Khamis, 25 Februari 2016

Kapar MP lodges report against Prime Minister

Kenapa UMSKAL kenakan yuran tidak masuk akal ?

Yuran itu dikenakan secara penuh dengan hanya mengecualikan yuran kolej kediaman sahaja ke atas pelajar semester akhir yang sedang menjalani Latihan Industri.
yuran-mahalOleh Ashraff Nazrin
Selepas isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin dibekukan, kemudian beberapa pelajar terpaksa berhenti kerana tidak mampu menyelesaikan yuran akibat daripada status tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang tergantung, kali ini Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pula menyusul dengan tindakan mengenakan yuran servis yang langsung tidak digunakan.
Yuran ini dikenakan secara penuh dengan hanya mengecualikan yuran kolej kediaman sahaja ke atas pelajar semester akhir yang sedang menjalani latihan industri.
Pelajar semester akhir Fakulti Komputer dan Informatik Labuan (FKI) yang sedang menjalani latihan industri ini dikenakan yuran servis seperti yuran komputer, khidmat kesihatan, sukan dan sebagainya. Ironinya, pelajar ini langsung tidak berada di kampus untuk menggunakan servis-servis ini.
Apabila sedang berada di tempat Latihan industri mereka menggunakan komputer sendiri, apabila sakit, mereka ke klinik dengan wang poket sendiri, apabila bersukan langsung tidak menggunakan fasiliti universiti kerana berada jauh dari kampus.
Ada yang menjalani latihan industri di semenanjung, dan mustahil pihak Pentadbiran tidak nampak perkara seperti ini dan masih merasakan mereka masih ada peluang menggunakan fasiliti universiti.
Alasan-alasan seperti perkara ini termasuk dalam perjanjian yuran, adalah tidak boleh diterima sama sekali. Pihak pentadbiran terutamanya pengarah kampus perlu membawa usul ini dalam mesyuarat tergempar senat kerana alasan sebegini adalah tidak munasabah. Pelajar ini membayar perkara yang mereka tidak gunakan.
Sekitar isu profesor yang dipecat, mahasiswa lapar dan kenaikan yuran universiti membawa kita kepada satu persoalan iaitu apakah isu pokok untuk permasalahan ini?
Di UMSKAL, satu projek dewan kuliah dan perpustakaan yang dilancarkan pada tahun 2010 yang lalu sehingga kini masih tidak siap-siap sedangkan projek tersebut dikatakan salah satu daripada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Beranikah peguam negara seret Mahathir ke mahkamah?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Polis selesai mengambil keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak ke atas bekas perdana menteri itu. Dr Mahathir disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Mengikut kanun ini jika didapati bersalah Dr Mahathir boleh dihukum penjara selama 2 tahun, atau denda atau kedua-dua sekali.
Dalam satu laporan Dr Mahathir berkata beliau tidak gentar dengan keterangannya dirakam polis dan akan menyatakan kebenaran di mahkamah kelak. Beliau sengaja tidak menjawab beberapa pertanyaan secara spesifik kepada pertanyaan pegawai polis yang merakam keterangannya kerana beliau ingin jelas dan nyatakan di mahkamah.
Kita berharap kertas siasatan itu disegerakan untuk diserahkan kepada peguam negara. Dan kalau boleh peguam negara segera pula mendakwa Dr Mahathir di mahkamah.
Kita mahu mahkamah mendengar penjelasan Dr Mahathir di mahkamah, kemudian hakim mengadili dan membuat keputusan apakah kritikan beliau kepada peguam negara itu tepat, relevan atau bagaimana. Seluruh rakyat ingin mengetahui sejauh mana tatacara seseorang peguam negara itu boleh dikritik ataupun tidak. Paling penting apakah seorang peguam negara itu mempunyai kekebalan daripada dikritik walaupun kesalahan dan tingkah lakunya jelas jelak.
Dengan adanya kes dilalui Dr Mahathir ini ia akan menjadi precedent atau kes panduan pada masa akan datang. Ia juga boleh dijadikan neraca untuk melihat sejauh mana undang-undang negara kini adil dan masuk akal?
Cuma saya sedikit kurang yakin apakah peguam negara sedia untuk mendakwa Dr Mahathir. Apakah tidak dianggap berlaku konflik kepentingan apabila kes itu membabitkan peguam negara dan dia sendiri akan memutuskan apakah ada kes atau tidak?

Syarikat akhbar dikuasai UMNO terus catat kerugian besar

Syarikat akhbar dikuasai UMNO, Utusan Melayu Malaysia Berhad terus mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM17.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Laporan Bernama menyatakan, pendapatan syarikat akhbar itu juga jatuh kepada RM248.38 juta berbanding 290.20 juta sebelum ini, merujuk kepada kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia.
Dalam kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia, penurunan pendapatan bagi suku pertama sebanyak 11.8 peratus adalah kerana penurunan segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.
Bagi suku keempat, syarikat itu mencatatkan kerugian pracukai sebanyak RM45.20 juta berbanding keuntungan sebelum cukai RM25.57 juta dalam suku yang sama.
Pendapatan syarikat pada suku itu juga mencatatkan kerugian sebanyak RM9.06 juta iaitu penyusutan kepada RM67.45 juta berbanding RM76.51 juta sebelum ini.
Laporan Bernama turut menyatakan Utusan Melayu Malaysia Berhad akan terus berhadapan dengan unjuran cabaran berterusan pada 2016 disebabkan isu yang menjejaskan sentimen pelanggan termasuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan akibat kelembapan ringgit yang akan mempengaruhi kenaikan kos bahan tertentu.
Pada Mei 2015 lalu, The Edge melaporkan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mencatat kerugian berpanjangan untuk tempoh suku pertama tahun itu.
Kerugian syarikat penerbit akhbar Utusan Malaysia itu bertambah kepada RM19.97 juta berbanding RM19.81 juta pada suku pertama 2014.
Antara penyebab utama kerugian ialah kemerosotan jualan akhbar dan majalah terbitannya.

Isu JPA: Sudahlah tak dapat belajar luar negara, biasiswa pula ditukar jadi pinjaman


KUALA LUMPUR, 25 FEB: Semua biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun 2016 ditukar kepada pinjaman boleh ubah, berbeza dengan keputusan pengecilan bajet 2016 Januari lalu yang hanya menyentuh penajaan biasiswa kepada pembelajaran dalam negara.
Kecewa dengan model baharu penajaan JPA itu, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook, berkata kerajaan Persekutuan bersikap tidak jujur dan tidak adil terhadap mahasiswa yang menerima tawaran biasiswa JPA sebelum ini.
anthony loke“Mahasiswa bukan sahaja tidak dapat belajar luar negara tetapi biasiswa JPA pula ditukar kepada pinjaman,”” katanya merujuk pengumuman model baharu penajaan JPA di laman sesawangnya,mahasiswa diberi tiga mekanisme perjanjian pinjaman.
Pertama, mahasiswa tidak perlu membuat bayaran balik jika berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Kedua, graduan dikehendaki membayar balik 50 peratus pinjaman jika memilih untuk bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ketiga, graduan dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman jika tidak memilih untuk berkhidmat dengan sektor awam mahupun GLC.
Anthony Loke juga mempersoal sama ada kerajaan mahupun syarikat GLC mempunyai jumlah perjawatan yang mencukupi bagi semua graduan JPA.
“Adakah kerajaan mampu menyerap 11,000 pelajar JPA dalam perkhidmatan awam, lebih-lebih lagi bilangan perjawatan sudah ditetapkan. Berapa peratuskah mereka misalnya mahasiswa dari luar negara mendapat tawaran bekerja dalam sektor awam?

