Ahad, 7 Februari 2016

Anwar persoal 'pelaburan' RM2.6 bilion


Anwar IbrahimAnwar IbrahimTeka-teki berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri turut menarik perhatian bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bingung dengan pendedahan terbaru bahawa wang yang diterima Datuk Seri Najib Razak itu bukanlah derma tetapi sebenarnya satu 'pelaburan', Anwar mempersoalkan pemaknaan (signifikasi) pendedahan itu.
"Apakah signifikasi pendedahan ini? Kini dikatakan sumber wang bukan sumbangan tapi "pelaburan" dari seorang warga...," ujar Anwar dalam twitternya yang tersebar di laman sosial.
Baru-baru ini media antarabangsa, New York Times (NYT) melaporkan pengakuan Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir bahawa wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Najib bukan dari kerajaan negara itu atau satu sumbangan politik.
Beliau juga dilaporkan berkata, wang itu disalurkan kepada sebuah "pelaburan di Malaysia".
"It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia (Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dan dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia)," katanya dalam satu temu bual dengan NYT.
Akhbar yang berpangkalan di New York itu turut memetik kenyataan seorang kerabat diraja Saudi yang tidak mahu dikenali, bahawa wang itu datang daripada seorang putera Saudi, tetapi ia bukan derma.
Kerabat itu turut mempersoalkan jumlah wang tersebut tetapi berkata dana itu merupakan sebahagian daripada perjanjian perniagaan.
Bulan lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, AS$681 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib sebagai derma dari keluarga diraja Saudi serta diberikan “tanpa mengharapkan balasan” dan menutup kes itu.
Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menemui sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) hilang daripada syarikat negara milik negara.
Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga menyuarakan kebimbangan atas keputusan rakan sejawatnya di Malaysia yang menghentikan siasatan ke atas kes perpindahan dana ke dalam akaun Najib itu, mengatakan tindakan itu akan mengganggu siasatan yang dijalankan Switzerland ke atas 1MDB.

Genap setahun Anwar dipenjara, berkumpul di Penjara Sungai Buloh


Papan iklan kempen Bebaskan Anwar dipasang di Kuala Langat.Papan iklan kempen Bebaskan Anwar dipasang di Kuala Langat.Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad menyeru orang ramai supaya berkumpul di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 9 Februari ini menjelang genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tahanan politik.
Beliau menyifatkan Anwar yang telah banyak berkorban itu menjadi mangsa fitnah sehingga membawa kepada keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya.
“Jangan dilupa manusia yang bernama DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang sedang dalam penjara hasil fitnah jahat. Beliau pejuang rakyat dan bagaikan lilin yang membakar diri demi orang lain untuk mendapatkan cahaya.
“Maka pada 9 Februari ini, marilah kita bersama-sama berkumpul di hadapan Penjara Sungai Buloh untuk memberitahu DSAI serta kerajaan Umno-BN bahawa rakyat tidak pernah lupa akan perjuangan beliau dan rakyat akan tetap terus berdiri teguh bersamanya,” ujarnya dipetik dari blog beliau.
Sementara itu, beberapa papan iklan (billboard) menuntut Anwar dibebaskan didirikan di beberapa kawasan sekitar Selangor antaranya di Kuala Langat.
Flashmob bagi tujuan sama turut diadakan di Lembah Kelang termasuk di bulatan Subang Jaya mulai jam 5 petang semalam.
Himpunan 365 di Penjara Sungai Buloh pada Selasa ini dijangka melibatkan penyertaan banyak pihak termasuk aktivis Reformasi 1998, badan-badan NGO dan komponen parti Pakatan Harapan.
Malaysia Dateline difahamkan program konvoi ke penjara berkenaan turut akan diadakan dengan masing-masing berkumpul di R&R Jejantas Sungai Buloh bermula jam 7 malam.
Peserta konvoi yang memakai baju-T Otai Reformis ’98 itu seterusnya dijadualkan akan bergerak ke penjara itu dengan konsep ‘car pool’ selepas solat Marghrib dan Isyak di R&R tersebut.
Hukuman ekoran tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan itu sekaligus menamatkan kerjaya Anwar sebagai ketua pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 2014.
Anwar tegas mempertahankan pendirian bahawa tuduhan salahlaku seks itu adalah konspirasi politik untuk menamatkan kerjaya politik beliau seperti yang berlaku pada 1998.

Sogokan wang bukan budaya UMNO, sembang Bashah

Bashah minta pihak tidak bertanggungjawab hentikan penyebaran fitnah mengenai sogokan wang bagi mendapat sokongan
ahmad-bashah_umno_600
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran fitnah mengenai sogokan wang bagi mendapat sokongan dan menurutnya laporan polis telah dibuat berhubung fitnah itu.
Beliau berkata, laporan polis itu dibuat oleh individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung sogokan wang itu bagi pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah itu.
Beliau menegaskan, sogokan wang bukan budaya UMNO untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi.
Ahmad Bashah berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan yang viral dalam laman sosial, kononnya Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Sayap UMNO Bahagian disogok sejumlah wang sebagai sagu hati bagi menolak kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.
“Saya minta anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negeri dan negara ini pada masa depan menghentikan fitnah ini dengan segera …ia boleh merosakkan segala-galanya.
“Kemelut politik di negeri ini telah selesai dan Menteri Besar baharu telah dipilih. Apa yang penting kami perlu bergerak ke hadapan untuk tunaikan janji UMNO semasa pilihan raya umum yang lepas,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Tugas peguam negara bukan untuk lindungi mereka yang berkuasa

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Seri Ambiga Sreenevasan hari ini mengingatkan Tan Sri Mohamed Apandi Ali tugasnya bukan untuk melindungi mereka yang berkuasa.
Ia susulan peguam negara itu semalam memberi amaran undang-undang yang lebih keras di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) akan dikenakan terhadap mereka yang membocorkan rahsia rasmi.
Ambiga berkata, langkah itu dilihat sama seperti apa yang akan dilakukan rejim yang menindas bagi menyembunyikan maklumat membabitkan mereka yang berkuasa.

"Ini bukan tentang melindungi keselamatan maklumat sensitif tetapi tentang tidak membenarkan kebenaran muncul mengenai rasuah dan salah guna kuasa melibatkan mereka yang memegang kuasa di peringkat yang tinggi. "Sebarang pindaan yang sebegitu akan menjadikan kita diktator yang sebenarnya," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.
Apandi berkata kepada akhbar Sin Chew Daily semalam, beliau menimbang meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara termasuk wartawan yang melaporkan mengenainya.
Katanya, beliau sedang memikirkan untuk mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan ke atas pesalah dan untuk membolehkan pendakwaan ke atas wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.

