Rabu, 10 Februari 2016

TERKINI.. Hutang kerajaan 55.03 peratus drpd KDNK .

Najib bohong lagi demi menutup tahap kritikal hutang kerajaan yg telah melepasi paras bahaya (paras siling) yg dibenarkan Akta 637 & Akta 275.

TAHUKAH ANDA, 55 peratus adalah had maksimum yg dibenarkan kerajaan berhutang. Jika ia melampauinya bermakna kewangan negara adalah berada dalam kritikal..

AYUH, UNDILAH BN LAGI !!!!

TERKINI : Baki Akaun Semasa Kerajaan RM5.1B, Hutang Negara Naik RM852.9B....

BAKI AKAUN SEMASA KERAjaan..
Kini dah tinggal RM5 bilion SAHAJA !!!

HUTANG NEGARA makin bertambah..
Kini RM852.8 bilion SAHAJA !!!

MASIHKAH ANDA INGAT Idris Jala yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah kata.. "Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019".

ADAKAH disbbkan faktor penyusutan akaun semasa negara beberapa tahun kebelakangan ini salah satu cara nak penuhkan balik kantong negara balik dgn kadar cepat & efisien adalah dgn KUTIP GST DARIPADA RAKYAT ???

Kenapa KERAjaan BN beriya-iya nak bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh sblum PRU14

Jumlah keseluruhan pendatang asing di Malaysia mencapai hampir 30 peratus penduduk negara ini jika cadangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh diteruskan.

Betoi ka kompaun RM300 tu mcm kacang aja korang bayar..

Bayar lebih tinggi nnti pon xper kan sbb rakyat M'sia sememangnya kaya raya kan..

Tak rugi AG Apandi Ali dilantik sbg peguam negara 'ATAS NASIHAT' Najib..


DAP tetap sokong Anwar jadi Perdana Menteri walau dipenjara

SUNGAI BULOH, 10 FEB: DAP mengulangi pendiriannya yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bertekad mengembeling usaha untuk membebaskan beliau dari penjara.
ng suee limmSetiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata demikian depan kira-kira 1,000 rakyat sempena Himpunan 365 Anwar Tahanan Politik di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi sempena Mengingati 365 hari Anwar sebagai tahanan politik di negara ini.
“Janji kita khususnya DAP kita tetap anggap dan pilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri kita pada masa akan datang. Tidak kira sekarang dipenjara, kita akan berusaha membebaskan Anwar. Beliau bakal Perdana Menteri kita,” katanya.
Menegaskan DAP sebagai ‘kawan sejati’ yang tetap bersama-sama waktu susah dan senang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan itu berkata rakyat juga perlu ‘istiqomah’ menentang kezaliman UMNO-BN.
“Kita mahu sampaikan mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Cukuplah, Cukup-cukup sudah sampai di sini saja! Bebaskan Anwar jika tak mahu rakyat akan bangkit akan jatuhkan kamu!” kata Suee Lim.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Sabu pula mengajak rakyat supaya berani bangkit menentang segala kebejatan di negara ini, bukan berdiam dari sebaliknya meneladani rakyat negara jiran yang bangkit menuntut keadilan.

SKANDAL 1MDB: LEBIH BAIK AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG DALAM PAC SEGERA LETAK JAWATAN

Semakin hari semakin dapat dirasai ke mana arahnya  laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau atau PAC berhubung siasatannya mengenai 1MDB, sebuah syarikat milik kerajaan dan ditubuhkan oleh Najib Razak, tetapi akhirnya tersadai dengan pelbagai kontroversi tak berkesudahan.

Dua tiga hari lalu, secara tiba-tiba Pengerusi PAC, Hassan Ariffin mengumumkan dua saksi terakhir yang akan dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa itu ialah bekas Presiden dan CEO 1MDB, Shahrul Azral Ibrahim Halmi serta bekas Pengerusinya, Mohd Bakke Salleh.

Kata beliau, mereka adalah yang terakhir dan tiada lagi saksi lain selepas itu.

Semalam pula, Hassan mengatakan PAC tidak boleh memanggil lebih ramai saksi lain untuk memberi keterangan berhubung 1MDB kerana ia akan melambatkan proses menyiapkan laporannya.

Katanya, beliau berhasrat untuk membentangkan laporan itu dalam sessi Parlimen akan datang yang dijadulkan bersidang antara Mac hingga April nanti.

Soalnya, kenapa Hassan begitu tergesa-gesa dan mengejar masa untuk menyiapkan laporan berkaitan 1MDB?

Apa yang dikejarnya, adakah ia berkaitan dengan penyiasatan pelbagai negara yang timbul semula baru-baru ini atau untuk menunjukkan Najib "suci bersih" dalam menghadapi pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi?

PAS beri alasan tidak dijemput sertai #BebasAnwar

Ketidakhadiran bukan bermakna kita tidak bersimpati kepada beliau
#BebasAnwar
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tampil menjelaskan bahawa partinya tidak dijemput penganjur memyertai Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat.
“Saya ingin tegaskan PAS tidak pernah menerima sebarang surat jemputan sebagaimana di dakwa dan tiada sesiapa pun yang menghubungi saya atau pejabat Agong bagi memaklumkan program tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang diterima FMT.
The Malaysian Insider melaporkan jurucakap penganjur yang menggelar diri mereka “Pro98 Reformis Malaysia”, Dr Badrulamin Bahron berkata PAS tidak mengendahkan jemputan dua bulan lalu untuk menyertai mesyuarat menganjurkan acara malam semalam itu.
Jurucakap penganjur daripada kumpulan yang menggelar diri mereka “Pro98 Reformis Malaysia”, Dr Badrulamin Bahron berkata, mereka terkilan kerana tiada pimpinan PAS hadir di acara malam semalam.
Beliau, yang juga ahli PKR turut mendakwa PAS tidak mengendahkan jemputan mesyuarat penganjuran acara itu yang dihantar dua bulan lalu.
“PAS dukacita di atas tuduhan yang dibuat dan kita telah tegaskan PAS menentang sebarang bentuk kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.
“Kita bersimpati dengan apa yang menimpa DSAI dan ketidakhadiran bukan bermakna kita tidak bersimpati kepada beliau,” tegas Tuan Ibrahim.

AS siasat kaitan Hollywood dengan skandal kewangan Najib

Wolf of Wall Street merupakan salah satu filem terbitan Red Granite Pictures, sebuah syarikat penerbitan Hollywood milik Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak, dengan bajet penerbitan AS$100 juta dan berjaya mendapat AS$392 juta dari seluruh dunia. Filem tersebut turut menerima 5 pencalonan Oscar termasuk untuk kategori Filem Terbaik. – Gambar fail Reuters, 10 Februari, 2016. 
Wolf of Wall Street merupakan salah satu filem terbitan Red Granite Pictures, sebuah syarikat penerbitan Hollywood milik Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dengan bajet penerbitan AS$100 juta dan berjaya mendapat AS$392 juta dari seluruh dunia. Filem tersebut turut menerima 5 pencalonan Oscar termasuk untuk kategori Filem Terbaik.

 Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) sedang menyiasat aliran wang keluar masuk Red Granite Pictures, sebuah syarikat penerbitan Hollywood milik Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak.
Menurut portal hiburan Deadline.com, penyiasatan itu ialah sebahagian daripada siasatan DoJ terhadap kemungkinan salah laku Najib dan ahli perniagaan kaya Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low.
“Pada masa ini, Jabatan Keadilan sedang mengumpul maklumat dan berminat dengan transaksi hartanah oleh Low dan Riza selain kewangan Red Granite. Kami dimaklumkan beberapa orang sudah dipanggil untuk soal siasat,” kata laporan itu.