RM2.6 bilion: 10 soalan dihantar ke Kedutaan Arab Saudi

Kedutaan Arab Saudi berjanji akan menjawab 10 soalan yang dikemukakan GKCM berkenaan wang derma RM2.6 billion.
kamarul,saudi
PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan UMNO (GKCM) hari ini menghantar satu surat kepada wakil kedutaan Arab Saudi bagi meminta penjelasan berhubung wang derma RM2.6 bilion.
Presidennya, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, surat itu mengandungi 10 soalan meminta bantuan kerajaan Arab Saudi untuk memulihkan kembali maruah negara yang telah tercemar gara-gara isu derma RM2.6 bilion itu.
“Kita hantar surat kepada kedutaan Arab Saudi untuk menjawab beberapa soalan keresahan yang berlaku di Malaysia ekoran wang derma RM2.6 bilion yang menjadi isu tidak sudah di Malaysia.
“Kita mohon agar mereka berikan jawapan kepada kami dan rakyat Malaysia melalui persoalan yang kita ajukan berhubung dana RM2.6 bilion. Semoga jawapan diberikan dengan jujur dan ikhlas,” katanya kepada pemberita di hadapan Kedutaan Arab Saudi di sini.
10 soalan kepada Kedutaan Arab Saudi berhubung RM2.6 bilion ialah;
  1. Siapa yang beri wang itu
  2. Bila wang itu dimasukkan ke dalam akaun itu?
  3. Apakah tujuan wang itu diberikan?
  4. Apakah jenis derma itu?
  5. Adakah wang itu untuk kegunaan peribadi Najib?
  6. Apakah baki derma itu telah dikembalikan sebagaimana didakwa?
  7. Kenapa terlalu banyak ketidakpastian dan keraguan berkaitan wang itu?
  8. Siapakah Putera Raja Saudi yang menjadi penderma itu?
  9. Apakah jenis hubungan antara Putera Raja Saudi itu dengan Najib?
  10. Kenapa banyak penjelasan yang bercanggah mengenai wang itu?
Kamarul berkata, Kedutaan Arab Saudi menerima baik kedatangan mereka dan mereka berjanji untuk menjawab ke semua soalan yang dikemukakan.
Jelasnya lagi, tindakan GKCM menghantar surat itu kerana tidak mempercayai keputusan siasatan yang telah dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
“Kami pendapat, isu ini tak berjaya selesaikan untuk selamanya. Masih ada ruang menyebabkan orang ramai masih lagi bertanya isu ini dan tentang kedudukan dana ini. Kenyataan sebelum ini amat bercanggah satu sama lain,” katanya.

Amaran Adenan, hudud dilaksana jika undi PAS

Ada segelintir anggta komuniti Cina yang bertindak mengundi PAS dalam pilihan raya negeri yang lalu.
Adenan-Satem_pas_hudud_600
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberi amaran mengenai akibat yang perlu ditanggung jika parti Islam seperti PAS diberi mandat mewakili rakyat.
Borneo Post melaporkan, Adenan sebagai berkata, beliau mengetahui ada segelintir anggta komuniti Cina mengundi PAS dalam pilihan raya negeri yang lalu.
“Jika kamu mahu hukum hudud di Malaysia, maka undilah PAS. Jadi fikirlah betul-betul sebelum kamu membuang undi dalam pilihan raya negeri nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi bertemu pemimpin yang diadakan di SJK Chung Hua Lundu bersempena sambutan Tahun Baru Cina di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, Adenan berkata, kerajaan negeri mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) walaupun Kerajaan Persekutuan belum berbuat demikian.
“Saya tidak peduli apa Kerajaan Persekutuan kata. Jika pemegang UEC mahu memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri, mereka boleh.
“Sama juga untuk mereka yang mahu memohon biasiswa atau pinjaman daripada Yayasan Sarawak, kita akan terima UEC juga,” katanya.

Mahdzir: Mana boleh Muhyiddin kritik presiden Umno?


Timbalan presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bekerjasama dengan pemimpin lain dalam parti itu sebagai satu pasukan padu, bukannya mengkritik pemimpin tertinggi, kata anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Ketika menyuarakan sokongannya terhadap saranan agar tindakan diambil terhadap Muhyiddin, Mahdzir berkata kritikan yang dibuat berulang kali oleh Muhyiddin tentang cara pihak pentadbiran negara menangani kontroversi 1MDB, boleh melemahkan kerajaan.
Menteri Pendidikan itu berkata: "Untuk membina sebuah pertubuhan politik yang kuat, kita perlu bersatu sebagai sebuah pasukan yang mempunyai hubungan kerja yang kukuh antara pemimpin parti dan anggota peringkat akar umbi.
 "Mana boleh anda mengkritik presiden parti sendiri? Apa jua masalah perlulah diselesaikan dengan cara sewajarnya melalui perbincangan di dalam parti, bukan secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas melawat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan di Petaling Jayahari ini.
Isnin lepas, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Muhyiddin perlu berundur sekiranya beliau tidak lagi boleh menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau dengan sewajarnya.
Ditanya sama ada tindakan perlu diambil terhadap Muhyiddin, Mahdzir berkata: "Saya menyokong penuh saranan agar Muhyiddin dirujuk kepada jawatankuasa disiplin. Beliau sering menyuarakan komen (terhadap kepimpinan tertinggi) sejak kebelakangan ini dan sebarang perbuatan yang boleh merosakkan parti, perlulah dihentikan."

Derma 2.6B: Gabungan Ketua Umno minta penjelasan Arab Saudi


Gabungan Ketua Cawangan Umno (GKCM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Arab Saudi ke Malaysia bagi menuntut penjelasan berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Presidennya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata memorandum tersebut diserahkan sekitar jam 12 tengah hari kepada wakil Duta Arab Saudi.
 “GKCM telah meminta pihak Arab Saudi untuk bantu memulihkan semula maruah negara kita yang telah tercemar teruk gara-gara isu RM2.6 bilion dan menjadi bahan tawa masyarakat antarabangsa,” kata Kamarulazman ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Kamarulazman, pihaknya juga telah menggariskan 10 soalan kepada kedutaan tersebut.
Antara lain ia menimbulkan siapakah yang memberikan wang itu, bilakah wang tersebut dimasukkan serta apakah jenis derma dan tujuan wang itu diberikan.
Memorandum itu juga menyoal apakah wang itu untuk kegunaan peribadi Najib dan sama ada baki derma itu telah dikembalikan sebagaimana didakwa.
Selain itu, ia juga meminta Arab Saudi mendedahkan putera Raja Saudi yang mendermakan wang berkenaan dan hubungannya dengan Najib.
Mengulas lanjut, Kamarulazman berkata, Kedutaan Arab Saudi menerima baik kedatangan mereka dan berjanji untuk menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.
Kata Kamarulazman lagi, tindakan GKCM menghantar surat itu kerana tidak mempercayai keputusan siasatan yang dibuat Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Apandi sebelum ini memutuskan bahawa Najib bebas daripada sebarang salah laku jenayah dalam isu derma berkenaan.

Mukhriz tanggung tindakan bapanya – Nazri

Serangan Mahathir terhadap Najib mengundang amarah penyokong yang mengambil peluang daripada kelemahan Mukhriz sebagai pemimpin
nazri-mukhriz
KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan Mukhriz Mahathir dikorban sebagai Menteri Besar, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri menjelaskan kempen berterusan Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengundang amarah penyokong Najib.
“Sukar untuk mengugurkan Mukhriz sekiranya benar Mukhriz seorang pemimpin yang baik tetapi kelemahan beliau telah diambil kesempatan oleh penyokong Najib yang mahu Mukhriz disingkir sebagai balasan terhadap Mahathir,” katanya ketika diminta mengulas serian Mahathir kepada rakyat supaya mengenepikan perbezaan politik dan tunjuk kepedulian akan keadaan negara ketika ini.
Pada Nazri, seruan itu mencerminkan kekecewaannya.
“Mukhriz satu kegagalan politik kerana dalam masa tak cukup penggal telahpun digugurkan…itu perkara yang amat memalukan pada keluarga Mahathir,”
“Apa yang lebih mendukacitakan Mahathir adalah tidak ada tarikan – tiada tunjuk perasaan besar-besaran – jadi sebab itu beliau ajak semua orang menunjuk perasaan,” katanya seusai pelancaran Kalendar Program Istana Budaya 2016.
Awal bulan ini, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menggantikan Mukhriz dua minggu selepas Ahmad Bashah dan 14 ketua-ketua UMNO Kedah menyeru Najib menggantikan Mukhriz atas alasan gagal menguruskan negeri dengan baik.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai seruan supaya Mahathir mengisytiharkan harta, Nazri hanya menjawab “Hahaha.”

Kebanyakan ahli PAC di luar negara: Adakah Hasan berbohong?


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu tahu sama ada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin dengan sengaja menipu apabila beliau berkata "kebanyakan anggota PAC berada di luar negara" sedangkan katanya, majoriti mereka di negara ini.
Dalam satu kenyataan media, Lim berkata PAC mempunyai kuorum yang selesa dengan kehadiran sebahagian besar mereka di negara ketika ini.
Lim juga menyoal Hasan sama ada beliau sendiri secara tergesa-gesa ke luar negara pada Selasa lalu supaya alasannya "kebanyakan anggota PAC berada di luar negara" mempunyai untuk mewajarkan pembatalan saat akhir mesyuarat PAC semalam dan hari ini.
Beliau juga menggesa Hassan untuk mendedahkan di mana beliau berada di luar negara, dan apa yang dilakukannya di sana ketika PAC dijadual mengadakan mesyuaratnya untuk membuat kesimpulan berhubung siasatan PAC ke atas skandal 1MDB.
"Hasan perlu sedar bahawa jika beliau seorang askar, beliau akan dihadapkan ke mahkamah tentera dan dijatuhkan hukuman yang berat kerana meninggalkan kubu dan tugasnya pada saat paling penting dan kritikal."
Ahli Parlimen Gelang Patah itu mendakwa beliau mempunyai alasan kukuh untuk mempercayai bahawa Hasan tidak bercakap benar apabila beliau berkata bahawa "kebanyakan anggota PAC berada di luar negara".
"Apakah tidak benar bahawa hanya dua anggota PAC berada di luar negara untuk menunaikan umrah - Ahmad Hamzah (Jasin) dan Nawawi Ahmad (Langkawi)?” soalnya.

