Isnin, 22 Februari 2016

Apa yg rakyat boleh berbangga jika KDNK negara naik ??

Kos sara hidup makin turun ka ??
Kadar pengangguran berkurang ka ??
Gaji rakyat semakin naik ka ??

ATAU KRONI2 UMNO MAKIN BERTAMBAH KAYA ??!!

Hakikatnya, hutang kerajaan berbanding KDNK makin naik, kos sara hidup makin tinggi.. RAKYAT KENA GST LAGI !!!

Siapakah semua ini yang baru saja tiba di KLIA Satellite Terminal ???


Bangladesh ka? Nepal ka ? atau Jawa ka?
Kata pengambilan pekerja asing ditangguh?? YANG INI APA !!! Merka dtg bercuti suka2 masuk M'sia ka !!!
Yahoooo, kawan baru dah sampai !!!!

NAZRI PERTAHAN NAJIB ATAU MAHU MENAMBAH KESELESAAN BUAT ZAHID ?

Tiba-tiba saja Nazri Aziz bersuara bahawa beliau akan mencadangkan penggantungan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dalam mesyuarat MT akan datang berikutan tindakannya yang dilihat berterusan mengkritik kepimpinan Najib Razak.

Beliau yang menyifatkan tindakan Muhyiddin sebagai melampau, turut menggesa agar bekas Timbalan Perdana Menteri itu segera meninggalkan parti jika sudah tidak mahu bersama kepimpinan sedia ada.

Yang menjadi persoalan, kenapa kritikan cuba dibalas dengan ancaman penggantungan? Apakah ruang untuk berkata benar sudah tertutup dalam UMNO sekarang ini?

Tidak bolehkah persoalan-persoalan yang dibangkitkan Muhyiddin yang sebenarnya juga merupakan pertanyaan paling bersarang di kepala rakyat, dijawab dengan tenang dan dengan jiwa yang lapang?

Apatah lagi, Nazri yang berlatarbelakangkan seorang peguam, seharusnya lebih arif bahawa hujah seharusnya dilawan dengan hujah, fakta mesti ditundukkan dengan fakta dan soalan semestinya dibalas dengan jawapan.

Apakah ancaman penggantungan yang disuarakan Nazri itu menunjukkan kepimpinan sedia ada tidak mampu lagi berlawan hujah dengan Muhyiddin dan menjawab persoalan yang ada di fikiran rakyat?
Mengapa pula Nazri mahu mencadangkan penggantungan Muhyiddin sedangkan pada Oktober 2015 lalu, beliau bertegas akan mempertahankan kedudukan Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam UMNO sehingga pemilihan akan datang?

Sebagai parti yang sudah menyambut ulangtahun ke 70, UMNO harus mempunyai ruang yang cukup untuk perbezaan pendapat dan menerima kritikan, demikian Nazri dilaporkan sebagai berkata pada 30 Oktober 2015 lalu yang menggambarkan keterbukaan dan kematangannya.

Sehubungan itu, beliau juga dipetik akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kedudukan Muhyiddin sehingga pemilihan seterusnya yang mana ketika itu, menurutnya,  Zahid lebih berpeluang mengambil alih jawatan tersebut.

Moratorium bauksit: Orang kampung buat kerja, agensi kerajaan goyang kaki


Dr Sahrudin Mohd (dua dari kanan) ketika memberi taklimat isu bauksit di Felda Bukit Goh, Kuantan hari ini yang turut dihadiri pemimpin Amanah, PKR dan Umno.Dr Sahrudin Mohd (dua dari kanan) ketika memberi taklimat isu bauksit di Felda Bukit Goh, Kuantan hari ini yang turut dihadiri pemimpin Amanah, PKR dan Umno.
Aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang sepatutnya mempunyai pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengelak pihak tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan, tegas Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus.
Menurutnya, pihak berwajib seperti Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengangkutan Jalan harus memastikan segala prosedur berkaitan dipatuhi.
"Jangan orang kampung yang buat kerja sedangkan kita ada jabatan dan agensi berkaitan di peringkat negeri dan Persekutuan. Bagi saya peneroka dan pengurusan Felda sudah tentu tertakluk pada akta tertentu.
"Jika berlaku perjanjian tidak diiktiraf sepatutnya pihak pengurusan Felda ambil tahu. Nampak lori keluar masuk walaupun peneroka ada kuasa ke atas tanah masing-masing, pengurusan Felda perlu bertanggungjawab selaraskan," ujarnya selepas taklimat perlombongan bauksit di Felda Bukit Goh, Kuantan hari ini.
Sementara itu, Jawatankuasa Bertindak Felda Bukit Goh Dr Sahrudin Mohd berkata, pihaknya mengakui kecewa dengan reaksi pihak pengurusan Felda dalam menangani pelbagai masalah dialami ekoran aktiviti perlombongan mineral itu.
"Kami terpaksa jadi 'traffic light' untuk kawal lalu lintas supaya penduduk dapat lalu. Kami buat 'gate' walaupun Pengarah PTG dalam mesyuarat Exco baru-baru ini marah kenapa jawatankuasa buat gate," ujarnya.

PAS ajak pembangkang ubah konsep, tubuh k’jaan teknokrat

Dalam situasi tekanan ekonomi global yang serius khususnya harga petroleum yang jatuh teruk, banyak negara berada pada keadaan tertekan, khususnya negara yang bergantung kepada minyak dan gas sebagai sumber utama.
Keadaan ini mengakibatkan ribuan pekerja yang diberhentikan yang menyah-stabilkan suasana sehingga mendorong pelbagai masalah tekanan hidup ke atas rakyat.
Kerajaan mempunyai tanggungjawab besar bagi memulihkan kedudukan ekonomi dan merangka satu sistem ekonomi yang pelbagai sumber, bagi membangunkan sumber utama lain. Keadaan ini tidak sepatutnya dibiar berterusan tanpa adanya suatu perancangan jangka panjang bagi mengatasi kes yang sama berulang pada masa depan.
Kegawatan politik dan polemik dalaman yang berterusan tentunya tidak membantu negara untuk keluar dari kemelut yang berlaku. Kita mengakui bahawa kepimpinanan negara yang diterajui oleh Umno-BN adalah punca kepada masalah negara. Namun, perkara yang lebih penting pada waktu ini ialah membantu rakyat bagi memahami situasi yang berlaku dalam negara kini.
Kegagalan besar kerajaan pimpinan PM Datuk Seri Najib Razak bilamana menjadikan cukai GST sebagai penyelesaian masalah dan tekanan ekonomi negara. Rakyat dicukai secara paksa manakala kerajaan terus membazir dan boros dalam perbelanjaan serta pemimpin bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa
Bukan itu sahaja, kerajaan juga mencadangkan menghidupkan AES dan baru-baru ini ada pula ura-ura cadangan menaikkan kadar saman kesalahan jalanraya.
Semua ini adalah contoh-contoh ketara tindakan kerajaan dilihat tidak membantu rakyat keluar dari kemelut yang ada sebaliknya kerajaan lebih banyak menyelesaikan masalah dengan menambahkan bebanan rakyat.
Peluang pekerjaan yang dijanjikan semasa kempen PRU13 langsung hilang dari sebutan. Kini, ribuan mahasiswa menganggur dan PTPTN pula mengejar hutang daripada mereka.
Kian nyata, gagasan menukar hala tuju negara dari pertanian kepada perindustrian ternyata tidak berkesan dalam melonjakkan ekonomi negara. Wawasan 2020 yang hanya tinggal 4 tahun sahaja lagi tidak lagi kesampaian.
Kemelut ekonomi
Sebelumnya, DEB juga gagal mencapai matlamat 30 peratus pemilikan ekonomi Bumiputera apabila ia hanya berjaya diagihkan di kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah.
Semua gagasan ekonomi yang diilhamkan Umno-BN gagal seperti FGVH, yang kini berubah menjadi satu mimpi ngeri buat Felda dan para peneroka.
Apakah dengan bebanan hutang negara yang mencecah RM600 billion dan isu 1MDB, isu derma RM2.6 bilion dan jutaan lagi skandal yang sedang dibongkar; persoalan kini timbul – mampukah kerajaan merencana hala tuju yang jelas bagi negara keluar dari kemelut ekonomi yang menakutkan ini?
Melihat kepada situasi yang ada, majoriti rakyat merasakan kepimpinan negara lebih banyak disibukkan dengan kerja membantu PM bagi mengatasi skandal yang melingkari beliau.
Kepimpinan yang ada dilihat lebih suka membuat kerja mengampu untuk mengekalkan kuasa daripada menggembleng tenaga dalam merancang masa depan negara.
Kepimpinan sebegini sudah tentu tidak lagi boleh diharapkan bagi membela rakyat dan negara.
Rakyat kini menanti PRU14 untuk melakar perubahan politik. Rakyat memerlukan peta baru dalam merangka pelan pembangunan dan masa depan negara.
Kecelaruan parti pembangkang
Umum mengetahui bahawa Umno-BN gagal membela dan menyelesaikan permasalahan negara, apakah rakyat masih ingin meneruskan dan mengekalkan kerajaan yang korup ini? Jika ya, maka natijahnya nanti ialah kegagalan.
Rakyat perlu dibawa keluar dari kegelapan ini kepada cahaya masa depan. Malaysia perlu diselamatkan – dan objektif ini patut menyatukan semua pihak yang sayangkan Malaysia.
Hakikatnya, semua parti pembangkang ingin menukar parti yang menerajui kerajaan kini. Malangnya hari ini, selain Umno-BN, yang menambah duka dan derita rakyat ialah kecelaruan di kalangan parti pembangkang.

