Ahad, 24 Januari 2016

Jangan Jadi Macam Ahmad Maslan


Kemelut Umno Kedah belum ada petunjuk

Najib sempat berseloroh dengan Mukhriz
LANGKAWI - Belum ada sebarang petanda dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kemelut yang melanda Umno Kedah.
Semua pihak masih tertunggu-tunggu reaksi atau tindakan Presiden Umno itu bagi meredakan keadaan dan akhirnya menjernihkan keadaan demi kestabilannya di negeri jelapang padi itu.
Najib pula tidak mengadakan sidang media ketika menghadiri dua program di Langkawi hari ini.
Selepas selesai merasmikan penerbangan sulung Air Asia dari Guangzhou ke Langkawi, beliau berbual dengan tetamu sambil menikmati minuman.
Selepas itu, Najib bergegas ke program bertemu dan makan tengah hari bersama nelayan serta merasmikan jeti pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Chenang.
Bagaimanapun, Mukhriz dilihat bersama-sama Najib menaiki kereta rasmi yang membawa perdana menteri menuju ke Kuala Chenang.
Mungkin itulah peluang keemasan bagi kedua-dua pemimpin itu berbincang empat masalah yang berlaku itu.
Sebelum itu, ketika nenyambut penumpang pesawat Air Asia itu pun, kedua-dua tiada kesempatan untuk berbual panjang.

Kedah jadi pertaruhan PRU14

FLY_6913
Sehingga hari ini, masih tiada kata putus daripada Najib terhadap desakan menukar Mukhriz sebagai MB Kedah dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

KUALA LUMPUR, 24 Januari:

Negeri Kedah bakal menjadi pertaruhan buat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, susulan konflik Menteri Besar yang tercetus Rabu lalu.
Menurut penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prod Madya Dr Azizuddin Mohd Sani, keadaan itu jelas menggugat kestabilan negeri jelapang padi itu yang sudah dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir hampir tiga tahun dan disifatkannya sebagai pentadbiran yang baik.
“Sebenarnya kalau kita lihat, Kedah sudah berada dalam keadaan stabil, selepas diambil semula BN pada PRU lepas.
“Umno sudah stabil, pembangkang pula sedang berbalah sesama sendiri, terutamanya melibatkan PAS dan Parti Amanah Negara…dari segi prospek PRU, memang Kedah boleh kekal di bawah BN.
“Tetapi, bila berlaku macam ini, keadaan menjadi goyah. Sebab Mukhriz ini dia tidak ada isu, kita nak kata dia hebat mentadbir itu tidaklah, tetapi dia kategori okay…dari segi ekonomi stabil, politik stabil dan rakyat juga nampak gembira dengan kepimpinan beliau,” katanya sebagai mengulas kemelut penggulingan Mukhriz.
Secara peribadi, beliau berpendapat, Mukhriz layak diberi peluang untuk mengekalkan jawatan selaku Menteri Besar dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah sehingga PRU14 akan datang.
Ini kerana, jelasnya, jika Mukhriz digantikan calon lain, ia mungkin memberi impak kepada BN dan Umno pada PRU14, kerana membangkitkan kemarahan rakyat dengan krisis itu.
“Sebab hal ini melibatkan rakyat…Jika rakyat marah, BN akan kalah dalam PRU akan datang. Itu sama ada mereka undi kepada pembangkang atau mereka tidak akan turun mengundi langsung.

Silibus BTN, pengurusan persepsi akan diperhalusi, kata Azalina

Silibus dan aspek pengurusan persepsi khususnya dalam kalangan anak muda akan diberikan perhatian dalam penjenamaan semula BTN, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2016. 
Silibus dan aspek pengurusan persepsi khususnya dalam kalangan anak muda akan diberikan perhatian dalam penjenamaan semula BTN, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

 Jawatankuasa penjenamaan semula Biro Tata Negara (BTN) akan memperhalusi dan mengkaji silibus BTN serta melihat aspek pengurusan persepsi khususnya dalam kalangan anak muda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata bagi melaksanakan tugasan tersebut, jawatankuasa penjenamaan semula itu dibahagikan kepada 2 jawatankuasa kecil.
"Satu daripadanya akan memperhalusi dan mengkaji silibus BTN, khususnya modul sedia ada supaya mengikut kehendak semasa selain meneliti keperluan memperkenalkan silibus baharu seperti Negara Bangsa dan sebagainya.

"Ia akan dianggotai khususnya  ahli akademik," katanya dalam kenyataan hari ini. Jawatankuasa kecil ke-2 pula, akan melihat aspek pengurusan persepsi khususnya dalam kalangan anak muda serta respons belia terhadap negara bangsa dari konteks tugas dan tanggungjawab mereka yang mana pendapat dan suara belia sendiri akan diambil kira.    
Azalina berkata yang perjumpaan meja bulat sudah diadakan sebelum ini, ke arah melaksanakan 1 perubahan terhadap pendekatan yang dibuat BTN dalam usaha meningkatkan semangat patriotik terhadap negara.
Beliau berkata mesyuarat meja bulat ke-2 dalam bentuk bengkel akan diadakan bulan depan.
Katanya ahli panel yang dilantik tidak terlibat dalam aspek dasar dan pentadbiran BTN secara langsung, dan penglibatan mereka dari aspek memberi input cadangan penambahbaikan modul serta pengurusan persepsi tertakluk kepada jawatankuasa masing-masing.

Najib tidak harus didesak buat keputusan krisis menteri besar Kedah

  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak harus didesak untuk membuat keputusan isu menteri besar Kedah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2016.  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak harus didesak untuk membuat keputusan isu menteri besar Kedah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

 Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Datuk Seri Najib Razak tidak harus didesak atau tergesa-gesa untuk membuat keputusan mengenai isu menteri besar Kedah.
Salleh berkata, apabila perdana menteri akhirnya membuat keputusan, ia merupakan keputusan yang sedia termaklum yang mengambil kira semua pendapat dan hasrat.
Menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my blognya, beliau berkata sejak 2009, Najib terpaksa menangani beberapa krisis menteri besar.

"Dan walaupun semua pihak menjangkakan yang lebih teruk, sehingga menjangka negeri itu mungkin jatuh, pada akhirnya segala-galanya diselesaikan dengan memuaskan hati semua pihak mahupun istana," kata beliau. Salleh menganggap  krisis menteri besar di Kedah tidak berbeza, dan pilihan ketua pejabat eksekutif (CEO) setiap negeri akhirnya, menjadi prerogatif presiden parti untuk menentukannya.     
"Tetapi, sebelum CEO negeri dilantik, presiden parti perlu terlebih dahulu mendapatkan maklum balas daripada parti termasuk memperoleh pandangan istana di negeri yang mempunyai menteri besar."
Salleh berkata rakyat Malaysia sentiasa mencari sesuatu yang menimbulkan sensasi dan yang terkini ialah kemelut di Kedah.
"Malahan, ia dianggap sebagai krisis sedangkan sebenarnya ia bukan krisis," katanya.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menghadapi tekanan selepas pemimpin Umno bahagian di negeri itu secara terbuka menyatakan mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan ketua badan perhubungan Umno negeri.

Agak2 ler.. siapa di belakang Najib tu..??


Saya tidak gila jawatan – Ahmad Bashah

FLY_5785
Ahmad Bashah mengesahkan, satu memorandum menuntut pertukaran Mukhriz akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong melalui Perdana Menteri.

