Isnin, 8 Februari 2016

Anwar pejuang gagah,berani dan tabah

Genap setahun yang lalu, iaitu pada 9 Februari 2015 mahkamah memutuskan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun kerana didakwa meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Rakyat tahu bahkan dunia tahu Anwar tidak bersalah, namun kerana rosaknya sistem kehakiman di Malaysia, beliau terpenjara, namun jika dijangka beliau akan tunduk, sama sekali salah, ucapan terakhir beliau begitu menikam hakim sehingga menyebabkan mereka panas punggung dan tidak mampu berhadapan dengan yang mereka hukumi.
Antara bait akhir Anwar dalam ucapan tersebut yang menjadi penyuntik semangat anak muda di luar untuk meneruskan perjuangan adalah: "Allah menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!".

Kecekalan Anwar melalui liku-liku perjuangan sungguh dahsyat, bukan semua mampu hadapi sebagaimana beliau, maka tidak hairanlah di usia akhir 60-an beliau masih dianggap idola ramai anak muda dan kekal releven sebagai perdana menteri. Bagi yang tidak sepenuhnya mengenali Anwar, suka untuk saya menulis menceritakan kepada anda serba sedikit tentang tokoh reformasi ini.
Anwar dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Kampung Ceruk To'Kun Bukit Mertajam. Ibu bapa Anwar kedua-duanya adalah pemimpin politik Umno dan bapanya pernah menjadi ahli Parlimen.
Anwar bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ceruk To'Kun dan kemudiannya di Sekolah Stowell.
Seterusnya Anwar meneruskan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar dari tahun 1960-1966. Sifat kepimpinan beliau menyebabkan beliau diangkat menjadi ketua pelajar.
Anwar memasuki Universiti Malaya pada 1967 dan dalam tempoh itulah bakat kepimpinan Anwar mula menonjol.
Pada 1969, berlaku rusuhan kaum (13Mei)  dan suasana kampus ketika itu sentiasa membicarakan dan berwacana isu ini.
Anwar mula kenal dan rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menentang pentadbiran Tunku Abdul Rahman.
Namun pada 1974 ketika Anwar mengetuai tunjuk perasaan anti kemiskinan di Kedah, Dr Mahathir dan Anwar mula mengikut jalan masing-masing dalam perjuangan mereka.
Peristiwa paling besar dalam hidup Anwar adalah pada 1971, iaitu beliau bersama rakan-rakannya menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan ia merupakan gerakan Islam pertama di Malaysia yang tidak menerapkan unsur ketaksuban dan konservatif yang memisahkan dakwah daripada masyarakat.
Pemimpin Umno pertama yang mengiktiraf bakat Anwar adalah Tun Abdul Razak Hussein, apabila bapa Anwar berjumpa Razak pada majlis hari jadi perdana menteri ke-2 itu, beliau  mencadangkan kepada bapa Anwar untuk menghantar Anwar ke luar negara dan menuntut dalam bidang perundangan, namun Anwar menolak tawaran tersebut.
Razak berulang kali memujuk Anwar untuk menyertai Umno namun ditegaskan Anwar yang beliau ingin bekerja sendiri tanpa terkongkong mana-mana parti.

Zamihan mahu debat dengan Asri diadakan tertutup

Zamihan telah dinasihatkan oleh Ketua Polis Negara berkenaan debat yang akan diadakan itu

KUALA LUMPUR : Zamihan Mat Zin menyatakan mahu berdebat dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin secara tertutup.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) itu berkata, ini kerana beliau telah dinasihatkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak mengadakan debat secara terbuka.
“Maknanya ahli akademik, agamawan dan keselamatan saja hadir.
“Kita tak nak cetuskan perbalahan yang merugikan orang Islam, nanti timbul persepsi negatif terhadap org Islam,” katanya pada sidang media selepas kursus ‘Training of Trainers Bahaya Militan Islamic State’ di Saloma Bistro hari ini.
Dalam pada itu, Zamihan menjelaskan, beliau tidak dapat hadir dalam debat yang dijadualkan pada 10 Februari ini.
Katanya, ia disebabkan beliau mempunyai program lain di Penjara Machang.
Sehubungan itu, Zamihan berkata, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Sulit Kanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pada malam oni mengenai mekanisme debat yang akan diadakan nanti.
Hari ini, Mohd Asri berkata, Zamihan hanya mempunyai masa sehingga 17 Februari ini untuk berdebat dengannya.
Menurut Asrim selepas dari tarikh itu beliau menganggap tawaran untuk berdebat dengannya sebagai ‘tutup kes’.
Ini kerana, jelas Asri beliau akan kerap berada di luar negara selepas tarikh berkenaan.

SKMM nafi keluarkan poster Najib dengan muka badut


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ia mengeluarkan sebuah poster mengenai penapisan internet, yang berbentuk satira sehingga disangka benar-benar datang dari suruhanjaya itu.
Ketika dihubungi Pengarah Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman berkata ia tidak mengeluarkan amaran yang mengandungi "imej-imej memalukan ketua negara".
"Ini bukan dari MCMC. Seseorang cuba jadi sarkastik. SKMM tidak akan keluarkan nasihat-nasihat sedemikian," kata Sheikh Raffie kepada Malaysiakini.
Imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan muka badut yang menjadi latar peringatan pada poster itu adalah palsu.
Malah, Sheikh Raffie berkata SKMM tidak menerbitkan nasihat dengan cara demikian.
"Kami tidak akan mengeluarkan arahan tersebut," katanya.
Poster Najib dengan muka badut dengan peringatan palsu itu pertama kali dimuat naik dalam talian oleh aktivis Fahmi Redza di Facebook dan akaun Twitter hari ini.
Fahmi baru-baru ini memberitahu beliau di bawah pengawasan polis kerana memuat naik imej Najib dengan muka badut, sebagai sebahagian daripada kempen anti-Akta Hasutan.
Ini mendorong artis grafik lain untuk memuat naik versi mereka dengan Najib bermuka badut, sebagai solidariti dengan Fahmi.

Kes Bafia : Rafizi kini terdesak dan takut pindaan Akta Rahsia Rasmi , kata Azalina


 Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Rafizi sengaja mengalihkan kesnya itu kepada dakwaan kononnya pindaan akta itu bertujuan untuk menindas wartawan dan kebebasan media di negara ini. Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Rafizi sengaja mengalihkan kesnya itu kepada dakwaan kononnya pindaan akta itu bertujuan untuk menindas wartawan dan kebebasan media di negara ini.Tindakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengkritik cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 menunjukkan beliau kini terdesak dan takut berhubung kesnya berkaitan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 yang masih belum selesai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata Rafizi sengaja cuba mengalihkan kesnya itu kepada dakwaan kononnya pindaan akta itu bertujuan untuk menindas wartawan dan kebebasan media di negara ini.
"Beliau juga dengan sengaja menyatakan bahawa pindaan ini adalah penindasan kepada wartawan dan kebebasan media supaya beliau mendapat sokongan daripada pihak media berhubung dengan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata anggota Parlimen Pandan itu tidak mempunyai sebarang imuniti atau keistimewaan dalam konteks undang-undang apatah lagi kes yang melibatkan beliau di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 masih belum selesai.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini dilaporkan berkata beliau sedang menimbang untuk meminda OSA bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia negara dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.
Rafizi dilaporkan memulakan kempen di media sosial bagi mendapatkan seberapa banyak sokongan bagi menolak cadangan pindaan akta itu.
Azalina berkata tindakan Rafizi mendapatkan pelbagai maklumat peribadi, khususnya daripada institusi kewangan, adalah melanggar undang-undang.
"Ketika perbahasan di Parlimen, beliau juga menyatakan bahawa beliau mendapat maklumat yang bocor berhubung pembelian aset kerajaan. Keadaan ini jelas bahawa beliau sendiri telah mengakui secara tidak langsung dan adalah wajar untuk disiasat dan diambil tindakan dengan kadar segera," katanya.