Saya tidak pakai jubah dan mencuri duit rakyat - TMJ

Saya dimaklumkan oleh laman rasmi kelab yang terdapat banyak komen negatif berkenaan bagaimana isteri Safiq Rahim bersalaman dengan saya.
Terdapat beberapa individu yang cuba untuk menjadi ustaz atau mufti negeri di laman facebook. Bagi saya, apabila berkaitan agama, kita tidaklah semulia Rasul dan Allah SWT.
Oleh itu hanya Allah SWT yang boleh menilai kita dan bukannya kita sesama manusia. Hanya Allah SWT boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak.
Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka.
Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian.
Masalah sekarang adalah terlalu ramai yang cuba menjadi lebih bijak daripada Al-Quran.
Walaupun saya dilahirkan untuk menjadi raja, saya juga hanya seorang manusia. Saya tidak mempunyai hak untuk mengadili sama ada Allah SWT akan menerima anda atau sebaliknya.
Melainkan anda merogol orang atau kanak-kanak, membunuh orang, mencuri atau merampas sesuatu dari mereka yang memerlukan.
Siapa antara kita akan ke syurga?
Beri saya peluang untuk memberi pendapat ikhlas saya kepada sesetengah hipokrit yang sudah terbiasa dengan budaya bermuka muka sesetengah orang di dalam hidup anda.
Saya seorang Muslim dan agama suci Islam adalah lebih utama daripada saya. Saya akui yang saya bukan pakar tetapi apabila ia berkaitan dengan agama Islam, satu perkara yang saya percaya adalah Allah SWT akan memberkati anda, jika anda mempunyai hati yang baik, amanah, jujur, bantu-membantu dan menghormati orang lain.
Terdapat banyak mazhab di dalam Islam. Siapa kita untuk mengatakan siapa antara kita akan ke syurga?
Siapa kita untuk mengatakan yang Islam kita atau islam mazhab lain adalah yang betul.
Bagi saya, saya lebih suka untuk berpegang dengan apa yang telah diajar sejak saya kecil dan sentiasa berpandukan kitab suci Al-Quran.
Saya juga akan berpegang kepada adat dan tradisi Melayu Johor saya kerana saya dilahirkan sebagai seorang Melayu Bangsa Johor.
Jika ada sebahagian dari anda yang mahu menjadi orang Arab dengan budaya mereka dan tidak ingin mengikut adat Melayu dan tradisi, terpulang kepada anda.
Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan bukan seseorang hipokrit, dan rakyat saya tahu siapa raja mereka sebenarnya.
Berlakon pakai jubah
Saya tidak berlakon dengan memakai jubah tetapi ketagihan dadah dan saya bukan seorang kaki judi. Saya tidak mencuri daripada rakyat saya dan saya sentiasa bercakap benar.
Saya berani untuk bersuara apa yang orang lain tidak berani lakukan kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi mereka sendiri.

Gabungan Ketua Umno setuju sertai demo anti Najib


Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) akan bersama-sama pada perhimpunan yang dijadualkan 27 Mac ini bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur dari tampuk pemerintahan.
Sebaliknya, Presiden GKCM, Kamarulazman Habibur Rahman berkata beliau akan berbincang dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin untuk memujuknya menyertai perhimpunan itu.
“Kami (GKCM) akan bersama-sama (perhimpunan 27 Mac)," katanya.
Ditanya wartawan sama ada GKCM akan memujuk Muhyiddin yang juga adalah timbalan presiden Umno, beliau berkata perkara itu bergantung kepada keadaan.
"Belum dibincangkan, tapi saya rasa mungkin tidak. Tetapi, semuanya bergantung kepada keadaan dan objektif program tersebut,” kata Kamarulazman kepada Malaysiakini.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebelum ini dilapor menyarankan satu perhimpunan diadakan pada 27 Mac ini untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam tulisan di blog, bekas ahli parlimen Umno itu berkata keadaan negara sekarang tidak boleh dibenarkan berterusan dan menggesa rakyat supaya berdiri teguh di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad.
Zaid dipetik sebagai berkata sudah terlalu lama rakyat diselubungi ketakutan berikutan beberapa tindakan oleh Najib.
Zaid menuduh Najib melumpuhkan institusi awam dengan melantik hanya ‘pak turut’ menganggotai badan-badan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Malah, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan bersetuju supaya semua parti politik mengketepikan perbezaan masing-masing dan berganding bahu untuk menumbangkan presiden Umno itu, dedah seorang ahli parlimen PAS.

Dividen KWSP menurun, petunjuk ekonomi negara lemah

Kerajaan Persekutuan disaran tidak sewenang-wenangnya menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan bail out syarikat disebabkan kegagalan urus tadbir.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata penurunan dividen KWSP bagi 2015 membuktikan ekonomi negara berada pada tahap membimbangkan yang memerlukan tindakan proaktif.
Katanya, walaupun pasaran ekonomi dunia mengalami susut nilai dengan kejatuhan harga minyak dan kelapa sawit namun Kerajaan Persekutuan perlu memberi fokus kepada pelaburan yang boleh memberi pulangan positif.
“Pulangan diterima kini agak rendah dengan anggaran pulangan untuk tahun ini tidak begitu menggalakkan sekaligus menjelaskan ekonomi Malaysia tidak mencapai sasaran baik.
“Keadaan ini ditambah lagi kejatuhan nilai harga bahan mentah dan kelapa sawit yang turut menjejaskan pulangan kewangan pendapatan negara,” kata Charles ketika dihubungi SelangorKini.
Sebelum ini, KWSP mengumumkan pembayaran dividen 2015 ialah sebanyak RM38.24 bilion bersamaan 6.40 peratus yang menyaksikan penurunan sebanyak 0.35 peratus berbanding tahun sebelumnya, 6.75 peratus.
Penganalisis Politik, Datuk Dr Wan Suhami Wan Daud penurunan ini mengesahkan KWSP kini berdepan masalah kewangan yang akhirnya memberi kesan kepada pencarum dan pendepositnya.
“Negara sedang mengalami masalah kewangan serius ditambah pula apabila Kerajaan Persekutuan membuat pinjaman daripada KWSP dan pelaburan kurang menguntungkan.
“Ini akhirnya menjejaskan peratusan pulangan kepada pencarum,” katanya.

