Selasa, 26 Januari 2016

TPPA Tidak Mendatangkan Untung - Amanah

DAP tolak TPPA - Lim Guan Eng

Lim Guan Eng | Perbahasan Usul Perjanjian Perkongsian Trans - Pasifik (TPPA)

Ketua Pembangkang bahas usul tolak TPPA

Saya tak guna kedudukan Najib untuk buat program, kata Rosmah

MPs react on A-G's statement that clears Najib of wrongdoing

GKCM Minta Najib Tampil Jelaskan Isu RM42Juta, Tidak Lagi Subjudis

Najib sambut baik keputusan peguam negara, isu RM2.6 bilion cubaan alih perhatian ..!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyambut baik keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dirinya yang disahkan tidak bersalah, namun menegaskan isu membabitkan derma RM2.6 bilion adalah "cubaan mengalih perhatian untuk negara." "Hasil siasatan oleh institusi relevan, dan mengesahkan apa yang saya pertahankan selama ini: tiada kesalahan yang dilakukan," kata Najib, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya malam ini.
Pendedahan dana bernilai RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya dilakukan akhbar antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) pada Julai, dan dinafikan pihaknya, sebelum disahkan digunakan untuk Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dan menentang kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Sejumlah RM42 juta juga diterima daripada firma kerajaan, SRC International Sdn Bhd, namun peguam negara berkata Najib tidak mengetahui sumber itu. Apandi juga hari ini mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan kes tersebut, dan mengatakan dana itu daripada kerabat Diraja Arab Saudi.
Peguam Najib sebelum ini dilaporkan berkata akan mengemukakan tuntutan saman terhadap WSJl, namun tiada tindakan yang diambil.
Beliau sebaliknya mengemukakan saman terhadap bekas menteri, Tun Dr Ling Liong Sik kerana mendakwa sebahagian dana dalam akaunya adalah daripada sumber lain.
Najib dalam kenyataannya malam ini tidak mendedahkan kegunaan dana tersebut, sebaliknya menyentuh soal dana politik.

APAKAH NAJIB BENAR2 PEDULI NASIB UMNO?

Tanyalah siapa juga pun, pasti tidak ada yang setuju bahawa pertukaran Menteri Besar Kedah ini akan menjadikan UMNO negeri itu bertambah kuat atau kedudukan kerajaan secara automatik bertambah kukuh.

Juga, tidak ada yang dapat memberi jaminan sama sekali bahawa dengan menggugurkan Mukhriz Mahathir akan menjadikan kedudukan UMNO secara keseluruhannya akan bertambah baik serta Najib serta merta lebih diterima rakyat.

Tanpa keraguan oleh sesiapa juga yang waras pertimbangannya, imej UMNO dan Najib akan bertambah buruk dengan menggugurkan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. 

Ia bukanlah semata-mata kerana Mukhriz lebih baik atau lebih diterima rakyat dan imej kepimpinannya yang tiada skandal, tetapi juga disebabkan calon penggantinya kelihatan jauh lebih buruk dan tiada apa-apa nilai tambah di mata rakyat.

Sejarah tewasnya Kedah pada pilihanraya 2008 akan lebih mudah berulang kerana pasukan yang pernah kalah dan diketuai oleh mereka yang  kalah sebenarnya lebih mudah untuk dikalahkan oleh pihak lawan.

Kenapa nama Ahmad Bashah tidak diyakini di saat-saat akhir pilihanraya 2013 dan Mukhriz segera ditonjolkan ketika itu?

Sebabnya, tentulah tidak lain kerana beliau tidak diyakini boleh menang ketika itu. 

Lalu, apakah dengan menukar Mukhriz kepada Ahmad Bashah pula, UMNO dan BN ada harapan lebih baik dalam pilihanraya akan datang?

Lantaran itu, jika Najib benar-benar memikirkan mengenai kedudukan dan masa depan UMNO, menukar Menteri Besar Kedah bukanlah pilihan yang betul atau yang lebih baik yang harus dilakukannya. 

Tolak MB: Akar umbi tidak selesa

Kalau Menteri Besar Kedah sekarang ditukar, BN perlu mencari penganti yang disukai rakyat di setiap lapisan dan di kalangan ahli Umno. Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, namun keadaan agak sukar kerana Menteri Besar Kedah kini Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih menjadi pilihan ramai.
Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani "Akar umbi sekarang agak tidak selesa dengan suasana kini sebab Mukhriz disukai kebanyakan belia di Kedah. Tetapi BN masih ada dua tahun untuk pulihkan sokongan sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan beberapa akhbar hari ini yang melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu  atau lusa ini ekoran prosedur pelantikan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat.
Sementara itu ketika ditanya calon yang paling sesuai bagi mengantikan Mukhriz, Mohd Azizuddin berkata, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain dilihat paling layak.
"Orang paling kanan dalam Umno Kedah ialah Datuk Ahmad Bashah. Tapi bagi saya setakat ini orang yang paling sesuai untuk menyatukan Umno yang sedang berbalah ini ialah Datuk Tajul Arus. Saya lihat dia mampu memimpin Kedah untuk PRU akan datang," katanya.

Krisis MB: Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkecuali


Syed Unan Mashri Syed AbdullahSyed Unan Mashri Syed Abdullah
Jemaah Pemangku Sultan Kedah hari ini menegaskan anggota jemaah itu berkecuali dalam krisis politik di negeri ini dan menasihatkan pihak yang terlibat mencari jalan menyelesaikannya.
Pengelola Bijaya Diraja/Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dalam satu kenyataan di sini berkata Jemaah Pemangku Sultan mahu semua pihak yang terlibat supaya menggunakan saluran sedia ada untuk menyelesaikan sebarang ketidakpuasan atau masalah yang mungkin ada.
Katanya Jemaah Pemangku Sultan meminta semua pihak berkaitan mencari jalan penyelesaian secara berhemah dan tidak melibatkan rakyat yang ketika ini memerlukan perhatian dan pimpinan daripada kesemua pemimpin.
"Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengambil maklum tentang berita pergolakan politik yang sedang berlaku di Kedah dan menegaskan bahawa ahli jemaah berkecuali daripada menyokong atau memihak mana-mana golongan atau pihak," katanya.
Syed Unan Mashri berkata Jemaah Pemangku Sultan Kedah turut mahu semua pihak bertenang dan bersabar dalam menghadapi krisis politik tersebut.

Ahmad Bashah: Dalang tidak, pak turut pun bukan

Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan menjadi dalang atau pak turut dalam gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Malah tegasnya beliau tidak menerima arahan dari sesiapa sebaliknya merasakan hilang keyakinan ke atas kepimpinan Mukhriz, lapor Utusan Malaysia.
 “Tidak! Saya tidak menurut arahan sesiapa kerana ini yang kami rasa sebagai pemimpin Umno Kedah. Takkan kita nak ikut orang-orang lain dari Kedah.
“Saya tiada masalah peribadi dengan Mukhriz, beliau orang baik kalau kata ada masalah peribadi dari dulu kita tidak terima beliau.
“Kita buat kerja macam nak ‘rak’ untuk bantu BN Kedah. Bukan itu sebabnya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Beliau berkata demikian ketika ditanya apa peranan beliau, sama ada dalang atau pak turut dalam usaha menyingkirkan anak bekas perdana menteri itu.
Kata Ahmad lagi, beliau sendiri sudah lama hilang keyakinan terhadap Mukhriz malah berkata, ramai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua bahagian yang telah berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyampaikan perkara tersebut.
“Sudah lama kita rasa, yang tidak rasmi kita sudah beritahu pada timbalan presiden parti dulu, tetapi kita ada tatasusila.
“Bukan itu sahaja ramai ADUN yang sudah pergi dekat perdana menteri untuk memberitahu perkara ini. Ramai ADUN kata sukar untuk pergi dekat dengan menteri besar.

