Rabu, 27 Januari 2016

DI SEBALIK NAJIB TIADA KES, RAKYAT SEMAKIN ADA KES UNTUK MENOLAK UMNO

Nampaknya keputusan Peguam Negara membersihkan nama Perdana Menteri, Najib Razak berhubung siasatan derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang masuk ke akaun peribadinya, tetap tidak diterima baik dengan baik oleh rakyat pelbagai lapisan.

Di mana-mana boleh didengar rakyat membicarakan isu tersebut dan rata-ratanya mereka tidak setuju dan memperlekeh tindakan Peguam Negara, Apandi Ali membebaskan Najib begitu saja.

Di pejabat, kedai kopi, lobi hotel, pasar dan di mana-mana saja jelas dapat dikesan rasa tidak puas hati itu.  Ada juga budak-budak sekolah yang berbual dengan rakan-rakannya turut kehairanan mengapa Najib bertindak memulangkan derma yang sudah diterimanya.

Jika budak-budak sekolah itu tahu keseluruhan kenyataan Peguam Negara, tentu mereka lebih hairan bagaimana Najib juga boleh tidak tahu sama sekali adanya dana RM42 juta berada dalam akaun bank peribadinya.

Hakikatnya, kalau dihitung perbualan komunikasi alam maya seperti dalam Facebook, Twitter, Whatsapp , Telegram dan sebagainya, keadaan tidak setuju dengan tindakan Peguam Negara itu jauh lebih mengerikan lagi. Macam-macam ulasan dan komen yang boleh didapati.

Dalam masa yang sama, hampir tidak ada yang berani mempertahankan atau membela keputusan Peguam Negara itu. Pejuang maya pro Najib dalam sehari dua ini dilihat lebih banyak berdiam atau cuba beralih kepada topik lain berbanding mempertahankan keputusan Peguam Negara yang paling dipertikaikan itu.

Lebih menghangatkan keadaan ialah bilamana SPRM sendiri dilaporkan akan membuat rayuan terhadap keputusan Peguam Negara itu serta cuba membentangkannya kepada Panel Penilaian Operasi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memantau perjalanan agensi tersebut.

Ia dengan jelas menggambarkan SPRM secara mutlaknya tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara itu memandangkan mereka dilaporkan telah mencadangkan agar tiga pertuduhan diambil terhadap Najib.

Tetapi dengan Peguam Negara menolak cadangan SPRM itu, ia bukan saja menimbulkan kekecewaan dan patah hati mereka berikutan sudah bekerja keras lebih enam bulan sebelum ini untuk melengkapkan siasatan, malah ia seperti SPRM turut menghampakan harapan rakyat yang cintakan kebenaran.

HARI INI DALAM SEJARAH..

Tanggal 27hb Januari 2016, dewan mulia Dewan Rakyat lulus usul meterai TPPA..

INGAT.. disebabkan kamu 127 ahli Parlimen sokong #TPPA, sejumlah 31.2 juta rakyat Malaysia akan tanggung segala kesannya..

Hari Selasa ke-30 sebenarnya bukan nak saman WSJ, tetapi.. SELASA NAK TUTUP KES !!!



Selagi Najib berkuasa, tiada yg mustahil boleh berlaku di sebuah negara BOLEHLAND...

Putar punya putar, belit punya belit sekalipun Najib tetap boleh selamat..

SPRM rujuk keputusan Peguam Negara kepada PPO

Prestasi Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menurun

TUN M SPRM is under AG

Dr Mahathir: SPRM tak akan berjaya rayu kes Najib

TUN M : SIAPA YANG TEGUR NAJIB AKAN KENA BUANG

Mukhriz jadi permainan politik Najib, kata Tun M

Kedah reps fed up with Umno fighting for MB post

Cadangan Pindaan Usul TPPA - YB AMANAH Sepang

'Sidang TPPA cuma wayang kulit, tak mengejutkan'

TPPA: Wan Azizah kecewa hujah kerajaan 'tiada standard'

127 vs 84: Dewan Rakyat endorses TPPA

Dewan rakyat lulus usul TPPA, 127 sokong 84 menolak

Mesyuarat khas Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul mempersetujui penglibatan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), melalui undi belah bahagian menyaksikan 127 ahli Dewan Rakyat menyokong manakala 84 lagi menolak.
 Seramai 24 anggota Parlimen membahaskan usul itu yang dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam.
Usul itu antara lain mencadangkan Dewan Rakyat mempersetujui penglibatan Malaysia dalam TPPA yang akan memperkukuhkan daya saing Malaysia di peringkat serantau dan global.
Susulan keputusan itu, Dewan Rakyat menyokong keputusan kerajaan bagi Malaysia menjadi sebahagian negara anggota TPPA selepas rundingan perjanjian itu dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015 di Atlanta, Amerika Syarikat, selepas lebih lima tahun berunding.
TPPA bukan acuan Amerika Syarikat
TPPA bukan perjanjian perdagangan yang dirangka oleh Amerika Syarikat (AS) semata-mata.
Mustapa  berkata Malaysia antara negara anggota, turut campur tangan dalam merangka draf perjanjian antarabangsa yang juga melibatkan 11 negara lain.
"Malaysia bertanggungjawab dalam menyediakan draf bagi Bab 6, 21, dan 24 yang berkaitan dengan kerjasama dan bina upaya mengenai perusahaan kecil dan sederhana, pembangunan, dan bab-bab yang penting lain yang tidak terdapat dalam mana-mana perjanjian perdagangan.
"Pandangan bahawa Malaysia mengguna pakai templat Amerika Syarikat adalah tidak benar," katanya ketika menggulung perbahasan usul TPPA bagi kementerian itu pada mesyuarat khas Dewan Rakyat, hari ini.
Lima menteri kabinet lain, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, turut membuat penggulungan masing-masing pada sesi tersebut.
Mustapa juga berkata kuasa-kuasa besar ekonomi seperti AS dan Jepun tidak mempunyai kuasa veto dalam TPPA dan ini tidak akan menjejaskan sistem ekonomi negara kerana Malaysia mengamalkan ekonomi campuran.
Beliau turut menolak dakwaan bahawa Malaysia akan dijajah oleh sistem kapitalis Amerika Syarikat.
"Kita ada intervensi. Ekonomi negara bukan berlandaskan kapitalis dan sosialis, kita berada di tengah-tengah. Jadi TPPA tidak akan mengubah model ekonomi (Malaysia).

Sumber: SPRM cadang 3 pendakwaan pada Najib

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan mencadangkan tiga pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah Seksyen 403, Kanun Keseksaan, menurut sumber yang mengetahui siasatan itu.
Difahamkan pendakwaan itu melibatkan pemindahan dana berasal dari SRC International ke akaun-akaun bank.
Seksyen 403 adalah berkaitan “menyalah guna harta dengan curang”.
Cadangan itu, dakwa sumber-sumber, dibuat kepada Pejabat Peguam Negara tetapi Malaysiakini masih belum mendapat pengesahan rasmi.
Enggan dikenali, sumber-sumber mendakwa Najib dicadangkan didakwa menyalah guna kuasa susulan kemasukan wang ke akaun peribadinya.
Bagi menghindarkan perkara itu, kata sumber-sumber, perdana menteri harus menafikan bahawa beliau tahu mengenai perkara itu.
Menurut undang-undang, untuk membuktikan salah guna kuasa, pihak berkuasa perlu menunjukkan seseorang itu tahu berkaitan dana dimaksudkan itu.
Malaysiakini sudah beberapa kali menghubungi Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan masih menunggu jawapannya.

Penyiasat SPRM korban cuti raya siasat kes Najib, akhirnya kecewa


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghabiskan tujuh bulan untuk menyiasat kes membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Namun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam mengarahkan supaya kes itu ditutup kerana tiada alasan bagi memulakan pendakwaan.
Selepas menghadapi pelbagai halangan malah mengorbankan cuti Hari Raya, penyiasat yang bekerja siang malam kini berasa kecewa atas perkembangan terbaru itu, dedah sumber.
"Kami bekerja sepanjang bulan puasa, bahkan berbuka puasa dan bersahur di pejabat untuk jalankan siasatan.
"Kami tak balik ke rumah bertemu keluarga dan ramai antara kami mengorbankan cuti raya pada tahun lepas untuk siasat kes ini," kata sumber itu yang enggan namanya didedahkan.
Sumber itu menegaskan SPRM menyiasat kes itu secara bebas, dengan hanya menumpukan kepada fakta. Bahkan pegawai-pegawai SPRM juga terpaksa berhadapan dengan tekanan pihak polis yang menyiasat mereka berhubung dokumen yang bocor.
Ini termasuk apabila rumah dan pejabat bekas Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi diserbu anggota cawangan khas.
Dua pegawai kanan iaitu Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob Zin turut dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri. Namun keputusan itu dibatalkan selepas mendapat kritikan.
Keadaan itu bertambah buruk hingga SPRM mengadakan solat hajat untuk memohon petunjuk dan perlindungan.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tiada kesalahan jenayah dilakukan Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya mengarahkan supaya kertas siasatan kes tersebut ditutup.

