Sabtu, 6 Februari 2016

Skandal 'derma' RM2.6b Najib....

Bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru ??

'DERMA RM2.6 BILION'


APA DAH JADI drama derma Najib tu !!!. Berani tak TV3suku, RTM siar berita kenyataan Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir tak fikir RM2.6 bilion itu derma TETAPI IA ADALAH SATU PELABURAN..

..Agar rakyat tahu kisah sebenarnya 'derma' RM2.6 bilion tu

Apa kan jadi pada pada pelabur2 asing dgn terpalitnya skandal Najib-1MDB nanti ??

JANGAN LUPA.. Shahidan Kassim pernah kata Rosmah yg tak dibayar gaji kerja sukarela boleh ke luar negara guna jet mewah VVIP kerajaan yg boleh membawa kesan bawa pelabur melabur ke dlm negara..

NAJIB DIMALUKAN OLEH ARAB SAUDI, MASIH BERWIBAWAKAH KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA?

Semasa kecil, kita tentunya biasa dipesan oleh ibu bapa, guru-guru atau orang tua-tua agar jangan sesekali bercakap bohong kepada sesiapa pun jua.

Jika kita didapati melakukan sesuatu kesalahan pula, perkara pertama yang diingatkan ialah agar segera bercakap benar dan tidak terus berbohong.

Kalau tidak salah, berkatalah tidak salah, manakala jika salah, mengaku dan berterus-terang sajalah.

Berbohong atau bercakap bohong bukan saja dianggap dosa dan perbuatan tidak baik, bahkan selalu diingatkan bahawa bagaimana sekali pun cuba berbohong, ia pasti akan terdedah akhirnya walaupun setelah dicuba beberapa lapis pembohongan lainnya.

Dikatakan bahawa apabila kita berbohong dan cuba menutupnya  setelah ianya terdedah, kita akan terus berbohong lagi dan lagi sehingga akhirnya terjerat sendiri.

Peribahasa moden juga ada mengingatkan bahawa kita tidak mungkin dapat menipu semua orang dalam semua keadaan.

Pendeknya, pembohongan tidak mungkin ada tempat yang selesa di dunia ini, apatah lagi di akhirat nanti.

Barangkali inilah yang hampir-hampir ada persamaan dengan isu derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadi Najib Razak.

Mula-mula wang itu dinafikan, diancam mahu disaman, dikatakan tidak mungkin Najib begitu bodoh membenarkan wang sebegitu banyak dimasukkan ke akuan peribadinya dan segala macam bentuk penafian lainnya.

Kemudian apabila hakikat kebenaran berkaitan wang itu sukar dinafikan, ia diakui sebagai derma politik, hak Najib menerima sumbangan daripada mana-mana pihak, untuk memerangi keganasan,  mengalahkan DAP, sumbangan kerana memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan lain-lain lagi.

Ia juga dikatakan untuk membiayai politik UMNO yang mana segala halnya memerlukan wang dan Najib selaku Presiden UMNO dikatakan hanyalah pemegang amanah saja kepada duit tersebut.

Ketika Peguam Negara, Apandi Ali mengumumkan hasil siasatan yang membersihkan nama Najib daripada semua pertuduhan jenayah berkaitan wang itu, diumumkan juga wang tersebut diterima daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan sejumlah RM2,030 juta sudah pun dipulangkan kerana ia tidak digunapakai.

KPT digesa prihatin kos sara hidup pelajar luar negara

ABIM RAIMIKementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu merangka membantu pelajar luar negara bagi menyelesaikan masalah kos yuran pengajian serta beberapa perbelanjaan asas lain.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohammad Raimi Ab Rahim berkata ia ekoran ekonomi tidak menentu serta nilai Ringgit Malaysia terus merudum jatuh tanpa sebarang petunjuk positif sejak tahun lalu.
Katanya, saranan ini penting memandangkan terdapat pelajar luar negara bertidak menangguhkan pembayaran yuran atas kesempitan kewangan dengan keyakinan bahawa nilai ringit kembali pulih.
“Namun, setelah beberapa bulan nilai Ringgit masih belum berada di paras positif, mereka masih belum mampu menjelaskan kos yuran pengajian.
“Ini dikhuatiri menambahkan lagi bebanan mereka apabila menjadi hutang terkumpul dan menjejaskan program pengajian mereka secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan media.
Beliau berkata KPT disaran merangka pelan tindakan untuk menyerap mereka ke universiti tempatan dengan kemudahan pemindahan kredit sebagai langkah akhir
“Gesaan ini penting sebagai langkah akhir untuk menyelamatkan program pengajian mereka yang terjejas akibat dari masalah kewangan walaupun prestasi pengajian mereka berada pada tahap cemerlang,” katanya.

