Sabtu, 23 Januari 2016

Jangan hentikan biasiswa JPA

Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat laporan pemberhentian biasiswa Jbatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti yang dilaporkan media massa.Pemberhentian biasiswa ini pastinya menjejaskan pelajar yang terbabit dan bakal mengakibatkan kerugian potensi dan sumber tenaga manusia dari golongan terpelajar untuk negara pada masa hadapan.
Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin gawat dan dilanda pelbagai skandal membabitkan kemuncupan nilai ringgit, pentadbiran  kewangan serta integriti kepimpinan negara, seharusnya sektor pendidikan tidak dikorbankan untuk menampung pengurusan kewangan negara yang lemah.
Sementelahan, peruntukan untuk sektor pendidikan telah dikurangkan secara drastik ketika pembentangan bajet 2016 yang lalu. Anugerah biasiswa JPA adalah apresiasi terhadap peri penting potensi para pelajar cemerlang dikembangkan menerusi pengajian tinggi untuk dimanfaatkan oleh negara.
Seharusnya rasionalisasi boleh dilakukan di dalam sektor lain khususnya dari peruntukan Jabatan Perdana Menteri termasuklah peruntukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dilaporkan menerima peruntukan yang sangat tinggi ketika pembentangan Bajet 2016.
Tampak semakin jelas ketempangan kerajaan dalam menentukan keutamaan dalam kepentingan rakyat dan pembangunan negara.
Justeru Abim mendesak agar pemberian biasiswa tersebut dikembalikan serta merta sebagai tanda komitmen pemerintah terhadap keutamaan pendidikan sebagai teras pembinaan negara dan tamadun yang hebat sepanjang sejarah.

Dilema DAP

Oleh Zairil Khir Johari
SEKALI lagi, perhatian tertumpu kepada DAP, kali ini disebabkan kajian terbaru Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati hampir dua pertiga responden Melayu di Selangor percaya DAP ialah sebuah parti berasaskan perkauman yang hanya mementingkan komuniti Cina, manakala separuh daripada mereka percaya DAP anti-Melayu dan anti-Islam.
Malangnya, imej meluas yang tersasar itu, menunjukkan realiti sebenar yang terpaksa dihadapi DAP. Ia naratif yang ditanam secara spesifik oleh UMNO dan jentera propagandanya melalui media, sistem pendidikan kebangsaan dan program latihan sivik kerajaan.
Cauvinis Cina 
Memotret DAP sebagai orang jahat dalam kalangan Melayu adalah strategi rejim pemerintah. Dari sudut pandangan mereka, ia  sesuatu yang rasional. Apabila asas sebuah parti didasarkan pada penyebaran naratif berasaskan kaum, contohnya UMNO sebagai pelindung Melayu dan satu-satunya kubu menghalang orang Cina daripada mengawal negara dan menghukum Melayu sehingga menderita seperti orang Palestin, parti itu terpaksa bergantung kepada penggunaan ‘ancaman Cina’ untuk terus hidup.
Secara politik, ancaman itu wujud disebabkan DAP sebuah parti yang sering dilabel sebagai parti Cina walaupun secara fakta, DAP memiliki lebih ramai wakil rakyat berkaum India daripada MIC. Malah, DAP adai wakil Melayu di setiap peringkat badan perundangan – Senat, Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerajaan tempatan.
Naratif anti-DAP  jelas jika kita perhatikan propaganda didukung pemimpin UMNO dan jentera media mereka. Beberapa tahun kebelakangan ini, DAP dituduh, antaranya, cuba untuk menukar Malaysia kepada sebuah negara Kristian, membocorkan rahsia negara kepada pemimpin PAP di Singapura dan mengakibatkan rusuhan kaum 13 Mei. Walaupun semua dakwaan itu melucukan dan sering berakhir dengan tindakan undang-undang di bawah jenayah fitnah yang memihak kepada pemimpin DAP, cubaan menakut-nakutkan dengan menggunakan isu kaum dan agama ini terus diulang berkali-kali.
Semasa Perhimpunan Agung Umno yang baru berlangsung, Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak malah menyatakan dalam ucapan dasarnya bahawa rakyat Malaysia cuma ada dua pilihan politik. “Sama ada gabungan yang dipimpin oleh Umno ataupun yang dipimpin atau didominasi oleh DAP. Bermakna, sekiranya Umno ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.”
Selain Presiden UMNO, DAP menjadi sasaran semua pihak yang cuba menjadi batu api. Bukan PKR, bukan Pas, bukan Amanah tetapi DAP – sebuah parti yang tidak bertanding di mana-mana kawasan tandingan Umno pada dua pilihan raya umum lepas. Jadi, bagaimana DAP boleh dianggap musuh nombor satu Umno sedangkan kedua-dua parti itu, buat masa ini, tidak pernah lagi menjadi pesaing dalam pilihan raya?
Malah, UMNO menunjukkan ia akan mencuba sedaya upaya untuk mencipta persaingan ‘Cina-Melayu’ apabila pada pilihan raya umum lepas, Umno merampas kerusi MCA di Gelang Patah untuk meletak bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman sebagai pesaing Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Dengan cara itu mereka boleh mewajarkan dakwaan mereka bahawa Cina DAP datang ke Johor untuk mencabar kekuasaan Melayu.
Dan jika berurusan dengan dakwaan palsu UMNO yang berterusan itu, tidak mencukupi, DAP kini terpaksa berdepan dengan PAS. Setelah perpecahan Pakatan Rakyat dan pengembalian parti Islamis itu kepada konservatisme garis keras, PAS mensasarkan DAP, lalu memperkukuh persepsi bahawa ia adalah anti-Islam.
Sebuah ilustrasi berkenaan hal ini ialah dakwaan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki yang cuba mencetuskan prejudis Muslim dengan membuat kenyataan berani mati kononnya DAP ditawar RM1.2 bilion oleh Israel sebagai pertukaran untuk sebuah pangkalan tentera di Port Dickson jika parti itu menawan kerajaan Persekutuan. Kenyataan yang tidak dapat dibuktikan Zuhdi itu, berulang kali disangkal sebagai ‘fitnah berniat jahat’ berasaskan sumber tidak sahih.
Malangnya, dakwaan liar pemimpin Pas terhadap DAP semakin menjadi-jadi. Baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi kesal dan bersetuju untuk menarik balik kenyataan tidak berasasnya tentang kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP, dan diperintahkan membayar kos RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pengembalian Pilihanraya Tempatan boleh mencetuskan rusuhan kaum dan dominasi Cina di kawasan bandar dan menekankan bahawa ‘cauvinis’ DAP adalah penggerak utama undi ketiga. Tuduhan berniat jahat seumpama itu yang sama sekali mengabain fakta bahawa perbandaran pesat sejak tiga dekad lalu menyebabkan 90 peratus daripada 148 kerajaan tempatan adalah majoriti-Melayu dari sudut komposisi etnik manakala hanya dua peratus majoriti Cina menunjukkan politik tipikal bersandar ketakutan dan emosi digunakan menentang DAP.
Sasaran sesuai

3,500 bantah, terima sajalah TPPA – Blog UMNO

Dengan kehadiran peserta yang mengecewakan itu, tiada sebab untuk pembangkang menolak TPPA.
mykmu-tppa
PETALING JAYA: Blog pro UMNO mempersendakan jumlah kehadiran peserta Himpunan Bantah TPPA yang diadakan di Padang Merbok, semalam.
MYKMU.net mendakwa jumlah kehadiran himpunan itu hanya 3,500 orang yang mana angka itu diperoleh daripada sumber pembangkang.
Blog itu melaporkan, dengan kehadiran peserta yang mengecewakan itu, tiada sebab untuk pembangkang menolak TPPA.
“Maka pihak pembangkang perlu mengundi menyokong TPPA bila usul itu dibentang untuk diluluskan dalam persidangan Parlimen minggu depan sebab usaha nak kata rakyat negara ini tolak TPPA, sudah gagal.
“Tak ada alasan lagi dah. 3,500 saja wei, ini bukan demonstrasi tapi “demo penat berdiri” – kata orang Kelantan. Kalau tidak, buat apa diteruskan bantahan ke atas TPPA ini lagi bila rakyat Malaysia sudah terbukti tidak menolaknya. Takat 3,500 tu apa perbandingan dengan 30 juta orang? Pengundi saja dah 13 juta,” tulis blog itu.
Dalam masa yang sama, penulis blog itu turut meminta pihak yang berkenaan menyiasat siasat sumber kewangan parti-parti pembangkang.
“Sebab banyak duit nampaknya tu, sewa bas, makan minum, tempah baju ikut tema, duit poket nak bawak orang turun berdemo dan sebagainya. Ini bukan murah nilainya sekalipun hanya 3,500 yang datang,” tulisnya.