MUBARAK: Selagi Mukhriz MB, tiada pembangunan di Kedah

Pergolakan kerusi menteri besar Kedah dilihat memberi kesan besar kepada aspek pembangunan negeri sekiranya Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal berada di tampuk kuasa, kata Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Kedah, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.
Menurut beliau, pelbagai perancangan dirangka oleh Mukhriz gagal dilaksana susulan hubungan renggang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu dengan kerajaan pusat dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 "Beliau dilihat bersikap tidak sehaluan dengan perdana menteri, malah seperti memusuhi presiden Umno sendiri. Jika kita ketua, pastinya kita tidak mahu melihat anak buah melawan. Tidak sehaluan dan sejalan dengan kepentingan parti.
"Atas faktor itu, pembangunan di Kedah terbantut dan rancangan kerajaan negeri di bawah Mukhriz hanya menjadi angan-angan kosong. Ia akan merugikan rakyat Kedah sendiri," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Terdahulu, pelbagai pelan pembangunan yang dirangka Mukhriz sejak menduduki kerusi menteri besar Kedah.
Antaranya, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity), Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE), Bandaraya Getah Kedah, Taman Sains dan Teknologi Kedah dan Bandar Raya Sains Perubatan Kedah.
Abdul Rahman berkata, kegagalan Mukhriz menjaga hubungan baik bukan sahaja dengan pimpinan tertinggi (Umno) tetapi turut melibatkan peringkat akar umbi.
"Walaupun populariti lebih memihak kepada beliau, tetapi keadaan itu tidak menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang.
"Beliau nampak dekat dengan golongan muda dan banyak berdamping dengan NGO, tetapi hakikatnya tiada hubungan kuat dengan pimpinan parti peringkat bahagian dan sayap," jelasnya.
Punca pemberontakan
Tambah beliau, Mukhriz adalah orang baru dalam politik Kedah yang tiada pengalaman untuk meneraju kepimpinan ke peringkat akar umbi.

UMNO tiada pilihan terpaksa lantik Bashah sebagai MB

Bashah diangkat sebagai calon hanya kerana dia individu paling lama dalam UMNO Kedah
Ahmad-Bashah_Mukhriz_kedah_umno_600
PETALING JAYA: Khabar angin mengatakan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Bashah Md Hanipah akan dilantik mengantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah bukti UMNO tiada pilihan.
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, pemilihan itu dibuat hanyalah berdasarkan Bashah sebagai individu paling lama dalam UMNO Kedah.
“Saya rasa memang UMNO Kedah ini tiada pilihan sebenarnya (lantik Bashah sebagai Menteri Besar). Bashah dilihat orang paling lama dan dianggap calon paling terbaik bagi UMNO.
“Ditambah pula dia pernah menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, dia juga banyak penggal menjadi EXCO dan ketua bahagian,” katanya kepada FMT.
Bekas pemimpin kanan kerajaan PAS negeri Kedah itu menambah, sekiranya Bashah dilantik sebagai Menteri Besar di Negeri Jelapang Padi itu, menyaksikan jumlah sokongan rakyat kepada UMNO akan menurun, sekaligus membuka peluang kepada pembangkang menawan semula negeri itu.
“Kalau dilihat berdasarkan kajian yang dibuat pada 2013, sokongan rakyat kepada Bashah tidak tinggi.
“Saya jangka sokongan rakyat kepada BN akan menurun lima hingga 10 peratus sahaja pada pilihanraya akan datang, malah jumlah itu sudah cukup untuk berlaku perubahan kerajaan.

Apandi bebaskan Najib dari skandal, jadi Ahli Lembaga Tabung Haji

KUALA LUMPUR 26 JAN: Skandal RM2.6 bilion itu mungkin selesai di mata kerajaan tetapi tidak selesai di mata rakyat terutama apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.
“Sebelum ini, memang sudah banyak kontroversi melibatkan skandal itu seperti pemecatan tergesa-gesa Peguam Negara terdahulu, Tan Sri Abdul Gani Patail dan kegagalan Najib menjelaskan isu itu di Dewan Rakyat bulan lepas.
“Kini, apabila Apandi menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, jelas ada konflik kepentingan,” kata Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail kepada Roketkini.
“Peguam Negara perlu faham bahawa ‘Not only must justice be done, it must also be seen to be done’ (Keadilan bukan sahaja dilaksanakan tetapi perlu dipastikan yang ia dilaksanakan).
“Melihat sistem urus tadbir hari ini dengan semua agensi kerajaan dikunci mulutnya, cuma tinggal satu cara untuk rakyat – mengubah pemerintah bagi memastikan kebenaran ditegakkan,” katanya.
Apandi hari ini membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan kesalahan dalam skandal derma RM2.6 bilion atas alasan sejumlah RM2.03 bilion sudah dipulangkan kepada keluarga diraja Arab Saudi pada 2013.
Beliau yang dikenal pasti ada pelantikan sebagai Ahli Lembaga Tabung Haji itu kemudian mengarahkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes berkenaan sekalipun atas alasan rapuh.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Subang, Edry Faizal Eddy Yusof pula menyifatkan kenyataan Apandi kononnya wang itu sudah dipulangkan kembali kepada keluarga diraja Arab Saudi pada 2013 itu sebagai mencuriga dan melucukan.
“Ini terlampau tidak masuk akal, tidak perlu jadi orang cerdik pandai untuk menyedarinya,” kata beliau yang sama sekali tidak menyangka kenyataan ‘membodohkan rakyat’ itu menjadi penamat segala kebimbangan dan pertanyaan rakyat berhubung skandal berkenaan.

Kes skandal terlalu mustahak untuk diputuskan oleh satu orang

KUALA LUMPUR 26 JAN: Pimpinan DAP lantang mengkritik penutupan kertas siasatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melibatkan skandal derma RM2.6 bilion tanpa sebarang penjelasan munasabah.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata Peguam Negara sepatutnya memberi cadangan kepada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses siasatan mereka, bukan sebaliknya.
“Mengarut. Peguam Negara sepatutnya beri cadangan kepada SPRM. Adakah SPRM ada pandangan serupa dengan Peguam Negara? Kes ini terlalu mustahak untuk diselesaikan secara bersendirian oleh Peguam Negara,” katanya.
Kepada Roketkini, Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan itu berkata satu laporan siasatan penuh SPRM sepatutnya dikeluarkan kepada umum untuk diteliti pelbagai pihak.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto menyifatkan pengumuman Peguam Negara itu sebagai ‘tangan hitam yang makin berleluasa’ dalam negara berikutan agensi kerajaan seperti SPRM diperalat untuk membaiki imej Najib yang semakin rapuh dan tidak popular.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng pula mempersoal mengapa Perdana Menteri tidak mengumumkan sendiri dakwaan pemulangan RM2.03 bilion dari RM2.6 bilion dari akaun peribadinya.
“Adakah Najib berani saman pembangkang, NGO dan beberapa pihak dalam BN sendiri yang mengkritik beliau berhubung skandal RM2.6 bilion itu. Saya percaya lebih banyak fakta akan kita ketahui jika ia dibicarakan.
“Adakah ini juga bermaksud mana-mana ahli politik boleh menerima sumbangan dari sesiapa?” katanya ketika ditemui di sidang parlimen.
Dalam satu laporan media, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dipetik menyifatkan tindakan peguam negara itu sudah dijangka dan tidak menghairankan.
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali hari ini seperti dilaporkan media dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji.

195,000 perusahaan kecil hilang jika laksana TPPA


lim guan eng tppa
KUALA LUMPUR 26 JAN: Mengulangi pendirian menolak Perjanjian TPPA di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membuat penilaian secara objektif mengenai kos dan faedah penyertaan Malaysia dalam perjanjian itu.
Selain membangkitkan kebimbangan kesan terhadap harga perubatan, harta intelek, alam sekitar dan hak buruh, Ahli Parlimen Bagan itu juga mengetengah tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian.
Pada sesi perbahasan Parlimen, Setiausaha Agung DAP itu berkata isu pertama ialah kesan terhadap industri kecil dan sederhana (IKS) ataupun small and medium enterprises (SMEs).
“Bantuan dari segi kewangan dan juga bantuan teknikal mesti diberi kepada SME yang kecil untuk menyediakan mereka untuk persaingan akibat TPPA.
“Jikalau kerajaan tidak ada sebarang langkah mitigasi yang dirancang terperinci, khusus dan sistematik, bagaimana SME boleh mempercayai jaminan TPPA akan membawa kesan positif kepada mereka?”
Guan Eng merujuk kenyataan Presiden Persatuan IKS Malaysia, Michael Kang yang menyatakan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada 195,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia akan gulung tukar selepas TPPA dilaksana.
Kebimbangan kedua, katanya, ialah Investor State Dispute Settlement (ISDS) yang melibatkan kerajaan negeri boleh diheret ke Tribunal Antarabangsa lantaran tiada jaminan kukuh kes ISDS yang melibatkan kerajaan negeri, tidak dibawakan ke tribunal antarabangsa.

Mengapa rakyat tidak boleh percaya kerajaan BN tandatangani TPPA

Oleh Nurul Izzah Anwar
Dalam saat dan waktu getir ketika kerajaan dihujani persoalan dan kritik berkenaan skandal hutang negara dan #1MDB yang mencecah RM2.64 bilion derma, kerajaan Barisan Nasional (BN) meluangkan masa untuk sibuk berunding Perjanjian Perkongsian Tran-Pasifik (TPPA).
Hakikatnya, Malaysia secara komited terlibat secara langsung selama 5 tahun untuk menjadi sebahagian daripada perjanjian perdagangan terbesar di abad ke-21 ini.

