Khamis, 18 Februari 2016

Peguam Negara tak iktiraf panel SPRM

Peranan dan kuasa Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Khas perlu disemak semula mengikut Akta SPRM 2009.
akhbar-ali
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyemak semula peranan dan kuasa Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Khas susulan keengganan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertemu dengan ahli jawatankuasa panel terbabit.
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar, berkata tindakan Peguam Negara berkenaan menunjukkan seolah-olah kedua-dua panel yang dibentuk mengikut Akta SPRM 2009 tidak diiktiraf.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Tindakan Peguam Negara membatalkan pertemuan itu menunjukkan macam panel pemantau SPRM ini tidak diiktiraf Peguam Negara. Tidak salah terima lawatan mereka kerana mereka juga mewakili rakyat.
“Peguam Negara kena telus dan tiada apa hendak disembunyikan. Tak sepatutnya berlaku kerana AG (Peguam Negara) juga akhirnya yang akan buat keputusan. SPRM pula kena melihat semula peranan dan kuasa jawatankuasa panel berhubung kes yang disemak mengikut Akta SPRM 2009,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Terdahulu, Apandi sepatutnya dijadualkan bertemu dengan ahli jawatankuasa anel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Khas untuk ‘berbincang’ berhubung penutupan kertas siasatan SRC International (SRC) dan dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, Apandi kemudiannya dilaporkan membatalkan pertemuan di Pejabat Peguam Negara pada jam 3 petang hari ini, pada saat akhir tanpa sebarang alasan.
PPO adalah jawatankuasa pemantau diamanahkan untuk menerima dan meneliti laporan SPRM mengenai keputusan siasatan dibuat Peguam Negara dan mengemukakan pandangan mengenai tindakan ke atas kes di mana tiada pendakwaan dikemukakan.

Ling: Negara kembali aman, stabil jika Najib, Rosmah disingkir

Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mengheretnya ke mahkamah atas saman fitnah.
Menurut bekas menteri kanan itu, tidak ada yang apa yang salah dengan Umno dan BN.
"Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor).
"Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor.
Beliau mengulas soalan berhubung keputusannya untuk terbabit dengan perhimpunan BERSIH, pada Ogos tahun lalu dan tuduhan terhadap Najib mengenai ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.
Ling berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.
"Dua-dua mereka terlibat, saya mungkin salah, tapi jika hanya Najib, Najib lah," katanya.
Bekas presiden MCA turut membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma berkenaan.
"Semua oang terkejut," katanya apabila diminta mengulas perkara itu.
"Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?
"(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).
"Awak fikir rakyat bodoh," katanya.

TIADA YANG LAIN MELAINKAN NAJIB

Sebenarnya tidaklah sukar mencari punca segala masalah dalam negara kita sekarang ini, ia terpulang sama ada kita  mahu memahami dan bersikap jujur dengan diri sendiri atau sengaja menutup pintu hati tentangnya.

Puncanya tidak lain melainkan hanya satu - Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Selagi kedua-duanya ada, selagi itulah semua masalah dalam negara sentiasa bertambah buruk dan sukar. Masalah yang diakibatkan oleh Najib kepada negara ini sudah terlalu berat untuk ditanggung dan dipulihkan, kecuali jika beliau dapat disingkirkan dengan seberapa segera.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah berulangkali menekankan perlunya Najib diundurkan daripada mentadbir negara ini demi harapan dan masa depan yang lebih baik, perasaan itu kini turut dikongsi secara terbuka oleh bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik untuk kita semua.

Kata bekas menteri itu, "kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia."

Yessss, itulah yang sebenar-benarnya.

Harus disedari juga, yang menyimpan perasaan sebegitu berjuta lagi di kalangan rakyat biasa. Malah dalam UMNO sendiri, perasaan itu tumbuh dan bercambah setiap hari.

Cuba kita renung di sebalik pelbagai isu dan tindakan yang diambil Najib sejak akhir-akhir ini, adakah keadaan menjadi bertambah baik atau sebaliknya?

Selepas memecat Gani Patail, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, adakah keadaan dalam negara tambah meyakinkan atau lebih buruk?

