Isnin, 15 Februari 2016

Perang Internet berterusan: Amrans Fans jawab anak TPM



"Siapa yang patut tunggu siapa dekat Mahsyar?” begitu soal balas Amran Fans terhadap anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Ini susulan kenyataan Nurulhidayah untuk menunggu pengkritik bapanya di padang mahsyar, selepas akaun Facebook parodi itu mencadangkan beliau bekerja seperti operator pusat khidmat panggilan untuk menyahut cabaran bapanya.
Dalam serangan berterusannya, Amran Fans membangkitkan dakwaan hati rakyat negara ini yang sering disakitkan para menteri.
"Siapa yang patut tunggu sapa dekat Mahsyar? Kami rakyat marhaen yang sering disakitkan hati oleh pak pak menteri ni nak kira macam mana?
"Takut bapak engkau itu saja nanti yang penat nak mencari kami. Kalau takat nak jumpa Amran seorang, di mamak saja sudahlah," kata pengendali akaun parodi popular itu.
Setakat berita ini ditulis, Amran Fans mempunyai pengikut besar hampir 900,000 orang.
Bapa Nurulhidayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencabar belia di Malaysia melakukan 'kerja kotor' jika tidak mahu pekerja asing di bawa masuk.
Selepas namanya dibangkitkan, Nurulhidayah kemudian membalas di Instagramnya dengan berkata beliau akan berkenalan "pencipta dan penyampai serta penyebar fitnah terhadapnya. dengan mereka di Padang Mahsyar - merujuk kepada
"Seronok baca komen-komen kau orang ini. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu," sindir Nurulhidayah yang menggunakan akaun @deltanovzulu.
Kerajaan sebelum ini dipalit kontroversi selepas dilapor hendak membawa masuk ramai 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh.
Kementerian Dalam Negeri tidak berapa lama selepas itu bagaimanapun menjelaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.

Pengurus sekretariat Bersih dilarang masuk Sarawak menjelang pilihan raya negeri

Pengurus sekretariat Bersih Mandeep Singh berkata, beliau dimaklumkan mengenai larangan menjejakkan kaki ke Sarawak sewaktu tiba di kaunter imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebentar tadi untuk menaiki pesawat kembali ke Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2016. 
Pengurus sekretariat Bersih Mandeep Singh berkata, beliau dimaklumkan mengenai larangan menjejakkan kaki ke Sarawak sewaktu tiba di kaunter imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebentar tadi untuk menaiki pesawat kembali ke Kuala Lumpur. 

Pengurus sekretariat Bersih Mandeep Singh mendapat tahu yang beliau dilarang menjejakkan kaki ke Sarawak selepas berada di negeri itu selama 3 hari melakukan kerja pemantauan perjalanan pilihan raya negeri yang dijangka berlangsung April depan. Mandeep berkata, beliau dimaklum perkara itu sewaktu tiba di kaunter imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebentar tadi untuk menaiki pesawat kembali ke Kuala Lumpur.
"Saya sudah di Sarawak sejak Sabtu lepas (13 Februari) dan sepatutnya hari ini saya pulang semula (ke Kuala Lumpur). Apabila sampai di imigresen, pegawai berkenaan meminta saya tunggu dan dia menyemak cara saya masuk ke Sarawak.

"Saya beritahulah yang saya masuk seperti biasa menerusi lapangan terbang dan kemudian sata dimaklumkan yang nama saya termasuk dalam senarai larangan sejak 28 Januari," katanya kepada The Malaysian Insider. Mandeep kini dalam perjalanan kembali ke Kuala Lumpur dengan pesawat Rayani Air yang dijadualkan berlepas pada 9.50 malam.

IKON BELIA dgn angkuhnya berkata.. "RAKYAT MALAYSIA MEMANG SEMAKIN MALAS & memilih kerja.."

INGAT RAKYAT MALAYSIA....

Apa korang nak kata...

KENAPA TIBA-TIBA nama akaun Instagram beliau bertukar lagi arini ??.. tup2 bertukar dari @limatangonovzulu kpd @novzulu.. takut nak kena hentam komen ker...

Korang pernah nampak tak IKON BELIA bergelar DATUK ni kerja cuci longkang slps abes belajar ???

PATUTLER.. rakyat yg xder dpt gelaran DATUK mmg patut kerja cuci longkang.. Yg bergelar DATUK mana boleh terpalit dgn kerja2 kotor cuci longkang.. Jatuhlah standard sbg anak TPM...

Fitnah RM2.6 bilion di akaun PM

Oleh Subky Latif
MASUKNYA sejumlah duit RM2.6 bilion dalam akaun bank Perdana Menteri Najib menjadi satu fitnah besar buat Malaysia yang tidak berkesudahan. Ia menjadikan negara dan isinya mengalami kesan fitnah yang tak tertanggung.
   
Duit RM2.6 bilion itulah ibu dan punca segala fitnah, bukan laporan yang diselongkar The Wall Street Journal. WSJ sekadar menjalankan tugas menyelongkar apa yang disarankan tidak wajar berlaku.

Perdana Menteri sebagai pentadbir awam tertinggi tidak dihalalkan ada duit yang banyak dalam akaun pribadinya. Duit dalam akaun pribadi adalah milik pribadi. Jika pemilik itu mati, maka duit jadi faraid bagi warisnya. Maka ia mesti ditanya oleh sistem.
   
Saidina Umar al-Khatab sebagai Amirul Mukminin dia dapati ada dua baju baru sedang beliau sewajarnya memiliki satu baju saja. Maka masyarakat bertanya bagaimana beliau boleh ada dua baju dibimbangi ia diperoleh daripada sumber baitulmal yang beliau pemegang amanah terpentingnya. Sistem mahukan ketelusan.
   
Maka Saidina Umar terpaksa menjelaskan. Baju satu lagi adalah hak anaknya dan anaknya telah memberinya kepadanya. Jika sehelai baju khalifah diaudit, maka RM2.6 bilion mesti masyarakat ambil tahu.
  
Sistem mengira salah bagi PM menyimpan duit lebih daripada hak pribadinya. Individu yang boleh ada akaun sebesar itu ialah Philip Kock, Ananda Krishnan, Vincent Tan dan lain-lain yang sekaya dengan mereka.
   
Justeru itu satu fitnah, maka PM mesti ditanya dan dia mesti menjelaskan. Ia sudah dikira orang bersalah sehingga dia membuktikan dia tidak salah. Jelasnya ia adalah derma yang dikatakan dari kerabat diraja Saudi.
   

Pas kena tunjuk bukti Amanah sertai semula Pas

Dr Siti Mariah Mahmud
SHAH ALAM - Pas dinasihatkan jangan ikut cara Umno yang mendakwa ahli Parti Amanah Negara (Amanah) kembali ke pangkuan Pas.
Ketua Wanita Amanah, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Pas perlu mengusulkan bukti bahawa ahli Amanah yang didakwa kembali ke pangkuan mereka.
“Individu yang didakwa itu mungkin ahli Pas, sebelum ini dia mengikut program Amanah, dia buat kejutanlah masuk Pas.
“Kita mahu tahu berapa ramai ahli Amanah yang didakwa kembali ke pangkuan Pas itu, kita juga mahu melihat permohonan mereka yang didakwa keluar Amanah,” katanya.
Sebelum ini, pucuk pimpinan Pas mengesahkan ada bekas ahli Pas yang sertai Amanah mahu kembali ke pangkuan parti.
Namun, Pas enggan mendedahkan nama-nama bekas ahlinya itu sebelum tiba waktunya.
Menurut Siti Mariah, individu yang jadi ahli Amanah mesti ada nombor ahli.
“Kalau ikut proses, ikut perlembagaan Pas sekali pun, jika kita jurus parti lain, makna dengan sendiri terlucut keanggotaannya.
“Jangan main permainan Umno, bila apa-apa hal, sekumpulan individu didakwa keluar parti lain masuk Umno, kadang-kadang dua tiga kali masuk Umno,” katanya.
Menurutnya, Amanah bukan memaksa orang ramai untuk menyertai parti tersebut.
“Kalau dia tidak mahu bersama Amanah, kami lebih mempercayai kepada hak individu tersebut untuk memilih, kami juga tidak akan mengatakan kalau dia keluar Amanah, dia keluar Islam atau akidahnya lari.

Idris Ahmad: Apa masalahnya Dr Haron Din dilantik kluster dakwah MPI?



Kenapa kalut sangat apabila tokoh ulama PAS berada di dalam Majlis Perundingan Islam yang dipengerusi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi? Adakah dijemput atas surat Setiausaha Agung Umno?

Bukan perkara baru Datuk Dr Haron Din menganggotai jawatankuasa kerajaan. Walaupun menjadi calon PAS dan Ahli Majlis Syura beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Perlis. Adakah satu penghinaan, sedangkan yang menjadi Pengerusi Majlis Fatwa Negeri ialah Mufti.

