Selasa, 9 Februari 2016

Rakyat bersolidariti di Himpunan Bebaskan Anwar

Bebas Anwar2SUNGAI BULOH, 9 FEB: Sebaik menghampiri tapak Himpunan 365 #Bebaskan Anwar di hadapan Penjara Sungai Buloh, didapati kenderaan penuh di kiri dan kanan bahu jalan utama.
Melihat keadaan yang sesak, penulis tiada pilihan melainkan memandu terus sehinggalah menemui tempat kosong untuk meletak kenderaan.
Akhirnya, selepas memandu kira-kira satu kilometer, penulis berjaya menemui tempat meletak kenderaan.
Sebaik turun daripada kenderaan, kelihatan Adun Ijok, Dr Idris Ahmad yang juga terpaksa meletakkan kenderaan jauh dari tapak himpunan.
“Jauh parking nampaknya YB?,” sapa penulis.
“Tak apa, saya juga rakyat biasa dah biasa parking jauh dan lagi pun jalan elok untuk kesihatan,” jawapannya itu membuatkan penulis terdiam.
Kemudian kami sama-sama jalan beriringan menuju ke tapak himpunan.
Sebaik tiba, penulis dapati tidak kurang 500 hadirin sudah ramai memenuhi ruang tapak himpunan yang agak kecil itu.
Himpunan 365Di atas pentas utama, Dr Mohamad Nor Manuaty sedang memberi tazkirahnya.
Sebaik tazkirah disampaikan, program diteruskan dengan solat Isyak berjemaah.
Tepat jam 9.00 semakin ramai pemimpin muncul antaranya, wakil-wakil rakyat, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan individu penting lain seperti Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin, Sivarasa Rasiah, Saari Sungib, Dr Xavier Jayakumar, Zuraida Kamaruddin, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk A. Samad Said, Khalid Samad dan ramai lagi.
Jam 9.30 malam, keadaan menjadi semakin sesak apabila semakin ramai hadirin membanjiri tapak himpunan.

CERITA DEDAK

Cuti yang agak panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini, saya mengambil peluang menziarahi bapa saudara sebelah isteri di sebuah negeri di selatan tanahair.

Bapa saudara saya adalah salah seorang peneroka Felda dan sebagai usaha sampingan sambil bertujuan untuk memeriahkan anak cucu dan saudara-mara yang berkunjung ke rumahnya, beliau turut memelihara ayam kampung.

Oleh kerana bukan untuk jualan, tidaklah banyak ayam yang dipeliharanya, adalah barangkali dalam sekitar 50 ekor yang diletakkan dalam kawasan berpagar di belakang rumah.

Apabila anak cucu balik kampung atau sudara mara menziarahinya, ayam itulah selalunya dijadikan hidangan kemeriahan makan besar dengan digoreng dan dimasak lemak cili padi.

Beliau biasanya memberi nasi, apa saja lebihan di dapur, buah kelapa sawit atau  ubi untuk makanan ayam-ayamnya itu.

Ketika berbual-bual, beliau bercerita tidak berapa lama sebelum ini, seorang kawannya memberi setengah seguni kecil dedak kepadanya untuk diberi makan kepada ayam-ayam yang dipeliharanya itu.

Kata kawannya, dedak itu lebihan yang sudah tidak diperlukannya lagi.

Bapa saudara saya memang tidak pernah memberi makan dedak kepada ayam-ayamnya kerana merasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan nasi lebihan makanan seharian, buah kelapa sawit atau ubi sentiasa saja ada untuk dijadikan makanan ayam-ayamnya.

Lagi pun semuanya percuma, tidak seperti dedak yang kena dibeli.

Cina sokong BN dapat apa..??


Anwar ‘kereta kebal terbaik’ gempur pemerintah korup

Bebas Anwar2Setahun ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim diteras arena politik tanahair menyaksikan perbezaan ketara apabila regim Barisan Nasional (BN) bagaikan tiada halangan meratah hasil bumi dan hasil mahsul tanah air.
Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, berkata ketika Anwar yang merupakan bekas Ketua Pembangkang mempunyai pilihan hidup bersenang menjaga cucu, namun perjuangan demi rakyat tetap menjadi pilihan sehingga dipenjara.
“Demokrasi terus dimatikan dengan akta hasutan menggila, keluhuran undang-undang menjadi sarkas dan bagaikan dijual beli demi pertahan kuasa.
“Manakala rakyat pula terus dipijak dan dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup demi tembolok pemimpin rakus,” kata Edy Noor dalam kenyataan media.
Katanya, Anwar adalah sosok yang pernah menjadi ‘kereta kebal terbaik’ dalam perjuangan merempuh keampuhan regim pemerintah korup.
“Perlu diingat, kejayaan regim hari ini bukanlah kerana mampu menyumbat Anwar ke penjara.
“Tetapi kejayaan mereka adalah kerana tiada kebangkitan rakyat di atas kekejaman dilakukan terhadap Anwar dan juga semua rakyat marhein,” katanya.

Tiada keperluan serah kertas siasatan 1MDB kepada Majlis Raja-Raja kata Reezal Merican

Tiada keperluan serah kertas siasatan 1MDB kepada Majlis Raja-Raja - Reezal MericanKEPALA BATAS: Tiada keperluan untuk menyerahkan semua kertas siasatan berhubung syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimajukan kepada Majlis Raja-Raja buat masa ini.

Itu pandangan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican terhadap desakan mantan menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya Majlis Raja-Raja mengambil tindakan segera berhubung isu berkenaan.

Reezal menegaskan siasatan berhubung dakwaan skandal melibatkan 1MDB sedang diteliti oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Pada saya tak perlu sebab kita masih lagi menanti laporan akhir daripada Jabatan Ketua Audit Negara. Saya dulu adalah ahli PAC dan saya sudah lihat laporan awal dan laporan itu amat menyeluruh.

"Saya nampak bahawa Perdana Menteri sudah memberi pengakuan bahawa kalau didapati ada salah laku melalui laporan itu tidak ada sesiapa pun akan disembunyikan," katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Parlimen Kepala Batas, di sini hari ini.

Justeru, beliau berharap semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian sehingga laporan akhir berhubung siasatan ke atas 1MDB disiapkan.

PRU14: Amanah dialu-alukan bertanding di kawasan Pas – Takiyuddin

KOTA BHARU, 9 Februari:
Parti Amanah Negara (Amanah) dialu-alukan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili PAS, pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan anggota Amanah terdiri daripada kalangan bekas anggota PAS.
“(Amanah) tak ada kena mengena dengan kita dan dia tak perlu nak ‘consult’ dengan kita pun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Tionghua Kelantan Datuk Chan Chia Ling yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di sini, hari ini.
Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili PAS.
Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata tindakan Amanah untuk meletakkan calon mereka diyakini tidak akan menjejaskan undi yang diterima PAS sebelum ini.
Mengulas mengenai tindakan ADUN Salor Datuk Husam Musa yang yang kebelakangan ini dilihat banyak menghentam parti sendiri, Takiyuddin berkata perkara itu kini dalam perhatian pihaknya.
“Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti,” katanya.

Letak Anwar bawah tahanan rumah, kumpulan peguam gesa Putrajaya

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami masalah kesihatan dan diberikan akses yang terhad kepada rawatan perubatan, manakala pemenjaraan berterusan beliau mencemarkan reputasi antarabangsa Malaysia, kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2016. 
Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami masalah kesihatan dan diberikan akses yang terhad kepada rawatan perubatan, manakala pemenjaraan berterusan beliau mencemarkan reputasi antarabangsa Malaysia, kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen.

Selepas setahun menghabiskan masa di penjara, bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibebaskan dan diletakkan di bawah tahanan rumah, kata Lawyers for Liberty (LFL) hari ini.
Pengarah Eksekutif LFL Eric Paulsen berkata, Anwar mengalami masalah kesihatan dan diberikan akses yang terhad kepada rawatan perubatan, manakala pemenjaraan berterusan beliau mencemarkan reputasi antarabangsa Malaysia.
"Selaras dengan status Anwar sebagai 'banduan hati nurani' dan kebimbangan yang dibangkitkan di peringkat dunia, kami menyeru pihak berkuasa melepaskannya dan mengenakan tahanan rumah ke atasnya supaya beliau boleh menghabiskan sisa hukumannya di sebuah fasiliti pemulihan dengan kawalan keselamatan yang minimum dan supaya beliau boleh menerima rawatan perubatan yang tidak didapatinya di dalam penjara."

Esok genap setahun sabitan tuduhan liwat yang kontroversi ke atas Anwar dan pemenjaraannya selepas itu di Penjara Sungai Buloh. Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan menghukum ketua umum PKR itu 5 tahun penjara.
"Setiap hari Anwar di penjara, adalah satu peringatan suram kepada kita, sejauh mana Malaysia jatuh, dan betapa tidak demokratik dan menindasnya kerajaan terhadap musuh politiknya," kata Paulsen.
Beliau berkata, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah, United Kingdom, Kanada, New Zealand, Switzerland, Persekutuan Antarabangsa Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch (HRW), Amnesty International, Kesatuan Antara Parlimen dan Suruhanjaya Antarabangsa Kehakiman semuanya mengecam keputusan itu.
Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWGAD) juga mendapati penahanan Anwar dilakukan secara "arbitrari" dan menggesa pembebasannya, kata Paulsen.