Adakah Dr Mahathir mahu pihak berkuasa bertindak, soal Annuar Musa

Posting Dr Mahathir di blognya baru-baru ini mengandungi kata-kata menghasut, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa. – Gambar fail The Malaysia Insider, 7 Februari, 2016. 
Posting Dr Mahathir di blognya baru-baru ini mengandungi kata-kata menghasut, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung posting yang dibuat di blognya baru-baru ini, mendakwa bekas perdana menteri itu sengaja mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau untuk meraih simpati.
Annuar berkata, sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan asas mengenai undang-undang Malaysia akan tahu posting yang bertajuk "AG to AG" (peguam negara kepada peguam negara) bertarikh 3 Februari itu bersifat menghasut.
"Saya terkejut apabila membaca kenyataan Dr Mahathir di blognya yang sangat jelas mengandungi kata-kata menghasut.

"Saya benar-benar tidak tahu apakah niat beliau yang sebenar. Apakah ini strategi politiknya untuk meraih simpati? “Boleh jadi juga Dr Mahathir berpendapat beliau kebal dari tindakan undang-undang menyebabkannya bertindak membelakangkan undang-undang dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya di laman Facebook beliau semalam.

Saya tak ingat beri arahan badan penyiasat tutup fail, kata bekas peguam negara

Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata beliau tidak memilih mengambil pertuduhan jenayah terhadap mana-mana suspek, melainkan jika pihak pendakwaan mempunyai bukti yang cukup, boleh dipercayai dan boleh diterima untuk mewajarkan pendakwaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2016. 
Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata beliau tidak memilih mengambil pertuduhan jenayah terhadap mana-mana suspek, melainkan jika pihak pendakwaan mempunyai bukti yang cukup, boleh dipercayai dan boleh diterima untuk mewajarkan pendakwaan. 

Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata hari ini, beliau tidak pernah ingat mengarahkan agensi-agensi penyiasatan, termasuk badan anti-rasuah, menghentikan siasatan mereka.
"Prinsip saya ialah untuk membantu mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
"Juga menjadi arahan saya tidak memilih mengambil pertuduhan jenayah terhadap mana-mana suspek, melainkan jika pihak pendakwaan mempunyai bukti yang cukup, boleh dipercayai dan boleh diterima untuk mewajarkan pendakwaan," katanya.

Abu Talib mengulas kenyataan penggantinya Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang beliau mengikuti jejak langkahnya (Abu Talib) apabila mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup fail berkaitan derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak. "Saya hanya mengikuti jejak langkah tuan saya. Sekarang dia kata, saya tidak boleh berbuat demikian. Saya keliru.
"Saya harap dia boleh datang berjumpa dengan saya supaya saya boleh memberikan penjelasan," Apandi dilaporkan berkata demikian kepada Sin Chew Daily dalam satu wawancara eksklusif.
Apandi merupakan pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara pada awal 1980an apabila Abu Talib memegang jawatan peguam negara.
Abu Talib minggu lalu memberitahu The Malaysian Insider, peguam negara, yang juga pendakwa raya, tidak mempunyai kuasa memerintahkan SPRM menutup siasatannya ke dalam kedua-dua kes tersebut.
Hari ini, Abu Talib berkata, Apandi perlu mengingatkan beliau semula mengenai kes-kes lama di mana beliau pernah mengarahkan siasatan yang sedang berjalan ditutup.
"Terus terang saya katakan, saya tidak ingat," katanya.

Rakyat Malaysia diseru tandatangan petisyen gesa siasatan atas Najib dibuka semula

Rakyat Malaysia dijemput menandatangani petisyen maya yang akan diangkat PKR kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu memohon campur tangan mereka supaya siasatan terhadap dana dalam akaun bank peribadi perdana menteri dapat dibuka semula. – Gambar Facebook, 7 Februari, 2016. 
Rakyat Malaysia dijemput menandatangani petisyen maya yang akan diangkat PKR kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu memohon campur tangan mereka supaya siasatan terhadap dana dalam akaun bank peribadi perdana menteri dapat dibuka semula. 

Rakyat Malaysia dijemput menandatangani petisyen maya yang akan diangkat PKR kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu memohon campur tangan mereka supaya siasatan terhadap dana dalam akaun bank peribadi perdana menteri dapat dibuka semula.
Pengguna media sosial juga diseru supaya “Like” laman Facebook "1 Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak".
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau mengambil inisiatif melancarkan kempen yang mensasarkan sejuta orang itu susulan laporan The New York Times Jumaat lalu.

Akhbar itu memetik Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menyatakan wang AS$681 juta itu bukan sumbangan politik, tetapi pelaburan dari seorang warga Saudi. Rafizi berkata, kenyataan itu menyangkal kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kononnya dana itu adalah derma dan menimbulkan beberapa persoalan baru.
"Datuk Seri Najib Razak bukan seorang ahli perniagaan atau pakar pelaburan. Beliau tidak mempunyai apa-apa perniagaan.
"Seorang warganegara Arab Saudi tidak akan memberikan wang sebanyak RM2.6 bilion kepada beliau untuk dilaburkan kerana pelaburan bukanlah kepakaran beliau," kata Rafizi.
Katanya dalam kenyataan hari ini, jika dana RM2.6 bilion itu adalah bagi tujuan pelaburan, ia mesti melibatkan syarikat dan aset tertentu.

Apandi jadikan sistem perundangan macam badut


KUALA LUMPUR 7 FEB: Keseluruhan sistem perundangan di negara ini seakan-akan di’badut’kan bagi melindungi skandal rasuah yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, berkata seluruh sistem seakan-akan di’badut’kan oleh tangan-tangan berkepentingan yang gagal meletak kebenaran di tempat teratas.
SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09“Kegilaan apakah ini? Jika keadaan ini berterusan, rakyat bukan sahaja akan melakar imej wajah Najib untuk di’badut’kan, bahkan rakyat akan hilang kepercayaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada kenyataan media hari ini berikutan percanggahan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan Menteri Luar Saudi, Adel bin Ahmed al-Jubeir.
Menteri Luar Saudi, Adel menyatakan dana RM2.6b itu bukan sumbangan politik atau ia berasal dari kerajaan Arab Saudi sebaliknya ‘pelaburan’ yang tidak dinyatakan
Sebaliknya, Apandi ketika membebaskan Najib dari siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan dana itu sebagai suatu sumbangan
Sheikh Omar berkata, Apandi harus merungkai persoalan itu dan mengangkat kebenaran berikutan rakyat seolah-olah dipermainkan dengan kenyataan ‘flip flop’ berhubung skandal itu.
Beliau mempersoal sama ada Apandi bakal menuruti langkah polis yang mewujudkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) bagi menyekat penggunaan media sosial untuk mengkritik Najib.
Katanya, Apandi seolah-olah mengikuti jejak langkah sama apabila mahu meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dengan menjadikan penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman.
“Ia digambarkan terhadap mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya,” katanya sambil mengakui rahsia dan keselamatan negara perlu dipelihara.
Namun, kata Sheikh Omar, semangat perlembagaan dan undang-undang yang luhur dalam sesebuah negara demokrasi mesti menyebelahi dan menegakkan kebenaran.

