Selasa, 16 Februari 2016

Pembunuhan kejam tutup mulut akan berterusan

Syed Iskandar Jaafar


Pengakuan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat skim cepat kaya peribadi negara ala Pak Man Telo yang beliau tidak berkata sesuatu dalam sesi pendengaran jawatankuasa Parlimen ialah perkara paling bodoh untuk dilakukan.
Ini bermakna tidak mustahil nyawa perlu ditamatkan sebelum beliau membuat pengakuan berbeza. Tiada bezanya sekiranya diracun atau mati kemalangan yang tidak akan ternampak seperti pembunuhan namun nyawanya kini tetap dalam bahaya. Dah besar panjang tapi bahalul.
Kita imbas kembali beberapa pembunuhan sebelum ini, seorang model Mongolia dibunuh kejam kenapa? Mudah saja untuk menutup mulut. Kenapa penyiasat persendirian boleh bernyawa bertahun-tahun bersembunyi di India tetapi bila pulang ke Malaysia cuma 3 minggu meninggal dunia mengejut. Apa agaknya yang dimakan atau diminumnya? Jika dia dibunuh, jawapannya ialah untuk menutup mulut.

Kenapa peguam asing yang mendraf perjanjian mengenai kapal selam yang dibeli dijumpai mati terapung di sebuah pulau persendirian miliknya di luar negara? Mudah juga jawapannya iaitu untuk menutup mulut. Tidak logik sekali untuk peguam berkenaan mati lemas bila beliau mampu membeli sebuah pulau untuk diri sendiri, untuk beriadah. Kenapa timbalan pendakwa raya mati dibunuh dan mayatnya simen? Mudah juga kesimpulannya, iaitu untuk menutup mulut. Tidakkah skripnya ada persamaan iaitu bunuh dulu kemudian bom menggunakan C4 dalam kes wanita Mongolia.
Kenapa pengasas sebuah bank mati ditembak? Juga tidak susah untuk meneka iaitu untuk menutup mulut. Cerekarama yang dibuat ialah mengenai pertelingkahan akaun sebuah tokong manakala skrip sama untuk kes timbalan pendakwa raya ialah kerana pergaduhan terbuka untuk kes lain di Mahkamah Shah Alam sebelum kejadian.
Kenapa helikopter yang canggih tiba-tiba terhempas? Jawapannya pun mudah selain hendak menutup mulut ia juga dendam kesumat sepertimana pengeboman mayat bekas ratu cantik Mongolia.
Rakyat ketawa memikirkan ada beberapa versi kenapa kehadiran seorang perempuan muda yang dilaporkan juga seperti model sekalipun bukan model warga asing dalam helikopter berkenaan. Kenapa pula pegawai kanan badan siasatan negara dimasukkan ke wad? Mudah saja ada sesuatu yang tak kena dengan skop tugas mereka menyiasat kes tertentu.

Pimpinan tertinggi negara arah batal debat dengan Asri, kata Zamihan

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin berkata debat dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin terpaksa dibatalkan atas arahan pimpinan tertinggi negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Februari, 2016. 
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin berkata debat dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin terpaksa dibatalkan atas arahan pimpinan tertinggi negara.

Diskusi ilmu mengenai ekstremisme agama yang menggandingkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin yang sepatutnya berlangsung esok dibatalkan pada saat-saat akhir.
Menurut Zamihan ketika dihubungi The Malaysian Insider, debat tersebut yang dijadualkan berlangsung di Auditorium Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya terpaksa dibatalkan atas arahan pimpinan tertinggi negara.
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim pun sedia maklum, (debat) pada 17 haribulan itu, atas arahan pimpinan tertinggi negara, dibatalkan," katanya yang enggan mendedahkan siapa kepimpinan tertinggi yang dimaksudkan.

Asri dan Zamihan dilaporkan bakal berdepan antara satu sama lain menerusi satu wacana anjuran Shahidan bertajuk "Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Perbincangan".  Sebelum ini, Asri menyatakan persetujuannya menerima cabaran debat Zamihan bagi memberi penjelasan kepada orang ramai, bukan menentukan siapa menang atau kalah.
Zamihan sebelum itu dilaporkan sedia mengambil tindakan undang-undang dan mengadakan perdebatan dengan Asri sekiranya mufti itu terus mengaitkan dirinya dengan elemen pro Syiah, ekstremis takfir dan sesat.
Melihat keadaan yang meruncing itu, Shahidan menerusi posting di Facebook mencadangkan kedua-duanya hadir dalam satu program wacana bagi menjernihkan keadaan.

Ditukar tanpa alasan, Zamihan mahu bertemu menteri KDN

Pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin berkata beliau masih lagi boleh meneruskan perjuangan sebagai pendakwah walaupun tidak menjadi penjawat awam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Februari, 2016. 
Selepas diarahkan tidak meneruskan perdebatan dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin kini menerima arahan ditukar serta-merta ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa Khamis ini.
Bagaimanapun, menurut Zamihan, beliau akan mendapatkan kepastian daripada KDN dengan berjumpa menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri, kerana ditukar tanpa alasan.
Malah katanya, sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan di KDN, beliau tidak teragak-agak untuk secara sukarela menamatkan khidmatnya sebagai penjawat awam.

"Saya ditukar serta-merta lapor diri 18 haribulan ini. Saya tidak buat rayuan apa-apa. Saya akan merayu kepada Allah dan Rasul. Mereka tukar saya tanpa alasan. "Saya akan tanya bos saya dahulu (Zahid). Kalau beliau perlukan khidmat saya di KDN, saya akan kekal. Kalau dia tidak perlu khidmat saya, saya keluar angkat kakilah. Saya keluar sebagai penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Tambahnya, yang sebelum ini ditugaskan khusus menangani isu pelampau agama, meskipun tidak menjadi penjawat awam, beliau masih lagi boleh meneruskan perjuangan sebagai pendakwah.
"Saya tetap boleh berdakwah secara proaktif. Kita ini kerja dengan Allah bukan kerja dengan manusia.

Terlibat dalam ketenteraan di Arab Saudi kerana derma RM2.6 bilion?


KUALA LUMPUR 16 FEB: Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan mengenai motif pembabitan anggota tentera Malaysia dalam operasi ketenteraan di Arab Saudi dan tujuan negara terlibat dalam konflik di rantau asing.
limlipeng_M1Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata penglibatan negara dalam operasi ketenteraan terbesar sejak perang dunia kedua itu wajar dijelaskan bagi mengelak andaian pelbagai pihak kerana ia memberi kesan buruk kepada rakyat dan pertahanan negara.
“Adakah negara bakal terlibat dalam peperangan walhal telah menubuhkan Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW) yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2007?
“Adakah kenyataan ‘‘syukur negara masih aman’’ bakal menjadi tidak relevan jika peperangan disertai Malaysia mengundang ancaman luar terhadap keselamatan orang awam di dalam negara?” katanya pada kenyataan media hari ini.
Beliau mengulas laporan agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA mengenai Malaysia termasuk dalam perkumpulan 20 negara yang terlibat dalam misi ketenteraan “Thunder of The North” di Arab Saudi, yang disifatkan media itu sebagai “terpenting” dan “terbesar”.
Setiausaha DAP WIlayah Persekutuan itu juga mempersoal sama ada negara kini harus membalas budi setelah menerima sumbangan kerabat diraja Arab Saudi sebelum ini hingga terlibat dalam pertelingkahan di rantau Arab.
“Selepas mengembalikan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi itu, adakah Malaysia kini perlu membalas budi dan bergiat aktif dalam usaha memerangi keganasan yang semakin merebak ke rantau Nusantara?

UMNO tiada kaitan dengan siasatan terhadap Mahathir - Zahid

Zahid meminta media supaya merujuk perkembangan hal itu kepada KPN
zahid-hamidi,mahathir
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta agar isu siasatan keatas Tun Dr Mahathir Mohamad dan samada bekas Perdana Menteri itu akan ditahan tidak lagi dikaitkan dengan UMNO.
Sebaliknya, beliau meminta media supaya merujuk perkembangan hal itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Ia tiada kaitan dengan UMNO, sila dapatkan IGP,” katanya sewaktu ditemui pemberita selepas merasmikan konvensyen kosmetik halal di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Semalam Mahathir sekali lagi mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Mahathir menggesa Apandi bersumpah dengan Al-Quran bagi membuktikan kebenaran bahawa Perdana Menteri tidak terlibat langsung dalam isu derma RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International.
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat jikalau benar kandungan blog milik Mahathir itu mempunyai unsur fitnah.
Ia ekoran beberapa laporan polis telah dibuat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pihak polis tidak akan berlengah lagi untuk memulakan siasatan ke atas beliau.

