Ahad, 31 Januari 2016

Percayalah.. semua ini hasil dari TANGAN-TANGAN PENGUNDI BN !!!

Bukan susah nak jadi penyangak halal disisi Islam Wasatiyyah..

Kalau beginilah jadinya.. APA AKAN JADI MALAYSIA jika Najib bercita-cita jadi PM Malaysia selama 22 tahun utk menandingi mantan PM Tun Mahathir..???

TORA DATANG LAGI !!!

Walaupun dah kalah menipu dalam GST, kini Ahmad Maslan ingin mencuba pula yg lebih mencabar di alam maya..

Siapa tahu kali ini watak kartun beliau akan menjadi..

Tabik hormat sama Jeneral Tomoyuki Yahmadshita !!!

Mara belum putuskan tajaan kursus pengajian yang akan digugurkan, kata menteri Umno

Mara masih belum memutuskan secara terperinci kursus pengajian yang akan digugurkan daripada mendapat tajaan dalam penghantaran pelajar ke universiti di luar negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016. 
Mara masih belum memutuskan secara terperinci kursus pengajian yang akan digugurkan daripada mendapat tajaan dalam penghantaran pelajar ke universiti di luar negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) masih belum memutuskan secara terperinci kursus pengajian yang akan “digugurkan” daripada mendapat tajaan dalam penghantaran pelajar ke universiti di luar negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian dan Mara masih berbincang dan meneliti perkara itu termasuk pendekatan pengajian berkembar dengan universiti luar negara bagi pelajar tajaan Mara.
"Kita belum ada keputusan khusus (bidang pengajian yang akan dikurangkan). Bagaimanapun di peringkat awal, mungkin kita buat program berkembar iaitu 2 tahun di luar negara dan 2 tahun dalam negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Kampung Tinangol, Kota Marudu hari ini.

RON95 turun 10 sen, RON97 turun 20 sen bagi Februari 2016

petrol_pump
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia, harga baru runcit petrol yang diumumkan itu bagi bulan Februari berkuat kuasa tengah malam ini.
KUALA LUMPUR, 31 Januari:
Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen mulai tengah malam ini.
Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada RM2.05 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia Khairul Annuar Abdul Aziz.
“Diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Harga runcit petrol sebelum ini ialah RM1.85 bagi RON95, RM2.25 untuk RON97 manakala diesel pula pada RM1.60.

PRN: Pakatan Harapan letak calon di semua 82 kerusi DUN Sarawak

Pakatan Harapan hari ini berikrar memastikan, semua 82 kerusi negeri akan dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak, termasuk kubu kuat Barisan Nasional seperti kerusi Tanjung Datu yang dipegang Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016. 
Pakatan Harapan hari ini berikrar memastikan, semua 82 kerusi negeri akan dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak, termasuk kubu kuat Barisan Nasional seperti kerusi Tanjung Datu yang dipegang Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Harapan hari ini berikrar memastikan, semua 82 kerusi negeri akan dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak, termasuk kubu kuat Barisan Nasional seperti kerusi Tanjung Datu yang dipegang Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Calon PKR bagi kerusi Tanjung Datu ialah Jajolkipli Numan, 51.
Tetapi, beliau tidak hadir pada majlis pelancaran pusat operasi pilihan raya zon selatan PKR hari ini, di mana pengumuman dibuat mengenai nama 22 calon yang disahkan.

Adenan merupakan penyandang kerusi itu sejak 2006. Pada pilihan raya negeri lepas, Adenan menang dalam pertandingan 3 penjuru menewaskan Nani Shari dari PAS dan Gilbert Asson Kulong (Bebas) dengan 3,000 undi majoriti. Kedua-duanya hilang wang pertaruhan.

Rakyat harus hakimi Perdana Menteri

OLEH FAIZ FADZIL

 Pengumuman Peguam Negara berkenaan hasil siasatan kes kemasukan wang RM2.67 bilion ke

akaun peribadi Perdana Menteri yang tidak menzahirkan sebarang kesalahan jenayah amat menyedihkan rakyat dan mencalar kredibiliti institusi demokrasi negara termasuk SPRM dan Peguam Negara.

Kenyataan Peguam Negara bahawa wang sebanyak RM2.03 bilion telah dipulangkan kepada penderma iaitu keluarga diraja Arab Saudi menimbulkan pelbagai persoalan yang gagal dihuraikan dengan alasan sah dan positif.

Ini adalah kerana alasan pemulangan jumlah tersebut tidak pernah dibangkitkan selama ini oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri sebelum ini telah memberikan beberapa kenyataan yang menunjukkan percanggahan berkaitan kes ini, di mana awalnya beliau menafikan transaksi tersebut, tetapi kemudiannya mengakui menerima wang tersebut dengan alasan digunakan oleh umno untuk dana pilihanraya umum ke-13.

Kenyataan bercanggah boleh dianggap satu kenyataan bohong.

Jika jumlah RM 2.03 bilion telah dipulangkan, ia menimbulkan persoalan lanjut tentang kesan undang-undang terhadap perbezaan jumlah RM 600 juta yang tidak dipulangkan? Di manakah jumlah tersebut dibelanjakan? Apakah hubungan penderma dengan kempen pilihanraya umno? Adakah kuasa luar seperti Arab Saudi cuba mempengaruhi politik dan pentadbiran negara ini?

Dari segi undang-undang, Perdana Menteri tidak harus terlepas daripada pendakwaan. Derma ditafsirkan sebagai suapan di bawah seksyen 3 Akta SPRM. Penerimaan wang ini diakui Perdana Menteri dan disahkan oleh Peguam Negara. Anggapan di bawah seksyen 50 Akta SPRM bahawa penerimaan wang sebagai dorongan melakukan sesuatu perkara adalah dianggap rasuah terpakai di dalam kes ini.

Di dalam undang-undang, Perdana Menteri diletakan beban untuk membuktikan wang tersebut bukannya rasuah.

Beban ini hendaklah dibuktikan di mahkamah dan bukannya dihakimi oleh Peguam Negara. Oleh kerana sudah wujud bukti kemasukan wang, maka pendakwaan harus dilakukan. Biarlah Perdana Menteri yang mengakas anggapan rasuah di mahkamah. Sekurang-kurangnya, pertuduhan di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima wang tanpa balasan boleh dibuat terhadap Perdana Menteri.

Peguam Negara tidak seharusnya bertindak melampaui amalan prudent pendakwaan yang kebiasaanya mendakwa seseorang apabila elemen pertuduhan sesuatu kes mencukupi.

Skandal 1MDB: AG dinasihat jangan takut, PM tak salah - Khairuddin

 Tiada yang perlu ditakuti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan memberikan kerjasama penuh kepada rakan sejawatnya dari Switzerland dalam siasatan dana 1MDB, kata bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Kata Khairuddin hal itu demikian kerana Mohamed Apandi sudah pun menyatakan Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu derma RM2.6 bilion erta wang syarikat SRC International bernilai RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendirian perdana menteri.
"Kalau Tan Sri Apandi dah kata Datuk Seri Najib tak bersalah, berilah kerjasama tanpa melindungi apa-apa fakta kepada Pejabat Peguam Negara di Switzerland," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Sebelum ini Peguam Negara Switzerland Michael Laubner menyatakan negara itu meminta kerjasama Malaysia dalam siasatan berhubung tuduhan rasuah membabitkan pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah membabitkan 1MDB.
'Penyelewengan' yang disyaki itu dilaporkan bernilai kira-kira AS$4 bilion (RM16.6 bilion).
Khairuddin dan peguamnya, Matthias Chang kini berdepan tuduhan cuba melakukan khianat terhadap ekonomi negara selepas beliau membuat aduan kepada beberapa pihak berkuasa asing mengenai 1MDB.
Khairuddin juga membuat aduan mengenai 1MDB di Zurich yang dipercayai mendorong pihak berkuasa Switzerland memulakan siasatan berkaitan.