ALOR SETAR, 24 Januari:

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan dirinya berhasrat merebut jawatan Menteri Besar (MB) negeri itu daripada penyandang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurutnya, konflik negeri itu berpunca daripada kepimpinan negeri tersebut yang sudah hilang keyakinan terhadap Mukhriz yang dilihat gagal memperkukuhkan kedudukan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, dirinya tidak ‘gila jawatan’ seperti yang didakwa sesetengah pihak, setelah tercetusnya konflik MB Kedah.
“Kalau saya gila jadi MB, pilihan raya hari itu saya sudah jadi MB. Ketika itu, saya ialah pengerusi perhubungan, saya juga pengarah pilihan raya. Saya tak gila jawatan.
“Masa dulu, ketika lagi dua hari nak mengundi pada PRU, mereka kata mereka nak umum Mukhriz jadi MB kalau menang, saya terima, walaupun saya pengerusi perhubungan negeri, saya juga pengarah pilihan raya.
“Saya terima, sebab itu adalah hak Perdana Menteri. Saya tak nak pertikai itu dan ianya terpulang kepada Perdana Menteri nak tengok semua itu.
“Jadi, saya terima dan saya bersyukur PM tetap menghargai saya dan jasa saya, jadi saya dibawa PM ke Kuala Lumpur (dilantik selaku Timbalan Menteri),” katanya pada sidang media yang diadakan di kediamannya, hari ini.
Menurutnya, hasrat kepimpinan Umno Kedah hari ini mahu Mukhriz ditukarkan, kerana ia dianggap perlu bagi memastikan negeri berkenaan kekal di bawah pentadbiran Barisan Nasional pada penggal akan datang.

Bersatu melawan kuasa ekstremis dan perkauman


LIM_GUAN_ENG_PC
RAKYAT Malaysia yang mencintai keamanan dan kesederhanaan perlu bersatu padu melawan segala kuasa ekstremis dan perkauman yang bertujuan memburuk-burukkan bukan Muslim dan bukan Melayu melalui kebencian, ketakutan dan penipuan.
Dasar pecah perintah BN bukan sahaja merenggangkan hubungan sesama rakyat tetapi juga meningkatkan permusuhan akibat kerelaan mempercayai penipuan itu atau keburukan antara satu sama lain. Sangat mengecewakan apabila dasar rasis dan ekstremis BN itu diterima pakai sebuah parti pembangkang bagi memuntahkan segala penipuan, ketakutan dan kebencian menentang bukan-Muslim dan komuniti Cina.
Kebencian ditunjukkan kepada bukan Melayu itu boleh dilihat di beberapa sekolah kebangsaan apabila kanak-kanak bukan Muslim tidak dibenarkan makan secara terbuka semasa bulan suci Ramadan.
Malah, seorang kolumnis di New Straits Times mengeluh kanak-kanak Muslim kurang percaya dan enggan berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak bukan Muslim di sekolah. Lalu, tidak hairanlah apabila semakin kurang ibu bapa bukan Melayu menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan.
Betapa seriusnya permusuhan kaum itu boleh dilihat melalui sebuah insiden melibatkan seorang doktor perempuan berketurunan India di Taiping. Beliau mahu membantu seorang lelaki tua Melayu yang tercedera akibat jatuh  motosikal.

Bukankah Akta Air 1920 (Akta 418) itu di bawah kementerian beliau.. DAH NYANYUK ka atau makan gaji buta.. !!!


Mentafsir demo bantah TPPA semalam

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pagi ini nak "berkecek" sedikit fasal demon membantah pelaksanaan Perjanjian Perkongisan Trans Pasifik (TPPA) yang berlangsung di ibu negara semalam. Kalau tidak bercakap, orang kata kita tidak pedulikan kepada perkembangan semasa pula. Lagi pun beberapa orang penjenguk bertanya saya, macam mana pandangan saya terhadap demon berkenaan.

Ada yang hendak tahu siapa yang menjadi dalangnya. Adakah DAP, PKR dan parti Amanah hadir sama. Dan macam-macam lagi ogehan yang diutarakan.

Demon semalam didominasi oleh orang parti agama. Beberapa orang pemimpin kananya peringkat barisan kedua muncul mengendali bantahan berkenaan. Nampak, ada mereka naik bersyarah dan menyatakan bantahan dengan penuh lemah lembut. Tetapi nasib baik tidak sambil duduk bersela seperti meratib.

Seorang pemimpinnya mendakwa lebih 30,000 yang hadir. Saya tidak boleh mengesah dan menafikan kerana saya tidak hadir dan hanya memantau menerusi Facebook dan blog sahaja. Angka subjektif. Pihak yang suka akan tambah dan pihak yang benci akan mengurangkannya. Ini perkara biasa.

Tetapi kita sebagai pemerhati dapat membuat congakan sendiri. Biasanya kalau peserta ramai ia menimbulkan masalah. Polis akan sibuk dan pasukan keselamatan lain juga akan sibuk. Kalau bantahan besar dan sampai tidak dikawal tentu ada tangkapan. Ada semburan gas pemedihan mata dan juga ditrangkap. Begitu juga media massa akan menemu ramah para peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman menyatakan kekesalan dengan demon kerana kononnya menjejaskan perniagaan mereka. Tetapi kali ini tidak ada?

Ertinya tunjuk perasaan semalam berjalan aman. Tidak ada sesiapa yang ditangkap kecuali seorang lelaki dikatakan cuba membawa fahaman Anarki... tetapi sudah pun dilepaskan selepas diuji air kencing. Ini menunjukkan demon semalam berskla kecil sahaja. Mungkin layak disebut sebagai riadah hujung minggu, sekadar memanaskan ketiak atau menghilang lenguh siku lutut sahaja.

Saya tidak tahu apakah ada apa-apa resolusi yang dibuat pada bantahan semalam. Maksudnya ada bantahan secara dokumen untuk diserahkan kepada kerajaan, atau diberikan kepada wakil rakyat untuk dibahas dalam parlimen Selasa depan. Sepatutnya ada. Dokumen itulah menjadi dokumen sah dan direkodkan di Parlimen.

Himpunan Bantah TPPA Menarik

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Saya sangat teruja melihat tiga blok pembangkang yang tidak sehaluan, berhimpun membantah TPPA. Blok DAP-PAN-PKR, Blok PAS-PKR, dan blok PSM&Co. Blok Umno berhaluan anti-Najib saya tak pasti. Turut bersama adalah kumpulan aktivis mahasiswa.

2) Tiga blok tak sehaluan dalam ideologi politik membantah kerakusan dan kebodohan Umno/BN pada hari yang sama. Mereka bersama-sama membantah TPPA yang dilihat bakal menjerumus negara dan rakyat kelembah kebinasaan.

3) Saya tidak memihak kepada tuduhan DAP menyokong TPPA, dan tidak juga menganggap DAP tidak menyokong TPPA.
Kehadiran beberapa figur DAP seolah menjawab postulasi "DAP menyokong TPPA". Tidak boleh pukul borong DAP suka TPPA.

4) Saya yakin PAS dan PAN memang menolak TPPA. Umno, PKR dan DAP saya fikir ia berbelah bagi. Ada pemimpin yang pro TPPA, ada yang anti-TPPA. Yang bersalah di sini adalah Umno, kerana mengangkat pemimpin yang tidak sensitif, kurang membaca, lemah berfikir, mudah dibeli.