Pembangkang biarkan harapan rakyat terbenam

Pembangkang menghantar isyarat lemah kepada kerajaan dalam menentang TPPA kerana tiada persepakatan.
tppa-rally-2
Perhimpunan bagi membantah negara ini daripada menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh pembangkang yang diadakan di ibu negara pada Sabtu dianggap tidak berkesan.
Perhimpunan yang diadakan sekitar jam 2 petang itu hanya mampu mengumpul kira-kira 5,000 orang peserta dengan kira-kira 80 peratus yang hadir adalah ahli PAS yang memakai baju warna hijau, bukannya warna hitam sebagaimana warna rasmi yang dipilih untuk perhimpunan tersebut.
PAS sekurang-kurangnya telah menunjukkan kematangan dengan bersetuju untuk duduk bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin-pemimpin NGO lain di Padang Merbok walaupun mesej yang ingin disampaikan tidak ke mana.
Hampir semua isu yang dibawakan dalam perhimpunan itu menunjukkan bahawa TPPA yang disertai 12 buah negara boleh membawa kepada kenaikan harga ubat-ubatan dan perkara-perkara lain manakala PAS memilih untuk memberikan tumpuan kepada isu tempatan.
Pemimpin PAS mendakwa (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dilaporkan berkata) TPPA akan menyebabkan kawalan ekonomi kepada Cina dan disebabkan itu DAP menyokong perjanjian itu.
Sementara itu, dalam perhimpunan hari ini, penyokong PAS turut mengejek serpihan ahli PAS yang menyertai parti AMANAH, lebih daripada sekali.
Presiden AMANAH pula, Mohamad Sabu memberi ucapan di hadapan 500 peserta himpunan yang terdiri daripada pelajar, ahli-ahli Parti Siosialis Malaysia (PSM) dan orang awam termasuk Pemantau Pilihan Raya Bersih 2.0 yang diketuai Maria Chin Abdullah di Jalan Parlimen iaitu kira-kira 500 meter dari Padang Merbok.
Di Padang Merbok pula, Pemimpin PAS yang hadir diketuai oleh Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen turut kelihatan pada perhimpunan berkenaan.
Parti DAP pula hanya diwakili Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan bekas EXCO Selangor Ronnie Liu.

Pemimpin Umno dan PERKASA turut tolak TPPA

TPPAKUALA LUMPUR, 23 JAN: Pentas himpunan anti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Padang Merbuk, di sini, hari ini, menarik perhatian hadirin apabila ia turut dikongsi pemimpin Umno.
Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Kamarulazman Habibur Rahman, berkata tindakan tampil ke hadapan bagi menyatakan bantahan terhadap segala dilakukan Kerajaan Persekutuan diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya adalah satu-satunya orang Umno yang berani naik atas pentas ini kerana saya berani cakap perkara yang benar.
“Kalau anda menentang dari luar tetapi saya dan GKCM menentang kemungkaran Umno dari dalam,” katanya.
Beliau mendakwa keputusan berhubung perjanjian TPPA itu dibuat sendiri Najib tanpa perbincangan dengan menteri kabinet.
Katanya, daripada dahulu kebanyakan perjanjian dijalankan adalah demi kepentingan pihak luar seperti perjanjian Bangkok satu masa dahulu.
“GKCM menyatakan sokongan kepada bantahan TPPA.

Protes TPPA: AMANAH & Pakatan Harapan Di Landasan Betul Lawan UMNO BN

Bantah TPPA : Mohamad Sabu mahu rakyat tolak kapitalis, rasuah dan TPPA

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendesak rakyat menolak rasuah, kapitalis dan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dalam ucapannya di Dataran Merdeka tengari tadi ketika menyertai perhimpunan aman Bantah TPPA yang diadakan hari ini.

Bantah TPPA hari ini berlansung aman sejak awal tengahari tadi apabila menyatukan kumpulan protes yang mula berhimpun di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke Padang Merbok petang ini.


Antara kumpulan protes yang turut kelihatan sama menyertai bantahan TPP ini dikalangan NGO seperti Isma, PSM, Gamis, Perkasa selain disertai PAS, Amanah dan PKR.

Presiden Amanah,Mohamad Sabu ketika berada di Dataran Merdeka sempat menyapaikan ucapan dengan mengesa orang ramai menolak rasuah, kapitalis dan TPPA

Beliau berkata ekonomi Malaysia sudahpun dimonopoli oleh kapitalis tempatan.

Dengan TPPA, katanya, ia hanya akan memberi laluan kepada kapitalis Amerika untuk menepukan ekonomi Malaysia.

Malah, katanya, perniagaan kecil di Amerika pun membantah TPPA kerana mereka juga tahu bahawa mereka akan menderita jika ia dilaksanakan.

Justeru beliau mendesak kerajaan Barisan Nasional wajib dijatukan dalam PRU-14.

"Kita mahu rayat lebih kuat menentang penindasan. Rakyat sudah lama menderita dengan kenaikan harga barang yang semakin parah," ujarnya.

Sementara itu, NGO hak asasi manusia Suaram menempatkan lapan pegawainya dan 10 pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk memantau protes hari ini.

Dijangkakan sehingga petang ini Padang Merbok akan dibanjiri lebih daripada 2,500 orang yang menunjukkaan protes terhadap kerajaan kerana mahu melaksanakan TPPA di negara ini.

Demonstrasi Bantah TPPA yang berarak dari Masjid Negara, Masjid Jamek dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka berakhir di Padang Merbok jam 4 petang tadi. -malaysiadateline.com

Orang lain bersatu kecam TPPA, PAS masih kecam Amanah

Kumpulan-kumpulan penyokong PAS (foto) dan Amanah dilihat menjarakkan diri antara satu sama lain dalam demonstrasi anti-perjanjian TPPA di Padang Merbok Kuala Lumpur. — Foto oleh Yiswaree PalansamyKumpulan-kumpulan penyokong PAS (foto) dan Amanah dilihat menjarakkan diri antara satu sama lain dalam demonstrasi anti-perjanjian TPPA di Padang Merbok Kuala Lumpur. — Foto oleh Yiswaree PalansamyKUALA LUMPUR, 23 Jan — Banyak kumpulan yang selama ini tidak sebulu sanggup melupakan perbezaan mereka demi membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Namun PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah), yang turut serta dalam bantahan di Padang Merbok petang tadi, terus bersengketa.
Kumpulan-kumpulan penyokong PAS dan Amanah dilihat menjarakkan diri antara satu sama lain dalam demonstrasi anti-perjanjian tersebut, yang akan dibahas untuk diluluskan di Parlimen minggu depan.
Dianggarkan disertai lebih 4,000 orang, kumpulan penyokong parti Islam dilihat lebih dominan, termasuk melemparkan perasaan marah mereka kepada penyokong Amanah.
“Jahanam Amanah!”, “Hancur Amanah!” antara slogan yang dilemparkan kumpulan PAS ketika ahli parlimen dan naib presiden PKR Tian Chua menyampaikan ucapan.
Selain dua parti politik yang bertelagah itu, pertubuhan yang selama ini jarang sealiran termasuk di pentas demonstrasi tetapi muncul bersama menentang TPPA termasuklah Perkasa, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Bersih 2.0 dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Dalam perhimpunan aman selama tiga jam, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai daripada kumpulan anak muda beraliran anarki.
“Terdapat satu tangkapan lelaki Melayu yang dibuat di Jalan Tun Perak disyaki kumpulan anarki yang pihak polis tangkap sebelum ini.
“Tangkapan dibuat bagi mencegah kejadian yang tidak diingini berlaku,” kata ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah.
Polis menganggarkan antara 5,000 hingga 7,000 penentang TPPA berkumpul di padang itu, tidak jauh dari bangunan Parlimen dan ibu pejabat polis Bukit Aman di sini.
Dewan Rakyat akan mengadakan sidang khas pada Selasa dan Rabu ini bagi mengesahkan penyertaan Malaysia dalam perjanjian dagang ini bersama 11 negara lain.

Ahli Parlimen PAS diberi amaran jangan undi sokong TPPA

Sekitar Perhimpunan Bantah TPPA

Pakatan’s weak voice lets down anti-TPPA campaign

Opposition's pallid objections and a poor show gives a signal that the agreement is a shoo-in
tppa-rally-2
Today’s Bantah TPPA rally in Kuala Lumpur city centre has shown up the opposition parties for ineffectiveness in voicing their objections to the hot issue of the Trans-Pacific free trade agreement.
From 2pm as more than 5,000 protesters gathered in the city, about 80 per cent were clad in the lime green of PAS instead of black, the official color chosen for the rally.
At least PAS leaders had shown maturity in agreeing to sit together with Parti Keadilan Rakyat and civil society leaders on the stage at Padang Merbok, although their messages seemed to be a bit twisted.
With almost all other TPPA opponents claiming the US-driven treaty, which involves a dozen nations, could lead to higher prices of medicines, censorship of the Internet, and leave small local enterprises out of business for failing to compete against giant American multi-national companies, PAS chose to highlight something more “local”.
PAS leaders claimed that the TPPA would give Malaysian Chinese tigher control of the economy, which, they said, was the reason for the DAP, their former ally turned opponent, supporting the agreement.
PAS members also took the occasion to jeer the splinter party Amanah, booing them on more than one occasion.
Amanah president Mohamad Sabu was seen giving a speech to a crowd of about 500 protesters in Jalan Parliment, about 500 metres from Padang Merbok: those in the crowd included students, Parti Sosialis Malaysia members and notable members of civil society including Maria Chin Abdullah of election watchdog group Bersih 2.0,

Sokong TPP: Ahli politik perlu bersedia ditolak

KUALA LUMPUR - "Setiap pihak perlu bersatu padu menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tanpa mengira ideologi parti serta agama," kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut beliau, Himpunan Bantah TPP yang dianjurkan itu adalah bagi menyatakan bantahan terhadap perjanjian berkenaan yang bakal ditandatangani oleh kerajaan memandangkan masa depan negara perlu menjadi keutamaan pada masa ini.
Sokong TPP: Ahli politik perlu bersedia ditolak "Selain peserta yang terlibat pada hari ini, kita juga minta supaya pihak Majlis Fatwa Kebangsaan, mufti serta golongan agamawan untuk bersatu-padu menyatakan pendirian mereka berhubung perjanjian ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penutup, petang tadi.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, keputusan ini adalah penentu kepada nasib ganerasi akan datang.
Selain itu, beliau turut mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen yang menyokong perjanjian TPP berkenaan akan berdepan risiko untuk tidak lagi dipilih oleh rakyat pada PRU akan datang.
"Kalau kerajaan nak teruskan perjanjian ini, mereka mesti sedia untuk tidak dipilih pada PRU akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, tindakan kerajaan menandatangani perjanjian TPP berkenaan akan memberikan ruang buat Amerika Syarikat untuk menguasai ekonomi negara ini.
Menurut beliau, Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang sedang jatuh dan disebabkan itu mereka menjadikan 12 buah negara yang terikat dengan perjanjian berkenaan sebagai alat untuk menyelamatkan ekonomi negara itu.
"Nasib rakyat akan bertambah sukar khususnya dari sudut ekonomi malah Malaysia akan kekal menjadi negara ketiga sampai bila-bila," katanya.

