKUALA LUMPUR: Individu yang menghina pemimpin UMNO dengan mengedit gambar menyerupai binatang dianggap sebagai kafir sekiranya pelaku itu beragama Islam.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulop Abdullah menegaskan, perbuatan seperti itu boleh mendatangkan fitnah.
“Ini adalah satu perkara biadap, kurang ajar dan perbuatan yang sangat keji dan memalukan. Diingatkan, jangan sesekali mengedit gambar pemimpin dengan mengubah seluruh tubuh manusia kepada bentuk lain.
“Mengikut Islam haram hukumnya. Kalau yang buat itu orang Islam, ia boleh datangkan fitnah dan menjadikan kafir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.
Abdul Rani berkata demikian mengulas mengenai tindakan seorang pengguna Facebook yang mengedit dan memuat naik gambar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerupai seekor binatang baru-baru ini.
Abdul Rani atau mesra dipanggil “ayah” turut menggesa agar Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri menyiasat individu yang bertanggungjawab mengedit gambar tersebut.
Dia turut juga mencadangkan agar individu yang suka mengedit gambar pemimpin UMNO dikenakan tindakan keras seperti sebatan dan penjara.
“Saya seru mereka yang suka edit gambar dan mengubah nama orang, hendaklah berhenti daripada terus melakukannya.
“Individu itu juga hendaklah dikenakan hukman berat seperti penjara 20 tahun dan sebatan. Cari sampai ke akar umbi supaya dapat diambil tindakan terhadap orang-orang yang edit itu,” tegasnya.

Himpunan 365: Selangorkini disiasat polis


Ekoran laporan bertajuk "Lebih 3,000 gegar Himpunan 365 Bebas Anwar" dalam Selangorkini, akhbar mingguan itu dilaporkan sedang disiasat polis kerana dianggap menyiarkan menyiarkan berita politik.
Dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi tadi menemui pihak pengurusan syarikat percetakan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd di Seksyen 16 Shah Alam.
Jurucakap syarikat itu berkata polis bertanya mengenai penyiaran bahan berita dianggap berunsur politik.
Katanya, akhbar yang disiasat itu adalah edisi 12 - 19 Februari.
“Menurut pegawai polis, Selangorkini tidak boleh menyiarkan berita berunsur politik dan berkaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada Malaysiakini.

Akses TMI disekat, laporan polis dibuat terhadap menteri komunikasi

Laporan polis dibuat seorang aktivis terhadap Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana menyekat akses kepada laman web The Malaysian Insider. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Februari, 2016.Laporan polis dibuat seorang aktivis terhadap Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana menyekat akses kepada laman web The Malaysian Insider. Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana menyekat akses kepada laman web The Malaysian Insider.
Aktivis Badaruddin Ismail buat laporan polis selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia arah sekatan akses portal The Malaysian Insider atas alasan keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Februari, 2016.Aktivis Badaruddin Ismail buat laporan polis selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia arah sekatan akses portal The Malaysian Insider atas alasan keselamatan negara. Aktivis Badaruddin Ismail, 70, membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 10.20 malam semalam, beberapa jam selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengarahkan beberapa pembekal perkhidmatan Internet menyekat akses kepada portal itu atas alasan "keselamatan negara".
Badaruddin atau lebih dikenali sebagai Pak Din berkata tindakan itu bertentangan dengan kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam laporannya, beliau menyatakan SKMM tidak boleh menentu sahkan artikel mana dilapor siar oleh The Malaysian Insider yang berunsur menjejaskan keselamatan negara. Beliau berkata tindakan SKMM itu dibuat secara semberono dan tidak berjustifikasi, menyifatkan ia tuduhan palsu berniat jahat, dan penyalahgunaan kuasa.
"Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan selepas membaca di laman web itu petang semalam yang ia disekat SKMM.
"Bagaimana SKMM boleh menentukan apa yang dianggap sebagai ancaman keselamatan negara? Itu tugas polis," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Sekat TMI, Malaysia akan jadi seperti Korea Utara, kata Dr Mahathir

Pembaca mengadu sekatan yang dikenakan apabila melayari laman web TMI. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Februari, 2016. 
Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akses kepada laman berita The Malaysian Insider disifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai langkah ke arah menjadi seperti negara Korea Utara.
Membidas tindakan itu, bekas perdana menteri itu berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sanggup melakukan apa sahaja bagi menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat kerana takut dengan kebenaran.
"Kerajaan takut orang ramai tahu perkara sebenar. Sebab itu mereka perlu sekat.