Malangnya, sikap kerajaan yang menyembunyikan butiran penting dalam perjanjian besar ini serta merahsiakan proses rundingan sepanjang lebih 4 tahun lamanya boleh dikategorikan hanya bertaraf proses perundingan era lampau abad ke-12. Adapun teks penuh perjanjian TPPA kini boleh diakses orang awam, namun rakyat hanya diberikan kurang 60 hari untuk menghadamkan hampir 6,350 muka surat penjelasan tentang undang-undang perdagangan antarabangsa. Kemuncak debaran dan persoalan rakyat akan tiba di penghujungnya pada hari ini (26 dan 27 Januari) apabila sidang khas Dewan Rakyat di Parlimen dan sesi “perbahasan” akan dijalankan.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk memuji Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed usaha murni melibatkan ahli Parlimen pembangkang dalam beberapa perbincangan meskipun tidak mempunyai perubahan kepada isi rundingan yang dijalankan. Pada 2013, saya mengalami kesukaran dalam tugasan meyakinkan pengamal perundangan Umno untuk bersetuju mewujudkan Kaukus Parlimen, walau berhasil akhirnya.
Sehingga hari ini, kami ahli-ahli Parlimen pembangkang yang turut serta sebagai Kaukus Parlimen Wong Chen, Datuk Takiyuddin, Dr. Jeyakumar dan Dr. Charles Santiago menghadiri 15 sesi mesyuarat bersama menteri juga beberapa siri bersama Michael Froman walaupun pendedahan beliau jauh lebih bermakna berbanding dengan rakan sejawatnya di Malaysia.
Bila tiba saat Mustapa mengumumkan pembubaran barisan Kaukus Parlimen TPPA, kami masih ditinggalkan dengan seribu satu persoalan tentang apakah niat sebenar menubuhkan dan melibatkan ahli parlimen pembangkang pada awalnya.
Kami di pihak ahli Parlimen pembangkang yang terlibat sebagai ahli Kaukus, mendesak agar teks penuh TPPA diterbitkan dalam bahasa Malaysia. Hal ini kerana bahasa rasmi di negara ini adalah Bahasa Malaysia dan adalah penting agar rundingan yang dilaksanakan perlu dialih bahasa ke Bahasa Malaysia sebelum diteruskan.
Tambahan pula, saya menyeru agar peguam negara tidak hanya menutup mata dan seharusnya memberikan penerangan lanjut berkenaan undang-undang serta penggubalan Perlembagaan yang terjejas dengan menandatangani TPPA.
Malangnya, kami hanya dimaklumkan tentang penggubalan 26 undang-undang yang perlu dilakukan untuk menandatangani TPPA melalui pendedahan media, dan itu juga dilakukan selepas pembubaran Kaukus TPPA oleh menteri.
Sesi perbahasan TPP di Parlimen adalah satu langkah yang tepat walaupun hakikatnya perjanjian perdagangan bebas tidak perlu diluluskan Parlimen, hanya kelulusan Kabinet diperlukan. Namun, kecacatan sistem ini mendesak ke arah proses reformasi Parlimen yang berterusan.
Keperluan ini bertambah penting dalam suasana politik kini di mana kerajaan, iaitu perdana menteri kita mengalami krisis kepercayaan rakyat dan urus tadbir negara yang bobrok.
Malangnya bagi kami, 26 dan 27 Januari adalah sesi Parlimen yang hanya memperlihatkan apa diinginkan perdana menteri dan ahli-ahli Parlimen kerajaan adalah undi yang tidak berasaskan kemahuan individu, tetapi berasaskan arahan parti. Yang pasti, akan wujud tentangan hebat daripada pengamal undang-undang BN yang ingin menandatangani TPPA.

Azeez jawab dakwaan pelantikan Peguam Negara

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamaed Apandi Ali sebagai  Ahli Lembaga Pengarah TH adalah imbuhan  bagi menutup kes membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya Abdul Azeez berkata, siapapun yang dilantik TH sebagai ahli lembaga pengarah pasti akan ada ‘modal’ lain yang digunakan pembangkang untuk memburukkan imej TH, termasuk pelantikan beliau sebelum ini juga mengundang pelbagai fitnah.
“Ahli TH patut pertimbangkan niat saya, itu lebih penting kerana saya pun tahu yang mana halal dan haram malah saya sudah berjanji dengan diri sendiri yang saya akan jaga TH dengan beramanah kerana ini melibatkan agama dan bukan hanya melibatkan jemaah Islam.
“Orang di luar sana akan tetap mengata saya, sebagai contoh jika saya lantik peguam lain seperti Tan Sri Shafee Abdullah nanti orang akan cakap sebab kulit sama (kroni). Niat saya ikhlas untuk menjaga pencarum dan jemaah kita dengan meletakkan pengamal undang-undang dalam TH,” katanya yang dipetik BNBBC.my.
Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, pelantikan Apandi tiada sebarang ‘conflict of interest’ memandangkan pemegang jawatan itu hanya akan menerima elaun kehadiran tanpa sebarang gaji.
“Beliau adalah sebagai ahli lembaga pengarah sahaja dan lantikan pula bulan lalu, kalau saya lantik bulan depan, lagi orang akan melihat ia sebagai ‘rewards’ kepada beliau. Selagi saya ni UMNO dan Barisan Nasional fitnah akan berterusan saya harap Allah beri hidayah kepada mereka,” katanya.
Pelantikan Apandi berkuatkuasa 15 Januari lalu.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan pencarum TH  tidak terlalu bimbang dengar khabar angin apabila TH dikatakan kekurangan dana.

Skandal RM2.6B Dan SRC: Rakyat berhak tahu lebih berbanding penjelasan peguam negara

Peguam dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan cara mereka mencapai kesimpulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah dalam isu derma RM2.6 bilion.
Katanya, kedua-dua institusi itu wajar memahamkan orang ramai bagaimana elemen rasuah dalam derma itu didapati meragukan memandangkan ia melibatkan sejumlah wang yang amat besar.
"Saya tak faham bagaimana isu memulangkan duit ini timbul – bagaimana derma dengan kemungkinan unsur rasuah – dan kemungkinan ini kemudiannya diketepikan.

"Saya mahu tahu bagaimana kemungkinan itu diketepikan kerana orang tak bagi duit sebegitu banyak tanpa imbuhan. Itu tak jelas pada saya. "Bagaimana anda jelaskan seseorang boleh dermakan RM2.6 bilion tanpa mahukan sebarang imbuhan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur petang ini.
Ambiga berkata, peguam negara dan SPRM juga tidak wajar bersembunyi di sebalik amalan kerahsiaan kerana mereka boleh melakukan pendedahan sewajarnya bagi memahamkan orang ramai akan asas keputusan mereka.
"Maknanya perlu ada bukti yang sangat kuat menunjukkan penderma itu menderma tanpa mahukan pulangan.
"Orang ramai tak akan berpuas hati sehingga mereka faham," katanya.
Pagi ini Apandi mengumumkan Najib memulangkan semula sumbangan yang diberikan kepadanya daripada keluarga Diraja Arab Saudi kerana ia tidak digunakan.
Apandi berkata, ini adalah salah satu daripada sebab mengapa Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku berkaitan RM2.6 bilion di dalam akaun bank peribadinya.

Rafizi: Siapa pula luluskan pindahan wang SRC kedalam akaun Najib?

Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli melahirkan beberapa persoalan berkenaan dana RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Ia selepas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berkata, Najib tidak tahu dan tidak dimaklumkan dengan jumlah wang yang berasal dari bekas anak syarikat 1MDB itu.
"Penjelasan setakat ini tidak menjawab soalan utama - sejak RM42 juta telah dipindahkan dari SRC, siapa dalam SRC beri kuasa untuk lakukan pemindahan?" soal naib presiden PKR itu.
Rafizi berkata, untuk melakukan pemindahan, SRC pastinya memerlukan nombor akaun Najib dan perkara yang paling tidak mustahil mungkin ialah ia diberikan oleh perdana menteri sendiri.
"Justeru, bagaimana Najib memberikan nombor akaun tetapi tidak mengingati wang yang masuk ke akaunnya adalah dari DRC?" tanya beliau.
Apandi hari ini berkata, bukti menunjukkan perdana menteri percaya sumbangan RM2.6 bilion yang dibuat kepadanya sebelum ini berasal dari sumbangan politik keluarga diraja Arab Saudi.
"Tidak ada bukti yang menunjukkan PM memberi apa-apa kelulusan untuk pemindahan wang dari akaun SRC International ke dalam akaun peribadi beliau," katanya.
Apandi berkata demikian ketika menjawab dua kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – berkaitan kes SRC International dan kes RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib – kepada Apandi Disember tahun lalu.
RM2.6 bilion telah dipindahkan pada tahun 2013 manakala RM42 juta daripada SRC International disalurkan ke dalam akaun Najib pada akhir 2014 dan awal 2015.
Sementara itu, Rafizi mengibaratkan isu tersebut seperti perlawanan pingpong, apabila Apandi berkata Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada keluarga diraja Saudi tersebut pada bulan Ogos 2013.
"Najib berkata beliau mendapat derma RM2.6 bilion, entah bagaimana dia kembali semula.
"Kemudian setahun kemudian, entah macam mana penderma Arab yang murah hati derma RM42 juta lagi ke dalam akaunnya melalui SRC," katanya.