“Tidak pernah ada apa-apa yang tidak wajar mengenai Red Granite Pictures atau aktiviti perniagaan Riza,” kata jurucakap Red Granite Pictures dan Riza dipetik sebagai berkata. “Apa yang mereka lakukan dan akan terus buat ialah membangunkan dan menerbitkan filem hebat yang setakat ini menjana pendapatan lebih AS$800 juta di panggung seluruh dunia.”
Sejak dilancarkan 3 tahun lalu bersama parti hebat di Cannes, Red Granite mempunyai beberapa filem. Salah satu filem terkenalnya bertajuk Wolf of Wall Street, dengan bajet penerbitan AS$100 juta berjaya mendapat AS$392 juta dari seluruh dunia dan menerima 5 pencalonan Oscar termasuk untuk kategori Filem Terbaik.
Red Granite sebelum ini berkata menerima sokongan wang dari Asia dan Timur Tengah, dan Riza sendiri memberitahu New York Times (NYT) pada Februari 2014 yang pembiaya terbesar Red ialah seorang lelaki bernama Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny.
Ahmed Badawy ialah ketua di Aabar Investments, sebuah syarikat yang mempunyai ikatan kuat dengan Low.

Apa dah jadi dengan Negara kita?

Harapkan pegar, padi dimakan semua. Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata!

Oleh Yunus Tasim
Apa dah jadi dengan Negara kita?
Bila wang berbillion di katakan derma
Masuk akaun peribadi bukan satu tapi dua
Setelah sekian lama mengarang cerita
Semuanya serba tak kena
Apa lagi untuk diterima dan dipercaya
Tiba-tiba wang dipulang semula
Kepada penderma yang tak tahusiapa
Katanya Arab yang dah kaya raya
Kan lebih baik diberi kepada rakyat yang melara
Apa dah jadi dengan Negara kita?
Bila siasatan mengambil masa lama
Bukan satu agensi, tetapi tiga
Malaysia kan bukan negara Afrika
Serba maju dengan LRT dan lebuhraya kelas dunia
Dengan jargon KPI, ETP, GTP dan NKRA
Maka dengan Peguam Negara ditolaknya
Konon tidak cukup bukti untuk mendakwa
Tanda SPRM tidak cekap kerjanya?
Atau itu memang lakonan yang direka
Untuk mengabui mata rakyat jelata
Apa dah jadi dengan Negara kita?
Bila akhbar Singapura kata itu bukan derma
Tapi wang pelaburan yang tak tahu untuk apa
Anehnya RM2.03bil dipulangkan cuma
Derma? Investasi? Nampak betul bohongnya
Investasi rugi atau harta negara yang bayar selebihnya
Akaun bank Singapura dibekukan semua
Wang dari Pulau Cayman yang tinggal unit sahaja
Negara jadi terkenal kerna nista dan hina
Angkara tipu daya pemimpin durjana
Apa nak jadi dengan Negara kita?
Rasuah disanjung sebagai derma
Salah guna kuasa dibiarkan sahaja
Harapkan pegar, padi dimakan semua
Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata
Hingga tak kenal mana musang mana ayam serama
Konon membela bangsa, pengkhianat rupanya mereka
Sampai bilakah si durjana kan menipu kita?
Sehingga kita di alam baka?
Atau anak cucu merempat menjadi bangsa yang hina?

Mahathir cuba mendahului tindakan terhadap Mokhzani? – RPK

Raja Petra Kamaruddin mencadangkan bahawa serangan Dr Mahathir Mohamad terhadap Apandi bertujuan untuk melakar Peguam Negara sebagai orang suruhan Perdana Menteri
raja_petra4
PETALING JAYA: Serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali barangkali cubaan untuk mendahului serangan (pre-emptive strike), cadang penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin (RPK).
Dalam muatnaik semalam, RPK mendakwa Suruhanjaya Sekuriti sedang menyiasat anak kedua Mahathir, Mokhzani.
Menurut RPK, Mahathir bimbang Mokhzani akan didakwa.
“Sebab itulah Mahathir menyerang Apandi,” tulis RPK. “Beliau mahu mencemar nama baik Apandi supaya orang percaya bahawa Peguam Negara itu orang suruhan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak.”
Dengan cara itu, kata RPK, sekiranya Mokhzani didakwa, Mahathir boleh mendakwa ia merupakan konspirasi politik, sama seperti yang didakwa oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas disabitkan kesalahan liwat dan dihantar ke penjara.
FMT sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada Suruhanjaya Sekuriti berhubung dakwaan terhadap Mokhzani.

89 peratus netizen tidak setuju potongan 3 peratus KWSP

SHAH ALAM, 10 FEB: 169 daripada 190 netizen tidak bersetuju dengan langkah Kerajaan Persekutuan melaksanakan pemotongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus seperti yang diumumkan pada 28 Januari lalu.
Berdasarkan culaan yang dibuat Selangor Kini menerusi akaun mikro Twitter, jumlah itu mewakili 89 peratus sementara 11 peratus lagi bersetuju.
CULAAN KWSP SELANGORKINI
Culaan itu bertajuk ‘Selaku pencarum KWSP adakah anada bersetuju dengan cadangan potongan caruman sebanyak 3 peratus?’.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017.
Langkah yang dimasukkan dalam pengubahsuaian Bajet 2016 itu dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sehingga 8 bilion ringgit setahun.

Apa dasar patriotisme negara?

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita bahawa kerajaan Malaysia dan Bangladesh telah meluluskan untuk membawa masuk pekerja dari Bangladesh sejumlah 1.5 juta dalam tempoh tiga tahun.
Sebelum ini ia berita spekulasi dan kini ia bena mengikut laporan media. Ada rakyat yang menyatakan ini keputusan gila?
Sudah pasti rasionalnya adalah Malaysia kekurangan pekerja dan dari aspek pembangunan serta ekonomi. Wajar atau tidak, isu membawa masuk 1.5 juta Bangladesh boleh didebat tujuh hari tujuh malam.
Tuduhan pertama ada pihak hendak buat duit secara kilat dan tidak sedikit kerana komisyennya yang lumayan. Ada yang mengatakan "perniagaan hamba abdi". Kuotanya diagih-agih kepada penyokong politik yang terdekat dengan pembuat keputusan.
Apa pun isunya apakah kewajaran membawa masuk 1.5 juta Bangladesh? Apakah sejumlah ini diperlukan yang bagi tujuan "forward selling" kuota seperti jual kawasan balak yang belum ditanam.
"This is a joke in the town". Kesan keselamatan dan berbagai implikasi pasti timbul dan cuba bayangkan dengan jumlah yang sudah sedia ada dalam negara sama ada yang datang cara halal atau haram.
Kes jenayah tidak sedikit sudah berlaku sebelum ini. Industri memang cenderung ambil pekerja asing kerana gaji murah. Malah dari hotel sehingga warung ambil pekerja asing.
Yang menyedihkan langsung tidak pandai bahasa kebangsaan. Sepatutnya mesti ada sijil boleh bertutur bahasa kebangsaan baru boleh masuk bekerja di Malaysia. Belajar dulu di negara asalnya.
Pengangguran meningkat
Rakyat tempatan bagaimana? Pengangguran terus meningkat. Kerajaan kena ada dasar yang jelas dan tegas.
PERKASA menggesa kerajaan menangguhkan dulu keputusan membawa masuk Bangladesh 1.5 juta ini dan kajian dan maklum balas dari semua pihak mesti dilakukan dulu.
Mungkin kertas dasar sudah disediakan, tetapi sudah diolah untuk kelulusan. Ini perkara besar yang boleh memberi impak kepada negara pada masa akan datang.

