Khamis, 21 Januari 2016

Orang Melayu perlu ubah pemimpin ‘akar’, baharu tumbang pemimpin ‘dahan’

Mohammad Fakhrurrazi


Perbincangan mengenai pembangunan politik di Malaysia tidak lengkap sekiranya tidak menyentuh kepentingan perubahan pemikiran Bumiputera, terutamanya orang Melayu dalam membantu pembangunan negara dalam aspek ekonomi dan politik.
Sejak zaman Tun Razak Hussien hingga anaknya sendiri, nasib orang Melayu dalam ekonomi dan politik tidak mengalami perubahan yang memberangsangkan.
2015 menyaksikan beberapa peristiwa orang Melayu menunjukkan kekuatan dengan turun ke jalan, berdemo bersama pemimpin Melayu UMNO.
Ada juga peristiwa yang membawa kepada pergaduhan. Bermula daripada beberapa peristiwa ini, golongan pemimpin Melayu dan pengikutnya secara mudah melaungkan slogan “Ini Tanah Melayu” dan “Hidup Melayu”, membuktikan bahawa mereka “lebih berhak” dan berkuasa.

Malangnya, keberanian orang Melayu ini sekiranya dianalisa secara mendalam hanyalah untuk mempertahankan status quo pemimpin UMNO dan tidak menambah baik taraf hidup orang Melayu sendiri. Luangkanlah sekuat mana slogan tersebut, orang Melayu tidak akan maju sekiranya berfikir dengan cara ‘lama’, mengharap pada pemimpin Melayu yang ‘lama’, dan mengambil masa yang ‘lama’ untuk mengubah nasib mereka.
Mengapa mereka begitu lama mengubah pemikiran mereka?
Masalah kegagalan orang Melayu mengubah kematangan berpolitik berpunca daripada masalah pemimpin peringkat “akar” (pimpinan kawasan tempatan) dan bukan pemimpin di peringkat “dahan”( bermaksud pimpinan tertinggi).
Dalam keghairahan segelintir orang Melayu berpolitik, mereka selalunya akan mengkritik pemimpin Melayu di peringkat nasional dan tertinggi seperti Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.
Malangnya mereka mengkritik pemimpin yang tidak pernah kenal mereka dan tidak peduli akan suara mereka.
Lebih baik orang Melayu melakukan perubahan politik mereka, mengkritik pemimpin “akar” umbi seperti di kawasan perumahan, ketua kampung, JKKK, JMB di PPR yang selama ini dipegang orang Melayu yang mempunyai hubungan dengan UMNO.
Pemimpin akar ini menjadi jentera dan alat utama pemimpin Melayu supaya berkuasa di peringkat “dahan”.
Orang Melayu dan rakyat perlu tahu pengerusi JKKK kampung, kawasan perumahan dan JMB di PPR ialah ketua cawangan UMNO di kawasan tersebut.
Tanpa sebuah sistem pelantikan yang telus, sewenang-wenangnya mereka mendapat jawatan sebagai pengerusi persatuan penduduk dan JKKK kampung.
Jarang sekali orang Melayu mengkritik akan keborosan dan kelemahan urus tadbir pemimpin tempatan mereka sendiri.
Malah, ada di antara mereka yang tidak kenal pemimpin tempatan mereka sendiri.

Politik untuk dulu, kini, selamanya

Halmie Azrie Abdul Halim


Asakkan menggulingkan menteri besar di Kedah kembali “backfire” kepada para pemain politik/warloads di sana rentetan “wrong timing” pihak pengatur di peringkat nasional/induk dalam mencipta persepsi dan membentuk gelombang momentum.
Kini, peluang diambil “internal dissenters” yang diketepikan dan dibantai melalui “state apparatus” rejim sedia ada yang dipalit skandal namun berada di landasan “mainstream”. Golongan “tokoh terpelanting” ini berupaya mengukuhkan pengaruh sekiranya bijak menyusun langkah dan seterusnya menjadi “major power brokers”.
Namun, lebih membimbangkan adalah kelemahan pihak oposisi sekarang yang tiada kredibiliti untuk mengemukakan alternatif berkesan apatah lagi jauh sekali daripada memperoleh keyakinan umum bagi mengemudi perjalanan menuju kepada sebuah pentadbiran akibat hilangnya “bankable icon” mereka dan mekarnya “party skirmishes”.

Akhirnya, pertarungan peringkat dalaman kedua belah pihak memberikan ruang cukup luas untuk dieksploitasi segelintir “ulama siyasah” yang tidak kompeten memperoleh semula kedudukan mereka di peringkat pentadbiran bagi meneruskan agenda perpaduan diuar-uarkan kini lantaran kekuatan jentera akar umbi dan taktik doktrinisasi tegar yang mereka miliki terhadap daya fikir masyarakat setempat. Namun, sebuah lagi pandangan yang mungkin mampu diraih ialah bagaimana situasi ini membuka jalan kepada berlakunya perebutan kuasa antara 3 pihak iaitu team perpaduan (rejim nasional+puak ulama) vs team mantan (tokoh terpelanting+pengikut nostalgia) vs team perjanjian (pihak oposisi+calon terdesak).
Ini seterusnya membawa kepada kemungkinan terbentuknya satu kemenangan “wipe-out” di negeri-negeri terpilih oleh salah satu team yang berjaya mendominasi sentimen, “spin” slogan popular, kontroversi akidah dan mengutarakan perihal yang bersifat “alih perhatian” demi mengelirukan masyarakat kepada kondisi “divide and rule” dalam kalangan majoriti Bumiputera itu sendiri.
Ini seterusnya akan menjadi markas kekuatan baharu bagi mereka yang kian merasa tergugat di posisi sedia ada.

Jika ada calon lebih baik dan berkebolehan, saya sedia letak jawatan, cabar Mukhriz


Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz sedia berundur jika ada calon lebih baik dan berkebolehan.Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz sedia berundur jika ada calon lebih baik dan berkebolehan.Mempercayai bahawa beliau mendapat sokongan lebih 90 peratus  daripada rakyat Kedah, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau bersedia untuk berundur jika ada calon yang lebih baik dan berkebolehan.
Katanya, beliau dengan senang hati akan meletak jawatan dari kedudukan jika penggantinya mempunyai mandat penuh rakyat.
"Jika rakyat di Kedah tidak lagi menyokong saya, saya akan rela meletak jawatan saya sendiri.
"Tetapi jika mereka masih menyokong saya, saya akan terus menjadi sebaik yang saya boleh dan meneruskan strategi yang saya rancang untuk negeri ini.
"Saya tidak mengambil berat tentang desakan 14 ketua bahagian jika mereka tidak lagi menyokong saya, kerana saya mempunyai dua juta orang Kedah yang majoritinya masih menyokong saya," katanya kepada kira-kira 500 penyokong di Ibu Pejabat Bahagian Jerlun Umno di sini pada Khamis sebagaimana dipetik dari The Star online.
Mukhriz yang juga Ketua Bahagian Jerlun Umno, menafikan cakap-cakap bahawa beliau akan meninggalkan Umno.
"Apa sahaja yang saya telah lakukan adalah bertujuan untuk mengukuhkan parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Nasib Mukhriz masih tergantung

Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang diserang pemimpin Umno negeri, mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah pada 6 Mei 2013, sehari selepas Barisan Nasional berjaya merampas negeri itu kembali daripada PAS pada pilihan raya umum (PRU) tahun berkenaan.
Anak kelahiran Alor Star itu menewaskan calon PAS Abdul Ghani Ahmad dengan majoriti 2,446 undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam pada PRU ke-13 itu.

Sebelum itu, Mukhriz memenangi kerusi Parlimen Jerlun pada 2008, di mana beliau menepis segala kecurigaan terhadapnya dan menewaskan Idris Ahmad, pemimpin kanan PAS, dengan majoriti selesa 2,205 undi.
Tidak lama selepas beliau mengambil alih jawatan sebagai menteri besar, anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikenali sopan dan pemalu itu berbalah dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai rancangan mengenakan caj bagi bekalan air yang diambil dari Sungai Muda di Kedah. Lim menegaskan Kedah tidak boleh mengenakan caj kepada Pulau Pinang kerana pihak berkuasa bekalan air Pulau Pinang mengambil air mentah dari Sungai Muda di persisiran sebelah Pulau Pinang dan bukan Kedah.
Perbalahan itu akhirnya senyap begitu sahaja.
Sebelum menerajui Kedah, Mukhriz, 51, juga pernah berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri dari 2009 hingga 2013.
Bagaimanapun, dalam Umno, perjalanannya tidak begitu lancar bagi bapa kepada 4 anak itu apabila beliau tewas pada 2009 kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam pertandingan merebut jawatan ketua Pemuda.
Dan pada Oktober 2013, Mukhriz kalah dalam usahanya merebut kerusi naib presiden, apabila penyandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjaya mengekalkan jawatan mereka.

Terlalu awal menilai prestasi Mukhriz, kata warga Kedah

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua kanan) bersama Exco Kedah Datuk Aminuddin Omar (3 dari kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif (kanan) di Wisma Umno Jerlun, Kedah, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Januari, 2016. 
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua kanan) bersama Exco Kedah Datuk Aminuddin Omar (3 dari kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif (kanan) di Wisma Umno Jerlun, Kedah, hari ini. 

 Tidak sampai 3 tahun Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerajui negeri jelapang padi, bagi rakyat Kedah masih terlalu awal untuk mereka menghakiminya berdasarkan pembangunan di negeri itu.
Ramai berkata menteri besar penggal pertama itu memerlukan masa mentadbir Kedah dan menjayakan perancangan serta dasar beliau.
Rasa simpati terhadap Mukhriz dapat dikesan di kalangan warga Kedah, selepas 14 daripada 15 ketua Umno bahagian di negeri itu bersuara mahu beliau disingkirkan.

