Selasa, 19 Januari 2016

Ku Samun, Ku Samun... Barulah Penyamun..

Rizab Antarabangsa Bank Negara M'sia SUSUT dah tinggal USD95.3 bilion sahaja... berbanding paling tinggi yg pernah dicatatkan adalah sbyk USD141 bilion..

JANGAN RISAU.. Cukai GST dari rakyat KAN ADO !!!

Charles Santiago cabar Mustapha jawab 15 persoalan TTPA

charles-santiago-parlimen (Custom)
PETALING JAYA 19 JAN: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menjawab 15 soalan berbangkit mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
“Saya akan mengajukan lima soalan sehari, sebanyak 15 soalan akan diajukan untuk tiga hari berikutnya kepada Mustapha,” katanya yang turut mengajak Mustapha berdebat mengenai persoalan berkenaan.
Ia berikutan, beliau pada sidang media di Pejabat DAP Selangor di sini, hari ini, berkata percanggahan kenyataan beberapa negera yang menyertai perjanjian berkenaan mengundang kekeliruan rakyat.
Antaranya, katanya, tempoh paten farmaseutikal yang dinyatakan Mustapha ialah lima tahun tetapi ia bercanggah dengan kenyataan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan tempoh paten biologi itu dilindungi selama lapan tahun.
“Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan negara terlibat berbincang mengenainya selama lima tahun? Adakah kerajaan membangkitkan isu ini dalam proses pembentukan perundangan?
“Bagaimana kerajaan dapat menyelesaikan kekeliruan ini? Adakah Malaysia akan mengubah komitmen terhadap perjanjian itu dari lima tahun ke lapan tahun jika didesak AS?” katanya.
Malah, Charles berkata, Perdana Menteri New Zealand, John Key menyatakan harga ubat akan melambung tinggi jika TPPA dilaksanakan, berbeza dengan kenyataan Mustapha yang mendakwa harga ubat bergantung kepada nilai mata wang.

Restoran makanan segera didakwa halang anak gelandangan makan....

Restoran makanan segera di KLCC didakwa membatalkan program yang membabitkan anak gelandangan tanpa alasan yang kukuh.
yu
Sebuah restoran makanan segera di KLCC didakwa membatalkan satu program kebajikan yang membabitkan pemberian makanan kepada anak gelandangan.
Kesal dengan perkara itu seorang individu yang hanya dikenali sebagai Shahrul unclebj mendakwa, pengurusan restoran makanan segera terbabit menarik balik kebenaran dan pemberian diskaun yang diberikan sebelum ini.
Katanya, program itu yang diadakan pada Sabtu lalu, dibatalkan tanpa sebarang alasan meskipun pihaknya mahu membayar sepenuhnya makanan yang hendak disajikan kepada anak gelandangan berkenaan.
“Di dalam perbincangan mereka telah bersetuju membenarkan kami membuat program di sana. Hari ini mereka menolak permintaan kita. Salahkan mereka anak gelandangan ini yang tidak berdosa mahu merasakan makan di restoran makanan segera ini di KLCC?
“Adakah mereka ini terlampau hina di sisi rakyat. Jijikkah mereka pada pandangan pengurusan restoran makanan segera ini di KLCC?
“Kami berbincang agar membayar makanan mereka tanpa diskaun tetapi mereka tetap menolak juga. Pihak pengurusan restoran makanan segera ini di KLCC tidak membenarkan mereka membeli makanan seperti rakyat biasa,” tulisnya di Facebook rasmi restoran makanan segera terbabit.
Menurut Shahrul lagi, dia yang kesal kerana tidak dapat merealisasikan impian anak gelandangan itu hanya mampu berserah kepada suratan takdir.

Sampai bila mahu tuding jari kepada kaum lain atas kelemahan sendiri?


image (Custom)
YELLOWMANIA anjuran Bersih 2.0 baru sahaja melabuhkan tirai selepas lima hari berkampung di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pada minggu lalu. Acara kemuncak Yellow Mania merupakan Yell-O Sound Gig yang dikemudi oleh Adam Adli. Gig itu menampilkan rapper Edry Orpheus, beberapa band tempatan seperti Panklima, Sons of the Soil dan The BangsArt serta penyajak Pyan Habib dan Rahmat Haron.
Persembahan terakhir yang ditonton oleh saya dan rakan-rakan adalah Rahmat Haron ft. Duri. Ya, Rahmat Haron adalah sebab utama kami berdua setia berada di Yell-O Sound Gig dari awal hingga ke akhir. Perkara yang paling melucukan sebaik sahaja Rahmat Haron turun dari pentas utama, kami berdua terus bergegas keluar dari KLSCAH dan berlari ke Stesen Monorel Maharajalela.
Berdasarkan skrin yang tertera di stesen, monorel seterusnya akan tiba dalam masa tiga minit. Ketika menunggu monorel tiba, polis bantuan yang bertugas memberitahu kami bahawa tiada lagi monorel yang akan tiba dari KL Sentral memandangkan jam sudah 11.45 malam.
Jam hampir menginjak 12 tengah malam. Saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan Grabcar. Berdasarkan pengalaman, Grabcar jauh lebih murah dan selamat berbanding dengan teksi kerana aplikasi Grabcar akan memaparkan wajah dan nama pemandu beserta dengan nombor plat kereta.
Jika terjadi apa-apa di luar jangkaan, sekurang-kurangnya saya mempunyai beberapa maklumat mengenai pemandu Grabcar dan dapat memudahkan polis mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sepanjang perjalanan dari KLSCAH ke Pandan Jaya yang memakan masa lebih kurang 15 minit, saya dan pemandu itu sempat berbual dan berkongsi beberapa perkara. Saya memulakan perbulan pada malam tersebut dengan “Grabcar ni you buat full-time atau part time?” dan beliau menjawab “Buat part time maa.”
Oh, perbualan kami tidak berakhir di situ.
“Buat part time maa. Full time kerja siang. Malam I buat Grabcar. Duit sekarang kecil. Nilai kecil. Harga barang semua naik. Gaji maintain, tak naik. I Cina. Susah sikit la. Kena banyak usaha. Kena usaha lebih la. Anak dua orang. Dua-dua sekolah. Nasib baik isteri kerja juga. Boleh la. Cukup-cukup makan.”
Saya terdiam.
“You tinggal mana?”
“I tinggal Kepong. Baru tiga hari buat Grabcar. You customer kelima I malam ni. So far so good la. Kena korban sikit la. Rehat dan anak-anak (waktu rehat dan masa bersama anak-anak pada waktu malam).”
Pertama adalah tentang kenaikan harga barang. Saya, yang masih bujang dan bergaji RM2,000 sahaja tidak mampu untuk menafikan kata-kata beliau. Jika pada hari ini, saya sendiri begitu terkesan dengan kenaikan harga barang, tambang pengakutan awam seperti LRT dan monorel (setiap hari menggunakan LRT dan monorel ke tempat kerja) dan pelbagai lagi kenaikan, bagaimana pula dengan beliau yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah?
Sudah pasti perbelanjaannya lebih besar berbanding dengan saya – yuran sekolah, buku sekolah, duit belanja harian anak-anak dan lain-lain lagi. Jadi, beliau menyahut seruan Datuk Ahmad Maslan iaitu melakukan dua kerja sebagai penyelesaian untuk meneruskan kelangsungan hidup pada waktu nilai mata wang Ringgit yang semakin mengecil.
Perkara kedua yang sangat menarik perhatian saya apabila beliau mengatakan “I Cina. Susah sikit la. Kena banyak usaha. Kena usaha lebih la.” Tipulah kalau saya katakan saya langsung tidak terkesan dengan kata-kata beliau. Beliau seolah-olah cuba menyampaikan kepada saya bahawa bangsa Cina sangat terpinggir di tanah tumpah darah sendiri.

Selangor haramkan perlombongan bauksit

PKR di majlis Amanah, mengapa PAS 'buat bising'

Bauksit: Bimbang Jadi Seperti Lembah Kinta

Majlis Presiden yang tentukan semua keputusan, kata Khalid

Bantah TPP: Polis Cadang Padang Merbok

Saifuddin Abdullah: Bagaimana Kita Mencerakinkan Maksud Perpaduan Yang Kita Percaya?

Muhammad Taib: Adakah Memperjuangkan Nasib Melayu, Bumiputra Yang Ketinggalan?

Amidi Abdul Manan: Masyarakat Malaysia Masyarakat Majmuk, Macam Mana Kita Nak Aplikasikan Ini?

Muhammad Taib: Macam Mana Kita Boleh Keluar Daripada Krisis Ekonomi & Politik?

Kamaluddin Jaafar: Apakah Sebenarnya Punca Krisis Yang Sedang Berlaku Pada Negara Ini?

Saifuddin Abdullah: Macam Mana Kita Nak Pecahkan Propaganda & Sentimen Yang Dibuat Oleh UMNO BN?

Amidi Abdul Manan: Kalau Orang Muda Yang Kaya Dengan Idealisme, Inlah Partinya

Kamaluddin Jaafar: Pakatan Harapan Adalah Reality Dalam Politik Malaysia Yang Kita Mesti Terima

Muhammad Taib: Rakyat Sekarang "Very Angry"

Saifuddin Abdullah: Kita Kena Ubah Sistem Itu Menjadi Sistem Di Mana Tanpa Mengira Agama & Kaum

Lupakah UMNO saranan Onn Jaafar ketika mula diasaskan?


