Rabu, 24 Februari 2016

GST: Isi rumah berpendapatan rendah paling teruk terjejas

Oleh Dzulkefly Ahmad


Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan isi rumah berpendapatan rendah paling teruk terjejas akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tidak memeranjatkan sesiapa kecuali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Putrajaya.

Apakah baru sedar dan celik? Tentunya tidak. Mungkin buat-buat terkejut.

Mengambil kira kadar sebenar kenaikan kos (inflasi) setelah pelbagai kenaikan dibuat Najib mutakhir ini, seperti tol dan kos pengangkutan awam, kedudukan adalah sebenarnya lebih parah.


Indeks Harga Pengguna (IHP) rasmi tidak membayangkan keperitan kehidupan rakyat menanggung perbelanjaan harian sebenarnya.

Termasuk kenaikan levi pekerja asing (100%-300%) rakyat perlu tahu siapa yang membayarnya nanti adalah rakyat/pengguna sebab pemilik industri dan pengilang akan 'memindahkan' tambahan levi kepada pengguna.

Mereka tidak mahu menanggung segalanya sebab mahu mengekalkan margin keuntungan. Maka satu lagi sebab kenaikan kos inflasi. Mujurlah harga petrol turun buat masa ini.

Bagi mereka yang dibuang kerja dan kini menganggur, sementara menantikan kerja dan perlu bersaing dengan pekerja asing yang tidak lagi hanya berkerja di bidang 3D - maka bertambahlah kesengsaraannya.

Petronas saja akan memberhentikan 51,000 pekerja mereka. Yang diberhentikan sejak kebelakangan ini pun sudah mencecah puluhan ribu.

Najib patut lantik Nazri jadi ‘jeneral perang’

Oleh Nazuri
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikecam hebat kerana kritikan pedas dan tajam terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ramai pemimpin UMNO yang ‘gila talak’ menyerang dan memanggil dengan pelbagai gelaran seperti kucing kurap, pengampu dan penyangak.
Ia gara-gara desakan terbuka Nazri supaya Muhyiddin melepaskan jawatan Timbalan Presiden UMNO jika mahu terus mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak. Nazri juga sedia membuat usul pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang supaya Muhyiddin digantung jawatan Timbalan Presiden.

Diakui, dalam pemimpin UMNO, Nazri seorang yang hebat dan berani. Tiada siapa boleh menolak hakikat itu. Beliau sudah lali dikecam dan dihina, namun sedikitpun tidak menjadi kudis padanya. Kerana Nazri, Gobing Sigh Deo pernah digantung beberapa minggu lalu di Parlimen sehingga Gobind kehilangan semua hak keistimewaannya sebagai ahli parlimen untuk tempoh setahun.
Beliau juga pernah memanggil Lim Kit Siang dengan gelaran “otak bodoh”, “otak benak”, “bohong” dan pernah juga melabelkan ahli parlimen pembangkang sebagai pondan. Tidak hebatkah Nazri?
Seorang pengikut yang setia dan baik sudah pasti membela bosnya. Itu yang ditunjukkan oleh Nazri. Di saat pemimpin UMNO memilih untuk berdiam diri kerana mahu menyelamatkan kedudukan, tetapi tidak bagi Nazri.
Ketika di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mempertahankan Dr Mahathir daripada serangan pembangkang. Beliau banyak membela Dr Mahathir.
Jika istilah ‘penjilat’ sudah ada ketika itu, tentu Nazri digelar penjilat tegar Dr Mahathir. Begitu juga di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga ‘penjilat’ atau membodek tetapi beliau tidak kisah kerana menjadi tanggungjawabnya untuk membela dan mempertahankan bosnya.
Jika kita berada dalam sebuah kapal, ada anak kapal yang tidak mahu bekerjasama dengan kapten? Apakah yang kita perlu buat? Diamkan saja ‘anjing itu terus mengigit kaki tuannya’ atau humban saja ke laut?
Kalau kita diamkan,, lama-lama kapal akan tenggelam. Jadi pilihan kedua lebih rasional untuk menyelamatkan kapal dan anak-anak lain daripada mati lemas.
Tindakan Nazri adalah mempertahankan bosnya sekaligus menyelamatkan negara daripada tenggelam dek kerana segelintir pemimpin politik yang hipokrit.

Kurangkan kadar GST kerana kutipan hasil langkaui jangkaan

11078105_1147384771945126_1419325989808168380_n
PERAK 24 FEB: Kerajaan Persekutuan dicadang sekurang-kurangnya mengurangkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada tiga peratus jika berdegil enggan memansuhkannya sebagaimana desakan pembangkang.
Menyatakan pendapatan kerajaan melalui GST melangkaui jangkaan, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Taiping, Chong Zhemin, berkata pengurangan itu dapat mengurangkan beban golongan isi rumah B40 yang terjejas teruk akibat pelaksanaan cukai itu.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dedahkan bulan lalu bahawa GST yang terkumpul ketika ini ialah RM51 bilion. Angka itu terkumpul sejak sembilan bulan lalu sejak pelaksanaannya, secara purata ia berjumlah kira-kira RM68 bilion setahun.
“Pada bajet tahun lalu, kerajaan menjangka mengumpul RM39 bilion keuntungan GST. Jumlah RM68 billion itu hampir dua kali ganda dari jangkaan dan empat kali ganda dari hasil RM18 billion cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 2014.
“Ia bermakna, kadar enam peratus cukai amat tinggi dan tidak munasabah. Adalah adil untuk kerajaan mengurangkan kadar GST. Langkah itu akan mengurangkan beban isi rumah B40,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas Laporan Matlamat Pembangunan Milenium Malaysia 2015 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menunjukkan isi rumah berpendapatan bawah 40 peratus (B40) paling terjejas teruk akibat pelaksanaan GST.
Ia sekaligus menunjukkan dakwaan kerajaan UMNO BN kononnya GST tidak memberi kesan regresif terhadap rakyat berpendapatan rendah di negara ini disangkal laporan pertubuhan antarabangsa itu.
Walaupun kerajaan mendakwa GST di negara ini ada senarai Barangan Berkadar Sifar (Zero rated) GST, Zhemin berkata, kesannya tetap dirasai rakyat berpendapatan rendah.

Pakatan Harapan perlu henti berbalah demi rakyat – Tamrin Ghafar

Pakatan HarapanPakatan Harapan
Pertelingkahan dalam Pakatan Harapan (PH) mesti dihentikan ketika majoriti rakyat telah menyedari amalan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dilakukan pemimpin Umno-BN, tegas Tamrin Tun Ghafar.
Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu menyifatkan perbalahan antara anggota Pakatan Harapan yang dilihat begitu membimbangkan tidak membantu hasrat perubahan rakyat yang sudah terang lagi bersuluh menyaksikan penipuan kerajaan Umno-BN.
“Zaman kini anjing dan kucing pun boleh berbaik. Rata-rata majoriti rakyat mulai sedar yang mereka terang-terang ditipu oleh Najib dan konco-konconya. Malangnya, dalam masa sama PH bercakaran sesama sendiri,” ujar beliau dalam kenyataannya hari ini.
Menganggap rakyat ditaburkan dedak seperti ayam di belakang rumah, Tamrin berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi kononnya sebagai bukti keprihatinan Umno-BN walhal rakyat dibebankan dengan peningkatan kos barangan keperluan akibat pelaksanaan GST (cukai barang dan perkhidmatan), kenaikan tol dan tarif elektrik.
“Bayangkan harga sekilo getah skrap lebih rendah dari harga sekilo ikan kembung atau ikan temenung. Kelapa sawit jatuh menjunam. Dulu janji makcik dan pakcik Felda saham FGV (Felda Global Ventures Holdings Bhd) akan mengkayakan mereka. Najib mengharamjadahkan mereka yang membantah pengapungan FGV.
“Kira-kira 600,000 graduan tidak ada pekerjaan yang agak sesuai dengan ijazah yang mereka pelajari. Ramai pula pensyarah universiti yang berkhidmat secara kontrak akan diberhentikan. Bantuan kewangan untuk universiti (awam) dipotong dengan mendadak. Pemberian biasiswa pun mula dikurangkan,” ujarnya.
Cuba menutup pekung