Tuan Guru – sebuah permata nilam

Oleh Abd Shukur Harun
Hanya sesekali dalam sesuatu zaman, seorang tokoh besar  lahir untuk mewarnai zaman dan masyarakatnya.Menjadi pejuang kemanusiaan dan kebebasan dan dalam masa yang sama menjadi jurubicara masyarakat dan zamannya.
Pada mulanya di sepanjang zaman, memang ramai tokoh yang muncul dalam pelbagai bidang, terutama dalam bidang kepimpinan.
Tetapi dalam jumlah yang ramai itu hanya sejumlah kecil yang benar-benar mampu mengisi tugas tersebut. Malah dari jumlah yang sekecil itu, lebih kecil lagi yang bertahan dan mampu mendambakan dirinya walaupun menghadapi badai dan gelombang cabaran yang besar. Daripada jumlah yang kecil itu, lahir dan mengalir tokoh besar – Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat – Mursyidul Am PAS, pemimpin besar gerakan Islam yang sangat disayangi rakyat pelbagai kaum.
Pemimpin yang satu ini sangat luar biasa. Sederhana dalam kehidupannya, pemikirannya yang sangat terbuka, memandang jauh ke depan, dapat diterima masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Lebih dari itu Allahyarham yang meninggal dunia setahun yang lalu itu, adalah cerminan bagaimana Islam itu digerakkan menjadi Rahmatan Lil Almin, menjadi rahmat seluruh alam. Iaitu konsep yang dijadikan asas perjuangan Parti Amanah Negara (Amanah).
Allahyarham berjaya melaksanakan perintah Allah s.w.t. seperti yang disebut di dalam Al-Quran "Umat Islam ini dijadikan sebagai umat pertengahan, menjadi saksi, mengadili antara manusia, di mana Rasul sendiri menjadi saksinya." – Surah Al-Baqarah, 142.
Bermakna Allahyarham Tuan Guru berjaya melaksanakan misinya seperti yang disebut di dalam syat tersebut.
Pada 12 Februari yang lalu, genap setahun kepergian tokoh besar ini dan kita mengingatinya bukan semata-mata kerana nama besarnya tetapi lebih kerana usahanya menjadi besar.
Tidak ada harta yang ditinggalkannya, kecuali sebuah rumah kampung yang sederhana di Pulau Melaka (yang menjadi ilham saya menulis sajak mengenainya).
Serta juga sedikit kebun di Rantau Panjang, di mana Allahyarham memberitahu saya dulu, kebun itu adalah pesaka Allahyarham ayahndanya. Tetapi kebun itu, katanya, sentiasa dilanda banjir.
Bagaimanapun Tuan Guru meninggalkan khazanah ilmu dan pesan mutiara nasihat yang sangat bernilai.
Sajak saya mengenainya itu berjudul "Rumah Kampung Tok Guru".
Rumah Kampung Tok Guru
Senja itu aku berdiri di depan rumahmu
Di antara masjid dan rumah kampung
Harumnya Pulau Melaka kediamanmu
Aku berdiri merenung ketabahan
Dan keunikan kehidupanmu
Di tengah lautan politik nan bergelora
Tuan guru Nik Abdul Aziz
Aku tertegun menyaksikan kesederhanaanmu
Anak kambing dan ayam peliharaanmu
Masuk ke dalam reban di belakang rumah
Riuhnya membelah senja merah
Beriringan bunyi burung pulang ke sarang
Tuhanku!Engkau Yang Maha Kuasa
Tuan guru Nik Abdul Aziz
Aku melihat engkau siap berwuduk
Melangkau teratur ke masjid
Untuk mengimamkan solat Maghrib
Di tengah gemersik azan
Membelah senja di Pulau Melaka
Di sinilah insan dan Khalik-NYA bersatu
Tuan guru Nik Abdul Aziz
Engkau sangat mengerti dirimu
Sebagai hamba yang kerdil
Di tengah kekuasaan Ilahi
Sesaatpun engkau tidak lupa
Pesan dan ajaran Nabi s.a.w
Mengerti perjuangan dan pengorbanan
Tuan guru Nik Abdul Aziz
Engkau mencontohi kehidupan Nabi s.a.w
Memancarkan sinar dari masjidmu
Berdakwah dari utara ke selatan
Dari timur ke barat

SAMA SEPERTI ISTERI, ANAK PEMIMPIN JUGA HARUS BIJAK MEMBAWA DIRI

Bagaikan satu trend kebelakangan ini di mana anak-anak pemimpin sering saja tampil bersuara mempertahankan bapa mereka yang dikritik ramai atas sesuatu isu.

Ketika isu pertukaran Menteri Besar Kedah baru-baru ini, anak Ahmad Bashah dan anak Mukhriz Mahathir, masing-masing tampil bersuara mempertahankan serta memuji bapa sendiri.

Walaupun ada yang memuji, hakikatnya lebih ramai yang tidak berkenan di hati, malah tidak kurang yang mengeji.

Kali ini dan sebenarnya bukan kali pertama pun, anak Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah bersuara lagi. Beliau mempertahankan bapanya berhubung rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Beliau tidak saja menganggap isu pekerja Bangladesh itu sebagai isu kecil dan bersetuju dengan bapanya bahawa ramai yang memilih kerja, malah membalas kritikan Amran Fans, satu watak jelmaan dalam media sosial dengan membangkitkan soal hari pembalasan dan Padang Mahsyar.

Kenapa sampai Amran Fans yang tidak ketahuan asal usul pun mahu dilayan juga?

Mengapakah sejak akhir-akhir ini anak-anak pemimpin begitu galak bersuara mempertahankan bapa masing-masing sedangkan mereka tidak terlibat pun dalam kancah politik?

Apakah ini sesuatu yang sihat atau menambah rasa menyampah masyarakat?

Zahid sila letak jawatan, anak Zahid sila tutup mulut

Zahid didakwa telah gagal melaksanakan tugasnya sebagai Menteri Dalam Negeri berikutan lambakan pekerja asing di Malaysia.
ridwan,zahid,hidayah
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disaran supaya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri kerana gagal melaksanakan tugasnya dalam mengawal kemasukan pekerja asing di Malaysia.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah turut memberi amaran agar Zahid tidak menghina belia dengan mendakwa mereka malas dan tidak sanggup kerja dalam sektor 3D iaitu ‘dangerous’, ‘difficult’, dan ‘dirty’.
Katanya, ramai anak muda yang bekerja di luar negara seperti di Singapura dan Australia dalam sektor 3D kerana gaji yang diterima lumayan berbanding di Malaysia.
“Hari ini ramai belia tidak kira Melayu atau Cina kerja di Singapura dan Australia dalam sektor 3D kerana gaji diterima mahal.
“Jadi, jangan hina golongan belia, jangan buat cerita dongeng. Rakyat hari ini bukan bodoh.
“IKHLAS minta menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak layak duduk KDN, letak jawatan. Jangan rosakkan imej Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak),” katanya dalam satu sidang media di Hotel Sani.
Dalam pada itu, Ridzuan juga mahu Zahid untuk mendedahkan syarikat-syarikat yang meminta pengambilan pekerja warga asing itu jika benar-benar telus.

Dari jurutera kepada pencuci longkang

Sudah tiba masanya untuk graduan yang belajar tinggi-tinggi tetapi menganggur ubah haluan cita-cita kepada pekerjaan 3D kerana itu sahaja pilihan yang kita ada.
graduate_kerja-3D_600
Seperti yang diceritakan kepada saya…
“Sudah lama saya duduk rumah, kira-kira empat bulan. Ya, tempoh itu agak lama bagi seorang lelaki yang sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen. Sekarang saya mahu mencari kerja.
Rupanya selama empat bulan yang lepas, saya mencari kerja yang salah. Selaku seorang graduan Ijazah Lanjutan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik saya tersalah cari kerja. Saya cari kerja jurutera!
Selama ini ibu bapa saya sendiri pun tidak sedar. Setahu mereka, menghantar anak belajar ke luar negara, belajar tinggi-tinggi dengan kelulusan cemerlang, pulang ke tanah air agar dapat menjaga kedua-dua orang tua, bekerja selesa dengan gaji yang lumayan, itulah jangkaan seorang graduan yang cemerlang seperti saya, itu juga yang difikirkan oleh ibu bapa saya. Malangnya, saya dan mereka ternyata salah dan tersilap.
Sekarang, saya kena mencari kerja dan bersaing dengan lebih 6 juta warga asing untuk membuat kerja 3D, kerana itu sahaja pekerjaan yang melimpah-ruah di Malaysia.
Bukan lagi jurutera atau juruteknik, bukan lagi kerja pejabat atau profesional.
Untuk pengetahuan, saya, salah seorang daripada 26,000 orang atau mungkin lebih beberapa kali ganda orang yang diberhentikan kerja ekoran keadaan ekonomi pada masa kini. Sekarang saya masih menganggur dan mencari kerja, tetapi menteri dan pemimpin saya tiada solusi untuk rakyatnya.
Tetapi mereka lebih berminat mencabar saya buat kerja 3D.
Pemimpin ini enggan mengaku kegagalan mereka menangani masalah ekonomi negara sehingga para pelabur tutup bisnes dan keluar dari negara ini. Pemimpin enggan mencari jalan mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan rakyatnya yang semakin serius.
Tetapi mereka kata kami malas dan berkira.
Baik, saya akur sahaja. Dengan nasib saya yang masih tidak menentu, mulai detik ini, saya seorang graduan Ijazah Lanjutan Kejuruteraan, akan mengubah hala tuju cita-cita saya kepada seorang pencuci longkang, tak kiralah besar mana longkang itu, lagi Danger, lagi Dirty dan lagi Difficult bukan?