SAYA ORANG YANG SUKA BEKERJA, KATA SABBARUDDIN CHIK TENTANG TUGASNYA DI AMANAHRAYA

Barangkali  ramai yang tidak sedar bahawa bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Sabbaruddin Chik sudah dilantik sebagai Pengerusi Amanahraya Berhad, mengganfikan Reezal Merican Naina Merican yang dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri sejak Julai tahun lalu.

Tanpa angin,  tanpa ribut dan dalam diam-diam, Sabbaruddin sebenarnya sudah pun memulakan tugas barunya itu hampir sebulan yang lalu.

Beliau tidak pernah meminta atau melobi sebarang jawatan dan secara tiba-tiba saja menerima panggilan daripada Putrajaya mengenai tawaran itu. 

Secara spesifiknya, Perdana Menteri, Najib Razaklah yang memberikan jawatan itu kepadanya.

Bagi Sabbaruddin, beliau menerima tanggunggawab yang diberikan oleh Perdana Menteri itu sebagai amanah yang harus dilakukannya dengan sebaik mungkin.

"Orang dah memberi, takkan saya nak tolak. Lagi pula, saya memang seorang yang suka bekerja.

"Tetapi dalam masa yang sama, saya sedar ada tanggungjawab dan kepercayaan yang harus saya laksanakan dengan sebaiknya di Amanahraya ini,"  kata Sabbaruddin ketika saya mengunjungi beliau di pejabatnya di Tingkat 15, Menara Amanahraya minggu lalu.
Oleh itu, kata bekas Setiausaha Agung UMNO itu lagi, jika tiada sebarang urusan lain, beliau biasanya sudah sampai ke pejabat sekitar jam 9 pagi setiap hari.

Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) Ditubuhkan

Demi untuk menyokong perjuangan Pakatan Harapan, sekumpulan warga siber dan pengguna media sosial telah menubuhkan sebuah kelab bernama "Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia' (KPPHM).

Menurut Presiden KPPHM, Sdra Othman Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Man, objektif utama KPPHM ialah untuk membantu Pakatan Harapan di dalam meraih sokongan rakyat dengan tumpuan diberikan kepada semua ahli dan penyokong-penyokong parti-parti yang menjadi komponen Pakatan Harapan iaitu AMANAH, PKR dan DAP.

"Kelab ini akan membantu Pakatan Harapan (PH) msacara umum sahaja disamping menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh memperkuat dan memperteguhkan Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional dan sekutu-sekutunya," kata Cikgu Man di dalam satu sessi temubual bersama radio pedulifm yang disiarkan secara lansung melalui www.pedulifm.com malam tadi.


Sewaktu ditanya mengenai potensi PH di dalam pilihanraya ke 14 nanti setelah PAS mengambil keputusan untuk bersendirian, beliau menyatakan bahawa sekarang ini, mood rakyat untuk menolak dan menumbangkan kerajaan BN amat tinggi berbanding dengan PRU13 dahulu. Mood rakyat ini (mungkin) terhalang jika masalah ini (keengganan PAS untuk bekerjasama dengan PH) tidak diselesaikan dan menurutnya kelab KPPHM menyedari masalah ini.

"Untuk mengatasi masalah itu, kita gunakan formula yang kita pakai sewaktu pakatan Rakyat dahulu, iaitu kita perkukuh dean perteguhkan Pakatan Harapan," ujarnya.

"Apa saja suara-suara dan unsur-unsur yang boleh merosak dan merungkaikan PH hendaklah kita tepis tanpa mengira ia datang dari pimpinan parti mana sekalipun. Walaupun kita penyokong PH, tetapi kita tidak menyokong membuta-tuli. Jadi kita sama-sama menolong memperbaiki kelemahan-kelemahan yang (mungkin) wujud di dalam PH," tambahnya.

SKMM nafi beri amaran selepas poster parodi Fahmi

SKMM nafi mengeluarkan amaran kepada orang ramai akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan gambar menghina pemimpin negara hasil rekaan aktivis Fahmi Reza, kata Ketua Bahagian Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman. – Gambar dari Facebook, 8 Februari, 2016. 
SKMM nafi mengeluarkan amaran kepada orang ramai akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan gambar menghina pemimpin negara hasil rekaan aktivis Fahmi Reza, kata Ketua Bahagian Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman. 

Aktivis Fahmi Reza sekali lagi menimbulkan kemarahan pihak berkuasa, kali ini melalui parodi dalam bentuk poster yang menunjukkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran kepada orang ramai ia akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan gambar yang menghina pemimpin negara. Ketua Bahagian Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan amaran sebegitu.
"Ia bukan kenyataan SKMM, ia satu kenyataan palsu, kami tidak mengeluarkan amaran seperti itu," beliau memberitahu The Malaysian Insider.

Poster yang dimuat naik Fahmi di media sosial hari ini mengandungi perkataan "Amaran" dalam tulisan “bold” dengan mesej bertajuk “Henti Sebar Gambar Mengaibkan Pemimpin Negara”. "Kami sedang menyiasat perkara ini, kami akan selidik habis-habisan tetapi orang ramai tidak sepatutnya menyebarkan kenyataan itu. Ia kenyataan palsu," kata Raffie.
Fahmi berkata ia dibuat dengan tujuan sebagai satu parodi.
"Saya yang mereka poster amaran itu, sebagai satu satira politik dan parodi untuk menyerlahkan betapa mengarutnya amaran yang dikeluarkan kerajaan terhadap tindakan menyebarkan gambar badut; yang bertentangan dengan kebebasan Internet," katanya.
Poster itu berbunyi: "Orang ramai diberi amaran supaya berhenti menyebarkan gambar-gambar pemimpin negara yang diubahsuai menyerupai badut seperti dalam gambar di atas menerusi laman sosial termasuk aplikasi 'Whatsapp'.

Mohd Khairuddin mohon keampunan Allah dan maaf menyerupai Dewa Guo Jiu

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman mohon keampunan Allah dan meminta maaf jika ada pihak tersinggung kerana tindakannya  mengenakan pakaian yang menyerupai  Dewa Guo Jiu ketika hadir di majlis Perayaan Tahun Baru Cina di Wangsa Permai.
Katanya, beliau mengenakan pakaian berkenaan selepas penduduk di situ memaklumkan ia adalah pakaian ala Maharaja China.
“Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat cina dengan sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama.
“Sebagai menghormati majlis budaya bangsa lain, saya tak menolak untuk memakainya,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Kata Khairuddin lagi, beliau menyerahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukannya.
"Kalau saya tersalah dari segi hukum, saya mohon keampunan dari Allah dan saya mohon maaf jika ada yang tersinggung. Saya yakin Pas dipimpin oleh Kepimpinan ulamak dan mereka lebih arif dari segi hukum dalam masyarakat majmuk seperti Selangor. Apa pun pandangan kelak, saya terima". ujar Adun Paya Jaras ini.

Ramai kecam Adun Pas gara-gara muncul jadi Dewa Kekayaan


Khairuddin enggan mengulas lanjut mengenai tindakan kontroversinya itu ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.Khairuddin enggan mengulas lanjut mengenai tindakan kontroversinya itu ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.Sambutan prayaan Tahun Baru Cina tahun ini menyaksikan aksi menjolok mata Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berpakaian dipercayai dewa menerima kecaman banyak pihak apabila beberapa fotonya tersebar di media sosial.
Rata-rata penganut beragama Islam menganggap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu sebagai keterlaluan dan memudaratkan ekoran melibatkan unsur penyerupaan ketuhanan agama lain.
Tidak kurang juga ada netizen menganggap kesanggupan Khairuddin berpakaian dewa yang menjadi sembahan masyarakat Cina itu sebagai situasi terdesak Pas untuk meraih kembali sokongan kaum Tionghoa.
Difahamkan, pengamal undang-undang itu memakai kostum tradisional menyerupai Dewa kekayaan atau Chai Shen mengikut mitologi Cina.
Berdasarkan beberapa gambar yang viral di WhatsApp dan Facebook sejak semalam, Khairuddin yang turut memakai janggut panjang berwarna hitam dengan topi berbunga itu dilihat berada dalam program bersama komuniti Cina.
Antara paparan foto yang tersebar menunjukkan beliau menyerahkan sumbangan oren mandarin kepada warga emas dan pesakit berbangsa Cina.
(Dari kiri) Dr Mazlan Ali dan Dr Siti Zainon Ismail(Dari kiri) Dr Mazlan Ali dan Dr Siti Zainon IsmailMengulas kontroversi dicetuskan pemimpin Pas di negeri yang masyarakatnya bersifat majmuk itu, penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, hukumnya jelas haram jika berdasarkan perbezaan tiga pegangan utama orang Cina iaitu agama tradisi, Buddha dan falsafah, terutamanya Confucianisme.
“Agama Cina wujud lebih awal dari Buddhisme dan Confucianisme. Kepercayaan supernatural, kuasa alam dan dewa-dewi adalah bentuk agama tradisi Cina yang kemudian bercampur aduk dgn falsafah dan agama Buddha.
“Ringkasnya ialah agama tradisi + falsafah = lahir Taoisme manakala falsafah yang sudah bercampur dengan agama tradisi dan Buddha melahirkan falsafah agama seperti Buddha Zen.
“Agama tradisi Cina + Buddha = lahirlah Buddha Mahayana. Dari Mahayana lahirnya dewa yang dianggap sebagai tokoh-tokoh Buddha seperti Amitabha, Dewi Mazu dan lain-lain,” jelasnya kepada Malaysia Dateline.