Mahasiswa bingung tunggu status pinjaman MARA


Sekumpulan mahasiswa dari institusi pengajian swasta bingung mengenai status permohonan mereka untuk mendapatkan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membiayai pengajian mereka di universiti masing-masing.
Menurut mereka, sebelum ini MARA memberi pinjaman pendidikan yang sama kepada senior mereka.
Seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Mustaqim dari Asia Pacific University (APU) berkata dia sudah tiga semester tidak membayar yuran pengajian kerana mengharap pinjaman dari MARA.
Jelasnya, pusat pengajiannya juga tidak memintanya membayar yuran kerana turut menunggu pinjaman dari pihak MARA.
“Saya sudah tiga semester tidak membayar yuran pengajian dan pihak universiti pun tak minta saya membayarnya buat masa sekarang kerana percaya akan dapat pinjaman dari pihak MARA,” katanya kepada Malaysikini.
Katanya, dia telah pergi sendiri ke Pejabat MARA bagi mendapat penjelasan, namun jawapan yang diterima sungguh mendukacitakan apabila MARA memintanya menunggu pengumuman di talian.
“Saya sudah memohon pinjaman secara online tapi tak ada jawapan sampai sekarang. Saya buat permohonan itu dari semester dua lagi,” katanya yang mendakwa sepuluh rakan sekelasnya berhenti kerana tidak mendapat pinjaman dari MARA.
Menurut Mustaqim, pihak APU sudah membuat perjumpaan bagi mencari jalan penyelesaian dan mencadangkan pelajar membuat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk meneruskan pengajian mereka.
“Saya tidak mahu ambil PTPTN kerana PTPTN tidak menyediakan elaun sara hidup, manakala jumlah yang diberikan tidak mencukupi untuk membayar yuran.
“Selain itu terdapat kadar faedah yang akan dikenakan untuk membayar balik pinjaman,” katanya.
PTPTN telah mengumumkan pada 2014 pengurangan 15 peratus daripada jumlah pinjaman maksimum bagi institusi swasta kerana kekurangan dana.
MARA pula telah menafikan ia juga kekurangan dana dan berkata biasiswa masih ditawarkan walaupun pembiayaan dikurangkan.
Bagaimanapun, status pinjaman pendidikan MARA masih tidak jelas.

Bashah tekad BN menang 2/3 kerusi DUN Kedah pada PRU-14

Menteri Besar Kedah baharu yakin sasaran mampu dicapai sekiranya jentera BN dan UMNO negeri bersama bekerja keras.
Ahmad-Bashah_kedah_bn_600
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bertekad Barisan Nasional (BN) negeri mampu memenangi dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata, beliau yakin sasaran tersebut mampu dicapai sekiranya semua jentera Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri bersama-sama bekerja keras sebelum PRU14 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada akhir Ogos 2018.
“Nak dapatkan (menangi) kerusi, kami (wakil rakyat) kena turun, jumpa rakyat bagi penerangan dan kerja keras bukan duduk sahaja,” katanya ketika berucap pada Program Mesra Jiran Perdana dan Menyemai Kasih Sayang, di sini, hari ini.
Ketika ini, 21 kerusi Dewan Undangan Negeri dipegang BN, PAS (lapan), PKR (empat), DAP (dua) dan Parti Amanah Negara (satu).
Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata, walaupun beliau kini memegang jawatan Menteri Besar, beliau mahu rakyat dan pengundi khususnya di kawasan diwakilinya iaitu Bakar Bata terus mengekalkan hubungan kemesraan dengan dirinya seperti sebelum ini.
Beliau berkata, jawatan tersebut bukanlah satu penghalang untuk memisahkan rakyat dengan dirinya, malah jelasnya, beliau masih sama seperti dahulu.

Shahrizat kecewa Rafidah seperti pembangkang serang Najib

Sabtu 6 Feb, 2016
PUBLISHED: Feb 6, 2016 06:00pm
UPDATED: Feb 6, 2016 04:48pm

Shahrizat kecewa Rafidah seperti pembangkang serang Najib

shahrizat (L)
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kecewa dengan sikap serta tindak-tanduk Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak seperti pembangkang apabila menyerang kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu politik Kedah.
KUALA LUMPUR, 6 Februari:
Wanita UMNO kecewa dengan sikap serta tindak-tanduk Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak seperti pembangkang apabila menyerang kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu politik Kedah.
Utusan Malaysia melaporkan ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bekas pemimpin Wanita UMNO itu juga seolah-olah sudah menggadaikan prinsip perjuangan apabila tergamak membuat pelbagai persepsi serta andaian terhadap isu tertentu dalam parti.
“Saya amat hairan dan geleng kepala membaca kenyataan beliau. Selama 22 tahun Tan Sri Rafidah memimpin Wanita, kami sering diingatkan supaya sentiasa disiplin, taat dan patuh kepada kepimpinan parti terutama kepada Presiden.
“Prinsip ini seolah-olah telah digadaikan bilamana kini beliau pula secara terang-terangan menyangkal kepemimpinan Presiden UMNO dan membuat pelbagai persepsi serta andaian terhadap isu yang berlaku di dalam parti mahupun negara.

Karikatur kritik pemimpin berkesan namun jangan sampai menghina, kata pemerhati

Karikatur boleh digunakan untuk menghantar mesej yang lebih baik dan tidak menghina individu secara peribadi. – Gambar Facebook, 6 Februari, 2016. 
Karikatur boleh digunakan untuk menghantar mesej yang lebih baik dan tidak menghina individu secara peribadi.

Dalam kerancakan anak muda melukis karikatur menyindir perdana menteri berwajah badut, ada juga yang berpendapat ia 1 perbuatan keterlaluan dan tidak sepatutnya menjadi amalan masyarakat negara ini.
Bagi mereka, hasil seni boleh digunakan untuk menghantar mesej yang lebih baik dan tidak menghina individu tertentu secara peribadi.
Namun, bagi kartunis politik dan aktivis pula, kebanjiran karikatur satira atau seni visual yang kritis adalah kebangkitan masyarakat dalam mengekspresikan pendapat dan memberi mesej yang lebih berkesan.

