Isnin, 25 Januari 2016

Siapa sebenarnya pembohong ???


Harap Ahmad Maslan boleh ulas.. betul ker #TPPA bakal menjejaskan peluang pekerjaan..??


MASIH INGAT janji2 manis dari mulut2 pemimpin UMNO tentang kebaikan #GST !!!..


Apa kesudahannya GST pada rakyat ??

ADAKAH GST buat harga barang turun ??

ADAKAH GST buat kos sara hidup turun ??

ADAKAH GST halal di sisi Islam & golongan fakir miskin pon sama2 dikenakan cukai GST ??

Pembangkang tidak mungkin dapat tawan kedah – Mahfuz

Sekiranya pembangkang gagal bersatu mereka tidak akan berjaya menumbangkan kerajaan BN Kedah walaupun mereka mengalami krisis kepimpinan ketika ini.
Datuk Mahfuz Omar
PETALING JAYA: Pembangkang tidak mungkin berjaya menawan kembali Kedah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun UMNO mengalami krisis pemilihan Menteri Besar yang teruk.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya semua parti pembangkang gagal bersatu sebelum PRU akan datang, impian untuk merampas kerajaan Kedah daripada BN hanya sia-sia.
“Peluang pembangkang (perampas Kerajaan Kedah dari BN) itu bergantung kepada kebijaksanaan pembangkang dari segi penyatuan, jika mereka tidak bersatu saya tidak nampak akan ada peluang yang baik untuk pembangkang (menang).
“Sebab saya lebih melihat kepada bagaimana penyatuan dikalangan parti pembangkang itu. Sekiranya mereka boleh bersatu peluang untuk menawan kembali Kedah dari BN agak cerah,” katanya kepada FMT.
Dalam pada itu, bekas ketua penerangan PAS itu turut mengulas isu pertukaran Menteri Besar Kedah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilihat semakin parah.
“Apakah rasionalnya menukar Menteri Besar Kedah (sekarang). Bagi saya tidak ada manfaat kepada rakyat apabila ada perubahan Menteri Besar.
“Menteri Besar bukan punca kepada masalah yang dihadapi rakyat, tetapi penyumbang yang lebih besar ialah kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menguruskan negara hari ini.
“Bagi saya terus kekalkan Menteri Besar. Tidak ada masalah. Saya berpolitik secara rasional, saya boleh terima untuk Menteri Besar ditukar kalau dia (Mukhriz) ada kesalahan besar, tetapi saya tidak nampak salah besar yang dilakukan Mukhriz sehingga Najib nak buat pertukaran,” katanya.

Tiada Adun dipaksa tandatangan akuan bersumpah singkir Mukhriz, kata Ahmad Bashah

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata mereka bukan hendak bergaduh cuma minta perubahan untuk kebaikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Januari, 2016. 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata mereka bukan hendak bergaduh cuma minta perubahan untuk kebaikan. 

Tidak timbul isu ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah dipaksa menandatangani surat akuan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau difahamkan majoriti ADUN membuat akuan tersebut dan mereka bertindak atas kerelaan sendiri.
"Nak sign signlah...kena ada keberanian. Anda YB, takde paksa, rela...YB kena ada stand (pendirian), itu baharu wakil rakyat.

"Bukan yang boleh ditolak ke tengah ke tepi," katanya kepada pemberita selepas perasmian Ulang Tahun ke-5 Syarikat Bas Inter City Coach di Alor Setar hari ini. Beliau mengulas maklumat yang viral di media sosial 19 daripada 21 ADUN Barisan Nasional (BN) di Kedah menandatangani akuan tersebut.
Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada ADUN dan ahli Parlimen UMNO Kedah, serta pemimpin kanan UMNO negeri diketuai Ahmad Bashah.
Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan UMNO negeri.
Krisis itu berlarutan apabila Ahmad Bashah bersama sebahagian besar kepimpinan UMNO Kedah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur Jumaat lepas.

Pihak mahu gulingkan Mukhriz ‘bukan orang baik’ – Tun M

TRP100815-9
Dr Mahathir meramalkan Kedah akan kalah sekali lagi, jika ia di bawah kepimpinan kumpulan "bukan orang baik".

KUALA LUMPUR, 25 Januari:

Anggota kumpulan yang mendesak penyingkiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan sebagai “bukan orang baik”.
Akhbar Berita Harian memetik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai berkata, kumpulan itu terdiri daripada mereka yang mempunyai reputasi buruk.
“Kumpulan ini memainkan peranan untuk menyebabkan Barisan Nasional kalah di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-12.
“BN tidak pernah kalah di Kedah, tetapi di bawah kepimpinan itu, mereka kalah.
“Mereka mendesak penyingkiran Menteri Besar, tetapi mereka sendiri tidak mempunyai reputasi baik,” kata Dr Mahathir yang dipetik akhbar itu.
Mahathir yang berada di Langkawi untuk menghadiri majlis Klinik Perubatan Doktor-doktor Global meramalkan, Kedah akan kalah sekali lagi, jika ia di bawah “kepimpinan ini”.
“Kumpulan itu perlu menerima akibatnya, jika mereka menyebabkan BN kehilangan negeri itu kepada pembangkang,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya jika beliau telah menemui Datuk Seri Najib Razak di Langkawi, Dr Mahathir berkata, beliau berada di Langkawi untuk menghadiri majlis lain dan tidak menemui Najib.
Semalam, Najib bersama Mukhriz bagi meraikan ketibaan penerbangan sulung AirAsia dari Guangzhou ke Langkawi, di mana kedua-duanya kelihatan senyum.

Guna SD singkir Mukhriz, jangan heret istana, kata Mahdzir Khalid

Datuk Seri Mahdzir Khalid enggan mengakui tentang kewujudan SD itu sebaliknya perkara tersebut perlu ditanya pucuk pimpinan negeri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 Januari, 2016. 
Pemimpin Umno Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan pengakuan bersumpah (SD) sudah memadai untuk menukar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan tidak perlu mengheret istana dalam kemelut politik negeri.
Mahdzir berkata, SD merupakan suatu bukti bagi menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Kedah sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.
"Dalam perkara seumpama ini mesti ada bukti yang kukuh, contohnya sekarang kepimpinan  tidak bersetuju dengan pimpinan negeri Kedah.

"Kalau kepimpinan tidak bersetuju, kepimpinan keseluruhan mesti mempunyai bukti yang kuat bagaimana dikatakan menolak," kata Mahdzir yang juga ahli Parlimen Padang Terap semasa ditemui dalam program pecah tanah loji air di kawasannya hari ini. Bekas menteri besar Kedah itu mengulas mengenai pendedahan mengatakan semua 19 Adun Umno sudah menandatangani SD bagi menyatakan tidak lagi menyokong Mukhriz.
Menurut Mahdzir, mana-mana pemimpin perlu membuktikan beliau mempunyai kekuatan yang menunjukkannya masih memiliki sokongan.
"Jadi sudah tentu soalan tadi ada kaitan, tak boleh kata kita tolak tapi kita kena tunjukkan kita ada bukti dan kekuatan," katanya.
Mahdzir bagaimanapun enggan mengakui tentang kewujudan SD itu sebaliknya perkara tersebut perlu ditanya pucuk pimpinan negeri.
Beliau juga menegaskan supaya tidak melibatkan pihak istana dalam kemelut politik negeri Kedah kerana masalah itu mempunyai cara dan kaedah berbeza untuk mencari jalan penyelesaian.
"Ia ada saluran dan ada perkara yang perlu dituruti.
"Apabila kita buat sesuatu ini kita tidak boleh mengheret istana turut terlibat sebab ia adalah institusi di luar daripada kepartian," katanya.

2 Adun MCA nafi tandatangan akuan bersumpah singkir Mukhriz

Penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir kemungkinan besar akan berlaku, dan Adun MCA di negeri itu menyerahkan kepada kepimpinan Barisan Nasional dan Umno untuk menyelesaikannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Januari, 2016.Penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir kemungkinan besar akan berlaku, dan Adun MCA di negeri itu menyerahkan kepada kepimpinan Barisan Nasional dan Umno untuk menyelesaikannya. Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) daripada MCA di Kedah menafikan menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) menyokong penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.
Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, mereka tidak melakukan tindakan itu.
“Dari mana anda dengar perkara ini? Sudah pasti ada pelbagai khabar angin.