Adakah bakal muncul satu kejutan skrip lain pula timbul ??

Slps Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menyatakan RM2.6 bilion itu bukan derma tetapi ia adalah satu pelaburan... hingga kini Zahid terus membisu, KENAPA ??!!

MUKA DEPAN International New York Times harini.. "Doubts swirl over millions sent to leader of Malaysia"


Malaysia di bawah Najib Razak terus tersohor di serata dunia. Diberitakan sana sini berita 'derma' RM2.6 bilion...

MANA ADA PM sesebelum ini seFEMES Najib skrg !!!

Itulah MANFAAT & kelebihan pd negara kita duit rakyat sejumlah RM76.8 juta dibayar kpd penasihat yahudi-APCO !!!

Pemberi maklumat bakal dipenjara seumur hidup dan disebat ?

TETAPI....

Malaysia kehilangan sejumlah RM1.8 trilion sejak 2004 (ranking ke-5 dunia) dlm aliran keluar wang haram di bawah pemerintahan UMNO/BN APA CERITA !!!

Inilah Malaysiaku...

MUKHRIZ MULA MENGOTAKAN JANJINYA

Antara perkara yang dijanjikan oleh Mukhriz Mahathir sebaik saja beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah beberapa hari lalu ialah tekadnya tidak akan berdiam diri daripada mengkritik Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.

Sekarang saya rasa bebas dan merdeka, tetapi tidak akan mendiamkan diri, katanya.

Hari ini beliau mula mengotakan janjinya dengan mengeluarkan kenyataan pedasnya yang mungkin boleh membuatkan Ah Jib Gor terasa limau mandarin yang ditelannya sempena sambutan Tahun Baru Cina lebih masam berbanding biasa.

Rakyat terbanyak bukan saja mengharapkan Mukhriz akan terus bersuara, bahkan merasakan suatu keperluan juga untuk beliau turun menjelajah ke seluruh negara menemui rakyat menjelaskan betapa kritikalnya negara selagi dipimpin oleh Najib serta pentingnya melakukan perubahan yang pada hakikatnya sudah merupakan suatu kewajipan kepada sesiapa pun juga, kecuali bagi pemakan dedak yang kekal dengan dunianya.

Berikut adalah kenyataan media oleh Mukhriz itu:-

1.Sudah empat bulan berlalu sejak Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di Istana Negara pada 7 haribulan Oktober, 2015. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai keprihatinan Majlis terhadap “keresahan dan kebimbangan Rakyat apabila kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah Rakyat mentadbir negara” dikritik.

2.Jelas daripada kenyataan tersebut, Majlis melihat bahawa “keamanan dan kemakmuran negara yang perlu berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan Rakyat dapat hidup dalam harmoni” boleh terjejas teruk dengan kontroversi 1MDB.

3.Oleh itu, Majlis telah menitahkan semoga siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan “penemuan siasatan dilaporkan secara lengkap dan telus supaya Rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran.”

4.Persoalannya, setelah empat bulan berlalu adakah Kerajaan Persekutuan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja yang merupakan harapan terakhir bagi Rakyat memohon dan merayu perlindungan, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri telah tidak diyakini Rakyat?

Skandal 1MDB: Mukhriz tanya adakah PM patuh titah Raja-Raja

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau tertanya-tanya adakah kerajaan sudah menyempurnakan titah Majlis Raja-Raja mengenai  1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas empat bulan titah itu dikeluarkan.
Ujarnya, jika titah itu tidak disempurnakan beliau gusar akan memberi impak negatif kepada negara.
Mukhriz "Sudah empat bulan berlalu sejak Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di Istana Negara iaitu 7hb Oktober 2015. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai keprihatinan Majlis terhadap 'keresahan dan kebimbangan rakyat apabila kredibiliti dan integriti kerajaan dalam melaksanakan amanah rakyat mentadbir negara' dikritik.
"Jelas daripada kenyataan tersebut, Majlis melihat bahawa 'keamanan dan kemakmuran negara yang perlu berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyat dapat hidup dalam harmoni' boleh terjejas teruk dengan kontroversi 1MDB.
"Oleh itu, majlis telah menitahkan semoga siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan penemuan siasatan dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Menggulas lanjut, Mukhriz berkata, setelah empat bulan berlalu adakah Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-Raja yang merupakan harapan terakhir bagi rakyat memohon dan merayu perlindungan, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri telah tidak diyakini rakyat.
"Adakah dengan hanya beberapa kenyataan menteri yang dilihat mengkais ketepi titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, dan tiada respon dari perdana menteri sendiri sudah memadai untuk dianggap sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Majlis? Wajarkah titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ditepis sebegitu rupa tanpa apa-apa respon yang beradab dan munasabah," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata perlu diingatkan bahawa kenyataan Majlis berakar dari cambahan rungutan yang disembah maklum oleh rakyat.
"Majlis tidak akan mengendahkan aduan dan rintihan daripada rakyat jelata itu jika difikir ianya tidak berasas. Jelas sekali, apabila Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan yang ditujukan khas kepada Kerajaan Persekutuan mengenai 1MDB, ianya bukan sesuatu yang boleh diremeh dan tidak diendahkan," katanya.

Penasihat SPRM: Siasat dakwaan dana RM2.6b untuk 'pelaburan'


Siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dibuka semula selepas menteri luar Arab Saudi berkata wang itu adalah daripada "pelaburan", kata Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
 Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee berkata, kenyataan oleh Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menunjukkan bahawa kenyataan pembelaan oleh "suspek utama" perlu disahkan.
"Satu siasatan yang tulus dan penilaian bagi pendakwaan memerlukan pengesahan yang bebas daripada mana-mana pembelaan oleh suspek utama yang mana kita tidak boleh hanya menerima kata-kata daripada suspek utama," kata Lim kepada Malaysiakini.
Sehubungan itu, beliau berkata, bukti berdokumen tentang sumber dana tersebut, pengaliran wang dan pulangan dana perlu dikemukakan.
Oleh itu, Lim berkata beliau mengalu-alukan kesediaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuka semula sisatan dan menggesa peguam terkemuka untuk meluluskan permintaan SPRM untuk melakukan Bantuan Guaman Bersama (MLA) dari negara-negara lain.