Beri peluang kerja kepada 400,000 penganggur tempatan

"Saya tidak menolak sepenuhnya penggunaan tenaga kerja asing, tetapi bukan sehingga mengabaikan warga tempatan."
Raja-Azura_PEKAEJA-ASING_600
KUALA LUMPUR: Membawa masuk pekerja asing dalam bilangan yang besar merupakan satu tindakan yang tidak adil terhadap lebih 400,000 warga tempatan yang masih menganggur.
Pengarah Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Peneraju) Raja Azura Raja Mahayuddin berkata demikian ekoran peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan didapati diisi oleh warga asing sekaligus mengabaikan hak warga tempatan.
“Saya tidak menolak sepenuhnya penggunaan tenaga kerja asing, tetapi bukan sehingga mengabaikan warga tempatan.
“Kalau kita tengok statistik pengangguran, golongan yang tidak bekerja berjumlah 400,000 atau tiga peratus. Tetapi jumlah pekerjaan yang diisi pekerja asing tentunya melebihi jumlah itu.
“Saya tak kata kita langsung tidak perlukan pekerja asing, cuma menyarankan supaya sektor atau bidang tertentu perlu mengutamakan pekerja tempatan, terutama Bumiputera,” katanya dalam sidang media di Hotel Primiera di sini tadi.

Zahid perlu buat pilihan belia Malaysia atau Bangladesh

Belia masa ini sudah bijak dan mengingati setiap penghinaan yang dilakukan oleh seseorang pemimpin
Zahid
PETALING JAYA: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh untuk bekerja di Malaysia terus dikritik hebat oleh pengguna alam maya.
Terbaru, seorang pengguna Facebook, Jufazli Shi Ahmad berkata, kenyataan Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri itu telah menimbulkan persoalan sama ada beliau mementingkan pemilihan belia Malaysia atau belia Bangladesh yang akan memberikan undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
“9.1 juta belia Malaysia akan turun mengundi pada PRU ke-14. Datuk Seri (Zahid Hamidi) mahu undi daripada kami atau mahu undi daripada 1.5 juta belia negara Bangladesh?,” tulisnya.
Pada masa sama, Jufazli yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej swasta mengingatkan semua pemimpin negara supaya sentiasa bermuhasabah diri.
Katanya, belia pada masa ini sudah bijak untuk memilih semasa PRU nanti dan akan ingat setiap penghinaan yang dilakukan oleh setiap pemimpin.
“We all here tidak akan lupa penghinaan sesiapa kepada belia. Kami bukan belia yang tiada maruah dan harga diri di muka bumi ini.

Pecat Azeez, pulihkan imej TH dari campur tangan politik

Kepercayaan rakyat terhadap tabung haji hanya boleh dipulihkan sekiranya badan itu menyingkirkan Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, badan itu perlulah bebas daripada campur tangan politik agar kerugian melibatkan pelaburannya di dalam saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tidak berulang.
“Langkah awal memberi jaminan kepada rakyat Tabung Haji dibebaskan dari campur tangan politik ialah dengan menukar Pengerusi Tabung Haji sedia ada dengan seorang lebih layak dan lebih ahlinya di dalam hal ehwal pelaburan Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketika ini, Tabung Haji terpaksa menanggung kerugian atas kertas sebanyak RM933 juta di dalam saham FGV yang masih mengekalkan sahamnya walaupun pendapatannya mencatatkan penurunan.
Perkara tersebut kata Rafizi, mengesahkan wujudnya campur tangan politik lebih-lebih lagi Pengerusi Tabung Haji juga seorang pemimpin politik.
“Penglibatan ahli politik yang bukan ahli di dalam kepimpinan Tabung Haji iaitu Datuk Seri Azeez Rahim yang melanggar prinsip tata kelola sewajarnya dipamerkan Tabung Haji,” tambah Ahli Parlimen Pandan itu.
Bahkan, pengasas FGV, Datuk Seri Najib Razak juga tidak mustahil terlibat dalam campur tangan tersebut.
Sebelum ini,Tabung Haji dilaporkan mencatatkan kedudukan negatif pada 2015 bagi tahun kedua berturut-turut.
Perkara tersebut selaras dengan peringatan Bank Negara Malaysia apabila defisit rizab Tabung Haji bagi tahun kewangan tahun lalu diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.195 bilion.

Rafizi: MARA patut tuntut RM14 juta bagi asrama di Australia


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang didakwa gagal untuk menuntut semula A$4.75 juta (RM14 juta pada kadar pertukaran semasa), yang terlebih bayar kepada anak syarikat milik penuhnya Thrushcross Land Holdings Limited kepada pemaju projek Wanissa Properties Pty Ltd.
Jumlah itu berkaitan dengan pembelian asrama pelajar di Dudley House di Melbourne, Australia, oleh MARA pada harga A$22.5 juta (RM66.7 juta pada kadar semasa) pada tahun 2013.
Urus niaga itu didedahkan oleh akhbar harian Australia, The Age pada Jun tahun lalu.
Rafizi berkata bahawa lapan bulan sudah berlalu sejak beliau membuat susulan ke atas dakwaan bahawa pembelian itu dibuat pada harga yang terlalu tinggi.
Bercakap pada sidang media di pejabat Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW) beliau juga membekalkan dokumen mahkamah yang difailkan di Australia yang katanya akan menunjukkan dengan tepat bagaimana MARA boleh mendapatkan wang berkenaan daripada individu yang dinamakan dalam saman itu.
“Walaupun pelbagai invois yang berlainan dikeluarkan dan bertindih, semakan dengan pihak berkuasa percukaian Australia menunjukkan bahawa jumlah akhir yang dibayar kepada Leuven Capital, Optimus Capital Group dan TRR Heritage adalah AUD4.75 juta,” katanya.
Pemimpin PKR itu juga berkata semua syarikat berkenaan mempunyai kaitan dengan MARA.
Antara dokumen mahkamah yang diedarkan kepada media, mereka yang dinamakan itu termasuk CEO Pelaburan MARA Berhad, Ahmad Nazim Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Pemuda Umno.
“Bukti keterlibatan individu-individu terbabit juga adalah sangat jelas dan sepatutnya tindakan telah diambil oleh Tan Sri Annuar Musa sejak dari tahun lalu.
“Dalam kemelut masalah kewangan MARA sehingga menyebabkan ramai lagi pelajar Melayu/ bumiputera menghadapi kesempitan, jumlah RM14 juta ini sepatutnya dituntut dengan segera dari individu-individu terbabit,” katanya.

Mahathir: Tiada serah kalah dalam pertarungan lawan Najib

Selepas hampir setahun ‘menyerang’ kepimpinan Datuk Seri Najib Razak - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan hari ini bahawa tidak akan menyerah kalah dalam usahanya menumbangkan perdana menteri.
"Saya berpegang apabila kita jatuh, kita perlu bangun semula dan cuba lagi dan lagi. Ia sama ada apa yang kita lakukan itu berbaloi atau tidak," kata perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini selama 22 tahun itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif 'My New Proton’ di Shah Alam hari ini.
Mengulas soalan bahawa usahanya yang dimulakan sejak April tahun lalu hampir pudar untuk menggulingkan Najib daripada jawatan, Mahathir berkata bahawa undang-undang negara tidak dilaksanakan dengan betul dan adil.
"Undang-undang sedia ada tidak dilaksanakan dengan betul. Undang-undang baru kemudian digubal untuk tujuan menangkap dan membicarakan orang.
"Saya tahu semasa zaman saya ada ISA tetapi saya tidak gunakannya untuk menangkap orang yang kritik saya. Hanya apabila mereka melakukan sesuatu kepada negara."
Mahathir juga berkata bahawa mengkritik kerajaan adalah sebahagian daripada demokrasi.
'Kerana seorang lelaki'
"Jika kita kritik kerajaan sekarang, kita akan ditahan, disoal dan dibicarakan. Jika tidak boleh kritik, maka di manakah demokrasi?
"Undang-undang yang digunakan berbeza bergantung kepada siapa diri anda. Jadi seseorang mesti mengatakan sesuatu. Saya katakan kerana saya mahu negara ini yang mempunyai reputasi yang baik."