Skandal 1MDB: Kenyataan Lauber boleh jejas hubungan Malaysia-Switzerland kata Zahid

Peguam Negara akan berjumpa dengan Lauber bagi mendapatkan maklumat berkenaan siasatan 1MDB dan dana AS$4 billion.
zahid
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka menyatakan tidak puas hati terhadap kenyataan Ketua Pendakwa Raya Switzerland, Michael Lauber.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan yang dibuat oleh Lauber itu boleh menyebabkan hubungan baik di antara Malaysia dan Switzerland menjadi renggang.
“Dengan membuat kenyataan terbuka begitu pada hemat saya ia tidak baik kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan kerenggangan hubungan antara dua negara tetapi juga menyebabkan bias dalam laporan media,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita, di KLCC, hari ini.
Mengulas lanjut, Menteri Dalam Negeri itu juga telah mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk bertemu empat mata dengan Ketua Pendakwa Raya Switzerland.
“Kita akan menyerahkan tugas untuk mendapatkan butiran yang dinyatakan itu melalui Peguam Negara kita untuk bertemu Peguam Negara Switzerland.
“Dan saya harap maklumat sedemikian mesti disalurkan melalui saluran rasmi kerajaan kerana ia adalah berdasarkan kerajaan dengan kerajaan,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Apandi mengesahkan pihaknya akan bekerjasama dengan Switzerland berhubung siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengesahan itu diberikan susulan kenyataan Lauber yang secara rasmi meminta bantuan Malaysia dalam siasatannya mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang Switzerland oleh 1MDB, dengan menyatakan mengesyaki ada salah laku berjumlah AS$4 bilion.

Abu Kassim tidak sanggup ambil tindakan, rela bersara demi pegawainya

Beliau tahu pegawai SPRM menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan profesional.
MACC
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed rela bersara daripada mengambil tindakan ke atas pegawai yang selama ini mempertahankan kebebasan SPRM.
Melalui kenyataan media yang dikeluarkan untuk edaran dalaman sahaja itu menyatakan berdasarkan pengalamannya, beliau mengetahui pegawai SPRM menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan profesional.
“Berdasarkan pengalaman saya lebih 30 tahun dalam bidang pencegahan rasuah, saya tahu yang pegawai-pegawai SPRM sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan profesional.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya rela bersara daripada mengambil tindakan ke atas pegawai yang selama ini mempertahankan kebebasan SPRM dan menegakkan keadilan, serta hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan mengikut undang-undang negara,” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Abu Kassim berkata demikian sebagai respon terhadap provokasi yang dibuat oleh penulis blog yang meminta beliau mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai atas alasan tertentu.
“Selaku Ketua SPRM saya mengambil maklum pandangan pelbagai pihak termasuk dakwaan-dakwaan yang tidak berasas sama sekali mengenai pegawai-pegawai SPRM.
“Pengurusan Tertinggi SPRM memberi jaminan akan terus melaksanakan amanah yang diberikan dengan bebas, telus dan profesional,” ujarnya lagi.

Nama MB Kedah baharu diumum esok?

Pengumuman itu dijangka dibuat selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah selesai berjumpa dengan semua wakil rakyat termasuk Mukhriz.
Wisma Darul Aman
ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) disahkan akan bertemu dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok di Wisma Darul Aman di sini.
Perkara itu disahkan oleh ADUN Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin yang juga mengesahkan telah menerima surat jemputan daripada pihak Istana.
Katanya lagi, pertemuan itu akan dijalankan secara berasingan di mana setiap seorang ADUN akan menghadap secara tertutup.
“Ya, saya sudah menerima jemputan dan akan hadir ke Wisma esok.
“Setiap orang ADUN akan menghadap jemaah secara tertutup,” katanya.
Dalam pada itu, pihak media juga menerima jemputan sidang media yang akan diadakan selepas pertemuan itu selesai.
Pihak istana dijangka akan mengumumkan nama Menteri Besar baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini hilang sokongan.
Tiga nama calon ADUN yang akan menggantikan Mukhriz ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin.
Ku Abd Rahman menjadi pilihan utama kerana EXCO Kedah paling kanan.

Sultan Kedah murka terhadap kumpulan anti Mukhriz

Tindakan kumpulan anti Mukhriz itu telah menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan yang telah diatur oleh Kerajaan Negeri
Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah
ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua’adzam Shah dikhabarkan murka terhadap kumpulan yang cuba menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.
Perkara itu dimaklumkan oleh Mukhriz dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas mengenai perkara itu, beliau menjelaskan keengganan EXCO UMNO Kedah menghadiri Mesyuarat EXCO menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan yang telah diatur oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program dan aktiviti pembangunan untuk rakyat di Kedah.
Mukhriz menegaskan, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, beliau mendesak agar kesemua 14 Ketua UMNO Bahagian yang terlibat secara langsung dalam sidang media pada 20 Januari lepas dan enam orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang tidak hadir Mesyuarat EXCO pada 27 Januari lalu segera memohon maaf secara rasmi kepada Sultan Kedah dan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
“Saya telah menerima khabar sesunguhnya Duli Tuanku Sultan dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut.
“Yang lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang sudah berikrar taat setia kepada Raja Pemerintahan ketika mengangkat sumpah jawatan masing-masing.
“Turut mendukacitakan, rentetan dari sidang media itu, enam daripada sembilan EXCO Kedah tidak menghadiri Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 27 Januari lalu. Ini jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai penjawat awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan Raja Pemerintah, seperti yang termaktub di dalam undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah,” kata Mukhriz dalam kenyataan itu.

'Negara perlu menteri bijak, bukan 'tampung' poket sendiri' - TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan negara ini memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat untuk rakyat bukannya untuk menampung poket sendiri.
Perkara itu disuarakan dalam satu kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers, semalam yang ditegaskannya demi rakyat tanpa ada kepentingan peribadi dan nasihat itu dibuat kerana beliau mengambil berat terhadap keadaan politik negara.
'Negara perlu menteri bijak, bukan 'tampung' poket sendiri' “Dengan rendah diri, saya ingin memberi nasihat untuk kerajaan, langkah pertama dalam usaha menambah baik sistem adalah dengan mengeluarkan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka.
“Negara kita memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat, bukan berkhidmat untuk menampung poket mereka sendiri. Saya berdoa agar keadaan dan kesedaran politik di negara ini akan diperbaiki untuk manfaat rakyat,” katanya.
Dalam kenyataan sama, beliau berjanji akan terus bersuara untuk rakyat demi menjadikan negara ini tempat lebih baik bukan untuk mencetuskan ketegangan dengan Kerajaan Persekutuan.
“Kerana ia adalah tugas dan tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota untuk berkhidmat kepada rakyat Johor. Saya amat menjaga kebajikan rakyat Johor dan juga rakyat Malaysia yang lain.
“Terdapat beberapa pihak yang cuba sedaya upaya untuk mendiamkan saya. Tetapi berada di kedudukan saya, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyuarakan pendapat ikhlas saya untuk kebaikan negeri tercinta dan juga negara,” katanya.
Baginda menambah, baginda bukan seorang ahli politik dan tidak perlukan sebarang undi.
"Saya hanya seorang putera yang sayangkan rakyat dan apa yang saya katakan atau lakukan adalah untuk kesejahteraan mereka,” katanya.

Skandal 1MDB: Buka fail siasatan, beri kerjasama, jaga nama negara

Peguam Negara didesak untuk membuka semula fail siasatan bagi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengarah Strategik KEADILAN, Sim Tze Tzin, berkata hal itu kerana skandal kontroversi terbabit tidak lagi dapat ditutup ekoran membabitkan banyak negara.
1MDBKatanya, Kerajaan Persekutuan perlu menjawab secara jujur kerana membabitkan maruah dan nama baik Malaysia di persada Dunia.
“Siasatan di Switzerland bukan siasatan yang baru. Mereka menjalankan siasatan sejak Ogos lalu dan mempunyai bukti yang kukuh sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Apa yang kita takut Malaysia tidak akan memberikan kerjasama seperti kes pada September lalu di mana Pegawai siasatan Malaysia membatalkan siasatan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.
Tze Tzin menasihatkan supaya Kerajaan Persekutuan berani berhadapan dan tidak lagi lari daripada sebarang siasatan berkaitan 1MDB.
“Apabila enam buah negara menyiasat perkara ini jadi sudah tentu Malaysia tidak lagi dapat lari.
“Isu ini adalah terburuk dalam sejarah Malaysia yang mana skandal ini dapat perhatian oleh seluruh dunia.
“Kalau hendak naikkan nama Malaysia, perlulah menjawab dengan jujur. Peguam Negara perlu membuka semula fail kes ini,” katanya.

