Ahad, 21 Februari 2016

KDN syor gubal undang-undang daftar penulis blog

Ia bagi membantu KKMM menggubal undang-undang baharu bagi tujuan mengekang penulisan berunsur fitnah
Datuk Nur Jazlan Mohamed
JOHOR BAHARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan undang-undang digubal supaya penulis blog wajib mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai usaha mengekang bahan penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab.
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, cadangan kepada KKMM itu bertujuan memastikan mutu bahan penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika serta tidak menyalahgunakan internet.
Beliau berkata, KDN hanya mengawal penerbitan akhbar melalui Akta Mesin Cetak tetapi ia tidak cukup untuk mengawal penulisan blog berunsur fitnah dan tidak beretika.
“Jadi kita (KDN) hendak bantu kementerian berkaitan dalam usaha mereka menggubal undang-undang baharu bagi tujuan tersebut,” katanya kepada pemberita pada majlis rumaah terbuka Terbuka Tahun Baharu Cina 2016 di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, di sini hari ini.
Beliau berkata, banyak negara termasuk Singapura turut menguatkuasakan pendaftaran itu dan tidak menolak kemungkinan model yang diguna pakai di negara jiran terbabit dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang baharu tersebut.
– BERNAMA

‘Dividen KWSP 2015 lebih rendah, Najib puji salah tempat’

Tidak seperti PM Najib Razak yang mengucap tahniah kepada KWSP kerana berjaya membayar dividen setinggi 6.4%, pencarum dana persaraan itu sebaliknya mempersoalkan mengapakah dividen KWSP tidak pernah mencecah 7%.
“Dividen KWSP pada kadar 6.4% bukanlah tinggi. Saya pikir boleh dapat lebih daripada 7%,” kata Pauline Tan, berusia lingkungan 40-an dan bekerja sebagai penjual barangan makanan tambahan kepada Suara pakatan daily.
Beliau menegaskan dividen KWSP sepatutnya lebih daripada 7% kerana kerajaan selalu menguar-uarkan bahawa ekonomi negara adalah kukuh dan stabil.
Seorang lagi, kerani akaun di sebuah kedai menjual barang logam menyatakan rasa kecewa sebab kadar dividen telah menurun dari 6.75% pada tahun 2014 kepada hanya 6.4% tahun ini.
“Kadar dividen wajar lebih daripada 7% memandangkan kerajaan selalu mengheboh-hebohkan ekonomi adalah bagus,” ujar Ann Yong, 51 tahun.
Beberapa pencarum yang diwawancara juga merasa kecewa dengan kadar 6.4% tersebut. Hujah mereka ialah kadar KWSP mesti sentiasa ditingkatkan kerana kos sara hidup meningkat berkali ganda sejak sedekad lalu.
“Kalau kadar KWSP turun, simpanan masa tua kami akan terjejas. Kerajaan senantiasa kata ekonomi bagus, oleh itu mengapakah tidak boleh diberi dividen yang tinggi?” soal Ann lagi.
Rakyat Malaysia kebelakangan ini berasa bimbang simpanan hari tua mereka tidak akan cukup untuk menampung kos hidup selepas sepuluh tahun mereka bersara, apatah lagi sekiranya menghidap penyakit kronik.

Betul ke bohong Zahid tangguh ambil pekerja asing 1.5 juta Bangladesh, soal Mahfuz


Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Ahmad Zahid HamidiAhli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mula mempersoalkan banyak perkara yang berlaku muktahir ini membabitkan isu pengambilan dan penangguhan pekerja asing sebagaimana kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.
Beliau berkata, diperingkat awal kenyataan Ahmad Zahid mengatakan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh bukan kehendak kerajaan tetapi permintaan majikan Sebaliknya kenyataan Ketua Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, Datuk Shamsudin Bardan pula  menyatakan majikan tidak memerlukan tambahan pekerja sebanyak itu. Manakala Datuk Sri Wee Ka Siong, Menteri di JPM ujarnyanya, juga tidak setuju dengan pengambilan tersebut tanpa penyelesaian kepada Pati yang sedia ada di pasaran kerja hari ini
"Kemudian, Zahid menyatakan bukan kerajaan yang hendak dan bukan sebab permintaan majikan, tetapi belia Malaysia yang malas tidak mahu kerja yang kotor, bahaya dan sukar (3D) menjadi punca kerajaan terpaksa bawa masuk pekerja asing Bangladesh 1.5 juta orang.
" Khairy Jamaludin dan Datuk Seri Azalina Othman pun sokong Zahid. Bermati-matian pemimpin Umno pertahan kemasukan pekerja Bangladesh kerana dikatakan belia Malaysia malas dan segala macam.
"Cakap sahajalah bahawa kemasukan pekerja asing akan memberi pulangan kepada syarikat kroni yang diberi lesen untuk menguruskan kemasukan dengan bayaran yang perlu dibayar. Tidak perlu pusing sana, pusing sini," ujar Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Perubahan Diri

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Manusia kebanyakannya akan berubah cara berfikir dan penampilan dengan bertambahnya umur. Kadar perubahan diri seseorang itu bergantung kepada beberapa faktor. Dengan bertambahnya umur, faktor seperti pengalaman dan ilmu serta maklumat yang diperoleh dalam tempoh tersebut.

2) Jika faktor-faktor ini besar, contohnya banyak persitiwa yang memberi kepada seseorang itu pengjaran dalam pengalaman hidupnya, atau ketekunan seseorang itu menimba ilmu yg banyak, kadar perubahan seseorang itu akan lebih cepat dan ketara.

3) Seorang remaja yang berilmu boleh menjadi lebih matang cara berfikir berbanding orang tua yang tidak berilmu dan kurang menimba pengalaman. Seorang yang tua boleh kelihatan kebudak-budakan cara berfikirnya dek kerana kurangnya ilmu dan pengalaman, tidak selari dengan pertambahan umurnya.

4) Dan perubahan cara pemapilan diri juga berkait rapat dengan hal ini. Contohnya seseorang tiu semasa mudanya lemah, kurang keyakinan diri, tidak mempunyai impian besar, boleh berubah menjadi seorang yang hebat, berwawasan dan bercita-cita tinggi apabila dia meninggikan kadar pengalaman dan ilmunya.

5) Seseorang itu juga kelihatan kasar, garang, tegas ketika mudanya, boleh berubah menjadi lemah lembut, berfikiran terbuka, lebih diplomatik, lebih meraikan perbezaan pendapat - bergantung kepada pengalaman-pengalaman yang dilaluinya.

6) TG Haji Hadi semasa mudanya dilihat sangat kasar, garang, dan tegas samada dalam ceramah, kuliyah dan penampilannya. Namun hari ini bersikap lunak, menerima sesiapa sahaja yang mahu berkawan asalkan tidak menentang syariat. Sehingga ramai yang masih terbawa-bawa isu ketegas beliau semasa mudanya dibanding dengan sikap hari ini dengan mengatakan "dulu lain, sekarang lain".

7) Sedangkan dulu, dia berdepan dengan watak-watak Umno yang berbeza kasarnya berbanding Umno hari ini. Beliau juga pernah lunak terhadap DAP, dan hari ini bersikap keras - tentunya berdasarkan pengalaman semasa bersama. Cara berfikir manusia boleh berubah.

8 ) Dr MAZA juga keras semasa zaman mudanya, samada dalam ceramah, ataupun penulisannya. Isu membid'ah, menyindir golongan pondok dan beberapa kenyataan keras terhadap amalan-amalan yang tiada nas sahih menyebabkan beliau dituduh Wahabi. Hari ini sikapnya lebih lunak dan jauh lebih diplomatik berbanding zaman mudanya.

9) Penentangan terhadap beliau oleh sesetengah pihak adalah lebih kepada berdasarkan video dan penulisan beliau semasa mudanya yang keras dan tiada diplomasi. Beliau sendiri akui bahawa dia sangat agresif dahulunya dan hari ini pandangannya lebih terbuka dan lebih lembut dalam mendepani sasaran dakwahnya.

10) Namun Abg Mat Sabu semasa mudanya keras dalam ceramahnya walaupun ada jenaka. Dia sangat berkeras dengan Umno dan kuncu-kuncunya. Namun usianya sangat kurang membuatnya berubah untuk dia berlembut dengan Umno. Malah hari ini mungkin dia berubah menjadi lebih keras, sehingga membaling mikrofon. Hal ini juga berkaitan dengan pengalamannya mendepani perjuangan memalwan Umno jua.