Jangan membazir sambut saya, pesan Najib

Najib tidak kisah dengan sambutan yang sederhana kerana baginya, setiap lawatan kerja adalah untuk merasai 'denyut nadi' rakyat.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berpesan kepada kementerian dan jabatan kerajaan agar tidak membazir dalam berbelanja ketika menyambutnya dalam lawatan kerja dan majlis rasmi.
Beliau tidak kisah dengan sambutan yang sederhana kerana baginya, setiap lawatan kerja adalah untuk merasai ‘denyut nadi’ rakyat.
“Terima kasih untuk segala persiapan menyambut saya. Saya faham jika ada protokol yang perlu diikuti, tetapi di mana boleh, kita kurangkan persiapan seperti karpet merah, hidangan istimewa dan sebagainya.
“Fokus utama kita adalah rakyat, bukan protokol. Setiap lawatan kerja yang saya lakukan adalah untuk bersama rakyat dan mendengar masalah mereka,” katanya menerusi laman blognya www.najibrazak.com.
Nasihat berikut adalah susulan kepada peringatannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri 6 Januari lalu agar kepada Jemaah Menteri dan kementerian mengamalkan perbelanjaan berhemah.
“Ia juga merangkumi perbelanjaan ketika sambutan lawatan kerja dan majlis rasmi bersama saya atau menteri lain. Saya lihat masih ada perbelanjaan yang boleh kita kurang atau elakkan,” katanya lagi.

Rafizi soal keupayaan MARA biayai pinjaman pelajar


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli meminta penjelasan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa mengenai keupayaan badan itu membiayai pendidikan pelajar bumiputera, terutama pelajar Universiti Kuala Lumpur.
Katanya, beliau menerima aduan daripada ibu bapa mengenai masalah dihadapi pelajar universiti terbabit berkenaan pembiayaan pendidikan anak-anak mereka.
"Mereka asalnya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Universiti Kuala Lumpur dengan persetujuan bahawa yuran kursus dan elaun sara hidup akan disediakan melalui pinjaman MARA.
 "Setelah mereka memulakan pengajian, mereka belum mendapat sebarang tawaran pembiayaan oleh MARA. Apabila mereka menghubungi pihak MARA, mereka dimaklumkan bahawa permohonan belum dibuka," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Rafizi, pelajar juga dimaklumkan oleh pihak universiti bahawa mereka perlu mendapatkan pembiayaan lain termasuk meminjam daripada Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).
"Keadaan ini menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan ibu bapa dan pelajar terutamanya ekoran daripada keputusan kerajaan memotong pelbagai peruntukan pendidikan termasuklah biasiswa JPA," katanya.
Rafizi berkata, Annuar setakat ini enggan mengulas mengenai perkara itu sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa MARA tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai pendidikan Bumiputra.
Sehubungan itu bagi membantu ibu bapa dan pelajar terbabit, Rafizi berkata beliau telah melancar borang aduan dan kajiselidik mengenai pembiayaan MARA.
"Saya jemput semua yang menghadapi masalah mengenai pembiayaan pendidikan MARA untuk mengisi maklumat di bit.ly/AduanMARA supaya saya dapat menganggarkan sejauh mana seriusnya masalah pembiayaan pendidikan MARA seperti yang diadukan sebelum ini," katanya.

Ini bukan debat pasal qunut, tegas Asri


Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menegaskan debat antara beliau dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin bukan berkaitan isu teologi, mahupun mengenai hukum membaca qunut atau mengadakan kenduri arwah.
Sebaliknya, Asri berkata debat berkenaan berkisar mengenai persoalan ekstremisme agama di Malaysia.
“Mungkin sesetengah pihak kurang beri perhatian kepada tajuk diskusi iaitu "Ekstremisme agama di Malaysia: satu perbincangan".
“Ia bukan berkaitan isu teologi ataupun qunut dan kenduri arwah. Ia isu ekstremisme agama di Malaysia, bagaimana ia ditafsirkan,’ kata Asri dalam Facebook beliau hari ini bagi mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Harussani hari ini dilaporkan sebagai berkata tiada gunanya jika debat berkenaan hanya bertujuan menyalahkan pendapat orang, selain kedua-dua pihak tidak mahu mengaku kalah.
“Pada saya, kalau nak berdebat mesti akhirnya ada kebenaran.
“Imam Syafie pernah tidak baca qunut ketika bersolat di Masjid Imam Hanafi kerana menghormati Imam Hanafi bukan kerana kata Imam itu salah. Dia (Imam Syafie) tak pernah menyalahkan Imam Hanafi dan begitu juga sebaliknya.
“Kita berguru dengan Imam Syafie, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Maliki diiktiraf ilmu pengetahuannya. Sebab itu orang ikut pendapat,” katanya lapor Sinar Harian.
Manakala, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa juga dilapor mempersoalkan sama ada berbaloi atau tidak pendebatan dua tokoh agamawan itu.
Menurut Mujahid, pendebatan seharusnya membincangkan perkara yang lebih besar seperti isu rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pemimpin Islam di negara ini.
Bukan sembang kedai kopi
Sementara itu Sinar Harian melaporkan bahawa Zamihan mencadangkan agar ada resolusi bagi debat antaranya dengan Asri.

Zaid gesa pembangkang, penentang Najib bersatu


Bekas Menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menggesa pembangkang dan penentang dalam Umno supaya bersatu dan menghadapi musuh bersama mereka iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
 "Sangat sedikit yang kita boleh buat tentang Najib dan Apandi sekarang, kecuali jika menang pilihan raya akan datang. Tetapi inilah di mana bermulanya rasa kecewa saya.
"Kenapa tak boleh pembangkang dan penentang Umno duduk bersama dan bersatu untuk hadapi Najib dan Apandi sementara menunggu pilihan raya akan datang?
"Apa yang kita perlukan sekarang adalah gabungan pemimpin negara yang berkongsi pandangan bahawa Najib adalah barah yang mesti dibuang," tulis beliau dalam blognya hari ini.
Bekas menteri itu berkata sidang kepimpinan perlu diadakan untuk membentuk penubuhan sebuah majlis perpaduan nasional bagi menyelamatkan negara ini.

Setahun selepas perginya seorang 'tuan guru'


Keadaan pembangkang dilihat penuh kacau-bilau selepas setahun perginya ikon legenda PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ini ditambah lagi dengan pemenjaraan tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim genap setahun lalu, selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya.
Nik Aziz, yang digelar “tuan guru” oleh banyak pihak, meninggal dunia dua hari selepas itu, pada 12 Februari, selepas lama bergelut dengan barah.
Pada ketika inilah, menurut pemimpin pusat tinjauan awam Merdeka Centre Ibrahim Suffian, bermulanya segala masalah pembangkang.
“Kedua-dua lelaki ini, dalam banyak keadaan, menjadi gam yang mengikat bersama gabungan (pembangkang),” katanya kepada Malaysiakini.
Akhirnya, daripada gabungan pembangkang paling berjaya, tidak banyak lagi kesepakatan bersama antara PAS, DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat ketika itu.

Hudud
Masalah dalaman Pakatan, terutamanya antara PAS dan DAP, membarah selepas kedua-dua parti terperangkap dalam isu hudud yang diluluskan di Kelantan 19 tahun lalu.
Selepas ketegangan berbulan-bulan, muktamar tahunn PAS ke-61 meluluskan usul memutuskan hubungan dengan sekutu mereka DAP.
Pada masa yang sama, kumpulan proulama menguasai kepimpinan parti sehingga menyaksikan kekalahan beramai-ramai pemimpin yang dilihat pro-Pakatan dalam PAS.
Ia diikuti dengan pengumuman berakhirnya hayat Pakatan Rakyat oleh ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.
Daripada aspek politik, kesannya tidak kecil.
“DAP akan hilang undi Melayu, PAS akan hilang undi Cina,” katanya.
Umno bukan lagi musuh terbesar
Dengan kawalan kumpulan pro-ulama makin ketat, kumpulan yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu memilih jalan lain.
Bermula dengan pembentukan NGO Gerakan Harapan Baru, diketuai bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan pembentukan parti Amanah Negara (AMANAH).