5) Yang menolak TPPA adalah jelas, tidak mahu gadaikan kedaulatan negara dan generasi masa depan dengan perjanjian tersebut. Yang mahukan TPPA pula terbahagi kepada dua.

6) Ada yang mahukan TPPA kerana mahukan kebaikan-kebaikan TPPA tanpa mahu menimbang akan keburukan jangka panjang. Mereka ini mungkin rasa tidak senang dengan dasar kerajaan yang terlalu memanjakan bumiputera dan dilihat 'menganak-tiri' non-bumiputera.

Umno, PAS perlu ‘penyatuan niat’ jayakan agenda Najib, kata Nasharudin

  Umno dan PAS perlukan penyatuan niat untuk menjayakan agenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memupuk kesederhanaan melalui Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, kata Nasharudin Mat Isa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2016. 
 Umno dan PAS perlukan penyatuan niat untuk menjayakan agenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memupuk kesederhanaan melalui Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, kata Nasharudin Mat Isa.

 Umno dan PAS perlukan "penyatuan niat" untuk menjayakan agenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memupuk kesederhanaan melalui Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), kata Nasharudin Mat Isa.
Ketua pegawai eksekutif GMMF itu berkata, 2 parti tersebut perlu duduk bersama bagi menjayakan agenda negara.
"Saya tidak katakan kedua-duanya (Umno dan PAS) perlu bergabung. Idea saya ialah pucuk kepimpinan 2 parti berkenaan duduk semeja membincangkan perkara sama.

"Kita duduk dan bekerjasama. Jangan tinggalkan usaha ini kepada parti politik semata-mata, malah mana-mana NGO (badan bukan kerajaan) yang mempunyai ruang juga perlu turut serta," katanya seperti dilaporkan BH Online hari ini. Bekas timbalan presiden PAS itu mengakui, dengan kedudukannya kini, beliau mempunyai akses kepada kedua-dua parti itu walaupun tidak semestinya dapat memuaskan hati semua pihak.
Nasharudin yang mengendalikan GMMF sejak Oktober lalu berkata, ruang ketika ini membuka peluang baginya menemui lebih ramai pihak daripada pelbagai organisasi.
"Platform sebagai CEO di sini memberi saya ruang luas untuk menghampiri pelbagai agensi dan menemui pihak berkepentingan," katanya apabila ditanya sama ada beliau selesa dengan kedudukan sekarang.
"Perlu ditegaskan, saya bukan bekerja untuk Umno atau PAS.
"Saya akui, ada yang skeptikal dan sinis terhadap keupayaan saya, namun saya menerima jawatan ini kerana yakin dengan agenda berkaitan penyatuan," katanya.
PAS di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin rapat dengan Umno selepas penentang kerjasama itu keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
Hadi dan Najib juga sebelum ini duduk sepentas dalam sebuah program di Kuala Lumpur.

Kelulusan bukan syarat utama jadi MB Kedah kata Tajul Urus

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, semua Adun di negeri itu layak dan boleh dipertimbangkan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.
Tajul Urus berkata, walaupun beliau mengakui pendidikan itu penting, namun prestasi seseorang wakil rakyat itu tidak wajar diketepikan hanya semata-mata kerana tidak mempunyai kelulusan yang tinggi.
Tajul Urus Mat Zain “Yang PhD (Doktor Falsafah) pun tak tentu boleh melaksanakan (tugas) dengan baik. Orang politk yang sudah melalui banyak pengalaman, yang sudah melalui naik turun mungkin paling baik.
“Kesetian kepada parti dan pucuk pimpinan ada faktor utama,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas laporan media perdana hari ini mengenai perkembangan terkini kemelut politik Kedah apabila menyenaraikan tiga nama Exco Kedah yang disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah baharu.
Tiga nama tersebut ialah Exco Jawatankuasa Industi dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail; Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid dan Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan, Datuk Tajul Urus Mat Zain.
Mereka masing-masing Ku Rahman, Adun Guar Chempedak, Adun Ayer Hangat (Mohd Rawi) dan Adun Tanjong Dawai (Tajul Urus) itu dikatakan paling layak dipertimbangkan berdasarkan kepada pengalaman serta  latar belakang pendidikan, sekaligus dapat meredakan kemarahan rakyat Kedah.
Ketiga-tiga calon tersebut layak disenaraikan sekiranya Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berhadapan dengan ‘halangan’ untuk menggantikan Mukhriz.

Berkampung di Parlimen bantah TPPA

Pemuda AMANAH seru rakyat bantah TPPA di Parlimen pada Selasa dan Rabu ini
Shazni Munir Mohd Ithnin
PETALING JAYA: Rakyat negara ini diseru berkampung dan mengadakan bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Parlimen pada Selasa dan Rabu ini.
Seruan itu dibuat Pemuda AMANAH sebagai tanda tunjuk perasaan terhadap ahli Parlimen yang akan mengadakan undian sama ada kerajaan akan menandatangani perjanjian itu pada Feb depan.
Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata rakyat negara ini diajak berkampung di sekitar bangunan Parlimen untuk memastikan semua ahli Parlimen mengundi menolak TPPA berkenaan.
“TPPA sampai ke peringkat akhir dan ini kemuncak perlawanan paling kritikal. 26 dan 27 Januari ini penentu samada perjanjian yang bakal menentukan nasib jatuh bangun negara ini diterima atau ditolak oleh ahli Parlimen Malaysia.
“Pemuda AMANAH mengajak seluruh rakyat untuk berkampung depan Parlimen ketika TPPA ini dibahaskan bermula pagi 26 Januari hinggalah 27 Januari. Di pusingan bantahan paling penting ini, rakyat harus bersama pastikan semua ahli Parlimen mengundi untuk tolak perjanjian tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Shazni Munir berkata, mesej sama juga mahu diberi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak perjudikan nasib rakyat dan kedaulatan negara.
Katanya, rakyat wajib tahu bahawa TPPA adalah bentuk penjajahan baharu antara rakyat Malaysia dan syarikat multinasional yang berpengkalan di negara maju.

Samy Vellu: Saya bawa duit ke Malaysia

 Di sebalik gesaan supaya jawatannya dihapuskan, Duta Khas Infrastruktur Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu berkata, tugasnya adalah "membawa masuk wang untuk negara."
Katanya, Malaysia memiliki lebih banyak pengalaman dalam sektor pembinaan dan beliau sendiri bertugas sebagai Menteri Kerja Raya selama 28 tahun.
"Dan kini kita tahu tentang dunia, dan mereka mahu kita bantu mereka (membina infrastruktur) dan mereka membayarnya.
"Anda tak mahu itu? Kita memiliki ratusan kontraktor di sini yang tiada kerja!" katanya di sidang media di Batu Caves, Selangor hari ini.
Bekas Presiden MIC itu ditanya mengenai kenyataan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pada minggu lalu yang meminta Putrajaya menghapuskan jawatan bertaraf menteri seperti wakil khas dan penasihat kerajaan.
Pada sidang media 20 Januari lalu Ibrahim berkata, jika kerajaan mahu menjimatkan perbelanjaan kedudukan lantikan itu perlu ditamatkan terlebih dulu.
Ibrahim kemudian menyebut nama Samy Vellu sebagai salah satu contohnya.