"Ia bagi melindungi tindakan yang mereka buat, menyembunyikan apa yang mereka lakukan," kata Dr Mahathir kepada wartawan ketika ditemui selepas merasmikan Ehime Fair di KLCC hari ini. Beliau menyifatkan kerajaan Najib sedang mengikut jejak negara diktator yang menyekat maklumat kepada rakyatnya dengan mengambil langkah sama.
"Mereka tidak benarkan orang (media) memberitahu orang ramai apa yang sedang berlaku dalam negara.
"Sama seperti Korea Utara, kita sedang menuju ke arah itu," katanya.
Menurut Dr Mahathir, kerajaan sekarang hanya mahu orang ramai membaca apa yang mereka ingin sampaikan, sambil mendakwa, ia penuh dengan penipuan.
"Mereka mahu sekat maklumat kecuali apa yang mereka beritahu kepada orang ramai. Dan apa yang mereka beritahu orang ramai, banyak yang menipu," katanya.
Tindakan yang diambil Najib juga bertujuan menakut-nakutkan rakyat, kata Dr Mahathir.
"Orang ramai sudah takut untuk bercakap atau melakukan sesuatu yang menentang Najib. Kamu akan ditangkap, ditahan atau didakwa di mahkamah," katanya.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam mengesahkan menyekat laman web The Malaysian Insider atas alasan "keselamatan negara".
Pengawal selia internet itu juga sebelum ini pernah menyekat laman web lain, termasuk laman web pengumpul berita Malaysia Chronicle, kerana didakwa melanggar undang-undang negara, dan Sarawak Report yang membuat dakwaan rasuah terhadap Najib.

TMI disekat kerana siar artikel kritik Najib, kata menteri komunikasi

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata portal The Malaysian Insider disekat kerana siar artikel membabitkan perdana menteri yang mengelirukan rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 26 Februari, 2016.Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata portal The Malaysian Insider disekat kerana siar artikel membabitkan perdana menteri yang mengelirukan rakyat. ​Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, akses ke laman portal The Malaysian Insider (TMI) disekat kerana menyiarkan satu artikel memetik sumber yang tidak dinamakan daripada anggota Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Salleh berkata, penyiaran artikel yang berkaitan isu membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh mengelirukan rakyat kerana bercanggah dengan kenyataan rasmi SPRM berkait isu sama.
"Ya, salah satu artikel memetik panel mengeluarkan beberapa kenyataan yang mengelirukan kerana bercanggah dengan kenyataan rasmi SPRM.

"Sumber itu pun tidak tahu daripada siapa. Itu akan mengelirukan masyarakat. Kita ambil tindakan dan buat siasatan.  "Sebab itu ketua polis negara keluar kenyataan hari ini panggil pengarang TMI," kata Salleh kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam, hari ini.
Salleh berkata, Putrajaya tidak mempunyai sebarang masalah dengan kebebasan bersuara namun mengingatkan terdapat undang-undang yang mengawalnya.
"Kita boleh beri cadangan. Tapi ada perkara yang kita kena beritahu. Dalam kes ini (artikel TMI), panel itu tidak dinamakan. Kita perlu bertanggungjawab.
"Kita banyak laman web yang kritik kerajaan. Itu tidak ada masalah. Sinar Harian pun pandangan berbeza. Kami tidak mengawal pandangan anda, tetapi perlu berhati-hati," katanya.
Beliau berkata, sebaik saja terdapat aduan yang dibuat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana laman web.
"Kita kena adil. Kalau ada aduan orang ramai terhadap perkara itu, kepada pemimpin pembangkang, kita juga akan ambil tindakan. Dalam hal ini memang ada aduan.
"Kita tidak kisah mana-mana pun, kita akan siasat. Siasatan awal dan disusuli siasatan penuh," katanya.

