Selasa, 2 Februari 2016

AKHIRNYA apa yang dicanang tak sama yg dilakukannya hari ini.. JANJI DICAPATI ~

JANJI ALLAH ITU PASTI.. Mari Kenali Pemimpin Munafik !!!

KATA NAJIB.. Jika janji tidak ditunaikan dosa itu adalah amat besar..

KATA NAJIB.. Tuhan akan laknat Najib (UMNO/BN) yg tak melakukan apa yang dijanjikan ATAU menipu rakyatnya..

Hari ini kita dpt lihat detik2 nazak Najib berbohong saban hari..

Apa ada hal..kena tipu pemerintah 100 kali pon TATAP SOKONG BN... WE LOVE NAJIB !!!

Duit rakyat kutip.. gst la, cukai itu ini, tapi bab kembali pada RAKYAT tah ke mana..

Peruntukan kena rembat.. kahkahkah.. kalau takde peruntukan, masakan depa buat majlis pecah tanah bagai....?

Nak PRN Sarawak neh elok la up isu ni, mana taw projek tolak tanah sambung balik ke.

Lepas PRN tiba2 ke alam bunian balik..

EDISI LIDAH BIAWAK UMNO BERBELIT ...


[FAKTA No.1]
AKU JANJI BN PRU 13 Najib Razak janji harga kereta turun sampai 30 peratus..
Mahathir pula ikrar mau naikan harga..

[FAKTA No.2]
Dulu kata AKAN kekalkan harga W'PUN RINGGIT SUSUT..
Tetapi skrg plok kata harga kenderaan akan dinaikkan kerana ringgit jatuh..

TAK KIRA NAJIB MAHUPON MAHATHIR, ASAL AJA DARI UMNO SEMUANYA KAKI PEMBELIT & KAKI PEMBOHONG MENIPU RAKYAT !!!

KENAPA mereka ini tak serik2 menipu rakyat ??

KENAPA masih ada buta pangkah BN lagi sedangkan dah berpuluh2 tahun lamanya mereka menipu & menindas rakyat ??

Salah pemimpin umno/bn atau TANGAN2 YANG MENGUNDI BN ???

Dalam sejarah Malaysia.. Najib Razak menteri kewangan terburuk di Asia untuk 2016.

MANA ALI TINJU 'tonggeng' !!!

MANA JAMAL BAJU MERAH !!!

Bila lagi nak buat demo PERTAHANKAN KESUCIAN KEHORMATAN MARUAH NAJIB !!!

Harap orang Melayu bangkit semuanya bagi mempertahankan Najib. Jangan biarkan portal kapir memburuk²kan pemimpin melayu. Hidup Najib. Tak kan melayu hilang di dunia !!!

Yang dalam penjara Sungai Buloh tu mangsa politik sapa?

MASIHKAH ANDA INGAT !!!..

"Berharap Tun Dr Mahathir agar umurnya cukup panjang sempat untuk melihat kerosakan yang pernah dilakukannya.." - Al Marhum Ustaz Fadzil Noor.

Allah SWT Maha Mengetahui & Maha Berkuasa segala2nya..

Belum Pernah Terjadi, Rakyat Berbeza Ideologi Politik Bersatu Menentang Najib..



PKR Kedah membuat keputusan untuk menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai menteri besar, mengatakan perubahan kepimpinan pada ketika keadaan ekonomi tidak menentu, tidak memihak kepada rakyat.
Keputusan ini dicapai selepas PKR negeri mengadakan mesyuarat biro politik pagi ini di Alor Star bagi membincangkan kemelut menteri besar, tidak berapa lama sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dijadualkan bertemu Jemaah Diraja Kedah.
"PKR membuat keputusan rakyat harus didahulukan dan kemelut ini dimulakan Datuk Seri Najib Razak secara tidak bertanggungjawab demi kepentingan politiknya.
"Kami menentang menteri besar ditukar pada waktu ini kerana ia bukanlah untuk kebaikan rakyat Kedah dengan keadaan ekonomi yang sedang kita lalui," kata Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail dalam mesej pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Insider hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Kedah itu ditanya mengenai pendirian PKR berhubung kemelut menteri besar melibatkan anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Mukhriz tangguh mesyuarat exco esok

Pegawai kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan penangguhan majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) yang dijadualkan esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2016. 
Pegawai kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan penangguhan majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) yang dijadualkan esok. 

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menangguhkan majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) esok, pada ketika kemelut politik negeri itu masih belum selesai.
Perkara itu disahkan pegawai dalam pejabat menteri besar, namun tiada alasan dan tarikh baharu diberikan berhubung keputusan menangguhkan itu.
"Mesyuarat exco esok ditangguhkan," kata pegawai dalam pejabat menteri besar tanpa memberikan sebarang sebab ia ditangguhkan.

Mukhriz setakat ini masih lagi menteri besar yang sah selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada kedua-dua belah pihak Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. Dalam mesyuarat exco minggu lepas, hanya 3 exco yang hadir sementara 6 lagi tidak hadir, pada ketika pelbagai spekulasi dibuat membabitkan kedudukan menteri besar.
Situasi minggu lepas dilihat memberi tekanan kepada Mukhriz memandangkan kepimpinan Umno negeri itu sudah menyatakan hilang sokongan dan keyakinan ke atas beliau.
Mukhriz ketika ini terus menerima tekanan daripada Adun dan ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan negeri yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah supaya berundur.

Mukhriz yang diasak, Najib kena gasak

Muammar Qaddafi


Langkah penyingkiran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang setakat ini berakhir dengan kegagalan nampaknya memakan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kumpulannya.
Sokongan rakyat Kedah kepada Mukhriz menonjol dengan jelas sekali, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Pokok Sena juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada menteri besar Kedah itu.
Video sekumpulan anak muda menyanyikan sorakan "Kami mahu Najib Undur" bergema di Stadium Darul Aman Kedah ketika perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dan Sg Ara FC yang turut dihadiri Mukhriz dan Mahfuz.

Selepas Najib ditolak dan dibenci rakyat Johor kerana tindakannya memecat Tan Sri Muhyidin Yassin, kini Najib terpaksa berhadapan dengan asakan rakyat Kedah yang tidak bersetuju perkara serupa dilakukan terhadap pemimpin mereka. Sokongan Mahfuz kepada Mukhriz ternyata tepat walaupun mungkin tanpa merujuk daripada parti beliau terlebih dahulu.
Mahfuz memilih untuk menyokong pihak yang boleh memberi kelebihan kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, sekurang-kurangnya beliau berjaya mengurangkan musuh dan mencari lebih kawan dalam menentang kebobrokan pemerintahan Umno dan Barisan Nasional hari ini.
Najib kini diasak bukan sahaja dari luar parti, bahkan dari dalam parti bahkan oleh penyokong atas pagar, dan yang pasti, ada orang mandi tak basah, hajat tak kesampaian, tidur tak lena.
Dan cinta sedondon tak berbalas kerana salah memilih penasihat dan panglima perang dalam menentang Mukhriz.
Kini kita tertanya tanya apa pula langkah PAS dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap isu ini? Adakah berkecuali sebagaimana MCA? Atau memberi bantuan kepada yang dinasihati mereka iaitu Najib dalam menjatuhkan Mukhriz?
Ataupun memilih langkah yang sama bijak seperti Mahfuz yang mampu membantu menarik sokongan rakyat Kedah untuk menyokong PAS menentang Umno dan Barisan Nasional pada PRU14 akan datang?

Polemik Kedah menguji cinta Hadi

Oleh Muammar Qaddafi

Berakhirnya jam 12 tengah malam 31 Januari 2016 merupakan satu kemenangan buat Datuk Seri

Mukhriz Mahathir apabila perancangan Datuk Seri Najib Razak melalui Datuk Seri Ahmad Bashah gagal sebagaimana yang dirancang.

Najib seakan terlupa siapa lawan beliau, mungkin kerana zahirnya beliau hanya melihat pada sosok Mukhriz selaku pengerusi perhubungan Umno Kedah dan menteri besar Kedah, jadi siapalah Mukhriz dibandingkan Najib iaitu presiden Umno dan perdana menteri Malaysia.

Najib terlupa di belakang Mukhriz adalah pengasas ‘Umno Baru’ dan orang yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Tindakan Najib mahu menyingkirkan Mukhriz pun rakyat sedia maklum bukan kerana sosok Mukhriz itu sendiri tetapi kerana kritikan keras Mahathir terhadap skandal dalam negara yang sedikit sebanyak mengganggu gugat pentadbiran Najib. Maka secara tidak langsung ini sebenarnya peperangan antara Najib dan Mahathir dimana Mukhriz tersepit di tengahnya.

Kegagalan Najib menerusi Bashah secara tidak langsung memberi tamparan hebat kepada imej politik beliau dan jika usaha mendatang juga gagal maka Najib perlu maklum zahirnya kedudukan beliau sebagai presiden Umno dan perdana menteri Malaysia tidaklah seberapa apabila terpaksa tunduk kepada pengerusi perhubungan negeri dan menteri besar sahaja.

Khabar yang mendakwa hanya 8 orang Adun Umno yang bersetuju untuk menukar Mukhriz ternyata benar dan ia sekaligus menutup ruang untuk Najib mengambil langkah seterusnya kecuali beliau (Najib) sanggup meminta bantuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminjamkan Adun PAS seramai 9 orang bagi mengelakkan malu Najib bertambah besar.