11) Berubah dan berubah menjadi lebih baik itu lebih utama. Dan faktor untuk berubah juga perlu kepada penelitian. Biarlah berubah kepada kebaikan dengan faktor ilmu dan pengalaman, bukan faktor duit dan jawatan, mahupun wanita dan kemewahan.

12) Umat yang paling tidak mahu berubah adalah pengundi dan penyokong Umno/BN. Dulu, Kini Selamanya.

Sekian.

Perbezaan pandangan dan faham akhlak

Oleh Zulhilmi Zakaria
Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita lewat ini apabila kita sudah berani untuk menyesatkan saudara se-Muslim yang lain, kita sudah berani untuk menentukan syurga dan neraka manusia lain.Kita merasakan kebenaran itu hanya milik kita seorang, hanya milik kumpulan kita, hanya milik parti kita, hanya milik ‘ustaz’ kita.
Fahaman ini amat membahayakan masyarakat terutamanya mereka yang kurang didikan agama dan tidak tahu menahu tentang urusan keagamaan.
Ia akan memberi bibit perpecahan dalam masyarakat dan mengeruhkan jiwa yang sepatutnya tenang dan rahmat dengan agama, tetapi lebih menjauhkan diri serta membekas skeptisisme beragama. Malah, sikap sepert ini turut melanda agamawan sehingga mereka sanggup menyesatkan, membid’ahkan, mentawhibkan (mewahabikan) dan ada juga sehingga tahap mengkafirkan.
Segelintir mereka sanggup menggunakan dalil agama untuk memenangkan atau membenarkan semua perbuatan mereka dan kumpulan mereka.
Bukan tidak boleh untuk beragama menggunakan dalil, malah perlu sekali. Tetapi, menolak semua pandangan yang berbeza daripada sudut tafsiran dan konteks, ia akan menjadi satu masalah dan perpecahan.
Persoalan yang perlu diselesaikan ialah bagaimana untuk menguruskan perbezaan, bukan menolak semua idea yang berbeza.
Ramai ulama di dalam intelektualisme Islam menulis tentang adab dalam menangani perbezaan ini baik yang turath (silam) atau kontemporari.
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Dr Yusuf Al-Qaradhawi turut menulis tentang “Fiqh Ikhtilaf”. Dr Taha Jabir Al-Alwani turut menulis “Adab al-Ikhtilaf fil al-Islam” kemudian turut diterjemah ke dalam bahasa Inggeris berjudul “The Ethics of Disagreement in Islam”.
Dr Taha menyebut di dalam bukunya apabila menghuraikan tentang masalah khilaf yang berlaku tidak memberi kebaikan kepada umat malah menjauhi moral dan akhlak yang diajar Islam melalui utusan Nabi Muhammad:
“Disputes which lead to division and disunity are tantamount to abandoning the guidance of the Prophet Muhammad in the Qur’an with regard to 'those who have broken the unity of their faith and have become sects' and say: 'You have nothing to do with them' (6:159). This verse expresses a condemnation of all sectarianism arising out of people’s intolerant, mutually-exclusive claims to being 'the only true exponents' of divine teachings.” (Alwani, 1993:3).

Keputusan tangguh kemasukan pekerja asing hanya drama, kata Ibrahim Ali

Rakyat diminta tidak terlalu teruja dengan keputusan kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja warga asing kerana ia disifatkan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hanya drama bagi meredakan kemarahan rakyat.
Menerusi video dimuat naik blogger Minaq Jinggo, Ibrahim mendakwa, kerajaan sebenarnya akan tetap meneruskan kemasukan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh meskipun wujud arahan pembekuan.
"Rakyat jangan bertepuk tangan apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi buat pengumuman menghentikan kemasukan 1.5 tenaga pekerja asing.

"Kita jangan mudah teruja dengan drama, di mana, setakat penangguhan ini, untuk meredakan kemarahan rakyat. "Tetapi sebenarnya, pekerja akan tetap dibawa masuk dengan jumlah 1.5 juta," katanya dipetik daripada video tersebut.
Tambahnya, kerajaan sebelum ini juga ada mengumumkan pemansuhan sementara kemasukan pekerja asing namun ia diteruskan secara senyap-senyap.
"Dulu pun Kabinet kata bekukan, tetapi dalam senyap-senyap meneruskan, termasuk kuota pekerja asing, peringkat demi peringkat, sampai kita lihat, berapa banyak jumlah membanjiri negara kita hari ini," katanya.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh bagi memenuhi permintaan majikan dan industri.
Ia menerima bantahan pelbagai pihak tetapi satu memorandum persefahaman tetap ditandatangani antara Putrajaya dan Dhaka pada 18 Februari lalu.

Kenapa buat pusingan U selepas tandatangan perjanjian dengan Dhaka..!!

Bagaimana Putrajaya boleh mengumumkan perubahan dalam dasar pengambilan pekerja asingnya selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Bangladesh berhubung kemasukan 1.5 juta warga negara itu, kata PKR hari ini.
Naib presiden parti Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan mendadak itu menimbulkan tanda tanya berhubung proses penggubalan dasar kerajaan.
"Senaraikan semua syarikat-syarikat dan industrinya yang memohon dan memerlukan pengambilan pekerja daripada Malaysia. Berapakah jumlahnya?

"Berapakah peratus yang diwakili Malaysia daripada 139 negara yang diumum Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot?" soal ahli Parlimen Lembah Pantai itu merujuk kenyataan Richard pada Jumaat. "Apakah status kejayaan pemutihan 6P sebelum ini dan kelangsungan program bagi memastikan lambakan pekerja asing tanpa izin dapat diselesaikan secara berperingkat?" soalnya lagi, dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mempersoalkan jika Putrajaya mempunyai rancangan menaik taraf kualiti pekerjaan supaya pekerja sektor 3D (kotor, berbahaya, sukar) sekalipun akan mendapat gaji berpatutan dengan tahap penjagaan minima, serta tidak terabai dan dilayan seperti hamba.
Nurul Izzah juga bertanya bilakah secara spesifiknya pelaksanaan gaji minima RM1,500 sebulan akan dilunaskan.
"Saya boleh menjamin pekerja Malaysia boleh bekerja di kilang-kilang, bidang pembinaan serta perkhidmatan, jika gaji minima dilaksanakan," katanya.
Beliau yang juga pengarah pilihan raya PKR itu juga mahu kerajaan menyatakan jumlah pekerja tempatan yang bekerja di luar negara dalam sektor 3D, terutamanya di Singapura.
Juga, bilangan pekerja tempatan yang bekerja dalam industri kasar seperti minyak & gas dan perkapalan.

WOWW !!.. Najib nak jadi PM selama macam Tun Mahathir ka...

Kalaulah Najib kekal.. baguslah tu...
- GST terus kekal rompak duit rakyat..
- Rosmah Najib bermewah terbang naik jet mewah
- Makin bertambah anak2 KUNG FU PANDA..
- Rakyat terus diTOLolkan Najib..
- 1.5 juta bangladesh bakal temui anda...

22 tahun ka, atau sampai mati ka... kita tunggu PRU14 nanti. Stkt mana najib boleh pergi jauh..

Marah BN,hukum mereka di peti undi!

Oleh Azzan Aznan Abdul Rahim

Saya bersetuju anda tidak bersetuju kerajaan Barisan Nasional membawa 1.5 juta pekerja Bangladesh

ke negara kita.Saya juga bersetuju bahawa anda menyampah dengan jawapan kolot bapak menteri Zahid Hamidi.

Saya amat bersetuju jika bapak menteri sendiri mencabar anaknya untuk bekerja keras dan KOTOR di bawah payungan sinar mentari daripada bekerja di suite mewah berhawa dingin.

Namun, saya mohon berbeza pandangan soal kenyataan rambang daripada beberapa rakan kita yang mengheret subjek bangsa dan negara dalam isu ini.

Jangan salahkan bangsa Bangladesh jika ada orang Bangladesh yang melanggar undang-undang ketika berada di Malaysia.

