Rabu, 20 Januari 2016

Aper dah jadi dalam amenoooooo.. !!

Kedah bakal dapat MB baru ?.. Kesiannn Mukhriz. Tak puas lagi nak duduk dalam kediaman rasmi MB yang dah diubahsuai dengan jutaan ringgit masa dia mula² ambil alih kerusi MB daripada arwah Ustaz Azizan dahulu...

Over 1,000 assemble to support Mukhriz in counter-coup move

'Kami Nak Datuk Mukhriz'

Laungan "Hidup Mukhriz" di Alor Setar

Mukhriz serah kepada rakyat

Lebih 1,000 penyokong Mukhriz hadir beri sokongan

Lebih 1,000 penyokong Mukhriz hadir beri sokongan
Sekumpulan penyokong yang hadir di di Bangunan Tunku, malam ini.
ALOR SETAR - Lebih 1,000 orang hadir menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir seawal 8.00 malam.
Sekumpulan penyokong yang berhimpun di di Bangunan Tunku di sini, turut melaungkan "Kami Nak Mukhriz" beramai-ramai sejurus ketibaan Setiausaha Politik Mukhriz, Datuk Azmi Daim.
Difahamkan, sejurus selepas sidang media tergempar petang tadi oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanifah, satu viral di Facebook dan WhatsApp mengajak orang ramai berkumpul menyatakan sokongan.

Mahfuz kata Umno Kedah biadab

Tanpa menafikan hak Umno Kedah menuntut supaya menteri besar mereka diganti, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpendapat masa desakan itu dibuat sebagai tidak wajar.
Kata Mahfuz, Kedah kini sedang meraikan sambutan hari keputeraan sultan yang ke-88.
"Esok (21 Januari) adalah hari kedua majlis pengurniaan bintang dan pingat kebesaran.
"Tiba tiba hari ini mereka (pemimpin Umno Kedah) persembahkan tindakan tidak beradab kepada sultan dan rakyat Kedah yang sedang dalam kegembiraan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Siang tadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengisytiharkan pemimpin parti itu di negeri berkenaan "hilang keyakinan" dengan kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Justeru mereka menggesa Datuk Seri Najib Razak - sebagai Presiden Umno dan perdana menteri - menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.
Mukhriz yang juga anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Menteri Besar Kedah sekali gus pengerusi perhubungan Umno negeri berkenaan.
Untuk makluman, Dr Mahathir adalah salah seorang pengkritik Najib paling lantang.
Menurut Ahmad Bashah, 14 ketua bahagian hadir di majlis pengumuman dibuatnya, kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing.
Rakyat tuntut lain
Empat sebab disenaraikan Ahmad Bashah yang menjadi punca mereka hilang keyakinan kepada Mukhriz, iaitu gagal menyatukan parti, kurangan perancangan strategik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, gagal memimpin serta menggerakkan jentera parti serta tidak berkeupayaan menguruskan pentadbiran negeri dengan berkesan.

Ingat jasa Mukhriz yang menangkan UMNO Kedah – Anina

UMNO Kedah sepatutnya mendesak Najib Tun Razak meletak jawatan kerana rakyat Kedah sayangkan Mukhriz tetapi menolak Najib.
anina-mukhriz
PETALING JAYA : UMNO Kedah diingatkan supaya tidak lupa jasa Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyumbang kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Bekas ahli UMNO Langkawi, Anina Saadudin berkata, UMNO Kedah juga sepatutnya tidak lupa bahawa mereka yang menyebabkan UMNO dan BN kalah di Kedah pada PRU12.
“Mukhriz datang bertanding di Kedah dan beliau menang sekali gus membantu BN merampas semula negeri Kedah,” katanya kepada FMT.
Anina berkata, rakyat Kedah tidak pernah merunggut Mukhriz seorang Menteri Besar yang tidak bagus tetapi rakyat merunggut betapa teruknya Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
“Malah, rakyat Kedah gembira Mukhriz menjadi Menteri Besar. UMNO Kedah sepatutnya mendesak Najib meletak jawatan Perdana Menteri bukan menggugurkan Mukhriz,” katanya.
Anina diminta mengulas desakan dan rayuan UMNO Kedah supaya Najib menukar kepimpinan UMNO negeri termasuk menukar Menteri Besar.
Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah berkata, UMNO Kedah sebulat suara menolak Mukhriz kerana hilang kepercayaan terhadap anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu kerana kelemahan mentadbir dan tiada perancangan untuk menghadapi PRU14.

'Saya jadi MB kerana mandat rakyat' - Mukhriz Mahathir

Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah adalah hasil daripada mandat diberi rakyat serta diperkenankan sultan negeri itu selepas dicadangkan perdana menteri.
Justeru, katanya, beliau memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaik mungkin "demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat".
 "Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya," katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan malam ini.
Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam berkata demikian sebagai reaksi kepada tuntutan pemimpin kanan Umno Kedah yang menyatakan mereka hilang kepercayaan terhadapnya.
Mereka menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dengan menggantikan Mukhriz dengan tokoh lain sebagai menteri besar.
Selain berkhidmat sebagai menteri besar, anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.
Gesaan siang tadi dibuat timbalannya sendiri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Pegang amanah berkhidmat
Dr Mahathir adalah salah seorang pengkritik tegar Najib yang juga Presiden Umno.
Pada masa sama Mukhriz dilihat sependapat dengan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat Najib pada tahun lalu.
Menurut Mukhriz beliau mendengar kenyataan dikeluarkan "sebahagian daripada kepimpinan UMNO negeri diketuai Ahmad Bashah" di Alor Setar petang tadi.
Mengenai alasan dikemukakan Ahmad Bashah bagi mewajarkan desakan mereka supaya Mukhriz digantikan, beliau berkata, rakyat berhak menilai prestasi dan keberkesanan tugas dijalankannya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama BN kembali mentadbir Kedah selepas pilihan raya umum ke-13.
"Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
"Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya," katanya.

Dosa bapa anak tanggung: Zaid selar Umno


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyelar Umno kerana cuba menghapuskan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah kerana tindakan bapanya.
"Umno bukan sahaja primitif, malah ia berkelas rendah," tulisnya dalam tweet.
"Tak perlu buang anak hanya kerana tidak suka bapa," katanya.
Zaid percaya kempen untuk menyingkirkan Mukhriz tidak mendapatkan sokongan dan pemimpin Umno terpaksa menggunakan media.
Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini memulakan perang terbuka terhadap Mukhriz dengan mengisytiharkan bahawa pemimpin Umno di negeri itu telah 'hilang keyakinan' dengan kepimpinan menteri besar Kedah.
Beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.
Sebelum pengumuman itu, Bashah mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Pemuda, Puteri dan Wanita di negeri itu.

Mukhriz serah kepada rakyat nilai prestasi beliau

Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri prestasi beliau sejak dilantik menerajui pentadbiran negeri berkenaan.
Katanya dalam satu kenyataan, kedudukan beliau sekarang adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat
Selian itu Muhkriz berkata, kedudukan beliau sebagai menteri besar ini juga adalah atas perkenan Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan Umno Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.
“Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.‎
Katanya, beliau memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
“Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya,” katanya

Mukhriz beri respons dakwaan Umno Kedah malam ini

Mukhriz Mahathir
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dijangka akan mengeluarkan kenyataan malam ini berhubung dakwaan gagal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kedah dan menguruskan parti, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar.
Petang tadi,  satu sidang media oleh hampir seluruh kepimpinan Umno Kedah diadakan bagi menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah mengumumkan demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan hampir kesemua Adun dan ahli Parlimen Kedah.
Turut hadir dalam pertemuan itu ketua-ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita Umno negeri.
Antara pemimpin yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Walau dilarang Bantah TPPA tetap di Dataran Merdeka


Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjur himpunan Bantah TPPA untuk menggunakan Dataran Merdeka, mereka akan tetap berkumpul di situ.
Pengarah himpunan Bantah TPPA Kamaruzaman Mohamad berkata protes berkenaan tetap akan dijalankan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.
Justeru, katanya, penganjur membuat rayuan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menggunakan dataran berkenaan.
"Kami harap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan menerima rayuan kami.
"Jika ditolak, himpunan ini tetap akan diadakan di Dataran Merdeka," katanya di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samad serta pegawai DBKL hari ini.
Perjumpaan itu adalah pertemuan kedua kumpulan Bantah TPPA dengan polis.
Turut hadir, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.
Kamaruzaman berkata mereka berpendapat perbincangan dengan polis belum selesai kerana kebenaran menggunakan Dataran Merdeka masih tidak diperolehi.
"Disebabkan kami mengumum tempat perhimpunan adalah di Dataran Merdeka, kami tidak mahu tempat itu ditukar kerana ia akan mengelirukan rakyat," katanya.
Tiada perarakan cuma pergerakan
Ditanya mengapa Dataran Merdeka ditolak, Kamaruzaman berkata, ia diwartakan hanya untuk perhimpunan yang diluluskan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Kataya, mereka juga masih dalam rundingan dengan polis supaya protes berkenaan tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman atau bercanggah dengan peraturan DBKL.
"Kami menyeru rakyat Malaysia hadir tanpa perasaan risau, takut atau curiga kerana kami akan pastikan himpunan ini mematuhi semua peraturan yang berkaitan," katanya.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Bantah TPPA Azlan Awang berkata tidak akan ada sebarang perarakan pada hari berkenaan.