Nampanya sudah diketahui dedak yg benar2 berkualiti tinggi menjadi kesukaan ramai rakyat Kedah...


Bab 'rahsia bocor' tau plok nak ikut contoh negara luar..

TETAPI bila PM luar negara yg terima derma politik & terus letak jawatan dan ada yg dipenjara.. KENAPA MALAYSIA TAK NAK IKUT contoh tersebut !!!

KENAPA Najib tak berani ??

Bukankah Najib pahlawan bugis. Pahlawan bugis mestilah berani..

Jangan cakap banyak lah Apandi, kata Khairuddin



 
Khairuddin
Membocorkan maklumat kerajaan untuk kepentingan negara dan melawan rasuah tidak akan memudaratkan negara ini, kata bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Beliau mengulas rancangan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi menghukum mereka yang membocorkan rahsia kerajaan dengan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan.
Apandi berkata wartawan yang melindungi sumber maklumat juga tidak terlepas daripada hukuman tersebut.
"Kalau kebocoran maklumat kerajaan didedahkan untuk kepentingan bangsa, agama dan tanahair ke arah memerangi atau membasmi rasuah mahupun penyelewangan; apakah itu memudaratkan negara kita?," soal Khairuddin dalam kenyataan media hari ini.
Khairuddin berkata peguam negara sepatutnya bekerjasama dengan negara luar dan memberi tumpuan menangani dakwaan rasuah dalam kes 1MDB terlebih dahulu.
"Jangan cakap banyak sangat lah Tan Sri Apandi. Selesai isu skandal 1MDB, wang derma RM2.6 bilion serta dana SRC (International Sdn Bhd) berjumlah RM42 juta terlebih dulu bagi meyakinkan seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.
Khairuddin sebelum ini membuat laporan polis dan SPRM ke atas Apandi dan meminta kedua-dua agensi itu menyiasat secara telus sama ada terdapat unsur salahguna kuasa dilakukan peguam negara.
'AG Patut ucap terima kasih'
Sementara itu Penyelaras Jingga13 Fariz Musa berkata Apandi harus berterima kasih kepada pemberi maklumat.

Tak puas hati dengan Mahathir, buat laporan polis - IGP


Polis akan hanya menyiasat tulisan blog bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya ada laporan polis dibuat terhadapnya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Kalau ada laporan, kami akan jalankan siasatan.
"Dalam kes-kes tertentu kita tak perlukan laporan, tapi ni (kes Mahathir) kita tunggu laporan.
"Kalau ada yang tak puas hati buat la report. Nanti kita siasat (sama ada Mahathir) langgar undang-undang atau tidak," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar bersama antara polis dan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja).
Seminar tersebut diadakan bagi melatih anggota Aswaja untuk mendidik orang ramai tentang bahaya kumpulan militan IS.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini berkata tulisan Mahathir di blognya pada 3 Februari lalu adalah berunsur hasutan.
Annuar bagaimanapun tidak menjelaskan bahagian mana daripada tulisan bertajuk 'AG to AG' itu adalah hasutan.
Dalam tulisan tersebu, Mahathir menyatakan keraguan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Switzerland bagi menyiasat 1MDB.
Sementara catatan blog Mahathir pada 5 Februari mengulangi gesaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan bahawa skandal melibatkannya telah memalukan negara ini.
Mahathir turut membidas Apandi kerana didakwa melindungi Najib.
Dua minggu lalu, Apandi membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah lalu dalam isu sumbangan RM2.6 bilion dan kes SRC International Sdn Bhd.

MENUNGGU KEMUNCULAN ‘HANG TUAH’ DARI ‘SUNGAI BULUH’

Dalam keadaan kemelut negara yang sebegini meruncing, kita selalu meletakkan sejuta harapan agar keadaan negara kembali seperti keadaan sedia kala. Kita mengidamkan ekonomi negara tumbuh dengan segar. Kita mimpikan keadaan hubungan antara kaum terus menerus dalam keadaan harmoni seperti mana yang pernah kita kecapi dalam tahun-tahun sebelumnya. Kita mengharapkan agar suatu episod dalam sejarah Kesultanan Melaka akan berulang di negara kita yang tercinta ini.
            Hanya pisang yang tidak akan berbuah dua kali. Peristiwa sejarah silam mungkin berulang. Kalaupun tidak sama bentuknya, akan muncul pula dalam bentuk yang mirip-mirip sama. Teringat pula  tentang suatu episod sejarah dalam zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang perlu direnungi, tentang kisah Hang Tuah difitnah kerana berkelakuan sumbang dengan gundik raja. Maka Sultan telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah.
            Kitab ‘Salalat al-Salatin’ menceritakan,
            “ Maka fikir Seri Nara al-Diraja pada hatinya, ‘belum patut dosanya Hang Tuah ini aku bunuh.’ Maka disuruh sembunyikan oleh Seri Nara al-Diraja pada satu dusun, dipasungnya. Maka dipersembahkannya kepada raja, dikatakannya sudah dibunuh. Maka Sultan Mansur Syah pun diamlah.
            Setelah sudah setahun lamanya, maka Hang Kasturi pun berkendak dengan dayang-dayang dipakai raja. lagi kesayangan dalam istana. Maka Sultan Mansur Syah dan Raja Perempuan turun dari istana itu, pindah ke istana lain. Maka Hang Kasturi dikepung oranglah. Maka Sultan Mansur Syah pun duduk pada sebuah balai kecil. Maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya sekalian hadir mengadap. Maka orang mengepung Hang Kasturi itu penuh berlapis-lapis, seorang pun tiada dapat menaiki Hang Kasturi.
            Maka oleh Hang Kasturi semuanya pintu istana dikuncinya, suatu di hadapan Hang Kasturi juga dibukanya. Maka batil, talam kerikal, dulang gangsa sekalian dikaparkannya di lantai. Maka di atas talam batil itu ia berjalan. Maka perempuan gundiknya itu pun dibelahnya mukanya lalu ke perutnya, maka ditelanjangnya. Maka Sultan Mansur Syah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi. Maka seorang pun tiada bercakap.

Punca Sebenar Mukhriz Mahathir Dipecat Sebagai Menter Besar Kedah

'Razak, konsultansi berjuta-juta ringgit itu rasuahlah'

Tidak wajar AG mahu pinda OSA, kata Wan Azizah

Nasib Penduduk Taman Seri Bayu 2, Alor Gajah Ibarat 'Bangau Oh Bangau'

Dr Asri: 'Tutup Kes' Jika Tak Mahu Dialog

Mukhriz Undur, Penaja Tarik Diri Taja Skuad Kedah

Apandi jadi ‘orang suruhan’ Najib, kata badan hak asasi manusia

Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia Phil Robertson berkata peguam negara berpaut dari satu dasar yang melanggar hak asasi manusia kepada satu dasar lain dalam usaha mendiamkan masyarakat bagi melindungi kegagalan politik Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Februari, 2016.  
Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia Phil Robertson berkata peguam negara berpaut dari satu dasar yang melanggar hak asasi manusia kepada satu dasar lain dalam usaha mendiamkan masyarakat bagi melindungi kegagalan politik Datuk Seri Najib Razak. 