Menteri: Jalan beralun bukan punca kemalangan di LPT2

Kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) bukan berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang beralun, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sebaliknya, beliau berkata lokasi kemalangan maut berlaku di jajaran lurus dan mempunyai permukaan jalan yang baik.
 Dalam satu kenyataan hari ini, Fadillah berkata penemuan itu diperoleh daripada padanan statistik kemalangan maut dengan nilai Indeks Kerataan Jalan Antarabangsa (IRI) hasil ujian profil yang dijalankan ke atas permukaan jalan di lebuh raya berkenaan.
"Berdasarkan keputusan ujian IRI yang dijalankan pada 8 Januari 2016, didapati nilai IRI bagi keseluruhan jajaran LPT2 sepanjang 184km adalah mematuhi tahap nilai ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia.
"Kementerian juga telah memadankan rekod statistik kemalangan maut dengan nilai IRI dan mendapati lokasi kemalangan maut tidak berlaku di lokasi beralun tetapi di jajaran lurus dan mempunyai permukaan jalan yang baik.
"Justeru, jalan beralun bukan punca kemalangan di LPT2 sepertimana ditemui daripada ujian IRI tersebut," katanya.
Fadillah berkata kementerian menjalankan dua peringkat ujian IRI di LPT2, iaitu pada 28 Oktober lepas bagi jajaran lebuh raya sepanjang 60km, dan pada 5 hingga 8 Jan 2016 bagi keseluruhan jajaran LPT2 sepanjang 184km.
Menurutnya ujian IRI dijalankan oleh Ikram Paves Sdn Bhd menggunakan Pengimbas Jalan yang mengimbas permukaan jalan dan menyemak jalan menggunakan laser, dan data diperoleh akan dianalisa untuk digunakan dalam kerja-kerja penyelenggaraan.

Aktivis Suaram dibebaskan, diambil ujian air kencing

Aktivis hak asasi manusia Amir Abdul Hadi yang ditahan selepas perhimpunan membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik hari ini di Kuala Lumpur dibebaskan. – Gambar Twitter, 23 Januari, 2016.  
Aktivis hak asasi manusia Amir Abdul Hadi yang ditahan selepas perhimpunan membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik hari ini di Kuala Lumpur dibebaskan.

Aktivis hak asasi manusia Amir Abdul Hadi yang ditahan selepas perhimpunan membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) hari ini di Kuala Lumpur dibebaskan.
Bagaimanapun, polis, menyifatkan beliau sebagai ahli “kumpulan anarki” yang menyebabkan penahanan berlaku bagi mengelakkan kejadian tidak diingini tercetus.
Menurut tweet kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL), Amir diminta menjalani ujian air kencing semasa ditahan hampir 2 jam.

“ @amirxabdhadi sudah bebas dan kami mengambil gambar bersama untuk meraikannya,” kata LFL dalam tweetnya disertakan gambar aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan penyokongnya. Penyelaras LFL Michelle Yesudas mengesahkan pembebasan Amir melalui akaun Twitter peribadinya.
LFL juga mempersoalkan mengapa Amir diminta menjalani ujian air kencing sedangkan tuduhan kepadanya ialah bercakap pada perhimpunan hari ini yang dianjurkan pelbagai kumpulan sivil untuk menekan Putrajaya supaya tidak menandatangani Perjanjian Perdagangan Rentas Pasifik (TPPA).

GKCM mahu ahli Umno berani tolak TPPA

Pengerusi  GKCM Kamarulazman Habibur Rahman ketika berucap menyatakan pendirian kumpulannya terhadap TPPA.Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman ketika berucap menyatakan pendirian kumpulannya terhadap TPPA.Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) antara kumpulan yang turut hadir Bantah TPPA menyatakan pendirian mereka untuk bersama mengenepikan fahaman politik dan perbezaan kaum untuk  menolak Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) walaupun ahli parti itu sendiri tidak menunjukkan tanda sokongan terhadap demontrasi Bantah TPPA yang diadakan hari ini.
Pengerusi GKCM, Kamarulazman Habibur Rahman ketika berucap di pentas sama berkata,atas dasar 'Berani kerana Benar' mahu TPPA ini tidak dilaksanakan oleh kerajaan.

"TPPA dibuat oleh Najib untuk Najib sendiri !Tidak mungkin dibuat melalui sepakat kabinet lain kerana Menteri dan Ketua-Ketua Bahagian Umno diumpamakan seperti burung camar yang hanya tahu mengekori bot nelayan dan menunggu diberikan makan ikan-ikan buangan oleh para nelayan.
"Mereka sudah tidak boleh berfikir kerana hanya mengharap sesuatu dari Presiden," ujarnya secara sinikal.
Beliau turut menyebut tentang perjanjian Bangkok yang dijadikan contoh bagaimana pihak barat beranggapan untuk membuat perjanjian dengan pembesar-pembesar Melayu adalah satu perkara yang mudah ( will be done without much difficulty) sebab mereka tahu pembesar-pembesar ini senang sangat dipengaruhi.
"Tidak pernah berlaku dalam mana-mana perjanjian perdagangan antara kita dengan pihak barat yang memberi keuntungan kepada kita. Hanya menguntungkan pihak barat," ujarnya.
Lebih kurang 2,500 penyokong Bantah TPPA hadir di Padang Merbok hari ini untuk bersama menolak TPPA.
Selain penyertaan parti politik beberapa NGO juga turut hadir.

Najibnomics ....

1. Biasiswa dibekukan, tapi jet VVIP mewah boleh beli..
2. Peruntukan JPM RM20.3 billion, tapi peruntukan Kem. Kesihatan dipotong.
3. Masalah ekonomi..?? Diluar kawalan saya..

Memang bahagia jadi PENJENAYAH kat Malaysia ni. Heaven giler woiii.. !!!


TPP hanya untungkan kapitalis


KUALA LUMPUR - Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang bakal ditandatangani kerajaan hanya akan memberikan keuntungan kepada golongan kapitalis.
"Dengan perjanjian ini, rakyat mula bimbang kapitalis daripada Amerika Syarikat akan mula memasuki negara ini sedangkan di sana, syarikat-syarikat kecil juga menolak TPP," katanya berucap di Pusat Membeli Belah Sogo sebelum Himpunan Bantah TPP.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua pula dalam ucapannya di Padang Merbok berkata, parti pembangkan akan tetap menolak perjanjian berkenaan memandangkan ia memberikan kesan yang buruk kepada ekonomi negara.
Beliau berkata, setiap pihak perlu bangkit bersama bagi menghalang kerajaan daripada menandatangani perjanjian itu.
"Kita perlu bersatu untuk menolak agenda yang menyusahkan rakyat," katanya.
Dalam himpunan itu dianggarkan kira-kira 3,000 orang peserta turun padang bagi menyatakan bantahan terhadap perjanjian TPP yang akan di bahaskan di Parlimen minggu depan.

THREE MURDERS, BILLIONS MISSING: COVER UP FOR A ROGUE PM - LIES OF MALAYSIA'S ATTORNEY GENERAL EXPOSED

THREE MURDERS, BILLIONS MISSING: COVER UP FOR A ROGUE PM - LIES OF MALAYSIA'S ATTORNEY GENERAL EXPOSED
When a Malaysian deputy prosecutor named Kevin Morais disappeared on Sept. 4 last year after leaving his condominium in Kuala Lumpur on his way to work, the rumor spread that the 55-year-old Morais, who was gay, probably had tired of his job with the Malaysian Anti-Corruption Commission and had left with his lover, probably for London. And, newly-minted Attorney General Mohamed Apandi Ali said, Morais had nothing to do with the controversial MACC probe into Prime Minister Najib Razak’s tangled financial affairs.
It is widely believed that that probe got former Attorney General Abdul Gani Patail fired from his job in July, to be replaced by Apandi Ali, an UMNO stooge and loyalist who served in a variety of different capacities, including as the judge who ruled that Christians couldn’t use the word “Allah” to describe god.
What nobody expected was that Morais would turn up. The rumor about his disappearance was put to the lie when a CCTV camera, by chance, caught Morais’s car being rammed on a Kuala Lumpur street and him being dragged from it. Morais was later found in an oil drum filled with cement in a river in Subang Jaya, a Kuala Lumpur suburb. His burned car was found in a palm oil plantation in Perak. The police said it was an open and shut case. Morais had been killed by confederates of an army doctor in revenge for prosecuting a case against him.
That has been put to the lie as well. Morais’s brother in Atlanta, Ga. in the US turned up in Kuala Lumpur to issue a statement saying Morais was not only working on the Najib case, but he was either leading or co-leading the prosecution, and that he had sent him a USB drive containing information on the case. That has been corroborated by other sources in Kuala Lumpur.
It has since become clear that Morais in addition was one of the sources of deeply detailed information on Najib’s finances that was being fed to Clare Rewcastle Brown, the editor and writer of Sarawak Report. So rather than being killed for revenge by an angry army doctor, it appears that he was killed for being a whistle-blower.
So why was Apandi Ali, the country’s chief law enforcement officer, lying about Kevin Morais’s activities? Why was the lie spread that he had left town with a homosexual lover? Why did the attorney general’s office say Morais had nothing to do with the Najib case?
RELATED STORY: WHY NO MATTER WHAT, M'SIANS STILL TRUST DR M MORE THAN FORK-TONGUE NAJIB