RM2.6B & SRC: Panel SPRM jumpa peguam negara Khamis ini


Panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadual bertemu dengan Peguam Negara (AG) Tan Sri Apandi Ali pada Khamis ini.
Seorang anggota panel itu mengesahkan perkara ini kepada Malaysiakini.
Terdapat spekulasi bahawa pertemuan itu bagi memujuk Apandi mengubah pendiriannya pada 26 Januari yang membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku.
Anggota panel yang enggan namanya disebut itu bagaimanapun berkata masih tidak jelas sama ada AG (gambar) mahu membincangkan perkara berkaitan perdana menteri.
Seorang lagi sumber dalaman SPRM mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mesyuarat itu akan diadakan di Pejabat Peguam Negara pada jam 3 petang.
Sebelum ini dilaporkan bahawa panel semakan operasi SPRM dan panel khas mahu badan itu bertemu dengan Apandi bagi membantu menjelaskan kenapa beliau tidak membuat pendakwa pada Najib.

Zahid nafi Umno mahu Dr Mahathir ditangkap

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno tidak ada agenda untuk membuatkan Tun Dr Mahathir Mohamad ditangkap. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Februari, 2016. 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno tidak ada agenda untuk membuatkan Tun Dr Mahathir Mohamad ditangkap.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno tidak ada agenda untuk membuatkan Tun Dr Mahathir Mohamad ditangkap kerana menulis blog dengan kata-kata yang keras terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Timbalan perdana menteri dan naib presiden Umno itu menjauhkan parti itu daripada dikaitkan dengan laporan polis yang dibuat baru-baru ini menganjurkan siasatan dibuka terhadap Dr Mahathir.
"Ia tidak ada kaitan dengan Umno. Sila dapatkan (komen dari) ketua polis negara," kata Zahid selepas merasmikan Forum Industri Produk Kosmetik dan Barangan Peribadi Halal di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata semalam beliau percaya Umno mengeluarkan amaran melalui ketua penerangannya yang baharu dengan mengatakan dia boleh ditangkap kerana mengkritik Najib dan Apandi. Dalam blognya , bekas perdana menteri itu menulis, jelas yang Tan Sri Annuar Musa berkata kritikan berterusan itu satu usaha untuk membuatkan beliau ditangkap.
"Ketua penerangan baharu itu mencadangkan, saya lakukan ini kerana saya mahu ditangkap.
"Itu amaran yang jelas seperti keinginan untuk mereka menangkap saya," tulis Dr Mahathir dalam artikel bertajuk "Corruption in Malaysia".
Annuar pada 6 Februari lalu, sebagai tindak balas kepada salah satu posting blog bekas perdana menteri itu mendakwa, Dr Mahathir sengaja mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya untuk meraih simpati.
"Saya terkejut apabila membaca kenyataan Dr Mahathir di blognya yang sangat jelas mengandungi kata-kata menghasut.

Saya tak akan putus asa usaha singkir Najib, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disiasat kerana mengkritik Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya, berkata beliau tidak akan putus asa dalam usahanya menyingkirkan perdana menteri.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau percaya dalam melakukan sesuatu yang berbaloi.
"Saya sentiasa percaya, apabila kita gagal, kita bangun, dan cuba lagi dan lagi. Ia sama ada apa yang kita buat itu berbaloi atau tidak," katanya kepada pemberita pada satu majlis Proton di Shah Alam hari ini.

Dr Mahathir berkata, masalah yang dihadapi masih mengenai pentadbiran Najib, oleh itu beliau akan terus mendesak perdana menteri itu meletak jawatan.  "Saya masih menekankan keperluan untuk Najib berundur. Semuanya kembali kepadanya (Najib)," katanya ketika ditanya apa yang akan dilakukan seterusnya.

Chegubard: Azmin ego, tak ubah seperti Umno


Ketua penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin mendakwa kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali semakin ego dan tidak lut dengan teguran.
Beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, banyak teguran yang dilontarkan kebelakangan ini tidak dipandang serius oleh timbalan presiden PKR itu.
 “Banyak teguran yang dilontarkan kebelakangan ini kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor tetapi malangnya Selangor di bawah Azmin Ali terus dengan ego malah bertindak tidak ubah seperti Umno-BN yang menganggap teguran sebagai musuh.
"Malah turut mencaci saya sebagai ‘macai Umno’,” kata Chegubard dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Sebaliknya Chegubard berkata Azmin hanya mengambil sikap terus membisu dengan segala perkara dibangkitkan beliau seperti isu pintu gerbang berharga RM9.8 juta dan projek menggantikan khubah Masjid Shah Alam bernilai RM32.4 juta.

Pelaburan FGV: Tabung Haji rugi RM933 juta..!!

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa Lembaga Tabung Haji menanggung kerugian atas kertas RM933 juta melalui pelaburan dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Di sebalik kerugian itu, katanya, Tabung Haji masih mengekalkan sahamnya dalam syarikat perladangan yang disenaraikan itu walaupun pendapatannya menurun kerana wujudnya campur tangan politik.
"Tindakan Tabung Haji yang langsung tidak mengambil apa-apa tindakan melindungi dana pendeposit dalam keadaan sudah jelas pelaburan di dalam FGV merugikan bukanlah satu sifat profesional yang biasa ditunjukkan sebuah institusi pelaburan bertaraf antarabangsa seperti Tabung Haji.
"Tindakan terus memegang saham FGV sehingga menyebabkan kerugian terkumpul RM933 juta sudah tentu berkait rapat dengan kedudukan FGV sebagai inisiatif utama pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," katanya pada satu sidang media di Sungai Besi hari ini.
Beliau berkata sepanjang Tabung Haji terlibat di dalam FGV, keuntungan hasil dari penjualan saham syarikat itu hanyalah RM7.6 juta.
Jumlah itu, katanya adalah terlalu sedikit berbanding jumlah terkumpul yang dibayar oleh Tabung Haji untuk membeli saham-saham FGV pada harga RM1.3 bilion
Menurut Rafizi yang juga adalah ahli parlimen Pandan, berbeza dengan institusi pelaburan kerajaan yang lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) yang mengurangkan kerugian mereka dan mengambil langkah mengurangkan pegangan di antara 2012 hingga 2015.

Derma politik tak tertakluk cukai, kata LHDN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak tertakluk untuk membayar cukai pendapatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dari seorang putera Saudi.
Ini adalah mengikut Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam (LHDDN), Tan Sri Mohd Shukor Mahfar ketika ditanya sama ada sumbangan politik boleh dicukai merujuk kepada dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.
Katanya, jika pendapatan tidak tertakluk kepada pendapatan, maka pihaknya tidak boleh mengenakan cukai dan derma politik tidak tertakluk kepada cukai.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Najib perlu membayar cukai bagi jumlah wang yang besar yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Mengapa ganti Mukhriz dengan golongan gagal? soal Tun M

Tabung Haji rugi RM933 juta, Azeez digesa letak jawatan

NOW: Mara, dapatkan balik duit seleweng hartanah bantu pelajar

Ikhlas: Dedahkan syarikat bawa masuk pekerja Bangladesh

'Zahid, letak jawatanlah... jika tak tahu buat kerja'

Anak Zahid baik tutup mulut, kata Ridzuan

'Saya tak menyerah, terus tentang Najib, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir: Ahmad Bashah akan gagal sebagai MB

Rani Kulup mahu tanding PRU14

Husam: Tabung Haji Dikhianati?

Pengurus Tabung Haji(TH) seratus peratus Melayu Islam, agak saya.
1. Benarkah kontraktor pertama Kompleks baru TH berhampiran KLIA telah mengundurkan diri bersama 70% bayaran sekalipun menyiapkan hanya 30% kerja?
Itu sudah berjumlah RM 210 juta dari RM 303 juta jumlah asal harga projek yang dijadual siap tiga tahun lalu -2013.
Bermakna TH sangat pemurah - tetapi boleh dikira mengkhianati amanah pencarum, iaitu rata-rata orang Melayu.
Foto Husam Musa. 2. Benarkah TH membayar plot pertama tanah 1MDB di TREX dengan harga RM 194 juta padahal 1MDB membayar pada kerajaan dulunya hanya dengan harga RM 4 juta?
Jika begitu, TH telah membazirkan sebegitu banyak wang pencarum Melayu tulus ikhlas tadi.
Plot kedua dikatakan dibayar dengan harga RM 578 juta sekalipun harga asal hanyalah RM 8.9 juta.
Jujur dan amanah kah itu?
3. Apakah tugas Ahli Lembaga TH?
Menyelamatkan masalah orang lain dengan wang amanah pencarum atau memberikan pulangan dan perlindungan terbaik kepada pencarum?
4. Janganlah sejarah nanti tertulis Melayu sendiri mengkhianati Melayu.
Apa lagi termasuk Melayu miskin dengan jerit perih mengumpul wang kerana tuntutan melaksanakan kewajipan rukun Islam.
TH tidak pedulikan itu semua?