SPRM enggan ulas dakwaan Najib guna kad kredit SRC

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas mengenai dakwaan terbaru laman web Sarawak Report terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Laman web itu mendakwa perdana menteri menggunakan kad kredit yang didaftarkan di bawah SRC International semasa lawatannya ke Eropah pada bulan Ogos 2014.
"Saya tidak boleh mengesahkannya kerana siasatan sedang dijalankan," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk seri Mohd Shukri Abdull kepada Malaysiakini.
 Sarawak Report mendakwa dua kad yang terlibat itu adalah kad Visa yang dikeluarkan oleh CIMB di mana RM449,000 dibelanjakan dan kad Master Card yang dikeluarkan oleh Maybank di mana RM2.8 juta dibelanjakan dalam perjalanan bulan Ogos pada 2014.
Laman itu juga membekalkan nombor kad kredit berkenaan.
Apabila Malaysiakini menjalankan carian dalam talian, didapati bahawa nombor BIN 528943 yang dikatakan milik Master Card Maybank adalah sebenarnya nombor yang diperuntukkan oleh Master Card platinum yang dikeluarkan oleh Ambank.
Bagi kad Visa dengan nombor BIN 458581, semakan mendapati ia adalah kad platinum Visa tetapi tidak ada butiran mengenai bank yang mengeluarkannya.
Begitu juga, dengan carian yang dijalankan oleh bogger pro-kerajaan Lim Sian See di mana dia mendakwa ia menunjukkan bahawa kedua-dua kad itu dikeluarkan oleh Ambank.
Sambil menuduh Sarawak Report terus menyebarkan fitnah, blogger itu berkata, tidak ada mekanisme untuk memeriksa siapa pemilik kad berkenaan atau jika ia benar-benar wujud.
"Ini mungkin ciptaan Sarawak Report juga memandang mereka boleh memalsukan bank-bank yang mengeluarkan kad berkenaan," katanya di Facebook merujuk kepada kesilapan itu.
Sarawak Report kemudian mengeluarkan penjelasan yang berbunyi: "SR berterima kasih kepada pembaca yang mempunyai mata helang itu kerana mengesan kesilapan pada maklumat asal berhubung pengeluar kad. Mereka mengenal pasti dengan betul seperti biasa AmBank, yang digunakan oleh SRC.
"Kami telah semak semula dengan sumber kami berhubung perkara ini dan mereka mengakui berlaku kesilapan dalam komunikasi.”
Sarawak Report mendakwa Najib menggunakan kad-kad berkenaan untuk membiayai perbelanjaan lebih daripada RM3 juta semasa di Eropah pada 2014.
Laman web itu mendakwa maklumat itu terkandung dalam kertas siasatan yang dikemukakan oleh SPRM ke Jabatan Peguam Negara pada 31 Disember
"Antara yang dibiayai termasuk hotel, makanan, pembelian barang kemas dan perbelanjaan mewah peribadi lain di selatan Eropah, termasuk di Itali dan Monaco," petik laporan itu.
SPRM telah menyiasat dakwaan pemindahan RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadi perdana menteri di Ambank pada akhir 2014 dan awal 2015.

Pendidikan Seks 1 Malaysia, merangsang minda anak-anak anda ke arah seks.


INILAH TRANSFORMASI NAJIB... "negara berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju tak lama lagi..."

Kalau korang nak pendidikan seks & lucah diajar & diserapkan ke dlm kepala hotak anak2 korang, bila PRU14 nanti jgn lupa undi BN lagi yer.. HIDUP UMNO !!.. HIDUP MELAYU !!!

Kan ostajah UMNO kata.. Baca buku lucah seks tak haram tak berdosa, hukumnya HARUS JIKA TAK RASA BERAHI !!!

Boleh bantah TPPA, tapi ikut undang-undang kata Timb Menteri

Dr. M: Malaysia falling behind under Najib's administration

Bukan Kaki Bodek, Minda Lemah, Otak Udang - Khairuddin

Tun M: Malaysia Merosot, Mundur Kerana Najib

Tun M: Petronas Kekurangan Wang

Tun M: Wang Tak Jamin Jadi Negara Maju

UMNO KEDAH TOLAK MUKHRIZ- HILANG KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN

Umno Kedah Hilang Kepercayaan Terhadap Mukhriz Mahathir Sebagai MB & Pengerusi Umno Kedah

Portal pro Najib spekulasi 3 Ahmad ganti Mukhriz


Sebuah portal yang menyokong kuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat spekulasi mengenai calon baru menteri besar Kedah kurang sejam selepas pemimpin Umno secara terbuka mengumumkan pemberontakan mereka terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mykmu.net berkata ketiga-tiga calon itu adalah ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; ADUN Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Zapar.
Menurut portal itu, Mukhriz mungkin dalam perjalanan keluar pada Ahad ini dan bakal digantikan oleh salah satu daripada ketiga-tiga mereka.
 Awal hari ini, Ahmad Bashah, yang juga adalah timbalan pengerusi Umno Kedah mengetuai beberapa pemimpin Umno dan wakil rakyat dalam mengumumkan pemberontakan terbuka mereka terhadap Mukhriz dan menggesa Najib untuk menggantikan menteri besar itu.
Menurut portal itu, Ahmad Lebai Sudin diketahui rapat dengan Najib dan antara terkehadapan mengkritik pentadbiran Mukhriz.
Ahmad Zaini pula dikatakan mempunyai pengaruh dalam gerakan belia sebelum ini mungkin calon “dark horse” yang dilihat boleh menyatukan kem Najib dan Mahathir di Kedah.
Bagaimanapun, Mykmu berkata calon popular masih adalah Ahmad Bashah yang juga adalah pengarah pilihan raya umum BN Kedah pada 2013.
“Ahmad Bashah antara disebut sebagai bakal menteri besar sebelum pilihan raya umum lalu.
“Namun menjelang kempen pilihan raya umum lalu, Najib dan Tun Mahathir Mohamad mengumumkan Mukhriz sebagai calon menteri besar.
“Apabila BN menawan semula Kedah, Mukhriz dilantik sebagai menteri besar sebagai memenuhi janji pilihan raya,” kata portal itu.
Mykmu juga mendakwa bahawa pertukaran menteri besar dijangka menerima perkenan Istana Kedah dengan baik dan tertib.
Mukhriz yang menjadi sasaran berikutan percubaan terbuka bapanya, Mahathir yang mahu menumbangkan Najib sebagai perdana menteri.
Bekas perdana menteri itu telah menuduh Najib dengan pelbagai salah laku dan berikrar tidak akan berputus asa sehingga berjaya.

Polis Johor salah guna kuasa reman, dakwa Aduka Taruna

Polis dikatakan menggunakan tahanan reman bukan untuk siasatan, tetapi untuk 'mengajar' orang ramai
polis-johor
PUTRAJAYA: Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khairul Nizam Abd Ghani mendakwa polis Johor seolah-olah berdendam dengannya.
Beliau berkata, walaupun polis Bukit Aman membebaskannya selepas memberi keterangan untuk satu kes di bawah Akta Hasutan, polis Johor tetap berusaha untuk meremannya.
“Selepas memberi keterangan kepada polis Bukit Aman berhubung posting di Facebook bertarikh Oktober 2015, polis Johor sendiri telah membuat laporan ke atas saya berhubung posting bertarikh 22 Jun 2015 bagi menahan saya.
“Ketika membuat permohonan reman, pegawai penyiasat dari Johor berkata kepada majistret bahawa saya perlu direman untuk memberikan pengajaran kepada orang ramai kerana kes melibatkan Sultan,” katanya, ketika ditemui selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi penguatkuasaan (EAIC) di sini, tengah hari tadi.
Beliau yang turut dikenali sebagai Aduka Taruna menyifatkannya sebagai penyalahgunaan sistem reman yang sepatutnya digunakan untuk menjalankan siasatan.
“Reman digunakan jika polis tidak dapat menjalankan siasatan secukupnya dalam masa 24 jam, bukan untuk memberikan pengajaran. Lagipun saya masih belum dibuktikan bersalah,” katanya lagi.
Terdahulu, PSM menyerahkan memorandum kepada EAIC berhubung prosedur penahanan polis Johor terhadap Khairul Nizam serta dua ahli lain – S Arutchelvan dan Khalid Ismath.
Memorandum antara lain mempersoalkan keperluan mereman mereka untuk siasatan di bawah Akta Hasutan.
Ia juga mempersoalkan tindakan polis membawa Khairul Nizam dan Khalid ke Johor, walaupun masing-masing ditahan di Kota Bharu dan Klang.