"Abu Kassim lebih rela letak jawatan demi pertahankan pegawainya"

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berikrar bahawa beliau lebih rela meletakkan jawatan daripada mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya yang hanya menjalankan kewajipan mereka di bawah undang-undang.
 Abu Kassim berkata demikian dalam memo dalaman yang terbocor dan kini beredar di media sosial.
“Berdasarkan pengalaman saya lebih 30 tahun dalam bidang pencegahan rasuah, saya tahu yang pegawai-pegawai SPRM sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan profesional.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya rela bersara daripada mengambil tindakan ke atas pegawai yang selama ini mempertahankan kebebasan SPRM dan menegakkan keadilan, serta hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan mengikut undang-undang negara,” katanya dalam memo yang telah tersebar di Facebook.
Memo itu dipercayai dikeluarkan ekoran serangan bloger terhadap pegawai SPRM selepas pengarah operasi khas suruhanjaya itu, Datuk Bahri Mohd Zin membuat kenyataan baru-baru ini.
Terdahulu Bahri berkata SPRM berkemungkinan besar akan membuat rayuan terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali (gambar) menutup dua kes berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob mengesahkan bahawa kenyataan Abu Kassim hanya bertujuan untuk edaran dalaman saja.
"Kenyataan itu bertujuan hanya untuk kakitangan SPRM. Jika telah bocor di Facebook, orang yang bocor ia perlu bertanya kepada diri sendiri di mana integriti mereka,” kata Rohaizad kepada Malaysiakini.
Khamis lalu, Abu Kassim berkata pegawai SPRM mesti mendukung standard etika yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap sumpah jawatan mereka.
Abu Kassim turut mengulangi bahawa SPRM tidak mempertikaikan atau mencabar keputusan Peguam Negara untuk membersihkan perdana menteri dengan isu ‘derma’ RM2.6 bilion dan wang RM42 juta SRC International.

'Ketua Umno, exco mesti mohon maaf pada sultan'


Tindakan sebahagian anggota Exco Kedah tidak menghadiri mesyuarat pada Rabu lalu bukan saja melanggar ikrar mereka kepada sultan malah menyebabkan pihak istana murka.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kemurakaan Sultan Kedah dan ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah itu dimaklumkan kepada beliau.
 Katanya, keengganan exco berkenaan menghadiri mesyuarat pada 27 Januari lalu telah menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan diatur kerajaan negeri untuk pembangunan rakyat di negeri berkenaan.
Pembabitan ketua bahagian dalam sidang media menolak kepimpinannya itu juga, kata Mukhriz, mencemari sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Kedah.
Dalam kenyataan medianya hari ini, anak bekas perdana menteri itu juga berkata, perbuatan 12 ketua bahagian dan dua timbalan ketua bahagian Umno Kedah "mengheret bersama ketua-ketua sayap" parti itu mengadakan sidang media untuk menyatakan rasa tidak percaya kepadanya pada 20 Januari lalu sebagai tidak bertanggungjawab.
"Perbuatan kumpulan ini mencemar pelbagai acara sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah," katanya.
Hanya tiga exco hadir
Mukhriz kini berdepan krisis kepimpinan selepas sebahagian besar pimpinan parti itu di Kedah tampil meminta Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan menggantikan menteri besar di negeri itu.
Walaupun memberikan empat alasan utama yang mendorong mereka menolak kepimpinan Mukhriz, penganalisis berpendapat desakan itu lebih berpunca daripada kelantangan bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Najib.
Menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu BN mengambil strategi menggunakan nama Mukhriz sebagai calon menteri besar dalam usaha mereka merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat.

'Pemuda PAS Kelantan seperti anak menyusu'

 Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menganggap Ketua Pemuda PAS Kelantan Fadli Shaari seperti anak kecil yang masih menyusu dan "berteriak ketakutan" disebabkan gagal memahami isu yang dibawanya.
Menurut Husam, selain gagal menarik minat anak muda kritis Fadli juga gagal mempamerkan sikap pemuda Islam yang menilai sesuatu berdasarkan kebenaran dan bukan asobiyyah kelompok.
"Di bawah konsep accountability (pertanggungjawaban) yang juga satu daripada teras (konsep) Membangun Bersama Islam, seseorang pemimpin perlu memikul kesan kegagalan tindakannya, apa lagi bila tindakan itu diambil secara bersendirian dan tidak dirujuk pada organisasi," kata Husam dalam kenyataan dimuat naik petang ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi kepada gesaan Fadli supaya Husam meletak jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian kerana tidak lagi membantu mengukuhkan kerajaan dan parti.
Terdahulu Husam menyarankan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan (gambar, tengah) meletak jawatan kerana gagal membawa usul pindaan Akta 355 di parlimen.
Melalui rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu PAS berharap parti berkenaan mendapat lebih banyak ruang memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Husam adalah bekas exco kanan Kelantan yang diketepikan di peringkat negeri dan pusat oleh kumpulan konservatif yang kini menguasai PAS.
Kenyataan itu dibuat ketika menghadiri sebuah forum di Kota Bharu malam kelmarin.
Rosakkan pelan asal
Panel lain dalam forum itu ialah Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, Ketua Exco Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Yusoff dan pakar undang-undang yang juga ahli DAP, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Kata Husam, melalui pelan pelaksanaan undang-undang syariah Jawatan Kuasa Teknikal Bersama Negeri dan Pusat, tidak ada cadangan rang undang-undang persendirian 355 diputuskan untuk dibawa ke parlimen.

Penutupan kes Najib tonjol defisit demokrasi Malaysia - The Observer

Keputusan peguam negara Malaysia membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku jenayah berhubung dakwaan skandal kewangan membabitkannya hanya menonjolkan lagi demokrasi yang terhakis, penyalahgunaan hak asasi manusia dan kelemahan tadbir urus di negara ini, menurut lidah pengarang akhbar The Observer hari ini.
Ia berkata, wujud "skeptisisme yang meluas" mengenai pendirian Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang pemberian derma RM2.6 bilion kepada Najib sebagai hadiah peribadi dari keluarga diraja Saudi adalah tidak salah.
Juga berhubung perisytiharannya yang sumbangan derma itu 1 perkara yang berasingan daripada dakwaan rasuah lain melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Akhbar United Kingdom itu turut menyifatkan reaksi serta-merta Najib susulan kenyataan Apandi itu, yang menggesa rakyat Malaysia untuk melupakan kes itu dan mara ke depan, sebagai satu "fantasi". "Najib berkata, tuduhan terhadapnya kini disangkal dan Malaysia perlu bergerak ke depan. Ini adalah fantasi.
"Skandal itu akan terus hidup di dalam minda pengundi yang mempunyai lebih banyak alasan untuk tidak mempercayai mereka yang menganggap diri mereka pemimpin atas dasar keistimewaan, kekayaan dan ketidaksamaan," tulis The Observer.

Pemuda Pas mahu Husam letak jawatan pula..!!

Husam KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan membuat serangan balas dengan menggesa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meletak jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.
Kenyataan dibuat setelah Husam membuat gesaan supaya dua pemimpin, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanggungjawab termasuk mempertimbangkan meletak jawatan dalam parti setelah gagal membawa usul pindaan Akta 355  di Parlimen.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Fadli Shaari berkata, Husam perlu meletak dua jawatan itu kerana tidak lagi membantu untuk mengukuh kerajaan dan parti.
"Hakikatnya desakan beliau agar Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin meletak jawatan hanya untuk menarik perhatian orang ramai sahaja," katanya.
Fadli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat berkata, Husam sendiri sudah menyedari beliau bukan lagi relevan dalam arus politik semasa.

Sistem ‘rosak’ kerana ketamakan manusia, kata Rafidah

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz sekali lagi melahirkan kebimbangannya terhadap imej negara di mata dunia berikutan perkembangan yang berlaku baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016. 
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz sekali lagi melahirkan kebimbangannya terhadap imej negara di mata dunia berikutan perkembangan yang berlaku baru-baru ini. 

Kepimpinan Malaysia perlu berusaha lebih daripada sekadar memantapkan ekonomi bagi memulihkan defisit kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, kerana beberapa masalah yang timbul terletak pada ketamakan manusia, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz. Dalam catatan terbaru di Facebook beliau, veteran Umno itu sekali lagi melahirkan kebimbangannya terhadap imej negara di mata dunia berikutan perkembangan yang berlaku baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut perkembangan yang dimaksudkan itu.