Walaupun beliau pemimpin PAS tetapi beliau lebih dilihat  seorang ilmuan agama yang dihormati daripada kawan dan lawan. Beliau seorang yang cukup dihormati juga dalam kalangan istana. Ramai tokoh-tokoh korporat rapat dengan beliau sejak dahulu hingga sekarang. Mungkin ini pendekatan beliau dalam berdakwah, yang pemimpin PAS tidak boleh lakukan.

Pelik juga orang yang menuduh macam-macam kepada beliau, kerana rapat dengan orang atasan. Adakah salah? Adakah beliau tidak berkawan dengan ahli PAS bawahan dan rakyat biasa? Adakah beliau tidak menerima jemputan orang ramai untuk menyampaikan kuliah?

Berapa banyak sumbangan beliau kepada masyarakat awam melalui perubatan syifa'. Adakah salah? Mereka yang fitnah beliau, berapa ramai pula masyarakat bertemu dengan mereka untuk berdoa kepada Allah supaya menyembuh penyakit.

Saya pun pelik mereka marah kepada PAS apabila ada dalam kalangan pemimpin PAS menerima jemputan kerajaan, bukan parti. Ketika Tuan Guru Presiden PAS hadir dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 bercakap benar dan menasihat pemimpin negara, bukan minta projek. Dituduh pula sudah bersama Umno, kerana baju sedondon.

PAS dituduh berfikiran IS dan radikal. Tetapi apabila PAS menyertai program anjuran kerajaan dituduh mengukuhkan Umno.

Melayu perlu berani jika tidak mahu menyusahkan rakyat Malaysia

Muhammad Syafiq Azmi


Sebuah badan kaji selidik yang sering turun ke lapangan bagi mendapatkan pola dan corak pilihan bangsa melayu mengkaji apakah faktor serta sebab mengapa orang melayu masih tidak berani melakukan perubahan.
Kajian yang dibuat sekitar 2015 membuktikan ianya benar dan penulis merasakan keadaan ini semakin meruncing serta perlu diatasi.
Badan yang dikenali sebagai Ilham Centre dengan kaji selidik yang mereka lakukan di beberapa negeri di barat dan selatan tanah air mendapati rata-rata ahli Umno memang marah atas tindakan Datuk Seri Najib Rzak dalam tindakannya memecat ahli Parlimen Pagoh yang juga bekas timbalan perdana menteri.

Namun apabila ditanya perihal sama ada mereka tetap akan memilih Umno pada pilihan raya umum akan datang, maka jawapannya adalah mereka tetap akan mengundi Umno. Ramai antara mereka ialah daripada sayap parti iaitu dari kaum wanita. Antara dapatan yang diperolehi mengapa mereka mengambil pendirian dan sikap begitu adalah ramai di kalangan mereka terikat dengan sistem pinjaman seperti TEKUN dan sebagainya.
Mereka ditakut-takutkan, menyebabkan mereka akan terus memberi undi kepada parti melayu tersebut.
Ini adalah salah satu dogma politik yang Umno garapkan supaya mereka terus kekal berkuasa. Ia juga merupakan penjajahan hak bagi membuat pilihan secara senyap.
Walaupun populariti Najib tidaklah begitu baik, namun instrumen-instrumen milik mereka dimaksimakan penggunaannya agar mereka terus kekal berkuasa.
Seharusnya daripada kalangan bangsa melayu mereka perlu lebih berani dan tegas dengan keputusan yang akan dibuat secara kefahaman.
Ramai di kalangan orang melayu terlalu bersangka baik hingga ditipu setiap kali pilihanraya menjengah. Sangka baik perlu ada tempat sehingga kita seringkali menjadi mangsa projek pembodohan kerajaan.
Keengganan orang melayu merubah corak pemikiran akan menyebabkan semua rakyat menanggung beban di atas dosa politik yang Umno lakar semenjak sekian lama lagi. Umno melalui kerajaan akan sedaya upaya menafikan kuasa lain selain mereka untuk mengambil alih Putrajaya.

Cabar anak muda, Zahid ada masalah 3D

Sheikh Omar Ali


Cabaran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada anak muda Malaysia agar bekerja dalam sektor yang disifatkan sebagai “Dirty-Difficult-Dangerous (3D)” atau kotor, sukar dan berbahaya hakikatnya mencerminkan sikap beliau yang “Dayus-Defensif-Dangkal”.
Zahid dayus apabila beliau lari daripada permasalahan sebenar seperti menyediakan peluang pekerjaan dengan penetapan gaji minima yang setimpal.
Beliau juga bersikap defensif semasa ucapannya di hadapan belia pada Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor ke-32 di Shah Alam tempoh hari dengan terus mencabar anak muda.

Kononnya beliau boleh mengacah-acah anak muda untuk membenarkan tindakannya yang ingin membawa masuk 1.5 pekerja Bangladesh. Zahid yang juga merupakan menteri dalam negeri saya anggap dangkal apabila dengan mudahnya memperlekehkan anak muda Malaysia sebagai seolah-olah golongan yang malas bekerja, tidak ada jati diri dan tidak berani untuk berusaha keras bagi mencari sesuap nasi untuk “survival” mereka.
Ibarat menuding jari ke arah orang lain, Zahid tidak perasan 4 jari menghala ke arah dirinya sendiri.
Pada saya, persoalan utama bukanlah tentang kesediaan anak muda untuk menceburi bidang pekerjaan di sektor 3D.
Sehingga kini pun jumlah anak muda yang melakukan kerja dalam sektor 3D mencecah puluhan ribu.
Namun persoalannya, apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan sektor pekerjaan 3D lebih selamat, berbaloi dan bermaruah?
Adakah mereka boleh digajikan pada kadar setimpal dan sesuai untuk meneruskan “survival” hidup seharian?
Sebagai contoh, berapakah syarikat yang didakwa dan didenda Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kerana tidak menyediakan tempat pekerjaan yang menepati syarat keselamatan? Isu di sini ialah aspek keselamatan pekerja dalam sektor 3D.
Kita ambil pula contoh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Sejak 2012, MPSP menjalankan dasar pengambilan pekerja separa mahir dan tidak mahir untuk kerja-kerja melibatkan pengumpulan sampah dan pembersihan.
Gaji yang ditamatkan adalah pada kadar minimum RM1500. Ia tidaklah satu angka yang lumayan, tetapi cukup untuk menarik minat lebih kurang 2,000 pekerja tempatan. Pokoknya, kadar gaji yang berpatutan memainkan peranan besar.

Saifuddin harap diskusi Asri-Zamihan disiarkan secara langsung

Saifuddin berharap debat itu disiar secara langsung di TV dan rakyat, termasuk bukan Islam, tidak sebodoh yang dianggap sesetengah pihak.
saifuddin-maza-zamPETALING JAYA: Datuk Saifuddin Abdullah tetap berpendirian diskusi antara Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza)‎ dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin pada 17 Februari ini wajar disiarkan secara langsung di televisyen.
Dalam kolumnya di akhbar Sinar Harian hari ini, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan berpandangan rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk menilai pandangan yang berbeza dan membuat keputusan sendiri.
“Saya berharap supaya debat ini tidak mengulangi nasib debat Umno-Pas (pada 1990-an) yang dibatalkan pada saat akhir kerana arahan pihak atasan.
“Saya juga berharap ia disiar secara langsung di TV. Rakyat, termasuk bukan Islam, tidak sebodoh yang dianggap sesetengah pihak, yang sebenarnya hanya mahu meneruskan status quo, iaitu semuanya dibuat secara tertutup dan rahsia (rasmi) serta memonopoli maklumat,” katanya.
Diskusi bertajuk “Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Diskusi” itu dijadual diadakan di di Dewan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya secara tertutup dan dengan kehadiran terhad.
Sebelum itu, beberapa pihak menyoal kewajaran debat itu diadakan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berpendapat ia boleh mencetuskan persengketaan dalam kalangan umat Islam.
Malah, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRRIM), Amir Amsaa Alla Pitchay pula ketika dihubungi FMT sebelum ini menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak berfaedah.
Walau bagaimanapun, Saifuddin pula menyifatkan debat atau diskusi sebagai sebahagian daripada tradisi Islam.
“Menurut surah an-Nahl ayat 125 dalam Al-Quran, ‘Dan serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan pengajaran yang baik; dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik’,” kata bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.