'Syor panel SPRM bukan mahu cabar peguam negara'


Syor Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bukan tindakan untuk mencabar kuasa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.
Ketua pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed justeru berharap syor pada mesyuarat ke-29 panel itu semalam tidak disalah tafsir.
 “Saya ingin menegaskan sebagaimana Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan kuasa pendakwaan adalah di bawah Peguam Negara,” kata Abu Kassim.
PPO semalam menasihatkan SPRM terus menyiasat kes kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dari Arab Saudi.
Badan itu juga mendesak SPRM mendapatkan bantuan Apandi untuk mengeluarkan notis kerjasama undang-undang bersama supaya mereka boleh mendapatkan bantuan daripada penguat kuasa luar negara.
Panel juga menyokong keputusan SPRM untuk mendesak Jabatan Peguam Negara menyemak semula keputusan tidak mendakwa Naib dalam kes SRC International.

Akses kepada TMI disekat atas sebab ‘keselamatan negara’

Pembaca mengadu sekatan yang dikenakan apabila melayari laman web TMI. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Februari, 2016. 
Ketika The Malaysian Insider (TMI) mencecah usia genap lapan tahun hari ini, akses kepada laman itu disekat beberapa pembekal Internet susulan tindakan diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas sebab "keselamatan negara".
Ketika dihubungi, Ketua Penguatkuasa SKMM Zulkarnain Mohd Yasin mengesahkan tindakan itu dan menyatakan akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.
"Kami akan keluarkan kenyataan kemudian," katanya kepada TMI.

Bagaimanapun, sumber berkata, SKMM mengarahkan pembekal perkhidmatan Internet untuk menyekat TMI atas sebab "keselamatan negara". Katanya, tindakan ini diambil kerana kesalahan didakwa dilakukan TMI mungkin memberi kesan kepada kestabilan negara, ketenteraman awam dan keharmonian, dan kestabilan ekonomi.
Beberapa pembaca memaklumkan kepada TMI perkara itu apabila mereka tidak dapat mengakses portal berita itu.
Pembaca TMI yang menggunakan perkhidmatan Celcom, dan di sesetengah tempat, Unifi, kedua-duanya syarikat yang dikawal kerajaan, mengadu mengenai sekatan itu.
Bagaimanapun, sesetengah pengguna Maxis dan U-Mobile berkata mereka masih boleh mengakses laman The Malaysian Insider daripada telefon bimbit walaupun arahan dikeluarkan kepada semua ISP.
Mereka menerima notis SKMM yang menyatakan portal berita ini melanggar undang-undang Malaysia, apabila melayari laman web TMI.
Bagaimanapun, tiada notis dihantar kepada TMI mengenai pelanggaran sebarang undang-undang.
"Ini satu kejutan yang tidak menyenangkan. SKMM sudah menjawab pertanyaan saya mengenai perkara ini, mengatakan mereka akan mengeluarkan kenyataan," kata Pengarang dan Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq, hari ini.

UMNO dan Munafik Berpisah Tiada !!!

Mulut Nazri Aziz.. setahun yang lalu...

MANA PERGINYA ikrar kamu yg akan MELAKUKAN APA SAJA untuk mengekalkan Muhyiddin sbg timbalan presiden parti itu sehingga pemilihan akan datang !!!

Beginilah sikap munafik yg WAJIB ADA dlm setiap pemimpin2 Umno...

MANA SATU BOHONG ???

Makin lama Najib terajui negara, makin banyaklah segala kebobrokan & kepincangan Najib & BN akan terbongkar satu persatu...

SIAPA YANG BUAT TUDUHAN TAK BERASAS, TIDAK TERBUKTI DAN SIAPA YANG MEMALUKAN NEGARA?

Untuk kesekian kalinya, berkatalah lagi Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan bahawa tuduhan yang berulang, tidak berasas dan tidak terbukti oleh The Wall Street Journal atau WSJ adalah bertujuan merosakkan nama Malaysia dan pembangunan ekonominya.

Sama seperti banyak kenyataannya sebelum ini, beliau nampaknya tidak menggunapakai otak kiri dan kanannya sebelum berkata-kata. 

Sebagai pemimpin, bukankah wajar beliau menilai dengan jujur terlebih dahulu tentang siapakah sebenarnya yang membuat tuduhan tidak berasas dan tidak terbukti itu dan siapa pula yang merosakkan nama negara dan pembangunan ekonominya?

Adakah ianya WSJ atau Najib Razak?

Apakah tuduhan WSJ berkaitan wang sebanyak RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak merupakan tuduhan yang tidak berasas dan tidak terbukti atau ia merupakan fakta melibatkan Perdana Menteri yang telah memalukan nama negara ke seluruh dunia?

Jika benar tuduhan WSJ sebagai tidak berasas dan tidak terbukti, bagaimana Panel Penilaian Operasi SPRM boleh mengatakan terdapat bukti kukuh untuk agensi penguatkuasa anti rasuah itu mendakwa Najib berkaitan skandal kewangan yang melibatkan akaun peribadinya?

Apakah Panel Penilaian Operasi yang dibarisi oleh tokoh-tokoh berwibawa itu hanya "temberang kosong"  saja apabila mahukan SPRM meneruskan siasatannya berkaitan wang tersebut serta mengemukakan rayuan kepada Peguam Negara agar membenarkan bantuan undang-undang bersama atau MLA digunakan untuk mendapatkan bukti dan dokumen daripada luar negara?
Selain pendedahan pertama WSJ terbukti benar, mengapa dakwaan kedua WSJ bahawa wang tersebut bukannya datang daripada keluarga Diraja Arab Saudi, tetapi daripada pelbagai akaun berkaitan 1MDB, masih tidak berani disanggah oleh Najib yang selalu berbangga dengan darah Bugisnya?

DAP bidas keputusan JPA tukar tajaan biasiswa kepada pinjaman


Anthony LokeAnthony LokeSemua biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun 2016 ditukar kepada pinjaman boleh ubah, berbeza dengan keputusan pengecilan bajet 2016 Januari lalu yang hanya menyentuh penajaan biasiswa kepada pembelajaran dalam negara.
Anthony  Loke  dipetik sebagai berkata,  beliau kecewa  dengan model baharu penajaan JPA itu, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook, berkata kerajaan Persekutuan bersikap tidak jujur dan tidak adil terhadap mahasiswa yang menerima tawaran biasiswa JPA sebelum ini.
“Mahasiswa bukan sahaja tidak dapat belajar luar negara tetapi biasiswa JPA pula ditukar kepada pinjaman,”” katanya merujuk pengumuman model baharu penajaan JPA di laman sesawangnya,mahasiswa diberi tiga mekanisme perjanjian pinjaman.
Pertama, mahasiswa tidak perlu membuat bayaran balik jika berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Kedua, graduan dikehendaki membayar balik 50 peratus pinjaman jika memilih untuk bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ketiga, graduan dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman jika tidak memilih untuk berkhidmat dengan sektor awam mahupun GLC.
Beliau  juga mempersoal sama ada kerajaan mahupun syarikat GLC mempunyai jumlah perjawatan yang mencukupi bagi semua graduan JPA.
“Adakah kerajaan mampu menyerap 11,000 pelajar JPA dalam perkhidmatan awam, lebih-lebih lagi bilangan perjawatan sudah ditetapkan. Berapa peratuskah mereka misalnya mahasiswa dari luar negara mendapat tawaran bekerja dalam sektor awam?