Takiyuddin dakwa ahli AMANAH kembali sokong PAS


Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata beliau mempunyai bukti ada anggota Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mengubah haluan menyokong perjuangan PAS.
 Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, Takiyuddin meminta kepimpinan AMANAH untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.
"Saya sebut (ada anggota Amanah sertai PAS semula) itu sebab saya ada fakta. Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan Amanah.
"Walaupun berbeza pandangan parti politik dengan individu tersebut, namun kami boleh duduk semeja, berbual dan berbincang pelbagai perkara termasuk perjuangan kedua-dua parti.
"AMANAH perlu siasat sendiri siapa mereka. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya," katanya kepada Bernama hari ini.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu ketika ditemu ramah satu portal berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut, manakala Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mencabar Takiyuddin mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.
Takiyuddin ketika ditanya sama ada individu yang menemuinya itu perlu atau telah mengisi borang keahlian PAS semula, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata perkara tersebut bergantung kepada status keanggotaan mereka.

Kenapa Mat Sabu baling mikrofon atas pentas


Pemimpin pembangkang Mohamad Sabu terkenal dengan pelbagai gimik ketika berucap, tetapi ucapannya malam tadi di depan penjara Sungai Buloh berbeza sama sekali.
Tidak seperti keadaan ceria dengan kisah lucu dan sinis seperti sebelum-sebelum ini, presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu malam tadi tampil serius.
Beliau malah mengakhiri ceramahnya dengan membaling mikrofon ke belakang pentas – tindakan yang mengejutkan banyak pihak.
"Cis! Mari kita bangun!" katanya sambil melontar mikrofon dan berjalan beredar dari pentas tanpa berkata apa-apa.
Mohamad (gambar) bagaimanapun ada penjelasannya kenapa beliau bertindak demikian.
Semuanya semata-mata untuk menunjuk perasaan kesalnya kepada rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, yang disifatkannya “penakut”.
Negara pembohong
Katanya, isu politik seperti dakwaan rasuah, 1MDB serta wang sumbangan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dipandang serius oleh rakyat negara ini.
Keadaan ini, kata Mohamad, berbeza sama sekali dengan keadaan di negara jiran seperti Filipina dan Indonesia yang berani menjatuhkan pemimpin mereka.
"Soal amal makruf nahi mungkar ini tidak masuk ke dalam jiwa orang Melayu yang mana sepatutnya orang Islam perlu ke hadapan dalam isu ini. Tapi tak jadi macam itu dan akhirnya jadi masyarakat 'pak turut'.
"Sampai bila kita nak cerita kehebatan rakyat Filipina, Indonesia? Isu 1MDB ini sekarang diketawakan dunia. Sekejap kata (duit) habis, kemudian bagi balik, lepas itu ada raja kata ia untuk pelaburan.

Cina DAP perintah Malaysia hanya mitos untuk Melayu - Mat Sabu

Mat Sabu kesal sikap rakyat tak sensitif skandal pemerintah

Najib tiada wibawa di mata tokoh wartawan

Seorang pemimpin itu dianggap gagal apabila rakyat mulai berprasangka terhadap pemerintahannya dan mencurigai kebolehpercayaannya.
najib_malaysia2_600
KUALA LUMPUR: Bagaimana tokoh wartawan, A Kadir Jasin melihat sosok Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri?
Di mata tokoh wartawan itu, bukan sahaja anak Tun Razak itu tiada wibawa, bahkan tidak berhikmah jika dibanding dengan pemimpin sebelumnya.
Beliau menjelaskan seorang pemimpin itu dianggap gagal apabila rakyat mulai berprasangka terhadap pemerintahannya dan mencurigai kebolehpercayaannya.
“Tunku Abdul Rahman adalah Perdana Menteri pertama kita. Beliau yang melaungkan merdeka, tetapi 13 tahun kemudian,beliau menyedari beliau tidak lagi boleh memerintah. Kuasa beliau dicabar dan akhirnya mengundur diri.
“Beliau tidak menjahanamkan UMNO dan negara semata-mata untuk kekal. Ia bermaksud, pemimpin itu mempunyai kesedaran sendiri, ada budi, ada iman, ada kebijaksanaan,” ujarnya dalam wawancara eksklusif bersama FMT.
Menjadi orang media sejak 1969 hingga 2000, bekas pemberita BERNAMA dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press ini antara yang lantang mengkritik Najib dan pentadbiran beliau.
Tidak terhenti pada Tunku, Kadir turut mengambil contoh Tun Hussein Onn yang secara sukarela melepaskan jawatannya kerana mempunyai masalah kesihatan dan kebesaran hati Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Itu adalah kebijaksanaan seorang pemimpin demokrasi. Mereka tidak mahu merosakkan negara dan juga parti, dan itu juga dilakukan oleh banyak pemimpin luar negara apabila rakyat sudah meragui kepimpinan mereka,” kata beliau.

PAS akan buat pengumuman penting Sabtu ini?

Ia didakwa melibatkan kerusi dalam pertandingan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Mac atau April nanti.
Takiyuddin-HassanPETALING JAYA: PAS dijangka mengumumkan satu keputusan yang mengejutkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada Sabtu ini.
Beberapa laman blog pro pembangkang seperti milik bekas Ketua Pengarang Mingguan Siasah, Mohd Sayuti Omar mendakwa, antara agenda dalam mesyuarat itu nanti adalah parti Islam itu akan bertanding sebanyak 22 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Menjawab perkara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan mesyuarat yang diadakan itu merupakan mesyuarat bulanan biasa PAS Pusat setiap hari Sabtu pada setiap bulan.
“Setakat ini saya tak nampak apa-apa agenda khusus, benda biasa kita akan bincangkan program-program parti. Tidak ada agenda khusus,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan Mohd Sayuti berhubung perkara berkenaan, Takiyuddin memberitahu, sehingga kini PAS memutuskan untuk bertanding sebanyak 11 kerusi.
“Tidak ada perbincangan ke arah itu (bertanding di 22 kerusi). memang tidak ada. kita bincang secara umum sahaja Pilihan Raya Sarawak. Tidak ada pula bincang kerusi 22 itu. Ini satu benda yang baru bagi saya, saya pun baru dengar ini,” ujarnya.

Zamihan mahu ada resolusi untuk berdebat

Resolusi itu perlu dibacakan oleh pihak berkuasa atau Ketua Pengarah JAKIM.
asri-zamPETALING JAYA: Selepas menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Mufti Perlis, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin menetapkan pula resolusi terhadap debat yang akan diadakan nanti.
Beliau berkata, pihak berkuasa agama seperti Majlis Fatwa atau Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu membacakan resolusi itu.
“Jika tiada resolusi, debat hanya tak ubah seperti sembang-sembang kedai kopi sahaja,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilapor Sinar Harian Online.
Debat antara Zamihan dan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sepatutnya diadakan pada hari ini terpaksa ditunda ekoran Zamihan mempunyai jadual ceramah di Penjara Machang.
Debat itu akan berlangsung pada 17 Februari jam 9 malam di Jabatan Perdana Menteri di mana para peserta program itu terdiri daripada penjawat awam serta 50 penyokong kepada kedua-duanya.
Namun, Zamihan menyifatkan debat ilmiah seperti itu tidak perlu melibatkan penjawat awam kerana mereka bukan pemain utama urusan agama di negara ini.