DATO ONN JAAFAR MEMBERIKAN UCAPAN TERAKHIR SEMASA PENYERAHAN PUCUK PIMPINAN KEPADA TUNKU ABDUL RAHMAN PADA 23 OGOS 1951 DI ROOF GARDEN, HOTEL MAJESTIC, KUALA LUMPUR. TURUT KELIHATAN KETUA KAUM IBU, HAJAH ZAINON SULAIMAN DAN KETUA PEMUDA TUN HUSSEIN ONN







SCAN DARI BUKU MUAFAKAT UMNO JOHOR



NOTA

TERBITAN

UTUSAN MALAYSIA

1 DISEMBER 2011

KHAMIS

MUKA 2



***archived by MHM
KUALA LUMPUR 19 JAN: UMNO mungkin mampu mempertahan demokrasi di negara ini jika parti itu membuka keahliannya kepada semua kaum, sebagaimana saranan pengasasnya, Datuk Onn Jaafar, 66 tahun lalu.
Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata masyarakat bukan Melayu belum tentu menyertai UMNO, melainkan parti berkenaan menukar budaya politik dari berasas perkauman kepada bercitra Malaysia.
Untuk itu, beliau berkata, UMNO perlu melalui dua transformasi politik jika mahu terus relevan di mata rakyat Malaysia dengan menjadi parti politik untuk seluruh rakyat, bukan hanya orang Melayu.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, UMNO juga perlu menjuarai isu rakyat khususnya dalam kalangan orang Melayu berpendapatan rendah dan bukannya tertumpu kepada ‘UMNO-putra’.
“Bagaimana sesebuah negara diterajui oleh Perdana Menteri yang partinya sendiri hanya perjuangkan isu satu kaum sahaja, malah dilihat menyaingi kaum lain?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Mengenai kenyataan bekas Menteri Komunikasi Media Datuk Shabery Cheek yang menyatakan bukan mudah untuk UMNO membuka keahliannya kepada bukan Melayu, Kit Siang berkata: “Kata Shabery betul, tapi adakah beliau akan berhenti makan durian walaupun ia sukar dibuka?”

PKR berhak hadiri acara AMANAH

Johari Abdul berkata tidak ada perjanjian antara kedua parti yang mampu menghalang PKR dari menghadiri acara AMANAH
amanah-kelantan
PETALING JAYA: Tidak ada perjanjian antara PKR dan PAS yang mampu menghalang parti reformasi itu daripada menghadiri parti musuh PAS, kata pemimpin dan juga Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amaran PAS kepada pimpinan PKR supaya tidak menghadiri acara AMANAH yang diadakan di Kelantan.
“Tidak ada perjanjian antara PAS dan PKR kerana kita ada perjanjian lain dengan Pakatan Harapan. Kita hormat pandangan parti masing-masing maka sebab itu kita tidak berkata apa-apa ketika PAS menemui UMNO, kerana itu hak mereka.
“Kita hormati PAS dan dalam masa yang sama, kita ambil inisiatif untuk menghadiri acara parti lain,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR.
Johari juga mengingatkan PAS bahawa PKR tidak terikat dengan parti Islam itu selagi mereka tidak menyertai perbincangan Pakatan Harapan.
“Mari duduk bersama dan bincang. Jika kamu tidak datang bermakna kamu tidak bersedia dan selagi kamu tidak bersedia, kita tidak terikat,” kata Johari.

Pas Kelantan nafi campur urusan PKR, Amanah

Che Abdullah Mat Nawi
KOTA BHARU - Pas Kelantan hari ini menegaskan parti itu tidak pernah mencampuri urusan antara PKR dengan Parti Amanah Rakyat (Amanah)  dalam Pakatan Harapan.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli baru-baru ini adalah untuk menzahirkan rasa dukacita parti terhadap penyertaan PKR dalam majlis anjuran Amanah di Kelantan sahaja.
"Kami rasa tak campur apa-apa. Kami sebut perasaan (dukacita) dan apa yang menjadi kebimbangan kami, terutama perasaan anggota parti di peringkat akar umbi apabila mereka melihat bagaimana PKR yang ada tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Pas, sama-sama membentuk kerajaan di Kelantan, tiba-tiba berada atas pentas Amanah yang nak jatuhkan kerajaan (Pas) Kelantan.
"Kami tak boleh halang (PKR nak buat majlis di Kelantan), cuma kami rasa dukacita bila (PKR) buat majlis bersama dengan Amanah di Kelantan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian usahasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan bersama-sama Jalur Saujana Sdn Bhd dan ICT Incubator Centre Sdn Bhd di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

DAP soal SPRM: RM2.6b atau RM4b?

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mendedahkan sama ada jika dakwaan bahawa RM4 bilion telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah benar.
Dalam membuat tuntutan itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, SPRM tidak perlu berdolak-dalih menjawap soalan berkenaan.
Katanya, suruhanjaya itu juga perlu mendedahkan sama ada ia mengesyorkan sebarang dakwaan diambil ke atas Najib berhubung dengan dana RM42 juta daripada SRC International yang dipindahkan ke dalam akaun perdana menteri.
"Dan jika ya, berapa (dakwaan)?" soalnya dalam satu kenyataan media.
Semalam, SPRM menafikan artikel Sarawak Report yang melaporkan agensi itu melengkapkan siasatan berhubung isu berkenaan yang didakwa mengandungi tidak kurang daripada 37 tuduhan berasingan terhadap perdana menteri dan kemudiannya diserahkan kepada Apandi.
Kebetulan, Apandi dalam kenyataannya berkata kertas siasatan mengenai kes itu dihantar semula kepada SPRM untuk penjelasan lanjut.
Siasatan itu menjadi perhatian pada Julai tahun lalu apabila The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan dana berjumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun persendirian Najib.
Najib kemudian menafikan sebarang salah laku, malah menjelaskan wang berkenaan adalah "derma" daripada pihak tertentu di Timur Tengah.
Beliau juga berulang kali menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan berkata dakwaan itu bermotifkan politik oleh mereka yang berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Putar belit fakta mahkamah, Guan Eng pertimbang saman Tantawi

KUALA LUMPUR 18 JAN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan teragak-agak

untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan at-Tantawi jika memutar belit penyelesaian damai kes saman fitnah itu.

Pegawai Khas Undang-undang kepada Lim Guan Eng, Raja Syarafina Raja Shuib, berkata beliau dan ramai lagi terkilan berikutan Nasrudin menulis rencana berkaitan hal itu bertajuk ‘Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah’.

Beliau berkata, Nasrudin sama ada dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan kerana memutar belit dan memperlekeh kebenaran seolah-olah menegakkan benang yang basah apabila menulis rencana itu.

“Jika Nasrudin yakin artikel asal bukan fitnah terhadap Guan Eng mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada Ketua Menteri?

“Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta,” katanya pada kenyataan media hari ini, berikutan tindakan Nasrudin semalam yang menulis rencana berkenaan selepas proses penyelesaian damai dicapai.

Sebelum ini, Guan Eng mengambil tindakan saman terhadap Nasrudin berikutan tulisan Ketua Penerangan PAS Pusat itu bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ yang dimuat naik ke facebook pada 6 Ogos 2014.

Kerajaan lupus saman AES, saman jangan dibayar, kata ProtAES


Pengerusi ProtAES Zulhazmi ShariffPengerusi ProtAES Zulhazmi ShariffDesakan Sekretariat Protes AES (ProtAES)  kepada  Kementerian Pengangkutan  supaya  semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan sejak September 2012 hingga kini di batalkan dan  dilupuskan, kata Pengerusinya Zulhazmi Shariff.
Beliau berkata, saman  AES  tidak perlu dibayar tetapi individu yang disaman perlu ke mahkamah sedangkan tidak dinyatakan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 bahawa saman atau kompaun itu wajib dibayar.
“Saya menyeru dan mengajak semua pengguna jalan raya yang menerima saman AES sejak September 2012 sehingga hari ini yang masih belum membuat bayaran agar tidak membuat bayaran saman-saman yang diterima.
“Saya menegaskan bahawa saman tidak diperlu dijelaskan. Tiada sebarang peruntukkan mewajibkan saman dijelaskan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pengumuman Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa kerajaan akan melaksanakan semula AES dan sistem pemberian mata demerit kesalahan jalan raya (Kejara) secara serentak selewat-lewatnya Mac ini.
Beliau berkata, pelaksanaan dua sistem tersebut adalah sebagai usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Melalui sistem Kejara, penggunaan demerit akan diguna pakai iaitu apabila pemandu ditahan, pihak berkuasa akan menolak mata.