Pelaburan Tabung Haji Di Syarikat Kejuruteraan Huluan (Ramunia Holdings Berhad) Catat Kerugian Atas Kertas RM200 Juta, Risiko Kerugian Jangka Panjang RM1.4 Bilion

Pelaburan Tabung Haji yang mengundang kontroversi paling utama ialah pelaburannya di dalam syarikat kejuruteraan huluan (“upstream engineering”) yang bernama Ramunia Holdings Berhad bermula dari 2008. Setelah syarikat tersebut mengalami kerugian mendadak dan sahamnya jatuh menjunam dalam tahun 2010, Tabung Haji menjenamakan semula syarikat itu sebagai TH Heavy Engineering Berhad (THHE) dan terus menyuntik lebih banyak pelaburan.
Tabung Haji mula membeli saham dengan agresif dalam pertengahan tahun 2008 seperti berikut:
• Di antara 10 Julai 2008 hingga 16 Julai 2008, Tabung Haji membeli 14.23 juta saham menjadikan pegangannya mencecah 18.06% (99.74 juta saham) selepas pembelian tersebut. Harga saham pada waktu ini adalah di antara RM1.54 hingga RM1.59 sesaham.
• Berdasarkan Laporan Tahunan Ramunia Holdings Berhad bagi tahun kewangan 2008, setakat 29 Februari 2009, Tabung Haji telah mengumpul 166,836,833 saham menjadikannya pemegang saham terbesar Ramunia Holdings Berhad pada 29.68% pegangan.
thhe2008
Mengambil kira prestasi harga saham Ramunia Holdings Berhad sepanjang tahun 2008 yang menunjukkan harganya memuncak pada harga RM1.95 sesaham pada awal Februari dan mula menurun sehingga ia mencatat harga terendah (rekod 52 minggu) 76 sen sesaham pada pertengahan Ogos, anggaran harga saham purata yang dibeli oleh Tabung Haji untuk mengumpul 29.68% saham ialah RM1.50 sesaham.
Saya menganggarkan pelaburan awal Tabung Haji dalam tahun 2008 untuk membeli saham-saham Ramunia Holdings Berhad adalah sekitar RM250 juta.
Walaupun saya faham pada ketika itu ada khabar-khabar angin bahawa MISC (anak syarikat PETRONAS) akan membeli Ramunia (yang menyebabkan harga sahamnya naik melonjak), prestasi kewangan Ramunia secara jelas menunjukkan ia sebuah syarikat yang mempunyai masalah kewangan, seperti yang ditunjukkan berikut:
Tahun Kewangan Kerugian Tahunan (RM juta) Kerugian Terkumpul (RM juta)
2008 21 74
2009 383 457
pnlthhe
retainedthhe

Oleh kerana kerugian yang mendadak dan terlalu besar bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2009, juruaudit telah memberi amaran bahawa Ramunia Holdings Berhad berdepan dengan risiko muflis (“going concern”) terutamanya kerana sebuah anak syarikatnya Ramunia Fabricator Sdn Bhd disaman oleh banyak pihak kerana gagal membayar hutang.
goingconcernthhe
Akibat dari amaran ini, saham Ramunia Holdings Berhad jatuh menjunam sehingga ditutup pada harga 20.5 sen pada 2 Mac 2010. Berikutan dari ini, Ramunia Holdings Berhad digantung penyenaraiannya dan dikategorikan sebagai syarikat PN17.

Rafizi Persoal Kos Sebenar Tunai Haji

Nasib Tabung Haji Bakal Seperti MAS?

‘Turun Najib Turun’ kini dalam bentuk lagu

Lagu itu dihasilkan kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Najib sebagai ketua Kerajaan Persekutuan.
turun-najib-turun
PETALING JAYA: Gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan ekoran isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion kini diterjemahkan dalam bentuk lagu.
Kumpulan muzik punk tempatan, Dum Dum Tak mengeluarkan single terbaharu berjudul ‘Turun Najib Turun’ berhubung isu itu yang hangat diperkatakan orang ramai.
Jurucakap Dum Dum Tak, Nizang, berkata lagu berkenaan dihasilkan kerana hilangnya kepercayaan terhadap kepemimpinan Najib.
“Najib banyak isu, isu RM2.6 bilion, banyak jawapan yang diberikan, putar belit. Kini matawang pun menurun. Kita anggap Perdana Menteri ini yang paling lemah dan negara pula semakin susah. Sebab itu kita buat lagu itu,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Pemain bass kumpulan Dum Dum Tak itu bagaimanapun, tidak menafikan agak gementar dengan lirik lagu ‘Turun Najib Turun’.
Ia selepas pelbagai tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang menentang Najib, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Takut juga, tapi semalam sudah bincang dengan ahli kumpulan. Mereka cakap, benda ini (lagu ini) tidak payah takut dan risau. Kini orang Barisan Nasional (BN) pun ada hendak buat demo turunkan Najib. Benda (isu Najib) tengah hangat. Harapnya tidak ada apa-apa yang berlaku,” ujarnya lagi.
Dum Dum Tak sebuah kumpulan muzik punk yang ditubuhkan pada tahun 2007. Lirik lagunya membawa mesej sosial politik dalam dan luar negara.
Sebelum ini, pereka grafik, Fahmi Reza menyuarakan ketidakpuasan terhadap Najib melalui medium poster dan lakaran grafik.
Fahmi Reza akan disoal siasat berkaitan kempen #kitasemuapenghasut yang dijalankan menerusi media sosial.
Dum Dum Tak Song List : Dum Dum Tak

Sekat portal bukti k'jaan Umno@Bn takut media bebas

Pembaca mengadu sekatan yang dikenakan apabila melayari laman web TMI. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Februari, 2016. 
PKR hari ini mengecam tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang dilapor menghalang akses pengguna daripada beberapa penyedia perkhidmatan internet (ISP) ke laman berita The Malaysian Insider.
Pengarah komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata tindakan itu bersifat kuku besi dan melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia yang antara lain menjamin tiada penapisan internet.
Katanya, tindakan itu juga mungkin ada kaitan dengan laporan mengenai isu derma politik RM2.6 bilion yang melibatkan pemimpin utama negara.
"Ia menjadi bukti Putrajaya takut pada media bebas, terutama media online yang tidak mudah didiamkan khusus mengenai isu-isu penting dalam negara.
"Sudah pasti tindakan ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap kedudukan kebebasan media di Malaysia," ujarnya dalam kenyataan media.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan tindakan SKMM menyekat laman web TMI atas alasan melanggar undang-undang negara seperti dipapar kepada pelayar di web itu.
Bagaimanapun semakan mendapati, laman itu hanya tidak dapat dicapai melalui talian Celcom.
Menurut maklumat SKMM, laman itu disekat di bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melanggar undang-undang.
Keterangan menyebut ia melanggar peruntukan seksyen 233 akta yang sama tetapi tidak menyebut kesalahan secara khusus.
Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Mahathir: Musa Hitam my first failure

Rahman Dahlan: Kenapa tanya, terserahlah kepada Dr M isytihar harta

'Karma Mahathir makin tua makin dihina'

Biarkanlah Dr M, saya tidak kisah apa dia nak kata, kata Nazri

Rosmah praises 'warrior' Nazri

Shafie naib presiden yang bodoh, patutlah kena singkir, kata Nazri

Muhyiddin tetap akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disipilin esok - Nazri

'Karma' replies Nazri on Mahathir

SKMM sekat portal Malaysian Insider

TH berisiko rugi RM1.4b dalam pelaburan syarikat kejuruteraan

Rafizi dapat tahu skandal Tabung Haji 2 tahun lepas

Rafizi: Saya akan hadir pada himpunan hentam Najib

Kenyataan 'anjing': Pemuda Umno Pagoh desak Nazri minta maaf

'Tak ada siapa sokong Mahathir tu lah dia nak buat demo' - Nazri

Nazri: Mahathir tidak rasuah? Ini lawak besarlah

Himpunan Anti-Najib, DAP belum ada jemputan

RUPA-RUPANYA KEKALKAN BN..

1) Matawang ringgit terus jatuh paling teruk dalam sejarah

2) Kenaikan kadar inflasi 2015 terus naik 4%-5%

HANYA YANG GOBLOK a.k.a BODOH SAJA.. Percaya BN adalah penentu nasib dan masa depan kita..

Gambar : Keratan Akhbar sebelum PRU lepas

ADAKAH ANDA SEDAR...!!!

"Pejabat Peguam Negara di Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pihak mana yang perlu diheret ke mahkamah, yang mana boleh dilepaskan..." -bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Selagi sistem sedia ada memastikan 'kekebalan' dari sebarang tindakan perundangan terhadap Perdana Menteri.. bukti sebesar dan selengkap mana sekalipun.. pasti tidak akan mengugat apa apa...

Bila penyamun menipu & cakap berbelit2..

Kamu SOROKLAH..
Kamu NAFIKANLAH...

Akhirnya Allah SWT tunjukkan jua bhw derma RM2.6 bilion itu sememangnya masuk ke dlm akaun peribadi Najib sendiri wpon sebelum ini beliau menafikannya..

TERBUKTI SUDAH PENYAMUN....

'Kalau Muhyiddin tak berhenti saya hentam dia' - Nazri Aziz

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz terus mengasak Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berhenti menyerang Presiden Datuk Seri Najib Razak.
“Lebih baik dia (Muhyiddin) berhenti. Kalau dia tidak berhenti, saya hentam dia.
"Saya pun perangai macam dia juga.
“Sebab itu saya minta dia berhenti,” katanya.
Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Nazri berkata Muhyiddin harus “berhenti” (daripada jawatan) jika tidak boleh lagi menyokong presiden.
“Tetapi tidak, dia hasut lagi. Dia sudah tak layak lagi untuk jadi timbalan (Najib),” katanya.
Menyentuh usul untuk menggantung jawatan Muhyiddin, Nazri berkata ketika itu Muhyiddin bolehlah bertindak mengikut haluannya sendiri.
“Bila tidak jadi timbalan lagi, bebas jalan.
“Pergilah nak turun jumpa dengan seorang ketua cawangan ke, 12 (cawangan) ke, itu lantaklah,” katanya.