“Setakat ini, tidak ada seperti itu,” katanya kepada The Malaysian Insider. Dr Leong berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau salah seorang daripada 19 Adun BN yang menandatangani SD menyokong penyingkiran menteri besar.
The Star awal hari ini melaporkan 2 daripada 19 Adun itu ialah wakil MCA.
Akhbar berbahasa Inggeris itu memetik sumber tidak bernama yang menyatakan sehingga petang semalam, 19 individu menandatangani SD itu.
Bagi menolak Mukhriz sebagai menteri besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai 36 kerusi, minimum 19 kerusi diperlukan untuk menunjukkan beliau sudah hilang keyakinan Dewan.
BN mempunyai 21 kerusi di DUN Kedah sementara pembangkang iaitu PAS dan Pakatan Harapan masing-masing memegang 8 dan 7 kerusi.

Dr Mahathir dulu tukar MB Kedah walaupun tiada sokongan, kata Mahdzir

Datuk Seri Mahdzir Khalid mengungkit sejarah pemecatan Tan Sri Osman Aroff pada 1996 semasa pentadbiran Dr Mahathir. – Gambar The Malaysian Insider oleh  Hasnoor Hussain, 25 Januari, 2016. 
Datuk Seri Mahdzir Khalid mengungkit sejarah pemecatan Tan Sri Osman Aroff pada 1996 semasa pentadbiran Dr Mahathir

Datuk Seri Mahdzir Khalid mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar mempertikaikan langkah menukar menteri besar Kedah kerana beliau pernah melakukan perkara sama tanpa mendapat sokongan wakil rakyat ketika itu. Ahli Parlimen Padang Terap itu mengungkit sejarah pemecatan Tan Sri Osman Aroff pada 1996 semasa pentadbiran Dr Mahathir yang dibuat walaupun tidak mendapat persetujuan wakil rakyat Kedah waktu itu.
"Saya ingat di zaman Tun sendiri dulu waktu jadi perdana menteri, 22 wakil rakyat Kedah sebenarnya sudah menurunkan tandatangan mempertahankan Tan Sri Osman Aarof sebagai menteri besar.

"Tetapi beliau pada waktu itu adalah perdana menteri dan Tun buat keputusan menukar juga," kata Mahdzir yang juga ahli majlis Tertinggi Umno pada sidang media di kawasan parlimennya. Semasa kemelut itu, Dr Mahathir membuat keputusan menukar menteri besar dengan menggantikan Osman dengan pengikut setianya, Tan Sri Sanusi Junid.
Dr Mahathir hari ini mengatakan cubaan pimpinan Umno Kedah menyingkirkan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir selaku menteri besar negeri itu akan memakan diri, kerana Barisan Nasional (BN), akan tumbang pada pilihan raya umum akan datang.
Dr Mahathir mempertahankan anaknya dengan mengatakan pihak yang cuba menjatuhkan Mukhriz juga tidak mempunyai rekod kepimpinan yang baik.
Mengulas mengenai kenyataan itu, Mahdzir berkata sebarang penyelesaian yang dibuat dalam organisasi politik adalah berbeza.

Tun M: Unseating Mukhriz will doom Barisan in Kedah

Mukriz- Hampir Pasti Digugur......


Menurut sumber yang boleh dipercayai, daripada 21 ADUN Kedah, hanya Mukhriz dan Aminuddin Omar sahaja yang mempertahankan status quo, manakala 19 yang lain yang deketuai Ahmad Bashah Hanipah mendesak agar dilakukan penggantian Menteri Besar.
Pada Rabu lalu, 14 Ketua Bahagian Umno mengadakan sidang akbar atas sebab hilang kepercayaan kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang juga Menteri Besar- Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Pada PRU-13 lalu, dua hari sebelum pembuangan undi, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengumumkan, jika Kedah berjaya dirampas daripada Pas, maka Mukhriz akan dilantik Menteri Besar. Ekoran pengumunan itu, telah berlaku "swing" luar biasa khususnya pada golongan muda mengundi calon-calon Bn, dan sebagai keputusannya, Bn mendapat 21 DUN dan Pakatan Rakyat 15, daripada 36 yang dipertandingkan.
Desakan menggantikan Mukhriz, dilihat bukan kerana beliau gagal mentadbir Kedah, akan tetapi lebih bersifat politik yang dihubungkan dengan tindakan Tun Dr Mahathir yang mahukan agar DS Najib Razak meletakkan jawatan.
Sejak Mukriz dilantik, belum pernah terdengar, bahawa MB itu gagal memerintah Kedah, malah sebaliknya. Rakyat Kedah sebenarnya menyokong anak Tun Dr Mahathir itu, atas sebab itu, dikatakan 90 peratus rakyat kedah menyokong Mukhriz. Oleh kerana penggantian MB, berasaskan kepada sokongan ADUN yang hanya berjumlah 21 berbanding 2juta rakyat negeri itu, maka adalah menjadi lumrah, jika seseorang tidak tergolong dalam jumlah yang sedikit itu, maka dengan sendirinya tersingkir. Lihat sahaja Timbalan Presiden parti dan Naib Presiden parti, boleh dipecat, apatah lagi Mukhriz yang berjawatan dalam parti kerana atas lantikan.

Bukan sabotaj, tapi Mukhriz sukar jumpa di Kedah - Ahmad Bashah

ALOR SETAR - Isu Menteri Besar Kedah yang didakwa lebih banyak berada di Kuala Lumpur dan sukar ditemui di Kedah, dilihat sebagai punca hilangnya keyakinan para pemimpin Umno terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, isu itu seringkali dibangkitkan para pemimpin Umno Kedah tetapi tiada sebarang perubahan atau tindakan dilakukan Mukhriz.
Ahmad Bashah Ahmad Bashah berkata, para pemimpin Umno Kedah bimbang isu itu kelak akan menjejaskan jentera Umno dan BN untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Kami nak Pengerusi Umno Kedah diganti, secara langsung Menteri Besar juga bertukar. Bukan saya seorang rasa, boleh tanya pemimpin lain dalam Umno, MCA, MIC, Gerakan," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Dun Bakar Bata di sini, hari ini.
Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri diketuai Ahmad Bashah.
Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Umno negeri. 
Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata berkata, pada peringkat awal Mukhriz menjadi Menteri Besar selepas PRU ke-13 pada 2013, Umno Kedah dilihat cukup kuat.
"Namun selepas pemilihan Umno (pada akhir 2013), mula terasa. Ramai dakwa susah jumpa dia. Tak tau dia yang susahkan atau orang sekeliling dia yang susahkan, sebab kena jumpa pegawai dia dulu.
"Pada satu ketika, mesyuarat perhubungan (Umno Kedah) di Kuala Lumpur tahun lepas, 10 ketua bahagian (daripada 15) tidak hadir. Tetapi tiada usaha daripada beliau (Mukhriz) untuk mencari punca masalah itu," katanya.
Beliau menafikan dakwaan kononnya beliau mendapat arahan pihak tertentu untuk secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz.

SPRM yakin AG puas hati siasatan kes RM2.6 bilion

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin pejabat peguam negara berpuas hati dengan siasatannya dalam dua kes berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dua kes itu melibatkan RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank Datuk Seri Najib Razak dan tuduhan RM42 juta disalurkan daripada SRC International ke akaun perdana menteri itu.
 Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin berkata kertas siasatan itu telah diserahkan semula ke pejabat AG selepas ia dikembalikan kepada SPRM untuk penjelasan lanjut pada 22 Januari lalu.
Bahri berkata mengikut kelaziman, peguam negara akan memanggil pengurusan atasan SPRM atau pegawai penyiasat bagi membincangkan fakta kes dan mencadangkan pendakwaan bagi kes berprofil tinggi, sebelum membuat keputusan muktamad.
"Dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion ini, sehingga ke hari ini, pihak SPRM tidak dipanggil untuk diadakan perbincangan dan saya percaya ini adalah kerana pihak peguam negara telah berpuas hati dengan cadangan dan usul yang dikemukakan oleh SPRM dalam kertas siasatan," katanya pada kenyataan media hari ini.
Terdahulu, laman web pemberi maklumat Sarawak Report melaporkan bahawa SPRM mencadangkan tidak kurang daripada 37 tuduhan terhadap Najib, tetapi badan anti rasuah itu menafikannya.
Najib berkata RM2.6 bilion itu merupakan derma politik yang diterima daripada pelbagai sumber, tetapi enggan mendedahkan penderma berkenaan.
Najib juga dikatakan mengakui RM42 juta dari SRC International berada dalam akaunnya, ketika memberikan jawapan dalam pertikaian mahkamah dengan bekas menteri, Tun Dr Ling Liong Sik. Bagaimanapun perkara itu dinafikan peguamnya, Datuk Hafarizam Harun.