AMANAH: Program dwibahasa cetus malapetaka berganda

Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan mencetuskan 'malapetaka berganda' kepada negara.
 Presidennya, Mohamad Sabu berkata kajian mendapati prestasi pelajar menunjukkan kemerosotan lebih ketara jika program tersebut diteruskan seperti mana program pengajian Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
"Dari penyelidikan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) mengenai keberkesanan pelaksanaan PPSMI 2013-2015 didapati lebih ramai pelajar sekolah rendah dan menengah yang gagal dalam pelajaran Matematik dan Sains termasuk bahasa Inggeris.
"Ini boleh dinamakan sebagai 'malapetaka berganda' bagi pelajar-pelajar di negara kita," katanya pada sidang media di Wisma AMANAH, hari ini.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata tindakan ini juga dilihat mengkhianati keputusan memartabatkan Bahasa Melayu di mana persetujuan tentangnya terkandung dalam '7 Wasiat Raja-Raja Melayu' untuk mendapatkan kemerdekaan.
Selain menyatakan ketegasan bahawa AMANAH menyokong sepenuhnya Gerakan Bantah DLP, beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang didakwa mengutamakan cadangan PEMANDU berbanding Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Katanya kerajaan seharusnya mengambil kira pandangan ahli akademik, guru-guru, NGO dan pejuang bahasa dan budaya sebelum membuat keputusan melaksanakan DLP.
"Kita tak tentang usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi tidak dengan menjadikan ia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.
"Peningkatan dalam penguasaan bahasa Inggeris perlu dicapai melalui pengajaran dan pembelajaran sebagai salah satu mata pelajaran dalam sistem pendidikan, bukan dengan mengubah dasar," katanya.
Jelmaan PPSMI

Amanah lancar program penerangan tentang DLP

Amanah lancar program penerangan tentang DLP
KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) akan melancarkan program penerangan secara meluas tentang kesan pelaksanaan Program Dwi-bahasa (DLP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, program tersebut dilihat sebagai satu tindakan mengkhianati keputusan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Ilmu di negara ini.
Katanya, pelaksanaan program ini juga dilihat menuju kembali ke zaman penjajahan sebelum merdeka.
"Amanah, PKR dan Majlis Bertindak Pendidikan Kebangsaan hari ini menentang program DLP yang dilaksanakan oleh kerajaan.
"Ini menggambarkan wawasan kabur dan sentiasa bertukar sehingga menyulitkan guru dan masa depan pelajar," katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma Amanah, di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 sebelum ini berkata, pelaksanaan DLP dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Reka Bentuk dan ICT mula diperkenal kepada pelajar Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 di 300 sekolah kebangsaan pada awal bulan ini.
Program itu adalah sebagai langkah bagi mengatasi kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.
Mohamad bagaimanapun menafikan bahawa pihaknya menentang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di negara ini.
Menurut Mohamad, penguasaan Bahasa Inggeris hanya perlu dicapai melalui pengajaran sebagai salah satu subjek sahaja dan bukannya digunakan sebagai bahasa pengantar dalam subjek tertentu.

PERKASA desak Najib mansuh jawatan penasihat, duta khas

PERKASA hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memansuhkan semua jawatan penasihat dan duta khas yang bertaraf menteri dalam pengubahsuaian semula Bajet 2016 yang akan dilakukan pada 28 Januari ini.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, selain daripada penasihat dan duta khas, bekas kakitangan tinggi kerajaan yang dilantik ke jawatan penting sehingga memegang dua hingga tiga jawatan perlu juga dimansuhkan.
"Apa perlunya mereka dilantik bertaraf menteri untuk tujuan tertentu kononnya untuk tarik pelabur. (Perkara ini) tidak perlu kerana dah ada MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
"MITI pun dah ada dua timbalan menteri. PERKASA lihat tidak perlu (penasihat dan duta khas) kerana sudah ada 36 menteri jadi apa perlu (mereka) untuk negara-negara tertentu.
"Ada MITI di luar negara, Matrade, ada kedutaan… dekat kedutaan ada pegawai urusan perniagaan. Mereka menerima gaji bertaraf menteri.
“Ada pejabat yang saya kira ianya membazir wang rakyat," katanya pada sidang medianya di ibu pejabat Perkasa hari ini.
Kata Ibrahim, pemasuhan itu penting sebagai langkah penjimatan ketika kejatuhan harga pasaran minyak mentah dunia.
Kata Ibrahim, tindakan itu penting sebagai langkah penjimatan ketika kejatuhan harga minyak mentah dunia.
Menurutnya, perbelanjaan untuk membiayai gaji penasihat dan duta khas bertaraf menteri juga bukannya sedikit dan ia memerlukan jumlah yang besar.
Malah katanya, sekiranya jawatan-jawatan tersebut dimansuhkan, rakyat tidak terlalu dukacita apabila disaran mengikat perut kerana pemimpin negara memberikan contoh yang baik.
"Saya cabar kalau kerajaan prihatin, tunjuk contoh dan teladan Kalau tindakan ini dibuat rakyat akan lega kerana rakyat suruh diikat perut," katanya.
Jelas PERKASA lagi, sekiranya kerajaan memerlukan perkhidmatan penasihat dan duta khas bertaraf menteri, ia boleh dibuat secara satu persatu tanpa perlu ditawarkan jawatan.

Penganjur rayu DBKL benar himpunan Bantah TPPA di Dataran Merdeka

Perhimpunan membantah TPPA yang dijadualkan Sabtu ini di Dataran Merdeka dianjurkan 3 pertubuhan bukan kerajaan iaitu Bantah TPPA, Kongres Rakyat dan persatuan mahasiswa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2016.
Penganjur perhimpunan membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedang merayu kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meneruskan himpunan mereka di Dataran Merdeka pada Sabtu ini walaupun permohonan awal mereka ditolak.
Kumpulan itu sudah menghantar rayuan kepada DBKL pagi ini kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mendapatkan kebenaran.
"Pihak DBKL sudah menolak permohonan kami tapi kami sudah menghantar rayuan kepada menteri untuk mendapatkan kebenaran mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka," kata pengarah himpunan itu, Kamarulzaman Mohamad pada sidang media selepas pertemuan dengan pihak polis di Kuala Lumpur petang ini.

DBKL memberi alasan lokasi itu digazet untuk perhimpunan yang dibenarkan sahaja. Kamarulzaman, yang juga wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) Kongres Rakyat berkata, pertemuan dengan pihak polis hari ini berjalan dengan baik dan mereka berbincang mengenai perjalanan himpunan pada hujung minggu ini.
"Saya yakin 95% perhimpunan ini akan diteruskan seperti rancangan awal Di Dataran Merdeka.
"Setakat ini, kami masih kekal dengan lokasi sama di Dataran Merdeka," katanya.
Menurut beliau, pihak polis dan DBKL ada menawarkan lokasi alternatif tetapi mereka memilih untuk kekal di Dataran Merdeka kerana tidak mahu mengelirukan peserta.
Sementara itu, Pengerusi Bantah TPPA Azlan Mohd berkata, perkara utama dalam perhimpunan sudah selesai cuma mereka akan berusaha untuk mendapatkan kebenaran berhimpun di  Dataran Merdeka.
"Perkara utama sudah selesai, pihak polis akan bekerjasama mengawal aliran trafik pada hari himpunan. Masalahnya cuma lokasi sahaja.
"Orang ramai tidak perlu risau dan takut untuk hadir kerana ini adalah perhimpunan aman," kata Azlan.
Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata mereka menyokong penuh himpunan pada Sabtu ini dan berharap penyokong akan dapat bersama turun memberi sokongan.
"Pihak penganjur akan selaraskan semua perjalanan dan setakat ini mereka hanya perlu mendapatkan kebenaran untuk mengadakan himpunan Sabtu ini.