Prestasi kepimpinan beliau dikatakan lemah, turut dicemuh kerana menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur dan mengetepikan "warlord" (panglima perang) Umno . "Masih terlalu awal, kerana dia baru sahaja menjadi MB (menteri besar). Beliau tidak sampai satu penggal pun berkhidmat, pastinya beliau tidak sempat lagi melaksanakan manifesto pilihan rayanya.
"Beliau sepatutnya diberi peluang dan lebih masa untuk buat kerjanya," kata seorang penduduk Alor Star, Farok Hamdan, 30, kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sebuah restoran.
Seorang lagi penduduk tempatan, Adib Aziman, 28, percaya isu-isu pembangunan itu hanya diada-adakan pengkritik Mukhriz, iaitu mereka yang mahu beliau keluar dari pejabatnya.
"Itu hanya isu mereka. Adakah terdapat sebarang isu terhadapnya atau skandal yang melibatkan kerajaannya?
"Mungkin, ia kerana bapanya" katanya, merujuk kepada Mukhriz sebagai anak bongsu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya setia pada Umno, tiada hasrat tinggal parti, kata Mukhriz

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan pernah berniat meninggalkan Umno dan menegaskan segala dilakukannya adalah untuk mengukuhkan parti agar mampu menang dengan bergaya pada pilihan raya umum akan datang. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Januari, 2016. 
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan pernah berniat meninggalkan Umno dan menegaskan segala dilakukannya adalah untuk mengukuhkan parti agar mampu menang dengan bergaya pada pilihan raya umum akan datang. 

 Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kesetiaannya kepada Umno tidak berbelah bahagi, tidak kira apa masalah politik yang sedang dihadapinya, selepas 14 ketua Umno bahagian mendesak beliau digugurkan.
Katanya, beliau tidak berniat meninggalkan Umno untuk mana-mana parti politik lain.
"Kesetiaan saya tidak berbelah bahagi, terus dengan Umno. Janganlah mana-mana pihak menganggap saya berhasrat untuk melompat kepada parti lain.

"Apa yang saya lakukan semuanya adalah untuk mengukuhkan Umno, supaya apabila kita memasuki pilihan raya umum akan datang, kita akan menang dengan bergaya," katanya kepada beratus-ratus penyokongnya di bangunan Umno Jerlun petang ini. Mukhriz yang juga ketua Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, beliau mahu Barisan Nasional (BN) menyapu bersih semua kerusi Parlimen dan memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Tetapi untuk melakukan ini, kita semua perlu bekerjasama."
Mukhriz berkata, jika rakyat Kedah tidak lagi menyokongnya, beliau dengan sendiri akan mengundur diri.
"Jika ada seseorang yang boleh melakukan lebih baik daripada saya, bawa dia ke depan dan yakinkan rakyat.
"Jika tidak ada orang seperti itu, kenapa hendak tukar (menteri besar) sekarang?" soalnya.
Pada satu sidang media di Alor Star semalam, 14 daripada 15 ketua Umno bahagian Kedah mengisytiharkan mereka hilang keyakinan terhadap Mukhriz dan mahu beliau disingkirkan sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan itu.
Terdahulu pada majlis itu, Timbalan Ketua Umno Jerlun Datuk Abu Hassan Sarif berkata, menteri besar tidak boleh ditukar sebelum tempohnya tamat.

9 dari 11 kerusi DUN baru Sarawak milik BN?


Dua badan pendesak pembaharuan pilihan raya, BERSIH 2.0 dan Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya memanipulasi pesempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak.
Berdasarkan analisis pola pengundian pada pilihan raya umum 2013, kata mereka, BN mempunyai peluang cerah memenangi sembila daripada 11 kerusi baru yang diwujudkan.
Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah pula berkata, apabila kerusi baru yang 'mesra BN' dibentuk, saiz purata kawasan pilihan raya itu menguncup antara 25 hingga 47 peratus.
"Telah didapati juga, terdapat ketidakseimbangan lebih teruk di setiap kawasan DUN yang jelas melanggar prinsip satu pengundi, satu undi dan satu nilai," katanya.
BERSIH 2.0 dan Merap membuat kenyataan itu selepas membandingkan jumlah undi yang boleh diperoleh di pusat pembuangan undi di 11 kerusi baru dibentuk di Sarawak.
Satu kerusi baru - Batu Kitang - dan satu lagi kerusia sedia ada - Telang Usan - dianggap berpeluang cerah untuk dimenangi pembangkang.
Kajian membayangkan pembangkang berpeluang menguasai 55.5 peratus undi di Telang Usan selepas persempadanan semula itu dibuat.
Tiada usaha tambah baik

Ketua SPRM nafi spekulasi letak jawatan, ikrar siapkan siasatan

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, beliau tidak bercadang untuk meletakkan jawatan buat masa ini kerana mahu menyelesaikan siasatan suruhanjaya itu.
 Abu Kassim berkata demikian ketika mengulas spekulasi bahawa beliau akan dipaksa keluar dari pejabatnya ketika suruhanjaya itu sedang menyiasat kes berprofil tinggi berhubung dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan SRC International.
"Saya tidak ada tekanan yang diberi dan saya pun tidak akan berhenti sebab tekanan kerana tanggungjawab ini penting.
"Saya kena habiskan, terutamanya siasatan yang ada sekarang ini," katanya kepada MACC.fm dalam satu wawancara.
Abu Kassim berkata kemungkinan beliau akan bersara adalah perkara yang subjektif.
"Hari ini, saya kata tidak ada permohonan, saya tidak pernah memohon untuk berhenti atau bersara dan sebagainya. Tetapi apa yang berlaku pada masa akan datang, kita tidak tahu.
"Tetapi selagi saya sihat, saya akan terus menerajui SPRM. Tetapi kalau sampai waktunya kalau saya tidak sihat dan keadaan memerlukan saya berehat, itu adalah perkara yang berlainan,” katanya.
Walau bagaimanapun, Abu Kassim berkata bahawa hari itu masih belum datang dan beliau akan meneruskan tugasnya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM buat masa ini.

Habis Madu, Sepah Dibuang......


Rafizi: Kerajaan Mahu Kutip Cukai Minyak?

Kassim: I am staying put

14 Ketua Bahagian Tak Kena Tindakan Disiplin

GKCM Guna Analogi Anjing

'95 peratus rakyat Kedah sokong saya' - Mukhriz

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa 95 peratus rakyat negeri itu menyokong kepimpinannya dan tiada sebab untuk menggantikan beliau.
Malah, Muhkriz berkata, gambaran diberikan media bahawa semua bahagian Umno di Kedah berpaling menentang beliau tidak benar kerana Jerlun yang diketuainya masih teguh menyokong.
Tetapi, kata Mukhriz, apa yang lebih penting adalah sokongan dua juta rakyat Kedah kepada beliau.
Menurut anak bekas perdana menteri itu, jawatan menteri besar yang disandang beliau sejak memenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu adalah atas lantikan sultan.
 "Letaklah siapa pun (calon MB) tapi sultan tidak perkenan, orang itu tidak akan dapat menjadi menteri besar," katanya dalam ucapan di Jerlun hari ini.
Kira-kira 500 hadir menyatakan sokongan mereka kepada Muhkriz yang kini menghadapi krisis kepimpinan di Kedah.
Ucapan Mukhriz juga sesekali diselangi laungan "Pecat Ahmad Bashah" dan "Kita lawan!" daripada penyokongnya.
Semalam Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanafiah mendakwa parti itu tidak lagi mempunyai keyakinan kepada kepimpinan Mukhriz.
Justeru Ahmad Bashah berkata, perdana menteri wajar campur tangan dengan menggantikan menteri besar dengan tokoh lain.
Rakyat tanya Mukhriz jawab
Mukhriz berkata, beliau akan kekal sebagai menteri besar selagi itu yang dimahukan rakyat dan sultan.
"Bukan cara saya untuk memohon atau melutut bagi mendapatkan jawatan ini kerana seseorang pemimpin mesti bermaruah. Saya dibesarkan dengan cara itu.
"Apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi datang melawat saya baru-baru ini, saya memberitahu beliau, jika rakyat tidak lagi menyokong saya, saya sendiri akan meletakkan jawatan.
"Tetapi mereka masih mahukan saya. Tolong berikan saya sokongan anda kepada saya," katanya dalam ucapannya di Jerlun.

Tiada tindakan disiplin pada ketua bahagian Kedah kata Ku Nan

Isu tindakan disiplin perlu dikenakan terhadap 14 ketua bahagian Umno di Kedah yang menghadiri sidang media menggesa perubahan Menteri Besar Kedah semalam tidak timbul, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menurut Setiausaha Agung Umno itu, ibu pejabat parti berkenaan memantau sidang media yang diadakan di Alor Setar semalam.
 "Mereka telah meminta agar Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) melakukan perubahan terhadap kepimpinan tertinggi parti di Kedah yang menurut mereka gagal menggerakkan Umno dan gagal sebagai menteri besar.
"Mereka berharap Presiden Umno dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan parti dan kepentingan rakyat Kedah.
"Justeru itu, tidak timbul (isu) Setiausaha Agung Umno perlu mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang ketua bahagian tersebut," katanya dalam kenyatan dimuat naik di laman web Umno Online.
Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan itu dibuat beberapa jam selepas Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) meminta tindakan disiplin dikenakan ke atas ketua-ketua bahagian yang menyatakan pendirian mereka terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pengerusinya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, sebelum ini sembilan ketua cawangan Umno Teluk Kemang digantung hak ahli mereka selama enam tahun kerana mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur.
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya parti tersebut mengambil tindakan sama ke atas ketua-ketua bahagian yang hadir pada sidang media di Alor Setar semalam.
"Kami mahu supaya mereka juga diambil tindakan oleh tribunal disiplin parti.
"Tak boleh amalkan pilih kasih dalam membuat keputusan. Apa yang kami mahu di sini ialah keadilan yang saksama.
"Jika ketua cawangan Teluk Kemang dijatuhi hukuman sehingga enam tahun, kami mahu enam tahun juga dijatuhi pada semua yang ada di Alor Setar semalam," katanya.