Jangan sesekali menyalahkan negara Bangladesh apabila rakyat Bangladesh yang berada di sini berbuat salah.

Pendek kata, mohon elakkan memukul rata apabila berbicara akan sesuatu itu, lebih-lebih lagi perihal sesama manusia.

Soal perbuatan jahat, bukan rakyat Bangladesh sahaja yang menjadi pesalah tegar, rakyat bangsa lain juga kerap dituduh, ditangkap dan didakwa kerana melakukan jenayah.

Tahniah BN, takziah pula untuk Pakatan Harapan

Oleh Tuan Nazurri
Minggu ini, kita rakyat Malaysia dihidangkan dengan dua peristiwa penting yang melibatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, Pakatan Harapan.Kedua-duanya penting tetapi bezanya satu berita gembira satu lagi sebaliknya.
Berita gembira, kerajaan BN membekukan pengambilan pekerja asing termasuklah dari Bangladesh yang telah menjadi rakyat Malaysia ‘meroyan’ seperti dunia mahu sudah kiamat.
 Syukurlah kerajaan mendengar pandangan dan suara rakyat. Akhirnya pada Jumaat baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan itu.
Ini jelas dan terbukti kerajaan BN mendengar pandangan rakyat sebelum membuat apa-apa keputusan yang melibatkan masa depan negara.
Namun, perlu diingat juga, Zahid menjadi mangsa sikap hipokrasi rakyat Malaysia. Kalau rakyat tempatan sanggup bekerja dalam sektor 3D, takkan ada pekerja asing di negara ini.
Oh ijazah kami bukan untuk cuci longkang, berpanas dan berhujan. Antara alasan diberi rakyat tempatan untuk ‘membantai kerajaan’. Habis tu kamu ingat yang datang bekerja di negara ini tidak berpelajaran? Ada segelintirnya memiliki ijazah dan lebih pandai berbahasa Inggeris daripada kamu. Cuba nasib mereka malang lahir di negara miskin.
Bagaimana pula dengan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang? Khabarnya sehingga kini tidak ada perkembangan kerajaan negeri mahu mendapatkan pandangan rakyat sebelum melaksanakan projek menambak laut. Wakil rakyat PKR pula ‘dihukum’ kerana tidak menyokong kerajaan negeri.
Jadi rakyat Malaysia, sudah terang lagi bersuluh, kerajaan mana yang benar-benar mengambil kira pandangan rakyat dalam pentadbiran dan kerajaan mana pula yang mengetepikan suara rakyat? Pandai-pandailah bezakan…
Apapun keputusan kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing adalah tepat dan wajar.
Berita sedih. Pakatan Harapan kemungkinan besar tidak bertanding di kesemua 84 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN). Maka Pakatan Harapan tidak boleh diharap sangat untuk menawan Sarawak. Amat menyedihkan, memeritkan dan memilukan untuk penyokong tegar pembangkang.

Siapa dia Peguam Negara?

Oleh Mohamed Hanipa Maidin
1. Berdasarkan ruang lingkup Perlembagaan, Peguam Negara menjalankan dwi peranan.
2. Pertamanya beliau adalah Penasihat kepada Kerajaan . Keduanya beliau juga mewakili Kerajaan sebagai Pendakwa Raya yang mempunyai budibicara untuk mendakwa mana mana mana orang atas kesalahan jenayah.
3. Artikel 145 ( 3 ) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai budibicara untuk mendakwa, tidak mendakwa, menarik balik atau gugurkan apa apa pendakwaan jenayah ke atas mana mana orang. Mahkamah di Malaysia menyatakan budibicara Peguam Negara tidak boleh dipersoalkan oleh Mahkamah yang beerti ia kebal. Sebaliknya ada keputusan di Mahkamah negara lain seperti Singapura dan England yang memutuskan budibicara peguam negara masih boleh disemak oleh Mahkamah dalam keadaan keadaan tertentu.
4.Sebagai Pendakwa Raya bukan bermakna Peguam Negara sendiri yang mesti hadir ke Mahkamah dan kendalikan perbicaraan jenayah. Dalam menjalankan tugas dan peranan sebagai PendakwaRaya ( public prosecutor ), Peguam Negara dibantu oleh Timbalan Timbalan Pendakwaraya ( Deputy Public Prosecutor atau biasa dipanggil DPP ) di mana DPP ini adalah "alter ego " iaitu pihak yang jalankan peranan Pendakwa Raya.
6. Peguam Negara dilantik oleh Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau mestilah seorang yang layak untuk dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.
Wallahu 'alam

Pembekuan warga asing: BN akan flip-flop lagi selepas PRN Sarawak?

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
PAS percaya tindakan flip-flop dalam keputusan pengambilan 1.5 juta warga Bangladesh ke pembekuan pengambilan warga asing secara total dalam sekelip mata besar kemungkinan cumalah taktik sementara mengelakkan isu ini daripada menjadi isu utama di pilihanraya negeri Sarawak.
Ini kerana isu pengambilan warga asing secara besar-besaran ini adalah isu yang merentas kaum, agama dan politik dan ia sudah pasti memberi kesan kepada BN di PRN Sarawak.
Isu ini akan meletakkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang kuat berkempen untuk menguatkan rakyat tempatan Sarawak sendiri dalam keadaan tersepit sekiranya beliau menyokong pengambilan warga asing secara besar-besaran tanpa menyelesaikan masalah kerja dan kehidupan yang sedang menyelebungi rakyat Sarawak. Warganegara yang tertindas di negeri sendiri, terutamanya negeri Sarawak, sudah pasti akan terasa dengan polisi kerajaan untuk membawa sebegitu banyak warga asing ke negara tatkala hidup mereka terus dihimpit dengan kesusahan kos hidup, mencari kerja dan suasana sosio-politik yang kian berubah kerana pertambahan warga asing yang begitu mendedak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bayangkan perasaan warganegara sendiri apabila melihat warga asing mendapat kerja manakala mereka menganggur, warga asing berniaga merata manakala mereka terus hidup bergaji rendah dan ada yang tiba-tiba menjadi Bumiputra kerana mengahwini orang Bumiputera tempatan dan mendapat hak yang sama, malah ada yang lebih baik daripada warganegara sendiri.
Hari ini, kerajaan boleh menyalahkan kononnya majikan yang flip-flop dalam pengambilan warga asing. Tapi, betulkah begitu kerana pelan perniagaan dan sumber manusia tidak akan secepat para menteri BN berubah keputusan?
Rakyat tunggulah dan lihatlah apakah alasan kerajaan ketika itu pula untuk membolehkan pengambilan warga asing semula. Besar kemungkinan rakyat terpaksa tunggu sehingga PRN Sarawak selesai dahulu.

Dewan Ulamak Pas Selangor alukan pindaan Akta 355


Datuk Seri Jamil Khir Khir Baharom menyatakan bahawa Akta 355 akan dipinda bagi memperkasakan lagi Mahkamah Syariah. Datuk Seri Jamil Khir Khir Baharom menyatakan bahawa Akta 355 akan dipinda bagi memperkasakan lagi Mahkamah Syariah. Dewan Ulamak Pas Selangor mengalu-alukan pindaan bagi Akta 355 sebagaimana diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini.
Ketuanya Ustaz Rizuan Rahmat berkata keputusan menteri itu sebagai suatu perkembangan yang positif bagi membolehkan Undang-undang Hudud dilaksanakan di Malaysia.
"Biarpun sesetengah pihak memandang kecil pindaan ini, tetapi ia telah memberikan perkembangan yang baik untuk memperkasakan Mahkamah Syariah yang merupakan salah satu aspek yang penting dalam pelaksanaan hukum hudud.
"Dewan Ulamak PAS Selangor sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memperkasakan lagi pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysiam," ujarnya dalam satu kenyataan.
Pindaan itu akan meningkatkan lagi kuasa Mahkamah Syariah yang sekarang ini hanya boleh menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan syarak terhad kepada 3 tahun penjara, 6 sebatan dan RM5,000 denda.
"Dengan pindaan ini, kuasa yang lebih besar akan diberikan kepada Mahkmah Syariah yang sekali gus memberikan laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud," ujarnya.
Beliau juga menyatakan Dewan Ulamak Pas Selangor turut menggesa pihak yang berkaitan untuk membincangkan hukum pampasan (diyat).
"Diyat jarang sekali diutarakan kerana masyarakat akan lebih nampak keindahan Islam dalam memberikan jaminan dan ganti rugi kepada mangsa atau keluarga mangsa apabila sesuatu kesalahan dijatuhkan," ujarnya.
Pada 18 Februari lalu, Jamil Khir Khir Baharom menyatakan bahawa Akta 355 akan dipinda bagi memperkasakan lagi Mahkamah Syariah.