Apandi Ali has now denounced a story by Sarawak Report – and a similar Asia Sentinel story quoting Sarawak Report –that the MACC had forwarded 37 criminal charges against Najib for prosecution. He has said he sent the case back to the MACC for further work. Is Apandi also lying about that as well?  Given the clear lies about Morais, who does the reader want to believe? Mohamad Apandi Ali or Asia Sentinel and Sarawak Report
Apandi Ali says hehas sent the report back to the MACC for revision. He retires officially in three weeks, meaning he wants to pass the hot potato to his successor, expected to be another UMNZO lawyer, Mohamad Shafie Abdullah.
The story has earned a ban for Asia Sentinel in Malaysia from the communications ministry, which has issued a notice saying “This website is not available in Malaysia because it violates the national laws.” The ban has holes in it, but, say sources in Kuala Lumpur, it is likely to tighten.
It seems more likely that it is the Malaysian government that violates the national laws, not only in the case involving Kevin Morais but in a long list of other cases. For a second one, try the murder of Hussain Najadi, the retired founder of AMBank Malaysia, who was gunned down in a parking lot in 2013. Although law enforcement officials said he was shot in a dispute over a Hindu temple property matter, Hussain’s son Pascal has charged that his father was assassinated because he said he wouldn’t play along with financial irregularities involving the United Malays National Organization prior to his death, refusing to orchestrate a multi-billion ringgit property deal connected to the Kuala Lumpur City Center. On one occasion, he told his son that Prime Minister Najib Razak was “lining his pockets with billions of ringgit with no consideration for the future of the country.”

Bukan sekadar soal Mukhriz

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
TANPA angin, tanpa ribut secara tiba-tiba arena politik Kedah dilanda badai, apabila Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md.Hanipah mengadakan sidang akhbar tergempar di Alor Setar kelmarin bagi mengumumkan;
“Seluruh kepemimpinan UMNO Kedah dan wakil rakyat negeri itu hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Menteri Besar.’’
Dalam sidang akhbar selama 15 minit itu, Ahmad Bashah yang suatu ketika dahulu diuar-uarkan menjadi Menteri Besar sebelum Mukhriz muncul pada saat-saat akhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu memberikan tiga sebab kenapa keputusan itu dibuat:Antaranya, kegagalan Mukhriz dalam menyatupadukan pimpinan UMNO dan jentera parti di semua peringkat negeri, kedua mendapati tiada sebarang perancangan strategik parti bagi menghadapi PRU-14, ketiga gagal mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepemimpinan parti di negeri ini dan aakhir sekali, beliau dikatakan gagal menguruskan tadbir kerajaan negeri secara berkesan.
Itulah alasan yang diberikan selain kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin bahawa “Kalau seseorang tidak lagi mampu nak bawa kapal serta tidak serasi dengan kapten, orang itu kena berhenti, kena lantik orang lain kemudi kapal.’’
Walaupun dilihat berhadapan dengan ‘pemimpin-pemimpin berwibawa, berpengalaman dan hebat-hebat belaka’ untuk menggantikan beliau mengemudi Kedah, namun Mukhriz setakat ini bertahan. Beliau menegaskan; “Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adakah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri.’’
Tidak dapat dinafikan apa yang berlaku mengejutkan banyak pihak. Oleh itu tidak menghairankan apabila pelbagai pandangan positif dan negatif diberikan oleh banyak pihak termasuklah rakyat Kedah. Mereka tertanya-tanya kenapakah kemelut itu tercetus dan apa puncanya?

Landskap politik Melayu hadapi PRU-14

Oleh DR. HASAN MAD
PILIHAN Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dijangka paling lewat Jun 2018. Pun begitu, di sana-sini kian rancak kedengaran semua parti politik mengatur perancangan bagi menghadapinya.
Berbeza halnya dengan pengundi, terutamanya orang Melayu. Mereka nampak bersahaja menonton gelombang PRU. Lihat saja pola daftar pengundi setakat Januari ini yang disiarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Amat ramai daripada mereka ini yang bersikap tak ambil peduli terhadap hak mereka sebagai pengundi.

Begitu juga dengan reaksi mereka terhadap pergolakan dalaman UMNO, Pas dan juga PKR serta hasrat pembentukan kesepakatan di antara UMNO dan Pas. Yang banyak memberikan reaksi hanyalah mereka yang berada dalam lingkaran politik, terutama ahli atau pengikut parti itu. Hari ini kecanggihan sistem komunikasi yang amat luar biasa membolehkan hampir semua yang mempunyai telefon bimbit membentuk kumpulan komunikasi masing-masing. Cuma berapa banyak yang giat membincangkan isu-isu politik semasa? Amat sedikit.
Kebanyakannya lebih gemar berkongsi atau membincangkan isu-isu kehidupan yang seronok dikongsi bersama. Kurang yang ambil peduli isu-isu berkaitan politik, jauh sekali memikirkan untuk membuat persiapan menghadapi PRU-14. Inilah teka-teki yang ingin penulis cari jawapannya.
Di Selangor, selepas Pakatan Rakyat berjaya menyelesaikan kemelut jawatan Menteri Besar, nampaknya pentadbiran kerajaan negeri ibarat air yang tenang. Malah pembangkang (Barisan Nasional) sendiri dilihat kian hilang taring.
Maka, kepada rakyat atau pengundi di Selangor yang majoritinya Melayu, masuk penggal kedua pentadbiran kerajaan negeri diterajui PKR, macam tiada bezanya dengan zaman pentadbiran kerajaan BN dulu. Penulis, berani mengandaikan bagi pengundi di Selangor, tiada apa yang hendak mereka risaukan dalam PRU-14. Siapa juga yang menang, kemampuan mentadbir kerajaan negeri tiada bezanya.
Kisah di Pulau Pinang pula berbeza. Tindakan Lim Guan Eng yang banyak meminggirkan orang Melayu akan memakan dirinya. Sudah kedengaran rungutan sekutunya Pas dan PKR.
Apabila didesak oleh pengundi untuk mengutamakan kepentingan mereka berbanding kerjasama dalam Pakatan Rakyat, janganlah Gua Eng terkejut kelak jika kedua-dua parti itu akan membelakangkan beliau.

OCBC: Inflasi meningkat, RM4.59 sedolar menjelang Disember

Krisis ekonomiKUALA LUMPUR 23 JAN: OCBC Bank mengunjur pertumbuhan ekonomi negara tumbuh 4.7 peratus bagi 2016 lebih rendah berbanding pertumbuhan ekonomi 4.8 peratus pada tahun lalu.
Ketua Pakar Ekonomi OCBC Bank, Selena Ling, berkata Malaysia dijangka terus terpengaruh dengan faktor luaran seperti tahun lalu.
“Kami menjangka cerita sama untuk Malaysia tahun ini, ekonomi akan perlahan disebabkan kelemahan harga minyak, ketidaktentuan ekonomi dunia dan kelembapan ekonomi China,” katanya dipetik Astro Awani.
Katanya, OCBC menjangka ringgit mungkin mencecah paras RM4.37 kepada dolar Amerika pada Mac 2016, diikuti RM4.44 pada Jun, RM4.51 September dan RM4.59 menjelang Disember.
Katanya, menjelang Disember, ia turut menjangka ringgit diniaga pada RM4.77 berbanding Euro, RM3.79 berbanding Yen dan RM3.12 berbanding dolar Australia.
Belaau berkata OCBC turut menjangka berlaku kenaikan inflasi disebabkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kenaikan kadar tol, kelemahan ringgit ke atas barangan diimport.
“Ringgit yang kekal rendah, bermakna akan ada inflasi yang ‘diimport’. ”
“Perniagaan yang meneroka pasaran baru di negara luar juga terdedah kepada turun naik ringgit dan ini menghapuskan banyak marjin keuntungan mereka,” kata Ling.

Terserah kepada Najib selesai kemelut politik Kedah, kata Ahmad Bashah

Terserah kepada kebijaksaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan kemelut politik Kedah ketika ini, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016. 
Terserah kepada kebijaksaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan kemelut politik Kedah ketika ini, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata kemelut tersebut tidak boleh dibiarkan berpanjangan memandangkan Umno dan Barisan dan Nasional (BN) perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.       
Pihaknya, katanya bersedia menerima apa juga keputusan Najib yang juga presiden Umno dan pengerusi BN, berdasarkan kepada hak prerogatif yang ada padanya.