Cabaran Pakatan Harapan

Oleh A Shukur Harun
Seluruh ahli dan penyokong PKR, DAP dan Amanah perlu mengambil perhatian kenyataan Presiden  Parti Amanah Mohamad Sabu, hanya Pakatan Harapan yang akan berdepan dengan Umno/BN dalam pilihan raya akan datang."Bukan yang lain," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Amanah Negeri Selangor di Shah Alam, Jumaat lalu.
"Walaupun pakatan pembangkang ini baru ditubuhkan, Pakatan Harapan terpaksa membuat persediaan yang cukup dengan memperkukuh organisasi untuk berdepan dengan Umno/BN,” katanya.
Bagi pendukung Amanah, kata Mat Sabu mestilah bekerja kuat untuk memperbanyak ahli di semua peringkat dengan mendekati masyarakat pelbagai kaum dan agama di desa dan di kota. "Jangan sehari pun berehat, melainkan bekerja keras memperkukuh Amanah, yang sudah dianggap umum sebagai parti yang paling cepat berkembang," katanya.
Memang benar ia berkembang pesat di Kelantan, Johor, Perak, Kedah, Selangor dan negeri lain.
Malam itu, Mat Sabu kelihatan sangat ceria, tidak menggambarkan keletihannya, walaupun menjelajah dari satu negeri ke satu negeri untuk menghadiri pelbagai program di seluruh negara.
Beliau menceritakan bagaimana beliau dan pimpinan Amanah yang lain menghadapi fitnah berterusan pelbagai pihak, terutama mereka yang meniupkan perkauman dan anti DAP.
Namun, katanya, pimpinan Amanah dan pendukungnya terus komited untuk membela rakyat merentasi batas kaum dan agama. Lebih-lebih lagi kini dalam keadaan negara menghadapi kemelut ekonomi, ramai rakyat miskin tidak mampu membeli barangan makanan kerana harganya yang mahal dan duit Malaysia semakin merosot nilainya.
Majlis pada malam itu turut dihadiri Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh, pemimpin DAP yang lain serta pemimpin PKR. Penubuhan Amanah peringkat negeri Selangor mempunyai makna tersendiri, terutama memandangkan Selangor negeri muli-racial yang unik, terkaya di Malaysia dan politiknya dalam keadaan yang penuh tanda tanya justeru masih ada yang berkhayal “Pakatan Rakyat” masih hidup. Sedangkan yang wujud sekarang ialah Pakatan Harapan.
Maka di sinilah Amanah, khususnya di Selangor pimpinan Izham Hashim dituntut kebijaksanaan dan ketabahan mereka untuk menghadapi hal ini.
Saya kira, Izham, Shaari Sungib dan pimpinan Amanah Selangor yang baru dipilih secara rasmi – dengan pengalaman dan kematangan mereka mengenai politik negeri Selangor berkemampuan mendepani politik Selangor ini. Rakyat Selangor sedang memerhatikan pergolakan ini. Maka tentulah mereka akan menilai kemampuan Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU akan datang.
Sementara itu, Izham dalam ucapannya berikrar 10 ahli PBT daripada Amanah Selangor akan bekerja keras untuk membela rakyat semua kaum.
"Petugas Amanah, di mana-mana pun, sangat peduli rakyat, maka kebajikan rakyat agenda utama. Tidak sehari pun pendukung Amanah melupakan rakyat," katanya.
Sementara itu dalam suasana yang sangat menekan di mana elemen perkauman sentiasa ditiupkan golongan tertentu untuk kepentingan politik mereka, maka saya kira Amanah perlu melipatgandakan usahanya untuk memberi penerangan kepada semua rakyat, khususnya di luar bandar, di mana elemen perkauman dilihat menjadi tempat subur untuk ia berkembang.
Dalam masa yang sama, sesetengah golongan generasi lama sendiri – walaupun ada yang menetap di bandar masih ada terpengaruh dengan fahaman perkauman ini.

Jangan Permain Harapan Rakyat

Oleh A Kadir Jasin
KITA berada dalam satu keadaan di mana setiap hari yang berlalu membawa lebih banyak penderitaan kepada rakyat jelata.Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak telah hilang kewibawaan dan autoriti moral untuk memerintah.
Mandat yang diberikan kepada Barisan Nasional pada 5 Mei 2013 sudah tidak bermakna lagi kerana telah dipenyumbaleweng (pervert) oleh Mohd Najib dan konco-konconya.
Tetapi beliau akan terus memerintah walaupun tahu akibatnya kepada negara dan rakyat jelata. Untuk kelangsungan politik, beliau sanggup menggunakan cara-cara yang tidak demokratik. Beliau bukan tidak tahu bahawa tidak ada siapa lagi, kecuali pemakan dedak, yang menyokong beliau secara tersurat. Secara tersirat hanya Allah Taala saja yang tahu.
Yang kita baca dalam media sosial, ada di kalangan pemakan dedak yang sudah goyang pendirian dan beralih taat setia. Kononnya sungai wang makin kering dan keberkesanan mereka sedang dipersoalkan oleh pemberi dedak.
Perdana Menteri dan jentera propaganda beliau mendakwa skandal perniagaan atas angin 1MDB sudah selesai apabila dua aset utamanya – penjana elektrik bebas (IPP) dan Bandar Malaysia - dijual kepada pemodal Negeri China.
Tetapi, sejak 4 Januari lalu, apabila Bursa Malaysia dibuka untuk tahun baru 2016, ia jatuh 3.53 peratus dalam masa sembilan hari perniagaan. Hari ini ia jatuh 0.36 peratus lagi.
Menurut majalah The Economist, antara 31 Disember 2014 hingga 6 Januari lalu, Bursa Malaysia jatuh 5.3 peratus dalam nilai ringgit dan 24.6 peratus dalam nilai dolar Amerika.
Keyakinan Terus Merudum
Di kalangan pelabur, penganalisis pasaran dan agensi penarafan naik turun pasaran saham adalah ukuran keyakinan pemodal terhadap sesuatu perkembangan penting.
Kita tolak sebelah faktor luar kerana semua pasaran saham terdedah kepada perkembangan peringkat antarabangsa. Kejatuhan berterusan Bursa Malaysia membayangkan penolakan pemodal terhadap penyelesaian skandal 1MDB dan kurang keyakinan kepada pemerintahan Mohd Najib.
Tidak cukup dengan penolakan pasaran saham, Mohd Najib menderita tamparan mutakhir apabila agensi penarafan antarabangsa Standard&Poor telah menyemak turun penarafan ekonomi Malaysia daripada positif kepada stabil.
Pada aras stabil, kerajaan terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi jika ia meminjam. Dalam keadaan di mana pendapatan kerajaan semakin berkurangan akibat kejatuhan berterusan harga minyak mentah, Perbendaharaan mungkin terpaksa berhutang.
Dasar fiskal Mohd Najib, khususnya penghapusan subsidi dan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), adalah bertujuan, antara lain, mengambil hati agensi penarafan antarabangsa agar tidak merendahkan penarafan Malaysia. Yang sebaliknya berlaku. Rakyat jelata menderita, penarafan Malaysia jatuh juga.

Siapa manja, mahasiswa atau menteri?

Oleh Nik Aziz Afiq Abdul
Sebenarnya malas sangat nak ulas mengenai isu ini. Tapi rasa menyampah yang meluap melihat tohmahan demi tohmahan negatif dilempar pada golongan mahasiswa mahasiswi baru-baru ini, lantaran hebah berita mereka "sengkek" dan makan ala kadar.
Memang lumrah manusia cetek akal lagi defensif, bila tak reti menjawab isu, maka isu itu dialihkan dengan menghentam, bukannya memikirkan solusi.

Isunya mahasiswa kelaparan, tetapi di samping memberikan solusi atau sekurang-kurangnya adakan perbincangan, maka melemparkan label negatif lebih mudah, lebih sensasi dan lebih jimat fulus.
Satu budaya tidak sihat turun temurun, asal tegur, kritik dan nasihat maka terus dilabel manja, mengada-ngada, bajet pandai, tak bersyukur dan pelbagai lagi. Bukannya difikir apa yang disuarakan tapi menghentam si pembuka mulut yang bersuara. Rugilah ada telinga kalau mahu semua orang tutup mulut dan mengangguk setiap masa.
Apa itu manja? Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4, perkataan "manja" membawa maksud "kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja)".
Baca 2-3 kali pernyataan di atas dan jadikan sebagai indikator, maka tanya pada lubuk hati paling dalam berdasarkan definisi ini, siapa yang manja: mahasiswa atau para menteri?
Apa kemahuan mahasiswa yang "selalu diturut"? Mereka hanyalah golongan yang bercita-cita besar mengubah nasib keluarga.
Sejak bangku sekolah belajar dengan habis rajin demi menempatkan diri di alam mahasiswa. Kononnya dijanjikan kehidupan yang lebih baik bila mendapat segulung ijazah.
Hakikatnya, mereka menjadi orang yang dikejar para ah long (PTPTN) sehingga sudah mempunyai beberapa orang anak, baru hutang selesai dibayar.
Bukan mereka tak sedar implikasi terpaksa berhutang demi belajar. Mereka tahu gaji mereka boleh dipotong dengan cara zalim dan tiba-tiba lebih dahsyat daripada serangan santau dan makhluk halus.
Namun, tiada pilihan. Negara yang kaya dengan pelbagai sumber dan juga sebagai pengeluar minyak ini tidak endah pada mereka.
Kemudian dalam keadaan serba berhutang, mereka juga yang paling terasa bila GST menimpa.
Mana menteri yang dulu kata banyak harga barang akan turun dengan pelaksanaan GST? Hakikatnya mereka yang merasa perit bila habis cara jimat cermat perlu dilakukan.
Eh nasi tak boleh beli, "top-up" boleh beli pulak?
Boleh beli atau perlu beli?
Mereka merantau jauh dari tempat tinggal. Meninggalkan ibu ayah yang makin uzur dan tua. Salahkah untuk terus berkomunikasi dengan keluarga?
Mereka manusia yang fitrahnya ingin berpasangan. Ada naluri untuk bercinta sebab mereka bukan meja kayu atau kipas siling. Buat yang belum sedar mereka manusia!
Itu juga satu tuntutan untuk terus berhubung dengan pasangan masing-masing. Bukannya habiskan semua duit pada top-up semata-mata dan bukan semua digunakan untuk bercintan setiap masa seperti tohmahan sesetengah pihak.