Pekerja Bangladesh: Kenyataan bercanggah menteri kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR 21 FEB: Kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) digesa berhenti mengelirukan rakyat dengan memberi kenyataan bercanggah berhubung isu kemasukan 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh ke negara ini.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata ia menunjukkan tahap kecekapan pemimpin kerajaan BN kian membimbangkan sehingga bertindak membuat penjelasan bercanggah kepada rakyat.
Dua menteri yang ada PhD pun tidak dapat menentukan apakah angka sebenarnya. Tahap kecekapan mereka kian membimbangkan.
Kabinet mesti memberi kata putus dan menjelaskan angka manakah yang betul? 1.5 juta ke Malaysia atau untuk dihantar ke 139 negara? Atau adakah Malaysia membolot kuota 139 negara?” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot pagi tadi yang menafikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini bahawa seramai 1.5 juta pekerja asing akan dibawa masuk dalam masa tiga tahun.
Richard menyatakan jumlah 1.5 juta itu merujuk kepada pekerja berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk dihantar ke 139 negara yang memerlukan khidmat mereka, bukan ke Malaysia semata-mata.
“Menteri yang didapati membuat kenyataan salah berhubung isu 1.5 juta tenaga kerja Bangladesh itu wajar meletak jawatan dan meminta maaf kerana mengelirukan rakyat selama 8 bulan.
“Malah, kurang 24 jam selepas penandatangan perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Bangladesh, Zahid pula mengumumkan kerajaan telah membekukan kemasukan 1.5 juta pekerja asing itu tadi.
“Ia jelas membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak berpegang kepada janji mahupun tahu menghormati kontrak,” katanya.

Kepimpinan Kerajaan Persekutuan lemah punca keputusan ‘Flip Flop’

ISU PEKERJA BANGLADESHTindakan Kerajaan Persekutuan membuat keputusan ‘Flip Flop’ dalam sesuatu isu disebabkan tidak membuat kajian terperinci sebelum memutuskannya.
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Persekutuan sering bersikap demikian dan ia boleh dilihat menerusi isu pendidikan sebelum ini dan terbaru isu kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh ke Malaysia.
“Ini memang sikap Kerajaan Persekutuan yang flip flop suka menggubal sesebuah dasar tanpa ada kajian yang terperinci dan maklum balas dari stockholder dan pemain industri utama.
“Kita dapat lihat kepimpinan Kerajaan Persekutuan yang lemah dan tidak ada hala tuju jelas untuk memulihkan suasana ekonomi negara yang semakin parah pada hari ini,” katanya sewaktu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Dun Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara, di sini, hari ini.
Katanya lagi, kelemahan kepimpinan Kerajaan Persekutuan memberi kesan kepada rakyat dan ekonomi negara.
“Soal kepimpinan penting dalam memastikan pembangunan dan kemajuan sesebuah negeri.
“Kalau kepimpinan itu lemah dan tidak ada visi, ianya beri kesan kepada rakyat dan ekonomi negara,” katanya.

Mukhriz dijerut madah Berani Berubah?


Apa khabar 'otai' Kedah?
Sudah hampir sebulan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menduduki kerusi menteri besar dan sudah hampir sebulan juga kelibat Datuk Seri Mukhriz Mahathir tersingkir daripada pentas politik ketara negeri itu.
Berbanding Mukhriz, Ahmad Bashah adalah pilihan yang lebih digemari ketua-ketua bahagian Kedah - dibuktikan apabila mereka bersekutu untuk mendesak perdana menteri menggantikan Mukhriz.
Ketika anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa dia mendapat sokongan rakyat terbanyak Ahmad Bashah pula menggunakan dukungan ketua-ketua bahagian untuk mengabsahkan tuntutan kepada kepimpinan di Putrajaya.
Realitinya - ketika ini - bagaimana?
Seorang ahli jawatankuasa bahagian Umno Kedah memberitahu sebenarnya kebanyakan pemimpin peringkat negeri 'terkejut' dengan cara baru dibawa Mukhriz di Wisma Darul Aman.
"Sebab itu, barisan exco kerajaan negeri yang dipilih Mukhriz sebelum ini dibarisi muka-muka baru. Mengapa? Sebab Mukhriz cuba membentuk gaya kepimpinan baru," katanya.
Namun ironisnya "gaya baru" itulah yang mendorong Mukhriz terkorban di pentas politik arus perdana.
Sumber dari Pemuda Umno bahagian pula memaklumkan pedekatan Mukhriz menyebabkan sesetengah pemimpin di Kedah sukar 'mencari makan' melalui projek kerajaan negeri.
"Secara majoriti ahli Umno suka kepada Mukhriz, hanya sesetengah pemimpin bahagian berasa tidak gembira.
"Mereka tak puas hati sebab susah cari makan atas nama Umno," tegasnya.
Selalu terlalu 'berkira'
Menurut beliau, tidak seperti sangkaan kebanyakan orang 'luar', Mukhriz bukan seorang politikus 'lurus bendul' sebaliknya memiliki keperibadian baik.
Katanya, pendekatan diambil Mukhriz biasanya bertentangan dengan tradisi dibawa pemimpin di peringkat bahagian.
"Mengikut fahaman orang Umno di peringkat bahagian, mereka perlukan wang untuk menjaga kawasan, namun bagi Mukhriz, beliau mahu pemimpin tersebutlah berusaha mencari dana untuk memberi khidmat kepada rakyat," katanya.

Daripada harapan tinggi hingga diselubungi skandal, 40 tahun Najib aktif berpolitik

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperingati 40 tahun penglibatan aktifnya dalam politik hari ini, tetapi tarikh penting itu tiba ketika tempoh paling sukar dalam kerjaya yang menyaksikannya beralih daripada menjadi harapan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada seorang yang dihujani dakwaan skandal kewangan.
Selain gelombang pemberontakan yang semakin meningkat di kalangan ahli Umno menuntut peletakan jawatan beliau, presiden ke-6 parti itu sedang menerajui sebuah negara yang 52% daripada pengundinya menolak gabungan dipimpinnya pada pilihan raya umum terakhir.
Cita-cita Najib sendiri sebagai seorang reformis atau "transformer" kini musnah selepas terlibat dalam 2 skandal kewangan – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan "derma politik" AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang mengalir ke dalam akaun peribadinya.