Perketat OSA: Satu lagi sumpahan badut

KEBELAKANGAN ini, Malaysia seolah-olah terkena sumpahan badut apabila semakin ramai pemimpin negara mempamer sisi kelakar mereka melalui kenyataan dan perilaku sarkas termasuk Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Alasan membebaskan Datuk Seri Najib Razak dari skandal derma RM2.6 bilion atas alasan kononnya derma itu telah dipulangkan, benar-benar menggeletek hati rakyat. Apandi seolah-olah menjadi badut pelindung kepada Perdana Menteri dan siri skandalnya.
Gambar hiasanNamun, persoalan itu terjawab apabila baru-baru ini, Apandi bercadang memperketat hukuman mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) kepada penjara seumur hidup dan 10 sebatan, kononnya untuk mengelak kebocoran rahsia kerajaan.
Bukan itu sahaja, beliau dengan bangga menyatakan hukuman itu akan turut dikenakan ke atas pengamal media terutama mereka yang enggan mendedahkan sumber maklumat. Sahlah bahawa Apandi adalah penghibur terbaru dalam arena politik Malaysia.
Mungkin Apandi lupa, tugas Peguam Negara bukanlah menjaga periuk nasi wakil rakyat tetapi menegakkan prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang secara bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak termasuk pemimpin tertinggi kerajaan.
Justeru, rakyat melihat cadangan Apandi meminda OSA itu sebagai cara terbaru menutup segala ketirisan, rasuah, skandal kewangan dan rahsia gelap pemimpin kerajaan UMNO BN serta mengelabui mata rakyat dari melihat wajah sebenar mereka.
OSA merupakan undang-undang pinjaman dari penjajah British yang pertama kali diperkenal di Negeri-negeri Selat pada 1920-an menggunakan Akta Rahsia Rasmi United Kingdom. Sejak dulu, ia menjadi alat pemerintah bagi mengawal dan melarang penyebaran maklumat berkaitan rahsia rasmi.
Sebelum ini, parti pembangkang seperti DAP dan yang lain konsisten lantang mengkritik undang-undang drakonian itu. Begitu juga badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat media, antaranya Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Gerakan Media Marah (GERAMM), Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).
Pelbagai lapisan rakyat juga menyokong cadangan memansuh OSA kerana ia tidak lagi relevan dipraktik di negara demokrasi seperti Malaysia.
Ia lantaran definisi ‘rahsia rasmi’ mengikut akta itu terlalu luas hingga membolehkan mana-mana agensi kerajaan memfailkan sesuatu dokumen itu sebagai dokumen rahsia. Perkara itu menghalang rakyat dari memperoleh maklumat berkaitan kerajaan dan wakil rakyat yang dipilih mereka.
Malah, dokumen rasmi kabinet juga diklasifikasi sebagai rahsia kerajaan. Walhal yang dibincang berkait rapat dengan masa depan rakyat. Bukankah rakyat ada hak mengetahui sama ada keputusan sekumpulan menteri itu bakal memberi kesan baik buruk kepada kehidupan mereka?

Cadangan daftar blog jadikan Malaysia negara autokrasi


rara3


KUALA LUMPUR 24 FEB: Undang-undang mewajibkan penulis blog mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) seperti cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dikhuatiri mendorong ketidakadilan terhadap hak rakyat bersuara.
Malah, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman berkata ia boleh disalah guna bagi menghentikan kritikan umum terhadap kerajaan sekaligus cuba menutup skandal wakil rakyat UMNO BN.
“Apa jaminan kerajaan undang-undang itu tidak akan disalah guna dengan mengambil tindakan terhadap penulis blog yang tidak memihak kepada kerajaan?
“Bagaimana pihak berkuasa mahu mentakrif sesuatu tulisan sebagai fitnah dan tidak bertanggungjawab? Atau hanya kena ikut cita rasa dan telunjuk pemimpin sahaja?” katanya kepada Roketkini.
Beliau mengulas cadangan KDN baru-baru ini untuk menggubal undang-undang supaya penulis blog wajib mendaftar dengan KKMM, kononnya bagi mengekang penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab di internet.
Beliau yang mesra dikenali sebagai Rara turut mempersoal sama ada kerajaan mahu menuju ke arah negara diktator apabila mahu memantau penulisan di internet seperti amalan di China, Vietnam, Arab Saudi dan negara autokratik lain.
“Undang-undang itu tidak patut ada di Malaysia kerana ia patut berasaskan prinsip demokrasi, bukannya autokrasi. Adakah langkah itu mengesahkan pandangan betapa negara ini sebenarnya dipimpin secara autokratik oleh diktator?

BERITA BAIK BUAT RAKYAT MALAYSIA..

Yang dlm buang tak sampai 20 ribu TAPI SANGGUP KUTIP DARI LUAR sampai 1.5 juta !!!.. mmg jilakak punya gomen..

Terima kasih lah kpd pengundi2 BN.. Bila sampai PRU14 nanti JANGAN LUPA pangkah lagi BN yer....

DRAMA MAKIN MENARIK...

Wow...sungguh menarik apabila Tun Mahathir Mohamad mengambil sikap enggan menjawab secara spesifik soalan-soalan polis terhadapnya dengan alasan ingin menjawabnya secara penuh di mahkamah nanti.

Ini baru betul, mahkamahlah tempat paling unggul mencari kebenaran di dunia ini.
Wow...wow...tambah menarik apabila Tun Mahathir juga menyatakan kesediaannya untuk ke penjara berikutan kritikan berterusannya terhadap Najib Razak serta perjuangannya demi rakyat.

Jika kita hulurkan kepala, kita akan kena pancung. Jika hidup saya berakhir dalam penjara...okay saja, kata bekas Perdana Menteri itu lagi.
Wow...wow...wow...ini lagi menarik. Apakah berjirannya Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim di penjara bakal menjadi saksi mata rakyat Malaysia  suatu hari nanti?

Cuma....yang mungkin tak menariknya ialah masih menjadi pertanyaan ramai, beranikah Najib dan Peguam Negara mengheret Tun Mahathir sampai ke peringkat itu?

Amanah tiada duit, dapat dana DAP fitnah - Mohamad Sabu


Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui berdepan sumber kewangan untuk menguruskan sebuah parti politik dan terpaksa menggunakan pelbagai kaedah bagi mendapatkan dana.
Presiden Amanah, Mohammad Sabu berkata, Amanah memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk urusan operasi keseluruhan termasuk elaun kakitangan, lapor Sinar Harian.
Mohamad SabuMenurutnya, Amanah kini hanya ada lima kakitangan di peringkat Pusat yang menguruskan hal-hal berkaitan di seluruh negara termasuk setiausaha agung, dua timbalan dan dua kakitangan yang menguruskan segalanya.
"Kita akui berdepan dana kewangan dan sebab itu kita buat majlis makan, kutipan derma dan lain-lain sumber termasuk dari ahli parlimen dalam Amanah untuk menampung kos operasi ketika ini.
"Ada yang kata kita terima sumbangan berjuta dari DAP itu semua tak betul, kita akui berdepan sumber kewangan," katanya selepas hadir menyampaikan taklimat di Wisma Amanah Pahang di Taman Chengal di sini, hari ini.
Mohammad Sabu mengakui sambutan yang diterima dari seluruh negara untuk menyertai parti itu amat menggalakkan dan sehingga kini sebanyak 130,000 borang keahlian sudah diedarkan.
Menurutnya, satu per tiga daripada jumlah itu sudah diterima permohonan mereka dan selebihnya dalam proses.
"Kita berdepan masalah kelemahan pendaftaran ahli dan sebab itu saya turun ke bawah berjumpa dengan negeri untuk menerangkan kaedah yang akan kita guna selepas ini untuk mengambil ahli baharu, kita juga dalam proses untuk membuat pendaftaran online," katanya.

TV3 fitnah Nizar, diarah bayar RM20,000

Datuk Seri Mohammad NizarMahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara mengetepikan rayuan Sistem Televisyen (M) Bhd atau TV3 berkenaan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati bahawa laporan mereka terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah fitnah.
Hakim Besar Malaya, Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, berkata tidak ada unsur berat sebelah berhubung keputusan memerintah TV3 membayar ganti rugi kepada Nizar.
“TV3 gagal melepasi ujian sebenar bagi berat sebelah,” katanya dipetik Malaysia Kini.
Pada 25 Februari 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa TV3 bertanggungjawab memfitnah membabitkan tweet Nizar berkaitan nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida Sultan Johor.
Zulkefli yang mengetuai panel lima hakim turut mengekalkan penghakiman sebelum ini dan mengarahkan stesen swasta itu membayar Nizar RM20,000 sebagai kos.
Hakim lain adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ramly Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Datuk Aziah Ali.
Sementara itu, Nizar diwakili oleh peguam Asmuni Awi dan Fitri Asmuni manakala TV3 pula diwakili oleh Liew Teck Huat dan Lim Qi Si.

Kerajaan BN makin hilang arah berdepan kemelut PM


KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin hilang arah apabila harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat sedangkan peluang pekerjaan terus mengecut.

Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Negeri Ahmad Fadhli Shaari berkata rakyat berpendapatan rendah berdepan banyak kesukaran kerana silap urus kerajaan.

“Rakyat perlu diberi kesedaran secara menyeluruh selagi kerajaan BN dibiar mentadbir negara, kehidupan rakyat semakin terbeban.

“Apa yang berlaku sekarang kerana kerajaan BN semakin hilang arah setelah berdepan dengan kemelut pentadbiran dan peribadi perdana menteri,” katanya di sini.

Indeks harga pengguna (IHP) dikeluarkan Jabatan Perangkaan bagi Januari 2016 menunjukkan harga barangan lebih tinggi sebanyak 3.5 peratus berbanding Januari 2015.

Malah laporan Matlamat Pembangunan Milenium Malaysia 2015, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati isi rumah berpendapatan rendah paling teruk terjejas akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat berkata kerajaan BN tidak mampu lagi menafikan kesan GST banyak menyusahkan rakyat.

“Hari ini kerajaan mengakui bebanan kewangan ekoran kejatuhan harga petroleum diselamatkan GST.

“Sebaliknya risiko GST pun ditanggung rakyat termasuk golongan miskin,” ujarnya.

