Rabu, 3 Februari 2016

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU....8 TAHUN DAHULU....

 MASIHKAH ANDA INGAT... apa yg telah dibuat Mukhriz 8 tahun dahulu menulis surat terhadap pak Lah supaya letak jawatan !!!

Allah Maha Adil terhadap hambaNya..

Nasib baik di Kedah, agaknya kalau berlaku di Johor sudah pasti dia...!!


Umno kini milik individu, dakwa GKCM

Umno kini didakwa bukan lagi sebuah parti milik rakyat tetapi milik individu tertentu.
Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata, ikon dan aset penting kepada parti tidak lagi mendapat tempat sekiranya tidak senada dengan pemimpin lain.
"Ikon dan aset penting kepada parti sudah tidak ada tempat lagi bagi mereka selagi aset tersebut tidak senada bersama mereka. Tempat anda bukan di sini.
"Sayang seribu kali sayang, Umno bukan lagi milik rakyat tapi milik individu-individu tertentu," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya, kepimpinan Umno perlu sedar mengenai konsep lantunan kerana semakin ditekan, semakin kuat ia melantun.
“Begitu juga kami GKCM dan rakyat Malaysia di luar sana. Satu anda bunuh 1,000 akan lahir malah lebih gagah lagi,” katanya lagi.

TRANSFORMASI DAN PEREMAJAAN NAJIB

Minggu lalu, Najib Razak membuat perlantikan baru bagi jawatan Ketua Penerangan UMNO dengan menggugurkan Ahmad Maslan yang berusia  50 tahun dan menggantikannya dengan Annuar Musa yang berusia 60 tahun.

Hari ini pula, Kedah mendapat Menteri Besar baru iaitu Ahmad Bashah Md Hanipah yang berusia 66 tahun bagi menggantikan Mukhriz Mahathir yang berusia 52 tahun.

Inilah transformasi dan peremajaan yang sedang berjalan dalam UMNO.

Bashah bukan hanya ada SRP tapi ada SPM – Pemimpin UMNO

Majoriti ADUN di Kedah lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukhriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika.
Ahmad Bashah
PETALING JAYA : Bakal Menteri Besar Kedah baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebenarnya bukan hanya mempunyai Sijil Rendah Pelajaran (SRP) tetapi juga lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Lokman Noor Adam berkata, serangan jentera siber bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang menyerang taraf pendidikan Ahmad Bashah turut ‘menggelikan’ hatinya.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kluang itu berkata, jentera siber Mukhriz sepatutnya sedar bahawa tindakan itu mengaibkan ‘bos’ mereka sendiri.
“Apa tidaknya, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukhriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika.
“Cuba bayangkan kalau calon yang menentang beliau mempunyai ijazah atau Phd, lagilah Mukhriz jauh ketinggalan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Lokman, fitnah jentera siber Mukhriz hanya sekadar untuk membunuh karakter Ahmad Bashah dan ia turut boleh mengundang serangan balas ke atas bekas Menter Besar itu.
“Walaupun seorang anak Perdana Menteri (ketika itu) yang hidup dengan kemewahan dan lengkap segala-galanya, Mukhriz bukanlah cemerlang sangat dalam pelajaran. Mukhriz bukan hanya malas balik kawasan, masa belajar dahulupun beliau bukanlah rajin sangat.
Walaupun belajar di MRSM, SPM beliau hanya Pangkat 2. Berapa kerat sahaja pelajar MRSM yang gagal cemerlang macam beliau. Selepas itu Tun Mahathir hantar beliau belajar di Jepun dengan biaya sendiri.
“Itupun tak habis, hanya dua tahun, kemudian Tun Mahathir hantar beliau sambung belajar di US, barulah beliau dapat ijazah di sana.
“MRSM ada program American Top University (ATU) dan British Top University (BTU) sahaja. Jika gagal dapat ke ATU atau BTU mereka akan dihantar ke Universiti di negara lain. Mana ada lepasan MRSM sambung belajar ke Jepun zaman tu,” katanya.

Kritikan terbuka: Pas bakal ambil tindakan terhadap Husam kata Mohd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah KOTA BHARU - Pas tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap Adun Salor, Datuk Husam Musa yang didakwa mengkritik parti secara terbuka berhubung isu hudud.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Pas Pusat pada 13 Februari ini.
"Dakwaan Husam mengatakan perbincangan hudud hanya membabitkan tiga individu dan tidak dimaklumkan kepada parti adalah tidak betul," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa Exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Husam sebelum ini dilaporkan menggesa Mohd Amar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bertanggungjawab, termasuk mempertimbangkan meletak jawatan setelah gagal membawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1964 di Parlimen, bagi membuka laluan untuk pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

‘Asal ikut cakap Najib, MB tidur pun tak apa’




ALOR SETAR, 3 FEB: “Najib  suka orang yang ikut cakap, tidur pun tak apa.”
Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan Datuk Ahmad Bashah Md Hanapiah menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Rakaman Timbalan Pengerusi Umno Kedah itu dilihat tidur ketika Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua’adzam Shah sedang bertitah tersebar luas di media sosial hari ini.
Terdahulu, Mukhriz menghantar pesanan kepada  Ahmad Bashah supaya tidak tidur pada majlis angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah.
Menteri Besar Kedah yang baharu itu kemudian memberi alasan:  “Saya tidak lena tetapi hanya pejam mata sebab nak menghayati ucapan tuanku pada majlis di istana.”
Setiausaha DAP Kedah, Teoh Boon Keok pula berharap, pembangunan Kedah ‘tidak terus tidur’ berikutan  perkembangan ekonomi negeri itu terus merosot ketika Mukriz masih berkuasa.
“Semasa Mukhriz menjadi Menteri Besar, ekonomi Kedah tidak berkembang malah pendapatan negeri juga semakin menurun. Tak dapat tarik banyak pelabur,” katanya kepada Roketkini.
Berseloroh mengenai rakaman Ahmad Bashah tidur, Teoh menyifatkan ia ulangan kepada perbuatan bapa Mukriz, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lama selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Dulu Tun Mahathir pun ada sebut Pak Lah tidur. Sekarang, anaknya pula buat benda sama kepada Ahmad Bashah,” katanya.

Poster Najib ‘muka badut’ tidak jejas keselamatan negara

KUALA LUMPUR 3 FEB: Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman hari ini mempersoal tindakan amaran terhadap penghasilan dan penyebaran poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘bermuka badut’ di media sosial, mampu menggugat keselamatan dan keamanan negara.
rara2“Adakah benar ‘posting’ itu menggugat keamanan serta kesejahteraan rakyat? Sehingga kini tiada kekecohan berlaku dalam negara, apatah lagi pemimpin yang korup masih berkuasa dan makin berkuasa,” katanya.
Beliau bimbang tindakan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) memantau aktiviti pengguna laman sosial sebagai menanam ketakutan sekaligus menyekat kebebasan bersuara melalui gertakan kepada rakyat yang lantang dalam isu negara.
“Jika benar penubuhan PCIRC untuk membantu siasatan siber, tidak perlulah ia disalah guna dan membuat provokasi terhadap pengguna media sosial dengan teguran dan amaran keras sebegitu rupa,” katanya kepada Roketkini.
Beliau mengulas tindakan PCIRC memberi amaran kepada aktivis, Fahmi Reza berhubung paparan grafik pada 31 Januari lalu yang memapar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak ‘bermuka badut’ dengan ungkapan ‘Kita semua penghasut’.