Perkasa turun padang sertai demo Bantah TPPA Sabtu ini

bantah tppa
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) akan menyertai perhimpunan bantahan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang bakal diadakan pada Sabtu ini di Dataran Merdeka.
KUALA LUMPUR, 20 Januari:
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) akan menyertai perhimpunan bantahan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang bakal diadakan pada Sabtu ini di Dataran Merdeka.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata jika perhimpunan itu turut disertai oleh DAP, pihaknya akan duduk ‘berasingan’ walaupun berkongsi satu padang yang sama.
“Dia dia.. kita kita..padang pun luas. DAP duduk hujung sana, saya duduk hujung ini,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Perkasa, hari ini.
Bagaimanapun, ketika mengulas tindakan Perkasa duduk berasingan dengan parti pembangkang itu, beliau berkata bahawa pertubuhan itu tidak mahu dilihat bersama dengan parti itu.
“Berdasarkan bantahan TPPA, kalau DAP ke Bersih ke datang, tidak ada kena mengena. Mungkin ada persamaan, ada kala rakyat Malaysia boleh bersatu demi kepentingan rakyat tetapi dari segi lain, kami berbeda.
“Kita sama dari segi isu, tapi bukan sama dari segi roh perjuangan.
“Seeloknya biarlah ini dibuat oleh NGO, kalau pun mereka (parti politik) nak buat, biarlah mereka buat di kalangan mereka,” jelasnya.
Semalam, permohonan penganjur, Bantah TPP dan Kongres Rakyat yang dijangka mengadakan perhimpunan aman bagi membantah TPPA, Sabtu ini ditolak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, notis permohonan yang diserahkan penganjur pada 12 Januari lalu tidak diluluskan kerana gagal mengemukakan surat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurutnya, penganjur yang ingin mengadakan perhimpunan perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 antaranya kebenaran daripada pemilik tanah tempat perhimpunan diadakan.

UMNO tidak akan mati selagi Melayu berkuasa sembang Syed Ali

UMNO perlu bekerja keras menepis terjahan pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang.
Syed-Ali
PETALING JAYA: UMNO tidak akan mati selagi orang Melayu menjadi pengundi majoriti dalam negara ini.
Perkara itu disuarakan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee Syed Ali, yang menambah orang Melayu sudah muak dengan kerenah politik parti pembangkang yang hanya mementingkan kuasa tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.
Menurut Syed Ali, majoriti orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak mudah menukar keyakinan mereka walau diasak permainan persepsi pembangkang.
“Keyakinan UMNO sentiasa tinggi kerana orang Melayu cukup sinonim dengan perjuangan parti mengangkat maruah dan martabat mereka,” katanya dalam entri terbarunya di umnobahagiancheras.blogspot.my.
Namun begitu, Syed Ali menegaskan UMNO masih perlu bekerja keras menepis terjahan pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“UMNO kena lebih agresif dan bekerja kuat untuk menepis dan membetulkan persepsi negatif hasil daripada manipulasi pelbagai isu dilakukan pembangkang,” jelasnya.
Pada masa sama, pemimpin UMNO disarankan turun padang memberi penerangan kepada rakyat, terutamanya berkenaan isu yang menyentuh golongan miskin.
“Kita kena jumpa rakyat terutama golongan sasaran di peringkat akar umbi, kumpulan ini kadangkala tidak mendapat penjelasan tepat, mereka hanya terdedah kepada maklumat disalurkan pembangkang.

Mukhriz bakal dipecat?

kedah
Antara pemimpin Umno Kedah yang menghadiri sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup di sebuah hotel di Alor Setar, hari ini.

KUALA LUMPUR, 20 Januari:

Pemimpin Umno Kedah hari ini merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri itu dan jawatan Menteri Besar Kedah yang dipegang Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Perkara berkenaan diumumkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan hampir semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen negeri itu daripada Umno, di sebuah hotel di Alor Setar, hari ini.
Selain ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno negeri, turut hadir dalam pertemuan itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom serta Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Desakan itu dibuat, ekoran pucuk pimpinan negeri itu dikatakan telah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz yang disifatkan gagal dalam mentadbir parti dan juga negeri terbabit.
Perjumpaan tersebut dikatakan melibatkan 14 Ketua Umno Bahagian, kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baru yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing.
Ahmad Bashah berkata, langkah itu dibuat ekoran kelemahan dan ketidakupayaan Mukhriz dalam menyatupadukan kepimpinan serta jentera parti di semua peringkat.
Selain itu, Mukhriz juga dikatakan tidak mempunyai sebarang perancangan strategik untuk parti, sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Umno Kedah dalam krisis, Mukhriz hilang sokongan



Kedudukan Mukhriz umpama telur di hujung tandukKrisis kepimpinan Umno yang disemarakkan dengan pengguguran Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal daripada kabinet kembali membara dengan tindakan 14 ketua bahagian Umno seluruh Kedah mengadakan sidang media mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri.
Keputusan yang dicapai oleh 15 wakil bahagian Umno negeri itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup yang berlangsung di Grand Alora Hotel, Alor Setar, pagi tadi.
Sehubungan itu, ujar beliau, seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.
Seramai 14 ketua bahagian hadir dalam perjumpaan tersebut manakala bahagian Jerlun yang diketuai Mukhriz diwakili Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Othman Aziz.
Hadir sama ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN.

UMNO Kedah rayu Najib gugurkan Mukhriz

Pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan dan Pengerusi UMNO negeri.
Datuk-Seri-Ahmad-Bashah-Md-HanipahPETALING JAYA: UMNO Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.
Mereka juga merayu Najib selaku Presiden UMNO membuat perubahan kepada kepimpinan tertinggi parti itu di peringat negeri.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, hari ini.
Dalam satu kenyataan beliau berkata, pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan dan Pengerusi UMNO negeri.
Seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing.
Turut hadir, ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, kata sepakat itu dicapai berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.
Alasan lain diberikan, katanya termasuk tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), serta kegagalan Mukhriz dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri.
“Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan.
“Dengan ini kami merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah,” katanya.

PAS Kelantan minta PKR Pusat hormati sensitiviti politik Kelantan

Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kepimpinan PKR pusat tidak menghormati sensitiviti politik Kelantan dalam isu menghadiri program dengan parti Amanah di negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2016.Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kepimpinan PKR pusat tidak menghormati sensitiviti politik Kelantan dalam isu menghadiri program dengan parti Amanah di negeri itu. PAS Kelantan hari ini menempelak kepimpinan PKR pusat yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti politik Kelantan dalam isu menghadiri program dengan parti Amanah di negeri itu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak pernah menghalang kerjasama antara PKR Pusat dan Amanah, namun menegaskan di peringkat negeri, kedua-dua parti itu mempunyai persefahaman PKR tidak akan menghadiri sebarang majlis anjuran Amanah.
"Kami tak halang PKR Pusat dengan Amanah ini sebab dua-dua ada dalam Pakatan Harapan...itu hak dia (PKR). Tapi kami minta supaya sensitiviti di Kelantan ini diambil kiralah.

"Kami sebenarnya ada persefahaman antara PAS Kelantan dan PKR Kelantan dalam isu ini, sebab itu kami minta supaya persefahaman antara kami dan PKR Kelantan ini dihormati PKR Pusat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Baru, hari ini. Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul sebelum ini dilaporkan berkata parti itu tidak mempunyai hubungan rasmi dalam bentuk “hitam putih” dengan PAS, sekali gus membolehkan PKR menghadiri program anjuran mana-mana parti.

Bukan ilusi - CPI sahkan kos sara hidup lebih tinggi


Wang anda sentiasa tidak mencukupi - statistik rasmi membuktikan bahawa ia bukan imaginasi anda.
Menurut Indeks Harga Pengguna (CPI) yang dikeluarkan hari ini, harga barangan dan perkhidmatan naik 2.7 peratus pada bulan Disember 2015, berbanding dengan bulan yang sama tahun sebelumnya.
Kos makanan dan minuman bukan alkohol meningkat sebanyak 4.6 peratus.
Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan kos kesihatan juga naik 4.6 peratus pada Disember 2015 manakala penyelenggaraan isi rumah meningkat sebanyak 4.2 peratus berbanding tahun 2015.
Walau bagaimanapun, CPI kekal sama pada Disember 2015, berbanding sebulan sebelumnya dengan kenaikan kurang daripada dua peratus dalam pelbagai kategori, termasuk kesihatan dan pendidikan.
CPI dikira berdasarkan harga sekumpulan barangan asas yang terpilih.

Skandal 1MDB: Tiada jaminan laporan PAC siap Mac

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi akan dipanggil beri keterangan kepada PAC
hasan arifin
KUALA LUMPUR: Tiada jaminan laporan siasatan Jawatankuasa Akaun Kira-Kira Awam (PAC) berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) siap Mac tahun ini, kata Pengerusi PAC, Hasan Arifin.
Terlajak itu lantaran prosiding tidak dapat diselesaikan ketika ini kerana mereka mahu memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shahrol Halmi dan bekas Pengerusi, Mohd Bakke Salleh untuk beri keterangan.
Beliau menambah Shahrol dan Bakke merupakan individu terakhir yang akan dipanggil untuk membantu siasatan PAC. Shahrol telah memberi keterangan kepada PAC tahun lepas.
Hassan bagaimanapun tidak dapat memberikan tarikh Shahrol akan dipanggil.
Ketika ditanya mengapa Bakke perlu dipanggil walhal beliau baru sahaja menjadi pengerusi 1MDB dua bulan lalu, Hasan menjelaskan PAC mahu memperoleh seberapa banyak maklumat yang mungkin.
“Saya jangkakan kita akan dapat selesaikan prosiding hari ini dan menghasilkan laporan dengan kadar segera tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diteliti dan kita akan memanggil Shahrol dan Bakke semula bagi mendapatkan maklumat lanjut.
“Oleh kerana prosiding diteruskan, saya bimbang kita tidak dapat selesaikan siasatan ini menjelang Mac.
“Namun begitu, kita akan lakukan sehabis baik menyiapkan semuanya pada Mac,” kata Hasan pada sidang media di Parlimen hari ini.
Terdahulu, Pengerusi 1MDB Lodin Wok Kamaruddin beri keterangan kepada PAC buat kali kedua dan melahirkan keyakinan siasatan keatas syarikat itu menghampiri penutupan.