Saya tidak punya wang berbilion, kenapa perlu isytihar aset, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) mengisytiharkan aset yang dimilikinya selama memerintah negara selama 22 tahun. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Februari 2016. 
Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) mengisytiharkan aset yang dimilikinya selama memerintah negara selama 22 tahun.

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa beliau perlu mengisytiharkan aset yang dimilikinya kerana beliau tidak memiliki wang berbilion dalam akaun.
Kenyataan bekas perdana menteri itu susulan cabaran dibuat sebuah badan bukan kerajaan yang mencabarnya mengisytiharkan asetnya selama memerintah negara 22 tahun.
"Sudah tentu, semasa saya menjadi perdana menteri saya boleh menyimpan duit kerana semuanya dibayar kerajaan.

"Itu sahaja yang saya ada. Bukan berbilion dolar. Saya tidak ada wang berbilion dalam akaun peribadi saya," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas merasmikan Ehime Fair di KLCC pagi ini. Malah, Dr Mahathir berkata beliau pernah menolak ketika ditawarkan sekeping tanah kepadanya dan sebaliknya membeli tanah menggunakan wangnya sendiri.
"Saya tidak memiliki apa-apa. Semasa saya bersara, mereka tawarkan saya tanah, tetapi saya tolak. Saya bayar untuk tanah itu.
"Semua benda yang diberikan kepada saya sudah diberikan balik kepada kerajaan. Saya tidak ambil apa-apa. Saya hanya dapat apa yang berhak untuk saya," katanya.