Rafizi desak TH, KWAP henti penjualan Bandar Malaysia

Beliau akan memberi tekanan kepada pengurusan TH dan KWAP supaya menghentikan penjualan Bandar Malaysia oleh 1MDB kepada konsortium IWH-CREC
rafizi
PETALING JAYA : Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan memfailkan usul di Parlimen pada Mac ini bagi memberi tekanan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) supaya menghentikan penjualan Bandar Malaysia.
Katanya, beliau akan menulis surat kepada pengurusan TH dan KWAP bagi memastikan 1MDB menghentikan jualan 60 peratus Bandar Malaysia kepada Konsortium Iskandar Malaysia Holdings-China Railway Engineering Corp (IWH-CREC).
“Urus niaga ini melibatkan keselamatan dan pertahanan negara kerana ia akan memberi kesan kepada pergerakan dan menaik taraf pangkalan tentera udara di seluruh negara.
“Memandangkan penjualan 60 peratus kepentingan 1MDB di Bandar Malaysia tertakluk kepada kelulusan TH dan KWAP, saya akan mengambil tindakan ini (untuk menghentikan jualan),” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan 1MDB semalam bahawa pemindahan saham kepada konsortium IWH-CREC tertakluk kepada kelulusan pemegang sukuk iaitu TH dan KWAP.

Pas Kelantan hantar surat ‘dukacita’ kepada PKR

pas-logo-m
Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Abdullah Md Nawi berkata Pas mempunyai sokongan kuat di peringkat akar umbi dan sekiranya wujud keadaan di mana pimpinan PKR hadir pada majlis anjuran Parti Amanah Negara (Amanah), itu amat mendukacitakan.
KOTA BHARU, 19 Januari:
Pas Kelantan menjelaskan surat amaran yang dihantar terus kepada PKR adalah bagi menyatakan dukacita selain kebimbangan ahli di peringkat akar umbi.
Setiausahanya, Datuk Abdullah Md Nawi berkata Pas mempunyai sokongan kuat di peringkat akar umbi dan sekiranya wujud keadaan di mana pimpinan PKR hadir pada majlis anjuran Parti Amanah Negara (Amanah), itu amat mendukacitakan.
“Surat itu jelas menyatakan rasa dukacita terhadap penyertaan pimpinan PKR di atas program anjuran Amanah di Kelantan.
“Sebagaimana yang kita tahu, PKR adalah rakan yang mempunyai tahaluf siyasi dengan Pas yang sama-sama membentuk kerajaan Kelantan,” katanya ditemui media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama antara PKINK dengan Jalur Saujana Sdn Bhd di Kota Darul Naim, di sini hari ini.
Dalam majlis terbabit PKINK diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob manakala Jalur Saujana diwakili Johari Zainal.
Abdullah berkata beliau sebenarnya hairan bagaimana isu penghantaran surat itu boleh terlepas kepada media kerana ia tidak dimaklumkan langsung kepada media.
Katanya meskipun surat dihantar pada 13 Januari lalu tetapi sehingga kini tiada sebarang balasan daripada pimpinan PKR.
“Kami sebenarnya masih belum mendapat maklum balas daripada PKR tetapi akan sentiasa memaklumkan perkembangan di sini kepada pimpinan Pas Pusat.
“Terserah kepada pucuk pimpinan untuk membuat sebarang keputusan. Apa yang kita ingin nyatakan hanyalah rasa dukacita serta kebimbangan di peringkat akar umbi,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Abdullah menjelaskan surat yang dihantar itu bukannya bertujuan mahu mencampuri urusan PKR dan Pas tiada hak menghalang mana-mana majlis anjuran PKR.
“Kita cuma nyatakan perasaan kita. Semua tahu Pas ada tahaluf siyasi dengan PKR tetapi tiba-tiba muncul di pentas Amanah di negeri ini yang berusaha menjatuhkan kerajaan Kelantan sekarang,” katanya.

Pakatan Harapan gesa Putrajaya utamakan ubah suai bajet, bukan TPPA

Ketua Whip Parti Amanah Negara Khalid Samad berkata Putrajaya perlu mendahulukan perbincangan pengubahsuaian Bajet 2016 di Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini berbanding fokus kepada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Januari, 2016.Ketua Whip Parti Amanah Negara Khalid Samad berkata Putrajaya perlu mendahulukan perbincangan pengubahsuaian Bajet 2016 di Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini berbanding fokus kepada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik.
Pakatan Harapan hari ini menggesa Putrajaya mendahulukan perbincangan pengubahsuaian Bajet 2016 di Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini berbanding memberi fokus kepada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Ketua Whip Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad berkata perbincangan mengenai pengubahsuaian belanjawan negara bagi tahun ini lebih penting kerana ia melibatkan keperitan hidup rakyat.
"Kami Pakatan Harapan bersetuju meminta sidang (Parlimen) ini jangan bincang TPPA lagi, supaya persoalan ini diberi penjelasan menyeluruh.

"Maka, kami minta diadakan sidang khas membincangkan bajet yang hendak dipinda kembali," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata, Pakatan Harapan sudah membuat keputusan menolak TPPA.
"Walaupun banyak isu ditimbulkan, pokoknya kita tolak perjanjian TPP atas sebab beberapa perkara terpenting, yang merupakan perjanjian merampas kedaulatan negara dalam menentukan dasar ekonomi dan hala tuju negara kita," katanya.

Hubungan dengan PAS tidak rasmi, kata ketua whip PKR

Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul berkata tidak terdapat sebarang hubungan rasmi antara PKR dan PAS, dan kedua-dua parti itu tidak saling terikat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Januari, 2016.Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul berkata tidak terdapat sebarang hubungan rasmi antara PKR dan PAS, dan kedua-dua parti itu tidak saling terikat.
Susulan tindakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang tidak menghiraukan bantahan PAS terhadap penyertaannya dalam majlis ceramah bersama Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Johari Abdul berkata, kedua-dua parti itu mempunyai hubungan tidak rasmi. Ketua whip PKR itu berkata, tidak terdapat sebarang ikatan "hitam putih" antara PKR dan PAS berhubung perkara tersebut.
"Kita ada hubungan yang tidak rasmi dan saling menghormati. Namun, ia tidak mengikat kita. Ia berbeza dengan Pakatan Harapan sebab kita saling terikat.

"Tidak terdapat sebarang 'paper work' (kertas kerja) di antara PAS-PKR. Sebab itu kita menghormati apa saaja tindakan dan kenyataan yang dibuat PAS. "Dan begitu juga, jika kita ambil tindakan untuk menghadiri program mana-mana parti pun. Tiada yang mengikat kita," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini.
Sebelum ini, PAS Kelantan menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri yang terletak di bawah pemerintahan parti Islam itu.
Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Rafizi sendiri, yang turut merangkap naib presiden PKR.
Menjawab perkara itu, Rafizi berkata, PKR akan terus bekerjasama dengan sesiapa saja bagi menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana ia terlalu memudaratkan rakyat.

Rafidah tertanya keseriusan pihak berkuasa mencari kebenaran

Tan Sri Rafidah Aziz hari ini bertanya jika sebarang tindakan serius diambil bagi menyelesaikan "dua isu besar yang menjadi punca jerebu politik dan negara". Menulis di laman Facebook beliau hari ini, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, sesuatu yang membimbangkan apabila terdapat ketidaktentuan dalam beberapa isu dalam negara. Walaupun dia tidak menyatakan apa "2 isu besar" itu, ia boleh disimpulkan Rafidah merujuk kepada siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion - 2 isu utama yang kekal manjadi topik perbincangan di negara ini.

Rakyat Malaysia mahu kes 1MDB selesai, kata Zeti kepada CNBC

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata rakyat Malaysia mahu kesimpulan dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad supaya negara boleh bergerak ke arah usaha pemulihan ekonomi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Januari, 2016.Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata rakyat Malaysia mahu kesimpulan dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad supaya negara boleh bergerak ke arah usaha pemulihan ekonomi. Rakyat Malaysia mahu kesimpulan dicapai dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya negara boleh bergerak ke arah usaha pemulihan ekonomi, kata Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada CNBC.
"Semua orang mahukan kesimpulan kes ini, supaya kita boleh terus mara ke depan.
"Supaya mata wang kita akan mencerminkan asas dengan lebih baik dan kita boleh menangani isu ekonomi lain yang didepani negara ketika ini," katanya dalam satu wawancara yang dimuat naik di laman web saluran perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu, hari ini.

Zeti berkata, BNM sudah memainkan peranan dengan menyelesaikan siasatan terhadap 1MDB dan mengambil tindakan, namun pihak berkuasa itu bukanlah satu-satunya yang terlibat menyiasat syarikat berkenaan. "Ada lagi yang lain," kata Zeti dalam wawancara berdurasi 4 minit itu.
Beliau berkata demikian susulan soalan mengenai kemusnahan yang dilakukan akibat kontroversi 1MDB kepada Malaysia, langkah negara seterusnya dalam menangani krisis tersebut dan sama ada terdapat penyelesaiannya atau tidak.

SEBAB KERTAS SIASATAN DIPULANGKAN BERBEZA ANTARA SPRM DENGAN BNM, TAPI BOLEHKAH KITA MENARUH HARAPAN?

Apabila Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan SPRM berkaitan derma  RM2,600 juta dan dana RM42 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak kepada agensi itu untuk penjelasan lanjut setelah lebih dua minggu melakukan penelitian, persoalan yang timbul ialah apa jadi seterusnya?