Najib Razak dah Selasa ke-32..

Kalau tak bersalah, mengapa hingga kini Najib tak berani lagi nak saman WSJ ???

Punyalah berkokok satu Malaysia ugut nak saman WSJ tempohari. BACUL sungguh pahlawan bugis Pekan..

Bukankah pada bulan Julai tahun lps Najib telah hantar 'trooper' peguamnya ke Amerika Syarikat bagi mengambil tindakan untuk mengheret akhbar The Wall Street Journal (WSJ) ke muka pengadilan...

APA DAH JADI 'TROOPER' lawyer Najib tu !!!
Terus senyap membisu hingga kini...

Penoreh getah dapat 80sen.. tak per, asalkan

Najib dapat RM2.6 bilion..
Konsultan Scorpene dapat RM137 juta..
Lembu kondo dapt RM250 juta..
AG Apandi kerja 'tak bergaji'...

Najib Razak...Tengok ni... Kata "U help me, I help u"...

Debat Mohd Asri dan Zamihan pada 17 Februari ini


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul AbidinMufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul AbidinMufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin setuju untuk mengambil bahagian dalam debat antara beliau dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin yang akan  dianjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan dijadual berlangsung di Dewan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 17 Februari ini.
 "Saya bukan hadir untuk diri saya, tetapi untuk mengelakkan kegusaran semua pihak yang dituduh dan dicerca tanpa alasan yang kukuh.
"Kita memerlukan pendekatan agama yang sederhana dan rasional dalam menghadapi dunia yang makin mencabar," katanya dalam satu catatan di Facebook.
Menurut Asri beliau akan cuba meluangkan masa untuk hadir pada debat itu bagi membahaskan isu ektremisme di Malaysia.
"Saya akan cuba adjust jadual saya,"
"Tajuk kita bukan soal furu fekah, tetapi Ektremism di Malaysia: satu diskusi. Saya alhamdulillah dengan rendah diri bersetuju hadir in sha Allah," tulisnya.
Asri berkata demikian sebagai respon daripada catatan di Facebook Shahidan bahawa Zamihan setuju untuk berdebat pada tarikh ditetapkan.
"Ustaz Zamihan dan Datuk Dr Asri boleh menjemput 50 orang peserta tiap-tiap seorang.
"Diskusi ini akan membuka ruang kepada umat Islam dan lain-lain pihak untuk memahami agama Islam dengan lebih dekat.

Bebaskan Anwar!

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru rakyat Malaysia mengimbau semula pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang genap setahun pada 10 Februari 2016.
Sesungguhnya peristiwa pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang merupakan peristiwa hitam yang tragis dalam sejarah politik dan perkembangan demokrasi negara yang kita cintai.
Anwar Ibrahim merupakan simbol dan lambang keberanian pemimpin yang sanggup mengambil segala risiko – hatta mengorbankan kebebasannya jasadnya – demi perjuangan membela hak rakyat dan menyanggah kezaliman elit pemerintah.
Anwar bebasTampak semakin jelas, dalam situasi negara yang terus-terusan dilanda krisis kepimpinan dan integriti yang mencemar reputasi rakyat Malaysia seantero dunia, pemimpin berjiwa besar yang sanggup mengenepikan kepentingan peribadi bagi menempuhi perit-jerih perjuangan bersama rakyat terbanyak semakin sukar dicari.
Justeru amatlah malang; di kala negara memerlukan lonjakan gergasi untuk segera keluar dari kemelut sosio-politik dan ekonomi yang kian mencengkam, pemimpin pejuang rakyat yang komitmennya telah diuji dan kualiti kepimpinan telah diiktiraf di peringkat antarabangsa di dibiarkan mendekam di penjara selama 5 tahun.
Anwar Ibrahim – tanpa ragu – merupakan seorang tahanan politik yang dipenjarakan secara arbitrari, yakni pemenjaraan salah yang dilakukan tanpa bersandarkan bukti yang kukuh.
Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Working Group on Arbitrary Detention – UNWGAD) telah sebulat suara mendapati Anwar dipenjarakan secara haram, dan melanggar undang-undang antarabangsa melalui Pendapat No. 22/2015:
“Pemenjaraan Saudara (Anwar) Ibrahim adalah arbitrari. . . mengambil kira semua hal dalam kes tersebut, Kumpulan Kerja ini berpendapat bahawa jalan untuk membetulkan keadaan adalah untuk membebaskan Saudara (Anwar) Ibrahim dengan serta merta, dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas oleh kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan”.
Pemenjaraan politik bukanlah sesuatu yang baru lagi menghairankan. Dalam apa pun nama sistem dan istilahnya dalam liku-liku sejarah peradaban manusiawi, hakikatnya tetap sama – bahawa wujud insan-insan tidak berdosa sepanjang zaman yang dihumbankan di balik jeriji dek pertuduhan palsu yang menjengkelkan dan dakwaan memualkan!
Hanya segelintir yang buta sejarah berani menafikan betapa undang-undang telah disalahgunakan oleh pemegang tampuk kekuasaan untuk memenjarakan secara zalim seteru politik dan para penentang yang lantang memperjuangkan prinsip kebenaran dan keadilan.
Demikianlah juga, hanya pemerintah yang telah tercabut rasa kemanusiaannya laksana Al Sisi dan Shekh Hasina yang tega memekakkan telinga dan memejamkan mata dan terus-terusan membelenggu musuh politik sementelahan dikutuk masyarakat bertamadun seantero dunia.
Walaupun demikian, ABIM berkeyakinan majoriti rakyat Malaysia masih punya ketinggian akalbudi, naluri kesedaran yang mendalam dan dhamir yang suci untuk mengakui hakikat bahawa Anwar Ibrahim merupakan mangsa politik keji konspirator yang sanggup menggunakan apa sahaja helah bagi mengaibkan dan merampas hak kebebasan seteru yang tidak dapat ditundukkan dalam gelanggang politik demoktratik secara budiman, adil dan saksama.
Pertuduhan dan sabitan kesalahan seksual ke atas beliau melalui kerahan dan sebaran propaganda lucah yang diarusperdanakan buat tontonan umum telah meninggalkan warisan memori yang memalukan khususnya buat generasi muda negara.

PAS boleh pecat Husam, kata Takiyuddin


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan atau dipecat daripada PAS.
Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata demikian bagi mengulas tindakan Husam yang kebelakangan ini dilihat banyak menghentam parti itu.
Memetik laporan Bernama, Takiyuddin berkata perkara itu kini dalam perhatian pihaknya.
"Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti," katanya.
Sementara itu Takiyuddin berkata PAS mengalu-alukan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakilinya.
Beliau berkata PAS tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan anggota AMANAH terdiri daripada kalangan bekas anggota PAS.
"(AMANAH) tak ada kena mengena dengan kita dan dia tak perlu nak 'consult' dengan kita pun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Tionghua Kelantan Datuk Chan Chia Ling.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili PAS.

Kerajaan Umno@BN guna institusi agama, Raja tutup kelemahan

Apabila tidak boleh memperalatkan institusi diraja tempatan, institusi Raja Arab Saudi menjadi sasaran
BN-ARAB-SAUDI
PETALING JAYA: Kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa menjadikan institusi agama dan Raja-Raja untuk meyelamatkan kedudukan mereka.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata pihak pemerintah cuba memperalatkan institusi Raja Arab Saudi, kononnya derma RM2.6 billion yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah dari keluarga diraja Arab Saudi.
“Dalam keadaan terdesak, terkini sebuah institusi diraja asing Arab Saudi telah diperalatkan. Kononnya ‘derma’ RM2.6 billion adalah dari keluarga diraja Arab Saudi.
“Yang perlu diingat institusi tersebut pada masa itu dikuasai oleh Almarhum Raja Arab Saudi yang telah mangkat. Orang putih kata ‘dead man tell no tales’, orang yang telah mati tidak boleh berhujah untuk pengesahan.
“Bagaimanapun seorang menteri kanan, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menyatakan beliau tidak berfikir RM2.6 billion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib bukan derma politik atau daripada pemerintah Arab Saudi.
“Beliau menyatakan bahawa wang tersebut adalah untuk satu pelaburan dan bukan derma. Siapa yang tidak bercakap benar dalam hal ini? Apabila tidak boleh memperalatkan institusi diraja tempatan, institusi Raja Arab Saudi menjadi sasaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH berkata, dengan tercetusnya pelbagai kontroversi melibatkan pemerintah, khususnya isu derma RM2.6 billion serta skandal 1MDB, reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa tercemar teruk.
“Tunku Abdul Rahman Putra telah mengharumkan nama negara dalam kalangan negara Islam sebagai pengasas dan peneraju Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC),Tun Mahathir dikagumi sebagai Perdana Menteri yang memodenkan ekonomi dan menjadi contoh kepada negara Islam yang sedang membangun.
“Tapi pentadbiran Najib menjerumuskan Malaysia ke dalam pelbagai kontroversi antarabangsa seperti isu skandal rasuah kapal selam Scorpene Perancis, pembunuhan Altantuya, derma RM2.6 billion daripada penderma Arab dan skandal antarabangsa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Switzerland, Singapura, Kepulauan Caymen, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat.