AMANAH tawar tempat kepada Mukhriz

Penyingkiran Mukhriz itu juga strategi Datuk Seri Najib Razak untuk membuktikan beliau lebih berkuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
amanah
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) sedia menawarkan tempat kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir jika bekas Menteri Besar Kedah itu berhasrat untuk menyertai parti serpihan PAS tersebut.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya sedia untuk membuka pintu perbincangan jika Mukhriz berminat dan bersedia menyertai parti itu.
“Kita akan lihat perkembangan dulu, dia pun ada maruah. Lagipun, pintu perbincangan kita masih dibuka kalau dia (Mukhriz) hendak berjumpa,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di Bangunan Tabung Haji, hari ini.
Mengulas lanjut, Salahuddin turut menyifatkan tindakan UMNO Kedah menjatuhkan Mukhriz sebagai tindakan yang tidak demokratik.
“Saya rasa itu satu proses yang tidak demokratik yang kita rasakan mereka telah buat di Terengganu, Perak dan kini Kedah pula.
“Mereka sudah banyak kali buat keputusan dibuat di luar Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini tidak demokrasi,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, penyingkiran Mukhriz itu juga disifatkan suatu langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuktikan beliau lebih berkuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dari segi politiknya, langkah Najib ini untuk tunjuk kepada Dr Mahathir bahawa dia berkuasa,” katanya lagi.

'Raja-raja Melayu sedia campur tangan, jadi penyelamat' - Raja Bahrin


Campur tangan istana dalam krisis menteri besar Kedah mungkin petanda bahawa Raja-raja Melayu mahu mengambil peranan lebih aktif dalam tadbir urus negara, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah.
"Istana Kedah berperanan proaktif yang sangat positif dalam menangani kemelut menteri besar untuk memastikan prosedur yang betul diikuti dan kepentingan rakyat terjamin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 Beliau berkata krisis Kedah itu adalah episod terbaru dalam kebangkitan kerabat diraja yang menegakkan peranan mereka dalam sistem raja berperlembagaan di negara ini.
Raja Bahrin mengingatkan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu telah memberi nasihat kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu 1MDB beberapa bulan yang lalu manakala Sultan Johor mengisytiharkan bahawa baginda akan membawa isu berkaitan agama dengan pihak berkuasa tertentu yang menurut perlembagaan adalah di bawah bidang kuasa raja-raja.
Raja Bahrin berkata kenyataan diraja itu adalah tindak balas kepada peningkatan pencerobohan kerajaan berhubung peranan mereka.
Mengambil contoh bagaimana kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara di Parlimen secara tergesa-gesa, katanya tindakan itu menghapuskan keperluan untuk mendapatkan persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Sebaliknya, ia membolehkan perdana menteri sahaja yang boleh berbuat demikian dan melantik majlis keselamatannya sendiri.

Apandi terhutang budi dengan Najib, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Apandi Ali enggan memberi kerjasama kepada peguam negara Switzerland bagi melindungi perdana menteri yang melantiknya sebagai peguam negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 3 Februari, 2016. 
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Apandi Ali enggan memberi kerjasama kepada peguam negara Switzerland bagi melindungi perdana menteri yang melantiknya sebagai peguam negara.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dapat memegang jawatannya kerana Datuk Seri Najib Razak melantiknya menerusi “representasi palsu dipersembahkan kepada Agong”, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu dalam artikel di blognya hari ini berkata, itu adalah sebab mengapa Apandi seperti tidak mahu menyediakan maklumat kepada rakan sejawatnya di Switzerland dengan sebarang bukti yang boleh menjejaskan perdana menteri.
“Peguam negara sekarang, yang mana diminta kerjasamanya oleh peguam negara Switzerland, dilantik oleh PM menerusi representasi palsu dipersembahkan kepada Agong.

“Ini bermakna peguam negara berhutang budi kepada PM untuk jawatannya. Bolehkah dia dijangka mendakwa orang yang memberikannya jawatan? Dia tahu penyandangnya disingkirkan kerana cuba melakukan perkara sama, peguam negara baharu nampaknya tidak suka untuk mendakwa PM. “Maka itu sebab penolakannya terhadap laporan Bank Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Dia juga nampaknya tidak akan menyediakan sebarang bukti kepada peguam negara Switzerland yang boleh menjejaskan majikannya,” tulis Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata peguam negara Switzerland dan Parlimen Eropah hanya dapat membongkar kebenarannya jika mereka faham undang-undang dan amalan Malaysia.
Untuk itu, mereka sepatutnya melantik peguam Malaysia untuk bekerja dengan mereka, kata perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

Singkir Mukhriz: PM mahu pasukan berdisiplin, bersatu - PMO


Satu kenyataan ringkas dari Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Mukhriz Mahathir terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri besar Kedah kerana beliau sudah hilang sokongan daripada majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
"Perkara ini disebabkan mereka hilang keyakinan terhadap kepemimpinan beliau, sebagai menteri besar dan pengerusi perhubungan Umno negeri, selain mengambil kira persediaan yang perlu dibuat bagi mengekalkan Kedah pada PRU-14," kata kenyataan itu.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak percaya bahawa parti dan kerajaan mesti berdisiplin dan bekerjasama sebagai satu pasukan bagi menangani cabaran ekonomi dan keselamatan yang dihadapi Malaysia ketika ini.
"Umno Kedah sudah menzahirkan sokongan mereka kepada prinsip kesatuan dan disiplin parti itu, yang seterusnya membolehkan parti menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum lalu apabila BN diberikan mandat oleh rakyat," kata kenyataan itu lagi.
Selepas kira-kira dua minggu kegawatan politik di Kedah, Mukhriz, pagi tadi menyerahkan surat peletakan jawatannya tetapi berikrar untuk tidak berdiam diri.
Spekulasi bertiup kencang bahawa penyingkirannya tidak ada kena mengena dengan kepimpinannya tetapi kempen ‘panas’ bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Julai lalu, Najib menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai menteri pertanian dan industri asas tani.

'Peluang dakwa Najib tipis, umpama menang loteri' - Peguam


Peluang mahkamah mengheret Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagi mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tipis seperti memenangi hadiah pertama loteri, kata seorang peguam kanan.
"Ia seperti membeli tiket loteri dan berharap untuk menang hadiah utama (jackpot) bulan depan. Peluang yang sangat tipis," kata Yeoh Yang Poh, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.
Beliau mengulas peluang sekiranya mahkamah boleh membuat keputusan untuk memihak kepada bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, yang memfailkan permohonan bagi mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan Apandi untuk tidak mendakwa Najib berkaitan kes 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.
"Peluang beliau (Zaid) berjaya? Ia adalah setipis memenangi hadiah utama loteri," kata Yeoh.
Bagaimanapun, beliau berkata Zaid mempunyai alasan untuk membawa Apandi ke mahkamah kerana undang-undang membenarkannya.
"Pada pandangan saya, (peguam negara) tidak mempunyai budi bicara mutlak. Kuasa budi bicara seperti itu perlu dilaksanakan dalam batasan undang-undang dan dilakukan secara rasional," kata Yeoh.
Beliau bagaimanapun berkata, bagaimana hakim mentafsirkan undang-undang dan undang-undang berkaitan akan menentukan sama ada permohonan (untuk semakan kehakiman) akan diterima oleh mahkamah.
"Sesetengah hakim adalah progresif manakala beberapa yang lain adalah konservatif. (Mereka boleh jadi) konservatif dalam banyak kes," katanya.

5 pengajaran daripada langkah Kedah

Penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah hanya mengambil masa 2 minggu, sekali gus membuktikan faktor ‘takut’ kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi wujud dalam Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Februari, 2016. 
Penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah hanya mengambil masa 2 minggu, sekali gus membuktikan faktor ‘takut’ kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi wujud dalam Umno. 

Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan lagi menteri besar Kedah, dan pemberontakan politik itu hanya mengambil masa 2 minggu untuk ia berjaya, jauh lebih cepat berbanding usaha PKR menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada langkah Kedah? Berikut 5 daripadanya:
1. Faktor takut Dr Mahathir tidak wujud lagi dalam Umno, walaupun di negeri kelahirannya

Mereka yang menggesa Mukhriz untuk berundur daripada jawatan itu secara tidak langsung juga mencabar individu yang menjadikan Mukhriz berkuasa. Tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz akan terpaksa mengambil laluan panjang untuk menduduki jawatan tersebut, terutama di negeri di mana kebanyakan pemimpin merupakan anak jati negeri berkenaan. Tetapi Dr Mahathir tidak lagi ada kaitan dengan Umno, dan gesaan terhadap Najib untuk meletakkan jawatan disambut dengan sikap acuh tak acuh di kalangan ahli politik dalam parti.
2. Rampasan kuasa di Perak sudah menular ke seluruh negara
Prosedur operasi standard (SOP) pada hari ini ialah mengumpulkan beberapa wakil rakyat, dapatkan tandatangan mereka pada akuan berkanun (SD) dan kemudian memberontak untuk perubahan.
Pada hari-hari sebelum krisis Perlembagaan Perak, anda perlu menguji populariti menteri besar di Dewan Undangan Negeri. Hakikatnya, tiada siapa terselamat dalam tugas mereka kecuali mereka yang rapat dengan pemegang kuasa.
3. Pemberontak mahu Mukhriz disingkirkan kerana berpendapat beliau pemimpin yang tidak hadir dan mengasingkan orang penting termasuk penjawat awam Kedah.
Mereka juga meramalkan negeri itu akan kembali kepada pembangkang tanpa perubahan di pihak atasan. Mungkin terdapat sedikit kebenaran dalam apa pemberontak katakan tetapi masalahnya ialah orang ramai tidak percaya cerita itu.
Melainkan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan puaknya mampu meyakinkan pelbagai pihak dalam tempoh 2 atau 3 tahun akan datang perubahan rejim ini adalah langkah yang betul, beliau dan rakan Barisan Nasional (BN) juga akan menyertai Mukhriz di luar.
4. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat
Sejurus selepas pilihan raya pada 2008, Mukhriz merupakan salah seorang yang mengetuai pertuduhan terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau meletak jawatan kerana kehilangan sokongan Umno.

Selepas Mukhriz undur pengguna media sosial persoal bila giliran Najib

Rata-rata pengguna media sosial terutama juga rakyat Malaysia terkilan dengan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah susulan kemelut politik Kedah dan mempersoalkan bilakah nasib yang sama bakal menimpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Februari, 2016. 
Rata-rata pengguna media sosial terutama juga rakyat Malaysia terkilan dengan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah susulan kemelut politik Kedah dan mempersoalkan bilakah nasib yang sama bakal menimpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah hari ini mendorong pengguna media sosial bertanya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula akan meletak jawatan. Ketika frasa "MB Kedah" mula trending di ruang maya Twitter, rakyat Malaysia menggunakan laman mikro-blog itu menyatakan kekecewaan mereka ke atas nasib yang menimpa Mukhriz.
Mereka mendakwa, rakyat sudah hilang sokongan terhadap Najib, namun beliau masih berkuasa tetapi seorang pemimpin seperti Mukhriz, yang menurut mereka masih mendapat sokongan orang ramai, dipecat.

"Rakyat nak tukar PM, Kedah MB kena tukar pulak. Yet another disappointment," tulis Wee Su Lin di akaun Twitternya @sulinwee. Sementara huzairieyahyaa (@HuzairieYahya96) menulis: "We need new PM, not new Kedah MB (Kami perlukan PM baru, bukan MB baru)."
Seorang pengguna Twitter dengan nama @ajijudinnn turut menulis sajak pendek berbunyi: "Pergi kedai cari teh kundur, Ternampak Mukhriz membeli tauhu, Ku harapkan Najib undur, Tup tup dapat MB baru".
Sementara itu, pengguna lain mengejek menteri besar yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, memetik pengakuan beliau sendiri yang beliau tidak sama taraf dengan Mukhriz, yang memiliki ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan dari Sophia University, Tokyo, Jepun dan ijazah dalam bidang pengurusan dari Universiti Boston, Massachusetts.
"Tahniah Ahmad Bashah untuk jawatan MB Kedah yang baharu. This goes to say education means nothing when it comes to politics (Ini bermaksud, pendidikan tidak ada maknanya dalam bidang politik),” kata hilmy yakap (@hilmyyakap).

Nyanyi lagu ‘Kami Mahu Najib Undur’ bukan politik – Ultras Kedah

Tindakan itu dibuat sebagai tanda sokongan kepada Mukhriz selaku Presiden KFA.
KFA
PETALING JAYA: Ultras Kedah menafikan dakwaan kononnya tindakan mereka menyanyikan lagu `Kami Mahu Najib Undur’ mempunyai tujuan politik.
Jurucakap ultras Kedah yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, mereka bertindak demikian sekadar meluahkan suara hati dan sokongan kumpulan penyokong bola sepak negeri itu terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
“Ultras Kedah melihat Mukhriz sebagai Presiden KFA yang memberi sumbangan besar kepada kebangkitan semangat dan prestasi Kedah. Sudah pasti kami rasa kehilangan bila beliau dibuang.
“Itu merupakan luahan suara hati Ultras Kedah. Jangan lihat dari sudut politik,” katanya ketika dihubungi FMT sebagai menjawab kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan , Datuk M Saravanan.
Katanya,kemelut politik yang berlaku itu sedikit sebanyak menjejaskan perkembangan bola sepak Kedah.
“Bagaimanapun kami hormati teguran Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan. Itu hak beliau,” katanya.
Terdahulu, Saravanan dalam Kenyataannya berkata, tindakan ultras Kedah menyanyikan lagu `Kami Mahu Najib Undur’ itu mencemarkan budaya sukan di Malaysia dan mengingatkan mereka agar tidak mencampuradukkan politik dengan sukan.

Selagi Najib ada, Umno semakin lemah

Mukhriz Tun Mahathir
ALOR SETAR - Selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.
Sebagai seorang wakil rakyat di Dun Ayer Hitam, Mukhriz menegaskan untuk tidak berhenti dari  bersuara dan memperjuangkan nasib rakyat.
“Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih berada di situ (presiden parti), Umno akan semakin lemah sehingga hari ini
“Skandal demi skandal, saya rasa ini sudah terlampau bagi kita. Malah kita juga tidak boleh lagi rasa bangga bila ke luar negara,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Terdahulu, krisis Menteri Besar Kedah menemui jalan penamat apabila Mukhriz mengumumkan beliau berundur dari jawatan tersebut.

Pengunduran ini dibuat secara rasmi menerusi sidang media sama pagi tadi.
Mukhriz yang masih kekal sebagai Pengerusi Umno Kedah buat masa ini bagaimanapun enggan mendedahkan langkah seterusnya yang akan dilaksanakan, sebaliknya meminta rakyat tunggu dan lihat.
Tambah Muhkriz lagi, walaupun Umno mempunyai keahlian lebih tiga juta orang namun, dakwanya sesebuah parti tidak relevan hanya dengan jumlah keahlian sekiranya mereka tidak diberi ruang untuk bersuara.

Mukhriz: Saya kini bebas bersuara

Mukhriz Tun Mahathir
Ketibaan Mukhriz disambut oleh penyokong sejurus tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Subang, hari ini.
SUBANG - Selepas beberapa jam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengakui beliau kini bebas menyuarakan permasalahan yang berlaku di pucuk pimpinan Umno.
Menurut beliau, buat masa ini, beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan demi untuk kebaikan parti dalam menghadapi PRU14.
"Kita kena cakap mengenai hal-hal itu supaya parti kita lebih kuat.
"Sekarang kalau kita tanya pandangan ahli-ahli parti kita sendiri, kebanyakan berpendapat kalau tak ada pertukaran pada pucuk pimpinan, peluang untuk menang PRU14 semakin kelam," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Subang, hari ini.
Ketika ditanya adakah beliau akan mengikut jejak langkah bapanya, Tun Dr Mahathir Mohammad bagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan, Mukhriz memaklumkan bahawa beliau kini tidak lagi mempunyai jawatan di dalam kerajaan serta bebas untuk bercakap apa sahaja.
Dalam pada itu, ketibaan Mukriz di balai ketibaan dan disambut kira-kira 50 penyokong untuk memberikan semangat.
Pagi tadi, Mukriz mengumumkan peletakan jawatan beliau selepas didesak oleh beberapa pimpinan Umno Negeri Kedah sebelum ini.