Berbekal dengan sokongan 2 Adun MCA yang dikatakan berkecuali, 9 Adun PAS dan 8 Adun Umno akan membuka ruang kepada Najib menyingkirkan Mukhriz secara sah.

Di sinilah setia kawan PAS teruji, adakah benar mereka mendakwa mereka sudah memaafkan Umno dan sudi bekerjasama kearah kebaikan.

Jika Hadi menolak, mungkin perjuangan hudud mereka juga kelak tidak akan disokong Umno dan jika mereka menerima maka itu sebagai tanda keikhlasan persahabatan parti Islam terbesar dengan parti Melayu terbesar itu.

Krisis MB Kedah: Hanya mahu penuhi kehendak politik individu, kata Adun Pembangkang


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz MahathirMenteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz MahathirKesemua 15 Adun Pembangkang Kedah sepakat membantah tindakan sebahagian pemimpin Umno-BN yang cuba menurunkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar  kerana mahu memenuhi kehendak politik individu tertentu maka semua pihak disusahkan termasuk rakyat dan  Istana.
Dalam kenyataan bersama barisan Adun Pembangkang itu melahirkan dukacita kerana apa yang dilakukan oleh Adun Umno-BN di negeri itu ketika Kedah sedang dalam tempoh meraikan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah adalah tidak bertatasusila dan beradab.
“Jika Datuk Seri Mukhriz dinaikkan melalui laluan demokrasi maka proses menurunkannya juga mestilah dibuat mengikut amalan demokrasi, tidak gopoh, berperaturan serta menghormati kehendak rakyat.
“Tidak wajar hanya kerana mahu memenuhi kehendak politik individu tertentu maka semua pihak disusahkan termasuk rakyat dan pihak istana,” kata kenyataan itu.
Hari ini seramai 13 daripada 15 Adun Pembangkang di Kedah menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah kira-kira jam 3 petang tadi bagi menentukan kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.
Bagaimanapun dalam pertemuan itu Ketua Pembangkang dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah daripada Pas dan Adun Bukit Selambau Dr R. Krishnamoorthy daripada PKR tidak hadir  kerana dipercayai berada diluar negara.
Sambil memuji tindakan pihak istana yang disifatkan sebagai menghormati prinsip demokrasi serta hak-hak rakyat, Adun Pembangkang Kedah juga turut menegaskan, tindakan menukar Menteri Besar Kedah tidak menjadi keutamaan berbanding keperluan menukar Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang telah banyak menyusahkan rakyat.
Justeru, mereka menggesa masalah kepimpinan utama Kerajaan Kedah diselesaikan dengan segera, kerana krisis yang berlarutan akan membantutkan urusan pentadbiran negeri yang membawa kesan buruk terhadap rakyat.

Perihal 1 lawan 1 di pilihan raya

Oleh A Shukur Harun
Pelbagai pihak bercakap supaya pembangkang membulatkan kesepakatan – 1 lawan 1 dengan Umno/Barisan Nasional (BN) – dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Hanya dengan strategi 1 lawan 1 saja, menurut mereka, pakatan pembangkang akan dapat menewaskan parti yang memerintah sekarang.
Memang ini sangat logik. Tetapi ia mungkin menjadi retorik semata-mata, apabila keghairahan pemimpin sesebuah parti untuk bertanding melebihi segala-galanya, ditambah dengan keangkuhan, walaupun dengan bacaan politik yang salah dan didorong emosi yang mengalahkan semua pemikiran logik dan rasional.

Pengalaman Pakatan Rakyat dalam PRU dulu, iaitu walaupun sudah diputuskan bertanding 1 lawan 1 dengan Umno/BN, tetapi apa yang terjadi berlaku juga pertandingan 3 penjuru di beberapa kawasan Parlimen dan DUN, menyebabkan Umno/BN menang. Kali ini harapan tinggi diletakkan kepada Pakatan Harapan, pakatan baharu pembangkang di mana secara positifnya kita melihat ada usaha serius untuk memantapkannya.
Dalam persetujuan para pemimpin gabungan pembangkang bulan lalu, 7 perkara digariskan menjadi piagam dan peraturan untuk Pakatan Harapan di mana diwajibkan semua komponannya – PKR, DAP dan Amanah – mematuhinya. Maka hasilnya ditetapkan 1 lawan 1 berdepan dengan Umno/BN.
Tetapi bagaimana jika ada parti politik di luar Pakatan Harapan dengan amat ghairah seboleh-bolehnya mahu bertanding juga dan ia tidak terikat dengan piagam Pakatan Harapan. Siapa yang boleh menghalangnya?
Inilah tanda tanya yang sangat besar, terutama melihat senario politik di Kelantan dan Selangor, malah mungkin di negeri lain.
Saya kira, di sini wajar diulang kembali piagam atau persetujuan yang dicapai pemimpin Pakatan Harapan tempoh hari supaya dapat direnung dan dikaji keberkesanannya.
Persetujuan itu ialah:
1. Keputusan bersama.
Mengikat semua parti berasaskan prinsip konsensus. Parti dibenarkan untuk membuat keputusan dan dasar sendiri, dengan syarat mereka selaras dengan dasar bersama.
Badan yang membuat keputusan utama ialah Majlis Presiden.
2. Pembinaan kesatuan politik.
Ahli dan pemimpin semua peringkat perlu menghormati kedudukan yang diguna pakai pihak lain. Setiap pihak mempunyai hak untuk membawa bantahan dan pertikaian kepada jawatankuasa dalaman bersama untuk penyelesaian.
3. Penyelesaian pertikaian.
Setiap ahli mempunyai hak untuk membuat aduan terhadap seorang lagi ahli parti lain. Aduan pertama perlu diperiksa parti masing-masing sebelum ia dibawa kepada Pakatan Harapan. Satu badan penantara dilantik Majlis Presiden bagi mengendali aduan.
4. Dasar bersama.
Dasar bersama boleh dibangunkan dan dikaji semula dari masa ke semasa mengikut keadaan dan perkembangan. Mereka mestilah dipandu Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, hak agama lain dan kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan masyarakat etnik yang lain, Bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan sesuai dengan peranan Raja berpelembagaan di Malaysia.

Pas boleh selamatkan maruah Najib ekoran krisis Umno Kedah

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pergolakan politik Umno di Kedah yang kini sudah berlarutan hampir dua minggu kini benar-benar menekan Najib Razak. Orang yang ditekan Mukhriz Mahathir nampak sudah releks dan dianggap menang apabila usaha menyingkirkan secara bergerombolan gagal.

Walaupun sudah tiga empat kali pertemuan diadakan di antara kumpulan yang hendak singkir Mukhriz dengan Najib Razak, namun ia tidak membuatkan hasil. Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila perjumpaan kesemua Adun BN dengan Pemangku Raja semalam gagal mencapai kata putus.

Andaian yang dibuat awal, pertemuan kesemua Adun BN dengan Pemangku Raja semalam akan menamatkan teta teki siapa MB baharu meleset meletakkan krisis politik Umno Kedah dalam keadaan tidak menentu dan berkecamukkan. Belum tahu siapa yang terkorban dan dikorbankan dalam pergolakan berkenaan.

Yang jelas dan nyatakan Najib Razak sebagai presiden Umno yang dikira mempunyai akses dalam pergolakan itu perlu berasa malu dan bertanggungjawab atas kegagalan usaha menyingkirkan anak Mahathir Mohamad itu seperti mana dirancangkan.

Krisis itu kini memasuki fasa baharu apabila Pemangku Raja hari ini akan memanggil kesemua Adun pembangkang terdiri daripada lapan (8) Pas, empat (4) PKR, dua (2) DAP dan seorang Amanah. Pemanggilan Adun pembangkang ini menunjukkan pihak Pemangku Raja ingin kepastian siapa yang mendapat sokongan Dewan untuk diangkat menjadi MB.

Ia juga boleh diertikan bahawa Umno Kedah sudah gagal menyakinkan Pemangku Raja yang mereka mendapat kelebihan di Dun bagi membolehkan memilih MB baharu.

Ertinya Umno tidak berjaya membuat keputusan sesamanya dan kumpulan Ahmad Bashah Md Hanafiah sudah gagal untuk menyingkirkan Mukhriz dan diganti dengan MB baharu.

Perkembangan hari ini menarik. Timbul juga persoalan apakah kesemua Adun Pas akan memberi sokongan kepada kumpulan Ahmad Bashah. Kalau semua Adun Pas menyokong kumpulan Ahmad Bashah ini bermakna Umno mempunyai majoriti untuk membolehkan melantik MB baharu.