Najib tidak akui dana RM42j dari SRC, kata peguam

Peguam perdana menteri berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak mengakui dana bernilai RM42 juta yang dipindahkan ke akaun persendiriannya datang dari kantung bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
 Datuk Mohd Hafarizam Harun membuat penjelasan itu kepada Malaysiakini berhubung kekeliruan dalam jawapan balas kepada keterangan bela diri bekas Presiden MCA Tun Dr Dr Ling Liong Sik minggu lalu.
"Saya rasa kita mesti bermula dengan keterangan bela diri Dr Ling pada perenggan 33.3 (ii) yang menyatakan defendan berkata "RM42 juta dipindahkan dari SRC ke akaun persendirian di AmPrivate melalui dua pengantara iaitu Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana" (anak syarikat SRC) .
"Jika anda lihat kenyataan balas kami, anak guam saya hanya mengaku wang RM42 juta itu masuk ke akaunnya tetapi tidak mengetahui ia melalui dua pengantara seperti didakwa Dr Ling," katanya.
Hafarizam juga menyatakan Najib tidak pernah - dalam kenyataan balas itu - menyebut dana berkenaan datang dari syarikat milik Kementerian Kewangan, iaitu SRC International.
Kenyataan penuh Najib adalah: "Perenggan 33(ii) diakui dana RM42 juta dimasukkan ke akaun plaintif (Najib) melalui AmPrivate Banking. Bagaimanapun plaintif (Najib) pada setiap masa tidak tahu ia disalurkan melalui dia pengantara seperti didakwa defendan."
Perdana menteri, kata Hafarizam, mahu Dr Ling - sebagai defendan - membuktikan bahawa dana berkenaan datang dari SRC International atau dua anak syarikatnya itu.
"Justeru, ini yang perlu dibuktikan defendan," katanya.
Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan Najib melalui jawapan balasnya mengakui dana RM42 juta di dalam akaun persendiriannya datang dari SRC International.

Beginilah nasib rakyat...

Oleh Mazlan Aliman

Kehidupan masyarakat pekebun kecil kian tertekan dengan kejatuhan harga komoditi. Lebih parah,

terkesan dengan kos sara hidup yang begitu tinggi.

Jika kita menunggu Plan pemulihan dan usaha2 Kerajaan melalui Agensi berkaitan; lebih ramai pekebun kecil yang sengsara dan 'kelaparan'. Biro Tanah & Luar Bandar AMANAH Nasional akan ke Parlimen Sik pada 22&23 jan ini untuk aktiviti turun padang bersama penoreh getah. Ia akan disusuli pertemuan dengan Lembaga Getah Malaysia dan RISDA. Lawatan Kerja ke negara jiran akan dibuat untuk mendapatkan gambaran langsung usaha usaha negara lain.

Pertemuan dengan Pemuda AMANAH Nasional semalam(gambar) bersetuju untuk kerjasama strategik demi menangani isu yang begitu penting. Ia dibincang panjang khususnya mekanisme yang mesti disegerakan.

Menteri dan pemimpin hidup begitu selesa, mereka mungkin tidak terasa apa apa keperitan yang dihadapi pekebun kecil.

BIAR DERITA KU TANGGUNG SENDIRI....beginilah nasib rakyat.

PETRONAS mungkin kurangkan 51,000 kakitangan

Kejatuhan harga minyak dunia beri kesan kepada pendapatan syarikat minyak milik negara

PETALING JAYA: PETRONAS berkemungkinan akan mengurangkan seramai 51,000 kakitangan sebagai salah satu kaedahnya berhadapan dengan realiti harga minyak mentah dunia yang rendah, lapor Malaysia Reserve.
Sumber memberitahu, pengurusan PETRONAS sedang menimbang untuk melaksanakan skim pemberhentian sukarela (VSS) kepada kakitangan syarikat minyak negara itu.
Selasa lalu, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan, PETRONAS merancang untuk mengurangkan perbelanjaan operasi dan modal sebanyak RM50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.
PETRONAS yang menyumbang hampir separuh daripada hasil minyak Malaysia, akan menangguhkan pelaburan dalam beberapa projek, lapor WSJ berdasarkan memo dalaman oleh Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
Syarikat minyak negara terkesan dengan kejatuhan harga minyak dunia, yang mana jatuh ke paras terendah sejak tahun 2003 pada Isnin lalu.
Harga minyak mentah dunia jatuh lebih 70% dalam tempoh 18 bulan lalu dan pada masa sama pengeksport minyak seluruh dunia terus mengeluarkan minyak melebihi sejuta tong sehari dalam pasaran.
Feb tahun lalu, PETRONAS dilaporkan merancang untuk mengurangkan perbelanjaan modal sebanyak 10% dan perbelanjaan operasi sehingga 30% pada tahun 2015.
PETRONAS juga dilaporkan akan mengurangkan perbelanjaan modal sebanyak 15% pada tahun 2016.

BSN akui beku pinjaman pekerja sektor minyak dan gas

Bank Simpanan Nasional bercadang mengetatkan kelulusan pinjaman dan kredit kepada pekerja sektor minyak dan gas yang merupakan langkah sementara selaras dengan jangkaan umum bagi pengurusan risiko berhemat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Januari, 2016.  
Bank Simpanan Nasional bercadang mengetatkan kelulusan pinjaman dan kredit kepada pekerja sektor minyak dan gas yang merupakan langkah sementara selaras dengan jangkaan umum bagi pengurusan risiko berhemat. 

Bank Simpanan Nasional (BSN) mengakui hari ini ia memutuskan untuk mengetatkan peraturan bagi pinjaman yang dikeluarkan kepada pekerja dalam sektor minyak dan gas.
Menurut kenyataan bank milik kerajaan itu, tindakan berkenaan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga berikutan risiko bagi sektor minyak dan gas yang berdepan dengan masalah kejatuhan harga minyak.
"Cadangan mengetatkan kelulusan pinjaman dan kredit merupakan langkah sementara selaras dengan jangkaan umum untuk pengurusan risiko yang berhemat," kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.

BSN mengulas laporan yang ia membekukan kelulusan untuk permohonan pinjaman oleh pekerja di sektor petroleum berdasarkan screenshot e-mel dalaman bank itu yang tersebar menerusi aplikasi mesej segera. Menurut e-mel itu, permohonan baharu bagi pinjaman peribadi, kad kredit dan pinjaman sewa beli daripada pekerja sektor minyak dan gas akan ditolak dari awal.
Pengecualian hanya akan diberikan kepada pekerja bukan kontrak Petronas tetapi permohonan ini perlu mendapat kelulusan ibu pejabat bank itu terlebih dulu, katanya.
"BSN ingin mengesahkan ia adalah sebahagian daripada memo dalaman yang diedarkan pihak pengurusan sebagai langkah berjaga-jaga yang khusus.
"Menjadi sebahagian daripada prosedur standard kami untuk mengkaji secara konsisten perkembangan dalam sektor kewangan dan ekonomi yang boleh memberi kesan ke atas perniagaan kami.
"Ini termasuk mengambil kira industri yang menghadapi cabaran, sepertimana yang dialami industri minyak dan gas pada masa ini," kata BSN hari ini.

Menteri beri amaran pemberhentian pekerja hingga 2017

Rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor minyak dan gas perlu mencari pekerjaan baharu kerana tidak banyak mampu dilakukan kerajaan bagi membantu dalam keadaan ekonomi global yang terjejas akibat kejatuhan harga minyak. – Gambar fail Reuters, 21 Januari, 2016. 
Rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor minyak dan gas perlu mencari pekerjaan baharu kerana tidak banyak mampu dilakukan kerajaan bagi membantu dalam keadaan ekonomi global yang terjejas akibat kejatuhan harga minyak.

Pemberhentian pekerja di Malaysia mungkin berterusan sehingga 2017, kata seorang menteri Kabinet hari ini, sambil menambah, rakyat Malaysia yang bimbang kehilangan pekerjaan mereka kerana iklim ekonomi yang suram perlu mencari kerja dalam bidang lain.
Menjangkakan pemberhentian kerja yang teruk dalam industri minyak dan gas beberapa bulan akan datang, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata rakyat Malaysia dalam sektor itu perlu mencari pekerjaan baharu.
Ini kerana katanya, tidak banyak mampu dilakukan kerajaan bagi membantu mereka dalam keadaan ekonomi global yang terjejas akibat kejatuhan harga minyak.

"(Pemberhentian pekerja) akan melimpah (daripada industri minyak dan gas) kepada industri lain seperti perbankan," katanya kepada pemberita di Kuching hari ini selepas majlis penyerahan surat kuasa kepada presiden Mahkamah Perusahaan Malaysia.

Mukhriz Atau Presiden Umno Yang Gagal?

DBKL benar Bantah TPPA di Padang Merbok, bukan di Dataran Merdeka

Bantah TPPA tetap mahu Dataran, tolak Padang Merbok

Hasil GST banyak, mana perginya wang biasiswa pelajar

Ali Tinju: Bangunan berasap jangan salahkan kami

GKCM Mahu Kumpulan Tolak Mukhriz Dihukum

Apa Yang Mukhriz Gagal Sehingga Perlu Ditolak?

