Ahad, 14 Februari 2016

PKR gesa Putrajaya laksana gaji minima RM1,500 sebelum suruh belia sertai sektor 3D

Putrajaya seharusnya melaksanakan gaji minina sebanyak RM1,500 sebulan dan mengukuhkan kesatuan sekerja sebelum menggesa anak-anak muda menyertai bidang pekerjaan berbahaya, kotor, dan susah (3D), kata PKR.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seharusnya menyedari faktor yang menyebabkan anak-anak muda enggan menyertai bidang yang kini didominasi pekerja asing.
"Gesaan Zahid hari ini agar anak muda mengambil alih kerja-kerja yang diisi pekerja asing cukup menarik tetapi pra-matang.

"Adakah Zahid benar-benar memahami sebab kenapa anak muda hari ini enggan bekerja di sektor perladangan atau mana-mana sektor yang disebut '3D' atau 'Dirty, Difficult and Dangerous' atau 'Kotor, Susah dan Berbahaya'?" katanya, dalam satu kenyataan hari ini.  Fahmi berkata, Putrajaya seharusnya meningkatkan pelaksanaan gaji minima seperti yang dicadangkan pembangkang iaitu RM1,500 sebulan.
Beliau juga mencadangkan Putrajaya perlu memastikan hak pekerja bukan sahaja terjamin tetapi diperkukuh terutamanya dengan menguatkan kesatuan-kesatuan sekerja.
"Memastikan sistem pendidikan vokasional yang menyediakan golongan muda dengan rangkaian atau jaringan industri yang lebih menyeluruh.
"Dan memberi insentif kepada pemodal, pemilik syarikat dan paling penting anak muda untuk mengambil alih kerja-kerja yang dimonopoli pekerja asing, terutama melalui geran untuk meningkatkan teknologi yang diguna dalam bidang-bidang kerja tersebut," katanya dalam kenyataan itu.

"UMNO dipenuhi lebih ramai ORANG BODOH.." PENYOKONG UMNO LAGI LAH BODOH !!!


Nak tanya kamu... kenapa anak2 muda Malaysia sanggup berkotor, berpanas, berhujan, jammed hingga 2, 3 jam 'jammed' di tambak cari rezeki berkerja di SINGAPURA ??

Cabaran Zahid itu satu cabaran bodoh dan tidak bertanggungjawab sebagai pemimpin No.2 negara.


Sebelum anda suruh & cabar rakyat, pemimpin terlebih dahulu sepatutnya berbuat sedemikian utk dijadikan cth kpd rakyat. Kepimpinan melalui teladan..

Belia cabar Zahid hidup bergaji minimum RM920.00 sebulan sptmana yg disarankan oleh PM Najib Razak...

'Kebijaksanaan' PM Malaysia memang tiada tolok bandingannya..


Kenapa wajah Mark Zuckerberg tampak lebih 'ceria' bila berjumpa dgn penerima derma RM2.6 bilion berbanding PM S'pore ??...

Label ahli sertai Amanah pengkhianat: Pas perlu ubah perlembagaan parti


Pas tidak wajar melabelkan ahli parti itu yang menyertai Amanah sebagai pengkhianat selagi peruntukan yang membenarkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas termaktub dalam perlembagaannya.
Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang berkata, Fasal 15 perlembagaan Pas jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.
Ustaz Ahmad Awang“Keluar (Pas) sudah jadi pengkhianat, ini jadi masalah. Kita kena jawab sebab dari segi hukum bukan begitu. Kita bebas nak masuk parti mana pun. Perlembagaan Pas membenarkan.
“Kalau betul itu keputusan Pas, saya berulang kali katakan Majlis Syura atau Dewan Ulamak mesti keluarkan satu keputusan rasmi yang mengatakan bahawa di Malaysia hanya Pas saja jemaah Islam. Siapa yang sudah sertai (Pas) tidak boleh keluar.
“Kalau memang ada keputusan rasmi sudah dibuat, maka Fasal 15 Perlembagaan Pas itu kena diubah. Kalau tidak, buang peruntukan dalam perlembagaan itu, baru selari dengan apa yang diucap. Usah terus beretorik,” tegasnya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas program ceramah, Kicau Deeni di Restoran Amjal dekat Universiti Malaya (UM), tengah hari semalam.
Mengulas fenomena ‘perang’ siber antara ahli Amanah dan baki penyokong tegar Pas di media sosial termasuk di kumpulan WhatsApp, Ustaz Ahmad berkata, serangan emosional mereka dalam banyak keadaan tidak perlu dilayan tetapi persoalan melibatkan hukum memang perlu diberi perbahasan sewajarnya.
“Mereka hukum kita sebagai pengkhianat, terkeluar dari jemaah Islam, mati jahiliah dan halal darah. Itu perlu kita jawab. Kita katakan tuduhan itu semua tidak betul dari segi hukum.
“Inilah cabaran getir buat kita di Amanah. Sentiasa sabar dalam memberi pencerahan kepada mereka yang masih dalam kegelapan. Kita memang sejak awal penubuhan Amanah sebagai wadah baru perjuangan Islam sentiasa menegaskan yang kita bukan nak berperang dengan parti sejarah (Pas).
“Namun tuduhan yang sampai melampaui soal hukum bahkan akidah, itu sama sekali tidak dikompromi. Pas hanya satu parti politik Islam, salah satu daripada jemaah Islam. Tidak lebih daripada itu. Pas bukan agama.
“Sebelum ada Amanah pun, ada parti lain wujud seperti Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia), Hamim (Parti Hizbul Muslimin Malaysia) sebelum ini tahun 70-an, 80-an. Kenapa dulu-dulu, mereka tidak dicop pengkhianat?

Hudud tak boleh dalam konteks Malaysia kata Timb Menteri Umno

Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam berbanding konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik.
Asyraf-Wajdi-Dusuki,hudu
KUALA LUMPUR: Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara berkenaan sejak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS.
“Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud seolah-olah ia teramat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting daripada hukuman hudud.
“Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam membabitkan enam jenayah iaitu zina, mencuri, bersekedudukan, rompakan, minum arak dan murtad,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Kebangsaan, di sini, hari ini.
Asyraf berkata, keperluan untuk mendapatkan bukti yang disyaratkan terlalu sukar untuk tujuan pendakwaan, seperti bilangan saksi dan keperibadian saksi itu.
Katanya, tiada mana-mana pihak boleh mengatakan hukum Allah SWT tidak relevan, tetapi apa yang diperdebatkan ialah perkara yang ditekankan dalam sistem keadilan.
“Jika kita tidak boleh mendapatkan keadilan dalam pelaksanaan hudud, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berbeza. Islam bukan hanya hukuman tetapi menegakkan keadilan,” katanya.