Kartunis politik Mohd Affandi Ramli atau Ronasina berkata, sejarah awal dunia juga menunjukkan, karya karikatur bermula dalam bentuk kritikan politik. "Ini berlaku sejak era Raja Louis X11 di Perancis, dan juga di mana-mana, termasuk sebelum negara kita mencapai kemerdekaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Perdebatan sama ada kartun dianggap kritikal atau menghina timbul sekali lagi apabila sekumpulan pereka grafik dan artis digital membanjiri media sosial dengan karikatur Datuk Seri Najib Razak berwajah badut.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib@Khalid bagaimanapun tidak menolak karya yang mengkritik.
Namun, katanya, elemen keterlaluan dan tidak sensitif hanya lebih mengundang kepada keburukan.
"Harus ada seninya yang boleh kritikal, tetapi tidak ke tahap menghina," katanya.
"Pada pemerintahan (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, sudah ada karikatur begini.
Misalnya akhbar Utusan Malaysia mempunyai ruangan 'Senyum Kambing' dan kartunis Zunar antara yang aktif dengan satira politik." katanya merujuk kepada nama samaran Zulkiflee Anwar Ulhaq.
"Cuma, melukis pemimpin dengan gambar badut secara relatif dikira melampau di Malaysia tetapi tidak di dunia Barat, kerana sifat demokrasi Barat yang mudah mengkritik pemimpin," katanya kepada The Malaysian Insider.

Wawasan 2020 mustahil jadi, kata menteri IUmno kepada Dr Mahathir

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mengambil kira krisis kewangan apabila mencetuskan idea Wawasan 2020. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Februari, 2016. 
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mengambil kira krisis kewangan apabila mencetuskan idea Wawasan 2020.

Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menerima realiti dan sedar yang Wawasan 2020 tidak akan boleh dicapai, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang Malaysia tidak lagi dikagumi seperti mana sebelum ini dan ketika itu tiada siapa yang ragu dengan hasrat menjadi negara maju menjelang 2020.
Bagaimanapun, Salleh dalam posting di blognya hari ini, berkata bekas perdana menteri itu kini kelihatan seperti cuba meletakkan kesalahan itu di atas bahu orang lain.

Mengenai Wawasan 2020, beliau berkata, Dr Mahathir gagal mengambil kira krisis kewangan apabila mencetuskan idea itu, sambil menambah, kesilapan itu membuatkan rancangan itu kini mustahil direalisasikan. "Dr Mahathir tidak mengambil kira kemungkinan itu pada masa itu dan sedekad kemudian pada 1997, ia berlaku sekali lagi.
"Rancangan itu dicadangkan untuk satu keadaan yang ideal, tetapi 1986 dan 1997 membuktikan, tidak ada situasi yang boleh dikatakan keadaan yang ideal.
"Jadi, Wawasan 2020 tidak lagi mungkin terjadi. Jadi, dia mahu mencari seseorang untuk dipersalahkan, daripada menerima hakikat dia yang salah dan rancangannya itu tidak benar-benar boleh dilaksanakan," katanya.

Halang pemimpin PKR tidak bantut calon PRN Sarawak

Isu Kedah - 'Umno akan hancur diseluruh negara'

UMNO ketandusan pemimpin berpendidikan tinggi - kadir jasin

Tan Sri Apandi, the Saudi government just disputed your story

Sir Wenger J. Khairy

Tan Sri Mohamed Apandi Ali emphatically told a packed press conference that the RM 2.6 billion which was found in the prime minister’s accounts was a personal "donation from the Saudi royal family" and "was given to him without any due consideration".
Two weeks ago,
Ostentatiously, he was pictured clearing the prime minister of any wrongdoing while simultaneously waving the evidence showing millions of ringgit being moved into and out of accounts linked to the prime minister.
Today, the Saudi foreign minister, in diplomatic speak, just called that story a big bunch of untruths.

Foreign Minister Adel al-Jubeir was quoted as saying, "It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia." First untruth, Apandi said the funds were a donation. The Saudi foreign minister said it was an investment.
Second untruth, Apandi said the funds were from the Saudi royal family. The Saudi foreign minister said it was from a private citizen.
In the piece by the New York Times, the foreign minister more or less admits that the funds came from Prince Turki – the same Prince Turki who was behind Petrosaudi. As we all know, a total of US$1.9 billion was paid from 1MDB into Petrosaudi in return for units "of indeterminate worth".
However, even though Prince Turki is a Saudi royal, that does not make him "Saudi royal family" – a term not to be used lightly by the attorney-general of an important bilateral partner. After all, I think there are about 20,000 people related to the House of Saud, the ruling Royal family.
The reason is that Saudi Arabia is a monarchy. For the attorney-general of a country to publicly say the donation came from the Saudi royal family is to imply that the $US700 million was an official government policy, and would imply involvement of the previous king of Saudi Arabia, King Abdullah.
And that is why the Saudi foreign minister had to come out strongly and deny it.
Tan Sri Apandi – this is not a small matter.

RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib bukan derma

AS$681 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke akaun Perdana Menteri bukan derma politik, sebaliknya untuk 'pelaburan di Malaysia'.
Adel al-Jubeir najib
PETALING JAYA: Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyatakan wang AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak bukanlah satu satu derma politik, sebaliknya ia disalurkan untuk ‘pelaburan di Malaysia’.
Bahkan, beliau turut menafikan bahawa wang RM2.6 bilion bukan disumbangkan Kerajaan Arab Saudi atau satu sumbangan derma politik, lapor The New York Times.
“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia (Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dan dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia),” katanya dalam satu temu bual dengan NYT disiarkan, semalam.
Mengulas lanjut, akhbar tersebut turut memetik kenyataan seorang kerabat diraja yang enggan mendedahkan identitinya berkata, wang tersebut diberikan oleh seorang putera Saudi namun mengesahkan wang itu bukannya derma, tetapi satu bentuk perjanjian bisnes.
Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan wang AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Najib menyatakan ia adalah derma dari keluarga diraja Saudi dan diberikan tanpa mengharapkan balasan.
Mohamed Apandi sekali gus menutup kes tersebut dan menyatakan Perdana Menteri tidak melakukan sebarang kesalahan.
Namun, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menemui sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) hilang daripada syarikat negara milik negara.
Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber juga menyuarakan kebimbangan atas keputusan rakan sejawatnya di Malaysia yang menghentikan siasatan ke atas kes perpindahan dana ke akaun Perdana Menteri itu, mengatakan tindakan itu akan mengganggu siasatan yang dijalankan Switzerland ke atas 1MDB.
Apandi kemudiannya membalas kenyataan tersebut, mengatakan siasatan yang sedang dilakukan negara itu ke atas 1MDB adalah siasatan yang berasingan daripada kes derma RM2.6 bilion itu.

Peguam Negara diminta senaraikan transaksi kewangan ‘bukan rasuah’

Ia ekoran tindakan Mohamed Apandi yang memutuskan derma RM2.6 bilion, skandal keluarga berbilang jawatan di YaPEIM serta komisyen ratusan juta untuk konsultasi pembelian kapal selam bukan satu kesalahan.
Lim-Lip-Eng-apandi-ali
PETALING JAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali disaran menyenaraikan transaksi kewangan, terutamanya yang melibatkan ahli politik yang tidak lagi dianggap satu jenayah rasuah.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, definisi rasuah yang diperbaharui ini akan menjimatkan masa dan tenaga pihak polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasauah Malaysia (SPRM).
“Selain itu, ia juga menjimatkan masa timbalan-timbalan pendakwaraya beliau sendiri daripada menyiasat dan mendakwa orang yang tidak sepatutnya.
“Malah, perlu ada pindaan undang-undang terhadap statut dan buku-buku teks supaya tidak berlakunya ketidakadilan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Lim berkata demikian ekoran tindakan Mohamed Apandi yang memutuskan derma RM2.6 bilion, skandal keluarga berbilang jawatan di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) serta komisen ratusan juta untuk konsultasi pembelian kapal selam bukan satu kesalahan.
Mengulas lanjut, pemimpin DAP itu juga mempersoalkan yuran konsultasi yang diterima Abdul Razak Baginda iaitu sebanyak €30 juta (RM137 juta) untuk pembelian 2 kapal selam Scorpene dari Perancis.
“Adakah Abdul Razak Baginda layak untuk mengemudi dan merupakan pakar peralatan ketenteraan laut?” soalnya.
Selain itu, turut ditanya ialah sebab jabatan perolehan tentera laut tidak digunakan untuk membuat rundingan terhadap pembelian ketenteraan bernilai ASD1.2 bilion itu dan jikalau bayaran konsultasi itu dibincangkan di peringkat kabinet.
“Adakah para pembayar cukai menanggung bayaran konsultasi setiap kali kerajaan membeli peralatan canggih dan mahal. Berapa pula bayaran konsultasi setiap kali negara membeli jet pejuang, kereta kebal, kenderaan kalis peluru untuk para VVIP dan sebagainya?
“Bagaimana pula dengan jumlah cukai yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri terhadap bayaran €30 juta euro yang diterima oleh Abdul Razak itu. Adakah wujud sebarang rekod percukaian?” soal beliau lagi.

Ada pemimpin negara khianat amanah – Muhyiddin

Ketika rakyat bergelut dengan kos sara hidup, ada pemimpin terima berbilion ringgit dan dimasukkan ke akaun peribadi untuk kegunaan sendiri.
Muhyiddin
PETALING JAYA: Rakyat kini semakin tidak mempercayai pemimpin negara kerana orang yang diamanahkan untuk memimpin mengkhianati amanah yang diberikan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika rakyat sedang bergelut dengan masalah kos sara hidup, beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit dan hilang kerja, ada pemimpin yang disahkan menerima berbilion ringgit dan dimasukkan ke akaun peribadi dan digunakan untuk kegunaan sendiri.
Tambahnya, lebih menyedihkan apabila antara sumber wang itu adalah daripada syarikat yang mendapat dana daripada tabung awam.
“Namun, amat pelik apabila penerimaan wang yang bersumberkan dana awam oleh seorang pemimpin negara tidak dianggap sebagai satu kesalahan.
“Malah, siasatan ke atas laporan salah laku dan rasuah melibatkan orang berkenaan diarahkan ditutup,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sebelum ini ada penjawat awam, ahli perniagaan dan orang politik disiasat, didakwa dan dihukum kerana rasuah dan menyalahgunakan dana awam.
“Tetapi dalam skandal kewangan terbesar di negara kita yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad(1MDB) dan SRC International, tiada sesiapa pun didakwa,” katanya.
Beliau berkata, ada pihak yang secara terang-terangan mempertahankan dan melindungi salah laku orang tertentu walaupun jauh di sudut hati, mereka juga tahu apa sebenar yang berlaku.
“Di manakah nilai kejujuran, kebenaran dan keadilan yang kita semua sanjung. Adakah nilai-nilai ini sudah tiada ertinya lagi. Adakah yang bertakhta cuma sikap rakus dan tamak haloba untuk merebut kesenangan dunia semata-mata?
“Atau, adakah seluruh jiwa telah diselimuti oleh perasaan takut dan bimbang untuk menyatakan kebenaran dan menghapuskan kebatilan?,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian, dipercayai merujuk kepada kes membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menerima dana RM2.6 bilion dan dimasukkan ke akaun peribadinya.
Kes itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang kemudian menyerahkan hasil siasatan itu kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menyemak dokumen siasatan itu menyatakan bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah dan mengarahkan SPRM menutup kes itu.