Krisis UMNO Kedah: Bagaikan sudah dirancang - Rais Yatim

GKCM Serah Memo kepada Setiausaha Kerja UMNO

HENTIKAN SEBARANG NIAT KERAJAAN MELAKSANAKAN HARGA LANTAI PETROL UNTUK MENCUKAI RAKYAT

Saya terkejut membaca laporan Astro Awani semalam yang memetik kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainuddin bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem penetapan harga petrol/diesel berasaskan harga lantai (“floor price”) memandangkan harga minyak mentah dunia terus menjunam.
Bagi mereka yang belum memahami, pengenalan harga lantai bagi petrol/diesel dalam keadaan harga minyak dunia terus menjunam bermaksud rakyat akan dicukai oleh kerajaan bagi pembelian setiap liter petrol/diesel. Mekanisme pelaksanaan adalah seperti berikut:
1. Harga lantai ditetapkan oleh kerajaan bagi setiap satu liter petrol/diesel, contohnya RM1.60 seliter bagi RON95
2. Setiap bulan, harga purata pasaran ditentukan dengan menggunakan kaedah yang sama sekarang, contohnya bagi bulan Januari 2016 harga purata pasaran telah jatuh ke paras RM1.50 seliter bagi RON95
3. Bila harga purata pasaran itu lebih rendah dari harga lantai yang ditetapkan, rakyat akan tetap membayar harga lantai iaitu RM1.60 sen seliter walaupun harga sebenarnya adalah lebih rendah.
4. Perbezaan di antara harga sebenar dan harga lantai (dalam kes ini 10 sen seliter iaitu harga lantai RM1.60 tolak harga purata pasaran RM1.50) dikutip oleh kerajaan sebagai cukai
Mengambil kira bahawa jumlah penggunaan petrol/diesel setiap tahun adalah sekitar 30 bilion liter, jika kadar cukai ialah 10 sen setiap liter seperti di atas, kerajaan sedang mencongak untuk mengutip sekurang-kurangnya RM3 bilion setiap tahun dari rakyat.
Tindakan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang secara senyap-senyap merancang untuk menghalang rakyat dari menikmati harga minyak yang rendah adalah terkutuk dan keji. Rakyat Malaysia sekarang sudah pun tidak dapat menikmati harga rendah yang sebenar kerana faktor kejatuhan nilai matawang ringgit yang menyebabkan harga minyak kekal tinggi berbanding negara-negara lain. Jika sistem harga lantai ini dilaksanakan, rakyat Malaysia akan terus dinafikan hak untuk menikmati harga minyak yang sebenar.

Rakyat Nak PM Baru...Bukan MB Baru...!!!

Kami nak PM yang berwibawa..
...yang bersih dari rasuah
...yang bukan kuat tiris wang rakyat
...yang tak boros dgn bini
...yang tak jolly guna harta kerajaan
...yang lembik macam sekarang
BUKANNYA MB BARU !!!

Siapa pula yang menyumpah Malaysia?

Rakyat kita juga sudah menjadi semakin rasis dan amat pentingkan diri sendiri, mereka terlalu mengejar duit hingga lupa soal moral, etika dan agama.
malaysians
Negara Malaysia (Tanah Melayu) pernah digelar Suvarnaboomi (tanah emas) suatu masa dahulu dan saya percaya ia masih lagi kekal sedemikian. Kerana emaslah semua orang berselisih faham dan memporak-perandakan negara, demi mencari peluang merompak emas tersebut.
Tetapi kita bukan lagi emas tulen, kita sudah dicemar campuran. Kita seperti terkena sumpahan! Kita ada pemimpin yang terpalit dengan kontroversi membabitkan wang derma dan syarikat pelaburan; kita ada pemimpin yang menjadi bahan jenaka sebaik sahaja buka mulut; kita ada pemimpin yang langsung tidak ingat sengsara rakyat; tidak dilupakan pemimpin yang ‘merompak’ kebahagiaan rakyat. Tak kisahlah pemerintah atau pembangkang, semua pun sama sahaja.
Rakyatnya pula, tiada apa-apa yang boleh dibela kerana mereka juga semakin agresif dan ganas. Lihat sahaja atas jalan raya.
Rakyat kita juga sudah menjadi semakin rasis dan amat pentingkan diri sendiri, mereka terlalu mengejar duit hingga lupa soal moral, etika dan agama. Yang beragama pula, mereka sepatutnya sangat bertoleransi, tetapi di sini berlaku di sebaliknya.
Kalau pemimpin dan rakyatnya sudah semakin hari semakin rosak dan tercemar, keadaan sosi-ekonomi dan politik juga hambar.
Graf harga bahan api (Brent Crude) pula hari-hari dikhabarkan ‘terendah dalam jangka masa 10 tahun, 12 tahun, 13 tahun, 14 tahun’. Maksudnya selaku pembekal minyak, kita jelas berada di ambang kejatuhan. Ini dibuktikan dengan berita bahawa syarikat minyak Malaysia, Petronas yang dalam perancangan mengurangkan sebanyak 50 bilion ringgit ( $ 11.4 bilion) dalam modal dan perbelanjaan operasi untuk tempoh empat tahun akan datang.
Bagaimana pula dengan nilai mata wang? Belum ada sebarang tanda-tanda recovery. Makin turun nilainya menyebabkan Malaysia pun sudah tiada nilai. Ia memberi impak yang sangat besar kepada semua, import, eksport, hutang luar negara, pendapatan dalam negara dan sebagainya. Berita kenaikan harga kereta misalnya, pengumuman daripada Proton dan Honda serta barangan lain antara kesan daripada kejatuhan nilai mata wang.

Kecewa dengan Umno, sokongan Mukhriz mula mencurah


Penyokong akar umbi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meluahkan rasa kecewa mereka dengan tindakan beberapa pemimpin Umno yang cuba menumbangkan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Ratusan daripada mereka mula berkumpul di pejabat Umno Jerlun sejak jam 3 petang tadi sambil membawa kain rentang menyokong Mukhriz yang juga adalah Ketua Umno Kedah.
Mereka juga melaungkan "Hidup Mukhriz! yang bergema di pejabat itu sambil memulakan kempen mengumpul tandatangan sebagai menyokong menteri besar kesayangan rakyat itu.
Mukhriz dijangka tiba lewat petang ini. Setakat ini kelihatan ADUN Kota Puteh, bu Hasan Sarif yang hadir bersama orang ramai.

Pemimpin Umno Kedah buat tindakan gelojoh, kata Exco Kedah


Orang ramai tanda tangan banner sokong MukhrizOrang ramai tanda tangan banner sokong Mukhriz

Selepas ketua wanita, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Datuk Suraya Yaacob pula menafikan majoriti kepimpinan Umno di Kedah menolak Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.
Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, menyifatkan 'serangan' dibuat terhadap Mukhriz melalui sidang media khas semalam, sebagai suatu tindakan yang gelojoh dilakukan pemimpin tertentu, lapor Berita Harian Online.
Katanya, beliau tidak menerima sebarang jemputan bagi sidang media penolakan Mukhriz itu, malah sama sekali tidak akan menyokong perbuatan seumpama itu.
Mukriz dikerumun penyokong semalam selepas ditolak Umno Kedah.Mukriz dikerumun penyokong semalam selepas ditolak Umno Kedah."Tak boleh kata seluruh kepimpinan Umno (Kedah) tolak Menteri Besar... kalau seluruh kepimpinan maknanya Ketua Umno cawangan pun termasuk sekali...itu hanya melambangkan mereka yang berada di situ.
"Saya tidak dijemput dan tak akan sokong sebab itu bukan cara dalam Umno...tak menjangka ia akan jadi sebegitu drastik, " katanya ketika ditemui di Istana Anak Bukit, di sini.
Sementara itu, seorang lagi Exco Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain, yang hadir pada sidang media semalam pula, mengakui ragu-ragu sama ada kaedah dilakukan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan pemimpin Umno lain itu betul atau tidak.
Tajul Urus berkata, beliau tidak dimaklumkan lebih awal mengenai inti pati sidang media itu dan hanya mengetahuinya sebaik hadir di Hotel Grand Alora, selepas diminta hadir.
"Ia menjadi pertanyaan pada saya sama ada ini kaedah yang betul...soal pucuk pimpinan dah tak boleh (diterima) adalah biasa, namun kaedah dia tu...saya tiba di sidang media itu dan bertanya pelbagai soalan, namun akhirnya saya akur di situ sahaja.
"Sekiranya ditanya saya pada peringkat awal, mungkin saya bagi pandangan lain, " katanya sebagaimana dilapor BH Online.
EXCO Kedah, Datuk Amunuddin Omar, berkata beliau turut tidak mendapat jemputan bagi menghadiri sidang media itu.

ANTARA MUKHRIZ DAN 14 KETUA BAHAGIAN KEDAH, SIAPA YANG GAGAL?

Kumpulan yang mendesak penyingkiran Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah secara umumnya memberikan empat sebab asas mereka berbuat demikian.

Kumpulan itu dianggotai oleh 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah, kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baru yang diwakili oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian masing-masing dan ia diketuai oleh Ahmad Bashah Hanipah, Timbalan Pengerusi UMNO negeri serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ahmad Bashah juga merupakan calon utama untuk menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Mukhriz disingkirkan.

Empat sebab yang disebut sebagai punca hilang keyakinan itu ialah kegagalan Mukhriz menyatupadukan parti, kekurangan perancangan strategik menghadapi pilihanraya akan datang, kegagalan memimpin serta menggerakkan jentera parti dan ketidakupayaannya mengurus pentadbiran negeri dengan berkesan.

Benarkan Mukhriz seorang pemimpin yang gagal atau kegagalan anak Tun Mahathir itu sebenarnya kerana beliau sentiasa disabotaj dan gagal diberi sokongan oleh semua pemimpin UMNO Kedah sendiri?

Bagaimanakah Mukhriz boleh berjaya jika beliau sepanjang masa disabotaj dan tidak diberi kerjasama atas faktor-faktor kepentingan peribadi yang berbagai di kalangan pemimpin UMNO bahagian dan wakil-wakil rakyat negeri itu?

Bukankah pentadbiran UMNO dan kerajaan merupakan suatu usaha kolektif yang bahu-membahu serta saling bekerjasama antara satu sama lain?