Majlis Raja-raja, Sultan, harapan terakhir selesai isu 1MDB, kata Husam

Datuk Husam Musa berkata penglibatan Majlis Raja-raja dan Sultan adalah perlu untuk menyelamatkan Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider , 14 Februari, 2016.
Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mengatakan harapan terakhir untuk menyelesaikan skandal syarikat sarat hutang 1Malaysian Development Berhad (1MDB) adalah penglibatan Majlis Raja-raja dan Sultan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata, itu sahaja jalan yang tinggal memandangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Bank Negara Malaysia dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah 1MDB.
"Bolehkah Majlis-Majlis menyalakan semula harapan rakyat terbanyak dengan memanggil SPRM menyembahkan maklumat mengenai kertas terakhirnya mengenai 1MDB kepada Majlis Raja-raja yang akan bersidang?" soal Husam dalam satu kenyataan hari ini.

"Malaysia nampaknya tidak mempunyai mekanisma melepaskan diri dari jerutan korupsi skala besar dari puncak kuasa. Husam berkata, jika sesuatu tidak dilakukan, Malaysia akan “runtuh” dan tidak lagi dapat diselamatkan.
"Terpaksa menyerah diri sekali pun nurani meronta-ronta. Kertas SPRM terakhir dibakul sampahkan saja.
"Mana lagi institusi yang boleh tegak menyelamatkan negara? Atau menunggu keruntuhan terakhir dan Malaysia tidak lagi dapat diselamatkan?" soal Husam.
Sebelum ini, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merayu kepada Majlis Raja-raja memanggil pelbagai agensi yang menyiasat 1MDB supaya membuat laporan kepada majlis itu mengenai hasil siasatan mereka.
"Menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Februari 2016 ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya merayu kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua-Yang Di Pertua Negeri semoga mengarahkan peguam negara, gabenor Bank Negara, ketua polis negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk melaporkan kepada Majlis Raja-raja mengenai siasatan mereka mengenai 1MDB secara telus dan benar tanpa melindungi mana-mana pihak,” kata Mukhriz.
Anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, jika ia tidak dapat dilakukan, Majlis Raja-raja perlu mempertimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1MDB.

RM2.6 bilion tak cukup hadapi PRU kata Annuar tapi Najib pulangkan RM2.03 billion..!!!

Derma sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan jumlah "yang besar" untuk menghadapi satu pilihan raya umum (PRU) kata, Ketua Penerangan Umno yang baru Tan Sri Annuar Musa.
Dalam temubual bersama akhbar berbahasa Inggeris, The Star Annuar berkata buat masa ini tiada peraturan atau penanda aras yang menentukan dana untuk parti-parti politik.
"Ia sangat mudah. Kamu perlu mempunyai peraturan. Itu adalah penanda aras bagi apa yang boleh dan tak boleh. Undang-undang yang akan memutuskan.
"Jika tidak mempunyai undang-undang, maka di mana penanda aras itu? RM2.6 bilion untuk menghadapi satu pilihan raya umum (jumlah) tidak besar!" kata anggota parlimen Ketereh itu.
Beliau mengulas soalan mengenai kewajaran Najib sebagai presiden Umno menerima sumbangan tanpa pengetahuan pemimpin parti yang lain termasuk Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, Annuar mendakwa pakatan pembangkang turut mempunyai cara mereka sendiri untuk mendapatkan "sejumlah dana yang besar" sebelum PRU ke-13 pada 2013.
"Saya tidak mahu katakan dari mana, tetapi kita tahu terdapat beberapa parti dan rakyat yang juga sebagai sumber pembiayaan kepada pembangkang, tetapi ia tidak penting untuk saya bercakap mengenai bagaimana dan di mana mereka mendapatkan duit mereka.
"Apa yang cuba saya katakan ialah, kita perlu mempunyai undang-undang di mana anda boleh tetapkan penanda aras yang jelas tentang apa yang boleh dan tak boleh.
"Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh jelaskan kepada anda dalam temubual ini dengan mengambil kira apa yang telah kami hadapi dalam pilihan raya umum sebelum ini.
"Ada di antara soalan yang saya tidak bersedia untuk berkongsi dengan anda," kata Annuar.
Jentera minta wang dari presiden
Ditanya sama ada Najib beretika untuk menerima sumbangan itu secara peribadi, Annuar menegaskan bahawa ia beretika dan berdasarkan kepada peraturan.
"Ia sangat tidak beretika untuk perdana menteri, untuk presiden Umno jika parti tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia semudah itu!
"Anda mesti mempunyai wang yang cukup. Dalam sistem Umno, pembiayaan itu hanya datang dari presiden. Kami tidak pernah persoalkan.
"Jentera dan semua orang parti akan meminta wang daripada presiden parti, walau siapa pun presiden parti," katanya sambil menambah bahawa isu pembiayaan adalah sesuatu yang perlu parti elakkan daripada membincangkannya di khalayak.
"Saya boleh katakan sesuatu tentang bagaimana (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad) mengendalikan pilihan raya. Saya nampak beberapa perkara dengan mata saya sendiri. Tetapi jika kita terus membincangkan perkara ini, kita akan jatuh dalam perangkap pembangkang (jadi saya tidak mahu ia terjadi)," katanya lagi.

Rakyat kena naikkan ahli politik baharu terajui negara - Tuan Ibrahim

Ia adalah kaedah terbaik bagi menggantikan ahli politik lama, sekali gus memulihkan rasa bangga rakyat Malaysia.
Tuan Ibrahim
PETALING JAYA: Rakyat perlu mencuba menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap berwibawa untuk menerajui negara.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata hanya dengan tindakan sedemikian, maka ahli politik lama yang menerajui negara dapat digantikan.
“Daripada meletakkan tenaga untuk menjatuhkan seseorang, rakyat boleh mencuba untuk menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap mereka berwibawa untuk menerajui negara.
“Kerana naiknya seorang yang baru, maka akan gugurlah yang lama,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, rakyat perlu tegas dan berani menyatakan bantahan terhadap penyelewengan, salah guna kuasa dan penipuan oleh kerajaan dan pembangkang.
Rakyat juga harus menghantar mesej kepada ahli politik untuk berusaha dan bekerja bagi mendapatkan undi mereka.
“Gunakan media sosial sebaik mungkin secara bertanggungjawab sebagai medium pendesak. Segalanya kini terletak di bahu rakyat,” katanya.