Dewan Ulama Pas percaya Khairuddin tiada niat

Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Dewan Ulama Pas Pusat percaya bahawa tindakan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian seperti dewa Cina dalam satu sambutan Tahun Baharu Cina di Sungai Buloh, semalam bukan bertujuan melanggar batasan agama.
Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain.
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, insiden itu juga dikesali pihaknya namun mereka yakin Khairuddin tidak berniat mempersendakan Islam.
“Kami mengharapkan kepada semua ahli-ahli Pas lebih berhemah dalam apa jua tingkahlaku yang membabitkan keagamaan agar ia tidak menimbulkan permasalahan dan fitnah kepada semua agama yang wujud dalam negara kita tercinta ini.
“Semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi dan kita harap segalanya diampunkan oleh ALLAH,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Khairuddin menyerahkan nasibnya kepada kepimpinan parti selepas memakai pakaian menyerupai dewa Cai Guo Jiu dalam satu majlis.
Menurutnya, beliau dimaklumkan pihak menjemputnya yang pakaian tersebut adalah pakaian maharaja Cina.

Cadangan Peguam Negara dilihat ‘gerun’, BN mungkin dilabel ‘buruk’

peguam negara 1
Cadangan Peguam Negara untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 dilihat 'gerun', BN mungkin dilabel 'buruk'.
KUALA LUMPUR, 9 Februari:
“Ia akhirnya akan menimbulkan rasa marah rakyat.”
Itu kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib ketika mengulas mengenai cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bagi meningkatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan rahsia kerajaan.
Memetik laporan Sinar Harian, Md Shukri berkata cadangan tersebut hanya akan memburukkan lagi imej Barisan Nasional (BN).
Malah, cadangan pindaan akta tersebut disifatkan sangat menggerunkan.
“Cadangan itu harus diteliti sebaik mungkin oleh kerajaan kerana pihak yang terima kecaman dan label buruk adalah parti yang memerintah (BN),” katanya.
Md Shukri berkata pindaan yang memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan memperlihatkan negara ini sebagai sebuah negara kuku besi.
Jelasnya, kerajaan perlu menghentikan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam suasana negara masih belum selesai dibadai polemik isu.
“Kalau diperhatikan, negara kita kini seolah-olah dilanda bah polemik dan persepsi terhadap imej kerajaan. Saya rasa jalan terbaik yang perlu diberikan perhatian adalah meredakan bah polemik ini,” katanya.
Dalam pada itu, Md Shukri turut mempersoalkan tindakan Mohamed Apandi yang seperti sengaja mahu mempromosikan cadangan tersebut kepada awam.
“Cukuplah sekadar membincangkan idea itu dalam kalangan pentadbir dan pihak berkaitan, tidak perlu bawa kepada media dan rakyat,” katanya.
Mengulas lanjut, Md Shukri berkata, tidak dinafikan tindakan membocorkan rahsia kerajaan atau negara adalah kesalahan serius di sisi undang-undang serta boleh mengancam keselamatan negara, tetapi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup adalah sesuatu yang berat.
“Jika nak ubah, tidak perlu kepada perubahan akta, sebagai contoh etika kewartawanan dan kebocoran maklumat itu yang perlu diperketatkan,” katanya.

Ahli Parlimen DAP kecam tindakan UM tutup mulut mahasiswa

Universiti Malaya digesa berhenti menutup mulut dan membantutkan pemikiran mahasiswa, sebaliknya harus memberi fokus kepada menaikkan mutu akademik mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2016. 
Universiti Malaya digesa berhenti menutup mulut dan membantutkan pemikiran mahasiswa, sebaliknya harus memberi fokus kepada menaikkan mutu akademik mereka.

Universiti Malaya (UM) perlu berhenti mengganggu pelajar yang berani bersuara, kata seorang ahli Parlimen pembangkang, selepas universiti tertua negara itu mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat aduan mengenai dasar Internet terbarunya.
Wakil rakyat Bukit Mertajam Steven Sim, yang juga alumni UM berkata, universiti itu perlu berhenti menutup mulut mahasiswa dan membantutkan pemikiran mereka, sebaliknya harus memberi fokus kepada menaikkan mutu akademik mereka.
Ini kerana, laporan daripada pihak bebas dan kerajaan mendedahkan, ramai pelajar Malaysia tidak dapat mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian di universiti.

"Dalam keadaan ini, sepatutnya para naib canselor dan pentadbir universiti yang dihadapkan ke prosiding tatatertib kerana gagal memenuhi amanah mereka terhadap anak-anak kita," kata Sim dalam satu kenyataan. Beliau mengulas laporan Malaysiakini.com yang prosiding tatatertib dimulakan terhadap 6 pelajar UM yang mengadu mengenai kuota Internet di kampus mereka.
Menurut laporan itu, pelajar didakwa itu didakwa melanggar peraturan universiti dengan mengadakan sidang akhbar Disember lalu tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.
Sim berkata, UM sepatutnya memberi perhatian kepada apa yang diadukan mereka dan bukannya cuba menutup mulut dan mengheret mereka untuk dihadapkan ke prosiding tatatertib.
"Jika mahasiswa tidak dibenarkan bersuara dan berfikir secara kritis termasuk terhadap pentadbir universiti, maka universiti kita menjadi sekadar kilang mengeluarkan robot," kata Sim.
Masalahnya pada hari ini, katanya, "robot" yang dihasilkan universiti ini pun tidak mendapat sambutan pasaran, katanya sambil menyenaraikan beberapa laporan yang menunjukkan trend ini.
Laporan Bank Dunia 2013 mendedahkan, satu antara 5 orang siswazah di Malaysia di bawah umur 25 tahun menganggur.

PAS anggap isu pakaian ala dewa cuma salah faham


Dewan Ulamak PAS menganggap isu pakaian menyerupai dewa melibatkan ADUN Paya Jaras Khairuddin Othman sebagai satu salah faham, kata timbalan ketuanya Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
"Dewan Ulamak PAS pusat merasakan ia berlaku bukanlah dengan tujuan melanggar batasan agama jauh sekali memperkecil serta mempersenda syariat Islam.
 "Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain," katanya pada kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu Dewan Ulamak PAS berharap semua ahli PAS lebih berhemah dalam apa jua tingkah laku membabitkan keagamaan agar tidak menimbulkan masalah dan fitnah kepada semua agama di negara ini.
"Semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi dan kita harap segalanya diampunkan oleh Allah SWT," kata Nik Muhammad.
Terdahulu, Khairuddin dilapor menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua di Wangsa Permai, Kepong dengan memakai pakaian ala 'maharaja China'.
Menurut Harakah Daily lagi, Khairuddin tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya itu menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.
Laporan itu memetik Khairuddin sebagai berkata persatuan penduduk Wangsa Permai memaklumkan ia adalah pakaian ala maharaja China.

TPPA : Kenapa kita nak jadi tali barut AS, soal Tengku Razaleigh


Tengku Razaleigh HamzahTengku Razaleigh HamzahAhli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak mengambil langkah untuk meneruskan perundingan kerjasama perniagaan dengan Amerika Syarikat (AS) melalui FTA berbanding Perjanjian Kerjasama Trans- Pasifik (TPPA).
Beliau berkata, dengan TPPA akan membuka ruang yang lebih luas kepada AS untuk melebarkan kuasa ekonomi dan pasaran buruh mereka ke negara terbabit TPPA dengan terbina syarikat multinational yang menawarkan peluang kepada rakyat tempatan dalam masa sama membawa masuk rakyat AS ke negara ini, seperti berlaku di negara China, India dan latin Amerika.
“Kenapa kita nak jadi tali barut dengan AS jika kita nak berniaga kita boleh berunding dengan mereka.
“Kenapa kita tidak boleh berunding dengan mereka jika mereka beri layanan yang baik pada satu negara lain, kenapa kita tidak boleh atas layanan sama untuk diberi kepada kita pula.

“Jika AS fikir kita adalah rakan dagang yang baik untuk mereka, sehingga kita pula buka peluang kepada syarikat-syarikat multinational AS yang ada di negara ini yang merasakan dasar dijalankan kerajaan atau cara dikendalikan oleh syarikat tempatan tidak secocok dengan cara mereka, maka mereka boleh membawa kes ini bukan di dalam mahkamah di negara kita, tetapi di mahkamah negara mereka untuk mendakwa kita kelak.
“Bagamana kita nak lawan mereka, dengan menguna penguam mereka untuk mempertahankan kedudukan kita di negara mereka.

“Ini yang saya tidak faham, saya tanya Mustapa (Datuk Seri Mustapa Mohamed -Menteri Miti) dia sendiri tak boleh jawab benda-benda macam ini,” ujar mantan Menteri Kewangan ini.
Tengku Razaleigh berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta mengenai TPPA ketika hadir dalam majlis suai kenal anjuran Ikatan Cendiakawan Kelantan (iCEK) di Taman Tun Dr. Ismail semalam.
Majlis ini dihadiri di kalangan pemimpin politik dari semua parti, NGO, ahli akademik dan profesional, di kalangan warga Kelantan.
Beliau juga memberitahu kerajaan dan rakyat perlu melihat TPPA dari setiap sudut kebaikan dan keburukan jika dilaksanakan di negara ini.

SENI AMPU DALAM UMNO

Kalau nak kekal lama jadi menteri, mesti tahu ukuran sedut cium tangan bos.