Tun M ramal SPRM gagal ketepi keputusan Peguam Negara

Rayuan yang akan dibuat SPRM itu mustahil untuk berjaya kerana mana-mana pihak yang membuat tindakan itu akan ditahan di mahkamah.
Mahathir_apandi-ali_sprm_600
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan gagal mengetepikan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menutup kes skandal dana RM2.6 bilion serta SRC International.

Beliau berkata, rayuan itu mustahil dilakukan kerana mana-mana pihak yang membuat laporan akan ditahan di mahkamah berdasarkan kes-kes sebelum ini.
“Saya rasa dia (Apandi) percaya yang SPRM berada di bawah Peguam Negara.
“Siapa yang melaporkannya akan ditahan di mahkamah kerana membuat laporan,” katanya kepada pemberita di Yayasan Perdana Putrajaya di sini hari ini.
Terdahulu, SPRM akan merujuk keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).
Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan hari ini, susulan arahan Peguam Negara mengarahkan badan itu menutup kertas kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.
The Star pula melaporkan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin sebagai berkata beliau menganggap kes berkenaan sebagai “straightforward” (tidak kompleks) dan “berkemungkinan besar” SPRM akan merayu terhadap keputusan Peguam Negara menutup kes dana RM2.6 bilion serta SRC International.

Muhyiddin membisu isu RM2.6 Bilion

Muhyiddin sebelum ini disingkirkan dari Jemaah Menteri dan juga dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ekoran mengkritik Najib berhubung wang derma itu.
muhyiddin_najib_apandi-ali_600
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan menggulas keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendapati Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah dalam isu wang RM2.6 bilion ringgit.
Muhyiddin sebelum ini disingkirkan dari Jemaah Menteri dan juga dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ekoran mengkritik Najib berhubung wang derma itu.
Sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, Ahli Parlimen Pagoh itu hanya tersenyum tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Ketika diminta mengulas mengenai krisis UMNO di Kedah, Muhyiddin bagaimanapun memberitahu supaya tunggu kenyataannya di media sosial Facebook.
“Saya selalunya keluarkan kenyataan jika saya mahu bercakap mengenai sesuatu. Tunggulah,” katanya.
Kemuncak Muhyiddin mengkritik Najib adalah apabila beliau secara terbuka menyuarakan pandangannya di Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras.
Sewaktu di Perhimpunan Agung UMNO, Muhyiddin juga dinafikan haknya berucap sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Pengumuman AG ibarat Maharaja Lawak Mega - Mahfuz


Pengumuman peguam negara semalam tidak bermakna Perdana Menteri telah bebas daripada sebarang salah laku dalam isu penyaluran RM2.6 bilion ke akaun peribadinya, dakwa Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, kes itu menunjukkan Tan Sri Mohamed Apandi Ali hanya menggunakan budi bicara untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak, sedangkan siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Ia bukan penentuan muktamad bahawa tiada salah laku dan pelanggaran undang-undang yang berlaku di dalam kes ini.
"Kita harus memahami bahawa penyiasatan di dalam kes ini bukanlah dijalankan oleh peguam negara, tetapi oleh SPRM," katanya pada kenyataan media hari ini.
Mahfuz berkata peguam negara tidak terikat untuk menuruti hasil siasatan dan cadangan SPRM serta berhak menolak pandangan suruhanjaya itu atas apa jua alasan dan hujah yang difikirkan munasabah.
"Saya berpendapat sekadar pengumuman yang dibuat oleh peguam negara semalam adalah tidak mencukupi untuk membersihkan nama perdana menteri dan imej negara ini.
"Peguam negara dan SPRM bertanggungjawab besar kepada negara untuk mendedahkan apakah sebenarnya hasil siasatan SPRM dan apakah rekomendasi yang dibuat hasil siasatan yang dijalankan sendiri oleh SPRM," ujarnya.
Selain itu, katanya, peguam negara juga gagal memberi penjelasan berhubung wang berjumlah RM42 juta daripada SRC International yang dikatakan telah dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.
"Pengumuman semalam juga ibarat bermulanya "Maharaja Lawak Mega musim baru".
"Rakyat Malaysia menuntut kejujuran dan sikap terus terang dari peguam negara dan SPRM berhubung hal ini," katanya.

Yang tersurat dan tersirat dalam kes Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak maju selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan namanya semalam.
Bagaimanapun, adakah semua pertanyaan di sebalik pindahan wang berbilion ringgit ke dalam akaun Najib sudah terjawab?
Di bawah adalah senarai apa yang sudah diketahui dan masih masih terselindung di sebalik kontroversi itu.
Yang tersurat
Terdapat beberapa transaksi disiasat – AS$681 (RM2.6 bilion berdasarkan tukaran asing 2015, ketika kes itu muncul) ke dalam akaun Najib dan RM42 juta dari SRC, yang didakwa dipindahkan pada penghujung 2014 dan awal 2015.
Dalam sidang media semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menunjukkan carta bagaimana dana mengalir dari SRC International ke tiga akaun Ambank.
Ini apa yang diketahui dari carta itu:
(1) Tiga akaun Ambank disiasat
Dalam laporan awal, dipercayai hanya sebuah akaun milik Najib disiasat, bukan tiga.
Tetapi Apandi tidak menyebut sama ada akaun itu milik perdana menteri dan carta mengelaskannya sebagai "AMPRIVATE MY (906), AMPRIVATE 1MY (880) dan AMPRIVATE 1MY (898)".
Akaun-akaun bank itu menerima keseluruhan RM33 juga daripada SRC melalui jaringan rumit transaksi melalui tiga syarikat.
Dana-dana itu juga dipindahkan antara ketiga-tiga akaun Ambank – yang ditanda dalam carta AG sebagai akaun 906, 880 dan 898.
Dana-dana ini berbeza dengan RM42 juta yang dilaporkan dipindah melalui anak syarikat SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Kedua-dua syarikat itu tidak menjadi sebahagian daripada carta aliran AG.

(2) Hubungan Jho Lo wujud
Tiga syarikat yang melaluinya akaun-akaun Ambank itu menerima dana dari SRC adalah:
  • Putra Perdana Construction Sdn Bhd
  • Putra Perdana Development Sdn Bhd
  • Permai Binaraya Sdn Bhd
Putra Perdana Bhd sebelum itu dimiliki oleh UBG Bhd – syarikat yang mana taikun perniagaan Jho Low menjadi pengarah bukan eksekutif.

Skandal RM2.6B Dan SRC: SPRM rujuk keputusan Peguam Negara kepada PPO


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi AliPeguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi AliKeputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menutup kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dirujuk kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).
SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan tersebut dicapai menerusi satu mesyuarat khas Pengurusan Tertinggi SPRM hari ini.
"PPO, merupakan salah satu badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan PPO dan sebuah panel khas yang akan dilantik. Salah satu terma rujukan PPO ialah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya.
"PPO dianggotai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr. Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee," kata SPRM dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam  Peguam Negara berkata perdana menteri mengembalikan semula wang sejumlah US$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi dalam bulan Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.
Berhubung perkara itu juga, Apandi berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion itu.
Berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International, Apandi berkata tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.

Bukan RM42 juta, tapi RM69 juta masuk akaun peribadi Najib – Tony Pua

aliran wang tony pua
KUALA LUMPUR 27 JAN: Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dana yang disalur ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC Sdn Bhd sebagai ‘bersih’ sebenarnya memakan diri sendiri.
Merujuk carta aliran keluar masuk dana berkenaan yang didedah Apandi semalam, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua, berkata, ada tambahan transaksi RM27 juta dari syarikat itu masuk ke akaun peribadi Najib.
“SRC Sdn Bhd memindah RM35 juta ke Putra Perdana Construction yang memindahkan RM34.99 juta ke Permai Binaraya dan kemudian memindah RM27 juta ke akaun peribadi Najib yang berakhir dengan “880”.
“Dari akaun “880” itu, RM20 juta dipindah pada hari sama ke dua lagi akaun milik Najib, jumlah itu dibahagikan secara sama rata ke akaun “898” dan “906”.
“Akaun “880” menerima RM10 juta dan RM27 juta pada Disember 2014 dan Februari 2015, melalui dua syarikat, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana. Dan akaun 906 itu didedah menerima RM5 juta melalui sumber sama pada Disember 2014.
“Secara berasingan, carta itu menunjukkan dana berkenaan dipindah ke akaun “880” yang digunakan untuk membayar bil Visa dan Mastercard Najib berjumlah RM3.2 juta,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Yakin jumlah yang diterima Najib ialah RM69 juta, bukannya 42 juta seperti yang didakwa sebelum ini, Pua berkata, mustahil Perdana Menteri itu tidak tahu langsung mengenai transaksi melibatkan akaunnya.
“Dengan beberapa transaksi, dan penggunaan segera dana berkenaan sebaik sahaja ia diterima, amat luar biasa untuk Peguam Negara menerima alasan Najib tidak tahu menahu wang itu datangnya dari SRC Internasional,” katanya.