Husam Musa

Tabung Haji rugi atas kertas RM933 juta melalui FGV, kata Rafizi

Saya meneliti kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak di blog beliau bertarikh 12 Februari 2016 mengenai isu-isu yang dibangkitkan berhubung kedudukan kewangan Tabung Haji. Sementara saya memuji langkah beliau menjawab sendiri isu-isu yang saya timbulkan dan tidak diserahkan bulat-bulat kepada aktivis maya (“cybertroopers”) Umno di bawah seliaan Dato’ Ahmad Maslan, kenyataan Perdana Menteri itu langsung tidak menjawab perkara-perkara pokok yang diajukan.
Ada beberapa perkara pokok yang telah saya ajukan seperti berikut:
1. Kedudukan rizab Tabung Haji yang terus kekal negatif bagi tahun kewangan 2015 iaitu dua tahun berturut-turut
2. Teguran-teguran oleh Bank Negara Malaysia dalam surat gabenornya bertarikh 23 Disember 2015 yang menjadi semakin dizahirkan apabila kedudukan rizab Tabung Haji terus menjadi negatif pada nilai yang lebih besar bagi tahun kewangan 2015
3. Penglibatan ahli politik yang bukan ahli di dalam kepimpinan Tabung Haji iaitu Datuk Seri Azeez Rahim yang melanggar prinsip tata kelola yang sewajarnya dipamerkan Tabung Haji
Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak menjawab langsung ketiga-tiga isu pokok yang saya ajukan ini. Sebaliknya beliau merendahkan martabat diri beliau sendiri apabila mengemukakan hujah yang tidak berbeza dari hujah-hujah aktivis maya Umno; iaitu kononnya isu-isu yang ditimbulkan adalah satu serangan bermotifkan politik. Malah, beliau cuba pula mengheret Kerajaan Arab Saudi bila mana beliau tidak mampu menyangkal unjuran-unjuran kewangan yang saya telah kemukakan kepada rakyat.
Asas kritikan-kritikan saya ialah campur tangan politik di dalam pengurusan Tabung Haji sehingga keputusan pelaburan Tabung Haji dilihat bermatlamatkan politik dan bukannya pulangan terbaik kepada pendeposit. Contoh yang paling baik ialah penglibatan Tabung Haji sebagai pemegang saham ketiga terbesar (pegangan 7.78% setakat 31 Disember 2015) di dalam Felda Global Venture Berhad (FGV) selepas Felda dan Koperasi Permodalan Felda.
FGV adalah ilham Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang telah digunakan sebagai salah satu bahan kempen dalam PRU13 yang lalu untuk memenangi undi peneroka Felda, sedangkan majoriti penganalisa pasaran berpendapat tindakan menyenaraikan FGV bukanlah satu tindakan yang bijak. Kesilapan Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menyenaraikan FGV itu kini terbukti apabila prestasi saham FGV terus merudum seperti berikut:
FGVshareprice
Oleh kerana FGV ini satu inisiatif penting pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak, institusi pelaburan milik kerajaan yang dimodalkan dengan wang rakyat terpaksa turut serta. Tabung Haji muncul sebagai pemegang saham bukan Felda yang terbesar pada pegangan 7.78%.
Saya telah menyemak setiap urusniaga jual beli saham FGV oleh Tabung Haji atau pengurus dananya Maybank Asset Management Sdn Bhd (yang memegang saham FGV bagi pihak Tabung Haji pada jumlah yang sangat kecil). Saya juga telah mengira jumlah yang dibayar untuk membeli saham, jumlah yang diterima apabila saham dijual dan kerugian terkumpul seperti yang diperincikan di dalam lampiran.

Ekonomi lembab dorong peningkatan jenayah, kata pakar

Ekonomi lembap, harga barang mahal dan hilang kerja boleh mendorong seseorang melakukan jenayah kerana rasa terdesak, kata pakar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Februari, 2016.Ekonomi lembap, harga barang mahal dan hilang kerja boleh mendorong seseorang melakukan jenayah kerana rasa terdesak, kata pakar. Kelembapan ekonomi tahun ini boleh menyebabkan peningkatan kadar jenayah memandangkan kehilangan kerja dalam keadaan inflasi tinggi boleh memaksa individu beralih ke arah perbuatan haram untuk mendapatkan wang.
Kajian Universiti Sains Malaysia (USM) terhadap kes jenayah sejak 10 tahun lalu menunjukkan trend ini.
Kesalahan feloni meningkat pada 2008 hingga 2009 ketika Malaysia turut terkena tempias krisis kewangan dunia.

Penganalisis jenayah dan pakar psikologi USM, Dr Geshina Ayu Mat Saat berkata kelembapan ekonomi akan memberi kesan serius kepada kuasa membeli pengguna akibat kenaikan kos sara hidup. "Cabaran ekonomi memberi kesan serius kepada bajet kerajaan pusat dan negeri, termasuk kuasa membeli pengguna," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
"Apabila sumber yang ada mengecil, barangan awam dan perkhidmatan terjejas dari sudut dana dan kualiti, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada kualiti hidup," katanya.
Dalam satu kajian pada 2004-2014 yang dijalankan bersama 2 rakannya, Amin Bujang dan Mohammad Rahim Kamaluddin, mereka mendapati kadar jenayah tertinggi negara dicatat pada 2008-2009 semasa krisis kewangan global di mana Malaysia juga terjejas secara tidak langsung.
Pada ketika krisis tersebut, kadar pengangguran berada pada 3.7% dan peningkatan kadar jenayah mencatatkan paras tertinggi lebih 20,000 kes jenayah dicatatkan berbanding tahun lain.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye, berkata dengan kesempitan hidup dihadapi, akan ada mereka yang tidak bertanggungjawab sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi kehidupan mereka.
"Dengan kelembapan ekonomi yang akan memberi kesan besar kepada populasi dan masyarakat,  sememangnya terdapat kemungkinan kadar jenayah meningkat.

Wacana ilmu Asri, Zamihan batal – Shahidan

Shahidan Kassim memohon maaf dan menggantikan program wacana itu dengan program berskala kecil dan tertutup.
shahidan-kassim.dr-mazaPETALING JAYA: Wacana ilmu antara Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Presiden Pertubuhan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Zamihan Mat Zain yang sepatutnya pada 17 Feb (esok) dibatalkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim membuat pengumuman itu di Facebooknya tanpa mahu menjelaskan punca pembatalan itu.
Beliau bagaimanapun berkata, diskusi itu akan digantikan dengan program berskala kecil di mana kedua-dua pihak telahpun menyatakan persetujuan.
“Tanpa menceritakan apa yang berlaku maka saya ingin umumkan bahawa wacana tersebut dibatalkan. Semua jemputan dan lain-lain urusan tidak diteruskan, saya mohon maaf diatas apa yang berlaku dan menyeru kepada semua pihak agar tidak membiarkan apa-apa isu berlarutan dengan persepsi tetapi paparkanlah fakta serta merta untuk mengelakkan buruk sangka dan fitnah dari berleluasa.
“Namun pada tarikh yang sama dan ahli panel yang sama akan diadakan diskusi bersekala kecil dan tertutup. Datuk Dr Mohd Asri telah bersetuju. Wakil ustaz Zamihan juga bersetuju,” katanya.
Shahidan sekali lagi menjelaskan bahawa cadangan untuk meletakkan Asri dan Zamihan dalam satu pentas bukannya debat sebaliknya wacana ilmu.
Terdahulu, Asri berkata beliau bersetuju program berskala kecil itu diadakan dengan syarat ia disiarkan secara langsung menerusi internet atau livestreaming.

Sokong Zahid, Khairy hanya mahu selamatkan jawatannya - IKHLAS

Khairy sepatutnya membela nasib belia dan bukannya menyokong kemasukan pekerja asing
ikhlasKUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai kemasukan pekerja asing disifatkan hanya untuk menyelamatkkan politiknya dalam UMNO sahaja.
Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS), berkata Khairy sepatutnya membela nasib belia dan bukannya memberi kenyataan seperti itu.
“Jangan hina golongan belia. Kalau suka sangat pekerja asing, jangan minta belia gantung bendera masa pilihan raya sahaja.
“Suruh perkerja asing ke pekerja Bangladesh gantung bendera parti,” kata Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah dalam satu sidang media di Hotel Sani, Jalan Putra.
Ridzuan mengulas kenyataan Zahid Hamidi mengenai kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia.
Terdahulu, Khairy Jamaludin berkata, keperlu­an mengambil pekerja Bangladesh adalah terhad kepada sektor pembinaan, perladangan dan perkhidmatan yang tidak menerima permintaan daripada belia tempatan.
Katanya, perkara tersebut kera­na belia tempatan amat memilih peker­jaan.
Zahid Hamidi pula menegaskan, kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia tidak akan menutup peluang pekerjaan rakyat sebaliknya untuk memenuhi kekosongan di sektor pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat tempatan.

Zaid: Adakah Najib jamu selera di restoran ‘halal’ di Amerika?