‘Kamu akan terheret ke dalam kubur bersama Najib’ - Kadir Jasin

Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin memberi amaran bahawa mereka yang bersubahat, bersekongkol dan makan dedak akan diseret bersama Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi.
“Bagi yang berasa mereka berkuasa, kuat dan terlindung, ingatlah kuasa tidak akan kekal selama-lamanya.
“Bukan perdana menteri seorang saja akan dipertanggungjawabkan apabila ‘the chips are down’,” katanya dalam blog hari ini.
Kadir yang juga adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press mengulas pelbagai skandal yang melanda Najib, termasuk ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.
Najib menafikan sebarang salah laku dan telah dibersihkan oleh Peguam Negara.
Kadir berkata pembangkang dengan mudah boleh duduk dan melihat Najib dan para pesekongkol dalam Umno-BN serta pentadbiran awam terus dengan skandal, kesilapan, pembohongan dan penafian menggali kubur mereka yang sedalam-dalamnya.
Namun, katanya, apa yang perhatikan adalah tidak seperti itu.
“Mereka mahu menyelamatkan Malaysia dan rakyat jelatanya sebelum terlambat.
“Mereka berpendapat menunggu sehingga pilihan raya umum (akan datang) mungkin terlalu lama dan Malaysia tidak dapat diselamatkan lagi selepas itu walaupun mereka menang,” katanya.
Kadir berkata, harapan terbaik bergantung kepada beberapa kerat wakil rakyat Umno dan BN yang masih ada harga diri, berhati kecil dan punyai rasa bersalah (conscience).
“Mereka tahu bahawa mereka tidak lagi mewakili rakyat jelata.
“Malah mereka tidak pun mewakili ahli Umno-BN lagi. Mereka hanya mewakili Najib dan kelompok eksklusif beliau,” katanya.

WSJ sangkal alasan derma dari Arab versi Peguam Negara


Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) menafikan dakwaan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali bahawa wang yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan ‘derma’ daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Editor kewangannya, Ken Brown berkata demikian ketika ditemu bual oleh rangkaian televisyen ABC News Australia pada 12 Februari lalu.
"Laporan kami telah berbulan-bulan menunjukkan bahawa wang itu bukannya dari Arab Saudi, tetapi melalui sekumpulan syarikat dan akaun-akaun bank yang berkaitan dengan 1MDB.
"Dan awak juga tahu, sehingga kini, laporan kami belum dipersoalkan lagi dan kami mempunyai banyak bukti untuk menyokongnya," katanya kepada wartawan ABC, Beverley O'Connor
Brown yang juga adalah Ketua Biro Hong Kong WSJ, mengulangi pendirian akhbar itu bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib memang berasal daripada 1MDB.
Mengulas cadangan Apandi baru-baru ini untuk meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara, Brown percaya tindakan itu adalah berkaitan dengan cubaan oleh kerajaan Malaysia untuk menutup segala skandal itu.
"Ini tidak mengejutkan dan ia dibuat selepas cubaan oleh kerajaan untuk mengatakan wang yang dimasukkan ke akaun bank perdana menteri adalah dari Arab Saudi.
“Hakikatnya, tiada siapa yang mempercayainya, mereka dibidas teruk kerana berbuat demikian.
Jadi sekarang mereka tampil dan berkata semua orang tidak boleh bercakap mengenainya," katanya.

MKN: AG kaji semula titah Raja-raja, Najib ambil maklum


Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali hari ini berkata beliau akan mengkaji semula beberapa seksyen di bawah Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN).
 Beliau berkata demikian kepada akhbar Sin Chew Daily selepas Majlis Raja-Raja memaklumkan akan menulis surat kepada perdana menteri menggesa kerajaan mengkaji semula rang undang-undang yang menurut pengkritik boleh membawa kepada pemerintahan diktator.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau "mengambil maklum" desakan Raja-Raja Melayu untuk semakan rang undang-undang nerkenaan.
Bercakap kepada Malaysiakini, peguam Syahredzan Johan berkata sebarang pindaan kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen pada 22 Disember lalu perlu dibentangkan semula.
Menurutnya, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa rang undang-undang itu perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan bukannya Majlis Raja-Raja.
Rang undang-undang itu secara automatik boleh diwartakan sebagai undang-undang 30 hari selepas ia dikemukakan walaupun Seri Paduka tidak memberi perkenan baginda.
Antara lain, rang undang-undang MKN membolehkan pengerusinya yang juga adalah perdana menteri untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai zon keselamatan dan mengenakan pemerintahan darurat.
Najib sebelum ini mempertahankan MKN sebagai tindakan yang amat diperlukan untuk menghadapi ancaman keganasan yang didakwa semakin meningkat.

Beri masa pengundi Melayu luar bandar percaya PH

Kita tidak akan dapat peluang dengan melakukan paksaan kerana ia bukan soal menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak dan UMNO, tetapi adalah untuk mendapatkan perubahan yang kekal lama.
rafizi-pakatan-harapanPETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akui Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha kuat untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu luar bandar bagi memastikan satu perubahan yang stabil dan kekal lama dapat diwujudkan dalam arena politik negara.
Ujarnya, pengundi bandar yang menyokong pembangkang pada pilihan raya 2008 dan 2013 harus memberi masa kepada PH dan turut membantu mereka mendapatkan kepercayaan dari masyarakat kampung.
“Anda tahu atau tidak, kita bekerja 24/7 dan setiap minggu. Jika ada anugerah untuk ahli politik pembangkang yang optimistik, sudah tentu saya menang.
“Kita tidak akan dapat peluang dengan melakukan paksaan. Ia bukan soal menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak dan UMNO, tetapi adalah untuk mendapatkan perubahan yang kekal lama,” ujarnya dalam satu forum, semalam.
Rafizi berkata demikian sebagai respon kepada salah seorang hadirin yang mendakwa masyarakat kampung tidak mahu perubahan dan masih menyokong UMNO serta Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Pandan itu menyatakan, parti pembangkang telah berusaha keras sejak 2008 untuk menawan kubu kuat UMNO-BN di kawasan kampung dengan mendedahkan fakta-fakta yang melibatkan Najib.