 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dianggap sebagai "legal hitman" (orang suruhan) bagi perdana menteri bertujuan menakut-nakutkan bakal pemberi maklumat yang boleh mendedahkan rasuah dalam kerajaan, kata sebuah badan hak asasi manusia antarabangsa.
Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia Phil Robertson berkata demikian ketika mengulas laporan berita yang Apandi sedang menimbang untuk memperketatkan peruntukan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).
Robertson berkata Apandi berpaut dari satu dasar yang melanggar hak asasi manusia kepada satu dasar yang lain dalam usaha mendiamkan masyarakat bagi melindungi kegagalan politik Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam proses itu, dia menjadi 'legal hitman' Najib, yang bertujuan menakut-nakutkan bakal pemberi maklumat yang boleh mendedahkan rasuah dan penyalahgunaan kerajaan," kata Robertson kepada The Malaysian Insider dalam emel hari ini. Beliau menambah cadangan Apandi adalah penghinaan ke atas kebebasan bersuara yang harus ditolak semua pihak yang prihatin tentang hak asasi manusia.
"Persoalan yang perlu dijawab ialah mengapa rakyat Malaysia perlu terus mengorbankan hak asasi manusia mereka untuk memelihara kepentingan Najib?
"Yang terkini ini ialah serangan keterlaluan terhadap kebebasan bersuara yang harus disangkal semua masyarakat Malaysia dan antarabangsa yang mengambil berat tentang mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang menghormati hak rakyat," kata Robertson.

Najadi: AG must stress on Rule of Law

The intention of Parliament in framing the Official Secrets Act (OSC) must be taken up in the Federal Court, sitting as the constitutional court.
pascal,apandi,najib
KUALA LUMPUR: Moscow-based investment consultant Pascal Najadi feels compelled to come forward and add his say on recent statements by Attorney-General Mohd Apandi Ali which, in his opinion, smack of Rule by Law (men rule, not laws).
“The Federal Constitution is based on the Rule of Law (i.e laws rule),” reminded Najadi, son of the late AmBank founder Husain Najadi.
He was commenting for one on the AG’s statement in the Sin Chew Daily on Sunday that journalists may even be jailed for life , under proposed amendments to the Official Secrets Act (OSA), for being party to leaking state secrets. “The intention of Parliament in framing the OSA must be taken up in the Federal Court, sitting as the constitutional court,” said Najadi. “OSA was meant to protect state secrets.”
“Wrongdoing, including criminal breach of trust and abuse of power, are not state secrets. That’s a misreading of the intention of Parliament.”
He added that it was not the done thing to jail journalists for not disclosing their sources. “If journalists disclose sources to anyone, no one will talk to them and their whole career, indeed the profession, will fall apart.”
“It’s against the ethics of their profession to disclose sources unless they themselves (sources) are willing to be quoted.”
Najadi warned that he would not talk to any journalist in confidence if it subsequently transpired that the journalist concerned named him in a report where he had requested confidentiality or exposed him as the source whether in Court or privately to the authorities concerned. “I may even pass documents to journalists on condition that they be kept confidential. I expect my request to be respected.”

Menteri: Lindungi pemberi maklumat yang dedahkan rasuah


Pemberi maklumat yang mendedahkan rasuah atau penipuan dan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) perlu diberikan perlindungan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.
"Jika (dokumen OSA) berhubung penyalahgunaan, jika ada rasuah atau penipuan. Sebagai contoh, perlu ada pengecualian bahawa boleh memberi maklumat tanpa didakwa.
"Siapa yang mahu jadi pemberi maklumat tanpa dilindungi?" kata Low kepada Malaysiakini hari ini.
Katanya, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat juga perlu diperluaskan untuk melindungi penjawat awam dan menyediakan mereka dengan saluran selamat untuk mendedahkan salah laku dalam kerajaan.
Akta itu kini tidak memberikan sebarang perlindungan kepada mereka yang membocorkan dokumen OSA.
Low mengulas cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengukuhkan OSA terhadap individu yang membocorkan rahsia kerajaan dengan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan.
Low bersetuju bahawa maklumat sensitif seperti isu-isu keselamatan negara, kertas siasatan terbuka, rundingan tender dan data kewarganegaraan perlu dilindungi.
Bagaimanapun, beliau berkata, OSA perlu dikaji semula supaya kerajaan boleh menjadi lebih terbuka.
"Ketelusan akan menggalakkan kebertanggungjawaban dan membuat keputusan yang baik.
"Anda tidak boleh hanya mengambil beberapa bahagian (di bawah OSA) dan menentukan segala-galanya perlu menjadi rahsia dan bahawa setiap orang perlu pergi ke penjara," kata Low.
Beliau berkata maklumat yang kerajaan perlu kongsi dengan orang ramai termasuk konsesi yang telah dibuat seperti tol dan data yang boleh membantu profesional merancang pembangunan yang lebih baik.
Dengan menjadi lebih terbuka, Low berkata, kerajaan akan bergerak seiring dengan harapan orang ramai untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Dr Asri tetap cabar Zamihan berdebat

Zamihan sepatutnya tidak memberikan alasan untuk berdebat kerana beliau yang memulakan cabaran terhadap Asri terlebih dahulu
Datuk Dr Mohd Asri Zainul
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kecewa selepas pelawaannya untuk berdebat pada 10 Februari ini ditolak oleh Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), Dr Zamihan Mat Zain.
Beliau yang melahirkan kekesalannya apabila Zamihan memberikan alasan kononnya ada program dengan banduan pada tarikh berkenaan turut berkata, sepatutnya Presiden ASWJ itu tidak memberikan alasan demikian.
“Saya sebenarnya tidak mahu lagi terlibat dengan diskusi panas namun, pada 4 Januari lepas Zamihan membuat cabaran lagi untuk berdebat dengan saya pada bila-bila masa, di mana sahaja, siapa sahaja peserta dan apa sahaja formatnya, saya rasa beliau sudah terlalu melampau mencari perbalahan.
“Beliau juga menyuruh saya letak jawatan mufti jika tewas dengan beliau. Apatah lagi beliau menggunakan tiket Kementerian Dalam Negeri untuk melabel pihak itu dan ini sebagai pengganas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Asri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kebetulan mengatur satu diskusi antara beliau dengan Zamihan dan beliau bersetuju.
“Walaupun sepatutnya saya dalam hal seperti ini meminta perkenan pihak Istana Arau terlebih dahulu, namun saya berijtihad untuk terus setuju dan menunda semua program pada 10 Februari. Tiba-tiba Zamihan pula tidak bersetuju. Kononnya ada program dengan banduan pada tarikh berkenaan.
Saya tertanya-tanya beliau yang sebut dahulu 24 jam, sepatutnya tiada alasan.
“Tidak bolehkah minta pihak banduan jangan ke mana-mana selepas 10 Februari untuk program gantian. Saya tidak fikir banduan terlalu sibuk dengan banyak urusan dalam penjara tersebut. Saya hairan,” sindirnya.
Bagaimanapun, Mufti Perlis mendakwa, Zamihan sebenarnya turut diberi tarikh sehingga 17 Februari dan wajar memberi kelapangan untuk perkara itu.
Selepas tarikh 17 Februari, jika Zamihan masih tidak mahu, Mohd. Asri anggap ‘tutup kes’.
“Saya akan banyak ke luar negara selepas itu. Saya harap beliau berhentilah mencerca, memfitnah dan mengkafirkan sesama muslim seperti yang selalu kita saksikan dalam video-videonya.
“Jika beliau tidak mahu dialog, saya tidak memaksa. Beliau yang sebenarnya memulakan idea ini,” katanya.