1MDB - semua institusi - Parlimen, SPRM, Audit Negara, Bank Negara, Peguam Negara - nampaknya telah ditewaskan atau dijinakkan.

Malaysia nampaknya tidak mempunyai mekanisma melepaskan diri dari jerutan korupsi skala besar dari puncak kuasa.

Terpaksa menyerah diri sekali pun nurani meronta-ronta.

Kertas SPRM terakhir dibakul sampahkan saja.

Mana lagi instutusi yang boleh tegak menyelamatkan negara? Atau menunggu keruntuhan terakhir dan Malaysia tidak lagi dapat diselamatkan?

Hanya kerana seorang pemimpin yang tidak tersentuh oleh keluhuran undang-undang?

Satu-satunya yang tinggal dalam kejauhan harapan kita - Majlis Raja-Raja dan para Sultan.

Bolehkah Majlis-Majlis menyalakan semula harapan rakyat terbanyak dengan memanggil SPRM menyembahkan maklumat mengenai kertas terakhirnya mengenai 1MDB kepada Majlis Raja-Raja yang akan bersidang?

Kemudian Majlis Raja-Raja membentuk satu panel untuk menyembahkan pandangan dan nasihat samada terdapat prima facie atau tidak berdasarkan kertas laporan siasatan itu.

Jika ia berlaku, ia akan menunjukkan Raja-Raja muncul menjadi titik terakhir rakyat menaruh harapan mewujudkan mekanisma meluruskan semula perjalanan negara tercinta.

Mungkinkah di sana ada sinar harapan?

Husam Musa

Malaysia tidak mampu bersaing tanpa pekerja Bangladesh - Irmohizam

Malaysia memerlukan pekerja asing dari Bangladesh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mapan.
Datuk Irmohizam Ibrahim
SHAH ALAM: Malaysia memerlukan pekerja asing dari Bangladesh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan.
Menurut Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, warga belia tidak perlu bimbang mengenai hasrat kerajaan kerana warga asing ini hanya akan ditempatkan di sektor yang kurang diminati untuk diceburi rakyat tempatan.
“Wahai belia Selangor jangan bimbang, mereka (warga Bangladesh) ini hanya terlibat dalam sektor anak muda Malaysia kurang ceburi.
“Malaysia perlu pekerja asing di sektor pembinaan, kilang, perladangan dan pertanian,” kata pada Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor ke-32, di Resort dan Pusat Konvensyen Intekma UiTM, di sini hari ini.
Jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, tanpa 1.5 juta warga Bangladesh ia akan menyebabkan ekonomi Malaysia lambat dan kurang berdaya saing.
“Tanpa pekerja asing memenuhi sektor, ini boleh menyebabkan ekonomi Malaysia lambat dan kurang bersaing,” kata beliau lagi.
Sebelum ini, kerajaan digesa membersihkan kebanjiran pendatang asing sedia ada dalam negara sebelum membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, kata Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM).
Bagaimanapun, kenyataan itu berbeza dengan alasan diberikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh bagi memenuhi permintaan pemain industri.

Mukhriz tolak jawatan menteri demi Umno, maruah diri


Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menawarkan jawatan menteri di peringkat Pusat sekiranya beliau melepaskan jawatan menteri besar.
 Bagaimanapun, Mukhriz berkata beliau menolak jawatan tersebut demi amanah yang diberikan rakyat Kedah dan tidak tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan selepas menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu, lapor Sinar Harian.
“Perdana menteri berjanji melantik saya sebagai timbalan menteri dan selepas beberapa bulan, ditawarkan jawatan menteri penuh, sekiranya saya setuju melepaskan jawatan menteri besar ketika itu.
"Saya tolak demi kepentingan parti, kerana mahu pastikan rakyat masih sokong BN pada PRU14 nanti.
“Saya tahu pucuk pimpinan mahu saya digantikan atas sebab-sebab tertentu, namun saya pilih untuk tidak mengkhianati amanah rakyat Kedah. Jika saya terima, seolah-olah saya jual maruah. Saya tak tergamak,” katanya.
Menurut Mukhriz lagi, punca berlakunya krisis politik Kedah antaranya disebabkan ucapan terhadap kelemahan pucuk pimpinan dan parti pada sebuah program di Saloma Bistro Disember tahun lalu.
Katanya, kritikan terhadap isu 1MDB serta dana RM2.6 bilion menjadi punca beliau dipecat kerana isu tersebut melibatkan integriti pemimpin dalam kerajaan serta parti.
Tidak tahu pengguguran
Sementara itu, Mukhriz turut memberitahu beliau tidak dimaklumkan secara rasmi berhubung pelantikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai pengerusi perhubungan Umno Kedah.

Annuar: Sejak bila Mukhriz kritik PM dalam MT?

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mencabar bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengemukakan bukti beliau pernah mengkritik kepimpinan perdana menteri sewaktu menganggotai Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Menurut Annuar, Mukhriz sebelum ini menyatakan beliau meletakkan jawatan menteri besar Kedah kerana mengkritik Datuk Seri Najib Razak demi 'berjuang untuk rakyat'.
Sehubungan itu, ahli parlimen Ketereh itu mempersoalkan sejak bila anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu pernah mengkritik presiden parti sepanjang tiga tahun berada dalam Majlis Tertinggi Umno.
"Sejak bila Mukhriz mengkritik? Tiga tahun Mukhriz duduk dalam MT, sekali pun saya tidak dengar beliau kemuka suara rakyat. Maaf bercakap, apabila kena pecat beliau gambarkan kena pecat kerana berjuang untuk rakyat?
"Apa benda yang Mukhriz berjuang untuk rakyat? Jika di luar MT saya tidak tahu tetapi di dalam mesyuarat MT tidak ada sekali pun Mukhriz bercakap tentang permasalahan rakyat dan menegur Najib berhubung sesuatu isu.
"Jadi saya cabar Mukhriz terangkan apakah perkara yang beliau perjuangkan untuk rakyat dan kami dalam parti menentangnya," katanya dalam wawancara bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Beliau juga meminta Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu mengemukakan minit mesyuarat sekiranya pernah membawa masalah rakyat semasa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi.
"Apa benda di Kedah yang hendak beliau bangunkan kita menolak? Hakikatnya tidak ada, kita ada minit mesyuarat MT, bawa minit mesyuarat MT apa yang Mukhriz sebut bersifat membela rakyat," katanya.
Selain itu, Annuar berkata, Mukhriz sebenarnya hilang kepercayaan daripada "kawan-kawannya" kerana berada di luar pasukan.
Annuar berkata, keadaan itu terjadi berikutan kedudukan Mukhriz yang "serba salah" kerana bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai masalah peribadi dengan Najib.
"Saya memahami kedudukan beliau kerana ayahnya mempunyai masalah peribadi dengan perdana menteri tetapi Mukhriz harus ada pendirian.
"Kalau pendirian yang di pilih ialah menentang orang yang melantik kita, terima hakikat akan dipecat," kata Annuar lagi.