Saudi masih tutup mulut isu sumbangan RM2.6B pada Najib

Seorang jurucakap Kementerian Luar Arab Saudi berkata pihaknya sedang meneliti dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima sumbangan politik berjumlah RM2.6 bilion.
 Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ), jurucakap itu berkata tiada komen akan diberikan buat masa ini.
Sumbangan itu dikatakan dibuat pada era pentadbiran allahyarhamah Raja Abdullah sebelum ini.
Julai lalu, WSJ dan laman pembocor maklumat Sarawak Report mendedahkan isu sumbangan itu berdasarkan dokumen bocor daripada penyiasat-penyiasat Malaysia.
Najib mengancam menyaman WSJ tetapi belum berbuat demikian.
Pagi ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada alasan untuk memfailkan pendakwaan terhadap perdana menteri dalam kes-kes berkaitan.
Beliau juga berkata Najib memulangkan AS$620 (RM2.03 bilion) kepada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013.
Najib berulang kali menafikan salah laku dalam kontroversi itu.

Skandal RM2.6B Dan SRC: Kes tutup, kini masanya maju ke depan kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengalu-alukan keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan daripada sebarang salah laku.
Katanya, sekarang kes sudah ditutup dan tiba masanya untuk Malaysia bergerak ke depan.
“Ini ini telah menjadi gangguan tidak perlu terhadap negara ini.
“Sekarang perkara ini secara menyeluruh telah tamat, ini masanya untuk bersatu dan bergerak ke depan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau merujuk siasatan terhadap dana berbilion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaunnya serta RM42 juta yang dipindahkan padanya dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

NAJIB TIDAK SAJA DIBERSIHKAN, SUCI HATINYA JUGA DIDEDAHKAN...

Tiada kesalahan dan pendakwaan yang akan diambil terhadap Perdana Menteri, Najib Razak setelah penyiasatan lebih enam bulan oleh SPRM berhubung wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International barangkali tidaklah begitu memeranjatkan kita semua.

Ini kerana keputusan itu pada umumnya sudah dijangka oleh sesiapa pun juga, cuma yang ingin ditunggu ialah bagaimana penolakan kes itu akan dilakukan oleh Peguam Negara.

Walaupun SPRM yang melakukan penyiasatan, tetapi sama ada pendakwaan hendak dilakukan atau sebaliknya, ia adalah kuasa Peguam Negara. Oleh kerana Apandi Ali dilantik secara mengejut menggantikan Gani Patail, penutup skripnya tidaklah begitu sukar untuk dijangka.

Tetapi yang lebih memeranjatkan ialah apabila Peguam Negara turut memaklumkan bahawa selain tiada kes yang boleh dikaitkan dengan Najib berkaitan wang tersebut, beliau  juga dimaklumkan sudah memulangkan kembali RM2,030 juta daripada RM2,600 juta yang diterimanya kepada keluarga penderma daripada Timur Tengah tersebut.

Kata Peguam Negara,  wang itu dipulangkan oleh Najib kepada penderma kerana ia tidak lagi diguna pakai.

Oh oh oh...baiknya hati Perdana Menteri kita ini. Oleh kerana tidak diguna pakai, wang derma itu dipulangkan kembali. Jumlahnya pula bukan seratus dua, tapi ribu-ribu juta.

Memang zuhud dan tidak gelap mata dengan dunia rupanya pemimpin kita ini. Mungkin Najib satu-satunya pemimpin yang pernah memulangkan kembali wang derma yang diterimanya dalam jumlah ribu-ribu juta nilainya.

Barangkali di dalam dunia juga hanya ada seorang manusia yang memiliki hati sesuci dan sebersih Najib ini. Sebelum Najib, rasanya tidak ada yang memiliki hati seperti itu dan diharapkan dengan contoh teladan yang ditunjukkan ini lebih ramai lagi yang akan menuruti jejak langkahnya itu, terutama isteri dan anak-anaknya.

Apandi ada konflik kepentingan, tidak patut bebaskan Najib

BATU PAHAT 26 JAN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tidak menolak kemungkinan berlaku konflik kepentingan melibatkan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap kes melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Adakah Apandi bersalah melibatkan percanggahan kepentingan apabila memutuskan bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah membabitkan derma RM2.6 billion?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Apandi hari ini membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan kesalahan dalam skandal derma RM2.6 bilion atas alasan sejumlah RM2.03 bilion sudah dipulangkan kepada keluarga diraja Arab Saudi pada 2013.
Beliau yang dikenal pasti ada pelantikan sebagai Ahli Lembaga Tabung Haji itu kemudian mengarahkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes berkenaan.
Malah, Kit Siang berkata, peristiwa pemecatan tergesa-gesa Tan Sri Gani Patail sebelum diganti Apandi secara mengejut sebagai punca kemungkinan berlakunya percanggahan berkenaan.
Gani dipecat atas alasan masalah kesihatan tetapi ada ura-ura mengatakan ia berikutan bekas Peguam Negara itu mahu membuka kertas pertuduhan terhadap Najib.
Ekoran itu, Kit Siang menggesa supaya Apandi tidak diberi ruang untuk membuat keputusan berkaitan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan mencadangkan supaya Peguam Cara Negara memikul tanggungjawab itu.
“Pendedahan Apandi bahawa Najib mengembalikan RM2.03 billion, dua bulan selepas pilihan raya umum, membangkitkan pelbagai persoalan.
“Mengapa beliau menerima derma itu? Mengapa memulangkan semula RM2.03 billion pada Ogos 2013? Bagaimana pula dengan baki RM570 juta?” katanya yang mendesak Apandi mendedah kertas cadangan SPRM dalam kes itu kepada umum.

Rosmah Mansor mahu Permata Kurnia dibanyakkan lagi...duit rakyat lagi..!!

Isteri Perdana Menteri mahu program prasekolah untuk kanak-kanak autisme diperluaskan di seluruh negara.
Pusat-Permata-KurniaKUALA LUMPUR: Penaung Program Permata, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata pihaknya berhasrat membina lebih banyak pusat Permata Kurnia di seluruh negara bagi menyediakan program prasekolah untuk kanak-kanak autisme.
Isteri Perdana Menteri itu berkata, ketika ini hanya pusat PERMATA Kurnia di Sentul yang memulakan operasi pada 3 Nov lalu menyediakan program prasekolah untuk kanak-kanak autisme berusia antara empat hingga tujuh tahun.
“Permata sememangnya ingin menambah bilangan pusat seperti ini di seluruh negara bagi membantu dan memberikan pendidikan buat kanak-kanak autisme, namun ia masih lagi dalam rangka perancangan sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa melawat pusat autisme pertama negara ‘PERMATA Kurnia’ di Sentul bagi meninjau perjalanan program yang disediakan kepada 241 kanak-kanak autisme.
Semasa lawatan dua jam itu, Rosmah turut mendengar penerangan dan pengalaman ibu bapa mengenai anak-anak mereka yang mengikuti pendidikan awal di pusat itu.
“Pusat Permata Kurnia ini merupakan projek perintis bagi mengenal pasti masalah yang timbul dan penambahbaikan dalam program yang disediakan,” kata Rosmah.