AMANAH: Gulingkan Mukhriz tidak demokratik


Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan tindakan Umno Kedah menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan menteri besar Kedah sebagai tidak mengikut lunas-lunas demokrasi.
Timbalannya Salahuddin Ayub berkata, tindakan tersebut kini dilihat sudah menjadi amalan apabila ia pernah berlaku di negeri Terengganu, Kedah dan Perak.
Tambahnya, tindakan untuk menyingkirkan seseorang menteri besar seharusnya dibuat mengikut cara demokrasi melalui undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Saya rasa itu satu proses yang tidak demokratik, yang kita rasakan. Maknanya mereka telah buat di Terengganu, Kedah dan Perak.
“Dah banyak kali dibuat (gulingkan sampai) jadi amalan dibuat di luar DUN, ini tidak demokrasi.
“Kita Pakatan Harapan lihat perkara itu (patut) diselesaikan di dewan undangan negeri dalam undi tidak percaya.
"Buatlah satu (keputusan) yang lebih adil dan dapat dilihat oleh masyarakat, biarlah bagaimana pertukaran itu boleh berlaku,” katanya di luar Bangunan Tabung Haji hari ini.

Lagi banyak ucapan buruk, lagi kuat Najib, Rosmah kata Nazri


Tiada apa yang baru apabila rakyat bercakap sesuatu yang buruk mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Malah, menurut menteri Umno itu, lebih banyak ucapan buruk terhadap pasangan itu, lebih banyak perkara baik yang mereka perolehi.
Sehubungan itu, Nazri 'mengalu-alukan' kepada semua pihak yang memberi ucapan buruk kepada pemimpin dan isterinya itu kerana ia akan menjadikan mereka lebih kuat.
"Apa yang baru (tentang orang beri ucapan buruk)? Tiada apa yang baru.
"Dalam tempoh empat hingga lima tahun yang lalu, mereka memberi ucapan buruk tetapi tiada apa yang berlaku, (malah Najib) semakin kuat.
"Jadi saya fikir, lebih banyak ucapan yang buruk, lebih banyak perkara bagus yang Najib dan Rosmah akan dapat," kata Nazri ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pelbagai nota ucapan yang diletakkan di galeri pusat membeli-belah Atria yang mana antara nota tersebut mengharapkan supaya Najib dan Rosmah akan jatuh ke dalam longkang.
Nota itu ditulis di bahagian "Wishing Cards" di pusat membeli-belah berkenaan sebagai sebahagian acara sambutan Tahun Baru Cina.
"Tidak cukup Najib jatuh ke dalam longkang. Najib dan Rosmah harus jatuh ke dalam longkang," tulis nota itu.
Gambar nota tersebut kini menjadi viral dalam media sosial.

Dari Rakyat kepada Rakyat.. Cukai GSTpun Rakyat kena..


Najib hancurkan keyakinan rakyat, pemimpin Umno Kedah dipuncak naif


Presiden GKCM Kamarulazman Habibur RahmanPresiden GKCM Kamarulazman Habibur RahmanKeputusan memilih Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai Menteri Besar yang baru, memperlihatkan kenaifan pemimpin dan kehancuran Umno Kedah dalam Pilihanraya Umum ke-14 kelak, kata Presideni Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulazman Habibur Rahman.
Beliau menegaskan, Mohd Najib Razak yang juga Perdana Menteri dan 15 Adun Umno-BN di negeri itu tidak melihat krisis kepimpinan berlaku itu untuk memastikan kelangsungan pemerintahan Umno-BN di Kedah.
“ Bila isu demi isu menghujani Presiden beliau sedar bahawa beliau perlu mempunyai pasukan yang setia tanpa sebarang persoalan kepadanya oleh mana-mana pihak.Sebaliknya beliau menghancurkan keyakinan rakyat negeri itu.
“Adakah presiden seorang ahli politik yang sayang kepada partinya? Kami tidak menganggap beliau sama sekali memikirkan kelangsungan parti berbanding lebih memikiraan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
“Tindak tanduknya langsung tidak mencerminkan bahawa beliau pentingkan parti, jadi apa sebenarnya muslihat seorang Presiden ?
“ Hanya dikalangan mereka yang berfikiran waras tahu kenapa percaturan politik itu berlaku dan Mukhriz akhirnya kecundang,” ujar beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Tambah Kamarulazman lagi sebagai pemimpin utama parti dan negara, Najib perlu melihat suatu isu yang berlaku dalam politik negeri dalam skop politik negeri itu.
“Presiden perlu melihat dari kanta politiknya bukan melihat dari kata amarah dan mahu menjaga kedudukan politik dan menutup kelemahan kepimpinannya sendiri di peringkat pusat dan negara.
“ Kalau terbukti Mukhriz yang diingini oleh rakyat Kedah itulah sepatutnya dilakukan Presiden untuk mengekalkan beliau (Mukhriz).
“ Apa guna meletakkan seorang yang digemari oleh Presiden tetapi membawa kekalahan kepada parti kelak, siapa punya strategi ini?,” soalnya lagi.

Sukar bagi rakyat Kedah terima Bashah sebagai MB

Selepas pergolakan hampir dua minggu, Datuk Ahmad Bashah hari ini dilantik sebagai menteri besar yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Namun, bagi penganalisis politik, ia bukanlah permulaan yang baik bagi timbalan ketua badan perhubungan Umno Kedah itu.
Penganalisis politik, Dr Azizuddin Mohd Sani berkata ini kerana buat seketika ini agak susah untuk rakyat di negeri itu untuk menerima beliau sebagai menteri besar yang baru.
Justeru, Azizuddin berkata Ahmad Bashah perlu memperlihatkan prestasi beliau selaku menteri besar selari dengan kehendak rakyat selain menggesa kepimpinan Umno melibatkan diri mereka bagi meredakan kemarahan rakyat dengan apa yang berlaku selama dua minggu ini.
“Permulaan ini memang susah sikit rakyat nak terima Ahmad Bashah. Tapi kalau Ahmad Bashah perform dan rakyat dapat rasa nikmat pencapaiannya, rakyat akan berubah menyokong dia. Jadi prestasi dia penting.
“Semua kepimpinan Umno kena melibatkan diri dengan akar umbi untuk redakan keadaan,” kata Azizuddin kepada Malaysiakini.
Krisis politik Kedah dipercayai berakhir apabila Mukhriz hari ini akur untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar dan digantikan oleh Ahmad Bashah.
Mukhriz membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman hari ini, dan mengakhiri kemelut dalam kepimpinan Umno Kedah yang mahu beliau berundur.
Krisis berakhir?
Beliau mengambil keputusan untuk berundur selepas dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti ADUN di negeri itu.
Mengulas lanjut apakah pergolakan politik di negeri jelapang padi itu kini sudah berakhir atau pun baru sahaja bermula, pensyarah politik di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata ia bergantung sepenuhnya kepada pemimpin Umno sendiri.
“Sama ada ia (pergolakan) lebih teruk bergantung kepada pemimpin Umno sendiri.
“Macam mana pun MB baru perlu perkukuhkan Umno dan tarik semula rakyat menyokong BN. Tidak ada potensi sabotaj dalaman boleh berlaku,” kata Azizuddin.