Ketika pelbagai pihak sibuk mahu tindakan keras ke atas kedai makanan yang mempamerkan papan tanda “bebas daging babi” atau “pork free”, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tertanya-tanya di restoran mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjamu selera ketika berada di Amerika Syarikat semasa lawatan rasminya.
 Ini susulan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa tindakan terhadap restoran yang memaparkan tanda “bebas daging babi” itu kerana ia mengelirukan umat Islam dengan menyangka ia sebagai restoran “halal”.
Zaid berkata semasa pentadbiran perdana menteri keempat negara, Tun Dr Mahathir Mohamad, peraturan adalah lebih mudah malah ketua Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) meminta ‘steak’ bagi menjamu seleranya di sebuah restoran di Australia yang bukannya halal.
Beliau berkata ketua Jakim ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad memaklumkannya Islam hanya melarang memakan daging basi atau tidak bersih, daging yang dipersembahkan kepada berhala dan daging babi.
"Di bawah Najib, keadaan menjadi lebih rumit kerana beliau berusaha keras untuk memberi tag maqasid syariah atau objektif syariah berhubung segala yang kita lakukan di Malaysia.
"Bagaimanapun, saya tertanya-tanya jika Najib dan isterinya yang jelita akan menikmati makanan halal yang disahkan oleh Jakim apabila mereka melawat Rancho Mirage, Palm Springs, Amerika Syarikat, hujung minggu ini.
"Jika tidak, maka ia adalah yang paling tidak adil bagi pegawai kementerian untuk membuat kecoh mengenai status restoran “bebas daging babi” dan pensijilan halal di mana rakyat kebanyakan menjamu selera tetapi mengetepikan keperluan yang sama apabila perdana menteri dan rombongannya melawat US, UK dan tempat-tempat lain," katanya
Zaid berkata kekecohan berhubung tanda restoran “bebas daging babi” itu hanya membuktikan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah di kalangan kakitangan awam.
"Pemilik tidak perlu menyatakan bahawa premis mereka bersih atau hidangan mereka adalah bebas kolesterol - hanya bebas daging babi.

Khairuddin persoal status laporan polis terhadap Jho Low dan 1MDB

Ini ekoran kenyataan Khalid yang segera membuka kertas siasatan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pihaknya menerima dua laporan polis.
khairuddin,jho-low
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mahu tahu status laporan polis yang dibuatnya terhadap jutawan Jho Low dan juga isu skadal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu kenyataan media hari ini, Khairuddin mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar agar memberi respon sebenar tindakan pihak polis selepas beliau membuat laporan itu sejak 12 Disember 2014.
Ini ekoran kenyataan Khalid yang segera membuka kertas siasatan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pihaknya menerima dua laporan polis.
“Tan Sri Khalid Abu Bakar kata setelah ada dua orang buat laporan polis terhadap Dr Mahathir Mohamad dalam hanya dua hari pihak PDRM dah buka kertas siasatan terhadap mantan perdana menteri itu. Cepat pula!” tegasnya.
Berikutan itu, Khairuddin mempersoal Khalid kerana beliau mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan dan pencerahan memandangan laporan tersebut telah dibuat sejak sekian lama.
“Apakah Jho Low sudah dipanggil oleh PDRM untuk soal siasat. Kalau Jho Low sudah dipanggil oleh PDRM, saya ingin bertanya bila, apa perkembangannya. Kalau PDRM belum soal siasat Jho Low, saya pun nak tanya kenapa?” tanyanya.

SMELLING HIS OWN 'CAREER DEMISE', DESPERATE JHO LOW CASHES OUT AS NAJIB PREPARES TO MAKE HIM THE NO.1 SCAPEGOAT

SMELLING HIS OWN 'CAREER DEMISE', DESPERATE JHO LOW CASHES OUT AS NAJIB PREPARES TO MAKE HIM THE NO.1 SCAPEGOAT
The more Najib son of Razak is pronounced “innocent” by Malaysian authorities, the more people perceive him as guilty as hell. There’s no two ways about it. Even if Mahathir, his former mentor-turned-enemy agrees to grant him a safe passage, at least 53% of 30-million Malaysian populations are against such a slap on the wrist punishment.
Prime Minister Najib Razak and Former PM Mahathir Mohamad - Happy Time in 2009
Even if Prime Minister Najib miraculously agrees to quit now in exchange for full immunity and a royal pardon, in addition to keeping all the alleged RM2.6 billion of “donation” money, his wife Rosmah Mansor would not agree to it. Theunlimited power and wealth that come with the position were simply too tempting and mouth-watering to let go.
If only Najib knew he needs merely 10% (*grin*) of the US$681 million “gift” from Saudi royal family. If only Najib realized how stupid it was to receive the money under his personal name. If only Najib had been honest from day one and declared he had returned US$650 million to the Saudi. If only Najib dared sue the Wall Street Journal and New York Times.
Najib Declare 700 Million As Donation - Obama Laugh
If only Najib hadn’t cooked up so many conflicting stories about the purpose of accepting the RM2.6 billion. If only Rosmah hadn’t done so many shopping trips or shown her Birkin collection so eagerly in public. If only Riza Aziz hadn’t funded the production of “The Wolf of Wall Street” and purchased too many New York luxury apartments.
If only Razak Baginda hadn’t been so cheapskate and paid Mongolian Altantuya her US$500,000 in commission. If only Najib’s financial wizard Jho Low could keep himself away from clubbing and rubbing Paris Hilton the wrong way that attracted unnecessary publicity. But it’s water under the bridge now with at least 5 countries investigating PM Najib Razak.
Prime Minister Najib Razak - Emperor Crown
True, the prime minister is untouchable by virtue of him in control of national treasure as finance minister, hence making him the most powerful man in the country. Still, to be the first prime minister to be investigated by 5 powerful nations over money laundering and misappropriation allegations is extremely shameful and damaging.
Najib’s scandals are far from over. And it’s hard to imagine how he can stand on world stages pretending as if nothing had happened while the U.S., UK, Hong Kong, Singapore and Switzerland authorities are investigating him. His scandals need a convincing closure. Heads need to roll. Small fries don’t count as people are hungry for big fish to be prosecuted.
Jho Low and Father Larry Low - 1MDB Scandal
After Jho Low (Low Taek Jho) and his father (Larry Low Hock Peng) bank accounts were frozen in Singapore and Switzerland respectively, both of whom were believed to be involved and have benefited from PM Najib’s triple scandals, flashy Jho Low has been reduced to selling fine art to raise money to fund his luxury lifestyle.
Among others, Mr. Jho Low’s Pablo Picasso (1935’s Marie-Therese Walter) went for US$27.6 million (a loss of 45%); the Jean-Michel Basquiat (1982’s Untitled Head of Madman) for US$9 million (a loss of 33%) and the Claude Monet (Palazzo Ducale in Venice) sold for US$16.8 million, below Sotheby’s pre-sale price estimation.

Anak Zahid tukar nama IG selepas teruk dikritik

Nurulhidayah dipercayai menukar sebanyak tiga kali nama akaun IG dalam masa sehari susulan kenyataannya menyokong kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid
PETALING JAYA: Setelah teruk dikritik oleh netizen di laman sosial, anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menukar sebanyak tiga kali nama akaun Intagramnya (IG) dalam masa satu hari.
Beliau berbuat demikian dipercayai susulan kenyataaanya mengenai isu kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia sebagai satu isu yang kecil dan tidak seharusnya diperbesarkan, mendapat kritikan dan mengundang kemarahan orang ramai.
Pemerhatian FMT, nama akaun IG ditukar tiga kali dari “deltanovzulu” kepada “limatangonovzulu” dan terbaru “DELTALIMATANGONOVZULU”.
Ketiga-tiga nama itu berbeza dengan nama asal akaun yang digunakan anak Nurulhidayah iaitu “akubocahzahid”.
Dalam profile akaun IG, Nurulhidayah juga menulis “Found me” (jumpa saya) selepas kenyataaannya mengenai kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia menjadi viral di laman sosial.
Dalam masa sama, Nurulhidayah terus menerima kritikan daripada netizen yang meluahkan tidak puas hati dengan kenyataannya itu.