KERAjaan MAMPU urus ekonomi negara ??

Betul tu.. memang MAMPU..

MAMPU beli 2 ekor panda puluh jutaan ringgit..
MAMPU beli jet mewah VVIP Rosmah boleh guna..
MAMPU boros & tiris wang negara..
MAMPU tekan rakyat dgn GST..
MAMPU gadai aset negara..
MAMPU setuju jadi barua Amareeeka-TPPA..
MAMPU bersalaman dgn PM Israel lakanatullah..
MAMPU perbodohkan rakyatnya...

....MAMPU jadi suami Rosmah Mansor

Singkir MB Kedah jejas prestasi UMNO dalam PRU – Mahathir

Beliau juga menjelaskan, pihak yang sedang berusaha untuk menyingkirkan menteri besar itu sendiri sebenarnya tidak mempunyai reputasi yang baik.
mahathir,mukriz
LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melihat tindakan pihak berkepentingan politik dalam UMNO di Kedah untuk menggulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya akan membawa kepada kejatuhan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
“Saya tidak mengatakan supaya jangan tukar menteri besar, tetapi tahu apa akibatnya,” katanya, lapor Mstar.
Malah, beliau juga menjelaskan, pihak yang sedang berusaha untuk menyingkirkan menteri besar itu sendiri sebenarnya “tidak mempunyai reputasi yang baik”.
“Mereka menyebabkan BN tewas kepada PAS (pada tahun 2008). Oleh itu, jika mereka mengambil alih, kemungkinan mereka akan kalah dalam pilihan raya akan datang.”
Apabila ditanya tentang nasihat yang ingin disampaikan kepada anaknya, Mukhriz, Dr Mahathir berkata, “Apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Tak ada apa yang kekal. Anda ada rakan dan musuh. Kadang-kadang rakan untuk berkelakuan seperti musuh dan kadang-kadang musuh akan berkelakuan seperti kawan.”

Exco percaya Najib nilai permintaan geng anti-Mukhriz

SUNGAI PETANI - Kemelut politik Kedah dijangka selesai secepat mungkin dengan perubahan dalam kepimpinan negeri iaitu mendapat Menteri Besar baharu yang lebih pengalaman dan berwibawa.
Exco Pendidikan dan Pengangkutan, Datuk Tajul Urus Mat Zain percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menimbang permintaan 14 ketua Umno bahagian agar Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diganti.
Yakin isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin, beliau menyatakan persetujuan dengan keputusan yang dibuat ketua bahagian terbabit khususnya berhubung perpaduan parti.
Exco percaya Najib nilai permintaan geng anti-Mukhriz "Saya percaya siapa sahaja yang akan menggantikan Mukhriz adalah calon yang mendapat konsensus dari semua ketua bahagian.
"Sebab itu saya melihat isu utama hari ini ialah soal parti. Jika parti tidak memberi sokongan, bagaimana hendak mengatur jentera. Dengan perubahan ini, tokoh itu dapat membuat keputusan dengan baik," katanya kepada media selepas menyampaikan hamper Tahun Baru Cina di Pekan Semeling, di sini, hari ini.
Tajul Urus yakin soal pentadbiran kerajaan negeri tidak akan terjejas kerana siapa sahaja yang menjadi Menteri Besar sudah pasti akan dibantu barisan Exco yang  berkelayakan dan berpengalaman mengikut bidang masing-masing.
"Saya harap rakyat Kedah akan menerima keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan.
"Kita akan sama-sama membantu Menteri Besar baharu untuk membangunkan Kedah sebagai negeri yang aman dan makmur serta mendapat perhatian sewajarnya dari pusat," katanya.
Ditanya langkah melantik Menteri Besar baharu akan menjejaskan keputusan PRU akan datang, beliau yang juga Adun Tanjong Dawai berkata, tidak akan berlaku perubahan besar.

'Namakan siapa jadikan kamu kambinghitam'

Pembunuh yang disabitkan bersalah, Sirul Azhar Umar hanya perlu tampil bagi mendedahkan pihak yang didakwanya telah menjadikannya 'kambinghitam' dalam pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
 Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ramkarpal Singh mempersenda video terkini Sirul sebagai 'karenah' yang gagal menangani soalan utama di sekitar pembunuhan penuh publisiti itu.
Beliau memberi contoh dakwaan tertentu dibuat dalam satu kenyataan tidak bersumpah Sirul dari kandang tertuduh semasa perbicaraan yang telah ditolak ketika prosiding, di mana dia mendakwa "Mereka" membuatkan dirinya teraniaya.
"[...] bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya sebagai 'kambing hitam' yang harus dikorbankan," Ram memetik kenyataan itu.
"Adalah jelas daripada kenyataan Sirul sendiri [...] bahawa dia tidak mengenali Altantuya atau mempunyai apa-apa urusan dengan dia.
"Oleh itu, dia (Sirul) tidak boleh tahu jika dia (Altantuya) hamil atau tidak pada masa kematiannya," kata Ramkarpal, merujuk kepada kandungan video kedua yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam.
Dalam video itu Sirul menyalahkan media kerana menyebarkan salah tanggapan bahawa Altantuya telah mengandung semasa kematiannya.
'Namakan tuan anda'.
"Dakwaan Sirul yang dia telah dijadikan kambing hitam boleh memikul tanggungjawab seseorang, dan tak mungkin dia mempunyai sebarang motif membunuh Altantuya.

Mahathir: Kumpulan anti Mukhriz penyebab Umno kalah 2008

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini mendakwa kumpulan yang merancang untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah adalah kumpulan sama yang menyebabkan Umno kalah di Kedah pada pilihan raya umum 2008.
 Sambil menyifatkan kumpulan itu tidak mempunyai reputasi baik, beliau berkata langkah mereka menuntut penyingkiran Mukhriz merupakan suatu tindakan yang "amat bersifat politik".
"Mereka mengambil langkah itu tanpa mendapatkan pandangan rakyat (golongan akar umbi) dan merekalah (rakyat) yang akan terpaksa menangung akibatnya (sekiranya berlaku sebarang perubahan terhadap kepimpinan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Global Doctors Clinic, satu rangkaian perkhidmatan perubatan antarabangsa di Langkawi.
Dr Mahathir berkata ketika menjadi perdana menteri, beliau ada melakukan perubahan terhadap kepimpinan Umno Kedah, namun parti itu dapat terus mentadbir Kedah.
Rabu lepas, Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai satu sekumpulan terdiri daripada 15 ketua bahagian Umno, Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen dari Kedah untuk menyuarakan kehilangan keyakinan mereka terhadap Mukhriz dan menuntut penyingkirannya sebagai Menteri Besar.
Dr Mahathir berkata selepas isu itu tercetus, beliau ada berjumpa dengan Mukhriz dan antara perkara yang mereka bincangkan ialah berhubung isu berkenaan, di samping hal ehwal keluarga.

Bashah: Saya boleh sabotaj Mukhriz lama dulu


Isu Menteri Besar Kedah yang didakwa lebih banyak berada di Kuala Lumpur dan sukar ditemui di Kedah, dilihat sebagai punca hilangnya keyakinan para pemimpin Umno terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata isu itu seringkali dibangkitkan para pemimpin Umno Kedah tetapi tiada sebarang perubahan atau tindakan dilakukan Mukhriz.
Ahmad Bashah berkata para pemimpin Umno Kedah bimbang isu itu kelak akan menjejaskan jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Kami nak Pengerusi Perhubungan Umno diganti, secara langsung Menteri Besar juga bertukar. Bukan saya seorang rasa, boleh tanya pemimpin lain dalam Umno, MCA, MIC, Gerakan," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata di Alor Setar, hari ini.
Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada ADUN dan Anggota Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri diketuai Ahmad Bashah.
Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata berkata pada peringkat awal Mukhriz menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013, Umno Kedah dilihat cukup kuat.
"Namun selepas pemilihan Umno (pada akhir 2013), mula terasa. Ramai dakwa susah jumpa dia. Tak tau dia yang susahkan atau orang sekeliling dia yang susahkan, sebab kena jumpa pegawai dia dulu.
"Pada satu ketika, mesyuarat perhubungan (Umno Kedah) di Kuala Lumpur tahun lepas, 10 ketua bahagian (daripada 15) tidak hadir. Tetapi tiada usaha daripada beliau (Mukhriz) untuk mencari punca masalah itu," katanya.
Nafi dapat arahan