TPPA: Adakan referendum rakyat demi kedaulatan negara

TPPAKUALA LUMPUR 25 JAN: Kerajaan Persekutuan digesa mengadakan referendum rakyat sebelum membuat keputusan menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) agar tidak mengancam kedaulatan negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata beliau tidak mahu sejarah berulang dalam Perjanjian Pangkor 1874 yang membuka pintu kepada penjajahan di negara ini.
“Perjanjian Pangkor macam TPPA akan membenarkan kuasa asing tentukan perundangan seperti ISDS dan hanya tinggalkan urusan agama dan adat resam pada kita,” kata Wan Azizah dalam perbahasannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya beliau tidak mahu ‘Pivot to Asia’ yang menjadi ‘Pivot to Trade and Investment not Democracy’ bertukar menjadi ‘Pivot to Security’ apabila terpaksa membenarkan pengkalan tentera asing dibina di negara ini.
“Janganlah pula perjanjian TTPA ini membuka luas pintu serta terbinanya pengkalan tentera asing di bumi tercinta kerana konon mahu melindungi TPPA.
“Jangan kita terjerat dengan bentuk penjajahan baru akibat penswastaan negara kepada syarikat multi nasional barat seperti mana Syarikat Hindia Timur menjadi alat menjajah dahulu,” kata Wan Azizah.
Katanya, beliau mengajak Ahli Dewan Rakyat menolak usul bagi menyeret negara dalam jebak TPPA yang lebih mementingkan pelabur asing.
“Justeru adalah baik jika satu referendum untuk semua rakyat diadakan agar sejarah Perjanjian Pangkor dan Malayan Union tidak berulang.
“Bayangkan rupa wajah sejarah negara sekarang jika ketika itu rakyat dapat membuat referendum ke atas perjanjian kuasa asing itu,” katanya.

Negara Dalam Krisis: "Pelajar menangis dapat tahu biasiswa JPA ditarik balik"

Sekumpulan pelajar yang mendapat tawaran pelajaran ke luar negara menemui jalan buntu apabila mendapat tahu tidak akan menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Isu mengenai perkara itu hangat diperkatakan sejak minggu lalu, menyebabkan pelajar berkenaan berjumpa dengan pegawai JPA di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan.
Namun, jawapan yang diterima sungguh mengejutkan apabila pihak jabatan tersebut mengesahkan ia ditarik balik.
“Dalam sesi perjumpaan dengan pegawai JPA pada 19 Januari lalu memang mereka sahkan biasiswa telah ditarik balik, semua orang terkejut dan hampir semuanya menangis mendengar berita itu,” kata seorang wakil pelajar dalam sidang media di sebuah restoran di Subang Jaya hari ini.
Malah, pelajar-pelajar ini turut mendakwa pegawai dari JPA mengesahkan terdapat lima jurusan lain seperti arkitek, perubatan, pemakanan, farmasi, dan pergigian telah ditarik balik.
Mereka juga difahamkan pihak JPA akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu namun sehingga kini masih belum berbuat demikian.
Sebelum ini terdapat ibu bapa membuat aduan berkenaan biasiswa JPA digantung.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong dilaporkan telah membangkitkan isu itu di kabinet dan menggesa supaya biasiswa itu diberikan semula.
Wee turut berkata, beliau tidak mengumumkan penggantungan biasiswa JPA sebaliknya hanya sekadar menjawab keprihatinan ibu bapa tentang biasiswa itu yang telah dilaporkan secara meluas dalam media.
Dalam sidang media yang sama hari ini, pelajar-pelajar tersebut yang enggan wajah mereka dirakam melahirkan rasa kesal dengan penarikan biasiswa tersebut.
Berputih mata
Menurut salah seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai K, beliau sudah menerima tawaran dari Universiti Melbourne, Australia dan harus mendaftar pada 29 Januari ini. Bagaimanapun beliau kini berputih mata apabila JPA menarik balik tawaran biasiswa itu.
“Buntu, Keputusan dari Universiti Melbourne saya terima pada 13 Januari lalu yang mengatakan saya diterima masuk.
“Tapi, sebelum mendaftar saya harus dapatkan dulu slip (biasiswa) dari JPA, tapi saya difahamkan biasiswa sudah ditarik. Masa yang saya ada sangat singkat, sekarang saya buntu,” katanya.

Peguam Negara perlu jelaskan perkara berbangkit RM2.6 bilion

apandi
Mohamed Apandi menunjukkan carta aliran wang SRC pada sidang media mengenai kes syarikat itu dan dana RM2.6 bilion di Jabatan Peguam Negara, hari ini.

KUALA LUMPUR, 26 Januari:

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu menjelaskan perkara-perkara berbangkit susulan kenyataannya mengenai dana sumbangan RM2.6 bilion dan syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin Mohamed Apandi mampu berbuat demikian, kerana rakyat perlu memahami keputusan tersebut.
“Saya fikir dalam soal ini, tanggungjawab Peguam Negara juga untuk menjelaskan, kalau ada perkara-perkara lain yang ditimbulkan, kerana dalam soal ini, rakyat ingin memahaminya, tetapi sekurang-kurangnya itu satu keputusan yang telah dibuat.
“Tetapi, kalau ada hal-hal yang tidak puas hati, saya percaya Peguam Negara dapat menjelaskannya dengan lebih sempurna lagi, dengan data dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada rakyat akan curiga dengan kenyataan Mohamed Apandi hari ini yang mengatakan tiada unsur rasuah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap dana sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya dan juga berkaitan SRC.

Keputusan derma RM2.6 bilion berbeza jika peguam negara tidak ditukar, kata Pakatan Harapan

Pakatan Harapan menjangkakan jika Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi peguam Negara, keputusan siasatan membabitkan Datuk Seri Najib Razak berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC International mungkin berbeza. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Januari, 2016. 
Pakatan Harapan menjangkakan jika Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi peguam Negara, keputusan siasatan membabitkan Datuk Seri Najib Razak berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC International mungkin berbeza.

 Pakatan Harapan menjangkakan keputusan berbeza mungkin berlaku dalam siasatan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd sekiranya Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi peguam negara.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan peguam negara yang mengatakan tiada bukti menunjukkan Najib menyalahgunakan kuasa dalam isu itu juga sudah dijangkakan.
"Ia sudah dijangka, bila mereka tukar peguam negara, kalau tidak ditukar mungkin perkara lain akan berlaku," katanya pada sidang media di pejabat pembangkang di Parlimen, hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang ditemui selepas sidang media itu berkata, beban kini terletak di bahu Najib untuk memberikan penjelasan kepada rakyat.  "Tak menghairankan, memang dijangka, membaca penjelasan peguam negara itu tidak meyakinkan.
"Cabarannya macam mana beliau boleh katakan tiada unsur salah. Saya rasa susah untuk beliau yakinkan orang ramai. Rakyat biasa tidak akan terima," katanya.
Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, perkara itu menunjukkan, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak menjalankan tugas dengan bebas.
"Mungkin kerana beliau guna budi bicara, ini salah guna budi bicara."
Menjelaskan berhubung langkah blok pembangkang seterusnya, Lim berkata, teks peguam negara itu akan diteliti mereka dan satu usul akan di bawa terhadap Najib di Parlimen sekiranya perlu.
"Kita akan baca teks dengan teliti, kalau ada usul ketua pembangkang akan bawa ke Dewan. Kita akan bincang kemudian.

TIDAK SIA-SIA perlantikan AG baru di atas nasihat Najib Razak...

Petunjuk Prestasi Utama ( KPI ) Peguam Negara setakat ni....

1. Arahkan kes dakwaan terhadap Salleh Ismail laki Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO dan NFC digugurkan..

2. Arahkan siasatan terhadap Najib Razak terhadap SRC International dan Derma RM2.6 billion ditutup...

Akhirnya Najib dibebas di luar mahkamah

Bukan lelucoh tetapi ia satu kenyataan yang berlaku hari ini. Peguam Negara Mohamad Apandi Ali telah "membebaskan" Perdana Menteri Najib Razak daripada terlibat dengan salah laku menerima wang dana sebanyak RM2.6 billion yang lama mengusut dalam kepala umum selama ini.

Alasan mudah yang diberikan oleh Peguam Negara untuk melepaskan Najib dan tidak mendakwanya dengan apa-apa kesalahan di mahkamah kerana Najib telah mengembalikan semula wang derma yang diterimanya sebanyak AS$620.000.000 (RM2.036 billion) yang diberikan oleh seorang keluaraga di Raja Arab Saudi.

Apandi bagaimana mengakui sebanyak AS$681 juta (RM2.08 billion) telah didepositkan ke dalam akaun Najib antara 22 Mac 2013 dan April 2014.


Menurut Apandi, Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung wang berkenaan kerana telah mengembalikan semula wang berkenaan. Dan Najib juga tidak menggunakan wang berkenaan untuk apa-apa tujuan termasuk mempengaruhi undi bagi kemenangan BN dalam pilihan raya yang lalu.

Jelas Peguam Negara itu berdasarkan keterangan saksi dan dokumen dikemukakan oleh pihak SPRM juga wang itu adalah sumbangan peribadi untuk Najib.