Asyraf Wajdi perlu banyak belek kamus politik

MSO

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki (foto) berharap supaya pelantikan Haron Din sebagai Ketua Kluster Sosial Dakwah Majlis Perundangan Islam (MPI) tidak dipolitikkan ini kerana . menurutnya Haron paling tepat bagi mengepalai kluster itu dan ia sebagai satu penghormatan kerajaan kepadanya.

Asyraf juga kata pelantikan itu bukan satu penghinaan kepada Haron Din seperti disifatkan oleh sesetengah orang. Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pesimis dengan pelantikan itu dan beranggap ia menghina Pas.

Sokongan Asyraf atas pelantikan Haron itu kerana dia mengenali Haron sebagai tokoh dakwah negara berbanding dengan politik. Tanggapan itu memang betul jika dilihat perjalanan perjuangan Haron yang tersekat-sekat dalam politik dan dakwah.


Waktu penguatkuasaan AUKU tahun 1974 Haron berihat dari politik kerana terbelenggu dengan akta berkenaan dan memilih untuk "beruzlah" mengasingkan diri daripada Pas. Beliau mendekati semula Pas selepas Pas subur dan hijau dibawah pimpinan almarhum Fadzil Noor. Semasa menjadi pensyarah Haron dilihat mengambil sikap play safe dalam politik. Ini berbeza dengan Daing Sanusi Mariok yang terus bersama Pas.

Apakah sikap itu menujukkan kejatian dirinya sebagai pejuang, atau sekadar pencari pengkalan dalam kehidupan? 

Niat Asyraf adalah baik untuk membawa satu pandangan jilah dalam politik. Mahu meredakan gelora politiking dihadapi Melayu. Tetapi anak bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir ini, ini terlupa barang kali apa yang tersirat di sebalik pelantikan Haron itu.

Dia gagal membaca apakah motif dan tujuan Zahid Hamidi atau MPI melantik Haron. Haron waktu ini adalah Mursyudul Am Pas, pemegang jawatan tertinggi dalam Pas yang boleh memvetokan Pas menurut kehendaknya?

Tidakkah orang berkuasa dengan MPI itu ada menyimpan motif politik demi kepentingan Umno dan BN dengan melantik Haron itu? Kalaua hendak dikira masih banyak lagi tokoh-tokoh dakwah bebas handalan dan tulus serta melepasi mindanya melepasi sempadan dan ideologi politik layakan untuk mengetuai kluster berkenaan.

Rafidah terkenang kembali Malaysia seperti zaman ‘Ola Bola’

Tan Sri Rafidah Aziz terkenang semasa rakyat bersama-sama bersorak untuk pasukan bola sepak negara, tanpa menyedari mereka daripada keturunan berbeza sebagaimana dipaparkan dalam filem Ola Bola. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Februari, 2016.
Walaupun masih belum menonton filem Ola Bola, pemimpin veteran Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengenang semula bagaimana beliau membesar pada zaman seperti filem itu ketika rakyat Malaysia daripada semua kaum hidup bersama dengan aman dan damai. Dalam tulisan Facebook terbaharu beliau, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu terkenang kembali semasa rakyat bersama-sama bersorak untuk pasukan bola sepak negara, tanpa menyedari mereka daripada keturunan yang berbeza.
"Ia merupakan sukan pertama negara yang membawa perpaduan dalam  kalangan kita.

"Pada ketika apabila kita semua tidak sedar kita merupakan keturunan yang berbeza, 'Rafidah' adalah sama seperti 'Kam Who' dan 'Jeya' dan 'Pak Bee'. "Kami hanya belia di negara kita," tulisnya hari ini.
Rafidah juga berkata semasa perayaan yang berbeza, mereka secara berkumpulan akan pergi ke rumah masing-masing.
"Ia merupakan satu pengalaman menggembirakan apabila tidak mempertikaikan tentang masyarakat kita yang berbilang kaum.
"Dan kami menghormati agama dan sensitiviti masing-masing.
"Tiada siapa yang mempengaruhi hidup kami tentang perbezaan itu," tulisnya.
Ola Bola yang ditayangkan di pawagam pada 28 Januari, berdasarkan kisah benar bagaimana pasukan bola sepak negara berjaya mengatasi kemungkinan dan mengalahkan Korea Selatan dalam perlawanan kelayakan pra-Olimpik pada 1980.
Filem diarahkan Chiu Keng Guan itu mendapat kutipan RM8 juta selepas 13 hari tayangan.
Rafidah berkata, pada masa dahulu sekolah melayan mereka dengan sama rata dan setiap orang memakai pakaian seragam sekolah yang sama.
Beliau berkata perkara sedemikian memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat yang lebih besar di luar sekolah.
Tambahnya, adalah menggembirakan apabila ramai anak muda Malaysia mempunyai rasa kekitaan terhadap negara dan sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Dengan itu, Rafidah berharap sifat kekitaan ini akan memberi motivasi kepada anak-anak muda hari ini untuk menjadi lebih baik daripada generasi sebelum mereka dalam setiap aspek.
"Lakukan yang diperlukan untuk menjadi warga Malaysia yang dihormati dunia... tambah nilai kepada negara.
"Dan kukuhkan ikatan persahabatan, itu yang perlu menjadi titik permulaan bagi daya tahan berbilang kaum di Malaysia dan terus berkembang dengan harmoni," tulisnya.