Krisis MB Kedah: Jangan babitkan sultan, rakyat

Pihak yang terlibat dalam kemelut kepimpinan di Kedah diingatkan tidak mengheret istana dan rakyat bagi menyempurnakan agenda masing-masing.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat ketika ini sedang menghadapi kesukaran hidup akibat kos sara hidup yang tinggi.
Keadaan itu, kata bekas naib presiden PAS berkenaan, berlaku disebabkan "kelemahan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "menguruskan kehidupan rakyat"
Dalam kenyataan medianya hari ini Mahfuz berkata selepas lima hari usaha menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar) daripada jawatannya sebagai menteri besar dan Ketua Perhubungan Umno Kedah belum berhasil.
Namun, katanya, usaha berkenaan dipercayai sedang berterusan dan digerakkan oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan "didalangi pula oleh tok datang wayang kulit" di Putrajaya.
"Apa yang menyedihkan ialah, daripada cakap-cakap dan mesej di media sosial, komplot ini cuba mengheret Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan untuk meyakinkan rakyat serta menghalalkan tindakan mereka," katanya.
Mahfuz yang turut pernah berkhidmat sebagai Ketua Penerangan PAS mendakwa gerakan menyingkirkan Mukhriz itu didorong oleh keinginan menyerang balas terhadap desakan pihak tertentu untuk mengundurkan Najib daripada jawatan Presiden Umno dan perdana menteri.
Heret perbuatan jahat
Katanya, "komplot" terhadap Mukhriz itu adalah kesan daripada kritikan keras Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Najib.
"Ia boleh disifatkan seperti pepatah pukul anak sindir menantu.
"Satu 'penampar' untuk Mukhriz adalah juga 'tendangan' buat Dr Mahathir," katanya.

DAP saran jangan sekat Hadi ke Sarawak, bawa jumpa komuniti Kristian

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, langkah membawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Sarawak adalah lebih baik berbanding melarang Hadi memasuki negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2016. 
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, langkah membawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Sarawak adalah lebih baik berbanding melarang Hadi memasuki negeri itu.

Kerajaan Sarawak seharusnya membawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke negeri berkenaan dan menunjukkan kepadanya sumbangan komuniti Kristian di Sarawak, kata pemimpin DAP.
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, langkah berkenaan adalah lebih baik berbanding melarang Hadi memasuki Sarawak.
"Kerajaan Sarawak seharusnya membawa Hadi ke negeri itu. Biar beliau melihat sumbangan komuniti Kristian di Sarawak dan Malaysia termasuk hubungan baik antara agama di negeri itu.

"Ini lebih baik daripada melarang kemasukannya ke Sarawak kerana cara itu adalah salah guna kuasa imigresen Sarawak," kata ahli Parlimen Seputeh itu dalam kenyataannya hari ini. Hadi sebelum ini mendakwa mubaligh Kristian datang meneruskan kerja mereka ke Malaysia hanya selepas gagal di Barat.
“Kristian sudah tidak laku di negara di mana tahap pendidikan tinggi seperti Jerman, Perancis, Britain dan negara Eropah lain,” kata Hadi dalam artikel disiarkan di Harakah, lidah rasmi PAS.

NAJIB UPHEAVAL ROCKS REGION: CIA, FBI MONITORING MALAYSIA'S RISING DESPOTISM, FAILING DEMOCRACY

NAJIB UPHEAVAL ROCKS REGION: CIA, FBI MONITORING MALAYSIA'S RISING DESPOTISM, FAILING DEMOCRACY
Credible media sources are stating that operatives from the US-based Central Intelligence Agency (CIA) and Federal Bureau of Investigation (FBI) aided by the United States Information Service (USIS) and other American agencies are now on the ground in Malaysia collating data and information in response to a growing number of appeals by Malaysian individuals and organizations to the international community to help put the nation back on the track of democracy.
Malaysia's political climate has not only riled up the local people but the ongoing sagas and scandals that are being unraveled of the Barisan Nasional (BN) government's political mischief and evil schemes have caused the international community to view the country with disdain and in the vein of being a rogue nation.If earlier there were doubts, a growing many number of countries around the world are now turning the focus of their attention on Malaysia and are no longer doubtful.
The antics and political ploys of the Najib regime beggars belief by the international community and they are aghast and astonished that Najib is still the prime minister of the country despite being obviously guilty of a growing litany of wrongdoings and atrocities. The international community is shocked and appalled that till now Najib and Rosmah have not been brought to justice.
The international community finds it even more incredible that those who have stood up against Najib and his administration have instead been jailed, sacked or removed from office by covert moves on the part of BN leaders who have ganged up to try and cling on to power and preserve the stranglehold of the United Malays National Organization or UMNO.
Malay die-hard's, fanatics and extremists have been going to the ground and contending and chanting slogans such as "UMNO - Dulu, Kini dan Selamanya" (UMNO - Then, Now and Forever). But critics of UMNO point out that their slogan should actually read as "UMNO - Dulu, Kini dan Tak lama lagi." (Then, Now and Not for long).
Other countries get into the act

High Commissions, embassies and legations of many countries around the world that are based in Malaysia are also getting into the act of sourcing for information on the latest news and views and opinions on the country though Wisma Putra (the foreign ministry) officials are tight-lipped and refusing to reveal much despite being pressured.
The official stance of the BN government is that Malaysia is a sovereign state and they will not allow outside forces to meddle or intervene in the domestic affairs of the country just as Malaysia will not interfere in the governance of another nation. But a growing many Malaysian individuals and organizations are desperately appealing to the international community to save the country from becoming a basket case.

1MDB seals Bandar Malaysia share sale for RM7.41bn

Share purchase agreement signed, Iskandar-China Railway consortium to pay RM741mil deposit.
1mdb2
KUALA LUMPUR: The government’s controversial investment arm 1Malaysia Development Berhad has sealed a deal to sell a 60 percent stake in its subsidiary Bandar Malaysia Sdn Bhd for RM7.41 billion.
The company signed the share purchase agreement yesterday with a consortium comprising Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd and China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd.
The consortium will develop a 486-acre on the site of the former RMAF base in Sungai Besi for a mixed-development comprising housing, and commercial and lifestyle facilities.
The consortium, a 60:40 partnership between IWH and China Railway, has valued all the land at RM12.35 billion, pricing the 60 percent stake at RM7.41 billion.
The consortium will pay the 10 percent deposit of RM741 million as soon as the deal is executed, Berita Harian Online reported. It quoted 1MDB chief executive Arul Kanda Kandasamy as saying the transaction was expected to be completed by June.
Second Finance Minister Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah witnessed the signing of the agreement, the report said.