Pas mula gerun dengan Amanah

Parti Amanah Negara
KOTA BHARU - Pas dilihat mula menggelabah dan gerun dengan perkembangan pengaruh Parti Amanah Negara (Amanah) sehinggakan sanggup mengaitkan kesetiaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Pas dan tidak akan menyertai parti itu sekiranya masih hidup.
Timbalan PengerusiAmanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, tindakan itu dilakukan kemungkinan Pas sudah mula merasai bahang perjuangan parti berkenaan yang semakin diterima rakyat.
Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Selangor, Mohd Fadli Ghani dengan menggambarkan Nik Abdul Aziz tidak akan menyertai Amanah sekiranya masih hidup adalah satu tanggapan melulu.
“Mungkin atas asas ketakutan melampau Pas kepada pengaruh Amanah di seluruh negara termasuk di Kelantan sehingga mereka sanggup menyandarkan hujah mereka kepada seorang yang telah mati.
“Jika keluarga Tok Guru Nik Aziz sendiri tidak ada hak untuk menyatakan andaian sikap atau pandangan  masa depan politik arwah, maka orang luar lagilah tidak berhak,” katanya, semalam.
Tidak mahu mendabik dada, namun Amanah yakin kenyataan sebegitu tidak akan mempengaruhi mana-mana individu lain untuk menyokong parti tersebut malah, tidak memberi kesan kepada perjuangannya.
Che Ibrahim turut menganggap kenyataan itu sebenarnya telah dibuat secara tidak adil kerana Mursyidul Am Pas berkenaan meninggal dunia tujuh bulan sebelum Amanah ditubuhkan.
“Mana boleh kita membuat sesuatu andaian tanpa asas kepada  seseorang yang telah meninggal dunia sebelum isu ini berlaku. Saya menyifatkan kenyataan ini satu perbuatan yg tidak betul dan telah menceroboh privasi keluarga arwah,” katanya.
Menurutnya, sejarah perpecahan politik Pas yang lalu tidak boleh disandarkan sebagai andaian kecenderungan politik Allahyarham Nik Abdul Aziz.

'Kalau jumpa malaikat baru, tolaklah kami' - Annuar Musa


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa berkata pihak yang tidak lagi suka kepada Umno boleh mengundi menolak parti itu.
“Kalau tidak suka MARA, pindalah Perlembagaan Persekutuan. Tetapi kami (Umno) akan pertahankannya.
 “Kalau kamu jumpa malaikat baru dan Umno pula (dirasakan) jadi setan, undilah tolak kami,” katanya kepada kira-kira 200 pelajar dalam acara penganugerahan surat penerimaan untuk pemohon-pemohon pinjaman MARA.
Menegaskan Umno juga tidak lepas daripada salah dan kurang, Annuar berkata terdapat perbezaan antara pihak yang hanya mengkritik dan yang dilantik berkhidmat kepada rakyat.
Beliau juga menyindir, antara perkara-perkara paling menyeronokkan dalam dunia adalah makan percuma dan tidak membayar balik pinjaman.
Katanya, sebelum itu MARA sudah membelanjakan RM2 bilion setiap tahun untuk tajaan pendidikan tanpa menghebohkan-hebohkannya.
Bagaimanapun, kali ini sedikit pengubahsuaian perlu dibuat, kata ketua penerangan baru Umno itu.
Beliau menyelar penyebaran berita-berita secara meluas di Internet yang mendakwa MARA mengabaikan tanggungjawabnya membantu pelajar bumiputera.

Bakke nafi dakwaan pernah sebut RM2.6 bilion daripada 1MDB

Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh menegaskan kenyataan beliau kepada PAC tidak pernah dibincangkan di media sosial dan beliau tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mewakili dirinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2016. 
Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh menegaskan kenyataan beliau kepada PAC tidak pernah dibincangkan di media sosial dan beliau tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mewakili dirinya.

Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau pernah menyebut wang RM2.6 bilion adalah daripada syarikat 1MDB.
"Saya ingin menegaskan, kenyataan seumpama itu atau merujuk kepadanya atau berkarektor sebagaimana disebarkan melalui laman sosial, tidak pernah disebut atau dilafazkan ketika keterangan saya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan mereka terhadap 1MDB," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Bakke menegaskan kenyataan beliau kepada PAC tidak pernah dibincangkan di media sosial dan beliau tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mewakili dirinya.

"Satu laporan polis akan turut dibuat dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang melakukan sebaran tidak benar mengandungi ayat sama ada ia merujuk, berkait dan memfitnah saya serta individu yang dirujuk sebagai saya," katanya. Bakke mengulas khabar angin yang disebarkan melalui laman sosial yang memetik kononnya beliau pernah mengeluarkan kenyataan RM2.6 bilion adalah wang 1MDB.
Laporan terdahulu menyebut PAC mendengar keterangan Bakke dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada 11 Feb lepas bagi membantu menyiapkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dan Laporan PAC untuk dibentangkan di Parlimen.
Bakke juga menasihati pengguna laman sosial untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang sebaran spekulasi dan khabar angin tanpa pengesahan pihak yang sahih.

Najib tak kesal laksana GST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak kesal melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana kerajaan perlu mengambil tindakan tegas walaupun ia tidak popular demi masa depan negara.
Beliau berkata, pelaksanaan GST sama seperti mengambil ubat yang pahit pada masa ini tetapi penting bagi membolehkan kehidupan yang lebih baik di kemudian hari, lapor Utusan Malaysia.
Menurut Najib, tindakan tegas kerajaan pentadbirannya itu banyak mengimbangi kesan cabaran ekonomi semasa akibat kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia dan kemerosotan harga minyak serta komoditi.
"GST adalah perlu semasa negara mengalami kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion tahun ini berikutan kejatuhan harga minyak dan komoditi.
"Bayangkan tanpa GST, betapa besar kesannya ke atas ekonomi negara dan kebajikan rakyat," kata Najib yang dipetik sebagai berkata ketika menghadiri majlis minum petang bersama kira-kira 300 pelajar dan diaspora rakyat Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Selain itu, najib juga dilaporkan turut memberi peringatan rakyat Malaysia agar berwaspada terhadap mereka yang mahu merosakkan dan menggugat kestabilan negara.
Katanya, tindakan pihak yang mempunyai kepentingan politik itu tegasnya tidak mengutamakan negara.
Sehubungan itu, Najib menggesa agar mereka yang bekerja dan belajar di luar negara membawa pulang kemahiran inovasi, kreativiti dan budaya positif di negara mereka berada demi manfaat Malaysia.
GST yang dilaksanakan pada April tahun lalu mendapat pelbagai reaksi ekoran cukai tersebut.
Bagaimanapun ia dilihat sebagai penyelamat ekonomi negara berikutan kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran kutipan bersih RM27.126 bilion diperoleh cukai itu pada Disember 2015.
Kutipan bersih GST itu dianggarkan meningkat kepada RM39 bilion pada tahun ini.

Anak Zahid yg digelar sbg IKON BELIA tu pernah ke kerja cuci longkang masa nak cari kerja dahulu..

JANGAN LUPA buat lepasan graduan2 tu.. bila nak cari kerja carilah kerja cuci longkang. Kalau boleh yang gajinya boleh tampung bayar hutang PTPTN kelak..

ANNUAR MUSA KINI SENJATA BARU NAJIB BALUN MAHATHIR

Perlantikan Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad Maslan kini semakin difahami berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya sejak akhir-akhir ini.

Beliau tidak lain untuk dijadikan senjata paling depan menyerang Tun Mahathir Mohamad yang terus lantang mengkritik kepimpinan Najib Razak.

Untuk rekod, Annuar bukan saja pernah menjadi menteri di era Tun Mahathir selepas pilihanraya 1990, bahkan menjadi pemimpin Kelantan paling lantang menyerang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan Presiden UMNO tahun 1987.

Dalam pemilihan itu, Tun Mahathir berjaya menewaskan Ku Li dengan kelebihan 43 undi.

Ketika timbulnya isu Raja-Raja yang membabitkan pindaan perlembagaan, Annuar Musa juga menjadi antara yang paling ke depan menyokong usaha Tun Mahathir dan kerajaan ke arah itu.

Pendeknya, kelantangan dan kepetahan berpidato Annuar bukanlah luar biasa selama beberapa lama ketika Tun Mahathir merupakan "bossnya".

Annuar, dalam perjalanan karier politiknya lebih dikenali sebagai orang Tun Mahathir sehingga dapat menjadi menteri penuh ketika berusia dalam lingkungan pertengahan 30an.

Kini, dengan  melantiknya sebagai Ketua Penerangan UMNO, Najib dilihat lebih mahu memanfaatkan kemampuan Annuar itu untuk menyerang balik bekas "bossnya" yang pernah berjasa kepadanya itu.

Beberapa kenyataan Annuar yang membandingkan tindakan Tun Mahathir ketika berkuasa dengan Najib sekarang serta serangannya kepada Mukhriz yang didakwanya tidak pernah bersuara dalam mesyuarat MT UMNO, tidak lain memperlihatkan kecenderungan ke arah itu.

Dalam kunjungannya ke Perak dan Kedah baru-baru ini,  Annuar juga dengan jelas mahukan  UMNO bersikap menyerang dan bukan lagi defensif sebagaimana yang dilakukannya sekarang ini.