ISU BAHASA INGGERIS – APAKAH KITA MASIH ‘SYOK SENDIRI’

YB Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dalam  satu kenyataan meminta masyarakat mengubah persepsi mereka yang memandang rendah penguasaan Bahasa Inggeris penuntut-penuntut university tempatan. Beliau selanjutnya mengatakan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan penuntut semakin baik. Beliau memberikan contoh tentang ‘hebatnya’ pelajar kita yang boleh menjadi juara debat peringkat antarabangsa di Cambridge baru-baru ini.

            Mungkin betul dan mungkin meragukan kenyataan demikian.

            Dan tidak pula tugas aku untuk mempertikaikan kenyataan sedemikian. Cuma yang agak membimbangkan aku ( kebimbangan aku tak boleh dibawa ke mana-mana pun sebab aku bukan menteri atau wakil rakyat) ialah kenyataan sedemikian akan ‘diguna-pakai’ oleh orang kampung yang merasa selesa dan ‘bahagia’ dengan kenyataan sedemikian. Dan mulalah para ketua cawangan UMNO berkempen di ceruk kampung mengatakan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar IPT (Melayu khususnya) sudah semakin baik. Dan sebagaimana biasa orang Melayu (termasuk aku ler tu) amat suka ‘syok sendiri’.

            Melalui perbincangandan ‘sembang-sembang’ dengan para peneraju syarikat (para CEO) samada di masjid ataupun di majlis khenduri  kahwin mereka sentiasa mempersoalkan tentang penggunaan bahasa Inggeris dikalangan para graduan yang memohon sesuatu jawatan dalam syarikat. Rata-rata mereka mengatakan ‘amat membimbangkan’ dan amat jauh bezanya dengan para graduan bukan Melayu yang begitu fasih dalam penggunaan bahasa Inggerisnya.

            Lantas ramai para graduan Melayu ‘tercicir’ dalam merebut peluang pekerjaan dalam syarikat-syarikat terutama yang ada bekerjasama dengan syarikat luar negara. Tidak harus dipersalahkan syarikat berkenaan kerana mereka memerlukan seseorang yang sesuai dengan kehendak syarikat mereka demi kemajuan syarikat mereka. Lalu mereka akan dituduh dengan berbagai tohmahan. Antara yang biasa dilemparkan ialah bahawa syarikat asing mengenepikan kaum Bumiputera. Mungkin ada sikap yang sedemikian tetapi apakah itu merupakan amalan kebanyakan syarikat asing itu atau kaum Bumiputera yang tidak mahir dalam penggunaan Bahasa Inggerisnya.

            Menekankan penggunaan Bahasa Inggeris bukan bermakna mengenepikan Bahasa Melayu. Mungkin kebanyakan orang Melayu sudah tersilap dan tersasar dari segi penumpuan mereka dalam hal menyekolahkan anak-anak. Seingat aku selepas sahaja negara mencapai kemerdekaan para pemimpin negara terus menerus berusaha mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Seolah-olah bagi kebanyakan orang Melayu (nasionalis melulu) Bahasa Melayu harus dipertahankan dan langsung semacam tidak ‘bersebut’ tentang pentingnya penggunaan Bahasa Inggeris.

Dilema Pas: Antara survival politik atau maruah parti

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berpendapat, satu kelebihan kepada Pas sekiranya mereka menerima semula ahli- ahli Amanah jika benar mereka mahu kembali kepada Pas.
Beliau berkata, Pas sedang dalam proses pengukuhan semula setelah berlaku perpecahan dengan Amanah, pastinya kemasukan semula bekas ahli akan memberi kekuatan pada Pas khususnya bagi politik Kelantan.
“Pas sebagai suatu parti lama pastinya pandai menilai sejauh mana kekuatan Amanah kerana Amanah adalah serpihan Pas.
"Kelebihan kepada Pas sekiranya mereka terima kembali. Lagi pun, fenomena lompat parti ini adalah lazim dalam politik.
Mungkin ini masanya untuk Pas menunjukkan kekuatan sebenar ketika PRU14 nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Mohd Fuad berkata, Amanah adalah parti baharu dan ia pasti akan melalui fasa penubuhan dan pengukuhan dengan menerangkan kepada umum apakah dasar serta perjuangan mereka.
“Pastinya rakyat juga memerlukan masa untuk mengenalinya (Amanah). Pada masa sama, tidak mustahil sekiranya ahli mereka akan kembali ke asal jika mereka kurang yakin dengan dasar dan perjuangan Amanah," katanya.
Dalam kenyataan lain, Pensyarah Kanan dan Penganalisis Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib berpendapat sebaliknya.
“Jika Pas menerima semula bekas ahli yang berpaling tadah kepada Amanah, ia jelas menggambarkan sikap murah dan dayusnya Pas.
“Pas usah lagi berharap kepada mereka yang pernah mengkhianati perjuangan parti itu kerana jika tidak, Pas adalah sebuah parti yang tiada prinsip," katanya.
Dalam perkembangan sama, Md Shukri berkata, beliau melihat perkara lebih penting di mana peranan Datuk Dr Haron Din dalam Pas harus diperkasakan.
Katanya, golongan ultra Pakatan merosakkan Pas dari dalam serta tidak amanah dan Islamik hingga sanggup mengganggu kestabilan kepimpinan Pas hingga Presiden yang bergelar Tok Guru turut dijadikan lawan.
“Adakah itu yang dikatakan jujur dan baik dalam perjuangan Islam yang Pas mahukan?
Pas perlu mengasingkan tokoh, pemimpin serta ahlinya yang berpaling kepada Amanah dan Pro Amanah supaya tidak menjejaskan Pas dari dalam.
"Bebaskan Pas dari anasir anti ulama dan anti perjuangan Pas yang mahukan Islam.

IMAM PUN BOLEH DISALAHKAN, BAGAIMANA ZAHID BOLEH KATA "JANGAN SALAHKAN SAYA"

Agak menjengkelkan apabila Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dan kerajaan tidak harus disalahkan berhubung rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja daripada Bangladesh untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Habis, kalau bukan menteri yang membuat keputusan dan kerajaan yang memerintah yang harus disalahkan, siapa lagi?

Adakah Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang harus diletakkan kesalahan itu?