Tahu cara membodek bini bos merupakan satu kelebihan yang membuka peluang rekomendasi berbagai jawatan.

Jangan lawan cakap bos. Apa dia buat, setuju saja semua. Membodek mesti konsisten. Jika tak.. pendek umur!

Himpunan 365 setahun Anwar jadi tahanan politik hari ini

himpunan 365
Orang ramai diseru untuk bersama-sama dalam program Himpunan 365 sempena setahun Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tahanan politik.
Program itu diadakan pada hari ini (9 Februari) bertempat di Pintu Masuk Penjara Sungai Buloh bermula jam 8.00 malam.
Berikut adalah aturcara program itu:
7:30 malam : Kehadiran peserta dan jemputan
8:00 malam : Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah
9:00 malam : Doa, ucapan, deklamasi sajak, tayangan multimedia dan nyanyian lagu Negaraku
12:00 malam : Majlis bersurai
Lokasi acara : Waze: https://waze.to/lr/hw284ms7nx
Google: https://goo.gl/maps/txfoRCZmiL82

Pindaan OSA: Tindakan zalim, menakutkan rakyat dan pengamal media


Ketua Penerangan Perkasa  Hassan Basri Ketua Penerangan Perkasa Hassan Basri Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut senada dengan Pertubuhan Wartawan Nasional (NUJ) bahawa cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 adalah satu tindakan yang zalim dan satu cubaan untuk menakutkan masyarakat dan pengamal media daripada mendedahkan penyelewengan dan salahlaku sesetengah pihak.
Ketua Penerangan Perkasa, Hassan Basri berkata, usaha Peguam Negara untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 itu lebih menjurus kepada kebimbangan beliau tentang kesedaran dan terhakisnya keyakinan rakyat apabila terdedahnya dokumen dan maklumat yang membabitkan salahlaku dan penyelewangan.
"Perkasa melihat ada perkara yang tidak kena apabila Peguam Negara membangkitkan cadangan meminda OSA,bagi mengenakan hukuman yang lebih berat sehingga penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan kepada pesalah yang membocorkan maklumat termasuk pengamal media.

"Persoalannya apakah pendedahan maklumat tentang masalah tender dan perniagaan yang tidak mengikut peraturan, salahlaku rasuah, isu penyelewengan, penipuan dan sebagainya itu merupakan isu keselamatan negara," soalnya.
Kata beliau lagi, Perkasa melihat dan melahirkan kebimbangan isu keselamatan yang lebih besar ialah apabila rakyat bangkit dan memberontak untuk menzahirkan ketidakpuasan hati apabila ada usaha menutup dan melindungi maklumat penyelewengan melalui pindaan Akta Rahsia Rasmi tersebut.
"Sepatutnya Peguam Negara lebih berusaha untuk mempertahankan maklumat dan sumber dalam usaha mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus dibawah prinsip 'good governance' dan sekaligus menambahkan keyakinan rakyat," ujarnya.
"Perkasa juga menyokong dan sangat berharap supaya masyarakat dan pengamal media bersatu untuk mempertahankan 3 prinsip iaitu mempertahankan kebebasan melapur secara jujur dan telus, pertahankan hak mengulas dan menegur secara adil tanpa tekanan dan wajib menghormati dan memelihara hak sumber, ujarnya.

Pindaan OSA: Burukkan lagi imej BN, kata ahli akademik


Cadangan untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup adalah sesuatu yang berat.Cadangan untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup adalah sesuatu yang berat.Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bagi meningkatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan rahsia kerajaan, hanya akan memburukkan lagi imej pihak berkenaan dan BN.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib menyifatkan cadangan pindaan akta tersebut sangat menggerunkan.
"Ia akhirnya akan menimbulkan rasa marah rakyat. Cadangan itu harus diteliti sebaik mungkin oleh kerajaan kerana pihak yang terima kecaman dan label buruk adalah parti yang memerintah (BN)," katanya dipetik laporan Sinarharian hari ini.
Menurutnya, pindaan yang memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan memperlihatkan negara ini sebagai sebuah negara kuku besi.
Md Shukri berkata, kerajaan perlu menghentikan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam suasana negara masih belum selesai dibadai polemik isu.
“Kalau diperhatikan, negara kita kini seolah-olah dilanda bah polemik dan persepsi terhadap imej kerajaan. Saya rasa jalan terbaik yang perlu diberikan perhatian adalah meredakan bah polemik ini,” katanya.
Dalam pada itu, Md Shukri turut mempersoalkan tindakan Mohamed Apandi yang seperti sengaja mahu mempromosikan cadangan tersebut kepada awam.
“Cukuplah sekadar membincangkan idea itu dalam kalangan pentadbir dan pihak berkaitan, tidak perlu bawa kepada media dan rakyat,” katanya.

AMANAH khuatir kerusi PAS jatuh ke tangan Umno Selangor


Dakwaan bahawa Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu bertanding di semua kerusi PAS kerana ditolak oleh rakan sekutu mereka disifatkan sebagai tidak berasas.
Ketua Pemuda AMANAH Abbas Azmi berkata tidak timbul isu mereka tidak diberi laluan untuk bertanding di kerusi milik PKR dan DAP pada pilihan raya umum akan datang.
"Seperti yang telah dinyatakan oleh pengerusi AMANAH Selangor, AMANAH mengambil tanggungjawab di dalam permuafakatan politik Pakatan Harapan di mana PAS bukan komponennya.
 "Maka selayaknya AMANAH mengambil alih kerusi PAS itu kerana dikhuatiri kerusi tersebut boleh bertukar tangan kepada Umno-BN pada PRU yg akan datang," kata Abbas dalam kenyataannya kepada Malaysiakini.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad semalam mendakwa Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak mendapat laluan untuk bertanding di kerusi yang dimiliki PKR dan DAP.
Iskandar berkata disebabkan itu AMANAH berhasrat untuk bertanding di semua kerusi DUN dan parlimen milik PAS pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Malah, Exco kerajaan negeri Selangor itu mendakwa PKR dan DAP telah mengeluarkan kenyataan yang keras serta menghina AMANAH bagi mengelakkan kerusi mereka terlepas kepada parti baru itu.
Mengulas lanjut, Abbas berkata fokus AMANAH dan PH kini adalah untuk menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya akan datang.
Justeru, tegas Abbad kekuatan PH perlu digembeleng keseluruh negeri Selangor.

Pengerusi PAC kata panggil ramai saksi akan lambatkan laporan 1MDB


Lebih ramai saksi dipanggil untuk memberi keterangan dalam jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan melambatkan pembentangan laporan mengenai 1MDB di parlimen.
Pengerusi PAC, Datuk Hassan Arifin berkata PAC bercadang membentangkan laporan tersebut pada sidang dewan rakyat akan bermula Mac hingga April ini.
Namun sekiranya ahli PAC bersetuju untuk memanggil lebih ramai saksi, beliau berkata ia terpulang kepada jawatankuasa itu untuk membuat keputusan.
"Tetapi yang pasti, ia boleh melambatkan proses rumusan sekaligus menyebabkan hasrat saya dan PAC untuk membentangkan Laporan PAC berhubung Pengurusan Kawalan Urus Tadbir 1MDB dalam sesi Parlimen akan datang tidak akan tercapai," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon kenyataan anggota PAC Tony Pua mengenai keperluan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi memberi keterangan.
Menurut Hasan, semua maklumat dan jawapan yang diberikan Pengerusi 1MDB sudah cukup untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat rumusan terhadap urus tadbir syarikat pelaburan negara itu.
"Ia disebabkan segala isu ketika Mohd Hazem menjadi CEO 1MDB sudah dijawab Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin ketika prosiding pada 19 dan 20 Januari lalu.
"Saya berpandangan sebagai pengerusi 1MDB, beliau bertanggungjawab untuk mengetahui secara mendalam operasi syarikat.
"Sehubungan itu, semua maklumat dan jawapan yang diberikan Pengerusi 1MDB sudah mencukupi untuk PAC membuat rumusan berhubung dengan urus tadbir 1MDB," ujarnya.
Kelmarin Hassan mengumumkan dua individu terakhir akan tampil memberi keterangan kepada PAC pada 11 dan 12 Februari ini. Mereka ialah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Sultan, Raja dan Undang penentu mutlak pemahaman Islam di Malaysia