FBI siasat 1MDB – New York Post

Akhbar itu juga melaporkan Goldman Sachs turut disiasat agensi undang-undang AS itu kerana disyaki terbabit pengubahan wang haram.
fbi-1mdbPETALING JAYA: Pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) semakin hampir membongkar skandal kewangan berkaitan Goldman Sachs and 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penyiasat antarabangsa, L Burke Files memberitahu New York Post, FBI dalam usaha memperoleh dokumen sensitif dan mengenalpasti saksi dalam siasatan kes yang membabitkan pengerusi sebuah bank di Asia Tenggara iaitu Tim Leissner, 45
Perkara itu dilaporkan Bloomberg semalam, bahawa Leissner sudah meninggalkan firma perbankan dan ia disahkan jurucakap Goldman Sachs tanpa mengulas lanjut sebarang perkembangan mengenainya.
Sementara itu, Files dilaporkan sebagai berkata, “sumber memberitahu saya bahawa Kerajaan AS juga sedang menyiasat 1MDB meliputi pelbagai aspek dan aktif dalam mendapatkan dokumen dan mengenalpasti saksi berpotensi dari seluruh dunia.”
Goldman Sachs dan Leissner dikaitkan dengan kontroversi 1MDB berikutan hubungan rapat dengan pegawai tinggi kerajaan di Malaysia, yang mana menyaksikan badan perundangan dari beberapa negara menyiasat syarikat pelaburan itu kerana disyaki terbabit dalam pengubahan wang haram.
Beberapa laporan media antarabangsa juga ada menyebut bahawa Goldman Sachs mengenakan caj pada ‘kadar yang sangat tinggi’ terhadap transaksi kewangan yang dibuat 1MDB.
Leissner yang sudah bersama Goldman Sachs selama 18 tahun juga dilaporkan menjana keuntungan berjumlah jutaan ringgit hasil urusannya dengan 1MDB.
Sementara itu, New York Post melaporkan bahawa FBI enggan mengesahkan dan mengulas lanjut mengenai dakwaan siasatan itu. Wakil Goldman Sachs juga enggan memberikan sebarang komen, lapor akhbar yang berpangkalan di AS itu.

Pemuda Umno Pagoh desak Nazri mohon maaf pada Muhyiddin

Pemuda Umno Pagoh membidas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz, yang mengumpamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai anjing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Februari, 2016.Pemuda Umno Pagoh membidas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz, yang mengumpamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai anjing. Ketua Pemuda Umno Pagoh Mohd Zaid Abd Rahman hari ini membidas Datuk Seri Nazri Aziz, menyatakan tahap kesabaran mereka kini sudah sampai ke kemuncak susulan kenyataan ahli Majlis Tertinggi (MT) itu yang mengumpamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai "anjing".
Zaid berkata, kenyataan Nazri itu amat mengguris hati akar umbi Umno Pagoh dan juga rakyat Johor, lebih-lebih lagi menteri pelancongan itu sebelum ini pernah bertelagah dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim.
"Sebelum ini juga beliau dikaitkan dengan kenyataan menghina TMJ.

"Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pagoh mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan beliau itu dan meminta beliau meminta maaf secara terbuka," kata Zaid dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, seluruh rakyat Johor terhina dengan ungkapan yang dikeluarkan Nazri terhadap timbalan presiden Umno itu, yang juga ahli Parlimen Pagoh dari Johor.
"Apa yang menjadi kemusykilan, bagaimana seorang pemimpin berjawatan menteri boleh mengeluarkan kenyataan yang menjijikkan sedemikian rupa.
"Kita percaya bukan kami saja yang marah dan terhina dengan kenyataan menjijikkan itu tapi Bangsa Johor keseluruhannya juga rasa terhina," katanya.
Pada Selasa, Nazri dilaporkan berkata tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini menghentam pemimpin parti ibarat "anjing yang sibuk menggigit kaki" sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya.
“Kita sekarang hendak buat kerja, kebajikan rakyat jauh lebih penting. Jadi, kita kena tumpu sebagai satu pasukan, membantu presiden untuk membantu rakyat.
“Tetapi, kalau Muhyiddin bersikap macam anjing, dok gigit kaki kita, kita nak buat kerja pun susah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Meja Bulat Imam Kebangsaan di Putrajaya.
Zaid berkata, perkara pokok permasalahan dan tekanan yang berlaku dalam kerajaan dan parti sekarang ini bukan Muhyiddin, tetapi presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Bagi kami, Muhyiddin pemimpin yang berjiwa besar. Walaupun digugurkan daripada kerajaan dan dilayan dengan amat buruk sebagai timbalan presiden Umno, beliau tidak pernah menghasut supaya kita bangkit menentang presiden.
"Namun apa yang berlaku mutakhir ini dan penghinaan yang melampau terhadap beliau adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima dan dimaafkan. Ini menjadi titik noktah kesabaran kita," katanya.
Zaid berkata, Pemuda Umno Johor juga sebelum ini cuba percaya kemelut yang berlaku boleh diselesaikan dengan cara baik.

DAP mahu rujuk pengerusi PAC ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen

DAP mahu merujuk pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Rakyat kerana didakwa tidak menghadiri mesyuarat PAC yang sepatutnya dipengerusikannya.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mendakwa, Hasan juga mengeluarkan kenyataan mengelirukan sebelum ini dengan mendakwa mesyuarat PAC yang sepatutnya berlangsung hari ini dan semalam tidak dapat berlangsung kerana "kebanyakan ahli berada di luar negara".
Sedangkan kata Lim, hanya 3 daripada 14 ahli PAC berada di luar negara.

"Saya memfailkan aduan kepada Speaker pagi ini kerana saya dapati kenyataan Hasan bukan sahaja mengabaikan tugasnya tetapi juga mengeliru dan memperdayakan rakyat dan juga Parlimen sendiri. "Justeru, kenyataan dan tindakan beliau melanggar peratutan hak-hak dan kebebasan Majlis Dewan Rakyat.
"Jawatankuasa Hak dan Kebebasan wajib mempertimbangkan perkara ini dan mengeluarkan kenyataan sewajarnya," kata Lim pada satu sidang media selepas menyerahkan surat kepada pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat pagi ini.

Keputusan AG bukan dibuat sendirian ampu Rahman Dahlan

Peguam Negara memutuskan Perdana Menteri tidak bersalah dibuat secara kolektif bersama pegawai perundangan kanan di Pejabat Peguam Negara.
Rahman-Dahlan-AG-SRC
KUALA LUMPUR: Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendapati bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah bukan dibuat secara bersendirian.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata keputusan berkenaan serta arahan supaya kertas siasatan dana RM2.6 bilion dan SRC International ditutup, dibuat secara kolektif.
“Peguam Negara tidak membuat keputusan secara berseorangan. Beliau mempunyai pasukan yang terdiri daripada pegawai perundangan terkanan dalam Pejabat Peguam Negara.
“Setiap maklumat yang diberi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteliti dan dinilai. Beliau bukan tengok sahaja fail dan kemudian seorang diri buat keputusan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Abdul Rahman berkata demikian sebagai mengulas serangan tanpa henti daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Mohamed Apandi.
Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman berkata, meskipun Mohamed Apandi mempunyai kredibiliti, namun tetap ada pihak enggan menerima keputusan itu
Katanya, pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara kemudian sengaja menggambarkan Mohamed Apandi dengan gambaran yang sangat negatif.
“Saya tidak tahu apa lagi yang mahu dibangkitkan dan pada pandangan UMNO dan kerajaan, perkara itu sudah diselesaikan dengan keputusan Peguam Negara,” katanya.