Ahli Umno juga terpalit ‘derma’ RM2.6 bilion Najib


ULASAN l Seperti yang dijangka, ura-ura Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari jawatan Timbalan Presiden Umno, atau dibuang terus dari parti mungkin akan menjadi kenyataan.
Kebelakangan ini tidak mustahil desas desus seperti itu disebarkan oleh penggerak propaganda presiden sendiri untuk melihat reaksi ahli-ahli Umno dan masyarakat umum.
Jika benar tindakan ini bakal dipersetujui di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 26 Februari 2016, maka umpama ungkapan Bahasa Inggeris, ia merupakan "the final nail in UMNO's coffin".
Terkuburlah nilai dan prinsip yang menjadi tunggak kekuatan Umno selama ini.
Seorang timbalan presiden bukan hanya bertanggungjawab semata-mata untuk membantu presiden. Beliau juga mesti dipilih atas kebolehan untuk mengganti atau mengambil alih peranan presiden di dalam keadaan yang memaksa.
Perlu diingat bahawa seseorang dipilih oleh ahli-ahli Umno sebagai timbalan presiden kerana umum melihat beliau sebagai layak memegang jawatan timbalan perdana menteri.
Meskipun jawatan itu tidak termaktub di dalam perlembagaan persekutuan, namun lazimnya timbalan presiden Umno juga menyandang jawatan pemimpin nombor dua dalam kerajaan persekutuan.
Maka apabila Datuk Seri Mohd Najib Razak menggugurkan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri, ia menghampakan sebilangan besar rakyat.
Johor, contohnya, tidak hanya kehilangan seorang anak Johor sebagai tmbalan perdana menteri, tetapi juga potensi untuk anak Johor itu dinaikkan ke pangkat perdana menteri. Semua itu hilang apabila Najib mengambil tindakan tersebut.
Apa jua alasannya, seseorang pemimpin yang menang jawatan parti melalui pemilihan tidak boleh digugurkan dari jawatan itu dengan sewenang-wenangnya.
Dakwaan bahawa timbalan presiden tidak membantu presiden, malah mengkritik presiden, dan ini cukup sebagai alasan untuk diambil tindakan, tidak boleh diterima sama sekali.
Perlembagaan Umno tidak menghalang ahli atau pemimpin mempersoalkan isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat.
Malah, ia adalah tunjang kepada perkhidmatan kepada rakyat yang diwakili. Maka, tindakan mempersoalkan isu besar untuk diperhalusi secara bersama tidak boleh dianggap salah.
Seperti yang disebut oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tiada tindakan diambil ke atas pesaing-pesaing dan pengkritik-pengkritik Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau dicabar dalam pemilihan parti.
Skandal demi skandal
Malah, pada pemilihan UMNO 1987, Tun Musa Hitam sebagai timbalan presiden tetap merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda dan Wanita.
Sebaliknya, Muhyiddin dihalang dari merasmikan perhimpunan ketiga-tiga sayap baru-baru ini, lantas menutup saluran untuk bersuara.
Kalau sifat sayangkan negara dilihat tidak konsisten dengan sifat sayangkan Umno seolah-olah ia "zero-sum game", maka saya bimbang akan masa depan parti ini.
Mana mungkin sebuah parti politik (lebih-lebih lagi yang telah berkuasa sejak merdeka) mampu kekal relevan jika rakyat melihat ia tidak lagi membawa kebaikan kepada negara, sebaliknya membawa kemudaratan yang berpanjangan?
Skandal demi skandal yang membabitkan PM yang juga merupakan presiden Umno tidak diambil sebarang tindakan yang boleh meyakinkan rakyat, walhal selama ini Malaysia dikenali sebagai negara yang sangat menghormati dan mempertahankan keluhuran undang-undang.
Sambil rakyat semakin cemas dengan keadaan ini, Umno seumpama mengiakan semua alasan-alasan tidak munasabah yang diluahkan bagi menjawab persoalan membabit 1MDB, RM2.6 bilion, SRC/KWAP dan segala tindakan-tindakan untuk menggagalkan siasatan pelbagai agensi kerajaan yang memegang amanah.
Malah Presiden menyatakan bahawa "derma" RM2.6 bilion dari Putera DiRaja Arab Saudi itu bertujuan untuk Umno!
Maka tanpa kita sedari, kita ahli-ahli Umno juga terpalit dengan "derma" ini.
Tiadakah langsung perasaan cemas di kalangan kita bahawa ini sesuatu yang merendahkan moral dan integriti kita di kacamata rakyat?
Memperlekehkan akar umbi
Sebilangan pemimpin tertinggi Umno, tanpa menyuluh diri sendiri dan tanpa segan silu acapkali menempelak dan memperlekehkan teguran pemimpin akar umbi.
Teguran-teguran ini dianggap sebagai cubaan memecahbelahkan kekuatan parti.

Penafian Tabung Haji Mengenai “Corporate Guarantee” Kepada THHE: Surat Kementerian Kewangan Membuktikan “Corporate Guarantee” Diluluskan Oleh Tabung Haji