Wujud prima facie untuk dakwa Najib, kata DAP

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pendedahan peguam negara menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya RM69 juta dipindahkan ke akaun peribadi perdana menteri antara Julai 2014 dan Februari 2015 dan terdapat prima facie untuk mendakwanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2016.  
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pendedahan peguam negara menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya RM69 juta dipindahkan ke akaun peribadi perdana menteri antara Julai 2014 dan Februari 2015 dan terdapat prima facie untuk mendakwanya. 

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu menjelaskan pendedahannya semalam yang membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pertuduhan salah guna kuasa dalam isu membabitkan dana RM42 juta daripada SRC International, kata DAP. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pendedahan Apandi semalam menunjukkan terdapat dana RM27 juta diterima Najib melalui akaun peribadinya, selain RM42 juta yang diketahui umum dalam isu tersebut.
"Kita mengetahui sekurang-kurangnya RM69 juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib antara Julai 2014 dan Februari 2015," kata Pua pada sidang medianya di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata berdasarkan perkara itu, terdapat prima facie untuk mendakwa Najib atas alasan rasuah dan pecah amanah. -

Peguam negara main peranan hakim dan pendakwa bersihkan Najib, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menuduh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memainkan peranan sebagai hakim dan pendakwa untuk membersihkan Datuk Seri Najib Razak daripada kesalahan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya. "Keputusan itu adalah satu penghakiman. Peguam negara adalah hakim dan pendakwa," kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan terbarunya di blog chedet.cc hari ini. "Ini adalah ketidakadilan." 

Mahathir: A-G has ‘saved’ Najib

It seems there was a letter by a Saudi stating that a sum of USD 681 million or RM2.08 billion was a donation for the Prime Minister’s contribution to the fight against Islamic terrorists.
mahathir-agKUALA LUMPUR: Former Prime Minister Mahathir Mohamad has admitted that he thought the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is an independent body. “Now it seems it’s subordinate to the Attorney-General (AG) and it takes orders from him.”
“No wonder Malaysia is included among the ten most corrupt countries in the world.”
Even the MACC was not free, lamented Mahathir in a head shaker. “I was right when I predicted that the Attorney-General Mohd Apandi Ali will reject the report by the MACC as he did with the report by Bank Negara.”
A lot of people must know the contents of both reports, ventured the former Prime Minister. “But they have all seen what can happen even when someone lodges a report to the police. They are scared.”
Mahathir confessed that he was sacred too. “In Malaysia today, laws and rules no longer protect the people. The Official Secrets Act (OSA), for example, was used to prevent reports from reaching the people.”
“On the other hand, people are now exposed to abuse of the OSA and they may end up in jail. Even the Internal Security Act (ISA) did not frighten people as much.”
In Malaysia, charged Mahathir, the Attorney-General decides if a law has been broken or not. “That decision is in fact a judgment. The Attorney-General is both a judge and a prosecutor. This in itself is an injustice.”
​The former Prime Minister was conceding that he was not shocked when the AG decided that the report by the MACC does not show that the Prime Minister has committed any criminal act when RM2.6 billion was found in his private accounts or a further amount of RM42 million was also found in his account. “I had already said it would be his decision.”
Merely having that amount of money in a Prime Minister’s account was already wrong even though it may not be criminal, said Mahathir. “But now the AG declares that the money was a gift from the Saudis.”

Terdedah: Tony Pua dakwa RM69 juta dimasukkan dalam akaun Najib

Beliau mendakwa selain RM42 juta, ada lagi RM27 juta yang tidak diketahui oleh sesiapa dan tidak didedahkan oleh Peguam Negara.
pua
KUALA LUMPUR: DAP mendakwa sejumlah RM27 juta lagi telah dimasukkan dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi tidak didedahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa, selain daripada sejumlah RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, ada lagi RM27 juta yang sebelum ini tidak diketahui oleh mana-mana pihak.
“Semalam, Peguam Negara (Apandi) semasa sidang media mengangkat satu dokumen untuk menunjukkan bahawa banyak kerja dia telah buat untuk siasat perkara ini sebelum membuat keputusan bahawa tiada kesalahan.
“Bagi semua jurufoto dari agensi media tengok sekali lagi gambar dan fokuskan kepada dokumen yang diangkat oleh Apandi di mana ada carta menunjukkan selain dari RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, ada lagi RM27 juta yang sebelum ini tidak diketahui oleh sesiapa,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Pua mendakwa SRC International menyalurkan RM35 juta kepada Putra Perdana Construction Sdn Bhd yang kemudiannya disalurkan kepada Permai Binaraya Sdn Bhd sebanyak RM34.99 juta pada 6 Julai 2014
“Daripada jumlah itu, RM27 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dengan nombor akaun akhir ‘880’.
“Dari akaun itu, RM20 juta telah dipindahkan kepada dua akaun miliknya pada hari sama dengan jumlah dipecahkan dan dipindahkan kepada dua akaun yang nombor akhirnya adalah ‘898’ dan 906,” katanya.
Pua turut mendakwa wang berkenaan telah digunakan untuk membayar Visa dan Master Card berjumlah RM3.2 juta dan perkara ini telah dibongkarkan oleh Sarawak Report.

Pertanyaan baru mengenai skandal RM2.6 bilion

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) amat terperanjat dengan pengumuman Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang memutuskan bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bebas dari sebarang salah laku rasuah dalam skandal pengubahan wang terbesar di Malaysia.

Umum sedia maklum tentang drama ‘derma’ RM2.6 bilion ini yang telah berlanjutan sekian lama. Bermula daripada pendedahan akhbar Wall Street Journal, pelbagai soalan telah diajukan, dan tidak dijawab. Dengan pendedahan hari ini, timbul lebih banyak persoalan yang harus dijawab oleh Najib Razak:

1. Jika RM2.03 bilion telah dipulangkan kepada penderma Arab, ke mana pergi baki berjuta-juta ringgit? Di manakah duit ini telah dibelanjakan dan untuk kegunaan apa? Mungkinlah, wang ini digunakan untuk membeli PRU13, seperti yang didakwa oleh Wall Street Journal?

2. Kenapa Tan Sri Gani Patail perlu dipecat daripada jawatan Peguam Negara jikalau RM2.03 bilion telah dipulangkan dan tiada salah laku?

3. Kenapa Najib Razak tidak bertindak menyaman Wall Street Journal jikalau beliau tidak menyalahgunakan dana 2.6 billion yang masuk ke akaunnya seperti yang dilaporkan WSJ?

4. Kenapa bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat apabila beliau menyoal isu RM2.6 billion? Kenapa rombakan kabinet dilakukan dan menggugurkan mereka yang lantang bersuara mengenai aliran tunai ini? Apakah terlalu susah untuk menerangkan transaksi ini?

5. Kenapa Najib Razak mengambil masa yang terlalu lama untuk menerangkan isu ini dan pelbagai cerita direka sebelum ini? Dari satu penderma, kepada lebih dari satu penderma. Dan kini, Peguam Negara mengatakan bahawa RM2.03 bilion telah dipulangkan. Siapa yang bercakap benar?

6. Kenapa akaun peribadi Najib Razak di Ambank dilupuskan jikalau tidak ada apa-apa transaksi yang meragukan?

Skandal RM2.6B: 'Rakyat takut, saya pun rasa takut' - Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa "takut" apabila undang-undang negara ini didakwa tidak lagi melindungi rakyatnya.
Mengulas keputusan peguam negara berhubung kertas siasatan wang dana RM2.6 bilion dan SRC International, Mahathir berkata masyarakat juga "takut" untuk bercakap tentang sesuatu isu kerana terhalang dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
 Menurut Mahathir, rakyat bagaimanapun ingin tahu kandungan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan isu sumbangan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
"Ramai orang mesti tahu kandungan kedua-dua laporan (SPRM dan BNM). Tetapi mereka semua telah melihat apa yang boleh berlaku walaupun apabila seseorang membuat laporan polis. Dan mereka takut.
"Saya juga takut. Di Malaysia, undang-undang dan peraturan tidak lagi melindungi rakyat. Sebagai contoh OSA digunakan untuk menghalang sesuatu laporan daripada sampai kepada rakyat. Sebaliknya, rakyat kini terdedah kepada penyalahgunaan OSA dan mereka mungkin akan dipenjara.
"ISA pun tidak takutkan rakyat sampai begini," katanya dalam tulisan terbaru di blognya hari ini.