Berhubung khabar angin kononnya beliau akan diangkat menjadi Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Dr Mahathir, Ahmad Bashah berkata terpulang kepada keputusan Najib selaku presiden parti. "Terpulang kepada presiden parti, itu hak beliau, siapa-siapa pun yang jadi Menteri Besar kami akan sokong. Kami yakin dengan kebijaksanaan beliau (Najib)," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim hari ini.
Suasana politik di Kedah “panas” sejak beberapa hari lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri yang diketuai Ahmad Bashah, yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

Barangan bekas pemimpin Umno bernilai RM100,000 dilelong, kata peguam

Kira-kira RM100,000 nilai barangan dari rumah bekas pemimpin Umno Perak, Datuk Hamidah Osman dilelong tetapi jumlah ini hanya separuh daripada jumlah ganti rugi yang perlu dibayar kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016. 
Kira-kira RM100,000 nilai barangan dari rumah bekas pemimpin Umno Perak, Datuk Hamidah Osman dilelong tetapi jumlah ini hanya separuh daripada jumlah ganti rugi yang perlu dibayar kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

 Kira-kira RM100,000 nilai barangan dari rumah bekas pemimpin Umno Perak, Datuk Hamidah Osman dilelong tetapi jumlah ini hanya separuh daripada jumlah ganti rugi yang perlu dibayar kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang memenangi saman fitnah terhadap beliau, kata Peguam Mohamed Hanipa Maidin.
Beliau berkata, lelongan itu dijalankan 2 hari lepas di rumah Hamidah di Batu Gajah dan seorang individu membeli semua barang itu.
"Saya akan berbincang dengan Khalid mengenai pilihan lain untuk memperolehi RM100,000 lain dari Hamidah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau enggan mendedahkan apakah langkah tersebut. Khalid mendapatkan perintah penyitaan dan penjualan daripada Mahkamah Tinggi di Ipoh untuk menjalankan lelongan berikutan keengganan Hamidah untuk menyelesaikan jumlah perlu dibayar.
Beliau dianugerahkan RM200,000 yang perlu dibayar Hamidah tetapi bekas pemimpin Umno itu gagal untuk menghormati perintah mahkamah.
Pada 23 Disember, pegawai mahkamah menyita barang rumahnya di Kampung Tersusun Jalan Gopeng, Batu Gajah, Perak.
Pengawal keselamatan terlibat untuk memastikan barang tidak dibawa keluar dari rumah Hamidah, kata Hanipa
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada April mengarahkan Hamidah membayar Khalid RM150,000 sebagai ganti rugi.

TPPA: MP Umno diseru berani lawan arus


KUALA LUMPUR: CEO Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar menyeru supaya ahli Parlimen Umno BN supaya berani melawan arus agar turut menolak TPPA.

Demikian tegas beliau ketika menyampaikan ucapan di hadapan ribuan hadirin bantah TPPA di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

“Kami membuat kajian sejak 2013 lagi. Kami juga meneliti semua perjanjian dengan Amerika Syarikat dan turut melihatnya daripada sudut perundangan, akhirnya mendapati TPPA tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat,” ujar beliau.

Dalam tempoh yang sama, pihak MTEM telah mengadakan perjumpaan dan dialog dengan pihak kerajaan supaya mendedahkan kandungan TPPA, namun kerajaan tidak mahu berbuat demikian.

“Akhirnya selepas lima tahun, barulah kandungan itu didedahkan dan mengesahkan tentang kebimbangan kami.

MITI kini sedang berjerayawara ke seluruh negara mencanangkan kebaikan TPPA. Namun, saya percaya, ramai yang tidak faham tentang TPPA kerana bukan mudah meneliti dokumen setebal 6,000 muka surat itu,” tegas beliau.

Beliau turut menyeru supaya semua yang hadir agar memulakan gerakan dan menyebarkan kepada seramai mungkin rakyat dan dalam pelbagai media untuk membantah TPPA.

Putrajaya tidak hiraukan nasib rakyat, masa depan negara, kata PAS

Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan berkata Malaysia memiliki sebuah kerajaan yang tidak fikirkan nasib rakyat di perhimpunan Bantah TPPA di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Yasmin Ramlan, 23 Januari, 2016.  
PAS hari ini mengkritik Putrajaya kerana tidak menghiraukan nasib rakyat dan negara kerana mahu menyertai perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, apa yang membimbangkan adalah TPPA akan memberi kesan yang besar terhadap syarikat kecil tempatan termasuk syarikat Bumiputra.
"Apa yang kita bimbang ia mengganggu negara kita. Ia akan memberi kesan kepada syarikat kecil. Syarikat Bumiputera tidak mampu bersaing.

"Hari ini pun, dengan kos sara hidup meningkat, harga barang naik, tekanan ekonomi, sehingga ada menteri suruh buat 2 kerja dalam satu masa," katanya dalam ucapannya pada perhimpunan Bantah TPPA di Padang Merbok di Kuala Lumpur hari ini. "Sebenarnya inilah satu dilema yang sedang dihadapi rakyat negara kita.
"Memiliki sebuah kerajaan yang tidak pernah fikirkan nasib rakyat mereka sendiri, masa depan negara ini," katanya.

Pas mahu rakyat bantah TPPA walaupun diluluskan kerajaan

Peserta Bantah TPPA  di kalangan penyokong Pas yang berhimpun menyatakan pendirian bersama dengan pemimpin mereka untuk menolak TPPA.Peserta Bantah TPPA di kalangan penyokong Pas yang berhimpun menyatakan pendirian bersama dengan pemimpin mereka untuk menolak TPPA.
 Rakyat digesa menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) walaupun ia diluluskan kerajaan pada Sidang Khas Parlimen akan datang bagi menolak pelaksanaan TPPA, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
"Tak ada alasan untuk kita menerima TPPA, kita akan terus menolak dan berbahas di sidang Khas Parlimen akan datang. Kita boleh berhujah berbahas tetapi dengan kuasa majoriti mereka ia tetap diluluskan pada undian terakhir, namun rakyat boleh terus membantah pelaksanaan tersebut," ucap beliau di Padang Merbok pada Himpunan Bantah TPPA sebagaiana dipetik dari Harakahdaily.net.
Menurut beliau, rakyat perlu menolak dengan memasang banner di setiap rumah seluruh negara sebagai tanda soladiriti rakyat.
"Pasang banner di setiap rumah, poster pada kenderaan sebagai tanda bantahan kita.
"Ini suara kita sebagai rakyat untuk menolak perjanjian yang akan menjajah ekonomi negara," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Beliau yang menegaskan bantahan yang dilakukan hari ini bukan kerana seorang individu yang memerintah negara ini tetapi sebuah sistem yang dipersetujui kerajaan.
"Kita bukan menolak atas dasar individu tetapi sistem yang dipersetujui kerajaan, sebuah sistem penjajahan baru yang akan menakluki negara ini.
"Ini semangat kita dan pendirian sebagai rakyat Malaysia yang menolak sistem penjajahan baru terhadap negara ini," ucap beliau lagi.

Bantah TPPA: Aktivis pelajar ditahan

Amir Abd Hadi ditahan kerana membuat ucapan mendesak Perdana Menteri menolak TPPA.
maria
KUALA LUMPUR: Aktivis pelajar, Amir Abd Hadi, 26, ditahan polis berhubung ucapan yang dibuatnya di Jalan Parlimen dalam Himpunan Bantah TPPA. hari ini.
Amir, Penyelaras Projek untuk SUARAM ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah.
Dia dilaporkan membuat ucapan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak TPPA.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengutuk penahanan Amir itu walaupun tindakan tersebut hanya untuk siasatan.
Katanya, penahanan Amir itu tidak wajar kerana dia hanya menggunakan hak sebagai rakyat untuk bersuara.
“Kita semua mematuhi arahan polis supaya bersurai pada jam 4 petang. Kita semua ikut arahan termasuk Amir,” katanya kepada FMT.
Maria berkata, tindakan polis itu jelas salah guna kuasa dan ugutan serta mendesak Amir dibebaskan segera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata tangkapan itu dibuat bagi mencegah kejadian yang tidak diingini berlaku.

Aktivis dedah dakwaan tahanan Sosma diseksa, ditangkap selepas demo anti-TPPA

Penyelaras badan hak asasi manusia Suaram, Amir Abd Hadi, ditangkap polis selepas perhimpunan membantah Perjanjian Perkongsian anti-Trans-Pasifik (TPPA) berakhir petang ini.
Aktivis BERSIH, Mandeep Singh, yang bersama dengan Amir, memberitahu Malaysiakini bahawa polis menangkap Amir di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.
 Katanya, pada jam 4.20 petang tadi, dia, Amir dan seorang lagi rakan sedang berjalan ke arah stesen LRT Masjid Jamek apabila dua pegawai polis menghampiri mereka.
Menurutnya, salah seorang pegawai polis yang dikenali sebagai ASP Saiful meminta kad pengenalan mereka "dan kami meminta kad kuasa mereka dan mereka menunjukkannya".
Bagaimanapun, katanya, pegawai polis berkenaan lebih berminat terhadap Amir dan berkata mereka perlu membawanya ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi untuk disoal siasat.
Mandeep berkata pegawai polis itu menjelaskan bahawa mereka telah menerima arahan dari atas untuk menahan Amir.
Mandeep berkata beliau hairan mengapa Amir ditangkap.
"Dia tidak berucap di perhimpunan anti-TPPA, apa yang dilakukannya adalah melaungkan slogan," kata Mandeep.
Isnin lalu, Amir telah mendedahkan surat dari tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang mendakwa mereka kena seksa.
Dalam salah satu surat itu, seorang tahanan mendakwa dia dipaksa mencium kaki pegawai penyiasat, dipaksa melakukan onani, dipaksa menonton video lucah dengan pegawai, dan dipaksa membuat lafaz cerai taklik terhadap isterinya.
Dalam reaksinya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta pengadu untuk membuat laporan polis supaya polis boleh menyiasat.