Saya terkejut apabila reaksi Tabung Haji kepada kenyataan saya mengenai pelaburan Tabung Haji di dalam TH Heavy Engineering (THHE) hanyalah menafikan bulat-bulat bahawa “corporate guarantee” diberikan oleh Tabung Haji dan risiko kerugian keseluruhan sebanyak RM1.4 bilion.
Saya terkejut kerana Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail seolah-olah lupa bahawa kelulusan Kementerian Kewangan bagi membolehkan Tabung Haji memberikan “corporate guarantee” berjumlah sehingga USD228.2 juta kepada THHE terkandung di dalam satu surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 8 Disember 2015 yang dialamatkan kepada Tan Sri Ismee Ismail sendiri.
Bersama-sama ini saya sertakan surat tersebut dari Dato’ Dr Mohd Isa Hussain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) kepada Tan Sri Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji bertarikh 8 Disember 2015 yang mengesahkan perkara-perkara berikut:
1. Tabung Haji membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan untuk meluluskan “corporate guarantee” berjumlah sehingga USD228.2 juta kepada THHE melalui satu surat bertarikh 12 November 2015. Kelulusan dari Kementerian Kewangan diperlukan kerana mengikut Akta Tabung Haji, Tabung Haji tidak dibenarkan memberi bantuan kewangan (seperti “corporate guarantee”) kepada bukan anak syarikat;
2. Kementeria Kewangan telah meluluskan permohonan Tabung Haji untuk memberikan “corporate guarantee” berjumlah sehingga USD228.2 juta itu tertakluk kepada beberapa syarat yang digariskan oleh Kementerian Kewangan.
003
004
Saya kecewa kerana sikap pengurusan tertinggi Tabung Haji masih lagi mahu menyembunyikan perkara sebenar dari berterus terang sedangkan banyak dokumen-dokumen telah pun bocor kepada orang ramai.
Maka, risiko kewangan yang ditanggung oleh Tabung Haji sehingga RM1.4 bilion berhubung pelaburannya di dalam THHE seperti yang saya timbulkan semalam adalah benar. Malah, saya perlu tegaskan sekali lagi bahawa risiko kewangan dan tindakan yang bertentangan dengan Akta Tabung Haji ini (iaitu memberikan “corporate guarantee” kepada bukan anak syarikat) adalah penilaian risiko yang dibuat oleh pengurusan tertinggi Jabatan Pengurusan Risiko Tabung Haji sendiri.
Saya sertakan kembali laporan penuh Penilaian Risiko Pelaburan (“Investment Risk Assessment”) yang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Risiko dari mukasurat 1 hingga mukasurat 10. Laporan ini menerangkan bagaimana masalah kewangan THHE mempunyai risiko berjangkit kepada kedudukan kewangan Tabung Haji seperti berikut:
1. Unjuran aliran tunai THHE menunjukkan ia akan mempunyai aliran tunai negatif sehingga mencecah RM108 juta dari suku pertama hingga suku ketiga 2016 (iaitu penghantaran FPSO yang sedang menjalani kerja-kerja ubahsuai kepada penyewa iaitu JX Nippon yang mengendalikan operasi pengeluaran minyak di lapangan Layang);
2. THHE berdepan dengan tindakan undang-undang dari kontraktor-kontraktornya yang telah hutang mereka telah tertunggak lama. Jumlah hutang tertunggak yang mungkin perlu dibayar oleh THHE dianggarkan mencecah RM109.7 juta;
3. Projek FPSO untuk disewakan kepada JX Nippon (yang merupakan kontrak terbesar yang bakal menjana perolehan kepada THHE secara berterusan di masa akan datang) dijangkakan tidak memberi pulangan yang baik sepanjang tempoh sewaan asal;
4. Kelangsungan THHE sebagai entiti perniagaan yang menguntungkan bergantung kepada penghantaran projek FPSO tepat pada masanya kepada JX Nippon. Ini risiko yang membimbangkan kerana projek FPSO tersebut sudah pun mengalami kelewatan (apabila THHE sebelum ini membinanya di Negara Teluk sedangkan ia mempunyai gudang pembinaan sendiri di Pulau Indah) dan berdepan masalah kewangan kerana hutang tertunggak yang belum dibayar kepada kontraktor.
005
006

Jawatan Perdana Menteri dua penggal, tiada pengikut fanatik tiada 'yes man'