Apakah kertas siasatan itu sedang dijadikan "bola" untuk ditendang ke sana dan ke sini bagi tujuan bermain dengan masa sehingga keputusan paling munasabah dapat dicapai atau ia akhirnya bakal senasib seperti kertas siasatan Bank Negara Malaysia atau BNM terhadap 1MDB sebelum ini yang ditolak begitu saja?

Setelah berbulan-bulan melakukan penyiasatan mengenai isu paling hangat berkaitan seorang Perdana Menteri, SPRM akhirnya berjaya menghantar kertas siasatannya kepada Peguam Negara pada 31 Disember lalu bersama beberapa syor serta cadangan mereka.

Bagaimanapun semalam Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan itu kepada SPRM kerana inginkan penjelasan lanjut.

"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, jabatan ini pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM, " kata kenyataan pejabat Peguam Negara.

Dalam hal ini, jelas bahawa kertas siasatan itu dikembalikan bukan kerana tidak cukup keterangan, tiada bukti atau ditolak seperti kertas siasatan BNM, tetapi kerana Peguam Negara inginkan penjelasan lanjut berhubung beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM.

Jadi, apakah cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM itu sehingga Peguam Negara mahukan penjelasan lanjut mengenainya?

Kenapa Peguam Negara inginkan penjelasan lanjut, adakah kerana mereka tidak bersetuju dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan SPRM itu?

Adakah ini bermakna Peguam Negara mahu SPRM meminda  atau menggugurkan cadangan dan tindakan yang disyorkannya dalam kertas siasatan itu?

PAC belum putuskan panggil bekas pengerusi 1MDB


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih belum membuat keputusan sama ada bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam prosiding pengurusan kawalan tadbir urus 1MDB yang sarat hutang.
PAC hari ini mengadakan prosiding ke atas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan pengerusinya Datuk Hasan Arifin memberitahu pemberita bahawa keterangannya akan menentukan sama ada terdapat keperluan memanggil Bakke.
Bakke dijadual dipanggil esok akan keputusan itu ditangguhkan buat sementara waktu.
“Esok prosiding akan bersambung semula jam 9.30 pagi, kita akan panggil Lodin Wok lagi kerana banyak perkara terperinci dan perlu diperhalusi lagi.
“Mohd Bakke kita tentukan esok sama ada nak panggil dia atau tidak. Lagipun Lodin Wok berada di dalam 1MDB lebih lama berbanding Mohd Bakke yang hanya dua bulan sahaja,” kata Hasan.
Lodin telah menjadi pengerusi 1MDB selama lima tahun.
"Selepas Lodin selesai memberikan keterangannya, maka kita akan membuat keputusan jika terdapat keperluan untuk memanggil Bakke," kata Hasan pada sidang akhbar di bangunan sementara parlimen.
Menurutnya, prosiding itu akan disambung esok dan akan dimulakan lebih awal, iaitu pada jam 9.30 pagi kerana "masih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan".

Zeti: M’sians want closure on 1MDB scandal

The people know that bringing the 1MDB scandal to a closure would turn around the economy and put it on the road to a long and much awaited recovery.
zeti-1mdb
KUALA LUMPUR: Outgoing Bank Negara Governor Zeti Akhtar Aziz told US-based business channel CNBC, in a four-minute video clip, that Malaysians want to see closure on the 1MDB scandal as that would mean the economy making a turnaround and heading for a long and much awaited recovery. She was echoing the same sentiments she expressed in September last year on the 1MDB scandal and the RM2.6 billion political “donation” controversy.
Zeti said that the public have every right to expect transparency and good governance.
She added that the central bank had done its part, in completing investigations but it was not the only agency probing the trouble-stricken Ministry of Finance (MoF) owned company, touted as a strategic investment and development arm. “There are others.”
She did not go into details on the other agencies investigating 1MDB. “So, it’s ongoing and everyone wants a conclusion to it so that we can just move on and so that the currency will better reflect our fundamentals and we can deal with the other economic issues that the country is being confronted with,” she was quoted as saying.

Salah siapa rumah mahal?

Semua pihak perlu berperanan memastikan agenda perumahan untuk rakyat terendah dapat direalisasikan, sejajar dengan titah Sultan Nazrin Shah.
rumah-perak
Oleh Safarizal Saleh
Merafak sembah dan menjunjung kasih atas keperihatinan dengan titah Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkaitan isu perumahan dengan membawa satu bahasa yang cukup tajam iaitu ‘pribumi merintih, bumi dipijak milik orang’.
Salah siapa? Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, anak syarikat kerajaan negeri atau pemaju yang semestinya dipersalahkan kerana rumah mahal dan tidak mampu dimiliki oleh rakyat ketika ini, seperti mana yang dititahkan oleh Tuanku.
Bercakap tentang isu ini, Kerajaan Persekutuan kini giat memperkenalkan projek Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang bertujuan merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi, berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.
Apa yang sudah jadi dengan projek PR1MA? Berapakah yang sudah dimiliki oleh rakyat setempat khasnya dan memadaikah kos rumah tersebut yang mampu dibayai oleh rakyat yang berpendapatan rendah khasnya penduduk bandar pada masa kini?
Sudah tentu jika di Perak, berapakah rumah mampu milik yang telah disediakan oleh kerajaan negeri melalui dua agensinya seperti Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Negeri Perak dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI)?
Bagaimana pula dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), di mana banyak anak syarikatnya yang memfokuskan projek perumahan telah membangunkan projek perumahan kos rendah yang mampu dibeli, khasnya penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)?
Kepada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) pula, sudahkah bantuan disediakan, khasnya kepada golongan miskin yang memerlukan rumah dengan didirikan rumah tersebut sepanjang setahun telah mencapai sasaran yang sepatutnya?
Orang paling penting di dalam isu ini sudah tentu pemaju hartanah yang saban tahun mendapat kawasan strategik bagi projek perumahan mereka dan di situlah harga diletakkan berdasarkan kedudukan tanah yang dimiliki oleh mereka.
Dengan cara mana pun mereka memiliki tanah bagi tujuan projek perumahan tersebut, hakikatnya mata wang sudah tentu menjadi penilaian setiap rangka projek tersebut dimulakan dan sudah tentu nilai mata wang negara menjadi kayu ukur tawaran yang akan diberikan.
Siapa yang bertanggungjawab atas ekonomi negara? Sudah tentu kerajaanlah yang menjadi ‘tulang belakang’ kedudukan nilai mata wang negara dan jika dinilai pada masa kini, sudah tentu pemaju hartanah meletakkan syiling yang tinggi setiap projek perumahan mereka.
Walaupun bukanlah sepenuhnya tanggungjawab kerajaan negeri dan agensinya memfokuskan pembangunan perumahan untuk rakyatnya, tetapi agenda perumahan untuk rakyat terendah, wajar bagi kerajaan negeri mengambil usaha untuk membantu.

Nasrudin vs LGE: Rumah siap pahat berbunyi

Rumah siap pahat berbunyi.
Begitulah ibarat apa yang berlaku dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melawan pemimpin PAS Nasrudin Hassan yang selesai di luar mahkamah semalam.
 Semuanya bermula selepas Nasrudin menulis artikel enam perenggan selepas kes itu, yang antara lain menegaskan tidak memohon maaf kepada Lim setelah didakwa memfitnahnya.
Tulisan itu bagaimanapun hari ini mengundang rasa tidak puas hati pegawai khas undang-undang ketua menteri Raja Syarafina Raja Shuib.
Dalam kenyataannya, Raja Syarafina berkata sama ada rencana itu ditulis dalam kealpaan atau kecuaian disengajakan, Nasrudin tidak harus memutar-belit fakta atau “memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah”.
“Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM?
“Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta,” tulisnya.
Beliau juga berkata Lim tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sewajarnya jika masih ada “putar-belit” berhubung penyelesaian damai tersebut.
Nasrudin, anggota parlimen Temerloh, menarik balik sebahagian daripada kenyataannya pada 6 Ogos 2014 yang menyebabkan Lim tersinggung.
Nasrudin berkata beliau kesal kerana artikel berhubung pembinaan terowong dasar laut itu telah menyebabkan salah faham dengan Lim.
Persetujuan bersama itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Mahkamah juga memerintahkan Nasrudin membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.
Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwanya menggunakan rundingan terus untuk penganugerahan projek RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd walaupun Pakatan Rakyat menentang cara itu.

"Adakah dosa fitnah lebih berat daripada membunuh?" soal Guan Eng


Mesej twitter Guan Eng mengulas laporan akhbar Sinar HarianMesej twitter Guan Eng mengulas laporan akhbar Sinar Harian
Penyelesaian kes saman fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam terus mendapat tempat di media sosial hari ini.
Mengulas laporan akhbar Sinar Harian berhubung kes tersebut, Guan Eng dalam mesej twitternya menulis, "Akhirnya kebenaran dedahkan siapa penfitnah siapa
mangsa. Kurang pasti... adakah dosa fitnah lebih berat dpd (daripada) bunuh?"
Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong dalam penghakimannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan Nasrudin membayar kos RM10,000 kepada Guan
Eng serta menarik balik kenyataan kononnya Kerajaan Pulau Pinang tidak mengamalkan tender terbuka dalam Projek Terowong Bawah Tanah.
"Selepas kita menunjukkan dokumen, akhirnya beliau (Nasrudin) menerima kebenaran bahawa kerajaan negeri memang mengamalkan tender terbuka.
"Ini kerja Tuhan, iaitu menunjukkan kebenaran itu benar," jelas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kepada pemberita selepas sidang mahkamah berakhir semalam.