Tetapi beliau berkata terdapat hubungan antara masalah semasa dengan individu yang terlibat dalam masalah "sistem" itu, yang katanya berpunca daripada kelemahan dan ketamakan manusia. "Negara kita ini sangat diberkati... Mengapa ia menjadi begitu tercemar?
"Mengapa kita menjadi perhatian kerana perkara yang tidak membanggakan?
"Beberapa bahagian utama sistem ini sememangnya rosak... Ia dirosakkan oleh manusia... oleh kelemahan manusia, oleh ketamakan manusia, dalam beberapa kes.
"Kemampuan sistem ini untuk berfungsi bergantung kepada dedikasi dan komitmen yang ada pada mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab sebagai penjaga dan petugas sistem itu.
"Terdapat hubungan secara langsung di situ," tulis bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu.
Rafidah sebelum ini beberapa kali menyuarakan kebimbangan beliau mengenai reputasi antarabangsa Malaysia dan cara kerajaan menangani isu-isu semasa berikutan berita skandal kewangan yang didakwa melibatkan syarikat milik kerajaan dan berkaitan kerajaan.
Perkembangan terbaru adalah mengenai keputusan peguam negara yang mengatakan tiada bukti yang mencukupi untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan sebarang kesalahan jenayah berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion dan syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International.

Mukhriz muat naik bendera Kedah #savekedah

ArprhcezoT0_kdiKls1wuFraCoNYBmZzS8PJvmlsC-v2
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini meluahkan perasaannya mengenai kemelut politik jawatan di negeri itu secara simbolik di Instagramnya.
KUALA LUMPUR, 31 Januari:
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini meluahkan perasaannya mengenai kemelut politik jawatan di negeri itu secara simbolik di Instagramnya.
Beliau memuat naik gambar bendera Kedah yang kelihatan koyak ditiup angin dengan kapsyen #savekedah.
Mesej tersebut memberi gambaran seolah-olah spekulasi mengenai masa depannya sebagai Menteri Besar akan sampai ke penghujungnya.
Majoriti pengikut Instagramnya menyatakan sokongan terhadap anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Pengguna Instagram, Sophess berkata “Rakyat Kedah tak mahu tukar pemimpin tapi kenapa kehendak mereka tak didengari. Mereka berkhidmat untuk siapa sekarang?”
Malah, Syudded pula berkata “Saya sentiasa menyokong Dato. Andai Dato jatuh. Usahlah Dato risau. kami rakyat Kedah sentiasa di belakang Dato.
Irjiwakacau berkata, “Kami belia akan sentiasa menyokong Mukhriz Mahathir.”
Posting yang dimuat naik lebih sejam lalu mendapat 1,220 likes dan tidak lebih 60 komen di Instagram.
Terdahulu krisis kepimpinan Umno Kedah tercetus apabila Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai 14 delegasi ketua-ketua bahagian, negeri dan penggubal undang-undang persekutuan untuk menyatakan kehilangan keyakinan mereka terhadap Mukhriz.

Apa lagi selepas ini Najib?

Oleh Amin Iskandar
Ketika ramai merasakan semuanya hampir selesai selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah dalam kes derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd, siasatan Switzerland mendapati AS$4 bilion (RM16.8 bilion) disalah gunakan syarikat Malaysia.
Pihak pendakwa raya Switzerland turut meminta bantuan pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan pencurian besar-besaran daripada sebuah firma dimiliki kerajaan yang ketika ini berdepan skandal rasuah.
Nampaknya sukarlah kita untuk mengikut saranan perdana menteri agar melupakan episod ini dan bergerak ke hadapan apa lagi selepas Malaysia sekali lagi berjaya menjadi tajuk utama berita dunia semalam. Selepas episod sedih kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya menjadikan negara semakin terkenal di peringkat antarabangsa.
Ketika ekonomi negara semakin merudum disebabkan kejatuhan harga minyak global, berita-berita “sebegini” sudah pastinya menyukarkan Malaysia untuk menarik pelaburan asing.
Tetapi tidak mengapalah, oleh kerana Malaysia akan menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak lama lagi, pelaburan asing “sudah pasti akan masuk”.
Dalam kenyataannya, Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata, beliau bimbang dengan keputusan Malaysia menghentikan siasatan terhadap pindahan wang AS$681 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun bank peribadi Najib kerana langkah itu akan menjejaskan siasatan Switzerland terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan yang bermasalah itu.
“Kami sangat bimbang,” kata Lauber dalam kenyataannya.
“Kami sudah menemui bukti menunjukkan pindahan wang yang mencurigakan, berkait dengan 1MDB menerusi institusi kewangan Switzerland, dan kami percaya amat penting ia dikongsi dengan pihak berkuasa Malaysia.”
Kenyataan peguam negara Switzerland itu mengingatkan kita kembali bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang bertanggungjawab membuat laporan di peringkat antarabangsa terhadap 1MDB.
Tahun lalu, Khairuddin disekat untuk ke Amerika Syarikat. Tidak berapa lama selepas itu, beliau ditahan polis dan dituduh cuba menggulingkan kerajaan.
Selepas dibebaskan, Khairuddin ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan tuduhan mensabotaj dan cuba untuk mensabotaj ekonomi negara.

Sejauh mana rakyat melihat Najib itu suci?

Oleh Amirrul Jeffery Igai
Sekiranya kita duduk bertapa di puncak Gunung Jerai mahupun menuntut ilmu batin di kawasan tempat jin bertendang - berapa banyak yang kita tahu tentang apa yang berlaku di Putrajaya?Maklumat yang kita terima mungkin agak terbatas dan terhad.Adakalanya maklumat yang sampai kepada kita seringkali dianggap karut-marut dan tidak benar.
Sedang saya berkhayal untuk menikah dengan bidadari - Sedang kalian lena tidur  dibuai mimpi beralaskan tikar mengkuang – sedang ibu bapa kita di kampung menoreh getah untuk mendapatkan sesuap nasi, sedang orang di pedalaman rumah panjang menjemur lada hitam untuk dijual bagi belanja anak di sekolah, sedang datuk dan nenek kita menyemai anak benih padi, sedang Ahmad sibuk melakukan 2 kerja, sedang jari-jemari Sharizat memerah susu lembu, sedang Ibrahim ligat melompat ke sana ke mari – projek untuk membersihkan imej Najib sedang berjalan. Sama ada Hadi Awang berpadu-padu dengan Najib bertindak sebagai penasihatnya dalam projek pembersihan imej ini, itu saya tidak tahu.
Najib atau panggilan manjanya orang ramai – Mat Mongol akan dirakam sejarah negara sebagai perdana menteri yang paling bermasalah yang pernah menerajui Malaysia dan presiden yang akan membawa kehancuran dan malapetaka kepada parti Umno yang akan hampir pasti akan gulung tikar pada PRU-14 pada 2018 nanti.
Tiga juta ahli Umno yang terus membiarkan Najib bermaharajalela di singgahsananya di Putrajaya bertanggungjawab terhadap kerosakan politik, ekonomi dan sosial yang dialami negara saat ini – yang secara perlahan-lahan akan meletakkan maruah negara pada tahap paling rendah dan hina.
Kalau Najib bukan anak Tun Razak maka batang tubuh yang bernama Najib ini mempunyai tiada apa-apa.
Tentang kredibiliti, konsistensi, komitmen dan kemampuan Najib sebagai perdana menteri sudah lama terbarai.
Inilah masalahnya apabila kita percaya kepada mitos iaitu bapa borek anak rintik.
Atas sebab itu, 3 juta ahli Umno yang terus membiarkan Najib menari dan bertandak dengan ligat perlu faham akan duduk perkara.
Ini diburukkan dengan riwayat Najib yang mengikut surah mak cik felda sebagai takutkan bini.
Ada kalanya relevan, tetapi dalam perihal Najib untuk menjadi wira rakyat  adalah sesuatu yang  mustahil.
Semakin lama maharaja Najib berada di singgahsananya maka Umno menjadi semakin tenat dan mudarat.
Rasa menyampah, benci dan meluat rakyat jelata terhadap pemerintah yang diterajui Najib dan Umno semakin hari semakin menunjukkan perangai gila.
Cuba sekali sekala gerombolan pemimpin Umno menghantar perisik atau “spy” untuk mengintai perbualan di kalangan rakyat ke kedai kopi, kopitiam cina mahupun ke kedai mamak – memang akan terdengar perkataan Umno celaka, Umno tidak kenang budi, Umno kaki rasuah, Umno kaki minta derma, Umno kaki songlap duit, Umno kaki penipu dan bermacam lagi seribu satu kisah yang dijual ke sana sini.