Debat perlu dapat cari kebenaran - Mufti Perak

IPOH -  “Debat itu perlulah dapat cari kebenaran”. Itu reaksi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung debat antara Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Katanya, tiada gunanya jika debat berkenaan hanya bertujuan menyalahkan pendapat orang, selain kedua-dua pihak tidak mahu mengaku kalah.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria “Pada saya, kalau nak berdebat mesti akhirnya ada kebenaran. Dah jadi amalan orang di Malaysia, tiba-tiba bida’ah seolah-olah apakah orang sekarang lebih pandai, lebih tepat.
“Imam Syafie pernah tidak baca qunut ketika bersolat di Masjid Imam Hanafi kerana menghormati Imam Hanafi bukan kerana kata Imam itu salah. Dia (Imam Syafie) tak pernah menyalahkan Imam Hanafi dan begitu juga sebaliknya.
“Kita berguru dengan Imam Syafie, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Maliki diiktiraf ilmu pengetahuannya. Sebab itu orang ikut pendapat,” katanya.
Dalam pada itu, Harussani berkata, orang berilmu kebiasaannya akan menerima kebenaran hasil debat.
Justeru katanya, biarlah kedua-dua tokoh berkenaan berdebat kerana selagi tidak dapat dicari kebenarannya, tiada kesudahan bagi perkara ini.
“Orang kita tahu al-Quran tak pernah berubah. Hadis dah tertulis. Cuma beza pendapat hadis sahih atau daif,” katanya.

Izzah: Anwar Menteri Kewangan terbaik 1996, Najib terburuk 2015

nurul izzah KLSCAH 01SUNGAI BULOH, 10 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya merasa malu dan meletak jawatan kerana kegagalan beliau menguruskan ekonomi dan kewangan hingga hampir melumpuhkan sistem pertahanan ekonomi negara.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata prestasi buruk dan memalukan negara itu menyebabkan Najib dipilih sebagai Menteri Kewangan Asia terburuk dalam satu laporan dikeluarkan portal kewangan antarabangsa, FinanceAsia baru-baru ini.
“Kalau Najib dianugerahkan Menteri Kewangan Asia dengan prestasi terburuk, Anwar pula pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Asia terbaik pada 1996,” katanya pada Himpunan 365 #BebaskanAnwar di hadapan Penjara Sungai Buloh di sini, malam tadi.
Katanya, Najib berterusan membentangkan belanjawan defisit yang meningkat setiap tahun sekaligus menjadikan hutang negara bertambah, berbanding di era Anwar sebagai Menteri Kewangan dengan kejayaan negara mengurangkan hutang dan menikmati lebihan belanjawan.
Pada 1996, selain dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia oleh AsiaMoney, EuroMoney pula menamakan Anwar sebagai antara empat Menteri Kewangan terbaik di seluruh dunia.

Khairuddin: 'Nazri jangan angkuh, macam tiada akidah'


Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengingatkan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz supaya tidak terlalu angkuh dan 'sehingga terlupa kepada kewujudan Tuhan'.
"Saya sarankan kepada Nazri Aziz jangan terlalu angkuh. Ingat pada kewujudan Allah. Jangan risau Allah SWT tidak pernah mungkir janji. Hanya masa yang menentukan.
"Pada waktu itu saya nak tengok 'budak' Nazri Aziz ini akan berada di mana?
"Nazri Aziz ni cakap terlalu angkuh macam orang yang tak berpegang pada aqidah agama. Tapi dalam masa yang sama ia tak menghairankan saya langsung," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan kenyataan Nazri supaya mengabaikan kritikan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz kerana 'ia tidak membawa beban dan memudaratkan parti itu'.
Nazri menyifatkan isu-isu dibawa Muhkriz dan Rafidah adalah kitar semula dan telah diselesaikan. Malah katanya mereka tidak lagi memegang jawatan penting dan tidak mempengaruhi parti itu.
"Mereka boleh menyalak sehingga lembu pulang ke kandang. Tidak ada apa-apa akan terjadi, abaikan mereka," Nazri dipetik berkata.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata Nazri boleh bercakap apa sahaja yang disukainya, tetapi kebenaran akan tetap muncul.
"Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Lama mana kemungkaran nak disorok serta dipertahankan.
"Apa Nazri Aziz ingat dia ni maksum ka? Tolong jangan terlalu angkuh sehingga melepasi kekuasaan serta keesaan Allah swt. Ingat tu Nazri Aziz. Awak hanya manusia biasa saja," katanya.
Sebelum ini, Khairuddin membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas peguam negara membersihkan perdana menteri daripada salahlaku berhubung isu derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.
Kritikan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak terutama daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat punca penyingkiran Mukhriz sebagai menteri besar Kedah.

Debat: Zamihan mahu bongkar penyelewangan agama Mufti Perlis



Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin akan membongkar segala penyelewengan agama yang menyebabkan Mufti Perlis Datuk Dr. Asri Zainul Abidin dilarang berceramah di Kedah,Selangor dan Johor  dalam debat yang akan berlansung pada 17 Februari ini.
Zamihan berkata, beliau akan membongkar segala penyelewengan agama oleh Asri yang menyebabkan beliau dilarang berceramah di Kedah,Selangor dan Johor dalam debat tersebut.
Presiden Aswaja Zamihan Mat Zain Beliau akan menjemput polis cawangan khas dari Bukit Aman, pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa mufti untuk menyaksikan debat yang akan berlangsung di Auditorium UnitPenyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) pada jam 9malam itu.
“Semalam saya jumpa setiausaha Shahidan Kassim dan saya maklumkansaya setuju untuk debat 17 haribulan ini.
“Ini saat-saat yang kita tunggu, saya akan bongkar semua penyelewengan mufti Perlis satu persatu.
“Saya tak gentar untuk bongkarkan betapa menyelewengnya ajaran agama yang dibawa oleh mufti Perlis dan itu menjadi sebab dia dilarang berceramah di Kedah, Selangor dan Johor,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Zamihan sebelum ini bersedia mengadakan perdebatan dengan Asri yang  didakwa mengaitkan dirinya dengan elemen pro syiah, ekstemis takfir dan sesat.
Kemudian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pula mencadangkan satu wacana ilmu diadakan melibatkan Asri dan
Zamihan.
Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau mencadangkan wacana itu diadakan pada 10 Februari ini dan dipersetujui oleh Asri.
Bagaimanapun, Zamihan berkata beliau tidak dapat hadir pada tarikh tersebut kerana dijadualkan untuk memberi ceramah kepada banduan.

TAHNIAH NAJIB !!!.. Anda memang bijak..


LEBIH SETIA..???

SETIA pada siapa ???
SETIA bakal dapat habuan apa ???

NAMPAK TAK !!.. Kerja gila oleh Zahid Hamidi.

Patutla Najib angkat dia jadi TPM......
Di saat Umno perlukan talian hayat...

OSA: Kalau tak salah mengapa takut?


Cadangan peguam negara meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dilihat Datuk Mahfuz Omar bukan untuk keselamatan negara sebaliknya "melindungi rahsia pemimpin" sedia ada.
Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, pihak berkuasa perlu membezakan antara rahsia negara - yang membabitkan keselamatan dan pertahanan - dengan dokumen menunjukkan aktiviti salah laku seperti rasuah.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Mahfuz berkata rakyat berhak untuk mengetahui segala apa yang berlaku dalam negara ini dan pihak yang berkenaan tidak perlu takut jika tiada tiada sebarang kesalahan dilakukan.
“Keselamatan negara atau penyelewengan rasuah membabitkan pemimpin yang mahu dirahsiakan daripada rakyat?" katanya.
Bekas Naib Presiden PAS itu juga mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Umno serta BN "masih dalam paradigma tua kuno" kerana beranggapan kebocoran dokumen rasmi boleh menyebabkan berlaku krisis kepercayaan di kalangan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.
Sedangkan, katanya, cadangan peguam negara itu bukan untuk mengawal rahsia keselamatan negara tetapi "rahsia keselamatan pimpinan negara yang terlibat dengan salah laku jenayah" seperti rasuah dan penyelewengan.
Keluar dari paradigma tua
Sabtu lalu Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilaporkan berkata kerajaan menimbang untuk meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas pihak membocorkan rahsia negara.
Antara cadangan itu ialah memanjangkan tempoh hukuman penjara sehingga seumur hidup dan 10 sebatan.
Hukuman sama juga dicadangkan terhadap wartawan yang tidak mendedahkan sumber maklumat berita mereka.