Apakah tindakan menyalahkan Mukhriz dengan melabelnya sebagai pemimpin yang gagal itu bertujuan melindungi kegagalan mereka sendiri yang hakikatnya lebih besar dan memalukan?
Apakah pula Ahmad Bashah yang mengetuai kumpulan mendesak penyingkiran Mukhriz itu benar-benar seorang pemimpin yang hebat, berjaya dan gemilang rekodnya?

Apa rekod dan pencapaiannya di Kedah sebelum ini, baik sebagai Exco mahukan pemimpin UMNO negeri?

Alasan mahu pecat Mukhriz tidak kukuh, kata penganalisis

GKCM: Kumpulan guling Mukhriz seperti anjing menjaga tuan

Tukar PM! Hidup Mukhriz! kata penyokong Mukhriz

Kalau ada masalah kita boleh bincang, kata Mukhriz

Hantu pun saya tak takut, kata Mukhriz

KENAPA SEMUA INI BANYAK BERLAKU DI MALAYSIA di bawah pemerintahan UMNO/BN !!!

Bauksit atau baukSHIT ???

Menteri kata... "fokus baru yang dilakukan oleh kementeriannya itu adalah penyelesaian kepada banyak kes-kes tangkapan melibatkan pekerja bawahan dan BUKANNYA TAUKE-TAUKE MEREKA."

Bila melibatkan penangkapan rasuah hanya 'ikan bilis' shj yg sering ditangkapnya.. KENAPA jerung aja asyik 'terlepas' ???

Menanti komen Mahathir dan Najib tentang Kedah

Oleh Mohd Sayuti Omar
Selepas 13 Ketua Bahagian Umno Kedah yang berkumpul dan mengistyharkan hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Mukhriz Mahathri sebagai Pengerusi Umno dan MB Kedah, masih belum kedengaran apa-apa komen dan reaksi daripada mana-mana pemimpin tertinggi Umno.
Yang rancak memberi komen dan ulasan adalah pemerhati bebas dan juga penganalisa politik yang melihat pergerakan politik dari jendela kaca sahaja atau dari sumber dilaporkan media massa.

Penganalisa ini membuat ulasan berpandukan kepada teori-teori akedemik yang tercoret atas kertas semata-mata tetapi jarang menjejak kaki ke bumi realiti siasah. Pakar-pakar perlembagaan juga membuat ulasan dan mentafsir mengenai kedudukan Mukhriz sebagai MB dari konteks perlembagaan. Rata-rata pakar perlembagaan yang diminta pandangan sependapat mengatakan kedudukan Mukhirz sebagai MB tidak terjejas dengan pengistyharan penolakan 13 ketua bahagian Umno yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Ahmad Bashah Md Hanafiah itu.
Ertinya pengistyharan perdana itu bukan secara automatik Mukhriz gugur dari singgasananya, walaupun itu yang dikehendaki dari pengistyharan itu.
Status Mukhriz akan ditentukan oleh ahli Dewan Undangan Negeri Kedah. Sudah pasti keyakinan itu berpandukan kepada percedent sebelum ini, dimana apa-apa kuasa atau entiti diluar Dewan tidak mengugat kedudukan seorang MB. Entiti atau tekanan dari luar hanya boleh membawa kepada satu tindakan susulan yang agresif dalam DUN.
Pun begitu nasib Mukhriz juga boleh tergantung kepada keputusan dan tindakan partinya. Kalau beliau dipecat daripada Umno menyebabkan dia tidak layak menjadi MB daripada Umno. Keadaan itu menyebabkan Umno berhak mengemukakan nama baharu sebagai penggantinya. Ini pun tergantung kepada apakah Umno masih merupakan parti mendapat majoriti atau pun tidak di Dewan.
Ada kemungkinan Umno Kedah akan hilang majoriti sekiranya Mukhriz dipecat daripada Umno dan tindakan itu diikut oleh beberapa Adun lain. Khabarnya terdapat lapan (8) orang Adun yang tidak hadir pada pertemuan semalam. Mereka ini bolehlah disifatkan sebagai orang Mukhriz. Ini bermakna Umno yang memilik 21 kerusi dari 36 kerusi di Dun Kedah hanya tinggal 13 kerusi sahaja. Jumlah itu tidak menjadikan Umno parti yang mendapat majoriti lagi.

Istana perlu tampil selesaikan krisis MB Kedah, kata pakar perlembagaan

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikerumuni penyokong di luar bangunan Umno di Alor Setar, malam semalam. Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata ia menunjukkan dakwaan Mukhriz hilang sokongan bukan sepenuhnya benar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 21 Januari, 2016. 
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikerumuni penyokong di luar bangunan Umno di Alor Setar, malam semalam. Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata ia menunjukkan dakwaan Mukhriz hilang sokongan bukan sepenuhnya benar.

Susulan penyataan tidak percaya terhadap menteri besar Kedah oleh ketua Umno bahagian semalam, pakar undang-undang perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari mencadangkan pihak istana tampil ke depan.
Pensyarah Universiti Selangor (Unisel) itu berkata, sultan perlu berperanan menyelesaikan apa yang disifatkannya sebagai krisis di negeri jelapang padi itu.
"Istana perlu tampil ke depan kerana perlu ada kerajaan yang stabil dan tidak dipertikai asas dan kedudukannya," kata Aziz mengulas tindakan Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah semalam.

Mereka mengumumkan hilang keyakinan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Bagi Aziz, perhimpunan menyokong Mukhriz di Alor Star malam tadi jelas menunjukkan dakwaan beliau tiada sokongan adalah tidak benar sepenuhnya.
"Kunci penyelesaian di tangan istana kerana kedua-dua pihak menggunakan kekuatan masing-masing dan enggan turun ke gelanggang.
"Ertinya, Ahmad Bashah enggan mengusulkan undi tak percaya dan sekadar menggunakan sidang media untuk meminta Mukhriz letak jawatan manakala MB pula berselindung di sebalik 'rakyat'," kata Aziz kepada The Malaysian Insider.
Bagi Aziz, ada beberapa perkara yang perlu dibuat untuk menyelesaikan perkara ini.
"Panggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya dakwaan hilang sokongan itu dapat diuji di dalam DUN.
"Dalam masa sama, Mukhriz boleh menghadap dan minta DUN dibubar. Keputusan di tangan istana kerana membubar Dewan ialah budi bicara sultan," kata Aziz.
Bagi Aziz, apa pun tindakan, istana perlu memanggil sidang DUN supaya Ahmad Bashah dan penyokongnya boleh membuktikan dakwaan mereka.
"Ini mesti dibuat sebelum DUN boleh dibubar," kata Aziz.
Menurutnya, DUN hanya boleh dibubar melalui Mukhriz sekiranya undi tidak percaya tidak berlaku dan dakwaan sokongan kedua-dua pihak terus membawa kepada kebuntuan suasana.
"Senario sebegitu tidak boleh diteruskan kerana ia membingungkan rakyat. Di sini, istana ada peranan meredakan keadaan," katanya yang pernah menulis sebuah buku berkaitan dengan peranan istana di negara ini.
"Istana perlu 'watch out' dan tidak boleh duduk diam. Istana ada peranan mempastikan negeri tidak kelam kabut.
"Kalau tidak kena gaya, Kedah mungkin mendahului Sarawak dan buat pilihan raya negeri. Dan kalau ia berlaku, Kedah sebagaimana Sarawak, tidak perlu ikut pilihan raya umum ke-14 (PRU-14)," katanya.

Pakatan Harapan tolak p'raya baru selesai pemberontakan Umno Kedah


Pakatan Harapan tidak bersetuju pilihan raya baru diadakan bagi menyelesaikan pemberontakan Umno negeri terhadap Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir.
Pendirian itu berbeza dengan PAS Kedah yang semalam menggesa pembubaran DUN dan pilihan raya baru diadakan untuk menentukan sama ada Mukhriz masih mendapat sokongan.
Ketua PKR Kedah, Syed Azmin Ismail berkata Harapan tidak bersetuju dengan pendirian PAS itu kerana pilihan raya baru akan membabitkan kos yang tinggi ketika kegawatan ekonomi.
Sebaliknya, Syed Azmin berkata, gabungan itu berharap isu tersebut boleh diselesaikan mengikut kedaulatan undang-undang dan proses demokrasi tanpa menambah beban rakyat.
Syed Azmin turut ditemani pemimpin tertinggi DAP dan AMANAH Kedah ketika mengumumkan pendirian rasmi Pakatan Harapan mengenai isu itu.
Semalam, sekumpulan Umno Kedah yang merupakan penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan hilang keyakinan terhadap Mukhriz.
Mereka yang diketuai oleh Timbalan Ketua Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, juga menggesa Najib campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.

Aneh, 4 'kebetulan' politik minggu ini


Kebetulan 1: AG pulangkan kertas siasatan
Peguam negara memulangkan kertas siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas laporan Sarawak Report bahawa suruhanjaya itu telah selesai menyiasat skandal yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kebetulan juga SPRM membuat penafian terhadap laporan Sarawak Report bahawa badan penyiasat itu telah kononnya mengemukakan 37 syor dakwaan berasingan terhadap perdana menteri melibatkan kes SRC International.
Cuma tidak pasti, SPRM menafikan ada pendakwaan terhadap Najib atau menafikan angka '37' sebagai tidak tepat.
Cuma apakah waktu laporan Sarawak Report menyatakan SPRM menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertembung dengan kenyataan peguam negara memulangkan kertas siasatan SPRM cuma satu kebetulan atau pengesahan kepada apa yang sedang berlaku di belakang takbir?