Kenapa Kedah bergolak? Satu penelitian geo-ekonomi serantau

Daripada China Energy hingga ke Tun Daim Zainuddin, penulis mencicip nama-nama syarikat, bank dan individu tertentu dalam satu lakaran politik Kedah yang berlatarkan kebangkitan kuasa baharu dunia: China.
kedah
Oleh Wan Ahmad Fayhsal

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tertanya-tanya, apa yang sudah berlaku berhubung politik negeri Kedah? Mengapa pertukaran Menteri Besar berlaku dalam keadaan yang penuh polemik sehingga mengundang kemarahan rakyat jelata? Jawapan mudah sudah tentu melibatkan pertembungan individu antara mantan Menteri Besar dan yang sedia ada tapi itu masih belum memberi penjelasan yang tuntas akan langkah politik ini. Mungkin ada baiknya kita cuba menilai pergolakan politik Kedah dalam sudut pandang yang jauh lebih besar iaitu kepentingan strategik Kedah bukan saja untuk kerajaan persekutuan tetapi juga negeri Kedah dalam peta geopolitik semasa melibatkan kuasa besar China. Kepentingan China di rantau Timur Tengah dan Asia Di tengah-tengah pergolakan politik Kedah, terdapat satu perubahan geopolitik yang amat besar sedang berlaku di Timur Tengah yang bakal memberi kesan kepada Malaysia khususnya negeri Kedah untuk jangka masa panjang. Setelah berpuluh tahun lamanya sekatan ekonomi dikenakan ke atas Iran, tahun ini dunia menyaksikan bagaimana sekatan tersebut telah dilonggarkan oleh Amerika Syarikat yang merupakan musuh ketat Iran – satu langkah yang mengundang seribu satu persoalan. Buat pertama kalinya Iran diberi ruang perdagangan yang luas bukan saja untuk menerima pelaburan luar dari negara Barat malah membolehkan dunia mendapatkan bekalan minyak dan gas Iran yang amat kaya itu. Antara negara dunia yang sudah pun memeterai perjanjian secara besar-besaran dalam hal ini dengan Iran ialah China. Baru-baru ini dalam jelajah Timur Tengah, Presiden China, Xi Jinping telah menandatangani 17 perjanjian dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani melibatkan sektor tenaga, perdagangan dan industri. Kedua-dua bertekad untuk menggandakan nilai hubungan perdagangan bilateral antara mereka sampai USD 600 bilion dalam 10 tahun akan datang melalui jaringan perdagangan yang diterajui China – Laluan Sutera moden yang menghubungkan keseluruhan Asia dan juga Eropah.

Akta Ucapan tidak ‘sukarkan’ Najib saman WSJ, kata peguam

Peguam Azhar Harun menolak penjelasan seorang pembantu di Pejabat Perdana Menteri yang Akta Ucapan Amerika Syarikat (AS) menyukarkan Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana memfitnah berhubung laporannya mengaitkan beliau dalam skandal kewangan.
Azhar, yang lebih dikenali sebagai Art Harun, berkata akta itu tidak melindungi WSJ daripada disaman, tetapi bermaksud, jika seseorang defendan memenangi kes fitnah di Malaysia, beliau tidak akan dapat "menguatkuasakan" penghakiman mahkamah Malaysia itu di AS.
Art berkata ketidakupayaan untuk menguatkuasakan penghakiman mahkamah di AS itu sepatutnya kurang penting berbanding hakikat memenangi saman itu akan membersihkan nama Najib.

"(Akta Ucapan) bermakna jika seseorang yang difitnah menyaman WSJ di (Malaysia)... orang itu boleh menang saman itu jika dia dapat membuktikan kesnya. "Bagaimanapun, Akta Ucapan tidak membolehkan orang itu pergi ke Amerika... untuk menuntut supaya dikuatkuasakan penghakiman fitnah yang dia perolehi di Malaysia itu.
"Maknanya, jika (Malaysia) menganugerahi dia (dengan pampasan), dia tidak boleh pergi (ke AS) untuk mendapat pampasan daripada WSJ," tulis Art di laman Facebook beliau hari ini sebagai respons kepada penjelasan Yuktes Vijhay, seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri.
Yuktes berkata memandangkan Akta Ucapan menyediakan perlindungan terhadap penghakiman fitnah asing, Najib akan mendapati sukar untuk "meneruskan perkara itu".
"Implikasi akta ini menyukarkan bagi perdana menteri untuk menyaman WSJ.
"Beliau berkata, tidak seperti sistem undang-undang di United Kingdom, yang meletakkan beban untuk membuktikan kenyataan ke atas defendan, di mana dalam kes perdana menteri ini ialah WSJ, undang-undang AS meletakkan justifikasi niat buruk ke atas defendan."

Semua parti politik perlu bersatu tolak Najib

Soal perbezaan kepartian sudah tidak penting lagi memandangkan isu Najib akan memberikan kesan secara langsung kepada rakyat dan negara.
najib-mahathir
PUTRAJAYA: Sudah tiba masanya rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira fahaman politik untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, soal kepartian dalam negara sudah tidak penting lagi memandangkan isu Najib akan memberikan kesan secara langsung kepada rakyat dan negara.
“Saya rasa sudah tiba masanya parti sudah tidak penting lagi. Ini memberikan kesan kepada negara.
“Kita seharusnya prihatin terhadap apa yang berlaku kepada negara,” katanya dalam sidang media selepas selesai disoal siasat oleh lima anggota polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Jelas Dr Mahathir, isu beliau menolak kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri bukanlah perkara baharu kerana beliau telah melakukan segala-galanya untuk menjatuhkan Najib.
“Saya dah bagi surat yang saya dah tak sokong dia, kemudian saya beritahu secara terbuka,” ujar beliau lagi.

‘Ajak Muhyiddin bertumbuk tapi kamu ikat tangan dia’ - GKCM

UMNO digesa supaya mengubah keputusan dengan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini untuk membolehkan Muhyiddin mencabar Najib bagi jawatan Presiden.
 rushdan,azalina,najib,muhyiddin
PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) mencabar kepimpinan tertinggi UMNO menukar keputusan dengan mengadakan pemilihan parti tahun ini.
Naib Presiden GKCM, Rushdan Mohamed tampil membuat desakan itu bagi membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi merebut jawatan Presiden parti.
Ia sekaligus menjawab cabaran Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Seri Azalina Othman Said yang meminta Timbalan Presiden berundur atau menunggu pemilihan parti akan datang untuk mencabar Najib daripada terus membuat serangan kepada Najib secara terbuka.
Pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini ditangguhkan sehingga 2018 untuk menguatkan parti bagi berhadapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Jangan tangguhkan lagi pemilihan dan jangan cuba nak pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin. Buka gelanggang sekarang buatlah pemilihan tahun ini jangan tunggu 2018.
“Azalina, suruh bos (Najib) kau buka gelanggang. Nak ajak ‘bertumbuk’ tapi tangan diikat ke belakang sediakan gelanggang pasti ada pencabar,” katanya kepada FMT.
Rushdan yang juga Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana berkata,  Muhyiddin dihalang dari pelbagai sudut untuk bersuara sehingga memaksa beliau membuat kritikan secara terbuka terhadap Perdana Menteri untuk menegakkan kebenaran.
Beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, termasuk Azalina senada supaya Muhyiddin melepaskan jawatan Timbalan Presiden kerana tidak lagi sehaluan dengan Presiden parti.

Pakatan Harapan perlu budayakan tatacara baru dalam politik

Pakatan Harapan
Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) berpendirian semua pimpinan Pakatan Harapan,baik daripada Amanah, DAP mahupun PKR perlu membudayakan tatacara baru dalam berpolitik.
Naib Ketua Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, caranya ialah dengan ketiga- tiga parti komponen dalam pakatan itu perlu kembali kepada kandungan dasar Perjanjian Pakatan itu yang telah dipersetujui bersama.
"Segala  isu-isu politik dan pertikaian dalaman parti-parti dalam Pakatan pembangkang itu perlu merujuk kepada Fasal 3 Perjanjian Pakatan Harapan yang jelas memberikan prosedur yang perlu dilakukan jika wujud krisis atau pertikaian yang melibatkan ketiga-tiga parti.
"Jika formula ini menjadi keutamaan dalam tatacara penyelesaian konflik yang melibatkan ketiga-tiga parti, Pemuda Amanah percaya bahawa koalisi ini mampu menjadi tempat untuk rakyat meletakkan harapan perubahan," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Terdahulu, tercetusnya polemik diantara pimpinan dalam Pakatan Harapan apabila PKR dan DAP bertelingkah mengenai tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menamatkan khidmat dua Adunnya  di negeri itu dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) gara-gara berkecuali dalam usul dibawa Adun BN pada sidang Dun, tahun lalu.

Ribuan warga asing tiba di KLIA, penangguhan 1.5 juta Bangladesh dipersoal

Sejumlah foto menunjukkan ketibaan warga asing dipercayai dari Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Kehadiran ramai warganegara tersebut sekaligus mencetuskan persoalan sejauhmana penangguhan pengambilan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh benar-benar dilaksanakan seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
Serentak dengan pelaksanaan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berkuatkuasa mulai 15 Februari lalu juga, banyak pihak termasuk sumber dari KLIA memberitahu jumlah kehadiran warga Bangladesh di lapangan terbang itu begitu luar biasa.
Bahkan, aktivis netizen dikenali sebagai Suara Rakyat turut mendedahkan butiran senarai penerbangan pada 22 Februari lalu dari Dhaka ke Kuala Lumpur.
Berdasarkan jadual tersebut yang viral di WhatsApp itu, terdapat sekurang-kurangnya tujuh penerbangan yang mendarat di KLIA sepanjang pukul 1.37 pagi sehingga 6.42 petang.
Lima pendaratan tersebut adalah pada waktu awal pagi iaitu dalam tempoh kurang enam jam sehingga pukul 7.28 pagi dengan melibatkan syarikat penerbangan antaranya Biman Bangladesh Airlines, Malindo Air selain Malaysia Airlines dan Air Asia.
Jadual ketibaan pesawat dari Dhaka ke KLIA sempat dirakam netizen.Jadual ketibaan pesawat dari Dhaka ke KLIA sempat dirakam netizen.
‘United Bangla National Organisation’
Ketibaan ramai warganegara Bangladesh di KLIA itu turut mengundang reaksi sinis netizen termasuk mengubahsuai logo 1Malaysia kepada 1Banglasia berserta slogan “Bangla Didahulukan, Rakyat Malaysia Diketepikan.”
Keputusan Kabinet Bangladesh pada 8 Februari lalu meluluskan draf perjanjian persefahaman (MoU) menghantar sebanyak 1.5 juta warganya untuk bekerja di Malaysia juga mengundang bantahan rakyat negara ini melalui pelbagai imej sindiran yang tersebar di media sosial.