Anak TPM pertahan kenyataan bapa belia tak sanggup kerja kotor

Dia (Ahmad Zahid Hamidi) bercakap dari pengalaman dia. Berbanding dengan zaman 70's dia, rakyat Malaysia sekarang memang semakin malas n memilih kerja
anak-zahid,sokong
PETALING JAYA: Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mempertahankan kenyataan bapanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau mencabar belia melakukan kerja 3D iaitu ‘dangerous’, ‘difficult’ dan ‘dirty’ jika tidak mahu pekerja warga asing dibawa masuk.
Zahid juga merendahkan moral belia tempatan yang menyatakan belia tempatan hanya mampu bertahan selama sebulan sahaja bekerja di sektor perkilangan berbanding dengan pekerja dari Bangladesh.
“Ingat TPM tu cakap suka2 dia? Ingat dia bercakap sebab dia lahir terus jadi TPM? Dia bercakap dari pengalaman dia. Berbanding dengan zaman 70’s dia, rakyat Malaysia sekarang memang semakin malas n memilih kerja,” tulisnya di Instagram menggunakan akaun @limatangonovzulu, hari ini.
Nurulhidayah turut menceritakan mengenai pengalamannya bekerja dengan hanya menerima gaji sebanyak RM1,700 sebulan selepas menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
“U tak nak tahu berapa gaji I lps (lepas) grad dulu? My gaji was RM1,700 and back than my dad was not even a minister!
“Masa zaman sekolah dulu i curi-curi kerja medan selera kat Jaya Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju sebab nak tambah duit poket. Cuti semester i kerja ikut production house cari pengalaman,” ujarnya.

Anak TPM anggap kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh isu kecil

Isu utama adalah cara membentuk rakyat, khususnya belia hormat negara sendiri tanpa melaporkan perihal negara kepada negara luar.
nurul-zahidPETALING JAYA: Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berpendapat bahawa isu kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia sebagai suatu isu yang kecil dan tidak seharusnya diperbesarkan.
Menurutnya, perkara utama adalah cara untuk membentuk rakyat Malaysia, khususnya belia menghormati negara sendiri tanpa melaporkan perihal negara kepada negara luar.
“Isu yang dimainkan adalah agak kecil jika dibandingkan dengan bagaimana untuk membentuk rakyat Malaysia, BELIA khususnya akan kesedaran untuk menghormati negara sendiri tanpa menghina dan mengadu domba perihal negara kpd negara luar?” tulisnya di Instagram menggunakan akaun @limatangonovzulu, hari ini.
Nurulhidayah berkata, rakyat di negara ini juga haruslah memikirkan bagaimana untuk memupuk semangat yang lebih patriotik dalam kalangan belia.
“Bagaimana untuk memupuk semangat yang lebih patriotik dikalangan belia. Bagaimana hendak bentuk jati diri yang lebih kuat? Itu yang paling perlu untuk kita kuatkan akar ASAS agar kita lebih kuat dan bersatu.

Jangan jadikan pelajar tajaan Mara komoditi politik

Rafizi Ramli
SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini memberi amaran kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa agar tidak menjadikan nasib pelajar-pelajar Melayu atau Bumiputra ini sebagai komoditi politik.
Menurut Rafizi, Annuar perlu ingat banyak lagi masalah pembiayaan pelajar-pelajar yang perlu diselesaikan segera dan bukannya menunggu seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan bersuara.
“Semakan saya menunjukkan Tan Sri Annuar Musa telah dilantik menjadi Pengerusi Mara sejak 2013 selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13). Malah, beliau juga adalah Pro-Canselor II Universiti Kuala Lumpur sejak tempoh yang sama iaitu dari 2013 lagi.
“Maknanya, sepanjang beliau menjadi Pengerusi Mara dan Pro-Canselor II Universiti Kuala Lumpur sejak 2013 beliau tidak mampu menyelesaikan masalah pembiayaan pelajar-pelajar Universiti Kuala Lumpur di bawah pengurusan Mara sendiri sedangkan masalah ini telah wujud sejak tahun 2013 lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Namun katanya, setelah beliau membangkitkan isu ini, masalah itu boleh diselesaikan dalam tempoh dua hari.
“Jika peruntukan kewangan dari Mara dapat diputuskan dalam masa dua hari sahaja sejak saya menimbulkan perkara ini, maknanya peruntukan itu wujud selama ini tetapi keputusan tidak diambil.

Izzah: Selesaikan dulu 5.8 juta pekerja asing


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan menyelesaikan dahulu isu lambakan pekerja asing sebelum membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.
Menurut Izzah kerajaan sepatutnya menetapkan had ke atas guna tenaga kerja asing seperti sektor perkhidmatan dan pembuatan yang tidak begitu memerlukan khidmat mereka.
 Manakala bagi sektor pembinaan, katanya, peratusan penggunaan tenaga kerja asing yang diperlukan cuma 30 peratus dan perladangan pula sebanyak 50 peratus.
"Saranan saya adalah kemasukan lebih ramai pekerja asing tidak perlu disegerakan.
"Selesaikan dahulu isu kehadiran 5.8 juta pekerja asing di mana 2.135 juta (masuk) secara sah dan 3.7 juta tanpa izin," katanya dalam satu kenyataan media.
Naib Presiden PKR itu berkata, keputusan membawa masuk pekerja Bangladesh bercanggah dengan agenda ekonomi dalam RMK-11 iaitu bagi mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang 2020.
Agenda itu antara lain mensasarkan penambahbaikan dalam produktiviti buruh dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.
"Dasar penggunaan pekerja asing mengurangkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan yang rata-ratanya 70 peratus berpendidikan SPM ke bawah.
"Akibatnya, gaji terus mengecil dan gagal berkembang," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan meningkatkan levi pekerja asing kepada RM5,000 dan menetapkan had perkhidmatan mereka dalam pelbagai industri.
"Pastikan levi dibayar oleh syarikat dan majikan yang menggaji pekerja asing bukan seperti praktis sedia ada di mana pembayaran dilunaskan oleh pekerja bukannya majikan," tegasnya.
Kerajaan baru-baru ini mempertahankan tindakannya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, kemasukan pekerja itu dibuat secara berperingkat berdasarkan permintaan pasaran.

Skandal Negara: Rakyat menanti hasil Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240

Terlalu banyak isu besar yang timbul dalam negara yang membabitkan peranan Raja-raja Melayu selaku pemerintah di negara ini.
majlis-raja2
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240 yang berlangsung minggu ini sememangnya ditunggu-tunggu sekalian rakyat jelata negara ini.
Terlalu banyak isu besar yang timbul, yang mana membabitkan peranan Raja-raja selaku pemerintah di negara ini.
Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri adalah isu paling panas dan dijangka dibincangkan dalam mesyuarat itu.
Bersangkutan isu panas terbabit, rakyat menunggu reaksi Raja-raja terhadap kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunggu sama ada suruhanjaya diraja akan ditubuhkan bagi merungkai isu berkenaan.
Pada masa yang sama, Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara yang didakwa anggota Parlimen blok pembangkang sebagai cubaan Perdana Menteri untuk merampas kuasa darurat Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan juga diramal mendapat perhatian mesyuarat berkenaan.
RUU berkenaan cukup panas perdebatannya di Parlimen pada penghujung tahun lalu dan kerajaan dilihat tergesa-gesa untuk meluluskannya.
Kandungan RUU itu juga menimbulkan kemusykilan terhadap tahap integriti Perdana Menteri dan kuasa yang diperuntukkan jelas amat luas. Ramai meminta RUU itu disemak semula dengan penelitian lebih terperinci dibuat termasuk perkataan-perkataan yang digunakan.
Paling menggerunkan ialah kembalinya kuasa penahanan tanpa bicara oleh pihak berkuasa menerusi undang-undang itu dalam mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.
Isu ketiga yang dirasakan penting kerana membabitkan status dan kemuliaan Raja-raja ialah pemberian gelaran, pingat dan darjah kebesaran oleh individu yang mengaku diri mereka Raja.
Perkara ini sudah semakin berleluasa seperti yang selalu dilaporkan akhbar arus perdana milik parti pemerintah, di mana Raja-raja Melayu mesti memberikan perhatian.
Tindakan segelintir individu mengaku Raja dan menjual darjah kebesaran menyebabkan darjah kebesaran dan kemuliaan Raja-raja sebenar ditertawakan dan dipandang sinis orang kebanyakan.
Rentetan itu, polis mengambil tindakan menahan mereka yang tidak bertanggungjawab, manakala kerajaan mengambil inisiatif meminda Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan usaha ini memerlukan persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk mewartakannya.