PH digesa hadkan tempoh pemerintahan PM jika memerintah

Tindakan itu perlu bagi menggelakkan seseorang itu memegang terlalu banyak kuasa dan terlibat dalam rasuah.
Persatuan-Kebangsaan-Hak-Asasi-(HAKAM)-ambiga-malaysia-putrajaya
PETALING JAYA: Persatuan Kebangsaan Hak Asasi (HAKAM) menggesa supaya jawatan Perdana Menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja jika Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan.
Presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan, tindakan itu perlu bagi menggelakkan seseorang terlalu berkuasa dan terdorong melibatkan diri dalam rasuah.
“Saya harap, apabila pembangkang berkuasa, mereka akan menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri dan juga menteri-menteri.
“Kita tidak boleh mempunyai situasi di mana seseorang memegang kuasa terlalu lama dan menyebabkan kita semua merasa terkesan dengan isu seperti 1MDB dan juga skandal 2.6 bilion,” katanya dalam satu forum di Dewan Sivik, di sini semalam.
Ambiga merupakan salah seorang daripada enam speaker pada forum yang memfokuskan kepada dua isu besar yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Bekas presiden Majlis Peguam Malaysia itu juga memberi amaran kepada skandal terbaru yang melibatkan hasrat kerajaan untuk membawa 1.5 juta pekerja warga Bangladesh.
Ambiga akui curiga jikalau tindakan itu hanya untuk menguntungkan sesetengah pihak dan merugikan industri pekerjaan.

‘Rasa sedih, tapi nak buat macam mana’ – warga Bangladesh

"Kalau ada seorang Malaysia rompak saya, saya tak akan anggap semua orang Malaysia jahat."
BangladeshiKUALA LUMPUR: Kawasan Masjid Jamek dan sekitarnya mendapat jolokan pelbagai nama, ekoran warga asing yang bertumpu di sana.
Setiap kali musim perayaan, mereka menjadi bahan berita dengan tajuk seperti ‘KL ditawan warga asing’, apabila warga tempatan pulang ke kampung.
Kali ini, mereka kembali menjadi perhatian, pada banyak masa momokan, apabila kerajaan bercadang membawa masuk 1.5 juta lagi warga Bangladesh untuk bekerja di sini.
Sanwar, 34 tahun, menyatakan kesedihannya apabila terpaksa berhadapan dengan penghinaan sedemikian.
“Memang saya rasa sedih tapi nak buat macam mana. Saya datang sini untuk bekerja.
“Setiap bangsa ada baik ada jahat, kalau ada (warga Bangladesh) yang buat jahat itu dosa mereka sendiri, bukan semua,” katanya yang bekerja di stesen minyak di Salak Selatan.
Katanya lagi, beliau berhadapan kesukaran ketika mula-mula tiba di sini, namun keadaan bertambah baik selepas setahun bekerja dan boleh menggunakan Bahasa Malaysia.
Jaheed, 29 tahun, yang bekerja di sebuah kedai di Masjid India juga menyuarakan sentimen yang sama.
“Satu orang satu mentaliti. Setiap orang Bangladesh di sini ada fikiran lain-lain,” katanya yang lebih selesa berbual dalam Bahasa Inggeris.