Najib bebas tuduhan RM2.6 bilion hanya fantasi – Akhbar UK

Akhbar mingguan itu menerusi ruangan komentar mengulas keputusan Peguam Negara yang mengisytiharkan Najib tidak melakukan jenayah dalam isu derma RM2.6 bilion.
najib,sunday
KUALA LUMPUR: Akhbar Ahad UK, the Observer menganggap pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tuduhan terhadapnya dalam isu RM2.6 bilion adalah tidak benar sebagai satu ‘fantasi.’
Dalam ruangan komentar hari ini mengenai deposit RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Najib, hasil siasatan Peguam Negara minggu lalu, dan isu tidak berkesudahan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), akhbar itu berkata:
“Skandal itu akan terus menghantui pengundi yang kini semakin kurang sebab untuk mempercayai mereka yang terus memimpin mereka atas dasar status (privilege), kekayaan dan ketaksamarataan.”
Minggu lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendapati tiada perbuatan jenayah dalam isu itu dan mengisytiharkan Perdana Menteri bersih daripada tuduhan apabila mendakwa wang itu derma peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi bertujuan menyokong kempen pilihan raya Barisan Nasional pada 2013.
“Ia tidak akan dilupakan FBI dan penyiasat di Switzerland serta Hong Kong yang masih menyiasat 1MDB. Dan ia mengetengahkan deficit demokratik Malayia yang seemakin merudum, tidak kiralah dari segi dana kempen yang meragukan, manipulasi pilihan raya dan campur tangan asing, penindasan hak asasi manusia, pentadbiran kerajaan yang lemah serta tidak boleh dipercayai, malah bergelumang rasuah,” kata akhbar itu.
Akhbar mingguan itu tidak memberikan maklumat tambahan untuk menjelaskan kesimpulan yang dicapai, sebaliknya memetik laporan Human Rights Watch bulan ini selain laporan oleh Wall Street Journal; ia turut menyebut sumber dipetik Malaysia Chronicle serta BBC mengenai wang didakwa diderma keluarga diraja Saudi itu.
Menurut The Observer, laporan Apandi mengakibatkan kecelaruan selepas ‘sewenang-wenangnya terus menolak dakwaan rasuah yang sepatutnya mampu menghancurkan kerjaya politik Najib’.
Akhbar itu turut menggambarkan Najib ‘semakin dianggap rakyatnya sebagai tidak layak memerintah negara selepas mewarisi jawatan Perdana Menteri’.

Orang DAP pun ada Melayu dan Islam berhak persoal rizab TH, kata Dr Ariffin


Senator Dr Arifin OmarSenator Dr Arifin OmarNaib Pengerusi DAP Kebangsaan, Senator Dr Ariffin Omar hari ini menegaskan, rakyat khususnya pendeposit berhak mempersoal pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH), lebih-lebih lagi apabila wujud kepincangan ketara.
“Lembaga Tabung Haji adalah badan berkanun kerajaan. Salahkah kalau kita mahu ia diurus dengan baik?
“Orang DAP pun ada Melayu dan Islam, jadi di mana salahnya? Saya ahli DAP dan sebagai pencarum, adakah saya tidak berhak persoalkan ke mana dan bagaimana wang saya diurus? Apa salahnya jika saya persoalkan?” katanya kepada Roketkini.
Baru-baru ini, Timbalan Bendahari Agong DAP, Nga Kor Ming mencadangkan supaya audit bebas dibuat untuk menjamin supaya wang simpanan lapan juta umat Islam di Tabung Haji, terjamin dan tidak terjejas.
Sebaliknya, Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan pengurusan kewangan TH sekalipun umum mengetahui institusi itu mengalami kerugian besar.
Kesal atas dakwaan yang mengaitkan DAP dengan sentimen perkauman semata-mata kerana membuat teguran, Dr Ariffin yang menyifatkan tohmahan Syed Ali sebagai songsang, berkata, tindakan segera perlu diambil sebelum TH menanggung kerugian lebih besar.
“Mengapa Syed Ali perlu mainkan isu perkauman? Saya pun, sebagai ahli DAP dan mencarum di Tabung Haji. DAP bukan parti kaum atau agama,” katanya kepada RoketKini.

Akta 355 berkaitan hudud: Dua pemimpin PAS perlu letak jawatan

Husam turut mendesak Takiyuddin dan Nik Mohd Amar meletak jawatan sekiranya tidak boleh menjelaskan perkara itu
pas-hudud
PETALING JAYA: Dua individu penting dalam PAS perlu bertanggungjawab terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan yang hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen.
Perkara itu ditegaskan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa apabila menyatakan dua individu terbabit adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
“Saya mahu tiga individu itu dengan dikecualikan Presiden supaya bertanggungjawab dan harus memikul bebanan ini. Takiyuddin kalau tidak boleh jelaskan perkara ini boleh berhenti, letak jawatan kerana dia kena bertanggungjawab. Datuk Nik Amar kalau dia terbabit dia mesti letak jawatan,” katanya lapor Sinar Harian Online.
Husam berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Forum Akta 355 dan Hudud di Malaysia di Tunjong Banquet di Kota Bharu.
Mohd Amar merupakan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah manakala Takiyuddin merupakan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri.
Terdahulu, Husam yang juga ADUN Salor mendakwa, matlamat melaksanakan hukum hudud di Kelantan hanya mainan politik PAS dan UMNO.
Menjelaskan dakwaan itu, Husam berkata, pada 18 Mac tahun lalu terdapat seorang wakil kerajaan Pusat datang ke pejabat kerajaan negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen dan meminta Presiden PAS ketika itu membawa usul itu dengan serta-merta.
“Yang datang 18 Mac adalah wakil sorang menteri bawa cadangan serta merta, perkara itu tidak dimaklumkan kepada PAS Pusat dan dua individu tersebut terbabit dengan perbincangan itu adalah mungkin Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin.
“Saya sempat berjumpa presiden di rumahnya dan beliau (Abdul Hadi) memberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat mengatakan usul tersebut boleh dibentangkan di Parlimen pada April (2015).
“Bagaimana agenda sebesar itu hanya dibincangkannya dengan tiga orang sahaja dan akhirnya hari ini kita tidak dengar apa-apa. Sudah jelas yang menentukan perkara ini bukan PAS Pusat sebaliknya tiga individu berkenaan,” ujarnya.

Tengku Adnan penipu dan sombong, kata rebel Umno


Tengku Adnan Tengku MansorTengku Adnan Tengku MansorEra Najib sebagai Presiden Umno akan dikenang dalam sejarah bukan saja kerana kelemahan pentadbirannya, tetapi kerana penipuan demi penipuan dan keangkuhan melampau dilakukan Setiausaha Agung Umno  Datuk Seri  Tengku Adnan Tengku Mansor, bidas Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).
Pengerusinya Kamarulazman Habibur Rahman mendakwa Tengku Adnan bertindak sesuka hati dan mengeluarkan kenyataan seakan akan Umno itu adalah miliknya.
"Terbaru beliau membuat pembohongan apabila mengatakan bahawa beliau telah memberitahu Muhkriz Mahathir bahawa Muhkriz tidak perlu hadir dalam mesyuarat tertinggi Umno yang diadakan pada 29 Januari lalu.
"Kenyataan ini disangkal oleh Muhkriz kerana beliau tidak bercakap dengan Adnan melalui telefon.
"Ini tidak menghairankan kerana bukanlah kali pertama SUA paling angkuh dalam sejarah Umno berbohong.
"Dia mengurus Umno sesuka hatinya," ujarnya dalam satu kenyataan.
Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur RahmanPengerusi GKCM Kamarulazman Habibur RahmanMalah Kamarulazman berkata kenyataan Tengku Adnan minggu lalu berkaitan ketua-ketua bahagian Umno Kedah tidak melakukan kesalahan apabila hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz, sedangkan ketua-ketua cawangan dari Teluk Kemang dihadapkan ke Tribunal Disiplin umno apabila menyuarakan hilang kepercayaan terhadap Presiden.
"Mereka akhirnya digantung hak selama 6 tahun.
"Ku Nan cuba berbohong apabila mengatakan ada perbezaan diantara dua kes inI.
" Sebenarnya kedua-dua kes adalah sama kerana masing masing menggunakan saluran media untuk menyuarakan pendapat mereka.
"Ku Nan ingat semua orang dalam Umno bodoh? Kaki bodek yang diberi nyawa politik kali kedua ini adalah tukang ampu paling buruk dalam sejarah dunia," ujarnya.
Kedangkalan Najib selaku Presiden bagi mengajar Ku Nan berkaitan dengan tuntutan Pelembagaan Umno akan menjadi penyebab kepada kejatuhan Umno dalam PRU ke-14 nanti.
Pada Jumaat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta keluar daripada Mesyuarat ahli Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung di Menara Dato Onn kerana beliau dimaklumkan terpaksa meninggalkan mesyuarat atas arahan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Adakah 1MDB di sebalik sumbangan RM2.6 bilion? – Tony Pua