Nik Abduh: TPPA umpama mengikat diri kepada Amerika

Demo TPPA Tian Chua di 'boo' kerana sebut Parti Amanah

Pemimpin UMNO seperti burung camar pungut bangkai ikan - GKCM

Demo bantah TPPA

PERKASA dakwa 25,000 peserta menyertai Demo anti-TPPA

Perhimpunan berakhir dengan harapan fatwa menentang TPPA dikel‎uarkan



Kumpulan yang menentang TPPA menyuarakan kebimbangan harga ubat akan meningkat, dan perusahaan kecil dan sederhana yang menguasai pasaran tempatan bakal mengalami kerugian. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2016. 
Kumpulan yang menentang TPPA menyuarakan kebimbangan harga ubat akan meningkat, dan perusahaan kecil dan sederhana yang menguasai pasaran tempatan bakal mengalami kerugian.

 Dalam cubaan terakhir memberi tekanan kepada Putrajaya bagi menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), beberapa kumpulan mula berkumpul di ibu kota pada 2 petang hari ini, 2 hari sebelum sidang khas Parlimen mengenai perjanjian perdagangan bebas itu.
Antara kumpulan kaum Melayu yang kuat mengkritik TPPA termasuk Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang akan bersatu dengan orang ramai di bawah panji Bantah TPPA.
Kumpulan lain, Kongres Rakyat adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) PAS yang disokong manakala sayap kanan kumpulan pribumi Melayu, Perkasa dijangka turut mengambil bahagian.

Kumpulan Melayu bimbang perjanjian perdagangan antara 12 negara yang direka Amerika Syarikat akan menghakis kedaulatan Malaysia dan melumpuhkan syarikat tempatan daripada membela diri terhadap tindakan undang-undang daripada pelabur asing. Kumpulan lain yang turut menentang TPPA menyuarakan kebimbangan harga ubat akan meningkat, dan perusahaan kecil dan sederhana yang menguasai pasaran tempatan bakal mengalami kerugian.
Seorang pakar ekonomi juga berkata, perjanjian perdagangan bebas itu boleh membawa kepada ketidaksamaan dan kehilangan peluang pekerjaan yang lebih besar dalam tempoh 10 tahun.
Kebimbangan ini, bagaimanapun, turut disokong seperti persatuan perniagaan yang mendakwa persaingan yang lebih besar akan membantu syarikat menjadi lebih kukuh dan meminta pengkritik untuk menyediakan lebih banyak fakta.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) juga berkata perjanjian itu mengandungi pelbagai mekanisme yang melindungi syarikat Malaysia dan kerajaan apabila menghadapi tindakan undang-undang pelabur.
Secara keseluruhan, kerahsiaan mengenai rundingan perjanjian dan ketidakupayaan Putrajaya menjelaskan terma dengan jelas hanya menyemarakkan kebimbangan kesannya kepada Malaysia.
Kumpulan lain yang mengkritik TPPA dan dijangka menyertai perhimpunan hari ini adalah NGO Islam, Isma, Parti Sosialis Malaysia, Parti Amanah Negara dan Bersih 2.0.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mengkritik TPPA, berkata ia adalah "sepenuhnya khusus untuk mengawal selia perdagangan" apabila Malaysia sudah bebas untuk berdagang dengan sesiapa sahaja yang ia mahu.
Peserta perhimpunan hari ini pada mula dijadualkan berkumpul di Dataran Merdeka, tetapi sebaliknya sudah dimaklumkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya berkumpul di Padang Merbok.
Pihak polis sudah mengepung Dataran Merdeka dan penunjuk perasaan dijangka mula berkumpul di 5 tempat pertemuan seperti di Masjid Negara, Masjid India, Masjid Jamek, Sogo dan Maju Junction.
TPPA yang melibatkan 12 negara, dijangka akan ditandatangani di New Zealand bulan depan.
The Malaysian Insider akan membawa liputan langsung perhimpunan ini:
5 pm: Peserta himpunan menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan perhimpunan ditutup dengan bacaan doa dipimpin Naib Presiden PAS Idris Ahmad. 
Peserta mula bergerak meninggalkan Padang Merbok.
4.50 pm: Pengacara majlis mengumumkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan berucap dan merupakan personaliti yang akan menutup pesta ucapan petang ini.
"Kita harap Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan membantah TPPA.
"Jangan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan tentang makan dan minum sahaja," kata Tuan Ibrahim.
4.41 pm: Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh mengumumkan Koordinator Suaram Amir Abdul Hadi ditahan polis.
4.40 pm: Pengerusi Kongres Rakyat Azmi Abdul Hamid berkata, mereka akan terus menyampaikan bantahan kepada kerajaan agar tidak menandatangani TPPA menerusi ahli Parlimen.
"Kalau kita jadi hamba Amerika, ini adalah dosa  mereka," kata Azmi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi.

Bantah TPPA : Mohamad Sabu mahu rakyat tolak kapitalis, rasuah dan TPPA


Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika hadir memberikan ucapan pada demontrasi aman Bantah TPPA hari ini.Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika hadir memberikan ucapan pada demontrasi aman Bantah TPPA hari ini.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendesak rakyat  menolak rasuah, kapitalis dan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dalam ucapannya di Dataran Merdeka tengari tadi ketika menyertai  perhimpunan aman Bantah TPPA yang diadakan hari ini.
Bantah TPPA hari ini berlansung aman sejak awal tengahari tadi apabila menyatukan kumpulan protes yang mula berhimpun di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke Padang Merbok petang ini.
Antara kumpulan protes yang turut kelihatan sama menyertai bantahan TPP ini dikalangan NGO seperti Isma, PSM,  Gamis, Perkasa  selain disertai PAS,Amanah dan PKR.
Presiden Amanah,Mohamad Sabu ketika berada di Dataran Merdeka sempat menyapaikan ucapan dengan mengesa orang ramai menolak rasuah, kapitalis dan TPPA
Beliau berkata ekonomi Malaysia sudahpun dimonopoli oleh kapitalis tempatan.
Dengan TPPA, katanya, ia hanya akan memberi laluan kepada kapitalis Amerika untuk menepukan ekonomi Malaysia.
Malah, katanya, perniagaan kecil di Amerika pun membantah TPPA kerana mereka juga tahu bahawa mereka akan menderita jika ia dilaksanakan.
Justeru beliau mendesak kerajaan Barisan Nasional wajib dijatukan dalam PRU-14.
"Kita mahu rayat lebih kuat menentang penindasan. Rakyat sudah lama menderita dengan kenaikan harga barang  yang semakin parah," ujarnya.
Sementara itu, NGO hak asasi manusia Suaram menempatkan lapan pegawainya dan 10 pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk memantau protes hari ini.
Dijangkakan sehingga petang ini Padang Merbok akan dibanjiri lebih daripada 2,500 orang yang menunjukkaan protes terhadap kerajaan kerana mahu melaksanakan TPPA di negara ini.
Demonstrasi Bantah TPPA yang berarak dari Masjid Negara, Masjid Jamek dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka berakhir di Padang Merbok jam 4 petang tadi.

Padang Merbok: Amanah kena `boo’ dalam Perhimpunan Bantah TPPA

Perkataan boo itu didengari ketika Tian Chua menyebut nama Parti Amanah
amanah
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) menjadi bahan `boo’ oleh para peserta yang memakai baju hijau pada Perhimpunan Bantah TPPA yang kini berkumpul di Padang Merbok.
Parti itu diperlakukan demikian dipercayai oleh para peserta parti PAS ketika Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua menyebut nama parti yang baru ditubuhkan itu.
“Jika pemimpin yang tidak mendengar suara rakyat, pemimpin ini perlu dijatuhkan.
“Dua hari lagi wakil Parlimen akan bersidang mengenai TPPA di Dewan Rakyat. Pemimpin yang terdiri daripada PAS, DAP, PKR dan Amanah,” katanya dihadapan peserta yang kini mencecah ribuan orang.
Menurut Tian Chua, isu TPPA adalah isu rakyat dan mereka mahu mempertahankan kedaulatan.