Sehubungan penjelasan dan perkembangan itu juga Peguam Negara mengarahkan SPRM supaya menutup kertas siastaan ke atas Najib. Ertinya kerja keras SPRM selama ini sehingga menimbulkan keributan berakhir begitu sahaja tanpa membawa apa-apa kesan. Apakah SPRM pandir dalam kerja-kerja penyiasatannya?

Sekali tenguk isu wang dana RM2.6 billion sudah selesai dan Najib dilihat bersih tanpa terkarut (terkait) dengan apa-apa apa-apa jenayah dengan wang berkenaan. Tetapi persoalan kini apakah sikap dan pandangan umum berhubung kes berkenaan?

Apakah Najib dilihat bersih dan tidak ternoda dengan apa yang berlaku itu? Bagi saya, walaupun Najib dibersihkan oleh Peguam Negara tetapi daki-daki tanggapan kotor kepadanya tetap juga akan melekat dalam kepala orang ramai.

Mekanisme melepaskan Najib ini akan dianggap sama dengan kes pembunuhan Altantuya Shaarribbu yang sudah menjadi sejarah tetapi tetap dipersoalkan hingga kini. Walaupun mahkamah sudah menjatuhkan hukuman mati kepada mereka yang dituduh membunuh modeling Mongolia itu, tetapi dalam kepala orang ramai masih meragui akan keadilannya kerana, beberapa faktor lain. Antaranya ialah orang mencari apakah motif pembunuhan itu.

Biarpun mahkamah sudah melengsaikan kes itu, tetapi persepsi orang ramai masih lekat. Jenayah itu masih diperkatakan sampai kini. Dunia masih membicarakan kes pembunuhan itu dan seolah-olah orang yang dihukum itu masih belum terhukum.

Dana Asing RM2.6b: Khairuddin tuntut penjelasan terperinci

Bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan menuntut penjelasan terperinci peguam negara yang membersihkan perdana menteri daripada salah laku berkaitan kemasukan RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Katanya, 30 juta rakyat Malaysia mahukan jawapan konkrit dan menyeluruh berkaitan kewajaran langkah itu diambil.
“Walaupun ini sudah diduga oleh semua orang akan keputusan yang bakal di umumkan oleh peguam negara namun Tan Sri Apandi (Ali) jangan ambil mudah dalam isu polemik ini kerana satu jawapan yang telus amat dinanti-nantikan oleh keseluruhan rakyat Malaysia!” katanya.
Apandi hari ini berkata tiada jenayah dilakukan oleh Najib berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.
Beliau juga mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan akan dibuat terhadap perdana menteri.
Apandi juga berkata Najib mengembalikan semula RM2.03 bilion (AS$620) daripada RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
Dalam kenyataannya hari ini, Khairuddin menegaskan bahawa rakyat tidak bodoh dan tidak harus diperbodohkan dalam isu itu.
“Apa pun saya nak maklumkan kepada 30 juta rakyat Malaysia agar terimalah hakikat ini sepertimana yang kita semua dah duga.
“Insya-Allah dengan izin Allah SWT kebenaran pasti timbul juga satu masa nanti. Hanya masa ketika saja yang bakal menentukannya,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan apakah di mana depan seseorang yang menerima “rasuah” dan kemudian memulangkannya akan terlepas daripada hukuman.
“Maknanya beliau tidak boleh didakwa dan kes terus ditutup begitu saja. Boleh peguam negara beri jawapan kepada kemusykilan persoalan saya ini?” soalnya.
Khairuddin sebelum ini membuat laporan di pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat berhubung kemasukan dana ke akaun Najib.
Beliau kemudian ditangkap dan didakwa di mahkamah atas tuduhan mensabotaj sistem kewangan negara.

Skandal RM2.6B Dan SRC: Satu dunia kata Najib salah....

"Satu dunia kata (Najib) salah, tapi Malaysia kata tak salah," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini bahawa Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.
Lim berkata berkaitan tanggapan dunia berkaitan isu itu kepada pemberita selepas sidang media Pakatan Harapan di bangunan Parlimen sebentar tadi.
Beliau berkata penjelasan peguam negara dalam itu tidak meyakinkan, walaupun tidak menghairankan baginya.
"Tak menghairankan, memang dijangka. Membaca penjelasan AG itu tidak meyakinkan. Masalahnya, macam mana beliau boleh katakan tiada unsur salah," kata Lim.
Beliau membangkitkan dakwaan kemungkinan AG tidak menjalankan tugas dengan bebas.
AG hari ini berkata, tiada kesalahan jenayah dilakukan Najib berhubung isu sumbangan RM2.6 bilion itu serta siasatan berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
Beliau justeru mengarahkan kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan akan dibuat terhadap perdana menteri.
Apandi berpuas hati dengan keterangan saksi dan dokumen sokongan yang menunjukkan wang dimasukkan merupakan sumbangan peribadi tanpa apa-apa balasan.
Malah, katanya, tiada keterangan yang menunjukkan bahawa sumbangan itu berbentuk suapan dan diberi secara rasuah.

Zaid Ibrahim: SPRM patut tutup kedai

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyatakan rasa tidak yakin terhadap keputusan peguam negara membersihkan nama perdana menteri dalam isu dana RM2.6 bilion.
Beliau juga merujuk kenyataan peguam negara Tan Sri Apandi Ali bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mengakui Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesilapan.
“Jika benar SPRM kata kata tiada salah dibuat oleh Najib, SPRM patut tutup kedai,” tulisnya di Twitter.
Apandi hari ini juga mengarahkan siasatan terhadap kes itu ditutup dan mengumumkan tiada tindakan lanjut akan diambil.

Tiada PM semulia & paling zuhud di dunia Najib Razak dah dapat derma pulang balik derma tersebut..

Inilah Malaysia ku...

Pasti Rosmah Mansor tak dapat tidur lena gara2 derma bilion2 ringgit tu dah dipulangkan balik.. huhuhukkk

Dengar Boleh Percaya Jangan...

Skandal RM2.6B: Najib Mulia Sanggup Pulangkan Derma

Najib paling bertuah, mulia dapat dan pulang RM2.03b - Rafizi

Khalid juga tidak terkejut dengan kenyataan AG bersihkan Najib

Azmin: Clearance of Najib on RM2.6b donation shocking

TPPA akan menjadi satu malapetaka negara, Guan Eng

'Jika saya dapat RM2.6b, saya sudah tentu masuk penjara' - Guan Eng

Najib pulangkan RM2.03 bilion wang derma, PM tidak lakukan rasuah kata Peguam Negara

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata perdana menteri mengembalikan semula wang sejumlah US$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi dalam bulan Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut," katanya.
Berhubung perkara itu juga, Apandi berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion itu.
Berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International, Apandi berkata tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.
Mengenai Akta SPRM, beliau berkata tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri menyalahgunakan kedudukannya semasa mesyuarat Jemaah Menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
Keterangan juga menunjukkan bahawa proses kelulusan pinjaman Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman oleh mesyuarat Jemaah Menteri dibuat secara teratur, katanya.
"Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri meminta atau dijanjikan apa-apa suapan daripada mana-mana pihak sebelum, semasa, atau selepas keputusan Jemaah Menteri dibuat," katanya.
Apandi berkata daripada keseluruhan keterangan yang melibatkan keputusan atau tindakan, tidak menggambarkan apa-apa konflik kepentingan oleh perdana menteri.
"Pihak SPRM sendiri mengakui bahawa berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan bahawa perdana menteri melakukan sebarang perbuatan rasuah," katanya.

Skandal RM2.6B Dan SRC: AMANAH sudah jangka keputusan Peguam Negara

AMANAH melihat sejak awal lagi, tidak ada suatu indikator isu ini akan dilihat secara serius.
khalid-samad
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak terkejut dengan keputusan yang diumumkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersalah dalam isu derma RM2.6 billion dan SRC International.
Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, AMANAH sudah dapat menjangkakan keputusan itu.
“Saya tidak terkejut dengan keputusan yang diumumkan Peguam Negara. Hal ini kerana sehingga kini tidak ada suatu indikator dari awal yang mana isu ini akan dilihat secara serius,” katanya sewaktu ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menyatakan sistem kehakiman di Malaysia juga harus bersikap lebih bebas dalam melaksanakan keputusan-keputusan penting.
“Itu menunjukkan bahawa kita seharusnya mempunyai suatu sistem kehakiman dan Jabatan Peguam Negara juga harus bersifat bebas
“Ia sekali gus mengurangkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang mematuhi undang-undang,” katanya lagi.
Hari ini, Jabatan Peguam Negara mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan Datuk Seri Najib Razak, berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Apandi, pada sidang media hari ini, berkata beliau berpuas hati dengan siasatan itu dan mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan terbabit ditutup.