‘TPPA tak sesuai untuk Malaysia yang sarat sensitiviti’


Malaysia tidak perlu menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana demografi negara tidak sesuai dengan perjanjian itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata kepelbagaian negara ini perlu diurus dengan baik selaras dengan peraturan-peraturan yang tepat dan pada masa yang tepat juga.
Justeru, katanya, kerajaan tidak seharusnya diikat dengan syarat yang ditetapkan dalam TPPA.
"Malaysia tidak sama seperti anggota lain TPPA. Kita mempunyai banyak sensitiviti kerana kepelbagaian kaum, jurang ekonomi yang melebar, kadar kemiskinan dan tahap pendapatan yang rendah.
"Bagi memperbetulkan semua masalah ekonomi, politik dan sosial, dasar-dasar dan undang-undang tertentu mesti dilaksanakan. Ini bertujuan untuk mengatasi masalah dalam negeri.
"Tetapi ini tidak lagi mencukupi. Jika mereka tidak menepati syarat TPPA, ia tidak boleh diluluskan oleh Parlimen," katanya dalam kemas-kini di blog.
Beliau berkata negara mungkin terpaksa meminda beberapa undang-undang supaya ia untuk mematuhi syarat TPPA dan ini akan menghakis kedaulatan negara.
Parlimen akan mengadakan persidangan khas mengenai TPPA minggu depan untuk memutuskan sama ada Malaysia akan menandatangani perjanjian itu.

Wang adalah raja - k'jaan akan meterai TPPA, kata Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa kedaulatan negara menjadi pertaruhan jika kerajaan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Katanya, pengasas Malaysia berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kemerdekaan.
 "Kita sepatutnya menjadi tuan berhubung hal ehwal dan masa depan sendiri tetapi sekarang kita akan melepaskan hak dan kebebasan kerana keperluan untuk mematuhi telunjuk TPPA.
"Saya tidak ragu-ragu parlimen sebagi cop mohor akan meluluskan TPPA.
“Itu sendiri adalah bukti bahawa kita sedang membuat persiapan untuk menyerahkan kemerdekaan negara kepada kuasa-kuasa asing dan melepaskan kedaulatan yang diperjuangkan bermati-matian oleh pemimpin-pemimpin kita yang dahulu.
"Sesungguhnya wang (tunai) adalah raja," katanya memberi amaran dalam satu catatan blog yang dimuat naik di Chedet.com hari ini.
Mahathir berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad menyatakan bahawa ia mengambil masa dua tahun untuk meminda 26 undang-undang bagi memenuhi keperluan TPPA.
"Ini adalah satu pengakuan yang jelas bahawa TPP menghadkan kebebasan Malaysia untuk menggubal undang-undang yang dianggap perlu untuk negara.
"Undang-undang ini telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia kerana ia dianggap penting dan baik untuk negara ini.
"Tetapi kini ia perlu dipinda kerana TPPA nampaknya lebih berkuasa daripada ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat dalam menentukan apa undang-undang yang diperlukan negara," katanya meluahkan kekecewaannya.
TPPA akan dibentangkan di Parlimen minggu depan manakala protes mengenainya pula dijadualkan Sabtu ini.

Saya tidak pernah putus asa jatuhkan Najib – Tun M

Beliau tetap meneruskan usaha menjatuhkan Najib demi menyelamatkan rakyat dan negara ini.
mahathir-najibPUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau belum berputus asa dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Katanya, walaupun usaha-usaha itu semakin suram sejak akhir-akhir ini, namun beliau tidak pernah berputus asa demi menyelamatkan negara ini.
“Saya tidak berputus ada kerana saya berpandangan ia (menjatuhkan Najib) merupakan isu penting negara,” katanya ketika menjawab pertanyaan adakah beliau telah mengaku kalah menentang Najib.
Beliau ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana selepas menerima kunjungan hormat Angkawasan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar di sini, hari ini.
Bekas Perdana Menteri menegaskan, pentadbiran Najib telah menyebabkan negara jauh ketinggalan di belakang berbanding negara jiran lain.
“Kita boleh melihat hari ini bagaimana pentadbiran Najib telah menyebabkan kita ketinggalan dari segi ekonomi, politik, sains dan teknologi,” katanya.
Dr Mahathir berkata, Najib mengabaikan pembangunan negara kerana terlalu mengejar populariti dalam kalangan pengundi.
Beliau juga menegaskan pujiannya terhadap Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang dianggap sebagai mentornya, tidak ada kena mengena dengan Najib.
“Beliau (Tun Razak) adalah mentor saya. Beliau banyak membantu saya mencapai kejayaan. Tetapi ia tiada kena mengena dengan Najib,” katanya.

ASAL AJA keluar dari mulut2 umno pasti bau busuk menipu..

Inilah antaranya 9 PUNAHSIHAT NAJIB !!!

Ingatkan makin byk penasihat, pentadbiran & tadbir urus kewangan negara semakin baik.. TETAPI LAIN JADINYA.. KENAPA ???

SEBABNYA.. Tun Mahathir dah kata.. "HANYA YANG BODOH SAJA ADA DALAM UMNO" !!!

Hashim Abdullah pengerusi baru SPR


Datuk Seri Hashim Abdullah telah dilantik sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang akan bersara pada bulan ini.
Menurut Bernama, perlantikan tersebut berkuat kuasa mulai 24 Januari ini.
Hashim ialah timbalan pengerusi suruhanjaya itu yang dilantik pada September 2014. Sebelum itu, beliau adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Aziz akan mencapai umur persaraan wajib pada bulan Januari. Perkara 114 (3) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa pengerusi SPR mesti meletak jawatan apabila dia mencapai usia 66 tahun.
Aziz mengambil alih jawatan pengerusi SPR daripada Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada 31 Dis 2008.
Sebelum ini, gerakan reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 menuntut pengganti Aziz supaya tidak mengulangi kesilapan lalu.
Ketua BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah menggariskan empat tuntutan untuk pengerusi baru SPR bitu memperbaiki sistem pilihan raya:
  • SPR perlu diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen. Pada masa ini ia berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk menerima laporan berkala SPR. Ini adalah untuk memastikan SPR bertanggungjawab kepada Parlimen.
  • Mewujudkan jawatankuasa bipartisan untuk pemilihan ahli-ahli SPR. Ini adalah untuk memastikan SPR adalah bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik.
  • Mengekalkan penolong pegawai pendaftar (ARO) dari parti-parti politik untuk membantu SPR mendaftarkan pengundi.

Dr M masih tidak putus asa tumbangkan Najib

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan bahawa beliau masih belum berputus asa dalam misi untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya tidak putus asa kerana saya berpendapat bahawa ini adalah satu perkara yang penting dalam negara kita.
"Pentadbiran Najib telah menyebabkan negara merosot. Ekonomi, politik, sains, teknologi, pengetahuan. Semuanya berkurangan. Kita sedang mundur kebelakang," keluh Dr Mahathir pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Kemunduran di bawah pentadbiran Najib, dakwa Mahathir adalah semata-mata kerana presiden Umno itu mahu mengekalkan populariti untuk kekal sebagai perdana menteri.
"Untuk populariti, maka wang digunakan.
"Beliau (Najib) sendiri mengaku bahawa duit yang sebanyak RM2.6 billion itu nak digunakan untuk kemenangan. Kemenangan bagi diri dia,” kata Dr Mahathir yang mengulangi dakwaannya bahawa Najib sendiri mengakui sumbangan dari Timur Tengah itu digunakan untuk membiayai kempen BN pada pilihan raya umum ke-13.
Mahathir juga diminta mengulas tulisannya mengenai kenangan manis bersama Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussien yang juga ada bapa Najib sehingga ada pihak menpersoalkan pandangannya.
“Pandangan saya terhadap Tun Razak tidak berubah. Dia mentor saya. Dia yang menolong saya mencapai kejayaan.

Pakatan Harapan perlu peluas fokus kepada Melayu

Rafizi Ramli, fokus kepada Melayu.
Pakatan Harapan (PH) tampaknya lebih bersedia untuk menghadapi pilihan raya akan datang dengan persiapan lebih kemas dalam usaha untuk meraih sokongan Melayu. Langkah terbaru PH ialah menyusun program untuk memberi fokus kepada Melayu. Tindakan ini diambil mungkin setelah menyedari bahawa tanpa sokongan Melayu tidak mungkin PH berjaya menumbangkan kerajaan UBN.