Menantu Najib jawab tuduhan terima 16 tong hadiah

Daniyar Kessikbayev memberi 16 kotak hadiah kepada Nooryana Najwa sebagai 'mahar' dan ia merupakan sebahagian tradisi masyarakat Kazakhstan.
Daniyar-Nazarbayev
PETALING JAYA: Menantu Perdana Menteri, Daniyar Kessikbayev menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memberi 16 tong hadiah kepada keluarga beliau pada majlis pertunangan dengan Nooryana Najwa pada 17 Jun 2011.
Daniyar menjelaskan, hadiah itu sebaliknya adalah pemberian pihak keluarga lelaki kepada keluarga Perdana Menteri dan juga bakal tunangnya ketika itu, Nooryana Najwa.
Katanya, tidak pernah wujud 16 tong hadiah seperti yang didakwa Dr Mahathir tetapi hanya 16 kotak hadiah yang diberikan kepada tunangnya, yang menjadi sebahagian tradisi masyarakar Kazakhstan.
“Saya ingin menjelaskan bahawa hadiah berkenaan adalah daripada saya sebagai mahar kepada Nooryana yang diberikan dalam 16 kotak bukannya 16 tong.
“Sebagai bakal suami pada masa itu, pemberian tersebut merupakan sebahagian daripada tradisi masyarakat Kazakhtan untuk bakal isteri pada masa akan datang termasuk barang kemas, minyak wangi dan sutera.
“Pemberian hadiah ini wajar untuk keluarga saya mengekalkan tradisi kami. Malah kami berbangga untuk berkongsi warisan Kazakhstan bersama keluarga baru di Malaysia,” katanya kepada FMT.
Daniyar berkata, pemberian hadiah tersebut merupakan hasil titik peluhnya sendiri bukannya menggunakan wang keluarga atau wang Kerajaan.
“Saya tidak mempunyai apa-apa urusan atau sebarang bentuk perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Saya juga tidak mengambil wang daripada rakyat Malaysia yang tercinta,” katanya.
Sehubungan itu, Daniyar dengan penuh hormat menggesa Dr Mahathir supaya berhenti menggunakan perkahwinannya dengan Nooryana Najwa sebagai subjek politik.
“Saya dengan rasa hormat meminta Dr Mahathir berhenti menggunakan perkahwinan saya, isteri saya dan saya sendiri untuk kepentingan politik.
“Saya percaya Dr Mahathir sebagai seorang ahli politik yang bijak, seorang bapa dan suami pandai menilai apa yang salah dan apa yang betul untuk bercakap,” katanya.
Daniyar dan Nooryana Najwa berkahwin pada 19 Mac 2015.

KENAPA 40 TAHUN?

Sabtu ini UMNO akan mengadakan majlis kesyukuran sempena 40 tahun penglibatan Najib Razak dalam politik yang bermula pada 1976 ketika beliau mula-mula bertanding dalam pilihanraya menggantikan tempat bapanya, Allahyarham Tun Razak.

Majlis yang diadakan di PWTC itu bermula jam 6 petang, dimulai dengan solat maghrib, bacaan Yassin, doa selamat, jamuan makan dan ucapan.

Surat jemputan kepada pimpinan UMNO seluruh negara yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung perkara itu sudah pun dikeluarkan sejak kira-kira seminggu yang lalu dan kini didapati bersepah-sepah di media sosial.

Meraikan hari kelahiran atau ulangtahun perkahwinan memang perkara biasa bagi sesiapa, tetapi barangkali tidak pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini meraikan berapa lama penglibatan mereka dalam dunia politik.

Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi, dua bekas Perdana Menteri yang masih hidup dan lebih berliku perjuangan politik mereka, tidak kedengaran ada berbuat demikian ketika berkuasa dahulu.

Tetapi kenapa Najib mahu tempoh penglibatannya dalam politik diraikan dan mengapa pula  angka 40 tahun itu jadi pilihan? 

Kenapa tidak ditunggu sehingga usia karier politiknya mencecah 45 atau 50 tahun? Atau kenapa ketika tempohnya 30 atau 35 tahun dulu tidak diraikan?

Hina Najib di Facebook, `Ratu Naga' didakwa

'Because we're not Bangladeshi,' MTUC says after barred from ministries

Rafizi: Sanggupkah rakyat melihat negara terus dilanda skandal

'Dedahkan majikan perlukan 1.5 juta pekerja Bangladesh'

Negara tidak mampu hilang wang di bawah Najib, kata Rafizi

MTUC himpun bantah pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh

Kira-kira 50 ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini berkumpul di luar pintu utama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia untuk menyuarakan bantahan terhadap rancangan kerajaan mengambil masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh.
Bagaimanapun kehadiran mereka di pintu utama pada pukul 10.30 pagi bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada kedua-dua kementerian itu dihalang oleh kakitangan keselamatan dan pegawai kementerian.
Ini menyebabkan ahli-ahli MTUC itu menukar rancangan dengan berhimpun di luar kementerian.
Pemangku Presiden MTUC Abdullah Sani Abdul Hamid ketika ditemui wartawan secara sinis menyindir bahawa rakyat asing dibenar masuk tetapi rakyat negara ini pula dihalang.
“Kalau kita Bangladesh, mereka mesti jumpa kita.
"Ini adalah pertama kali kita dihalang untuk masuk ke premis kementerian, ini amat memalukan kerana hak kita sebagai rakyat tidak diiktiraf.
“Kita berpiket di luar kawasan kementerian, kita ada placards dan poster,” kata Abdul Sani.