Dalam hal ini Zahid seharusnya sedar bahawa menteri dan kerajaan bukannya "maksum"  sehingga semua perkara yang diputuskan seolah-olah betul belaka, malah imam surau pun akan ditegur dan dipersalahkan kalau bacaannya meragukan atau suaranya tidak berapa jelas kedengaran.

Jadi, apa masalahnya kalau ada teguran atau meletakkan kesalahan kepada beliau dan kerajaan berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu?

Terimalah hakikat bahawa kemasukan itu terlalu melampau dan hanya menimbulkan persepi semata-mata untuk memberi pendapatan kepada kerajaan melalui kutipan levi dan keuntungan berganda kepada syarikat yang diberi lesen membawa masuk pekerja terbabit.

Harus disedari bahawa kita bukan saja berhadapan dengan lambakan warga asing daripada Bangladesh, tetapi juga daripada Indonesia, China, Myanmar, Filipina, Nepal, Afrika dan sebagainya.

Itu pun sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, masih tiada perasaan apa-apa berkata, " jangan salahkan saya, jangan salahkan kerajaan".

Akuilah, ia memang salah menteri dan kerajaan yang sedang berkuasa, bukan salah sesiapa yang lain.

Muhyiddin sudah lama dipecat jika di zaman Dr Mahathir, kata Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa berpendapat jika dibandingkan dengan zaman Tun Dr Mahathir, pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah lama dikenakan tindakan. – Gambar fail The Malaysian Insider , 14 Februari, 2016. 
Tan Sri Annuar Musa berpendapat jika dibandingkan dengan zaman Tun Dr Mahathir, pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah lama dikenakan tindakan.

Tan Sri Annuar Musa menyifatkan krisis politik yang berlaku di Kedah tidak menjejaskan imej Umno meskipun kesan skandal derma RM2.6 bilion sebelum ini masih membayangi mereka.
Ketua penerangan Umno itu berkata, penyingkiran pemimpin dalam parti adalah sesuatu yang biasa dan pernah dilalui parti Melayu itu.
Katanya, di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, individu seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin akan lebih cepat disingkirkan.

"Sebagai orang lama, bagi saya ia adalah keadaan yang kita pernah lalui, malah kalau dibandingkan dengan zaman Tun Dr Mahathir, saya berpendapat pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah lama dikenakan tindakan. "Tun Mahathir lebih tiada toleransi, kalau sesiapa dilihat sebagai menentangnya, beliau tidak akan teragak-agak ambil tindakan," kata Annuar dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.
Katanya, beliau masih ingat apa yang dikatakan Dr Mahathir kepada Datuk Haron Idris dan Tunku Abdul Rahman apabila menentang kepimpinannya.
Annuar bagaimanapun tidak mendedahkan kata-kata Dr Mahathir dalam wawancara disiarkan edisi Ahad Utusan Malaysia itu.
Beliau berkata, apa yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tepat kerana perlu menjadi pemimpin yang tegas dan kuat.
"Apa yang saya bimbangkan jika perdana menteri tidak ambil tindakan ke atas timbalannya kerana takutkan bekas perdana menteri, ini akan menjadikan beliau pemimpin tidak kuat.
"Cuba fikirkan bagaimana Tun M begitu kuat ketika dia memimpin, ini kerana beliau mempunyai ketegasan dan keberanian," katanya kepada akhbar milik Umno itu.
Anuar turut membangkitkan Dr Mahathir tetap menjadi presiden Umno meskipun tidak punyai sokongan penuh.
"Sesiapa sahaja yang menentang akan dikenakan tindakan malah Tun Mahathir terus bertahan walaupun separuh ahli Umno tidak menyokong beliau apabila hanya menang dengan majoriti 43 undi dalam pemilihan parti 1987.
"Itulah caranya, presiden Umno yang juga perdana menteri mesti tegas," katanya.
Pada masa sama beliau menegaskan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah bukanlah kerana tidak sehaluan dengan Najib semata-mata.
Katanya, kerajaan tidak punyai masalah jika dikritik dan ditegur.
"Itu tidak betul, semua orang kritik kerajaan. Semua pemimpin Umno dalam mesyuarat akan mengkritik dan menegur presiden.
"Saya juga berbuat demikian termasuklah apabila tidak menyokong tindakan untuk menggantikan Pak Lah sebagai perdana menteri," katanya merujuk kepada Tun Abdullah Badawi.
"Malah dalam mesyuarat MT yang terakhir sebelum keputusan dibuat, saya tetap mempertahankan pendirian saya berhubung perkara itu, saya bukan kaki bodek," katanya.

Pakatan Harapan Johor sedia bekerjasama dengan Muhyiddin

Mesej paling penting adalah Pakatan Harapan mahu menjadikan Johor sebagai negeri barisan hadapan dalam pertempuran pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti
Lim Kit Siang
PETALING JAYA: Pakatan Harapan Johor bersedia untuk bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi program `Selamatkan Malaysia’.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kerjasama itu turut akan dilakukan bersama pemimpin UMNO, MCA dan Barisan Nasional di peringkat negeri.
“Mesej yang paling penting adalah Pakatan Harapan Johor menerusi ketiga-tiga parti politik iaitu DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan AMANAH (Parti Amanah Negara) berazam untuk menjadikan Johor sebagai negeri barisan hadapan dalam pertempuran untuk perubahan politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
“Tetapi jadual politik telah berubah dan cabaran yang besar adalah sama ada Pakatan Harapan boleh berjaya menumbangkan UMNO-BN di Johor,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Muar, Johor semalam.
Dalam pada itu beliau berkata, Muhyiddin pernah mengeluh mengenai masalah besar yang dihadapi di Malaysia pada masa ini apabila ketiadaan semangat untuk memastikan pemimpin berpegang teguh kepada nilai-nilai murni dan bersifat jujur.
“Rekrut terbaru kepada agenda Selamatkan Malaysia adalah menerusi Tan Sri Muhyiddin di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pagoh ini agar rakyat Malaysia dapat bersatu untuk menyelamatkan negara daripada menjadi sebuah negara yang gagal,” ujarnya.