Beliau juga terpaksa berdepan kontroversi yang hampir sedekad lama apabila dokumentari penyiasatan Al-Jazeera baru-baru ini, menerbitkan semula dakwaan kaitan antara mangsa pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, lelaki yang disabitkan atas jenayah itu, dan Najib sendiri. The Malaysian Insider meninjau kembali beberapa mercu tanda dalam kerjaya politik Najib, bermula dengan harapan tinggi diletakkan kepadanya, permulaan menggalakkan sebagai perdana menteri dan kancah yang beliau terperangkap di dalamnya sekarang.
Harapan besar Umno
Nampaknya, menggalas harapan besar dan harapan yang disematkan ke bahunya merupakan tema biasa dalam kerjaya Najib berdasarkan biografi peribadinya di NajibRazak.com dan Wikipedia.
Graduan ekonomi itu menyertai politik pada usia 22 tahun dan menjadi ahli Parlimen termuda negara.
Apabila bapanya, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, meninggal dunia pada 14 Januari, 1976 parti itu menaruh harapan pada Najib untuk mengambil alih kerusi Parlimen bapanya di Pekan.
Najib menang tanpa bertanding dalam pilihan raya kecil yang berlangsung 5min ggu selepas kematian Tun Razak.
Pada tahun pertamanya sebagai ahli Parlimen, beliau dilantik sebagai menteri Kabinet penuh, bertanggungjawab atas telekomunikasi, tenaga dan perkhidmatan pos.
Kemudian, selepas pilihan raya umum 1982, pada usia 29 tahun, Najib dilantik sebagai menteri besar Pahang, sekali lagi menjadi salah seorang rakyat Malaysia termuda memegang jawatan itu.
Selepas 27 tahun kemudian, Umno mengharapkan Najib memulihkan sokongan orang ramai yang lesu selepas pendahulu beliau dan bekas presiden parti Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan berikutan kekalahan teruk pada pilihan raya umum pada 2008 di mana parti pemerintah BN, yang lama berakar umbi kuasanya sejak merdeka, dinafikan majoriti dua pertiga.
Dalam pada itu, Najib meningkat naik sebagai ketua Pemuda Umno, ahli Majlis Tertinggi, naib presiden dan timbalan presiden.
Menurut sumber dalaman parti, tradisi Umno menetapkan, seorang pemimpin perlu berkhidmat dalam 3 portfolio Kabinet – pendidikan, pertahanan atau dalam negeri dan kewangan – sebelum boleh dianggap layak menjadi calon presiden parti dan perdana menteri.
Najib sudah berkhidmat dalam semua 3 portfolio itu, dengan masa yang paling singkat di Kementerian Kewangan, bermula dari September 2008 di bawah Abdullah.
Beliau mengambil alih tampuk pimpinan daripada Abdullah pada April 2009.
Permulaan yang penuh semangat
Selepas Najib mengambil alih daripada Abdullah, beliau berjanji melakukan pembaharuan undang-undang dan ekonomi negara yang lebih mendalam dan bercita-cita besar menjadikan Malaysia “negara berpendapatan tinggi” dan “demokrasi terbaik di dunia”.
Bagi mencapai sasaran pertamanya, beliau memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB), yang antara lain matlamat utamanya mengurangkan ketidaksaksamaan pendapatan, merangsang produktiviti dan sedikit demi sedikit mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada produk minyak dan gas.
MEB juga sepatutnya menjadikan sektor swasta sebagai pengemudi utama ekonomi, bukannya kerajaan.
Memandangkan ia akan menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), MEB juga mahu mengubah insitatif tindakan afirmatif Bumiputera.
Najib juga membawa bersama beberapa perubahan politik seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menjadikan lebih mudah untuk mengadakan perhimpunan politik dan himpunan jalanan.

MINGGU CABAR-MENCABAR

Minggu ini politik negara kita penuh dengan aksi cabar-mencabar yang sekaligus membuatkan kita ternanti-nanti dengan penuh debar.
Ini yang mula-mula...

Diulang sekali lagi...

Kemudian diikuti yang ini...

Juga yang ini...

Yang ini pun lebih kurang berupa cabaran juga....

Siapa agaknya yang paling dulu menunjukkan keberanian untuk menyahutnya?

'Wawasan 2020 gagal kerana Tun Mahathir sendiri' - Musa Hitam

'Wawasan 2020 gagal kerana Tun Mahathir sendiri' - Musa HitamKUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam meramalkan Wawasan 2020 akan gagal dan menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Musa, Dr Mahathir lupa bahawa jika Wawasan 2020 mahu dijayakan beliau perlu melatih pemimpin di semua peringkat terutamanya pemimpin politik.

“Adalah ironik Wawasan 2020 pasti gagal kerana Dr Mahathir sendiri. Sebijak mana pun beliau, Dr Mahathir lupa bahawa untuk berjaya beliau perlu melatih pemimpin dari semua peringkat terutamanya di kalangan pemimpin politik.

Namun, Musa berpendapat rekod kepimpinan Dr Mahathir mempamerkan bekas Perdana Menteri Malaysia tersebut telah menyingkirkan ramai pemimpin berpotensi ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negara.

"Dr Mahathir telah menyingkir kelompok pemimpin berpotensi seorang demi seorang dan berkumpulan ... dan hanya mengekalkan pengikut yang setia.

"Pengikut ini dilatih untuk berdedikasi dan setia kepada sesiapa yang duduk di bahagian paling atas. Prinsip itu mudah sahaja ... mereka hanya perlu setia jika mahu terus 'hidup',” kata Musa yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 1986.

Musa berkata demikian dalam ucapannya di majlis memperingati ulang tahun ke-113 Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, yang dianjurkan oleh Institut Hal Ehwal Demokrasi Dan Ekonomi (IDEAS) pada Sabtu.

Musa turut menzahirkan kekecewaannya dengan situasi politik dalam negara masa ini.

Musa berkata matlamat Malaysia ke arah Wawasan 2020 yang hanya tinggal empat tahun lagi berada di ambang kegagalan.

Wawasan 2020 diumumkan oleh Dr Mahathir ketika membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991 yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Najib ucap tahniah kepada KWSP umum dividen tinggi...

Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen tinggi bagi 2015 iaitu 6.40%, walaupun berdepan cabaran ekonomi.
Perdana menteri berkata beliau mahu KWSP meneruskan usaha untuk memberikan pulangan terbaik kepada semua pencarumnya.
"Tahniah KWSP berjaya umum dividen tinggi 6.4% bagi 2015 walaupun berdepan cabaran ekonomi. Teruskan usaha beri pulangan baik kepada pencarum," katanya menerusi Twitter terbaharunya hari ini.

Semalam, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.4% bagi 2015 dengan pembayaran keseluruhan berjumlah RM38.24 bilion. Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap 1% kadar dividen bagi tahun berkenaan, iaitu peningkatan 10.13% berbanding RM5.43 bilion pada 2014.

Mat Sabu: Kita Majoriti, Kenapa Kita Punya Jiwa Yang Kecil Jadi Penakut Begitu?

Tak kan kecewa kot...

Kenapa dgn tiba2 adik Zahid tau mau terlibat lagi dengan sebarang perniagaan yang melibatkan kemasukan pekerja asing ke negara ??

Presiden GKCM lagi sekali cabar Ku Nan berdebat

Kamarulzaman Habbibur Rahman mendakwa sudah beberapa kali mencabar Ku Nan berdebat tetapi tiada respon.
gkcm
PORT DICKSON : Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulzaman Habbibur Rahman, hari ini sekali lagi mencabar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berdebat.
Beliau membuat cabaran itu kerana Tengku Adnan atau Ku Nan masih belum memecatnya sebagai ahli UMNO, walaupun pernah diugut untuk dipecat.
“Sebenarnya saya dah beberapa kali mencabar Tengku Adnan untuk berdebat dengan saya secara terbuka berkenaan dengan UMNO.
“Dan Tengku Adnan, kalau kamu membaca berita ini, sekali lagi saya cabar kamu berdebat dengan saya,” katanya pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan.
Dalam perkembangan lain, Kamarulzaman mendedahkan ada pihak-pihak tertentu cuba menggagalkan program itu dengan mengarahkan beliau membatalkan program berkenaan pada saat-saat akhir.
“Saya tanya kepada orang yang ingin batalkan program ini. Adakah anda sedar bahawa Tan Sri Muhyiddin yang bagi sumbangan,” tegasnya.

1.5 Juta Bangladesh: Rakyat keliru tindakan kerajaan

Perubahan maklumat dan tindakan yang sering berubah-ubah oleh kerajaan dalam isu pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh hanya akan mengelirukan rakyat.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, penarikan balik keputusan setelah pengumuman dibuat memperlihatkan seolah-olah kerajaan tidak ada sistem.
“Masalah kerajaan hari ini ialah penyaluran maklumat sering berbeza-beza dan tindakan yang juga berubah-ubah. Rakyat akan melihat seolah-olah kerajaan yang ada ini lemah.
“Keputusan serta ulasan yang berbeza antara seorang menteri dengan menteri lain hanya akan menjadikan rakyat keliru. Ini boleh membawa kepada masalah dari segi dasar dan pelaksanaan,” katanya.
Menurut Md Shukri, sudah tiba masanya kerajaan membentuk sekretariat jurucakap dasar dan pengumuman penting kerajaan.
“Jika banyak menteri dan tokoh bercakap, lagi banyak kesilapan fakta boleh berlaku.
“Kabinet pula perlu konsisten dalam pengumuman dasar dan tindakan. Jangan biarkan isu seperti ini berterusan kerana pembangkang mudah memanipulasi isu sebegini bagi mencemarkan imej  menteri dan kerajaan,” jelasnya.
Katanya, kerajaan Persekutuan bukan seperti program Akademi Fantasia yang berkisar soal undi dan siapa yang popular.
“Perdana menteri dan timbalannya tidak boleh dilihat seolah-olah bersaing antara satu sama lain dalam hal siapa popular.
“Mereka berdua harus saling membantu. Jika ada tindakan dilaksanakan seolah-olah hendak menjatuhkan seseorang pemimpin, maka ia akan merosakkan BN itu secara keseluruhan,” katanya.