Kesatuan sekerja gesa Putrajaya tubuh RCI pekerja asing

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia N Gopal Krishnam berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan pekerja asing ditubuhkan perlu ditubuhkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2016.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia N Gopal Krishnam berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan pekerja asing ditubuhkan perlu ditubuhkan. Selain meminta Putrajaya menghentikan rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh ke negara ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) turut menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pekerja asing ditubuhkan.
Setiausaha Agung MTUC N Gopal Krishnam sebelum ini berkata, kemasukan pekerja asing itu akan memberikan kesan kepada pekerja separa mahir tempatan.
"MTUC mohon jasa baik, untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja pekerja asing dan menghentikan rancangan pengambilan pekerja asing ini bagi faedah rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Beliau sebelum ini berkata, sektor separa mahir kurang diminati penduduk tempatan kerana kadar gaji yang rendah dan masa kerja panjang. "Beribu pekerja dari Malaysia merantau ke Singapura setiap hari bagi menyara hidup. Kenapa, siapakah yang banyak melakukan kerja separa mahir ini di Singapura?" soalnya.
Beliau berkata, walaupun mereka bekerja dalam bidang separa mahir, disebabkan imbuhan yang dibayar adalah tinggi dan setaraf dengan kerja tersebut maka mereka sanggup berulang-alik ke negara jiran.
"Mereka ini bukan saja profesional malah terdiri daripada golongan yang terkandas dalam pelajaran dan pekerja am," katanya.
Beliau berkata, Putrajaya seharusnya mengehadkan kemasukan pekerja asing bagi mencapai status negara maju.
"MTUC merasakan jika kerajaan serius dengan pengiktirafan untuk mencapai negara berstatus pendapatan tinggi, maka mereka harus mengehadkan pekerja asing di tempat kerja seperti dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11 iaitu pengurangan pekerja asing ke paras 15%.
"Tetapi berdasarkan perkembangan semasa yang berlaku MTUC kurang yakin hasrat tersebut boleh dicapai," katanya.
Beliau berkata, sehingga hari ini kira-kira 7 juta pekerja asing berada di negara ini dengan hanya 2.1 juta saja yang memiliki dokumen sah.

Industri '3D': Tenaga tempatan perlu diberi latihan, gaji setimpal - MTUC

Industri '3D': Tenaga tempatan perlu diberi latihan, gaji setimpal - MTUC
Ahli MTUC menyerahkan memorandum bantahan di hadapan kompleks Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya pada Khamis. 
 
PUTRAJAYA: Warga kerja tempatan patut diberi latihan serta gaji setimpal untuk bekerja dalam sektor yang dikategorikan sebagai 3D atau dirty, difficult and dangerous (kotor, sukar dan berbahaya).

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam berkata langkah ini yang seharusnya diambil kerajaan.

"Jika polisi yang terbaik digubal, kami percaya warga kerja tempatan mampu untuk mengisi permintaan industri-industri 3D ini," kata Gopal Kishnam.

Gopal Kishnam ditemui selepas mengetuai kumpulan ahli MTUC ke kompleks Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya pada Khamis untuk menyerahkan memorandum bantahan berkenaan pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh.

Walaupun tidak dibenarkan masuk, wakil dari kementerian tersebut hadir untuk menerima memorandum tersebut.
Kumpulan tersebut berkumpul sekitar jam 10.15 pagi dan bersurai selepas menyerahkan memorandum, kira-kira jam 11.30 pagi.

Sabitan menghasut, Adam Adli didenda RM5,000, tidak dihukum penjara

Aktivis Adam Adli Abdul Halim yang disabitkan bersalah atas tuduhan menghasut dibebaskan daripada hukuman penjara dan dikenakan denda RM5,000. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2016.Aktivis Adam Adli Abdul Halim yang disabitkan bersalah atas tuduhan menghasut dibebaskan daripada hukuman penjara dan dikenakan denda RM5,000. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengetepikan hukuman penjara ke atas aktivis Adam Adli Abdul Halim yang disabitkan bersalah atas tuduhan menghasut.
Hakim Abdul Karim Abdul Jalil sebaliknya mengenakan hukuman denda RM5,000 ke atas Adam Adli.
Menerusi akaun Twitter, Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang hadir di mahkamah untuk memberi sokongan kepada Adam Ali berkata, hakim mengetepikan hukuman penjara kerana kenyataan aktivis itu tidak menyebabkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Adam Adli disabitkan atas kesalahan menghasut kerana menyeru perubahan dalam kerajaan menerusi cara tidak demokrasi, menerusi satu ucapannya pada 2013. Pada September 2014, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mensabitkan Adam Adli bersalah atas tuduhan menghasut dan menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara.
Adam Adli didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan pada satu forum pada 13 Mei, 2013 apabila dia dikatakan mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pada forum itu, Adam Adli dilaporkan mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata:“Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya.”

Dr M: Kenapa saya boleh kritik Najib tapi Liong Sik tak boleh?