Saya dipecat kerana kritik 1MDB, dana RM2.6b – Mukhriz

UMNO berada pada titik paling lemah selagi Najib Tun Razak berkuasa.
mukhriz,1mdb
ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa dipecat kerana kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Razak dalam isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.
Katanya disebabkan kritikan itu disuarakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau dipecat sebagai Menteri Besar Kedah.
“Sesungguhnya alasan sebenar tindakan ini diambil ke atas saya ialah kritikan yang telah saya suarakan terhadap Perdana Menteri seperti yang beliau sendiri akui.
“Kritikan yang dimaksudkan adalah mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang “derma” RM2.6 bilion dan meningkatnya bebanan sara hidup rakyat akibat dari Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Kesengsaraan rakyat dari bebanan ini bertambah parah apabila skandal tersebut melibatkan penyelewengan wang rakyat sebegitu banyak,” katanya.
Mukhriz yang juga ADUN Ayer Hitam turut mengkritik kepimpinan Najib.
“Saya minta maaf untuk mengatakan selagi Najib masih ada, UMNO akan berada pada titik yang paling lemah ketika ini.
“Skandal demi skandal, kita tidak boleh terima semua ini. Ini sudah melampau. Ini trauma kita semua. Kita tidak boleh lagi merasa bangga apabila kita ke luar negara,” katanya lagi.

Individu yang tak gilakan jawatan MB Kedah.....

TIBA-TIBA dilantik sebagai MB Kedah mengantikan Mukhriz Mahathir..

Ha!! Ha!! Ha!!...

TIPS PALING MUJARAB & CEPAT..

Sapa2 nak 'tak gilakan jawatan MB' cuba-try-test modus operandi ini.. Tak memerlukan kos yg tinggi & tak membazir berjuta2 ringgit duit rakyat buat pilihanraya..

Badi RM2.6B Dan 1MDB: Mukhriz gugur sebagai seorang pejuang

Allah telah mengaturkan laluan kepada anak bekas Perdana Menteri itu memimpin negara.
anina-mahfuz-mukhriz
PETALING JAYA: Peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar bukanlah merupakan gugurnya seorang pemimpin harapan negara sebaliknya, ia meraikan kelahiran baru seorang pejuang sebenar di bumi Malaysia.
Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyatakan, sebelum ini dia samar-samar tentang masa depan Mukhriz di dalam parti itu tetapi hari ini beliau yakin sepenuh hati bahwa Allah telah mengaturkan laluan kepada anak bekas Perdana Menteri itu untuk menjadi seorang pemimpin negara.
“Kejadian hari ini adalah petanda kelahiran seorang pemimpin besar. Tiada pemimpin agung yang lahir dengan laluan mudah. Semua orang boleh menjadi pemimpin, tetapi bukan semuanya layak menjadi negarawan.
“Saya tidak sama sekali mahu mengucapkan kesedihan mahupun ucapan. Semoga Mukhriz Tun Mahathir terus tabah kerana beliau sememangnya langsung tidak bersedih untuk dirinya tetapi saya tahu semangatnya sedang berapi untuk rakyat Kedah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai peletakkan jawatan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah selepas tidak mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.
Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kesedihannya terhadap penyingkiran Mukhriz hari ini dan mengakui bahawa bekas Menteri Besar itu tidak mempunyai pilihan lain selain berundur.
“Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. Kenapa mereka mahu menyingkirkan Mukhriz? Ini sudah jelas ia merupakan satu konspirasi daripada Putrajaya, bermula daripada sidang media dua minggu lalu yang melibatkan Ketua Bahagian UMNO,” katanya ketika dihubungi FMT.
Mengulas lanjut, dalam hal berkaitan Mukhriz ini dakwa Mahfuz, orang yang sepatutnya dipersalahkan adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran kegagalannya menangani isu-isu semasa yang melanda negara seperti ekonomi yang kini semakin tenat dan kos sara hidup yang tinggi.
“Penyingkiran Mukhriz tidak akan selesaikan semua masalah ini kerana semua masalah itu datangnya daripada Najib,” dakwanya.

Mukhriz jangan perasan sangat, sindir Nazri Aziz

Penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar tidak akan menjejaskan UMNO Kedah malah tiada siapa akan peduli kata-kata anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
nazri-aziz_mukhriz_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz menempelak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa beliau mendapat mandat dan sokongan rakyat terbanyak.
Dalam kenyataan kepada Free Malaysia Today, Nazri berkata Mukhriz tidak menjadi Menteri Besar secara individu sebagaimana Barack Obama bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat.
“Saya nak tanya dia, sejak bila dia bertanding atas nama peribadi. Sistem di sini bukan sistem macam Amerika, Barack Obama bertanding atas nama sendiri. Mana ada kajian tunjuk dia ada sokongan rakyat atas diri sendiri.
“Janganlah perasan sangat,” kata Nazri kepada Mukhriz.
Mukhriz pagi tadi meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas tidak mendapat sokongan majoriti dalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.
Nazri, yang juga Menteri Pelancongan turut mengutuk sindiran sinis Mukhriz kepada penggantinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah agar “tidak tidur semasa upacara angkat sumpah MB” esok.
“Saya fikir ia berniat jahat, peribadi, kelas rendah dan kebudak-budakan.
“Dia (Mukhriz) memang patut kena buang, tak mencapai tahap yang dikehendaki,” katanya.
Nazri turut menyatakan UMNO tiada masalah dengan janji Mukhriz bahawa beliau akan terus bersuara terhadap parti Melayu itu walaupun tiada lagi jawatan.
“Masa dia (Mukhriz) pegang jawatan Menteri Besar kita bagi bersuara, tak terjejas pun. Masa dia pegang jawatan pun dia komen macam-macam kita tak terkesan, apalah lagi bila dia tak pegang apa apa,” kata beliau.

Khairuddin pula fail usul mahkamah terhadap AG


 Ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memfailkan usul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan alasan bahawa pelantikannya adalah tidak sah.
Semalam bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Apandi untuk menutup dua kes yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, minggu ini.
Dalam usulnya, Khairuddin berkata cara bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilucutkan adalah menyalahi undang-undang kerana melanggar Perkara 156 (6) Perlembagaan Persekutuan.
"Memandangkan bahawa penyingkiran Gani adalah menyalahi undang-undang, pelantikan Apandi sebagai peguam negara tidak boleh dianggap sah," katanya dalam usul itu.
Bekas Timbalan Ketua Umno bahagian Batu Kawan itu juga memohon untuk mengketepikan segala tuduhan terhadapnya.
Khairuddin didakwa mensabotaj ekonomi selepas beliau membuat beberapa siri laporan terhadap 1MDB dengan pelbagai agensi penguatkuasaan asing.

Dr M: Nak menang p'raya tak perlu berbilion ringgit


Tun Mahathir Mohamad menolak kenyataan bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak bertujuan memerangi aktiviti keganasan atau memenangi pilihan raya.
"Dakwaan bahawa AS$700 juta adalah untuk memerangi IS tidak boleh dipercayai kerana Najib sebelum ini secara terbuka memberitahu bahawa ia untuk Umno serta bagi memenangi pilihan raya pada 2013.
"Memenangi pilihan raya di Malaysia tidak memerlukan berbilion ringgit," kata Mahathir dalam blognya hari ini.