Umno kurniaan tuhan kepada Melayu – Hussein Serama

umno

PASIR MAS, 2 Februari:

Veteran Umno, Tan Sri Hussein Ahmad berkata beliau memang sudah menjangkakan perkara yang sedang berlaku di Kedah sekarang ini dan mereka yang terbabit perlu bertanggungjawab.
Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia berkata, mereka yang terbabit adalah pemimpin Umno sendiri.
“Sudah jangka perkara ini akan berlaku di Kedah. Kita perlu ingat di Kedah, Umno pernah kalah, Pulau Pinang sudah jatuh ke tangan DAP, Terengganu pernah jatuh ke tangan Pas, malah Kelantan sehingga kini masih gagal ditawan semula oleh Umno.
“Saya percaya ini adalah `dosa’ pemimpin Umno terdahulu sehingga menyebabkan Umno hilang kuasa. Punca semuanya daripada pemimpin dan keadaan ini bukan sahaja berlaku di negara ini tetapi juga di seluruh dunia,” katanya ketika menerima kunjungan Ketua Penerangan Umno yang baru, Tan Sri Annuar Musa, di rumahnya di Kampung Lemal, hari ini.
Hussein yang terkenal dengan gelaran `Hussein Serama’ satu ketika dahulu juga menganggap perlantikan Annuar sebagai Ketua Penerangan Umno Malaysia sebagai sesuatu yang tepat.
Katanya, daripada dahulu lagi dia sudah menyarankan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan diharapkan Annuar dapat menjalankan amanah yang diberikan itu dengan cemerlang.
“Satu sahaja yang saya ingin beritahu. Umno adalah kurniaan tuhan kepada bangsa Melayu supaya kita bersatu. Selepas ini saya ingin melihat semua mangsa Melayu bersatu,” katanya.

Bar Council: AG must reconsider MACC probe papers

Bar Council President says Attorney-General must reconsider the anti-graft agency’s investigation findings on transfer of funds into PM’s personal bank accounts.
steven thiru
By Steven Thiru
The Malaysian Bar is gravely concerned over the Attorney-General’s (AG’s) decision of 26 January 2016 on the three investigation papers submitted to him by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) concerning the transfer of USD681 million, the purported donation, and the transfer of funds from SRC International Sdn Bhd (SRC), both into the personal bank accounts of the prime minister.
The AG has declared that he is satisfied that no criminal offence has been committed by the prime minister, and instructed MACC to close the three investigation papers.
It was subsequently reported that MACC decided to refer the decision of the AG to two of its statutory oversight panels: the Operations Review Panel and the Special Panel.
Both these panels reviewed the decision, and on 28 January 2016 advised MACC to engage with the AG regarding his decision.
The advice of MACC’s oversight panels is not surprising. The decision of the AG to exonerate the prime minister of any criminal offence appears to be unsustainable in law. The decision seems premature, lacking in facts, bereft of particulars, and founded on questionable or inadequate reasons.
In respect of the purported donation, it has been reported that MACC’s probe is ongoing. The AG has been asked by MACC to request documents and statements from individuals from several overseas financial institutions under the Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002. This is necessary to ascertain the veracity of the evidence that MACC has already collated in Malaysia. Without this elementary scrutiny of the obtained evidence, the investigation would be incomplete.
However, the AG has refused to make the request, on the basis that he has discovered no criminal offence in relation to the purported donation.
This explanation prompts many basic questions that persist and need to be answered, such as: Who specifically made the donation of USD681 million to the prime minister between 22 March 2013 and 10 April 2013? What was the purpose of this donation? If the purpose has not been identified, is it proper to conclude that no criminal offence has been committed?

S’pore probes banker for Jho Low, 1MDB

Yak Yew Chee from Swiss bank BSI Singapore is the first name to emerge in the investigation by the Monetary Authority of Singapore
jho low
SINGAPORE: Details are slowly emerging in the city-state’s probe into the ongoing 1Malaysia Development Berhad (1MDB) case.
According to Singapore’s Straits Times, sources have named a private banker with Swiss bank BSI Singapore, Yak Yew Chee as the first name to emerge in the investigation by the Monetary Authority of Singapore (MAS) into the ongoing 1MDB scandal.
Yak was named as Low Taek Jho’s private banker as well as relationship manager for 1MDB Global Investments Ltd, Aabar Investment PJS Limited and SRC International Sdn Bhd.
This follows an announcement on the seizure by MAS and the Commercial Affairs Department of a “large number” of bank accounts over alleged money-laundering and related offences surrounding purported financial mismanagement at 1MDB.
Last September, Singapore authorities froze several of Yak’s bank accounts totalling S$10 million following investigations since mid-2015 into alleged offences.
The newspaper said he is applying for the release of some of his bank accounts to pay taxes, legal fees and basic expenses, sources say.
It said a check with the High Court showed that a criminal motion will be heard this Friday at 10am.

Semak Keputusan Peguam Negara Untuk Tidak Mendakwa Salah Laku Najib

OLEH DATUK ZAID IBRAHIM
Pada Selasa, 2 Februari 2016 saya telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk relief, melalui
semakan kehakiman, ke atas perkara-perkara berikut:
  1. Keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah peruntukan Kanun Keseksaan yang sepatutnya dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009); dan
  2. Keputusan Peguam Negara mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup fail penyiasatan mereka ke atas kesalahan-kesalahan yang mungkin telah dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
Alasan substantif bagi permohonan saya adalah: Keputusan yang telah dibuat oleh Peguam Negara adalah tidak munasabah dan merupakan pelaksanaan budi bicara yang tidak berpatutan. Peruntukan yang diberikan oleh Artikel 145(3) dalam Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab ke atas Peguam Negara untuk melaksanakan budi bicaranya dengan pertimbangan yang sewajarnya, dengan munasabah demi kepentingan rakyat dan dengan pertimbangan keadilan. Saya juga berpuas hati — berdasarkan laporan dan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh SPRM and agensi-agensi lain yang menyiasat keadaan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International — bahawa terdapat keterangan dan bukti yang kuat tentang kemungkinan adanya salahlaku dari pihak Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, yang berkemungkinan juga melibatkan Pecah Amanah Jenayah dan lain-lain kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

DI MANA ZAHID HAMIDI, DUNIA MULAI MENGECIL BUAT 1MDB?

Selepas Peguam Negara Switzerland mengeluarkan kenyataan tentang penemuan bukti mengenai transaksi haram berjumlah RM16,800 juta yang dipercayai ada kaitan dengan 1MDB di institusi kewangan negara itu, kini giliran Singapura pula bertindak hampir sama.

Jabatan Perhubungan Komersil Polis dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura menyatakan, mereka telah merampas sejumlah besar akaun bank berhubung penyiasatan yang dijalankan sejak beberapa lama berkaitan 1MDB.
Dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan, mereka juga menyatakan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat dalam usaha memantau aktiviti penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain di negara itu.

Bermakna, akan ada perkembangan seterusnya mengenai 1MDB bukan saja di Switzerland dan Singapura selepas ini, bahkan juga di negara-negara lain yang berkaitan.

Yang menariknya, keadaan ini tidak saja memperlihatkan dua buah negara iaitu Switzerland dan Singapura sudah bertindak sesuatu dalam penyiasatan terhadap 1MDB, bahkan kedua-duanya juga memaklumkan perkembangan yang berlaku melalui kenyataan media.

Maka, jika Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi merasa "tergangggu"  dengan kenyataan media Peguam Negara Switzerland dan menyifatkannya boleh menjejaskan hubungan dua hala, tidakkah beliau turut sama "terusik"  dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh dua agensi penguatkuasa di Singapura itu?

Kenapa kali ini Zahid Hamidi berdiam diri dan tidak segera memberi reaksinya? 

Mengapa Zahid tidak menyatakan tindakan dua agensi penguatkuasa Singapura memberikan kenyataan media itu juga boleh menjejaskan hubungan dua hala dan sebaiknya memaklumkan saja sebarang dapatan secara diam-diam dengan Malaysia melalui hubungan antara kerajaan dengan kerajaan?

Skandal 1MDB: Singapura namakan Jho Low, pengurus bank dalam siasatan


Media Singapura menamakan pengurus hubungan bank untuk jutawan Jho Low - Yak Yew Chee - sebagai antara individu yang disiasat oleh negara itu dalam kontroversi membabitkan firma pelaburan negara 1MDB.
Namanya didedahkan oleh Singapore Straits Times dan Singapore Business Times yang memetik sumber yang tidak dinamakan.
 Laporan berkata Yak juga pernah berkhidmat sebagai pengurus hubungan untuk 1MDB Global Investment Ltd, Aabar Investment PJS Limited dan SRC International Sdn Bhd, semua entiti yang ada dan pernah dikaitkan dengan 1MDB.
Ini adalah nama pertama yang didedahkan kepada umum dalam siasatan Singapura terhadap dakwaan pengubahan wang haram oleh entiti yang berkaitan dengan 1MDB di mana pihak berkuasa tidak mahu mengulas.
Menurut Singapore Straits Times, kira-kira S$10 juta di akaun bank Yak disita pada September tahun lalu.
Menurut laporan itu, Yak, yang adalah seorang pegawai bank peribadi kanan dengan bank Switzerland, BSI Singapura.
Beliau telah memohon supaya akaun banknya ‘dibebaskan’ untuk tujuan "pembayaran cukai, yuran guaman dan perbelanjaan asas".
Akhbar itu berkata permohonan itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Singapura pada hari Jumaat ini.