Tun M: 'Saya Sedia Ke Penjara'

'Saya Akan Jawab Di Mahkamah' - Dr M

Dr M: Ketepikan perbezaan, bangkit tumbangkan Najib

MAHKAMAH SEPATUTNYA DIBENAR BERSIHKAN NAJIB, BUKAN PEGUAM NEGARA

Walaupun sukar mengharapkan Panel Penilaian Operasi SPRM ini mampu merubah keadaan, keazaman mereka untuk terus berkeras agar Perdana Menteri, Najib Razak didakwa di mahkamah berhubung skandal kewangan yang melibatkan dirinya, sekurang-kurangnya menyedarkan kita tentang prinsip keadilan.

Sebagai rakyat biasa, kita selalu didendangkan bahawa mahkamah adalah tempat paling mulia mencari keadilan di dunia ini.

Tetapi, mengapa Najib dielakkan untuk dibawa ke mahkamah dengan keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara saja, meskipun dilaporkan SPRM telah mencadangkan tiga pertuduhan terhadapnya?

Lebih dari itu, Peguam Negara, Apandi Ali bukan saja menolak inisiatif bantuan undang-undang bersama atau MLA digunakan bagi memperolehi dokumen di luar negara, bahkan turut mengarahkan SPRM menutup terus kes yang kemudiannya menimbulkan pertikaian ramai tentang bidang kuasanya.

Panel Penasihat Operasi mahu SPRM teruskan siasat derma RM2.6 bilion


Panel Penasihat Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu meneruskan siasatan mereka berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Agensi itu juga diseru memohon bantuan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan bantuan guaman bersama (MLA) bagi membolehkan SPRM untuk mendapatkan bukti dan dokumen yang diperlukan daripada institusi kewangan.
"Memandangkan siasatan SPRM terhadap dakwaan derma RM2.6 bilion masih belum selesai, panel mencadangkan SPRM meneruskan siasatannya dan mendapatkan bantuan peguam negara untuk mengeluarkan bantuan guaman bersama (MLA), bagi membolehkan SPRM mengambil bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara sebagai sebahagian daripada siasatan dana RM2.6 bilion," kata SPRM, dalam satu kenyataan hari ini.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini menggesa SPRM menghentikan siasatan mereka berhubung isu tersebut.
"Panel penilaian operasi juga menasihati SPRM dalam kes membabitkan SRC International dan dana RM2.6 bilion," kata kenyataan tersebut.
PPO yang bermesyuarat pagi tadi juga bersetuju agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu menyerahkan kembali kertas siasatan mereka berkaitan SRC International kepada peguam negara untuk semakan semula.
Apandi sebelum ini dalam satu sidang media berkata "tidak terdapat bukti yang cukup" untuk mengaitkan Najib daripada sebarang kesalahan.

Najib tidak saman WSJ kerana takut kebenaran terbongkar, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar.
Dr Mahathir berkata, Najib wajar menyaman WSJ dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.
"Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja.

"Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah. "Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas dirakam keterangan pihak polis berhubung artikel di blognya di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Dr Mahathir juga berkata sudah tidak mampu lagi untuk menasihati Najib kerana tidak ada satu pun langkah yang diambil untuk menanganinya.
"Saya nasihat Najib, tapi tidak buat. Saya hantar surat kata tidak sokong lagi tapi dia tidak baca.
"Bukan saya seorang sahaja yang bimbang tapi ramai yang bimbang dengan kerajaan kerana budaya wang adalah raja (cash is king)," katanya.
Beliau juga menafikan kritikan yang dibuatnya menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi negara tapi menyalahkan cara pentadbiran Najib sendiri.
"Tingkah laku kerajaan, polisi dan skandal pentadbiran Najib yang beri kesan kepada ekonomi negara," katanya.
Dr Mahathir pada sidang media hari ini juga sekali lagi mengulangi gesaan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.
"Beliau (Apandi) perlu angkat sumpah dengan Al Quran.
"Dia tidak boleh bohong kepada Tuhan, kalau tipu dia akan masuk negara," katanya.
Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1MDB, memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan Putrajaya.
Akhbar itu juga mengeluarkan rencana mengenai perkara itu.

Mahathir ajak rakyat bangkit lawan Najib


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak rakyat supaya bangkit untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya rasa sudah tiba masanya apabila parti-parti tidak penting lagi. Masalah ini memberi kesan kepada negara.
"Saya mahu setiap orang sebagai warga negara yang prihatin dengan apa yang berlaku di negara ini, sebagai warga negara, tidak kira sama ada kita adalah pembangkang atau pun kerajaan.
"Sekarang masanya untuk bertindak sebagai warganegara, tanpa mengira fahaman parti atau kesetiaan," katanya hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan ahli parlimen PAS Mahfuz Omar pada Jumaat lalu. Mahfuz mendakwa Mahathir menggesa pembangkang supaya bersatu bersama NGO untuk menjatuhkan Najib.

Tun M bayangkan satu sel dengan Anwar di penjara

Beliau tidak merasakan hasrat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan tercapai.
mahathir-jail
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad rela mati di dalam penjara demi mempertahakan kritikannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
“If you stick your neck out it will be chopped (jika anda menghulurkan leher nanti akan dipancung.
“If that’s how my life ends, in jail, then so be it, maybe I’ll share a cell with Anwar Ibrahim (jika begitu cara saya menghabiskan hayat di penjara, mungkin saya boleh berkongsi sel dengan Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media selepas disiasat oleh lima anggota polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Mahathir tidak merasakan hasrat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan tercapai.
Ini kerana katanya, beliau merasakan kontroversi yang membabitkan syarikat pelaburan startegik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan selesai dalam tempoh waktu yang singkat.
“Saya rasa ia (isu 1MDB) akan menjadi sangat sukar diselesaikan,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir memahami hasrat Zeti yang mahu mengakhiri perkhidmatannya tanpa sebarang masalah dan isu berbangkit.
“Saya tahu Zeti mahu menghabiskan tempoh berkhidmatnya tanpa sebarang masalah,” ujarnya.
Beliau tidak merasakan hasrat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan tercapai.
VIDEO INSIDE
mahathir-jail
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad rela mati di dalam penjara demi mempertahakan kritikannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
“If you stick your neck out it will be chopped (jika anda menghulurkan leher nanti akan dipancung.
“If that’s how my life ends, in jail, then so be it, maybe I’ll share a cell with Anwar Ibrahim (jika begitu cara saya menghabiskan hayat di penjara, mungkin saya boleh berkongsi sel dengan Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media selepas disiasat oleh lima anggota polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Mahathir tidak merasakan hasrat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan tercapai.
Ini kerana katanya, beliau merasakan kontroversi yang membabitkan syarikat pelaburan startegik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan selesai dalam tempoh waktu yang singkat.
“Saya rasa ia (isu 1MDB) akan menjadi sangat sukar diselesaikan,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir memahami hasrat Zeti yang mahu mengakhiri perkhidmatannya tanpa sebarang masalah dan isu berbangkit.
“Saya tahu Zeti mahu menghabiskan tempoh berkhidmatnya tanpa sebarang masalah,” ujarnya.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/24/tun-m-bayangkan-satu-sel-dengan-anwar-dipenjara/#sthash.HsgzGdxs.dpuf

Mahathir sedia sertai himpunan anti-Najib

Walau bagaimanapun, beliau akan menyertai jika dijemput oleh pihak penganjur.
najib mahathir
PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menyertai himpunan anti-Najib.
Bagaimanapun, beliau akui akan hanya menyertai himpunan tersebut jika dijemput oleh pihak penganjur.
“Kalau ada jemputan, saya akan pergi,” katanya apabila diaju soalan oleh pemberita mengenai himpunan yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac.
Sebelum ini, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.
Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadual pada 27 Mac itu adalah perjumpaan tertutup.
“Saya lihat ramai pembaca masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.
“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti BERSIH,” tulis Zaid dalam tweetnya sebelum ini.

Teruskan, saya sedia ke penjara, kata Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menyatakan kebenaran apabila dirinya diheret ke mahkamah kerana mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan kredibilti peguam negara yang didakwa melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata demikian selepas disoal-siasat oleh polis berhubung tulisannya di blog mengenai kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan Najib daripada sebarang sala laku dalam 1MDB dan juga derma RM2.6 bilion.
"Pihak polis tanya mengenai artikel peguam negara yang saya tulis, tetapi saya tidak jawab soalan spesifik berkenaan...
"Kerana saya nak jawab di mahkamah masa perbicaraan (selepas didakwa). Saya harap dapat jawab apabila ada perbicaraan di mahkamah nanti," kata Mahathir.
Menurutnya, beliau juga bersedia ke penjara kerana tulisannya itu.
"Jika kita hulurkan kepala, kita akan kena pancung. Jika hidup saya akan berakhir dalam penjara, okay, sahaja," katanya.
Ditanya sama ada beliau menjangkakan akan bersama Ketua Umum PKR Datuk Serin Anwar di penjara Sungai Buloh, Mahathir secara berseloroh berkata tidak mustahil mereka akan berkongsi sel yang sama.
Mahathir juga memberitahu wartawan pada sidang media di di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya itu bahawa beliau turut membangkitkan mengapa hanya keterangannya yang dirakamkan tetapi tidak orang lain.
"Saya juga nyatakan mengapa saya sahaja disoal oleh polis sedangkan banyak orang lain yang bercakap perkara sama dan buat tanggapan sama tetapi tak disoal.
"Adakah ada diskriminasi pada pihak mahkamah atau peguam negara untuk buat tuduhan kepada saya, dan tidak kepada orang lain, yang buat kenyataan sama," soalnya.