Saya sayangkan parti tetapi saya sayangkan negara lebih dari segalanya, kata Shafie


Datuk Shafie ApdalDatuk Shafie Apdal
“Saya sayangkan parti, tetapi saya sayangkan negara lebih dari segalanya. Kedaulatan dan kemakmuran negara adalah jauh lebih penting daripada mana-mana individu ataupun pemimpin tertentu,” itulah ungkapan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal di laman facebooknya tengahari ini.
Kritikan dan teguran yang dibuat oleh pimpinan dan akar umbi Umno selama ini kata Shafie semata-mata untuk mengukuhkan parti dan kerajaan yang semakin hari tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat, cuma mungkin di hati beberapa pemimpin atasan Umno, kata Naib Presiden Umno Datuk Shafie Apdal.
Beliau menyebut akan rasa kebimbangannya terhadap situasi yang dihadapi Umno ketika rakyat semakin kurang terhadap parti dan kerajaan dan perkara ini tidak harus dinafikan.
“Bila mana Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kerisauan beliau dengan menegur tentang keadaan yang berlaku di dalam kerajaan dan parti bukanlah semata-mata untuk melemahkan pucuk pimpinan parti, apatah lagi untuk jatuhkan parti dan kerajaan, tetapi sebaliknya dalam erti kata lain parti dan kerajaan jauh lebih penting daripada pemimpin dan individu tertentu.
“Ya, saya sayangkan parti, tetapi saya sayangkan negara lebih dari segalanya. Kedaulatan dan kemakmuran negara adalah jauh lebih penting daripada mana-mana individu ataupun pemimpin tertentu.
“Saya kesal dengan sindrom penafian yang wujud dimana ada sesetengah pihak berpendapat bahawa jika seseorang ahli parti menegur dan mengkritik pemimpin akan dianggap tidak setia kepada parti, malah ada juga individu yang terus melabel mereka ini sebagai pengkhianat kepada parti dan ada juga yang mengatakan mereka ini seolah-olah sebagai anjing yang menggigit kaki.
Ada pimpinan atasan yang beranggapan UMNO kini sedang mengamalkan demokrasi yang tulen seperti yang diamalkan oleh parti-parti politik luar negara. Tetapi pada hakikatnya demokrasi yang diamalkan oleh parti kini tidak lagi seperti demokrasi yang terdapat di negara-negara lain.
“Lihat sahaja kepada raut wajah akar umbi parti kini. Tiada lagi yang mampu tersenyum lebar. Masing-masing cukup sedar akan tekanan yang wujud tiap kali menyuarakan sesuatu.
Ini tidak wujud dalam parti-parti politik luar negara. Tiada suara yang tidak didengar di House of Commons di Britain, tiada gentar yang terlihat pada wajah rakyat Amerika dalam menyuarakan pandangan mereka. Mereka maklum maksud sebenar perkataan demokrasi.
“Negara yang mengamalkan demokrasi yang matang dan subur faham kepentingan memberi ruang kebebasan untuk mana-mana ahli dan pemimpin parti mengambil pendirian berbeza dengan kepimpinannya. Kita melihat kepelbagaian pendirian dalam banyak isu-isu dasar dalam negara-negara demokrasi, apatah lagi dalam hal yang melibatkan integriti pemimpin,” ujarnya.
Kata Shafie lagi, pelbagai isu yang wujud dan dibangkitkan oleh Wall Street Journal (WSJ) seperti kemelut 1MDB contohnya, tidak ditangani dan dijawab dengan telus serta tidak diberikan bukti-bukti dan juga fakta-fakta yang menyokong dan seterusnya tidak diselesaikan dengan baik.

Usul gantung jawatan Muhyiddin dalam Umno dibentang esok, kata Nazri

Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata beliau akan mengemukakan usul mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung sebagai timbalan presiden Umno pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti esok.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, beliau akan menyarankan MT untuk merujuk Muhyiddin kepada jawatankuasa disiplin parti.
"Saya mahu dia dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib dan digantung kerana serangannya baru-baru ini terhadap kepimpinan parti itu.

"Dia nampaknya sudah melanggar beberapa bahagian daripada perlembagaan parti dalam perkara ini," katanya kepada The Malaysian Insider. Ahli MT itu berkata, merujuk Muhyiddin kepada jawatankuasa disiplin merupakan satu daripada pilihan yang ada.

Cermin diri dulu sebelum beri ceramah – Sultan Johor

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam di bawah kuasa negeri dan sultan adalah ketua agama di negeri masing-masing.
Sultan-Ibrahim_maij_johor_600
PETALING JAYA: Para pendakwah yang ingin berceramah di negeri Johor diingatkan supaya mendapatkan tauliah daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) terlebih dahulu.
Malah, mereka juga harus cermin muka sendiri terlebih dahulu sebelum memberi nasihat kepada orang lain.
Peringatan itu diberikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ketika bertitah pada Majlis Perasamian Tilawah al-Quran peringkat negeri Johor ke-60 di Dataran Tanjung Emas di Muar semalam.
Baginda bertitah, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam di bawah kuasa negeri dan sultan adalah ketua agama di negeri masing-masing.
“Kita akan mengawal mana-mana orang daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah kerana ajaran sesat dan ceramah berbaur politik yang menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain akan hanya mengelirukan masyarakat Islam dan meruntuhkan perpaduan rakyat,” titah baginda, lapor Sinar Harian Online.
Baginda turut memberitahu, sejak kebelakangan ini, ada pihak-pihak yang suka mencampuri kuasa agama di neger-negeri sedangkan mereka hanya mempunyai bidang kuasa di negeri masing-masing.

Kami akan pantau himpunan 27 Mac, kata KPN

Kami tak takut, jawab Zaid ringkas.
kahlid-abu-bakr_Zaid-Ibrahim_600
PETALING JAYA: Polis akan pantau himpunan anjuran bekas menteri Zaid Ibrahim pada 27 Mac depan meskipun ia dilakukan secara tertutup, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau memberitahu FMT bahawa anggota polis akan ditempatkan di kawasan yang akan dikenalpasti bagi memastikan tiada huru-hara berlaku. Polis juga akan memantau ucapan yang dibuat dalam himpunan itu nanti untuk sebarang unsur hasutan.
“Ya, sudah tentu kita akan pantau,” tambahnya dalam satu pesanan ringkas malam tadi.
Zaid sebelum ini berkata himpunan itu merupakan perjumpaan 1,000 peserta daripada pelbagai parti politik, pemimpin siswa dan ahli persatuan awam. Kehadiran melalui jemputan sahaja.
Nama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiada dalam senarai jemputan dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan minat untuk turut serta.
Diminta mengulas kenyataan KPN, Zaid menjawab ringkas, “Beliau boleh melakukan apa sahaja yang beliau mahu, tapi beliau tidak akan berjaya menakutkan kami.”
Zaid dalam blognya memaklumkan satu himpunan akan diadakan bulan depan atas sebab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meleraikan institusi awam dengan melantik “pak angguk” dalam badan-badan kerajaan.
Beliau menggesa rakyat Malaysia supaya bersama usaha Dr Mahathir mendesak Najib meletak jawatan daripada tampuk pemerintahan.

Saya pemimpin, Rafidah bukan pemimpin, kata Nazri


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata sekiranya bekas ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz ingin bersuara, beliau hendaklah mewakili sesuatu kumpulan.
Sedangkan bekas menteri kabinet itu kini tidak lagi memegang sebarang jawatan, kata Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan.
 “Saya bukan marah Rafidah bercakap, saya kata dia bukan pemimpin lagi, jadi saya cakap dia punya pandangan bukan seperti pandangan saya, kerana saya pemimpin, dia bukan pemimpin.
“Kalau kita nak bercakap kena mewakili suatu kumpulan. Kita mesti dipilih oleh rakyat. (Tapi) kalau dia bercakap, dia mewakili siapa,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Nazri lagi, tidak ada siapa yang meminta pandangan dari Rafidah.
Nazri juga menyifatkan kenyataan Rafidah bahawa ketika dia memimpin, pemimpin muda sekarang masih ditadika, sebagai kebudak-budakan.
“Sampai masa (pemimpin) kena bagi orang muda. Yang tua pun kena hormat budak-budak," tambahnya.
Sebelum ini Nazri dilaporkan berkata Rafidah 'bukan lagi sesiapa' apabila mengingatkan rakan-rakannya tentang kisah 'maharaja tanpa baju' selepas mereka mengkritiknya kerana menegur kelemahan pentadbiran kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Kami profesional dalam kes babitkan PM, kata panel SPRM


Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Tan Sri Dr Hamid Bugo berdepan tugas mencabar, terutamanya dalam mengendalikan siasatan melibatkan Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam 2 skandal kewangan, kata salah seorang ahlinya.
"Saya boleh simpulkan, semuanya individu berintegriti yang mahu mengikut undang-undang," kata ahli panel itu, bercakap kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Beliau berkata, tidak mungkin mereka akan dilantik semula, setelah tempoh setahun mereka berakhir, berdasarkan pendirian yang tidak berbelah bahagi diambil PPO terhadap perdana menteri.

"Malang sekali jawatankuasa ini terpaksa berdepan dengan perkara seperti ini ketika skandal itu pertama kali dihebahkan Julai lalu. "Tetapi, ahli PPO melakukan tugas mereka secara profesional dan ia kini disedari orang awam," katanya.
Ahli panel itu terdiri dari Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee.
Tempoh setahun mereka berakhir semalam.

Cukup bukti dakwa Najib isu SRC International, kata panel SPRM

Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.
Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan "tertangguh" dan "tiada tindakan susulan".
"Penyiasat SPRM mengumpul 'bukti mencukupi' untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib," kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider.

"Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan." Panel yang dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak Tan Sri Dr Hamid Bugo itu, menamatkan penggal mereka semalam selepas tidak menerima surat lantikan semula sebaik tempoh setahun mereka tamat.
Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.   
Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, 'credible evidence' (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.
"Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh," katanya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya pada 26 Januari berkata tidak terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berhubung isu SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan.
Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.
Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.