Mahathir: Bagaimana wang 'beku' boleh dipulangkan?

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan penjelasan peguam negara bahawa Datuk Seri Najib Razak memulangkan kembali sebahagian besar wang sumbangan diterimanya kepada kerabat diraja Saudi.
“Bagaimana dan bila ia dibuat? Kita diberitahu bahawa bakinya dibekukan oleh Singapura.
 “Boleh Singapura jelaskan berkaitan unfreezing dan penghantaran balik kepada Saudi?” soalnya dalam tulisan di blognya hari ini.
Beliau juga membangkitkan persoalan sama ada Singapura yang merupakan sebuah pusat kewangan akan begitu mudah tertipu.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali semalam berkata US$620 (RM2.03) daripada AS$681 yang diterima dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.
Pada 22 Julai tahun lalu, Reuters melaporkan bahawa pihak polis Singapura telah membekukan dua akaun bank susulan siasatan terhadap dakwaan salah urus kewangan dan rasuah berkaitan 1MDB.
Selain itu, Mahathir juga mengakui terkejut dengan keputusan peguam negara yang memutuskan bahawa perdana menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah apabila wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
"Mempunyai sejumlah wang seperti itu di dalam akaun perdana menteri pun sudah menjadi kesalahan walaupun ia mungkin bukan jenayah.
"Tetapi peguam negara sekarang mengumumkan wang tersebut merupakan hadiah daripada Arab Saudi.
"Dan peguam negara membuat kesimpulan bahawa tiada kes untuk Najib menjawab. Beliau juga mengarahkan SPRM untuk menutup kes itu dan hentikan siasatan," katanya lagi.
Bekas pemimpin negara itu juga secara sinis mempersoalkan SPRM yang sepatutnya menjadi sebuah badan bebas tetapi dilihat seolah-olah menerima arahan daripada Apandi.
"Saya fikir SPRM adalah sebuah badan yang bebas. Tetapi kini ia seolah-olah berada di bawah peguam negara dan mengambil arahan daripada dia.
"Tidak hairanlah Malaysia termasuk di kalangan sepuluh negara yang paling korup di dunia. Badan pencegahan rasuahnya tidak bebas," kata Mahathir lagi.

Cerita 'lawak' tak tutup kes, lantik pendakwa bebas

Oleh Rafizi Ramli 
Penjelasan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali semalam berkenaan keputusan beliau menutup kertas siasatan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal dana RM2.6 bilion dan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd tidak dapat diterima umum.
Bukan sahaja alasan bahawa Najib telah memulangkan kembali “derma” yang diterimanya itu tidak masuk akal, malah ada beberapa perkara asas yang tidak dijawab oleh beliau.
Berhubung pemindahan dana RM42 juta dari SRC International, Apandi seolah-olah lupa bahawa SRC International adalah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).Sebab itu saya terus bertanyakan siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan dana itu dari SRC International kerana pegawai teratas yang bertanggungjawab adalah tidak lain dan tidak bukan Najib sebagai menteri kewangan.
Oleh yang demikian, alasan bahawa Najib tidak tahu menahu sebanyak RM42 juta dana SRC International dipindahkan ke akaun peribadinya tidak boleh menyelamatkan beliau dari dakwaan, atas asas-asas berikut:
(1) Mengambil kira bahawa beliau adalah pegawai teratas yang bertanggungjawab kepada keputusan SRC International atas kapasiti beliau sebagai menteri kewangan, mustahil beliau tidak mengetahui mengenai keputusan memindahkan dana itu.
Besar kemungkinan beliau sedia maklum dan pemindahan itu berlaku dengan mendapat kelulusan mengikut prosedur Kementerian Kewangan.
Jika ini keadaannya, Najib sepatutnya didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana dana dari syarikat awam di bawah kawalan beliau dipindahkan ke akaun peribadi beliau.
(2) Jika beliau berkeras beliau tidak tahu menahu mengenai pemindahan tersebut, ini bermakna beliau telah cuai dalam menjalankan amanah sebagai pegawai teratas yang bertanggungjawab menguruskan syarikat awam iaitu SRC International.
Dalam keadaan ini, Najib juga sepatutnya didakwa di atas tuduhan cuai dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan kerugian dana awam.
Dalam kedua-dua keadaan, ada kes yang kukuh untuk mendakwa Najib.
Usul di parlimen
Saya percaya atas alasan ini juga, selain daripada bukti-bukti siasatan yang lebih terperinci, Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato Bahri Mohd Zin dipetik sebagai berkata, SPRM mempertimbangkan untuk merayu supaya kes ini dibuka semula memandangkan ia satu kes yang jelas (straight forward).

Apandi perlu tunjuk bukti, rakyat bukan bodoh

KUALA LUMPUR 27 JAN: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulangkan derma RM2.03 bilion kepada keluarga diraja Arab Saudi di samping menerangkan ke mana baki RM570 juta pergi.
Jika mahu kenyataannya kononnya Najib tidak bersalah, diterima rakyat, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Apandi perlu menunjukkan bukti dan keterangan kukuh kerana ia melibatkan kredibiliti sistem perundangan.
“Jika Apandi tidak dapat kemuka bukti kukuh, kecekapan dan profesionalisme beliau sebagai Peguam Negara perlu dipersoal.
“Apandi seperti menganggap rakyat Malaysia bodoh jika berasa rakyat menerima penjelasan membebaskan Najib dari skandal RM2.6 bilion itu tanpa sebarang pertanyaan,” katanya.
Semalam, Apandi membuat kenyataan Najib tidak melakukan kesalahan dalam skandal derma RM2.6 bilion atas alasan sejumlah RM2.03 bilion sudah dipulangkan kepada keluarga diraja Arab Saudi pada 2013, lalu mengarahkan kertas siasatan ditutup.
Bagaimanapun, pelbagai lapisan rakyat tidak dapat menerima penjelasan itu berikutan tiada bukti kukuh selain wujud konflik kepentingan berikutan pendedahan Apandi pula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata Najib harus sedar skandal derma RM2.6 bilionnya menjadi lebih kontroversi akibat kenyataan Apandi semalam, malah kes itu mencuri perhatian seluruh dunia.
“Najib naif jika menyangka skandal itu sudah diitutup dan rakyat tidak lagi mempersoalkannya kerana penjelasan Apandi mengundang lebih banyak soalan, lebih-lebih lagi kredibiliti kenyataan berhubung derma itu kononnya dipulangkan dua bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Kedudukan indeks rasuah Malaysia jatuh, kata TIM

SPRM mungkin rayu keputusan AG bersih Najib

AG 'terdedah' RM27 juta lagi dalam akaun peribadi Najib - Pua

Rafidah: Others can now use the ‘Najib precedent’ to escape law

Raja Abdullah yang beri RM2.6 bilion pada Najib, dakwa sumber

Isu biasiswa JPA, PM akan umum esok

Sumber dakwa RM2.6 bilion dari Raja Abdullah

 Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.
Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.
Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan.
“Wakil-wakil keluarga diraja tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mereka,” menurut laporan WSJ.
Dana lawan Ikhwan?
Sementara itu, memetik sumber, BBC juga mendakwa wang itu daripada Abdullah, bagi membantu Najib memang dalam pilihan raya umum 2013.
Media British itu melaporkan sumber mereka – yang berkedudukan tinggi dan enggan dikenali – mendakwa wang itu dikeluarkan daripada kewangan peribadi Abdullah dan simpanan-simpanan negara itu.