Dasar pekerja asing Malaysia acuh tak acuh

Kemelut baru-baru ini mengenai cara Putrajaya mengendalikan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang kononnya akan dibawa masuk ke Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan.
Ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana keberkesanan dan tersusunnya polisi prosedur pengambilan pekerja asing negara ini.
Kesatuan dan kumpulan perdagangan berkata kegagalan yang berlaku sekali lagi menunjukkan betapa Putrajaya tiada polisi jangka panjang yang jelas dan konsisten dalam kes pekerja asing.

Keadaan ini terjadi walaupun pentadbiran Najib berulang kali berikrar mahu mengekang syarikat Malaysia daripada ketagihannya mengambil pekerja asing yang murah. Apabila beberapa menteri memberi pendapat berbeza-beza mengenai rancangan itu, ia menimbulkan kesangsian wujud "state capture" – keadaan di mana wujud rasuah politik yang sistemik di mana kepentingan peribadi dengan ketara mempengaruhi proses membuat keputusan sesebuah negara bagi meraih faedah untuk diri mereka sendiri melalui saluran tidak ketara, yang mungkin tidak menyalahi undang-undang.
Kelihatan seperti, kepentingan swasta yang rapat dengan Putrajaya sedang mempengaruhi dasar kerajaan bagi memperoleh berbilion ringgit dalam industri bekalan tenaga kerja yang lumayan.
Kenyataan bercanggah
Setelah kini orang ramai dimaklumkan tidak semua 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia, persoalan utama yang timbul adalah mengapa Putrajaya tidak menghebahkannya lebih awal, apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi buat pertama kali mengumumkan rancangan itu pada Jun tahun lepas.
Sehingga minggu lepas, Putrajaya menerima kritikan terhadap rancangan itu dari pelbagai kumpulan, termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) – 2 kumpulan yang selama ini sering tidak sependapat berkaitan dengan isu buruh.
Mereka mendakwa Malaysia mempunyai kira-kira 2 juta pendatang asing tanpa izin (Pati) dan lebih 143,000 pelarian yang boleh diserap ke dalam sistem bagi mengisi kekosongan pekerjaan dalam pelbagai industri seperti perladangan, pembuatan dan perkhidmatan.
Terdapat juga dakwaan individu yang rapat dengan Umno cuba mendapat keuntungan daripada pengambilan ini melalui pemilikan sistem dalam talian bagi memproses pengambilan pekerja ini.
Setiausaha Agung MTUC N Gopal Kishnam juga menegaskan rancangan itu bertentangan dengan Rancangan Malaysia Ke-11 ini yang mahu mengehadkan jumlah warga asing dalam sektor buruh kepada 15% pada 2020.
Pelan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh itu sebaliknya boleh meningkatkan jumlah pekerja asing sehingga 20%.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Presiden MEF Datuk Shamsuddin Bardan menganggarkan pekerja asing menghantar RM30 bilion keluar dari negara ini pada 2014.
Namun, Putrajaya tidak mempedulikan kritikan itu selama lebih 6 bulan dan terus mempertahankan rancangan itu, sehingga Jumaat lalu apabila Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot memberikan penerangan yang paling jelas – 1.5 juta itu, katanya, bukan semua akan dihantar ke Malaysia.
Jumlah itu, katanya, merupakan bilangan warga Bangladesh yang mendaftar dengan kerajaan mereka untuk dibekalkan kepada 139 negara.

Satu lagi video parodi CNY dari DAP - kali ini mengenai RM2.6b


 Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan Teo Nie Ching dalam video Tahun Baharu Cina mereka menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memaparkan seorang lelaki Arab sedang memegang cek berjumlah RM2.6 bilion. – Gambar dari YouTube, 20 Februari, 2016.
DAP telah menerbitkan satu lagi video muzik lucu Tahun Baru Cina (CNY), kali ini parodi mengenai RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang kemudiannya beliau dakwa sumbangan dari Timur Tengah.
Dalam video muzik itu, menjelang kempen pilihan raya Sarawak, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dilihat menyanyi lagu klasik CNY Cai Shen Dao (Dewa kekayaan ada di sini).
Mereka membuat rujukan kepada apa yang didakwa derma RM2.6 bilion dari penderma Arab, dengan seorang lelaki berpakaian seperti seorang Arab bersama wang yang banyak dalam video itu, serta Teo membawa beg tangan mewah dan cincin berlian.
Mereka juga membuat jenaka mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada April tahun lepas, dengan Teo membawa tanda GST dan meleret wang dari Pua dan dewa kekayaan.
Pada akhir video itu, kedua-dua pemimpin DAP itu mendedahkan pengharapan mereka untuk tahun baru.
"Mari kita bawa perubahan kerajaan dan ucap selamat tinggal kepada penyalahgunaan dan rasuah," kata Pua.
Teo pula mengingatkan bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan tiba tidak lama lagi pada bulan April dan menyeru orang ramai untuk menderma kepada DAP untuk kempen pilihan raya di sana.
"DAP tidak seperti Najib - kita tidak mempunyai rakan di Timur Tengah.
"Tetapi itu ok, kerana kita mempunyai sokongan anda," katanya.

EPF umum dividen 6.40 peratus bagi 2015 susut 0.35% dari 2014

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.40 peratus bagi 2015 dengan pembayaran keseluruhan berjumlah RM38.24 bilion.
Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi tahun berkenaan, iaitu peningkatan 10.13 peratus berbanding RM5.43 bilion pada 2014, katanya dalam satu kenyataan.
Peningkatan itu seiring dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP kepada RM684.53 bilion setakat 31 Disember 2015 manakala pendapatan kasar tumbuh 13.18 peratus kepada RM44.23 bilion berbanding RM39.08 bilion pada 2014.
"Pendapatan pelaburan kasar yang dicapai adalah menerusi strategi kepelbagaian merentasi kelas aset di beberapa negara dan pasaran.
"Walaupun kolerasi dalam kalangan pasaran-pasaran global adalah tinggi, strategi kepelbagaian ini membuka peluang kepada kami untuk menjana keuntungan dan mengenal pasti pelaburan berpotensi pada pentaksiran menarik," kata Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman.
Beliau berkata langkah kepelbagaian dalam pasaran modal dan mata wang membolehkan KWSP mengaut pulangan signifikan daripada sumber bukan ringgit yang merangkumi 48 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP sepanjang tahun berkenaan.
"Sebagai dana simpanan persaraan, pelaburan kami sentiasa bertumpu kepadausaha untuk mendapatkan pulangan pendapatan jangka panjang yang mampan berbanding pulangan jangka pendek, dan kami berbesar hati mengumumkan kadar dividen 6.40 peratus yang menunjukkan prestasi membanggakan sekalipun berdepan cabaran," katanya.
Lebih penting lagi katanya, KWSP berupaya mencapai dua sasaran pelaburan strategik iaitu sekurang-kurangnya 2.5 peratus dividen nominal setiap tahun seperti yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991, dan sekurang-kurangnya dua peratus dividen sebenar untuk purata tiga tahun berturut-turut.
Bagi 2015, Samsudin berkata dividen sebenar untuk purata tiga tahun berturut-turut ialah 4.05 peratus iaitu 205 mata asas lebih tinggi daripada sasaran.

Muhyiddin soal sebab 1MDB takut saman WSJ

1MDB sepatutnya mengambil tindakan dengan menyaman Wall Street Journal dan Pengarang Kewangannya Ken Brown berhubung tuduhan terbaru mereka.
muhyidin-1mdb
PORT DICKSON : Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoal sebab di sebalik ketakutan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap syarikat terbabit.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, syarikat tersebut sepatutnya mengambil tindakan dengan menyaman WSJ dan Pengarang Kewangannya, Ken Brown.
“Apahal takut? Ambil tindakan dan saman. Bukan sebab suka-suka nak dia ambil tindakan, kita nak tahu apakah cerita ini betul.
“Selagi tiada tindakan, yang akan bermasalah ialah parti dan kerajaan kerana orang hilang kepercayaan..betul tak?,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri mengimbas bahawa sebelum ini juga 1MDB pernah menyatakan mahu menyaman WSJ tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian.
“Dulu dah kata nak saman, tak saman. Bila keluar berita tak betul tak saman. Orang sana dok menunggu. Dia kata bila kamu nak saman saya?,” katanya.
Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia baru-baru ini berkata, wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB.
“Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.”