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata adalah aneh kerana beliau diberi kebebasan bersuara untuk mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tidak boleh berbuat demikian.
Mahathir berkata demikian dalam afidavitnya untuk menyokong permohonan Ling untuk membatalkan saman fitnah Najib ke atas dirinya hari ini.
 Katanya, beliau menerima jawapan Najib berhubung tuntutan balas Ling bahawa beliau (Najib) menerima kritikan Mahathir sebagai '... amalan yang sihat, kebebasan bersuara di bawah kepimpinan plaintif sebagai perdana menteri Malaysia.
"PM adalah betul (sekurang-kurangnya berhubung perkara ini).
"Oleh itu ia seolah-olah pelik bagi saya kerana diberikan hak untuk kebebasan bersuara, tetapi bukannya Ling," katanya dalam afidavit.
Mahathir juga mengakui bahawa beliau berulang kali mendesak Najib supaya berundur kerana tidak layak menjadi PM.
Bekas perdana menteri berusia 91 tahun berkata di sebalik menuduh Najib berbohong di khalayak ramai dan mencuri, mengamalkan rasuah, terbabit dalam pengubahan wang haram dan menjejaskan sistem perlembagaan dan undang-undang negara, Najib tidak menyamannya.

AG batal pertemuan dengan panel SPRM hari ini..jeng...jeng..!!


 Pertemuan yang dijadualkan antara Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibatalkan saat akhir.
Seorang ahli panel tersebut yang mengesahkan perkara itu berkata, Apandi membatalkan pertemuan itu yang dijadualkan berlangsung pukul 3 petang ini di Pejabat AG.
"Kita tidak tahu sama ada kita akan dapat menemui beliau (selepas ini), kerana penggal kami dijadualkan tamat sebelum akhir bulan ini," katanya.
Satu sumber mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa pertemuan itu telah ditangguhkan satu tarikh yang belum ditentukan.
"Bagaimanapun, kita tidak tahu sebab pembatalan (pertemuan hari ini)," kata sumber itu yang tidak mahu namanya disebut.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi AG untuk mendapatkan respon beliau.

Rafizi cadang lantik Zeti pengerusi Tabung Haji, kembalikan kepercayaan rakyat

Kajian selidik dilakukan PKR menunjukkan kepercayaan rakyat terhadap Lembaga Tabung Haji dapat dipulihkan jika Gabenor Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilantik menjadi pengerusinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2016. 
Selepas pelbagai kontroversi melanda Lembaga Tabung Haji sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi itu, satu kaji selidik secara rawak di media sosial menunjukkan rakyat mahukan pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditukar, kata Rafizi Ramli.
Kaji selidik yang diadakan setiausaha agung PKR dan dimuat naik dalam laman sosial Twitter menunjukkan imej Gabenor Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dipandang tinggi di mata rakyat Malaysia.
Disebabkan itu, Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan Zeti mengambil alih jawatan daripada Azeez.

"Sentimen umum rakyat melalui kaji selidik rawak di media sosial jelas menunjukkan rakyat mahukan pengerusi Tabung Haji ditukar. "Saya yakin langkah melantik Zeti menggantikan Azeez akan memulihkan keyakinan rakyat terhadap Tabung Haji dengan segera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi: Mahathir hilang lebih RM42b, tapi Najib tak mampu

Malaysia semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin kehilangan lebih banyak wang daripada RM42 bilion, tetapi negara ketika itu mempunyai lebih banyak ruang fiskal.
Bekas-bekas perdana menteri sebelum Datuk Seri Najib Razak, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, mempunyai lebih ‘kebebasan’ kerana pendapatan yang stabil daripada minyak sawit dan minyak mentah, antara lain.
Keadaan itu menyediakan negara dengan penampan ekonomi untuk membuat pelbagai percubaan dan juga "skandal".
"Mereka (bekas perdana menteri) boleh melakukan skandal sebelum ini," kata Rafizi kepada kira-kira 1,000 hadirin pada forum bertajuk 'Twin Mega Scandals: Berakhirnya Pemerintahan Undang-undang' di Petaling Jaya, malam semalam.
Penyokong Najib, kata Rafizi yang juga adalah ahli parlimen Pandan, sentiasa mendakwa bagaimana skandal yang membabitkan Dr Mahathir adalah ‘lebih besar’.
"Saya tidak pertikaikannya, itu adalahbetul. Jika kita ambil kira, apa yang berlaku pada zaman Mahathir dan mengambil kira inflasi, sudah tentu jumlah urus kewangan semasa pemerintahan Mahathir jelas jauh lebih besar daripada RM42 bilion.
"Tetapi bezanya, kita mempunyai ruang fiskal.
Bagi Rafizi, skandal RM42 bilion itu akan membawa kepada satu siri masalah yang terpaksa dipikul oleh generasi akan datang.