Pembangkang kini celaru – Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS itu menegaskan rakyat ingin melihat pembangkang bersatu, bukan menyerang dan melemahkan satu sama lain.
tuan-ibrahim,pembangkang
PETALING JAYA: Rakyat kini kecewa dengan kecelaruan dalam kalangan parti pembangkang, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim berkata, parti pembangkang harus sedar bahawa rakyat ingin melihat pembangkang bersatu dan bukan saling menyerang dan melemahkan satu sama lain.
“Hakikatnya, semua parti pembangkang ingin menukar parti yang menerajui kerajaan kini. Malangnya hari ini, selain UMNO-BN, yang menambah duka dan derita rakyat ialah kecelaruan di kalangan parti pembangkang.
“Rakyat ingin melihat pembangkang bersatu – bukan saling menyerang dan melemahkan satu sama lain,” katanya menerusi surat terbuka beliau, hari ini.
Semalam, PKR menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memecat dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Pulau Pinang. Tindakan itu sekali gus menyebabkan hubungan PKR dan DAP retak ketika ini.
Tuan Ibrahim berkata, parti pembangkang harus bangkit dengan berpolitik secara matang dan memikirkan ke arah gagasan besar demi menyelamatkan Malaysia.
Katanya, untuk mencapai matlamat berkenaan, rakyat harus jadi pendesak dan guru disiplin kepada pemimpin dan ahli politik.
“Rakyat perlu memberikan mesej kepada para ahli politik bahawa mereka perlu bekerja untuk undi kamu dan bukannya sekadar mengambil kesempatan dengan mengganggap rakyat secara automatik akan mengundi mereka jika mereka menolak satu pihak yang lain,” katanya.

Rafizi ulangi desakan, gesa Azeez letak jawatan Pengerusi TH

Rafizi mahu Azeez meletakkan jawatan agar seorang tokoh bukan politik dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji.
rafizi-ramli_Abdul-Azeez-Rahim_th_600
PETALING JAYA : Rafizi Ramli mengulangi desakannya agar Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membolehkan seorang tokoh bukan politik dilantik ke jawatan itu.
Naib Presiden PKR itu berkata demikian kerana berpendapat TH sebaiknya tidak mempunyai campur tangan politik.
“Saya mengulangi desakan saya supaya beliau meletakkan jawatan agar seorang tokoh bukan politik dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Rafizi menambah, beliau akan terus mendedahkan tiga lagi pelaburan TH yang mengalami kerugian besar dalam tempoh masa tiga hari akan datang bermula esok.
Sabtu lalu, Abdul Azeez meminta pihak yang tidak bertanggungjawab supaya berhenti menyebarkan fitnah mengenai TH.
Beliau menyifatkan tindakan pihak berkenaan cuba meracuni rakyat, terutama pendeposit Tabung Haji, sebagai bermotifkan politik semata-mata.
Tambahnya, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berkenaan.

SAMPAI GITU SEKALI DIROMPAK DUA KALI ???..

Kaya betol DATO' Ikon Belia ni... Kena rompak 25k apa ada hal..

Apa yang menarik bukan kes rompakan di rumah anak Zahid Hamidi ni tapi rumah yang dimiliki oleh anak Zahid ni. Kalau location kat Country Height Kajang dah tentu harga tak bawah jutaan ringgit sebuah. Itupun harga dulu, sekarang tak tahu lah berapa nilai rumah kat sana.

Persoalannya dari mana anak Zahid ni dapat duit beli rumah nilai jutaan ringgit. Tak tahu lah kalau anak Zahid ni pun menabung dari kecil mcm Rosmah..

Takper.. persetankan nasib rakyat jelata. Janji dapat hidup mewah senang lenang.. RAKYAT WAJIB BAYAR GST !!!

Belia sahut cabaran Zahid kerja cuci longkang

Azrol Nizam dan rakan-rakan bekerja mencuci longkang dengan gaji asas RM800 sebulan untuk membuktikan belia tempatan tidak malas.
azrol,zahid
PETALING JAYA: Seorang belia berkongsi pengalaman yang sanggup bekerja di sektor 3D semata-mata menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Azrol Nizam menerusi Facebooknya berkata, dia dan rakan-rakanya telah menyahut cabaran Zahid dengan bekerja sebagai pembersih longkang di sebuah syarikat simen dengan bergaji RM800 walaupun mempunyai kelulusan Diploma dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dari sebuah institusi swasta.
Dia juga sempat mengambil gambar selfienya bersama rakan-rakannya yang sedang membersihkan longkang dan mendedikasi gambar itu kepada Zahid.
“Baiklah buat Tuan Zahid Hamidi, saya berumur lingkungan 20 tahun. Masih belia kan? Sebelum ini saya telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan.
“Pengalaman kerja saya sangat luas. Semua kerja dalam penghawa dingin, duduk di depan komputer buat pelbagai paperwork (kertas kerja). Termasuk pernah bekerja sebagai pelayan restoran di ibu kota.
“Namun setelah dicabar Tuan Zahid Hamidi, saya sahut cabaran Tuan dan kini saya bersama rakan-rakan belia yang seperjuangan dengan saya menyahut cabaran bekerja di sebuah kilang simen sebagai pembersih longkang dengan gaji hanya RM800. Dah tolak EPF+SOCSO tinggal RM700. Adakah kami malas?,” soalnya kepada Zahid.
Azrol turut mempersoalkan bagaimana nasib belia yang mempunyai kelulusan tinggi tetapi tidak mendapat gaji yang setimpal apabila bekerja dalam sektor 3D.
Dia turut mencabar agar Zahid menaikkan gaji sektor 3D sekurang-kurang RM1,300 kerana terdapat belia yang telah membuktikan mereka bukan pemalas dan sanggup bekerja di sektor 3D.
“Tuan boleh katakan sesuka hati dan membuat sesuka hati? Bukan kami pemalas, realitinya hasil gaji.
“Jika Tuan cabar kami, dan kami sahut cabaran Tuan. Sekarang kami belia sahut cabaran Tuan naikkan basic gaji 3D sekurang-kurang RM1,300. Kami dah sahut, Tuan macam mana?,” soalnya.
Sebelum ini, Zahid mencabar belia untuk bekerja di dalam sektor 3D untuk mengelak pengambilan pekerja asing di negara ini.

Rafizi ikrar dedah rugi besar tiga lagi pelaburan Tabung Haji


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan terus mendedahkan tiga lagi pelaburan Tabung Haji yang mengalami kerugian besar pada minggu ini.
Katanya, sidang akhbar mengenai tiga lagi pelaburan Tabung Haji itu akan dibuat pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.
Melalui satu kenyataan akhbar, beliau juga terus mendesak Datuk Seri Azeez Abdul Rahim meletak jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji jika tidak mahu badan kewangan itu dipolitikkan.
“Sebagai Ahli Parlimen yang selalu memberi perhatian kepada kedudukan kewangan institusi milik kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk terus menyemak kedudukan kewangan dan pelaburan besar Tabung Haji.
“Apatah lagi rekod Datuk Seri Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji dalam menerangkan keputusan-keputusan pelaburan Tabung Haji yang mengundang kontroversi bukanlah baik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rafizi merujuk kepada kenyataan Azeez dalam laporan Bernama, Sabtu lalu supaya pihak tertentu tidak mempolitikkan Tabung Haji dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan fitnah.
Sekadar menjerit bohong
Azzez dilaporkan berkata tindakan pihak berkenaan cuba meracuni rakyat, terutama pendeposit Tabung Haji dan semata-mata bermotifkan politik.
"Kalau nak serang saya, seranglah saya dari segi politik tapi jangan serang saya melalui isu Tabung Haji tanpa usul periksa... hentikanlah," katanya yang dipetik selepas Program Melestarikan Integriti Tabung Haji Bersama Masyarakat Baling di Dewan Badminton Kupang di Baling.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata beliau tidak pula menampilkan angka-angka untuk menafikan perkara-perkara yang ditimbulkannya selain mengulangi bahawa ia adalah fitnah belaka.
Katanya, pertama kali beliau membangkitkan perkara itu adalah di Dewan Rakyat pada 16 Mac tahun lalu mengenai potensi risiko jika Tabung Haji terlibat dengan 1MDB.

Muhyiddin terima taklimat SPRM, Bank Negara, Gani mengenai RM2.6 bilion sebelum dipecat Najib

Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana tidak berani mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu SRC International Sdn Bhd. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Februari, 2016.Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana tidak berani mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu SRC International Sdn Bhd. Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau dimaklumkan mengenai siasatan terhadap wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes SRC International Sdn Bhd sebelum pemecatannya pada Julai lalu.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mendapat taklimat daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang turut dipecat daripada jawatan tahun lalu.
"Saya tahu lebih daripada yang anda tahu (penonton). Saya mempunyai keberanian kerana saya mengatakan kebenaran.