Pindaan OSA bawa ke arah pemerintahan diktator - Ambiga

Pindaan untuk mengukuhkan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) seperti dicadangkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan menjadikan Malaysia seperti diperintah oleh diktator, kata peguam kanan Datuk S Ambiga.
"Ini bukan tentang melindungi maklumat keselamatan yang sensitif, tetapi mengenai tidak membenarkan kebenaran mengenai rasuah dan salah guna kuasa oleh mereka yang berada dalam peringkat kuasa tertinggi.
"Mana-mana pindaan itu akan menjadikan kita diktator sepenuhnya," kata Ambiga kepada Malaysiakini.
Semalam, dalam temubual eksklusif bersama akhbar Sinchew Daily, Apandi memaklumkan sedang menimbang untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara.
Katanya, Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan.
Apandi juga menegaskan sekiranya wartawan melindungi atau enggan mendedahkan sumber, mereka akan dianggap bekerjasama dengan pensabotaj.
Sehubungan itu, Ambiga yang juga bekas pengerusi majlis peguam mengecam tindakan terhadap media dan menggesa orang ramai untuk membantah usaha yang dilihat cuba untuk 'mengongkong akhbar'.
"Tanpa media antarabangsa dan media dalam negeri yang kuat, orang ramai akan keliru dengan skandal kewangan besar dan mereka yang melakukannya," kata Ambiga.
Sementara itu, Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee pula berkata, untuk meminda OSA dilihat bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Mana-mana penambahan hukuman yang tidak seimbang akan bercanggah dengan kedudukan perdana menteri sebagai seorang 'perdana menteri yang progresif, negara yang liberal' seperti yang diisytiharkan dalam ruangan pendapat yang disiarkan dalam Sydney Morning Herald pada 27 Oktober 2011," katanya.

Tindakan AG cubaan jelas takutkan media - Geramm


Gerakan Media Marah (Geramm) menyifatkan cadangan peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menguatkan Akta Rahsia Rasmi 1972 sebagai cubaan menakutkan media daripada melaporkan kebenaran.
"Tindakan mengancam media yang hanya menjalankan tugas melaporkan isu-isu berkaitan kepentingan awam adalah sesuatu yang tidak wajar sama sekali.
 "Penggunaan sumber rahsia oleh media bukan untuk mensabotaj kerajaan tetapi demi mencari kebenaran dalam sesuatu perkara, dan mempertanggungjawabkan kerajaan pada pihak awam.
"Geramm melihat kenyataan peguam negara ini sebagai cubaan jelas untuk menakut-nakutkan media. Itu sahaja," kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilapor berkata OSA boleh digunakan terhadap wartawan yang melindungi sumber mereka atas dasar etika kewartawanan.
Beliau juga memaklumkan pejabat peguam negara sedang menimbangkan untuk meminda OSA dan memasukkan penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan sebagai hukuman.
Selain itu Apandi juga mendakwa tindakan wartawan yang melindungi sumber mereka boleh dilihat sebagai bekerjasama dengan pihak yang berpotensi melakukan sabotaj.

Saya tidak jawab kepada Apandi, kata bekas AG


Tiada apa-apa lagi yang perlu dijelaskan, kata bekas Peguam Negara (AG) Abu Talib Othman hari ini dalam menolak "jemputan" untuk bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Saya tidak bertanggungjawab kepada dia. Saya bebas untuk menggunakan hak perlembagaan saya untuk mengulas mengenai kes yang melibatkan kepentingan awam yang besar, selama saya tidak melepasi had kebebasan bersuara," kata Abu Talib kepada Malaysiakini.
 Apandi dalam satu wawancara dengan Sin Chew Daily dilaporkan berkata beliau "keliru" dengan kritikan Abu Talib ke atas keputusannya untuk membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap salah laku dalam kes berkaitan 1MDB.
Apandi juga berkata semua yang beliau lakukan adalah berdasarkan kepada apa yang dipelajari daripada Abu Talib sebagai pendahulunya.
Abu Talib bagaimanapun, menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya berhubung kredibiliti Apandi dalam membersihkan Najib berdasarkan siasatan oleh SPRM ke atas RM42 juta wang SRC International dan RM2.6 bilion derma yang didepositkan ke akaun peribadi perdana menteri itu.
"Dalam apa jua keadaan, komen saya adalah jelas dan dibuat dengan niat yang baik.
"Bagaimanapun, jika beliau mahu mengetahui lebih lanjut, maka beliau adalah dialu-alukan untuk berjumpa saya," kata Abu Talib.
Mengulas lanjut, Abu Talib berkata, orang ramai tidak mungkin mempersoalkan keputusannya jika Apandi telah memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membantu siasatan SPRM.
"Seperti yang ada hari ini, keputusannya kelihatan dipersoalkan dan menyebabkan persepsi negatif terhadap kesaksamaan dan komitmennya kepada keadilan, serta kedaulatan undang-undang," kata Abu Talib.

'Saya Tiada Duit Sebanyak Itu, Takat Minum Kopi Boleh' - Ahmad Bashah

Mukhriz wants sultans to summon 1MDB investigators

Mukhriz: Adakah Najib patuh titah Raja-Raja?

'AG boleh didakwa kerana lindungi pesalah'

AG pertimbang penjara seumur hidup untuk mereka yang bocor rahsia

SIAPA SEBENARNYA PENDERMA RM2,600 JUTA ITU? ADAKAH NAMANYA PUTERA TURKI ABDULLAH AL SAUD?

Baru semalam Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengatakan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak adalah suatu bentuk pelaburan dan bukannya derma, kini Peguam Negara, Apandi Ali pula mendedahkan penderma tersebut ialah salah seorang daripada anak lelaki Almarhum Raja Abdullah.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya, cuma berkata, "kami tahu nama penderma itu. Dia bukan Almarhum Raja Saudi yang mangkat itu, tetapi anak lelakinya. Dia masih hidup."

Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud ialah pemerintah Arab Saudi yang mangkat pada Januari 2015 lalu.

Melalui dapatan di wikipedia, Raja Abdullah dikesan mempunyai 18 anak iaitu lapan lelaki dan 10 perempuan. Anak-anak lelakinya ialah Putera Khalid, Putera Mutaib, Putera Mishal, Putera Abdulaziz, Putera Turki, Putera Badr, Putera Saud dan Putera Bandar.

Jadi, anak Raja Abdulllah yang mana satu yang dimaksudkan oleh Apandi sebagai penderma itu?
Siapakah di kalangan putera-putera itu yang diketahui begitu baik, dermawan dan  murah hati?