Tan Sri Muhammad Muhd Taib Tan Sri Muhammad Muhd Taib Sudah tiba masa Malaysia menghadkan jawatan Perdana Menteri hanya dua penggal, namun seorang pemimpin dapat menyambung ke penggal ke dua bergantung sama ada pemimpin itu dapat sokongan daripada rakyat atau tidak, kata bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Kata beliau pemimpin perlu berkhidmat dengan baik untuk rakyat dan negara. Untuk itu dia tidak perlu memegang jawatan tertinggi terlalu lama dan mewujudkan pengikut-pengikut yang ramai dan fanatik.
"Apa yang diperlukan oleh negara ialah pemimpin yang dipilih untuk memegang jawatan tertinggi ini menumpu sepenuh tenaga untuk memajukan rakyat dan negara. Dia tidak perlu kepada pengikut dan penyokong hardcore dan fanatik," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata Muhammad lagi, jika seseorang pemimpin itu sedar bahawa dia cuma akan menjawat jawatan tertinggi maksima dua penggal dia tidak perlu mencari dan mewujudkan begitu ramai pengikut yang setia.
"Dia boleh melantik ramai pemimpin yang cerdik dan boleh membantu beliau untuk memajukan negara. Sama ada seseorang itu pengikut beliau atau tidak, tidaklah penting. Yang lebih penting pimpinannya baik dan diterima oleh rakyat.
"Selepas beliau tamat tempoh maksima dua penggal orang lain boleh mengambil alih jawatan beliau.
"Orang yang mengambil alih jawatan ini juga kemudian boleh melantik orang-orang yang cerdik dan berkeliber ikut sama mentadbir negara. Dia tidak perlu risau sama ada dia mempunyai pengikut atau tidak. Cukup dua penggal dia boleh diganti dengan orang lain pula. Begitulah seterusnya.
"Di Malaysia ujarnya, mungkin di peringkat awal dahulu seseorang pemimpin boleh memegang jawatan Perdana Menteri selama dua puluh dua tahun," ujarnya.
Muhammad berkata demikian kerana beliau merujuk kepada banyak negara di dunia menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri atau Presiden kepada dua penggal sahaja iaitu Amerika Syarikat dan Indonesia.
"Contohnya Amerika Syarikat. Yang terdekat dengan negara kita di Indonesia juga sudah ikut memutuskan jawatan Presiden cuma boleh dipegang oleh seseorang maksima dua penggal.
"Presiden Obama akan tamat tempoh jawatan Presidennya awal tahun hadapan. Begitu juga Susilo Bambang telah diganti dengan Jokowi sebagai Presiden Indonesia.
"Sebenarnya kedua2 Obama dan Bambang masih muda dan masih mampu menjawat jawatan Presiden di negara masing-masing.Mengapa mereka tidak boleh meneruskan memegang jawatan Presiden ?

SPRM diminta perjelas kuasa sebenar PPO dalam Perlembagaan Persekutuan


Dr Kamarul Zaman YusoffDr Kamarul Zaman YusoffKetua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed diminta perjelaskan tindakan mencabar kuasa Peguam Negara oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) adakah merupakan satu tindakan yang sah dalam Perlembagaan Persekutuan.
Persoalan ini dibangkitkan oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, merangkap Felo Kanan Institut Kajian Strategik.
Dalam satu kenyataan media hari ini Dr Kamarul mempersoalkan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM sejak Januari lalu mengenai kuasa PPO dalam mendesk Peguam Negara membuka siasatan semula kes membabitkan SRC International dan dakwaan wang derma RM2.6 bilion yang telah dinafikan oleh Pengerusi dan Ahli PPO, Tan Sri Hamid Bugo dan Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, semalam, agak meragukan.
Dr Kamarul menjelaskan kenyataan SPRM pada 24 Februari bertajuk "Isu SRC International Dan RM2.6 Bilion: Panel Penilaian Operasi (PPO) Nasihati SPRM Supaya Ambil Tindakan Lanjut" adalah sangat mengejutkan.
"PPO bersetuju bahawa SPRM perlu mengemukakan kembali kertas siasatan berhubung SRC International kepada Peguam Negara untuk pertimbangan".
Kenyataan ini juga menyebut:
"Memandangkan siasatan SPRM berhubung dakwaan wang derma RM2.6 bilion masih belum lengkap, PPO telah mengesyorkan agar SPRM meneruskan siasatannya."
Kenyataan SPRM ini mengejutkan kerana ia bercanggah dengan kenyataan media Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob pada 27 Januari lalu yang menyebut:
"Keputusan merujuk kepada PPO ini merupakan prosedur yang diperuntukkan dalam mengurus kes sebelum mana-mana kes ditutup.
"Justeru tindakan merujuk kes Perdana Menteri kepada PPO ini adalah satu proses biasa dan tidak sepatutnya ditafsir sebagai menolak keputusan yang diputuskan Peguam Negara".
Kenyataan SPRM ini juga mengejutkan kerana ia bercanggah dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pada 28 Januari lalu yang menyebut:
"I would like to state once again that the MACC is in no way disputing or challenging the AG's clearance of the cases against the PM",
"As stated yesterday, our referral to MACC's ORP is a standard operating procedure as part of the process of closing any case", dan
"For the sake of clarity, the Attorney General's powers over all criminal proceedings are conferred on him by Article 145 (3) of the Federal Constitution. These powers are absolute and cannot be challenged by any authority."