SULTAN PERAK- AGAMA IBARAT BOM JANGKA JIKA DISALAH GUNA

Egypt's revolution: Youth feel betrayed by outcome

Jangan buat keputusan terburu-buru - Tun M

MACC believes AG satisfied with recommendations on SRC, RM2.6b

Its special operations director believes proposals are satisfactory as officers not called for further discussions despite it being a tradition with past AGs.
apandi-ali_macc_src_600PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) believes Attorney-General (AG) Apandi Ali is satisfied with their proposals and recommendations on the SRC International and RM2.6 billion “donation” cases that they completed investigations on.
MACC’s special operations director Bhari Mohamed Zin told FMT that traditionally, when it came to high-profile cases, the AG would call on the MACC for further discussions.
“Previous AGs, from Abu Talib Othman to Gani Patail, would call on the MACC’s top management or at the very least, the investigating officer, to discuss the facts of the case, proposals and recommendations put forward by the MACC,” he explained.
In these discussions, MACC wouldl be queried on the facts, proposals and recommendations with the outcome being the AG’s final decision on the case.
“In the SRC International and RM2.6 billion cases, the MACC has not been called for further discussions and I believe that this is because the AG is satisfied with the MACC’s proposals and recommendations on the cases,” said Bhari.
He added that the MACC had earlier resubmitted investigation papers relating to both cases together with responses to the queries raised by the AG.
It was previously reported that the AG had sent the investigation papers on the two cases back to the MACC, requesting additional information on suggestions and recommendations made on the two cases.

Mahathir: Those who want Mukhriz ousted lost in GE12

Change in MB will have consequences, Dr Mahathir warns.
mahathir,mukriz
PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad said the Umno rebels seeking to oust his son Mukhriz as the Kedah menteri besar did not have a good reputation to begin with and could not themselves unite the state.
The former prime minister, the News Straits Times reported, told a press conference after opening the Global Doctors Medical Clinic, that the rebels who wanted to topple Mukhriz were the very ones who lost in the 2008 general election, which subsequently saw Kedah fall to the Opposition.
“For the first time, Kedah Umno lost (in 2008),” he was quoted by the English daily as saying.
The longest serving prime minister also said a change of menteri besar would have consequences.
“I am not saying it should not be allowed. What I am saying is there will be consequences,” Dr Mahathir said.
Acknowledging that there was nothing permanent in politics, he added, “We have friends, we have enemies. Friends can behave like enemies, enemies can behave like friends.”
Last week, Umno divisional chiefs led by deputy minister Ahmad Bashah Md Hanipah claimed they had lost confidence in Mukhriz’s leadership and pleaded with Prime Minister and Umno President Najib Razak to have him replaced.

Apa cerita lain di sebalik kemelut politik di Kedah?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kemelut politik di Kedah apa dinamakan pemberontakan untuk menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai MB dan juga Pengerusi Umno Kedah mempunyai cerita berbingkai, prodi. Cerita dalam cerita atau pun ada maksud tersirat. Cerita berbingkai ini jarang disuluh atau mungkin sama sekali tidak terintai kerana terlalu ghairah untuk melihat Mukhriz tersungkur segera.

Keghairahan itu sehinggakan menutup cerita dalaman. Usaha penyingkiran Mukhriz pula ada sangkut paut dengan, atau bersekali dengan kerja untuk membalas dendam menyerang dan memalukan Dr Mahathir Mohamad yang bertubi talu menyerang Najib. Para pendokong Najib atau mereka percayai hidup senang dengan kuasa, berkolaborasi untuk melawan Mahathir demi survival politik Najib. Mereka itu perlu menjaga dan menyelamatkan survival politik Najib kerana mereka juga bergantung hayat kepada Najib. Mereka perlu menjaga Najib dengan harapan Najib terus memberi nyawa serta baksis kepada mereka.
Orang-orang yang berpegang demikian seharusnya tidak diterima sebagai pemimpin. Mereka seperti inilah pengkhianat amanah rakyat dan negara. Yang hidup atas titik peluh dan kepercayaan rakyat. Seharusnya mereka ditohok dan dijatuhkan. Orang-orang yang disebut celaka oleh Allah, adalah mereka yang tidak bertanggungjawab ke atas amanah yang disangkutkan ke atas bahu mereka, sesudah mereka mengaku dan bersumpah untuk memikulnya.
Itulah yang dilihat disebalik kemelut dan pergolakan politik di Kedah itu. Ia dapat disahkan apabila rancangan atau pelan hendak menjatuhkan Mukhriz itu tidak dibuat mengikut perlembagaan dan konvensyen parti sebelum ini. Kemelut itu bukan lahir di Kedah, tetapi ia terilham dari Putrajaya. Sikap atau kenyataan dibuat oleh Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor menjelaskan segala cerita.
Hal ini bukan sengaja untuk memburuk-burukkan apa yang berlaku, tetapi diakui sendiri oleh sebahagian pemimpin Umno Kedah. Perkembangan yang bergeliwat, peralihan yang berkecamukan di Kedah kini menambah jelaskan apa yang tidak jelas.
Apa yang berlaku itu adalah gambaran luaran sahaja. Tetapi ada maksud dan agenda lain lagi lebih besar disebalik usaha hendak menggugurkan Mukhriz dan sekali gus melemahkan pengaruh Mahathir itu. Ia bukan setakat mahu menukar jawatan MB Kedah, itu perkara kecil sahaja. Perkara paling besar ialah untuk melaksanakan agenda setahun dua tahun lagi. Apa dimaksudkan ialah agenda untuk menguasai Umno seluruhnya. Itu yang utamanya. Isu Mukhriz itu sebagai alasan sahaja.
Saya tetap berkeyakinan kemelut itu bukan beraspirasi di Kedah tetapi di Putrajaya, maka ianya dirancang di luar Kedah cuma diletupkan di Kedah. Justeru agenda sebenarnya lebih besar daripada hendak menurunkan Mukhriz itu.

'Jika benar MB baharu Rabu ini, Alhamdulillah’ - Tajul Urus

Tajul Urus Mat Zain SHAH ALAM - "Kalau itulah beritanya, Alhamdulillah saya amat gembira sebab saya harap isu ini dapat diselesai dengan segera," demikian reaksi Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika ditanya desas desus mengenai Kedah bakal mendapat Menteri Besar baharu pada Rabu ini.
Namun ujarnya, beliau tidak tahu menahu sejauh mana maklumat tersebut, namun berasa gembira sekiranya berita itu menjadi kenyataan.
"...Tetapi saya tidak tahu, kalau isu itu betul saya amat gembira," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal Pro-BN MYKMU yang melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari BN bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Katanya lagi, beliau gembira kerana jika Kedah mendapat menteri besar baharu, insya-ALLAH negeri Kedah akan aman seperti biasa.
"Kerana semua pihak, dan rakyat Kedah ini amat berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya.

Syed Akbar: Zeti harus yakinkan orang ramai TH tiada masalah

Sekiranya TH perlu mencairkan aset - termasuk menjual saham - itu akan mengakibatkan rasa cemas dalam pasaran saham.
Syed-Akbar-AliKUALA LUMPUR: Seorang penganalisis politik membangkitkan desas-desus yang mendakwa lima peratus pencarum Tabung Haji mengawal 75 peratus dana berjumlah RM57.9 bilion.
Menurut desas-desus itu, kata Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyedTheBox, sejumlah RM43.4 bilion itu adalah daripada pelabur institusi yang mencarum wang bukan untuk menunaikan ibadah ke Mekah.
“Pelabur institusi itu mahu mengaut pulangan kewangan daripada pelaburan mereka.”
Justeru, para pelabur institusi itu akan menarik keluar pelaburan RM43.4 bilion itu sekiranya TH tidak boleh mengisytiharkan dividen atau “tiada wang” untuk membayar dividen.
“Ini bermakna simpanan akan mengecut kepada hanya RM14.5 bilion.”
Maka, soal Syed, mampukah TH membayar balik RM43.4 bilion wang pelabur institusi itu sekiranya mereka memilih untuk mengeluarkan pelaburan mereka, sekiranya TH tidak punyai wang untuk membayar dividen tahun ini.
“Bagaimana TH mahu menyakinkan 95 peratus makcik dan pakcik supaya jangan mengeluarkan RM14.5 bilion mereka?”
“Sekiranya TH perlu mencairkan aset – termasuk menjual saham – itu akan mengakibatkan rasa cemas dalam pasaran saham.”
Kebanyakan saham yang dilaburkan TH turut dipegang oleh dana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain antaranya seperti Amanah Saham Berhad (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
“Lantas, sekiranya TH menjual sahamnya secara cepat dan harga menjunam, maka dana GLC lain akan turut mengalami kerugian.”
Beliau berkata demikian mengulas muatnaik satu blog, yang dihantar kepadanya.