Apandi di bawah telunjuk Najib, kata Dr Mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencemuh penjelasan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang berkata bahawa wang yang dijumpai di akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan daripada keluarga diraja luar negara.
"Saya fikir peguam negara berada di bawah kawalan subjek siasatan itu, iaitu perdana menteri," katanya yang dipetik akhbar kewangan di United Kingdom, Financial Times.
 Akhbar itu juga melaporkan bahawa Mahathir menolak penjelasan Apandi yang disifatkannya sebagai "mengarut" dan berikrar untuk terus mendedahkan perkara salah yang didakwanya dilakukan oleh Najib.
Artikel bertajuk 'Malaysia stifles dissent as public unrest grows' itu diterbitkan hari ini dan merupakan artikel kedua dalam penerbitan akhbar kewangan itu yang memberi tumpuan khusus kepada masalah di Malaysia.
Financial Times pada 27 Januari lalu menerbitkan artikel bertajuk 'The threat Najib poses to Malaysia's reputation' dengan melabelkan 1MDB Najib dan skandal 'derma' itu memberi imej yang buruk terhadap Malaysia.
Bagaimanapun artikel yang disiarkan itu disangkal oleh duta Malaysia ke United Kingdom yang mempersoalkan kebenaran dan kesahihan maklumatnya.

TH patut lantik korporat bukan ahli politik

Lembaga Tabung Haji sepatutnya melantik kumpulan korporat menjadi pasukan pengurusannya dan bukan golongan politik.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata individu berpengalaman dan berintegriti dalam korporat perlu jadi pilihan berbanding lantikan partisan politik yang boleh memberikan kesan negatif kepada pengurusan.
Nurul IzzahKatanya, pihak pengurusan institusi itu juga perlu ada keberanian untuk tampil secara telus berkenaan laporan audit bagi mengembalikan kepercayaan pendeposit.
“Jika gagal berbuat demikian, wajar untuk pihak yang bertanggungjawab meletak jawatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Nurul Izzah berkata, deposit Tabung Haji tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang iaitu 5 peratus pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75 peratus jumlah keseluruhan pendeposit.
Katanya, perkara itu memerlukan penelitian khusus dan perbincangan secara mendalam demi memastikan jumlah agihan kepada setiap pendeposit adalah saksama.
“Terutamanya kepada mereka yang dalam keadaan terdesak dan perlu menunaikan haji buat kali pertama.
“Tindakan melebihkan golongan kelas tertentu dalam pengagihan bayaran adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang,” katanya.

Ali Rustam dibidas supaya tak ‘pukul curi’ pegawai SPRM


Bekas Ahli Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang menegur bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam kerana ‘memukul curi’ pegawai kanan agensi anti rasuah itu.
Teguran Phang adalah sebagai reaksi kepada kenyataan Mohd Ali yang berkata tindakan tatatertib perlu diambil terhadap mana-mana pegawai SPRM yang dilihat cuba menjatuhkan imej pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, sebagai bekas ketua menteri dan sekarang sebagai seorang senator, pemimpin Umno itu membuat kenyataan terbuka membidas pegawai SPRM.
"Sebaliknya, (beliau) perlu berinteraksi secara senyap-senyap dengan pihak berkuasa SPRM [...] apa yang diperkatakannya itu benar-benar, secara terang-terangan dan jelas memukul curi ke atas pegawai," kata Phang dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga menggesa Mohd Ali berhenti membuat tuduhan tidak berasas ke atas SPRM, terutama kerana beliau tidak tahu bagaimana tangan mereka terikat dan bahawa mereka tidak boleh bertindak balas.
"Malu kamu, Mohd Ali Rustam. Bersikap sebagai lelaki budiman dan memohon maaf kepada SPRM.
"Dan sebagai peringatan - serahkan kepada pihak berkuasa yang profesional untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka dengan telus," kata Phang.

Selesaikan krisis Kedah melalui proses demokrasi - Pembangkang

Najib Tersepit: 17 ADUN BN Kedah adakan pertemuan tergempar

Beza Sambutan Ahmad Bashah, Mukhriz

Bukan mudah bentuk kerajaan campuran di Kedah, kata wakil rakyat PAS....Najib kalah..!!

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini mempunyai angka yang cukup untuk membentuk kerajaan campuran dengan pembangkang di negeri itu, namun bagi ahli Parlimen PAS ia sukar untuk dilakukan.
Ahi Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata kerajaan campuran pembangkang dan Mukhriz sukar untuk dibentuk pada masa ini kerana pembangkang akan sukar mencapai kata sepakat bagi membentuk kerajaan bersama.
Katanya, ini susulan perpecahan Pakatan Rakyat sebelum ini dan pembentukan Pakatan Harapan tanpa penyertaan PAS di dalamnya.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, Mukhriz akan kekal dalam jawatannya selepas 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang menolak cara Umno untuk menggulingkannya. Tindakan 15 Adun pembangkang itu merencatkan cadangan Umno untuk menjatuhkan Mukhriz selaku menteri besar apabila hanya 17 Adun berpakat menyingkirkannya berbanding 19 lagi yang menentang.
Bekas ketua penerangan PAS itu berkata, jalan paling mudah ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima Mukhriz kekal sebagai menteri besar bagi menyelesaikan kemelut itu buat sementara ini.
"Pendapat saya ialah kejayaan mengekalkan Mukhriz bermakna Najib kalah," kata Mahfuz.

Mufti Perlis kritik agamawan abai isu rakyat, negara

Agamawan sepatutnya berdiri menegakkan keadilan dan menentang penyelewengan serta berjuang isu-isu rakyat dan negara.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin terus membidas golongan agama di negara ini yang lebih berminat menegakkan isu kecil berbanding mencegah kemungkaran yang lebih besar.
Katanya, agamawan sepatutnya memperjuangkan soal masa depan rakyat serta berdiri menegakkan penyelewengan.
“Kerja golongan agama bukan sekadar sibuk pasal wanita tidak bertudung ataupun orang tidak tahlil ataupun sekadar kisah pembaziran air mandi hadas dan wuduk semata-mata.
“Kerja agama itu sepatutnya menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar di peringkat yang lebih besar.
“Mereka (golongan agama) hendaklah berdiri menegakkan keadilan dan menentang penyelewengan, bukan sekadar berani isu tabung masjid sahaja tapi berani membela harta rakyat dan negara secara keseluruhannya.
“Bukan sekadar tajuk tandas masjid, vape dan rokok sahaja tapi isu pencemaran alam secara menyeluruh. Itulah agama yang syumul. Itulah tugasan yang telah dilakukan oleh imam Ahlus Sunnah wal Jamaah sepanjang sejarah kegemilangan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Asri, antara 16 penceramah bebas yang dilarang masuk ke Johor oleh Majlis Agama Islam Johor kerana dibimbangi ceramah-ceramah yang disampaikannya boleh mengelirukan dan memesong akidah umat Islam.
Johor merupakan negeri kedua melarang Asri memberi ceramah agama selepas Selangor yang mengharamkan beliau kerana dipercayai membawa fahaman Wahabi.

Negara Kebajikan, Switzerland Cadang Bagi £1,700 Sebulan Kepada Rakyat. Malaysia, Mampukah Begitu?

Rakyat di Switzerland kini bakal mengundi untuk satu cadangan yang mencadangkan agar semua penduduk di negara itu dibayar £1,700 (RM10,000) setiap bulan tidak mengira status pekerjaan mereka.

Jika cadangan tersebut - yang dikemukakan oleh sekumpulan cerdik pandai - diluluskan, Switzerland akan menjadi negara pertama di dunia yang memberi wang kepada penduduk tidak kira sudah bekerja atau tidak.

Bagaimanapun, cadangan itu dilihat tidak menggembirakan ahli politik tidak kira di haluan kiri atau kanan biarpun cadangan itu telah diluluskan untuk pengundian oleh kerajaan persekutuan pada 5 Jun lepas.

Rational disebalik cadangan ini adalah untuk melenyapkan jurang antara pekerjaan dan pendapatan, dimana penduduk akan mendapat pendapatan yang terjamin tidak kira mereka bekerja atau tidak.

Melalui inisiatif itu juga, setiap kanak-kanak juga akan menerima £100(RM920) untuk setiap minggu.

Kerajaan persekutuan menjangkakan inisiatif ini akan menelan kos sebanyak £143 billion (RM846 billion) setahun.

MIC tikam MIC, lain-lain tolong …

MIC, semakin hari semakin rumit, lebih-lebih lagi bila bekas presidennya, Palanivel tampil semula dengan jawatan lamanya, tanpa menyedari hakikat sebenar.
Palanivel-Subramaniam-mic
Setiap kali hati ini tergerak untuk menulis tentang parti politik kaum India di Malaysia khususnya Kongres India Malaysia (MIC) tiap kali itu saya menjadi buntu. Kerana walaupun berbangsa India dan mengikuti perkembangan politik negara, politik parti India adalah sesuatu yang sangat kompleks dan rumit bagi saya.
Ia seperti benang yang bersimpul-simpul dalam satu kotak besar. Kalau nak leraikan simpul itu, sama ada kita hilang sabar atau ia satu percubaan yang tidak logik. Semakin cuba dilerai, semakin kita sendiri ‘ter’simpulkannya. Benar?
Bagaimanapun, akhirnya saya dapat petik satu isu yang agak menarik dan perlu diberi perhatian serius. Ia sedang berlaku dalam kalangan parti India, berkaitan dengan acara Ponggal yang diadakan semalam oleh geng konco-konco bekas Presiden MIC, G. Palanivel.
Khabarnya, dalam jemputan media dan sepanjang majlis, Palanivel di’angkat’ sebagai Presiden MIC membelakangkan presiden sebenar, Datuk Seri S. Subramaniam.
Maka, wujudlah persengketaan perang mulut antara dua team ini.
Menariknya, team MIC (haram, kerana tidak diiktiraf ROS) Palanivel bukan berdiri solo dengan jumlah ahli yang segengam tangan. Tetapi kumpulan itu tampil dengan geng-geng baharu apabila dikatakan sudah bekerjasama dengan myPPP, Makkal Sakhti dan NGO, Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian India Malaysia (MAICCI).
Malah kenyataan Presiden parti myPPP (dahulunya Parti Progresif Rakyat-PPP) Tan Sri Kayveas menyatakan mereka tidak mengiktiraf Presiden MIC semasa, Datuk Seri S Subramaniam juga agak kelakar dan sukar dihadam. Tetapi biarlah, itu pendapat beliau. Beliau lebih lama dalam arena politik.
Apapun, yang nyata lagi terang ialah, rupanya dalam komuniti India yang sekecil-kecil ini, tiada parti yang sebenar-benarnya bersatu. Semua ada geng masing-masing, tolak dan tarik sesama mereka, berubah ikut citarasa dan kepentingan dan berjuang demi keperluan peribadi.