Muzakarah: Zamihan ada urusan lain, jumpa Shahidan bincang tarikh baru

Presiden Aswaja, Zamihan Mat Zin
SHAH ALAM - Sama ada muzakarah antara Muftri Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dengan Presiden Aswaja, Zamihan Mat Zin Rabu ini menjadi realiti masih menjadi tanda tanya.
Ini kerana Zamihan memberitahu pada tarikh itu beliau mempunyai tugasan yang telah ditetapkan lebih awal di Penjara Machang, Kelantan untuk memulihkan penjenayah tegar.
Namun begitu, Zamihan berkata beliau akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasssim  bagi menetapkan tarikh sesuai dalam minggu ketiga bulan Februari.
“Saya tidak pernah gentar untuk berdepan dengan sesiapa pun. Saya janji akan mengemukakan bukti-bukti autentik tentang esktremisme fahaman wahabi, Insya-ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian.
Selain daripada mempunyai tugasan di Penjara Machang, katanya, tarikh debat yang menjadi viral di media sosial itu juga tidak mendapat persetujuan daripada beliau terlebih dahulu.
“Shahidan tetapkan masa dan tarikh tanpa persetujuan saya, sebaliknya mereka terus viralkan di dalam media sosial.
"Sehingga sekarang saya masih belum menerima surat jemputan bagi program itu,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan mengenai format wacana tersebut yang sehingga kini tidak pernah dibincangkan.
“Bagaimana nak hasilkan resolusi yang boleh dipatuhi bersama dan diterima pakai?” soalnya.
Jelasnya lagi, tiada penglibatan pihak berkuasa keselamatan dan agama juga merupakan antara faktor program tersebut tidak boleh diteruskan.
“Ini membelakangi pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Dr Asri nasihat Zamihan henti gelar ulama 'anjing'


Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin hanya mempunyai masa sehingga 17 Februari ini untuk berdebat dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri berkata selepas dari tarikh itu beliau menganggap tawaran untuk berdebat dengannya sebagai 'tutup kes'.
Ini kerana, menurut Asri beliau akan kerap berada di luar negara selepas tarikh berkenaan.
 Justeru, Asri menasihatkan Zamihan agar berhenti mencerca serta menggelar ulama sebagai "anjing" sekali gus mengajak beliau hidup dalam harmoni.
"Selepas tarikh 17 Februari jika beliau masih tidak mahu, saya anggap 'tutup kes'. Saya akan banyak ke luar negara selepas itu.
"Saya harap beliau berhentilah mencerca, memfitnah dan mengkafirkan sesama muslim seperti yang selalu kita saksikan dalam video-videonya.
"Walaupun kita berbeza. Agama tidak menyuruh kita seragam dalam semua perkara tapi menyuruh kita tahu menguruskan perbezaan.
"Tidak perlu maki hamun, tuduh yang bukan-bukan, ucap perkataan yang tidak wajar seperti memanggil mufti "anjing" kerana perbezaan fekah," kata Asri dipetik melalui laman Facebook beliau.
Asri dan Zamihan dikatakan bakal berdepan antara satu sama lain menerusi satu wacana anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Tidak akan paksa debat
Mengulas lanjut, Asri berkata adalah tidak wajar bagi Zamihan memberikan gelaran yang buruk kepada sesama muslim.
"Amat tidak wajar, apatah lagi bagi seorang yang berpendidikan. Lebih dahsyat lagi sampai mengkafirkan sesama muslim seperti beliau katakan kepada Datuk Dr Zahazan 'mu la kafir'.
"Wajarkah begitu? Adapun saya, saya menganggap Zamihan saudara seagama, sekali pun saya tidak bersetuju dengan akhlak, cara dan fahamannya," kata Asri.
Malah, Asri berkata beliau tidak akan memaksa Zamihan untuk berdebat dengannya meskipun presiden Aswaja itu yang memulakannya.

Enam bulan pasca GST, sikap beli belah rakyat berubah

Selepas GST, sebanyak 28% menyatakan mereka kini berbelanja lebih dan 33% menyatakan bahawa kurang berbelanja.
Ipsos Malaysia Katharine Davis
PETALING JAYA: Satu kajian menunjukkan selepas enam bulan perlaksanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sikap membeli belah rakyat berubah.
Menurut Pengarah Urusan Ipsos Malaysia Katharine Davis, walaupun terdapat cadangan supaya rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan dan menabung dengan lebih banyak, tetapi jelas ia tidak dapat dilaksana.
“Mereka terpaksa menghabiskan lebih banyak wang untuk mengekalkan keperluan semasa.
“GST telah memberi kesan yang besar dalam kehidupan rakyat Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan.
Kajian tersebut dibuat oleh Ipsos Malaysia terhadap 1,002 rakyat Malaysia di Semenanjung yang mempunyai pelbagai latar belakang.
Ia menunjukkan 61% rakyat Malaysia terkesan dari segi keupayaan mereka untuk membeli belah ekoran GST.
Dalam kajian yang sama juga, sebanyak 28% menyatakan mereka kini berbelanja lebih dan 33% menyatakan bahawa kurang berbelanja manakala selebihnya, tiada perubahan dalam perbelanjaan membeli belah.
Sebanyak 28% yang berbelanja lebih adalah disebabkan kenaikan harga oleh GST (50%) manakala peningkatan harga disebabkan penurunan nilai ringgit (31%).
Manakala daripada 33% rakyat Malaysia yang kurang berbelanja pula, 27% menyatakan bahawa mereka terpaksa berbuat demikian kerana GST dan 18% kerana ekonomi yang tidak menentu.

Orang ramai kongsi pengalaman ‘tangkap’ Perdana Menteri

Permainan tangkap Najib ekoran pelbagai skandal kewangan yang dilihat cuba ditutup oleh Peguam Negara.Permainan tangkap Najib ekoran pelbagai skandal kewangan yang dilihat cuba ditutup oleh Peguam Negara.
Sejak petang semalam, ada yang lima kali mencuba bahkan mengambil masa lebih 10 minit semata-mata untuk ‘menangkap’ Perdana Menteri dan isterinya dalam aplikasi permainan di laman Facebook “1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak”.
Turut menganggap kedua-dua individu kontroversi itu sebagai licik untuk ditangkap, perkongsian ‘pengalaman’ tersebut antara yang dapat dilihat dalam ruangan komentar di laman kempen yang dilancarkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semalam.
Tinjauan Malaysia Dateline pagi ini mendapati dalam tempoh kurang 24 jam selepas dilancarkan, laman Facebook berkenaan berjaya mendapat lebih 18,000 tanda ‘suka’.
Permainan “Tolong tangkap mamat (Najib) ni!” di laman kempen di media sosial tersebut mengkehendaki netizen memastikan tiga karakter Najib Razak sedang ‘berlari’ pusing keliling benar-benar masuk ke dalam tiga sel penjara yang disediakan.
Animasi Presiden Umno itu masing-masing memegang plakad 1MDB dan RM2.6 bilion manakala satu lagi memimpin tangan menyerupai imej Rosmah Mansor berbaju kurung sendat serta berantai dengan bom sedang bernyala di tangan kirinya.
“Lima kali pencubaan puas hati dapat juga. Memang licik dua orang ini... Mama & papa panda,” ujar pengguna Facebook, Apai Abau Pilo Balang merujuk kepada panda sewa yang memerlukan Malaysia setiap tahun membayar sejumlah RM3 juta kepada China.
Menurut Nikson Abdillah, “Fuhh… letih aku dari petang tadi cuba tangkap akhirnya berjaya juga. Licik betul dia” manakala Abdul Azahariy berkata, “Tak lama lagi masuk la dia (Najib) betul-betul dalam sangkar ni... hehehe.”
Terdapat juga yang mengakui agak sukar untuk menangkap Najib dan Rosmah seperti disuarakan Azman Nordin bahkan Ridzwan Zainal mengulas, “Aku tak dapat (tangkap). Be(be)rapa kali cuba (en)tah. Memang licik” tetapi dinasihatkan oleh netizen lain supaya tidak berputus asa.
Pada masa sama, orang ramai turut berkongsikan tangkap layar (screenshot) bukti mereka berjaya menangkap Najib dan Rosmah. Antaranya, komentar Murai Mas berbunyi, “Masuk kandang juga akhirnya... haha…” dan “Culas wehh tapi berjaya jua,” tulis Shafarin Mahmood.
Najib ‘terlepas’ dari sel penjara
Terus dilihat menjadi bahan jenaka rakyat, ada yang mendakwa mereka sama sekali gagal untuk membawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ke penjara dengan menyertakan tangkap layar karakter kartun Najib ‘terlepas’ dari sel penjara.