Kawalan pemahaman Islam dalam kalangan umat Islam berterusan bergantung kecenderungan Raja-Raja di negeri masing-masing.
Islam
Larangan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 15 penceramah lain mengadakan ceramah dan kuliah agama di Johor mencetuskan polemik tersendiri.
Larangan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) membangkitkan persoalan dalam kalangan umat Islam di negara ini kerana tidak pernah dalam sejarah moden Malaysia, seseorang mufti dilayan sedemikian rupa.
Susulan larangan itu, Mufti Perlis bertikam lidah dengan ulama yang dikatakan tidak sealiran dengannya iaitu, Zamihan Mat Zin yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA).
Ketika dua golongan ulama ini saling melempar tuduhan sesama sendiri, tetiba Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dilihat mengambil langkah sama apabila mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan ke atas kariah masjid dan surau jika menjemput penceramah tanpa kebenaran JAIPk.
Kisah yang berlaku mutakhir ini menunjukkan bahawa pergeseran antara ulama sehingga membabitkan pihak berkuasa agama bukan perkara baharu dalam Dunia Islam dan ia sentiasa berlaku, malah sudah berlarutan sejak lebih 1,000 tahun lalu.
Ini kerana ilmu teologi Islam itu berkembang sejajar dengan peredaran masa dan tafsiran demi tafsiran dibuat terhadap ayat Allah SWT dalam kitab suci al-Quran serta hadis Rasulullah SAW.
Perkembangan ilmu Islam diinisiatifkan oleh golongan ulama daripada pelbagai aliran fahaman Islam turut dibantu dengan keadaan politik semasa, yang mana bergantung kepada sikap pemerintah atau Raja terhadap golongan ulama itu sendiri.
Perkara ini berlaku di hampir semua wilayah Islam, termasuk Alam Melayu apabila Sultan atau Raja atau Penghulu (Undang) menjadi kuasa pemutus dalam perkara berkaitan Islam di wilayah kekuasaan masing-masing.
Malah, di Tanah Minangkabau pernah wujud satu perjawatan Raja yang dinamakan Raja Ibadat, khusus untuk menjaga hal ehwal agama Islam dan memantau ulama daripada pelbagai aliran fahaman atau tafsiran.
Apabila ditanya, sampai bila pemahaman umat Islam disekat, dikongkong atau dikawal? Jawapannya kawalan itu akan sentiasa ada berdasarkan kepada kecenderungan Raja-Raja terhadap sesuatu fahaman Islam itu.
Kita bagi contoh, Khalifah Al Makmun ketika zaman Dinasti Abbasiyah di Baghdad mempunyai sikap yang condong kepada aliran Muktazilah. Zaman itu, ulama Muktazilah mendapat tempat di sisi pihak berkuasa agama di Baghdad.
Begitu juga ketika zaman Kesultanan Acheh, pergeseran antara ulama Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud, di mana Sultan Acheh, Sultan Iskandar Thani cenderung kepada aliran Wahdatul Syuhud dan ulama Wahdatul Wujud diisytiharkan sesat, mengelirukan dan sebagainya.
Di Malaysia juga begitu, sikap Raja-Raja terhadap fahaman dan aliran agama Islam banyak mencorakkan pergerakan dakwah dan perkembangan ilmu oleh ulama Islam yang mempunyai banyak cabang pemikiran.

2015: Kerugian TH diunjur RM3.14 bilion, kata Rafizi


Rafizi RamliRafizi Ramli Kedudukan rizab Lembaga Tabung Haji (TH) diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 iaitu dua tahun berturut-turut rizab TH mengalami defisit, selaras dengan peringatan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, kata Naib Presiden PRK, Rafizi Ramli.
Defisit rizab TH bagi tahun kewangan 2015 diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.195 bilion. Rizab yang negatif bermakna TH tidak berkeupayaan memulangkan semua simpanan pendeposit jika dituntut serentak oleh pendeposit.
Dalam satu kenyataan  beliau menerangkan, keuntungan RM3.53 bilion yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir pada 4 Februari 2016 lalu tidak mengambil kira kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti yang dipegang TH sebagai pelaburan.
Memandangkan prestasi Bursa Kuala Lumpur jatuh mendadak sepanjang tahun 2015, kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.14 bilion.
Jika kerugian akibat kejatuhan harga saham mencecah paras tersebut, ia boleh menghapuskan keuntungan yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir.
TH membayar bonus melebihi keuntungan yang dijana pada tahun-tahun 2012 dan 2014. Bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 (yang dibayar pada awal 2013) besar kemungkinan dakwanya bermotifkan pilihanraya.
Bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 (yang dibayar pada awal 2015) disyaki berlatar belakangkan krisis 1MDB bila mana pihak berkuasa perlu meyakinkan rakyat bahawa masalah kewangan 1MDB tidak mempunyai kesan kepada pasaran kewangan tempatan.
"Adalah sangat penting bagi pendeposit dan rakyat tahu bahawa pengumuman bonus tahunan 5 peratus dan bonus haji 3 peratus bukanlah bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji adalah kukuh. Tambahan pula ia terlibat dalam beberapa pelaburan yang mendatangkan kerugian besar dan kebelakangan ini terlibat dengan 1MDB," ujar Ahli Parlimen Pandan ini.

Skandal 1MDB: Tiada keperluan panggil Zeti, Mohd Azim, kata Pengerusi PAC


Pengerusi PAC Datuk Hassan AriffinPengerusi PAC Datuk Hassan AriffinTidak ada keperluan bagi Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Azizi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd. Hazem Abdul Rahman dalam prosiding terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin berkata, segala isu ketika Mohd. Hazem menjadi CEO 1MDB sudah dijawab oleh Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin ketika prosiding pada 19 dan 20 Januari lalu.
Katanya, sebagai Pengerusi 1MDB, Lodin bertanggungjawab untuk mengetahui secara mendalam operasi syarikat.
Sehubungan itu, semua maklumat dan jawapan yang diberikan Pengerusi 1MDB sudah mencukupi untuk PAC membuat rumusan berhubung dengan urus tadbir 1MDB.
"Saya sudah memaklumkan pada prosiding PAC lepas bahawa prosiding membabitkan Tan Sri Bakke Salleh dan Datuk Shahrol pada 11 dan 12 Februari ini adalah yang terakhir di bawah tajuk Pengurusan Kawalan Urus Tadbir Syarikat 1MDB.
"Ia memandangkan prosiding membabitkan syarikat 1MDB ini sudah berlarutan lama sejak Mei 2015 dan mengikut kefahaman serta perkiraan saya, maklumat yang diterima daripada sembilan prosiding sebelum ini, sudah mencukupi untuk PAC membuat rumusan yang objektif, telus dan adil," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, apabila Ketua Audit Negara telah membentangkan laporan akhirnya kepada PAC, mana‐mana perkara dan maklumat yang perlu jawatankuasa ini dapati, PAC akan mengarahkan Jabatan Audit Negara untuk menyusuni dan mendapatkan fakta tersebut sebagai tambahan lagi.
Hasan berkata, Ketua Audit Negara akan membentangkan Laporan Akhir Pengauditan Terhadap 1MDB pada 24 serta 25 Februari ini dan sudah pasti PAC memerlukan masa untuk meneliti selain menilai laporan akhir berkenaan.

Reputasi Malaysia tercemar teruk


Pihak Kerajaan yang berkuasa selalu menggunakan beberapa institusi utama untuk kepentingandan menyambung hayat mereka- survival.
Institusi agama, pertubuhan kaum Melayu dan Institusi Raja-Raja pernah dijadikan penyambung hayat mereka dalam keadaan yang diperlukan. Dalam keadaan terdesak, terkini sebuah Institusi Diraja Arab Saudi telah diperalatkan. Kononnya "derma" RM 2.6 bilion adalah dari keluarga Diraja Arab Saudi.
Untuk makluman, institusi tersebut pada masa itu dikuasai oleh Almarhum Raja Arab Saudi yang telah pun mangkat. Orang puteh kata "Dead Man Tell No Tales" (Orang yang telah mati tidak boleh berhujah untuk pengesahan).
Bagaimanapun seorang menteri kanan, Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir menyatakan beliau tidak berfikir RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib bukan derma politik daripada Kerajaan Arab Saudi. Beliau menyatakan bahawa wang tersebut adalah untuk satu pelaburan dan bukan derma.
Siapa bercakap benar?
Siapa yang tidak bercakap benar dalam hal ini? Apabila tidak boleh memperalatkan institusi diRaja tempatan, institusi diRaja Arab Saudi menjadi sasaran.
Satu harapan diletakkan agar Majlis Raja Raja akan menimbulkan lagi isu 1MDB pada mesyuarat mereka pada bulan ini kerana teguran mereka pada bulan Oktober lepas tidak diendahkan oleh pihak kerajaan pemerintah.
Penafian menteri luar Saudi terhadap kenyataan Datuk Seri Najib meletakkan Raja-Raja Melayu dalam keadaan serba salah untuk memperbetulkan situasi kerana hubungan keluarga diRaja Arab Saudi dan Raja-Raja Melayu perlu dipelihara.
Setiap kali Raja-Raja Melayu ke tanah suci mereka akan menjadi tetamu Raja Saudi. Hubungan baik di antara dua keluarga diraja ini perlu di jaga dan dipelihara.
Kalau Institusi diraja tidak boleh digunakan untuk menutup isu ini, adakah isu agama atau perkauman pula akan di bangkitkan? Isu Wahabi atau isu Bangsa Arab memusuhi dan menjejas maruah Melayu pula?
Adakah pihak ultra perkauman Melayu akan menuduh Arab dari Saudi menghina maruah Najib Razak sebagai seorang Melayu dengan menderma RM 2.6 bilion, dan kerana itulah sebahagiannya telah dipulangkan kembali! Inilah senario luar biasa yang mungkin kita hadapi di Malaysia!
Apa yang pasti ialah reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa telah teruk tercemar dengan isu derma RM 2.6 bilion serta skandal 1 MDB.
Kejutan masyarakat antarabangsa
Tunku Abdul Rahman telah mengharumkan nama negara di kalangan negara Islam sebagai pengasas dan peneraju O.I.C.