Orang PAS pun sayang, tapi Najib nak buang Mukhriz, kata Khairuddin

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bercakap pada sidang media di hadapan pejabat SPRM, di Putrajaya, hari ini. Beliau berkata Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai alasan kukuh untuk menukarkan menteri besar Kedah memandangkan rakyat di negeri itu hidup aman damai di bawah kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 2 Februari, 2016. 
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bercakap pada sidang media di hadapan pejabat SPRM, di Putrajaya, hari ini. Beliau berkata Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai alasan kukuh untuk menukarkan menteri besar Kedah memandangkan rakyat di negeri itu hidup aman damai di bawah kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai pemimpin "tidak bijak" kerana bersama dengan 14 ketua Umno bahagian Kedah dalam usaha menyingkirkan menteri besar, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu berkata, Najib tiada alasan kukuh untuk menukarkan jawatan menteri besar Kedah memandangkan rakyat di negeri itu hidup aman damai di bawah kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir .
"Saya kata mereka ini pemimpin negeri 'bangang', termasuk ahli majlis tertinggi sekali dengan Najib.

"Kerana hanya orang bangang yang bertindak mengikut nafsu dan kemahuan mereka sendiri dan bukannya kehendak rakyat. "Pemimpin ‘otak udang’ kalau nak cakap tukar menteri besar, politik Kedah aman damai tenteram, orang PAS pun sayang Mukhriz.
"Jadi apa alasan kenapa baru sekarang nak tukar jawatan? Bagi saya tidak ada alasan langsung, kalau kata Kedah dalam situasi dilema sekurang- kurangnya mereka boleh beri alasan (tapi ini tidak)," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini.

Annuar puji Najib selesaikan kemelut politik Kedah secara bijaksana..ha..ha.. 20 Mukhriz 16 Najib...bijak lebong..!!!


Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menangani isu pertukaran menteri besar Kedah tidak mengambil langkah terburu-buru, sebaliknya menggunakan saluran, proses dan kaedah yang betul sebelum membuat keputusan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2016. 
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menangani isu pertukaran menteri besar Kedah tidak mengambil langkah terburu-buru, sebaliknya menggunakan saluran, proses dan kaedah yang betul sebelum membuat keputusan.

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengambil kira pandangan semua peringkat dalam menyelesaikan kemelut politik Kedah yang melibatkan jawatan menteri besar, mencerminkan kebijaksanaan pucuk pimpinan.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Najib yang juga presiden Umno dalam menangani isu pertukaran menteri besar Kedah itu tidak mengambil langkah terburu-buru, sebaliknya menggunakan saluran, proses dan kaedah yang betul sebelum membuat keputusan.
"Selepas kemelut tersebut tercetus, Najib terlebih dahulu mendapat maklum balas semua pihak termasuk (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Mukhriz Mahathir sendiri meskipun presiden Umno itu mempunyai kuasa menentukan calon menteri besar.

"Dalam isu ini Najib juga mengambil masa berjumpa dengan ketua-ketua Umno bahagian, wakil-wakil rakyat bagi mendapatkan maklum balas sebelum membuat sebarang keputusan," katanya. Annuar berkata demikian selepas menziarahi tokoh veteran Umno Tan Sri Hussein Ahmad di kediamannya di Kampung Lemal di Pasir Mas, hari ini.
"Pada saya, ini satu contoh pemimpin yang menggunakan kebijaksanaan dan saya percaya kemelut ini akan diselesaikan dengan baik," kata Annuar.

Lagu ‘Kami Nak Najib Undur’ bergema di Stadium Kedah

Kumpulan ultras bola sepak Kedah menyanyikan lagu berkenaan di hadapan kira-kira 20,000 penyokong di Stadium Darul Aman malam tadi.
najib-undur
ALOR SETAR: Lagu ‘Kami nak Najib Undur’ bergema di Stadium Darul Aman ketika perlawanan persahabatan antara Kedah dan Sg Ara F.C malam tadi.
Sekumpulan anak muda ‘bersatu padu’ menyanyikan lagu itu di hadapan 20,000 penyokong bola sepak yang hadir di stadium itu.
Lagu itu dinyanyikan sekumpulan ultras bola sepak Kedah sebagai sokongan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk kekal memegang jawatan itu.
Video selama 1.56 saat itu memaparkan kumpulan berkenaan berulang kali berkata “Kami Nak Najib undur” sambil mendapat tepukan daripada penyokong yang hadir di stadium itu.
Video itu dimuatnaik di laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yang sebahagian besarnya menyokong kumpulan terbabit.
“Pakat satu Malaysia buat macam ini kat stadium masa ada bola,” kata Apizz Halim.
“Kalau buat tiap-tiap stadium di seluruh negara kan best,” kata Sally Melly.
“Tahniah rakyat Kedah, bermula era kejatuhan Najib bermula dari negeri Kedah. Kelahiran anak Melayu jati yang berani bersuara,” kata Rizqullah Revolusi.
Terdahulu, di hadapan 20,000 penyokong yang hadir di Stadium Darul Aman malam tadi, Mukhriz disambut penyokongnya dan mereka berarak dari luar stadium hingga ke dalam stadium.
Turut bersama Mukhriz, pemimpin PAS Datuk Mahfuz Omar dan ADUN Jitra, Aminuddin Omar yang enggan menandatangani akuan bersumpah menolak Mukhriz.

Tak munasabah Najib tak tahu mengenai RM42 juta dalam akaun peribadinya, kata Zaid

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa adalah tidak munasabah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak mengetahui tentang dana RM42 juta daripada SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Beliau berkata demikian dalam afidavit sokongan ketika memfailkan permohonan untuk mendapatkan semakan kehakiman ke atas keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang tidak akan mendakwa perdana menteri.
Permohonan itu, antara lain, bertujuan mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa pendakwaan terhadap Najib mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun Keseksaan sedia ada.
Dalam afidavit sokongannya, Zaid berkata beliau memfailkan permohonan itu sebagai pembayar cukai yang mempunyai kepentingan yang sah.
"Ia seolah-olah penjelasan yang diberikan oleh Najib yang disampaikan oleh responden (Peguam Negara Mohamed Apandi Ali), melalui kenyataan media, adalah bahawa Najib tidak mengetahui mengenai pemindahan sebanyak RM42 juta itu ke akaun peribadinya.
"Secara hormat, saya berkata penjelasan yang diberikan oleh Najib adalah tidak munasabah memandangkan jumlah wang besar yang terlibat," katanya.
Zaid berkata Peguam Negara adalah mempunyai kewajipan untuk memulakan tuduhan jenayah terhadap Najib dan meletakkan keadaan mencurigakan mengenai wang berkenaan di hadapan mahkamah untuk penilaian hakim sama ada beliau bersalah atau pun tidak.

Adun pembangkang hanya ditanya sokong Mukhriz atau tidak

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Kedah ditanya 2 soalan saja hari ini, apakah mereka menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai menteri besar atau tidak dan adakah mereka dipaksa mana-mana pihak ketika membuat pengakuan itu.
"Saya ditanya 2 soalan saja, sokong Mukhriz atau tidak dan apakah saya dipaksa mana-mana pihak ketika membuat pendirian itu," kata Adun Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi kepada The Malaysian Insider sebaik saja selesai menemui ahli Jemaah Pangkuan Sultan Kedah, hari ini.
Phahrolrazi bersama 14 lagi Adun pembangkang di Kedah iaitu 8 daripada PAS, PKR (4) dan DAP (2) dipanggil ke Istana Kedah hari ini selepas Adun BN dipanggil menghadap semalam.

Phahrolrazi berkata, beliau tidak boleh memberitahu apa jawapan diberikannya kepada soalan itu kerana sudah dipersetujui proses seterusnya akan dilakukan Jemaah Pemangku Sultan Kedah. "Kami sudah berjanji tidak akan memaklumkan kepada mana-mana pihak apa jawapan kami, ia untuk mereka saja," kata Phahrolrazi, satu-satunya Adun Kedah yang menyertai Amanah selepas perpecahan berlaku dalam PAS.
Ahli parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata beliau sendiri tidak tahu apa sikap PAS dalam isu ini.
"Yang saya tahu presiden PAS dalam kenyataan sebelum ini berkata mahu isu ini diselesaikan melalui sidang Dewan Undangan Negeri Kedah.
"Jika begitu sikap presiden PAS, saya kata kepada Adun PAS yang menghubungi saya, mereka perlu sokong Mukhriz.
"Jika mereka tidak sokong Mukhriz maknanya Umno mempunyai cukup bilangan untuk menukar Mukhriz dan tidak perlu adakah sidang DUN," kata bekas ketua penerangan PAS itu.