RM2,600 JUTA MAKIN HAMPIR KAITANNYA DENGAN 1MDB, SEDIAKAH NAJIB BERLAKU JUJUR?

Siapa pun yang mengikuti perjalanan dan episod pusing memusing kenyataan berkaitan wang sebanyak RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib, pasti dapat merasakan semuanya kini seperti sedang menuju ke lubuk 1MDB akhirnya.

Walaupun Najib sejak daripada awal berkali-kali menafikan wang tersebut berpunca daripada 1MDB dan kononnya tidak pernah menggunakannya untuk kepentingan peribadi, rakyat yang waras tetap mempunyai kepercayaan sebaliknya.

Najib berulangkali mempertahankan wang itu adalah derma yang diberikan kepadanya dan atas kehendak penderma jugalah ia dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi, bak kata Tun Mahathir Mohamad, bukan saja mustahil ada orang Arab begitu pemurah, malah "orang Arab gila pun tidak mungkin menderma sebanyak itu secara percuma."
Menjadi kebiasaan dalam dunia ini bahawa orang akan menjadi semakin berkira apabila bertambah kaya. Apabila seseorang ada RM10, dia tidak ada masalah untuk memberi separuh daripadanya kepada rakan atau orang lain yang dalam kesempitan.

Tetapi apabila orang yang sama ada RM1 juta, terbalik dunia pun tidak mungkin mahu diserahkannya separuh daripada itu kepada sesiapa secara percuma. Paling banyak sedia diderma mungkin sekitar RM5 ribu atau RM10 ribu saja.

Untuk itu, jika seseorang boleh memberi derma percuma sebanyak RM2,600 juta, berapa banyak wang yang ada dalam simpanannya?

Sebab itu, sekali lagi, tidak ada manusia yang waras atau sesiapa pun yang dalam kehidupannya masih boleh membezakan antara hitam dengan kelabu, mahu memberi wang berbilion-bilion ringgit secara percuma kepada orang lain tanpa ada kepentingan.

Dalam episod wang yang diterima Najib, bukan saja nama pendermanya sentiasa dirahsiakan, malah tujuan ia didermakan juga berbeza-beza serta berbagai tujuannya seolah-olah mengikut suasana dan keadaan.

Sekejap dikatakan untuk menang pilihanraya, mengalahkah DAP, memerangi keganasan, mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, melawan ISIS dan akhirnya menentang Ikhwanul Muslimin pula.

Namun demikian, asakan berterusan membuatkan nama penderma seperti sudah boleh dijangka dan diramalkan oleh ramai orang. Peguam Negara, Apandi Ali, dalam kesungguhannya mempertahankan Perdana Menteri, mengatakan sebahagian besar wang itu sudah dikembalikan oleh Najib kepada keluarga Diraja Arab Saudi kerana tidak digunakan.

Ia kemudian menyebabkan tekaan mencari nama dan siapa penderma serta kerabat-kerabat Diraja Arab Saudi yang kaya terus berleluasa sehingga akhirnya nama Raja Abdullah yang mangkat pada Januari 2015 segera dikaitkan.

Kalau tak kaki kencing macam ketuanya, memang tak sah. Ada je modal nak menipu rakyat.

JUMPA KAT MANA kos haji Indonesia (RM23,000) itu ???

FAKTA (1).. kos haji di Indonesia lebih murah (RM9,500) berbanding M'sia (RM9,980).

FAKTA (2).. Kenapa TH tidak turunkan kos haji berbanding di Indonesia sedangkan TH kali ini telah kutip untung tertinggi dlm sejarah TH ??

Zuhudnya Timbalan Menteri kita naik kereta.. 'Proton' model apa ni ... ???


Cadangan Peguam Negara lindungi pihak pecah amanah – NOW

Kegagalan tindakan pembaikan dan pencegahan secara dalaman menyebabkan pemberi maklumat mencari saluran alternatif
akmal-nasir,apandi,now
PETALING JAYA: Cadangan Peguam Negara untuk mengetatkan undang-undang bagi menghukum pemberi maklumat termasuk hukuman penjara seumur hidup dan sebatan didakwa seolah-olah mahu melindungi mereka yang pecah amanah.
Demikian kata Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir apabila mengatakan kebocoran maklumat berkaitan salah guna kuasa, ketirisan dan pecah amanah hanya berlaku apabila hilang keyakinan terhadap organisasi terbabit.
“Kegagalan tindakan pembaikan dan pencegahan secara dalaman menyebabkan pemberi maklumat mencari saluran alternatif.
“Kebanyakan pendedahan dibuat adalah demi kepentingan orang ramai dan berupaya menghentikan perkara tersebut dari terus berulang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Jelas Akmal, usaha bersama dengan pemberi maklumat itu meningkatkan lagi integriti dan memberi ingatan kepada jabatan dan agensi berkenaan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.
“Masalah kebocoran maklumat akan terhenti apabila penyelewengan tidak berlaku. Tiada keperluan untuk pemberi maklumat mengambil risiko membuat pendedahan apabila siasatan dijalankan dan tindakan tegas diambil,” katanya.

Lebih baik AG kaji undang-undang mereka yang salah guna kuasa - PAS


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan agar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menimbangkan dahulu untuk meminda undang-undang agar pembocor rahsia rasmi negara dan wartawan yang melaporkannya dihukum penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan.
Ini kerana katanya, tidak dinafikan bahawa soal amanah dalam menjaga rahsia sesebuah organisasi dan negara adalah amat penting.
"Namun, bagi mereka yang membocor rahsia atas prinsip ‘amar makruf nahi mungkar’ adalah jauh lebih mulia daripada mereka menggunakan rahsia sebagai alasan untuk tidak mengambil sebarang kesalahan yang telah berlaku.
"Oleh itu adalah lebih elok sekiranya peguam negara dapat mengkaji semula hukuman terhadap mereka yang diberi amanah tapi terbukti melakukan salahguna kuasa dan rasuah sehingga merosakkan nama baik negara agar mereka juga dihukum penjara seumur hidup," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, kesemua institusi pihak berkuasa hanya boleh berfungsi sebagai ‘check and balance’ (semak dan imbang) kepada badan eksekutif sekiranya Jabatan Peguam Negara dapat mengekalkan kebebasan dan integritinya.
"Peguam negara perlu bersifat adil dan juga kelihatan adil. Malangnya, rakyat berpendapat bahawa kedua-dua elemen ini tiada pada peguam negara.
"Pas mencadangkan agar peguam negara menumpukan tenaga untuk memulihkan imej jabatannya daripada membazirkan masa memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan pihak tertentu dengan idea-idea tidak membantu seperti penjara seumur hidup kepada wartawan yang melaporkan rahsia yang dibocorkan," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mohamad Apandi dalam wawancara sebuah akhbar mengatakan Jabatan Peguam Negara sedang menimbang untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya.
Tuan Ibrahim berkata, "buat peguam negara, ingatlah pesanan Rasulullah di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.