PAS amalkan politik kotor Umno fitnah DAP, kata Guan Eng

Lim Guan Eng berkata PAS sepatutnya menumpukan kritikan terhadap Umno, kerana parti Melayu itu yang mahukan TPPA dilaksanakan di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Januari, 2016.Lim Guan Eng berkata PAS sepatutnya menumpukan kritikan terhadap Umno, kerana parti Melayu itu yang mahukan TPPA dilaksanakan di Malaysia.

Bingung dengan kenyataan kononnya DAP menyokong perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), parti itu menyifatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengamalkan politik kotor seperti Umno kerana membuat kenyataan fitnah.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya mengulangi beberapa kali mereka menentang TPPA kerana kesan terhadap rakyat Malaysia dan perniagaan kecil-kecilan. Namun Hadi dalam sebuah video baru-baru ini mengatakan DAP menyokong perjanjian perdagangan itu kerana "perdagangan dikawal Cina di Malaysia".
"Bagi seorang pemimpin PAS untuk mengatakan perkara yang tidak benar dan tidak berasas itu menunjukkan PAS kini bukan sahaja bekerjasama dengan Umno tetapi juga mengamalkan politik kotor Umno, iaitu fitnah terhadap DAP."

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, TPPA bukan tentang kaum dan agama, tetapi kesan ekonomi ke atas rakyat Malaysia. Lim berkata, PAS sepatutnya menumpukan kritikan terhadap Umno, kerana parti Melayu itu yang mahukan TPPA dilaksanakan di Malaysia.
Katanya, PAS, yang dikenali sebagai "penasihat" Barisan Nasional (BN), perlu menjelaskan mengapa gagal menasihatkan Putrajaya agar tidak menandatangani perjanjian itu.
"Menggunakan logik Hadi, mestilah Cina juga yang memulakan TPPA di Parlimen. "Mengapa tidak Hadi terus bekerjasama dengan Umno dan nasihat Kerajaan Persekutuan BN?" soal Lim.
Minggu lalu, Lim berkata, DAP akan menyertai ahli Parlimen Pakatan Harapan, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menolak TPPA sekiranya dibahaskan di Dewan Rakyat.

Dua kem UMNO Kedah punyai kelebihan sendiri – Pahrolrazi

Mukhriz mempunyai sokongan kuat di peringkat akar umbi, manakala kekuatan Bashah terletak pada sokongan pimpinan.
pahrolraziPETALING JAYA: Krisis politik membabitkan Menteri Besar di Kedah merupakan isu perpecahan besar bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Jelapang Padi itu.
Menurut Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Pahrolrazi Zawawi, dua kumpulan penyokong Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Bashah Md Hanipah masing-masing mempunyai pengaruh tersendiri.
Katanya,Mukhriz mempunyai kelebihan apabila beliau mendapat sokongan kuat daripada akar umbi, manakala Bashah mendapat sokongan padu daripada pimpinan parti.
“Kedua-dua kem ini mempunyai sokongan. Macam Datuk Seri Mukhriz dari segi peringkat kepimpinan parti mungkin dia tidak ada sokongan yang kuat, tetapi dari segi kumpulan menengah dan penyokong peringkat bawahan parti dia mempunyai kelebihan, kerana dia dilihat seorang pemimpin muda yang berkaliber.
“Malah berdasarkan kajian yang kita (pembangkang) buat sebelum Datuk Seri Mukhriz menjadi Menteri Besar, beliau mendapat sokongan yang tinggi dari anak muda. Rakyat melihat Mukhriz sebagai faktor yang berjaya mengembalikan kuasa BN pada PRU lepas, dan pada masa sama melihat penyingkiran Muhkriz ini satu kesilapan besar.
“Bagi kem yang dipimpin oleh Datuk Bashah ini, sokongan tetap ada cuma rata-rata daripada kalangan pimpinan, bahagian, sebahagian ADUN, dan sebagainya. Bila mereka berpecah dalam isu MB, ia akan memberi kesan yang besar kepada kedudukan UMNO dan BN Kedah,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, Pahrolrazi yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara berkata, kemelut kepimpinan yang belaku di Kedah akan memberi kelebihan kepada pembangkang untuk merampas kembali tampuk pepimpinan kerajaan negeri pada PRU akan datang.
“Krisis penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah akan menjejaskan kedudukan BN pada PRU akan datang ditambah pula dengan isu nasional yang gagal diselesaikan. Ini isu berganda melibatkan BN,” katanya.

Pergolakan jawatan MB, apa sebenarnya yang berlaku di Kedah?

Pergolakan mengenai jawatan Menteri Besar Kedah telah mengalihkan perhatian rakyat terhadap segala isu yang menjadi topik perbualan sebelum ini.
Mukhriz-Mahathir_kedah_umno_600Isu yang melanda negeri Kedah mengenai jawatan menteri besar menjadi satu lagi topik perbincangan yang hangat dalam kalangan masyarakat sejak beberapa hari lalu.
Berita mengenai desas desus berkenaan usaha untuk menyingkiran Datuk Seri Muhkriz Tun Dr Mahathir hampir menutup keseluruhan isu yang sebelum ini menjadi tumpuan umum seperti kontroversi tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma RM2.6 bilion, SRC International, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA ) dan beberapa lagi perkara lain.
Memang sudah menjadi kelaziman di Malaysia ini apabila sesuatu berita besar yang disebarkan menerusi media-media massa akan dikupas oleh masyarakat sehingga ke akar umbi dan ia selalu berlaku mengikut musim.
Terkejut juga penulis apabila mendengar kemelut baharu yang berlaku dalam parti orang Melayu ini apabila ada usaha-usaha menjatuhkan pemimpin yang mungkin tidak bersefahaman dengan yang lain.
Bagaimanapun, isu mengenai penyingkiran Mukhriz dari jawatannya itu mempunyai elemen-elemen yang boleh dipertikaikan apabila ada pihak yang mengaitkan nasib Mukhriz dengan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang kuat mengkritik, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan pemimpin UMNO dan Perdana Menteri.
Penulis percaya, rakyat di negeri jelapang padi ini sangat merasai dilema yang berlaku dan kasihan mereka kerana tiba-tiba terpaksa menuntut pembelaan bagi yang menyokong Mukhriz.
Seorang rakan penulis yang berasal dari Kedah dan kini menetap di ibu negara turut menyuarakan ketidakpuashatiannya apabila mengetahui berita ini.
Katanya, sebagai anak negeri Kedah yang akan balik kampung untuk mengundi setiap kali adanya pilihan raya umum, taktik mahu menjatuhkan Mukhriz dengan memberikan alasan kegagalan mentadbir negeri dengan berkesan adalah satu dakwaan yang tidak wajar.

FOMCA jangka lebih banyak subsidi dikurangkan oleh kerajaan

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menjangkakan lebih banyak subsidi bakal dikurangkan dalam semakan belanjawan yang dibentangkan hujung bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata jangkaan itu berdasarkan situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
FOMCA“Belanjawan tahun lepas banyak dikurangkan subsidi jadi semakan belanjawan negara hujung bulan ini sudah tentu lebih banyak akan dikurangkan.
“Dengan kejatuhan mata wang, harga minyak dan penarikan biasiswa JPA sudah tentu membimbangkan rakyat dalam menghadapi 2016,” katanya kepada SelangorKini.
Yusof berkata Kerajaan Persekutuan seharusnya mengurangkan perbelanjaan pengurusan berbanding pengurangan subsidi.
Katanya, banyak ketirisan berlaku menyebabkan pembaziran melampau.
“Ketirisan berlaku dari pelbagai aspek. Jika Kerajaan Persekutuan dapat tangani sudah tentu penjimatan wang.
“Begitu juga dengan pengurusan, kerajaan patut mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu contohnya logistik, mesyuarat di tempat-tempat mewah, penukaran kereta dan sebagainya,” katanya.
Sehubungan itu, FOMCA menasihatkan supaya pengguna mengambil langkah berjimat cermat dalam berbelanja.
“Tahun ini, ekonomi agak getir jadi pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Berbelanja secara berhemah dan perlu mempunyai simpanan jika kegawatan ekonomi berlaku.
“Ia sekurang-kurangnya pengguna bersedia dengan segala kemungkinan.
“Kuasa pengguna terletak pada pembeli. Jika pembeli mengurangkan perbelanjaan sudah tentu ekonomi makin jejas, namun langkah berjimat cermat perlu diambil,” katanya.