Kebetulan 2: Pergolakan Umno Kedah
Umumnya apabila sesuatu yang hangat berlaku, taktik mengalihkan perhatian akan digunakan.
Kebetulan pada waktu ini, Umno Kedah sebulat suara mengalihkan perhatian media daripada tindak-tanduk peguam negara, SPRM dan juga kebisuan Najib terhadap masa depan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.
Krisis kepimpinan Kedah tiba-tiba menjadi sajian utama semua media.
Jika dibandingkan dengan peralihan menteri besar Terengganu, yang mengalihkan perhatian media ialah mantan menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, bukannya seluruh Umno Terengganu.
Ini cukup berbeza dengan apa yang berlaku dengan Umno Kedah yang perlu menggunakan media untuk membuat rayuan terbuka terhadap sesuatu isu yang boleh dianggap masalah dalaman parti.
Apakah ini juga satu 'kebetulan' atau taktik mengalihkan perhatian?

Maznah dedah perkara sebenar isu tolak Mukhriz

Maznah dedah perkara sebenar ‎tolak Mukhriz
Mukhriz mengadakan mesyuarat bersama kepimpinan Umno bahagian Jerlun semalam.
Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid hari ini mendedahkan perkara sebenar disebalik sidang media Umno negeri itu yang menarik sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mendedahkan perkara itu, katanya, sebelum sidang media itu, mereka (kepimpinan Umno Kedah dan bahagian) telah dipanggil untuk menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan.
"Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah.
"Sebaik sampai langsung tiada mesyuarat mesyuarat taklimat, sebaliknya saya dan beberapa pemimpin lain diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media, sedangkan kami tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bersama hampir keseluruhan kepimpinan Umno Kedah semalam.
Katanya lagi, tidak semestinya kehadiran beliau di situ menyokong tindakan itu, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara sebenar.
"Saya amat berharap kepada kepimpinan Umno agar semua kembali rasional dalam membuat keputusan.
"Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kit sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera," katanya.

Mukhriz tetap akan tersingkir – ZAM

Rakyat tahu tentang apa yang dilakukan Mukhriz yang tidak lain mahu menghapuskan rasuah dan penyelewengan di bawah pimpinan terdahulu
Zainudin
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tetap akan tersingkir walaupun beliau cuba mempertahankan kedudukannya.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ini kerana Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memperkukuhkan dirinya dengan apa cara sekalipun bagi mendapatkan kekuatan.
Beliau mendakwa, langkah itu adalah untuk melakukan pembersihan politik demi kepentingan diri Najib dan juga isterinya yang setia.
“Mukhriz mahu disingkirkan dari MB Kedah. Usaha ini sedang berjalan dengan sokongan dari PM Najib kerana gerakan tidak percaya pada Mukhriz ini dilakukan oleh orang-orang yang setia pada Najib dari sejak sekian lama.
“Bagaimanapun, hakikat yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat Kedah bahawa mereka memberikan sokongan kepada BN dan menjatuhkan kerajaan PAS adalah kerana Mukhriz telah diwar-warkan sebagai bakal MB Kedah dalam pilihan raya lalu,” tulisnya menerusi entri terbaru di blog zamkata.blogspot.my.
Menurut Zainuddin lagi, rakyat Kedah tahu tentang apa yang dilakukan Mukhriz yang tidak lain mahu menghapuskan rasuah dan penyelewengan di bawah pimpinan terdahulu.
Katanya, Kedah sekarang bersih dari bermacam sampah dan keperluan rakyat biasa khususnya kepentingan orang Melayu diutamakan daripada memberikan projek-projek besar yang hanya mengisi tembolok beberapa orang sahaja.

Saya tidak tahu sidang media untuk singkir Mukhriz – Maznah Hamid

Beliau hanya dimaklumkan supaya menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan parti
maznah hamid
PETALING JAYA: Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Maznah Hamid mendedahkan, beliau dan beberapa pemimpin UMNO Kedah lain tidak mengetahui tujuan sebenar sidang media UMNO negeri itu yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Katanya, mereka (kepimpinan UMNO Kedah dan bahagian) dimaklumkan telah dipanggil untuk menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan.
“Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah.
“Sebaik sampai langsung tiada mesyuarat taklimat, sebaliknya, saya dan beberapa pemimpin lain diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media, sedangkan kami tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan,” katanya lapor Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian, mengulas sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bersama hampir keseluruhan kepimpinan UMNO Kedah semalam.
Menurut Maznah, tidak semestinya kehadirannya pada sidang media tersebut menunjukan tanda sokongan terhadap kenyataan Ahmad Bashah sebaliknya, kemunculannya itu adalah sekadar ingin mengetahui perkara sebenar.
“Saya amat berharap kepada kepimpinan UMNO agar semua kembali rasional dalam membuat keputusan.
“Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kita sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera,” katanya.
Semalam, UMNO Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri.
Mereka turut merayu Najib selaku Presiden UMNO membuat perubahan kepada kepimpinan tertinggi parti itu di peringat negeri.

Najib ulangi taktik rampasan kuasa di Perak dalam UMNO Kedah?


RAUB 21 JAN: Cara UMNO pimpinan Datuk Seri Najib Razak menangani konflik politik dalaman di Kedah mirip rampasan kuasa di Perak pada 2009, kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.
“Mereka cuba rampas kuasa tanpa melalui usul tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini cara samseng dan haram,” kata Ahli Parlimen Taiping itu sambil menyifatkan rampasan kuasa itu bertujuan mendiamkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
kumar-perakKatanya, ia juga membuktikan UMNO mementingkan kuasa dari kebajikan rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi, antaranya pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pembatalan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Seramai 14 daripada 15 ketua UMNO bahagian negeri itu mengisytihar hilang kepercayaan kepada kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pada Februari 2009, negara dikejutkan dengan Krisis Perlembagaan Perak berikutan perbuatan pimpinan UMNO menggunakan seluruh instrumen kerajaan termasuk ‘membeli’ Adun tertentu bagi merampas kuasa melalui pelakuan samseng dalam DUN negeri itu.
Menegaskan tidak berminat mencampuri urusan parti itu, Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, Datuk Ariff Sabri pula berkata segala yang berlaku dalam UMNO sekarang bukan sesuatu yang mengejutkan.
Katanya, pertelingkahan serius dalam UMNO Kedah mencerminkan budaya kanibalisme yang diamal pimpinan UMNO untuk menangani masalah dalaman parti dengan membelakangkan mandat rakyat.
“Amalan politik kanibal dalam UMNO adalah normal bagi mereka. Semua itu tidak akan berlaku tanpa sokongan ‘RM2.6 billionaire’ itu,”  kata Ahli Parlimen Raub dalam di blognya.

Orang lain tak boleh buat, UMNO boleh

Kalau itulah sikap orang Umno, memang benarlah persepsi orang ramai terhadap orang Umno masa kini yang samada kurang cerdik, bacul atau ‘telah dibeli’.
umno
Oleh Yunus Tasim
Malaysia ni memang caca marba. Bukan Malaysia sebenarnya, tetapi rakyatnya. Bukan semua rakyat sebenarnya tetapi segelintir sahaja iaitu mereka yang cenderung kepada sesuatu fahaman terutama politik tertentu. Malangnya suara mereka itu kelihatan besar dan diperbesarkan, jadilah seperti seolah-olah seluruh Malaysia begitu.
Ini yang berlaku bila blog pro UMNO MYKMU.NET menulis secara sinis akan cara pasukan bolasepak Harimau Selatan JDT melancarkan jersey baru sesi 2016. Artikel ‘JDT Bakal Disaman Nike’ ingin menggambarkan seolah-olah JDT menciplak idea orang lain. Mujur mereka telah sedar dan memohon maaf kepada TMJ atas keceluparan mulut mereka.
Mungkin mereka dari azalinya begitu. Atau mereka dibesarkan begitu. Hingga melihat negara ini milik mereka dan mereka bebas berbuat sesuka hati mereka. Biar celupar mulut mereka, mereka tetap tidak akan ditangkap, tidak akan di sembur kimia dan gas pemedih mata.
Atau mereka memang tidak berilmu, hingga mereka tidak sedar bahawa bendera Malaysia Jalur Gemilang mirip bendera Amerika Syarikat – 50 bintang berwarna putih melambangkan 50 negeri di AS kepada bintang berbucu 14 melambangkan 14 negeri di Malaysia. Jalur dan warnanya sama. Begitu juga dengan lagu kebangsaan Negaraku yang melodinya mirip lagu Terang Bulan.
Inilah mentaliti yang melanda mereka. Orang lain tak boleh buat, tapi bila dia buat, dia kata suka hatilah, itu hak mereka. Dulu pemimpin Umno berkata demonstrasi bukan budaya orang Malaysia, dan mereka mengutuk apa jua demonstrasi jalanan. Tapi bila Tun Mahathir menghadiri demonstrasi Bersih, mereka tergamam.
Tapi mereka lupa perjuangan kemerdekaan dahulu juga melibatkan demonstrasi jalanan. Bila Baju Kuning buat demonstrasi secara aman dikutuk, dan bila Baju Merah buat demonstrasi, boleh pulak. Bukan aman, malah merosakkan harta benda. Mereka lupa pemimpin mereka baru sahaja bertempik mengatakan demonstrasi jalanan bukan budaya kita atau sekurang-kurangnya bukan budaya mereka. Inilah yang dikatakan meludah ke langit, ludah jatuh ke hidung dan muka sendiri.
Dulu bila ahli cawangan komen fasal Najib, minta Najib letak jawatan kerana dakwaan pelbagai salah laku, ahli cawangan itu langsung dipecat dari Umno. Begitu juga dengan pelbagai sidang akhbar, pertemuan dan perhimpunan. Mereka kata itu bukan caranya, mesti ikut saluran.
Tetapi tiba-tiba kita dikejutkan dengan 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah buat sidang akhbar meminta Najib menyingkirkan Datuk Mukhriz Mahathir dari menjadi Menteri Besar Kedah. Alasan yang diberikan katanya sudah hilang kepercayaan, ketidakupayaan Mukhriz memimpin dan menyatu-padukan Kedah.
Kita tunggu dan lihat apakah tindakan dari Jawatankuasa Disiplin Umno terhadap 14 Ketua Bahagian Umno Kedah ini. Tapi yang nyata, 14 Ketua Bahagian itu seolah-olah nampak nyamuk di seberang lautan tapi tak nampak gajah di depan mata. Malah gajah dah hampir jadi bangkai dan tentunya tidak dapat ditutup dengan daun nyior. Kalau tidak ada tindakan drastik dan cepat dari Jawatankuasa Disiplin Umno, benarlah apa yang didakwa banyak orang bahawa tindakan 14 Ketua Bahagian itu mendapat restu Presiden Umno dan sebahagian dari usaha untuk melemahkan Tun Mahathir. Maka, benarlah apa yang orang kata, orang lain tak boleh buat, yang berkuasa dalam Umno sahaja yang boleh buat. Orang lain buat kena tangkap, kena pecat, tapi orang yang dekat dengan kuasa Umno boleh berbuat sesuka hati, malah ada sesetengah mendakwa mereka itu dah dapat atau bakal dapat habuan.