Najib Menteri Kewangan prestasi ‘terburuk’ Asia- FinanceAsia

FInancePerdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak disenaraikan sebagai Menteri Kewangan negara Asia ‘terburuk’ dalam satu laporan dikeluarkan portal kewangan antarabangsa, FinanceAsia hari ini.
Laporan FinanceAsia itu mengkaji prestasi 12 menteri kewangan Asia Pasifik berdasarkan beberapa indeks prestasi melibatkan kepimpinan, tanggungjawab dan kuasa.
Diletakkan dalam senarai ke-12, Najib pada 2015 berhadapan tahun mencabar dalam pengurusan ekonomi Malaysia apabila mengalami ‘double whammy’ melibatkan skandal politik dana 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Negara juga berhadapan cabaran ekonomi global menerima tempias kejatuhan harga minyak dunia sehingga memaksa Kerajaan Persekutuan membuat ubah suai Bajet 2015.
Sementara itu agensi berita Reuters melaporkan Ringgit menerajui kejatuhan dalam kalangan mata wang negara membangun Asia hari ini berikutan harga minyak mentah terus jatuh dan aktiviti perkilangan global kekal lemah, mengurangkan selera pelabur bagi aset yang lebih berisiko.
Ringgit juga menerima tekanan lanjut daripada kebimbangan diperbaharui berhubung 1MDB.
Pihak berkuasa Singapura berkata, mereka menahan sejumlah besar akaun bank dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kemungkinan 1MDB terbabit dalam pengubahan wang haram.
Ringgit semakin jatuh berikutan peningkatan kebimbangan berhubung penyusutan pendapatan minyak dan gas Malaysia dan menyebabkan tekanan kepada atas kewangan kerajaan.

15 ADUN Pembangkang sokong Mukhriz kekal

ADUN pembangkang itu sebaliknya mendesak agar penyingkiran itu dibuat ke atas Perdana Menteri yang telah banyak menyusahkan rakyat
mukhriz_kedah_pembangkang_new_600
ALOR SETAR: Seramai 15 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang membantah sekeras-kerasnya langkah sebahagian pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mahu menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.
adun2-pembangkangMalah, mereka turut menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak beradab di kala rakyat negeri itu sedang dalam tempoh meraikan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah.
“Jika Datuk Seri Mukhriz dinaikkan melalui laluan demokrasi, tidak gopoh, berperaturan serta menghormati kehendak rakyat, maka tidak wajar hanya kerana mah memenuhi kehendak politik individu tertentu maka semua pihak disusahkan, termasuk rakyat dan pihak istana.
“Bagi kami pada ketika ini, tindakan menukar Menteri Besar Kedah tidak menjadi keutamaan berbanding keperluan menukar Perdana Menteri yang telah banyak menyusahkan rakyat,” kata ADUN-ALOR Mengkudu-PAS, Ahmad Saad Yahya yang mewakili ADUN Pembangkang di Kedah.
Kenyataan itu dikeluarkan dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman sebaik sahaja semua ADUN pembangkang mengadakan pertemuan dengan Jemaah Istana Kedah.
Tambahnya, mereka juga menggesa agar masalah kepimpinan utama Kerajaan Kedah ini diselesaikan dengan segera kerana krisis yang berlarutan akan membantutkan urusan pentadbiran negeri yang membawa kesan buruk terhadap rakyat.
“Jika kemelut ini menghadapi jalan buntu, maka pilihan terbaik ialah penyelesaian berasaskan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah iaitu menentukan kehilangan sokongan majoriti ADUN Kedah dan Menteri Besar melalui satu usul di persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah,” jelasnya.

IDE: 61% tak percaya kebenaran isu derma RM2.6 bilion

IDE kaji1Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati sebanyak 61 peratus pengundi di Selangor tidak percaya tentang kebenaran isu derma RM2.6 bilion oleh jutawan Arab kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Kluster Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE) dalam satu kenyataan menyatakan perkara demikian dalam kajian dijalankan pada 13-15 November 2015 lalu.
Katanya, 30 peratus lagi berstatus ‘tidak pasti’ dan hanya sembilan peratus yang masih mengekalkan keyakinan tentang kebenaran isu yang melibatkan pemimpin nombor satu Umno itu.
Kajian itu melibatkan seramai 1,716 responden seluruh kawasan Parlimen, DUN dan PBT merentas kaum, parti, pendidikan dan tempat tinggal.
Katanya, mengejutkan lagi, di kalangan responden yang menyatakan pendirian penyokong Barisan Nasional hanya 23 peratus pengundi Barisan Nasional mengekalkan keyakinan penuh kepada Najib bahawa jutawan Arab yang menderma RM2.6 bilion.
Manakala 31 peratus penyokong BN tidak percaya terhadap fakta itu dan baki penyokong BN yang lain, sebanyak 30 peratus mengambil sikap tidak pasti.
Kronologi kenyataan dikeluarkan pimpinan atasan, penguasa dan penguatkuasa sering tidak selari antara satu sama lain berhubung dengan isu ini.

Pembangkang pasti dilabel pengkhianat jika di tempat Najib

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoal sama ada beliau akan menikmati pembebasan yang dinikmati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika menerima dana luar negara yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Membawa andaian itu, beliau curiga sama ada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan membebaskannya dan mengisytihar dirinya sebagai tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang dinikmati Perdana Menteri.
“Adakah saya akan dibebaskan dari sebarang kesalahan jika saya mengaku tidak mengetahui siapa yang mendepositkan sejumlah wang dalam akaun saya?
“Dua bulan kemudian saya memulangkan semula 78 peratus dari jumlah itu, contohnya sebanyak RM2.03 bilion dari RM2.6 bilion kepada penderma tanpa perlu menyatakan apa yang saya lakukan kepada RM570 juta itu.
“Atau, adakah saya akan dimalukan, dituduh, ditohmah oleh media kawalan UMNO BN sebagai pengkhianat dan berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah kerana menerima dana asing untuk mencampuri urusan negara?” katanya.
Pada 26 Januari lalu, Apandi mengumumkan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah melibatkan siasatan dua skandal mega SRC International dan derma RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke akaun peribadinya.
Peguam Negara itu kemudian mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes itu mengakibatkan kemarahan ramai, apatah lagi kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, terdedah.

Azizah sedih hanya berkata... 'apakan daya, mereka lebih berkuasa'

Kes Qazaf: Anwar failkan dokumen bersumpah

Pembangkang: Usah singkir Mukhriz secara tidak beradab

Isu Mukhriz: Tindakan Umno Makan Diri

Orang dibela terkena tempias: Ibrahim Ali marah Ali Rustam

Zika virus spreading: WHO declares health emergency

Dakwaan istana suruh undur berniat jahat, kata Mukhriz

Khairuddin wants MACC to act without bias on complaint against Apandi

Khairuddin - 'AG mungkin bodoh tapi tolong jangan perbodoh rakyat!'

Ada konflik kepentingan dalam siasatan kes Najib, kata Khairuddin

Hak Apandi mengarah SPRM tutup kes RM2.6 bil Najib dipersoal

Menurut Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Apandi tidak layak menjalankan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion dan SRC International, apatah lagi untuk membuat keputusan sendiri.
khairudin-apandi-ali
PUTRAJAYA: Hak Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup kes RM2.6 bilion dan SRC International yang melibatkan Perdana Menteri dipersoal.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tampil dengan soalan itu selepas meragui kemungkinan wujud unsur rasuah pembebasan Najib daripada apa-apa kesalahan dalam dua kes tersebut.
“Saya ingin tanya Peguam Negara, siapa beliau untuk memberi arahan kepada SPRM agar menutup kes melibatkan Najib? Siapakah beliau untuk campur tangan dalam urusan SPRM?
“Saya akan membuat laporan kepada SPRM berhubung perkara ini, seperti mana saya membuat laporan polis di balai Polis Dang Wangi minggu lalu.
“Saya juga membuat laporan kepada SPRM berhubung kemungkinan wujud unsur rasuah dalam keputusan Apandi yang membebaskan Najib daripada apa-apa kesalahan dalam dua kes tersebut,” katanya dalam sidang media di hadapan Bangunan SPRM pagi tadi.
Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu juga berkata Apandi tidak layak menjalankan siasatan, apatah lagi membuat keputusan, terhadap dua kes itu.
Ini kerana namanya diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri sendiri untuk menggantikan Tan Sri Gani Patail “yang dipecat tanpa asas yang kukuh”.
“Ini bermakna wujud konflik kepentingan. Maka saya menggesa SPRM menjalankan siasatan, sama ada wujud rasuah melibatkan Apandi agar beliau membersihkan nama Najib,” katanya lagi.
Katanya lagi, Apandi sepatutnya meminta timbalannya iaitu Peguam Cara Negara untuk mengetuai siasatan, atau sekurang-kurangnya menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas yang dianggotai bekas hakim.
“Ini dapat mengelakkan konflik kepentingan. Tetapi beliau sendiri yang menyiasat dan membuat keputusan. Sebab itu saya yakin hampir semua rakyat Malaysia tidak percaya dengan apa-apa kenyataan yang dibuatnya,” katanya lagi.