Jangan guna agama untuk tujuan politik atau peribadi - Sultan Nazrin Shah

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak sesekali menggunakan agama untuk tujuan politik dan kepentingan peribadi.
Baginda bertitah, agama apabila difahami sepenuhnya merupakan instrumen penyatuan dan keadilan selain dapat melahirkan manusia yang baik.
Sultan Nazrin Shah "Di sebaliknya apabila digunakan selain daripada tujuan untuk menyemaikan roh ketuhanan, apatah lagi apabila dipilih untuk disensasikan secara politik, agama adalah bom jangka yang amat ‘explosive’, berpotensi mencetuskan porak-peranda dan malapetaka.
"Agama amat suci peranannya.  Malangnya kesucian agama ada kalanya dinodai oleh orang-orang yang kurang memiliki hikmah dan orang-orang yang cuba menyelit nilai, prasangka dan agenda peribadi lalu menjuarai dan mensensasikan sesuatu isu atas nama agama," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian sempena Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Amanjaya, Bandar Meru Raya, di sini, hari.
Menerusi titah itu lagi, Sultan Nazrin turut menegur pihak-pihak yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadap status akidah dan tahap keimanan individu lain.
"Status agama seseorang insan, sama ada tergolong sebagai ahli syurga atau ahli neraka ditentukan oleh Ilahi.
"Tugas dan tanggungjawab manusia terutama mereka yang terlibat langsung mengurus dan mengendalikan urusan agama ialah untuk menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar," titah baginda lagi.
Sultan Nazrin turut bertitah meminta supaya golongan ulama dan umara yang diamanahkan menguruskan hal ehwal Islam melaksanakan amanah secara hikmah dan menghormati perasaan insan lain.
Menurut baginda, raja pula bertanggungjawab memenuhi peranan penimbang tara secara adil dan saksama selain bersedia memberi ruang untuk mendengar dan menghalusi sesuatu perkara yang timbul.
"Realiti semasa dan realiti setempat wajib difahami.  Keadilan wajib dilaksanakan, maruah insan lain wajib dihormati," tegas baginda.

Kepentingan Melayu, Islam tak terancam tanpa UMNO - Ariff Sabri


RAUB 25 JAN: Hanya kerajaan yang adil, bersih, saksama dan mendaulatkan undang-undang dapat melindungi seluruh kepentingan rakyat Malaysia termasuk orang Melayu dan bukannya melalui ketakutan serta kebimbangan yang dicetuskan pimpinan UMNO.
Malah, tindakan UMNO sebaliknya mencetuskan kebimbangan Melayu hanya akan dilihat seolah-olah cuba menghina dan memperbodohkan orang Melayu sendiri.
ariff sabriAhli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri melalui blognya, berkata tidak timbul soal ancaman terhadap kepentingan Melayu dan bumiputera, agama Islam dan institusi beraja kerana ia sudahpun termaktub dan dilindungi perlembagaan.
“UMNO gunakan isu-isu ini untuk menakutkan dan membodohkan orang Melayu. Bagaimana UMNO menjaga kepentingan Melayu?
“Adakah dengan mengajak orang Melayu bersengketa dengan bangsa lain? Dengan melagakan agama Islam dengan agama lain? Dengan mem-bulldoze dasar tapi melaksanakannya dengan lemah dan tidak cekap? Dengan menggunakan undang-undang menekan rakyat?” soalnya.
Katanya, perkara yang dekat dengan hati orang Melayu yang gagal diselesaikan UMNO hingga saat ini sepatutnya menjadi keutamaan dan bukan memperdaya dengan cuba menakut-nakutkan kaum itu dengan hegemoni perkauman sempit.
“Tabung Haji yang sehingga hari ini belum bayar dividen dan bonus, Felda yang sudah di FGV-kan dan meletakkan sengsara kepada peneroka, Felcra yang menjadikan Melayu si penghutang, Risda yang menyusahkan pekebun kecil dengan hutang, LKIM yang menyusahkan nelayan Melayu, FAMA yang jadi orang tengah, BERNAS yang menyengsarakan penanam padi.
“Tanah rizab Melayu yang dari tiga juta hektar hari ini tinggal 360,000 hektar. MARA kekurangan dana, dasar pendidikan yang menjadikan Melayu susah dapat kerja. Sepatutnya pemimpin UMNO beritahu kita bagaimana selesaikan ini supaya ketakutan dan kebimbangan orang Melayu dibendung,” katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan satu-satunya jalan selamat bagi orang Melayu ialah meletakkan harapan kepada sebuah kerajaan yang adil, saksama dan yang berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang.

Tanah tidak bernilai bagi peneroka Felda selepas pencemaran bauksit

Peneroka Felda berdepan kehilangan pendapatan akibat moratorium ke atas aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan dan kesan pencemaran terhadap tanah mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Januari, 2016.Peneroka Felda berdepan kehilangan pendapatan akibat moratorium ke atas aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan dan kesan pencemaran terhadap tanah mereka.
Kehilangan pendapatan akibat moratorium ke atas aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan dan kesan pencemaran terhadap tanah ialah kesan yang terpaksa dihadapi peneroka Felda. Peningkatan pendapatan jangka pendek selepas membuka tanah pertanian mereka kepada perlombongan terhenti selepas Putrajaya menggantung aktiviti bauksit selama 3 bulan bermula 15 Januari dan tanah itu tidak dapat lagi digunakan lagi untuk tujuan pertanian, menurut seorang jurutera alam sekitar.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, keputusan Putrajaya itu sememangnya memberi kesan kepada peneroka memandangkan industri bauksit dianggap sebagai sumber pendapatan alternatif kepada mereka.

"Peneroka Felda tidak dapat meraih pendapatan yang banyak sekiranya terus bergantung dengan hasil penjualan kelapa sawit memandangkan harga komoditi itu di pasaran antarabangsa tidak begitu memberangsangkan," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata, tanah peneroka yang terbabit dengan industri bauksit di Kuantan kebanyakannya bertumpu di Felda Bukit Goh dan Bukit Sagu.
Felda Goh mempunyai 670 peneroka yang sebelum ini mempunyai pendapatan tidak stabil kerana hanya bergantung kepada hasil kelapa sawit, kata Mazlan.
Dengan membenarkan aktiviti perlombongan bauksit di tanah mereka, mereka mampu meraih pendapatan sekitar RM7 untuk satu tan.
Mazlan tidak pasti sumber pendapatan peneroka yang terlibat dengan industri bauksit.
"Saya tak berapa pasti sama ada terjejas atau tidak, tapi mungkin yang terlibat dengan industri bauksit sebelum ini, mereka ada menerima deposit bagi bayaran bauksit.
"Jadi ia mungkin membantu mereka," katanya.
Walaupun bukan semua peneroka Felda di Kuantan terjejas, mereka yang membenarkan tanah untuk perlombongan bauksit akan berdepan dengan kesukaran menggunakan tanah itu untuk aktiviti pertanian, kata Jurutera Alam Sekitar Dr Faradiella Kusin.
Katanya, aktiviti pertanian tidak sesuai dijalankan di tanah perlombongan bauksit walaupun selepas kerja pembersihan dilakukan kerana boleh menyebabkan kerosakan kepada genetik dan kesan toksin kepada tumbuhan.
"Kesan pencemaran bauksit boleh menjejaskan tumbuhan sama ada daripada tanah yang tercemar atau melalui leachate (air susupan ke dalam tanah)," katanya.

Mampukah Tabung Haji bayar dividen kepada penabung tahun ini, soal Amanah

Dividen Tabung Haji kepada penyimpan sepatutnya diisytiharkan pada 22 Januari seperti tahun lepas namun ia tidak melakukan demikian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Januari, 2016.	 
Dividen Tabung Haji kepada penyimpan sepatutnya diisytiharkan pada 22 Januari seperti tahun lepas namun ia tidak melakukan demikian.