Tak cukup penguatkuasa: Alasan Adnan kelakar tahap Ahmad Maslan


Alasan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob kononnya kerajaan negeri tiada sumber mencukupi bagi menyelesaikan isu perlombongan bauksit disifatkan sebagai alasan ‘kelakar’ untuk memperbodoh rakyat demi menutup kelemahan pentadbirannya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata Adnan tidak harus memberi jawapan ‘lepas tangan’ seperti itu kerana Pahang sebenarnya memiliki asas mencukupi bagi menangani isu berkenaan.
“Pahang terdiri daripada 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) yang setiap satu ada pasukan penguatkuasa. Jika ambil kira polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), jumlahnya lebih daripada cukup untuk membanteras perlombongan haram bauksit.
adnan bauksit“Jawapan Menteri Besar Pahang itu betul-betul kelakar, dia boleh jadi badut seperti Ahmad Maslan dalam isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” katanya kepada Roketkini.
Sebelum ini, Adnan dilapor memberi alasan kerajaan negeri terpaksa meminta bantuan kerajaan Persekutuan kerana bilangan penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) cuma 18 orang.
Ia berikutan pendedahan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Azam Baki bahawa Pahang ada lebih 200 pelombong bauksit haram, malah wujud unsur rasuah dalam kegiatan itu.
Alasan itu, kata Naib Pengerusi DAP Pahang itu, menunjukkan Adnan tidak serius mengambil tindakan terhadap pelombong haram berikutan ada pelbagai cara boleh dilaksanakan tetapi tidak dilakukan.
“Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan PTG juga ada alat pengesan pencerobohan kawasan haram, jadi boleh minta kerjasama mereka bagi mengesan aktiviti itu.
“Kerajaan negeri juga boleh menggunakan helikopter termasuk helikopter tanpa pemandu untuk mengenal pasti kawasan terlibat,” katanya.

Bauksit: Tangkap dalang bukan lagi keutamaan – Wan Junaidi

Ia merupakan satu isu yang hampir sama dengan isu perjudian secara haram.
Bahasa,-Wan-Junaidi,-bauksit,-henti-sementaraKUALA LUMPUR: Kerajaan kini memfokuskan usaha memperkenalkan lesen khas (AP) terhadap pengusaha bauksit dengan tidak lagi menjadikan keutamaan menangkap dalang yang terlibat dengan aktiviti itu.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, fokus baru yang dilakukan oleh kementeriannya itu adalah penyelesaian kepada banyak kes-kes tangkapan melibatkan pekerja bawahan dan bukannya tauke-tauke mereka.
“Dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) dulu, saya pernah alami keadaan ini. Operator dan pekerja boleh kita lihat. Tetapi tauke yang membiayai projek bauksit ini payah untuk dicari.
“Kita buat tangkapan, kita hanya tangkap pemandu. Kita tangkap pekerja bawahan, tetapi bukannya kita tangkap tauke,” katanya pada sidang media di Ampang hari ini.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, langkah memberikan fokus kepada usaha mengawal pemberian AP itu akan diserahkan kepada pihak Ketua Setiausaha Negara untuk menguruskannya.
“Kita juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, untuk memperkenalkan indikator lori khas. Lori khas itu hanya akan membawa muatan bauksit sahaja,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi turut menyatakan isu bauksit yang berlaku adalah hampir sama dengan isu perjudian secara haram.
Hal ini kerana, undang-undang sedia ada tidak mampu untuk menangkap dan menahan pelaku yang melakukan kesalahan.

Pendidikan anak Melayu jadi korban kepincangan pentadbiran negara

Kerajaan Umno-BN mengkhianati anak Melayu, malah membunuh masa depan mereka apabila bertindak mahu membekukan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
graduationBekas pemimpin pelajar Universiti Malaya (UM), Fahmi Zainol, berkata majoriti penerima biasiswa JPA, biasiswa My Brain serta MARA rata-ratanya anak Melayu.
Katanya, tindakan itu mematikan peluang anak Melayu mendapatkan pendidikan sepatutnya ekoran ketidakcekapan pentadbiran negara.
“Krisis ekonomi juga pernah melanda negara kita pada 1998 tetapi kerajaan pada waktu itu hanya meminta penerima biasiswa JPA yang berada di luar negara pulang, malah pinjaman MARA tetap diteruskan.
“Ini sangat berbeza dengan keadaan sekarang,” kata Fahmi dalam satu kenyataan.
Katanya, sebagai anak Melayu serta pemegang biasiswa JPA beliau kesal dengan tindakan kerajaan itu.
“Mohon disebarkan seluasnya, supaya orang tahu pemimpin Melayu sedang menindas anak Melayu,” katanya.

Potong 50 peratus peruntukan JPM tampung biasiswa JPA


mrp_sarawak
KUALA LUMPUR, 21 JAN: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mencadangkan kerajaan Persekutuan mengurangkan 50 peratus perbelanjaan  JPM bagi menampung perbelanjaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Jika ada peruntukan yang perlu dipotong atau dikurangkan, Perdana Menteri harus menunjukkan teladan dengan mengurangkan peruntukan sedemikian,” katanya pada kenyatan media, hari ini.
Beliau berkata,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga perlu menghenti ‘perbelanjaan mengikut budi bicaranya’ dan perbelanjaan tanpa program khusus dalam peruntukan RM3.75 bilionpada Bajet 2016 .
Katanya, ia membabitkan peruntukan sektor Penyusunan Semula Masyarakat (RM750,000), Program Pembangunan (RM610,001,100), Projek Kerajaan Elektronik (RM754,360,000), Projek Khas (RM309,439,800) dan Projek Mesra Rakyat (RM1,332,000,000)
Beliau juga mendesak kerajaan Persekutuan supaya memberi penjelasan lanjut mengenai kriteria tertentu hingga menyebabkan 700 pelajar terjejas untuk melanjutkan pengajian.
“Kebanyakan penerima biasiswa JPA adalah pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah. Tanpa biasiswa itu, kemungkinan besar mereka tidak dapat meneruskan pengajian khususnya di universiti luar negara,” katanya.
Cadangan itu dbuat berikutan Kerajaan UMNO BN itu mahu memotong RM278,434,000 hingga  mengakibatkan  700 daripada 11,604 pelajar cemerlang terjejas untuk meneruskan pengajian dalam dan luar negara.
Peruntukan untuk tajaan biasiswa JPA bagi 2016 sebanyak RM1.65 billion, susut 14 peratus berbanding tahun lalu.
Sedangkan, peruntukan JPM melonjak hingga mencecah tujuh peratus daripada keseluruhan buat pertama kali dalam sejarah tanah air iaitu 7.6 peratus (2016) berbanding 6.96 peratus (2015), 6.23 peratus (2014), 5.24 peratus (2013), 5.38 peratus (2012), 6.74 peratus (2011), 6.37 peratus (2010) , 6.71 peratus (2009), 3.4 peratus  (2008) dan 3.81 peratus (2007) . 

Pemimpin Bermewah: 'Duit beli jet ada tapi tiada biasiswa untuk pelajar?’

Berita bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menggantung biasiswa memandangkan hasil kerajaan merudum akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia menyaksikan ramai rakyat negara ini menjadi berang.
 Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman media sosial Malaysiakini mengenai perkara itu dengan mendakwa ini adalah bukti tadbir urus yang lemah sehingga rakyat menjadi korban.
Paling mendukacitakan, kata mereka adalah hakikat bahawa pentadbiran Najib sanggup membeli jet peribadi mewah untuk kegunaan VVIP, tetapi memotong dana untuk aset negara yang paling berharga - pelajar pintar.
Berikut antara komen mereka.
Yeop Apis Kamil Najib kena jual jet2 kerajaan yg ada... kena mansuh jawatan penasihat2 bertaraf Menteri tu... kena masuh jk pemandu kat jpm tu dulu...potong sekurang kurang 30 % peruntukan untuk jpm, mansuhkan plkn, mansuhkan permata... ini yg patut di potong dulu peruntukannya.
Saudagar Unta sanggup dia sepak masa depan student kita semata-mata untuk bermewah-mewah...
Mohamad Rohim Silap yg lain di potong tapi yg di tambah peruntukkan melawat dan melancong ke luar negara..... main golf.
Nazeli Zahid Program utk pkerja kjaan, wakil rkyt patut dkurangkn. Jgn la amik peruntukn utk rkyt...
Peter Yuen Kalau mcm ini habislah negara pendidikan pun tak mampu tanggung padahal ini adalah yg paling penting utk sesebuah negara, bagi saya sepatutnya dibubarkan ialah jpm sebabnya kalau tak jpm sekalipun sudah ada menterinya , jadi bagi saya jpm cuma kementerian yg menbazir
Insan Dhoif Jaq INI BARU BETUL.BUBAR SEMUA JAWATAN PENASIHAT TU, TAK BERGUNA LANGSUNG