Demonstrasi anti-TPPA protes tak menjadi


Protes Bantah TPPA semalam adalah sia-sia.
Jumlah kehadiran protes itu saja sudah cukup untuk membezakan antara retorik dan realiti.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengaggarkan jumlah peserta kira-kira 25,000 di Padang Merbok saja.
Bagaimanapun pemerhatian Malaysiakini di situ dan Dataran Merdeka, jumlah kehadiran maksimum adalah kira-kira 5,000 orang saja.
Kehadiran itu berlaku selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang tidak hadir bersama orang ramai - melancarkan kempen mengajak rakyat turun membantah pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) itu.
Sebahagian besar penunjuk perasaan pula adalah ahli PAS dan ia jauh lebih rendah daripada kehadiran yang mampu digerakkan parti berkenaan seperti sebelum ini.
Ditanya mengenai jumlah kehadiran yang kecil itu, salah seorang ahli PAS dari Terengganu memberi alasan, rakyat belum memahami benar mengapa TPPA perlu ditentang.
"Orang ramai tak memahami isu ini. Sebab itu rakyat terutama dari kawasan luar bandar tak turun," kata Abdul Rahman, 55, kepada Malaysiakini.
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen bersetuju dengan alasan itu.
"Kalau saya kongsikan video (dalam media sosial) seekor kucing bermain piano akan ada ratusan ribu orang menonton, tetapi jika saya poskan sesuatu mengenai TPPA, jumlah yang melihatnya haya antara 5,000 hingga 10,000," katanya kepada media.
Kata ahli PKR itu, rakyat kebanyakannya bosan dengan pelbagai masalah bebanan ekonomi seperti kos hidup yang tinggi serta pengangguran.
Satu lagi sebab mengapa protes Bantah TPPA tidak mendapat sambutan ialah kegagalan DAP menggerakkan ahli bawahannya.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago adalah pemimpin paling menonjol semalam.
Beliau juga mengakui DAP sepatutnya lebih ramai penunjuk perasaan boleh digerakkan.
"Kita boleh lakukan lebih baik tetap rasanya kita menolaknya," kata beliau.
DAP yang didominasi ahli Cina bagaimanapun tidak semestinya bersikap anti-TPPA.
Sementara itu protes semalam juga menunjukkan bersatu atas perjuangan sama bukan alasan memadai untuk mengetepikan persaingan.
Ketika Naib Presiden PKR Tian Chua menyebut Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam ucapannya di Padang Merbok dia dikutuk penyokong PAS yang melaungkan "Hancur AMANAH".
Nampaknya perpecahan antara PAS dan AMANAH begitu parah dan seorang pemimpin pembangkang berpendapat ia menyumbang kepada kegagalan menggerakkan protes lebih padu.
Ketika sebahagian penunjuk perasaan berkumpul di Padag Merbok, sebahagian lain pula berada berhampiran Dataran Merdeka.

CCTV: Thousands protest against signing of TPP trade deal in Malaysia

Sirul in video: Some tried to use me to oust someone

Umno and PAS in a deadly embrace

What is the difference between the 'champion of Malays' and the 'champion of Islam? None in reality.
UMNO PAS
By P Ramasamy
The historical and ideological differences between PAS and Umno have disappeared so much so that some people are beginning to realise there is only one dominant party amongst the Malays.
Umno once went along the ethnic way and PAS on the Islamic path; however, when it was realised that they were indeed the same segment of the Malaysian population, it was inevitable, given their conservativeness and opportunistic approaches, that a kind of political merger was in the offing.
Umno claims itself as the champion of Malays, PAS the champion of Islam. What is the difference? None in reality. Umno uses Islam to reinforce its ethnic dominance, PAS uses Malay ethnicity to reinforce its religious dominance.
Since Umno’s nationalism is organised in opposition to the ethnic nationalism of non-Malays, who are invariably non-Muslims, Islam becomes an instrument to reinforce Malay natioanalism.
Although PAS had some pretentions to move away from Umno’s narrow ethnic nationalism, it has come to realise that nationalism could be effectively used to reinforce its Islamic image. Following the political rupture with the DAP, PAS under the leadership of Hadi Awang, has embraced Malay ethnicity as one of the defining features of its conservative Islam.
Umno as the hegemonic partner in the ruling coalition not only has introduced the worst kinds of discriminatory practices against the non-Malays, it has also through the state Islamic agencies introduced measures to place curbs on the practice of non-Muslim faiths in the country.
State Islamic departments have made it virtually impossible to convert to non-Muslim faiths. Now even non-Muslims have been told to go to the Syariah court to determine religious status. Unilateral conversions of non-Muslim children will pose a major challenge.
The last hopes for non-Muslims against the arbitrary decisions of the state Islamic agencies are the civil courts. However, the civil courts of late have taken a subservient position vis-à-vis the Syariah court. On the matter of conversion to Islam, however unfair and unjust, the civil courts have abdicated their role to the Syariah court.

Jangan jadikan anak kami ‘tikus makmal’, kata ibu bapa tentang format UPSR baharu

Kebanyakan ibu bapa yang ditemui The Malaysian Insider tidak mahu anak mereka dijadikan bahan uji kaji atau ‘tikus makmal’ untuk menguji format peperiksaan baharu UPSR seperti diumumkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2016. 
Kebanyakan ibu bapa yang ditemui The Malaysian Insider tidak mahu anak mereka dijadikan bahan uji kaji atau ‘tikus makmal’ untuk menguji format peperiksaan baharu UPSR seperti diumumkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengubah format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada 40% Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan 60% peperiksaan seperti pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa.
Kebanyakan ibu bapa yang ditemui The Malaysian Insider tidak mahu anak mereka dijadikan bahan uji kaji atau “tikus makmal” untuk menguji format peperiksaan baharu seperti diumumkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid.
Penyelia IT Swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Raju mahu kementerian lebih relevan dalam membuat sebarang keputusan dalam pendidikan.

"Anak saya bukan 'tikus makmal', sekejap buat itu dan ini. Anak saya jadi mangsa. “Kenapa kita tidak contoh pendidikan di Singapura? Mereka tidak menukar sewenang-wenangnya silibus pelajaran,” kata Raju, 40, yang bekerja di Johor Baru.
"Nak buat macam PT3, guru pun terbeban dengan kerja nak masukkan markah dan Internet pun lembab.
“Buat sesuatu yang lebih munasabah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Manakala Pengurus Restoran Roney Ratuhaqie Kamas Masud, 43, sama sekali tidak bersetuju memandangkan kekerapan penukaran sistem pendidikan akan membuatkan anaknya menjadi keliru.
"Saya kurang setuju kerana anak-anak tidak bersedia dan mungkin tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan konsep baharu yang diperkenalkan dalam jangka waktu yang singkat.
"Cuba dalami cara pendekatan yang terbaik tanpa menukar konsep. Ini adalah kerana anak-anak akan menjadi bingung dan ibu bapa akan berkeras seperti mendominasi situasi dan ini sering berlaku kepada ibu bapa,” katanya.
Silibus semakin susah
Katanya, silibus pendidikan kini jauh lebih susah berbanding dahulu kerana dibebani dengan pelbagai tugasan.
"Bagaimana anak-anak yang ada masalah pemahaman waktu di sekolah pada siang hari tetapi tidak dapat melengkapkan kerja yang diberi.
“Ini bagi saya tidak adil. Setiap anak-anak ada keistimewaan tersendiri dan perkara inilah kerajaan harus fikir bagaimana meningkatkan daya pemikiran mereka," katanya.
Turut bersetuju pakar pemakanan, Siti Farhath Sehu Allavudin 36, yang mahu sistem pendidikan diperbaiki dan bukannya ditukar.
"Kementerian perlu kekalkan silibus dan bukan mendadak. Jika ingin laksanakan sistem PT3, kementerian perlu pastikan guru-guru bersedia dan sentiasa perbaiki sistem pengajaran.
"Pastikan murid-murid diajar mengenai pemikiran kritikal dan dibimbing dengan cara betul.

‘That woman' not pregnant, says Sirul in second video

Tulisan Sensasi Yang Menimbulkan Fitnah Wajar Dielakkan

Oleh Ust Haji Abdul Ghani Bin Samsudin
Menulis sesuatu berita atau kenyataan pada masa ini memerlukan ketelitian dari sudut kebenaran , keperluan dan lebih-lebih lagi kepada implikasi penulisan berkenaan kepada pehak yang terlibat.