PDRM: Belum sampai masa halalkan ganja

Mengapa hanya saya seorang yang disiasat polis? - Tun M

Rafizi Tampil Bukti Dakwa BN Guna Dana Awam pada PRU13

PKR Lapor Polis, Dakwa Najib Pecah Amanah

Polis hanya rakam percakapan, bukan soal siasat Dr M, kata IGP

Mungkin saya kongsi bilik di penjara dengan Anwar, kata Dr M

Dr M: AG masuk neraka jika berbohong dengan Allah

Saya hanya jawab yang benar di mahkamah, kata Dr Mahathir

Kepercayaan makin merosot, kerajaan BN mungkin bertukar lepas PRU14

Barisan ahli panel perbincangan hasil Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia semalam di mana kajian menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada kerajaan pada tahap 40%. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Februari, 2016.Barisan ahli panel perbincangan hasil Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia semalam di mana kajian menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada kerajaan pada tahap 40%. Rakyat Malaysia, tidak kira tahap pendidikan mereka, semakin hilang kepercayaan terhadap Putrajaya, memungkinkan keadaan di mana kerajaan persekutuan digulingkan pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.
Mengulas mengenai Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia yang dikeluarkan semalam, mereka berkata, ia menunjukkan rasa tidak percaya itu boleh mencerminkan bagaimana rakyat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
Walaupun terdapat jurang antara 2 segmen penduduk – lepasan universiti dan tidak – dalam kepercayaan mereka terhadap kerajaan, jurang ini makin mengecil, kata pemungut suara bebas Ibrahim Suffian.

Internet sebagai sumber maklumat  Kajian Edelman menunjukkan kepercayaan keseluruhan terhadap kerajaan adalah pada 40%.
Mereka yang dikategorikan sebagai “bermaklumat”, yang berpendidikan universiti dan menyumbang kepada 25% teratas daripada kumpulan umur mereka, kurang mempercayai kerajaan.
Hanya 34% daripada mereka yang mempercayai kerajaan, berbanding dengan 39% daripada kalangan “orang awam”, menurut kajian itu.
Sebab utama kemerosotan kepercayaan ini ialah merebaknya Internet yang kini mendemokrasikan akses kepada maklumat.
Internet, serta skandal kewangan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma politik RM2.6 bilion dan pandangan yang Putrajaya melakukan salah urus ekonomi, membawa kepada kemerosotan kepercayaan ini, kata penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee.
Pakar media Prof Zaharom Nain berkata, peningkatan penggunaan Internet sebagai sumber maklumat berkebetulan dengan hakisan terhadap kredibiliti institusi di negara ini, seperti badan kehakiman dan media.
Trend ini bermula sejak zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Zaharom dari Universiti Nottingham (Malaysia).
“Ia semakin teruk sejak beberapa tahun lepas dan sejak kebelakangan ini, apabila banyak institusi dan kakitangannya terang-terangan mempamerkan ketiadaan profesionalisme, kebebasan dan neutraliti,” kata Zaharom, yang mengajar kajian media dan komunikasi.
Tetapi, perbezaan 4% antara kepercayaan rakyat bermaklumat dan kepercayaan orang awam adalah kecil dan semakin berkurangan kerana lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada Internet, kata Ibrahim dari Merdeka Center.
Ibrahim berkata, kadar keseluruhan penembusan Internet pada 80% di seluruh negara manakala 60% daripada rakyat Malaysia kini menggunakannya sebagai sumber berita.

‘Kepincangan kepimpinan, Malaysia hilang gemilang

Kekusutan derita perang Syria makin belarutan tampa nampak penghujungnya. Derita rakyatnya makin bertambah makin hari dari pengeboman dua kuasa besar dunia Amerika dan Russia.
Di antara beratus ribu mangsa utama adalah kanak kanak, orang tua dan remaja. Dalam masa itu Menteri Kanan Malaysia menyatakan di antara 3,000 pelarian Syria yg akan dipertimbangkan untuk diterima adalah dari kalangan doktor, jurutera dan kalangan cerdik pandai untuk membantu membangun Malaysia!
Adakah prioritinya Malaysia yg perlu dibantu untuk membangun oleh rakyat Syria? Atau rakyat Syria yang sedang dibunuh beramai ramai yg perlu diselamatkan nyawa mereka terdahulu olih Malaysia?
Di manakah semangat peri kemanusiaan kita di saat saudara sesama Islam ditimpa bencana sebegitu rupa?
Negara bukan Islam Jerman, Perancis dan Itali menerima beratus ribu pelarian perang dari Syria, Irak dan Palestin sementara Malaysia sedang berkira kira benar untuk menghulur talian hayat kepada mangsa kezaliman perang ganas yg berpanjangan.
Dulu Malaysia mengkritik hebat Amerika dan Australia yg memilih pelarian Vietnam dari kalangan golongan profesional saperti doktor, akauntan dan jurutera sahaja.
Tetapi Malaysia yang pernah menjadi pengerusi OIC dan megah sebagai kononnya model negara Islam yang maju menunjukan contoh yang memalukan.
Persaudaraan Islam
Adakah kriteria pengambilan di atas pertimbangan peri kemanusiaan atau pemilihan perkerja komersial untuk bantu membangun Malaysia?
Pengumuman pengambilan 1.5 juta perkerja dari Bangladesh tidak mengletak apa apa kriteria pun atas latarbelakang kemasukan mereka. Yang nyata adalah kroni yg bertuah yang boleh mengutip RM3,000 seorang untuk keuntungan besar komersial yang lumayan.
Pelarian Syria yang akan dipilih walau pun lebih berkualiti latarbelakang mereka, tidak akan boleh mendatangkan pulangan kapitalist lumayan dari aktiviti "perdagangan manusia" kepada kroni tertentu.
Di mana letaknya semangat persaudaraan Islam dan peri kemanusiaan apabila faktor keuntungan kewangan mengamit kroni sang menteri menteri berkenaan?
Turki yg mempunyai 60 juta penduduk telah menerima 2.5 juta pelarian Syria dan memberi permit kerja kepada mereka.
Kita yang mempunyai hanya 30 juta penduduk dan menerima berjuta juta perkerja asing bermutu rendah termasuk perkerja pendatang tampa izin,hanya sedang menimbang untuk menerima 3,000 pelarian Syria latar belakang profesional! Oh Malaysia ku!
Chancelor Jerman Angela Merkel serta rakan nya dari Perancis menerima kecaman hebat dari rakyat sendiri kerana kemasukan berjuta orang Islam. Negara Jerman mempunyai 4 juta orang Islam dan Perancis hampir sama ramainya.
Hantar tentera
Pemimpin mereka menghadapi risiko politik tinggi dari rakyat sendiri. Di Malaysia, rakyat Islam terutamanya akan mengalu alukan kedatangan pelarian Syria.

Pegawai bank berkaitan 1MDB tinggalkan Goldman Sachs


Tim Leissner, pegawai bank Goldman Sachs yang dikaitkan dengan 1MDB telah meninggalkan firma itu.
Menurut Bloomberg, Leissner yang dilaporkan terbabit dengan sebahagian perjanjian 1MDB dan memperoleh bayaran lumayan meninggalkan bank itu awal bulan ini.
 Jurucakap firma itu berkata Leissner yang ditempatkan di Asia, berpindah ke Amerika Syarikat tahun lalu, tetapi enggan mengulas lanjut.
Beliau berkahwin dengan selebriti Kimora Lee Simmons, yang dirakamkan beberapa kali bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
The Wall Street Journal melaporkan bahawa Leissner mula memberi tumpuan ke atas Malaysia pada tahun 2002 dan mempunyai rangkaian pelanggan yang mantap.
WSJ yang memetik sumber-sumber yang rapat dengan Leissner berkata lelaki itu diperkenalkan dengan pemimpin Sarawak oleh rakannya di bank Goldman, iaitu Roger Ng seorang rakyat Malaysia.
Mereka memeterai perjanjian dengan kerajaan Sarawak berhubung eksport komoditi pada tahun 2006.
Ng juga mempunyai kaitan dengan ahli-ahli politik Terengganu - negeri yang mengupah Goldman untuk membantu membentuk sebuah firma pelaburan sehingga terlahirnya Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
TIA kemudiannya diambil-alih oleh kerajaan persekutuan dan dijenamakan semula sebagai 1MDB.

KEADILAN tampil bukti belanja kempen PRU13 BN

PETALING JAYA, 24 FEB: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti berkenaan dakwaan RM2 juta dana awam digunakan Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli, berkata bukti itu terdiri daripada empat baucar bayaran dan satu ringkasan bayaran menunjukkan perincian perbelanjaan kempen BN bagi masyarakat India.
“Ringkasan bayaran berjumlah RM954,678.10 menunjukkan segala perbelanjaan bagi kempen BN untuk masyarakat India di beberapa negeri tertentu.
“Manakala boucar bayaran bernombor 7(14) bertarikh 4 Ogos 2014 sebanyak RM185,000 kepada Datuk K.K Eswaran sebagai bayaran balik kepada perbelanjaan kempen PRU-13 yang didahulukan beliau,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini.
Rafizi berkata, dokumen ketiga adalah baucar bayaran bertarikh 8 Mei 2013 kepada Narish Enterprise sebanyak RM50,000 sebagai bayaran kepada jentera pilihan raya BN Pahang.
Katanya, ia turut ditandatangani Setiuasaha Kehormat Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Datuk M. Davendran.
“Dokumen keempat membabitkan bayaran RM500,000 bagi menyediakan CD program Sahabat BN kepada Teraju Muda Sdn Bhd (syarikat didaftarkan di Johor Bahru) pada 3 Mei 2013.
“Selain ringkasan bayaran dan boucar, penyata bank MAICCI menunjukkan bayaran RM185,000 kepada Eswaran pada 7 Ogos 2014, manakala RM500,000 lagi dibayar kepada Impak Dermaga Sdn Bhd untuk bayaran kempen kemeja-T kempen pilihan raya BN.
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan bayaran dibuat MAICCI bagi perbelanjaan PRU-13 adalah RM2,109,678.10 sekali gus mengesahkan kesemua RM2 juta yang dipindahkan Kementerian Kewangan sebagai ‘geran kepada MAICCI digunakan bagi perbelanjaan diperincikan itu,” katanya.