Berapa pula kekayaan dan harta-harta mereka sehingga sanggup menyumbang derma sebanyak RM2,600 juta?

Mungkinkah penderma itu bernama Putera Turki Abdullah Al Saud, salah seorang putera Almarhum Raja Abdullah yang merupakan pemilik syarikat PetroSaudi yang diketahui ada menjalin kerjasama dengan 1MDB?

Dalam pada itu, Sarawak Report sebelum ini pernah mendedahkan mengenai gambar-gambar percutian Najib Razak bersama keluarganya di atas kapal layar mewah dengan Putera Turki yang turut juga disertai oleh Jho Low.

Penjara wartawan seumur hidup tak membantu negara – PAS

Peguam Negara tak patut buang masa selamatkan pihak tertentu dengan menghukum wartawan pelapor rahsia yang dibocorkan.
tuan-man,wartawan
PETALING JAYA: PAS membidas cadangan Peguam Negara untuk meminda undang-undang bagi menghukum wartawan yang melaporkan rahsia sesebuah organisasi yang dibocorkan.
Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Peguam Negara seharusnya menumpukan tenaga untuk memulihkan imej jabatan dan bukannya membazirkan masa memikirkan kaedah menyelamatkan pihak tertentu dengan idea tidak membantu seperti penjara seumur hidup wartawan yang melapor rahsia dibocorkan.
Katanya, Peguam Negara perlu mempertimbangkan terlebih dahulu cadangan pindaan undang-undang itu yang sebenarnya secara tidak langsung membolehkan pesalah yang korup dan menyalahgunakan kuasa dilindungi.
“Elok juga kalau Peguam Negara dapat mengkaji semula hukuman terhadap mereka yang diberi amanah, tapi terbukti melakukan salah guna kuasa dan rasuah sehingga merosakkan nama baik negara agar mereka juga dihukum penjara seumur hidup.
“Tidak dinafikan bahawa soal amanah dalam menjaga rahsia sesebuah organisasi dan negara adalah amat penting. Namun, bagi mereka yang membocor rahsia atas prinsip ‘amal makruf nahi mungkar’ adalah jauh lebih mulia daripada mereka menggunakan ‘rahsia’ sebagai alasan untuk tidak mengambil sebarang kesalahan yang telah berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali sedang menimbang untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya.

Cadangan Peguam Negara untuk lindungi mereka yang pecah amanah

Kebocoran maklumat berkaitan salah guna kuasa, ketirisan dan pecah amanah hanya berlaku apabila hilang keyakinan terhadap organisasi tersebut.
akmal,apandi
PETALING JAYA: Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang mahu mengenakan tindakan tegas terhadap pemberi maklumat termasuk mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan diselar Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).
Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa, cadangan yang dibuat itu seolah-olah untuk mengenakan tindakan bagi menghukum pemberi maklumat dan melindungi mereka yang telah melakukan pecah amanah.
Akmal berkata, kebocoran maklumat berkaitan salah guna kuasa, ketirisan dan pecah amanah hanya berlaku apabila hilang keyakinan terhadap organisasi tersebut.
“Kegagalan tindakan pembaikan dan pencegahan secara dalaman menyebabkan pemberi maklumat mencari saluran alternatif.
“Kebanyakan pendedahan yang dibuat adalah demi kepentingan orang ramai dan berupaya menghentikan daripada perkara tersebut terus berulang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Tambahnya, masalah kebocoran maklumat hanya akan terhenti apabila penyelewangan tidak berlaku.
“Tiada keperluan untuk pemberi maklumat mengambil risiko membuat pendedahan salah laku apabila siasatan dijalankan dan tindakan yang tegas diambil terhadap mereka yang pecah amanah dan salah guna kuasa.

PAS minta AG jaga amanah, ingat pesan Nabi


Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali diminta menimbang terlebih dahulu cadangan meminda undang-undang terhadap pihak yang membocorkan rahsia negara termasuk wartawan yang melaporkannya.
 Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata lebih wajar jika peguam negara mengkaji semula hukuman terhadap mereka yang diberi amanah tetapi melakukan salah guna kuasa dan rasuah.
"Elok juga kalau peguam negara mengkaji semula hukuman terhadap mereka yang diberi amanah tapi terbukti melakukan salahguna kuasa dan rasuah sehingga merosakkan nama baik negara agar mereka juga dihukum penjara seumur hidup," katanya pda kenyataan media hari ini.
Katanya, pihak yang membocorkan rahsia atas prinsip 'amal makruf nahi mungkar' adalah jauh lebih mulia berbanding mereka yang menggunakan rahsia sebagai alasan untuk melindungi kesalahan mereka.
Malah, katanya, beliau juga janggal apabila Apandi kerap menjadi 'jurucakap' dalam isu RM2.6 bilion dan dilihat 'berlebih-lebih' sedangkan perdana menteri tidak membuat sebarang penjelasan.
Perkara itu menyebabkan imej dan kebebasan Jabatan Peguam Negara diragui oleh rakyat, katanya lagi.
Dengan memetik sebuah hadis, Tuan Ibrahim memberi peringatan kepada Apandi tentang tanda-tanda kedatangan hari kiamat apabila amanah dipersia-siakan dan sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya.
"Begitulah apabila kita mengkhianati amanah, menyalahgunakan umur, kesihatan, harta, pangkat dan segala perkara yang diberikan oleh Allah dengan tidak mengikut perintah Allah.

Apa yang kita lakukan hari ini ada kesan besar hari esok – Wan Azizah

TRP-Wann Azizah-Mokhsin
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pimpinan negara dilihat tidak mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan malah memecat mereka yang berani menyuarakan pendapat yang berbeza.
KUALA LUMPUR, 7 Februari:
“Apa yang kita lakukan hari ini mempunyai kesan dan implikasi yang besar pada hari esok.”
Itu kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan perutusan Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua menjelang Isnin ini.
Wan Azizah berkata rakyat sedar keadaan negara yang diselubungi pelbagai masalah, skandal dan persepsi negatif akibat salah laku urus tadbir serta pimpinan yang hilang kompas moral walaupun setiap minggu isu baru disajikan melalui media online atau media arus perdana.
Katanya, pimpinan negara dilihat tidak mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan malah memecat mereka yang berani menyuarakan pendapat yang berbeza.
“Sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun politik, terlalu jelas bahawa apa yang dilakukan Putrajaya pada hari ini belum cukup untuk menjamin masa depan yang lebih cerah untuk masa depan anak cucu kita.
“Jika kamu mahu kemakmuran setahun, tanamlah bijirin. Jika kamu mahu kemakmuran sepuluh tahun, tanamlah pokok. Jika kamu mahu kemakmuran seratus tahun, bangunkanlah insan. Memang ada kebenaran di sebalik kata-kata ini,” katanya yang memetik ungkapan pepatah Tionghua.
Menurutnya, sebagai contoh, pendidikan tidak patut dipolitikkan malah harus diperbetulkan.
Ini kerana komitmen yang jitu diperlukan untuk memastikan rancangan pendidikan negara dilaksana sepenuhnya setelah dipertimbang dan diteliti para cendekiawan serta pakar pendidik.
“Namun kita lihat dasar-dasar pendidikan Putrajaya yang begitu berkecamuk, malah kebebasan akademik turut terjejas hingga pensyarah seperti Azmi Sharom dihadapkan ke mahkamah hanya kerana berani bersuara.