"Saya tidak berbohong," katanya dalam satu video yang dimuat naik di blog Din Turtle Original. Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno berkata demikian pada satu majlis di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
Beliau berkata Gani, Bank Negara dan SPRM menerangkan kepadanya mengenai siasatan itu kerana mereka sedar, sebagai timbalan kepada Najib, beliau (Muhyiddin) berhak tahu terutama ia melibatkan perdana menteri yang juga presiden Umno.
"Saya mendapat malu jika orang ramai kemudian mengetahui saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Itulah sebabnya saya meminta taklimat," katanya.
Beliau juga membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang disifatkannya tidak berani mendakwa Najib susulan siasatan terhadap SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Katanya, panel pengawasan SPRM sendiri mengkaji semula perkara tersebut dan mendapati wujud kes yang kukuh terhadapnya.
"The question is, whether he is brave enough to do it or not (Soalannya ialah, sama ada dia cukup berani melakukannya atau tidak).
"Pasal hakim kata, kalau dia ambil tindakan, dia akan dipecat. Tetapi kalau dia amanah dan bertanggungjawab, dia ambil tindakan," kata Muhyiddin.

Otai Reformis: Dr M hanya mahu singkir Najib bukan tukar sistem

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya berminat menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bukannya melakukan pembaharuan, kata seorang aktivis veteran.
“Bagi kita reformasi Mahathir hanya dalam bentuk (singkir) Najib saja, bukan sistem.
“Kita nak tukar sistem kepada sistem pro-rakyat demokrasi tulen,” kata pengerusi Otai Reformis Saari Sungib kepada Malaysiakini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini bahawa Mahathir mahukan perubahaan lebih daripada seorang reformis.
Kenyataan Saari itu disokong oleh rakan Otai Reformis, Ronnie Liu.
"Mahathir bekerja keras untuk jatuhkan Najib, tak syak lagi mengenainya. Tetapi agenda beliau adalah berbeza daripada reformasi.
"Mahathir mempunyai agenda peribadi," kata Liu ketika dihubungi.
Katanya, reformis juga mahu perubahan dalam kerajaan, manakala Mahathir berkeras mahu BN terus memerintah negara.
Sementara itu, seorang lagi Otai Reformis, S Jayathas memberitahu Malaysiakini bahawa gerakan reformis tercetus kerana ancaman Mahathir.
"Semua huru-hara hari ini adalah kerana apa yang Mahathir lakukan semasa beliau menjadi PM dan hari ini kita melihat beni-benih yang disemainya itu," kata Jayathas.
Tambahnya, jika Mahathir serius mahukan perubahan, beliau perlu berjuang bersama Pakatan Harapan.
Saari berkata Otai Reformis akan membincangkan minggu ini sama ada untuk menyertai perhimpunan anti-Najib yang dicetuskan oleh Zaid pada 27 Mac nanti.

UBAHLAH..

Undi BN utk nikmat pembangunan ??
Nikmat utk pembangunan atau UNTUK KRONI !!!

Wahai rakyat Sarawak sedarlah & bangunlah !!!.. Sampai bila nak kekalkan negeri Sarawak juarai kadar kemiskinan tertinggi di M'sia sedangkan negeri kamu terkaya dgn kekayaan hasil buminya...

Rafidah ingatkan jangan lupa kisah ‘maharaja tanpa baju’


Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan rakan-rakanya tentang kisah 'maharaja tanpa baju' selepas mereka mengkritiknya kerana menegur kelemahan pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Sejak bila pandangan yang berbeza dan menyoal soalan dianggap sebagai anti-kerajaan?
"Hanya kawan benar sanggup menghulur leher bagi memberitahu perkara seperti keadaan sebenarnya. Seseorang boleh mempunyai ramai kawan yang hanya berkata apa yang seseorang itu mahu dan lebih suka dengar tetapi kemudian menanggung akibatnya.
"Ingat kisah ‘maharaja tanpa baju'?" soal Rafidah dalam satu kenyataan di Facebook pagi ini.
Mengikut cerita dongeng yang terkenal itu, maharaja dijanjikan baju baru yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh golongan yang bodoh dan tidak layak.
Akibatnya, orang ramai berpura-pura mendakwa mereka mampu melihat baju itu sehingga seorang kanak-kanak yang kemudiannya menjerit bahwa maharaja itu sebenarnya sedang berbogel.
Kritikan membina, kata bekas Ketua Wanita Umno itu yang berdasarkan keikhlasan dan didorong oleh cinta kepada negara, harus diterima.

‘Pelaburan KWSP dalam 1MDB hanya risiko amat rendah’ - Shahril Ridza


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi menyangkal dakwaan pembangkang bahawa pelaburannya dalam firma kontroversi, 1MDB menimbulkan risiko yang tinggi.
Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, dari segi pendedahan ia hanya adalah risiko yang amat rendah.
"Jika rakyat mahu, mereka boleh andaikan itu (pembelian loji kuasa 1MDB pada tahun 2012 dan 2013) sebagai pendedahan, tetapi dari sudut pandangan kami, ia adalah risiko yang amat rendah.
 "Ia tidak berbeza daripada pendedahan kami dengan loji kuasa lain, seperti Malakoff atau yang pernah dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya pada taklimat media mengenai Dividen KWSP 2015.
Menurut Shahril, aliran tunai 1MDB dibiayai daripada hasil jualan dan firma milik kerajaan itu tidak pernah terlepas bayarannya dan tidak pernah mengalami penurunan kredit.
1MDB pada tahun 2009 menerbitkan bon bernilai RM5 bilion dan KWSP terbabit dengan membeli sebanyak RM200 juta. Bon berkenaan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
Pada Oktober tahun lalu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa pelaburan KWSP dalam 1MDB terdedah dengan risiko tinggi berdasarkan kadar faedah yang tinggi dan kuantum pelaburan sebanyak RM1.72 bilion.
Shahril, bagaimanapun berkata keadaan akan berubah apabila 1MDB menjual aset tenaga kepada syarikat asing dan pemegang bon tidak akan kerugian. Malah katanya, tindakan itu adalah tidak berbeza daripada mana-mana amalan lain.

Peningkatan 23 peratus rakyat lepaskan kewarganegaraan

Rakyat Malaysia yang melepaskan kewarganegaraan mereka meningkat 23 peratus kepada 2,206 pada tahun lalu, berbanding 1,787 pada tahun 2014.
Ini adalah mengikut perangkaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdasarkan jumlah yang mengeluarkan semua simpanan utama di KWSP.
"Bagi tahun 2014, terdapat 1,787 permohonan atas alasan meninggalkan negara dan ini membabitkan RM99 juta.
"Pada 2015, jumlah yang memohon meningkat kepada 2,206 orang dan membabitkan RM134.6 juta," kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Sharil Ridza Ridzuan pada taklimat media mengenai Dividen KWSP 2015.
"Betul, terdapat sedikit peningkatan, tetapi tiada yang drastik (dari segi pengeluaran)," katanya.
Sharil Ridza juga pada sidang akhbar itu berkata sesetengah pencarum mungkin kehilangan sebanyak RM20,000 hingga RM25,000 jika mereka memilih untuk mengekalkan kadar caruman KWSP mereka pada lapan peratus.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa pekerja boleh memilih untuk menyumbang lapan peratus dan bukannya 11 peratus seperti sebelumnya.
"Kami sentiasa galakkan ahli untuk menyimpan wang mereka untuk dilaburkan selama mana yang mungkin.
"Ia adalah pilihan setiap individu. Sukar bagi kita bercakap secara umum kerana keperluan setiap ahli adalah berbeza.
"Perkara menarik adalah bahawa tindakan adalah secara sukarela. Ada yang mendapat manfaat dengan mempunyai lebih banyak wang dalam poket mereka," katanya.
Beliau menjangkakan kira-kira separuh jumlah pencarum akan memilih terus membuat sumbangan 11 peratus.