Bukan salah kementerian 156 prof ditamat kontrak kata Menteri Umno

Pihak universiti mempunyai asas-asas tertentu untuk tidak menyambung perkhidmatan profesor yang sudah mencapai umur 60 tahun.
idris-jusoh_professor_600
PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak seharusnya dipersalahkan dalam isu 156 profesor di universiti awam (UA) yang ditamatkan kontrak perkhidmatan.
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, universiti mempunyai kuasa autonomi dalam melantik profesor yang telah berstatus persaraan wajib.
“Ini apa yang saya katakan bergantung kepada universiti. Universiti mengetahui siapa yang patut mereka sambung, baik dalam pengajaran atau kajian,” katanya dalam sidang media di kementerian, hari ini.
Idris juga percaya, pihak universiti mempunyai asas-asas tertentu untuk tidak menyambung perkhidmatan profesor yang sudah mencapai umur 60 tahun.
“Jika merasakan perlu oleh universiti perlu sambung perkhidmatan mereka, mereka akan sambung. Universiti akan lihat apakah trek rekod mereka dalam pengajaran, penerbitan mereka,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Idris turut menyatakan ia bukanlah suatu perkara yang baru memandangkan perkara itu sudah termaktub dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Ini adalah peraturan JPA yang mana apabila penjawat awam kita dah capai umur 60 tahun, ja merupakan persaraan wajib. Dan, apabila mencapai umur 60 tahun, mereka boleh dilantik melalui kontrak,” ujar beliau lagi.
Idris juga menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Profesor Negara (MPN) pada Isnin hadapan bagi membincangkan isu ini.
Sebelum ini, Jurucakap Parlimen DAP untuk Pendidikan, Sains dan Teknologi, Zairil Khir Johari mendakwa, pemberhentian 156 profesor membuktikan campur tangan kuasa eksekutif dalam pentadbiran akademik universiti.
Pihak universiti mempunyai asas-asas tertentu untuk tidak menyambung perkhidmatan profesor yang sudah mencapai umur 60 tahun.
idris-jusoh_professor_600
PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak seharusnya dipersalahkan dalam isu 156 profesor di universiti awam (UA) yang ditamatkan kontrak perkhidmatan.
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, universiti mempunyai kuasa autonomi dalam melantik profesor yang telah berstatus persaraan wajib.
“Ini apa yang saya katakan bergantung kepada universiti. Universiti mengetahui siapa yang patut mereka sambung, baik dalam pengajaran atau kajian,” katanya dalam sidang media di kementerian, hari ini.
Idris juga percaya, pihak universiti mempunyai asas-asas tertentu untuk tidak menyambung perkhidmatan profesor yang sudah mencapai umur 60 tahun.
“Jika merasakan perlu oleh universiti perlu sambung perkhidmatan mereka, mereka akan sambung. Universiti akan lihat apakah trek rekod mereka dalam pengajaran, penerbitan mereka,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Idris turut menyatakan ia bukanlah suatu perkara yang baru memandangkan perkara itu sudah termaktub dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Ini adalah peraturan JPA yang mana apabila penjawat awam kita dah capai umur 60 tahun, ja merupakan persaraan wajib. Dan, apabila mencapai umur 60 tahun, mereka boleh dilantik melalui kontrak,” ujar beliau lagi.
Idris juga menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Profesor Negara (MPN) pada Isnin hadapan bagi membincangkan isu ini.
Sebelum ini, Jurucakap Parlimen DAP untuk Pendidikan, Sains dan Teknologi, Zairil Khir Johari mendakwa, pemberhentian 156 profesor membuktikan campur tangan kuasa eksekutif dalam pentadbiran akademik universiti.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/24/bukan-salah-kementerian-156-prof-ditamat-kontrak/#sthash.YFF9VYOi.dpuf

Lokman Adam lebih penting berbanding 156 profesor?

Penamatan kontrak 156 profesor itu menunjukkan bahawa kerajaan telah kehilangan keutamaan mereka dengan meneruskan program yang tidak mempunyai manfaat.
Lokman-adam
PETALING JAYA: Penamatan kontrak 156 profesor sebahagian daripada masalah yang timbul apabila segala keputusan pentadbiran dan akademik masih lagi dibuat Kementerian Pendidikan Tinggi, bukannya lembaga universiti.
Jurucakap Parlimen DAP untuk Pendidikan, Sains dan Teknologi, Zairil Khir Johari berkata, pemberhentian 156 profesor ini jelas membuktikan campur tangan eksekutif dalam pentadbiran akademik universiti semakin terserlah.
“Keputusan untuk melantik atau menamatkan perkhidmatan mana-mana kakitangan akademik haruslah dibuat oleh lembaga universiti berdasarkan pertimbangan kepentingan ilmu semata-mata.
“Ia bukannya ditentukan oleh para eksekutif kerajaan berdasarkan keputusan politik atau kegagalan kerajaan untuk mengurus kewangan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Zairil lagi, beliau mendesak supaya kuasa autonomi akademik dikembalikan kepada pihak universiti dan bukannya dipegang oleh pihak kementerian semata-mata.
“Kuasa autonomi universiti, khususnya dalam hal ehwal akademik, yang disekat melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta Akujanji harus dipulihkan dengan segera.
“Pada masa yang sama, Piagam Universiti seharusnya diwujudkan sebagai garis panduan untuk mentadbir keperluan akademik termasuk pertambahan atau pengurangan kakitangan akademik serta urusan disiplin,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu lagi.

Malaysia perhebat tekanan atas hak asasi manusia pada 2015, kata Amnesty

Malaysia memperhebatkan tindakan kerasnya terhadap kebebasan bersuara dan hak sivil dan politik lain pada 2015, menurut Amnesty International menerusi laporan terkini State of the World's Human Rights badan itu.
Laporan 2015/2016 itu, yang akan diedarkan hari ini, menyatakan keadaan itu jelas daripada penggunaan Akta Hasutan 1948 bagi mendiamkan pengkritik kerajaan.
Malah, akta itu juga dipinda dan skopnya diperluas bagi meliputi media elektronik dan hukuman lebih ketat seperti penjara mandatori dan lebih panjang, kata laporan itu.

Laporan itu menyebut, akta itu digunakan bagi mendakwa sekurang-kurangnya 15 orang tahun lepas, termasuk kartunis Zulkiflee Anwar Haque, atau Zunar. Ia juga memetik pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara, yang diluluskan Parlimen Disember lalu, dalam laporannya.
Turut disebut, tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menahan wartawan berhubung laporan hudud, merujuk kepada penahanan pengarang The Malaysian Insider Mac tahun lalu.
Tidak ketinggalan, juga dinyatakan mengenai Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang masih digunakan negara ini dan "menyukarkan media bebas" memperolehi permit penerbitan.
Laporan sama juga mengambil maklum penggunaan undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan dan seksyen tertentu dalam Kanun Keseksaan terhadap himpunan aman tahun lepas, terutamanya Seksyen 124 berkaitan "aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen".

Polis rakam kenyataan Dr Mahathir hari ini kerana kritik Apandi

Polis terima beberapa laporan berhubung artikel Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan kredibiliti peguam negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2016. 
Polis terima beberapa laporan berhubung artikel Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan kredibiliti peguam negara.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merakamkan percakapan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan yang dikeluarkannya di laman blog miliknya sebelum ini mempersoalkan kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ketua polis negara itu berkata, PDRM terpaksa menjalankan tugas mereka merakamkan percakapan bekas perdana menteri itu susulan terdapat beberapa laporan polis yang diterima mereka berhubung artikel tersebut.
“Kita merakam percakapan beliau berkenaan dengan apa beliau tulis dalam blognya. Kami menerima beberapa laporan. Polis terpaksa jalankan siasatan.

“Kita akan merakamkan percakapan hari ini, diaturkan di satu tempat. Hari ini, bukan di Bukit Aman,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.  Ketika ditanya lokasi sesi rakaman tersebut, Khalid berkata: “Saya rasa sedang berlangsung sekarang.”
Ketika ditanya sama ada sesi rakaman percakapan itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, Khalid berkata: “Mungkin. Saya rasa ya.”
Khalid sebelum ini dilaporkan berkata siasatan terhadap Dr Mahathir dilakukan berdasarkan peruntukan dalam Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman 2 tahun penjara, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan berkaitan fitnah.
Dalam tulisan di blognya pada 5 Februari, Dr Mahathir menyerang Apandi berhubung keputusan tidak mendakwa perdana menteri, mengatakan pendakwa utama negara itu tiada kredibiliti.
Beliau juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan jika Malaysia mahu mendapatkan semula reputasinya.
"Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan beliau sendiri, Najib perlu membuktikan tanpa keraguan beliau tidak bersalah dalam semua tuduhan terhadapnya.
"Peguam negara kata beliau tidak bersalah tidak bermakna apa-apa. Beliau, peguam negara itu, tidak mempunyai kredibiliti," tulis Dr Mahathir.