Badan hak asasi minta Obama gesa Najib bebaskan Anwar

Sebuah badan hak asasi manusia antarabangsa menyeru Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menggunakan sidang kemuncak AS-Asean yang akan datang untuk menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara dan menggugurkan semua tuduhan ke atasnya yang bermotifkan politik.
Human Rights Watch (HRW) berkata, jemputan kepada Najib untuk menghadiri sidang kemuncak itu, yang akan diadakan di Amerika Syarikat (AS) minggu depan, menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat sivil Malaysia.
"Presiden Obama tidak boleh berurusan seperti biasa dengan Najib pada sidang kemuncak AS-Asean itu," kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW di Asi, dalam satu kenyataan hari ini sempena memperingati ulang tahun pertama pemenjaraan Anwar esok.

"Ia akan menjadi satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia jika Obama tidak secara terbuka menggesa Anwar dibebaskan. "Begitu juga, segala tuduhan bermotifkan politik atas kesalahan menghasut dan jenayah lain, yang dihadapi begitu ramai aktivis Malaysia hari ini, harus digugurkan."

Ego antara PAS dan Amanah

Rasyid Mansoor


PAS yang dahulu adalah parti terbaik di kalangan semua parti Pakatan Rakyat (PR). Itu pandangan saya. Tetapi tidak kini.
Mana-mana parti pun akan menjadi semakin lemah jika berlaku perpecahan di kalangan pemimpin dan ahli. Hanya PAS sahaja yang ingin menentang penilaian ini dengan menegaskan ia semakin kuat selepas lahirnya parti pecahannya Parti Amanah Negara (Amanah).
Amanah adalah parti yang lahir selepas kelompok pengasasnya gagal menguasai PAS melalui pemilihan parti pada 2015.

Mereka adalah golongan yang kecewa terhadap apa yang berlaku dalam PAS tetapi mereka kerap menafikannya. Itu adalah contoh sikap ego yang wujud di kalangan pemimpin parti Islam.
Perlukah ego menjadi sebahagian daripada ciri-ciri kepimpinan parti Islam? Soalan yang masing-masing sedar dan tahu jawapannya.
Sama ada PAS atau Amanah, ego menjadi antara faktor utama sebagai penghalang kepada pembangunan parti dan peningkatan keahlian.
Ego pemimpin PAS kini, bukan bermula selepas wujudnya Amanah, bahkan sebelum parti itu berpecah.
Bermula ketika penyertaan PAS dalam PR cuba dinilai semula, kemudian serangan demi serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR sehingga berlaku pertikaman lidah antara mereka dan pemimpin utama DAP.
Apabila muncul reaksi dan pendirian berbeza dalam kepimpinan utama PAS pada 2014, ego-ego itu makin melonjak-lonjak. Terbuka. Di hadapan lensa kamera dan rakaman media. Baik jemaah kecik A mahupun jemaah kecil B.
Bermula di situ, sering kali jalan keluar menjadi resolusi akhir. "Jika tidak boleh bersama sila keluar membawa haluan sendiri". Begitu mesejnya.

Pakatan Rakyat hanya sejarah

Jika ada pemikiran sesetengah ahli politik di Malaysia, terutama di Selangor, Pakatan Rakyat (PR) – bukan Pakatan Harapan – kononnya masih hidup dan akan terus mewarnai masa depan politik negara ini, maka pemikiran atau ramalan seperti itu wajar dihentikan.
Pemikiran seperti ini yang datang dari beberapa pihak, termasuklah di kalangan pengkaji politik yang membuat tinjauan umum, gagal membaca realiti politik yang ada sekarang.
Tinjauan tidak munasabah ini hanya berasaskan pemikiran yang lemah, tidak relevan, bertentangan dengan suasana politik masa kini dan akan datang.

Secara logik, realiti yang ada dan wujud sekarang ialah Pakatan Harapan, yang terdiri daripada PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP. Inilah akar tunjang pakatan baharu pembangkang yang akan berdepan dengan Umno/Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya utama (PRU) akan datang, bukan PR. Dari itu, tidak boleh sama sekali premis PR masih dijadikan asas kepada senario politik masa depan negara, khususnya di Selangor.
Walaupun baru berumur 5 bulan, Amanah berkembang pesat di seluruh negara dan akan mengambil peranan penting dalam mendukung keutuhan Pakatan Harapan.
Tidak syak lagi ia akan memberi input yang bermakna dalam memperkukuh pakatan baharu pembangkang ini.
Memang tidak boleh dinafikan PR dahulu yang dianggotai PKR, PAS dan DAP mencapai kejayaan cemerlang, terutama dalam PRU yang lalu diseluruh negara.
Namun nasib malang menimpanya apabila penghujung sejarahnya ditandai titik hitam. Sebabnya tidak payah lagi diulang kerana semuanya maklum.
Yang wajar difikirkan ialah kesilapan, kelemahan dan kekurangan dalam PR dulu itu di mana tidak boleh lagi berulang dalam Pakatan Harapan. Lebih-lebih lagi ia memeterai piagam 7 perkara wajib dipatuhi semua komponennya.
Ini bermakna tidak akan ada lagi "keputusan sendiri" di belakang tabir di antara parti dalam Pakatan Harapan itu.
Seperti yang saya katakan di atas tadi, premis PR dulu itu tidak boleh lagi dijadikan asas dalam mengukur sokongan terhadap sesuatu parti atau calonnya.
Lebih-lebih lagi kedudukan di Selangor, negeri yang majoriti pengundinya adalah pengundi bandar atau semi-bandar, kecuali di sebelah utara dan selatan.
Kebanyakan calon yang menang di Selangor dalam PRU yang lalu ialah dengan majoriti kecil, di mana pengundi bukan Melayu – dalam kebanyakan kawasan Parlimen dan DUN – memberikan sokongan kepada calon daripada komponen PR. Tanpa sokongan mereka, calon daripada komponen tersebut, ketika itu, sukar menang. Ini realiti demografi pengundi dalam PRU lalu.
Oleh itu, suasana yang ada sekarang, dengan berakhirnya PR, digantikan dengan Pakatan Harapan, maka segalanya berubah.
Sebarang perkiraan berdasarkan andaian dalam PRU yang lalu akan hanya berakhir dengan kekecewaan.
Maka, sekali lagi saya mengatakan, sebarang kaji selidik – daripada pihak manapun datangnya – mestilah berdasarkan realiti dan mood politik yang ada sekarang, bukan masa lalu.
Di sinilah saya melihat, Amanah mendapat momentum yang menjadikannya sebagai parti yang sangat cepat berkembang.

Propaganda kerajaan Umno@BN tak mampu perbaiki reputasi Malaysia, kata bekas duta

 Usaha Putrajaya membawa agenda kerajaan dalam media luar negara yang dilakukan pegawai-pegawainya hanya akan diterima baik ahli Umno dalam negara tetapi tidak oleh orang lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2016.  
 Usaha Putrajaya membawa agenda kerajaan dalam media luar negara yang dilakukan pegawai-pegawainya hanya akan diterima baik ahli Umno dalam negara tetapi tidak oleh orang lain.

Putrajaya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang menghadapi serangan hebat yang tidak pernah berlaku sebelum ini di tengah-tengah laporan antarabangsa yang negatif berhubung skandal kewangan di negara ini, kata seorang bekas duta.
Dennis Ignatius, yang bertugas dengan perkhidmatan luar negara Malaysia selama lebih 3 dekad berkata, kekecewaan di peringkat antarabangsa kini makin meningkat akibat hala tuju yang diambil Malaysia.
Beliau berkata, liputan media yang negatif tidak baik untuk ekonomi negara dan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara sederhana, stabil dan progresif kini hancur, akibat kelakuan pemimpin yang hanya mengutamakan kuasa peribadi dan kepentingan diri.