Rafizi: RM1.1 bilion dari 1MDB cukup biayai biasiswa JPA

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa 1MDB membayar kembali geran kerajaan persekutuan berjumlah RM1.1 bilion bagi kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan tentera di Bandar Malaysia.
Katanya, jumlah itu lebih daripada mencukupi untuk membiayai biasiswa pendidikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang digantung.
"Jumlah RM1.1 bilion ini lebih dari cukup untuk membiayai biasiswa-biasiswa tersebut," kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam kenyataan media.
 Rafizi berkata demikian mengulas tindakan kerajaan menggantung biasiswa JPA kepada kira-kira 700 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana pertama.
Katanya, rakyat Malaysia hanya tahu mengenai pemberhentian biasiswa tersebut melalui petikan akhbar berbahasa Cina.
"Maknanya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani berdepan dengan rakyat untuk menerangkan sendiri keputusan-keputusan yang menekan rakyat seperti ini.
"Hakikatnya, sebelum isu pemotongan biasiswa JPA ini timbul, beribu-ribu pelajar yang cuba mendapatkan biasiswa atau pinjaman dari MARA telah ditolak.
"Sehingga kini, saya difahamkan MARA masih belum membuka sistem permohonan penajaan pendidikannya. Saya juga dimaklumkan kini MARA terpaksa menjadi orang tengah kepada bank-bank yang menawarkan pinjaman kepada pelajar pada kadar komersil," katanya.
Katanya dalam Bajet 2016, perdana menteri memotong peruntukan biasiswa dan dermasiswa sekitar RM800 juta, sementara peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dipotong daripada RM200 juta kepada RM10 juta sahaja.
"Pendekatan yang diambil oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam semakan Bajet 2016 ini adalah jelas: beliau memotong perbelanjaan rakyat terlebih dahulu sebelum perbelanjaan atau projek-projek yang melibatkan kepentingan kroni," katanya.

Politik Malaysia makin teruk – kata umum

Rata-rata dalam kalangan mereka sudah muak dan tidak mahu ambil peduli tentang politik dan masalah yang dihadapi negara

PETALING JAYA: Pelbagai kemelut yang menjadi isu mengaitkan pemimpin negara telah menyebabkan rakyat tidak ambil endah dengan situasi politik yang berlaku.
Perkara itu terbukti apabila rata-rata orang ramai yang ditemui krew FMT memberitahu, mereka sudah muak dengan perkembangan politik di Malaysia yang disifatkan semakin teruk.
Seorang jurujual, Zulfadli Sulaiman berkata, dia berharap pemimpin-pemimpin dalam negara ini lebih bertanggungjawab dan cakna terhadap masalah rakyat di bawah.
“Hal ini sangat penting bagi menjamin masa depan generasi muda. Walaupun saya dah muak dengan politik di Malaysia ini, namun, sebagai anak muda, saya masih berharap pemimpin-pemimpin dalam negara kita akan ambil peduli dengan kebajikan rakyat,” katanya.
Berbeza dengan Syikin Abdul Ruzi, yang merupakan seorang eksekutif akaun apabila menyatakan pandangan dengan mendakwa, pemimpin sekarang mudah terlibat dengan rasuah dan penyelewengan tidak seperti pemimpin terdahulu.
Katanya, tidak kiralah daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, situasi yang berlaku itu disebabkan mereka mahu menjaga kroni dan hanya ingin menjaga periuk nasi masing-masing.
“Kita boleh nampak kadang kala pemimpin kita ini berkhidmat hanya untuk menjaga kepentingan mereka. Kalau tak buat kerja nanti kena pecat. Yang jadi mangsa ini rakyat di bawah.
“Saya berharap pemimpin-pemimpin kita ini ubah sikap mereka dan ambil peduli terhadap rakyat dan bukannya berkhidmat atas alasan untuk menjaga kepentingan dan kedudukan mereka sebagai pemimpin sahaja,” katanya.

TPP ditandatangani 4 Februari depan

Ia secara rasmi menandakan berakhirnya rundingan mengenai penjanjian itu.
TPPA copy
PETALING JAYA: Sebanyak 12 buah negara yang terlibat dalam mewujudkan kawasan perdagangan bebas terbesar akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di New Zealand pada 4 Februari depan.
Langkah itu menandakan secara rasmi berakhirnya rundingan mengenai penjanjian itu.
Menteri Perdagangan New Zealand, Todd McClay berkata, Proses rundingan perjanjian itu yang telah bermula sejak 2008 akan berakhir pada bulan depan.
“Majlis menandatangi itu akan menandakan proses rundingan TPP berkahir,” katanya lapor agensi berita AFP.
Menurutnya, kesemua 12 buah negara terbabit boleh memulakan proses pengesahan di negara masing-masing dan mempunyai masa sehingga dua tahun untuk disiapkan, sebelum perjanjian itu mula dikuatkuasakan sepenuhnya.
Beliau berkata, Seluruh perjanjian itu perlu disahkan seperti yang dipersetujui, tanpa perubahan, yang boleh ‘mengikat tangan kerajaan dan undang-undang’.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyifatkan perjanjian itu sebagai asas untuk “perdagangan abad ke-21″.
Bagaimanapun, para pengkritik yang membantah perjanjian itu masih terus berjuang kerana TPP didakwa mengancam hak-hak pekerja, perlindungan alam sekitar dan akses kepada ubatan yang lebih murah.
Antara negara yang bakal menyertai TPP ialah Kanada, Brunei, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam – mewakili kira-kira 40 peratus daripada ekonomi global.

TPPA cipta lebih banyak monopoli, oligopoli kata pakar ekonomi

Kuasa pengguna boleh menumpaskan monopoli dan oligopoli, tegas PPIM.
tppaPETALING JAYA: Pemeteraian Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) mungkin menyaksikan penciptaan lebih banyak monopoli, namun gerakan pengguna yang bersatu mampu menumpaskan mereka.
Pakar ekonomi, Prof Dr Hoo Ke Ping berkata TPPA akan memberi kesan campuran keatas monopoli dan oligopoli di negara ini dan itu akan memberi impak negatif dan positif kepada orang ramai.
Ke Ping menjelaskan pemansuhan mekanisme perlindungan untuk industri tempatan seperti penternakan, akan menghapuskan oligopoli dalam industri itu, yang dikuasai oleh orang tengah.
“Orang tengahlah yang mengganggu harga, menyebabkan harga daging tempatan yang lebih mahal, dan TPPA akan menghapuskan gangguan itu.”
Keadaan itu bagaimanapun boleh membawa kepada kebergantungan kepada daging import dan sekiranya itu berlaku boleh menimbulkan isu pembekalan sekiranya negara pembekal mengalami bencana alam atau penyakit haiwan.
Mengulas lanjut, Hoo berkata penyertaan syarikat gergasi ke Malaysia akan memberi tekanan kepada syarikat tempatan kerana tidak mampu menandingi persaingan.
“Dalam hal ini, apabila syarikat tempatan tidak dapat bersaing dan gulung tikar, kita akan menyaksikan penciptaan monopoli angkara ketiadaan persaingan, dan bukan kerana ketiadaan kawalan.
“Kita tidak boleh melabel ciptaan itu nanti sebagai monopoli atau oligopoli tetapi yang seperti itulah yang akan berlaku kerana syarikat dari Amerika Syarikat sangat besar.”
Sementara itu, Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan berkata pengguna berasa bimbang TTPA akan membawa kepada monopoli ekoran klausa keeksklusifan dan kenaikan harga.

Fitnah Si Lebai malang sudah tewas, menipu pula


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang nampaknya tidak akan teragak-agak lagi untuk mengheret Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Hasan Tantawi kembali ke mahkamah sekiranya Tantawi terus memutar belit kesudahan kes saman fitnah yang baru semalam selesai.
Anak Mami di PerantauanKurang beberapa jam selepas penghakiman persetujuan direkodkan mahkamah, Tantawi mula membebel tentang bagaimana beliaulah hero perjuangan melawan kafir Cina DAP, yang tewas syahid setelah bersetuju dengan rundingan ‘di luar mahkamah’.
Jenaka cerita Tantawi ini terlalu banyak lapis. Kalau persetujuan diputuskan di luar mahkamah, maka tidak perlulah beliau mendedahkan ada perbincangan di hadapan pesuruhjaya kehakiman di dalam kamar hakim.
Jenaka kedua muncul apabila Pegawai Khas Undang-undang Ketua Menteri muncul membantah dakwaan putar belit Tantawi dengan mendedahkan kenyataan verbatim MP Temerloh itu yang dibacakan di dalam mahkamah.
“Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri.”
Turut didedahkan bahawa penghakiman persetujuan turut merekodkan bahawa mahkamah memerintahkan Tantawi supaya membayar RM10,000 kepada Ketua Menteri sebagai kos tindakan undang-undang.
Tiga hal penting perlu difahami daripada kenyataan Tantawi itu: pertama, beliau kesal dengan tulisannya; kedua, tulisan tersebut diakui tidak berasas dan ditarik balik; dan ketiga, kos RM10 ribu dibayar kepada Ketua Menteri.
Mustahil Tantawi bersetuju menarik balik kenyataannya jika beliau percaya apa yang pernah didakwa mengenai amalan tender terbuka di Pulau Pinang itu benar belaka. Mustahil juga Tantawi mengaku kesal, sekiranya tulisan di Facebooknya itu diyakini benar.
Jika beliau benar-benar percaya dakwaannya benar, seharusnya Tantawi tidak bersetuju dengan penghakiman persetujuan dan mendesak supaya Lim Guan Eng meneruskan sahaja saman fitnah terhadapnya. Penat naik tangga mahkamah tinggi Pulau Pinang demi kebenaran, sekiranya kebenaran yang dipikul Tantawi itu tidak didedahkan.