2015 tahun paling mencabar bagi komunikasi SPRM

Tahun 2015 merupakan cabaran yang paling besar buat Bahagian Komunikasi Strategik SPRM.

sprm_money_300PETALING JAYA: Bahagian Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (BKS SPRM) mengakui menghadapi cabaran paling besar pada tahun lalu.
Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaacob, berkata pada tahun lalu bahagian terbabit terpaksa mengendalikan isu yang baginya merupakan isu-isu yang pelbagai.
“Orang kata isu panas tapi pada saya pelbagai isu sahaja. SRC International, RM2.6 bilion, pasal Ketua Pesuruhjaya kita, pertukaran pegawai kanan kita, isu penganjuran Persidangan Anti Rasuah (IACC), isu lombong, isu Cameron Highlands dan pelbagai lagi.
“Saya rasakan dalam tahun 2016 ini, kita telah berjaya menangani keseluruhan isu tersebut semaksima dan sebaik yang kita boleh buat,” katanya dalam satu temubual bersama stesen radio organisasi terbabit, hari ini.
Rohaizad berkata, sebagai sebuah bahagian yang disifatkannya antara yang termuda dalam organisasi itu, telah melakukan tugas dengan baik.
“Bahkan pada tempoh 2015, kita dah sediakan 167 news letter yang melibatkan 56 hubungan pelbagai pihak bagi menjelaskan pelbagai aktiviti dan isu dalaman dalam SPRM,” katanya.

SPRM tercabar bila ada perkara yang tidak boleh didedah

Berikutan dengan kekangan itu, orang ramai pula akan mengatakan bahawa organisasi itu menyorokkan sesuatu perkara.
sprmPETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghadapi cabaran berat apabila berdepan dengan halangan untuk tidak mendedahkan perkara tertentu.
Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaacob berkata, ekoran sekatan itu, orang ramai pula menyifatkan bahawa organisasi itu menyorokkan sesuatu perkara daripada pengetahuan umum.
“Ini yang jadi masalah. Kita bukan sorok apa-apa, cuma undang-undang tidak membenarkan kami mendedahkan sesuatu pada masa tertentu.
“Tapi sebaik seseorang itu didakwa di mahkamah dan segalanya didedahkan, kami tidak lagi menyorokkan apa-apa. Namun orang ramai berpersepsi bahawa kami terlambat kerana mereka sudah tahu mengenainya,” katanya dalam satu temubual bersama stesen radio organisasi terbabit hari ini.
Rohaizad dalam masa yang sama turut mempersoal tentang kehendak sebenar orang ramai.
“Apakah kita nak menghukum orang tersebut sebelum dia didapati bersalah atau kita nak cari kebenaran?
“Dalam pencegahan rasuah ini kita punya kerja senang, kita nak mencegah rasuah, bukan nak cari salah orang. Kita cuma nak cegah rasuah dan salah guna kuasa,” tegasnya.
Katanya, Bahagian Komunikasi Strategik SPRM akan menyampaikan segala maklumat semampu yang boleh kepada orang ramai supaya mereka memahami bahawa organisasi itu menjalankan tugasnya mengikut lunas undang-undang.

Pertambahan pekerja asing wujudkan risiko ‘budaya baharu’?

Pertubuhan bukan kerajaan dan kesatuan sekerja memberikan pelbagai reaksi, dan tidak kurang juga yang mempersoalkan rasional kemasukan pekerja Bangladesh menerusi mekanisme G-To-G Plus. – Gambar fail The Malaysian Insider , 15 Februari, 2016. 
Pertubuhan bukan kerajaan dan kesatuan sekerja memberikan pelbagai reaksi, dan tidak kurang juga yang mempersoalkan rasional kemasukan pekerja Bangladesh menerusi mekanisme G-To-G Plus.

 Keputusan kerajaan untuk membawa masuk pekerja Bangladesh menerusi mekanisme Kerajaan Kepada Kerajaan Plus (G-To-G Plus) mengundang rasa tidak senang banyak pihak, meskipun langkah itu bertujuan memenuhi permintaan industri dan majikan.
Bermacam-macam pendapat dinyatakan melalui media arus perdana dan laman sosial terutamanya ‘kebimbangan’ akan implikasi dan risiko berikutan pertambahan jumlah pekerja asing yang begitu ramai, lebih sejuta orang.
Pertubuhan bukan kerajaan dan kesatuan sekerja memberikan pelbagai reaksi, dan tidak kurang juga yang mempersoalkan rasional kemasukan pekerja Bangladesh menerusi mekanisme G-To-G Plus itu.

Laporan berita pada 9 Februari memetik Setiausaha Kabinet Bangladesh Mohammad Shafiul Alam berkata ,kerajaan Bangladesh meluluskan draf penjanjian persefahaman (MoU) G-To-G Plus berhubung penghantaran 1.5 juta rakyatnya untuk bekerja di Malaysia. Pada 11 Februari, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang mendapat liputan meluas pihak media sebenarnya merupakan jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan negara itu untuk tujuan pekerjaan.
KDN menegaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan dalam 5 sektor iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan semasa permohonan dibuat.
Pengambilan tidak akan dibuat secara serentak, sebaliknya dilaksanakan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun.
Kualiti bukan kuantiti
Apa jua keadaannya, pelbagai kemungkinan implikasi daripada kemasukan pekerja asing tetap menjadi persoalan dan menimbulkan kebimbangan banyak pihak terutamanya berhubung kesan sosial terhadap rakyat negara ini.
Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata kerajaan harus memperhalusi keputusan itu bagi melihat kesan jangka panjang yang boleh mendatangkan risiko kepada warga tempatan.
Beliau berkata proses saringan adalah perkara wajib terhadap setiap warga asing yang ingin bekerja di Malaysia bagi memastikan mereka benar-benar berkelayakan.
"Sememangnya kerajaan akan melakukan proses saringan tetapi saya harap proses itu dijalankan dengan lebih teliti dan terperinci kerana kita tidak mahu mereka (pekerja asing) yang datang ke sini nanti mempunyai masalah-masalah yang boleh menjejaskan aspek keselamatan dan kesihatan rakyat tempatan.

SIAPA KATA RAKYAT MALAYSIA MALAS?

Ini adalah pemandangan biasa setiap hari di Tambak Johor di mana puluhan ribu rakyat Malaysia, terutama belia dan golongan muda, berulang-ulang ke Singapura untuk mencari rezeki yang halal.

Adakah mereka ini bekerja di negara jiran kita sebagai CEO, jurutera, akauantan, arkitek dan lain-lain jawatan berkolar putih?

Jadi, siapa kata rakyat kita malas dan memilih pekerjaan?

Bila golongan bangsawan & bangsatan urus tadbir negara, INILAH HASILNYA !!


MASIH INGAT bagaimana syarikat MAS dahulu terpaksa jual aset pesawat MAS, jual bangunan HQ MAS di Jalan Sultan Ismail, jual Kompleks Pejabat MAS di Subang dan Kompleks MAS di Sepang.. SEBABNYA NAK BAYAR HUTANG..
AKHIRNYA syarikat MAS skrg dah bungkus muflis, diganti pula dgn MAB !!!

TETAPI.. Najib tetap kata bila syarikatnya terpaksa jual aset negara bagi mengurangkan hutangnya adalah satu KEBANGGAAN bg dirinya..

Fahamkah Najib wasatiyyah dan ekstremisme? soal Ahmad Awang


Penasihat Amanah Ahmad AwangPenasihat Amanah Ahmad AwangPerdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kerap mengingatkan rakyat tentang pentingnya amalan wasatiyyah (bersederhana) walaupun Presiden Umno itu sendiri masih belum terbukti untuk bersederhana sepanjang pentadbirannya sejak tahun 2009, kata Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah), Ustaz Ahmad Awang.
Beliau berkata, masih banyak berlaku ketidakadilan serta melampaui batas dalam pelbagai aspek politik, sosial dan ekonomi sekaligus bercanggah dengan konsep kesederhanaan mengikut Islam.
“Asas Islam adalah rahmat untuk semua bahkan terhadap musuh pun mesti bersikap adil kerana sikap adil menghampiri kepada ketakwaan. Jadi, kalau kerajaan bercakap tentang wassatiyyah konon perlunya bersederhana tetapi praktiknya berbeza, itu cakap tidak serupa bikin.
“Buktikan dalam pemerintahan, proses pilihan raya, undang-undang serta pengagihan ekonomi. Jangan hanya wasatiyyah diguna untuk kepentingan diri supaya mudah ambil tindakan ke atas pihak yang tidak sehaluan dengan dia,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas Program Kicau Deeni di Restoran Amjal dekat Universiti Malaya (UM), Sabtu lalu.

Mengulas kekerapan Najib yang turut mendakwa wujudnya ancaman keganasan di negara ini ketika Amerika Syarikat turut bercakap tentang ekstremisme global, beliau berkata, Malaysia perlu berhati-hati dalam memberi takrifan berkenaan gejala tersebut.

“Isu ekstremisme sudah lama diguna pihak Barat. Bezakan ekstremisme sebenar dengan rekaan. Apabila berlaku peristiwa 11 September 2001, terrorisme kemudian dikaitkan dengan Osama Laden dan pertubuhan al-Qaeda.

“Sekarang ini pula lahir IS. Di sinilah kita harus berhati-hati untuk mengenal pasti antara ekstremisme sebenar yang sememangnya Islam tidak terima dengan keganasaan yang direka oleh dunia Barat,” jelas bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia itu.