"Hari ini, kita dilihat sebagai korup, tidak demokratik, tidak stabil dan mundur, sebuah negara yang menuju ekstremisme dan tiada toleransi," bekas duta ke Kanada itu memberitahu The Malaysian Insider melalui emel. Mengulas mengenai menteri tertentu dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) Datuk Ahmad Rasidi Hazizi yang mempertahankan Putrajaya susulan liputan negatif mengenai pelabur negara sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang diterima Najib, Ignatius berkata, walau satu laporan dibuat pihak media seperti Bloomberg atau Financial Times (FT), ia lebih serius dan meninggalkan kesan berbanding "100 orang duta yang menjaja propaganda kerajaan".
Ignatius, yang juga pernah berkhidmat sebagai duta ke Chile dan Argentina, berkata Rasidi boleh membawa agenda kerajaan dalam suratnya kepada akhbar British, tetapi ia hanya akan diterima baik ahli Umno dalam negara, tidak oleh orang lain.
Ahli politik hari ini, katanya, bercakap untuk memikat hati masyarakat tempatan tetapi bukan untuk memenangi hujah di luar negara.
Berikut adalah petikan daripada temu bual melalui emel itu.
TMI: Perhatian antarabangsa yang dialami Malaysia sekarang, adakah ia pernah berlaku sebelum ini?
Ignatius: Sepanjang berdekad saya sebagai diplomat, duta dan pengulas politik, saya tidak pernah melihat tahap penelitian yang sebegini sebelum ini, bukan sahaja oleh media antarabangsa tetapi juga kerajaan yang lain. Tak pernah sekalipun Malaysia terus-terusan menerima liputan media yang teruk, ulasan negatif, kritikan tajam seperti ini.
Ia lebih dahsyat daripada kritikan yang diterima apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, dan itu sahaja pun sudah memang teruk.
Saya fikir, kekecewaan dunia terhadap Malaysia kini semakin meningkat kerana hala tuju ang diambilnya. Selama bertahun-tahun, masyarakat antarabangsa bersedia untuk memberi kepercayaan kepada kerajaan, walaupun dengan begitu banyak dasar yang boleh dipersoalkan, kerana ia melihat Malaysia sebagai rakan yang ada nilainya, atau mungkin ia berharap kerajaan satu hari nanti akan sedar dan membetulkan keadaan.
Sekarang, ada kekecewaan dan rasa semakin tidak sabar dengan keengganan kerajaan melakukan apa yang patut dilakukan untuk memperbaiki dirinya. Kita menjadi liabiliti kepada rakan dan jiran kita, sesuatu yang memalukan.
TMI: Pada masa lalu, bagaimana kerajaan Malaysia bertindak balas kepada perkara-perkara seperti itu, adakah ia dilakukan melalui duta Malaysia atau saluran lain? Ketika ini kita ada menteri yang mengeluarkan kenyataan terhadap laporan asing tertentu, seperti Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan dalam kes laporan FT, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK menulis kepada FT tanda protes.
Ignatius: Sudah tentu, duta dijangka mempertahankan kerajaan di hadapan negara tuan rumah mereka dan apabila bercakap dengan media asing. Ia sememangnya bukan satu tugas mudah, termasuk pada ketika yang baik. Para duta boleh cuba memutarkan kebenaran – bukankah Lord Acton pernah berkata, duta ialah seorang yang jujur, dihantar ke luar negara untuk berbohong bagi pihak negaranya?
Tetapi setakat mana sahaja yang mereka boleh lakukan, terutamanya apabila berita dari negara mereka sendiri begitu membinasakan, apabila keadaan sebenarnya begitu menambat perhatian dan apabila kerajaan sendiri mengelak dan tidak meyakinkan.
Dalam mana-mana kes pun, satu laporan akhbar seperti Bloomberg atau FT lebih bermakna dan memberi kesan daripada 100 duta yang menjaja propaganda kerajaan.
Strategi menyelamatkan diri daripada liputan media negatif dengan mengupah firma perhubungan awam (PR) yang licik untuk memaparkan cerita-cerita yang "feel good" di media asing sudah pasti memakan diri. Kebanyakan media Barat kini berhati-hati dengan orang PR seperti itu walaupun mungkin masih ada wartawan yang tidak bertanggungjawab yang sanggup memusingkan kebenaran untuk wang.
Dan jangan lupa, kini jauh lebih sukar bagi kerajaan untuk memutarbelitkan fakta dengan adanya Internet dan perkara seperti Facebook dan Twitter.
Berita tempatan menjadi global dalam sekelip mata; pendapat terbentuk dan kesimpulan dibuat berdasarkan kaitan dalam kumpulan masing-masing yang amat sukar untuk diubah. Kerajaan yang tidak demokratik sememangnya takut dengan Internet dan berusaha mengawalnya.
Oleh itu, pesuruhjaya tinggi kita di London boleh membawa agenda kerajaan semahunya dengan menulis surat kepada FT dan akhbar-akhbar British yang lain, tetapi jelas, siri skandal yang menggoncang kerajaan kini tidak mampu diputar belit sesiapa. Surat beliau mungkin diterima baik ahli Umno dalam negara tetapi akan ditolak hampir setiap orang lain.
Sudah tentu, ia tidak membantu apabila menteri-menteri kita juga tidak menjaga mulut mereka dan bercakap mengarut. Tetapi anda harus faham, menteri-menteri ini tidak memikirkan mengenai reaksi dari luar; mereka bergelut meyakinkan penyokong mereka sendiri dan kawasan mereka.
Mereka tahu mereka tidak boleh berharap untuk meyakinkan kerajaan lain atau media antarabangsa; apa yang mereka boleh lakukan adalah cuba untuk tidak tunduk kepada tekanan di tempat paling penting kepada mereka, iaitu dalam negara.

Hukum pemberi maklumat bawah OSA ‘tidak seimbang’, kata bekas peguam negara

 Tan Sri Abu Talib Othman meminta Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menimbangkan semula cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) demi kepentingan negara dan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2016. 
Tan Sri Abu Talib Othman meminta Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menimbangkan semula cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) demi kepentingan negara dan rakyat.

Cadangan penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan terhadap mereka yang membocorkan rahsia negara di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) adalah "tidak seimbang" dengan kesalahannya, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.
Cadangan pindaan itu juga bercanggah dengan amalan dunia yang menuju ke arah ketelusan dan keterbukaan, kata Abu Talib.
Walaupun beliau setuju sedikit sekatan perlu dikenakan berhubung kebocoran maklumat, atas nama kepentingan negara, namun beliau meminta Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menimbangkan semula cadangan pindaan itu.

"Ia tidak seimbang. Apa pandangan dunia nanti. Saya merasakan beliau perlu menimbang semula demi kepentingan negara dan rakyat. "Hukuman itu tidak seimbang dengan bentuk kesalahan itu," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata ia juga tidak konsisten dengan hakikat yang semua orang mempunyai hak untuk tahu.
"Di seluruh dunia, semua orang bergerak ke arah lebih ketelusan. Dan rakyat perlu diberi hak untuk tahu apa yang berlaku.
"Jadi cadangan itu, saya rasa perlu dipertimbangkan sebaik-baiknya dalam konteks hak rakyat untuk tahu."
Beliau bagaimanapun menggesa rakyat tidak memandang serius cadangan Apandi kerana ia masih perlu diputuskan Kabinet sebelum kemudiannya dibawa ke Parlimen.
Sementara itu, menteri Kabinet, Datuk Paul Low turut bersetuju dengan Abu Talib, penjara seumur hidup kerana membocorkan maklumat bawah OSA adalah keterlaluan.
"Ia tidak boleh disamakan seperti membunuh. Satu-satunya pengecualian, mungkin jika ia berkaitan pengintipan, atau membocorkan rahsia yang membahayakan nyawa orang ramai dan keselamatan negara.

Cadangan Peguam Negara ‘menggerunkan’

Mohamed Apandi Ali
SHAH ALAM - Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bagi meningkatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan rahsia kerajaan, hanya akan memburukkan lagi imej pihak berkenaan dan  BN.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib menyifatkan cadangan pindaan akta tersebut sangat menggerunkan.
"Ia akhirnya akan menimbulkan rasa marah rakyat. Cadangan itu harus diteliti sebaik mungkin oleh kerajaan kerana pihak yang terima kecaman dan label buruk adalah parti yang memerintah (BN)," katanya.
Menurutnya, pindaan yang memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan memperlihatkan negara ini sebagai sebuah negara kuku besi.
Md Shukri berkata, kerajaan perlu menghentikan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam suasana negara masih belum selesai dibadai polemik isu.
“Kalau diperhatikan, negara kita kini seolah-olah dilanda bah polemik dan persepsi terhadap imej kerajaan. Saya rasa jalan terbaik yang perlu diberikan perhatian adalah meredakan bah polemik ini,” katanya.
Dalam pada itu, Md Shukri turut mempersoalkan tindakan Mohamed Apandi yang seperti sengaja mahu mempromosikan cadangan tersebut kepada awam.
“Cukuplah sekadar membincangkan idea itu dalam kalangan pentadbir dan pihak berkaitan, tidak perlu bawa kepada media dan rakyat,” katanya.
Mengulas lanjut, Md Shukri berkata, tidak dinafikan tindakan membocorkan rahsia kerajaan atau negara adalah kesalahan serius di sisi undang-undang serta boleh mengancam keselamatan negara, tetapi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup adalah sesuatu yang berat.
“Jika nak ubah, tidak perlu kepada perubahan akta, sebagai contoh etika kewartawanan dan kebocoran maklumat itu yang perlu diperketatkan,” katanya.

Berpakaian maharaja China: Khairuddin akur keputusan Majlis Syura


 Gara-gara berpakaian ala maharaja China ketika menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina, ADUN PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata beliau bersedia dan terbuka untuk menerima apa sahaja pandangan dan keputusan Majlis Syura Ulamak (MSU) terhadap tindakannya itu.
Menurut media rasmi PAS, Harakah Daily, Khairuddin mengakui kesilapannya dan menyerahkan segala keputusan terhadap tindakan itu kepada kebijaksanaan pimpinan PAS pusat dan MSU.
Menurut Harakah Daily, ketika menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua di Wangsa Permai, Kepong beliau memakai pakaian maharaja China kerana menganggap ia adalah pakaian budaya masyarakat Cina dan tidak ada kena mengena dengan agama kaum tersebut.
Menurut Harakah Daily lagi, Khairuddin tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya itu menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.
Laporan itu memetik Khairuddin sebagai berkata persatuan penduduk Wangsa Permai memaklumkan ia adalah pakaian ala maharaja China.
"Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama mereka," Khairuddin dipetik sebagai berkata.
Menurut Harakah Daily lagi, bagi menghormati majlis dan budaya bangsa lain, beliau tidak menolak permintaan daripada persatuan penduduk Wangsa Permai.
"Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukan saya. Sekiranya saya bersalah dari segi hukum,saya mohon keampunan kepada Allah SWT dan saya mohon maaf kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS khususnya di Selangor atas kesilapan saya ini.
"Saya yakin dan percaya PAS dipimpin oleh kepimpinan ulama dan mereka lebih maklum dari segi hukum dalam masyarakat majmuk seperti Selangor. Apa pun pandangan nanti, saya terima, insya-Allah," Harakah Daily memetik Khairuddin sebagai berkata.