Lembaga Tabung Haji (TH) yang menyimpan wang jemaah perlu memberi penjelasan sama ada mendapat keuntungan mencukupi pada 2015 untuk membayar dividen kepada kira-kira 9 juta penabung tahun ini, soal Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, mengikut Klausa 22 (2) (i) Tabung Haji menyatakan penabung tidak layak menerima dividen jika nilai aset lebih rendah daripada liabiliti.

Katanya, kecenderungan TH menggunakan rizabnya untuk membayar dividen sejak 2012 menjejaskan paras simpanannya terkini.

“Dividen TH kepada penyimpan sepatutnya diisytiharkan pada 22 Januari seperti tahun lepas namun TH tidak melakukan demikian.

“Walaupun pihak pengurusan TH ada masa sehingga Mac untuk berbuat demikian, kami amat bimbang tentang kemampuan dan kedudukan kewangan TH untuk memberikan dividen keuntungan mahupun melayani pengeluaran penabung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mujahid berkata berdasarkan laporan kewangan dari 2012-2014, ia membayar bonus dan dividen sekitar 107% melebihi jumlah keuntungan.
Sebagai contoh pada 2014 di mana keuntungan ialah RM2.98 bilion, tapi dividen yang diberikan RM3.3 bilion, katanya.

“Amalan seperti ini pasti akan menjejaskan posisi cadangan/rizab TH dan juga akan membawa penekanan terhadap keperluan untuk TH melakukan likuidasi terhadap aset mereka. Mengapa ahli lembaga pengarah TH boleh membiarkan ini berlaku?,” soalnya.

Penyingkiran beri kelebihan politik kepada Mukhriz

Mukhriz Tun Mahathir
Percaturan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani krisis Menteri Besar Kedah akan menjadi ukuran kepada kebijaksanaan Presiden Umno itu antara memenuhi tuntutan pemimpin parti atau suara rakyat yang memenangkan BN pada PRU13 lalu.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kemelut politik Kedah akhirnya akan memberikan kelebihan politik kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada beliau disingkirkan atau kekal sebagai Menteri Besar Kedah.
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kenyataan Mukhriz beberapa bulan lepas yang lebih cenderung kepada politik realistik dan tidak memberi reaksi balas terhadap gerakan undi tidak percaya yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
“Kalau Mukhriz tidak dapat kepercayaan Adun, beliau kena berundur, tapi pengundurannya itu tidak menjejaskan reputasi beliau, malah memberikan kelebihan politik kepada Mukhriz kerana nama dia akan naik, kalau dia bertanding mana-mana pilihan raya, sudah pasti rakyat akan pilih Mukhriz.
“Ini ujian bagi Mukhriz dan bagaimana dia menghadapi situasi ini adalah lebih penting daripada bagaimana Umno menangani isu ini, (keupayaan Mukhriz) akan meletakkan dia di barisan teratas kepimpinan Umno pada masa akan hadapan,” katanya kepada Sinar Online.
Beliau mengulas kemelut politik Kedah yang menyaksikan 14 Ketua Umno Bahagian, tiga sayap Umno, Adun dan Ahli Parlimen Kedah sebulat suara mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, pada Rabu lalu.
Pendirian itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah yang turut mendesak Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri.

GKCM bidas kenyataan Tengku Adnan

GKCM bidas kenyataan Tengku Adnan
SHAH ALAM – Kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa tiada keperluan untuk mengambil tindakan ke atas 14 ketua Umno bahagian di Kedah menimbulkan rasa tidak puas hati Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).
Pengerusinya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, jika Umno terus mengamalkan cara sedemikian, maka rakyat sendiri akan sedar dan nampak bahawa Umno sedang mengalami perpecahan dalaman yang teruk.
“Amat jelas tindakan Umno menunjukkan pendirian mereka yang pilih bulu atau selektif, sekali gus menunjukkan perlembagaan Umno dipermainkan oleh mereka yang sedang memegang kuasa. Mereka yang terlibat pula hanya mahu tunjuk hebat dan mahu disayangi Presiden.
“Ku Nan (Tengku Adnan) sendiri tidak faham perlembagaan agaknya. Ketika sembilan orang dari Telok Kemang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno, ia adalah kerana mereka mengadakan sidang media untuk nyatakan rasa tak puas hati pada pemimpin, kelmarin lain pula kenyataan beliau (Ku Nan),” katanya kepada Sinar Harian.
Kelmarin, Tengku Adnan berkata, tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap 14 ketua Umno bahagian di Kedah kerana mereka bertindak mengikut perlembagaan parti.
Beliau berkata, mereka hanya menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Pengerusi Umno Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan menyerahkan sepenuhnya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.
Menurut Kamarulazman, jelas Tengku Adnan dan Lembaga Disiplin Umno mengeluarkan kenyataan berbeza dan GKMC akan mengajak beliau untuk berdebat mengenai isu besar yang melanda kini.

“Kita bercakap soal mengisi perut rakyat,” kata Amanah Sik


Leman Raja Lawan (kiri) bersama rombongan Biro Tanah dan Pembangunan Luar Bandar Amanah ketika menyampaikan bantuan keluarga Bunga Tahar di Kg Padang Pulut, Jeniri, Sik.Leman Raja Lawan (kiri) bersama rombongan Biro Tanah dan Pembangunan Luar Bandar Amanah ketika menyampaikan bantuan keluarga Bunga Tahar di Kg Padang Pulut, Jeniri, Sik.
Tanpa terus hanyut dalam ‘perang’ politik sempit kepartian yang tidak menguntungkan rakyat, Amanah Parlimen Sik mengambil langkah aktif dengan turun ke ceruk pedalaman memerangi krisis kemiskinan yang majoritinya terdiri daripada golongan penoreh getah.
Ketuanya, Sulaiman Ibrahim atau kini dikenali dengan gelaran 'Leman Raja Lawan' mendedahkan pihaknya sejak lima bulan lalu telah mengenal pasti tidak kurang daripada 197 keluarga miskin tegar di Sik yang hidup dalam keadaan serba daif dan kekurangan makanan.
“Sik ini satu kawasan pedalaman di Kedah yang ramai orang miskin. Di sini rakyat tidak cukup makan. Saya ronda dari Dun Jeniri ke Dun Belantik, ada kedai runcit kalau kita minta buku hutang, penuh buku hutang itu. Rakyat tiada duit, terpaksa berhutang.
“Ada murid sekolah tidak dapat bayar yuran. Ada penoreh getah yang dapat RM1.70 (sekilogram getah sekerap) kena bahagi dua (dengan pemilik kebun getah), seminggu (dapat) RM80, RM36.
“Nak makan apa (dengan nilai itu) sekarang? Susu anak RM28. Beras RM26. Nak buat rumah, beli bata fikir dulu baik beli susu anak daripada beli bata.
"Saya tahu ada kalangan ahli Pas, Umno tapi yang penting (semua) tetap kena menoreh getah. Hang (Kamu) Pas atau Umno kena menoreh. Kita bercakap soal
isi perut, nak bayar yuran sekolah anak,” ujarnya dalam satu ceramah di Kampung Landai, Sabtu lalu.
Leman yang sebelum ini dikenali sebagai ikon Pas berkata, sebahagian besar keluarga miskin ditemui merupakan penoreh getah yang menoreh secara pawah selain membuat pelbagai kerja kampung bagi menampung kenaikan mendadak kos sara hidup.

Rakyat bantah TPPA seperti bantah bina Putrajaya, KLCC - Mustapa

Kerajaan yakin dapat menangani pelbagai persepsi negatif yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan sentiasa sedar mengenai cabaran yang dihadapi jika sesuatu perkara yang akan dilaksanakan itu melibatkan kepentingan negara.
Mustapa yakin rakyat akhirnya akan terima TPPA.Mustapa yakin rakyat akhirnya akan terima TPPA."Banyak perkara yang kita buat untuk (kepentingan) jangka panjang (negara)contohnya pembinaan Putrajaya, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Jambatan Pulau Pinang. Ini menimbulkan banyak bantahan pada peringkat awal tapi akhirnya rakyat faham," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan taklimat mengenai TPPA kepada lebih 800 orang warga pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Bandar Baharu Tunjong di sini.
Hadir sama Pengarah JPN Kelantan Datuk Ab Aziz Abdullah dan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) wilayah Kelantan Azran Deraman.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata perbahasan mengenai TPPA telah lama dilaksanakan oleh kerajaan dengan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat pembangkang.
"Dah lima tahun saya menjawab soalan mengenai TPPA ini. Kerajaan juga telah mengadakan perjumpaan dengan orang awam, mengadakan pendengaran awam, forum terbuka dan sebagainya," katanya.
Malaysia adalah antara 12 negara selain Australia, Brunei, Kanada, Chile,
Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam yang memuktamadkan rundingan berkaitan TPPA pada 5 Okt 2015.