Kecenderungan politik dan watak seseorang banyak mencorakkan bentuk dan cara penulisan. Penulis yang menulis dengan kesedaran yang tinggi tentang keperluan suasana islah dan damai berbeza dengan mereka yang kurang peka dan hanya mahu mencemar atau merendahkan mertabat seseorang.

Setelah berlaku kunjungan dari berbagai kumpulan dan sahabat ke Doha, kita mendapat kesan bahawa pendirian pimpinan utama KUMS - walaupun diperingkat awal agak gusar tentang politik di Malaysia tetapi setelah mendapat maklumat lanjut - adalah berkecuali; berlandaskan kaedah warga tempatan lebih tahu tentang selok belok (politik) negara mereka.

Juga setelah mendapat penjelasan tentang asas-asas Syar'i penubuhan parti Amanah.Malah ada pengakuan pehak KUMS untuk mengusahakan pertemuan antara dua kumpulan jamaah atau parti yg bertikai; iaitu antara Parti Islam (PAS) dan Parti Amanah Negara (Amanah) di Malaysia.

Dalam pertemuan Saya dengan Syaikh Ali Qaradaghi di Hotel Westin Di KL Awal bulan 11/2015 yg lalu, beliau antara lain telah menegaskan bahawa : Tidak ada fatwa bertulis oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi tentang pengharaman parti Amanah Negara di Malaysia seperti yang diwarwarkan oleh orang orang tertentu.

Dakwaan mengenai nama Syaikh Qaradaghi dan syaikh Qaradhawi sudah diputarbelit dan dikatakan menyokong parti Amanah adalah tidak benar samasekali kerana bagaimana wakil Amanah boleh memutarbelit sedangkan beberapa hari sebelum kunjungan kami melawat Doha telah diisytiharkan oleh pemimpin PAS kepada orang ramai di Malaysia bahawa Syaikh Qaradhawi mengeluarkan fatwa bertulis mengharamkan parti Amanah. Tapi ternyata dakwaan itu kemudiannya adalah palsu.

Tentang dakwaan Syaikh Ali bahawa wakil Amanah mewarwarkan dengan gambar beliau bersama wakil Amanah yang disiar; bahawa Syaikh Ali adalah menyokong parti amanah adalah dakwaan yang tidak benar dan fitnah semata mata. Tidak ada perkhabaran sedemikian rupa.

Kalau ada kami menuntut bukti , difacebook mana atau halaman web mana dakwaan berkenaan disiarkan. Sila beri pautan urlnya atau blognya sebagai bukti.

Sementelahan pula bergambar dengan seorang ulama seperti beliau adalah suatu penghurmatan kepada rakyat Malaysia yang juga adalah pemimpin politik terkenal. Apakah penghinaan yg berlaku kepada Syaikh berkenaan dengan gambar demikian sehingga mereka hendak dihukum sebagai pengkhianat.

Kalaupun penyiaran gambar itu berlainan dari kehendak beliau mamun kami tidak fikir bahawa Syaikh berkenaan begitu kejam dan bersikap keras sehingga menuduh tetamu dan sahabatnya sebagai pengkhianat.

Setahu kami beliau dan Syaikh Yusuf Al Qaradhawi adalah seorang yang sangat bertimbangrasa, mesra dan pemaaf yang tidak mungkin membuat tuduhan buruk dengan hanya bergambar dengan saudara seagama yang sebelumnya tidak pernah berjumpa dengan beliau . Tuduhan pengkhianat ini memang lumrah di kalangan golongan fanatik parti lama kami dahulu, dengan kebencian mereka yang meluap.

TH Belum Terlewat Umum Dividen, Tapi...

Oleh A Kadir Jasin
EKORAN pertanyaan pembahas Ummu Aiman mengenai pengumuman dividen (bonus) Tabung Haji (TH) yang saya ulas ringkas dalam perkara 18 posting yang lalu, saya telah membuat beberapa pertanyaan dan penyelidikan ringkas.
Daripada maklumat yang saya peroleh dan apa yang saya fahami mengenai urus tadbir TH, hal-hal berikut perlu dipertimbangkan.

1. Tanda tanya dan kerisauan timbul kerana batas waktu (deadline) pengumuman dividen (bonus) bagi tahun kewangan 2015 dijangkakan pada 22 Januari 2016.
2. Ini adalah kerana tahun lalu, dividen (2014) diumumkan pada 22 Januari 2015. Kadar dividen (bonus) tahun lalu adalah lapan peratus.
3. Tapi TH belumlah terlewat mengumumkan dividen sebab sebelum ini ia pernah membuat pengumuman pada 30 Januari (bagi tahun kewangan 2013) dan 7 Februari (bagi tahun kewangan 2012).
Menabung dan ke Makkah melalui TH
4. Dalam beberapa tahun sebelum dan selepas PRU 2013, TH membayar dividen dan memberi bonus melebihi tahap keuntungannya, mungkin dengan menggunakan rizab.
5. Yang lebih menjadi kemusykilan adalah kesan kelembapan ekonomi, kejatuhan teruk pasaran ekuiti dan keterdedahan (exposure) TH kepada skandal hutang 1MDB ke atas prestasi kewangannya.
6. Selain kontroversi pembelian tanah 1MDB di projek Tun Razak Exchange (TRX), TH juga memberi hutang yang besar kepada 1MDB melalui pembelian bon 1MDB.
7. Apa-apa yang tidak baik, sekiranya berlaku, akan mengancam kepentingan penyimpan TH dan keyakinan terhadapnya.
7. Seandainya hal ini terjadi, ia adalah sabotaj ekonomi dan akidah kerana majoriti yang menabung dengan TH adalah orang miskin dan mereka berbuat demikian semata-mata untuk menunaikan ibadat haji.
7. Orang seperti Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, Menteri Agama (Datuk Seri) Jamil Khir Baharom, Pengerusi TH, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, (Tan Sri) Ismee Ismail akan dipertanggungjawabkan jika TH mengalami musibah.

Tabung Haji Adalah Keringat Dan Air Mata Petani Miskin

Oleh Abu Hassan Adam 
Sayup-sayup kedengaran lagi tentang kisah Tabung Haji (TH) yang tidak sedap telinga mendengarnya. Tidak lama dulu kisah TH ‘membantu’ untuk menyelamatkan IMDB dengan membeli sebidang tanah yang harganya jauh lebih mahal daripada harga sepatutnya. Dan kononnya harta akan dijual dan kononnya sudah ‘ramai’ pembeli yang ‘teringin’ untuk membeli harta berkenaan. Agaknya sudah terjual pun harta berkenaan dan pastinya TH telah pun membuat ‘keuntungan’ yang lumayan. Agaknya begitu lah…