Zahid ratusan ribu ulang alik ke Singapura untuk kerja 3D

Setiausaha Agung N Gopal Krishnan menyangkal kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa warga Malaysia tidak sanggup untuk melakukan kerja dalam sektor 3D (dirty, difficult, dangerous).
N-Gopal-Krishnan,tambak
PETALING JAYA: Warga tempatan pasti berminat untuk bekerja dalam sektor 3D (dirty, difficult, dangerous) jika ditawarkan gaji yang wajar terutama dalam keadaan ekonomi semasa, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N Gopal Krishnan.
Beliau menyangkal kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bahawa belia negara tidak sanggup melakukan kerja dalam bidang tersebut sehinggakan kerajaan perlu membawa masuk lebih ramai tenaga kerja asing.
“Kenyataan Zahid salah. Jika tidak, mengapa ada ratusan ribu warga Malaysia yang berulang-alik ke Singapura untuk bekerja dalam sektor 3D?
“Ini kerana di sana mereka mendapat gaji yang baik dan wajar,” katanya ketika dihubungi.
Justeru, beliau setuju dengan cadangan Naib Angkatan Muda Keadlian (AMK), Fahmi Fadzil agar kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum sebanyak RM1,500 sebagai galakan kepada rakyat Malaysia, terutama golongan muda untuk mengambil alih pekerjaan yang didominasi warga asing.
“Pekerja sektor swasta tidak seperti penjawat awam yang mendapat pelbagai kemudahan seperti elaun cola dan baru-baru ini dengan kenaikan elaun perumahan.
“Gaji yang ditawarkan bagi pekerja sektor swasta sekarang tidak cukup untuk menampung kehidupan. Kerajaan bertanggungjawab untuk mencari jalan menangani keadaan ini,” katanya lagi.
Dalam satu rakaman video, Zahid ketika merasmikan program Majlis Belia Selangor di Shah Alam 14 Februari lalu mencabar hadirin yang kebanyakannya golongan muda tempatan untuk menggantikan pekerjaan warga asing jika tidak setuju kerajaan mengambil lebih ramai pekerja asing.
Cabaran tersebut disahut dengan laungan setuju yang kuat daripada hadirin.

TPM Ijazah kami bukan untuk cuci tandas

Belia kesal kerana cabaran itu amat bertentangan dengan sahutan kerajaan untuk menjana generasi muda yang berpelajaran dan professional.
zahid-buruhPETALING JAYA: Belia negara kesal dengan cabaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap belia tempatan untuk bekerja dalam sektor 3D (dirty, dangerous and difficult) iaitu kotor, sukar dan merbahaya.
Penyesalan itu disampaikan memandangkan cabaran itu amat bertentangan dengan sahutan kerajaan untuk menjana generasi muda yang berpelajaran dan professional.
“Kami tidak membayar beribu-ribu dan belajar selama empat tahun untuk bekerja di dalam sektor 3D,” kata beberapa graduan universiti yang ditemui.
“Jika saya mahu bekerja dalam sektor 3D, saya akan melakukannya sejurus selepas tamat sekolah menengah. Saya tidak perlu belajar selama empat tahun, berpisah dengan keluarga, semuanya untuk membersihkan tandas, “kata Wong Han Shun, pemegang ijazah kejuruteraan mekanikal dari Universiti Nottingham Malaysia.
Seorang lagi graduan ijazah dalam Pengajian Antarabangsa dari University of Adelaide, Tan Kin Wai beranggapan komen Zahid itu tidak adil kepada golongan belia yang bercita-cita tinggi dan mahu berjaya.
“Saya kurang jelas dengan pendirian kerajaan apabila mereka mahu generasi muda berpendidikan tinggi tetapi pada masa yang sama mencabar kami jadi pembersih dan pekerja pembinaan.
“Kanak-kanak bercita-cita untuk menjadi peguam, doktor, ada yang mahu untuk menyelamatkan dunia sebaliknya kita pula mempunyai TPM yang mencabar untuk melakukan pekerjaan kotor sebagai penyelesaian mengurangkan kemasukan warga asing di negara ini,” ujar Tan.
Dalam pada itu, graduan dari Australia, Ryan Ng mengeluh kerana dia sendiri sudah melalui fasa getir bekerja keras dan dia kini masanya untuk dia menikmati hidup yang lebih baik.
“Saya pernah bekerja sambil belajar ketika di universiti dahulu. Saya belajar dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan bekerja bermula pukul 6 petang hingga 12 tengah malam setiap hari selama 4 tahun.

Apa sebenarnya DLP yang ditentang aktivis bahasa?


Program Dwibahasa (DLP) diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2016 pada tahun lalu.
Tidak lama kemudian ada kumpulan tertentu menyatakan rasa curiga dan kurang senang terhadap cadangan yang dilihat sebagai cubaan menghidupkan semula pelaksanaan dasar yang pernah dimansuhkan sebelum ini.
Berikut sedikit sebanyak maklumat mengenai DLP sebagai panduan:
Apakah DLP?
DLP adalah projek perintis dicadangkan Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Dilaksanakan mengikut Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) ia dilakukan di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di bawah kelolaan kementerian.
Sebanyak 300 sekolah terlibat dalam projek berkenaan.
Adakah semua sekolah perlu laksanakannya?
Menurut maklumat kementerian, sekolah yang layak diberi pilihan melaksanakan DLP bagi sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris (selain subjek Bahasa Malaysia), iaitu matematik, sains, teknologi maklumat dan komunikasi, serta reka bentuk dan teknologi.
Untuk pelaksanaan rintis DLP, subjek yang terlibat ialah matematik dan sains untuk murid tahun satu, tahun empat dan tingkatan satu.
Apakah matlamat DLP?
Menurut keterangan kementerian DLP dilaksanakan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pendedahan tambahan secara tidak langsung.
Dengan pengukuhan itu, kata kementerian, seseorang murid memiliki akses lebih luas terhadap penerokaan ilmu untuk bersaing di peringkat global.
Turut dijadikan hujah, DLP juga meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.
Sesebuah sekolah diberi pilihan untuk melaksanakan DLP atau sebaliknya. Sekolah yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh membuat permohonan rasmi kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) masing-masing.
Apakah syarat/kriteria untuk melaksanakan DLP?
Sekolah memiliki sumber (buku teks, bahan rujukan, bahan bantu mengajar dan sebagainya) yang mencukupi.
Pengetua/guru besar dan guru bersedia melaksanakan DLP
Pihak sekolah perlu bersedia bekerjasama dengan PPD dan jabatan pendidikan untuk jangka panjang dan pendek.
Mendapat permintaan dan sokongan daripada ibu bapa.
Persetujuan mestilah secara bertulis.
Pencapaian Bahasa Melayu mestilah sama atau menyamai pencapaian purata kebangsaan subjek Bahasa Melayu.
Pelaksanaan DLP
Setiap kelas mesti mempunyai sekurang-kurangnya 15 murid tanpa perlu menjejaskan bilangan kelas sedia ada.

PAS, AMANAH kongsi pentas bantah 'peludah bahasa'


Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) melancarkan kempen menggesa kerajaan mansuhkan Program Dwibahasa (DLP) yang didakwa cubaan mengembalikan Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan.
Acara di pusat membeli-belah Sogo di ibu negara, hari ini dihadiri tiga sasterawan negara iaitu Datuk Dr Mohd Anwar Ridhwan, Prof Dr Muhammad Salleh serta Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain).
Dalam pelancaran kempen itu juga menyaksikan PAS dan parti serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) bekerjasama menggesa pemansuhan DLP.
Antara wakil PAS yang hadir ialah naib presiden Idris Ahmad manakala di pihak AMANAH pula setiausaha organisasinya Suhaizan Kaiat, yang juga bekas ketua pemuda PAS.
Melupakan perbezaan, kedua-dua mereka dilihat bersalaman antara satu sama lain.
Pelancaran tengah hari ini dimulai dengan ucapan wakil NGO, antaranya Angkatan Belia Malaysia (Abim), wakil dari PAS, AMANAH serta ketiga-tiga sasterawan negara.
Ia kemudian diikuti oleh bacaan sajak dan persembahan nyanyian.
Mereka membawa pelbagai poster dan kain rentang kempen.
Antara poster menarik bertulis "Kami tolak peludah bahasa", yang diinspirasikan daripada sajak terkenal Sasterawan Negara A Samad Said.

Enam tokoh akademik diketuai Dr Hasan Baharom sertai Amanah


Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir mengumumkan penyertaan enam tokoh akademik ke dalam parti itu.Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir mengumumkan penyertaan enam tokoh akademik ke dalam parti itu.
Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Hasan Baharom bersama lima lagi tokoh akademik menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dan dilantik sebagai naib presiden parti itu.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini.
Amanah memperuntukkan lima jawatan naib presiden, tiga dipilih manakala dua lagi dilantik.
Ketika ini Amanah mempunyai tiga naib presiden termasuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Hasanuddin Mohd Yunus yang dipilih sebelum ini.
Dr Hasan yang berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Siasah Syariah secara rasmi menyertai Amanah hari ini bersama lima tokoh akademik yang lain.
“Enam tokoh akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang pelbagai memilih untuk bersama Amanah pada hari ini,” kata Anuar kepada pemberita.
Dr Hasan mempunyai kepakaran dalam bidang zakat, undang-undang kekeluargaan Islam dan sains politik Islam.
Beliau juga terlibat dalam Wadah Pencerdasan Umat (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Majlis Belia Negeri Melaka.