Saudi minister doesn't think Najib's RM2.6b is a donation

Masih ada harapan untuk Malaysia, kata Muhyiddin

Meskipun dengan situasi sukar dihadapi negara kini, rakyat masih menaruh harapan Malaysia dapat diselamatkan, kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Februari, 2016. 
Meskipun dengan situasi sukar dihadapi negara kini, rakyat masih menaruh harapan Malaysia dapat diselamatkan, kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Meskipun dengan situasi sukar dihadapi negara kini, rakyat masih menaruh harapan Malaysia dapat diselamatkan, kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, biarpun jelas rakyat Malaysia berdepan dengan kekecewaan, namun ia tidak sesekali menjejaskan keyakinan yang negara ini dapat diselamatkan dan kembali pulih.
"Walaupun jelas tergambar perasaan duka dan kecewa di wajah orang yang saya temui, termasuk sahabat handai dan mereka yang tidak saya kenali, jauh di sudut hati mereka masih menaruh harapan.

"Harapan agar Malaysia dapat diselamatkan. Supaya Malaysia kembali pulih dan tidak menjadi sebuah negara yang gagal," katanya dalam posting terbaru di laman Facebook beliau malam tadi. Timbalan presiden Umno itu berikrar akan terus menegakkan kebenaran dengan berpegang kepada prinsip keadilan.
"Ini permulaan kepada 1 perjuangan. Perjuangan untuk memulihkan Malaysia. Perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik.
"Kerana kita semua berhak untuk menikmati setiap kebaikan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada negara kita. Jika bersendirian, kita tidak akan punya kekuatan.
"Tetapi jika kita semua bersatu hati, membuka minda dan nurani untuk melihat kebenaran, melawan kemungkaran dan bertindak menjadikan masyarakat dan negara kita lebih baik daripada hari ini, maka nescaya kita akan berjaya jua akhirnya," katanya.

MP: Zeti as Finance Minister to save Malaysia

PKR's Sim urges Najib to 'take a bold step' in a blue ocean strategy and let go of the position
zeti-najibSim-Tze-Tzin
PETALING JAYA: The prime minister, Najib Razak, was urged today to ‘take a bold step’ by appointing outgoing Bank Negara governer Zeti Akhtar Aziz as the Finance Minister when her term ends in April.
PKR’s strategy director Sim Tze Tzin, MP for Bayan Baru, said her appointment would be “a blue ocean strategy that can save our country”, making a wry reference to two slogans often used by Najib and DAP veteran Lim Kit Siang.
Sim’s suggestion about Zeti comes amidst speculation about her successor, and while Najib, who is concurrently finance minister, faces increasing criticism about the foreign investigations into corruption and money-laundering involving the purchase of Scorpene submarines and the affairs of the government investment arm 1Malaysia Development Bhd.
“The appointment of Dr Zeti as Finance Minister would certainly bolster confidence in Malaysia and improve our country’s standing globally, given her credentials and much-applauded track record,” Sim said, making reference to international accolades won by the central bank governor.
Sim urged Najib to put national interest before his personal political considerations, in what he described as a “very trying time for Malaysia”.
He said: “We are in dire need of a finance minister of such calibre to mend the confidence deficit suffered by Malaysia as a result of the various scandalous incidents entangling 1MDB and the Prime Minister himself.”
Sim accused Najib of having mismanaged the Malaysian economy, and said it was appropriate that he should focus on being Prime Minister.
He said Zeti’s superior knowledge of finance and economics and her participation in a task force that had investigated 1MDB would help speed up resolution of various issues around the company, which is owned by the Finance Ministry, and he pointed out that Zeti had earlier stated that the value of the Malaysian ringgit would rebound once the 1MDB issues were resolved.