Panas terik tak halang ribuan peserta hadiri demo anti TPPA

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Keadaan panas terik tidak menghalang ribuan peserta hadir dalam himpunan anti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Padang Merbuk, di sini, hari ini.
Ternyata penukaran tempat dari Dataran Merdeka ke padang berkenaan ekoran faktor permit tidak melunturkan semangat penganjur, Gerakan Anti TPPA dan NGO lain termasuk orang ramai bagi menjayakan himpunan berkenaan.
TPPAKalangan hadirin tidak sekadar dari pemimpin pembangkang tetapi dari pelbagai golongan dan peringkat usia termasuk mahasiswa, pemimpin masyarakat dan orang kebanyakan.
Ia diadakan bagi menyatakan bantahan TPPA yang didakwa akan ‘menjajah’ negara dari segi ekononi.
Harapan ramai bahawa himpunan terbabit mampu mempengaruhi kerajaan untuk membatalkan hasrat bagi menandatangani TPPA pada 24 Februari depan.
Beberapa pemimpin tampil memberi ucapan antaranya ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

TPPA: PERKASA mula curiga apabila Najib- Obama main golf

Jika TPPA baik, mengapa 60 negara yang dijemput sertai perjanjian itu, hanya 12 negara sahaja yang setuju termasuk Malaysia.
ibrahim-ali-2
KUALA LUMPUR: PERKASA mula curiga dengan TPPA apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama bermain golf bersama-sama di Hawaii duat tahun lalu.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, rasa curiga itu makin bertambah apabila Obama datang lagi ke Malaysia baru-baru ini ini, untuk kali kedua.
“Apabila Najib main golf di Hawaii bersama Obama, saya menaruh kecurigaan
“Apabila Obama datang ke Malaysia sebanyak dua kali, saya lagi menaruh kerugian.
“Kenapa kita tolak? Pada awalnya Amerika menjemput 60 negara menyertai TPPA. Tapi akhirnya 12 negara sahaja yang tinggal,” katanya di PAdang Merbok ketika menyertai Bantahan TPPA.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, mustahil untuk Parlimen menolak TPPA kerana Ahli Parlimen BN adalah majoriti di Dewan Rakyat.
‘Harapan kita sangat tipis kecuali Najib mahu bertaubat esok,” katanya.

Maria Chin urges the parliamentarians not to whip

Anti-TPPA Rally: Crowd in front of Dataran entrance will not move to Padang Merbok

No entry to Dataran Merdeka for protesters

'Buaya' hangatkan suasana, turut bantah TPPA

Anti-TPPA Rally: Ibrahim Ali, Tian Chua and other leaders take turns to address the crowd

#BantahTPPA : Peniaga vs DBKL

Anti-TPPA: Seribu penyokong PAS berarak bersama GAMIS

TPPA: Hadi gagal nasihati UMNO tapi tuduh DAP?


KUALA LUMPUR 23 JAN: DAP menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya DAP ngkal menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), sebagai tidak berasas, mengarut dan dangkal.
Malah, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata Hadi sepatutnya lebih mengerti betapa pihak yang sebenarnya ghairah menandatangani TPPA ialah UMNO, parti yang Hadi sedang nasihati.
“Bagaimana mungkin PAS tidak berjaya menasihati Umno untuk tidak meneruskan agenda TPPA setelah begitu rapat dan mesra dengan parti itu sepanjang enam bulan berpisah dengan rakan lama?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Lip EngSebuah portal tempatan semalam melapor, Hadi tanpa sebarang bukti menuduh DAP menyokong TPPA atas alasan kononnya hal ehwal perdagangan di negara dikawal oleh orang Cina.
Lip Eng berkata, tuduhan Hadi itu tidak mencerminkan ketokohan dan keilmuan sebagai pemimpin parti yang bertahun-tahun menjalin kerjasama erat dengan DAP, malah kerap membela parti berkenaan ketika diserang UMNO.
Beliau juga mempersoal Ahli Parlimen Marang itu sama ada UMNO yang berpendirian menyokong TPPA itu mahu menandatangani perjanjian itu kerana ia sebuah parti yang didokong pedagang dan peniaga Cina seperti dakwaan Hadi terhadap DAP?
“Sekelip mata Hadi berubah lenggok bahasanya sehingga sanggup meniru skrip UMNO dengan berfikir dalam konteks politik perkauman, berbeza dengan aspirasi partinya yang beberapa tahun lalu giat menghindar politik perkauman sempit dan mengadu domba,” katanya.
Dengan tegas, Lip Eng berkata, DAP dengan kekuatan 37 Ahli Parlimen akan mengundi menolak TPPA, berbanding dengan PAS yang kini hanya mempunyai 14 undi di Parlimen.
Beliau juga berharap Hadi akan hadir sesi pengundian TPPA di Dewan Rakyat untuk bersama-sama menolak TPPA, jika tiada aral melintang.

Anti-TPPA Rally: 2:45pm - 2500 strong crowd from 3 locations march toward Padang Merbok

Anti-TPPA Rally: 2:15pm - 30 PAS Unit Amal volunteers on duty

"Siapa Jadi Menteri Besar Bukan Isunya" - Ahmad Bashah

ALOR SETAR: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mendakwa sesiapa sahaja yang dilantik sebagai menteri besar termasuk dirinya tidak menjadi isu ketika ini.
Sebaliknya, timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah itu memberitahu, beliau akan menyokong individu yang akan dilantik menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kuasa prerogatif untuk membuat pelantikan.
"Berikan beliau sedikit masa lagi untuk membuat keputusan. Apapun keputusan itu adalah hak beliau.
"Sama ada saya dilantik sebagai menteri besar atau tidak, itu bukan isunya. Saya akan menyokong siapa sahaja calonnya," katanya kepada pemberita.
Pada Jumaat, Ahmad Bashah bersama 14 ketua Umno bahagian lain bertemu Najib bagi membincang mengenai isu hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan Umno kedah dan menteri besar.
"Dalam mensyuarat itu, beliau tidak memberitahu siapakah menteri besar baru.
"Mereka yang menghadiri mesyuarat itu terdiri daripada 14 daripada 15 ketua bahagian dan telah menyuarakan pendapat masing-masing.
"Kami rasa sudah tiba masanya untuk membuat perubahan kepada kepimpinan Umno di negeri ini," katanya.

Bauksit Pahang: MB Selangor kaji kualiti bekalan air mentah


Menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin AliMenteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin AliUnit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) sedang mengkaji kualiti bekalan air mentah dari Pahang sebelum menentukan sebarang tindakan susulan  kesan daripada perlombongan bauksit yang tidak terkawal di negeri Pahang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, kajian itu penting berdasarkan perkembangan semasa yang menyaksikan Pahang membenarkan pelombongan bauksit hingga mengakibatkan sungai dan laut menjadi merah.
“Kerajaan Negeri sudah mengambil ketetapan untuk membuat kajian tentang kualiti air yang dibekalkan dari Pahang ekoran aktiviti perlombongan bauksit.
“Dalam perjanjian apabil  kita teliti semula, Pahang menjanjikan air dibekalkan itu adalah air berkualiti dan menjamin keselamatan pengguna,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Pemeliharaan Hutan Aeon Mall Shah Alam hari ini sebagaimana dipetik dari  media rasmi kerajaan negeri.
Berdasarkan perjanjian air ditandatangani pentadbiran sebelum ini menyaksikan Pahang bakal membekalkan air mentah kepada Selangor dalam projek Langat 2.

Mukhriz 'hampir pasti' diganti, lapor Utusan

'Hampir pasti' Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan digantikan, demikian tajuk utama muka depan akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Akhbar itu melaporkan, dalam pertemuan di PWTC itu, Najib yang juga presiden Umno dilaporkan berkata, beliau akan meneliti semua perkara sebelum membuat sebarang keputusan.
 "Perdana menteri akui apa yang berlaku adalah suara yang dibawa oleh ketua-ketua bahagian di Kedah, beliau minta diberi masa untuk membuat keputusan kerana apa juga tindakan perlu mengambil kira kesan kepada Umno Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Selain itu beliau juga menuntut kesetiaan semua pemimpin Umno negeri tersebut terutamanya apabila keputusan dibuat dalam tempoh sehari dua lagi," lapor Utusan yang memetik satu sumber yang turut menghadiri pertemuan tersebut.
Pertemuan itu dihadiri oleh lebih 50 pemimpin Umno Kedah, antaranya Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Dr. Jamil Khir Baharom, ADUN Tanjong Dawai, Datuk Tajol Urus Mat Zain, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.
Laporan yang memetik sumber dalaman Umno itu berkata, pemimpin Umno yang hadir sepakat meminta Najib menyelesaikan isu tersebut dengan segera termasuk menghadap ahli jemaah pemangku Sultan Kedah secepat mungkin.
"Dalam mesyuarat itu, Ahmad Bashah yang mewakili kepemimpinan Umno Kedah menjelaskan apa yang berlaku dan mahu Perdana Menteri membuat perubahan terhadap kepemimpinan Umno Kedah demi memastikan parti itu terus berkuasa," lapor Utusan lagi.
Rabu lalu, sekumpulan Umno Kedah yang juga penyokong Najib mengumumkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz.
Mereka yang diketuai oleh Ahmad Bashah ketika mengadakan sidang media di Alor Setar, Kedah itu juga menggesa Najib campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.