'Orang asing boleh pimpin kesatuan sekerja bawah TPPA'


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) bersetuju dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Bagaimanapun, mereka mahu satu bab dalam perjanjian itu yang memberi kelonggaran kepada penubuhan kesatuan sekerja termasuk warga asing menjadi pemimpinnya dikaji semula.
 Presidennya Datuk Azih Muda berkata, perkara tersebut hendaklah dikaji semula memandangkan warga asing tidak memahami apa yang dikehendaki oleh rakyat di negara ini.
“Cuma satu bab dalam 30 bab yang ada dalam TPPA tentang persatuan sekerja (tidak setuju) dan kita yakin persatuan persatuan yang lain juga bawah naungan kita, tidak setuju…
“Iaitu warga asing mengetuai mana mana kesatuan sekerja dalam negara kita. Yang ini kita minta dikaji oleh kerajaan.
“Dia tidak tahu apa yang dikehendaki oleh rakyat negara kita, tidak mungkin seorang warganegara lain boleh memahami hati nurani rakyat kita. Dia tidak memahami soal adat resam, soal budaya negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Perhimpunan Penguatkuasaan Sektor Awam di Bangunan CIDB di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur hari ini.
Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata perjanjian TPPA akan memberi kelonggaran kepada penubuhan kesatuan sekerja termasuk warga asing menjadi pemimpinnya.
Mustapa berkata walaupun perkara itu akan memberi tekanan kepada majikan tetapi ia untuk kepentingan pekerja.

TPPA: Firma AS boleh saman Malaysia macam LA Law

Malaysia berisiko untuk disaman syarikat dari AS selepas negara ini menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik, kata ahli parlimen PKR hari ini.
Menurut Wong Chen, kemungkinan itu memang ada kerana firma di AS gemar menyaman mana-mana pihak yang merugikan mereka, seperti terpapar dalam siri drama televisyen LA Law.
 Membahaskan usul mengenai TPPA di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kelana Jaya itu berkata, keputusan sama ada firma asing akan menyaman Malaysia atau tidak bergantung kepada sikap pihak yang berkenaan.
"AS membawa sikap suka menyaman orang. Apabila kita menonton televisyen, kita nampak LA Law.
"Hingga sekarang kita tidak menandatangani sebarang penyelesaian pertikaian dengan pelabur AS, maka tidak ada banyak kes (mengenainya).
"(Bagaimanapun selepas perjanjian ditandatangani) AS tidak akan teragak-agak menyaman kita," katanya.
Sebelum ini, kata Wong, Malaysia hanya pernah disaman dua kali oleh firma AS dan syarikat negara ini juga pernah menyaman syarikat asing sebanyak dua kali.
"Syarikat AS percaya kepada ikatan perjanjian kontrak dan akan mengemukakan saman secara membuta tuli," katanya.

Demo anti-TPPA dan senjata 'siku dan lutut' PAS


"Semua ahli PAS diminta hadir seperti tercatit dalam perlembagaan yang meminta ahli mengambil mengambil bahagian dalam apa juga program anjuran parti," demikian mesej yang disebarkan kepada ahli parti berkenaan di Negeri Sembilan beberapa hari lalu.
Itulah PAS. Segala perbuatan dan perancangannya sentiasa mengikut perlembagaan parti. Dengan tarbiah yang disusun oleh para ilmuwan parti, ahli pasti tahu benar bahawa apa yang dirancang tentu tersimpan hikmah.
Justeru itu yang terpancar pada protes Bantah TPPA pada Sabtu lalu.
Amat salah bagi sesiapa yang menganggap protes aman damai di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu gagal, bahkan ia sebenarnya amat berjaya.
Pada kemuncak perhimpunan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan jumlah kehadiran ialah kira-kira 25,000 orang.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan pula menjangkakan kehadiran rakyat yang prihatin kepada nasib dan masa depan negara yang terancam oleh Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) "antara 50,000 hingga 60,000 orang".
Anggaran itu dibuat sebelum pun perhimpunan bermula.
Rahsia disiplin PAS
Lihatlah bagaimana rakyat digerakkan oleh PAS jika sesuatu protes dijalankan dengan membabitkan parti berkenaan.
Dalam perkiraan jumlah peserta pun sudah dapat dilihat keberkesanan jentera PAS menggerakkan rakyat. Ia adalah tamparan besar kepada protes-protes lain yang tidak menyertakan parti Islam berkenaan.
Justeru, dibandingkan protes Bantah TPPA pada Sabtu lalu, BERSIH 4 pada Ogos 2015 adalah gagal.
Protes Bantah TPPA juga berjaya menyatukan pelbagai pertubuhan yang berbeza aliran untuk bergerak atas satu matlamat - menyelamatkan Malaysia daripada penjajahan bentuk baru yang berselindung di sebalik perjanjian Trans Pasifik.
Satu lagi kejayaan PAS pada Sabtu lalu ialah memastikan perjalanan protes berlangsung dengan aman. Tiada langsung kedengaran insiden cabar mencabar, provokasi atau kerosakan bunga-bungaan dilaporkan.
Jika Datuk Abdul Rahman Dahlan atau wakil daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak menghantar sebarang tuntutan ganti rugi kepada penganjur, itu juga adalah jasa besar PAS kepada pembangunan sahsiah rakyat negara ini ketika berdemonstrasi.
Apakah rahsia PAS sehingga berjaya mencatat sejarah besar pada Sabtu lalu? Jawapannya ialah disiplin. Siapa tidak kenal dengan tahap disiplin ahli parti itu, terutama ketika mentaati arahan pimpinannya?

TPPA: Warga asing tidak boleh perintah kami – Cuepacs

azih muda
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata, penjawat awam faham bahawa TPPA akan mengubah ekonomi dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

KUALA LUMPUR, 27 Januari:

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengisytiharkan sokongan penuh terhadap kerajaan dalam menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang sedang dibincangkan di Dewan Rakyat.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata, penjawat awam faham bahawa TPPA akan mengubah ekonomi dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
Bagaimanapun, Cuepacs mempunyai satu syarat dalam sokongannya.
Beliau berkata TPPA menetapkan bahawa pekerja asing juga boleh dilantik sebagai pemimpin kesatuan, dan akan mengambil kuasa tiga tahun selepas perjanjian itu ditandatangani.
“Kita tidak boleh biarkan mereka kerana warga asing tidak memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, kita mahu kerajaan mengkaji perkara ini.
“Dan kita tidak mahu warga asing memerintah kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan penjawat awam di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Pusat Konvensyen, dekat sini, hari ini.
Pada masa yang sama, beliau berkata, peningkatan aduan awam terhadap pegawai penguat kuasa adalah petanda yang baik.
Ini katanya, akan mendesak pegawai penguatkuasa melakukan kerja mereka.
“Apabila undang-undang dilaksanakan, orang ramai akan membuat aduan, itu normal,” kata Azih, sebagai menjawab laporan berita bahawa 2,500 aduan dilaporkan terhadap pegawai penguatkuasa tahun lalu.

Rundingan gagal, Najib bakal menghadap Istana kemuka nama MB baharu

Rundingan antara Datuk Seri Najib Razak (kanan) dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kiri) gagal selepas beliau menolak tawaran dilantik sebagai timbalan menteri dan mahu kekal menteri besar Kedah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2016. 
Rundingan antara Datuk Seri Najib Razak (kanan) dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kiri) gagal selepas beliau menolak tawaran dilantik sebagai timbalan menteri dan mahu kekal menteri besar Kedah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka menghadap pihak Istana Kedah untuk mengemukakan nama menteri besar baharu selepas rundingan dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang diasak berundur menemui jalan buntu.
Sumber mendedahkan Najib dijangka menghadap Tunku Temenggong Kedah selewat-lewatnya pada hari ini atau dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan perkenan bagi menggantikan Mukhriz, selepas 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno menandatangani akuan bersumpah (SD).
Rundingan antara Najib dengan Mukhriz gagal selepas anak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu menolak tawaran dilantik sebagai timbalan menteri dan mahu kekal menteri besar Kedah.

"Presiden akan menghadap Istana pada esok (hari ini) atau mungkin selepas istiadat pengurniaan pingat selesai pada Khamis. "Nasib Mukhriz sudah sampai ke penghujung apabila beliau menolak tawaran kembali ke Putrajaya sebagai timbalan menteri," kata sumber yang mengatakan tawaran itu dibuat semasa pertemuan di antara Najib dan Mukhriz di Langkawi pada Ahad lepas.
Sumber memberitahu keengganan Mukhriz menerima tawaran sebagai punca Najib tidak bertolak-ansur dan nekad membuat keputusan memecat menteri besar penggal pertama itu.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah juga dipanggil berjumpa Najib di Putrajaya semalam bagi mendapatkan pandangan setiap seorang.
Adun Kota Seputeh Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan semasa program bersama Mukhriz di Ayer Hitam malam tadi, mengatakan beliau merayu kepada Najib supaya mengekalkan menteri besar.
Abu Hassan bagaimanapun enggan mendedahkan Adun yang hadir bersama bertemu Najib semalam.
Setakat ini, seramai 19 Adun sudah menandatangani pengakuan SD menolak Mukhriz.