Skandal SRC: PM tak salah guna kedudukan kata Peguam Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang unsur rasuah dan tidak menyalah guna kedudukannya dalam siasatan SRC International, kata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
 Katanya, beliau mendapati bahawa tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Najib menyalah guna kedudukannya dan memberi kelulusan jaminan wang pinjaman RM4bilion oleh syarikat berkenaan daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) (KWAP).
Jelasnya lagi, pihak SPRM turut mengakui tiada keterangan daripada saksi yang boleh menunjukkan perdana menteri melakukan sebarang perbuatan rasuah.
"Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri mengetahui atau dimaklumkan bahawa terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun beliau.
"Keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa material, perdana menteri mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang telah dipindahkan ke dalam akaun beliau sebelum itu," katanya.
Beliau berkata dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Apandi dilantik lembaga pengarah Tabung Haji....cepatnya..!!!

Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji.
Pelantikan itu disahkan oleh wakil lembaga itu Anis Zuhani Ahmad, lapor The Malaysian Reserve.
“Ya, kami boleh sahkan pelantikan Apandi Ali sebagai anggota lembaga Tabung Haji baru-baru ini,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Semakan Malaysiakini di laman sesawang Tabung Haji mendapati nama Apandi sudah tersenarai dalam organisasi berkenaan.
Berita pelantikan ini timbul ketika terdapat spekulasi lembaga itu melewatkan bayaran dividen kepada sembilan juta pendepositnya.
Pagi tadi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan bahawa lembaga itu dalam keadaan baik dan maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dikeluarkan lewat hari ini.
Asyraf demikian sebagai mengulas surat bocor kononnya daripada Bank Negara Malaysia memberi amaran Tabung Haji rizabnya dalam paras negatif.
Berita pelantikan ini timbul ketika Apandi mengumumkan bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.
Apandi berkata, kesemua kes kini ditutup.

Najib pulangkan kembali dana asing RM2 bilion pada Arab Saudi kata Peguam Negara

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.
Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.

Skandal RM2.6B Dan SRC: ‘Tiada salah’, AG arah SPRM tutup kertas siasatan Najib

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan mengendalikan kertas siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan akan dibuat terhadap perdana menteri.
"Berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai pendakwaraya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan perdana menteri berkait ketiga-tiga kertas siasatan.
"Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan ditutup," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.

Rafizi didapati bersalah hina Umno dan didenda RM1,800

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli selamat daripada mengosongkan kerusi Parlimennya apabila mahkamah mengenakan denda RM1,800 kerana jenayah fitnah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2016. 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli selamat daripada mengosongkan kerusi Parlimennya apabila mahkamah mengenakan denda RM1,800 kerana jenayah fitnah. 

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini mendapati Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah kerana jenayah fitnah. Rafizi, 37, didakwa menghina ahli Umno dengan sengaja, dengan pengetahuan ia boleh mengganggu ketenteraman awam melalui kenyataan dalam satu artikel bertajuk "Will Rafizi quit if Selangor is not toppled".
Rafizi didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun menjatuhkan hukuman denda terhadap setiausaha agung PKR itu sebanyak RM1,800. Ini bermakna, Rafizi selamat daripada mengosongkan kerusi Parlimennya.

Najib tidak bersalah kes derma RM2.6 bilion, SRC International, kes ditutup..!!


Datuk Seri Najib Razak bersih daripada sebarang kesalahan kata peguam negara hari ini, selepas penyiasatan hampir 6 bulan kes derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn Bhd.
Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, "tidak terdapat bukti yang cukup" untuk mengaitkan perdana menteri.
"Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan.

"Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut," kata Apandi pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Jika benar surat Bank Negara, Pengerusi TH perlu dipecat, desak PAS

Pas mendesak Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dipecat jika benar  surat dihantar Bank Negara kepada  TH  gagal melunaskan deviden dan bonus kepada 8.8 juta pencarumnya bagi tahun 2015 disebabkan rizab kewangan simpanan umat Islam itu di paras negatif.
Malah  Pas turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk tampil membuat kenyataan rasmi dengan surat yang dihantar oleh Bank Negara kepada TH bertarikh 23 Disember lalu.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat desakan ini, dalam satu kenyataan hari ini dengan mempersoalkan tiga perkara yang perlu di jawab oleh kerajaan.
Pertama adakah benar Bank Negara telah mengutuskan satu surat kepada Jamil Khir mengenai kedudukan kewangan TH pada tahun 2015 yang gawat di mana nilai rizab TH menjadi negatif dan ini bermaksud, pada harga nilai pasaran semasa, aset TH tidak mencukup untuk memenuhi kesemua obligasinya termasuk deposit?
Keduanya, apakah betul Bank Negara dalam surat tersebut turut menyebut dalam keadaan (1), di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, TH tidak boleh mengisytihar pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang nilai kesemua obligasinya?
“ Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia mendedahkan TH kepada risiko pengeluaran depositi secara bebsar-besaran sekiranya jangkaan dividen pendeposit tidak dipenuhi atau memadai pada pandangan pendeposit? “ soal Tuan Ibrahim.
Perkara ketiga turut disentuh apakah betul Bank Negara dalam satu surat berlainan kepada Pengerusi TH, Tan Sri Zeti telah menyarankan agar TH merumus satu dasar rizab yang komprehensif dengan kadar segera sebelum 31 Mac 2016?
“Sekiranya semua di atas benar - apakah ini menjadi punca kelewatan Tabung Haji mengisytiharkan dividen dan bonus?
“Dan sekiranya di atas benar – mengapa Tabung Haji masih melabur membeli tanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange? Apakah ini keputusan PM atau Pengerusi TH?
“Apakah pelaburan tersebut telah menggawatkan lagi situasi kewangan di Tabung Haji.
“Sekiranya semua di atas benar, Pas  mendesak agar Pengerusi TH dipecat dengan kadar serta-merta dan seorang pengerusi TH baru dilantik bagi membantu TH menunai obligasinya berdasarkan saranan Bank Negara,” ujarnya.

Bila Mat Jenin buncit berangan hingga terjatuh daripada pokok kelapa

Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar


Ketika Negeri Kedah Darul Aman di bawah pentadbiran almarhum Uztaz Azizan Razak, pentadbiran yang serba sederhana dan terjaga ciri-ciri Islam ala pentadbiran almarhum Tok Guru Nik Aziz di Kelantan.
Namun, pentadbiran yang baik oleh almarhum Uztaz Azizan diganggu calon mat jenin MB dari PAS iaitu Pahrolrazi yang teringin sangat nak menjadi MB Kedah akibat dendam gagal mendapat kontrak kontrak berkaitan pembinaan jalanraya di Kedah.
Lalu hidup Pahrolrazi saban hari menyusahkan almarhum Uztaz Azizan hingga secara tidak langsung membantu kejatuhan kerajaan pimpinan almarhum.

Padan muka arang berkilat Pahrolrazi dan kuncu-kuncunya kerana gagal menjadi MB Kedah dan berjaya menjatuhkan kerajaan PAS  Kedah. Al Fatihah buat  almarhum Uztaz Azizan Razak. Kini Negeri Kedah Darul Aman di bawah pentadbiran baik dan sederhana Datuk Seri Mukhriz Mahathir asyik diganggu gugat Ahmad Bashah yang berangan nak menjadi MB Kedah walaupun dirakam video sedang tidur dalam satu program rasmi di Balai Rong Seri Istana.
Bashah mengadakan sidang akhbar dan diapit beberapa orang yang dikenali rakyat jelata sebagai penyamun termasuk bekas tukang tarik kereta yang kini bermasalah besar di Tabung Haji, bekas penceramah agama Kagat yang kini menjadi menteri yang berada di luar negara untuk urusan kurang penting  membazir dana  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim),  serta juga seorang lagi menteri yang pernah dirakam video terlibat dalam aktiviti rasuah di sebuah hotel di Sungai Petani yang percaya mahasiswa university awam tempatan tidak kelaparan walaupun sebelum itu mengeluarkan kenyataan akan memastikan mahasiswa tidak kelaparan.
Beliau juga yang bertanggungjawab untuk menukar sistem UPSR kepada sistem baru, ini bermakna banyak pihak akan mendapat durian runtuh sekalipun akan menjadikan sistem pengajian tidak stabil.
Manakala biasiswa JPA dan Kementerian Pendidikan juga kini digantung yang merupakan penganiayaan kepada para pelajar yang bersusah payah lulus peperiksaan dengan cemerlang untuk mencapai cita-cita melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Mereka inilah yang mengapit Bashah ketika sidang akhbar tersebut. Jika istana hendak menstabilkan keadaan mudah sahaja caranya.
Pertamanya ialah dengan cara mengarahkan menteri besar sekarang untuk menyampaikan perintah buang daerah oleh Sultan kepada semua yang hadir ketika sidang akhbar tersebut ataupun sekurang kurangnya kepada 6,7 orang yang hadir di sidang akhbar tersebut.
Perintah Tuanku bermakna mereka tidak lagi diizinkan menjejakkan kaki di negeri Kedah buat tempoh beberapa tahun tertentu ataupun boleh di sambung lagi selepas tempoh berkenaan tamat.
Ke-2, istana boleh memperkenankan permintaan MB Kedah untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya diadakan di Kedah.
Kemenangan PAS dan beberapa calon bebas bekas Umno yang menyokong Mukhriz masih membolehkan beliau terus menjadi MB Kedah atau sekurang kurangnya mereka yang bertanggungjawap mengadakan sidang akhbar baru-baru ini gagal untuk menjadi MB Kedah yang baru.