Siasatan lanjut perlu dilakukan untuk menentukan sumber asal sumbangan itu susulan kenyataan terbaharu Pejabat Peguam Negara Switzerland
tony-pua,apandi,1mdb
KUALA LUMPUR: Ketua Publisiti DAP, Tony Pua mendesak siasatan lanjut untuk menentukan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak datang daripada dana 1MDB.
Beliau mempertikaikan penemuan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa wang itu merupakan sumbangan peribadi kepada Najib daripada keluarga diraja Saudi dan “tanpa sebarang balasan”.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga memetik kenyataan Pejabat Peguam Negara Switzerland, yang menyatakan mereka percaya bahawa sehingga AS$ 4 bilion kemungkinan disalahgunakan oleh 1MDB.
Pua berkata, ia sekaligus mempertikaikan kenyataan Apandi sebelum ini bahawa derma itu tiada kaitan dengan 1MDB.
“Walaupun dana yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri dinyatakan datang daripada penderma misteri Arab tetapi adakah wang itu bukan asalnya daripada 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara terbuka menyatakan bahawa siasatan RM2.6 bilion tidak lengkap tanpa maklumat daripada institusi kewangan luar negara.

Skandal Scorpene: Najib dilapor menerima sogokan dan rasuah?

Skandal scorpene  antara isu yang menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. Skandal scorpene antara isu yang menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Bekas pengurus sebuah syarikat pertahanan Perancis telah didakwa di Paris atas tuduhan memberi sogokan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak termasuk seks, rasuah, pembunuhan dan muslihat politik, lapor media asing.
Memetik laporan media negara itu, Agence Perancis Press yang memetik sumber kehakiman menjelaskan, bekas presiden Thalaes International Asia (Thint Asia) Bernard Baiocco,72, didakwa pada 15 Disember tahun lalu atas tuduhan “aktif merasuah pegawai awam luar negara ” termasuk Mohd Najib Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pertahanan.
Najib turut dilaporkan terjerat dalam satu lagi skandal monumental di Malaysia membabitkan dana AS$ 681 juta yang menjadi misteri disimpan di dalam akaun peribadinya di AmBank Malaysia pada tahun 2013, ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan, kedua-dua kes menggambarkan betapa seriusnya rasuah yang berlaku di Malaysia.
Sekurang-kurangnya empat kematian dipersoalkan, tiga daripadanya adalah pembunuhan secara terang-terangan, telah dikaitkan dengan pelbagai kes yang melibatkan Najib lapor media asing itu.
Malah Najib juga terikat dengan salah laku kerana berusaha untuk menakut-nakutkan akhbar tempatan, sebahagian besar dimiliki oleh parti-parti politik kerajaan.
Beliau juga  dengan megah  berusaha untuk membeli laman web pembangkang dan menyekat pengkritik antarabangsa dari Asia Sentinel dan Sarawak Report, yang menjadi platform penerbitan popular yang dirujuk oleh parti pembangkang.
Asia Sentinel telah menerima anugerah tertinggi Persatuan Penerbit di Asia bagi laporan penyiasatan pada tahun 2012 kerana memaparkan siri pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan rasuah besar-besaran berhubung dengan kematiannya dengan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia dari kerajaan Perancis milik DCN dan anak syarikatnya.
Ketika Najib menjawat Menteri Pertahanan, dikaitkan dengan rasuah berjumlah 114juta euro yang diketahui Umno untuk memulakan pembelian dua kapal selam Scorpene Perancis yang mewakili skandal yang paling hebat dicemari rasuah itu.
AFP pula, melaporkan Baiocco telah ditahan selama 48 jam, bersama-sama dengan Pengarah Pembinaan Tentera Laut (DCN) yang juga didakwa kerana bersubahat dalam penyalahgunaan aset korporat, kata sumber.
Menurut dokumen yang disediakan untuk Asia Sentinel pada tahun 2013, skandal itu melibatkan pegawai Perancis termasuk Menteri Luarnya Alain Jupp dengan pengetahuan Perdana Menteri ketika itu,Tun Mahathir Mohamad.

Kumpulan anti-Mukhriz ‘goyang’, turunkan kain rentang penyokong MB

Beberapa kain rentang meminta Mukhriz dikekalkan yang dipasang oleh penyokongnya telah diturunkan
kain-rentang
ALOR SETAR: Kumpulan anti Mukhriz dilihat `goyang’ apabila dipercayai menurunkan kain rentang yang dipasang oleh penyokong Menteri Besar itu di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.
Tinjauan FMT malam tadi mendapati, kain rentang yang ditulis dengan ayat-ayat “MB Kedah tak pernah ada yang berjiwa rakyat cam nie (Mukhriz)”, “Apa lagi tuan-tuan semua mahu tahu” dan “Semoga DSMM dan Negeri Kedah Sentiasa di bawah Lindungan, Amin, telah diturunkan.
Kumpulan anti Mukhriz dipercayai bimbang dengan sokongan padu para penyokong Menteri Besar itu yang akan mengadakan perhimpunan aman pada hari ini.
Dalam pada itu, menurut sumber terdekat yang merupakan salah seorang penggerak dalam kumpulan perhimpunan aman itu berkata, perhimpunan tersebut akan turut dihadiri Mukhriz.
Usaha itu dilihat sebagai tanda protes terhadap 14 Ketua Bahagian yang meminta supaya Mukhriz digugurkan daripada jawatan Menteri Besar.
Kemelut politik Kedah sudah masuk lebih seminggu dan sehingga hari ini Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak masih belum mengumumkan nama baharu menteri besar walaupun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, dipercayai bagi membincangkan mengenai nama menteri besar baharu.

PERSOALAN BARU DALAM KEMELUT MB KEDAH

Rancangan menggugurkan Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar kini menimbulkan persoalan baru  berikutan Jemaah Pemangku Diraja Kedah dilaporkan ingin menemui kesemua 21 ADUN BN negeri itu secara individu terlebih dahulu.

Pertemuan itu dikatakan akan diadakan pada Isnin (esok) untuk membolehkan Jemaah Pemangku Diraja Kedah menilai sama ada majoriti ADUN bersetuju dengan rancangan menukar Mukhriz atau sebaliknya.

Mukhriz juga akan turut dipanggil, tetapi beliau akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Jemaah Pemangku Diraja Kedah.

Yang menimbulkan persoalan ialah mengapa Jemaah Pemangku Diraja Kedah ingin menemui kesemua 21 ADUN BN itu?

Apakah ia semata-mata kerana Mukhriz enggan mengundurkan diri dan yakin sokongan masih berpihak kepadanya?

Jika begitu, apakah akaun bersumpah yang sudah dibuat oleh 19 daripada 21 ADUN BN sebelum ini masih lagi tidak mencukupi atau ianya tidak begitu diyakini?
Apakah pertemuan Najib Razak dengan Jemaah Pemangku Diraja Kedah pada Jumaat lalu untuk maksud yang sama sambil mempersembahkan nama calon Menteri Besar yang baru, dianggap gagal dan menemui jalan buntu?

21 ADUN menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok

Perjumpaan yang akan dilakukan di Alor Setar itu bagi membolehkan Jemaah menilai sama ada majoriti ADUN BN menyokong rancangan menukar Mukhriz.
jemaah-pemangku
PETALING JAYA: Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan mengadakan satu pertemuan bersama 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah daripada Barisan Nasional (BN) pada Isnin.
Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan dan menyelesaikan isu Menteri Besar di negeri berkenaan, lapor The Star, hari ini.
Memetik sumber politik, akhbar itu melaporkan, perjumpaan yang akan dilakukan di Alor Setar itu bagi membolehkan Jemaah menilai sama ada majoriti ADUN BN menyokong rancangan menukar menteri besar itu.
Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan menemui semua 21 wakil rakyat dari BN, termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Bagaimanapun, pertemuan dengan Mukhriz akan dilakukan secara berasingan.
Sebelum ini, Timbalan Ketua UMNO, Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media mengumumkan 14 daripada 15 ketua UMNO bahagian di negeri itu mahu Mukhriz disingkirkan dan merayu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak membuangnya.
Ekoran itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur bagi mengemukakan tiga calon bagi menggantikan Mukhriz.