No End to Scrutiny Over Millions Sent to Malaysian Leader’s Accounts

KUALA LUMPUR, Malaysia — After Malaysia’s attorney general cleared Prime Minister Najib Razak of corruption charges involving hundreds of millions of dollars that ended up in his bank accounts, Mr. Najib issued a statement of his own.
“The matter has been comprehensively put to rest,” he said last week. “It is time for us to unite and move on.”
That has not happened.
Instead of answering the questions about the money and its possible links to a heavily indebted Malaysian sovereign wealth fund, the attorney general’s announcement has only sharpened them.
The attorney general, Mohamed Apandi Ali, said the largest sum in question, $681 million, was “a personal donation” from the Saudi royal family, most of which — $620 million — was later returned because it was not used.
“It’s not logical at all,” said Azral Shah, 28, a computer network analyst taking a cigarette break outside a Kuala Lumpur high-rise this week. “I’m not sure what is the true story, but most of the nation doesn’t think that what they are telling us is true.”
Indeed, the attorney general’s statement has been overshadowed by fresh doubts, whether in Malaysia or Saudi Arabia.
“There is no clear explanation as to how this huge sum of money was moved into Najib’s accounts, the banks used by these Arabs, the sources of the fund, the business of the donor,” Mahathir Mohamad, a former Malaysian prime minister who has become one of Mr. Najib’s harshest critics, wrote on his blog.
In Saudi Arabia, Foreign Minister Adel al-Jubeir said that he accepted the attorney general’s opinion that there had been no wrongdoing, but he also said that he did not think that the money had come from the Saudi government or that it was a political donation.
“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia,” he said in an interview on Thursday.
One member of the royal family and one associate of the family, speaking on the condition of anonymity, said that the money had come from a Saudi prince and confirmed that it was not a donation. The associate questioned the reported sum but said the funds were part of a business deal.
The attorney general’s decision shut down an investigation by Malaysia’s anticorruption commission, leading the panel to seek a review of the ruling, and the country’s former law minister filed suit to reverse it.
The decision has not stopped international inquiries. Hong Kong, Singapore, Switzerland and the United States are investigating transactions involving the Malaysian sovereign wealth fund, 1Malaysia Development Berhad, or 1MDB. Mr. Najib set up the fund and is the chairman of its advisory board.

Cops: Spread edited pictures of leaders, face action

"Jika Pas matang kenapa ditipu Umno?" selar netizen


Harakahdaily.netHarakahdaily.netLaman Facebook bagi portal berita rasmi Pas, Harakahdaily menerima kecaman ramai pengguna media sosial itu berhubung kedudukan Pas yang dianggap sudah matang dalam tindakan.
Status Facebook yang dimuatnaik pada malam tadi itu berbunyi, “Politik itu seni, jangan tuduh Pas lagi: Pas ketika membuat satu keputusan, bukan ikut mana-mana telunjuk. Pas sudah matang di dalam tindakan.”
Bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline pagi ini mendapati majoriti daripada lebih 40 ulasan yang memberi reaksi terhadap ungkapan yang memetik kenyataan Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad itu menganggap parti tersebut tidak matang dan mudah diperalat oleh Umno.
“Jika Pas matang kenapa ditipu Umno? Barangkali nak jadi matang mestilah ditipu umno BERULANG kali,” kata Hamdan Mohamad antara pengguna Facebook yang memberi reaksi dalam status yang dimuatnaik selama 10 jam itu.
Sementara itu, Kamarul Mohamad menulis, “Kalau matang tak adalah istilah jebon, nyamuk, anwarinas, salak bukit, baru#, jahil, pan###, parasit, dan lain-lain. Jika pilih Islam perkuat dakwah, bukan melabel.”
Hal sama juga ditekankan oleh pengguna Facebook yang memakai nama Mak Labu dengan berpendapat sejumlah pemimpin lama dalam parti yang berjasa dan telah diuji dengan pelbagai cabaran tidak akan dihalau keluar oleh Pas jika parti itu matang.
“Kalau matang Pas tak dikencing Umno dlm hudud. Kalau matang Pas tak diperalatkan Umno untuk guna hudud pecahkan PR (Pakatan Rakyat),” tegas Mak Labu lagi.
Pas kuat sendirian
Sementara itu, ujar pengguna Facebook, Mohd Mahfuz, Umno akan senang hati apabila melihat Pas kalah teruk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti kerana bersendirian.
Menyaksikan Pas lebih banyak berperang dengan parti pembangkang, Zahid Abdul Ghafor pula berpandangan Pas usah asyik retorik seperti Umno sebaliknya rakyat mahu melihat parti itu melaksanakan hudud.
“Tak habis lagi ke? Kuat bila sendirian… Dah kuat buat aja la kerja… asyik cari simpati buat apa? Nak bela Melayu tapi perguna Melayu untuk kekal kuasa dan kezaliman.
“Rasa pelik tengok Pas tak berhenti meroyan lepas membersihkan dengan cara yang cukup suci. Kata dah kuat tapi hudud pun senyap. Rakyat makin dizalimi. Dulu nak ambil kuasa dari orang gila tapi kini nak nasihat orang gila pulak,” bidasnya lagi.
Terus mempersoalkan kematangan Pas, Azman Kasim menulis, “Matang hapakebenda! Golongan cerdik pandai dan profesional habis disepaknya ditendangnya. Pada Pas yang pakai kopiah dan serban saja yang layak jadi pemimpin. Matang ke tu?” soalnya.