Kini terdengar pula kisah TH tidak mengumumkan lagi dividen yang sepatutnya diumumkan. Penabung yang tahu menahu tentang hal perniagaan tentunya tertanya-tanya tentang mengapa keadaan terjadi demikian. Dilaporkan bahawa TH membuat keuntungan yang berlipat ganda dan tidak akan terjejas langsung simpanan penabung di TH. Nampaknya sehingga kini masih lagi belum membuat pengumuman untung- ruginya. Apa dah jadi? Mungkin agaknya ‘orang kuat’ TH terlalu sibuk dengan keadaan kemelut politik di Kedah kini sehinggakan tidak ada masa untuk menguruskan hal ehawal TH. Agaknya lah… Seingat aku, arwah bapak dan emak aku dulu tidak tahu menahu tentang selok – belok dividen-dividen TH. Mereka hanya tahu menyimpan dan apabila sudah cukup wang mereka di TH untuk mereka menunaikan Haji, maka mereka berangkat ke Makkah. Dan begitu jugalah sikap ramai petani miskin di seluruh negara yang menyimpan di TH. Mereka seolah-olah menyerahkan bulat-bulat dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada pentadbiran dan penguruan TH untuk menguruskan simpanan mereka. Mereka percaya bulat-bulat sebagaimana yang dijelas dan dirangka oleh Ybhg Professor Diraja Ungku Aziz yang mengasaskan penubuhan Tabung Haji berpuluh tahun yang lalu.
Kini TH telah diuruskan oleh golongan professional yang kononnya amat arif tentang selok perniagaan. TH kini diterajui oleh golongan ‘bijak pandai’ yang bukan sahaja ‘bijak’ berpolitik tetapi juga kononnya ‘bijak’ dalam hal ‘jual-beli’ (Tak kiralah jual beli apa pun). TH dipertanggung-jawabkan kepada Menteri yang amat ‘tahu’ tentang selok belok agama Islam yang kadang-kadang seolah-olah kelihatan seperti ‘pakar’ yang tidak ada siapa yang boleh menandingi ‘ilmu’ agamanya.
Tetapi solanya ialah apakah golongan ini sedar bahawa mereka telah mengkhianati harapan dan hasrat golongan petani miskin yang berada di kampung-kampung. Dan apabila disebut golongan petani miskin, maka dengan sendirinya perasaan aku akan terguris disebabkan antara mereka itu termasuklah arwah bapak dan emak aku, Pak Alang, Pak Ngah, Wan Chu, Mak Cik Lamah, Chu Mi, Pak Alang Palit, Pak Lop Godak, Tokki Pandak, Pan Peah dan ramai lagi yang tidak perlu aku sebutkan.

Adun BN Kedah bergerak singkirkan Mukhriz, 3 calon MB baharu

Setakat ini 13 Adun BN sudah menandatangani akuan bersumpah dalam usaha mendesak Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berundur dari jawatannya secara Perlembagaan sejurus selepas perjumpaan tertutup Umno Kedah bersama Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2016. 
Setakat ini 13 Adun BN sudah menandatangani akuan bersumpah dalam usaha mendesak Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berundur dari jawatannya secara Perlembagaan sejurus selepas perjumpaan tertutup Umno Kedah bersama Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini, kata sumber. 

Akhbar Berita Harian melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah Barisan Nasional (BN) difahamkan kini mula menggerakkan usaha mendesak Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berundur dari jawatannya secara Perlembagaan sebagai pelan kedua sekiranya pengunduran secara politik tidak berhasil.
Sumber memberitahu akhbar itu, setakat ini 13 Adun BN sudah menandatangani akuan bersumpah sejurus selepas perjumpaan tertutup Umno Kedah bersama Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagaimanapun, sumber Umno Kedah itu memberitahu Berita Harian, akuan bersumpah yang dimaksudkan itu sebenarnya sekadar menyatakan persetujuan untuk akur dengan sebarang keputusan dibuat presiden parti untuk menyelesaikan kemelut politik negeri jelapang padi itu.

“Sekarang ada 13 daripada 21 Adun BN (menyokong) dan kami percaya boleh dapat sekurang-kurangnya 5 atau 6 lagi Adun untuk bersama. Kami nak buat secara teratur, mengikut ketetapan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. “Akuan bersumpah yang lengkap itu sendiri akan menjadi perakuan kita kepada anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk dipertimbang, sekali gus diperkenankan mengikut Perlembagaan,” kata sumber Umno Kedah kepada Berita Harian.
Sementara Mingguan Malaysia melaporkan terdapat 3 lagi calon baharu menteri besar Kedah walaupun sebelum ini pelbagai pihak menjangkakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai individu paling layak menggantikan Mukhriz.
Menurut edisi Ahad Utusan Malaysia itu, sumber mengatakan nama 3 calon itu berada dalam senarai seandainya Ahmad berdepan “halangan.”
Di antara yang dinamakan ialah Adun Guar Chempedak merangkap exco Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail, 63, yang mempunyai ijazah kedoktoran dari luar negara dan merupakan “orang lama” dalam politik.

Malaysiakini bukan untuk dijual

Malaysiakini bukan untuk dijual, kata pengasas bersamanya sebagai reaksi kepada dakwaan ada sekutu Umno bercadang membeli beberapa laman sesawang, termasuk portal berita nombor satu negara itu.
 Ketua pegawai eksekutifnya, Premesh Chandran berkata Malaysiakini tidak dihubungi pelabur sebegitu dan tidak akan melayan mereka jika ada.
"Malaysiakini berterima kasih kepada pelanggan kerana menyokong kami selama ini. Dengan sokongan mereka kami mampu berdaya maju dan bebas," katanya.
Untuk mengakses laman sesawang berita berbahasa Inggeris pelanggan Malaysiakini membayar RM150 setahun atau RM388 untuk tempoh tiga tahun.
Kata Pramesh (gambar), meminta pembaca melanggan untuk mendapatkan berita bukan sesuatu yang keterlaluan.
"Sebagai balasan kami akan memastikan Malaysiakini kekal bebas daripada campur tangan luar dan terus memberikan laporan tanpa takut atau berpihak," katanya.
Menurut beliau pihak yang berurusan dengan Malaysiakini sedar bahawa keputusan editorial dibuat oleh wartawan dan editor portal berkenaan.
Sementara itu Ketua Pengarang Kumpulan Steven Gan berkata pengasas laman sesawang berkenaan tahu bagi memastikan Malaysiakini kekal bebas sejak 16 tahun lalu, ia perlu berdikari dari segi kewangan.
Malaysiakini tidak akan menjadi apa yang anda lihat hari ini tanpa penyokong kami yang menyumbang sejumlah kecil wang untuk memastikan wartawan melaksanaan misi laman sesawang ini terus diyakini," katanya.
Gan juga menegaskan pengasas Malaysiakini mahu portal berita itu dipimpin oleh pasukan wartawan dan editornya.
"Malaysiakini milik mereka, dan untuk pembaca serta penyokongnya," kata Gan.
Menurut beliau, kesan buruk kawalan media tradisional oleh pemilik yang mempunyai kaitan politik akan terlihat pada dunia atas talian tidak lama lagi.
Katanya, pengguna berita perlu memberikan sumbangan lebih banyak jika mahu pertubuhan media kekal bebas daripada campur tangan politik dan perniagaan kroni mereka.
"Jika mereka tidak membayar untuk mendapatkan berita, ada pihak lain yang bersedia melakukannya. Dan pada akhirnya, ahli politik dan taikun adalah pihak yang menikmati kebebasan media, bukan rakyat," katanya.
Kata Pramesh, pengiklanan juga memainkan peranan penting memastikan pertubuhan media kekal berdaya saing.