Rafizi lancar kempen media sosial bantah cadangan pindaan OSA

Satu kempen media sosial akan dilancarkan bertujuan menolak cadangan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mahu hukuman lebih ketat diperkenalkan di bawah OSA, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2016. 
Satu kempen media sosial akan dilancarkan bertujuan menolak cadangan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mahu hukuman lebih ketat diperkenalkan di bawah OSA, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

 Satu kempen media sosial akan dilancarkan bertujuan menolak cadangan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mahu hukuman lebih ketat diperkenalkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, cadangan itu perlu dipatahkan di peringkat awal kerana katanya ia menunjukkan kecenderungan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengambil jalan kekerasan menutup mulut pengkritiknya.
"Kecenderungan ini tidak boleh dibiarkan dan perlu ditentang dari awal supaya cadangan pindaan ini dibatalkan serta merta.

"Saya akan memulakan 1 kempen di media sosial bagi mendapatkan sokongan seberapa ramai rakyat Malaysia menolak cadangan pindaan ini dan menuntut peguam negara bertindak secara bebas, telus dan adil. "Memandangkan cadangan pindaan ini adalah satu bentuk penindasan terhadap wartawan dan kebebasan media, saya percaya perkara ini akan menjadi isu di peringkat antarabangsa yang akan memburukkan lagi imej Najib di mata dunia," katanya dalam 1 kenyataan hari ini.
Semalam, Apandi dilaporkan akhbar Sinchew Daily berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia negara dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.

Hukuman lebih berat OSA satu serangan kepada kebebasan bersuara, kata kumpulan wartawan

Cadangan peguam negara mengenakan hukuman lebih berat ke atas pihak yang membocorkan rahsia rasmi disifatkan 1 serangan ke atas kebebasan bersuara, kata CIJ hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2016. 

Cadangan peguam negara mengenakan hukuman lebih berat ke atas pihak yang membocorkan rahsia rasmi disifatkan 1 serangan ke atas kebebasan bersuara, kata Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) hari ini.
Menggelarkan situasi itu seperti "shooting the messenger" (menembak penyampai utusan), CIJ berkata ia menunjukkan Putrajaya tidak tahan dengan kritikan dan takut untuk bertanggungjawab.
"Kami ingin mengingatkan peguam negara, hak untuk kebebasan berucap dan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan termasuk hak untuk maklumat, atau ringkasnya, hak untuk tahu.

"Sebarang batasan kepada hak ini hanya dengan pengecualian, dan perlu mempunyai matlamat yang sah yang perlu dan seimbang. "Dengan itu, kami mempersoalkan jika cadangan terbaru ini memenuhi norma yang diterima di peringkat antarabangsa," kata CIJ dalam satu kenyataan.

Setia kepada parti dan negara, bukan individu, kata Rafidah

Kesetiaan seharusnya ditujukan kepada negara dan parti, bukan individu, kata Tan Sri Rafidah Aziz, selepas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil membidas beliau kerana dikatakan kurang menghormati kepimpinan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2016. 
Kesetiaan seharusnya ditujukan kepada negara dan parti, bukan individu, kata Tan Sri Rafidah Aziz, selepas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil membidas beliau kerana dikatakan kurang menghormati kepimpinan parti. 

Kesetiaan seharusnya ditujukan kepada negara dan parti, bukan individu, kata Tan Sri Rafidah Aziz, selepas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil membidas beliau kerana dikatakan kurang menghormati kepimpinan parti.
Rafidah berkata beliau seorang ahli Umno yang komited dan tidak akan berhenti mengkritik sesiapa sahaja yang membuatkan orang mencurigai parti, tanpa mengira kedudukan mereka.
"TIADA SESIAPA perlu MEMINTA 'sokongan' untuk pemimpin sebagai INDIVIDU... Minta orang ramai menyokong PARTI.

"PARTI dan NEGARA TIDAK sepatutnya menjadi mangsa apa jua tindakan mereka yang berada dalam kedudukan sebagai pemimpin... tak kira TAHAP MANA SEKALI PUN," tulis bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu di laman Facebook beliau malam tadi. Rafidah menggesa pengkritik beliau berhenti menafikan wujud keretakan dalam Umno dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap keadaan kepimpinan negara.
Beliau memberi amaran, dunia sedang memerhatikan pemimpin negara ini dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

Tahun sukar cari kerja, terutama untuk graduan

Pekerjaan dijangka sukar diperolehi tahun ini disebabkan ekonomi Malaysia yang terkesan kerana kelembapan ekonomi China dan kejatuhan nilai ringgit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2016. 
Pekerjaan dijangka sukar diperolehi tahun ini disebabkan ekonomi Malaysia yang terkesan kerana kelembapan ekonomi China dan kejatuhan nilai ringgit. 

Mereka yang sedang mencari pekerjaan akan melalui tempoh sukar mendapatkan peluang itu tahun ini, terutama graduan yang baru menamatkan pengajian, kata pakar kerjaya dan kumpulan majikan sektor swasta, ketika semakin banyak syarikat membekukan pengambilan. Laman web kerjaya seperti JobStreet.com berkata, banyak syarikat masih mengiklankan kerja kosong pada suku pertama tahun ini, yang dianggap sebagai musim puncak pengambilan.
Laman lain seperti Monster.com bagaimanapun, menjangkakan akan melihat penurunan dalam tawaran kerja pada separuh pertama 2016 berbanding tempoh yang sama pada 2015.