Kerana bantah kuota internet, siswa UM hadapi tindakan tatatetib


umanyUMumanyUMSekumpulan penuntut dari Universiti Malaya (UM) menyifatkan peruntukan yang terkandung dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sebagai undang-undang lapuk dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Hanya kerana mengadakan sidang media berhubung bantahan terhadap pelaksanaan kuota internet di kampus itu pada 14 Disember tahun lalu, enam pelajar terlibat menerima surat daripada pentadbiran universiti.
Menganggap itu sebagai "surat cinta" pertama daripada pihak pentadbiran universiti untuk tahun ini, wakil mahasiswa terbabit, Suhail Wan Azahar berkata, mereka dikatakan telah melakukan kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 di bawah Seksyen 16C atas dua pertuduhan.
Ujarnya, pertuduhan pertama dalam surat bertarikh 4 Februari itu adalah melakukan representasi media berhubung isu bantahan terhadap pelaksanaan kuota internet di Universiti Malaya tanpa kebenaran pihak universiti.
Pelanggaran tatatertib dibuat di bawah Bahagian II Kaedah 15, dan boleh dihukum dibawah Kaedah 48.
Pertuduhan kedua yang juga berniat tidak baik, jelasnya, kami didakwa kerana merosakkan dan memudaratkan kepentingan, kesejahteraan serta nama baik universiti atas alasan yang sama, mengadakan representasi media tanpa kebenaran pihak universiti. Bacaan pertuduhan dibuat di bawah Bahagian II, Kaedah 3(a)(i), Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
Sehubungan itu, beliau dan lima rakannya yang lain tidak akan pernah sesekali merestui perbuatan songsang dan bobrok kerana menggunakan kuasa sewenang-wenangnya serta tidak jujur dalam membuat keputusan.
“Apakah pihak Universiti tidak tahu bahawa hak kebebasan bersuara telah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan? Setiap pertuduhan yang dikenakan ke atas kami adalah berniat jahat malah bersifat untuk mematikan langkah kami dalam mengangkat suara dan kebajikan mahasiswa.
“Kami juga percaya, Kaedah 15 ini adalah bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Atas sebab itu kami tegaskan bahawa AUKU ini adalah undang-undang lapuk!” tegasnya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Suhail berkata, mereka yang dikehendaki hadir ke prosiding pada 15 Februari ini boleh disabitkan hukuman di bawah Kaedah 48 jika didapati bersalah atas mana-mana pertuduhan tersebut seperti amaran; denda RM 200; dilarang mengambil bahagian dalam universiti bagi tempoh yang ditetapkan; digantung pengajian atau dipecat dari universiti.

Kantoi dah: Wang dalam akaun Najib untuk pelaburan, bukan derma, kata menteri Arab


Dalam laporan New York Times (NYT), Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir tidak fikir wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dari kerajaan negara itu. – Gambar fail Reuters , 6 Februari, 2016. 
Dalam laporan New York Times (NYT), Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir tidak fikir wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dari kerajaan negara itu. 

Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir tidak fikir wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dari kerajaan negara itu atau ia satu sumbangan politik, lapor New York Times (NYT).
Beliau juga dilaporkan berkata, wang itu disalurkan kepada sebuah "pelaburan di Malaysia".
"It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia (Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dan dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia)," katanya dalam satu temu bual dengan NYT disiarkan semalam .

Akhbar itu turut memetik kenyataan seorang kerabat rapat dengan keluarga diraja, yang bercakap tanpa mahu dikenali, sebagai berkata wang itu datang daripada seorang putera Saudi, tetapi ia bukan derma. Kerabat itu turut mempersoalkan jumlah wang tersebut tetapi berkata dana itu merupakan sebahagian daripada perjanjian perniagaan.
Bulan lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, AS$681 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib sebagai derma dari keluarga diraja Saudi serta diberikan “tanpa mengharapkan balasan” dan menutup kes itu.
Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menemui sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) hilang daripada syarikat negara milik negara.
Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga menyuarakan kebimbangan atas keputusan rakan sejawatnya di Malaysia yang menghentikan siasatan ke atas kes perpindahan dana ke dalam akaun Najib itu, mengatakan tindakan itu akan mengganggu siasatan yang dijalankan Switzerland ke atas 1MDB.
Apandi kemudiannya membalas kenyataan tersebut, mengatakan siasatan yang sedang dilakukan negara itu ke atas 1MDB adalah siasatan yang berasingan daripada kes derma RM2.6 bilion itu.

Selepas sedekad protes, akhirnya TNB alih laluan projek kabel elektrik Rawang


Selepas 11 tahun sekumpulan penduduk membantah tanpa henti pelaksanaan projek kabel elektrik voltan tinggi, akhirnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengalih laluannya, tanpa melalui kampung mereka yang padat dengan penduduk.