What I would do with RM2.6 billion

Instead of returning such a huge donation, the beneficiary could have used the money to help the needy.
money_ringgit_2-6bil_600
by Mariam Mokhtar
The interest rates that banks offer are pitiful. So I keep most of the money I have under my mattress. I earned whatever I have with sweat and lots of tears. No one has donated any money to me; so I can only imagine what it would be like to have RM2.6 billion.
How many suitcases would RM2.6 billion fill? If it were to come in the old RM1,000 notes, RM2.6 billion would fill several truckloads of suitcases. If piled up, they would reach the roof of the Petronas Twin Towers.
I once had to carry RM10,000 for an elderly relative who did not believe in banks. She wanted to buy something expensive and I must have shed a few kilograms walking from her car to the shop. I looked at everyone who passed me with suspicion, afraid that he would clobber me over the head and steal the money.
I was dripping with sweat, and it was not from the hot KL sun. I was consumed with fear and anxiety.
When an old lady stopped me to ask for directions, I jumped in fright. I assumed the worst. I suspected that she was a decoy for a snatch thief. The old makcik must have thought I was ill. She asked, “Are you all right? You look so pale. Why are you sweating and trembling?”
I know that if I were given RM2.6 billion, I would not return it, especially if the donor did not ask for it back.
My bank account does not look healthy these days. I am not alone, and most Malaysians are in the same boat. If someone had deposited even RM42 in my account, I would have noticed it. So, anyone who says that he does not notice a RM42 million deposit must be obscenely rich and must be careless with money.
If I had RM2.6 billion, I would not even buy a new car. Anyone who has been with me will know that I do not like speeding and that I am very happy with my old jalopy. It gets me from A to B.
If I had an imported car, just think of the cost of insurance and spare parts. But then, with RM2.6 billion in the bank, if the car were to develop a fault, I might as well ditch it and buy a new one, right? It is alleged that most people who win lotteries in the west do this sort of thing. They buy designer clothes, shoes and watches, and throw them out when they get dirty or scratched.

Kelab sahabat Najib berterima kasih pada Rosmah jadikan Najib 'hebat'

Sudah 40 tahun sejak Perdana Menteri Najib Abdul Razak mula melibatkan diri dalam politik dan pencapaian beliau mendapat pujian yang tinggi melangit dari para penyokongnya malam ini.
Pengerusi Kelab Sahabat Najib Razak (N87), Datuk Suleiman Mohamad pertamanya mengucapkan terima kasih kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor kerana telah menjaga Najib dengan baik dan menjadikan seorang yang hebat.
Mengenai Najib pula, Suleiman menganggap perdana menteri sebagai seorang "ahli politik yang jarang ditemui" dan layak menjadi "seorang negarawan yang besar".
Suleiman menegaskan demikian ketika berucap di majlis kesyukuran untuk 40 tahun penglibatan Najib dalam politik, anjuran kelab itu di PWTC malam ini.
Menurutnya, selagi hayat dikandung badan, perjuangan untuk mempertahan Umno dan Najib akan terus diperkasakan.
"Sebarang usaha untuk menjatuhkan pemimpin nombor satu Umno, adalah usaha untuk menghancurkan Umno.
"Adalah tugas dan tanggungjawab setiap ahli Umno bersatu memerangi anasir-anasir ini, baik dari dalam atau luar.
"Kepada Datuk Seri Najib, kami kumpulan sahabat setia N87, menggesa, teruskan perjuanganmu. Kami bersamamu dulu, kini dan selamanya," tegas Suleiman yang disambut tepukan 1,000 hadirin malam ini.

Muhyiddin beri amaran kepada Ku Nan

Jangan sesekali berani mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti kukuh beliau telah melanggar peraturan parti.
muhyidin-kunan
PORT DICKSON : Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Majlis Tertinggi (MT) agar jangan sesekali berani mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti.
Katanya, beliau tidak takut dikenakan tindakan tindakan kerana menyuarakan kebenaran tetapi mestilah dibuktikan beliau telah melakukan kesalahan dan melanggar Perlembagaan parti.
“Saya nak cakap terus terang dia (Setiausaha Agung ) dah ugut saya macam-macam dengan bukti-bukti mahu singkirkan saya, untuk buang saya. Saya tak takut.
“Saya nak ingatkan Setiausaha Agung dan semua yang berada di atas, jangan berani-berani mahu ambil tindakan ke atas saya melainkan cukup bukti menyatakan apa saja yang saya lakukan salah dari segi pandangan dan Perlembagaan,” kata Timbalan Presiden UMNO itu.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan di sini hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dan Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulazman Habibur Rahman bersuara kerana ingin mencari kebenaran.
“Saya bersetuju dengan Kamarulazman yang mana kita perlu mencari kebenaran dan kita tidak takut berdepan dengan apa saja ancaman baik kedudukan dan jawatan.
“Kita nak cari kebenaran dan dari kebenaran itu rakyat akan kembali yakin dan percaya kepada kita serta parti kita akan mendapat manfaatnya untuk terus bertahan dalam pilihan raya akan datang.
“Tetapi jika keadaannya terus begini, (sokongan terhadap UMNO) merosot dan terus merosot untuk tempoh yang akan datang apa lagi harapan untuk kita?,” soalnya.

Najib: Saya penyabar tapi jangan melampaui batas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mungkin dipuji oleh ramai orang kerana kesabaran beliau, satu sifat yang beliau sendiri akui dimilikinya.
Tetapi di bawah semua kesabaran dan sifat toleransi yang dikatakan itu, Najib mengakui bahawa beliau juga ada hadnya dan akan bertindak kalau ia melampaui batas.
Bercakap di majlis memperingati 40 tahun penglibatan beliau dalam politik, Najib menjelaskan bahawa keupayaannya untuk meneruskan kerjanya dalam politik mungkin disebabkan oleh sifat kesabarannya.
"Tetapi saya nak bagitau, saya penyabar tetapi ada had juga.
"Jangan fikir boleh buat sesuka hati. Jangan fikir saya tak akan bertindak kalau melampaui batas," katanya di majlis itu anjuran Kelab Sahabat Najib Razak (N87).
Najib menegaskan bahawa apabila beliau bertindak, "ia mestilah berdasarkan kepada fakta, parti dan kerajaan".
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, tetapi beliau dengan jelas merujuk kepada pengkritiknya dalam Umno.
Selepas kritikan semakin meningkat terhadap pengendalian Najib dalam krisis 1MDB, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal telah dipecat daripada jawatan masing-masing pada tahun lepas.
Manakala bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga disingkirkan daripada jawatannya sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri kerana kritikan yang sama terhadap Najib.
Manakala Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), pula sedang menunggu tindakan disiplin daripada parti kerana mendesak pengunduran Najib.
Sementara itu, Najib berkata kalau hendak menegur, ada tempat dan caranya untuk berbuat demikian.
"Jangan tegur merosakkan parti. Dah lah cukup dengan musuh di luar.
"Jangan pula ada musuh dalam selimut, musuh dalam seluar lagi teruk," katanya.
Najib juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah cuba untuk "menjatuhkan" sesiapa semasa pemilihan parti.
"Bila ada kekosongan baru tawarkan diri untuk bertanding."
Najib juga berkata bahawa beliau tidak pernah membeli undi untuk mendapatkan sokongan ahli parti.
"Kalau tak percaya, tanyalah (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau adalah setiausaha politik saya pada tahun 1986," kata Najib.