'Pinda OSA untuk sembunyi rahsia kotor negara'


Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) tidak berpuas hati dengan cadangan Peguam Negara Tan sri Mohamad Apandi Ali untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi hukuman penjara seumur hidup dan rotan kepada pemberi maklumat.
Pengarahnya, Cynthia Gabriel, menyifatkan cadangan itu sebagai "satu tindakan yang jelas bertujuan untuk menyembunyikan rahsia kotor di negara ini jauh daripada orang ramai".
 Beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa OSA tidak lagi menjadi alat untuk melindungi keselamatan negara.
"Ia jelas bertindak sebagai perisai untuk menyembunyikan dosa-dosa rasuah, menghukum pemberi maklumat, dan memupuk budaya bebas daripada hukuman di samping membantu bentuk kepimpinan politik kleptocratic," kata Gabriel.
Beliau memetik satu kertas kerja komprehensif mengenai OSA yang dikeluarkan oleh pusat itu pada Jun lepas, yang telah menganalisis bagaimana undang-undang rahsia memudahkan dan membiak budaya rasuah sewenang-wenangnya.
Pada 7 Februari, Apandi dilapor berkata beliau sedang memikirkan untuk meminda undang-undang itu bagi meningkatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya.
Pejabatnya sedang mengkaji untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman.

G25 cadang tubuh jawatankuasa khas Parlimen elak masalah 1MDB berulang

Kewujudan Jawatankuasa Pilihan Penyelaras Hutang Luar Negara diharapkan mampu mengelakkan krisis 1Malaysia Development Berhad kerana persoalan mengenai hutang mata wang asing akan memastikan pengurusan kewangan yang lebih cermat dan berhemat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Februari, 2016. 
Kewujudan Jawatankuasa Pilihan Penyelaras Hutang Luar Negara diharapkan mampu mengelakkan krisis 1Malaysia Development Berhad kerana persoalan mengenai hutang mata wang asing akan memastikan pengurusan kewangan yang lebih cermat dan berhemat.

Kumpulan pegawai tinggi kerajaan bersara, G25 mengesyorkan agar Parlimen memainkan peranan yang lebih menonjol dalam menjalankan fungsinya di dalam sistem kerajaan.
Sekretariat G25 berkata, keadaan sekarang mendesak agar perlaksanaan langkah-langkah pengawasan dan imbangan untuk melindungi kepentingan awam daripada penyalahgunaan kuasa.
"Ini sejajar dengan doktrin pengasingan kuasa untuk memerintah negara pada peringkat persekutuan.

"Sehubungan ini, kami ingin mencadangkan Parlimen menjalankan  fungsi pengawasannya secara tetap melalui penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Parlimen," kata Sekretariat G25 dalam satu kenyataan hari ini. G25 berkata, peranan pengawasan Parlimen hari ini dilihat lebih berbentuk kepada soalan-soalan yang dikemukakan sewaktu masa soalan, dan perbincangan isu-isu, serta pemantauan urusan-urusan kewangan melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Kualiti perbincangan-perbincangan bergantung kepada sejauh mana penjawat awam sanggup dan rela menjawab soalan yang dibangkitkan ahli-ahli Parlimen dan PAC.
"Tambahan lagi, skop PAC secara amnya, hanya terhad kepada laporan-laporan mengenai pengurusan kewangan," kata mereka.
G25 berkata, mereka sentiasa melihat, menteri yang bertanggungjawab sering kali terlepas daripada dipanggil memberi keterangan.
"Kami sentiasa perhatikan dengan perasaan kecewa daripada laporan-laporan itu para menteri yang berkemungkinan menyalah gunakan kuasa mereka di dalam proses membuat keputusan tidak langsung dipanggil untuk memberi keterangan  mengenai skandal-skandal  yang mereka terlibat atau bertanggungjawab mengenainya," kata Sekretariat G25.

Kisah ular guni buruk dan ular berbisa di Putrajaya


Dalam tampalan (posting) kali ini, saya akan menulis hal yang mudah. Saya nak cerita berkenaan ular guni buruk. Ada orang panggil ular belalai gajah.
Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil elephant trunk snake atau istilah saintifiknya Acrochordus javanicus daripada famili Acrochordidae. Ia adalah daripada kumpulan ular primitif yang tidak berbisa.
Kawasan taburan ular ini adalah Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam.
Ular guni buruk: nampak mengancam tapi tak bisa. Sesiapa dalam generasi saya yang membesar di kawasan sawah atau paya pada tahun 1950-an dan 60-an tentu tahu ular ini.
Mereka sama ada pernah bertembung secara fizikal dengannya atau, setidak-tidaknya pun, melihat ular itu hidup atau mati.
Saya bertembung dengan ular ini ketika menahan taut, menyerkap atau memasang bubu. Ular ini suka membenamkan diri di dalam lumpur sambil menunggu mangsa yang lazimnya ikan.
Menyerkap ikut jentera penbajak
Apabila menyerkap kita kerap terserkap ular ini dan menyangkanya ikan. Apabila kita menyeluk untuk menangkap “ikan”, rupa-rupanya kita tertangkap ular guni buruk.
Orang Kedah memanggilnya ular guni buruk atau ular karung guni kerana apabila terpegang, rasanya macam guni buruk yang terendam di dalam bendang.
Ular ini lebih menyerupai belalai gagah dengan kulit yang kasar. Menurut ensiklopedia atas talian Wikipedia, kulit ular ini apabila diproses dipanggil karung. Mungkin kerana teksturnya kasar macam karung guni atau mengkuang.
Sekali saya tertangkap ular guni buruk betina. Apabila saya mengangkatnya keluar dari lumpur ia melahirkan berekor-ekor anak. Ular guni buruk adalah daripada kumpulan reptilia Ovoviviparity yang mengeram telur dalam kandungan dan menetaskan anak.
Kenali Ular Anda
Di sinilah ilmu, pengetahuan dan pengalaman penting. Apabila kita hidup dalam persekitaran yang ada ular, kita kena kenal jenis-jenisnya.
Jangan kita lari lintang-pukang sampai patah kaki dan tercabut gigi kerana terserempak ular belalai gajah, ular lidi, ular tikus dan ular air yang tak bisa, tapi mati terpatuk kerana tunjuk berani dengan ular tedung selar, ular tedung, ular kapak dan ular katam tebu yang sangat bisa atau dibelit oleh ular sawa.
Jangan sangka ular hanya ada di dalam hutan dan belukar di kampung, desa dan Rancangan Felda. Sekarang ini di bandar dan di padang golf pun ada ular tedung, ular sawa dan macam-macam jenis lagi. Saya tahu sebab banyak dah masuk rumah saya.
Ada orang beritahu saya, di Putrajaya pun banyak ular. Tak menghairankan. Tapak Putrajaya adalah ladang kelapa sawit. Di ladang kelapa sawit banyak tikus. Di mana ada tikus, di situ ada lah ular yang makan tikus.
Jadi saya tidak terkejut kalau di Putrajaya ada banyak ular. Ini terbukti apabila seorang kawan saya – pembahas tetap blog ini – dipatuk ular tedung di Putrajaya pada suatu malam beberapa tahun lalu. Dekat-dekat mati sebab dua, tiga buah hospital yang dia minta rawatan tak ada penawar gigitan ular (antivenom).
Lain kali pembaca dan pembahas blog ini pergi Putrajaya, berhati-hatilah. Ada ular berbisa di Putrajaya. Oleh sebab Putrajaya masih ada ladang kelapa sawit dan paya “wetlands”, saya rasa ular sawa, ular tikus, ular kapak, ular air dan ular daun pun ada juga.
Di Kedah, orang yang berlagak pandai dan hebat tapi kosong di atas dipanggil ular air. Ular berbisa yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Tapi ular air, panjatlah Menara Kembar Petronas pun tidak akan jadi bisa.
Lain kali kalau terjumpa ular di persisiran tasik Putrajaya dan ia lari daripada kita, itu mungkin ular air. Ular tedung pun lari juga, tapi tidaklah lintang-pukang macam ular air atau ular liar.