Dr Asri ingatkan Zamihan henti ‘kafirkan orang’

Debat pada 17 Feb ditukar kepada program berskala kecil yang dianjurkan Sinar Harian dan disiarkan secara langsung menerusi internet.
Datuk Dr Mohd Asri Zainul
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin sekali lagi mengingatkan Presiden Pertubuhan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Zamihan Mat Zain untuk meneruskan debat seperti yang dirancang 17 Feb ini.
Katanya beliau juga menyambut baik hasrat pihak Sinar Harian untuk menjadi penganjur utama, susulan keputusan terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk mengadakan debat tersebut digantikan dengan program berskala kecil.
“Pihak Datuk Seri Shahidan Kasim pula kelihatan macam didesak oleh pihak tertentu untuk program ini dibatalkan. Akhirnya, beliau mengisytiharkan dibatalkan tetapi diganti dengan program berskala kecil.
“Pihak Dr Maza dengan ini menyatakan hanya setuju hadir program skala kecil dengan syarat adanya rakaman dan dibenarkan siaran langsung internet (livestreaming).
“(Malah) Pihak Sinar Harian pagi ini telah maklumkan, sudi untuk menjadi penganjur utama. Masa kekal seperti asal, dan tempat juga telah diperolehi dan akan dimaklumkan. In sha Allah jika berjaya, harap semua rakyat Malaysia dapat menontonnya,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

'Siasatan cepat ke atas Mahathir tapi bisu tentang Jho Low' - Khairuddin

Bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menggesa Ketua Polis Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membekalkan maklumat terkini mengenai laporan polis mengenai skandal 1MDB dan dakwaan pembabitan ahli perniagaan Jho Low, yang dibuatnya pada 12 Disember, 2014.
Khairuddin menuntut penjelasan, selepas Khalid, semalam berkata polis membuka kertas siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa dua hari laporan polis terhadap bekas perdana menteri itu.
“Sebagai pelapor saya mempunyai hak untuk meminta penjelasan dan pencerahan dari Khalid Apakah Jho Lo sudah dipanggil oleh pihak polis untuk soal siasat?
“Kalau sudah dipanggil oleh polis, saya ingin bertanya bila? Apa perkembangannya?
“Kalau polis belum soal siasat Jho Lo; saya pun nak tanya kenapa? Dah lama dah saya buat laporan polis!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Polis Negara, semalam berkata siasatan sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir berikutan pelbagai laporan polis ke atasnya.
Menurutnya, Mahathir disiasat kerana fitnah jenayah berhubung lebih satu kemas-kini di blog yang mendakwa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak akan bertindak terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana terhutang budi.
Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang berada di akaun bank perdana menteri dan wang RM42 juta daripada SRC International.
Khairuddin sejak tahun 2014 membuat pelbagai laporan, termasuk dengan agensi-agensi penguatkuasaan antarabangsa, mengenai skandal 1MDB.
Ini mendorong siasatan sedang dijalankan di Singapura, Switzerland, Hong Kong, Perancis dan United Kingdom.

Tersentuh menonton Ola Bola, Nazir Razak kecam rasuah, perkauman

Datuk Seri Nazir Razak di laman Instagramnya berkata, filem Ola Bola membawa kembali kenangan zaman dahulu di mana Malaysia berada dalam keadaan yang lebih menyenangkan. – Gambar Instagram , 16 Februari, 2016. 
Datuk Seri Nazir Razak di laman Instagramnya berkata, filem Ola Bola membawa kembali kenangan zaman dahulu di mana Malaysia berada dalam keadaan yang lebih menyenangkan. 

Gejala rasuah dan isu perkauman adalah faktor yang melemahkan usaha pembinaan bangsa Malaysia, kata Datuk Seri Nazir Razak, selepas menonton filem yang mendapat sambutan hangat, Ola Bola.
Berkata dalam laman Instagram miliknya, adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menyifatkan filem tersebut membawa kembali kenangan zaman dahulu di mana Malaysia berada dalam keadaan yang lebih menyenangkan.
"Ia mengimbau kembali kenangan berada di Stadium Merdeka pada malam yang gemilang itu. Lebih penting lagi, ia adalah peringatan kepada Malaysia yang lebih baik ketika itu.

"Rasuah kemudiannya merosakkan bola sepak kita. Rasuah dan isu perkauman menjejaskan usaha bina bangsa kita," kata Nazir, pengerusi Kumpulan CIMB yang sedih dengan situasi berkenaan. Ola Bola ditayangkan pada 28 Januari, menceritakan kisah benar bagaimana pasukan bola sepak negara dapat mengatasi dan mengalahkan Korea Selatan dalam perlawanan kelayakan pra-Olimpik pada tahun 1980.
Diarahkan Chiu Keng Guan, filem ini meraih RM8 juta selepas 13 hari, dengan ramai yang memuji mesej berbilang kaum yang dibawanya.

Angkara perbuatan pemimpin Umno-BN

Oleh TAMRIN TUN GHAFAR
Dijangkakan 1.5 million Bangla akan sampai berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun ini. Sekarang pun sudah ada kira-kira 5juta pekerja asing. Ramai yang secara haram. Ada pula diantara mereka yang membuka restoran, kedai dan ada juga yang tidak ada kerja tetap walaupun permit untuk bekerja dengan majikan yang memohon.
Apa nak jadi? Salah siapa? Salah sebahagian kita yang benarkan diri terus ditipu dengan alasan tanpa Umno orang Melayu akan kebulur, tanpa Umno Sultan akan dihapus dan banyak lagi lagu-lagu yg sering didendangkan kepada kita orang Melayu dan ditaburkan pula dedak seperti ayam yang dibelakang rumah. Gadai 3juta hektar tanah simpanan Melayu, bagi lesen kasino,  lesen judi,jual tanah kem tentera udara Sungai Besi, jual IPPs kepada orang  Cina, rompak duit 1MDB dan KWSP, kayakan Jho Low dan lain-lain lagi.
Ini tidak termasuk kos sara hidup yg melambung tinggi yang memeritkan rakyat. Seramai600 ribu graduan tidak dapat pekerjaan. Bantuan universiti dan kolej dipotong.
Angkara perbuatan pemimpin-pemimpin Umno-BN sekarang tapi DAP juga yang dipersalahkan bukan salah Umno - Umno terlalu maksum kah?
Sampai bilalah kita orang Melayu sanggup membenarkan diri kita diperbodo-bodohkan. Macam manalah DAP boleh berkuasa. Daripada 222 kerusi Parlimen, DAP hanya bertanding 75 kerusi sahaja, itu pun lawan MCA dan Gerakan (parti cina juga).
Kalau menang semua pun bermakna DAP ada 75 kerusi dari jumlah 222 kerusi. Manakala Pas dan Amanah parti Melayu. PKR majoriti Melayu jadi Ahli Parlimen.
Sebenarnya yang hilang kuasa dan kedudukan jika Umno-BN kalah ialah pemimpin-pemimpinnya sahaja. Mereka takut dipenjarakan atas rompakan-rompakan yang dilakukan selama ini - itu sebenarnya.

Adakah Dr Mahathir akan dipenjara?

Oleh Muammar Qaddafi
Portal The Malaysian Insider melaporkan pihak polis akan memulakan siasatan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas jenayah fitnahnya terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali.
Menurut ketua polis negara pihaknya sudah menerima laporan terhadap Dr Mahathir yang dikatakan mengkritik kredibiliti ketua hakim negara yang menguruskan isu skandal pengurusan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion.

Terdahulu peguam negara membersihkan Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan skandal "derma" RM2.6 bilion atas alasan kekurangan bukti dan menutup kes berkaitan penemuan Bank Negara mengenai pengisytiharan tidak tepat 1MDB untuk pelaburannya di luar negara.
Dr Mahathir menegaskan walaupun peguam negara mendakwa Najib tidak bersalah itu tetap itu tidak bermakna apa-apa kerana peguam negara itu hilang kredibiliti beliau sebagai pendakwa utama negara dan Dr Mahathir turut mendakwa Apandi di bawah kawalan Najib. Ketua polis negara berkata Dr Mahathir akan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan adalah berkenaan fitnah dan memperuntukkan hukuman 2 tahun penjara, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perkembangan ini tidaklah mengejutkan, Dr Mahathir bukanlah orang pertama yang didakwa atas kesalahan mengkritik pentadbiran perdana menteri dan tentu sahaja beliau bukanlah orang terakhir yang akan didakwa selagi mana Najib terus berkuasa.
Sebelum Dr Mahathir telah ramai individu didakwa kerana mengkritik dan menegur pentadbiran Najib termasuklah pemimpin parti politik Pakatan Harapan,Mahasiswa, aktivis politik dan peguam.

Lebih menarik, Najib juga bukanlah perdana menteri Malaysia yang pertama menggunakan undang-undang yang ada untuk bertindak terhadap pengkritik dan penentang mereka, bahkan Dr Mahathir juga lebih mendahului Najib dalam mengguna pakai kaedah ini.

Kenapa cerita RM2.6 bilion berbeza-beza?

Lupakan seketika pelbagai versi yang berbeza-beza mengenai wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak yang pernah kita dengar dan baca beberapa waktu sebelum ini yang antaranya dikatakan untuk UMNO menang pilihanraya, memerangi keganasan,  menegakkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, melawan DAP dan entah apa-apa yang lain lagi.

Ini pula cerita yang agak baru, setelah nama Najib Razak dibersihkan oleh Peguam Negara, tapi nampaknya versi mengenai wang tersebut masih juga berbeza-beza lagi.

Cerita 1
Dalam temubual dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ahad lalu, Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa berkata, derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak bukanlah "suatu jumlah yang besar"  untuk menghadapi satu pilihanraya umum.

"Anda mesti mempunyai wang yang cukup. Dalam sistem UMNO, pembiayaan hanya datang daripada presiden. Kami tidak pernah persoalkannya.

"Jentera dan semua orang dalam parti akan meminta wang daripada presiden, walau siapa pun presiden parti," tambah beliau.

Annuar juga menegaskan, adalah sangat tidak beretika untuk Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika parti tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghadapi pilihanraya.