Ternyata dalam dua pilihan raya lalu, (ke-12 dan ke-13) kegagalan Pakatan Harapan, (dulu Pakatan Rakyat) membentuk kerajaan kerana kekurangan sokongan Melayu antara 5% hingga 10%. Orang Melayu khasnya di luar bandar masih memberi sokongan padu kepada Umno. Bagaimana pun Melayu bandar dan pinggir bandar sudah mula berubah dengan mahu mencuba kerajaan baharu.



Misalnya Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-13 lalu hanya mendapat sekitar 40% hingga 43% sahaja undi Melayu berbanding dengan Umno yang menjadi tulang belakang BN yang memperolehi lebih 50%. Angka ini cukup menginsafkan pembangkang (PH) bagi bertindak menyusun program meraih sokongan Melayu dimulakan.

Program ini adalah wajah baru dan merupakan iltizam PH itu sendiri dalam usaha mengubah "taman hias" politik negara. Ia juga menggambarkan bahawa PH -- pakatan kali ini lebih serius dan melakukan usaha menyeluruh berbanding dengan pakatan sebelum ini -- Pakatan Rakyat yang terabai dengan kepentingan atau keperluan sebegini.

Seperti mana diumumkan Setisauaha Agung PKR, Rafizi Ramli setakat ini tiga subjek yang menjadi tumpuan PH dalam mempedulikan Melayu dalam usaha menarik sokongan Melayu kepada pembangkang.

Pertama, merangka program untuk menangani isu kebangkitan sosio-ekonomi dan politik masyarakat tanpa mengabaikan kepentingan kaum lain.

Kedua, berusaha membuka peluang pekerjaan dan guna tenaga dasar insan, dan

Ketiga, sistem pendidikan menyeluruh adil dan mampu menjadikan Malaysia yang berbeza untuk melahirkan masyarakat berkualiti  dan bertanggungjawab.

Ketiga-tiga program itu difokuskan dengan mensasarkan kepada orang Melayu tanpa mengabaikan kaum lain. Seperti mana kata Rafizi sudah sampai masanya untuk PH bercakap secara berterus terang dan memberi tumpuan kepada kepentingan Melayu yang selama ini diharap atau ditangani oleh Umno yang ternyata gagal, malahan menyebabkan Melayu seakan tidak ada hala tuju jelas.

Ketiga agenda atau program itu memberi penampilan atau wajah baru kepada PH, dalam gerakan untuk PH menjadi parti besar bagi mengganti BN. Agenda seumpama itu bertaraf kebangsaan dan menyeluruh menjelaskan bahawa PH bukan pakatan bersifat kekampungan dan memperjuangkan hak-hak peribadi pemimpin utama sahaja. Ia bakal menjadi kenyataan apabila kesemua pimpinan dalam PH sepadu, tegas dan berpegang kepada prinsip yang digariskan, tidak "klu klik macam ikan keli dalam besen."

Misalnya, rangka membuka peluang pekerjaan itu sepatutnya sudah lama dilakukan memandangkan ratusan ribu rakyat negara ini terutama lepasan IPT menjadi penggangur terhormat kandati pun selepas bertahun-tahun keluar universiti. Pengganguran itu tidak langsung memberi keuntungan kepada negara, bahkan negara terbeban dengannya. Kos sara hidup mereka yang patut ditanggung mereka sendiri tetapi ditanggung oleh kerajaan.

Kerajaan UBN hanya menjanjikan peluang perkerjaan setiap kali menjelang pilihan raya atau ketika Bajet hendak dibentangkan. Akan adalah pengumuman kononnya peluang pekerjaan disediakan dengan ribuan kekosongan. Tetapi semuanya berakhirnya dengan nol. Para garduan hanya menelan air liur sahaja tetapi peluang yang dijanji itu tidak ada pun. Setengahnya sengaja dipanggil menjalani temu duga, itu pun hanya untuk mengambil hati mereka sahaja dan memberi ruang untuk graduan berangan-angan. Kekosongan untuk 200 yang dipanggil untuk menjalani temu duga ratusan ribu?

TANTAWI DAN LGE ELOKLAH PERGI MAHKAMAH SEMULA

Rasanya semua  sudah membaca kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Raja Sharafina Raja Shuib, Pegawai Khas Undang-Undang kepada Lim Guan Eng dan jawapan balas Nasharuddin Tantawi berkenaan isu penyelesaian luar mahkamah yang  umpama "rumah siap, pahat masih berbunyi" antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Sementara Raja Shafarina mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang semula jika isu penyelesaian luar mahkamah itu terus diputarbelitkan, Nasharuddin pula mengeluarkan kenyataannya bertajuk, "Mereka saman saya, mereka mohon selesai."

Untuk penyelesaikan mutlak, maka elok dan sebaik-baiknya Lim Guan Eng dan Nasharuddin kembali semula ke mahkamah "bertarung"  mempertahankan kebenaran yang masih berbeza versinya antara mereka.

Tengoklah nanti, siapa yang kena!!

Pertandingan tiga penjuru: Berhenti jadi hero!

SHAH ALAM - Semua pihak daripada Pakatan Harapan atau Pas diminta berhenti menjadi hero agar kemelut yang berlaku melibatkan kedua-duanya dapat dirungkaikan.
Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Elizabeth Wong berkata, tindakan berkenaan harus dihentikan segera bagi memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang.
Elizabeth Wong “Jika ia berlaku, akhirnya komitmen kita nak pastikan BN tumbang akan tersasar,” katanya ketika diminta mengulas mengenai akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 nanti melibatkan calon Pakatan Harapan, Pas dan BN.
Beliau yang juga Adun Bukit Lanjan berkata, pihaknya menolak keras pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, Pas dan BN yang akan memberi peluang kepada BN untuk menang.
“PRU tinggal dua tahun lagi, harapan rakyat tinggi pada kita jadi jangan musnahkan harapan mereka itu,” katanya.
Menurutnya, pilihan raya sebelum ini menunjukkan banyak kegagalan berlaku kesan daripada pertandingan tiga penjuru.
“Jika Pakatan Harapan dan Pas nak juga berlaku pertandingan tiga penjuru lawan BN... baik tak perlu bertanding,” katanya.

'Nasrudin hampir langgar syarat penyelesaian saman'

 Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan hampir melanggar syarat-syarat penyelesaian luar mahkamah dalam saman fitnah yang difailkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang,, Lim Guan Eng ke atasnya, kata peguam Syahredzan Johan.
Berikutan penyelesaian di luar mahkamah mereka, Syahredzan berkata, satu-satunya maklumat yang boleh didedahkan adalah hanya syarat-syarat penyelesaian dan tidak apa-apa lagi, melainkan jika pihak-pihak berkenaan juga bersetuju supaya syarat-syarat penyelesaian juga tidak didedahkan.
Perbincangan berhubung syarat penyelesaian itu hanya khusus kepada pihak-pihak yang terbabit dalam pertikaian itu, iaitu peguam mereka dan hakim perbicaraan tersebut.
"Tiada apa yang lain patut diperkatakan; tidak perlu ada penjelasan lain, kenyataan media dan sebagainya dan sebagainya berkaitan kes itu.
"(Ini) kerana pihak-pihak bertelagah telah membuat keputusan bahawa tidak ada lagi pertikaian antara mereka mengenai isu berkenaan. Oleh itu, mereka akan menamatkan perbalahan,” kata Syahredzan kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Nasrudin Isnin lalu, menarik balik sebahagian daripada kenyataannya pada 6 Ogos 2014 yang menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tersinggung.
Beliau dilaporkan berkata dirinya kesal kerana artikel berhubung pembinaan terowong dasar laut itu telah menyebabkan salah faham dengan Lim.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga memerintahkan Nasrudin membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.
Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwanya menggunakan rundingan terus untuk penganugerahan projek RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd.

Bauksit: “Jawapan Adnan Yaakob kelakar macam badut”

Tengku Zulpuri mendakwa jawapan yang diberikan Adnan hanyalah alasan bagi menutup sikap tidak serius kerajaan negeri dalam menangani isu bauksit
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
KUALA LUMPUR: Jawapan yang diberikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob kelakar macam badut, kata Ketua Pembangkang Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Beliau mengulas jawapan Adnan dalam wawancara bersama akhbar New Straits Times (NST) pada 18 Januari lalu bahawa Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) tidak mampu membuat penguatkuasaan dengan berkesan kerana hanya memiliki 18 pegawai pemantau.
Adnan dilaporkan berkata, disebabkan kekurangan anggota penguatkuasa, kerajaan negeri gagal membanteras pelombong bauksit haram di negeri itu.
Selain daripada PTG, Tengku Zulpuri berkata, kerajaan negeri sebenarnya boleh mengerahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri dalam menangani isu perlombongan haram yang serius itu.
“Pahang memiliki 11 PBT secara keseluruhan. Katakan setiap PBT ada 11 pegawai penguatkuasa, maka jumlahnya 110 pegawai. Ditambah lagi dengan polis dan RELA.
“Takkan masih tidak dapat membuat operasi besar-besaran untuk menangkap pelombong haram yang banyak cetuskan masalah ini?, katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, penguatkuasa juga boleh menggunakan alat seumpama ‘drone’ bagi mengesan kawasan yang terlibat, seperti yang digunakan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sebelum ini.