Najib perguna Mukhriz untuk tawan Kedah

Mukhriz diibaratkan seperti titi untuk Najib dan UMNO yang akan buang titi itu selepas hajat tercapai.
Dr-Ahmad-Fakhruddin-Fakhrurazi,NAJIB,
ALOR SETAR: PAS mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya diperguna oleh Datuk Seri Najib Razak untuk merampas balik Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata demikian apabila mengulas tindakan 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah yang secara tiba-tiba membuat keputusan mendesak Mukhriz berundur.
“Mukhriz ini saya lihat seperti titi oleh kerajaan BN dan UMNO.
“Apabila BN sudah dapat seberang menggunakan titi itu, mereka buang titi itu. Itu yang saya lihat situasi Mukhriz masa ini,” katanya kepada FMT.
Katanya, PAS tidak terkejut dengan kemelut yang sedang berlaku dalam UMNO di Kedah.
Katanya, ia disebabkan acuan UMNO yang sebegitu telah meresap ke dalam jiwa ahli-ahlinya.
“Saya tidak terkejut kerana kita tahu acuan UMNO dari atas telah meresap ke dalam ahli-ahli mereka. Jadi berlakulah polemik seperti ini,”

Rakyat sebenarnya penyelamat negara, bukannya Najib

Pengurangan 3 % caruman KWSP memberi pendapatan tambahan kepada kerajaan menerusi GST.
mazfuf,najib
PETALING JAYA: Pengubahsuaian Bajet 2016 memberi petunjuk bahawa rakyat menjadi penyelamat ekonomi dan kewangan Negara, bukannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau anggota kabinetnya.
Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat terus menanggung beban Kerajaan Persekutuan apabila membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Katanya, potongan 3% WSP dianggar meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta RM8 bilion setahun yang diharap Najib untuk pekerja berbelanja sebenarnya membawa balik pulangan pada kerajaan melalui GST sebanyak RM480 juta.
“Begitu juga dengan pelepasan khas cukai individu RM2,000 kepada pembayar cukai pendapatan individu yang berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015 dengan kerajaan kononnya kehilangan RM350 juta setahun.
“Ini bermakna, RM350 juta dalam poket rakyat untuk dibelanjakan bagi kerajaan mendapat kembali melalui GST.
“RM350 juta tersebut akan memberi balik pulangan kepada kerajaan melalui GST sebanyak RM21 juta. Ini bermakna kerajaan mendapat tambahan pendapatan melalui GST sebanyak RM501 juta daripada pendapatan GST sedia ada RM51 bilion melalui pengubahsuaian Bajet 2016.
“Ini bermakna Pengubahsuaian Bajet 2016 menjadikan rakyat penyelamat ekonomi rakyat penyelamat ekonomi dan kewangan negara dengan GST, bukannya Najib atau kabinetnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Najib juga dilihat tidak banyak mengurangkan beban kerajaan ekoran kejatuhan harga minta dunia yang mencecah hampir ASD30 setong serta kejatuhan nilai Ringgit Malaysia.
“Pengubahsuaian Bajet 2016 tidak memberi makna jika rakyat tidak memperolehi pendapatan boleh guna yang lebih besar, bahkan rakyat terus menjadi mangsa GST.

TMJ nasihat kerajaan singkir ‘Menteri bahan jenaka’

Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihati Kerajaan Persekutuan supaya menyingkirkan beberapa Menteri yang kerap dijadikan bahan jenaka.
Katanya, tindakan itu perlu dibuat kerana Malaysia memerlukan Menteri bijak yang berkhidmat untuk rakyat dan bukan Menteri yang lebih mementingkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan rakyat.
TMJ - TUNKU ISMAIL“Dengan rendah diri, saya ingin memberi nasihat untuk Kerajaan, langkah pertama dalam usaha menambah baik sistem adalah dengan mengeluarkan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka.
“Negara kita memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat, bukan berkhidmat untuk menampung poket mereka sendiri. Saya berdoa agar keadaan dan kesedaran politik di negara ini akan diperbaiki untuk manfaat rakyat,” kata Tunku Ismail menerusi akaun facebook rasmi Johor Southern Tiger, malam tadi.
Bagaimanapun, Tunku Ismail berkata, sikapnya yang gemar berterus terang itu menimbulkan perasaan kurang senang sesetengah pihak yang berusaha menutup mulutnya.
“Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan Kerajaan Persekutuan tetapi ia adalah dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik.
“Saya berjanji akan terus bersuara untuk rakyat dan bukannya mencetuskan ketegangan tetapi bekerja bersama-sama memperbaiki bahagian tertentu yang masih lemah kerana ia adalah tugas dan tanggungjawab sebagai Tunku Mahkota untuk berkhidmat kepada rakyat Johor,” ujarnya.

Kecilkan kabinet jimat belanja negara

Langkah kerajaan melakukan pengubahsuaian belanjawan diumum perdana menteri pada 28 Januari lalu tidak banyak mengurangkan beban kewangan kerajaan.
 Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata bebanan itu ditanggung kerana kejatuhan harga minyak serta nilai ringgit di pasaran.
Kata bekas Naib Presiden PAS itu, berbanding mengecilkan saiz kabinet kerajaan menyarankan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tiga peratus sehingga Disember 2017.
"Namun kerajaan tidak melakukan sesuatu yang memberikan kelegaan kepada rakyat.
"Jumlah anggota kabinet langsung tidak disentuh untuk dikurangkan seperti yang dicadangkan kepada antara 15 hingga 19 orang saja berbanding 35 orang sekarang.
"(Pada masa sama) sektor swasta terpaksa mengurangkan kakitangannya daripada pelbagai peringkat untuk mengurangkan beban kos operasi.
"Sepatutnya kerajaan juga mengurangkan separuh anggota kabinetnya untuk mengurang kos gaji menteri dan lantikan politik," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Datuk Seri Najib Razak pada Khamis lalu mengumumkan beberapa langkah pengubahsuaian untuk menyesuaikan kemampuan kerajaan berdepan masalah semasa.
Selain pengurangan carumah, kerajaan bersetuju mengecualikan cukai individu sehingga RM2,000 bagi seseorang yang berpendapatan kurang daripada RM8,000 sebulan untuk tahun taksiran 2015.
Keluarga miskin tegar yang berdaftar pula akan menerima 20 kilogram beras setiap bulan.
Kata Mahfuz, kerajaan juga tidak memansuhkan pelantikan jawatan Duta Khas dan penasihat perdana menteri yang bertaraf menteri yang "menghabiskan sejumlah wang negara" melalui pembayaran kepada mereka.

80% kerusi DUN Sarawak dipersetujui HARAPAN

Menjelang pilihan raya Sarawak tidak lama lagi, isu pembahagian kerusi di kalangan pembangkang di negeri itu dilaporkan hanya 20 peratus belum diselesaikan.
"Kami sudah memuktamadkan kebanyakan (rundingan) kerusi.
"Secara umum 80 peratus sudah diselesaikan dan 20 peratus lagi sedang diusahakan," kata Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian kepada Malaysiakini.
Adun Bakelalan itu memberitahu persetujuan itu dicapai melalui pertemuan dengan wakil Pakatan Harapan di Sarawak pada Selasa.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana terikat dengan persetujuan mesyuarat.
Rundingan itu, katanya, akan diteruskan selepas cuti Tahun Baru Cina Februari ini.
Sementara itu Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling turut mengakui kebanyakan kerusi sudah dimuktamadkan namun enggan memberi maklumat lanjut.
Alasannya, gabungan pembangkang mahu mengelak kenyataan bercanggah kepada umum.
Kata Ling beberapa kerusi masih dirundingi antara DAP dan PKR.
"Saya boleh katakan kebanyakan kerusi dipersetujui ditandingi parti yang meletakkan calon dalam pilihan raya terdahulu, manakala selebihnya (kerusi baru) akan dibincangkan.
"Kami berharap ia boleh diselesaikan pertengahan Februari," katanya kepada Malaysiakini.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya tahun lalu menjadikan jumlah kerusi untuk DUN Sarawak meningkat daripada 71 kepada 82.