Nampak logik dan masuk akal hujah-hujah beliau itu.

Soalnya, apakah Annuar terlupa dengan pengumuman Peguam Negara bahawa Najib sudah memulangkan sejumlah RM2,030 juta daripada wang derma tersebut atas alasan ia tidak digunapakai?

Bermakna, dengan pemulangan wang itu tidaklah banyak mana yang digunakan untuk menghadapi pilihanraya tahun 2013 lalu dan bagaimana Annuar tetap mengatakan wang RM2,600 juta bukanlah suatu jumlah yang besar?

Malaysia tidak terlibat misi ketenteraan di Arab Saudi..jeng..jeng..jeng..!!

Usaha membanteras keganasan memang disokong tetapi bukan dari sudut ketenteraan.
Hishammuddin_tentera_600
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan mendapatkan pengesahan lanjut daripada Angkatan Tentera Malaysia berhubung laporan pembabitan anggota tentera Malaysia dalam misi ketenteraan di Arab Saudi.
Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia menyokong usaha membanteras keganasan dari segi fahaman dan ideologi, namun bukan dari sudut ketenteraan.
“Dari segi ketenteraan saya telah nyatakan dari dulu lagi bahawa kita memang tidak terbabit,” katanya.
Beliau mengulas laporan agensi berita Arab Saudi, SPA, mengenai Malaysia turut bersama kira-kira 20 negara lain dalam misi ketenteraan besar-besaran yang disifatkan `terpenting’.
“Latihan ketenteraan saja tidak bermakna kita terlibat secara langsung dalam konteks operasi dan itu memang saya tidak benarkan pun…cuma apa yang dilaporkan hari ini, saya tidak tengok sejauh mana pembabitan dalam latihan,” katanya.

Ini dia 3D: Dayus, defensif, dangkal


Cabaran Datuk Seri Zahid Hamidi kepada anak muda Malaysia agar bekerja dalam sektor yang dirty, difficult and dangerous (3D) hakikatnya mencerminkan sikap beliau yang 'dayus, defensif dan dangkal'.
Zahid dayus apabila beliau lari dari permasalahan sebenar seperti menyediakan peluang pekerjaan dengan penetapan gaji minimum yang setimpal.
Beliau juga bersikap defensif semasa ucapannya di hadapan belia di Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor ke-32 di Shah Alam tempoh hari dengan terus mencabar anak muda.
Kononnya beliau boleh mengacah-acah anak muda untuk membenarkan tindakannya yang ingin membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh.
Timbalan perdana menteri juga dangkal apabila dengan mudahnya memperlekehkan anak muda sebagai seolah-olah malas bekerja, tidak ada jati diri dan tidak berani untuk berusaha keras bagi mencari sesuap nasi untuk hidup.
Ibarat menuding jari ke arah orang lain, Zahid tidak perasan empat jari menghala kepada dirinya sendiri. Pada saya, persoalan utama bukanlah tentang kesediaan anak muda untuk menceburi bidang pekerjaan di sektor 3D.
Keselamatan pekerja
Sehingga kini pun jumlah anak muda yang melakukan kerja dalam sektor 3D telah mencecah puluhan ribu. Namun persoalannya, apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan sektor pekerjaan 3D lebih selamat, berbaloi dan bermaruah?
Adakah mereka boleh digajikan pada kadar setimpal dan sesuai untuk meneruskan survival hidup seharian?
Sebagai contoh, berapakah syarikat yang didakwa dan didenda oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan kerana tidak menyediakan tempat pekerjaan yang menepati syarat keselamatan?
Isunya ialah aspek keselamatan pekerja dalam sektor 3D.
Kita ambil pula contoh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Sejak 2012, MPSP telah menjalankan dasar pengambilan pekerja separa mahir dan tidak mahir untuk kerja-kerja melibatkan pengumpulan sampah dan pembersihan. Gaji yang ditamatkan adalah pada kadar minimum RM1,500.
Negara semua warga

Golongan muda minat kerja '3D', namun tiada peluang

Golongan muda minat kerja '3D', namun tiada peluangKUALA TERENGGANU: Golongan belia di negara ini masih berminat dan mampu bekerja dalam sektor 3D iaitu "dirty, difficult and dangerous" (kotor, sukar dan bahaya).

Bagaimanapun, menurut pekerja binaan warga tempatan, majikan lebih berminat menggaji pekerja asing dengan alasan tertentu, sekali gus menafikan hak penduduk tempatan untuk mendapatkan pekerjaan.

Bagi pekerja binaan, Hamta Harun, pelbagai isu sampingan menyaksikan golongan terbabit tidak cenderung terhadap bidang berkenaan yang akhirnya membuka peluang kepada warga asing.

"Budak muda sekarang yang jadi mat rempit, bukan sebab mereka tiada kerja yang mereka tidak boleh buat, bukan mereka tidak mahu bekerja.

"Sekarang ini ramai orang asing yang buat banyak kerja dan budak-budak ini tiada peluang," katanya.

Manakala bagi Azlan Hasan, dia berkata kerajaan mampu mencorakkan belia di negara ini dengan menyediakan mekanisma yang sesuai diperingkat sekolah, sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.

Kebanjiran pekerja asing kurangkan peluang kami, kata belia

Golongan belia mendakwa lambakan pekerja asing dalam negara menyebabkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, semakin berkurangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Februari, 2016.Golongan belia mendakwa lambakan pekerja asing dalam negara menyebabkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, semakin berkurangan. Lambakan pekerja asing dalam negara menyebabkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya golongan belia, semakin berkurangan.
Malah, ada yang tidak berpuas hati memandangkan warga asing kini bukan saja memonopoli pekerjaan 3D – bahaya, sukar, kotor tetapi sektor lain seperti perkilangan dan restoran.
Natalia Hamid, 23, tidak bersetuju dengan kemasukan warga asing kerana menyebabkan dirinya sendiri tidak berjaya mendapatkan pekerjaan.

"Saya pernah minta kerja di kilang, tetapi mereka lebih utamakan warga asing kerana boleh bayar dengan gaji lebih rendah. "Kini saya masih menganggur setelah mendapat diploma di sebuah kolej swasta,” katanya.
Katanya, disebabkan persaingan daripada pekerja asing, beliau terpaksa membuat kerja sambilan untuk menampung kehidupan.
“Kini saya bekerja sambilan membersihkan rumah dengan bayaran RM10 sejam.
“Sama juga seperti wanita Indonesia, siapa kata golongan belia tidak boleh buat kerja kotor," katanya.
Rata-rata golongan belia tidak mempunyai masalah bekerja seperti warga asing Bangladesh, tetapi faktor gaji tidak setimpal menjadi kekangan utama.
“Belia boleh menyahut cabaran itu, bagaimanapun haruslah dengan bayaran setimpal.
“Banyak majikan yang mahukan kos minima, itu yang membawa kepada buruh asing,” kata Ridhwan Rosli, 26, yang juga salah seorang ahli Parlimen Belia.

Bawa masuk pekerja asing: Tindakan malas kerajaan atasi masalah


KUALA LUMPUR 15 FEB: Kerajaan Persekutuan patut memperkasa kemahiran belia serta sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri pembuatan tempatan, bukannya membawa masuk 1.5 juta pekerja asing bagi menyelesaikan isu itu.
Setiausaha Publisiti DAP Johor, Wong Shu Qi berkata Malaysia terlalu lama terperangkap dalam amalan industri berkemahiran dan bergaji rendah, malah tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana sejak 1990 akibat kegagalan dasar perindustrian kerajaan UMNO BN.
wong shu qi 3“Kerajaan sepatutnya menambah baik industri tempatan dengan meningkatkan R&D, sebaliknya mereka memperkaya kroni mereka di tahap permulaan, iaitu tahap industri paling penting. Contoh terbaik merupakan Perwaja.
“Generasi kini tidak belajar apa-apa kecuali pengklonan produk negara lain. Hari ini, kereta nasional kita tidak mampu bersaing di pasaran global,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mencabar belia di Malaysia bekerja di sektor 3D (Dangerous, Dirty, Difficult) jika mereka tidak mahu pekerja asing dibawa atas alasan tenaga kerja yang ramai diperlukan bagi membangunkan ekonomi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai itu berkata Zahid terlepas pandang fakta betapa industri di negara ini ketinggalan di pasaran global dan menyediakan pekerjaan bergaji dan berkemahiran rendah yang gagal menarik minat graduan tempatan.
“Isu utama bukanlah 1.5 juta pekerja asing tetapi mengapa kita memerlukan mereka? Zahid mendakwa tiada penduduk tempatan berminat dalam pekerjaan 3D. Namun pernahkah beliau meninjau keadaan bekerja dalam industri pembuatan?
“Bagaimana kerajaan boleh menyalahkan generasi tempatan yang berpendidikan tinggi apabila pekerjaan ditawar industri itu tidak sepadan dengan tahap dan pelaburan pendidikan mereka?” katanya.