Pengalihan laluan tersebut akan siap pada akhir tahun ini, demikian menurut taklimat yang diadakan semalam oleh Jawatankuasa Anti Kabel Voltan Tinggi Rawang (RAHTC) bersama dengan Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong dan ADUN Rawang, Gan Pei Nei.
Sambil menunjukkan surat dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), jawatankuasa itu berkata, kerajaan negeri telah mewartakan pelan pengalihan laluan itu pada Januari tahun lepas.
Bagaimanapun, jawatankuasa itu menyimpan berita tersebut, kerana bimbang terlalu awal untuk menghebahkan berita baik kepada orang ramai sehinggalah projek pengalihan tersebut bermula bulan lalu - setahun selepas pelan itu mendapat lampu hijau rasmi.
Kerajaan negeri telah bekerja keras untuk menyelesaikan isu itu dan malah telah membawa perkara itu kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), kata Gan (tengah).
Dengan tiga pelan alternatif awal, termasuk pengalihan laluan bawah tanah yang dicadangkan oleh MB sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim, Gan berkata pihaknya kemudiannya mengupah perunding dari Australia untuk mengkaji perkara itu.
"Pada tahun 2013, kita telah dipilih lagi sebaga kerajaan negeri. Akhirnya, dalam pertemuan dengan TNB , mereka bersetuju untuk mengubah laluan."Ahli Parlimen dan ADUN, ahli jawatankuasa dan PTGS datang ke Rawang untuk kajian lapangan, dan kami akhirnya mengemukakan pelan alternatif.
"Selepas PTGS dan kerajaan negeri mencadangkan pelan itu, TNB dan juruteknik menelitinya dan mereka akhirnya memberi sokongan. Ia kemudiannya dihantar ke mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk kelulusan, dan kemudian dibawa balik ke PTGS untuk pengambilan tanah negeri.
"Kini, kira-kira 26 peratus daripada projek pengalihan laluan itu selesai," kata Gan.
Gan berkata pelan pengalihan laluan itu sama dengan cadangan RAHTC, dengan kabel voltan tinggi melalui kawasan yang tidak digunakan dan rizab kerajaan dan bukannya kampung baru Cina.

Mantan PM letak jawatan sebab tidak mahu UMNO, Malaysia hancur - kadir jasin

Saya tak pernah minta peguam negara Switzerland henti siasat 1MDB, kata Apandi

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau akan membantu pihak berkuasa Switzerland namun menjelaskan siasatan membabitkan derma kepada Najib sama sekali tidak berkaitan dengan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Februari, 2016. 
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau akan membantu pihak berkuasa Switzerland namun menjelaskan siasatan membabitkan derma kepada Najib sama sekali tidak berkaitan dengan 1MDB. 

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan tuduhan beliau ada memujuk rakan sejawatnya di Switzerland untuk mengabaikan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada satu mesyuarat di Zurich, September lalu. Apandi berkata ia tidak pernah menjadi tajuk perbualan dalam mesyuarat itu.
"Saya menafikan pernah meminta rakan sejawat saya menghentikan siasatan 1MDB dalam mesyuarat tahun lalu," katanya menerusi pesanan Whatsapp kepada The Malaysian Insider.

Apandi berkata demikian sebagai respons terhadap laporan Reuters yang memetik sumber mengatakan "pegawai Malaysia" menggesa Peguam Negara Switzerland Michael Lauber menghentikan siasatan berkaitan 1MDB. Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott memberi penekanan yang sama dalam satu artikel dilaporkan portal Malaysiakini.
Malott berkata, ketika Apandi menemui rakan sejawatnya itu, beliau mendakwa meminta supaya siasatan dihentikan.  
Apandi dilantik menjadi peguam negara pada 28 Julai lalu susulan pengguguran Tan Sri Abdul Gani Patail atas alasan kesihatan.
Minggu lalu, beliau mengumumkan tiada "bukti kukuh" untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas siasatan hampir 6 bulan berjalan berkenaan derma bernilai RM2.6 bilion dan syarikat SRC International Sdn Bhd.  
Pejabat Lauber kemudiannya mengeluarkan kenyataan, siasatan jenayah terhadap 1MDB mendedahkan AS$4 bilion disalah guna syarikat dari Malaysia.

RISAU HATI MUHYIDDIN

Dalam beberapa waktu ini, saya mengambil sedikit masa untuk menyelami persoalan-persoalan yang sering berlegar di fikiran saya berkenaan hal-hal yang berlaku di negara kita pada waktu ini. Ikhlas saya katakan, sebagai seorang yang telah lama berkecimpung dalam dunia politik dan berpengalaman terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara, tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa kita akan berada dalam situasi yang serumit hari ini.
 
Ke mana-mana sahaja saya pergi, pasti ada orang yang bertanya apa sudah jadi dengan Malaysia. Ternampak di wajah mereka satu perasaan yang sukar digambarkan. Kecewa, putus harap, bimbang, berang semuanya ada. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka sudah naik mual dengan apa yang berlaku. Mereka sudah tidak percaya lagi kepada orang yang diamanahkan untuk memimpin kerana ramai yang mengkhianati amanah.
 
Ketika rakyat sedang bergelut dengan masalah kos sara hidup, beban cukai GST, kejatuhan nilai matawang, kehilangan pekerjaan, ada pemimpin yang disahkan menerima kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi, dan wang ini digunakan untuk perbelanjaan peribadi. Lebih menyedihkan, antara sumber wang ini adalah daripada syarikat yang mendapat dana daripada tabung awam.
 
Namun, amat pelik apabila penerimaan wang yang bersumberkan dana awam oleh seorang pemimpin negara tidak dianggap sebagai satu kesalahan. Malah, siasatan ke atas laporan salah laku dan rasuah melibatkan orang berkenaan diarahkan ditutup.
 
Apa sudah jadi dengan negara kita? Kita tahu bahawa sebelum ini terdapat penjawat awam, ahli perniagaan dan ahli politik yang disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum kerana menyalahgunakan dana awam dan menerima rasuah. Tetapi dalam skandal kewangan terbesar di negara kita yang melibatkan 1MDB dan SRC International, tiada sesiapa pun didakwa.
 
Malah terdapat pihak yang secara terang-terangan mempertahankan dan melindungi salah-laku orang-orang tertentu walaupun saya tahu jauh di sudut hati mereka, mereka juga tahu apa yang berlaku.