Perbahasan Usul TPPA - MP AMANAH Kuala Krai

Perbahasan Usul TPPA - MP DAP Serdang

Perbahasan Usul TPPA - MP PKR Kelana Jaya

Perbahasan Usul TPPA - MP Amanah Sepang

Perbahasan Usul TPPA - DAP Klang

Perbahasan Usul TPPA - PKR Lembah Pantai

Perbahasan Usul TPPA - MP AMANAH Parit Buntar

Perbahasan Usul TPPA - DAP Bagan

Perbahasan Usul TPPA - Ketua Pembangkang

Derma untuk pastikan Najib menang PRU-13, dakwa BBC

Wartawan Dilarang Masuk Wisma Darul Aman

Mukhriz seeks audience with Kedah Regency of Council

Ku Rahman bakal menteri besar baru Kedah?

Adun Kota Siputeh menangis pertahankan Mukhriz

Big turnout for special prayers and dinner function for Mukhriz

SPRM akan rayu peguam negara keputusan bersihkan Najib

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemungkinan akan merayu kepada keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didapati tidak bersalah dalam isu derma RM2.6 bilion dan pinjaman terhadap syarikat Kementerian Kewangan SRC International Sdn Bhd, lapor The Star Online.
Portal itu memetik Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohd Zin sebagai berkata, mereka berkemungkinan besar akan merayu kepada Apandi mengenai keputusan diumumkannya semalam.
Kes itu adalah "jelas", kata Bahri kepada The Star.

Terdahulu hari ini, The Malaysian Insider melaporkan penyiasat di SPRM patah semangat susulan keputusan peguam negara untuk tidak mendakwa Najib berhubung derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd. Sumber yang rapat dengan siasatan itu memberitahu The Malaysian Insider, SPRM mencadangkan Najib didakwa atas kesalahan salah laku jenayah tetapi peguam negara berkata bukti tidak mencukupi.
Semalam, Apandi mengumumkan tiada bukti menunjukkan Najib menyalahgunakan kuasa dalam Kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan untuk pinjaman RM4 bilion kepada SRC International.
Apadi berkata, ini adalah sebab mengapa nama Najib dibersihkan daripada sebarang kesalahan jenayah yang melibatkan SRC International.
Pada Ogos tahun lepas, Bahri ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri secara tiba-tiba selepas bersuara mengenai "campur tangan" dalam siasatan SPRM ke SRC International.
Beliau dan seorang lagi pegawai agensi di agensi itu turut ditukarkan, namun dikembalikan semula ke agensinya 3 hari selepas bantahan pelbagai pihak.

Bekas pemimpin Umno persoal tindakan peguam negara beri arahan kepada SPRM menutup fail siasatan terhadap Najib

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempersoalkan tindakan peguam negara menutup fail siasatan terhadap Datuk Seri Najib Razak di Facebooknya semalam. – Gambar Facebook, 27 Januari, 2016. 
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempersoalkan tindakan peguam negara menutup fail siasatan terhadap Datuk Seri Najib Razak di Facebooknya semalam.

 Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menuntut penjelasan daripada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung tindakan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup fail-fail siasatan terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Khairuddin menggesa Apandi menjawab persoalan sama ada jumlah wang RM42 juta masih berada dalam akaun Najib.
"Kalau sudah tiada, maka siapakah yang mengeluarkan wang tersebut daripada akaun miliknya?" soalnya dalam posting di Facebooknya semalam.

Sebelum ini, Najib mengakui dalam plidingnya, RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya, tetapi menambah beliau tidak mengetahui ia disalurkan melalui 2 pengantara. "Boleh saya dapatkan pencerahan daripada Tan Sri Apandi Ali secara telus, jujur dan ikhlas selaku peguam negara yang menolak kes ini daripada unsur kesalahan jenayah oleh perdana menteri Malaysia?
"Peguam negara juga mengarahkan SPRM menutup fail-fail siasatan ke atas kes tersebut! SPRM adalah sebuah badan bebas, maka bolehkah peguam negara memberi arahan tersebut kepada SPRM?" soal bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu.
Jumlah RM42 juta berasal daripada SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, menurut dokumen penjejakan wang itu yang diberikan penyiasat Malaysia, menurut The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.

Mukhriz dedah Istana Kedah belum perkenan tukar MB

Kumpulan penentang yang mendesak pengunduran Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad setakat ini masih belum menghadap Istana Kedah bagi mendapatkan perkenan menukar menteri besar.
Menteri besar Kedah itu yang berdepan asakan daripada kumpulan diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, spekulasi mengatakan pihak Istana sudah memberi perkenan adalah tidak benar sama sekali.
"Yang masuk dalam telefon kata macam, kata sudah dapat perkenan.

"Selepas itu tiba-tiba tidak dapat lagi, belum jumpa menghadap. Tidak menghadap macam mana boleh dapat perkenan? "Selepas itu kata hari ini angkat sumpah, selepas itu tidak jadi, kemudian esok pula.
"Mana mereka dapat idea ini? Mereka kata mengenai susun kerusi, tapi sebenarnya susun kerusi itu untuk bagi pingat," kata Mukhriz di hadapan kira-kira 200 penyokong kawasannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam.
Mukhriz berkata, pihak media tidak sewajarnya membuat spekulasi mengenai kemelut yang sedang berlaku di Kedah pada ketika ini.
"Jangan buat spekulasi bukan-bukan, media jangan lapor bukan-bukan. Taktik itu sudah difahami," katanya.
Mukhriz mengulas mengenai khabar angin mengatakan menteri besar baharu bakal diumumkan hari ini.
Spekulasi mengatakan Bashah antara calon yang disebut-sebut sebagai menteri besar Kedah yang baharu.
Mengenai nasibnya sebagai menteri besar, Mukhriz berkata sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan namun menyerahkan kepada takdir dan Allah dalam menentukan nasibnya.
"Saya dah bersedia lama. Sedia dengan sebarang kemungkinan tapi saya serah bulat-bulat kepada Allah sahaja," katanya.

Tun M mungkin lebih agresif jika Mukhriz disingkir – penganalisis

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mungkin menyaksikan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak lebih agresif terhadap Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pimpinan BN, kata seorang penganalisis politik.
Prof Madya Dr Nidzam Sulaiman dari Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, bekas Perdana Menteri yang dihormati ramai itu, masih mempunyai pengaruh di kalangan pengundi Kedah yang telah lama memuja kepimpinannya.
“Beliau (Mahathir) boleh menarik atau mengurangkan sokongan pengundi terhadap BN.
“Seperti yang kita tahu, PAS telah membuat kehadiran kukuh di negeri itu, selepas berjaya merampasnya daripada tangan BN pada penggal lalu.
“Jadi, kawasan-kawasan yang mendapat majoriti tipis berada dalam keadaan tidak menentu (untuk BN) dan walaupun tiada jaminan ini akan berlaku, ada kemungkinan negeri itu sekali lagi jatuh ke tangan pembangkang,” katanya kepada The Rakyat Post.
Nidzam berkata demikian ketika ditanya mengenai implikasi menyingkirkan Mukhriz daripada jawatannya oleh pucuk pimpinan Umno Kedah.
Jelasnya, pengaruh besar Mukhriz ke atas negeri jelapang padi itu boleh dilihat melalui jumlah kehadiran penyokong dalam perhimpunan untuk menyokong beliau, hanya beberapa jam selepas sidang media mengumumkan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya oleh wakil rakyat BN.

Saya pilih untuk tidak khianati rakyat Kedah – Mukhriz

FLY_8171
Mukhriz menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang skandal politik atau rasuah.

AYER HITAM, 27 Januari:

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berjanji tidak akan menyerah kalah tanpa berjuang terlebih dahulu.
Itu mesej yang disampaikan pemimpin dibelenggu kemelut itu, ketika beliau berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin di Kampung Sanglang, malam tadi.
Mukhriz turut berikrar akan meneruskan tanggungjawab sebagai Menteri Besar, selagi mendapat sokongan rakyat Kedah.
“Selagi dikandung hayat, saya akan terus berjuang untuk rakyat. Walaupun jika saya diberikan tawaran, mungkin jawatan lebih tinggi di peringkat persekutuan, saya pilih untuk tidak mengkhianati rakyat Kedah,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Mukhriz menyelar alasan di sebalik pemimpin-pemimpin Umno negeri itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.
“Kenapa saya digugurkan? Kerana ia amat sukar untuk jumpa saya, susah nak buat temu janji. Jadi, apa penyelesaiannya? Gugurkan saya sebagai MB.
“Saya diberitahu yang Mukhriz menghabiskan terlalu banyak masa di KL, penyelesaiannya? Gugurkan dia,” katanya.
Beliau menjelaskan, masalah-masalah yang disuarakan itu tidak susah diselesaikan dan ia tiada kaitan dengan integritinya sebagai seorang pemimpin.
“Saya tak ada skandal. Isteri saya di sini. Saya tak ada skandal pelik, saya isytiharkan sekarang, tak percaya saya? Tanyalah isteri saya,” ujarnya yang disambut dengan tepukan hadirin.
Tambahnya lagi, beliau juga tidak mempunyai sebarang skandal rasuah, menunjukkan beliau benci amalan rasuah.
Anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa, sebab tercetusnya kemelut MB Kedah adalah beliau lantang menyuarakan kebenaran.