Rakyat menilai Pakatan Harapan urus perselisihan pendapat


Syukri Che Ab RazabSyukri Che Ab RazabRakyat bukannya terlalu naïf untuk menganggap Pakatan Harapan tidak boleh berselisih pendapat tetapi mereka mahu melihat sejauhmana perbezaan pandangan diuruskan, tegas Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razab.
 Menurutnya, pelbagai isu ekonomi dan penyelewengan antaranya seperti kejatuhan nilai ringgit, hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan skandal Tabung Haji tidak memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.
“Apakah kesedaran rakyat ini bonus untuk pembangkang? Saya kira tidak kerana bonus merupakan hadiah atas kerja kuat dan konsisten, sedangkan jika disoroti kisah empat tahun ke belakang, pakatan pembangkang diselangi dengan pelbagai polemik inter-pakatan sehingga menatijahkan terkuburnya Pakatan Rakyat.
“Amat menyedihkan jika rakyat pada PRU 14 (pilihan raya umum ke-14) mengundi pembangkang kerana terpaksa, akibat tersepit dan tidak tahan lagi dengan kebobrokan pemerintahan Umno-BN, bukannya kerana mereka senang dan yakin dengan pembawaan pakatan pembangkang,” jelasnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Mengulas situasi semasa yang sedang melanda politik Malaysia khususnya mengenai pertelingkahan kecil antara Keadilan dan DAP, beliau berkata, isu berkenaan perlu ditangani sebelum menjejaskan kepentingan rakyat.
“Saya kira konflik ini lebih penting untuk disantuni dan diselesaikan segera oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan agar ianya tidak membarah dan merebak sehingga membayangi lain-lain agenda rakyat yang masih terlalu banyak untuk diperjuangkan.
“Saya tidak mahu menyentuh secara mendalam mengenai isu di Pulau Pinang yang telah mencetuskan polemik antara Keadilan dan DAP tetapi cukup untuk kita fahami bahawa rakyat hari ini sudah matang dalam menilai politik,” ujarnya yang juga bekas Penyelaras Ngo Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Ragui kebijaksanaan 52 peratus rakyat?

Bekas Pengerusi Tetap Pas Pusat sertai Amanah


Yusof menyerahkan borang keahlian kepadaUstaz Ahmad Awang sambil disaksikan Ustaz Hasanuddin dan Dr Ismail.Yusof menyerahkan borang keahlian kepadaUstaz Ahmad Awang sambil disaksikan Ustaz Hasanuddin dan Dr Ismail.
Ketika para pemimpin Pas sibuk membuat kenyataan kononnya ada di kalangan ahli parti itu yang menyertai Amanah ingin kembali semula ke pangkuan Pas, satu demi satu pemimpin Pas mula berhijrah menyertai Amanah.
Di POKOK SENA dekat sini, bekas Bendahari Pas Kawasan Pokok Sena Yusuf Ariffin telah menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang.
Penyerahan borang keahlian Yusuf disaksikan Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh dan Ketua Amanah Pokok Sena, Omar Awang.
Yusuf yang kini seorang usahawan produk herba tradisional pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau juga bekas pemberita Harakah.
Ustaz Abu Kassim berucap dalam majlis anjuran Amanah Kawasan Jerlun.Ustaz Abu Kassim berucap dalam majlis anjuran Amanah Kawasan Jerlun.
Di JERLUN, Majlis Hi-Tea dan Sembang Santai anjuran Amanah Kawasan Jerlun berlangsung di kediaman bekas Pengerusi Tetap Pas Pusat, Dato' Abu Kassim Lebai Abdullah di Kampung Kodiang Lama.
Program yang bermula jam 5.00 petang 19 Februari lalu dihadiri Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Hasanuddin.
Ustaz Abu Kassim ialah antara veteran Pas yang menyertai Amanah dan menjadi penggerak penubuhan Amanah di negeri jelapang padi itu khususnya di daerah Jerlun.
Semasa berkhidmat sebagai Pengerusi Tetap Pas Pusat, celoteh beliau sepanjang mengendalikan muktamar tahunan Pas menarik perhatian hadirin.
Beliau kerap menyelitkan pantun, kata-kata nasihat, sindiran dan usikan bagi menghidupkan suasana muktamar.
Kebijaksanaan Ustaz Abu Kassim dalam mengendalikan muktamar seringkali mendapat pujian bekas Presiden Pas, Ustaz Fadzil Mohd Noor.
Beliau dianugerahkan gelaran Datuk oleh Sultan Kedah ketika negeri Kedah ditadbir Pakatan Rakyat.

Sultan Johor tegur presiden IKHLAS


 Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menegur Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah yang mempertikaikan keputusan baginda mengharamkan penjualan vape di Johor.
"Kepada pihak yang ingin mencabar keputusan saya iaitu Presiden IKHLAS yang katanya mengumpul satu juta nama dan tanda tangan, mana dia nama yang sudah dikumpul?
"Satu nama pun saya tak nampak lagi. Ingatlah, jangan letak otak di lutut sampai sanggup membahayakan kesihatan orang lain hanya untuk mengaut keuntungan wang ringgit.
"Sebelum keputusan itu dibuat, saya sudah mendengar pandangan pakar yang berkaitan dan ternyata penggunaan vape lebih banyak mudarat kepada manusia antaranya," katanya.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-60 di Dataran Tanjung Emas malam tadi.

CERAMAH PAKATAN HARAPAN, INDERA SEMPURNA RESORT

Sedikit demi sedikit hak warganegara diberi warga asing...

Tidak mustahil kita bertukar jadi merempat menumpang di negara sendiri...

Beginilah nasib sebuah negara yg ditadbir urus oleh bijak pandai yg dah terlalu pandai menipu rakyat...

KENAPA MUHYIDDIN MESTI DIPAKSA UNDUR?

Tidak cukup dengan usaha yang nampaknya kembali rancak mahu menggantung jawatan atau keahlian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin, terdapat juga antara pemimpin atasan parti yang mendesak beliau berundur daripada jawatannya.

Antara hujah mereka, jika ingin terus mengkritik Najib Razak selaku Presiden UMNO, Muhyiddin harus berundur kerana ia merosakkan parti dan memberi imej tidak baik kepada orangramai memandangkan peranan  orang nombor dua ialah membantu orang nombor satu.

Sebagai pemimpin yang dipilih oleh perwakilan, perlukah Muhyiddin didesak untuk berundur atau secara sukarela mengundurkan diri?

Kalau perwakilan yang memilih, bukankah hanya perwakilan juga yang boleh menggugurkannya?

Lebih tidak masuk akal bilamana yang membuat desakan itu antaranya ialah mereka yang mempunyai latar belakang undang-undang seperti Nazri Aziz dan Azalina Othman Said.

Apakah mereka tidak faham undang-undang atau sengaja tidak mahu memahaminya?

Bagi Muhyiddin pula, apakah semata-mata kerana mengkritik Perdana Menteri, beliau mesti meletak jawatannya, tambahan lagi teguran yang dibuatnya bukanlah sesuatu yang palsu dan direka-reka?

Terdapatkah klausa dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Timbalan Presiden tidak boleh mengkritik Presiden dan jika ingin menegur juga, maka haruslah berundur terlebih dahulu?

Kemungkinan pengaruh politik melantik Gabenor BNM

Satu lagi teka-teki yang masih belum terjawab, Gabenor BNM yang baharu. Siapa sekalipun biarlah 'dia' seorang yang benar-benar layak dan tidak berpihak kepada sesiapa tetapi hanya kepada keadilan dan kebenaran.
zeti
Siapakah yang paling layak ganti tempat Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr. Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada April ini?
Anggap ini satu permainan, untuk meneka bakal individu yang akan bertanggungjawab mengendalikan urusan dan hal ehwal bank mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah.
Siapa yang layak, selayak Zeti atau mungkin lebih daripada beliau?
Saban hari, Awang Selamat dalam kolumnya menamakan tiga tokoh yang menurutnya berkemampuan menggantikan tempat Zeti.
Mereka adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Walaupun ia kontra dengan kenyataan Zeti sendiri bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) perlu kekal sebagai badan bebas daripada sebarang pengaruh politik sepertimana institusi perbankan lain, nampaknya masih ada nama-nama (calon) orang politik dalam senarai tersebut.
Terdahulu Zeti berkata, bagi sebuah bank yang mewakili negara, langkah tidak mengambil individu dengan pengaruh politik penting bagi mendapatkan kepercayaan pelabur.
“Setiap negeri memerlukan sebuah organisasi seperti bank pusat yang tidak terikat dengan perkembangan politik atau agenda politik dan perlu kekal fokus untuk memastikan kestabilan ekonomi.. supaya polisi kewangan akan menjadi yang terbaik kepada negara,” petik kata Zeti.
Tetapi perseoalannya di sini, sejauh mana nasihat dan cadangan Zeti bakal digunapakai oleh kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menentukan Gabenor BNM yang baharu?
Jika orang politik dalam senarai pendek Gabenor BNM, apa impaknya?
Apakah melantik orang politik dalam badan seperti BNM ini khususnya pada waktu seperti ini, akan menjadi satu langkah kiri kepada kerajaan yang sudah sedia terpalit dalam pelbagai tuduhan dan skandal? Ikutkan, seeloknya kerajaan mempertimbangkan cadangan Zeti serta tradisi BNM selama ini. Tiada pengaruh politik, bebas dan independent.
Namun, masih ada ura-ura yang menamakan orang politik, lagi-lagi mereka yang rapat dengan pemimpin nombor satu kerajaan sebagai calon yang sesuai.
Persoalannya bagaimana pilihan ini akan memberi kesan kepada kewangan dan ekonomi negara serta kementerian yang berurusan dengan kewangan negara dan juga pemimpin negara?
Saya tidak mengerti membuat analisis, cuma saya sudah mula merasa kepanasan kerusi gabenor yang selama ini tidak pernah menjadi perhatian sebesar ini.
Kehebatan Zeti menerajui kerusi tersebut sejak Mei 2000 hingga sekarang tidak boleh dipersoal. Beliau telah meletakkan satu standard baharu dan tinggi dalam kalangan Gabenor dunia apabila pernah memenangi pelbagai anugerah ekoran kejayaan dan kemampuan beliau menerajui BNM.