Akta Rahsia Rasmi: Wartawan, editor ditindas – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pelbagai salah laku, penyelewengan dan rasuah telah didedahkan kepada orang ramai berikutan dokumen-dokumen yang bocor sejak tujuh tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 8 Februari:
Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengetatkan Akta Rahsia Rasmi 1972 disifatkan sebagai penindasan kepada wartawan dan editor yang menerbitkan berita berkaitan dokumen rasmi bocor.
Sinar Harian melaporkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pelbagai salah laku, penyelewengan dan rasuah telah didedahkan kepada orang ramai berikutan dokumen-dokumen yang bocor sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tahu bahawa kebocoran maklumat merupakan salah satu sebab utama imej BN jatuh merudum kerana selalu disabitkan dengan salah laku rasuah dan penyelewengan,” katanya.
Rafizi mendakwa, punca kebocoran maklumat adalah disebabkan rasuah dan penyelewengan di peringkat pimpinan kerajaan sehingga menyebabkan pihak yang mengetahui perkara itu mengambil risiko membocorkannya demi kepentingan umum.
“Fenomena meningkatnya maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat (whistleblowers) juga menunjukkan kurangnya keyakinan mereka kepada kemampuan badan-badan penguatkuasaan berlaku adil menyiasat penyelewengan tersebut secara bebas.
“Maka sepatutnya tindakan beliau (Mohamed Apandi) ialah membuktikan bahawa beliau berani bertindak bebas dan adil, bukannya mengugut untuk mengetatkan lagi Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya.
Beliau turut mengesyorkan supaya Mohamed Apandi membatalkan hasrat meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 sebelum terjebak dalam kebangkitan kemarahan rakyat.
“Saya akan memulakan satu kempen di media sosial untuk mendapatkan sokongan seberapa ramai rakyat Malaysia untuk menolak cadangan pindaan ini dan menuntut Peguam Negara bertindak secara bebas, telus dan adil.
“Memandangkan cadangan pindaan ini adalah satu bentuk penindasan terhadap wartawan dan kebebasan media, saya percaya perkara ini akan menjadi isu di peringkat antarabangsa,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan keputusan Peguam Negara untuk mengkaji semula hukuman Akta Rahsi Rasmi (OSA) 1972.
Ahmad Zahid berkata keputusan Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang kerana ia berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
“Ini harus dihormati. Jika kenyataan peguam negara juga dipolitikkan maka, kita tidak ada asas untuk menolak kerana beliau mahu menegakkan perundangan
bukan untuk mempolitikkan sesuatu isu… ini tidak harus dilihat sebagai isu politik oleh sesiapa sahaja termasuk pembangkang,” katanya kepada pemberita

Orang ramai tidak dedah rahsia jika kerajaan telus

Rakyat tidak akan bertindak mendedahkan rahsia pentadbiran negara jika kerajaan sedia ada mengamalkan ketelusan, kata pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Hanipa Maidin.
Ahli Parlimen Sepang itu berkata, tindakan membocorkan rahsia pihak pentadbiran hanya berlaku apabila permintaan rakyat yang mahukan lebih ketelusan tidak diendahkan kerajaan.
"Apabila tiada budaya ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang baik dalam menjalankan urusan, mana-mana negara dalam dunia akan menghadapi mimpi ngeri 'wabak Wikileaks'.

"Apabila hak untuk mengetahui yang sah tidak dilayan kerajaan, kerajaan sebenarnya membuka ruang kepada terbocornya rahsia negara," kata Hanipa dalam satu kenyataan. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang bercadang meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) bagi menghukum pengamal media serta pembocor rahsia yang melaporkan maklumat sulit kerajaan.
"Meminda OSA bukan penawarnya. Jika ketelusan benar-benar dijunjung, orang ramai tiada sebab untuk berkongsi rahsia kerajaan dalam ruang awam.
"Jika sebaliknya, tindakan berkongsi rahsia kerajaan tidak akan dipandang hina," katanya yang juga ketua Biro Undang-undang Amanah.
Menyifatkan Apandi tidak memahami sentimen orang ramai, Hanipa mencadangkan kerajaan memperkenalkan akta kebebasan maklumat.
"Sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan akta kebebasan maklumat dan bukan memperketatkan OSA bagi mencegah 'budaya Wikileaks'," katanya lagi.
Akta kebebasan maklumat membenarkan pendedahan sepenuhnya atau separa bagi sebarang dokumen kerajaan kepada orang ramai.

TIADA GAJI TAPI ADA ELAUN DAN BONUS..!!!

BONGKAR !!!.. Tahukah anda setiap Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Tabung Haji akan dapat honorarium, elaun2 & bonus yang dibenarkan di bawah Seksyen 7, Akta 535.

AG: Gaji RM11,021
Hakim: Pencen RM9,593.45

Kami tahu kesemua (ALP) tiada bergaji kecuali ALP yg dilantik menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan & CEO shj layak dpt gaji..

Nampaknya sekali lagi rakyat diperbodohkan kononnya AG tidak bergaji. Hakikatnya dia layak dapat pelbagai elaun !!!

SIASAT NAJIB: SEMUA HARUS BERI SOKONGAN

Tidak kira siapa pun kita, asalkan rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan, seharusnya memberi sokongan kepada petisyen ini tanpa sebarang keraguan.

Jangan sesekali dilihat siapa yang menggerakkannya, tetapi lihatlah nilai dan kepentingannya kepada masa depan negara.

Tambahan pula isu berkaitan dana yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak itu sudah menjadi begitu kalut, haru biru dan semakin tidak menentu jadinya.

Moga-moga dengan jayanya mengumpul sejuta tandatangan secara maya, jika lebih daripada sejuta tentunya lagi baik, akan dapat membuka hati Yang Dipertuan Agong untuk segera campurtangan dan membenarkan siasatan dibuka semula terhadap Najib.


Oleh itu, ayuh kita semua berganding bahu memberikan sokongan kepada petisyen tersebut.

Putrajaya must stop ‘overnight’ policy changes

Dr Dzulkefly Ahmad of Amanah slams Putrajaya over foreign levy hikes, saying it is consumers in the end who end up bearing these additional costs.
dzulkifly-foreign-levy-hikes,
PETALING JAYA: Putrajaya must stop implementing “overnight” policy changes, such as the steep increase in foreign worker levies as it could kill both SMEs and big industries.
In commenting on the recent foreign worker levy hike, Strategy Director of Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Dzulkefly Ahmad told FMT the move was another knee-jerk reaction to present situations and a poorly conceived policy.
“This steep increase came as a shock to businesses and will kill our industries.
“The government must understand that we are facing dire times due to the rise in the cost of everything as a result of the falling value of the ringgit.”
Dzulkefly said in coming up with policies, the government must take into account the sustainability of businesses, adding that any levy that affected the operating costs of businesses, should be imposed gradually and only after discussions with the relevant stakeholders.
He said the government needed to have a proper mechanism to determine levy rates with Malaysia’s participation in the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) which would require employers to pay for the new levy rates on foreign workers.
“This must be properly thought through in the context of what the government wants to achieve through the TPPA.
“Increases in levies, taxes and any other fee would surely add cost to businesses and this will in turn make Malaysia less competitive and attractive as an investment destination.”
Dzulkefly also said the government must put the levy increase on hold and discuss it with stakeholders first as well as policy think-tanks.

Siasatan terhadap skandal PM: Umno Johor terima keputusan AG


Umno Johor menerima keputusan Peguam Negara berhubung siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan berharap keputusan tersebut dihormati semua pihak.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan berkenaan merupakan pendirian Umno Johor dalam isu kepimpinan parti.
"Sejak beberapa bulan lepas, banyak masa, tenaga dan perhatian telah dicurahkan untuk menjelas dan menjernihkan kemelut tersebut.
"Kita tidak seharusnya terus terbawa-bawa dengan perkara ini (kemelut).
"Kita perlukan titik penutup dan perlu segera kembali mara ke hadapan," katanya.
 Beliau berucap demikian di majlis perjumpaan khas Umno Johor bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di Johor Bahru semalam.
Turut hadir, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Mohamed Khaled yang juga menteri besar Johor berkata Umno Johor juga amat menyokong usaha kepimpinan negara untuk mengkaji semula sistem pembiayaan dana pergerakan politik di Malaysia.
Beliau berkata Umno mesti lebih telus dan berwaspada dalam pengurusan dana yang melibatkan parti dan kepentingan awam.
Menurutnya, sudah tibanya masanya juga untuk Umno mempunyai sistem meraih dana yang telus dan bertanggungjawab, sesuai dengan kematangan sistem demokrasi parti.
Katanya, Umno Johor juga menganggap segala episod yang berlaku sebagai satu proses yang mendewasakan dan mesti Umno lalui untuk menjadi lebih berketahanan, matang dan lebih baik.
"Parti dan pemimpin tidak boleh lari daripada berhadapan dengan ujian sebegini.
"Yang akan dihakimi oleh rakyat kelak adalah bagaimana kita mendepaninya dengan berani, telus dan profesional," katanya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari lepas berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan siasatan SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank perdana menteri.