Adun Kedah dedah diburu, hampir jatuh laut, dipaksa sokong pecat Mukhriz

Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sariff menahan sebak semasa menyampaikan ucapan pada perhimpunan penyokong Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kampung Sanglang, Ayer Hitam, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 27 Januari, 2016. 
Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sariff menahan sebak semasa menyampaikan ucapan pada perhimpunan penyokong Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kampung Sanglang, Ayer Hitam, malam tadi. 

Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan dipaksa menyokong kumpulan penentang yang mengatur rancangan menyingkirkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh itu berkata, beliau diburu dan dipaksa semata-mata mahu mendapatkan sokongan menolak Mukhriz dan menjatuhkan menteri besar penggal pertama itu.
"Saya amat mengenali menteri besar kita, saya lakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan Datuk Mukhriz walaupun saya tak sehebat pegawai sekeliling. Kita ada tugas dan tanggungjawab saya sebagai Adun untuk pertahankan Datuk Mukhriz.

"Saya lari, saya hilang, hampir-hampir jatuh di laut, diburu semata-mata nak dapatkan sesuatu daripada saya," kata Abu Hassan sambil menangis di hadapan orang ramai semasa program bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam malam tadi. Abu Hassan tidak menjelaskan mengapa beliau diburu, namun sumber mendedahkan kira-kira 19 Adun sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menolak kepimpinan Mukhriz.
Adun 5 penggal itu berkata, beliau sangat sedih mengenangkan apabila seorang pemimpin yang disanjung rakyat akan digulingkan dengan begitu hina sekali.
"Saya menangis, saya tak pernah menangis depan anak dan isteri. Kita ada lelaki ada ego tapi di sini saya menangis depan anak saya, depan rakan saya menangis.
"Bagaimana orang yang ikhlas, jujur dan amanah, tidak mempunyai moral dan akhlak tidak baik, bertanggungjawab, tak amal rasuah, pemimpin yang boleh majukan masyarakat, rakyat dan negeri Kedah ini, tiba-tiba beliau akan digulingkan dalam keadaan yang amat menyedihkan, saya tidak reda," katanya.

Saya bukan perasuah sampai nak dibuang, kata Mukhriz

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia berhadapan sebarang kemungkinan kerana kelantangannya menyuarakan kebenaran. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 27 Januari, 2016.  
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia berhadapan sebarang kemungkinan kerana kelantangannya menyuarakan kebenaran.

 Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mempertahankan dirinya sebagai seorang yang bersih daripada rasuah dan skandal sehingga perlu dibuang selepas diasak kumpulan penentang supaya melepaskan jawatannya.
Mukhriz berkata, alasan diberikan kumpulan itu yang mendakwa beliau sering berada di Kuala Lumpur sebagai remeh, sebaliknya boleh diselesaikan tanpa perlu menyuruhnya meletak jawatan.
"Mereka beritahu Mukhriz buang banyak masa di KL, jadi apa penyelesaiannya buang sebagai MB, amboi mudahnya.

"Masalah mereka timbulkan itu saya rasa bukan susah sangat nak selesai, bukan apa sangat pun. "Masalah itu tidak langsung menyentuh integriti saya sebagai pemimpin, tidak ada masalah berkait dengan skandal, saya tidak ada skandal," kata Mukhriz semasa berucap di hadapan kira-kira 200 penyokongnya di Ayer Hitam malam tadi.
Mukhriz membidas kumpulan yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kedah Umno Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai gila kuasa, mengejar jawatan dan tidak bercakap mengenai isu membela nasib rakyat yang semakin hidup susah.
"Tapi kita lihat kawan-kawan kita berpolitik sakan, berebut nak jadi MB, jadi exco.
"Tapi mereka tidak sentuh pun hal rakyat. Jangan nak jawatan sahaja, tapi hal rakyat ini tidak diambil tahu.
"Macam mana nak pegang kuasa itu kalau tidak ada rasa tanggungjawab ke atas kuasa yang diamanahkan oleh rakyat?" katanya.
Mukhriz berkata, alasan sebenar kumpulan itu yang bersungguh-sungguh mahu beliau dibuang ialah kerana kelantangannya bercakap mengenai kebenaran.
"Saya nak nyatakan ini apa di depan mata kita ini adalah soal kelantangan saya bercakap apa yang benar.

Akhirnya Umno Kedah kalah di tangan sendiri


ALOR SETAR - Masing-masing cuba mempertahankan kumpulan sendiri dalam kemelut Umno Kedah sejak minggu lalu.
Kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan dan alasan sendiri untuk mewajarkan tindakan mereka iaitu mengekalkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno Kedah agar keadaan kembali seperti sedia kala.
Manakala kumpulan atau penyokong Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pula mempunyai alasan lain agar dibuat perubahan dalam pentadbiran negeri ini termasuk dari segi politik dan parti pemerintah.
Kehangatan kedua-dua pihak mengeluarkan 'fatwa' dan hujah menampakkan seakan-akan masing-masing terlupa bahawa mereka dari satu kapal yang sama dan melayari ke destinasi yang sama.
Namun pertembungan yang berlaku kelihatan seolah-olah mereka adalah dari parti berbeza dan cuba melakukan usaha bermati-matian demi survival politik masing-masing di Kedah.
Seorang veteran Umno ketika ditemui mengakui masalah ini walaupun nampak kecil tetapi rumit kerana melibatkan pertembungan idea dan matlamat berbeza dalam Umno Kedah.
Beliau mengakui keadaan itu sudah melampaui batasan pemikiran waras dengan penyebaran pelbagai 'emel layang' dan 'WhatsApp layang' termasuk video tertentu seolah-olah mereka sudah berpatah arang berkerat rotan untuk terus kekal dalam persada politik negeri Jelapang Padi ini.
Menurutnya, episod yang menyedihkan dalam Umno Kedah berulang lagi dan tidak pernah menjadi iktibar dalam kalangan pemimpinnya sejak 1980-an lagi.
“Peristiwa dan episod hitam yang berlaku sebelum ini tidak pernah menyedarkan mereka. Sepatutnya mereka menoleh sebentar dan melihat kesan dirasai Umno akibat perebutan kuasa sesama pemimpinnya.
“Kekalahan dalam PRU12 tidak pernah menginsafkan mereka untuk bermuhasabah dan mengambil pedoman untuk tidak mengulangi kesilapan sama.
“Umno membayar harga paling tinggi akibat kerakusan sesetengah pemimpinnya untuk mengambil kuasa termasuk melalui cah keting atau tikam rusuk kawan, apabila tewas dan gagal mengekalkan pentadbran kerajaan negeri,” katanya.
Beliau bimbang episod hitam 2008 berulang jika tiada usaha ke arah pemulihan dan penyatuan parti dilakukan segera kerana kini mereka berpecah kepada beberapa puak atau kumpulan.
“Adakah ada jaminan kesan luka akibat perebutan kuasa tahun 2016 boleh sembuh dan pulih dalam masa dua tahun akan datang.

Sekadar mengenang hari pelik 26 Januari 2016



Baru 10 hari yang lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memulangkan kertas siasatan SPRM berkenaan siasatan yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.

Pelik #1: Apakah penambahbaikan atau penemuan baru dalam kertas siasatan SPRM terbarunya kepada Peguam Negara sehingga Peguam Negara dapat bertindak seperti Hakim Negara membuat deklarasi untuk tidak mendakwa PM semalam, tetapi tidak 10 hari yang lalu?


Pelik #2: Peliknya, jika 10 hari lalu, SPRM mendapati PM tidak melakukan sebarang jenayah, mengapakah Peguam Negara tidak mengumumkan PM bersih ketika itu?

Sebaliknya, jika 10 hari yang lepas SPRM mendapati PM mungkin telah melakukan jenayah tetiba menukar nada dalam laporan terbaru dan mendapati PM tidak bersalah, mengapa Peguam Negara tidak menghantar semula kertas siasatan kepada SPRM untuk mencari punca perbezaan hasil penyiasatan yang sebegitu ketara? Bukankah itu lagi pelik?

Peliknya, mengapa kertas siasatan yang membersihkan PM pula diterima bulat-bulat tanpa meminta siasatan lanjut dibuat?