Muhyiddin bidas peguam negara takut ambil tindakan pada Najib

Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana tidak berani mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu SRC International Sdn Bhd. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Februari, 2016.Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana tidak berani mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu SRC International Sdn Bhd. Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang disifatkannya tidak berani mendakwa dan menjalankan siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd.
Bekas timbalan perdana menteri itu mendedahkan, panel pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri mengkaji semula perkara tersebut dan mempunyai kes yang kukuh terhadapnya.
"Tetapi pihak peguam negara beritahu, tak payah ambil kes. Tutup. Apa sebab? Peguam negara beritahu, perdana menteri tidak mengetahui tentangnya," kata Muhyiddin pada majlis di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Beliau berkata, Apandi sepatutnya memaklumkan kepada rakyat Malaysia, terdapat bukti mencukupi untuk tindakan diambil selanjutnya terhadap Najib. "Takkan dia (Najib) tak tahu, dia dah belanja pun. Ada bukti-bukti. 3 juta bayar kredit kad. Dan bayar yang lain-lain.
"Dunia mempersoalkan kenapa peguam negara tidak mengambil tindakan," kata Muhyiddin dalam video yang dimuat naik di blog Din Turtle Original.
Muhyiddin mendakwa, Apandi mengarahkan kes itu ditutup kerana beliau tidak ada keberanian merangka pendakwaan atas Najib.
Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamed Noor Abdullah yang berkata, peguam negara tidak berani mendakwa perdana menteri kerana takut dipecat.
Noor berkata, peguam negara sebenarnya dicalonkan perdana menteri walaupun dilantik Yang di-Pertuan Agong.
"Saya rasa bekas hakim perlu menjelaskan ini dengan lebih lanjut," kata Muhyiddin.

JIKA BOLEH SABAR, TUNGGULAH PRU 14...JIKA TIDAK, MULAKAN DENGAN 27 MAC NANTI

Antara ayat-ayat candu yang dilafazkan Najib Razak sempena memperingati 40 tahun penglibatannya dalam politik, Sabtu lalu ialah, "Ayahanda saya membina UMNO dan takkan saya menjadi anak yang menghancurkan UMNO"  dan "saya seorang yang penyabar tapi jangan melampaui batas."

Selain dedak, mungkin ada yang terus terkhayal serta percaya dengan kata-kata itu, tetapi realitinya UMNO dan negara sedang menuju kehancuran di bawah kepimpinan Najib yang terlalu banyak masalah dan karenah peribadi sejak menjadi Perdana Menteri.

Tidak seperti beberapa Perdana Menteri terdahulu yang turut tidak terlepas daripada krisis dan masalah, tetapi beban mereka hanyalah berkaitan kepimpinan serta masalah politik dan bukannya tentang skandal peribadi yang kemudian seluruh negara dipaksa memikulnya.

Oleh itu, jika Najib mengatakan beliau seorang yang penyabar tetapi jangan melampaui batas, yang perlu beliau sedari juga ialah kesabaran rakyat pun ada had dan sempadannya.

Berbanding Najib, jika dinilai sejak 2009 lagi, kesabaran rakyat melihat pelbagai karenah yang ditimbulkannya dalam negara ini, ternyata amat mengkagumkan dan layak  diberikan "anugerah sabar peringkat dunia".

Tetapi, adakah rakyat boleh selamanya sabar, sabar dan sabar saja?

Bagi yang sudah lama "sesak dada" dan "sakit mata"  melihat pelbagai permasalahan dalam negara yang ditimbulkan oleh Najib, namun masih ingin bersabar, mereka mungkin boleh menunggu tarikh PRU 14 untuk menunjukkan hilangnya sabar itu di peti-peti undi.

Berbekalkan penolakan yang sudah ada sebanyak 52 peratus, kiranya penolakan itu dapat ditingkatkan sehingga ke tahap 60 atau 65 peratus, menyimpan kesabaran selama ini tentunya amat berbaloi.

Nazri nasihat Muhyiddin tutup mulut atau digantung

Beliau bersedia mengusulkan supaya Muhyiddin Yassin digantung pada mesyuarat MT akan datang jika berterusan menyerang Najib Razak.
nazri,muhyiddin
PETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tutup mulut daripada mengkritik Perdana Menteri atau berdepan digantung jawatan dalam parti.
Memetik laporan Malay Mail Online, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, beliau memberi peluang terakhir kepada Muhyiddin untuk berhenti mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ini amaran terakhir kepada Muhyiddin. Kita tidak lagi terima sikapnya.
“Jika beliau tidak boleh bekerja sebagai satu pasukan dan berterusan menyerang Presiden parti, saya akan usulkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang supaya menggantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden,” kata Nazri seperti dilaporkan portal itu.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, sebagai pemimpin nombor dua, tugas Muhyiddin adalah membantu Presiden menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Nazri juga menasihatkan Muhyiddin, yang digugurkan daripada Kabinet Julai lalu supaya berhenti menyifatkan dirinya sebagai ‘pemimpin yang diutuskan tuhan’ untuk menyelamatkan Malaysia.
Katanya, sikap angkuh Muhyiddin menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak disukai dalam parti.
“Jangan terlebih yakin anda kuat. delegasi UMNO yang mengundi anda dalam pemilihan lalu tidak ambil peduli pun apabila anda digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Saya salah seorang daripadanya (delegasi yang mengundi Muhyiddin). Kebenarannya ialah Muhyiddin tidak berfungsi sebagai Timbalan Presiden seperti yang diharapkan,” kata Nazri.
Sabtu lalu, Muhyiddin memberi amaran kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan MT agar tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap dirinya jika tiada bukti beliau melanggar peraturan dan Perlembagaan parti.

Zaid soal IGP: Sudahkah kamu siasat Najib?


 Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mahu penjelasan daripada polis sama ada mereka telah menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan pelbagai skandal.
"Pertama, saya berharap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjadi anggota polis yang profesional.
"Beliau sepatutnya memberitahu kita sama ada pihaknya telah menjalankan sebarang siasatan berhubung laporan polis yang dibuat ke atas PM.
"Tugas pegawai polis seperti IGP bukannya untukmelindungi Najib atau sesiapa,” kata Zaid dalam tulisannya di blog hari ini.
Beliau merujuk laporan polis yang dibuat ke atas Najib berfubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya dan skandal wang RM42 juta SRC International.
Najib menafikan sebarang salah laku mahupun menggunakan wang awam itu untuk tujuan peribadinya.

Najib, jangan ‘buat-buat lupa’ titah Majlis Raja-raja

Kerajaan perlu menunjukkan komitmen dengan memperincikan pindaan yang dijangka akan dibuat serta tarikh pembentangan semula di Parlimen.
tuan-ibrahim,apandi-ali,najib
PETALING JAYA: PAS mengingatkan kerajaan agar tidak ‘buat-buat lupa’ titah Majlis Raja-raja untuk mengkaji semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah pun menyatakan komitmen untuk berbuat demikian.
“Pada 18 Februari, Apandi berkata beliau akan mengkaji semula beberapa seksyen dalam RUU itu. Najib pula berkata beliau mengambil maklum desakan Majlis Raja-raja.
“Diharap Perdana Menteri dan Peguam Negara tidak menggunakan taktik membisu sehingga saranan Majlis Raja-Raja dilupakan sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mendesak Perdana Menteri dan Peguam Negara menunjukkan komitmen mereka terhadap titah tersebut dengan memperincikan pindaan yang dijangka akan dibuat serta tarikh pembentangan semula di Parlimen.
Menurut laporan Bernama 17 Februari lalu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan berkata, Majlis Raja-Raja berpendapat beberapa peruntukan dalam RUU MKN perlu diperhalusi.
RUU MKN yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember 2015 dirangka bertujuan mengukuhkan aspek keselamatan negara, namun dikritik kerana didakwa memberikan kuasa yang terlalu besar kepada Perdana Menteri.

Bila tokeh udang dah terlalu 'otak udang..'

Memang tepat lagi benar kata2 Tun M.. "UMNO dipenuhi lebih ramai ORANG BODOH.."

Menjilat Nyawa: Sembilan nyawa ker 2.6 bilion nyawa ker... !!!