Pas kekal di Selangor jika kerjasama dengan PKR - Dr Shaharuddin

SHAH ALAM - Kerjasama politik antara PKR dan Pas perlu dikekalkan khususnya di Selangor dalam memastikan wakil rakyatnya terus kekal dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Naib Presiden PKR, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata hanya PKR satu-satunya parti pembangkang yang sentiasa terbuka untuk melakukan perundingan politik dengan Pas.
Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin "PKR mengadakan perjanjian dengan semua pihak, kerana kita merasakan penting untuk kita berdepan dengan Umno-BN, ia perlu dilakukan berdepan satu lawan satu.
"Kalau Pas nak terus bekerjasama dengan PKR, tak jadi masalah, tapi Pas ada tempat untuk melakukan perundingan," katanya kepada Sinar Online.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerjasama politik Pas dengan PKR boleh terputus jika PKR mengkhianati parti Islam itu.
Mohd Khairuddin berkata Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya, DAP di kawasan Pas.
Dalam pada itu, Shaharuddin juga berkata, Pas perlu kembali kepada prinsip ta'aun (bantu membantu) dan bukan semata-mata bersiang dalam politik.
"Tak timbul kalau kamu kerjasama dengan musuh kami, maka kamu dianggap musuh, kerana perlumbaan dan persaingan politik tidak berasaskan kepada Islam.
"Politik kita adalah politik kebajikan, politik dakwah, kita boleh bercakap, kita boleh berbincang dengan siapa saja," katanya lagi.

Mahfuz: Ubah suai bajet ringan beban rakyat atau kerajaan?

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan apakah pengubahsuaian Bajet 2016 akan dapat meringankan beban rakyat atau semata-mata meringankan beban kerajaan dan pemimpin negara.
"Apa yang dapat dilihat pengubahsuaian ini akan lebih menyelesaikan beban kerajaan untuk menampung kekurangan pendapatan negara.
 "Semakan bajet ini juga akan meringankan beban sakit kepala PM Najib dan anggota 'kabinet dapur' daripada menanggung beban berfikir untuk mencari sumber pendapatan bagi menguruskan negara," katanya pada kenyataan media hari ini.
Menurut Mahfuz, jika kerajaan sendiri menghadapi masalah mengurus negara kerana kurang pendapatan, rakyat pastinya lebih bermasalah kerana kekurangan pendapatan boleh guna akibat kenaikan kos sara hidup yang tinggi.
"Bayangkan bagaimana pekebun kecil dan penoreh getah dengan bergantung pendapatan pada harga getah RM1.80 satu kilogram dan pesawah padi bergantung pendapatan pada harga padi bersama subsidi RM1.50 sekilogram.
"Sedangkan harga beras RM2.20 sekilogram dan ikan kembung RM14.00 sekilogram. Pengubahsuaian bajet 2016 tidak bermakna kalau poket rakyat tak ada wang," ujarnya.
Sehubungan itu beliau sekali lagi mengulangi cadangan supaya jumlah anggota kabinet perdana menteri dikurangkan daripada 35 kepada 15 hingga 19 orang sahaja. Manakala jawatan penasihat dan Duta khas PM yang bertaraf Menteri dimansuhkan.

Menjadi 'robot' dengan dua tiga kerja sehari

Beberapa negara maju telah pun melaksanakan dasar pekerjaan lebih manusiawi dengan mengurangkan tempoh masa bekerja berbanding lapan jam seperti yang diamalkan sejak sekian lama.
Di Sweden, tahun lalu, dilaporkan bahawa negara itu meluluskan masa bekerja selama enam jam sehari. Keputusan itu dibuat berdasarkan kajian yang mendapati tempoh masa bekerja yang pendek menjadikan pekerja lebih gembira, peratusan berhenti kurang dan keuntungan syarikat naik sehingga 25 peratus.
 Namun, banyak negara-negara lain, terutama negara membangun, masih mengekalkan tempoh bekerja yang panjang. Di Malaysia, masa bekerja secara rasmi masih ditetapkan selama lapan jam. Ini tidak termasuk kerja lebih masa yang memakan masa 10 jam atau dalam sesetengah kes sehingga 12 jam sehari.
Di negara kita, perjuangan kesatuan sekerja untuk menuntut masa bekerja enam jam bukan merupakan perkara baru. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) misalnya telah membangkitkan desakan itu sejak 15 tahun lalu.
Dalam kenyataan Oktober tahun lalu, presidennya Mohd Khalid Atan sekali lagi menyatakan sokongan MTUC sekiranya kerajaan dan majikan berhasrat berbuat demikian. Menurut Mohd Khalid, tuntutan mengurangkan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 40 jam seminggu adalah demi kebaikan pekerja di negara ini, terutamanya dari aspek kesihatan.
Malangnya, saranan itu nampaknya tidak disambut sama ada oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Ketika cadangan seumpama itu tidak mendapat reaksi, ada pula timbalan menteri mencadangkan supaya orang ramai melakukan dua atau tiga pekerjaan sehari.
Bayangkan, jika masa yang diambil bagi satu jenis pekerjaan adalah antara lapan hingga 10 jam sehari, berapa banyakkah pula masa yang dihabiskan untuk melakukan dua atau tiga kerja?
Masalah sosial
Kebanyakan ibu bapa moden menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja berbanding waktu bersama keluarga di rumah dengan keluar bekerja awal pagi dan balik pula selepas malam menjelang.
Ini tidak termasuk masa yang terbuang di atas jalan raya menuju ke tempat kerja dan masa yang diambil untuk pulang semula ke rumah. Sudahlah penat bekerja, terpaksa pula mengharungi kesesakan lalulintas yang menyakitkan hati.
Bila sampai ke rumah, anak sudah tidur atau hanya sempat bersua muka untuk seketika waktu. Jika nasib tidak baik, mungkin tidak dapat bertemu anak-anak dalam tempoh beberapa hari.
Tidak seperti dahulu, kualiti masa bersama keluarga dan anak-anak kini semakin terhad. Tumpuan kepada anak-anak hanya biasanya diberikan pada hujung minggu. Dalam kes lebih menyedihkan, ada anak-anak yang merasa terabai kerana ibu bapa lebih mementingkan kerja. Keadaan ini akhirnya mewujudkan masalah-masalah lain seperti peningkatan masalah sosial.
Tempoh masa bekerja yang panjang, tekanan di tempat kerja dan ditambah pula dengan persekitaran yang tidak membantu, maka tidak menghairankan sekiranya golongan pekerja di negara ini hidup dalam keadaan tertekan.
Barangkali sebab itulah, negara seperti Belanda tersenarai sebagai negara paling bahagia di dunia. Salah satu sebabnya adalah struktur pekerjaan di negara itu yang lebih fleksibel dan tidak membebankan.
Memetik laporan majalah The Economist tahun lalu, sebanyak 26.8 peratus lelaki dan 76.6 peratus wanita Belanda menghabiskan waktu bekerja kurang daripada 36 jam seminggu atau purata kira-kira lima jam sehari.
Produktiviti menurun?

Khidmat kesihatan swasta terjejas akibat kejatuhan ringgit, GST

Pakar jantung Tan Sri Dr Ridzwan Bakar berkata bilangan pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta turun 10% sejak April lalu, apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mula dikuatkuasakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 20 Januari, 2016.Pakar jantung Tan Sri Dr Ridzwan Bakar berkata bilangan pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta turun 10% sejak April lalu, apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mula dikuatkuasakan.
Perkhidmatan kesihatan swasta, pilihan utama bagi yang mampu, dilaporkan melihat kejatuhan bilangan pesakit, dengan pengamal perubatan berkata ia trend akibat peningkatan kos sara hidup serta kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menjadikan rawatan tertentu lebih mahal. Pakar jantung Tan Sri Dr Ridzwan Bakar di hospital swasta Kuala Lumpur berkata, sesetengah pesakitnya sudah beralih ke hospital awam.
Beliau melihat kejatuhan 10% dalam kemasukan ke hospital swasta sejak April tahun lepas, apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mula dikuatkuasakan.