Skandal 1MDB: Najib disaran tunai hasrat Zeti Akhtar

Beberapa usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan siasatan ke atas syarikat pelaburan strategik kerajaan itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan baki perkhidmatannya.
 Idris-Ahmad-zeti-aziz-najib-razak
 PETALING JAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disaran menunaikan hasrat Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang mahu siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilengkapkan sebelum beliau bersara pada April ini. Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, tuntutan Zeti itu selari dengan hasrat majoriti rakyat Malaysia. “Beliau menyatakan hasrat hati orang yang terpaksa memikul beban mengenai isu 1MDB. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. “Kerana isu 1MDB, politik dalaman UMNO berkocak, imej Malaysia di pandangan dunia buruk,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Idris berkata, pihaknya turut mengharapkan bakal pengganti Zeti nanti setara atau lebih baik daripadanya kerana Gabenor BNM itu telah meletak piawai yang tinggi sehingga institusi itu masih diyakini walaupun negara mengalami kemelut kewangan angkara 1MDB dan RM2.6 bilion. “Bakal Gabenor BNM nanti biarlah bukan orang politik atau orang yang membawa agenda politik. Biarlah mereka yang profesional dan terlatih, kalau boleh mereka yang sudah bertugas di BNM sendiri,” tegasnya. Semalam, Zeti berharap beberapa siasatan terhadap 1MDB yang sedang dijalankan oleh BNM dapat dilengkapkan, sebelum beliau bersara pada hujung April ini. Beliau berkata, beberapa usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan siasatan ke atas syarikat pelaburan strategik kerajaan itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan baki perkhidmatannya.
Beberapa usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan siasatan ke atas syarikat pelaburan strategik kerajaan itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan baki perkhidmatannya.
Idris-Ahmad-zeti-aziz-najib-razak
PETALING JAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disaran menunaikan hasrat Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang mahu siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilengkapkan sebelum beliau bersara pada April ini.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, tuntutan Zeti itu selari dengan hasrat majoriti rakyat Malaysia.
“Beliau menyatakan hasrat hati orang yang terpaksa memikul beban mengenai isu 1MDB. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
“Kerana isu 1MDB, politik dalaman UMNO berkocak, imej Malaysia di pandangan dunia buruk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Idris berkata, pihaknya turut mengharapkan bakal pengganti Zeti nanti setara atau lebih baik daripadanya kerana Gabenor BNM itu telah meletak piawai yang tinggi sehingga institusi itu masih diyakini walaupun negara mengalami kemelut kewangan angkara 1MDB dan RM2.6 bilion.
“Bakal Gabenor BNM nanti biarlah bukan orang politik atau orang yang membawa agenda politik. Biarlah mereka yang profesional dan terlatih, kalau boleh mereka yang sudah bertugas di BNM sendiri,” tegasnya.
Semalam, Zeti berharap beberapa siasatan terhadap 1MDB yang sedang dijalankan oleh BNM dapat dilengkapkan, sebelum beliau bersara pada hujung April ini.
Beliau berkata, beberapa usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan siasatan ke atas syarikat pelaburan strategik kerajaan itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan baki perkhidmatannya.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/24/1mdb-najib-disaran-tunai-hasrat-zeti-akhtar/#sthash.NSCffSbE.dpuf

Panel pemantau SPRM bertemu kali terakhir hari ini, gesa Najib didakwa

Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu untuk kali terakhir hari ini, masih berkeras supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa atas skandal kewangannya, kata sumber.
Spekulasi hangat timbul ia mungkin dibubarkan selepas tempoh setahun panel yang terdiri daripada kumpulan 8 individu dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak, Tan Sri Dr Hamid Bugo berakhir hari ini, selepas mereka tidak menerima surat lanjutan perkhidmatan.
Ahli lain panel itu ialah Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee.

Jawatankuasa ini menggesa siasatan skandal kewangan perdana menteri dibuka semula, selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan kes itu ditutup bulan lepas. Panel Penilaian Operasi (PPO) merupakan salah satu daripada 5 jawatankuasa pengawasan yang dibentuk berikutan penjenamaan semula SPRM pada 2009.
Terma rujukan PPO antara lain ialah untuk mengemukakan pandangan mengenai kes di mana tiada pendakwaan terhadap tertuduh daripada pendakwa raya.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider panel ini juga kritikal apabila Apandi enggan melakukan pendakwaan terhadap Najib berhubung SRC Internatonal Sdn Bhd milik Kementerian Kewangan kerana "tiada bukti mencukupi".
Mereka juga bimbang apabila Apandi yang juga pendakwa raya, enggan membantu penyiasat SPRM mendapatkan dokumen dan kenyataan dari luar negara sebagai sebahagian daripada siasatan, di bawah inisiatif bantuan undang-undang bersama (MLA), berkenaan lebih RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Apandi yang dilantik pada Julai lalu, juga mengarahkan SPRM untuk menutup fail 3 kertas siasatan tetapi bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata, beliau tidak mempunyai kuasa tersebut.
"Insya-Allah. Kami turut percaya Najib patut dikenakan tindakan atas kesalahan yang didakwa," kata seorang ahli panel dengan syarat namanya tidak disiarkan.
Ahli panel itu berkata, pegawai SPRM memberikan taklimat kepada mereka dan siasatan teliti dijalankan walaupun berdepan pelbagai cabaran dan halangan.
Di samping itu, sumber berkata, Panel Khas SPRM yang terdiri daripada 5 orang, 3 jawatankuasa pengawasan, ditubuhkan untuk menasihati penyiasat berkenaan 2 kes, SRC dan derma politik RM2.6 bilion.

SOALAN-SOALAN UNTUK NAJIB

Adakah menjadi kesalahan bagi Muhyiddin Yassin bersuara di luar, selain daripada dalam mesyuarat MT UMNO?

Apakah Muhyiddin, walaupun masih berjawatan nombor dua dalam parti, tetapi telah digugurkan daripada kedudukan dalam kerajaan, hanya perlu diam dan tidak perlu lagi berkata apa-apa, terutama membuat teguran kepada pemimpin, parti dan negara?

Apakah Muhyiddin hanya boleh bercakap dan bersuara dalam mesyuarat MT UMNO saja, tetapi tidak dalam program-program parti dan kemasyarakatan yang lain?

Jika Muhyiddin hanya boleh bercakap dalam mesyuarat atau dalam perjumpaan tertutup kepada ahli-ahli UMNO sahaja, mengapa beliau dilarang merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?

Mengapa juga mesyuarat pelbagai jawatankuasa yang biasa dipengerusikannya sebelum ini atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden UMNO, turut dibekukan sebaik jawatannya dalam kerajaan dilucutkan?

Berbanding Muhyiddin yang bercakap dengan ikhlas, jujur serta dengan niat menegakkan kebenaran, apakah ia lebih buruk daripada pemimpin-pemimpin UMNO lain yang berbunga-bunga memuji Perdana Menteri, tetapi semuanya adalah pujian palsu terutama berkaitan wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang secara umumnya budak-budak sekolah pun benar atau salah mengenainya?

Ketua pembangkang gesa Putrajaya tidak sertai Arab Saudi perangi Syria

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan kemelut politik dihadapi negara, Putrajaya sewajarnya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan peperangan Syria. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari 2016. 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan kemelut politik dihadapi negara, Putrajaya sewajarnya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan peperangan Syria. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Putrajaya tidak terlibat dalam kancah peperangan negara bergolak Syria, susulan penyertaan tentera Malaysia dalam siri latihan bersama beberapa negara lain termasuk Arab Saudi baru-baru ini. Dr Wan Azizah berkata, langkah diambil kerajaan Malaysia berisiko dan akan memberikan kesan kepada geopolitik yang negatif kepada imej negara.
"Berita yang berkata Malaysia terlibat dalam satu siri latihan ketenteraan berkaitan peperangan di Syria baru-baru ini yang turut melibatkan 20 negara termasuk Arab Saudi amat membimbangkan.

"Ini kerana tindakan ketenteraan yang dipelopori Arab Saudi ini bakal mendatangkan impak geopolitik yang cukup negatif, bukan saja dari segi keselamatan di rantau Timur Tengah, tetapi juga pendirian neutral Malaysia selama ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendesak Putrajaya berundur daripada sebarang aktiviti berkaitan peperangan Syria, khususnya yang tidak menggunakan saluran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Saya menggesa agar Putrajaya mengkaji cara terbaik untuk mengundur ('disengagement') dari situasi yang memasukkan Malaysia ke dalam kancah peperangan di Syria.
"Pada masa yang sama, Malaysia perlu berhenti daripada menyertai sebarang latihan ketenteraan berkaitan Syria, terutama yang tidak menggunakan saluran PBB," katanya.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini dan kemelut politik dihadapi negara, Putrajaya sewajarnya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan peperangan Syria, kata Dr Wan Azizah.
"Peperangan bukanlah perkara yang mudah mahupun murah, dan tatkala ekonomi Malaysia tidak begitu sihat serta dibelenggu pelbagai masalah dan skandal kepimpinan sedia ada, langkah ketenteraan di Timur Tengah tidak patut diambil kira selagi jalan penyelesaian melalui meja rundingan belum berakhir."

Anak pemimpin tak usah lebih sudu daripada kuah

Siapa yang dapat menafikan kehebatan dan peranan media sosial dalam kehidupan seharian seorang manusia dengan hampir setiap orang kini mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media sosial sekali gus menjadikan seantero dunia tahu apa kita lakukan, mahukan dan fikirkan.
Di Malaysia misalnya, rakyat negara ini antara pengguna paling aktif menggunakan media sosial dengan segenap lapisan masyarakat menggunakannya tidak kira orang biasa, ahli perniagaan, ahli politik, pemimpin kerajaan malah kalangan kerabat diraja dan Sultan juga.
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri begitu aktif menggunakan medium media sosial dan tidak lagi bergantung kepada media konvensional untuk meluahkan atau berkongsi perasaan dengan rakyat.