Bekas menteri Umno mohon semakan kehakiman terhadap AG


Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim memohon semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak meneruskan prosiding ke atas Datuk Seri Najib Razak.
Dalam kenyataan medianya hari ini Zaid berkata: "Saya memohon Mahkamah Tinggi untuk memberi kebenaran berdasarkan semakan kehakiman kepada perkara berikut:
 "Keputusan peguam negara tidak mendakwa Najib di bawah peruntukan sesuai Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009; dan
"Keputusan peguam negara mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup fail siasatan terhadap kemungkinan berlaku kesalahan oleh Najib."
Menurut bekas pemimpin Umno itu, asas substantif bagi permohonannya itu adalah tindakan AG dibuat tanpa sebab dan merupakan satu usaha yang wajar mengikut budi bicara.
Kata Zaid beliau terpaksa mengambil tindakan itu atas dua sebab.
"Saya berhak berasa bimbang mengenai kesan buruk terhadap kedaulatan undang-undang negara ini jika keputusan seorang individu tidak boleh dipertikaikan tanpa mengambil kira fakta serta akibat sesuatu kes.
"Setakat yang saya tahu tiada undang-undang mengikut konsep budi bicara mutlak.
"Tanggapan budi tidak terbatas itu sebenarnya bertentangan dengan kedaulatan undang-undang, dan atas sebab ini saya terpaksa bertindak," katanya.

Senator Umno mahu SPRM bertindak ke atas Bahri


Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam mahu tindakan disiplin diambil ke atas mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat cuba menjatuhkan imej pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar Utusan Malaysia hari ini memetiknya secara khusus merujuk kepada Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin yang didakwanya mengeluarkan kenyataanyang boleh mengelirukan masyarakat.
“SPRM perlu mengambil tindakan segera ke atas pegawainya yang dilihat cuba menjatuhkan imej perdana menteri terutama ke atas Bahri bagi mencerminkan keseriusan agensi itu dalam menangani isu permasalahan disiplin.
“Bagi saya, mereka yang terbabit dengan isu ini tidak diberi kebenaran untuk mengeluarkan kenyataan dan dilihat masih mempertikaikan kenyataan Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) dan SPRM yang mengesahkan kes derma 2.6 bilion berkaitan perdana menteri itu memang tiada,” kata senator itu yang dipetik pada satu sidang akhbar semalam.
Gesaan Ali itu dibuat sebagai tindak balas ke atas satu lagi laporan di Utusan Malaysia yang mendakwa berlakunya ‘perang besar’ antara Bahri dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berhubung percanggahan pendapat mereka mengenai keputusan Apandi untuk membersihkan Najib.
Apandi minggu lalu mengumumkan Najib bebas dari sebarang salah laku berdasarkan hasil siasatan SPRM ke atas ‘derma’ RM2.6 bilion serta kes SRC International.
Bahri kemudiannya diserang oleh bloger pro-Umno selepas beliau dilaporkan berkata suruhanjaya anti-rasuah itu akan berusaha untuk mengkaji semula keputusan berkenaan.
Semalam, Bahri membuat laporan polis terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin didakwa memulakan laporan bahawa ‘perang besar’ sedang melanda SPRM dalam satu catatan baru-baru ini.
Bahri berkata posting blog tersebut memfitnahnya dengan tuduhan sebagai 'ejen DAP’ yang mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan BN.
Ahad lalu, melalui memo dalaman yang terbocor dan kini beredar di media sosial, Abu Kassim dilaporkan berikrar bahawa beliau lebih rela meletakkan jawatan daripada mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya yang hanya menjalankan kewajipan mereka.

'Rakyat Kedah tak usah undi penyangak UMNO pada PRU nanti'

'Biasiswa JPA sekarang untuk pelajar IPTA tempatan' - Timb Menteri

Siapa AG nak campur tangan urusan SPRM - Khairuddin

Skandal RM2.6B Dan SRC: Khairuddin buat laporan SPRM terhadap Apandi kerana salah guna kuasa

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana salah guna kuasa.‎
Beliau yang hadir di bangunan SPRM kira- kira jam 11 pagi berkata, laporannya itu bertujuan agar SPRM menjalankan satu siasatan salah guna kuasa Apandi yang membabitkan kes derma RM2.6 bilion dan SRC International melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kita meminta SPRM menyiasat sama ada wujud atau berlakunya apa-apa unsur salah guna kuasa ataupun cuai jenayah beliau atas pendirian sikap peguam negara untuk membebaskan PM daripada 2 isu utama yang menjadi polemik pada isu di tanah air kita pada hari ini.

"Iaitu kes wang derma RM2.6 bilion dan juga kes wang syarikat SRC International yang berjumlah kurang RM42 juta ," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan SPRM di Putrajaya hari ini. Bekas pemimpin Umno yang pernah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) itu mempersoalkan tindakan Apandi yang mengadakan sidang media mengarahkan  SPRM menutup fail terhadap Najib.
"Siapa peguam negara hendak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran SPRM?
"Apakah beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian?
"Pada hemat saya juga,  Apandi ini namanya dulu dikemukakan Najib kepada Agong untuk mengantikan tempat peguam negara lama, Tan Sri Gani Patail yang dibuang tanpa asas kukuh ini membawa erti Najib pilih Apandi sebagai peguam negara ," katanya.

Pengerusi PAC kesal Peguam Negara Switzerland terbuka kepada media

Kenyataan di media boleh menimbulkan banyak spekulasi dan tidak berasaskan kepada fakta yang tepat.
hasan arifin
PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kesal terhadap tindakan Peguam Negara Switzerland yang memilih untuk memberi maklumat kepada media berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusinya Datuk Hasan Arifin menegaskan, pihak berkuasa negara berkenaan seharusnya berurusan terus dengan kerajaan Malaysia kerana kenyataan di akhbar (media) boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan tidak berasaskan kepada fakta yang tepat.
Dalam pada itu, Hasan juga mengkritik laporan tidak bertanggungjawab portal The Malay Mail Online hari ini yang memetik sumber tidak bernama bahawa Jabatan Audit Negara (JAN) gagal menepati tarikh pembentangan Laporan Akhir Terhadap Pengauditan 1MDB kepada PAC pada Februari ini.
“Laporan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab berkenaan jelas bertujuan untuk merosakkan reputasi dan kredibiliti PAC serta JAN yang sentiasa komited dalam melakukan pengauditan yang telus dan akauntabiliti terhadap 1MDB demi kepentingan rakyat.
“PAC menegaskan bahawa JAN akan tetap membentangkan Laporan Akhir Terhadap Pengauditan 1MDB pada Februari ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Hasan yang juga Ahli Parlimen Rompin menggesa semua pihak agar meyakini dan percaya terhadap PAC yang diketuainya.
“Lagi pun Jawatankuasa ini dianggotai ahli yang terdiri daripada pelbagai parti termasuk parti pembangkang, tidak ada perkara yang harus dilindungi dan laporan PAC adalah berasaskan kepada maklumat yang tepat dan benar,” tegasnya.

MAKIN LAMA NAJIB KEKAL JADI PM, MAKIN BANYAKLAH SKANDAL BERBILION RINGGIT AKAN DIBONGKAR !!!


Walaupun AG Apandi Ali dah 'bersihkan' Najib sekalipun dlm skandal RM2.6 bilion mahupun SRC International, kini bertimpa2 segala pendedahan dari luar negara betapa bobroknya skandal 1MDB itu..


TAHUKAH ANDA.. Pihak Berkuasa Kewangan Singapura dan Jabatan Hal Ehwal Komersial, polis republik itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat berhubung siasatan 1MDB.


Kenyataan itu dibuat selepas ketua pendakwa raya Switzerland pada minggu lalu berkata, siasatan jenayah ke atas 1MDB mendedahkan bahawa kira-kira AS$4 bilion (RM16.6 bilion) didapati telah disalahgunakan.


Mula2 skandal RM2.6 bilion.. Kini datang pula skandal RM16.6 bilion plok !!!

Jabatan Audit sekali lagi gagal serah laporan 1MDB kepada PAC


Jabatan Audit Negara
Jabatan Audit Negara untuk kali kedua gagal menyerahkan laporan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) sehingga tarikh akhir awal Februari ini.
Sumber PAC yang enggan dikenali dipetik Malay Mail Online sebagai berkata, jawatankuasa parlimen menjangkakan menerima laporan itu seawal akhir bulan ini
ataupun pada Mac.
"Tidak," kata sumber itu dalam mesej teks kepada pemberita apabila ditanya sama ada PAC telah menerima laporan berhubung 1MDB.
"Kemungkinan paling cepat akhir bulan ini. Mungkin pada Mac," kata sumber ketika ditanya bila Jabatan Audit Negara diangka menyerahkan laporan kepada PAC.
Usaha pemberita untuk menghubungi Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang tidak dijawab.
Akhir Disember lalu, Hasan dalam satu kenyataan berkata PAC memberikan masa kepada Jabatan Audit Negara untuk melengkapkan laporan akhir berhubung syarikat pelaburan kedua negara, 1MDB seawal bulan Februari 2016.
Hasan juga berkata pada 20 Januari bahawa PAC bercadang membentangkan laporan itu kepada parlimen pada Mac.
Ini adalah penangguhan kedua dilakukan Jabatan Audit Negara setelah jabatan terbabit gagal menyiapkan laporan tentang 1MDB 17 Disember lalu atas alasan
'maklumat tidak terkini' (outdated information).
Dalam satu kenyataan 16 Disember lalu, Hasan berkata Jabatan Audit Negara perlu diberi 'masa yang mencukupi' untuk menyiapkan laporan sebelum diserahkan kepada PAC.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib azak telah mengarahkan PAC pada Mac tahun lalu intuk menyiasat 1MDB, syarikat pelaburan negara yang dibebani hutang dan mendapat perhatian antarabangsa.