Rahim: Mukhriz pernah tolak tawaran Najib

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendedahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pernah menolak tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, sekiranya Mukhriz menerima tawaran Najib menyertai Kabinet, beliau mungkin terhindar daripada kontroversi politik yang melanda sekarang ini.
Rahim Tamby Chik Menceritakan dengan lebih lanjut, Rahim berkata, beliau bersama Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh pernah menjadi 'pendamai' antara Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Salah satu inisiatif adalah menawarkan Datuk Seri Mukhriz satu jawatan Kabinet pada rombakan yang lalu.
"Apabila Tun Mahathir tanya kenapa perlu ubah kedudukan anaknya dari jawatan Menteri Besar Kedah,  saya menjelaskan bahawa Najib yakin bahawa kedudukan Mukhriz terancam kerana ramai pemimpin Umno Kedah yang menolak beliau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, Tun Mahathir meminta beliau berumpa Mukhriz untuk menyampaikan tawaran Najib itu dan beliau mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh anaknya.
"Malangnya Mukhriz menolak tawaran Najib. Saya kesal hingga sekarang sebab penolakan ini punca kegagalan inisiatif yang dibuat oleh saya dan Fatmi untuk mendamaikan Najib dan Tun Mahathir," katanya.
Beliau yakin sekirahya, tawaran itu diterima, Mukhriz bukan sahaja terhindar daripada kontroversi politik yang melanda Kedah sekarang, malah hubungan baik Najib dan Tun Mahathir mungkin menjadi realiti historik kepada perpaduan Melayu dan Umno.
"Semoga Allah izinkan peluang kedua menjelma," katanya.

‘Mukhriz diserang kerana tekanan Tun M terhadap Najib’

2016_0123_22301200-01
Santiago berpendapat, krisis MB Kedah berpunca daripada 'perang' berterusan antara Najib dan bapa Mukhriz.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah mangsa ‘perang’ antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, krisis dalaman Umno itu berpunca daripada ‘perang’ berterusan antara kedua-dua pemimpin Umno itu.
Menurutnya, hakikat bahawa 13 daripada 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mahu menyingkirkan Mukhriz menunjukkan rampasan kuasa itu telah dirancang dengan teliti.
“Ia bertujuan memberitahu Mahathir supaya berhenti dan jika beliau terus menekan, mereka akan menyingkirkan anaknya.
“Ini menunjukkan Najib akan mengeluarkan semua halangan bagi menjamin kedudukannya dalam Umno dan sesiapa yang menghalangnya akan dikenakan tindakan,” dakwanya.
Santiago berpendapat, tekanan Dr Mahathir ke atas Jabatan Peguam Negara ialah pendorong rampasan kuasa itu.
“Mahathir telah mempersoalkan jumlah masa diambil Peguam Negara untuk menyiapkan kertas siasatan, di mana kertas itu kemudiannya dikembalikan kepada SPRM,” kata Santiago merujuk siasatan dana politik yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
“Mahathir dilihat masih mengasak Najib dan ia telah mencetuskan langkah ini,” katanya.
Membandingkan krisis MB Kedah dengan krisis MB Selangor, di mana Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Santiago berkata, ia amat berbeza.

Ahmad Bashah bakal MB baru, lima exco digugurkan?


Datuk Seri Ahmad Bashah (kiri) dikatakan bakal dilantik Menteri Besar baru mengantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) dalam krisis kepimpinan Umno Kedah.Datuk Seri Ahmad Bashah (kiri) dikatakan bakal dilantik Menteri Besar baru mengantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) dalam krisis kepimpinan Umno Kedah.
Desas-desus Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dikatakan bakal diumumkan sebagai Menteri Besar yang baru, sudahpun tersebar dengan senarai baru barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, Jumaat ini.
Senarai baru calon Menteri Besar dan Exco  seperti yang tersebar itu,  dikatakan mendapat ‘perkenan’ Jemaah Pemangku Pengerusi Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang juga Tunku Temenggong Kedah.
Malah dikatakan senarai itu juga akan diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak dijangka pada 29 Januari ini.
Menurut sumber diperoleh Malaysia Dateline telah ada pertemuan dibuat oleh Ahmad Bashah dan exco baru dengan Jemaah Pemangku Pengerusi Sultan Kedah  yang memungkinkan tersebarnya senarai nama MB dan Exco baru itu.
Malah satu pertemuan dijangka akan berlaku antara Najib dan  pihak istana  sama ada hari ini atau pada Rabu untuk mendapat perkenan Sultan Kedah terhadap pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco yang baru itu.
Namun kata sumber itu lagi, “Pemangku marah, Intan Syafinaz marah. Pihak istana tersinggung dengan tindakan Ahmad Bashah dan kumpulannya, ” ujar sumber yang merujuk kepada reaksi Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim  dengan krisis politik Kedah yang berlaku.
Antara Exco baru yang akan dilantik seperti tersebar di bawah pimpinan Ahmad Bashah kelak terdiri daripada Datuk Ahmad Lebai Sudin (Adun Bukit Lada); Datuk Ahmad Zaini Zapar (Adun Bukit Kayu Hitam); Datuk Ali Yahya (Adun Pantai Merdeka); Mahadzir Abdul Hamid (Adun Jeneri) Kama Noriah Ibrahim (Adun Pedu) dan; Norsaidi Nayan(Adun Kuah).
Manakala Speaker Kerajaan Negeri akan disandang oleh Azmi Che Hussin (Adun Bayu) dan Timbalan Speaker dilantik semula Datuk Tajul Urus Mat Zain (Adun Tanjung Dawai).
Di bawah pentadbiran Ahmad Bashah selain Mukhriz yang digugurkan sebagai Menteri Besar, lima lagi Exco menerima nasib sama antaranya Datuk Suraya Yaacob (Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani,Pembangunan Usahawan,Kebajikan Wanita); Datuk Mohd Tajuddin Abdullah (Exco Penerangan,Pembangunan Luar Bandar Basmi Kemiskinan); Aminuddin Omar ( Exco Belia dan Sukan,Kesenian dan Kebudayaan Pembangunan Insan); Datuk Nursabrina Mohd Noor (Exco Sains,Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi) dan; Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid ( Exco Agama. Hal Ehwal Masyarakat Siam,Pelancongan dan Warisan,Kerja Raya).

Bank Negara beri amaran, paras rizab Tabung Haji negatif


Paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada lembaga itu baru-baru ini. Dalam surat bertarikh 23 Disember yang dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.
Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.

Dalam satu surat berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tarikh sama yang turut dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan. Zeti berkata, ini kerana Putrajaya menjamin sepenuhnya simpanan deposit di Lembaga Tabung Haji.
Beliau memberitahu Jamil disebabkan perkara ini, keberkesanan Lembaga Tabung Haji dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji mungkin terjejas.
Sementara itu, dalam suratnya kepada Azeez, Zeti berkata Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.
Beliau berkata, ini akan mengurangkan nilai aset Tabung Haji, dan kestabilan sistem kewangan dan sistem ekonomi negara pada risiko yang lebih tinggi melalui "kesan penularan".
Ini kerana ia akan memberi kesan kerugian nilai pelaburan bagi institusi kewangan dan pelabur lain yang turut terdedah kepada aset terbabit; tekanan kecairan kepada institusi perbankan ekoran pengeluaran deposit Lembaga Tabung Haji dan kesan negatif terhadap sentimen para pelabur, katanya.
Zeti menyalahkan amalan Lembaga Tabung Haji kerana membayar dividen lebih daripada kemampuan kepada pendeposit sejak 2012.