Kini timbul desas desus Mukhriz akan dipecat dari Umno


Susulan peletakan jawatan sebagai menteri besar Kedah, kini terdapat spekulasi bahawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga akan dipecat daripada Umno.
Meskipun perkara ini belum menjadi kenyataan - tetapi sekurang-kurangnya Mukhriz sudah mendapat simpati daripada portal Umno yang pro-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Mykmu.net.
Kemas-kini terbaru di blog itu berkata mereka yang menyokong Mukhriz tidak boleh terlalu bimbang mengenai masa depannya jika beliau disingkirkan dari Umno.
Sebagai anak Tun Dr Mahathir Mohamad, kata penulis yang tidak dinamakan itu, Mukhriz tidak sepatutnya mensia-siakan ‘aura’ yang diperoleh kerana ‘berbinkan’ Mahathir kerana tidak mustahil beliau akan menjadi presiden Umno dan perdana menteri suatu hari nanti.
“Lihat saja apa yang berlaku terhadap bapanya dulu. Mahathir dipecat dari Umno dan naik ke pentas PAS untuk berpolitik.
“Namun bapa Najib, Tun Razak kutip beliau, ‘timang’ dan gilap kebijaksanaan beliau berpolitik sehingga berjaya mendaki ke puncak tertinggi pentas politik negara.
“Jadi, usahlah terlalu gundah-gulana. Jika ditakdirkan Allah, mungkin juga Mukhriz baka ditakdirkan menjadi perdana menteri PAS yang pertama dalam sejarah negara.
“Tiada siapa yang tahu dan dapat meramal masa depan dengan tepat, bukan?” petik artikel itu.
Tradisi Umno
Dan sekiranya Muhkriz dipecat, kata penulis, perlulah difahami bahawa proses itu adalah tindakan hukuman yang tradisinya diambil terhadap mereka yang melanggar disiplin dan amalan demokrasi yang diamalkan Umno.
Katanya, Umno adalah sebuah parti yang bagaikan sebuah keluarga yang sangat besar dan berpengaruh di negara ini.
Manakala Mukhriz pula adalah anggota ‘MT lantikan’ di dalam parti dan berpeluang untuk bermesyuarat bersama ‘ketua keluarga’.

Ahmad Bashah: "I am not crazy for the MB post"

Rumah Mukhriz Jadi Tumpuan

'Umno needs to think about life without Najib'

Dia Kata 'Tidak Lena, Pejam Mata Sebab Nak Menghayati Ucapan Tuanku'!

Bashah lepas jawatan timbalan menteri, senator untuk menjadi MB Kedah


 Bakal menteri besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Anggota Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.
Katanya surat peletakan jawatan sebagai timbalan menteri diserahkan hari ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak manakala bagi jawatan senator kepada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
"Jadi, dah rasmi (saya) letak dua-dua jawatan. Kalau ikutkan, untuk senator tak habis tempoh lagi, tapi esok dah angkat sumpah (jawatan Menteri Besar), kena lepas dua-dua jawatan itu," katanya pada sidang media di Bangunan Tunku di Alor Setar hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman hari ini mengumumkan Ahmad Bashah, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, berkuat kuasa esok.
Terdahulu, Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan menteri besar berkuat kuasa serta merta.

Mukhriz Mangsa Perang Mulut Antara Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Najib

Dato Seri Mukhriz Mahathir hampir tiga tahun menjadi Menteri Besar Kedah. Anak Tun Dr Mahathir itu dilantik ke jawatan MB Kedah pada 6 Mei 2013 selepas PRU-13. Pada PRU itu, BN menang 21 kerusi daripada 36, dan dengan itu menumbangkan kerajaan PAS di Kedah.
Apa yang menarik berkaitan perlantikan Mukhriz bagi jawatan MB, adalah melalui pengumuman Perdana Menteri yang juga Presiden Umno dua hari sebelum pembuangan undi, bahawa jika Bn berjaya merampas Kedah, maka Muhkriz dilantik Menteri Besar.
Memang menurut temuan jentera parti masa itu, hanya menjadikan Mukhriz Menteri Besar, BN akan menang pilihanraya. 
Kata orang, sekali air bah sekali pasir berubah. Keadaan tahun 2013 berbeza dengan Tahun 2018. Menurut kajian Bn, hanya melalui penggantian MB Kedah, maka Kedah dijamin berada dalam gengaman Bn. Atas faktor itulah, Mukhriz perlu disingkir dan menggantikannya dengan Dato Seri Ahmad Bashah Hanipah yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.
Namun, di mata pandangan rakyat, penyingkiran Mukhriz adalah impak kepada perang mulut antara bapanya dengan Perdana Menteri. Tun Dr Mahathir pada mulanya adalah penyokong DS Najib, namun kemudiannya bertukar menjadi pengeritik nombor satu pemimpin negara itu.
Akibat perang mulut yang berpanjangan, maka telah mengorbankan tiga pemimpin Umno, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal dan kini Mukhriz.

More trouble ahead for Umno

The ouster of Mukhriz Mahathir has fragmented the party further.
mukhriz-ahmad-bashahMukhriz Mahathir’s resignation may have ended two weeks of crisis, but Umno’s worries are far from over.
For one, the party is more fragmented now, particularly in Kedah, and there is much bad blood between the outgoing Menteri Besar and his critics. This was evident in Mukhriz’s parting shot to Ahmad Bashah Md Hanipah, the leader of the mutiny against him.
Mukhriz, at the press conference announcing his resignation this morning, took a jibe at Ahmad Bashah, who will succeed him, by saying he hoped the latter would not doze off during tomorrow’s swearing-in ceremony. This was in reference to a viral video depicting Ahmad Bashah asleep during a recent palace function.
The jibe indicates that Mukhriz is not going away in peace, in full knowledge that he still has a lot of support out there.
A few days ago, his supporters had begun taking to the streets and to social media to voice out their anger over the move to oust him. They circulated photos of banners pledging their allegiance to Mukhriz and vowing to avenge him.
Since this morning, the protests on social media have taken an even shriller note. One of his many Facebook fan pages shows pictures of Kedah Umno members cutting their party membership cards and bidding goodbye to Umno and BN. Some remarked that BN will “pay the price.” Some included the hancurkannajib hashtag in their comments.

Skandal 1MDB: Mahathir ragui AG akan kerjasama dengan Switzerland


Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad meragui bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan bekerjasama dengan Pejabat Peguam Switzerland berhubung siasatan ke atas 1MDB.
Mahathir mendakwa, ini kerana jawatan yang disandang Apandi kini diperoleh atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - yang telah dibersihkan namanya oleh Apandi daripada sebarang kesalahan.
"Ini bermakna peguam negara berhutang kepada perdana menteri berhubung kedudukannya.
"Adakah beliau dijangka untuk mendakwa seseorang yang mana beliau berhutang berhubung jawatannya?
“Mengetahui bahawa peguam negara terdahulu telah disingkirkan kerana cuba untuk melakukan perkara sama (mendakwa), peguam negara yang baru tidak mungkin akan mendakwa perdana menteri," kata Mahathir dalam blognya hari ini.

Badi RM2.6B Dan 1MDB: Mukhriz rela letak jawatan daripada bubar DUN

Beliau tidak mahu krisis di Perak pada 2008 berulang di Kedah dan meletak jawatan adalah jalan terbaik untuk kebaikan rakyat negeri itu.
mukhriz,jawatan
ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau enggan mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kerana tidak mahu krisis di Perak pada 2008 berulang.
Beliau berpendirian, meletak jawatan selepas dimaklumkan tidak lagi mendapat sokongan majoriti adalah jalan terbaik.
“Saya mengambil iktibar daripada krisis di Perak. Saya tidak akan bawa sehingga ke pembubaran DUN.
“Ini cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di Kedah dan demi rakyat,” katanya pada sidang mengumumkan peletakan jawatannya di Wisma Darul Aman.
Mukhriz berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan kepadanya jawatan Timbalan Perdana tetapi beliau terpaksa menolak.
“Walaupun saya bukan lagi Menteri Besar, saya akan terus berkhidmat sebagai ADUN selagi diperlukan, ” katanya.