Nazri: Muhyiddin kena belajar dari Ismail untuk pertahan ketua


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menggesa Ketua Umno bahagian Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya belajar dari timbalannya, Ismail Mohamed untuk mempertahankan pemimpin sendiri.
 “Banyak pengajaran yang dia (Muhyyiddin) kena belajar dari timbalannya, tapi sudah jadi tugas timbalan untuk pertahankan ketua, jadi Muhyiddin perlu belajar dari timbalan,” katanya kepada Malaysiakini.
Oleh itu, Nazri menggesa Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno supaya turut mempertahankan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak seperti yang dilakukan oleh Ismail.
Semalam Ismail menyelar kenyataan Nazri yang menyifatkan tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini ibarat ‘anjing yang sibuk menggigit kaki’ sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya.
Sebaliknya Ismail pula mendakwa Nazri ''suka menyodok membabi buta" dan tidak perlu dilayan.
Mengulas lanjut, Nazri berkata, Ismail tidak mempunyai sebarang fakta untuk menangkis hujahnya terhadap Muhyiddin.
Malah jelasnya, sudah menjadi kewajipan orang kanan untuk mempertahankan pemimpin sendiri.
“Sebenarnya, dia cakap menyodok tu dia cakap pasal diri dia, sebab dia tak ada fakta untuk menangkis hujah saya.

Utusan Melayu catat rugi sebelum cukai RM17.49 juta

Pendapatan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd jatuh kepada RM248.38 juta berbanding RM291.20 juta sebelum ini, kata Utusan Melayu dalam makluman kepada Bursa Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2016. 
Pendapatan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd jatuh kepada RM248.38 juta berbanding RM291.20 juta sebelum ini, kata Utusan Melayu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai RM17.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 berbanding kerugian sebelum cukai RM83.65 juta pada 2014.
Pendapatan jatuh kepada RM248.38 juta berbanding RM291.20 juta sebelum ini, kata syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Bagi suku keempat, syarikat penerbitan itu merekodkan keuntungan sebelum cukai RM25.57 juta berbanding kerugian pracukai RM45.20 juta dalam suku sama sebelumnya manakala pendapatan merosot kepada RM67.45 juta berbanding RM76.51 juta sebelum ini.

"Pendapatan bagi suku dalam semakan jatuh 11.8% daripada suku sama tahun sebelumnya disebabkan penurunan dalam segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan," katanya. Utusan Melayu mengunjurkan cabaran berterusan pada 2016 disebabkan isu-isu yang menjejaskan sentimen pengguna termasuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta kelembapan ringgit yang akan menyaksikan kenaikan kos bahan mentah tertentu.
"Bagaimanapun kami akan berusaha untuk mempertahankan penguasaan pasaran kami dalan edaran akhbar dan pendapatan pengiklanan sambil menyusun strategi mencari aliran pendapatan baharu dengan mempelbagaikan porfolio perniagaan kami.
"Kumpulan akan terus melaksanakan langkah kawalan kos yang ketat dan menambah baik kecekapan operasi bagi mengekalkan kelangsungan kami.
"Kami akan sentiasa menumpukan kepada pengukuhan struktur dalaman kami bagi memastikan asas yang kuat untuk kumpulan melaksanakan pelan masa depan," katanya.

Dr M malu, tak sampai sepenggal Mukhriz kena buang, kata Nazri


Ekoran Datuk Seri Mukhriz Mahathir dibuang dari jawatan menteri besar Kedah, maka Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad kini malu dengan kejadian tersebut.
 Malah dakwanya, berikutan perkara tersebut, Dr Mahathir kini sedang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari tampuk kepimpinan negara.
“Sekarang dia panggil orang semua bersatu sebab dia marah anak dia kena buang. Dia nak Najib turun sebab anak dia kena buang. (Itu perkara) yang memalukan dia sebab anak dia tak sampai sepenggal kena buang.
“Dan apabila kena buang, rakyat tak memberontak pun, bermakna rakyat tak kisah, jadi dia malu anak dia tak perform,” katanya kepada Malaysiakini.
'Dia dah tua, tak perlu siasat'
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan polis yang merakam percakapan Dr Mahathir berhubung tulisan di blognya, Nazri berkata, pihak berkuasa tidak perlu berbuat demikian memandangkan beliau telah terlalu tua.
Malah kata Nazri lagi, Dr Mahathir kini berhadapan dengan ‘karma’ apabila sebelum ini didakwanya cuba menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, dan bekas perdana menteri keempat itu kini pula berhadapan perkara yang sama.
“Dia dah tua, tak perlu siasat, lantak dialah, (Tun Dr Mahathir) kalau dia nak baling batu kat tingkap pun, tingkap tak pecah, jadi tak payah.

Ahli PAC persoal rakan tidak hadir pembentangan laporan akhir ketua audit

Seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyalahkan rakannya kerana pergi ke luar negara biarpun mereka tahu 2 minggu sebelum ini ketua audit negara dijadualkan memberi penerangan berhubung laporan akhir syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli PAC itu, yang merupakan sebahagian daripada 14 ahli jawatankuasa pilihan Parlimen tersebut, mempersoalkan adakah ini sengaja dilakukan untuk mengganggu rancangan menerima laporan akhir ketua audit negara.
Ketua audit negara sudah mengemukakan laporan awal kepada PAC pada 10 Julai tahun lepas.

Ahli PAC yang enggan namanya disiarkan, mendakwa Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin dan sekurang-kurangnya 2 ahli lain, adalah antara mereka yang berada ke luar negara. The Malaysian Insider cuba menghubungi Hasan melalui khidmat pesanan ringkas dan panggilan telefon untuk mengesahkan perkara itu namun telefon bimbitnya dimatikan.
Empat belas ahli PAC terdiri daripada Hasan (Rompin), Timbalan Pengerusi Dr Tan Seng Giaw (Kepong), Datuk Ahmad Hamzah (Jasin), Datuk Liang Teck Meng (Simpang Rengam), Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baru), Datuk Wee Jeck Seng (Tanjong Piai), Datuk Koh Nai Kwong (Alor Gajah), Hasbi Habibollah (Limbang), Datuk Nawawi Ahmad (Langkawi), Datuk Dr Marcus Mojigoh (Putatan), Tony Pua (Petaling Jaya Utara), William Leong Jee Keng (Selayang), Datuk Kamarul Baharin Abas (Telok Kemang) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Baru).
Ahli PAC yang bercakap kepada The Malaysian Insider itu berkata, beliau terkejut apabila mendapat tahu ketiadaan beberapa ahli, termasuk Hasan, sedangkan mesyuarat pada 24 dan 25 Februari itu dipersetujui pada sesi PAC sebelum ini iaitu pada 11 Februari lepas.
"Mesyuarat yang dijadualkan (pada 24 dan 25 Februari) tidak dapat diteruskan tanpa pengerusi walaupun korum mencukupi," kata ahli PAC itu kepada The Malaysian Insider.
Sekurang-kurangnya 7 ahli, termasuk pengerusi, perlu hadir untuk bermesyuarat.
"Ramai kini melihat mesyuarat yang ditangguhkan sebagai usaha menyembunyikan isu 1MDB dari pengetahuan ahli Parlimen dan orang ramai untuk seberapa lama yang boleh," kata ahli PAC itu.
Beliau berkata dalam mesyuarat terakhir pada 11 Februari lepas, sudah diputuskan PAC akan diberi taklimat ketua audit negara selepas menerima laporan mengenai 1MDB itu pada 24 Februari, sambil menambah ia juga memutuskan PAC akan mengkaji laporan itu sebelum memutuskan jika terdapat saksi lain yang akan dipanggil.