CHINA SLAPS NAJIB & UMNO IN THE FACE - DARE THEY RESPOND: ENVOY HUANG'S RM40K 'DONATION' & ROAMING MILITARY SHIPS

CHINA SLAPS NAJIB & UMNO IN THE FACE - DARE THEY RESPOND: ENVOY HUANG'S RM40K 'DONATION' & ROAMING MILITARY SHIPS
SJKC, also known as “vernacular schools” in Malaysia for the Chinese have existed since independence and the vernacular education isprotected by the Federal Constitution, despite disagreement by some former judges. The fact that these judges chose to read the constitution to their liking only “after” retirement speaks volumes about their desire to impress and probably enter (UMNO) politics.
It’s pretty simple – if SJK vernacular schools, particularly the Chinese were illegal and have allegedly been creating racial polarisation and of pariah standard, wouldn’t former Prime Minister Mahathir Mohamad have had bulldozed and shut down such schools during his 22-year-rule from 1981 to 2003? The reverse is true, amusingly.
By Education Ministry’s own admission, the enrolment of non-Chinese pupils in National Type Chinese Schools, or Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) nationwide shot up by 20.7% over the last five years from 2010-2014. In fact, the ratio of non-Chinese to Chinese pupils studying in SJKCs has doubled in the same period. There were a staggering 87,463 non-Chinese students in 2014 alone.
UMNO Red Shirts Rally Charming Message - Eliminate Chinese SJKC Vernacular Education
Non Chinese at SJKC Vernacular School
In a nutshell, this also means that not only vernacular schools are enshrined in the constitution, it also does what the UMNO government couldn’t do –offering quality education to all Malaysians, regardless of race and religion. Hence, when China’s ambassador to Malaysia – Dr Huang Huikang – donated some money to eight SJKCs, eyebrows were raised.
Ambassador Huang is no stranger to Malaysians, after he made a surprise visit to Petaling Street (Chinatown) over UMNO-sponsored Red Shirts’ threat to riot and harm Chinese traders along the popular tourist hotspot last year. He had deliberately said Beijing opposes terrorism and any form of discriminationagainst races and any form of extremism.
Red Shirts Rioting at Petaling Street
Red Shirts Mohd Ali Baharom - Ali Tinju - and Jamal Md Yunos
With tail between legs, the Red Shirts mobs didn’t show up and UMNO quietly let the issue fizzled out. But what was Beijing’s agenda by giving away RM40,000 to 8 SJKCs? Ambassador Huang could easily justify his intervention at Chinatown last year as to protect China’s investment and citizens, whom look no different from the local Chinese.

Tauhid tiga dilabel sebagai punca teroris

Dr Muhamad Rozaimi Ramle
KUALA LUMPUR - Proses pembelajaran tauhid tiga serangkai di Malaysia iaitu Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' Walsifat dilabel sebagai punca kepada aktiviti terorisme.
Pensyarah dari Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, tafsiran tersebut tidak seharusnya berlaku kerana tiada sebarang bukti mengatakan tauhid tiga itu punca kepada lahirnya individu yang berpegang kepada ideologi itu.
"Apabila kita  bercerita tentang terorisme, sekarang ada usaha mengatakan tauhid tiga serangkai sebagai punca kepada terorisme.
"Belum ada kenyataan yang mengatakan tauhid tiga ini boleh membawa kepada keganasan.
"Selama berpuluh tahun kita belajar tauhid tiga di Malaysia, saya tidak pernah jumpa lagi orang di Malaysia dikaitkan dengan keganasan semata-mata kerana tauhid tiga ini," katanya dalam Diskusi Santai Ekstremisme Agama di Malaysia yang diadakan di Dewan Seroja, Kelab Golf Perkhidmatan Awam, malam tadi.
Katanya, tauhid tiga itu adalah metodologi dan tidak menjadikan seseorang itu sebagai pengganas.
"Ada sebab mengapa orang suka menjadi pengganas antaranya adalah mereka bersifat jahil.
"Selain itu, perasaan taksub kepada mazhab dan merasakan diri mereka sentiasa betul," katanya.
Dalam pada itu katanya, ada juga pandangan silap mengatakan bahawa tauhid tiga ini juga sebagai kredit mudah untuk mengkafirkan seorang Muslim.
Muhammad Rozaimi berkata, sebenarnya terdapat golongan yang mempunyai beberapa sikap yang sering mengkafirkan seseorang Muslim dan ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan tauhid tiga.
"Golongan itu antaranya jahil dan tidak bersetuju dengan pendapat bahawa perbuatan mereka silap.
"Jika dikritik, mereka akan halang individu itu dari terus bersuara dan dianggap sebagai kafir," katanya.