Mungkinkah pemakan dedak jadi gabenor baru Bank Negara?


Sebuah lagi institusi teras negara sedang dalam ujian. Siapa yang akan dilantik menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara akan menentukan sama ada ia terus menjadi institusi yang berwibawa dan dihormati atau menjadi sebuah lagi institusi pemakan dedak.
Logik konvensyen: negara didahulukan.
 Mengikut landasan ini, pengganti Zeti haruslah sama kaliber dengan beliau atau berpotensi menjadi sehebat beliau. Lebih-lebih lagi sekarang apabila situasi ekonomi dan pengurusan mata wang (monetary management) negara memerlukan seorang gabenor yang berwibawa dan diyakini.
Maka pengganti Zeti wajarlah seorang ahli profesional yang pakar dalam bidang mata wang, ekonomi dan perakaunan. Seorang tidak dicemari oleh sebarang bentuk skandal atau konspirasi.
Atas landasan itu nama yang datang ke fikiran kita adalah Datuk Muhammad Ibrahim, Timbalan Gabenor. Walaupun berprofil rendah, dia dikatakan berintegriti dan dihormati.
Logik politik: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diutamakan.
Pengganti Zeti wajiblah seorang yang telah termakan dedak atau boleh disuapkan dedak. Ciri-ciri integriti, kewibawaan dan kemerdekaan minda bukan syarat.
Seelok-eloknya orang itu adalah dalam acuan yang sama seperti pelantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail – seorang profesional yang menganggotai Umno dan cergas dalam politik.
Apandi adalah peguam Umno, pemegang jawatan Umno Kelantan dan bekas calon pilihan raya BN.
Pelantikan Politik
Dalam kaitan inilah nama Datuk Awang Adek Hussin disebut-sebut sebagai calon pilihan. Bukan sahaja dia orang Kelantan macam Apandi tetapi dia juga cergas dalam politik Kelantan seperti Apandi.
Macam Apandi, dia pernah bertanding pilihan raya di Kelantan. Tapi tidak seperti Apandi, Awang Adek pernah menang dan jadi Timbalan Menteri.
Kalau Apandi pernah menjadi peguam Umno dan hakim, Awang Adek pernah menjadi Penolong Gabenor Bank Negara dan Ketua Pengarah pertama Pusat Perkhidmatan Kewangan Luar Pantai Labuan (Lofsa).
Dia menang kerusi Parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Pada tahun 2006 dia menjadi Timbalan Menteri Kewangan.
Dalam PRU 2008 dia bertanding Parlimen dan DUN tetapi kalah kedua-duanya. Kononnya kalau Umno/BN rampas Kelantan tahun itu, dia akan dilantik menteri besar.
Pada tahun 2009 dia dilantik senator dan diberikan semula jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Dia dilantik duta ke Amerika Syarikat pada tahun 2014.
Kalau tidak kerana pembabitannya dalam politik atau sekiranya tidak ada skandal kewangan membabitkan perdana menteri, dia sesuai dipertimbangkan sebagai pengganti Zeti.
Namun seandainya dia dilantik juga menggantikan Zeti maka secara semula jadi dia akan membawa imej yang sama seperti Apandi iaitu melindungi Najib daripada tindakan undang-undang.
Adalah amat memeranjatkan (mind boggling) kalau Awang Adek yang dilantik oleh Najib tiba-tiba melawan tauke dengan meneruskan siasatan dan memberi kerjasama telus kepada agensi-agensi luar negara yang kini menyiasat 1MDB dan Najib.