Skandal 1MDB : Pakatan Harapan akan pastikan keadilan tertegak

Ia disebabkan rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kebenaran berhubung isu 1MDB.
Shamsul-Iskandar-Mohd-Akin
PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan proses siasatan dan pendakwaan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan tertegak walaupun terpaksa mengambil masa lama sekiranya gabungan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Perkara itu dinyatakan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin apabila menegaskan, ia disebabkan rakyat Malaysia sememangnya berhak untuk mengetahui kebenaran berhubung isu berkenaan.
Dalam pada masa sama, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil memuji tindakan pihak berkuasa Singapura iaitu Commercial Affairs Department (CAD) dan Monetary Authority of Singapore (MAS) kerana merampas sejumlah akaun bank yang dikaitkan dengan siasatan terhadap 1MDB semalam.
Beliau turut mengharapkan pihak berkuasa Singapura agar kekal konsisten dan tegas dalam meletakkan keutamaan integriti republik itu sebagai pusat kewangan global yang tersohor mengatasi kepentingan hubungan dua hala melibatkan Barisan Nasional dan PAP.
“Sebaran tindakan `sweeping matters under the carpet’ akan dilihat menjejaskan reputasi Singapura malahan, akan mengkhianati rakyat Malaysia yang bergelut dengan kebimbangan menuntut kebenaran dalam kes ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shamsul menambah, pihaknya turut menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Peguam Negara Switzerland baru-baru ini bahawa siasatan terhadap 1MDB didakwa telah mendedahkan bahawa kira-kira AS$4 bilion (RM16.6bilion) telah diselewengkan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia.
“Tentunya rakyat Malaysia akan bersama dengan semua pihak yang sentiasa istiqamah menegakkan keadilan dan mendedahkan kebenaran,” ujarnya.

Laporan 1MDB tetap akan dibentang Februari, tegas PAC

Hassan-Ariffin-L-1
Hassan yang juga Ahli Parlimen Rompin bertegas bahawa laporan tersebut akan tetal dibentangkan pada bulan ini.

KUALA LUMPUR, 2 Februari 2016:

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bertegas bahawa Laporan Akhir Terhadap Pengauditan syarikat pelaburan strategfik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetap akan dibentangkan pada bulan ini.
Pengerusinya, Datuk Hassan Arifin berkata demikian sambil melahirkan rasa kesal dengan laporan yang dikeluarkan The Malay Mail Online (MMO) yang mendakwa laporan itu gagal disiapkan Jabatan Audit Negara (JAN) untuk dibentangkan bulan ini.
“PAC kesal dengan laporan tidak bertanggungjawab portal berita The Malay Mail Online hari ini, yang memetik sumber tidak bernama bahawa Jabatan Audit Negara (JAN) gagal menepati tarikh pembentangan Laporan Akhir Terhadap Pengauditan 1MDB kepada Jawatankuasa ini pada Februari ini.
“Laporan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab berkenaan jelas bertujuan untuk merosakkan reputasi dan kredibiliti PAC serta JAN yang sentiasa komited dalam melakukan pengaduitan yang telus dan akauntabiliti terhadap 1MDB demi kepentingan rakyat,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Hassan berkata demikian sebagai respon terhadap laporan MMO awal hari ini yang mendakwa laporan mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) gagal disipakan JAN.
Portal berkenaan dikatakan memetik sumber yang enggan mendedahkan nama berkenaan perkara terbabit.
Sehubungan itu, Hassan yang juga Ahli Parlimen Rompin bertegas bahawa laporan tersebut akan tetal dibentangkan pada bulan ini.

Adakah Tabung Haji bail out syarikat berkait skandal SRC ?

Tindakan Tabung Haji membeli 30% saham daripada Putrajaya Perdana dipertikaikan kerana ia dilihat sebagai satu tindakan bail out bagi syarikat terlibat dalam skandal SRC International. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2016. 
Tindakan Tabung Haji membeli 30% saham daripada Putrajaya Perdana dipertikaikan kerana ia dilihat sebagai satu tindakan bail out bagi syarikat terlibat dalam skandal SRC International.

Wakil rakyat DAP Tony Pua hari ini mempersoalkan adakah tindakan Tabung Haji membeli saham dan kepentingan dalam Putrajaya Perdana Bhd, sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan sebuah syarikat pembinaan swasta yang ada kaitan dengan aliran wang RM140 juta dalam skandal SRC International.
Katanya, Tabung Haji membeli 30% kepentingan dalam Putrajaya Perdana dengan jumlah yang tidak didedahkan walaupun syarikat itu gagal menghantar akaun tahunan teraudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak Disember 2013.
Sebulan selepas pengambilalihan Tabung Haji pada November 2014, sebanyak RM140 juta dibayar semula kepada SRC International menerusi anak syarikat Putrajaya Perdana iaitu Putra Perdana Development dan Putra Perdana Construction, katanya.

“Mengapa Tabung Haji membeli 30% daripada Putrajaya Perdana dan berapa banyak ia bayar untuk saham itu? “Siapa sebenarnya pemilik Putrajaya Perdana?” soal ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Berdasarkan kepada carta aliran ditunjukkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media minggu lalu, SRC International yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan, memindahkan wang RM140 juta kepada Putra Perdana Development terlebih dulu sebelum wang itu dikembalikan.

Skandal 1MDB: Singapura bekerjasama dengan pihak berkuasa siasat kes pengubahan wang haram

The Business Times melaporkan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) mengeluarkan kenyataan bersama pada petang Isnin sebagai respons kepada pertanyaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – Gambar fail Reuters, 1 Februari, 2016. 
The Business Times melaporkan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) mengeluarkan kenyataan bersama pada petang Isnin sebagai respons kepada pertanyaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Singapura bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat, berhubung siasatan terhadap kemungkinan pengubahan wang haram dan kesalahan lain yang dilakukan di Singapura, menurut laporan The Business Times.
"Kami memberi maklum balas terhadap semua permintaan luar dan meminta maklumat daripada pihak berkuasa berkaitan untuk membantu dalam siasatan kami," menurut laporan itu, yang memetik Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS).
Laporan itu menyebut CAD dan MAS mengeluarkan kenyataan bersama pada petang Isnin sebagai respons kepada pertanyaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Singapura tidak akan bertolak ansur dengan penggunaan sistem kewangannya sebagai perlindungan atau saluran untuk wang haram. Sejak pertengahan tahun lepas, CAD dan MAS menjalankan siasatan secara aktif mengenai kemungkinan pengubahan wang haram dan kesalahan lain yang dilakukan di Singapura. "Berkaitan dengan siasatan ini, kami mendapatkan dan akan terus mendapatkan maklumat daripada beberapa institusi kewangan, menemu bual pelbagai individu, dan telah merampas sebilangan besar akaun bank," menurut kenyataan itu.

PKR gesa Singapura terus utamakan integriti siasatan berkait 1MDB

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata pihak berkuasa Singapura perlu mengutamakan integriti mereka berbanding hubungan 2 hala Malaysia dan Singapura. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2016. 
Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata pihak berkuasa Singapura perlu mengutamakan integriti mereka berbanding hubungan 2 hala Malaysia dan Singapura.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin menggesa pihak berkuasa Singapura meneruskan sikap mengutamakan integriti mereka dalam menyiasat akaun berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata ia perlu diutamakan berbanding hubungan 2 hala Malaysia dan Singapura.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) negara itu yang mengumumkan pembekuan beberapa akaun berkait dengan 1MDB, semalam.

"Saya mengharapkan pihak berkuasa Singapura kekal konsisten dan tegas dalam meletakkan keutamaan memelihara integriti republik berkenaan sebagai pusat kewangan global tersohor mengatasi kepentingan hubungan 2 hala melibatkan Barisan Nasional (BN) dan PAP," katanya merujuk kepada parti yang mentadbir Singapura iaitu Peoples Action Party (PAP). Semalam, CAD dan MAS mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan ketegasan mereka dalam siasatan terhadap cubaan menyalurkan wang haram di negara itu.
"Singapura tidak akan bertolak ansur dengan penggunaan sistem kewangannya sebagai perlindungan atau saluran wang haram.
"Sejak pertengahan tahun lepas, CAD dan MAS menjalankan siasatan secara aktif mengenai kemungkinan pengubahan wang haram dan kesalahan lain yang dilakukan di Singapura.
"Berkaitan siasatan ini, kami mendapatkan dan akan terus mencari maklumat daripada beberapa institusi kewangan, menemu bual pelbagai individu, dan merampas sebilangan besar akaun bank," menurut kenyataan itu.