Tiada duit punca pelajar universiti terjebak gejala sosial

Disebabkan ketiadaan duit untuk makan dan bayar yuran, ada segelintir pelajar yang sanggup menjual maruah diri.
Fahmi Zainol
PETALING JAYA: Kerajaan digesa supaya tidak memandang remeh mengenai isu pelajar yang tidak mempunyai wang bagi menampung pembelajaran mereka di universiti.
Ketua Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fahmi Zainol, berkata disebabkan tiada wang, bukan isu kelaparan sahaja yang terjadi, tetapi mereka juga terdedah untuk terjebak dalam gejala sosial.
“Disebabkan ketiadaan duit untuk makan dan bayar yuran ada segelintir kelompok pelajar yang sanggup menjual maruah diri mereka.
“Punca utamanya ialah kerana tiada duit untuk menampung kos sara hidup serta membayar yuran dan akhirnya terjebak dalam kancah gejala sosial yang pada mulanya hanya untuk mencari wang untuk makan dan membayar yuran sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) berkata, berdasarkan pengalamannya, memang terdapat kelompok pelajar yang terlibat dengan gejala itu walaupun bilangannya kecil.
Katanya, pendekatan itu diambil asalkan mereka memperolehi wang dengan mudah untuk menampung kos sara diri mereka.
“Pengalaman sebagai Presiden Mahasiswa UM sedikit sebanyak membantu saya mengetahui kes-kes terpencil sebegini. Ini baharu berbicara soal satu kampus sahaja, jika dilihat seluruh institut pengajian tinggi (IPT) mungkin bilangannya mampu mengejutkan kita.
“Penyelesaian secara drastik perlu diambil oleh kerajaan segera. Kerjasama yang jitu diharapkan dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) dan universiti,” katanya.

KPM digesa tarik balik novel Komsas ‘lucah’

Pemilihan novel Pantai Kasih bertentangan dengan roh Falsafah Pendidikan Negara, Dasar Budaya Negara dan Dasar Sosial Negara.
pantai-kasihPETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor (DARWA) kesal dengan pemilihan novel ‘Pantai Kasih’ sebagai komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan empat.
Pengerusi DARWA, Hazlina Abd Razak berkata demikian kerana teks novel Pantai Kasih berunsur lucah dan tidak sesuai dijadikan sebagai salah satu bahan pembelajaran di sekolah menengah.
“Darul Wardah yang juga mengendalikan kes remaja hamil tanpa nikah di Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah Selangor berasa amat tidak wajar sama sekali teks novel Pantai Kasih yang boleh disifatkan berunsur lucah dijadikan sebagai salah satu bahan pembelajaran di sekolah menengah,” ujarnya.
Jelas beliau lagi, pemilihan novel Pantai Kasih bertentangan dengan roh Falsafah Pendidikan Negara, Dasar Budaya Negara dan Dasar Sosial Negara.
“Teras Pendidikan yang berteraskan kepercayaan kepada tuhan, kemuliaan akhlak, ketinggian akal budi tidak akan dicapai dengan sikap sambil lewa dan ambil mudah. Pendidikan hari ini akan mencorakkan generasi masa depan.
“DARWA mengesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneliti mengenai masalah ini sekaligus mengambil tindakan menarik semula novel Pantai Kasih yang menjadi novel Komsas,” katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Vida pondankan sifat gedebe lelaki

Pengusaha produk kecantikan itu wajar diangkat sebagai simbol gerakan feminisme negara kerana kebijaksanaan dan kehebatannya membentuk empayar perniagaan.
Vida
Kita mula mengenali Datuk Seri Dr Hasmiza Osman atau Datuk Vida apabila beliau menaja program hiburan anjuran sebuah stesen televisyen swasta di negara ini, tidak lama dahulu.
Ketika itu, kita memang ketawa terbahak-bahak apabila melihat kaedah penjenamaan yang dibawa Datuk Vida menerusi program hiburan berkenaan.
Habis semua lelaki yang mengacara program hiburan itu dipondankan oleh Datuk Vida melalui syarat penajaan program itu.
Semua orang sekeliling kita mengutuk Datuk Vida yang dirasakan tidak tahu malu, muncul dengan tiara dan pakaian yang sarat rekaannya setiap kali iklan komersial muncul.
Itu cerita dahulu, kini Datuk Vida dengan cara yang sama, sudah memondankan keseluruhan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersama ketuanya, Tan Sri Annuar Musa.
Kita tepuk dahi ketika melihat Annuar berpakaian warna merah jambu, berkaca mata hitam, melakukan isyarat dua jari di pipi untuk sesi fotografi.
Pondan habis Annuar yang kita kenal sebagai antara pemimpin UMNO yang cukup gedebe, ego, dan penuh maskulin. Begitu juga dengan pemain bola sepak Kelantan. Kita tahu yang pemain bola sepak memang pantang kena ‘tackle’, mesti bergaduh punya. Sekelip mata mereka ini dipondankan Datuk Vida.
Melihat kepada perkembangan ini, kita terus tabik dan hormat kepada Datuk Vida. Bukan mudah seorang wanita menundukkan sifat gedebe lelaki terutama individu macam Annuar.
Tunduk tidak apa lagi, ini Datuk Vida pondankan terus mereka. Malah ada antara rakan lelaki kita yang memang terkenal dengan sikap ego melampau terhadap perempuan, bercakap yang mereka sanggup buat-buat jadi pondan kalau Datuk Vida tabur mereka duit.
Betul, ada hujah yang cakap kalau ada duit semua boleh beli. Tapi dalam kes Datuk Vida, bukan mudah beliau memondankan orang macam Annuar kalau tiada kemahiran dan keberanian melakukan rundingan perniagaan. Kena tegas dan berani letak syarat dan lelaki yang beliau kena berhadapan dan letak syarat itu adalah lelaki macam Annuar yang memang terkenal lantang, berani dan gedebe.
Kita ingin sekali mengangkat Datuk Vida sebagai hero gerakan feminisme di Malaysia terutama dalam kalangan wanita Melayu.

Harga minyak merudum, Petronas kurangkan capex, opex RM50b

Langkah lanjutan penjimatan itu bermakna PETRONAS akan menangguhkan lagi beberapa projeknya serta membuat keputusan strategik ekoran kejatuhan harga minyak.
petronas-poilPETALING JAYA: PETRONAS akan melaksanakan satu lagi pusingan kajian semula bagi perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasinya (OPEX) dengan menyasarkan untuk mengurangkan hingga RM50 bilion dalam tempoh empat tahun.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, dalam satu surat dalaman kepada kakitangan PETRONAS berkata, kenyataan itu dibuat bertujuan bersikap telus dan terbuka bagi menyatukan pasukan menempuh tempoh paling mencabar, lapor BH Online.
Katanya, langkah lanjutan penjimatan itu bermakna pihaknya akan menangguhkan lagi beberapa projeknya serta membuat keputusan strategik memulakan kajian semula model operasi perniagaan PETRONAS bagi meningkatkan kecekapan bertindak balas terhadap persekitaran luar.
Beliau berkata, kajian semula itu akan membabitkan penstrukturan semula organisasi sedia ada gergasi minyak dan gas itu yang mana butiran lanjutnya akan diumumkan pada Mac kelak.
“Atas kebimbangan yang disuarakan ramai pekerja terhadap jaminan pekerjaan, maka sejujurnya sahabat, dan rakan sekerja, kita tidak boleh lari daripada realiti yang situasinya semakin meningkat.
“Brent kini didagangkan pada AS$28 setong pada Jumaat dan terus menurun. Tiada tanda-tanda ia akan pulih. PETRONAS sudah bertindak balas pantas ketika mengesan petanda awalnya dengan mengurangkan CAPEX dan OPEX , memulakan Project Cactus.
“Namun kini kita berada di tahap semua langkah awal itu tidak cukup menyerap impak kejatuhan ketara dan berterusan harga minyak.
“Kita tidak bermaksud berhenti melaksanakan Project Cactus, tapi lebih bermakna kita perlu serius mempertimbangkan keputusan drastik dan sukar,” katanya.

Mahfuz pohon YDP Agong nasihat PM letak jawatan


Mahfuz OmarMahfuz OmarSempena hari keputeraan Sultan Kedah yang ke-88 tahun, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memohon baginda yang juga selaku Yang di-Pertuan
Agong agar menasihati Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan.
Langkah ini ujarnya penting bagi membantu memulihkan keyakinan umum untuk pertumbuhan ekonomi dan nilai ringgit yang lebih baik.
Dalam satu kenyataan media, Mahfuz menjunjung kasih titah Tuanku Sultan sempena ulang tahun keputeraan baginda yang begitu perihatin terhadap beban
rakyat akibat dari kejatuhan komoditi dan nilai ringgit.
Beliau menambah, apa yang terjadi pada hari ini berpunca daripada sikap boros, ketirisan dan amalan rasuah pemimpin negara.
"Di waktu nilai ringgit kukuh dan harga komoditi serta harga minyak berada pada tahap yang tinggi kerajaan BN tidak pernah beringat dan berjimat dalam
perbelanjaan, jauh sekali untuk menabung dalam tabung masa depan (sovering fund).
"Rakyat hanya diberikan rasa nikmat seketika, sedap sesaat sedangkan pemimpin terus hidup dengan longgokan kekayaan yang menimbun," kesal beliau.

MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA..


Pemimpin yang KERAP BERDUSTA pemimpin itulah yang masih tetap diangkat mulia untuk memimpin negara..





Nik Abduh ucap tahniah kepada Nasrudin kerana tidak mohon maaf


Nik Abduh Nik Abdul AzizNik Abduh Nik Abdul Aziz
Walaupun perlu membayar RM10,000 kos mahkamah dan diarah menarik balik kenyataan bahawa tiada tender terbuka dilaksanakan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam projek terowong dasar laut, Nasrudin Hassan tetap menerima ucapan tahniah daripada Ketua Pemuda PAS Pusat.
Dalam satu kenyataan media, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengucapkan tahniah kepada Ketua Penerangan PAS Pusat itu kerana bertegas mempertahankan artikel yang telah mengheret beliau ke mahkamah.
"YB Ustaz Nasrudin bertegas tidak memohon maaf dan tidak akan menarik balik artikelnya yang mengkritik keras ketelusan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Untuk penyelesaian itu, YB Ustaz bersetuju menarik balik beberapa butiran daripada artikelnya yang menimbulkan salah faham," kata Nik Abduh.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kedua belah pihak yang bersedia untuk tidak memanjangkan isu itu dan mengharapkan Nasrudin terus memimpin umat mendaulatkan Islam.
"Saya bangga bersahabat lama dengan beliau di jalan Allah," ujarnya.
Kes saman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Nasrudin berhubung fitnah mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selesai semalam selepas Nasrudin menarik balik kenyataannya terhadap Lim.

Dapat 10 kerusi ahli majlis kejayaan besar AMANAH

AMANAH juga bersedia berdepan dengan PAS dan UMNO dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU14
Izham Hashim
PETALING JAYA: Kejayaan memperoleh 10 kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Selangor merupakan kejayaan awal Parti Amanah Negara (AMANAH) di negeri itu.
Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim berkata, keputusan yang dibuat Kerajaan Selangor itu membuktikan parti serpihan PAS itu diiktiraf oleh pentadbiran negeri berkenaan.
“Sebelum ini, kita juga mendapat kejayaaan apabila dua wakil rakyat Amanah (Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin) diiktiraf kerajaan Selangor dan mereka menerima layanan dan peruntukan yang sama seperti ADUN-ADUN lain dalam
kerajaan.
“Pengiktirafan ini kepada ADUN, ahli majlis dan jawatan-jawatan kerajaan
lain merupakan satu kejayaan kepada AMANAH dan Pakatan Harapan,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, Izham berkata, parti itu bersedia sepenuhnya untuk
menentang PAS dan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.
Malah, parti itu cukup yakin akan memenangi kerusi yang bakal ditandingi mewakili Pakatan Harapan.
“Kami bersedia menghadapi apa jua jenis pertembungan dua atau tiga penjuru (menentang PAS dan UMNO) di dalam pilihan raya akan datang, tetapi semuanya bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan. AMANAH yakin mencapai kemenangan mewakili PH,” katanya

Rakyat mahu pembangkang bersatu, kata Nurul Izzah

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini mengingatkan barisan pembangkang bahawa rakyat negara ini mahukan parti pembangkang yang bersatu untuk menentang BN.
Menurutnya, prinsip satu lawan satu yang diamalkan pembangkang sejak dulu perlu diteruskan untuk pilihan raya-pilihan raya akan datang.
“Seperti biasa, kita sebagai sebuah parti...PKR yang menyedari bahawa hanya satu sahaja cara untuk melawan BN. Iaitu dengan perlawanan satu lawan satu.
Nurul Izzah Anwar “Jadi, kita teruskan dengan prinsip itu. Saya harap semua pihak akan mengambil hemat dan teruskan usaha kita kerana rakyat mahukan pembangkang yang bersatu,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas Wacana Sinar Derita Orang Bandar: Punca & Penyelesaian, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Pas terbaharu yang nekad mahu bertanding tiga penjuru menentang Amanah dan DAP dalam pilihan raya akan datang.
Ketika ditanya tentang usaha PKR bagi menangani isu tersebut, Nurul Izzah hanya menjawab, “usaha PKR diteruskan di semua peringkat. Menteri Besar (Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) pun sudah keluarkan kenyataan. Dengan kerjasama kita, dasar (yang ada)...Selangor masih lagi bertahan. Yang penting adalah untuk mengajak semua pihak agar terus dengan usaha untuk menumpaskan BN.”
Katanya, pertemuan antara pimpinan PKR dengan Pas berlaku secara informal dari semasa ke semasa.
Sementara ketika diminta mengulas soal pengaruh BN di kawasan luar bandar di Sarawak, Nurul Izzah yang juga Pengarah Pilihan raya PKR mengakui Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem merupakan faktor utama prestasi BN baik di negeri tersebut.
“Secara umum kita ketahui bahawa dari segi populariti Tan Sri Adenan menikmati ‘badawi effect’ kerana penggantian beliau selepas Taib Mahmud (bekas Ketua Menteri Sarawak) mencatatkan 76 peratus populariti di antara masyarakat Sarawak.

SU AMK saran DAP tukar separuh kerusinya dengan AMANAH


Ketika DAP bergelut untuk mengikis label 'anti-Melayu' terhadap parti itu, rakan sekutunya PKR menyarankan DAP menukar separuh daripada kerusi majoriti Cina yang diwakilinya sekarang dengan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang berkata, sebagai pertukarannya, DAP boleh bertanding di kerusi majoriti campuran atau majoriti Melayu yang dijangka diperuntukkan kepada parti serpihan PAS itu.
"Ini akan membantu AMANAH mendapatkan sebilangan kerusi yang boleh menang manakala DAP mencapai transformasinya untuk menjadi parti berbilang kaum," katanya dalam satu kepada Malaysiakini semalam.
Walaupun DAP mungkin berdepan risiko kekurangan separuh jumlah kerusi yang disandangkan sekarang seandainya AMANAH kalah dalam semua kerusi yang ditukar itu, namun Chang berkata, ia sesuatu yang perlu untuk mengubah DAP menjadi sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia.
Katanya, AMANAH boleh menang di kerusi berkenaan sekiranya DAP memberi sokongan.
ADUN Teja itu berkata DAP berada di kemuncak politiknya selepas memenangi 37 kerusi Parlimen dan 105 kerusi negeri dalam pilihan raya umum 2013.
Ini, digabungkan dengan struktur yang teratur dan ahli-ahli parti yang berdisiplin, akan menyediakan tapak yang subur untuk transformasi DAP.

Chang (gambar) juga menegaskan bahawa DAP menghadapi masalah persepsi di kalangan pengundi Melayu, walaupun ia telah bekerja keras untuk memenangi hati dan minda mereka.
Beliau berpendapat bahawa punca kepada rasa tidak percaya Melayu terhadap DAP itu dikaitkan dengan modus operandinya.
Ini disebabkan oleh DAP yang aktif dalam politik di kawasan majoriti Cina, yang seterusnya menyumbang kepada tanggapan bawah ia kurang sensitiviti terhadap orang Melayu, katanya.
Beliau berkata, jika DAP hanya meningkatkan keahliannya di kalangan orang Melayu tetapi masih bertanding di kawasan majoriti Cina, maka janji transformasi itu tidak akan membantu untuk mewujudkan DAP yang benar-benar berbilang kaum.

PKR masih diperlukan di Kelantan kata PAS

Che Abdullah Mat Nawi
KOTA BHARU - Pas Kelantan masih memerlukan PKR bagi mengekalkan pentadbiran Kerajaan Kelantan, kata Setiausaha Pas Negeri, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.
Beliau berkata, tidak timbul isu PKR negeri akan dipinggirkan setelah kehadiran pemimpin PKR Pusat dalam program Parti Amanah Negara (Amanah) sehingga mengundang kekecewaan dalam kepimpinan Pas negeri.
“Kita perlukan kerjasama PKR untuk mengekalkan kemenangan di Kelantan, besar atau kecil itu bukan isu, kita tidak ada masalah di (PKR) Kelantan dan mendapat kerjasama yang baik dengan pemimpin mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, yang menyatakan pihaknya mengeluarkan surat teguran kepada Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli susulan tindakan pimpinan itu  hadir dalam tiga program Amanah.
Mengulas lanjut, Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu mengakui, surat yang dikeluarkan beliau itu adalah hasil luahan ahli dan pimpinan peringkat akar umbi yang kurang senang dengan tindakan pemimpin PKR itu.
“Kita berdepan dengan kekangan akar umbi Pas, akar umbi lihat apabila mereka bersama dengan Amanah ia sudah jelas. Amanah hadir tidak lain untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan, tiba-tiba pimpinan PKR pun ada di tempat yang sama.
“Secara langsung ia melahirkan perasaan tidak senang dari akar umbi dan kita mengharapkan supaya semua pihak memahami dalam konteks untuk mengharmonikan pakatan,” katanya.
Ditanya isu tersebut boleh menjejaskan kerusi yang bakal dipertandingkan PKR di negeri ini, Che Abdullah berkata, Pas sesekali tidak akan merampas kerusi yang ditetapkan, tetapi sebarang perbincangan akan diputuskan bagi memenangkan pakatan secara keseluruhan.

Bila pemimpin nak berjinak2 menipu rakyat..


Menteri Besar Pahang nyatakan tak dapat tangkap pelombong haram bauksit SEBAB MEREKA LARI... Adnan Yaakob ingat rakyat ni baru masuk tadika ke ??
Semenjak bumi Kuantan bertukar menjadi Marikh, sudah berapa kalikah beliau turun padang ke kawasan yg dicemari bauksit & bertemu rakyat yg jadi mangsa kerakusan tokey2 bauksit ??