Namun dalam setiap kebaikan ciptaan manusia, pasti ada keburukannya kerana tiada yang sempurna diciptakan manusia, begitu juga dengan laman sosial. Akaun Facebook, Instagram atau Twitter yang digunakan bagi meluahkan perasaan atau berkongsi pendapat, dalam sedar atau tidak, penggunanya pasti terdedah kepada persepsi negatif masyarakat laman sosial (netizen).
Ini terjadi kepada anak pemimpin politik dan kerajaan yang lantang membela bapa masing-masing yang bertugas untuk rakyat. Sebenarnya tidak salah untuk membela nasib bapa mereka yang menerima kutukan atau cemuhan netizen tetapi ia juga membawa keburukan kepada pemimpin itu sendiri.
Lihat saja bagaimana anak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menggunakan laman sosial untuk "membelasah" netizen kerana mengutuk bapanya berhubung isu 1.5 juta pekerja Bangladesh hingga mengundang amarah rakyat. Apa yang berlaku selepas itu berpanjangan apabila dia pula dibelasah kerana gagal menyelami kehendak rakyat di peringkat akar umbi.
Sedar atau tidak, pembelaan anak pemimpin kerajaan ini, terhadap bapa mereka sebenarnya, membawa lebih keburukan daripada sudut impak politik kerana rakyat sudah pasti mempunyai persepsi betapa ahli keluarga pemimpin ini gagal menyelami dan memahami denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi.
Sikap "lebih sudu daripada kuah" anak pemimpin ini menyebabkan bukan saja pemimpin berkenaan terpalit dengan persepsi negatif tetapi turut menerima tempiasnya adalah kerajaan dan parti itu sendiri, iaitu Barisan Nasional (BN) serta Umno yang kini jelas berdepan krisis keyakinan daripada rakyat terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan bandar serta separa bandar.
Sebagai anak pemimpin, mereka seharusnya menunjukkan contoh dan teladan baik kepada rakyat khususnya, generasi muda dan tidak berlebih-lebihan dalam membuat komen bagi membela bapa masing-masing kerana sebagai pemimpin politik, apa yang dinyatakan mempunyai maksud tersurat dan tersirat serta berkaitan dasar kerajaan.

Menelek senario PRN Sarawak 2016

Oleh PROF. DR. JAYUM JAWAN
PILIHAN RAYA Negeri (PRN) Sarawak 2016 yang bakal diadakan adalah penting kerana dua sebab utama.Pertama, memberi peluang kepada Ketua Menteri Kelima, Tan Sri Adenan Satem mendapat mandat sendiri untuk memerintah setelah mengambil alih kepemimpinan negeri pada 2014 daripada Tun Abdul Taib Mahmud yang telah memimpin Sarawak sejak 1981.
Keduanya, ia bakal menjadi jendela kecil kepada gerak laku pengundi Sarawak khasnya menjelang pilihan raya umum (PRU) Parlimen 2018.

Keputusan PRN Sarawak 2016 sudah pasti akan diteliti oleh semua parti yang bertanding sebagai petunjuk ke mana arah kecenderungan pengundi negeri ini sama ada Melayu, Dayak atau Cina, pengundi muda atau pengundi pertama kali ataupun pengundi bandar dan luar bandar. Keputusan ini amat penting kerana umumnya masyarakat Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India di Semenanjung sudah bersuara pada PRU 2013. Masyarakat Cina dan India sudah meninggalkan BN atau parti komponennya seperti MCA dan MIC, termasuk SUPP di Sarawak. Masyarakat Melayu Semenanjung pula sudah berpecah tiga sejak PRU 2008.Sebahagian besarnya masih bersama UMNO, tetapi sebahagian penting juga ada bersama PKR dan Pas.
Oleh sebab senario parti pemerintah dan pembangkang masing-masing sudah mencapai ke kemuncak dari segi sokongan dan kerusi Parlimen di Semenanjung, maka Sarawak menjadi penentu kepada sokongan pelengkap untuk mendapatkan majoriti bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas PRU 2018.
Kuasa penentu ini lebih berat akan dimainkan Sarawak kerana Sabah ialah negeri yang ditunjangi UMNO sebagai parti yang sudah lama bertapak di situ. Tambahan pula, taburan penduduk dan kerusi Parlimen Bumiputera Islam di Sabah melebihi kerusi Parlimen Bumiputera bukan Islam. Sedangkan di Sarawak, bukan Islam meliputi 70%.
Justeru apa yang akan berlaku pada PRN Sarawak nanti akan menggambarkan kemungkinan pola sokongan dari negeri itu kepada politik nasional atau Persekutuan. Ini penting untuk pelbagai parti yang bertanding berebut kuasa mengatur strategi masing-masing sesuai dengan suasana persaingan.
Isu pilihan raya
Pada PRN Sarawak ke-12 nanti, isu nasional yang pasti digunakan akan berkisar soal kepemimpinan nasional yang dipenuhi kontroversi, keneutralan institusi utama kerajaan dan kemampuannya menguruskan keselamatan negara, selain hubungan antara agama dan etnik.
Sebelum ini, isu nasional tidak begitu penting kepada pengundi dan penduduk Sarawak yang merangkumi kira-kira 60% penduduk luar bandar. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, isu tempatan sudah bertambah rencam sifatnya, bukan lagi berkisar tentang isu ‘roti dan mentega’, bantuan atap zink atau pembinaan jalan tanah merah.
Malah dalam kalangan masyarakat Dayak yang meliputi 45% penduduk Sarawak, isu tanah adat (NCR) dan masalah berkaitan pengeluaran surat hak milik dan kehilangannya dalam urusan pembangunan tanah semakin hangat diperkatakan, begitu juga soal jurang penglibatan mereka dalam sektor kerajaan dan pembangunan.

156 profesor ditamatkan kontrak kerana pengecilan bajet Putrajaya

Putrajaya dikatakan perlu membelanjakan hingga RM3 juta untuk melahirkan setiap ahli akademik bertaraf profesor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari 2016. 
Putrajaya dikatakan perlu membelanjakan hingga RM3 juta untuk melahirkan setiap ahli akademik bertaraf profesor. 

Seramai 156 atau 33% daripada 507 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka kesan daripada pengecilan bajet di institusi berkenaan, lapor akhbar Kosmo hari ini. Menurut akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, sumbangan profesor kontrak dalam bidang pendidikan dan penyelidikan di universiti sepatutnya dipertimbangkan dan bukannya terus “dibuang”.
“Untuk meraih gelaran profesor, seseorang itu memerlukan proses yang panjang kerana mereka perlu diiktiraf menerusi kepakaran masing-masing.

“Namun begitu, apabila sampai umur 60 tahun, mereka diberhentikan pula. “Kita minta kerajaan mengutamakan usaha-usaha memartabatkan sektor akademik di negara ini,” katanya seperti dilaporkan Kosmo hari ini.
Katanya, mengikut profil MPN, lebih separuh daripada profesor di negara ini kini berumur dalam lingkungan 55 tahun dan melihat pada usia itu mereka hanya mempunyai 5 tahun untuk berkhidmat dan menyumbang kepakaran masing-masing kepada generasi baharu.
Kosmo melaporkan, Malaysia mempunyai 2,254 profesor dengan 1,867 berkhidmat di 20 buah universiti awam manakala bakinya di universiti swasta.
Menurut akhbar itu, Putrajaya dikatakan perlu membelanjakan hingga RM3 juta untuk melahirkan setiap ahli akademik bertaraf profesor.

Jangan jadi ‘pelacur akademik’, PKR ingatkan kumpulan profesor

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Pemuda PKR Fahmi Zainol mempersoalkan mengapa sektor pendidikan seringkali menjadi korban apabila negara berdepan dengan krisis kewangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari 2016. 
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Pemuda PKR Fahmi Zainol mempersoalkan mengapa sektor pendidikan seringkali menjadi korban apabila negara berdepan dengan krisis kewangan. 

Majlis Profesor Negara (MPN) perlu menjadikan tindakan Putrajaya menamatkan kontrak 156 profesor berstatus kontrak untuk mengurangkan bajet sebagai teladan agar tidak sentiasa membela kerajaan, kata PKR. Ahli Majlis Pimpinan Pusat Pemuda PKR Fahmi Zainol berkata, sebelum ini kumpulan profesor itu diam seribu bahasa apabila Putrajaya mengumumkan pemotongan bajet dalam sektor pendidikan, malah apabila ada pensyarah dikenakan tindakan undang-undang selepas bersuara, MPN tidak melakukan pembelaan.
"Kini mereka (MPN) timbul selepas periuk nasi mereka diusik. MPN akan muncul dalam satu-satu ketika untuk membela tindakan kerajaan walaupun tindakan tersebut dilihat salah dalam disiplin akademik.

"Biar hidup susah tetapi jangan jadi pelacur akademik," kata Fahmi dalam satu kenyataan hari ini, mengulas laporan seramai 156 atau 33% daripada 507 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka kesan daripada pengecilan bajet di institusi berkenaan. Fahmi mempersoalkan mengapa sektor pendidikan seringkali menjadi "korban" apabila negara berdepan dengan krisis kewangan.
"Inilah akibatnya jika pentadbiran dan pengurusan kewangan yang kurang cekap yang akhirnya mengorbankan sektor yang sangat penting dalam sesebuah negara.