Mahu kuasa, pengaruh? Tingkatkan integriti – TI-M

Tahap integriti dan kredibiliti parti pemerintah serta pembangkang masih menjadi perdebatan rakyat Malaysia.
akhbar-satar_ti_malaysia_600
PETALING JAYA: Aspek kredibiliti dan integriti sesebuah parti berupaya meningkatkan kuasa politik dan pengaruhnya di negara ini.
Sehubungan itu, semua parti politik di negara ini perlu meningkatkan tahap integriti dan lebih telus ketika berpolitik dalam menjalankan kempen pilihan raya
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar, berkata tahap integriti parti politik sama ada parti pemerintah atau pembangkang masih diperdebatkan dalam kalangan orang ramai.
“Parti politik hendaklah berusaha meningkatkan tahap integriti, ketelusan dan lebih bertanggungjawab dan mereka mesti buat semua itu. Jangan cakap sahaja.
“Aspek integriti dan keinginan politik yang kuat untuk memerangi rasuah akan menaikkan lagi pengaruh dan kuasa parti ini,” katanya kepada FMT di sini, hari ini.
Katanya, perkara berkenaan penting supaya dapat memupuk ahli politik yang akan menjadi negarawan demi kelangsungan negara dan generasi akan datang.
“Kita perlu lebih ramai negarawan yang memikirkan generasi akan datang dan bukannya ahli politik yang memikirkan pilihan raya akan datang,” katanya.
Sementara itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini harus kekal sebagai ‘non partisan’ dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Akhbar berkata, NGO sewajarnya memberi kritikan membina dan hanya menyokong perkara benar dan menolak perkara yang salah.

TH ubah bantuan kewangan ke bentuk kurang kontroversi?

Walaupun dinafikan, PKR hari ini tetap bertegas bahawa terdapat jaminan korporat Lembaga Tabung Haji (TH) kepada syarikat bersekutunya TH Heavy Engineering Bhd (THHE).
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga berkata beliau terkejut dengan penafian “bulat-bulat” bahawa TH memberi jaminan itu dan menafikan risiko kerugian RM1.4 bilion.
Dalam kenyataan medianya, anggota parlimen Pandan turut melampirkan salinan sepucuk surat didakwa daripada kerajaan kepada pegawai kanan TH pada 8 Disember 2015 berkaitan perkara itu, yang berjumlah sehingga AS$228.2 juta.
Beliau mendakwa kerajaan meluluskan permohonan itu, yang tertakluk kepada beberapa syarat digariskan.
“Saya kecewa kerana sikap pengurusan tertinggi Tabung Haji masih lagi mahu menyembunyikan perkara sebenar dari berterus terang sedangkan banyak dokumen-dokumen telah pun bocor kepada orang ramai,” katanya.
TH semalam turut menafikan tuduhan bahawa pelaburan TH dalam THHE akan mengalami kerugian sebanyak RM1.4 bilion dan menyifatkannya tidak berasas.
Katanya sebagai pemegang saham terbesar dalam THHE, yang bergiat dalam industri minyak dan gas, TH memahami sepenuhnya pelbagai cabaran industri tersebut, lapor Bernama.
TH juga meminta orang ramai agar tidak mudah percaya terhadap tuduhan-tuduhan berdasarkan dokumen yang dipaparkan di laman sosial.
Rafizi hari ini membangkitkan sama ada bantuan kewangan itu diubah dan distrukturkan semula dalam bentuk lain yang kurang kontroversi seperti pegangan saham, pinjaman atau instrumen kewangan lain.