PAS mahu dekati Umno? PKR beri peringatan

pas kwn umno
Ceramah oleh Setiausaha Agung yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di Kok Lanas, Kota Bharu semalam menyaksikan Pas beberapa kali disindir dengan diingatkan supaya tidak “mendekati” Umno-BN.
Tanpa menyatakan Pas, mesej daripada Ahli Parlimen Pandan itu jelas apabila menyebut beberapa ciri yang umum diketahui dikaitkan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Rafizi antaranya menyebut istilah taawun (tolong menolong) dan warna merah jambu merujuk kepada pakaian sedondon yang dipakai oleh Presiden Umno dan Pas dalam program alumni Al-Azhar pada Disember lalu.
“Kalau kita terkeliru boleh atau tidak boleh dekat dengan Umno, ada perkataan baru sekarang - taawun dengan Umno ini kena tengok harga barang mahal di pasar, nampak muka Rosmah dan Najib InsyaAllah kita tidak akan terpesong.
“Dia (Najib) boleh buat apa sahaja, hari ini dia nak pakai jubah, hari ini dia nak pakai pink, dia pakai pink. Ikut suka dia,” ujarnya dalam program anjuran Amanah itu.
Selain itu, beliau turut mengaitkan kenyataan Hadi pada November lalu yang bersedia untuk partinya menjadi penasihat kepada kerajaan kerana kononnya Pas bukan gilakan kuasa atau mahu menguasai Putrajaya.
“Nak jaga orang Melayu, jatuhkan Umno, Najib dan Rosmah bukan nasihatkan Najib untuk kekalkan dia sebagai Perdana Menteri,” ujarnya sambil menegaskan beliau hormat dan berkawan dengan semua pihak asalkan niat dan matlamat jelas.

APA BANGGANYA TIDAK MINTA MAAF TAPI SETUJU TARIK BALIK TUDUHAN DAN BAYAR PAMPASAN?

Seperti ada rasa bangga pada diri Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi apabila beliau memutuskan tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng dalam penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang dikemukakan oleh  Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadapnya.

Lebih-lebih lagi, beliau juga menyatakan keputusan tidak meminta maaf itu diputuskan setelah mengadakan sembahyang sunat dua rakaat untuk memohon petunjuk daripada Tuhan.

Dalam penyelesaian tidak meneruskan kes itu, Nasharuddin setuju menarik balik sebahagian kandungan artikel berkaitan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang didakwanya diberikan secara rundingan terus  serta membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada Ketua Menteri itu.

Dalam kenyataan yang dibacanya di mahkamah sebagaimana dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini, Nasharuddin menyebut, "saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ianya tidak mempunyai asas."

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz dalam reaksi spontannya berhubung penyelesaian luar mahkamah itu mengucapkan tahniah kepada Nasharuddin kerana tidak memanjangkan kes dan juga sebab tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng.

Kenapa Nasharuddin berbangga tidak meminta maaf dan Nik Abduh pula memberi pujian mengenainya? Bukankah meminta maaf suatu sifat terpuji dalam Islam?

Kalau bangga kerana tidak meminta maaf, tidakkah Nasharuddin rasa terhina apabila terpaksa menarik balik tuduhan khusus yang didapati tiada asas terhadap Lim Guan Eng dan kemudian terpaksa pula membayar pampasan sebanyak RM10 ribu?

Kenapa hanya bangga tidak meminta maaf, tetapi tidak rasa apa-apa apabila terpaksa akur untuk menarik balik sebahagian tuduhan dan membayar sejumlah pampasan?

“Kaki lima itulah rumah kami”


Kos hidup dan rumah yang mahal menyebabkan Roslan terpaksa berteduh di kaki limaKos hidup dan rumah yang mahal menyebabkan Roslan terpaksa berteduh di kaki lima
Potongan rambutnya pendek dan bersisir rapi. Berusia 38 tahun, anak kelahiran pantai Timur ini juga kemas berpakaian dengan hujung baju-T yang dimasukkan ke dalam seluar.
Hanya mahu dikenali sebagai Roslan, beliau antara gelandangan atau mesra dikenali oleh NGO Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) sebagai ‘rakan
jalanan’ yang beratur mendapatkan sumbangan makanan Subuh semalam.
Hampir setiap pagi Ahad Roslan bersama lebih 200 rakan jalanan tidak melepaskan peluang menerima bungkusan makanan untuk melapik perut.
Perkarangan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur berusia 106 tahun itu jadi saksi kemelaratan hidup sebahagian penghuni ibu kota.
Menepis tanggapan negatif sesetengah pihak yang menuduh rakan jalanan malas atau penagih dadah, Roslan sendiri katanya sejak tahun lalu bekerja sebagai
pengawal keselamatan di sebuah pasaraya di ibu negara.
Namun hanya memperoleh RM1,300 sebulan, beliau memilih untuk bersama dengan rakan jalanan lain menumpang tidur di kaki lima sekitar Jalan Masjid India.
Walaupun sejak enam bulan lalu menyewa sebuah bilik kecil di Cheras dengan kadar RM300 sebulan selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita senasib
dengannya, tetapi faktor kos pengangkutan terpaksa diambil kira.
“Isteri saya pun baru bekerja di kilang sekitar Cheras sana. Saya setakat ini motor pun tiada. Jadi dengan tempoh kerja ‘guard’ yang panjang, selepas
dua, tiga hari saya menumpang tidur di KL ini, baru saya balik ke Cheras.
“Saya harap masyarakat di luar sana janganlah hina memandang kami pada zahir saja. Kaki lima itulah rumah kami. Usah anggap semua gelandangan ini malas
untuk bekerja atau menagih dadah.
“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) pun janganlah asyik kejar tangkap kami tambah-tambah bila nak dekat acara besar di Dataran Merdeka. Padahal, ramai
pendatang asing selamba berniaga di Jalan Silang sana tak pula ditangkap,” ujarnya yang mudah diajak bercerita oleh Malaysia Dateline.
Sambil sesekali menyapa dan disapa rakan jalanannya yang lain, Roslan memberitahu sebahagian daripada mereka terlalu pemalu dan bersikap rendah
diri dengan orang lain.
“Ada yang masih segan untuk ambil (bantuan makanan) masuk dalam (perkarangan Masjid Jamek). Mungkin ada sebab tertentu. Kita tidak tahu masalah masing-
masing tapi pandangan mata kasar orang ramai yang pukul rata, tak sedap juga kita mendengarnya.
“Harap masyarakat di luar sana tidak bersangka buruk kepada kami yang miskin ini. Bukan semua gelandangan menganggur apatah lagi menagih dadah. Hanya gaji kecil ketika harga barang semakin melambung memaksa kami mengurangkan kos seboleh mungkin termasuk mendapatkan makanan daripada NGO yang prihatin.
“Nanti boleh tengok ‘orang kita’ (Melayu) pakai uniform (pengawal keselamatan) pun ramai beratur ambil makanan tengah hari nanti,” merujuk
kepada sumbangan makanan pada waktu itu di Masjid Jamek.
Tidak sampai tahap mencuri

Awal pagi keluar rumah bantu 'rakan jalanan'

Abu Fitri menceritakan pengalamannya kepada Malaysia Dateline

Ketika ramai masih diulit lena sempena cuti hari minggu, anak muda berusia 29 tahun ini sudah memandu dari Shah Alam seawal jam 3.30 pagi menuju ke ibu negara dengan membawa sejumlah kuih-muih.
Bukan untuk dijual sebaliknya akan diagihkan kepada golongan gelandangan atau miskin kota yang mesra dipanggil sebagai 'rakan jalanan'.
Menyertai aktiviti kesukarelawanan bersama badan bukan kerajaan (NGO) Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) sejak Julai tahun lalu, Abu Fitri Abu Hassan berkata, hampir setiap hari Ahad beliau akan meluangkan masa di Masjid Jamek yang menjadi pusat agihan bantuan makanan kepada rakan jalanan.
“Malam minggu tiada istilah tidur lewat. Memang tidur awal sebab awal-awal pagi lagi kena ambil kuih-muih dari rumah jiran.
Sebahagian rakan jalanan memilih pakaian terpakai yang sesuai digunakanSebahagian rakan jalanan memilih pakaian terpakai yang sesuai digunakan
“Alhamdulillah. Mereka (jiran) sanggup buat (kuih) 800 biji dengan harga sebiji hanya 30 sen. Pagi ini roti hotdog dengan kuih talam muka,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline, selepas Subuh semalam di perkarangan Masjid Jamek.
Abu Fitri yang mesra dipanggil Bubu dalam kalangan aktivis Unggas memberitahu penglibatannya dalam NGO tersebut bermula selepas pertama kali diperkenalkan oleh sahabatnya.
Lebih menarik, bermula daripada sekadar komunikasi di media sosial Facebook, Bubu berjaya menarik lebih 30 rakannya yang lain untuk melibatkan diri dalam kegiatan Unggas.
“Saya bawa kumpulan yang mula dikenali dalam komuniti Facebook ‘Shah Alam Residen S.A.R.B.A.N’. Semuanya golongan muda. Bahkan sebelum menyertai
Unggas lagi, kami ada mengadakan program seperti berhari raya bersama asnaf. Jadi bila kenal Unggas, kami terus sertai,” jelasnya.