'Rakan dan lawan' berganding bantah TPPA


Rakan dan lawan' akan melupakan perbezaan mereka hari ini untuk berjuang untuk tujuan yang sama dalam protes utama pertama di negara ini dalam 2016.
Ribuan dijangka menyertai perhimpunan membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini - tiga hari sebelum Parlimen bersidang untuk membahaskan perjanjian itu.
Antara kumpulan protes yang dijangka berhimpun di Dataran Merdeka ialah PAS, AMANAH, PERKASA, BERSIH, ISMA dan PSM.
Dan mereka menentang TPPA atas sebab-sebab yang berbeza.
Kumpulan seperti PERKASA dan ISMA khuatir TPPA akan menghakis hak-hak Melayu.
Manakala yang lainnya seperti PSM, AMANAH, BERSIH berkata TPPA tidak menguntung rakyat atas pelbagai sebab, menjadikan kehidupan lebih sukar dalam situasi ekonomi yang merisaukan.
Ccukup menarik untuk melihat bagaimana mereka akan bekerjasama.
Polis telah memberi amaran dan melarang perhimpunan di Dataran Merdeka, dan sebaliknya menasihatkan mereka berhimpun di Padang Merbok.
Malaysiakini akan menyiarkan laporan langsung untuk pembaca.
1:30pm - Dataran Merdeka: Sekitar 50 orang berkumpul di sini termasuk penjaja yang menjual barangan anti-TPPA, vuvuzela dan minuman.
Polis menutup Dataran dengan meletakkan penghadang logam setinggi enam kaki dan penghalang jalan raya biasa di kedua-dua hujung dataran.
Mereka juga turut menutup Jalan Raja Laut dan Jalan Parlimen untuk menghalang kenderaan daripada memasuki kawasan tersebut.
Anggota Unit Amal PAS berpakaian merah dilihat bertugas, enam daripada mereka ditempatkan di penghadang logam.
Suasana adalah tenang dengan bunyi sesekali kedengaran bunyi vuvuzelas.
1:25pm - Maju Junction: Kira-kira 100 orang berkumpul sambil memegang sepanduk menolak TPPA.
Mereka sedang bersiap sedia menuju ke arah Dataran Merdeka selepas solat zohor, kata ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan.
Apabila ditanya sama ada mereka akan menghala ke Dataran Merdeka atau Padang Merbok, sambil tersenyum beliau berkata:
"(Dataran Merdeka) adalah tempat yang terdekat dari ini."
Polis menegaskan supaya tempat perhimpunan itu tidak diadakan di dataran tersebut tetapi di Padang Merbok yang tidak jauh lebih situ.
1pm - Masjid Negara: Lebih 400 orang yang berpakaian hijau PAS berkumpul di Masjid Negara, dan bersiap sedia untuk bergerak.
Kebanyakan mereka berlindung dari cuaca yang panas di dalam masjid, manakala yang lain berada di perkarangan masjid di mana terdapat para peniaga di situ.
Peniaga menjual baju-T Anti-TPPA, skarf dan juga ubatan herba.
Ahli PAS dari Klang, Arifin, 60, menjangka perhimpunan hari ini akan berjalan secara aman.
"Orang PAS tak buat masalah," katanya kepada Malaysiakini.
12.40pm - Dataran Merdeka: Polis telah menyekat dua laluan masuk ke Dataran Merdeka dari akhir Masjid Negara.

Anti-TPPA Rally: 1:50pm - Tian Chua greets demonstrators

Anti-TPPA Rally: 2:10pm - Crowd begins march to Padang Merbok

ROUND ONE TO MUKHRIZ: Najib forced to postpone decision - 260 summoned only 54 turned up

ROUND ONE TO MUKHRIZ: Najib forced to postpone decision -  260 summoned only 54 turned upNajib summoned Kedah people to explain the Mukhriz situation. Predictably Najib had to leace somewhat embarrassed.
I just received the following :
And the message said,
"At PWTC..Najib meeting the penyamuns from Kedah about Mukhriz's post. Turned out he couldn't decide, needs time to think. And thats it. Mukhriz's supporters gathered in PWTC. Back in Kedah and all over fb and wasap, ppl expressing support for Mukhriz. I guess Najib didnt expect such reaction.. Thats why he needs time to think. They invited 260 people including ADUNs..only 54 turned up. Many dare not turn up after seeing the support for Mukhriz. Dato Maznah claimed to have been tricked in the first place, nobody believes her. Looks like his diversion strategy only created another problem."


My comments : Not only is this guy dumb but he certainly has the dumbest advisors. That is what you get when you prefer loyalty above intelligence.
Firing the AG - that was a very wrong move. Very bad advice.
Arresting Khairuddin - another very wrong move. More bad advice.
Arresting, charging, transferring, harrassing the MACC officers, the Policemen - all wrong moves. Really bad advice.
It only prolongs the agony. It only means that you have to climb higher up the building to hide from the people. Finally you will reach the roof. After that..oh well.
Now this Mukhriz thing is backfiring.

Even calling for these 260 Kedah people to come to the PWTC was really stupid advice. It means Najib is taking ownership over the issue - in KL.
If you want to make it look like a Kedah issue and nothing to do with you, then you should not take ownership. You should not have called for this meeting.
Plus you will not suffer the embarrassment of only 54 people turning up. Plus you had to leave the building in a hurry without resolving anything.
Dah bayar ke belum? Will the 14 have a good Thaipusam? If you use cash to buy the wrong things, you end up with less cash and the wrong things.

Pua: Najib must come clean on all ‘donations’

The Prime Minister owes the country a thorough explanation on the source and origin of mysterious funds in his personal bank accounts.
tony-pua-najib_600
KUALA LUMPUR: The incredible sums of money deposited in Prime Minister Najib Abdul Razak’s personal bank accounts from unaccounted sources has everything to do with every Malaysian, warned Petaling Jaya Utara MP Tony Pua in a statement. “As the number one public official in the country, the Prime Minister is accountable to every Malaysian.”
“Najib certainly owes the country a thorough explanation on the source and origin of mysterious funds in his personal bank accounts.”
Pua was commenting among others on the Malaysian Insider reporting on Friday that Najib said in an affidavit in the defamation suit against former MCA Chief Ling Liong Sik that “any usage (of the donation) was a matter between the plaintiff (Najib) and the party and has nothing to do with the defendant (Ling)”.
Again, said Pua who is also DAP National Publicity Secretary, before the people were able to obtain a confirmation or denial from Najib on an earlier Sarawak Report expose on SRC International credit cards, the whistleblower website reported on Friday that another USD170 million of foreign deposit entered his personal account in Ambank in 2011.
Najib must come clean on exactly how much unaccounted foreign deposits have been made into his Ambank account(s), added Pua. “The earlier exposed USD681 million has been ‘explained’ as a ‘donation’ from a uber-generous Middle East donor. Is the USD170 million, the latest discovery by the Sarawak Report, another generous donation, this time from global philanthropist, Jho Low?”
Based on an exchange rate of RM4 to the USD, that’s an unbelievable RM3.4 billion of “donations”, pointed out Pua. “How many more billions of donations are there? Najib must come clean instead of waiting for foreign whistleblowers and international financial journals to expose more spellbinding details.”

Singkir Mukhriz: Najib gagal laksana pelannya sendiri

Oleh Mohd Sayuti Omar
Sehingga kini tidak diketahui apakah hasil pertemuan Najib Razak dengan Ketua-ketua Umno Bahagian dan Adun serta Ahli Parlimen dan pimpinan lain dari Kedah yang berlangsung di PWTC petang semalam, ini kerana tidak ada apa-apa kenyataan mengenai perkara itu dikeluarkan.

Pertemuan itu telah berlangsung semalam kira-kira lebih dua jam, dari pukul 5: 00 berakhir menjelang pukul 7:30 malam. Semua pemimpin yang ditemui oleh media massa untuk mengulas pertemuan itu enggan bercakap dan mengambil sikap mengunci mulut.

Tentu ada arahan keras agar tidak dibenarkan sesiapa membuat kenyataan atau memberi gambaran senario pertemuan yang berlangsung kira-kira lebih dua jam itu. Gambar dalam majlis itu juga diharamkan dirakam. Najib sendiri katanya meninggalkan majlis itu tanpa menemui wartawan yang menantinya?

Seperti mana diketahui semangat dan tujuan pertemuan itu adalah untuk mengambil tindakan susulan terhadap sidang akhbar yang diadakan di Alor Star sebelum ini yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Ahmad Bashah Md Hanafian selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Umno bahagian, yang mengistyharkan ketidakpercayaan dan ketidakkeyakinan kepada Mukhirz Mahathir sebagai MB Kedah dan Pengerusi Umno Kedah.
Pemerhati percaya apabila Najib sedia untuk bertemu dengan ketua-ketua Umno bahagian dan pemimpin lain petang semalam, beliau akan membuat keputusan penting untuk melaksanakan apa yang dikehendaki seperti mana hasrat pengistyaharanh itu, yakni memecat Mukhriz sebagai MB Kedah. Itulah yang ditunggu-tunggu, Najib akan mengumumkan nama baharu sebagai MB Kedah. 
Tetapi apa yang diharapkan itu tidak terjadi. Ini menyebabkan pergolakan politik Umno Kedah itu terus hidup dan mengalir dalam benak orang ramai. Kegagalan pertemuan semalam membuat sebarang keputusan juga menyebabkan ia menjadi bahan jenaka.

Kalau pun mereka yang hadir tidak dibenarkan memberi apa-apa komen bagi mengelakkan berlaku percanggahan, tetapi Najib seharusnya memberi penjelasan atau dimandatkan kepada seseorang. Namun tidak demikian, Najib juga diberitakan meninggalkan majlis itu dengan perasaan kecewa dan enggan menemui media. Kenapa?
Pertemuan itu selain daripada dihadiri ketua-ketua Umno bahagian dan para wakil rakyat, pimpinan peringakat bahagian terdiri AJK bahagian juga turut sama dipanggil. Kononnya mereka dipanggil untuk menunjukkan seluruh peringkat pimpinan Umno Kedah bersetuju dengan pelan untuk menggugurkan Mukhriz. Malangnya daripada 260 orang yang dipanggil hanya 54 orang sahaja yang hadir. Kegagalan kesemua pimpinan bahagian yang dipanggil itu hadir, itulah menyebabkan Najib tidak seronok dan berasa malu.