"Saya rasa ini penemuan umum hampir semua doktor yang bekerja di hospital swasta dalam kawasan Lembah Klang," kata pakar jantung berpengalaman selama 30 tahun bersama pusat kesihatan swasta kepada The Malaysian Insider. "Kejatuhan itu kekal sehingga hujung tahun lepas," kata bekas presiden Persatuan Hospital Swasta (APHM) itu.
"Orang ramai semakin kurang pendapatan boleh guna," kata seorang lagi profesional industri, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Ashok Philip.
"Kita ada GST, ekonomi tidak begitu memberangsangkan, nilai ringgit merudum, dan keadaan semasa tidak menentu."
Sehubungan kejatuhan ini, angka mereka yang mendapatkan rawatan di hospital awam dilihat meningkat.
Khaidmat kesihatan awam di Malaysia hampir percuma atau yuran subsidi dikenakan bagi rawatan tertentu, walaupun pesakit perlu menunggu lebih lama berbanding hospital swasta.
"Rakan sekerja saya di hospital awam melihat peningkatan 25% dalam angka kemasukan ke hospital awam, mungkin terdapat pesakit yang beralih daripada sektor swasta ke awam," kata Dr Ridzwan.
Dr Ashok juga bersetuju dengannya.
"Jumlah pesakit luar di klinik swasta dan hospital sudah merudum. Ini kerana rawatan pesakit luar di klinik kerajaan hampir percuma," kata presiden MMA itu.

Nurul Izzah: Pastikan satu lawan satu hadapi BN

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengingatkan barisan pembangkang bahawa rakyat negara ini mahukan parti pembangkang yang bersatu untuk menentang BN.
Menurutnya, prinsip satu lawan satu yang diamalkan pembangkang sejak dulu perlu diteruskan untuk pilihan raya-pilihan raya akan datang.
Nurul Izzah“Seperti biasa, kita sebagai sebuah parti…KEADILAN yang menyedari bahawa hanya satu sahaja cara untuk melawan BN. Iaitu dengan perlawanan satu lawan satu.
“Jadi, kita teruskan dengan prinsip itu. Saya harap semua pihak mengambil hemat dan teruskan usaha kita kerana rakyat mahukan pembangkang yang bersatu,” katanya dipetik Sinar Online.
Katanya, pertemuan antara pimpinan PKR dengan PAS berlaku secara informal dari semasa ke semasa.
Sementara ketika diminta mengulas soal pengaruh BN di kawasan luar bandar di Sarawak, Nurul Izzah yang juga Pengarah Pilihan raya KEADILAN mengakui Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem merupakan faktor utama prestasi BN baik di negeri tersebut.
“Secara umum kita ketahui dari segi populariti Tan Sri Adenan menikmati ‘badawi effect’ kerana penggantian beliau selepas Taib Mahmud (bekas Ketua Menteri Sarawak) mencatatkan 76 peratus populariti.
“Itu tidak bermaksud kita alpa, gusar dan tidak meletakkan harapan tinggi. Kita teruskan usaha kita mencari melalui sumbangan dan sebagainya tapi kita juga pragmatis dengan mengetahui bahawa Tan Sri Adenan merupakan faktor utama prestasi BN yang lebih baik di Sarawak,” katanya.
Katanya, KEADILAN akan bekerja keras di Sarawak dan menawarkan calon terbaik bagi melahirkan suara rakyatnya dalam pilihan raya negeri itu.

Pas, Umno masih mempunyai pengundi Melayu terbesar

Pakatan Harapan khususnya Amanah dijangka melalui laluan sukar untuk mengekalkan sokongan pengundi Melayu kepada mereka susulan majoritinya merupakan penyokong tradisi Pas dan Umno.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata dasar Pakatan Harapan yang tidak jelas tidak membantu untuk meyakinkan pengundi Melayu terhadap mereka.
Umno Pas Beliau berkata, sokongan orang Melayu khususnya di luar bandar yang menjadi kubu kuat Pas dan Umno mungkin berubah sekiranya mereka sendiri menolak parti pra-kemerdekaan itu.
"Mustahil Pakatan Harapan dapat sokongan Melayu secara total orang Melayu ramai di kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang masih dikuasai oleh Umno dan Pas.
"Saya tidak fikir mereka sudah sampai ke tahap itu, kerana Umno dan Pas itu kuat kerana ada pengundi tradisinya," katanya kepada Sinar Online.
Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa juga berkata, Pakatan Harapan hanya mampu meraih sokongan undi Melayu di bandar dan pinggir bandar yang terdiri daripada Melayu liberal dan dalam kelas pertengahan.
Saya fikir barangkali pembangkang hanya boleh dapat sokongan orang Melayu yang selama ini menolak Umno.
"Itu barangkali dapat tapi tidak 100 peratus..tapi orang Melayu yang besarnya dalam Pas dan Umno, itu saya tak fikir mereka boleh tarik (sokongan)," jelasnya.
Beliau berkata lagi, keupayaan parti serpihan Pas, atau Amanah masih belum teruji dalam pilihan raya lagi dan kekuatannya untuk mengambil alih peranan Umno dalam kawasan kubu kuatnya masih diragui.
"Bolehkah Amanah mengambil alih peranan Umno di Johor? Tak mungkin..di Kelantan, bolehkah Amanah ambil alih peranan Umno di Kelantan? Saya ingat sukar.
"Amanah sendiri bergantung kepada pengundi bukan Melayu dan sebahagian pengundi Melayu bandar atau kawasan campuran di mana pengundi bukan Melayu besar," katanya.
Sementara itu, penganalisis politik Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin pula tidak menafikan kelebihan Pas mempunyai pengundi Melayu tradisi yang besar selepas Umno.
Bagaimanapun beliau berkata Pas perlu memilih untuk berpihak sama ada kepada Umno atau Pakatan Harapan jika tidak mahu kehilangan sokongan itu menjelang PRU14 akan datang.

Dr Agus: Salahkah saya menyokong TPP?

PADA 5 Oktober 2015, rundingan TPP dimuktamadkan di Atlanta AS. Pada 5 November 2015, teks TPP didedahkan kepada umum. Dan pada 3 Disember 2015, kajian kes manfaat TPP didedahkan kepada umum.

Teks lengkap TPP mengandungi 6350 halaman dan 4 annexes. Sejak pendedahan lengkap dokumen TPP, masih ramai rakyat yang sangsi dengan TPP ini, masih ramai yang tidak bersetuju dan membantahnya.

Alasan mereka ialah:

i. TPP sama macam GST yang akhirnya mungkin baik untuk pendapatan negara, tetapi membebankan rakyat.

ii. Kos perubatan naik kesan kawalan terhadap paten dan akses kepada ubatan generik.

iii. Hasil eksport berkurangan kerana cukai eksport dimansuh.

iv. Syarikat kewangan asing bakal menguasai pasaran kewangan negara kerana mempunyai modal yang lebih besar.

v. Tenaga buruh dibanjiri oleh kepakaran luar dan tidak ada pemindahan teknologi

vi. Syarikat Bumiputera tidak mendapat apa-apa lagi kerana terpaksa bersaing dengan syarikat luar.

vii. Harta intelek dan akta hakcipta yang terlalu lama menghalang kreativiti dan inovasi rakyat.

viii. Undang-undang tempatan bakal runtuh apabila syarikat asing bebas memilih untuk dibicarakan di tribunal antarabangsa, bukan dengan undang-undang tempatan.

ix. Harga kereta, harga rumah dan kos barangan akan meningkat.

Saya juga dahulunya mempunyai sangkaan yang sedemikian. Bagaimana sekarang setelah meneliti dokumen TPP?

Bagaimana dengan kos ubat selepas TPP? Hal ini dinyatakan dalam Bab 18 Intellectual Property Rights.

Hasil semakan mendapati TPP memastikan akses perkhidmatan kesihatan dan ubatan pada harga berpatutan diteruskan.

Undang-undang negara memperuntukkan paten selama 20 tahun.

Penyertaan TPP tidak mengubah tempoh dan ciri-iri utama dasar perlindungan paten sedia ada. Ini bermakna ubat generik sedia ada juga boleh diteruskan.

Artikel 18.6(1a): Understandings Regarding Certain Public Health Measures menyatakan setiap negara yang menandatangani perjanjian ini mempunyai hak untuk menjaga dan melindungi kesihatan rakyatnya.

“(a) The obligations of this Chapter do not and should not prevent a Party from taking measures to protect public health. Accordingly, while reiterating their commitment to this Chapter, the Parties affirm that this Chapter can and should be interpreted and implemented in a manner supportive of each Party’s right to protect public health and, in particular, to promote access to medicines for all. Each Party has the right to determine what constitutes a national emergency or other circumstances of extreme urgency, it being understood that public health crises, including those relating to HIV/AIDS, tuberculosis, malaria and other epidemics, can represent a national emergency or other circumstances of extreme urgency.”

Bagaimana dengan kemudahan pelajar untuk salin foto buku? Artikel 18.66 TPP tidak menghalang hal ini selagi mana tujuan salin foto tersebut adalah untuk tujuan mengajar, penyelidikan dan belajar.