Najib kata Pemuda pimpinannya selamatkan Umno pada 1987


Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengingatkan pengkritik nombor satunya, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimana sayap Pemuda Umno yang dipimpinnya, telah 'menyelamatkan' Umno selepas pendaftarannya dibatalkan pada 1987.
Sambil menegaskan bahawa "80 peratus" parti menolak kepimpinan Mahathir, yang menyelamatkan Umno adalah sayap Pemuda yang dipimpinnya, dakwa perdana menteri.
"Pemuda Umno adakan majlis, di mana saya telah menyerahkan ribuah ahli baru kepada Mahathir.
"Mula lah sejarah Umno baru dapat kita bangunkan
"Kalau tak, Umno Baru akan tergugur, orang putih kata 'stillborn'. Tetapi kerana jasa Pemuda, Umno selamat," kata Najib dalam ucapannya di majlis yang diadakan malam ini untuk memperingati 40 tahun penglibatan beliau dalam politik anjuran Kelab Sahabat Najib Razak (N87) di PWTC.
Umno Baru telah ditubuhkan pada tahun 1988 selepas Umno diisytiharkan haram ekoran satu keputusan mahkamah. Dalam pemilihan parti pada 1987, Umno telah berpecah kepada dua pasukan dan Mahathir menang tipis jawatan presiden parti.
Kemenangan Mahathir. bagaimanapun, membuat pencabarnya Tengku Razaleigh Hamzah tidak puas hati dan menubuhkan parti serpihan Semangat 46. Peristiwa ekoran perpecahan itu kemudiannya membawa kepada pembatalan pendaftaran.
Sementara itu, ketika menyingkap 40 tahun pengalaman politiknya, Najib mengakui banyak kisah pahit, manis, getir dan suka duka yang telah dilaluinya.
Namun, katanya, tidak ada satu profesyen lain yang boleh menyaingi profesyen sebagai seorang ahli politik sekiranya hasrat seseorang itu adalah untuk membantu rakyat dan untuk mengubah masa depan negara.
"Sebab itulah saya anggap profesyen sebagai seorang ahli politik satu profesyen yang banyak keistimewaan," katanya.
Doktor mungkin boleh menyembuhkan orang sakit dan jurutera membina jambatan, kata Najib, tetapi ahli politik mempunyai kemampuan untuk mengubah masa depan bangsa, agama, dan negara.
Najib mengakui bahawa dia berada di persimpangan sama ada mahu menyertai politik selepas kematian bapanya pada tahun 1976.

KAHKAHKAH BUAT SALLEH SAID KERUAK

Dalam usaha membela dan mempertahankan Najib Razak berhubung kenyataan terbaru Pengarang Kewangan The Wall Street Journal, Ken Brown bahawa wang RM2,600 juta itu bukan datang daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya berpunca daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB, Salleh Said Keruak menyifatkannya sebagai suatu tuduhan melulu.

Katanya, Peguam Negara, Apandi Ali sudah menyatakan dana itu sumbangan peribadi keluarga Diraja Arab Saudi dan Najib tidak melakukan kesalahan jenayah berhubung wang tersebut.

"Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang menyerahkan dirinya "bulat-bulat" untuk disiasat SPRM dengan memberi keterangan dan kerjasama sepenuhnya.

"Peguam Negara dengan jelas menyatakan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan. Maka, beliau bebas daripada sebarang tuduhan," katanya Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Kahkahkah...suatu jawapan pembodekan tahap klasik apabila Salleh mengatakan Najib merupakan Perdana Menteri yang pertama menyerahkan dirinya "bulat-bulat" untuk disiasat SPRM serta sudah dibebaskan daripada sebarang pertuduhan jenayah oleh Peguam Negara.

Tiadakah hujah lain yang di luar "kepompong Kota Belud" untuk menyanggah kenyataan Ken Brown itu?

"DENGAR BOLEH, PERCAYA NANTI DULU"

Daripada beberapa komen dalam blog ini,  berbual dengan rakan-rakan dan luahan yang didapati di media sosial, ternyata banyak sekali keraguan berhubung pembekuan pengambilan pekerja asing sebagaimana yang diumumkan oleh Ahmad Zahid Hamidi,  semalam.
Kesimpulan yang boleh diambil daripada semua suara-suara itu ialah, "dengar bolehlah, nak percaya nanti dulu."

Ramai yang tanpa ragu-ragu menyatakan penangguhan itu sebenarnya tiada kaitan sama sekali dengan sebarang kajian mengenai keperluan pekerja asing, sebaliknya hanya untuk "menanti kabus berlalu pergi" sahaja.

Paling-paling dua tiga bulan selepas ini, kata mereka, akan keluarlah semula kenyataan kononnya banyak industri kekurangan pekerja dan belia kita masih tidak minat merebutnya. Walhal, tiada usaha pun yang dibuat untuk menggalak dan merangsang golongan belia dan anak muda tempatan mengambil alih ruang pekerjaan itu.

Jika ada yang rajin, simpanlah keratan kenyataan atau rakaman video Zahid sejak beberapa hari yang lalu dan cuba bandingkan dengan apa yang bakal dikatanya dua atau tiga bulan akan datang nanti.

Secara umumnya,  beberapa aspek yang menimbulkan keraguan rakyat berhubung pengumuman Zahid itu, antaranya:-

- Pengumuman penangguhan itu diumumkan oleh Zahid di Sarawak di ketika beliau dalam rangka lawatan bertemu rakyat yang ada kaitan dengan tarikh pilihanraya negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi. 

Polis bakal panggil anak Muhyiddin gara-gara ubah logo polis

Polis bakal panggil anak Muhyiddin gara-gara ubah logo polis
KUALA LUMPUR: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipanggil oleh pihak polis untuk memberi penjelasan berkenaan gambar memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah disunting dengan imej karung wang yang dimuat naik ke akaun Instagramnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Facebook dan Twitternya menyatakan “PDRM akan panggil Farhan Yassin untuk dia jelaskan apa yang dimaksudkan dengan tanda karung wang di Crest PDRM yang beliau siarkan di Instagramnya.”

Imej tersebut bagaimanapun telah dipadam dari akaun Instagram Farhan.

MAJLIS 40 TAHUN NAJIB HAMBAR, TAWAR DAN BANYAK MEJA KOSONG....PRESIDEN UMNO MAKIN DISISIH...!!!

Malam ini berlangsung majlis meraikan penglibatan Najib Razak selama 40 tahun dalam dunia politik di PWTC, Kuala Lumpur.

Sayangnya, melalui gambar-gambar yang dibekalkan  oleh "Spy Leman" kepada saya, didapati majlis yang sepatutnya begitu bermakna bagi Najib, telah berlangsung dengan begitu hambar, tawar dan kira-kira 60 peratus daripada kira-kira 2,000 jemputan tidak menghadirkan diri.

Malah, salah satu gambar memperlihatkan Najib sedang berucap yang di depannya menunjukkan lebih banyak meja kosong daripada yang dipenuhi hadirin.

Apa sudah jadi?

Saksikanlah gambar-gambar yang disiarkan ini sebagai satu lagi inspirasi perubahan.

Najib halang saya menjalankan tugas – Muhyiddin

Muhyiddin kesal Najib mempersoalnya tentang tugas seorang Timbalan Presiden walaupun beliau mempunyai pengalaman selama enam tahun tanpa sebarang masalah.
najib-muhyidin
PORT DICKSON: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menghalangnya daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden parti terbabit.
Muhyiddin berkata menurut Najib, tanggungjawab seorang Timbalan Presiden ialah hanya memberikan pandangan dan nasihat bukan menunjuk ajarnya .
“Jadi, apakah sebagai orang nombor dua parti, saya memberi nasihat itu tak betul?,” soalnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan di sini hari ini.
“Presiden parti tanya masa perhimpunan (Perhimpunan Agung UMNO) tahu tak tugas-tugas Timbalan Presiden? Eh, saya Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan tak payahlah tanya saya, memang pun saya tahu.
“Dua sahaja, yang pertama membantu presiden, yang kedua mempengerusikan mesyuarat sewaktu ketiadaan Presiden. Yang pertama itu walaupun pendek, membantu Presiden tetapi ditafsirkan pelbagai-bagai.
“Menjalankan urusan-urusan parti mengepalai jentera pilihan raya, pergi lihat daftar pemilih, pergi menangani masalah-masalah bahagian yang ada. Itu tanggungjawab saya yang saya telah jalankan sejak saya jadi Timbalan Presiden UMNO sejak enam tahun, tiada masalah,” tegasnya.