'Orang agama lebih bahaya daripada orang politik'

Asri Zainul Abidin KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyeru semua pihak dan masyarakat untuk terus bersatu tidak kira dari segi agama dan fahaman.
Menurutnya, ia merupakan satu-satunya langkah untuk memelihara keamanan dan keharmonian negara.
"Kita semua perlu bersatu untuk kekalkan keamanan dalam negara. Pihak berkuasa perlu bertindak untuk atasi isu-isu sebegini," katanya ketika berlangsungnya wacana Ektremisme Agama di Malaysia di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengeluarkan kenyataan provokasi.
"Orang-orang seperti ini perlu diambil tindakan. Sebab orang-orang macam ini boleh memecahbelahkan masyarakat.
"Orang agama ni lebih bahaya daripada orang politik.  Orang politik ni kalau nak buang kawan, mereka hanya buang keahlian sahaja.
"Kalau buang keahlian (parti politik), mereka boleh masuk parti lain. Orang agama kalau buang rakan, mereka pecat daripada agama terus," katanya lagi.

Sejarah Tak Pernah Menipu..

Kenalilah Zahid Hamidi... sepertimana yang dilaporkan Utusan pada suatu ketika dahulu !!

Utusan: Pemimpin bebal bererti bodoh dan tumpul otak

Majalah Massa : Berpotensi jadi pemimpin korup

Peningkatan sentimen perkauman terhadap pekerja Bangladesh membimbangkan

KUALA LUMPUR: Lawyers for Liberty menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan sentimen xenofobia dan perkauman berikutan rancangan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini, dalam masa tiga tahun akan datang.

Pengarah eksekutifnya, Eric Paulsen berkata antara perkara tidak dapat diterima ialah kenyataan sesetengah pihak bahawa pekerja asing akan menjadi punca timbulnya pelbagai masalah sosial termasuk perbuatan mereka menjalin hubungan dengan wanita tempatan, peningkatan kes jenayah dan penyakit, isu keselamatan dan keganasan.

"Pekerja asing tidak datang ke Malaysia untuk melakukan jenayah, membawa penyakit atau mengganggu wanita tempatan. Mereka ke sini untuk bekerja, terutama kerja yang tidak mahu dilakukan orang tempatan.

"Kebanyakan mereka mempunyai latar belakang kemiskinan, meninggalkan segala-galanya dan menanggung banyak hutang dalam usaha mencari rezeki untuk keluarga dan diri sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata seperti di tempat lain juga, ada pekerja asing yang berkelakuan buruk atau melakukan jenayah, dan mereka ini akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.
 
Dalam kenyataan Khamis lepas, Kementerian Dalam Negeri menegaskan jumlah pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk ke negara ini, tidak ditetapkan secara khusus kerana ia bergantung kepada keperluan dan permintaan majikan.

Najib terima derma politik jelas kes rasuah, kata forum

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata Perdana Menteri Najib Razak langgar undang-undang apabila tidak mengisytiharkan derma RM2.6 bilion itu sejak awal menerimanya pada Mac 2013. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 Februari, 2016.Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata Perdana Menteri Najib Razak langgar undang-undang apabila tidak mengisytiharkan derma RM2.6 bilion itu sejak awal menerimanya pada Mac 2013. Wujud kes rasuah yang jelas apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima derma RM2.6 bilion, kerana penjawat awam tidak sepatutnya menerima ganjaran, kata sebuah forum malam tadi.
Mengikut sekurang-kurangnya 2 undang-undang sedia ada, penjawat awam yang menerima wang dalam akaun bank peribadinya dianggap menerimanya bagi tujuan rasuah, kata 2 peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan dan Hanipa Maidin.
Dalam kes Najib, presiden Umno itu tidak secara sukarela mengisytiharkan RM2.6 bilion itu ketika ia dimasukkan ke akaun peribadinya pada Mac 2013, lebih sebulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, kata Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang.

RM2.6 bilion atau AS$681 juta itu didedahkan Wall Street Journal, 2 tahun selepas itu, pada Julai 2015. Akhbar itu melaporkan wang berkenaan daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sebulan selepas itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan ia adalah derma politik daripada penderma Timur Tengah tetapi tidak ada penjelasan diberikan bagaimana wang itu dibelanjakan.
Hanipa berkata mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961, wang diterima penjawat awam dianggap wang diterima bagi tujuan rasuah.
“Jadi mengapa tidak ada pendakwaan?” kata Hanipa dalam respons kepada keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari untuk membebaskan Najib daripada kesalahan salah laku kerana menerima RM2.6 bilion itu.
“Bila kita tanya siapa beri wang itu, peguam negara hanya kata orang awam tidak ada hak untuk tahu.
“Tetapi hujah saya ialah, hak untuk tahu mendahului hak kebebasan bersuara,” kata Hanipa pada forum bertajuk “Skandal 1MDB dan RM2.6 bilion: berakhirnya kedaulatan undang-undang?” di Petaling Jaya, malam tadi.
Hanipa berkata Najib melanggar undang-undang apabila tidak mengisytiharkan wang itu sejak awal menerimanya pada Mac 2013.
“Beliau tidak sepatutnya terima. Ini kes yang jelas,” katanya ketika ditemui selepas forum itu.