Rasuah: Mahathir cabar AG sumpah junjung al-Quran

Peguam negara harus bersumpah dengan al-Quran bahwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara tidak mengaitkan perdana menteri dengan rasuah, cabar Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebagai orang Islam yang baik, kata Mahathir, Tan Sri Mohamed Apandi Ali harus bersumpah menggunakan al-Quran di masjid dengan disaksikan orang ramai bahawa laporan-laporan badan itu tidak mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan amalan itu.
“Dia tidak patut menipu dengan bersumpah lain dalam hati, tetapi bersumpah kuat perkara lain pula.
“Ini akan jadi dosa berganda. Dia akan masuk neraka yang lebih teruk,” kata Mahathir.
Tiga minggu lalu, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam isu kemasukan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya dan dakwaan skandal RM42 juta bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
Beliau juga mengarahkan kes itu ditutup dan tiada tindakan lanjut diambil.

Tun Mahathir akan disiasat berhubung kenyataan fitnah, kata KPN


Tan Sri Khalid Abu BakarTan Sri Khalid Abu BakarPolis mula menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan dalam blognya baru-baru ini yang didakwa berunsur fitnah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan dimulakan sebaik sahaja menerima laporan daripada beberapa pihak yang mahu perkara itu diambil tindakan segera.
"Laporan polis itu diterima sehari dua lepas setiap tindakan mesti ikut peraturan undang-undang dan patuhi semua proses perundangan. Kita tidak boleh emosional dalam semua perkara.
"(Kemudian) kami akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara, bila (terbukti) ada kes yang perlu diambil tindakan, kami akan ambil," katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang antara Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dan Datuk Abdul Ghafar Rajab.
Dalam tulisan di blognya pada 5 Februari lalu, Dr Mahathir mengatakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mempunyai kredibiliti dan mendakwa Mohamed Apandi tidak akan mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.

"Mampukah pembangkang berbaik dengan China dan AS" - Hishammuddin

Tak undi UMNO pun tak ape, kata Annuar Musa

Dr M: Ada hasrat untuk tangkap saya

Polis terima beberapa laporan terhadap Mahathir

AG boleh masuk neraka yang teruk, kata Mahathir

Annuar: Ahli politik sering dikecam, dilayan seperti pariah

AMANAH sedia bertanding di PRN Sarawak dengan wakil bukan Islam

AMANAH sedia terima Husam sertai parti tapi belum ada perbincangan

Graduan perubatan kecewa lama menunggu penempatan

Ratusan bakal doktor terpaksa mencari rezeki dalam bidang tidak berkaitan dengan jurusan perubatan, apabila kes tertangguh selama 2 tahun bagi penempatan latihan praktikal di hospital awam. – Gambar fail flickr, 15 Februari, 2016.Ratusan bakal doktor terpaksa mencari rezeki dalam bidang tidak berkaitan dengan jurusan perubatan, apabila kes tertangguh selama 2 tahun bagi penempatan latihan praktikal di hospital awam. Walaupun berijazah dalam bidang perubatan Oktober tahun lalu, Muhammad Faiz Hassan, 29, melakukan pelbagai kerja rencam dan terlibat dalam fotografi bagi menanggung dirinya.
Beliau adalah antara ratusan bakal doktor yang terpaksa mencari rezeki dalam bidang tidak berkaitan dengan jurusan perubatan, ekoran kes tertangguh selama 2 tahun bagi penempatan latihan praktikal di hospital awam.
"Saya dengar kami mungkin terpaksa menunggu antara 6 bulan sehingga setahun untuk penempatan," katanya yang kini memohon pekerjaan sebagai pembantu pengajar di sekolah perubatan di Cyberjaya.

Berasal dari Batu Pahat, Johor, Faiz berkata beliau tertekan selepas menerima emel daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk mula melunaskan pinjaman pengajiannya dalam masa 6 bulan daripada tarikh notis. Beliau meminjam RM150,000, jumlah maksimum yang dibenarkan PTPTN bagi menampung yuran pengajian sebanyak RM300,000.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Ashok Philips berkata, masalah itu berpunca daripada kekurangan tempat akibat pembekuan pengambilan doktor pelatih.
"Terdapat hanya 5,000 kekosongan setiap tahun di 43 hospital seluruh negara sedangkan bilangan graduan perubatan yang dihasilkan adalah sama.

MP DAP gesa IGP siasat pihak di sebalik video Sirul


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa menyiasat pihak di sebalik rakaman video tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar yang disiarkan media.
Mengulas video yang dilaporkan Malaysiakini sejak beberapa minggu lalu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata pendedahan bekas anggota polis yang berdepan hukuman gantung itu telah meninggalkan soalan yang belum dijawab.
 Walaupun Sirul dilaporkan berkata beliau merancang untuk mendedahkan cubaan mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembunuhan itu, Lim berkata bekas pegawai polis itu perlu menjawab soalan mengenai identiti pihak yang memberikannya arahan.
"Saya juga ingin menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan tangkapan ke atas mereka yang berpakat dengan Sirul dalam menghasilkan video-video “pengakuan” itu untuk menyiasat siapa arah bunuh Altantuya," katanya dalam kenyatataan media.

TI-M kata orang paling berkuasa di M’sia ialah Peguam Negara

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pendakwaan yang sangat luas kepada Peguam Negara termasuk mendakwa Raja-Raja dan Perdana Menteri.
AG
KUALA LUMPUR: Kuasa Peguam Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan wajar disemak bagi memastikan risiko salah guna kuasa dan korupsi institusi itu diminimumkan.
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar, berkata Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pendakwaan yang sangat luas kepada Peguam Negara.
“Pada saya, orang yang paling berkuasa di Malaysia ialah Peguam Negara. Peguam Negara berhak mendakwa sesiapa sahaja mengikut budi bicaranya.
“Ini termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, apatah lagi Perdana Menteri walaupun lantikannya dibuat Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT, di sini, baru-baru ini.
Katanya, kuasa adalah korup dan kuasa yang lebih luas bermaksud korupsi yang lebih teruk dan ia boleh menjejaskan aspek integriti dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia.
Akhbar turut menimbulkan situasi di mana Peguam Negara boleh memilih melindungi pesalah, meskipun kertas siasatan daripada agensi penguatkuasaan menunjukkan fakta kes adalah prima facie berlakunya jenayah.
“Bagaimana agensi penguatkuasaan kata ada kes dan bacaan Peguam Negara juga ada kes, tetapi Peguam Negara memilih untuk tidak mendakwa?
“Perkara ini boleh berlaku kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan Peguam Negara untuk berbuat demikian dan sekali lagi isu integriti menjadi perdebatan,” katanya

Jangan jadikan OSA pelindung jenayah rasuah - SAMM


CheGuBardCheGuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk cadangan Peguam Negara untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman.
Pengasasnya Badrul Hisham Shaharin atau Che’GuBard berkata, cadangan semberono itu tidak sepatutnya dikeluarkan sekiranya pemimpin negara benar-benar mempunyai iltizam politik yang tinggi untuk menghapuskan unsur-unsur korupsi dalam pentadbiran kerajaan.
"SAMM bersetuju sekiranya OSA ini hanya terpakai untuk perkara-perkara membocorkan maklumat yang bersifat pengintipan dan risikan, membocorkan rahsia sehingga boleh membahayakan nyawa orang ramai dan keselamatan dan pertahanan negara.
"Tetapi OSA tidak boleh digunakan untuk melindungi jenayah korupsi. Tidak kira sama ada korupsi dan salah urus tadbir itu berlaku di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan malahan dalam parti politik sekalipun, ia harus ditentang dan dilawan," tegas beliau.
Che’GuBard menyarankan Peguam Negara meminda dan memperkemaskan lagi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) bagi membasmi kegiatan korupsi dengan lebih tuntas agar kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah tidak terus merudum.
Peguam Negara juga, tambah beliau perlu mengemukakan kepada kabinet dan parlimen satu pindaan undang-undang yang melindungi pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pelaku rasuah.
"Jika kerajaan pemerintah tidak melakukan sebarang kesalahan atau korupsi, mengapa harus takut dengan pendedahan maklumat? Apa yang perlu disorokkan daripada pengetahuan umum?