'Kalau Cerdik Bukan Menteri' namanya...


Laporkan penyeksaan tahanan kepada KDN, kata Nur Jazlan

Susulan pendedahan Suaram yang mendakwa wujud penyiksaan tahanan yang ditahan mengikut Sosma, KDN bersedia menyiasat sekiranya laporan dibuat melalui saluran rasmi, kata Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2016.  
Susulan pendedahan Suaram yang mendakwa wujud penyiksaan tahanan yang ditahan mengikut Sosma, KDN bersedia menyiasat sekiranya laporan dibuat melalui saluran rasmi, kata Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat sebarang kes seksaan terhadap tahanan sekiranya laporan dibuat menggunakan saluran rasmi, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed susulan pendedahan kumpulan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mendakwa berlaku salah laku layanan kepada tahanan. “Saya perlu periksa, tetapi orang yang ditahan mempunyai hak untuk memaklumkan kepada seseorang mengenai penahanannya dan boleh melakukan laporan rasmi sekiranya sesi soal siasat tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“SOP yang digunakan para penyiasat perlu munasabah dan mengambil kira hak tertuduh sebagai manusia. Kementerian akan menyiasat apa sahaja laporan yang dilakukan menerusi saluran rasmi,” katanya melalui mesej WhatsApp kepada The Malaysian Insider.

Nur Jazlan memberikan maklum balas kepada pendedahan Suaram baru-baru ini mengenai surat pengakuan yang diberikan 7 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Akta 2012 (Sosma), mendakwa berlaku penderaan semasa mereka ditahan. Surat pengakuan itu didedahkan Suaram pada satu sidang media minggu lepas.
Menurut Suaram, ramai tahanan berkata mereka dipukul dan diancam, dengan seorang daripada mereka mendakwa dipaksa berbogel, merangkak seperti anjing, mencium kaki salah seorang pegawai penyiasat dan lain-lain tindakan yang merendahkan martabat tahanan.
Beberapa tahanan juga mendakwa polis mengancam untuk menyakiti ahli keluarga mereka menyebabkan terpaksa bersetuju dengan kenyataan disediakan polis.

Usaha guling Mukhriz belum nampakkan hasil

Ahmad Bashah dan Mukhriz dalam satu majlis Umno Kedah.Ahmad Bashah dan Mukhriz dalam satu majlis Umno Kedah.
Perdana Menteri dan Umno Kedah diingatkan supaya tidak mengheret sultan dan rakyat negeri itu dalam kemelut politik penggantian Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata usaha untuk menggulingkan Mukhriz masih belum menampakkan hasil walaupun telah memasuki hari kelima sejak pengumuman hilang keyakinan oleh pimpinan Umno.
Menurutnya, laporan sesetengah media arus perdana yang cuba memberikan gambaran seolah-olah tuntutan menyingkirkan Mukhriz kononnya daripada rakyat bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak sultan bagi tujuan berkenaan.
“Tindakan ini suatu perbuatan jahat mengheret tuanku sultan dalam kemelut politik dalaman Malaysia dan di Kedah. Komplot terhadap Mukhriz ini ekoran kritikan panas dan tajam, Tun Mahathir bapa kepada Mukhriz terhadap Najib.
“Ia boleh disifatkan seperti kata pepatah pukul anak sindir menantu; satu penampar untuk Mukhriz adalah juga penendang buat Tun Mahathir,” ujarnya dalam kenyataan beliau semalam.
Mengulas lanjut Mahfuz berkata, tindakan menggulingkan Mukhriz menggunakan pihak istana itu disifatkan sebagai mencuci tangan supaya tidak dipersoalkan rakyat yang menganggap kononnya atas titah perkenan istana.

Kedah akan dapat MB baharu Rabu ini?


Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari Barisan Nasional (BN) bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.
Memetik laporan portal Pro-BN Mykmu melaporkan , kesemua Adun BN telah menyatakan taat setia kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
"Kesemua mereka bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan kepada keputusan Umno dan Barisan Nasional.
"Sehingga petang tadi, sumber memberitahu Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor telah bercakap dengan hampir 90 peratus Adun BN Kedah," petik kenyataan sumber kepada portal berkenaan.

A house divided

PAS stands at an impasse between Hadi's ambition and the party's long-held rivalry with Umno.
tuan-man,hadi,pas
PAS is a party at odds with itself. Party president Abdul Hadi Awang, who once commanded a united front of conservatives against progressive elements, now presides over a divided field over the issue of PAS’ newfound friendship with Umno.
PAS and Umno have attempted to form a political collaboration before, but the enterprise left the late spiritual leader of the party, Tok Guru Nik Abdul Aziz Mat, disgusted with Malaysia’s most powerful political party. This sentiment is still largely shared by the party’s grassroots. A PAS insider recently told FMT that about 70% were opposed to such a move, and that he himself would leave the party if a formal collaboration was established.
The chief voice of that dissension is Hadi’s deputy, Tuan Ibrahim Tuan Man, whose take on the idea of cooperation with Umno was recently expressed in these words: “It is impossible for PAS to work with Umno, a party that, from its inception up to now, has been oppressing and inflicting injustices on PAS members and its leadership.” While Hadi has gone on his merry way attacking the DAP and the Chinese community over imagined slights, Tuan Ibrahim has kept his eye on the ruling party to continue calling it out over several issues.
The marriage between PAS and Umno cannot possibly go ahead without the blessing of the Deputy President, especially when he has a large section of the grassroots with him. And a house divided can only stand against itself. This means that Hadi can bluster and call for assemblies as much as he wants, but until he presents a case for cooperation that all of PAS can agree on, it does not look like Umno will cease being an enemy to most members of the party.

WHY SUCH DIRTY TACTICS: NAJIB GETS TONGUE LASHING OF HIS LIFE FOR BLOCKING ONLINE ACCUSATIONS OF HIS CORRUPTION

WHY SUCH DIRTY TACTICS: NAJIB GETS TONGUE LASHING OF HIS LIFE FOR BLOCKING ONLINE ACCUSATIONS OF HIS CORRUPTION
The Malaysian Government has over the past few days taken further draconian steps to silence free media from exposing corruption at the highest levels.
On Thursday, Malaysia's Multimedia and Communication's body announced that amendments will be made to the Communications and Multimedia Act allowing the Government to block websites that are seen to 'slander' the country's leadership. The authorities are also reported to be attempting to force new ownership on key free internet news portals.
The government has already singled out British-based Sarawak Report by uniquely banning and blocking the site, after it exposed multi-million dollar transfers into Prime Minister Najib Razak's accounts last year, a matter he has proved unable to refute.
Also last week, there were further unannounced measures taken to simply shut down platforms being used by Malaysian citizens to access the information provided by Sarawak Report. Medium, a popular website, used by thousands of publishers, including Sarawak Report is also now arbitrarily blocked obstructing Malaysians from access to the entire website.
Likewise, an unannounced blackout was also applied against the Hong Kong based Asia Sentinel, which has also doggedly covered Malaysian corruption issues and reported on a number of the investigations conducted by Sarawak Report.
The issue which the Prime Minister plainly wants to censor in these ways is Sarawak Report's latest coverage of further massive dollar payments into his personal accounts and the links between those payments with kickbacks to the former Abu Dhabi fund manager Khadem Al Qubaisi. Al Qubaisi was involved in huge loss making deals with Malaysia's development fund 1MDB, from which hundreds of millions of dollars have gone missing and unaccounted for.

Other stories carried by Sarawak Report over the past week, which have caused shock waves through Malaysia, included the news that Najib has been attempting to negotiate his exit (together with a safe passage and access to all his billion dollar accounts) as well as further details on the death of one of the whistleblowers on the 1MDB scandal, Kevin Morais. Morais was brutally suffocated in a barrel of cement and for weeks the authorities attempted to deny that he had been involved in the investigations into Najib's accounts.