Bendera BN terbalik: Tindakan keterlaluan Umno Bahagian bakal diambil tindakan, kata Mohd Rawi

Datuk Mohd Rawi AbdullahDatuk Mohd Rawi AbdullahKetua Penerangan Umno Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid mengingatkan Umno Bahagian dan ahli akar umbi bakal dikenakan tindakan kerana menunjukkan protes dengan mengantung bendera BN terbalik.
Beliau mengesahkan menerima maklumat diviralkan di media sosial berkaitan bendera BN dipasang terbalik.
Beliau  tidak menafikan tindakan protes itu dilakukan membabitkan beberapa Umno Bahagian yang tidak senang dengan pelantikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada 4 Februari lalu.
“Saya percaya tindakan protes di satu-satu kawasan itu mungkin berlaku tapi belum dapat gambaran sah daripada Umno Bahagian berkenaan.
“Kita tidak mahu ambil tindakan drastik, sebaliknya minta Umno Bahagian salurkan maklumat berkaitan untuk memudahkan kita mengambil tindakan,” katanya dipetik Sinarharian.
Jelasnya, perbezaan pendapat antara sesama individu dan pemimpin adalah perkara biasa, namun tindakan menggantungkan bendera parti dalam keadaan terbalik adalah keterlaluan.
“Bermacam kemungkinan boleh berlaku termasuk sabotaj daripada pihak luar.Bagaimanapun, setiap Umno Bahagian tahu apa tindakan yang harus mereka lakukan,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) Zainal Abidin Muhamad ketika dihubungi mengesahkan insiden bendera BN digantung dalam keadaan terbalik, baru-baru ini.
“Kita ada menerima aduan berhubung kejadian bendera parti digantung terbalik di beberapa lokasi sekitar Jerlun. Tapi antara lokasi yang kita dapat kesan adalah di Padang Perahu.

Papagomo video and the dark side of our nation

Have we become so blasé, so morally compromised that we now cheer men like these, that we admire them instead of being repulsed by their actions?
papagoma_sexual_600
By Dennis Ignatius
I watched the video of Wan Muhammad Azri Wan Deris, otherwise known as Papagomo, assaulting a Pakistani migrant worker. It was deeply disturbing and troubling to see a hapless and frightened migrant worker being slapped, kicked, and punched as he stood shocked and confused, pleading for mercy.
Barbaric and unacceptable
Though Papagomo insists that the migrant worker sexually harassed a family member, he has absolutely no right to take the law into his own hands and assault a person that way. It is vigilantism, barbaric and unacceptable in any civilised nation. The proper thing to do would have been to call in the police and allow them to determine if a crime had been committed.
Papagomo, who was sacked from the Royal Malaysian Police after having been convicted of a criminal offence, is of course, no stranger to controversy. He made a name for himself stirring up racial discord during the Low Yat Plaza incident and was arrested for spreading unverified information. In a separate case, he was ordered by the Court of Appeal to pay Anwar Ibrahim RM800,000 over a rude and defamatory blog post.
Papagomo justified his outrageous behaviour this time around by invoking honour and duty, and making out that he’s on some kind of campaign to protect women from sexual harassment. Is it honourable to take justice into one’s own hands and beat up another human being? Is duty to family licence to harass, intimidate and bully others?
Is this what honour and duty now means in our nation?
The silence of Putrajaya
Equally disconcerting was the silence from Putrajaya. Not a single government minister has, as of now, condemned Papagomo’s outrageous behaviour. I would have thought the Prime Minister, or at least the Home Minister, would have immediately expressed outrage and vowed to apply the full weight of the law against Papagomo, but, no – silence on these matters is golden these days, especially when it involves a pro-Umno man.
Thankfully, the Deputy Inspector-General of Police weighed in to say that whether or not a report is lodged over the incident, the police would take action. I certainly hope so. Whatever happens, this case must not end up like so many other cases that go nowhere because of a reluctance to prosecute the well-connected and politically-favoured. I hope we don’t hear excuses like the victim didn’t want to press charges or that the matter has been settled amicably.
An offence has been committed and justice must be done
There’s an old story from the English courts of justice about a man who was charged in court for brutally assaulting his wife. During the trial, the wife had a change of heart and told the judge that she could find no fault in her husband. The judge looked at her sombrely and said, “Madam, you may find no fault in this man but England does,” and proceeded to pass sentence.

Ramai ahli PAS tunggu masa masuk AMANAH

PAS semakin tergugat apabila memperkenalkan peraturan ketat kerana bimbang ahlinya meninggalkan parti untuk menyertai AMANAH.
salyuddin,pas
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak dakwaan PAS kononnya ahli parti itu akan kembali menyertai PAS kerana tidak yakin dengan parti baharu tersebut.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub berkata tidak ada tanda-tanda ahli AMANAH akan menyertai semula PAS, sebaliknya berlaku apabila semakin ramai ahli PAS yang menunggu masa untuk meninggalkan parti Islam itu.
Katanya, PAS semakin lari daripada perjuangan asal menyebabkan ahlinya lari dan menyertai AMANAH.
“Saya tidak nampak kita yang membuat AMANAH ini keliru (perjuangan parti) tetapi apa yang Datuk Takiyuddin Hassan perlu sedar ialah ramai lagi ahli PAS menunggu masa untuk masuk AMANAH.
“Jadi saya tidak teruja dengan ucapan Datuk Takiyuddin Hassan. Bukti PAS (tergugat) apabila mereka memperketat peraturan dan bakal mengenakan tindakan untuk menakutkan ahli. Sampai nak pergi dengar ceramah AMANAH pun tak boleh itu tandanya mereka terlalu bimbang keluarnya beramai-ramai ahli PAS menyertai AMANAH,” katanya kepada FMT.
Semalam, Takiyuddin mengesahkan kebanyakan ahli AMANAH akan pulang ke pangkuan PAS dalam tempoh enam bulan kerana keliru dengan perjuangan parti itu.
Dalam perkembangan lain, Salahuddin turut membidas tindakan pemimpin PAS yang masih memanggil AMANAH sebagai PAN.
“Memang agenda mereka (PAS) untuk mengelar kita PAN walaupun kita sudah mendaftar dengan ROS dengan nama AMANAH, kerana perkataan AMANAH itu merupakan satu perkataan yang agung sebab itu mereka tak suka panggil kita AMANAH.
“PAS sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan mereka begitu ‘busuk hati’ terhadap AMANAH dan kepada kami yang keluar daripada PAS untuk menubuhkan AMANAH,” katanya.

Skandal 1MDB: Apa perlunya PAC jika kenyataan media mencukupi, soal DAP

Kegagalan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memanggil saksi tambahan dalam siasatannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan institusi Parlimen itu gagal memenuhi amanah rakyat, kata DAP.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berhubung tiada lagi saksi tambahan akan dipanggil selain bekas presiden 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.
Berdasarkan kepada hujah Hasan, PAC tidak perlu memanggil saksi lagi kerana 1MDB sudah mengeluarkan banyak kenyataan media untuk menjelaskan segalanya, dan keterangan bekas ketua 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman tidak diperlukan kerana masalah ketika beliau memegang jawatan sudah dijawab Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dalam prosiding terdahulu, kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

“Dengan segala hormatnya kepada Lodin, kenapa perlu PAC siasat kemungkinan salah laku pengurusan dalam 1MDB, dan terima keterangan beliau sepenuhnya? “Lebih pula, Tan Sri Lodin hanya pengerusi lembaga pengarah, bukan ketua pegawai eksekutif yang melaksanakan semua tindakan oleh syarikat,” katanya.
Beliau berkata Hasan menyatakan masalah Bank Negara dengan 1MDB berhubung kontroversi pindahan wang AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion) sudah dijelaskan dalam media dan kenyataan akhbar peguam negara.
Hasan berkata ini menjelaskan rasionalnya untuk tidak memanggil Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Hasan mengumumkan hanya Shahrol dan Bakke akan datang minggu depan untuk memberi keterangan kepada PAC sebelum ia menutup sesi pendengaran mengenai 1MDB.
Pua mempertikaikan sama ada Hasan bertanya ahli lain dalam jawatankuasa bi partisan itu untuk sekadar menerima kenyataan media oleh 1MDB dan pihak lain sebagai penjelasan menyeluruh atas pelanggaran itu seperti didakwa Bank Negara.
Katanya, PAC sepatutnya dibubarkan saja jika begitu, memandangkan selepas semua tuduhan pelanggaran termasuk pindahan luar kebiasaan dengan jumlah besar AS$1.83 bilion, boleh saja dijelaskan menerusi “kenyataan akhbar”, pada masa depan.