Penurunan ini bersambung dari suku terakhir 2015, kata Pengarah Monster.com Sanjay Modi, kerana keadaan perniagaan di Malaysia terkesan akibat kelembapan ekonomi China dan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Pergantungan negara kepada sektor minyak dan gas juga memberi kesan kepada aktiviti perniagaan dalam banyak sektor, kata Modi, pengarah urusan laman itu bagi India, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Hong Kong.
"Majikan diminta mengenakan dasar pengambilan yang lebih ketat bagi mengoptimumkan sumber organisasi dan mengurangkan kos, ini melembapkan keseluruhan sentimen pengambilan pekerja," kata Modi dalam satu e-mel.
Penurunan di merata tempat
Penurunan terbesar peluang pekerjaan dijangka dalam sektor minyak dan gas, 1 trend yang dapat dilihat di seluruh dunia, kata Modi.
Sektor ini mencatatkan penurunan 30% peluang pekerjaan pada Disember 2015.
"Kami juga menjangkakan akan melihat penurunan dalam sektor logistik, kurier/freight/pengangkutan, perkapalan dan marin, ketika industri maritim terus bergelut dengan permintaan dan perdagangan global yang semakin lemah."
Menurut Monster.com, sektor ini juga menunjukkan penurunan peluang pekerjaan paling mendadak tahun-ke-tahun pada 35% pada Disember 2015.
Sektor lain yang menyaksikan pengurangan dalam pengambilan pekerja ialah hospitaliti pada -34% dan IT pada -33%.

UMNO bukan lagi pilihan anak muda Malaysia

UMNO bukan lagi pilihan anak muda di negara ini kian bosan dengan permainan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menlindungi dakwaan skandal rasuah terhadapnya.
Ia berikutan Najib mendiamkan mana-mana pemimpin UMNO yang mengkritiknya dari menjawab segala dakwaan salah laku rasuah dalam dua mega skandal.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, segenap lapisan rakyat termauk golongan muda mahukan jawapan memuaskan terhadap dakwaan salah laku dua skandal itu.
“Yang orang muda bukannya mahu kelulusan projek RM15 juta tetapi mahukan jawapan memuaskan mengenai skandal ‘derma’ RM2.6 bilion dan skandal RM55 bilion 1MDB yang memalukan negara di mata dunia.
“Ini bukan sahaja luahan aktivis Pemuda UMNO Pulau Pinang tapi ia mewakili luahan hati seluruh golongan muda sama ada dalam UMNO ataupun tidak,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut memetik luahan aktivis berkenaan yang mengakhirinya dengan ungkapan: “Bukan UMNO ini yang kami mahukan…”
Mengulangi saranan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuh bagi menyiasat skandal itu, Kit Siang juga meminta Najib supaya tidak berselindung di belakang Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Apandi jawab kritikan mentornya Abu Talib


Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak pendapat pendahulunya Tan Sri Abu Talib Othman bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk menutup kes RM2.6 bilion, sambil menambah bahawa semua yang dia lakukan adalah berdasarkan kepada apa yang dia telah belajar dari bekas AG itu.
 Apandi berkata beliau hanya mengikuti jejaknya dan "sekarang beliau kata, saya tidak boleh berbuat demikian. Saya keliru."
"Saya harap beliau boleh datang berjumpa dengan saya supaya saya boleh memberi penjelasan saya," Apandi dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily dalam satu temu bual eksklusif.
Minggu lalu, Abu Talib mengkritik Apandi dengan mendakwa bahawa AG tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, AG mempunyai kuasa hanya untuk memulakan, menjalankan dan memberhentikan sebarang prosiding (jenayah), tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan mana-mana agensi penyiasatan untuk menutup kertas siasatan.
"Ini adalah kes kepentingan awam yang telah menarik perhatian seluruh dunia. AG mesti membantu SPRM untuk mengumpul bukti kerana sumber dana itu adalah di luar Malaysia," kata Abu Talib.
Dalam hal yang berkaitan, Apandi juga menegaskan bahawa dia tidak pernah meminta rakan sejawatannya dari Switzerland supaya menutup siasatan negara itu terhadap 1MDB semasa satu pertemuan September lalu.
"Saya tidak pernah berkata demikian... Itu satu pembohongan. Saya tidak pernah menyebut sebarang kes 1MDB. Ia adalah kunjungan hormat... Jika Switzerland memerlukan sebarang bantuan, saya akan memberikannya...
"Pertemuan itu adalah mengenai bantuan perundangan bersama. Kita boleh membantu pada bila-bila masa, itu sahaja."
Apandi berkata pertemuan itu antara beliau dan AG Switzerland Michael Lauber turut dihadiri oleh Timbalan Peguam Cara Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan seorang pegawai dari pejabat Lauber.
Beliau berkata pejabat Peguam Negara Switzerland telah meminta bantuan Pejabat Peguam Negara melalui Kementerian Luar Negeri, dan permintaan rasmi yang difailkan mereka hanya sampai kepadanya pada 4 Februari
Bagaimanapun, Apandi berkata beliau masih belum membaca dokumen Switzerland itu.
Pejabat Peguam Negara, katanya, akan memberi bantuan kepada Switzerland di bawah protokol bantuan perundangan bersama, walaupun beliau enggan mendedahkan butiran kerana ia adalah "rahsia".
Minggu lalu, Reuters melaporkan bahawa seorang pegawai Malaysia menggesa Lauber supaya menggugurkan penyiasatannya berkaitan 1MDB semasa satu pertemuan September lalu.
Sebelum keputusan Apandi untuk menutup kes terhadap Najib, Lauber melalui pejabatnya telah dilaporkan membuat permintaan kepada Malaysia untuk mendapatkan bantuan dalam siasatan negaranya terhadap 1MDB berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan jenayah salah urus.

Peguam negara lindungi pesalah dengan menghukum pemberi maklumat, kata NOW

Cadangan peguam negara mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang membocorkan rahsia kelihatan seperti 1 usaha melindungi mereka yang melakukan kesalahan, kata NOW. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2016. 
Cadangan peguam negara mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang membocorkan rahsia kelihatan seperti 1 usaha melindungi mereka yang melakukan kesalahan, kata NOW.
Cadangan peguam negara mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang membocorkan rahsia kelihatan seperti 1 usaha melindungi mereka yang melakukan kesalahan, kata Pusat Perlindungan Pemberi Maklumat dan Pemantau Kebangsaan (NOW).
Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata, pemberi maklumat mengambil risiko membuat pendedahan salah laku kerana mereka mahu individu yang melanggar kepercayaan orang ramai dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka.
Masalah kebocoran maklumat akan terhenti apabila penyelewengan tidak berlaku, kata Akmal, yang dalam siasatan polis kerana didakwa "memperolehi secara tidak sah" dokumen Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (Yapeim).