Sampai begitu sekali tahap kejilatan kucing ampu jilat Najib.. Patutla Najib sukar nak ditumbangkan.. Rupa2nya dia nyawa dia mcm nyawa kucing.. ada 9 nyawa...

NAJIB SUKAR DITANDINGI...

Bekas Pm Israel terima 'derma' US$600k (RM2.5j) dihukum penjara 19 bulan..

Bekas PM Korea Selatan dpt 'derma' RM3.1j dihukum penjara 2 tahun..

Bekas Presiden Perancis dihadapkan ke mahkamah terima dana politik..

TETAPI NAJIB TERIMA DERMA RM2.6 BILION relax jer, malah AG 'tolong' bersihkan serta bebas cukai !!!

HANYA YANG BODOH SAJA ADA DALAM UMNO !!!

Kenapa masih ada lagi tangan2 bodoh undi mereka ini ???

'Siapa yang bayar semua bil Sirul di Australia?'


Dengan sebuan pasukan yang besar menyokong bekas anggota unit tindakan khas polis, Sirul Azhar Umar, siapakah yang membayar semua bilnya?
 Inilah soalan yang dibangkitkan oleh The Weekend Australian - edisi hari Ahad akhbar The Australian - dalam sebuah analisis berita tentang Sirul dan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, di mana Sirul telah disabitkan atas kesalahan tersebut.
Menurut The Weekend Australian, Sirul mengekalkan khidmat seorang peguam cara, peguambela dan konsultan migrasi - sekurang-kurangnya sehingga bulan lepas.
The Weekend Australian melaporkan semalam bahawa Sirul juga menggunakan khidmat seorang kerani Australia yang berpangkalan di Malaysia, yang mengendalikan kewangannya dan perbelanjaan anaknya yang juga berada di Australia.
Beliau juga mempunyai peguam yang bertindak bagi pihaknya di Malaysia.
Selama ini Sirul ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney. Di situ, Sirul juga mempunyai komputer sendiri, telefon dan akses ke sebuah dapur, lapor akhbar itu.
Undang-undang Australia menghalang negara itu mengusir mereka yang akan menghadapi hukuman mati di negara sendiri. Sirul telah dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh Altantuya, bersama-sama dengan bekas rakan setugasnya, Azilah Hadri.
"Siapakah yang menanggung bil Sirul?" tanya akhbar itu, sambil menambah ia mungkin satu soalan yang dijangka ditanya oleh pihak berkuasa Australia.
Sejak beberapa minggu lalu, Sirul telah mengeluarkan beberapa video yang berkaitan dengan kes itu.
Ini termasuk satu ancaman untuk mendedahkan senarai nama orang yang didakwa cuba untuk merasuah beliau bagi mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pada 2006.
Sirul dan rakannya Azilah ketika itu merupakan pengawal peribadi kepada perdana menteri.
Rakan Najib, Abdul Razak Baginda juga didakwa bersubahat dengan pembunuhan penterjemah Mongolia itu tetapi telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Najib telah berkata bahawa beliau tidak kenal langsung siapakah Altantuya.

SMH: Orang Umno lawat Sirul di Sydney

Pihak berkuasa imigresen berkata siri video online Sirul Azhar Umar yang disiarkan baru-baru ini dibuat olehnya sebelum ditahan dan dibawa ke Villawood, lapor akhbar. – Gambar fail YouTube, 22 Februari, 2016.Pihak berkuasa imigresen berkata siri video online Sirul Azhar Umar yang disiarkan baru-baru ini dibuat olehnya sebelum ditahan dan dibawa ke Villawood, lapor akhbar. Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah kerana membunuh dan kini ditahan di pusat tahanan imigresen Australia, menerima lawatan bukan saja daripada pembangkang, tetapi individu dikaitkan dengan Umno, lapor The Sydney Morning Herald (SMH).
“Di Villawood, Sirul hidup selesa dengan kawasan yang ada akses kepada dapur, telefon dan Internet serta dibenarkan menerima pelawat dengan kebenaran daripada Pasukan Sempadan,” kata akhbar itu, merujuk kepada pusat tahanan imigresen di Sydney.
“Peguamnya dari Malaysia ada kaitan dengan Umno. Sepanjang tahun lalu Sirul menerima lawatan pelbagai individu daripada Umno dan pembangkang.”

Pada Mac tahun lalu, bekas ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengatur pertemuan antara Sirul dan ibunya, walaupun beliau gagal menepati janjinya kepada media untuk “beritahu semuanya” dalam satu telesidang untuk menjelaskan peranan Sirul dalam pembunuhan Altantuya. Sirul dan bekas anggota polis Azilah Hadri disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap kedua-duanya pada Januari tahun lalu, tetapi Sirul melarikan diri ke Australia dan kemudiannya ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood selepas Interpol mengeluarkan notis merah.
Laporan SMH juga memetik kenyataan pihak berkuasa imigresen yang berkata siri video online Sirul yang disiarkan baru-baru ini dibuat olehnya sebelum ditahan dan dibawa ke Villawood.
Al Jazeera tahun lalu melaporkan Sirul, menerusi seorang ahli perniagaan yang ada kaitan dengan pemimpin Malaysia, cuba memeras ugut kerajaan Malaysia dengan jutaan dolar untuk merahsiakan mengenai pembunuhan Altantuya.
Tetapi, polis Australia memberitahu SMH sebarang penyiasatan hanya boleh diteruskan atas persetujuan Putrajaya.

Surat terbuka untuk anak Zahid Hamidi

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kerana dapat pangkat Datuk dalam usia yang begitu muda. Berdasarkan pemerhatian saya, mendapat Datuk di negara ini adalah semudah kentut jika kamu anak menteri atau tokoh korporat.
Berbanding rakyat biasa seperti saya, atau jutaan lagi rakyat yang bekerja keras setiap hari, tak cukup tidur, tak cukup rehat dan tak cukup duit untuk meneruskan kehidupan sehari-hari, bukan nak jadi Datuk macam anda.
Saya ingin memberi pandangan di Instagram berkenaan gambar selfie kamu, maaf, saya kurang berminat, tapi saya ingin komen tentang status kamu di Instagram tentang kenyataan "rakyat Malaysia sekarang semakin malas" yang menimbulkan kemarahan jutaan rakyat di media sosial.

OK, saya akui saya memang malas. Saya bangun tidur pagi dan malas kemas katil. Saya malas bangun sepagi boleh untuk kejar bas kerana saya tidak mempunyai kenderaan sendiri. Mungkin anda kata "siapa suruh malas kerja, kan dah tak mampu beli kereta" tapi hakikatnya saya ada kenal seorang kawan yang bekerja 18 jam sehari di restoran mamak dan dia masih tidak mampu membeli sebuah motor, apa lagi sebuah kereta.
Saya tak tahulah kalau kerja 18 jam sehari dan dapat cuti cuma 2 hari setahun (hari raya saja) masih lagi tidak rajin.
Baiklah, mungkin benar pandangan kamu, rakyat Malaysia ini malas. Sebab itu ayah kamu terpaksa memanggil 2 juta warga Bangladesh ke negara ini.
Dua juta ini adalah mereka yang baru datang – ini belum termasuk yang sedia ada di sini.
Saya tidak ada pendirian rasis di sini. Mereka datang untuk bekerja. Saya tidak ada masalah jika mereka datang ke sini untuk bekerja.
Mungkin kamu berkata rakyat Malaysia malas kerana mereka tidak berminat untuk bekerja buruh, atau membancuh teh, atau menebar roti canai, atau mentar jalan raya, atau menanam pokok kelapa sawit.
Mungkin mengikut pemerhatian kamu, ada 2 juta pekerja kerajaan dan kebanyakan yang kamu hanya nampak, mereka cuma online Facebook, sibuk dengan projek tepi dan berborak tentang drama Melayu acah-acah Korea yang bertajuk Cinta Teruna Kimchi malam semalam.
Ya, mungkin kerana itu, kamu rasa rakyat Malaysia pemalas.

Mengapa perlu pecahkan kawan?