Badi RM2.6B Dan 1MDB: ADUN pembangkang tidak sokong Mukhriz

Pharolrazi mengakui bukan semua 15 ADUN pembangkang menyokong Mukhriz kekal sebagai Menteri Besar Kedah.
phahrolrazi_mukhriz_kedah_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan Menteri Kedah selepas gagal mendapat sokongan penuh Ahli Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri itu.
Semalam, semua 15 ADUN pembangkang mengeluarkan satu kenyataan media menyokong penuh Mukhriz dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah.
Bagaimanapun, ada sesetengah ADUN pembangkang telah menyatakan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa mereka tidak menyokong Mukhriz dan bersetuju anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu disingkirkan.
Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang juga ADUN Pengkalan Kundur, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.
“Tidak semua ADUN pembangkang sokong (Mukhriz), ada yang sokong dan ada yang tak sokong,.
“Saya tidak boleh beritahu jumlah yang menyokong dan tidak menyokong berapa dan pendirian saya terhadap Mukhriz biarlah rahsia,” katanya kepada FMT.
Phahrolrazi berkata, hanya satu soalan ditanya ketika menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu ‘ Adakah YB sokong Mukhriz atau tidak?’.
Semalam, seramai 14 daripada 15 ADUN pembangkang Kedah menghadap Jemaah Pemangku Kedah.
ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah tidak hadir kerana berada di luar negara.
ADUN Bakar Bakar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, jam 10 pagi esok.

Badi RM2.6B Dan 1MDB: Bashah beritahu PM beliau tak tidur dalam Dewan


Menteri besar baru Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanapiah berkata beliau tidak tidur dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kenyataan itu sekali gus menolak kenyataan pendahulunya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam sidang media mengumumkan pengundurannya pagi tadi.
Bercakap kepada pemberita di Alor Setar, beliau berkata mungkin klip video yang disebar meluas di Internet menggambarkan beliau dalam keadaan sebegitu telah disunting.
Bashah berkata beliau telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau sebenarnya berjaya pada masa itu.
Sebagai balasan, kata Bashah, Najib memberitahunya bahawa tindakan memejamkan mata dalam dewan adalah normal.
Mukhriz pagi ini meninggalkan pesanan sinis untuk Bashah sebagai penggantinya: "Jangan lena masa angkat sumpah (jadi menteri besar).”
Terdapat serangan di Internet kepada kumpulan anti-Bashah sebelum ini yang cuba menggambarkan timbalan pengerusi Umno Kedah itu sebagai 'kaki tidur'.
Selepas dua minggu pergolakan, Mukhriz hari ini melepaskan jawatannya selepas dimaklumkan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa beliau hilang keyakinan majoriti ADUN di negeri itu.
Dua puluh satu ADUN BN dan 15 ADUN pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah menyuarakan pandangan mereka kepada jemaah itu hari Isnin dan Selasa lalu.
Pelantikan Bashah sebagai menteri besar Kedah yang baru diumumkan dalam satu sidang media khas oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din pagi ini.

Badi RM2.6B Dan 1MDB: Bukan tutup mulut Mukhriz tapi demi perubahan – Bashah

Beliau yakin Mukhriz akan bersama-sama UMNO Kedah untuk mempertahankan negeri itu pada PRU14.
Ahmad-Bashah_Mukhriz_kedah_umno_600ALOR SETAR: Penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah bukan disebabkan mahu mengunci mulut kerana mengkritik 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dakwaan Mukhriz itu tidak benar kerana penukaran Menteri Besar dibuat demi perubahan di negeri itu.
“Itu anggapan dia. Kita singkir dia, kita tetap buat kerja. Mana boleh senyapkan orang.
“Itu persepsi dia. Kita cuma mahukan perubahan,” katanya dalam satu sidang media khas di Pejabat UMNO Kedah.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata membuat satu sidang media khas sebaik sahaja Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din mengumumkan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu berkuatkasa esok.
Dalam pada itu, beliau yakin Mukhriz tetap akan bersama-samanya dalam menggerakkan jentera Barisan Nasional (BN) di Kedah dan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
“Saya yakin Mukhriz akan membantu kerana sebagai orang parti kita nak semangat sebegitu.
“Saya cukup yakin peralihan Menteri Besar baharu ini, kita masih lagi padu. Yang penting kita nak bersama untuk jalankan tugas,” tegasnya.

Badi RM2.6B Dan 1MDB: Umno paling lemah di bawah Najib, kata Mukhriz


Umno akan berada pada kedudukan paling lemah selagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai presiden, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata demikian dalam sidang media di Alor Setar bagi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah, selepas mendapat tekanan daripada Umno negeri itu.
"Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih ada, Umno akan berada pada titik yang paling lemah ketika ini," katanya disambut tepukan daripada penyokongnya.
"Skandal demi skandal, kita tidak boleh terima semua ini. Ini sudah melampau. Ini trauma kita semua. Kita tidak boleh lagi merasa bangga apabila kita ke luar negara," katanya.
Katanya, meskipun Umno memiliki tiga juta ahli, namun ia tidak bermakna apabila mereka tidak boleh bersuara terhadap presiden parti itu.
Tambahnya, ia dapat dilihat pada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas apabila parti itu menongkah tradisi dengan hanya membenarkan Najib untuk berucap kepada perwakilan.
Manakala timbalan dan naib presiden tidak dibenar berucap seperti kebiasaan.
"Malah amalan kebudak-budakan itu apabila dalam (ucapan) mukadimah pun tak disebut nama vip yang hadir termasuk Tun Mahathir, timbalan presiden, naib-naib presiden. Sampai macam tu sekali disekat. Jadi itu keadaan parti kita sekarang," katanya.

Badi RM2.6B Dan 1MDB: Mukhriz sepatutnya bubar DUN, kata Zaid


Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya memohon untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika diasak menandatangani akaun bersumpah serta hilang sokongan.
Beliau berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memberi "amaran" kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa untuk menukar seorang menteri besar, ia bukan hanya memerlukan akuan bersumpah.
"Jika Mukhriz telah kehilangan sokongan, beliau sepatutnya memohon untuk membubarkan DUN. Biar Najib tahu bahawa dia perlu lebih sekadar akuan bersumpah untuk menukar menteri besar.
"Pembubaran adalah hak menteri besar yang sedia ada untuk meminta setelah dia kehilangan sokongan.
"Masalah dengan negara ini ialah Najib dilihat angkuh dan bijak kerana orang-orang yang menentang beliau tidak cekap dan lemah," kata Zaid di Twitternya hari ini.