Rasuah: 2015 tahun teruk buat Malaysia – Paul Low

Paul Low berharap tahun 2016 akan menjadi lebih baik dan tiada lagi skandal besar menimpa negara.
Paul Low
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low mengakui bahawa tahun 2015 adalah tahun yang teruk buat Malaysia dalam aspek integriti.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan negara yang merosot ke tangga ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2015 Transparency International, berbanding tempat ke-50 untuk tahun 2014.
“Tahun 2015 adalah tahun yang buruk buat Malaysia. Terlalu banyak perkara yang terjadi dan memberi kesan kepada (indeks) persepsi. Anda pasti tahu perkara-perkara ini,” katanya merujuk skandal 1MDB dan pelbagai dakwaan lain melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menteri bertanggungjawab dalam soal ketelusan dan integriti ketika dihubungi FMT di sini, baru-baru ini berkata, segala dakwaan itu juga memberi persepsi buruk dalam komuniti perniagaan yang penting kepada negara.
Justeru, katanya lagi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memulihkan keadaan pada tahun 2016.
“Banyak penstrukturan semula perlu dilakukan dalam kerajaan. Saya khususnya, sedang bekerja keras dalam beberapa isu teras.”
Katanya lagi, antara beberapa langkah yang telah dan akan diambil kerajaan adalah meningkatkan kebebasan auditor dalaman, menempatkan pegawai integriti di semua kementerian dan mengurangkan jumlah projek yang bermasalah.
“Ini bukan kerja jangka pendek, untuk mengubah budaya dalam kerajaan di setiap peringkat.
“2015 adalah tahun yang sukar. Kita boleh pulihkan keadaan pada tahun ini, dengan syarat tiada perkara yang serius berlaku,” katanya lagi.

Kemerosotan CPI cerminan situasi rasuah di Malaysia

Indeks Persepsi Rasuah memang mencerminkan keadaan sebenar dalam negara. Persepsi lahir daripada apa yang terjadi.
Paul-Low-Seng-Kuan,rasuah
KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia yang kian merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) mencerminkan keadaan sebenar di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.
Beliau berkata, CPI yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) itu memang boleh dipercayai dan menjadi rujukan antarabangsa.
“Saya percaya kepada indeks oleh TI ini, ia digunakan oleh masyarakat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi FMT, di sini, baru-baru ini.
“Ia memang mencerminkan keadaan sebenar dalam negara. Memang indeks ini tentang persepsi, tetapi persepsi lahir daripada apa yang terjadi,” katanya sambil merujuk pepatah Melayu ‘masakan tiada angin pokok boleh bergoyang’.
Malaysia berada pada kedudukan ke-54 dalam CPI 2015, merosot empat kedudukan berbanding tahun sebelumnya.
Dalam wawancara eksklusif bersama FMT, Presiden TI-Malaysia, Datuk Akhbar Sattar dilapor berkata, campur tangan kerajaan dalam institusi penguatkuasaan menyumbang kepada kemerosotan tersebut.
Antaranya adalah penukaran Peguam Negara dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, serta pemindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketika diminta mengulas perkara itu, menteri yang bertanggungjawab dalam soal ketelusan dan integriti bersetuju dengan Akhbar dan menyifatkannya sebagai satu hakikat.
“Institusi penguatkuasaan dalam negara memang perlu bebas dan kuat,” katanya lagi.

Letak Jawatan: Mukhriz dedah pernah ditawar jadi menteri oleh Najib

Mukhriz dedah pernah ditawar jadi menteri
JERLUN - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menawarkan jawatan menteri di peringkat Pusat sekiranya beliau melepaskan jawatan menteri besar ketika Kedah berdepan krisis politik,
akhir Januari lalu.
Namun demi amanah yang diberikan rakyat Kedah, Adun Ayer Hitam itu tidak tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan setelah menang dalam PRU13 lalu.
“Perdana Menteri berjanji melantik saya sebagai timbalan menteri dan selepas beberapa bulan ditawarkan jawatan menteri penuh, sekiranya saya setuju melepaskan jawatan menteri besar ketika itu.
"Saya tolak demi kepentingan parti, kerana mahu pastikan rakyat masih sokong BN pada PRU14 nanti,” katanya, ketika berucap pada program bersama Yayasan Prihatin sempena penyampaian zakat oleh Pharmaniaga kepada 125 asnaf di  Dewan Kampung Kuala Jerlun, semalam.
Menurutnya, walaupun ditawarkan ganjaran sedemikian, beliau memutuskan untuk terus bersuara mewakili rakyat dengan membangkitkan isu-isu berkepentingan rakyat.
“Saya tahu pucuk pimpinan mahu saya digantikan atas sebab-sebab tertentu, namun saya pilih untuk tidak mengkhianati amanah rakyat Kedah. Jika saya terima, seolah-olah saya jual maruah. Saya tak tergamak,” katanya, yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Mukhriz turut memperjelaskan antara punca berlakunya krisis politik Kedah, antaranya berkisar kepada ucapannya membangkitkan kelemahan pucuk pimpinan dan parti pada sebuah program di Saloma Bistro, Disember lalu.
“Itu antara sebab saya disingkirkan, kritikan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion. Perkara ini membimbangkan kerana berkait dengan integriti pemimpin kita,” katanya.
Menurutnya, bukan niatnya untuk menjatuhkan kerajaan, sebaliknya mahu mengukuhkan kedudukan BN yang kini dianggap lemah berikutan beberapa tindakan oleh pucuk pimpinan dipertikaikan rakyat.
“Sekiranya pelbagai isu itu tidak diatasi sebelum PRU14, BN akan berdepan masalah dan tidak mustahil pembangkang akan naik kelak. Saya akan berjuang habis-habisan walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran dan halangan,” katanya.

Selepas 'Pantai Kasih', penulis cadang 'Shit' dipelajari di sekolah


Novel Shit karya Shahnon Ahmad

Keputusan Kementerian Pendidikan untuk mengekalkan penggunaan novel kontroversi, Pantai Kasih yang memuatkan gambaran perlakuan seksual di antara doktor dan jururawat sebagai teks komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mengundang reaksi sinis golongan penulis.
Razali EndunRazali Endun
Pengarang Razali Endun menyarankan supaya novel Shit oleh Sasterawan Negara kedua, Prof Emeritus Dato’ Dr Shahnon Ahmad selepas ini turut diiktiraf sebagai teks Komsas memandangkan karya satira politik era Reformasi itu juga mengungkapkan proses biologi tubuh dalam gaya penulisan sastera seperti ditekankan oleh pihak kerajaan.
“Kalau Kementerian Pelajaran kata novel lucah itu (Pantai Kasih) masih boleh diterima oleh para pelajar, saya cadangkan novel Shit juga diangkat kerana bukan mudah nak mengarang novel seperti Shit.
Bahkan karya itu pun hasil tulisan seorang Sasterawan Negara,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline semalam.