"Malangnya, cadangan peguam negara untuk mengetatkan undang-undang menghukum pemberi maklumat, termasuk hukuman penjara seumur hidup dan sebatan, seolah-olah tindakan untuk menghukum pemberi maklumat dan seterusnya melindungi mereka yang pecah amanah. "Kebocoran maklumat berkaitan dengan salah guna kuasa, ketirisan dan pecah amanah hanya berlaku apabila hilang keyakinan terhadap organisasi tersebut.
"Kegagalan tindakan pembaikan dan pencegahan secara dalaman menyebabkan pemberi maklumat mencari saluran alternatif.
"Kebanyakan pendedahan yang dibuat adalah demi kepentingan orang ramai dan berupaya menghentikan daripada perkara tersebut terus berulang," kata Akmal dalam satu kenyataan.
-

Tindakan keras AG pada pemberi maklumat untuk lindungi BN -Pua


Cadangan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada pemberi maklumat bertujuan untuk menutup kes melibatkan BN, kata Ahli Parlimen DAP.
 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata rancangan itu adalah tidak bermoral dan merupakan percubaan yang jelas untuk menakutkan orang ramai daripada mendedahkan bukti salah urus.
"Peguam Negara telah benar-benar hilang kompas moral dan menjauhi semua prinsip-prinsip keadilan sejagat dalam usaha beliau untuk melindungi semua kes yang melibatkan pentadbiran BN," kata Pua kepada Malaysiakini malam tadi.
Apandi semalam memberitahu Sin Chew Daily bahawa beliau merancang untuk meningkatkan hukuman penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), yang kini antara 1 hingga tujuh tahun kepada penjara seumur hidup.
Peguam negara itu berkata wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka yang membocorkan rahsia negara juga tidak terkecuali.
Berita maklumat bocor mengenai firma berkaitan kerajaan termasuk 1MDB sentiasa menjadi tajuk utama sejak 2015.
Kebocoran dalam kes ini tidak dilindungi di bawah OSA, tetapi Pua bimbang kes ini juga akan diklasifikasikan jika rancangan Apandi ini menjadi kenyataan.

AG pertimbang penjara seumur hidup untuk mereka yang bocor rahsia


 Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali sedang menimbang untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya.
Katanya, Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan.
"Di sesetengah negara, membocorkan rahsia rasmi adalah satu kesalahan yang serius, seperti di China di mana ia membawa hukuman mati," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar Sinchew Daily.
AG menegaskan sekira wartawan melindungi atau enggan mendedahkan sumber dengan memohon etika kewartawanan, mereka akan dianggap bekerjasama dengan pensabotaj.
"Kami mungkin mendakwa wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.
"Saya tidak bergurau. Jika saya mempunyai 90 peratus bukti, saya akan dakwa wartawan, editor, penolong editor dan ketua editor. Saya serius, bukan main-main. Berlaku terlalu banyak kebocoran rahsia di Malaysia.
"Hak untuk tahu tidak diberikan oleh perlembagaan," katanya.

Switzerland kemuka permintaan bantuan siasatan kes 1MDB kepada Wisma Putra

Pejabat Peguam Negara Switzerland sudah mengemukakan permintaan bantuan undang-undang bersama kepada Kementerian Luar Malaysia berhubung prosiding jenayah ke atas 1MDB. – Gambar fail Reuters, 7 Februari, 2016. 
Pejabat Peguam Negara Switzerland sudah mengemukakan permintaan bantuan undang-undang bersama kepada Kementerian Luar Malaysia berhubung prosiding jenayah ke atas 1MDB. 

Secara rasminya Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) sudah mengemukakan permintaan bantuan undang-undang bersama kepada Kementerian Luar Malaysia berhubung prosiding jenayahnya ke atas cabang pelabur negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Jurucakap OAG Nathalie Guth berkata dalam satu e-mel kepada The Malaysian Insider, permintaan itu diserahkan kepada Kuala Lumpur pada 4 Februari melalui saluran diplomatik.
"Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) mengesahkan penghantaran permintaan bantuan undang-undang bersama kepada Kementerian Luar Malaysia dalam konteks prosiding jenayahnya mengenai 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

"Permintaan itu, selepas penghantaran melalui Pejabat Persekutuan kompeten Keadilan (FOJ), diserahkan pada 4 Februari 2016 di Kuala Lumpur melalui saluran diplomatik kerana ia adalah prosedur standard," Guth menulis. Pada 29 Januari, OAG mengeluarkan kenyataan mengatakan ia meminta bantuan bersama pihak berkuasa Malaysia sebagai sebahagian daripada prosiding jenayah yang dibuka terhadap 2 bekas pegawai 1MDB dan "orang yang tidak diketahui" kerana disyaki salah laku rasuah pegawai awam asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah.
Ia juga berkata kerjasama ini dibincangkan kedua-dua negara pada mesyuarat di Zurich pada 15 September tahun lepas antara peguam negara Switzerland dan rakan sejawatannya dari Malaysia.
OAG menyatakan siasatan jenayahnya menunjukan dengan serius dana disalahgunakan syarikat negara Malaysia, sambil menambah wang tersebut dipercayai diperuntukkan untuk pelaburan dalam projek pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia.
Katanya, jumlah yang disalahgunakan itu dianggarkan sebanyak AS$4 bilion.
"Setakat ini, sudah dipastikan yang sebahagian kecil wang itu dipindahkan ke akaun di Switzerland yang dipegang pelbagai bekas pegawai awam Malaysia dan kedua-dua bekas dan pegawai awam semasa dari Emiriah Arab Bersatu.

Putera raja Saudi derma RM2.6 bilion, kata peguam negara

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata motif di sebalik derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak tidak penting kerana derma seperti itu sesuatu yang sah di sisi undang-undang Malaysia. 

Salah seorang putera Allahyarham Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud merupakan orang yang menderma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinchew Daily hari ini. Apandi bagaimanapun tidak mendedahkan identiti penderma itu.
Raja Arab itu, yang meninggal dunia pada Januari tahun lepas, mempunyai 9 orang putera dan 10 puteri.

"Kami tahu nama dia (penderma). Dia bukan arwah Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup," pendakwa utama negara itu dipetik berkata akhbar berbahasa Cina itu. Beliau juga dilaporkan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperolehi satu kenyataan daripada penderma itu sepertimana yang diperincikan dalam laporan badan anti-rasuah itu.
Terdahulu hari ini, Menteri Luar Arab Adel al-Jubeir berkata beliau tidak fikir RM2.6 bilion yang mengalir ke dalam akaun bank Najib adalah daripada kerajaan Arab atau merupakan derma politik.
Bercakap kepada The New York Times (NYT), beliau berkata, wang itu disalurkan kepada satu "pelaburan di Malaysia".
Bulan lalu, Apandi berkata, RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi yang diberi "tanpa sebarang pertimbangan", dan menutup kes itu.
Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelabur negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan, kira-kira AS$4 bilion (RM16.8bilion) disalahgunakan daripada syarikat negara.