Cadangan Peguam Negara dipertikai

SHAH ALAM - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berharap cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia rasmi negara dan wartawan yang melaporkannya, tidak benar.
Mohamed Apandi turut dilaporkan berkata, Peguam Negara akan mendakwa wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.
Tan Sri Zainuddin Maidin “Saya tidak bergurau. Jika saya mempunyai 90 peratus bukti, saya akan dakwa wartawan, editor, penolong editor dan ketua editor. Saya serius, bukan main-main. Berlaku terlalu banyak kebocoran rahsia di Malaysia,”  kata Mohamed Apandi seperti dilaporkan.
Jika benar kenyataan Mohamed Apandi itu, kata Zainuddin, sudah tentu sangat mengejutkan kerana boleh memberi kesan negatif kepada imej negara.
Katanya, tindakan untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan juga akan membantutkan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengembangkan demokrasi .
“Ia hanya akan mencederakan imej Najib yang sedang berusaha menonjolkan negara kita lebih demokratik dari pemimpin sebelumnya kepada mata dunia.
“Saya sendiri menentang kebocoran maklumat rasmi kerajaan yang selama ini sering didedahkan pembangkang tetapi bukan cara pinda akta untuk kenakan hukuman penjara seumur hidup,” katanya.
Zainuddin berkata, negara luar pasti akan mengkritik Malaysia sebagai sebuah negara yang menindas rakyat.
“Kenyataan Mohamed Apandi itu langsung tidak membantu Najib dan hanya akan menyebabkan campur tangan pihak asing terhadap undang-undang kita,” katanya.

Abu Talib: AG tak akan keliru jika ikut jejak mentornya


Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman membidas Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa beliau hanya mengikut "jejak langkah mentornya" dengan membebaskan Perdana Menteri dalam tuduhan salah laku yang dikaitkan dengan 1MDB.
"Jika beliau (Apandi) 'hanya mengikuti jejak langkah mentornya' maka dia tidak akan berada dalam keadaan keliru fikiran apabila beliau membuat keputusan dan mengarahkan SPRM untuk menutup penyiasatan yang masih berjalan.
"Dalam situasi semasa, keputusan itu telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai dakwaan terhadap PM dan keadaan siasatan membabitkan aktiviti-aktiviti 1MDB dan orang yang berkaitan dengan syarikat itu," kata Abu Talib kepada Malaysiakini.
Abu Talib berkata demikian sebagai mengulas Apandi dalam temu bual dengan Sin Chew Daily hari ini mempertahankan keputusannya untuk membersihkan Najib.
Apandi berkata tindakannya adalah berdasarkan apa yang dipelajarinya dari Abu Talib, yang menjadi peguam negara dari 1980 hingga 1993.
"Saya hanya mengikuti jejak langkah mentor saya. Sekarang dia berkata, saya tidak boleh berbuat demikian. Saya keliru.
"Saya harap dia boleh datang berjumpa dengan saya supaya saya boleh memberi penjelasan saya," kata Apandi yang mengulas kritikan Abu Talib bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan SPRM menutup failnya.
Abu Talib berkata, beliau tidak ingat sebarang kes di mana beliau mengarahkan pihak berkuasa penyiasat menghentikan siasatan.
"Mungkin Apandi boleh menyegarkan ingatan saya," katanya, sambil menambah bahawa ia sentiasa menjadi amalan beliau semasa memegang jawatan untuk menyediakan bantuan yang perlu kepada pihak berkuasa penyiasat.

Kami setia dan sayang negara, maka kami bongkar!

Bagi pengamal media, yang penting ialah memperkukuh institusi kerajaan supaya bersih dan cekap, kerana ahli politik dan orang-orang mereka bila-bila masa boleh bertukar
media
Geleng kepala kita apabila mendapat tahu mengenai cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda undang-undang bagi menghukum orang membocorkan rahsia dan wartawan yang melaporkannya.
Tak cukup dengan itu, Peguam Negara juga mahu penolong pengarang, pengarang dan pengarang kumpulan atau ketua pengarang kumpulan media dihukum seberat-beratnya kerana melaporkan rahsia yang dibocor.
Katanya, pembocoran rahsia boleh memudaratkan kerajaan dan tidak menolak kemungkinan kerajaan boleh tumbang dek kerana kebocoran rahsia itu dan oleh kerana itu, pembocor dan wartawan serta kumpulan media yang melaporkannya hendaklah dihukum, termasuk hukuman penjara seumur hidup dan rotan.
Sampai begitu sekali rupanya berat kesalahan pengamal media sekiranya melaporkan pembocor rahsia kerajaan, seolah-olah kita wartawan cabuk ini salahnya sama dengan membunuh tanpa niat.
Baiklah, pinda sahaja undang-undang itu dan tutup ketat mulut wartawan dan pembocor rahsia kerajaan, namun apa akan berlaku dengan integriti kerajaan nanti?
Kita berani cakap, bahawa pindaan undang-undang sedemikian hanya menjejaskan institusi penguatkuasaan kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk pihak berkuasa tempatan.
Tak percaya? Wartawan memainkan peranan amat besar dalam memberi, menyalur dan menghebahkan maklumat termasuk maklumat yang dikategorikan sebagai ‘rahsia’ dan agensi penguatkuasaan sangat memerlukan maklumat sedemikian untuk tujuan siasatan, semak dan imbang supaya jentera pentadbiran kerajaan kekal telus, berjalan lancar dan tiada salah guna kuasa, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Cadangan Peguam Negara zalim, tidak demokratik – NUJM

Ia merupakan satu kezaliman kerana tugas wartawan adalah untuk melaporkan kebenaran dan bukan sebaliknya.

Pengamal media dinasihatkan supaya mendapatkan pengesahan bertulis daripada Peguam Negara atau menteri terlebih dahulu sebelum melaporkan sebarang berita.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJM) berkata langkah itu bagi mengesahkan ianya bukan maklumat bocor, atau awas, ketua editor anda akan dihukum.
“Walaupun kita hanya melaporkan sahaja tetapi dikhuatiri nanti berita tersebut adalah maklumat yang dibocorkan oleh orang lain, dan kita semua tahu kuasa yang ada pada Peguam Negara seperti yang ditunjukkannya baru-baru ini.
“Semua pihak dalam industri media mestilah bersedia daripada sekarang. NUJM tidak boleh bertanggungjawab terhadap risiko ahlinya dipenjara seumur hidup dan/atau 10 sebatan,” kata Setiausaha Agung NUJM, Schave Jerome de Rozario.
Sindiran itu dimuatkan dalam kenyataan media NUJM yang diterima FMT petang tadi, sebagai menyambut cadangan Peguam Negara meminda Akta Rahsia Rasmi supaya pengamal media mendedahkan sumber berita masing-masing.
NUJM sebulat suara menentang cadangan itu yang disifatkan sebagai anti-demokratik, dan mengongkong wartawan daripada menjalankan tugas dengan lancar.
“Setiap rakyat Malaysia wajib mengetahui apa-apa sahaja yang ada kaitannya dengan agama, bangsa dan negara Malaysia,” katanya,
Schave menegaskan, wartawan mempunyai ruang lingkungan tugas mengikut skop tertentu iaitu setiap wartawan disarankan mematuhi rukun moral yang digariskan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan (National Union of Journalists Peninsular Malaysia).
“Seterusnya, laporan yang dibuat hanya berdasarkan fakta-fakta yang jelas dan sahih berdasarkan sumber yang jelas dan sah.
“Cara yang digunakan untuk mendapat berita, gambar dan dokumen penting hendaklah secara jujur dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
“Wartawan juga mestilah sanggup menyiarkan kembali kenyataan yang benar jika berlaku kesilapan dalam laporan awal. Wartawan juga perlu menghormati dan memelihara hak sumber supaya tidak menyiarkan sumber yang tidak menginginkan namanya disebut,” tegasnya.