Sampai bila mahu kawal pemahaman umat Islam?

Kawalan dibimbangi akan mengenepikan budaya berfikir dan mengecilkan skop agama kepada tatacara upacara keagamaan semata.
Maszlee Malik
GOMBAK: Sampai bila pihak berkuasa agama mahu mengawal pemahaman umat Islam Malaysia terhadap agama mereka sendiri, soal pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) melarang sejumlah 16 penceramah bebas, termasuk Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, daripada memberikan ceramah di negeri itu.
Menurut Maszlee, umat Islam di negara ini sudah terlalu lama dipaksa mengikut pemahaman agama yang dipegang pihak berkuasa hingga menyebabkan hilangnya kepelbagaian tradisi keilmuan Islam yang terhasil daripada wacana.
“Ia mencetuskan sisi pandang yang sempit tentang Islam,” kata Maszlee dalam wawancara bersama FMT, “dan lebih malang apabila skop agama dikecilkan kepada ritual semata-mata. Walhal ia terbuka kepada banyak pendapat, sebab itu ada banyak mazhab.”
Dalam syor yang dikeluarkan oleh MAIJ itu, Mohd Asri didakwa mengelirukan umat Islam selain tidak sealiran dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Maszlee menegaskan MAIJ sepatutnya memberi peluang kepada 16 penceramah itu memberi penjelasan terlebih dahulu.
“Apa pun perbezaan pandangan perlu diselesaikan dengan dialog. Pada masa sama ia dapat mendidik masyarakat untuk lebih berfikir.
“Saya risau apabila pengamalan agama tidak disertai dengan budaya untuk berfikir dan menerima kepelbagaian. Akhirnya Islam sendiri dipandang jelek oleh golongan lain,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dilihat mengambil langkah sama apabila mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan keatas kariah masjid dan surau jika menjemput penceramah tanpa kebenaran JAIPk.

Perlantikan Bashah isyarat pendidikan kurang penting – Kadir

Takkan dari berpuluh-puluh ribu graduan, tidak ada seorang yang masuk UMNO dan layak jadi Menteri Besar?
kadir-jasin,bashah
KUALA LUMPUR: Perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah meskipun tidak berpelajaran tinggi bercanggah dengan peri penting pendidikan yang ditekankan kerajaan, tegas tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin.
Menggambarkan perlantikan itu seolah kesilapan yang besar, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu berpandangan UMNO kini secara tidak langsung memberi isyarat bahawa tahap pendidikan bukan ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin Melayu.
“Takkan dari berpuluh-puluh ribu orang lulusan universiti yang keluar setiap tahun, tidak ada seorang yang boleh masuk UMNO, kemudian 10, 20, 30 tahun kemudian menjadi Menteri Besar?” ujarnya dalam wawancara eksklusif bersama FMT.
“Kalau macam itu, lebih baik kita tutup sahaja universiti, dan kita syaratkan semua ahli politik tidak boleh lulus universiti.”
Beliau berkata UMNO sepatutnya melantik pemimpin dari kalangan mereka yang berilmu, berakhlak, berperasaan tinggi dan berhemah tinggi.
“Semua (ciri-ciri) ini adalah hasil berpaksikan kepada ilmu. Sebab itulah kita bersusah payah membina berpuluh-puluh buah universiti di Malaysia ini.
Kadir bersetuju dengan persepsi bahawa corak tindakan Datuk Seri Najib Razak memilih pemimpin sedemikian adalah bersandarkan keperluan politik, kerana mereka mudah dikawal dan dijadikan pak turut.
“Ya, itu adalah cerminan kepada dasar, iaitu tindak-tanduk UMNO, kerajaan, Perdana Menteri, Kabinet, Majlis Tertinggi UMNO, bukan lagi berpaksikan kepada kepentingan umum.
“Kepentingan negara itu sekadar diwar-warkan untuk menghalalkan matlamat sebenar iaitu survival atau kelangsungan. Sama ada kelangsungan UMNO, Barisan Nasional atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Itu sahaja,” kata beliau.

Negara tergadai angkara badut, pelawak dan orang gila

Kerana mereka kita ditertawakan dunia, kata penganalisis politik
maslee,badut
GOMBAK: Malaysia tidak lagi dihormati masyarakat antarabangsa angkara penempatan “badut, pelawak dan orang gila” mengisi pentadbiran negara, kata penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.
Mempertikaikan kewajaran melantik ahli-ahli politik yang meragukan itu, Dr Maszlee berkata keberadaan mereka menjadikan suasana politik negara ini tidak matang, sehingga menjadi “bahan ketawa di peringkat antarabangsa”.
“Tak perlu nak kata TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) akan menggadaikan negara, atau masyarakat Cina ingin menjual negara.
“Keadaan politik negara sekarang yang menggadaikan negara, dan ini terjadi apabila anda meletakkan badut, pelawak dan orang gila dalam pentadbiran negara dan politik,” katanya dalam sesi temubual bersama FMT.
Felo Kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) itu berkata ramai ahli politik diangkat ke jawatan strategik negara melalui percaturan politik, maka rakyat dibebani pemimpin tanpa hikmah untuk menjana idea politik yang bernas.
“Kekontangan politik idea punca orang seperti Tajuddin Abdul Rahman, Ahmad Maslan dan Ismail Sabri menjadi menteri.
“Malah pembaca berita New Zealand ketawa ketika membaca berita tentang (diplomat) Rizalman Ismail. Bagaimana dia boleh jadi diplomat? Inilah masalah kita, semuanya lantikan politik,” katanya lagi.
Untuk mengubah keadaan, beliau berkata pendekatan yang drastik perlu diambil dengan “menebang pokok yang sudah rosak”.
“Pokok yang sudah rosak akarnya perlu ditebang dan digantikan dengan yang baru.
“Memang pokok yang baru akan rosak juga, tetapi ia akan mengambil waktu. Dan kita juda sudah ada pengalaman untuk berhadapan dengannya apabila ia berlaku,” katanya lagi.

Najib terus berkuasa biarpun laporan negatif gugat ekonomi, kata pemerhati

Biarpun liputan media antarabangsa mengenai Malaysia dan skandal kewangannya menjejaskan imej serta ekonomi negara, namun bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ia nampaknya memberi kekuatan kepadanya untuk lebih berkuasa, kata penganalisis politik.
Mereka berkata, walaupun Putrajaya buat masa ini memberanikan diri menepis segala laporan negatif, namun terdapat kebimbangan dalam kerajaan dan perkhidmatan awam tentang bagaimana untuk menangani kerosakan yang timbul.
Ketua Pusat Pemikir Inisiatif Dasar, Dr Lim Teck Ghee berkata, walaupun pada "zaman teruk di bawah rejim (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dulu", laporan negatif yang diterima tidak sampai ke tahap ini.

Lim berkata kebimbangan utama sekarang adalah pelabur dan peniaga asing akan mengkaji semula kedudukan mereka manakala ada yang akan membuat keputusan untuk tidak melabur di sini berikutan keadaan tidak stabil ketika ini. Beliau berkata, walaupun secara terbuka Putrajaya nampaknya tidak peduli, namun terdapat kebimbangan dalam kerajaan dan perkhidmatan awam mengenai cara untuk menangani kerosakan yang akan berlaku.
"Najib dan penyokongnya pastinya tidak nyenyak tidur memikirkan pendedahan media seterusnya dan apa akan dibongkarkan selepas ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah, ketika kerajaan berfungsi seperti sedia kala buat masa ini, pihak berkepentingan yang lain akan mula bersuara apabila sentimen awam bertukar secara drastik terhadap perdana menteri.
"Apabila aliran pelaburan merosot, ringgit menjunam dan sentimen awam terhadap perdana menteri bertambah teruk, kita akan melihat maklum balas daripada pihak berkepentingan utama lain selain PMO," kata Lim, merujuk kepada Pejabat Perdana Menteri.
Wartawan veteran Datuk Kadir Jasin berkata, berita negatif di Malaysia ketika ini tidak seperti krisis 1998 yang melibatkan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kali ini, ia melibatkan rasuah, salah guna kuasa dan sekatan ke atas kebebasan awam – unsur-unsur yang tidak diterima di Barat.
Beliau menambah, pada masa lalu, pentadbiran negara tidak perlu terlalu bimbang tentang liputan media negatif kerana rakyat secara amnya berada di belakang kerajaan.

Skandal Scorpene: RM137 Juta komisyen..!!!

Jawapannya Razak adalah punahsihat pada Menteri Pertahanan ketika itu Najib Razak...

Jadi 'bodoh' dalam kapal selam pun boleh kaut ratusan jutaan ringgit dari kerajaan Umno@BN...

SIAPAKAH "PENDERMA" RM2.6B..???


Hasan Malek kata.. "Chai Fa Xi Gong"

"Tiada kesalahan yang dilakukan oleh saya yang saya pertahankan selama ini", Najib Razak, 26/1/2016.