Jatuh bangun SPRM, perjuangan diteruskan

Selepas sebelum ini pernah dikatakan hanya mampu mendakwa "ikan kecil", Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mendapat pujian selepas berjaya memerangkap "ikan besar", mungkin juga yang terbesar berbanding kes sebelum ini.
Terpalit dengan kematian 2 saksi di pejabat mereka, agensi anti rasuah itu juga berjuang menentang cemuhan orang ramai kerana gagal menghukum pegawai bertanggungjawab terhadap kematian itu.
Imej agensi itu bagaimanapun, semakin pulih sejak pertengahan tahun lalu, apabila beberapa penyiasatnya mendapat perhatian umum berhubung skandal kewangan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Salah seorang pengkritik utama SPRM, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pada Ogos lalu menyatakan solidariti dengan badan anti rasuah itu apabila pegawainya disoal siasat, 2 daripada mereka dipindahkan secara mengejut dan pejabat agensi itu diserbu polis kerana mendedahkan kebocoran maklumat mengenai siasatan berkaitan firma pelaburan milik negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Lim sejak sekian lama mengkritik SPRM susulan kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock pada 2009.
SPRM masih bergelut dengan persepsi yang agensi itu tidak mempunyai kebebasan, memandangkan ia tidak mempunyai kuasa pendakwaan dan ia melaporkan terus kepada Jabatan Perdana Menteri.
Ini menimbulkan masalah dalam usahanya merungkai skandal kewangan yang didakwa melibatkan 1MDB – ketika mereka merupakan sebahagian daripada pasukan petugas khas yang akhirnya dibubarkan tahun lepas – dan syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International serta derma politik RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.
Penemuan yang dikemukakan agensi itu kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengenai derma Najib itu dan SRC International, bukan sahaja dianggap sebagai bukti yang tidak mencukupi tetapi kertas siasatan turut diarahkan ditutup.
Orang ramai memberi tekanan kepada SPRM supaya mengumumkan penemuan dan cadangan mereka, manakala panel pemantaunya menasihatkan mereka supaya terus berjumpa dengan peguam negara.
Apa yang dilakukan SPRM di bawah Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull juga boleh menentukan sama ada mereka benar-benar mampu membaiki imejnya.
The Malaysian Insider menjejaki perjalanan SPRM dari jatuh ke tempat memalukan hingga berjaya bangkit sehingga mampu mendapat pujian, baru-baru ini.
Era kejatuhan
SPRM menerima kecaman pelbagai pihak berhubung gerak kerja mereka sejak kematian Teoh, seorang setiausaha politik DAP, di pejabat agensi itu di Shah Alam pada 16 Julai 2009.
Sejak itu, SPRM sering dianggap sebagai penjahat dalam beberapa laporan sehingga badan anti-rasuah itu akhirnya mengakui kecuaian menyebabkan kematian Teoh dan bersetuju membayar RM600,000 kepada keluarganya sebagai ganti rugi serta RM60,000 sebagai kos guaman pada Mei tahun lalu.

Badi RM2.6B Dan 1MDB: SPRM enggan layan desakan Ali Rustam

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam mendesak SPRM mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Bahri Mohd Zin kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung siasatan dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd sehingga mencemar imej perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2016. 
Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam mendesak SPRM mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Bahri Mohd Zin kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung siasatan dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd sehingga mencemar imej perdana menteri.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas mengenai gesaan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam yang meminta agensi itu mengambil tindakan terhadap pegawainya yang mengeluarkan kenyataan menjurus kepada menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor Utusan Malaysia, hari ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull enggan mengulas gesaan tersebut ketika dihubungi akhbar milik Umno itu.
“No comment (Tiada komen),” katanya ringkas.

Semalam, Ali yang juga senator Umno mendesak SPRM mengambil tindakan tegas terhadap Pengarah Operasi Khasnya Datuk Bahri Mohd Zin kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung siasatan dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd sehingga mencemarkan imej perdana menteri. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada minggu lepas, memutuskan beliau berpuas hati dengan siasatan itu dan mendapati tiada sebarang kesalahan salah laku oleh Najib dalam kedua-dua isu tersebut dan mengarahkan kes itu ditutup.

Badi RM2.6B Dan 1MDB: Netizen kecewa Mukhriz terpaksa lepas jawatan MB Kedah

Kebanyakan pengguna media sosial itu sukar menerima alasan yang menyebabkan Mukhriz terpaksa membuat keputusan melepaskan jawatannya
mukhwiz,kecewe
PETALING JAYA: Pengguna media sosial melahirkan rasa kecewa susulan pengumuman Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.
Keputusan itu terpaksa diambil ekoran beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.
Berdasarkan pemerhatian FMT, rata-rata para pengguna alam maya menyalahkan pimpinan UMNO yang dilihat tidak telus dalam membuat percaturan hingga memaksa Mukhriz berundur dari kedudukan itu.
Antara catatan yang dimuat naik pengguna media sosial yang dipercayai penyokong Mukhriz di laman Facebook antaranya ialah:
“Malaysia dan politik kotor berpisah tiada.. kompem next PRU (pilihan raya umum) tidak ada undi dari kami sekeluarga.. bye-bye BN,” Kata salah seorang pengguna Facebook Anok Mamat.
“Puak-puak ni tak akan berdiam diri selagi Datuk Seri Mukhriz Mahathir jadi MB… hanya kita rakyat Negeri Kedah mampu ajar puak ni,” kata Haslan Hassan.
“Selamat Tinggal BN,” luah Mohamad Radzi.
“Sedih tak ada mood nak buat apa pagi nie, hanya Allah je yang tahu, harap apa yang dikhabarkan pagi ini tak benar, aku tetap sokong Datuk Seri Mukhriz,.. sedih wei,” kata Zura Mus.
“Kita guling UMNO, tak ada jiwang-jwang dengan jasa-jasa UMNO yang lepas, ucap terima kasih je kat UMNO kita bergerak ke
hadapan untuk melakar perubahan baru untuk masa depan yang lebih baik,” kata Asychronous Synchronous.
“PRU 14 dah boleh kuburkan BN Kedah,” kata Ahmad Tarmizi.

Badi RM2.6B Dan 1MDB: Mukhriz beri amaran kepada UMNO

Mukhriz yang menyatakan kesetiaanya kepada UMNO berharap agar parti itu perlu bersedia menghadapi perubahan drastik terutama menjelang PRU nanti.
mukhriz
ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi amaran kepada UMNO agar berwaspada ekoran beliau akan terus mengkritik kerajaan terhadap apa-apa perkara yang tidak kena.
Tegasnya, ia ekoran beliau kini bebas bersuara kerana tidak lagi terikat dengan mana-mana jawatan dalam parti itu.
“Saya tidak akan berdiam diri. Saya berikrar akan terus setia bersama UMNO tetapi berharap parti itu perlu bersedia menghadapi perubahan drastik terutama menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Dalam pada itu beliau menyatakan akan terus bersuara untuk rakyat walaupun tidak menjadi Menteri Besar.
Selain, akan terus menyuarakan hal-hal bagi kepentingan rakyat beliau berazam akan terus berjuang selagi rakyat Kedah mahukannya.
Mukhriz melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah menerusi pengumuman pada sidang media sebentar tadi.
Beliau turut melepaskan jawatan lain yang disandang iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah.

Whole world knows ‘something’s rotten’ in Najib’s Malaysia

With 1MDB and a RM2.6 billion "gift" still making headlines, columnist William Pesek says claims that all's well in Malaysia is fooling no one.
Barron's-Asia-1
PETALING JAYA: Malaysia’s penchant for “pulling the wool over the eyes” of its people and the global community is not working so well this time around as claims that all is well at 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and that the RM2.6 billion was a “gift” from a Saudi donor are a little too hard to swallow even if one tried.
So said Tokyo-based William Pesek, a columnist who writes on economics, markets and politics throughout the Asia-Pacific region in his commentary appearing in Barron’s Asia.
Saying the “Twilight Zone” and “Malaysia Zone” were one and the same thing, Pesek added, “Najib-gate grew even more surreal last week when Malaysia’s Attorney-General suddenly cleared him of criminal or corruption charges.”
Pesek remarked however that although Apandi Ali “kept a straight face” when he declared the matter closed, the Swiss however could not but speak out about the likely misappropriation of some USD4 billion in 1MDB despite the declaration having distressed Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi who wanted it kept private.
“Yet Malaysia Inc. went too far in the camouflage department for Swiss officials. Ditto for the US and Singapore,” Pesek wrote of investigations in the US where Goldman Sachs is being probed for their role as advisor to 1MDB and where Singapore authorities are probing allegations of money laundering and other offences.
“Ostensibly, 1MDB was set up to spur economic growth. Instead, it’s emblematic of why Malaysia is becoming a smaller blip on investors’ radar screens,” Pesek said, pointing that Malaysia’s ranking in Transparency International’s 2015 corruption perception index was down four levels from last year.
“The perception corruption has worsened on Najib’s watch (a Swiss one, perhaps?) can be found in everything from stock and currency gyrations to foreign-direct-investment trends to divergent political dynamics in Asia,” he said.