Semua Ahli Parlimen digesa undi tolak TPPA

TPPAAhli Parlimen perlu mengundi bagi menolak pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana ia bakal menjejaskan ekonomi negara dan hak rakyat.
Sehubungan itu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah, berkata adalah menjadi tanggungjawab semua Ahli Parlimen yang bersidang untuk membuat keputusan demi kebaikan rakyat dan semua pihak di negara ini.
“Diseru kepada Ahli Parlimen menolak TPPA pada 26 Januari ini.
“TPPA menjejaskan hak rakyat di negara ini dan ia juga tidak menentukan polisi awam,” katanya dalam himpunan anti TPPA di Padang Merbuk di sini, hari ini.
Maria Chin berkata, pertubuhan itu juga menuntut Kerajaan Persekutuan membaiki mekanisme dan institusi undang-undang dalam merangka polisi ekonomi termasuk menentukan sebarang keputusan dibuat seperti TPPA.
Katanya, langkah itu penting supaya ekonomi negara tidak terjejas kerana faktor multi nasional terutama di sektor pertanian, perubatan serta industri kecil dan sederhana (IKS).
“Kita juga membantah TPPA kerana ia melemahkan dan menghadkan (kuasa) Parlimen untuk menggubal undang-undang.
“Apa yang penting kerajaan perlu menyelesaikan isu tempatan seperti menyalahgunakan kuasa oleh institusi kerajaan, salah guna wang untuk 1MDB dan sebagainya. Semua isu ini mesti diselesaikan sebelum kita membincangkan TPPA,” katanya.
Beliau turut berkata, rundingan berhubung TPPA juga dijalankan kurang ketelusan dan gagal menepati piawaian berkenaan.

Serang Mukhriz umpama pil awet muda Dr Mahathir

Tiada angin dan tiada ribut, tiba-tiba sahaja 14 ketua Umno bahagian di Kedah mengadakan sidang media menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Tidak perlu menjadi profesor dalam bidang sains politik, ramai yang mengagak tindakan ini sudah tentu berkaitan dengan serangan ayah Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad, terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Ditambah pula dengan pembelaan secara terbuka dilakukan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap 14 ketua bahagian ini.

Kata orang, bila dalam “satu pasukan”, pelbagai cara boleh dilakukan untuk membela, dan pelbagai cara juga boleh dilakukan bagi mengambil tindakan terhadap kumpulan berbeza pandangan. Tidak hairanlah mengapa Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) mahu membakar buku perlembagaan Umno selepas melihat tindakan berat sebelah Tengku Adnan itu.
Melihat kepada respons Mukhriz berdepan dengan penentangan secara terbuka Umno Kedah terhadapnya, tidak mudah bagi Najib menyingkirkannya sebagai menteri besar.
Najib dan Umno Kedah perlu melalui proses yang panjang sebelum dapat menyingkirkan Mukhriz sebagai menteri besar.
Anak bongsu kepada Dr Mahathir itu sudah tentu tidak akan tunduk begitu sahaja dengan meletakkan jawatan seperti didesak.
Ini bermakna, Najib dan Umno Kedah mungkin terpaksa memecat Mukhriz daripada parti, seperti dilakukan PKR terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, atau menggunakan saluran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggerakkan usul undi tidak percaya terhadapnya.
Kedua-dua proses ini akan memakan masa yang panjang dan ini akan menyebabkan Umno “terbarai” lebih teruk.
Dr Mahathir 'semakin muda'
Sekiranya penyokong Najib beranggapan tindakan terhadap Mukhriz akan menyebabkan Dr Mahathir memperlahankan serangannya terhadap perdana menteri, mereka silap besar.
Mengenali Dr Mahathir dan politiknya, serangan terhadap Mukhriz hanya akan menyebabkan bekas perdana menteri itu menjadi “semakin muda”.
Jika tidak percaya, tunggulah, beberapa hari lagi serangan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib akan menjadi semakin hebat dan “demam-demam” yang melanda bekas presiden Umno itu sejak akhir-akhir ini akan hilang.
Menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri sudah dianggap sebagai perjuangan terakhir Dr Mahathir dalam karier politiknya.

Apa kata siswa puasa sunat saja?

SUDAH tentu semuanya merasa hiba mendengar ramai siswa terpaksa mengikat perut justeru tidak cukup duit untuk membeli makanan dan makanan pula mahal.    
Antaranya makan dengan kuah. Kuah tanpa isi itulah dikira lauk. Atau ada yang makan sekali sekala.
   
Mungkin nasib orang gelandangan lebih baik daripada mahasiswa. Akan gelandangan itu sekurang-kurangnya ada NGO yang mengambil berat nasib mereka, mengadakan nasi kawah.Mahasiswa? Belum ada yang bertindak.

Mungkin sebelum ini duit yang sedikit dapat menampung ala kadar makan bagi melapik perut. Ada lauk dan kuah.
 Tetapi dengan kenaikan semua baru awal tahun; tol, tambang dan lain-lain, maka makan berkuah dua kali sehari, tahun ini jadi sekali saja.
   
Apa hendak dikata. Nasib negeri kita sudah tidak berduit. Mungkin inilah yang dikatakan semua berlegar  dalam kalangan sedikit orang yang berada, dan yang tidak berada makan berkuah saja. Makan berkuah itu sudah nasib baik. Makan nasi saja tak berkuah lagi teruk.
   
Saya teringat masa kanak-kanak musim Jepun. Selalulah kami makan bergaulkan minyak masak yanag ditabur garam. Sekali sekala dapat minyak sapi. Dari nasi kosong, nasi gaul minyak garam jadi nikmat juga.
   
Mungkin sekarang kita sudah mendekati semula musim Jepun. Kepada siapa kita hendak mengadu selain daripada mengadu kepada diri sendiri. Mungkin kita hendak mengadu kepada kerajaan atau menyalahkan kerajaan. Kerajaan pun susah juga. Mungkin mengadu kepada kerajaan memenatkan saja.
   
Jika mahasiswa tinggal berdekatan dengan surau dan masjid, rajin-rajinlah menjenguk masjid, solat berjemaah. Biasanya sekarang ramai orang mati. Keluarga mengadakan tahalil dan kenduri arwah. Jemaah surau dijemput. Tentullah ia dapat dari semasa menampung keperluan. Jamuan tahlil cukup kuah dan lauknya. Lepaslah daripada makan dengan kuah saja.
   

‘Most of the data in fake MyKads come from Sabah’

Source familiar with issue of fake MyKads says syndicates use data from Sabah Mykads.
jpn
PETALING JAYA: Most fake MyKads produced by syndicates for foreigners used data from MyKads issued in Sabah.
This is the shocking revelation made by a source in the Immigration Department when asked to comment on a recent joint operation with the National Registration Department (NRD) on fake MyKads in Pahang.
The source said that the data in fake MyKads almost always came from Sabah as it was an entry point for foreigners into the country.
“These syndicates have been around for ages and they are very advanced in their methods,” said the source, adding that this was to avoid detection by the authorities.
“This is where Immigration officers come into play, we observe their movements or accents and then check their MyKads against NRD records, as on the face of it, the fake MyKads look like the real deal.”
The source said that the NRD would have more details about the fake MyKads as it was the agency in charge of issuing these.
Meanwhile when contacted, Immigration Department deputy director-general Sakib Kusmi declined to comment on the sources’ claims, saying only that the data in the MyKads came from various sources.
“The syndicates can get the tools they need to make the fake MyKads easily in the market and online.
“As for the data, they can get these from leaked data from credit card companies and stolen or lost MyKads,” he said.
On Thursday, the New Straits Times reported on the joint operation in Balok, Pahang in which the authorities discovered fake MyKads were being sold for as low as RM200.

Antara DNA dan taukey bauksit


Anti- TPPA: Utusan Malaysia tulis tak lebih 500...

Utusan dah buat dah.. dia dah mula ler tu..

HAKIKATNYA....
Tak heranlah kalau Utusan dah byk kali kalah kes saman fitnah di mahkamah..