Audit gaya hidup suspek untuk lawan rasuah, kata Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cara terbaik untuk suruhanjaya anti rasuah bertindak ialah dengan mengaudit cara hidup suspek. – Gambar fail The Malaysian Insider , 15 Februari, 2016.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan pihak berkuasa menjalankan audit ke atas gaya hidup suspek bagi memastikan sama ada mereka hidup di luar kemampuan atau tidak, menyatakan hanya itu caranya membawa ahli politik yang mengamalkan rasuah ke muka pengadilan.
Beliau berkata, tiada siapa yang akan tampil ke hadapan memberi keterangan terutamanya apabila sesuatu kes rasuah itu melibatkan bos mereka dan orang yang berkuasa.
"Cara terbaik untuk suruhanjaya anti rasuah bertindak ialah dengan mengaudit cara hidup suspek. Adakah mereka hidup mengikut kemampuan mereka? Jika ia di luar kemampuan mereka, satu siasatan menyeluruh perlu dibuat ke atas semua sumber pendapatan suspek," kata Dr Mahathir dalam posting terbaru di blog beliau.

"Persaingan mendapatkan kontrak oleh sektor swasta mewujudkan peluang rasuah. Semakin besar kontraknya, semakin besar jumlah suapan haram yang ditawarkan. "Pembuat keputusan mengutip banyak wang. Mendapatkan bukti atau keterangan untuk kes-kes rasuah sangat sukar. Tiada kontraktor akan tampil ke hadapan memberi keterangan kerana beliau akan 'ditanda' dan kontrak perniagaan dan masa depannya akan terjejas."

Beri agensi penguatkuasaan kuasa autonomi – Akhbar Satar

Kuasa autonomi agensi penguatkuasaan termasuk kuasa mendakwa penting bagi memastikan adanya semak dan imbang dalam institusi kerajaan.
akbar-satarrasuah
KUALA LUMPUR: Transparency International-Malaysia (TI-M) mahu agensi penguatkuasaan diberikan kuasa autonomi menerusi undang-undang supaya dapat menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan.
Presidennya, Datuk Akhbar Satar, berkata kuasa autonomi sesebuah agensi penguatkuasaan termasuk kuasa untuk mendakwa penting bagi memastikan adanya semak dan imbang dalam institusi kerajaan.
Katanya, perkara berkenaan adalah sebahagian daripada isu integriti dalam kerangka sistem urus tadbir kerajaan yang perlu diberi perhatian.
“Selain kuasa autonomi, bajet yang bersesuaian perlu diberikan kepada agensi penguatkuasaan ini supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Tak perlu rujuk Peguam Negara.
“Ini bukan isu keperluan fikiran bebas Peguam Negara dalam menimbang sesuatu perkara dalam sistem keadilan jenayah, tetapi sekiranya fakta membuktikan ada kesalahan, tindakan segera boleh diambil,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT di sini, baru-baru ini.
Akhbar berkata, kerangka operasi agensi penguatkuasaan sedia ada seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan lain-lain masih lagi di bawah kerajaan sepenuhnya.
Katanya, perkara sedemikian menyebabkan salah laku oleh kepemimpinan tertinggi kerajaan boleh berlaku akibat ketirisan sistem berkenaan.
“Bayangkan, gaji masih dibayar kerajaan dan pegawainya juga adalah lantikan kerajaan. Memang boleh ditukarkan bila-bila masa dan ini mengganggu siasatan seperti pertukaran pegawai kanan SPRM tahun lalu,” katanya.

Need for a separate office of Public Prosecutor

Conflict of interest in Attorney-General's post means whoever is appointed will also suffer Apandi's fate
Wan-Saiful-Wan-jan,apandi-ali
By Wan Saiful Wan Jan
Lately the Attorney-General Tan Sri Apandi Ali has been in the news quite a lot. Just a few days ago he was quoted in Sin Chew Daily saying that he is unhappy about leakages of government secrets.
He was even quoted to have said “in some countries leaking official secrets is a serious offence such as China where it carries the death sentence.”
It is understandable that official secrets must be protected. But targeting just those who leak sensitive information is the wrong move. Let me remind Apandi that China executes not just those who leak official secrets. The list includes those found guilty of financial fraud and illegal fund raising too.
However to be fair, I think Apandi’s challenges are much bigger. He has to climb a very steep mountain to gain public trust because the trust deficit against him is enormous.
It does not matter if he is the most honest and the most professional person on earth. Public perception is not with him. Many are alleging that he was appointed solely to close the investigations surrounding the Prime Minister.
It does not matter if this allegation is slander. The criticisms against Apandi are getting louder by the day and no matter what he does some people will continue to not trust him.
To me the root cause of this situation is the potential conflict of interest that exists in the office of the Attorney-General. It is not about Apandi personally. I am pretty sure that whoever is appointed as the Attorney-General will suffer the same fate as Apandi today because of that conflict.
The conflict of interest is caused by the fusion of two roles into one office. The Attorney-General provides legal advice to the government and at the same time decides whether or not to prosecute a case. The conflict would occur if the person being investigated is in government. If the Attorney-General is advising that person in government, many people will doubt his independence when deciding whether or not to prosecute that same person.

Mencari Mat Tunjang Enterprise

A Kadir Jasin
LAMA sudah tidak berseloka
Gurindam pantun penghibur lara
Ramai pembahas tertanya-tanya
Mat Tunjang Enterprise ke mana perginya.
Saya pun rasa bimbang juga
Mat Tunjang lama tak bercerita
Tiada pesan, khabar dan berita
Menghilangkan diri entah ke mana.
Kita hanya boleh berdoa
Mat Tunjang sihat sejahtera
Kuat badan akal sempurna
Cari makan pelihara keluarga.
Nak tanya Mat Tunjang pasai Danok
Tempat ramai dok pi seronok-seronok
Betoi ka duit kita depa tak berapa tengok
Pasai nilainya dah banyak terperonyok?
Dulu duit kita bukan main hebat
Depa terima ringgit tolak baht
Tak kira leguh atau sakit urat
Abang mai duduk adik buat ubat.
Ada orang buat cerita
Abang seronok adik gembira
Duit kita mereka tak berapa suka
Baht dah balik jadi pilihan utama.
Teringat cerita seorang kawan
Hal berlaku di negeri Kelantan
Kepada dua orang kawan taulan
Yang sangat suka seberang sempadan.
Pergi Golok makan tomyam
Rasanya sedap tidak terkira
Tidur malam asyik meragam
Chef tomyam amatlah menggoda.
Pergi Golok waktu malam
Sembunyi sini sembunyi sana
Bila dah puas makan tomyam
Kahwin pula dengan pembuatnya.
Perdana Menteri pula ke Southern California
Ikut cerita jumpa pelajar kita di sana
Ada sebuah lagu zaman saya muda

Politik pemimpin bebal kepada pemimpin berilmu

Saufi Arif

Masyarakat Malaysia perlu sentiasa diingatkan akan kehancuran dan kemusnahan yang berlaku dalam seisi masyarakat adalah kesan daripada kepimpinan pemimpin bebal. Hal ini terjadi kesan daripada proses pembuat keputusan melalui kejahilan dan kebebalan manusia yang diangkat menjadi pemimpin manusia.
Pernyataan di atas bersamaan dengan hadis daripada Abu Hurairah; Nabi Muhammad bersabda: "Apabila amanah dipersia-siakan,tunggulah saat kehancuran. Maka sahabat bertanya, "Bagaimanakah amanah itu dipersiakan?
Jawab baginda:"Apabila diserahkan urusan kepimpinan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak), maka tunggulah saat kehancuran.” (Riyawat al-Bukhari)

Oleh itu, sudah tiba masanya kini, demi merubah Malaysia ke arah yang lebih baik, jawatan dalam persekutuan, negeri dan juga peringkat kerajaan tempatan perlu diisi pemimpin berilmu bukannya jawatan tersebut diberikan kepada orang politik yang hanya kerana kepentingan politik. Politik pemimpin berilmu adalah proses meletakkan golongan ilmuwan sebagai ketua kerana faktor keluasan pengetahuan untuk mentadbir dan memahami resah gelisah rakyat marhaen. Sifat utama yang harus ada sebagai seorang pemimpin berilmu adalah rajin membaca serta tangkas dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.
Jujur dapat kita lihat pada hari ini, ramai pemimpin banyaknya daripada golongan bisnes. Jadi perkara ini menjadi bual mulut masyarakat di mana, mereka menjadi pemimpin hanya untuk mengumpulkan kekayaan sepanjang memegang amanah rakyat.
Perkara ini tidak dapat dihindarkan menjadi bual mulut masyarakat selagi mana ramai pemimpin kita pada hari ini masih duduk selesa di dalam rumah yang tersergam indah namun masyarakat masih terkial-kial mencari makna perkataan keselesaan kehidupan. Ye, tidak dinafikan kita sudah maju berbanding dengan tahun permulaan pembangunan negara Malaysia, namun di sebalik kemajuan tersebut, masih terselit di celahan bangunan mewah wujudnya masyarakat miskin yang berjuang mencari sesuap nasi.