Banyak2 mulut Zahid, Ahmad Maslan & Najib mana satu paling maju menipu ???


Tidak heranlah bila nak masuk pilihanraya maka segala mak bapak gula2 & dedak akan ditaburkan kepada rakyat jelata..

JANJI.. BN Benjamin Netanyahu dapat berkuasa punggah segala kekayaan negara sampai kiamat..

Oiiiii.. Negeri Sarawak DAH MAJU rupanya !!!..

Tahniah Najib Razak kerana semenjak jadi PM nama Malaysia semakin busuk mewangi ke seluruh dunia..


Putar belit saga derma RM2.6 bilion Najib


Daripada pelawak sehingga artis, blog tempatan sehingga saluran berita antarabangsa, ramai berasa sukar untuk menerima seorang pemimpin sebuah negara demokratik (Datuk Seri Najib Razak) boleh menerima wang berbilion daripada seorang penderma yang tidak dikenal pasti. 
 
Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kontroversi derma RM2.6 bilion sudah “diselesaikan sepenuhnya”, reaksi dalam Internet pantas memperlekehkan keputusan peguam negara untuk menutup kes tersebut. Daripada pelawak sehingga artis, blog tempatan sehingga saluran berita antarabangsa, ramai berasa sukar untuk menerima seorang pemimpin sebuah negara demokratik boleh menerima wang berbilion daripada seorang penderma yang tidak dikenal pasti.
Najib menggesa rakyat Malaysia “melupakan” isu itu, tetapi persoalan masih berlegar walaupun peguam negara mendapati tiada bukti mencukupi untuk menyabitkan dakwaan terhadap perdana menteri.

The Malaysian Insider mengimbau kembali apa yang diketahui setakat ini mengenai wang berbilion yang masuk ke dalam akaunnya, sejak 2 Julai tahun lepas apabila The Wall Street Journal (WSJ) membongkar berita yang mendakwa RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.Jejak Wang A: AS$681 juta antara 21 dan 25 Mac 2013
WSJ mengatakan maklumat diperoleh daripada penyiasat di Malaysia. Ia menunjukkan aliran wang dengan syarikat British Virgin Islands dikenali sebagai Tanore Finance memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun Najib dalam 2 transaksi, melalui Falcon Private Bank di Singapura.
Menurut WSJ, Falcon Private Bank ialah bank Swiss dimiliki dana harta Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC), yang mana pada Mei tahun lepas menyuntik AS$1 bilion untuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyelesaikan pelbagai pinjaman dari sebuah konsortium bank.
Pada 2012, IPIC juga mengeluarkan jaminan kepada 1MDB, yang merupakan hasil cetusan fikiran Najib, bagi pembayaran faedah dan asas bon yang dikeluarkan syarikat pelaburan negara itu.
Jejak Wang B: RM42 juta antara Disember 2014 dan Februari 2015
Jejak ke-2 menunjukkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International memindahkan RM50 juta kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari. SRC International kini milik penuh Kementerian Kewangan, yang diterajui Najib.

Apa Akan Berlaku Kepada Negara, Soal Nazir Razak

PETALING JAYA: Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak yang membandingkan satu plot dalam program TV di HBO, 'Games of Thrones' dengan iklim politik Malaysia berkata, beliau bimbang dengan apa yang berlaku kepada negara.
Menerusi akaun instagram beliau pada Sabtu, Nazir berkongsi sebuah poster program TV berkenaan yang menunjukkan seorang watak berdiri di atas dek kapal semasa ia berlayar melalui kawasan berkabus.
"Oleh itu, apa yang akan berlaku? Persamaan dengan GoT (Game of Thrones) berterusan.
"Saya bimbang dengan masa depan: Saya tidak dapat melihat bagaimana institusi boleh dipulihkan, bagaimana keadaan politik kurang 'dicemari', bagaimana reputasi antarabangsa kita boleh diperbaiki," kata Nazir yang merupakan adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nazir berkata, terdapat keperluan untuk seseorang berhenti seketika, dan memperbetulkan kompas moral seseorang bagi menangani masalah struktur semasa secara holistik.
Tambah Nazir, beliau percaya Malaysia memerlukan Majlis Perundingan Negara.
'Games of Thrones' berdasarkan siri novel fantasi, 'A Song of Ice and Fire' karya penulis terkenal, George R.R. Martin.

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN?

Ini bukanlah kali pertama Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang diselubungi pelbagai isu, meluahkan kebimbangannya mengenai apa yang sedang berlaku dalam negara.

Terbaru, menerusi Instragramnya, beliau berkongsi sebuah poster program TV "Games Of Thrones" yang menunjukkan seseorang berdiri di atas dek kapal semasa ia berlayar dalam keadaan berkabus.

"Saya bimbang dengan masa depan. Saya tidak dapat melihat bagaimana institusi boleh dipulihkan, bagaimana keadaan politik kurang "dicemari", bagaimana reputasi antarabangsa kita boleh dipulihkan," tulisnya.

Seterusnya, Nazir yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB berkata, terdapat keperluan untuk seseorang berhenti seketika, dan memperbetulkan kompas moral seseorang bagi menangani masalah struktur semasa secara holistik.

Siapakah "seseorang" yang dimaksudkan oleh Nazir itu?

Jenayah suapan kini sah di sisi undang undang?

Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar


Dengan keputusan peguam negara untuk mengiktiraf wang derma berbilion ringgit kepada pegawai tinggi kerajaan sebagai tidak melakukan sebarang kesalahan maka memudahkan para pengamal undang-undang yang membela anggota polis, JPJ dan kakitangan kerajaan lain yang dituduh menerima rasuah.
Para peguam temasuk penulis tidak akan ragu berhujah dalam mahkamah yang anak guam masing-masing cuma menerima derma saja bukannya suapan.
Sekalipun derma adalah satu kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 namun disebabkan keputusan peguam negara yang terbaru maka ia boleh menjadi satu asas yang kukuh untuk memohon kepada mahkamah yang mulia supaya membebaskan anak guam masing-masing.

Dengan pengumuman peguam negara juga, para penerima rasuah boleh lah terus menerus menerima rasuah seperti biasa dan menyimpan wang tunai di setiap sudut rumah dan juga ditanam di dalam tanah tanpa ragu kerana mereka tahu yang mereka kini akan terlepas daripada hukuman selepas mereka didakwa di mahkamah nanti. Malah pernah ada kes yang satu bilik khas dalam rumah digunakan untuk menyimpan wang tunai.
Kini golongan ini tidaklah perlu risau lagi.
Pegawai pejabat tanah yang terlibat dengan kes bauksit pun tidak perlu risau lagi, tenangkan fikiran kerana mengetahui mereka akan dibebaskan bila tiba hari bicara di mahkamah nanti.
Semalam satu kes dibawa ke Mahkamah Rayuan di hadapan panel 3 hakim Mahkamah Rayuan di mana peguambela Manjit Singh Dhillon dalam kes berkenaan merayu agar perayu dibebaskan daripada hukuman rasuah kerana menerima derma politik ketika negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, perayu adalah pegawai khas menteri besar Selangor ketika itu.
Malah peguambela membacakan hansard Parlimen kepada Mahkamah Rayuan di mana seorang menteri berkata tiada sebarang undang-undang yang mengatakan menerima derma politik itu satu kesalahan.
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan.
Perlu disebut yang timbalan pendakwaraya bagi pihak SPRM cuba berhujah yang perayu yang menerima derma politik juga membuka akaun yang berbeza yang menunjukkan unsur tidak jujur untuk menerima derma politik.
Namun perayu tetap tidak perlu bimbang kerana kes terbesar berbilion ringgit yang diputuskan peguam negara juga penerima derma politik tidak memasukkan wang ke akaun partinya tetapi sebaliknya kepada beberapa akaun peribadinya sendiri juga dianggap tiada kes malah peguam negara mengarahkan kes berkenaan ditutup.
Malaysia ini menjadi negara paling bertuah untuk pegawai kerajaan menerima wang sekalipun dengan kadar yang banyak yang cuma perlu dianggap derma bukan lagi suapan.
Justeru, adalah dicadangkan peguam negara membawa pindaan kepada Akta SPRM 2009 untuk membatalkan derma dan menerima derma sebagai pemegang amanah sebagai satu kesalahan .