Shahidan nafi jadikan diskusi Maza, Zamihan medan debat

KANGAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menafikan beliau menjadikan diskusi ilmiah sebagai medan perdebatan antara Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza)‎ dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin.
Shahidan nafi jadikan diskusi Maza, Zamihan medan debat Shahidan berkata diskusi itu yang bertajuk 'Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Diskusi' mengundang Asri dan Zamihan sebagai anggota panel bagi membincangkan isu berbangkit berkaitan agama secara ilmiah.
"Saya mahu jelaskan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan ingin mengadakan debat antara mereka berdua, melainkan hanya diskusi ilmiah secara tertutup atau boleh dikatakan lebih kepada perbincangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Shahidan berkata demikian sebagai menjawab gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya tidak mengadakan program itu.
"Program ini bukannya dianjurkan untuk mencari siapa kalah siapa menang tetapi bagi menyelesaikan permasalahan semasa ummah dan telah mendapat persetujuan di peringkat atasan.
“Tiada siapa yang mahu tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah maka, saya rasa bertanggungjawab dan perlu melakukan sesuatu supaya permasalahan ini dapat diselesaikan secara muzakarah, bukannya untuk saling menyalahkan," jelasnya.
Diskusi itu akan diadakan pada Rabu ini di Dewan Jabatan Pertahanan Awam, Kuala Lumpur.
Terdahulu, Shahidan menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada kira-kira 300 masyarakat Tionghua yang kurang bernasib baik di kawasan Dewan Undangan Indera Kayangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2016 di Dewan Bukit Kaya, Taman Bukit Kaya di sini.

Selepas Haron Din sertai kluster dakwah MPI, Perkasa ramal Pas jadi parti alternatif Melayu

Ibrahim AliIbrahim AliPerkasa menyambut baik perlantikan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sebagai Pengerusi Kluster Dakwah, Majlis Perunding Islam (MPI) yang ditubuhkan kerajaan BN dan yakin Pas mampu menjadi parti alternatif menggantikan Umno yang kini 'sakit'.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan lewat petang semalam berkata, Umno yang sedang sakit amat memerlukan Pas dan perlantikan Dr Haron Din akan dijadikan modal kempen oleh Umno bahawa ia sebuah parti yang prihatin untuk 'menaikkan syiar Islam'. 
"Pas pula jika tunjuk mahal atau bersikap jumud tentu tidak dilihat parti yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam.
"Pas telah sedar apabila berpisah dengan DAP, Pas akhirnya tidak menjual prinsip perjuangan Islamnya saperti mempertahankan hukum hudud yg diperjuangkan Pas berpuluh tahun lamanya. Berjaya atau tidak soal lain tapi tetap tegas dengan prinsip," ujar Ibrahim.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga menyelar kenyataan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian yang juga Adun Salor, Datuk Husam Musa bahawa perlantikan Dr Haron Din itu sebagai "satu penghinaan yang dahsyat kepada Pas" kerana Mursyidul Am Pas itu akan berada di bawah pengarahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sarat dengan skandal seperti isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Beliau menyifatkan Husam sebagai menyimpan perasaan marah kepada Pas keraana kalah dalam pemilihan parti dengan undi yang rendah serta keilangan cita-cita untuk menjawat Timbalan Menteri Besar atau Menteri Besar Kelantan.
"Kekecewaannya dapat kita kongsi bersama," kata Ibrahim.

Skandal TH: Rakyat sekarang bukannya bodoh seperti dulu wahai Najib !!!

Adakah pembongkaran merungkai segala bukti & data2 dari Laporan Tahunan Tabung Haji utk tatapan rakyat itu dianggap FITNAH ??

Adakah rakyat tidak 'RESAH' jika baki rizab TH negatif buat 3 tahun berturut-turut yg pertama kali dlm sejarah Tabung Haji ??

1,000 pelajar 33 kolej swasta mungkin berhenti kerana tiada pinjaman Mara

Kajian mendapati kira-kira 80% daripada 945 pelajar penuntut di kolej tajaan Majlis Amanah Rakyat yang sudah dijanjikan pinjaman pelajaran tidak menerima pinjaman seperti dijanjikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Februari, 2016. 
Kajian mendapati kira-kira 80% daripada 945 pelajar penuntut di kolej tajaan Majlis Amanah Rakyat yang sudah dijanjikan pinjaman pelajaran tidak menerima pinjaman seperti dijanjikan.
Hampir 1,000 pelajar baharu di 33 kolej swasta didapati sukar untuk meneruskan pengajian disebabkan tindakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menamatkan pemberian pinjaman pelajaran, dedah kajian yang dijalankan Biro Mahasiswa Pemuda PKR.
Dapatan itu, sekali lagi menguatkan dakwaan yang bantuan ke atas agensi berkaitan kerajaan bagi pendidikan tinggi dikurangkan tahun ini.
Sementara itu, Mara pada Jumaat lepas berkata sejumlah RM264 juta sudah diperuntukkan kepada pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mengadu mereka tidak menerima pinjaman seperti dijanjikan.

Kajian itu juga mendapati kira-kira 80% daripada 945 pelajar berkenaan yang merupakan penuntut di kolej tajaan Mara yang sudah dijanjikan pinjaman pelajaran. Ini termasuk pelajar yang menuntut di UniKL. Mereka yang sedang menuntut di kolej bukan tajaan Mara turut berharap agar pemberian pinjaman pelajaran mereka dikekalkan, kata penulis kajian itu, Fahmi Zainol, dalam temu ramah bersama The Malaysian Insider.
Kira-kira 80.7% daripada mereka mungkin akan menamatkan pengajian sekiranya tidak menerima pinjaman Mara, manakala 82% pelajar secara peribadi mengetahui rakan mereka sudah berhenti belajar kerana gagal mendapatkan pinjaman.
"Kesimpulan daripada kajian kami ialah Mara mempunyai masalah untuk memberikan pinjaman. Kemudahan permohonan pinjaman atas talian mereka juga sudah tidak lagi menerima permohonan baharu," kata Fahmi yang juga ketua Biro Pelajar Pemuda PKR.