Saya memerintah sebuah negeri yang mempunyai 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Untuk menjadi ketua, saya memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 21 Adun.
Malangnya, parti saya hanya mempunyai 19 orang Adun sahaja. Saya perlu bergantung pada rakan lain untuk sekurang-kurangnya 2 Adun lagi.
Ada seorang sahabat saya dulu,  ia hanya mempunyai seorang Adun. Sahabat ini saya tak kisah sangat. Kalau saya perlu bergaduh dengan dia, saya pun tak risau.

Kalau saya perlu menuduh dia untuk menjaga politik saya, saya tidak akan berlembut tangan mahupun mulut, kerana dia tidak dapat menggugat saya secara langsung. Seorang sahabat saya lagi mempunyai 10 Adun. Dengan sokongannya, kedudukan saya sangat kukuh walaupun saya kini bermusuh dengan sahabat satu lagi yang hanya mempunyai seorang Adun.
Namun, saya mula risau apabila ada sekumpulan Adun dipunyai sahabat saya mula berani melawan saya.
Mereka berani tidak sependapat dengan saya. Mereka tidak takut menyatakan saya ada silap.
Ada sekali, golongan ini tidak mengundi membantah usul yang dibawa musuh saya. Bagi saya, ini satu pengkhianatan walaupun usul itu ada benarnya.
Saya bimbang 10 Adun sahabat saya ini akan bersatu menentang saya. Ini tidak boleh berlaku kerana saya masih memerlukan sekurang-kurangnya dua orang Adun daripada sahabat saya ini untuk kekal sebagai pemerintah.
Pendek kata, mereka tidak boleh bersatu. Kedudukan saya boleh tergugat jika mereka bersatu kerana saya hanya mempunyai 19 Adun.
Bagi menjaga kedudukan saya, saya mula melancarkan serangan bertubi-tubi pada mereka yang tidak mengundi untuk membantah usul musuh. Saya melabelkan mereka sebagai penyokong musuh.
Saya mahukan rakyat jelata saya mempercayai bahawa saya betul dan mereka salah. Saya juga memastikan ada sebahagian Adun daripada sahabat saya ini turut mencemuh tindakan Adun mereka sendiri yang menyokong musuh.
Matematik saya mudah. Asalkan 10 Adun saya berpecah kepada 2 kumpulan dalam nisbah sekurang-kurangnya 2:8, saya boleh mengekalkan kuasa. Asalkan mereka berterabur dan bergaduh sesama sendiri di mana sebahagian masih menyokong saya, saya akan selamat.
Saya pernah pecahkan kumpulan bekas sahabat saya yang mempunyai seorang Adun. Saya mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden tapi bukan timbalannya. Ya, timbalannya tetap kalah, tapi sekurang-kurangnya kumpulan bekas sahabat ini dapat dipecahkan.
Kini, saya mengambil langkah drastik membuang 2 dari 10 Adun sahabat saya ini daripada beberapa jawatan lantikan.

Umat Islam atau menteri keliru?

Apabila menteri atau timbalan menggunakan hujah “mengelirukan umat Islam”, persoalan sering kali timbul dalam sanubari penulis, apakah benar umat Islam begitu lemah sehingga mudah dikelirukan atau pemimpin itu sendiri yang sering keliru?
Di sebuah negara di mana majoriti penduduknya beragama Islam, pemimpinnya Islam, media arus perdana dikuasai orang Islam jika mereka masih lagi mudah dikelirukan, ertinya, umat Islam di Malaysia merupakan yang paling lemah di dunia.
Ketika mengharamkan penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam satu ketika dulu, hujah “mengelirukan umat Islam” turut digunakan.

Terbaru dalam isu restoran menggunakan tanda “tiada babi”, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan akan diambil kepada pengusaha kerana mengelirukan umat Islam. "Umat Islam harus sentiasa peka kepada kehendak undang-undang syariah apabila membabitkan soal makanan.
“Meletakkan tanda tiada babi tidak bermakna ia adalah halal," katanya.
Mengikut pengalaman hidup penulis yang tidaklah begitu panjang, umat Islam di Malaysia sebenarnya di antara paling “strict” di dunia dalam bab makanan.
Jika ke luar negara, baik yang kaya mahupun miskin, mereka akan membawa banyak makanan kerana takut tidak berjumpa dengan restoran halal.
Sehinggakan jika ke negara majoriti Islam seperti Indonesia sekalipun, mereka akan tetap memenuhkan bagasi dengan makanan seperti “mi maggi”!
Sebab itu penulis mempersoalkan siapakah umat Islam mudah terkeliru dengan premis perniagaan menggunakan tanda “tiada babi” atau sebenarnya Asyraf sendiri yang keliru?
Percubaan mengalihkan isu?
Seperti yang dikatakan penulis Turki Mustafa Akyol ketika datang ke Malaysia awal tahun ini, mengapa sentiasa "orang lain mengelirukan orang Islam" tetapi tidak pernah terjadi "orang Islam mengelirukan orang lain".
"Saya tertanya-tanya mengapa kita umat Islam tidak mengelirukan orang lain, tetapi sentiasa orang lain mengelirukan kita.

Jika semua mahu dikekang, apa lagi yang tinggal?

Tidak cukup dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)  yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan berkaitan kandungan jelik di internet, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan mencadangkan undang-undang baru digubal bagi membolehkan penulis blog mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau KKMM.

Katanya, langkah itu sebagai usaha mengekang penulisan tidak bertanggungjawab dan berunsur fitnah, selain bertujuan untuk memastikan mutu penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika dan tidak menyalahgunakan kemudahan internet.

Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( Akta 588), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah pun mempunyai dua peruntukan penguatkuasaan berhubung kandungan internet iaitu Seksyen 211 (Larangan terhadap pemberian kandungan jelik) dan Seksyen 233 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll).
Melalui kedua-dua seksyen itu, sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Apakah masih tidak cukup dengan dua seksyen tersebut untuk mengawal serta mengawasi penulis blog dan pengguna laman sosial?

Dalam keadaan yang lain, sekatan terhadap blog juga sudah biasa dilakukan oleh SKMM terhadap beberapa laman yang dianggap melanggar undang-undang.

Oleh itu, dengan segala undang-undang sedia ada,  apa perlunya lagi dikuatkuasakan peraturan agar mereka mendaftar dengan KKMM?

Apakah kerana UMNO dan kerajaan kerapkali tewas dalam persaingan di internet, maka undang-undang itu mahu diwujudkan?

Tidakkah ini bertujuan mengekang lagi kebebasan bersuara rakyat setelah sebelum ini Peguam Negara turut bercadang mengetatkan undang-undang Akta Rahsia Rasmi atau OSA sehingga hukuman penjara seumur hidup terhadap mereka yang terlibat membocorkan rahsia kerajaan serta media yang melaporkannya?

Apa sudah jadi dengan negara ini dan di mana lagi letaknya kebebasan rakyat dalam bersuara?

Jika semua mahu dikekang, apa lagi yang tinggal?

Parti Amanah tidak akan tahan lama - Hassan Mahmood

Hassan Mahmood
KOTA BHARU - Parti Amanah tidak akan bertahan lama memandangkan ia berjuang atas dasar ‘tidak sebulu’ (selisih pendapat) antara pimpinan Pas dan bukan atas tiket perjuangan.
Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk Hassan Mahmood berkata, penubuhan parti itu adalah hasil daripada serpihan pimpinan Pas terdahulu yang tidak berpuas hati menyebabkan wujudnya Amanah.
“Banyak pengalaman menunjukkan jika sesebuah parti ditubuhkan kerana selisih pendapat dan bukan perjuangan, maka akan berlaku perpecahan dan kembali kepada parti asal atau sebaliknya.
“Namun ia bukan perkara pelik dan saya yakin parti Amanah tidak akan bertahan lama kerana ia wujud bukan berdasarkan perjuangan, tetapi lahir akibat perasaan tidak puas hati terhadap Pas itu sendiri,” katanya.
Terdahulu, beliau merasmikan gimik pelancaran mengagihkan pelekat kenderaan sempena Program Islamic Wedding Festival (IWF) sempena Tahun Melawat Kelantan 2016 di pekarangan Hotel Perdana semalam.