Fahami tugas media, jangan anggap wartawan penjenayah, kata persatuan

Persatuan media meminta Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali cari penyelesaian terbaik tanpa perlu mendakwa petugas media seperti penjenayah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Februari, 2016.Persatuan media meminta Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali cari penyelesaian terbaik tanpa perlu mendakwa petugas media seperti penjenayah. Selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata wartawan yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat mereka boleh didakwa mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, persatuan media meminta beliau mencari penyelesaian terbaik tanpa perlu mendakwa petugas media seperti penjenayah.
Presiden Kelab Media Johor Mohamad Fauzi Ishak berkata kesahihan sesuatu berita itu bergantung kepada sumber dan tidak boleh menuding jari kepada wartawan semata-mata bagi membuktikan kesahihannya kerana mereka hanya menjalankan tugas melaporkan berita mengikut etika kewartawanan yang digariskan.
“Kita kena siasat siapa sebenarnya dalang yang membocorkan rahsia kerajaan, bukannya sibuk hendak mendakwa wartawan seperti seorang penjenayah.

“Wartawan biasanya tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilaporkan, dan sesuatu berita yang tidak mengikut etika memang tidak akan disiarkan,” katanya kepada akhbar itu. Fauzi yang pernah bekerja dengan Astro Awani berkata, tidak adil sekiranya wartawan berdepan dengan dakwaan setiap kali menyiarkan berita yang “menjentik kerajaan”.
“Kita memang tak setuju sama sekali jika ada cadangan untuk mendakwa atau meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia kerajaan termasuk wartawan yang melaporkan.
“Selama ini media cetak dan elektronik arus perdana sudah melaporkan berita yang terbaik untuk pihak kerajaan. Adalah tidak adil jika sesekali terlepas pandang sesuatu berita akan terus dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Sebelum ini, akhbar bahasa Cina Sin Chew Daily melaporkan Apandi sebagai berkata, beliau sedang menimbang hukuman akta itu bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka terlibat membocorkan rahsia kerajaan dan negara serta mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.
Beliau melihat kepada kemungkinan mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan untuk pesalah.
Sementara itu, Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) menyuarakan kekesalannya jika terdapat pihak yang melihat bidang kewartawanan negara ini dalam konteks sempit.
Presidennya, Ayob Mamat berkata semua pihak seharusnya memahami peranan dan tanggungjawab wartawan yang melaporkan berita.

Malaysia negara gemilang menuju kehancuran

Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD


Pihak Kerajaan yang berkuasa selalu menggunakan beberapa institusi utama untuk kepentingan dan menyambung hayat mereka - survival!

Institusi Agama, Pertubuhan Kaum Melayu dan juga Institusi Raja-Raja pernah dijadikan penyambung hayat mereka dalam keadaan yg diperlukan.

Dalam keadaan terdesak, terkini sebuah Institusi DiRaja Arab Saudi telah diperalatkan. Kononnya "derma" RM 2.6 billion adalah dari keluarga DiRaja Arab Saudi.

Untuk makluman, institusi tersebut pada masa itu dikuasai oleh Almarhum Raja Arab Saudi yang telah pun mangkat.

Orang puteh kata "Dead Man Tell No Tales" (orang yang telah mati tidak boleh berhujah untuk pengesahan).

Bagaimanapun seorang menteri kanan, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menyatakan beliau tidak berfikir RM 2.6 Billion yamg dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib Razak bukan derma politik daripada Kerajaan Arab Saudi. Beliau menyatakan bahawa wang tersebut adalah untuk satu pelaburan dan bukan derma. Siapa yang tidak bercakap benar dalam hal ini?

Apabila tidak boleh memperalatkan institusi DiRaja tempatan, institusi DiRaja Arab Saudi menjadi sasaran.

Satu harapan diletakkan agar Majlis Raja Raja akan menimbulkan lagi isu 1MDB pada mesyuarat mereka pada bulan ini kerana teguran mereka pada bulan Oktober lepas tidak diendahkan oleh pihak Kerajaan Pemerintah.

Penafian Menteri Luar Saudi terhadap kenyataan Najib meletakkan Raja-Raja Melayu dalam keadaan serba salah untuk memperbetulkan situasi kerana hubungan Keluarga DiRaja Arab Saudi dan Raja-Raja Melayu perlu dipelihara.

Setiap kali Raja-Raja Melayu ke tanah suci mereka akan menjadi tetamu Raja Saudi. Hubungan baik diantara dua keluarga DiRaja ini perlu di jaga dan dipelihara.

Kalau Institusi DiRaja tidak boleh digunakan untuk menutup isu ini, adakah isu Agama atau perkauman pula akan di bangkitkan? Isu Wahabiatau isu Bangsa Arab memusuhi dan menjejas maruah Melayu pula?

Adakah pihak ultra perkauman Melayu akan menuduh Arab dari Saudi menghina maruah Najib Razak sebagai seorang Melayu dengan menderma RM 2.6 billion, dan kerana itulah sebahagiannya telah dipulangkan kembali!

Inilah senario luar biasa yang mungkin kita hadapi di Malaysia !

Apa yang pasti ialah reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa telah teruk tercemar dengan isu derma RM 2.6 Billion serta skandal 1 MDB.

Rakyat pengecut untuk guling PM, kata Mohamad Sabu


Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramahnya malam tadi.Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramahnya malam tadi.Presiden Amanah, Mohamad Sabu menganggap rakyat Malaysia pengecut kerana tidak mempunyai keinginan untuk mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
"Kita semua pengecut," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memarahi orang ramai yang berkumpul untuk menyambut ulang tahun pertama bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dipenjarakan di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.
Dalam nada menyindirnya, Mat Sabu mengeluh rakyat tidak bertindak maka Najib akan terus berkuasa.
"Kita akan tetap berdiam, kita ada kekuatan suara tetapi ‘malu-malu kucing’  seperti suara jantan (lelaki) tapi hati betina (wanita)," katanya.
Tambahnya lagi kerana rakyat Malaysia pengecut, katanya," kita dan negara  telah ketinggalan".
“'Berapa lama lagi kita akan tinggal seperti ini?” soalnya.
Mat Sabu berkata, walaupun Indonesia, Thailand dan Myanmar telah melakukan transformasi politik yang berjaya, Malaysia masih lagi terperangkap
Ulanginya lagi "Berapa lama lagi kita akan tinggal seperti ini?”
Walaupun penghinaan dilemparkan, penyokong kelihatan bersorak seolah-olah bersetuju dengan pendapat beliau apabila memanggil mereka pengecut. Dengan ‘meminta maaf’ kepada hadirin kerana gagal menjatuhkan kerajaan Umno- Barisan Nasional.
"Anda semua pengecut, mengaku jerlah!" beliau berkata, dan kedengaran hadirin ada yang menjawab "Ya".

BILA PENGUNDI KEDAH MULA MARAH



Bagaimana Ahmad Bashah kata isu pertukaran Menteri Besar bukan saja  sudah selesai, malah boleh menang dua pertiga dalam PRU 14 nanti?