Pelik #3: Peguam Negara tidak menolak perlantikan sebagai Pengarah Lembaga Tabung Haji yang boleh dipandang serong oleh masyarakat. Ini pelik. Apakah beliau tidak sensitif mengenai pentingnya jawatan Peguam Negara dilihat bebas ataupun beliau pun tidak cukup makan sehingga perlukan #2kerja?

Pelik #4: Peguam Negara menyatakan PM telah memulangkan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion kepada pendermanya. Peliknya, Peguam Negara langsung tidak nyatakan dan mengambil kisah bagaimana RM570 juga telah dihabiskan PM. Apakah SPRM juga tidak menyentuh bab ini?
 

MULIA SUNGGUH hati kedua2 mereka ini.. Dah dapat boleh pula dipulangkan semula...

Nampaknya Rosmah lagi awal cerdik drpd Najib kerana Najib tiru modus operandi bininya..

MUDAHNYA Najib & Rosmah perbodohkan rakyatnya..

Kah !!.. Kah !!.. Kah !!..
Bodoh sangatkah kita ??

Pelantikan Apandi bukan imbuhan tutup kes Najib ampu Abdul Azeez

Pembangkang tetap menjadikan modal untuk memburukkan imej TH walaupun badan berkanun itu meletakkan siapa sahaja untuk berada di kerusi itu


PETALING JAYA: Pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) bukanlah sebagai imbuhan bagi menutup kes membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.
Sebaliknya, Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim menegaskan, siapa pun yang dilantik untuk menduduki kerusi itu pasti akan dijadikan modal oleh pembangkang untuk memburukkan imej TH, termasuk pelantikan beliau sebelum ini yang mengundang pelbagai fitnah.
“Ahli TH patut pertimbangkan niat saya, itu lebih penting kerana saya pun tahu yang mana halal dan haram malah, saya sudah berjanji dengan diri sendiri yang saya akan jaga TH dengan beramanah kerana ini melibatkan agama dan bukan hanya melibatkan jemaah Islam.
“Orang di luar sana akan tetap mengata saya, sebagai contoh jika saya lantik peguam lain seperti Tan Sri Shafee Abdullah nanti orang akan cakap sebab kulit sama (kroni). Niat saya ikhlas untuk menjaga pencarum dan jemaah kita dengan meletakkan pengamal undang-undang dalam TH,” katanya yang dipetik dari laman portal pro Barisan Nasional (BN) BNBBC.my.
Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, pelantikan Apandi tiada sebarang ‘conflict of interest’ memandangkan pemegang jawatan itu hanya akan menerima elaun kehadiran tanpa sebarang gaji.
“Beliau adalah sebagai ahli lembaga pengarah sahaja dan lantikan pula bulan lalu, kalau saya lantik bulan depan, lagi orang akan melihat ia sebagai ‘rewards’ kepada beliau. Selagi saya ni UMNO dan Barisan Nasional fitnah akan berterusan saya harap Allah beri hidayah kepada mereka,” ujarnya.
Pelantikan Apandi berkuatkuasa 15 Januari lalu.

Masih adakah RM42 juta dalam akaun Najib? – Khairuddin

Wang itu didakwa sebagai imbuhan kerana meluluskan pinjaman kerajaan sebanyak RM4 bilion kepada anak syarikat 1MDB, SRC International.
Khairuddin-Abu-HassanPETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendesak Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjelaskan sama ada wang RM42 juta yang didakwa disalurkan SRC International kepada Perdana Menteri masih ada dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan membuat desakan itu berikutan kenyataan Apandi semalam yang membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan berhubung isu ‘derma’ RM2.6 bilion dan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International, anak syarikat 1MDB itu.
“Saya ingin tanya Apandi apakah RM42 juta itu masih ada dalam akaun peribadi Najib? Kalau sudah tiada siapa yang mengeluarkannya?” soalnya dalam satu kenyataan.
Beliau juga mendesak Apandi menjelaskan siapakah yang memasukkan wang tersebut ke akaun peribadi Najib, dan sama ada Najib tahu akan tindakan itu.
“Kalau beliau tidak tahu wang tersebut daripada siapa, apakah beliau telah melaporkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat siapa yang memasukkan wang tersebut?,” soalnya.
Dalam sidang media semalam, Apandi mengumumkan yang beliau telah meneliti kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu ‘derma’ RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International dan mengarahkan kedua-dua kes tersebut ditutup.

Bagaimana Najib belanja RM570 juta dari RM2.6 bilion?

Peguam Negara langsung tidak nyatakan dan mengambil kisah bagaimana RM570 juga telah dihabiskan Perdana Menteri.
tuan-man,apandi-ali,najib
PETALING JAYA: PAS meragui pengumuman yang dibuat Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam bahawa Datuk Seri Najib Razak mengembalikan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.
Persolan itu ditimbulkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila mendakwa Peguam Negara langsung tidak menyatakan jumlah wang sebanyak RM570 juta yang telah dihabiskan Perdana Menteri.
“Peguam Negara menyatakan Perdana Menteri telah memulangkan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion kepada pendermanya. Peliknya, Peguam Negara langsung tidak nyatakan dan mengambil kisah bagaimana RM570 juga telah dihabiskan Perdana Menteri. Apakah SPRM juga tidak menyentuh bab ini?,” soalnya dalam kenyataan pada Rabu.
Tidak cukup dengan keraguan itu, Tuan Ibrahim turut mempersoal keputusan Peguam Negara kerana lambat membuat keputusan skandal derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd melibatkan Perdana Menteri sedangkan kertas laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diterimanya 10 hari lalu.
“Apakah penambahbaikan atau penemuan baru dalam kertas siasatan SPRM terbarunya kepada Peguam Negara sehingga Peguam Negara dapat bertindak seperti Hakim Negara membuat deklarasi untuk tidak mendakwa Perdana Menteri semalam, tetapi tidak 10 hari yang lalu?
“Peliknya, jika 10 hari lalu, SPRM mendapati Perdana Menteri tidak melakukan sebarang jenayah, mengapakah Peguam Negara tidak mengumumkan Perdana Menteribersih ketika itu?
“Mengapa Peguam Negara tidak menghantar semula kertas siasatan kepada SPRM untuk mencari punca perbezaan hasil penyiasatan yang sebegitu ketara? Bukankah itu lagi pelik.Peliknya, mengapa kertas siasatan yang membersihkan PM pula diterima bulat-bulat tanpa meminta siasatan lanjut dibuat?,” soal Tuan Ibrahim.

Derma RM2.6 bilion kekang pengaruh Ikhwan Muslimin, lapor BBC

Satu sumber Arab Saudi yang tidak dinamakan mengesahkan hari ini negara itu memberikan derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak, mengatakan ia untuk membantu perdana menteri memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mengekang pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia.
Sumber kuat yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu BBC, derma itu diluluskan bekas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah – daripada poketnya sendiri dan wang negara itu.
“Derma rahsia kepada Najib yang didakwa dipindahkan melalui transaksi bank di antara akhir Mac 2013 dan awal April 2013, tidak berapa lama menjelang pilihan raya pada 5 Mei,” menurut laporan BBC itu.

Menurut sumber Arab Saudi itu, derma itu diberikan disebabkan kebimbangan Riyadh berhubung pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia, lapor BBC hari ini. BBC menyatakan pada masa itu, pakatan pembangkang termasuk PAS, yang "pengasasnya mengambil ilham daripada Ikhwan Muslimin, bagaimanapun, tidak terdapat bukti kuat menunjukkan pergerakan berasal dari Mesir itu mempunyai banyak sokongan di Malaysia".
Sumber Arab Saudi itu juga memberitahu BBC, sumbangan itu adalah untuk membantu Najib dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya, mengupah pasukan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memberi tumpuan kepada Sarawak, dan pembiayaan program-program sosial melalui kempen parti.
"Tetapi mengapa Arab Saudi perlu ambil berat tentang pilihan raya terhadap bukan negara Arab yang terletak lebih 6,000 km (3,700 batu) jauhnya?
"Jawapannya kata sumber itu, ia berhubung kebimbangan mereka terhadap kuasa Ikhwanul Muslimin yang semakin meningkat, yang dianggap sebagai organisasi pengganas," lapor BBC yang berpangkalan di United Kingdom itu.
BBC melaporkan, Arab Saudi kecewa dengan beberapa kejadian di Mesir, di mana Presiden Mohammed Morsi sibuk menyatukan Ikhwan Muslimin di negara itu.
"Ada 3 bulan lagi sebelum Morsi digulingkan tentera, dan Arab Saudi yakin pembangkang itu sedang disokong Ikhwan dan Qatar, yang menyokong Ikhwan dan kumpulan Islam lain di Timur Tengah, "katanya.