PAS Kelantan kata Amanah parti ‘kacau daun’

KOTA BHARU - Pas Kelantan mengingatkan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya tidak terlalu bercita-cita tinggi kerana jelas tidak berupaya merampas Kelantan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.
 Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah hanya wujud sebagai pihak ‘kacau daun’ dan hanya memberi ruang kepada pihak lawan Barisan Nasional (BN)  untuk menakluk negeri ini.
MB Kelantan: Amanah parti ‘kacau daun’  “Lagipun Amanah tidak akan bertahan lama sama ada di Kelantan malah di luar Kelantan dan ia hanya wujud atas rasa kecewa dari pimpinannya yang juga dari Pas.  Perjuangan mereka juga rapuh dan tiada hala tuju,” katanya.
 Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hadir majlis pelancaran jentera Pas Kelantan sempena PRU-14 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa di sini semalam.
 Sebelum ini Presiden Amanah, Muhammad Sabu ketika berceramah di negeri ini menyatakan keyakinan parti itu  mampu mengambil alih Pas Kelantan kerana rakyat negeri ini bijak dalam membuat percaturan politik.
 Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, Pas Kelantan menyerahkan nasib bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang secara lantang mengkritik parti terbabit kepada jawatankuasa tatatertib bagi sebarang tindakan lanjut.
 “Kita tunggu sebarang tindakan daripada jawatankuasa terbabit untuk sebarang keputusan. Segalanya ditentukan pihak berkenaan dan kita hanya tunggu maklumat susulan memandangkan aduan telah dilaporkan," katanya.
 Ditanya mengenai masa depan Husam dalam Pas, Mohd Amar berkata, kini terserah kepada parti selain Husam sendiri sendiri dalam menentu hala tuju perjuangannya.
 “Kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian atau keputusan lagipun isu beliau dalam parti masih belum selesai lagi,” katanya.

Najib on trials, tribulations of 40 years in politics

The prime minister says he ventured into politics in 1976 as it was the only way to help the poor and destitute.
najib
PEKAN: Prime Minister Najib Razak regarded his 40-year political journey since Feb 21, 1976 as tortuous and replete with stories of grief and happiness and the spices of life.
Najib said, since he was picked to be a member of parliament at the age of 22 years seven months, he was beset with a myriad of ordeals including almost losing his life when the helicopter he was in went into a spin due to a mechanical problem prompting a forced landing in Janda Baik in 1987.
“During the 40 years, definitely I have been forced to go through a lot and if it was not due to Allah’s protection, I would not have lived to this day. I was almost killed on several occasions but not many people know this.
“On one occasion, the helicopter I was on almost crashed in the Janda Baik area, but thank god, I was safe,” he said when sharing his trials and
tribulations in the 40 years of being a politician.
Najib said he had also experienced some unnerving moments when he almost fell when changing boats during an area visit to Pulau Tioman when Rompin was still under the Pekan parliamentary constituency.
“The car I was travelling was once involved in an accident and overturned during a downpour. At that time, my wife (Rosmah Mansor) was pregnant and before we knew it, water began to seep into our car, but Alhamdulillah (All praises be to Allah), we were safe,” he said.
The prime minister said the ceremony last night was indeed apt to celebrate his 40-year involvement in politics because without the blessings of Allah, he wouldn’t be in the position he is in today.
He also regarded yesterday as a nostalgic and an extremely touching day for himself and that he personally wanted the ceremony to be held in Pekan because this was where his political career began.
Najib said without the aid and support of the people of Pekan he would not have been able to persevere in politics until today.
He also revealed that during the early years of his involvement in politics, he was not confident of himself as he was young and had just returned from abroad.

Sarawak 'fix-deposit' Umno-BN, punca tangguh kemasukan pekerja asing, kata Tamrin


Tamrin  TunGhafarTamrin TunGhafarTamrin Tun Ghafar mendakwa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberi amaran keras kepada kerajaan Pusat berkaitan pengambilan pekerja asing Bangladesh masuk ke negeri itu.
Beliau berkata, penangguhan pengambilan pekerja warga asing oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi yang diumumkan pada Jumaat lalu, sepatutnya tidak berlaku.
"Mengapa tiba-tiba pula buat pengumuman di Sarawak? Ini kerana Adnan Satem telah beri amaran keras kepada Kerajaan Pusat bahawa Sarawak tidak akan membenarkan walau seorang Bangla pun berkerja di sana.
"Jadi Zahid terpaksa tunjuk dia kononnya perihatin terhadap pandangan orang Sarawak. Mengapa? Ini kerana Sarawak ialah "fix deposit" UMNO-BN. Tanpa sokongan Ahli Parlimen Sarawak kerajaan pusat akan tumbang," ujarnya dalam satu kenyataan.
Dakwa Tamrin lagi kini terdapat kira 2.5 juta rakyat asing di Malaysia dan hampir separuh daripada jumlah tidak berdaftardan majoriti pula Bangladesh dan Indonesia.
" Zahid hanya kata penggambilan 1.5 juta warga Bangla di tangguh bukan dibatalkan sehingga satu kajian keperluan dibuat.
"Soalnya mengapa lulus dan umum sebelum kajian menyeluruh dibuat. Inilah bangang dan bodohnya kerajaan Umno-BN.
"Menteri Sumber Manusia kata 1.5 juta warga Bangla itu bukan semuanya akan datang ke Malaysia. Dia ni pun cuba nak menipu juga sedangkan gambar-gambar menunjukan dialah yg mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian 1.5 juta itu di Dacca, India," ujarnya.

Kajian dedah kepimpinan tanpa hala tuju ulama PAS punca ahli keliru

Ahli akar umbi PAS kini terkontang-kanting dalam pelbagai isu kerana tidak mendapat penjelasan sikap sebenar parti dalam banyak hal, menurut kajian Ilham Centre. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Februari, 2016.Ahli akar umbi PAS kini terkontang-kanting dalam pelbagai isu kerana tidak mendapat penjelasan sikap sebenar parti dalam banyak hal, menurut kajian Ilham Centre. Selepas 8 bulan kumpulan konservatif mengambil alih kepimpinan PAS, ahli akar umbi kini terkontang-kanting dalam pelbagai isu kerana tidak mendapat penjelasan sikap sebenar parti dalam banyak hal, menurut satu kajian.
Kajian terbaru Ilham Centre mendapati, ahli akar umbi turut keliru disebabkan kenyataan bercanggah kepimpinan PAS terutamanya mengenai kerjasama dengan Umno.
Kajian juga mendapati ramai pemimpin di peringkat kawasan di utara semenanjung tidak berpuas hati dengan kepimpinan negeri yang dilantik PAS.

Pengarah Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Abu Bakar berkata, kepimpinan PAS di peringkat nasional juga tidak begitu aktif bertemu dengan ahli akar umbi dalam ceramah atau program. Selain itu, ahli PAS juga merungut tentang kepimpinan nasional yang tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun tentang strategi parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Hisomuddin.
"Mereka mula mempertikaikan apa yang dibuat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang menang besar muktamar lalu dalam menjelaskan isu ini kepada mereka.
"Pada masa sama, kenyataan media yang dibuat pemimpin bercanggah antara satu sama lain," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.
Pemilihan PAS pada Jun tahun lalu antara yang paling memecahbelahkan dalam sejarah 55 tahun penubuhannya.
Kumpulan konservatif berjaya menyapu bersih semua jawatan utama dan menyingkirkan golongan progresif.
Kumpulan progresif  – terdiri daripada ahli Parlimen PAS yang terkenal meninggalkan parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
PAS pada masa sama menolak untuk menyertai gabungan baharu Pakatan Harapan tetapi mengekalkan kerjasama dengan PKR.
Hala tuju PAS tidak jelas
Sejak itu, terdapat persoalan mengenai hala tuju PAS.
Sesetengah pemimpinnya mahu hubungan lebih rapat dengan Umno sementara yang lain mahu PAS kekal sebagai parti pembangkang independen.
Hisomuddin berkata, rungutan terbesar ahli akar umbi ialah berhubung kenyataan bercanggah kepimpinan nasional.

TS Muhyiddin Tabik GKCM !

Mat Sabu: Malaysia Jadi Negara Pembohong, Siapa Nak Mari Melabur Dalam Keadaan Begini?